Ahad, 10 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dia Baru Nak Akui.... Akan Kalah Di 8 Kerusi Negeri

Posted: 10 Jan 2016 12:30 AM PST

PAS Selangor akui 8 kerusi terancam PRU14

PAS Selangor mengakui 8 kerusi mereka di negeri itu terancam kerana terpaksa berdepan dengan Umno dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lapor Sinar Harian Online.

Menurut portal itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad bagaimanapun menegaskan jentera pilihan raya parti Islam itu perlu terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan 5 lagi kerusi baharu di negeri terkaya itu.


"Kita baru kesan 2 dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.

"Kita juga pertimbangkan 5 kerusi baharu sebab kajian yang dibuat, PAS boleh menang," kata Iskandar yang juga naib presiden PAS dalam ucapan sempena Ijtima' Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini, lapor Sinar Harian.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tahun lalu dilaporkan berkata, parti itu sudah bersiap sedia untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS di Selangor.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.

Menurut Pua, kerusi-kerusi DUN PAS yang bakal ditandingi DAP ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Pengumuman Pua itu dilakukan beberapa bulan selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan parti Islam itu akan meletakkan calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi DAP.

DAP, PAS dan PKR sebelum ini bersama-sama dalam Pakatan Rakyat sebelum gabungan itu terkubur tahun lalu.

ULASAN GB

PAS baru tersedar agaknya. Sebelum ini lagi kami dah katakan bahawa PAS bakal kalah dan bakal lenyap di Selangor. Ulasan GB sebelum ini:

PAS nak pertahankan 8 kerusi yang dimenanginya pada PRU yang lalu adalah langkah yang dialu-alukan tetapi PAS tidak berhak untuk menghalang mana-mana parti lain untuk bertanding di kelapan-lapan kerusi berkenaan.

Seperti yang GB utarakan sebelum ini, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

GB juga sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

Dia Terlupa Menasihatkan Dirinya....

Posted: 09 Jan 2016 10:05 PM PST

PAS tidak bergabung dengan Pakatan Harapan

PAS kekal dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, meskipun sedar bakal berdepan cabaran getir pada PRU14.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, pendirian PAS tetap kukuh dan yakin dengan kemampuan parti untuk menang kerusi yang ditandingi pada PRU14 tanpa bantuan daripada Pakatan Harapan.

"Kita tidak dengan Pakatan Harapan. Pendirian PAS tetap begitu (tiada gabungan). Insya-ALLAH, kita yakin dengan kemampuan kita. Pandangan dia sebagai orang luar, terpulanglah," katanya kepada Sinar Harian online.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan Nik Omar, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpandangan, PAS tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung dengan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14.

Menurut Nik Omar, PAS perlu bergabung kerana sejarah membuktikan PAS tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian menghadapi PRU. -MD


'PAS penasihat semua termasuk DAP dan wartawan'

Tidak timbul soal PAS mahu jadi penasihat Umno atau bertanding kerusi Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya, menurut Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad sudah menjadi kebiasaan untuk kepimpinan parti itu memberi nasihat kepada semua pihak kerana ia merupakan amalan parti Islam itu.

"Bukan penasihat. PAS biasa nasihatkan orang, kita (PAS) nasihatkan Umno, DAP dan orang ramai sebab kita inikan parti Islam.

"Dekat wartawan pun kita nasihat juga," kata Idris sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu dilapor sebagai berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri BN itu.

Malah, Hadi turut dilaporkan berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno.
-mk


ULASAN GB

Hmmm .... biarlah dia. Dia nak bersendirian. Kenagkuhannya akan memakan diri sendiri.

Bab kedua tuh, PAS tergiur nak jadi "tuan penasihat". Tak payah sertai pilihanraya kalau sekadar nak jadi penasihat. Seperkara lagi, yang PAS terlupa di sebalik ungkapan nak menjadi penasihat kepada semua ialah PAS terlupa untuk "menasihat" dirinya sendiri.

Dah sama perangai macam Najib, suruh rakyat berhemah, tetapi dia sendiri pemboros paling ulong...

Tiada ulasan: