Khamis, 7 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Berta'awun: Kenapa Pas mahu jadi penolak kereta mogok sahaja?

Posted: 07 Jan 2016 07:15 AM PST

MSO

 
Parti agama, Pas telah membuat penegasan dan pendekatan baharu dengan Umno di mana pendekatan ini adalah pendirian politik terkini mereka untuk tahun 2016. Pendekatan dimaksudkan itu ialah Pas akan berta'awun dengan Umno. Ta'awun bermaksud membantu dan bergotong royong dengan Umno, untuk kebaikan bersama, dalam aspek agama dan maslahat ummah. Bukan politik?

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Nik Zawawi Nik Salleh. Serentak itu beliau menegaskan Pas tidak sama sekali bertahaluf syiasi, yakni bekerjasama politik dengan Umno. Ertinya arahan dan kebenaran MSU sebelum ini sudah termansuh?

Mungkin ramai yang tidak berapa faham perbezaan antara ta'awun dengan tahaluf syiasi? Dalam pemahaman dan definasi diberikan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, ta'awun itu seperti membantu menolak kereta mogok dijalanan bagi meringan dan menyelesaikan masalah dihadapi tuan kereta itu. Bantuan itu bukan bermaksud yang menolak itu bersetuju dengan tuan kereta. Mudah.

Analogi simplistik ini (mungkin) boleh dimaksudkan begini, Pas boleh "tolak kereta" Umno yang mogok tetapi tidak semestinya bersetuju  dengan Umno, apa lagi akan ikut sertai menaiki kereta berkenaan bersama Umno walaupun kebetulan perjalanan orang Umno itu ke masjid? Ertinya Pas setakat membantu Umno dari konteks kemanusiaan sahaja dan tidak mengharap keuntungan spiritual.

Kenapa sikap sebegitu diambil. Apakah Pas tetap juga tidak akan menaiki kereta Umno yang ditolak itu hidup sedangkan ia menuju ke destinasi sama untuk ke masjid? Pegangan Nik Amar ini atau falsafah ta'awun Pas ini boleh diperbetulkan.

Ta'awun demikian adalah berdasarkan kepada maksud untuk membantu demi kebaikan bersama. Ianya diambil setelah mengkaji pelbagai sudut dan keadaan terdesak. Kesedaran dan langkah ini sesuatu yang patut dipuji kerana telah lama ummah di negara ini berkecamukan dan mengalami pelbagai kerugian kerana ketiadaan ta'awun seperti ini.

Bahkan ta'awun seperti ini sudah lama dipraktikan oleh kaum-kaum minoriti lain di negara ini khasnya Cina. Mereka bukan sahaja berta'awun tetapi melakukan lebih daripada itu termasuk tahaluf syiasi yang boleh diistilahkan mereka sangat understanding dalam berpolitik. Dengan understanding demikianlah menjadikan kaum itu kukuh dan megah di negara ini sehingga pula kita kadang-kadang mencemburui mereka.

Nah makanya apabila Pas membuka gapura baharu politik ini ia perlu diberi perhatian. Boleh jadi pendekatan baharu ini ia merupakan aspirasi pimpinan Pas yang baharu yang telah insaf dan kasyaf mengenai masa depan ummah di mana kesannya terabai selama ini?


Secara peribadi saya tidak setuju dengan langkah Pas menggunapakai istilah ta'awun bagi menggantikan tahaluf syiasi yang skopnya lebih luas. Jika Pas ikhlas untuk membangun ummah, Pas tidak hanya perlu setakat membantu, dalam konteks tertentu sahaja tetapi harus sama bekerjasama, berada dalam kerangka yang lebih besar dan global.

Dalam hal ini Pas harus jelaskan sikap dan pendirian mereka. Pas harus meletakkan matlamatnya dan bukan berhelah dengan istilah disebabkan takut kepada ahlinya. Kalau Pas yakin dengan bekerjasama dengan Umno itu baik untuk kepentingan semua, Pas harus berusaha ke arah itu dengan sesungguhnya.

Apa yang penting, apa yang ada dalam jiwa Pas kini, khasnya pimpinan tertingginya. Mereka tidak perlu berjibuh dengan istilah-istilah itu. Seorang yang dikatakan pemimpin, ialah orang yang berani membuat keputusan dan berani pula menanggung segala risikonya. Keberetian sebagai seorang pemimpin ialah melakukan perubahan, reform.

Bagi saya Pas bukan perlu membaiki dan menukar istilah, tetapi yang lebih penting memberi kefahaman kepada ahli tentang kepentingan berkerjasama dengan Umno. Pas kena jelaskan asas-asas yang konkrit. Pas perlu berterus terang dengan apa yang hendak dilakukan. Hari ini orang semua celik dan sudah ada minda sendiri. Apa yang disukai ialah berterus terang, jujur, tegas dan berprinsip.

Penipuan dan kezaliman Umno terhadap Pas selama ini perlu dijustifikasikan oleh pemimpin Pas kini. Ahli dan penyokong mahukan jaminan bahawa Umno tidak jahat seperti dahulu lagi. Untuk memastikan ini mungkin Pas perlu mengadakan perjanjian ala Hudaibiyah dengan Umno. Mengenakan syarat-syarat yang dapat ditanggung kedua belah pihak. Dengan perjanjian itu juga baharu Pas dapat menguji sejauh mana Umno ikhlas seperti mana diucapkan oleh pemimpinnya.

Iya, dalam politik tidak ada perjanjian dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditaati, tetapi setidak-tidaknya bila ada perjanjian Pas ada tali untuk pegang dan buat menambat Umno.

Kesimpulan daripada Pas mengambil masa untuk menjelaskan definasi ta'awun kepada ahli diseluruh negara dan dalam masa sama menafikan yang Pas ingin berkerjsama dengan Umno, elok Pas memberi penerangan dan tarbiyah kepada ahli kenapa dan sebab apa Pas perlu berkerjasama dengan parti itu kini. Perlu  rajin memberi kefahaman ini. Usaha Pas untuk menafikan ia tidak akan berkerjsama dengan Umno ia umpama kerja menjirus air ke daun keladi sahaja.

Suka atau tidak suka, Pas berhelah atau tidak, suatu hari nanti Pas tetap perlu menerima hakikat yang parti itu perlu bekerjasama dengan Umno demi masa depan ummah. Dan jika ia dirancang dan disusun dengan teliti dan berhemah ummah akan dapat menerimanya.

PESANAN BALIK UMRAH

Posted: 07 Jan 2016 07:12 AM PST



Setelah kira-kira tiga jam Najib Razak memuatnaik pesanan seperti di bawah ini di laman Facebook miliknya, beliau cuma mendapat 2,022 "likes" saja daripada pengikutnya yang berjumlah lebih 2.9 juta orang.
 
 
 
 
Komen yang diperolehinya pula lebih 400, tetapi apa kandungan sebahagian besar daripadanya, alahai....silalah baca sendiri di Facebook beliau itu.

Semakin kesian dengan Perdana Menteriku ini....

Portal pro-Najib persenda Dr Mahathir Melayu tulen?

Posted: 07 Jan 2016 07:01 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah portal pro-Umno yang memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik presiden parti Melayu itu.

Kali ini, Mykmu.net mempersendakan keturunan Dr Mahathir yang dilaporkan berasal dari Kerala, India.

"Tidak ada seorang pun yang tahu tentang rahsia dan kisah silam Tun M sendiri. Dan penulis yakin, sekiranya kita tahu tentang latar belakang beliau, semuanya baik-baik belaka. Apatah lagi beliau 'tidak pernah berahsia' dengan kita semua, bukan?

"Kita tahu bahawa Tun M berketurunan Melayu tulen. Hidupnya lebih 'zuhud' dari Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hidupnya 'miskin', 'papa kedana', cuba periksa akaun peribadinya. 'Miskin', bukan?

"Kita juga tahu bahawa Tun M tidak pernah mempunyai kroni. Beliau tidak pernah tolong anak-anaknya atau sahabat-sahabat karibnya sehingga ramai di kalangan mereka yang hidup 'melarat' dan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan sampai mati', kan?" kata penulis itu.

Artikel itu juga memaparkan imej 20 jutawan terkemuka di Malaysia, termasuk anak Mahathir Datuk Mokhzani.

Meneruskan sindiran itu, artikel berkenaan berkata sepanjang tempoh 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau begitu telus dalam pemberian kontrak.

"Beliau tidak pernah memberikan sebarang kontrak 'direct nego' kepada sesiapa. Malah semua kontrak kerajaan di bawah pentadbirannya juga diiklankan besar-besar di akhbar-akhbar arus perdana…

"Di zaman beliau juga tidak pernah berlaku 'ketirisan', 'penyelewengan' mahupun 'salahguna kuasa'.

"Lebih mengharukan, jika ada mana-mana kabinet di bawahnya yang melakukan kesalahan, beliaulah 'hero' yang mengambil tindakan undang-undang pada menteri-menteri kabinetnya.
Guna bomoh

Artikel itu adalah sebagai respons kepada kenyataan Mahathir baru-baru ini bahawa beliau tahu banyak rahsia mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Walau bagaimanapun, bekas perdana menteri itu enggan mendedahkan butiran.

Sementara itu, artikel itu juga mengkritik Mahathir yang dikatakan sebegitu terdesak sehingga sanggup menuduh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan khidmat bomoh.

"Seingat penulis, Tun M tidak pernah percaya pada perkara mistik.

"Sebagai contoh, beliau pernah menuduh Mursyidul Am PAS, Datuk Ustaz Haron Din Al-Hafiz menjual 'air jampi' yang beliau anggap 'karut'.

"Mungkin air yang diletak dalam halaqah jemaah masjid yang membaca surah Yaa Sin setiap Jumaat itu juga 'karut' tentang keberkatan baginya?' kata artikel itu lagi.

Mahathir kini lantang berkempen untuk menyingkirkan Najib dan menuduh bekas anak didiknya melakukan pelbagai salah laku.

Perdana Menteri menafikan dakwaan tersebut dan seterusnya mendakwa ada komplot bagi menggulingkannya.


Sazali fail rayuan kepada PBBM esok

Posted: 07 Jan 2016 06:50 AM PST

SINAR HARIAN


Sazali Samad
Sazali Samad. - Foto Ihsan BH Online
 
 
JAGUH bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung empat tahun bermula 22 Sept lepas selepas gagal dalam ujian doping sebelum ini, akan menfailkan rayuan kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), esok.

Pengurus peribadi Sazali, Hashrine Hashim yang juga isteri kepada jaguh bina badan negara itu memaklumkan beliau akan menemani Sazali selain seorang peguam yang dilantik oleh mereka untuk mengemukakan rayuan di pejabat PBBM, di sini.

"Kami masih mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk mengemukakan rayuan kepada PBBM.

"Setelah mengadakan perbincangan dengan peguam yang dilantik, adalah lebih baik kami menfailkan rayuan kerana saya merasakan hukuman empat tahun yang dikenakan ke atas Sazali sebelum ini adalah terlalu berat," katanya kepada Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, Hashrine menjelaskan Sazali tetap menjalani latihan seperti biasa di Gimnasium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ketika ini namun mengakui agak tertekan dengan hukuman yang dikenakan selepas gagal dalam ujian doping sebelum ini.

"Saya melihat Sazali mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk terus menyumbang bakti kepada negara dan saya berharap agar PBBM agar dapat mengurangkan hukuman tersebut," katanya.

Timbalan Presiden PBBM, Datuk Dr Ahmad Badrus Othman dalam sidang media sebelum ini memaklumkan Sazali digantung empat tahun selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali, iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).

Anak jati Batu Pahat, Johor itu yang digelar 'Orang Besi Malaysia', pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. - Bernama

Lebih banyak program makanan untuk pelajar miskin

Posted: 07 Jan 2016 06:43 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Lebih bantuan awam mula mencurah berikutan kajian yang dijalankan sebuah NGO Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati iga daripada empat pelajar di universiti awam mengaku berada dalam situasi tidak mampu untuk membeli makanan.

Yayasan Darul Hijrah hari ini mengumumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya untuk membantu mahasiswa melalui inisiatif kupon makanan; Coupon For The Needs (CFTN).

"Inisiatif ini bermula pada hari ini (7 Jan 2016) di Universiti Malaya dan PMIUM serta Pak Ali Roti Canai akan menjadi penggerak utama kepada CFTN khusus buat mahasiswa yang memerlukan," kata Yayasan Darul Hijrah melalui Facebook hari ini.

Menurut mereka, setiap kupon bernilai RM4.00 dan menu telah ditetapkan hasil persefahaman bersama peniaga.

Kupon boleh dibayar oleh rakan-rakan pelajar dan juga orang ramai.

Mereka yang berminat untuk membantu boleh menyalurkan wang ke akaun Maybank, Yayasan Darul Hijrah yang bernombor 5660 1060 9934 dan menghantar maklumat sumbangan itu kepada admin@yayasandh.com atau WhatsApp slip sumbangan ke 018-359 0403 untuk tujuan resit, rekod dan audit.

Program makanan seumpama itu dilaporkan telah pun dijalankan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Kaji selidik MVM terhadap 25,632 mahasiswa daripada enam buah universiti mendapati 57 peratus daripada mereka hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan, 44 peratus makan mee segera manakala 41 peratus hanya makan nasi dengan telur goreng dan sos.

Kajian ini juga mendapati 96 peratus daripada mereka berada di bawah tekanan ekonomi, manakala 97 peratus berkata mereka mahu menggunakan bantuan kewangan daripada MVM.

Kaji selidik itu dibuat selepas tersebar nota dari seorang pelajar di sebuah masjid di media sosial baru-baru ini.

Dalam nota tanpa nama yang ditujukan kepada sebuah jawatankuasa masjid, pelajar tersebut memohon maaf kerana "meminjam" beberapa ringgit daripada tabung masjid untuk membeli makanan, selepas beberapa hari tidak makan makanan berkhasiat.


SPRM tahan pegawai Pejabat Tanah kes rasuah bauksit

Posted: 07 Jan 2016 06:39 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata bayaran rasuah itu bagi melindungi kegiatan haram pelombong bauksit daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

"Nilai wang rasuah yang terlibat dalam kes ini lebih daripada RM100,000," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, semua mereka yang berusia antara 30 hingga 38 tahun kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.



Selain itu berhubung kes sama, SPRM turut mengesan kegiatan penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen.

Borang berkenaan dijual dengan harga RM150 hingga RM200 meskipun ia hanya bernilai RM1.

"SPRM juga tidak menolak kemungkinan melakukan tangkapan susulan dan telah mempunyai maklumat berkaitan pihak-pihak terbabit," katanya.

Sementara itu SPRM berharap semua pihak termasuk masyarakat setempat bertanggungjawab bagi memastikan aktiviti perlombongan bauksit tidak terkawal dapat diatasi.


Tiga dari empat mahasiswa tak cukup duit nak makan

Posted: 07 Jan 2016 06:36 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tiga daripada empat pelajar di universiti awam mengaku berada dalam situasi tidak mampu untuk membeli makanan, menurut kajian yang dijalankan sebuah NGO Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM).

Kaji selidik terhadap 25,632 mahasiswa daripada enam buah universiti itu mendapati 57 peratus daripada mereka hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan, 44 peratus makan mee segera manakala 41 peratus hanya makan nasi dengan telur goreng dan sos.

Kajian ini juga mendapati 96 peratus daripada mereka berada di bawah tekanan ekonomi, manakala 97 peratus berkata mereka mahu menggunakan bantuan kewangan daripada MVM.

Kajian itu dijalankan ke atas mahasiswa Universiti Tekonologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kaji selidik itu dibuat selepas tersebar nota dari seorang pelajar di sebuah masjid di media sosial baru-baru ini.

Dalam nota tanpa nama yang ditujukan kepada sebuah jawatankuasa masjid, pelajar tersebut memohon maaf kerana "meminjam" beberapa ringgit daripada tabung masjid untuk membeli makanan, selepas beberapa hari tidak makan makanan berkhasiat.

Mengulas kaji selidik berkenaan, Ketua Biro Mahasiswa PKR, Fahmi Zainol menggesa kerajaan menyalurkan bantuan keperluan asas buat mahasiswa termasuk makanan percuma

"Jika Kerajaan tidak mampu berbuat sedemikian, kerajaan patut malu pada mahasiswa

"Ramai kelompok mahasiswa dengan usaha mereka sendiri menjalankan program makanan percuma buat rakan-rakan Universiti mereka. Walaupun mereka sendiri tidak mempunyai sumber yang mencukupi," katanya.

Terdahulu, Pensyarah UIA Mohamed Aslam Haneef meminta universiti-mewujudkan kerja sambilan di kampus untuk pelajar miskin bagi meringankan beban kewangan mereka.

Aslam juga menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyemak semula pinjaman pelajar berdasarkan kos kehidupan semasa.

Pensyarah ekonomi itu juga mencadangkan, universiti membeli buku rujukan dari pelajar siswazah dan menjual semula kepada mahasiswa dengan harga subsidi seperti diamal di luar negara.


PKR akan tetap sayangkan Pas

Posted: 07 Jan 2016 06:30 AM PST

Pas PKR


SHAH ALAM – Pas tidak akan ditolak ke tepi oleh PKR meskipun parti itu akan bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, senario Pas dan PKR tidak akan berubah dan kekal seperti biasa kerana Pas mempunyai kelebihan tersendiri.

"Senario Pas di Selangor akan kekal seperti biasa. Dalam masa sama, Pakatan harapan akan berjalan seperti biasa.

"Pengaruh Pas di negeri Selangor sangat kuat. Itu adalah kepentingan bagi PKR.  Dan sebab itulah PKR masih sayangkan Pas," katanya kepada Sinar Online.

Pakatan Harapan mengumumkan untuk menandatangani perjanjian bersama pada Sabtu ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjanjian tersebut akan memberi fokus kepada  perkara-perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan antara ketiga parti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan tandatangan perjanjian Sabtu ini]

Muhammad Shamshinor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berpendapat, PKR akan tetap melindungi Pas daripada serangan bertali-arus DAP seperti sebelum ini.

"Pas mendasari Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Azmin Ali. Azmin akan bijak bermain (dalam percaturan Pas dan Pakatan Harapan).

"Azmin akan tetap jaga kedua pihak kerana semua ada kepentingan," katanya lagi

M Daud Kilau maafkan individu sebar berita palsu

Posted: 07 Jan 2016 06:28 AM PST

M Daud Kilau
M Daud Kilau
 

"SAYA tidak marah malah menerima dengan hati terbuka serta memaafkan mereka yang menyebarkan   berita palsu berkenaan.

Itu luahan raja gelek Malaysia Datuk Mohd Daud Kilau, 77, atau lebih dikenali sebagai M. Daud Kilau apabila berita palsu mengenai kematiannya tersebar luas di laman sosial hari ini.

Dia yang masih ditahan di wad Hospital Teluk Intan (HTI) sejak Ahad lalu akibat komplikasi membuang air kecil hanya ketawa apabila ditanya mengenai berita demikian.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berharap panjang umur dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan petang tadi.

Pelantun lagu Gila Judi berkata dia berasa semakin sihat sekarang berbanding hari pertama di tahan di wad.

"Berita fitnah ini memberi saya lebih keyakinan untuk sembuh lebih cepat dan berjumpa dengan peminat dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, anak M. Daud Kilau, Ahmad Zaini menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai kematian bapanya di laman sosial.

"Kami sekeluarga sangat berdukacita kerana di saat ayah semakin sembuh muncul berita mengatakannya sudah tiada.

"Saya harap pihak berkenaan bertaubat dan hentikan menyebarkan berita sedemikian, sebaliknya meminta semua peminat ayah di negara ini mendoakan kesembuhannya," katanya.


Pakatan Harapan lancar dokumen rasmi 9 Januari

Posted: 07 Jan 2016 06:21 AM PST

Oleh Fiza Abd Halim


KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan bakal melancarkan perjanjian rasmi pada 9 Januari ini bagi memperkukuh kerjasama gabungan itu.

Dokumen Rasmi Pakatan Harapan itu akan ditandatangani ketiga-tiga parti gabungan itu – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

pakatan-harapan1Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dokumen rasmi tersebut bagi mengikat ketiga-tiga parti sebagai sebuah gabungan politik yang mampan, bersatu padu dan selari dengan sokongan rakyat terhadap agenda perubahan yang dibawa parti itu selama ini.

"Pakatan Harapan akan mengadakan persidangan pimpinan buat julung-julung kalinya pada 9 Januari 2016 di Pusat Persidangan SACC, Shah Alam dari jam 9 pagi yang bakal menyaksikan majlis memeterai perjanjian tersebut.

"Perjanjian akan memberi fokus kepada perkara-perkara utama yang menjadi prasyarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan di antara ketiga-tiga parti," katanya dalam sidang media bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Ibu Pejabat Amanah, hari ini.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Harapan juga akan memberi tumpuan seterusnya untuk membangunkan satu kerangka dasar-dasar jitu dan radikal ke arah mencari penyelesaian berkesan kepada setiap permasalahan rakyat.

"Kita akan mencari jalan penyelesaian masalah rakyat dan membina sebuah negara yang inklusif dan berdaya saing.

"Ini juga akan membentuk dokumen dasar-dasar bersama pakatan ini yang bakal diumumkan di Konvesyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun 2016," jelasnya.

Antara pimpinan Pakatan yang turut sama dalam persidangan itu adalah Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Otai Reformis anjur Himpunan Selamatkan Malaysia-Bebas Anwar 3 April

Posted: 07 Jan 2016 06:19 AM PST

Oleh Nadia Hanafi


PETALING JAYA : Otai Reformis mengumumkan dua acara besar pada April nanti sebagai kemuncak kepada kempen sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim yang akan dicalonkan dalam Anugerah Tokoh Keamanan Nobel 2016.

Menurut Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib, mereka akan mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia-Bebas Anwar-Bebaskan Rakyat-Hentikan Kezaliman secara besar-besaran pada 3 April.
Saari berkata, himpunan yang akan bermula pada 2 petang itu menjangkakan 100,000 rakyat akan turut serta.

saari"Dijangkakan 100,000 rakyat akan berhimpun di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada hari itu," katanya pada sidang media Otai Reformis bersama beberapa NGO berhubung pencalonan Anwar dan kempen mereka untuk anugerah tersebut.

Hadiah Keamanan Dunia akan dianugerahkan pada Oktober nanti dan diadakan setiap tahun di Oslo, ibu negara Norway dan ini merupakan pencalonan kedua untuk Anwar.

Sebelum itu, aktivis reformasi juga akan mengadakan Konvensyen Rakyat di Shah Alam pada 2 April dan menjangkakan seramai 1,000 aktivis serta pemimpin reformasi dan NGO akan menyertai konvesyen ini.

Menurut Saari, konvesyen ini akan menyaksikan tokoh-tokoh reformasi daripada Indonesia, Filipina, Myanmmar, Timor Leste dan Tunisia, yang akan berkongsi pahit maung perjuangan mereka sehingga akhirnya kemenangan dan kuasa yang adil kembali kepada rakyat.

"Kedua-dua acara ini akan melibatkan para aktivis Reformasi dan NGO yang mengambil peranan masing-masing.

"Sebuah jawatankuasa juga akan dibentuk dan pengerusi jawatankuasa akan ditetapkan bersama," jelas Saari.

Senarai Menteri Malaysia 2016 : UK, USA, Jepun, China, India Kalah Dengan Malaysia!

Posted: 06 Jan 2016 11:08 PM PST


BERITA SEMASA



Senarai Menteri Malaysia 2016 : UK, USA, Jepun, China, India Kalah Dengan Malaysia!


menteri malaysia


Pelik! Tidak padan dengan jumlah rakyat Malaysia yang hanya berjumlah 30 juta tetapi nisbah rakyat Malaysia dengan senarai menteri Malaysia jauh meninggalkan negara besar dunia dan negara maju yang lain seperti China, India, Britain, Jepun, Amerika Syarikat USA.

Untuk apa? Ada menteri yang menjadi santapan ketawa rakyat Malaysia. Ada menteri yang rela dijadikan bahan tohmahan dan kemarahan rakyat Malaysia. Macam-macam perangai yang ada. Tidak padan dengan kemudahan, elaun, wang ringgit yang Rakyat Malaysia laburkan untuk mereka.
Sepatutnya dalam keadaan hari ini, dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, kos sara hidup yang terus melambung tinggi, satu demi satu masalah yang tidak diselesaikan sehingga ke hari, ditambah dengan kenyataan menteri yang asalkan memberikan kenyataan, saiz senarai menteri Malaysia patut dirombak dan dikurangkan.

Untuk apa dibela dan ditanggung mereka ini?

Saiz dan Senarai Menteri Malaysia 2016 VS Impak Kepada Rakyat dan Malaysia?

 

Rakyat diajak supaya menguruskan kewangan dan kehidupan dnegan betul sedangkan yang di atas tidak menunjukkan contoh yang baik dalam perbelnajaan menguruskan kerajaan termasuk lebih gemar membesarkan saiz menteri kabinet Malaysia

Dengan saiz menteri kabinet Malaysia yang ada sekarang ini, Malaysia sudah pun mengatasi Singapore, Jepun, Korea Selatan? Tidak juga. Jadi apa hasil yang rakyat Malaysia perolehi dengan saiz menteri kabinet Malaysia yang ada sekarang ini?

P/S : Sudah ada JPJ, diwujudkan SPAD? Sudah ada Jabatan Pertanian Malaysia, ada pula FAMA, Peladang? Mengapa perlu begitu banyak agensi di Malaysia?

PP/S : Berdasarkan semakan Berita Semasa negara yang begitu banyak menteri ini kebanyakannya dari Benua Afrika yang terkenal dengan skandal dan penyelewengan


PEDULIKAH MEREKA DENGAN HARI PEMBALASAN?

Posted: 06 Jan 2016 11:06 PM PST

shahbudindotcom

 
 
 
Tidak senang dengan langkah menjual tanah Bandar Malaysia kepada pihak asing untuk membayar hutang 1MDB, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia atau DPMM nampaknya terpaksa memilih pendekatan bercorak keagamaan dengan memberi peringatan berhubung "hari pembalasan" kepada kerajaan berhubung tindakan itu.

Memetik kata-kata bapa Najib, Allahyarham Tun Razak yang pernah mengatakan "apabila tiba hari pembalasan, hukuman akan dilaksanakan" di majlis penubuhan UDA, Presiden DPMM, Syed Ali Alattas berkata, terpulang kepada mereka memikirkannya kerana merekalah yang bertanggungjawab.

Katanya, DPMM tidak mempunya kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan "orang besar" tetapi hanya ingin memberi peringatan tentang amanah dalam mentadbir negara.

Dewan tiada kuasa pun, tidak pernah mimpi untuk dapat semua ini. Kuasa ini semua "orang besar" yang dapat, dia juallah.

Tetapi ingat, ketika hari pembalasan, hukuman dilaksanakan, tambah beliau.

Peringatan ini sebenarnya selain ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Najib Razak,  juga turut disasarkan kepada semua anggota kabinet dan pimpinan tertinggi UMNO yang tidak bersuara sedikit pun mengenai penjualan tanah tersebut.

Barangkali kerana menyedari teguran, kritikan dan pandangan banyak pihak yang tidak setuju dengan penjualan tanah kepada pihak asing itu tidak menimbulkan sebarang kesan selama ini, lalu membuatkan Syed Ali cuba mengingatkan mereka yang bertanggungjawab mengenai pertanggungjawaban akhir yang mesti mereka hadapi.

Soalnya, apakah mereka benar-benar peduli dengan "hari pembalasan" itu? Pedulikah juga mereka tentang amanah kepada rakyat dan negara?

Atau  ada yang sudah bertaubat dan meminta ampun di depan Kaabah ketika umrah? 


Amanah Johor sedia berunding dengan Umno

Posted: 06 Jan 2016 11:00 PM PST

BEN TAN

 

aminolhuda
Aminolhuda berkata, kerjasama yang Umno Johor berikan kepada Pas tidak seharusnya berhenti di situ sahaja, tetapi ia perlu dikembangkan dengan parti pembangkang lain. Foto TRP/ Ben Tan 


JOHOR BARU,  Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menggesa kerajaan negeri itu melihat kepada manfaat yang bakal diperoleh sekiranya mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang lain di Johor untuk kebaikan rakyat.


Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, BN negeri terutamanya Umno Johor perlu terbuka dengan semua pihak bagi kepentingan rakyat.

"Kami (Amanah Johor) terbuka dengan perbincangan dan rundingan dengan pihak lain jika ia membabitkan sesuatu yang baik untuk negara dan masyarakat.

"Kerjasama yang Umno Johor berikan kepada Pas tidak seharusnya berhenti di situ sahaja, tetapi ia perlu dikembangkan dengan parti pembangkang lain," katanya kepada The Rakyat Post.

Aminolhuda berkata, ini merupakan maklumbalas terhadap laporan tiga hari lalu di mana Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengalu-alukan Pas untuk bekerjasama dengan Umno.

Khaled yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata, Umno Johor mengalu-alukan Pas untuk mengadakan sebarang kerjasama yang memberi kebaikan kepada rakyat.

Aminolhuda yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani berkata, kerajaan negeri BN di bawah Khaled juga perlu mengambil pendekatan yang sama kepada semua parti.

"Ini selari dengan konsep demokrasi terpimpin dan secara umumnya akan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Aminolhuda turut memberi contoh permohonan untuk tempat oleh parti pembangkang kepada kerajaan negeri yang sering ditolak.

Malah katanya, rundingan pro aktif dan pemahaman pelbagai parti politik dalam negeri akan memperlihatkan kematangan politik untuk negeri Johor.

"Dan ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak termasuk rakyat. Jangan hanya tetapkan sikap terbuka mereka kepada satu parti politik sahaja," katanya merujuk kepada pelawaan Khaled kepada Pas.

Baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Sri Najib Razak menawarkan untuk bekerjasama dengan Pas pada 10 Disember dalam usaha untuk memajukan negara menurut perundangan Islam.

Najib yang juga Perdana Menteri dilaporkan berkata, dia gembira apabila Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas parti itu digugurkan oleh Pakatan Harapan, iaitu gabungan DAP, PKR dan Amanah.

Ops Jejak GST 2016 dilancarkan – Kastam

Posted: 06 Jan 2016 10:54 PM PST

IKHWAN HAZWAN

 

JKDM
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata operasi berkenaan akan bermula pada 17 hingga 22 Januari ini dan akan melibatkan 1,500 anggota JKDM yang mana ia akan dilaksanakan di seluruh negara dan dibahagikan mengikut zon tengah, utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. - Foto TRP/Syahirah Roslan


PUTRAJAYA,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan Ops Jejak GST 2016 bagi menjejak dan mendaftar mana-mana individu, syarikat dan perniagaan yang telah layak berdaftar sebagai orang berdaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi masih gagal berbuat demikian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata operasi berkenaan akan bermula pada 17 hingga 22 Januari ini dan akan melibatkan 1,500 anggota JKDM yang mana ia akan dilaksanakan di seluruh negara dan dibahagikan mengikut zon tengah, utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak.

"Ops ini dilakukan selepas maklumat yang diperolehi melalui risikan dan aduan dari orang awam yang mendapati masih terdapat syarikat yang belum mendaftar walaupun dijangkakan layak untuk didaftarkan secara mandatori (mencapai pembekalan bercukai melebihi RM500,000) mengikut Seksyen 20 Akta GST 2014.

"Dengan pelaksanaan Ops ini, JKDM menyasarkan untuk mendaftar 100,000 registran baru bagi tempoh 2016 sebagai tambahan kepada 400,519 yang telah berdaftar sepanjang 2015,

"Ops ini bukanlah untuk menghukum atau mengambil tindakan ke atas mereka yang belum mendaftar tetapi juga untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan mereka sukar untuk mendaftar," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah Khazali, JKDM juga akan mengesan mana-mana individu berdaftar GST tetapi gagal mematuhi Seksyen 33 Akta GST 2014 berkenaan pengeluaran invois cukai yang menyebabkan amaun GST tidak dapat diakaunkan dengan sepatutnya.

Jelasnya, mana-mana orang berdaftar GST yang gagal mengeluarkan invois cukai atau mengeluarkan suatu invois cukai yang tidak mengandungi butir-butir yang ditetapkan telah melakukan kesalahan dibawah Akta GST 2014.

"Oleh itu mulai 15 Januari ini, mana-mana orang berdaftar GST dikesan oleh pegawai JKDM gagal mematuhi peruntukan di atas, kompaun serta-merta akan dikeluarkan terhadap mana-mana orang berdaftar yang melakukan kesalahan berkenaan.

"JKDM menasihatkan mana-mana orang dan syarikat yang telah mencapai perbekalan bercukai secara mandatori agar terus mendaftar dengan segera dan mematuhi perundangan yang telah ditetapkan untuk mengelak sebarang kesulitan di masa akan datang," ujarnya.

Kerusi PBT PAS bertambah walaupun PAN Selangor dapat lapan kerusi

Posted: 06 Jan 2016 10:51 PM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) diberikan lapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa menjejaskan bahagian yang diperuntukkan kepada PAS, kata Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie.
 
Malah, PAS mendapat penambahan kerusi PBT hasil rundingan parti itu dengan DAP serta PKR ketika mesyuarat exco yang dipengerusikan menteri besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, pagi tadi.
 
Shuhaimi bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai berapakah jumlah kerusi PBT terkini yang dimiliki tiga parti berkenaan kecuali PAN yang mendapat lapan kerusi.
 
"PAS pun ada pertambahan kerusi sedikit. Jika tambah pun di antara dua hingga empat kerusi. Tidak begitu banyak perbezaan sebab kami lihat menstabilkan kerajaan itu lebih penting.
 
"Mereka (PAS) dah kurang satu kerusi exco, ok-lah. Ada ruang untuk kita meluahkan perasaan tidak puas hati, namun dalam masa sama kita kena terima kelebihan dan kekurangan.
 
"Walaupun mungkin sebelum ini PAS agak keras dengan tidak mahu beri kerusi, namun kena beri kredit kepada PAS sebab mereka juga ada melakukan tolak-ansur untuk kebaikan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pemberita di luar Pejabat Menteri Besar Selangor, tengah hari tadi.
 
Mengambil sikap bertolak-ansur, PKR dan DAP 'melepaskan' beberapa peruntukan kerusi ahli majlis pada penggal lalu kepada PAN bagi penggal ini, yang bermula pada 15 Januari 2016 dan tamat pada Disember 2017.
 
Pada penggal lalu, PKR diperuntukkan 120 kerusi diikuti DAP (92) dan PAS (67).
 
"PKR dari kerusi berkurang kepada sekitar 101 kerusi. Memang banyak, tetapi jika itulah proses yang kita jalankan, dan jika itu harga yang perlu bayar (maka) kita bayarlah. 
 
"DAP pun ada juga berikan beberapa kerusi. Jika ikutkan mereka mendapat satu per tiga daripada perjanjian terdahulu, namun mereka juga bersedia bertolak-ansur. Ada beberapa kerusi yang diberikan kepada parti lain," katanya lagi.
 
Sebelum ini PAN mengemukakan permohonan sebanyak 34 kerusi ahli majlis PBT Selangor dengan dua ahli majlis di setiap PBT.
 
PAS pula bertegas untuk tidak mahu memberi sebarang kerusinya kepada PAN.
 
 

Ringgit terus susut berbanding dolar AS

Posted: 06 Jan 2016 10:47 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, dengan peniaga bimbang mengenai keadaan ekonomi China, kata peniaga. 
 
Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga lebih rendah pada 4.4100/4180 berbanding dolar AS daripada 4.3890/3960 semalam. 
 
Seorang peniaga berkata, penurunan mendadak harga minyak memaksa pelabur berada dalam keadaan bertahan tatkala mereka beralih daripada mata wang berasaskan komoditi kepada mata wang yang berisiko rendah. 
 
Ringgit juga turun berbanding mata wang utama yang lain. Ia dibuka lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0710/0783 daripada 3.0590/0645 semalam dan turun berbanding pound British kepada 6,4532 / 4662 daripada 6.4224/4335. 
 
Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.7152/7236 daripada 3.7019/7081 dan berbanding euro, ia jatuh ke 4.7522/7613 daripada 4.7116/7200. 


PPIM dakwa berlaku ketirisan di Imigresen Selangor

Posted: 06 Jan 2016 10:45 PM PST

 
Ia susulan dua pasport antarabangsa dikeluarkan kepada dua anak Zahnita sedangkan passport lama masih lagi sah sehingga 2019.


passport


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa berlaku ketirisan dalam proses pengeluaran pasport oleh pihak Jabatan Imigresen Selangor.

Aktivis PPIM, Mazlina Abu Bakar berkata, dakwaan itu susulan aduan daripada model terkenal, Zahnita Dorothy Hussien Wilson, 30, apabila mendakwa berlaku pengeluaran dokumen perjalanan antarabangsa baru terhadap dua anaknya Zahrafeena Abd Zackery, 9, dan Zasharayna Abd Zackery, 3, oleh pihak Jabatan Imigresen Selangor.

"Pasport kedua-dua anak Zahnita itu masih lagi dalam tempoh sah dan berada dalam simpanannya.

"Dia (Zahnita) mendapat tahu wujudnya pengeluaran pasport antarabangsa itu apabila suaminya Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 37 membawa anaknya ke Phuket pada 2 Disember tahun lalu," katanya pada sidang media di pejabat PPIM hari ini.

Mazlina berkata, sebelum ini Zahnita sudah cuba berhubung dengan pihak Imigresen untuk meminta penjelasan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, apabila Duta Jakel itu pergi ke pejabat Imigresen, dia difahamkan oleh seorang pegawai bahawa suami dan dua anaknya itu akan ditahan jika masuk ke negara ini, namun, perkara itu tidak berlaku.

Mengulas lanjut, Mazlina menggesa agar perkara itu disiasat oleh pihak atasan Imigresen bagi mengelak dokumen penting itu disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah.

"Saya rasa ada penyalahgunaan kuasa dalam Imigresen… Ketua Pengarah Imigresen diminta menyiasat perkara ini," tegasnya.

Untuk rekod, pasport asal yang disimpan oleh Zahnita dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Selangor sama seperti yang dikeluarkan untuk suaminya.

Zahnita dan Abd Zackery dilapor sedang dalam proses perceraian dan hak penjagaan anak mereka masih belum ditentukan oleh pihak mahkamah syariah.

Dalam pada itu, Zahnita yang hadir sama pada sidang media berkenaan turut meluahkan kebimbangannya mengenai perkara tersebut.

"Kenapa mereka (Imigresen) begitu mudah mengeluarkan pasport baru tanpa ada laporan polis jika ia dikatakan hilang.

"Sudah tentu ada polisi yang sepatutnya dan saya minta ia diperketatkan pada masa akan datang," ujarnya.

Qu Puteh dan KAFA bukan Hikayat Puteri Gunung Ledang

Posted: 06 Jan 2016 10:38 PM PST




Oleh Ronasina


Sekali pandang kisah Datuk Seri Vida tuan punya produk kecantikan jenama Qu Puteh meletakkan dua syarat untuk dipenuhi oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) jika mahukan penajaan dari pihaknya seperti sebuah jenaka tetapi ia sebenarnya mengandungi moral kehidupan yang sangat serius.

Terdahulu diberitakan KAFA memerlukan dana RM15 juta untuk saingan liga Piala Malaysia 2016 dan Qu Puteh antara yang 'dipinang' untuk menaja pasukan bolasepak Kelantan yang bernama The Red Warriors (TRW).

Qu Puteh bersetuju jika dua syaratnya dipenuhi iaitu Stadium Sultan Muhammad IV dicat merah jambu dan nama pasukan bolasepak mestilah ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Drama ini membentangkan filosuf kehidupan pada zaman ini di mana 'siapa ada wang dia berkuasa'.
Dunia materialis mencipta hukum orang yang berkuasa berhak menentukan sesuatu untuk orang lain apatah lagi ke atas orang yang lemah dan terdesak.

Berapa ramai manusia pada hari ini di seluruh dunia dipaksa dan terpaksa bekerja serta melalui kehidupan yang bukan kehendak sendiri demi kelangsungan hidup menyara keluarga?

Hambatan kemajuan memaksa mereka menyerahkan tenaga untuk diperah kering oleh majikan yang hanya tahu menghitung untung. Pemerdagangan manusia berlaku rentetan dari terdesaknya hidup.

Bukan rakyat bawahan sahaja terpaksa bekerja keras menampung hidup dan menyara keluarga, menteri pun ada yang terpaksa buat dua kerja.

Inilah ikhtiar hidup (survival) yang terpaksa dilalui tanpa kompromi. Kerana wang, manusia bersesakan di lebuhraya setiap hari bekerja untuk membayar bil-bil yang muncul di hujung bulan. Tidak ada tawaran tolak ansur berlaku. Mesti dibayar. Hendak bayar, bekerjalah apa sahaja.

Manusia yang lemah dan terdesak akan berbuat apa sahaja asalkan terus hidup walaupun rundingan kesepakatan selalunya tidak langsung menguntungkan pihaknya tetapi biarlah asalkan tidak terlalu rugi. Apa pilihan lagi yang ada?

Kisah dua syarat Qu Puteh ke atas KAFA bukanlah hal hebat yang perlu diperbesarkan. Ia bukan seperti kisah legenda Puteri Gunung Ledang yang meletakkan tujuh syarat pelik untuk Sultan Mahmud penuhi jika mahu memperisterikan dirinya. Syarat ganjil Puteri Gunung Ledang sebenarnya sendiri adalah suatu penolakan. Tidak wujud perasaan cinta.

Tujuh syarat pelik Puteri Gunung Ledang adalah kubu yang dibina untuk menutup terus peluang Sultan yang bercita-cita memilikinya.

Manakala syarat Qu Puteh adalah sebuah tawaran untuk mengikat sebuah tali percintaan yang menjanjikan situasi sama-sama menang. Jika sama-sama setuju, hati sudah suka sama suka apalah ada pada nama,
boleh sahaja ditukar. Andai cinta sudah berpaut, merah jambu itu romantik! Jangan kata wang tidak selalunya boleh membeli cinta. Jangan! Cinta boleh datang bertemankan wang.

Cuma dari perspektif yang lain, di ruangan 'moral of the story' pada kamus realiti kehidupan, wang adalah kuasa dan pemiliknya akan beroleh kesaktian menakluki dan memaksa orang lain yang terdesak untuk tunduk mengalah.

@ronasina merupakan pelukis/ penulis/ aktivis dan pengasas kempen Hope2Walk kesedaran tentang Cerebral Palsy.

Majlis Fatwa Perlu Halang Kerajaan Menandatangani TPPA

Posted: 06 Jan 2016 10:34 PM PST



Oleh Mahfuz Omar

1. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu tampil menyatakan pendirian dalam isu TPPA. Majlis Fatwa perlu mengadakan muzakarah dan menyatakan pendirian tegas dalam isu TPPA yang sedang hangat diperkatakan menjelang perbahasan di Parlimen dan ditandatangani oleh kerajaan Umno Bn untuk menjual Malaysia pada penjajahan baru kuasa besar Amerika.

Kalau sebelum merdeka para Ulamak bangun memimpin rakyat menentang penjajahan British ke atas Malaya pada waktu itu, kini menjadi tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan bangkit untuk bersama rakyat menghalang penjajahan baru hasil persekongkolan kerajaan Umno Bn menjual Malaysia.

2. Kalau dalam isu Vape yang dianggap oleh Majlis Fatwa haram kerana merbahaya, memudharatkan kesihatan dan membazir maka sudah tentu dalam hal TPPA lebih merbahaya kepada masa depan Islam dan kedaulatan negara serta mengancam persaingan ekonomi rakyat Malaysia.

3. Majlis fatwa perlu mengharamkan perjanjian ini (TPPA) yang jelas akan memudharatkan kesihatan kehidupan agama dan budaya, ekonomi serta kedaulatan negara Malaysia tercinta. Jangan biarkan kerajaan Malaysia melakukan perkara yang menjahanamkan masa depan generasi akan datang. Jangan biarkan Kerajaan Umno Bn menyerahkan negara Malaysia tercinta pada perompak dan penjenayah antarabangsa yang akan merompak masa depan generasi Malaysia.

4. Umat Islam dan rakyat Malaysia menanti fatwa pengharaman TPPA daripada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menghalang kerajaan Umno Bn menanda tangani perjanjian (TPPA) tersebut demi mempertahankan Kedaulatan Malaysia tercinta.

‪#‎BANTAH‬ TPPA :
JANGAN JUAL MALAYSIA.

(*)  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR ,Ahli Parlimen Pokok Sena

Jangan timbulkan lagi isu bergabung dengan UMNO – Nik Mohd Amar

Posted: 06 Jan 2016 10:25 PM PST

 
Langkah untuk bergabung itu tidak seharusnya timbul lagi ekoran Majlis Ulama telah membuat keputusan mengenainya


Datuk-Mohd-Amar-Nik-Abdullah


PETALING JAYA: PAS meminta semua pihak agar tidak menimbulkan lagi isu `bergabung' antara parti itu dengan UMNO.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Ulama kelmarin jelas menunjukkan bahawa parti itu hanya akan menjalinkan kerjasama terhadap perkara-perkara yang melibatkan agama Islam sahaja.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita tidak akan bergabung. Istilah itu betul, istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama.

"Awak boleh bekerjsama dengan orang bukan Islam sekalipun, contohnya kereta rosak tepi jalan kita kerjasama menolak kereta. Itu tidak bermakna kita berkongsi keyakinan. Bagi kami apa yang dikeluarkan Majlis Syura itu sangat jelas, tiada lagi persoalan," katanya yang dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS buat masa ini kekal sendiri dan hanya membuat hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat.

Katanya, PAS akan datang ke apa-apa majlis anjuran UMNO, tetapi, akan melihat terlebih dahulu majlis yang akan dihadiri itu.

Pangkat polis bergantung kepada perut

Posted: 06 Jan 2016 10:22 PM PST

 
Ia sebagai dorongan kepada pegawai dan anggota PDRM menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat



(PDRM)-bakal-mewajibkan-anggota-lulus-ujian-Indeks-Jisim-Badan-2


PETALING JAYA: Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

"Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015," katanya yang dipetik Harian Metro.

Negeri Sembilan tolak permohonan PBT naik cukai pintu

Posted: 06 Jan 2016 10:20 PM PST

 
Keputusan dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup tinggi dan kesusahan orang ramai, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hassan.


hassan,negiri-9


PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menaikkan kadar cukai pintu bagi tahun 2016.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Hassan mengambil keputusan itu bagi mengurangkan beban rakyat yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

"PBT telah mengemukakan cadangan untuk menaikkan cukai pintu pada tahun ini, memandangkan nilai hartanah yang meningkat berkali ganda seperti di Seremban, Jempol dan Nilai.

"Namun selepas mengambil kira kos sara hidup tinggi dan kesusahan orang ramai, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak membenarkan PBT menaikkan cukai pintu di kawasan masing-masing," katanya dalam sidang media di Wisma Negeri, Seremban semalam.

Menurutnya, kadar cukai pintu di Negeri Sembilan kekal sejak lapan tahun yang lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai tempoh pengecualian bayaran permit kepada penjaja, beliau mengesahkan ia dilanjutkan sehingga penghujung 2017.

Keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja di negeri itu.

"Pengecualian bayaran permit kepada penjaja selama dua tahun telah berakhir hujung tahun lalu. Maka dalam mesyuarat Exco semalam kita putuskan untuk sambung selama dua tahun lagi, sehingga hujung 2017," katanya.

Beliau juga telah mengarahkan PBT supaya tidak bersikap terlalu keras terhadap penjaja yang melanggar peraturan.

"Saya minta PBT agar lebih inklusif, janganlah halau dan rampas kerusi meja penjaja, runtuhkan gerai mereka.

"Tapi nasihatkan mereka dan kalau boleh, cari tempat yang sesuai untuk tempatkan mereka agar dapat berniaga dalam keadaan yang selesa," katanya lagi.

Kenapa Pahang alami isu alam sekitar?

Posted: 06 Jan 2016 10:18 PM PST

 
Rakyat Sultan Ahmad Shah tanggung malu berikutan tumpuan yang diberi atas sebab yang salah.
 
 
 
pahang-bauksit


Rakyat kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerima tumpuan luar biasa dari seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini.

Malah, tidak salah kalau kita kata bahawa rakyat negeri Mat Kilau itu mencuri tumpuan dunia atas sebab yang dirasakan tidak kena gaya.

Dua kali banjir dan penerokaan tanah haram di Empangan Cameron Highlands, tanah runtuh di Karak, banjir besar, pembalakan haram dan terbaharu adalah penerokaan galian bauksit, di mana semua isu itu menjadikan Pahang 'negeri panas'.

Itu belum lagi masuk kemelut 1MDB yang penasihatnya adalah salah seorang Orang Besar Berempat Pahang dan pendirian tegas bela Melayu-Bumiputera oleh menteri Kabinet dari negeri itu.

Ramai tertanya mengapa Pahang jadi sedemikian rupa sehingga ada pendapat yang mengatakan Pahang adalah negeri paling gagal di Malaysia.

Kita yakin, pendapat berkenaan keluar kerana peningkatan pendidikan rakyat Malaysia yang menyebabkan kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar menjadi lebih baik.

Apabila berlaku isu salah urus alam sekitar di Pahang, ia meletus umpama letusan bom hidrogen buatan Korea Utara dalam kalangan rakyat termasuk di luar Pahang.

Rakyat luar Pahang memandang dan mencari rakyat Sultan Ahmad Shah dan yang sedihnya ia atas alasan yang salah dan sangat tidak kena.

Majoriti rakyat Sultan Ahmad Shah tentu malu dan letih menjawab dengan rakyat negeri lain mengenai isu alam sekitar yang tidak habis-habis di negeri itu.

Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Seri Adnan Yaakob pula semacam 'kerasnya' menyebabkan rakyat Sultan Ahmad Shah sekali lagi pening kepala.

Kita fikir, rakyat Sultan Ahmad Shah tidak perlu susah hati kerana rakyat negeri lain sebenarnya masih suka dengan Pahang.

Rakyat negeri lain sangat suka masakan ikan patin dan sentiasa tertawan dengan kecantikan, kelembutan dan kehebatan wanita yang berajakan Sultan Ahmad Shah.

Cuma itulah, kepemimpinan negeri hendaklah menjaga alam sekitar Pahang dan janganlah memalukan rakyat yang bersultankan keluarga Bendahara Wan Ahmad Wan Ali.

DAP kunci mulut ulas isu pemberian kerusi PBT pada AMANAH

Posted: 06 Jan 2016 10:15 PM PST

 
Pimpinan DAP beri alasan tiada maklumat lengkap, bahkan ada tidak menjawab panggilan telefon wartawan FMT.


Ng-Suee-Lim,amanah


PETALING JAYA: DAP Selangor dilihat enggan mengesahkan sama ada parti itu memberikan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (AMANAH)

Ketika dihubungi FMT, di sini, hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim memberi alasan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung penyerahan kerusi PBT untuk AMANAH.

"Saya tidak mempunyai maklumat lengkap parti mana yang menyerahkan lapan kerusi kepada AMANAH, cuma apa yang saya tahu kerajaan negeri mengarahkan lapan kerusi diserahkan kepada AMANAH untuk menyelesaikan isu yang berlaku, " katanya.

Bagaimanapun, cubaan FMT mendapat pengesahkan daripada pimpinan DAP lain termasuk Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tidak berhasil.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah mengesahkan lapan kerusi PBT yang diberikan kepada AMANAH hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

Katanya, lima kerusi yang akan diberikan kepada AMANAH adalah di Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Tiada ulasan: