Rabu, 6 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ISLAM DIJUAL DI MANA-MANA?

Posted: 06 Jan 2016 03:12 AM PST

shahbudindotcom





Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan baru, Rayani Air, hanyalah untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan nama Islam.

"Kita dapati pemiliknya bukan Islam. Jadi, orang bukan Islam yang patuh kepada ajaran Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada agama Islam. 

"Sekarang ini macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam," kata Tun Mahathir.

Apa yang boleh kita fahami daripada logik kenyataan beliau kali ini? 

Walaupun menyebut Rayani Air sebagai subjeknya, tetapi dapat diterobos bahawa Tun Mahathir sedang membuka lorong fikiran kita untuk menilai apa yang berlaku sehari dua ini dalam negara.

Tun Mahathir tidak lain mengajak kita berfikir dengan mendalam dan tidak mudah sentimental serta "tangkap leleh"  apabila sesuatu dihidangkan atas nama agama di depan mata kita.

Janganlah apabila atas nama Islam saja semuanya  dikira borong sebagai perkara yang total baik dan tidak boleh dipersoalkan. Sesuatu perkara yang berlaku itu harus diteliti secara mendalam dan menyeluruh sebelum mahu menerimanya sama ada baik atau sebaliknya.

Makanya,  secara tidak langsung logik yang sama mengajak kita agar jangan juga mudah tersentuh dengan umrah, jubah, gambar di depan Kaabah dan berdoa di Raudah dengan seolah-olah dosa-dosa semalam "seseorang" itu sudah boleh dianggap sebagai kebaikan.

Sementara agama sentiasa menjadi alat paling mudah mengaburi pandangan, kita sebagai manusia yang ada akal fikiran  jangan sesekali terlalu mudah hilang pertimbangan hanya kerana dek luaran yang sesekali ditonjolkan.

Jika ramai yang terleka atau selagi masih ada yang terlena dengannya, selama itulah agama akan jadi komoditi untuk dijual beli bagi mencari keuntungan wang dan mengekalkan jawatan.


Terdedah debu bauksit boleh sebabkan Alzheimer

Posted: 06 Jan 2016 03:08 AM PST

SINAR HARIAN


Lori Bauksit
Lori-lori dilihat masih mengangkut bauksit di Pelabuhan Kuantan hari ini meskipun akhbar melaporkan perlombongan bauksit perlu dihentikan sementara waktu bagi mengkaji semula risiko pencemaran alam sekitar serta bantahan penduduk. - Foto Bernama


KUANTAN - Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.

Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.

"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu beberapa bulan lepas termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468.

Azman menyifatkan pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200ug/m3 (mikro gram per meter padu), melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 ug/m3.

Azman bimbang sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu kerana mereka berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati.

"Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal.

"Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga golongan bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut," katanya.

Menurut Azman, masalah pencemaran dapat dikurangkan sekiranya agensi penguatkuasaan berkaitan mengambil tindakan sewajarnya sejak aktiviti itu mula berlaku di daerah ini.

"Secara peribadi saya berpendapat agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar sepatutnya sejak awal memantau keadaan ini terutama aspek pelaksanaan dalam kerja-kerja perlombongan. 

"Debu yang terbebas di udara boleh dikurangkan sekiranya lori-lori bauksit ini menutup dengan rapi lori mereka semasa mengangkut bahan tersebut dan jalan-jalan yang dilalui pula disembur dengan air.

"Dalam masa yang sama, penampan perlu dibina sepanjang laluan itu untuk menapis air berkenaan sebelum memasuki anak-anak sungai," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan ikan ditemui terdampar]

Katanya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga perlu memainkan peranan memastikan semua pekerja yang terlibat dalam industri itu memakai topeng keselamatan bagi mengelakkan kesihatan mereka daripada terjejas untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata memang terdapat teori mengatakan mereka yang mengalami keracunan aluminium menerusi air boleh terkena penyakit Alzheimer.

"Bagaimanapun, setakat ini tidak ada bukti kukuh menyatakan keracunan aluminium melalui udara boleh menyebabkan penyakit itu. Ia sekadar teori tanpa bukti dalam bidang perubatan," katanya.

Dalam masa yang sama beliau tidak menafikan berlaku pertambahan jumlah pesakit mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan pernafasan seperti lelah, selesema dan batuk di klinik dan hospital kerajaan di negeri ini. - Bernama

Amanah tidak puas hati dapat lapan kerusi

Posted: 06 Jan 2016 03:06 AM PST

Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara


SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor tidak berpuas hati dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu untuk mengisi jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusinya, Izham Hashim masih menyimpan harapan untuk meneruskan rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku pertambahan kerusi kepada ahli majlis Amanah.

"Kita akan teruskan lagi rundingan, saya anggap angka itu (lapan) belum muktamad.

"Amanah Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara PKR, Pas dan DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN: Amanah dapat lapan kerusi PBT di Selangor]

Bagaimanapun, tambah Izham lagi, Amanah Selangor menyambut baik dan berterima kasih atas kesediaan kerajaan negeri memberi ruang peranan kepada parti mereka dalam PBT.

Sebelum ini, Izham menegaskan tetap dengan keputusan meletakkan kuota antara 24 hingga 34 ahlinya di 12 kerusi ahli majlis PBT.

Menurutnya, setiap satu PBT, pihaknya mahukan sekurang-kurangnya dua kerusi diisi oleh Amanah dan jika berkurang pihaknya akan menolak tawaran berkenaan.


6 sekolah di Sarawak dibaik pulih guna Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Posted: 06 Jan 2016 03:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Projek membaik pulih sekolah menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan diperluas ke seluruh negara dengan projek permulaan di 6 buah sekolah di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. Projek membaik pulih sekolah menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan diperluas ke seluruh negara dengan projek permulaan di 6 buah sekolah di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata projek membaik pulih sekolah menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan diperluas ke seluruh negara dengan projek permulaan di 6 buah sekolah di Sarawak. 
 
Enam buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau, SK Nanga Pua, Selangau, SK Kampung Tanam, SK Kalok Pusa, Betong dan SK Abang Man, Simunjan dengan kos kira-kira RM2 juta setiap sekolah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ini susulan projek perintis penggunaan IBS membaik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil terbukti berjaya menjimatkan masa manakala harga juga lebih kompetitif berbanding kaedah konvensional.

"Dengan kejayaan projek di SJKT Dengkil, kami akan lanjutkan (baik pulih sekolah guna IBS) ke tempat lain. Selepas ini, 6 buah sekolah di Sarawak dikenal pasti akan dibaik pulih dengan kaedah IBS.  
 
 "Dengan kejayaan seperti ini, saya berharap dapat memperlihatkan kesungguhan kerajaan meningkatkan prasarana pendidikan negara dan di samping itu, diharap tahap pencapaian dalam sistem pendidikan kita akan terus meningkat," katanya dalam sidang media selepas meninjau hasil baik pulih SJKT Dengkil, di Dengkil hari ini.

Najib menghabiskan masa kira-kira sejam meninjau kerja baik pulih di sekolah itu selain beramah mesra dengan pelajar dan guru di sekolah itu.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Pada 29 Oktober lalu, Najib mengadakan lawatan mengejut ke SJKT Dengkil yang mempunyai 280 pelajar dan 24 guru, bagi meninjau keadaan sekolah dan kebajikan murid dan menggesa pihak berkenaan menjalankan pembaikan segera untuk membaik pulih keadaan sekolah yang tidak memuaskan.

Penambahbaikan itu termasuk menangani masalah longkang terbuka, membaik pulih sistem pendawaian, makmal sains, kantin dan pusat sumber, kebocoran bumbung dan pagar di sekeliling sekolah itu.

Hari ini, Najib yang gembira dan berpuas hati dengan projek perintis membaik pulih SJKT Dengkil, berkata ia satu "projek teristimewa" kerana berjaya membawa transformasi dalam masa yang singkat.

"Dalam tempoh 40 hari sahaja, sekolah ini bertukar wajah. Kini ia memiliki blok 2 tingkat, makmal sains, perpustakaan, bilik guru yang dinaik taraf dan longkang yang terdedah ditutup," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata projek membaik pulih 6 buah sekolah di Sarawak akan bermula dalam tempoh terdekat apabila kontraktor dilantik.

Beliau berkata pegawai Kementerian Pendidikan akan turun padang bagi mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan guru besar dan pengetua sekolah terbabit pada minggu ini.

"Kini, terdapat kira-kira 7,000 buah sekolah di seluruh negara. Kos membaik pulih sekolah yang uzur dan kritikal akan menelan kos yang tinggi.

"Maka, teknologi IBS merupakan salah satu alternatif untuk membaik pulih sekolah dan ia bergantung dengan lokasi sekolah juga. Selain itu, IBS diperakui Jabatan Kerja Raya selamat," katanya sambil menambah bahawa ia menjimatkan kos.

Memberikan contoh, Mahdzir berkata kos membaik pulih SJKT Dengkil dengan teknologi IBS adalah RM1.6 juta berbanding kaedah konvensional antara RM4 juta hingga RM5 juta. – Bernama,


Jual aset 1MDB, DPMM ingatkan Putrajaya soal tanggungjawab

Posted: 06 Jan 2016 03:00 AM PST



Bandar Malaysia, antara projek dan aset 1MDB yang dijual menerusi usahasama dengan syarikat milik China. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia hari ini berkata Putrajaya perlu bertanggungjawab di atas tindakan menjual aset syarikat milik kerajaan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016.Bandar Malaysia, antara projek dan aset 1MDB yang dijual menerusi usahasama dengan syarikat milik China. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia hari ini berkata Putrajaya perlu bertanggungjawab di atas tindakan menjual aset syarikat milik kerajaan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengingatkan Putrajaya mengenai tanggungjawabnya susulan penjualan aset milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat China baru-baru ini.

Presidennya Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata, DPMM tidak mempunyai kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan "orang besar", tetapi hanya memberi peringatan berhubung amanah yang dipegang pentadbiran negara.

"Tidak ada apa-apa. Ini terpulang kepada yang memikir, dialah yang bertanggungjawab," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

"Dewan tiada kuasa pun. Tidak pernah mimpi pun nak dapat. Kuasa ini orang besar semua yang dapat, dia juallah," kata Syed Ali (gambar, kanan) ketika diminta mengulas penjualan aset 1MDB seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Bandar Malaysia kepada syarikat China.  
 
"Tapi ingat, 'at the day of reckoning, heads will roll' (di hari pengadilan, hukuman akan dilaksanakan)," katanya, memetik kenyataan yang pernah digunakan bekas perdana menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

1MDB sebelum ini melaksanakan perjanjian jual beli saham dengan menjual 60% ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd itu adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH an CREC.

IWH merupakan pemaju utama Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar yang merupakan perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%), dimiliki kerajaan negeri Johor.


Jualan Bandar Malaysia - tunggu hari pembalasan, kata DPMM

Posted: 06 Jan 2016 02:57 AM PST

Alyaa Azhar

 
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini memberi amaran kepada kerajaan tentang 'hari pembalasan' berhubung penjualan Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat di China.

Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas pada mulanya mengelak ketika diminta mengulas mengenai perkara itu tetapi kemudiannya menjawab terpulang kepada mereka yang berkuasa untuk memikirkannya.

"Ini terpulang kepada yang memikir, mereka yang bertanggungjawab.

"Dewan tak dapat aset kuasa, tak pernah mimpi dapat pun jadi tak erti, ini semua orang besar-besar dapat (dan) mereka jual pula," katanya.

Walau bagaimanapun, ketika mengulas lanjut, beliau memetik kata-kata perdana menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam bahasa Inggeris.

"Saya nak petik kata-kata Tun Razak, pada hari pembalasan (nanti), mereka akan dihukum. Bertanggungjawab untuk itu," katanya.

1MDB minggu lalu menjual 60 peratus pegangan ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

Ia berkata penjualan itu adalah bahagian penting dalam pelan rasionalisasi untuk mengatasi masalah hutangnya.

Mahkamah Khas tak mampu selesai pertikaian agama - peguam Syariah

Posted: 06 Jan 2016 02:52 AM PST

Hafiz Yatim







Pembentukan Mahkamah Khas tidak akan menyelesaikan permasalahan yang membabitkan pertikaian agama, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa kuorum mahkamah khas itu akan menjadi isu perbalahan jika terdapat panel tiga hakim dengan mengambil kira jumlah hakim beragama Islam dan bukan Islam mempengerusikan kes tertentu.

"Jika dua daripada hakim-hakim itu adalah orang Islam, ia boleh membawa kepada isu serupa yang timbul kerana mungkin ada seseorang yang tidak berpuas hati. Oleh itu, tidak ada penyelesaian," katanya kepada Malaysiakini.

Musa (kiri) berkata demikian ketika mengulas penghakiman kes K Pathmanathan lawan M Indira Gandhi, di mana hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer yang mencadangkan mahkamah khas ditubuhkan.

Presiden PGSM itu berkata, penyelesaian terbaik adalah membenarkan orang bukan Islam untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah.

Katanya, PGSM sedang berusaha ke arah itu dan berkata apabila dilaksanakan, bukan Islam boleh memahami "kecantikan dan keadilan sistem" Islam itu.

"Pada masa ini, orang bukan Islam hanya boleh hadir di Mahkamah Syariah sebagai saksi untuk memberi keterangan dalam sesuatu kes, (amalan itu) dikenali sebagai 'bayyinah'.

"Tidak mustahil pada masa akan datang tidak lama lagi, orang bukan Islam boleh hadir dalam mahkamah (syariah) untuk mendapatkan keadilan.

"Bagaimanapun, perkara ini memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tetapi ia tidak mustahil untuk dilaksanakan. Jika kita mahu kebaikan dan kemakmuran masyarakat, mengapa tidak buat perubahan itu," soalnya.

Menurut Musa, tidak ada keperluan bagi mahkamah khas dibentuk sekarang kerana ia hanya akan menyebabkan kos tambahan dan melibatkan perlantikan hakim dan kakitangan baru.

Remaja 14 tahun dakwa diculik tiba di mahkamah

Posted: 06 Jan 2016 02:45 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KLANG: Remaja perempuan yang mendakwa dirinya diculik pada 27 Disember lalu, tiba di perkarangan Mahkamah Klang, di sini, jam 10.15 pagi tadi. 
 
Nur Amirah Athirah Abdul Majid yang memakai baju lokap berwarna hijau tiba dengan diiringi anggota polis. 
 
Dia akan didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu.
 
Sementara itu, ahli keluarga remaja berkenaan termasuk ibunya yang berasa di bahagian belakang kamar Mahkamah Majistret kelihatan tenang. 
 
Kes berkenaan yang menyaksikan rakaman audio remaja berkenaan merayu diselamatkan turut mendapat liputan media apabila separuh daripada kamar mahkamah dipenuhi petugas media daripada pelbagai organisasi.
 
 

21 lebuhraya laksana tol elektronik sepenuhnya tahun ini

Posted: 06 Jan 2016 02:43 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
CYBERJAYA: Kesemua 21 lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, kata Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Datuk Ir Zainudin A Kadir.
 
Beliau berkata langkah tersebut merupakan inisiatif bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah, selesa dan membantu pengguna menikmati perjalanan lebih lancar di setiap plaza tol.
 
"Secara purata, kutipan tol secara manual adalah sebanyak 360 transaksi setiap jam berbanding 1,000 transaksi dengan penggunaan Smart Tag dan lebih 700 transaksi dengan menggunakan Touch n Go," katanya pada taklimat media di Ibu Pejabat Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) di sini Selasa.
 
Beliau berkata syarikat konsesi lebuh raya akan menanggung kos RM150,000 setiap lorong, termasuk kos kerja-kerja konfigurasi dengan pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik itu.
 
Zainudin berkata pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya tidak akan melibatkan pemberhentian jurutol sebaliknya mereka akan ditugaskan ke bahagian lain termasuklah khidmat pelanggan, memeriksa sistem dan membuat pemantauan di tol plaza.
 
Katanya terdapat kira-kira 3,500 jurutol di seluruh negara pada masa kini.
 
Zainudin berkata sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
 
Malaysia mula melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik di Bangunan Sultan Islandar, Lebuhraya PLUS pada 16 Disember 2008 dan disusuli dengan beberapa plaza tol di Lebuhraya Linkedua dan Lebuhraya PLUS, katanya.
 
Plaza Tol Mambau dan Plaza Tol Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik pada 1 Jun tahun lepas, dan diikuti tujuh lagi lebuh raya dengan 12 plaza tol pada 9 Sept lalu.
 
Zainudin berkata 10 plaza tol di empat lebuh raya iaitu MEX, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari, 13 Januari ini.
 
Plaza-plaza tol terlibat termasuklah tiga plaza tol di Lebuhraya MEX iaitu Plaza Tol Salak Selatan; Plaza Tol Putrajaya dan Plaza Tol Seri Kembangan, tiga plaza tol di Lebuhraya NPE (Plaza Tol PJS2; Plaza Tol PJS5 dan Plaza Tol Pantai Dalam), dua plaza tol di Lebuhraya Grandsaga (Plaza Tol Batu 9 serta Plaza Tol Batu 11) dan dua lagi plaza tol di Lebuhraya LKSA (Plaza Tol Seri Muda dan Plaza Tol Alam Impian).
 
Zainudin berkata syarikat konsesi lebuh raya terbabit akan menawarkan beberapa insentif kepada pengguna termasuk pengedaran 140,000 kad Touch n Go secara percuma di mana pengguna perlu membayar nilai kredit sebanyak RM5.
 
Selain penawaran unit Smart tag bernilai RM99 dengan tambah nilai Touch n Go RM20, beliau berkata pemberian rebat sebanyak 10 peratus selama dua bulan untuk kenderaan kelas 1 bermula 13 Januari sehingga 12 Mac tahun ini.
 
Zainudin yang turut ditanya sama ada kerajaan dalam perbincangan untuk menamatkan konsesi lebuh raya berkata: "Setakat ini, tiada."
 
 

MIC kemuka dua pendekatan kepada Umno mengenai isu kerjasama dengan PAS

Posted: 06 Jan 2016 02:42 AM PST

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: MIC hari ini mengemukakan dua pendekatan mengenai pendirian parti itu berhubung isu kerjasama Umno dengan PAS yang dizahirkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kepada PAS pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 awal Disember lalu.
 
Menurut Presidennya, Datuk Seri S. Subramaniam, Barisan Nasional (BN) digesa melihat kerjasama yang dijalin oleh tiga parti iaitu Umno, MCA dan MIC terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung kerjasamanya dengan PAS.
 
"Kita melihat ini (kerjasama Umno-PAS) dengan teliti. Apa-apa sahaja yang menjejaskan konsensus pada (komponen BN) iaitu kerjasama pada 1957.
 
"Dan bila BN ditubuhkan parti seperti Umno, MCA dan MIC ada kerjasama yang kuat dan saling memahami dan segala pandangan dan keperluan parti dibawah BN diambil kira. Kita tidak boleh korbankan perkara itu," katanya di ibu pejabat MIC semalam.
 
Subramaniam sebelum ini berkata parti mewakili masyarakat India itu tidak akan menentang kerjasama antara Umno dan PAS dalam pilihan raya umum datang malah akan hanya memantau perkembangannya sahaja, selagi ia tidak menjejaskan perhubungan dengan parti komponen BN yang lain, jelasnya.
 
Antara lain MIC akan mengemukakan pandangan kepada Najib sekiranya parti itu tidak boleh menerima idelologi yang dibawa PAS, ujar Menteri Kesihatan itu.
 
"Ideologi dalam PAS mesti seiring dengan apa yang ada kini, sekiranya asing daripada apa yang telah dipersetujuan (dalam gabungan komponen BN), kita akan kemukakan pandangan mengenai itu. Itu sahaja yang akan diambil perhatian mengenai isu kerjasama antara PAS dan Umno. Kita tunggu dan lihat apa perbincangan yang akan dilakukan," katanya.
 
Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kembali hangat selepas kedua-dua presiden parti itu dilihat mesra dalam sebuah acara alumni Universiti Al-Azhar 17 Disember lalu.
 
 

DPMM bimbang TPPA seperti Perjanjian Pangkor, buat rakyat sengsara

Posted: 06 Jan 2016 02:41 AM PST



Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata Putrajaya harus menumpukan perdagangan dengan negara Asean dan bukan dengan negara maju di bawah TPPA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Januari, 2016. 
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata Putrajaya harus menumpukan perdagangan dengan negara Asean dan bukan dengan negara maju di bawah TPPA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 
 
 
Putrajaya perlu memikirkan kesan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ke atas kemerdekaan negara kerana dikhuatiri sejarah lama penjajahan British akan berulang lagi, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Datuk Dr Syed Ali Alattas mendakwa, disebabkan Perjanjian Pangkor pada 1874, Malaysia masih sengsara sehingga hari ini, apatah lagi dengan TPPA yang lebih banyak kandungan perjanjiannya.

"Perjanjian Pangkor 12 muka surat, kita huru-hara sampai sekarang. Sekarang kita ada 6,000 muka surat," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, Syed Ali berkata pihaknya tidak dapat menghalang Putrajaya menandatangani TPPA. "Kita jaga peniaga kita, dan tugas makin susahlah, makin berat," katanya.

Sehubungan itu, DPMM berkata pihaknya akan menghantar memorandum susulan sesi meja bulat anjurannya hari ini kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkenaan pandangan mereka.

Memorandum itu akan dihantar DPMM sebelum sidang khas Parlimen berkenaan TPPA yang dijadualkan bulan depan.

Syed Ali berkata, DPMM tidak menghalang perjanjian perdagangan itu ditandatangani, sebaliknya hanya "menyuarakan" kebimbangan mereka terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara.

"Kelapa sawit industri penting kita sampai sekarang pun tak boleh masuk Amerika Syarikat," katanya memberi contoh perdagangan yang disekat di negara barat.

Sehubungan itu, beliau menyeru Putrajaya mengutamakan dagangan dengan negara Asean berbanding TPPA.

"Kita tidak boleh bersaing dengan Eropah. Kita hanya kapasiti kecil. Perahu hendak lawan kapal, belum sampai masanya, bukan kita tidak mahu tandatangan," katanya.

Katanya, DPMM tidak membantah, cuma memberi peringatan kerana negara dan rakyatnya dibimbangi akan terjejas akibat TPPA.

"Pada masa akan datang, kita jangan lupa, apabila rakyat bergantung kepada kerajaan. Majoriti rakyat kita harapkan kerajaan. Jadi, kalau kerajaan susah esok, jangan marah rakyat," katanya


Rang undang-undang MKN ancam kerajaan berperlembagaan, kata kumpulan peguam

Posted: 06 Jan 2016 02:38 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Surat terbuka menerangkan ancaman rang undang-undang MKN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ditandatangani Majlis Peguam, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Persatuan Undang-Undang Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Surat terbuka menerangkan ancaman rang undang-undang MKN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ditandatangani Majlis Peguam, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Persatuan Undang-Undang Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendatangkan ancaman serius kepada kerajaan berperlembagaan Malaysia, kata kumpulan peguam dalam satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Menerusi surat ditandatangani bersama Majlis Peguam, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Persatuan Undang-Undang Sabah itu, mereka berkata undang-undang yang diluluskan Parlimen itu mengganggu pengasingan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman.

Surat terbuka itu dibuat ketika Putrajaya cuba meneruskan pelaksanaan rang undang-undang itu, walaupun timbul kebimbangan mengenainya di kalangan masyarakat sivil dan parti pembangkang.

Kumpulan yang mewakili peguam dari Semenanjung dan Malaysia Timur itu turut menolak dakwaan Putrajaya yang rang undang-undang itu perlu bagi menangani keganasan dan insiden seperti pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu pada 2013. 
 
 "Jelas sekali yang rang undang-undang itu memusatkan dan menumpukan kuasa eksekutif dan darurat yang besar pada MKN dan perdana menteri.

"Ini menjejaskan pemisahan kuasa dalam perlembagaan antara eksekutif, perundangan dan kehakiman pada satu pihak, dan raja berperlembagaan pada pihak yang lain," kata mereka.


PAS akan adakan siri jelajah negara bagi perjelas isu kepada ahlinya

Posted: 06 Jan 2016 02:27 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan membuat siri jelajah bagi memberi penerangan kepada ahlinya di seluruh negara berkisar beberapa isu besar yang menghambat parti itu mutakhir ini.
 
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata siri jelajah itu akan bermula sebaik sahaja program taklimat khas oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu ini selesai.
 
"Lajnah Penerangan PAS telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis taklimat khas Presiden PAS dan ia diadakan sebagai aktiviti rutin PAS selain konvensyen, muktamar, mesyuarat bulanan dan sebagainya untuk memberi pengarahan semasa dan pencerahan kepada pimpinan serta ahlinya terhadap sesuatu isu besar yang dihadapi.
 
"InshaAllah, Lajnah Penerangan akan turun ke seluruh negara sekali lagi untuk turun beri pengarahan, amanah dan pencerahan isu oleh presiden ke negeri-negeri selepas selesai taklimat khas presiden peringkat pusat," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
 
Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua ahli PAS supaya jangan mudah terpedaya dengan persepsi yang disebarkan pihak tertentu tetapi sebaliknya merujuk kepada sumber parti dengan menghadiri taklimat yang akan diadakan.
 
Sebelum ini media melaporkan PAS akan mengadakan satu taklimat khas bersama Hadi.
 
Bagaimanapun, lokasi dan waktu taklimat itu tidak didedahkan.
 
PAS pula telah menyatakan pendiriannya tidak akan menyertai BN tetapi akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan agama Islam.
 
Keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura Ulamak Pas dalam mesyuarat Sabtu lalu di tengah-tengah kontroversi kerjasama antara Umno dan PAS.
 
"Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," kata Setiausahanya, Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.
 
 

Selepas #2kerja dan #tambahpendapatan, Ahmad Maslan ketengah formula PKPK

Posted: 06 Jan 2016 02:26 AM PST

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tidak 'terkesan' dengan kritikan rakyat Malaysia berhubung cadangan #2kerja dan #tambahpendapatan sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengetengahkan pula formula baru untuk mengatasi kos sara hidup.  
 
Muncul dalam program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) yang membincangkan topik #2kerja dan #tambahpendapatan, Ahmad menampilkan formula yang dikenali sebagai PKPK, singkatan kepada pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan.
 
Dengan memiliki keempat-empat elemen berkenaan, ujar Ahmad, secara tidak langsung kos sara hidup yang tinggi dapat diserap. 
 
"Apabila di luar heboh tentang kos sara hidup maka sebagai pemimpin kita kena cari formula untuk bantu rakyat.
 
"Saya ada formula iaitu PKPK iaitu pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan.
 
"Kalau ada pendidikan maka kita akan dapat gaji yang baik, kos sara hidup yang tinggi dapat diserap. Kalau kita ada kemahiran, kita dapat kerja baik, gaji tinggi maka kos sara hidup yang tinggi dapat diserap.
 
"Kalau kita seorang yang produktif, dengan segala usaha untuk menambah pendapatan, maka kos sara hidup yang tinggi dapat diserap.
 
"Keusahawanan, meniaga.. Khadijah dan Nabi (Muhammad) dulu dah tunjukkan bahawa 9 daripada sepuluh punca kekayaan adalah dari hasil perniagaan. Bukankah itu patut diikuti," katanya dalam program tersebut. 
 
Dalam pada itu ujarnya, selain formula PKPK, masyarakat patut menyahut seruan untuk menambah pendapatan kerana ia turut digalakkan kerajaan. 
 
"Selain PKPK, satu lagi idea adalah 1Keluarga 1Usahawan untuk menambah pendapatan. Satu lagi 1Kampung 1Produk, 1Daerah 1Industri.. Itu juga digalakkan oleh kerajaan sebenarnya," kata beliau.  
 
Mengulas berhubung cadangannya sebelum ini, Ahmad berkata ia bukan untuk menyusahkan lagi rakyat.
 
"Jadi cadangan saya itu tak mahu menyusahkan rakyat sebenarnya..dan saya pun cadangkan perniagaan dalam talian dilakukan pada waktu malam, pada hujung minggu kalau dibenarkan dan mengikut peraturan.
 
"Bisnes dalam talian ni orang boleh jadi jutawanlah," ujar Ahli Parlimen Pontian itu.
 
Malah Ketua Penerangan Umno itu menyifatkan kritikan hebat yang dilontarkan kepada beliau adalah disebabkan tindakan sesetengah pihak yang memutar belit kenyataannya sehingga menyebabkan ia disalah tafsir masyarakat.  
 
"Saya menerima kritikan secara positif. Saya lihat orang yang kritik keterlaluan sebagai mereka yang tak dapat maklumat sepenuhnya. Mereka ambil sebahgian kecil daripada banyak yang saya sebarkan itu dan mereka 'spin'.
 
"Malaysia suka buat kerja 'spin'. Daripada kita 'spin' fitnah, lebih baik kita buat kerja yang produktif iaitu kita berniaga misalnya," katanya. 


Lim Kit Siang dinasihat bertaubat

Posted: 06 Jan 2016 02:24 AM PST

 
Beliau diminta supaya berhenti melibatkan ahli UMNO dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan BN


Bung Moktar Radin


PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang digesa supaya bertaubat dan berhenti daripada mempengaruhi ahli UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin susulan kenyataan Kit Siang bahawa DAP bersedia berjasama dengan mana-mana pemimpin parti Melayu itu yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.

Katanya, apa yang dilakukan pemimpin veteran DAP itu dianggap sebagai satu usaha terdesak untuk berkuasa.

"Saya syorkan Lim Kit Siang bertaubat dan berhenti melibatkan ahli-ahli UMNO dalam cubaannya untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Lim Kit Siang masih berpolitik atas dasar kekecewaan, tidak cukup dengan pelbagai fitnah terhadap Perdana Menteri, BN dan UMNO, kini, Lim Kit Siang masih terus terdesak dengan menggesa ahli UMNO seramai tiga juta orang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib dengan pelbagai alasan yang diputar belit," katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, DAP bukanlah sebuah parti yang berjasa kepada negara sebaliknya, membawa perjuangan untuk memecah-belahkan pemikiran rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin usaha yang dilakukan Kit Siang untuk mempengaruhi ahli UMNO hanyalah satu angan-angan ekoran ahli parti Melayu itu tidak mudah terpengaruh dengan desakan daripada mana-mana pihak.

"Ahli UMNO bukan budak kecil yang boleh diperkotak katikkan pemikiran mereka seperti yang dijangkakan Lim Kit Siang," ujarnya.

Cabar lapor SPRM hanya perangkap Azmin, kata Chegubard

Posted: 06 Jan 2016 02:19 AM PST

 
Menurut Chegubard, pemberian projek tanpa tender terbuka bukan isu rasuah, tetapi bertentangan dengan janji ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat.


sprm


SEREMBAN: Badrul Hisham Shaharin menegaskan beliau tidak akan masuk perangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merujuk dakwaan tender balak negeri itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan berkenaan hanya membuatkan dua dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terus menjadi rahsia daripada pengetahuan umum, kata pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

"Adakah tujuan Azmin memancing saya ke SPRM dan menyerahkan dokumen itu sebagai perangkap mengunci dokumen tersebut mengikut Akta SPRM, yang mana melarang penerbitan semula laporan atau bukti yang diserahkan?" tanyanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, isu pemberian projek tanpa tender terbuka bukanlah kesalahan mengikut Akta SPRM, tetapi bertentangan dengan janji ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Pihak berkuasa negeri memang berhak memberikan hak mengeluarkan hasil hutan dengan cara yang difikirkan sesuai. Tetapi ini (pemberian tanpa tender terbuka) bertentangan dengan janji ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Isunya ialah dia kata tender terbuka tetapi ternyata tidak. Ia bukan kes SPRM," tegas ahli seumur hidup PKR itu.

Semalam, Azmin menggesa Chegubard agar berhenti 'menyalak' dan merujuk dakwaannya bahawa dua projek pembalakan negeri tidak dijalankan secara tender terbuka kepada SPRM.

MAB tidak perlu haramkan alkohol – Wan Ji

Posted: 06 Jan 2016 02:17 AM PST

 
Namun jangan halang hak mana-mana penganut mengamalkan agama masing-masing


Ustaz Wan Ji


PETALING JAYA: Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak perlu menghentikan penyajian alkohol di dalam pesawat, tetapi disaran supaya mencari penyelesaian kreatif dalam menangani sensitiviti agama, kata penceramah Wan Ji Wan Hussin.

Dihubungi FMT untuk mengulas cadangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya MAB memberi pilihan kepada pramugari yang mahu berhijab dan menolak menghidang alkohol, Wan Ji berkata beliau bersetuju dengan cadangan itu.

Namun begitu, ini tidak bermakna alkohol di dalam pesawat perlu diharamkan.

"Dosa bagi orang Islam menghidangkan alkohol, maka sebab itulah pramugari beragama Islam perlu diberi pilihan untuk tidak menghidang alkohol.

"Bagi saya, memberi pilihan kepada pramugari untuk berhijab dan menolak menghidang alkohol bukanlah hal yang besar," kata Wan Ji.

Dalam pada itu, Wan Ji berkata MAB haruslah peka akan keperluan agama yang dianuti kakitangan mereka.

Sebagai contoh, katanya, sekiranya agama tertentu melarang penganutnya memakan daging tertentu atau semua jenis daging, maka pihak syarikat wajar menyediakan beberapa pilihan untuk penumpang yang berkenaan.

Awal hari ini, The Star Online melaporkan Asri sebagai berkata cadangannya itu haruslah dilihat dari sudut pandang hak asasi manusia.

Asri berkata orang Islam perlu diberi ruang untuk mengamalkan agama mereka, begitu juga ruang untuk orang bukan Islam mengamalkan agama mereka.

Mufti Perlis itu menekankan bahawa beliau bukan mencadangkan pihak syarikat supaya mengenakan syarat hijab keatas semua kakitangan mereka dan beliau sekadar bercakap mengenai hak kakitangan beragama Islam yang mahu berhijab.

Dalam kes penyajian alkohol di dalam pesawat, Asri sebelum ini dilaporkan berkata ia tidak elok dan mempertikaikan keperluan menyajikan alkohol. Beliau juga berhujah banyak syarikat penerbangan lain tidak menyajikan alkohol.

AMANAH Selangor dapat lapan kerusi Ahli Majlis

Posted: 06 Jan 2016 02:11 AM PST

 
EXCO Kerajaan Selangor enggan mendedahkan parti mana yang memberikan kerusi kepada AMANAH


selangor


PETALING JAYA : Lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) diberikan kepada wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, lima kerusi yang akan diberikan kepada AMANAH di Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti mana yang menyerahkan kerusi ahli majlis kepada AMANAH.

"Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk AMANAH tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri.

"Penggal baharu 2016-2017 akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat," katanya lapor Sinar Harian Online.

Menurutnya, isu pembahagian kuota untuk AMANAH itu telah selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi Ahli Majlis, Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat, nama ahli majlis masih lagi belum muktamad.

"286 kerusi sudah dimuktamadkan bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan," katanya.

Sebelum ini, AMANAH mengemukakan permohonan 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT namun diluluskan hanya lapan kerusi sahaja.

Ribuan ikan mati di Sungai Tonggak, Kuantan

Posted: 05 Jan 2016 04:45 PM PST

Zikri Kamarulzaman


 


Selepas kejadian 'laut merah' di Pantai Batu Hitam, Kuantan hari ini dikejutkan dengan satu lagi misteri alam sekitar apabila ribuan ikan ditemui mati di beberapa sungai di Pahang.

ADUN Berserah Andansura Rabu memberitahu Malaysiakini ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di Sungai Tonggak.

"Beribu-ribu ikan mati dan terdampar sepanjang tiga hingga empat kilometer dari hulu sungai sampai ke laut," kata pemimpin PAS itu.

Menurutnya, apa yang menyebabkan kematian ikan itu pada masa ini tidak diketahui.

Andansura berkata sungai itu mengalir dari kawasan industri di mana kilang-kilang kimia didirikan.

Selain itu, katanya, terdapat juga simpanan bauksit di kawasan berkenaan.

"Sama ada ia datang dari sisa kilang-kilang atau dari bauksit atau ada orang racun, kita tak pasti mana satu puncanya," katanya.

Beliau berkata Jabatan Perikanan telah mengambil sampel ikan yang mati untuk menentukan punca tersebut.

Andansura berharap pihak berkuasa akan mengeluarkan arahan supaya tidak membenarkan orang ramai daripada menggunakan sungai atau memancing di sungai itu kerana ia boleh menjadi berbahaya.

Misteri ikan mati timbul sehari selepas Pantai Baru Hitam, Kuantan bertukar menjadi merah, didakwa akibat pencemaran bauksit.

Konsortium Pelabuhan Kuantan Sdn Bhd (KPC) menafikan bahawa 'laut merah' di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam Kuantan disebabkan aktiviti perlombongan bauksit.

Ini kerana sungai yang menghala ke laut di dua kawasan itu tidak bersambungan dengan Sungai Pengorak.
Ikan belanak pun mati

Sementara itu, Bernama melaporkan penduduk Kampung Seberang Balok Makmur hari ini, gempar dengan penemuan ratusan ikan belanak yang mati di Sungai Balok Makmur dan Sungai Tonggak di Kuantan.

Pengusaha kedai makan di kampung itu, Khairul Azmi Yahya, 30, berkata, beliau menyedari ratusan ikan itu dihanyutkan arus sungai dan terdampar di tebing sungai pada pukul 7 pagi semasa hendak memulakan perniagaan.

"Saya pelik kerana banyak objek putih terapung di sungai dan apabila dihampiri, ia sebenarnya ikan belanak.

"Saya hairan kenapa ikan belanak sahaja yang mati sedangkan spesies ikan ini diketahui mempunyai daya ketahanan yang tinggi," katanya, hari ini.

Khairul Azmi menambah, ramai penduduk kampung yang ingin ke tempat kerja berhenti untuk melihat dan mengambil gambar fenomena itu.

Beliau berkata, jumlah ikan itu bagaimanapun sudah berkurangan pada waktu tengah hari kerana telah dibawa arus ke hilir sungai.

Bau busuk

"Saya harap punca kematian ikan dapat dimaklumkan kepada penduduk kerana ada kawasan perindustrian di sekitar sungai ini. Bimbang jika disebabkan bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan kesihatan penduduk atau kanak-kanak yang bermain air di sini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga makanan di situ, Rafizah Abdul Rahman, 25, berharap semua ikan itu dibawa arus semasa air pasang malam ini, kerana tidak mahu bau busuk mengganggu keselesaan pelanggan dan penduduk kampung.

Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Adnan Hussain semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan kematian ikan itu dan telah mengambil sampel ikan berkenaan untuk dianalisis bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kami telah mengambil sampel air dan menguji beberapa parameter seperti kadar oksigen terlarut, tahap kekeruhan air dan nilai pH air di kawasan terbabit," katanya.

Adnan menambah, kejadian itu bukan berlaku dalam jumlah yang besar kerana hanya melibatkan satu spesies ikan sahaja dan berlaku di satu tempat sahaja.


Pekerja maut terlanggar babi hutan

Posted: 05 Jan 2016 04:34 PM PST

MALAYSIAKINI


Seorang pekerja pembersihan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor babi hutan yang sedang melintas di Jalan Jenun, Pendang, semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, Aishah Mat, 47, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa, katanya, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Lubok Ular, Bukit Jenun ke tempat kerjanya di Pokok Tai, Pendang.

Menurut Fadzil, apabila terlanggar babi berkenaan, mangsa hilang kawalan ke atas motosikalnya lalu terjatuh di tengah jalan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.- Bernama

Bekas tentera saman menteri, 3 lagi tuntut RM13 juta

Posted: 05 Jan 2016 04:32 PM PST

SINAR HARIAN


Mahkamah


KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang ditamatkan perkhidmatan selepas mengalami masalah mental berikutan dicederakan rakan seniornya, memfailkan saman terhadap menteri pertahanan dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi RM13 juta.

Mohd Islahuddin Abdul Razak, 29, bersama bapanya Abdul Razak Baharum, 55, memfailkan saman itu pada 1 Oktober tahun lepas melalui Tetuan Azah Mahbob & Nur Ilham di Mahkamah Tinggi Sivil, di sini.

Mereka menamakan menteri pertahanan, panglima Angkatan Tentera Malaysia, panglima TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, sebagai defendan pertama sehingga keempat.

Peguam Noor Azah Mahbob, yang mewakili Mohd Islahuddin dan Abdul Razak, memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 8 Januari ini untuk mendengar permohonan defendan-defendan bagi membatalkan saman itu.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.
 
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa pada 11 November, 2009, dia telah dicederakan dan dianiaya oleh seorang anggota senior yang mengakibatkan gegendang telinga kanannya cedera parah.

Mohd Islahuddin, yang diterima masuk dalam TUDM pada 13 Ogos 2008 dengan pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan, mendakwa  dicederakan atas sebab kesalahan berkaitan urusan tugas dan tatacara pemakaiannya semasa bertugas.

Katanya dia sekali lagi dicederakan seorang rakan senior yang lain pada 25 November tahun sama menyebabkan gegendang telinga kirinya cedera parah.

Dia kemudiannya membuat aduan berhubung kejadian itu dan selepas dibicarakan di Mahkamah Tentera, anggota senior pertama itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan mahkamah melucutkan kekananan pangkatnya dan mengarahkannya membayar RM3,000 kepada plaintif.

Bagi anggota senior kedua yang mengaku tidak bersalah pula, mahkamah menjatuhi hukuman lima bulan tahanan di pusat tahanan tentera di akhir perbicaraan kes.

Mohd Islahuddin mendakwa selepas kejadian itu, dia disahkan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bahawa dia mengalami trauma, masalah mental dan kemurungan teruk sejak 20 Julai, 2010.

Akhirnya, dia diberhentikan daripada TUDM selepas sidang Lembaga Perubatan Pemberhentian memutuskan dia tidak layak dalam perkhidmatan tentera kerana mengalami masalah kesihatan mental yang serius.

Oleh itu Mohd Islahuddin menuntut gantirugi RM13 juta kerana ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan itu kesan daripada kejadian dicederakan dua anggota senior berkenaan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – Bernama


Jumlah kutipan bayaran balik meningkat 20 peratus

Posted: 05 Jan 2016 04:26 PM PST

SINAR HARIAN


PTPTN
PTPTN


KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalangan penjawat awam meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini.    

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata setakat 20 Oktober tahun lalu, hanya sembilan peratus peminjam di kalangan penjawat awam yang membuat pembayaran balik pinjaman mereka.   

"Setelah pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini, sehingga 4 Jan tahun ini, pihak PTPTN telah menyaksikan peningkatan pembayaran balik sebanyak 20 peratus," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, malam ini.

Beliau berkata pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya.     

"Kita berharap perkembangan ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru bagi peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten," katanya.  

Mastura berkata PTPTN telah lama memperkenalkan bayaran balik melalui potongan gaji, tetapi tidak ramai yang membuat pilihan tersebut.  

"Pelbagai kaedah boleh diambil oleh peminjam, antaranya, peminjam yang terlibat boleh membuat penstrukturan semula hutang dengan jumlah ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun," katanya.   

Beliau berkata pelaksanaan potongan gaji mandatori itu juga adalah antara langkah terakhir apabila peminjam didapati gagal melakukan pembayaran balik menerusi pelbagai kaedah lain.  

"Potongan mandatori hanya dibuat kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik. Mereka ini telah diberi tempoh membayar balik antara 10 hingga 15 tahun, tetapi tidak pernah membayar pinjaman tersebut.  

"Apabila tinggal tempoh hanya setahun sahaja perlu menjelaskan hutang dengan PTPTN, inilah menyebabkan pinjaman yang terpaksa dibayar balik tinggi," katanya. - Bernama


Curi kereta sekarang semudah ABC

Posted: 05 Jan 2016 04:24 PM PST

Curi kereta sekarang semudah ABC
Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek sedang berusaha menghidupkan engin kereta.


KOTA BHARU – Kurang seminit, seorang penjenayah berjaya melarikan sebuah kereta jenis Perodua Kancil ketika orang ramai sedang sibuk menjalani aktiviti harian mereka, di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di Jalan Raja Dewa, di sini, tengah hari, Ahad lalu.

Lelaki bertubuh kurus berkenaan mulanya datang dengan menaiki sebuah kereta jenis sama dipercayai bersama seorang rakan yang memandu kereta tersebut dan kemudiannya masuk tempat kosong yang menempatkan deretan kereta lain di kawasan itu, pada jam 1.19 tengah hari.

Suspek turun dari tempat duduk penumpang hadapan dan tanpa menutup pintu kereta, suspek mencabut getah pada cermin bahagian pemandu kereta yang ada di sebelahnya serta memasukkan senjata dipercayai besi sebelum dua, tiga kali jolok, berjaya membuka pintu kereta itu.

Seterusnya, enjin kereta dihidupkan dan mereka masing-masing dengan memandu kereta beredar dari lokasi kejadian tanpa disedari sesiapapun.

Tindakan terbabit, bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup yang diletakkan pada dinding bangunan bersebelahan tempat letak kereta berkenaan.

Rakaman berdurasi seminit 36 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik di laman Facebook dan tersebar meluas melalui aplikasi Whatpps.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana curi kereta.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memakir kereta atau meninggalkan kereta mereka di satu-satu kawasan berisiko. Pihak polis sedang giat menjalankan usaha membanteras jenayah curi kenderaan di negeri ini," katanya.

Kebocoran data pelajar: Kementerian buat laporan polis

Posted: 05 Jan 2016 04:17 PM PST


SINAR HARIAN

kementerian pendidikan malaysia
 
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan hari ini membuat laporan polis berhubung isu maklumat dan data pelajar yang didakwa bocor baru-baru ini.

Laporan dibuat oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Abdullah Mad Yunus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada kira-kira pukul 6 petang.

"Laporan Kementerian Pendidikan bertujuan meminta polis buat siasatan lanjut sama ada ia merupakan kebocoran daripada pihak dalam atau ada sebab-sebab lain yang membolehkan data tersebut diperoleh oleh pihak luar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD Putrajaya di sini.

Abdullah berkata Bahagian Pengurusan Sekolah menerima maklumat mengenai kebocoran data pelajar pada 30 Disember lepas dan satu mesyuarat diadakan dan memutuskan supaya laporan polis dibuat.

Berdasarkan laporan yang tersebar di media, maklumat murid yang sentiasa ada dalam sistem sekolah dikatakan bocor dan diperolehi orang awam dan pihak yang tidak sepatutnya boleh mengakses maklumat itu, katanya.

Katanya, setakat ini Kementerian Pendidikan belum mempunyai data lengkap mengenai jumlah pelajar, jumlah sekolah yang terlibat dalam isu kebocoran maklumat atau sama ada kesemua data itu dijual oleh pihak tertentu.

Ditanya sama ada maklumat dan data pelajar itu bocor kepada pihak institusi pengajian tinggi swasta, beliau menjawab: "Boleh jadi."

Abdullah berkata sehingga kini tidak ada ibu bapa yang membuat laporan rasmi kepada Kementerian Pendidikan berhubung kebocoran yang didakwa dan maklumat diperoleh adalah melalui laporan media sahaja.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan polis akan menyiasat sama ada ia berlaku kerana sistem digodam atau maklumat itu benar-benar dijual kepada pihak luar.

Media baru-baru ini melaporkan maklumat peribadi kira-kira 300,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianggap sulit dibeli dengan mudah oleh institusi pengajian tinggi swasta untuk tujuan pemasaran.

Antara maklumat sulit yang diperoleh termasuk nama pelajar dan nombor kad pengenalan. - Bernama

Tiada ulasan: