Selasa, 12 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Aikk PAS Angkat Plakad? Kemana Pergi Gagasan Politik Matang?

Posted: 11 Jan 2016 10:15 PM PST

Ramai yang bertanya: ke manakah gagasan "politik matang" yang diwarwarkan oleh PAS sebelum ini apabila tiba-tiba pimpinan dan ahli PAS mengangkat plakad tanda bantahan terhadap TPPA?

Sebelum ini sewaktu PKR, DAP dan AMANAH mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion" di parlimen, pemimpin PAS tidak bersama mengangkat plakad, dengan menyatakan bahawa kononnya PAS mengamalkan politik matang. Tindakan mengangkat plakad itu dianggap "kerja budak-budak" malah salah seorang ahli jawatankuasa PAS, Dr. Zuhdi Marzuki menyatakan parlimen kanak-kanak pun tak angkat plakad!


Tiba-tiba pemimpin-pemimpin dengan tidak segan silu mengangkat plakad menentang TPPA. Masing-masing menonjol-nonjolkan muka, tersengih-sengih sehingga terlupalah kata-katanya dulu bahawa angkat plakad adalah tindakan tindak matang dan tidak memberi kesan kepada Najib dan UMNO.

Apa sudah jadi?

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, nampaknya PAS cukup-cukup tertekan dan terdesak. Halang ahlinya dari menyertai program Amanah dan DAP, anggap AMANAH musuh baru, putus kerjasama dengan DAP tapi boleh pula di Selangor kerana kepentingan jawatan dan pangkat, adalah bukti-bukti NYATA PAS cukup terdesak.... walaupun sebelum ini Timbalan Presiden PAS menuduh kononnya "bukan sekali AMANAH terdesak". Kini ayat itu telah kembali kepada partinya sendiri. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan, hukum alamiah, hukum sunnatullah...

Malah tindakan-tindakan agresif dan fitnah-fitnah yang dilakukan oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS tetap akan menerima "hukumanNya". Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.


Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad

Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad "mana 2.6 bilion?" selepas belanjawan 2016 dibentangkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan 'mini parlimen' pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.

"Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak. "Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi 'ahli parlimen' dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam," katanya melalui tulisan di Facebook.

Jumaat lalu, tulisan 'mana 2.6 bilion' itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).

Pendirian PAS jelas

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah PAS tidak mengangkat plakad di parlimen bukan bermaksud mereka menyokong kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, katanya PAS sudah membuat pelbagai kempen membantah isu kemasukan dana itu selain menyatakan pandirian jelas dalam isu itu.

"Jadi kalau setakat tak angkat plakad dalam parlimen pun terus di label sebagai penyokong RM2.6 bilion, nampak agak keterlaluan lah saudara.

"Cari-carilah modal lain kalau nak hentam PAS pun," tulisnya di Facebook.

Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".

Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu.
-mk (25/10/16)


Tiada ulasan: