Selasa, 26 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NAJIB TIDAK SAJA DIBERSIHKAN, SUCI HATINYA JUGA DIDEDAHKAN...

Posted: 26 Jan 2016 06:46 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Tiada kesalahan dan pendakwaan yang akan diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak setelah penyiasatan lebih enam bulan oleh SPRM berhubung wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International barangkali tidaklah begitu memeranjatkan kita semua.

Ini kerana keputusan itu pada umumnya sudah dijangka oleh sesiapa pun juga, cuma yang ingin ditunggu ialah bagaimana penolakan kes itu akan dilakukan oleh Peguam Negara.

Walaupun SPRM yang melakukan penyiasatan, tetapi sama ada pendakwaan hendak dilakukan atau sebaliknya, ia adalah kuasa Peguam Negara. Oleh kerana Apandi Ali dilantik secara mengejut menggantikan Gani Patail, penutup skripnya tidaklah begitu sukar untuk dijangka.

Tetapi yang lebih memeranjatkan ialah apabila Peguam Negara turut memaklumkan bahawa selain tiada kes yang boleh dikaitkan dengan Najib berkaitan wang tersebut, beliau  juga dimaklumkan sudah memulangkan kembali RM2,030 juta daripada RM2,600 juta yang diterimanya kepada keluarga penderma daripada Timur Tengah tersebut.

Kata Peguam Negara,  wang itu dipulangkan oleh Najib kepada penderma kerana ia tidak lagi diguna pakai.

Oh oh oh...baiknya hati Perdana Menteri kita ini. Oleh kerana tidak diguna pakai, wang derma itu dipulangkan kembali. Jumlahnya pula bukan seratus dua, tapi ribu-ribu juta.

Memang zuhud dan tidak gelap mata dengan dunia rupanya pemimpin kita ini. Mungkin Najib satu-satunya pemimpin yang pernah memulangkan kembali wang derma yang diterimanya dalam jumlah ribu-ribu juta nilainya.

Barangkali di dalam dunia juga hanya ada seorang manusia yang memiliki hati sesuci dan sebersih Najib ini. Sebelum Najib, rasanya tidak ada yang memiliki hati seperti itu dan diharapkan dengan contoh teladan yang ditunjukkan ini lebih ramai lagi yang akan menuruti jejak langkahnya itu, terutama isteri dan anak-anaknya.

Di sebalik Peguam Negara telah membersihkan Najib menjadi bersih sebersih-bersihnya umpama kain putih atau seperti bayi yang baru lahir, beliau juga menzahirkan bahawa Najib adalah pemimpin yang begitu mulia hatinya sehingga sanggup memulangkan kembali wang derma yang diterimanya.

Peguam Negara, Apandi Ali hari ini membersihkan nama Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berkaitan penerimaan wang ke dalam akaun peribadinya itu atas alasan "tidak cukup bukti" untuk mengaitkannya dengan tiga kertas siasatan yang dihantar oleh SPRM itu.
 
 
 
 
 
Serentak dengan itu, Apandi juga mengarahkan SPRM menutup terus kes itu.

Tiadalah lagi apa-apa yang boleh dibangkitkan mengenai derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta itu walaupun hakikatnya SPRM telah menghantar tiga kertas siasatan mengenainya.

Dalam hal ini, biasanya orang yang menderma tidak mengharapkan lagi wang yang didermanya dikembalikan kerana selepas menderma, yang diharapkan selepas itu hanyalah pahala saja.

Apatah lagi digembar-gemburkan kononnya derma itu untuk memerangi keganasan, menegakkan fahaman Ali Sunnah Wal Jamaah, menentang DAP dan kerana ingin UMNO terus berkuasa di negara ini.

Ehhh...kenapa dipulangkan pula? Sudah tamatkah agenda memerangi keganasan, menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, menentang DAP dan memperkukuh UMNO supaya terus berkuasa?

Walaupun tidak diminta, Najib rupa-rupanya dengan rela hati memulangkan wang besar itu semata-mata kerana ia tidak digunapakai lagi.

Perghhh...mulia dan suci murni sungguh hati Najib rupanya!

Ada sesiapa nak percaya?

Hehehe....Lawak betul dan sehingga pilihanraya 2018 nampaknya kita tidak perlu lagi menonton sebarang hiburan televisyen untuk ketawa dan menghiburkan hati. Lawak ini saja sudah memadai membuatkan kita ketawa sepanjang masa


Isu Derma RM2.6 Bilion Najib Razak. Perdana menteri Bersih Dari Dakwaan Rasuah, Sogokan dan Kesalahan Jenayah.

Posted: 26 Jan 2016 06:41 AM PST

Isu Derma RM2.6 Bilion Najib Razak. Perdana menteri Bersih Dari Dakwaan Rasuah, Sogokan dan Kesalahan Jenayah.


isu derma 2.6 bilion
 
 
Ya…Breaking News. Semua sedia maklum yang mana Suruhanjaya Anti Rasuah SPRM telah pun menghantar 2 laporan kepada Pejabat peguam Negara mengenai siasatan terhadap 1MB pada 31 Disember 2016.
 
Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa menerusi laporan berita Bloomberg Business yang mana setelah sekian lama menunggu akhirnya, akhirnya isu derma RM2.6 bilion Najib Razak diumumkan sebagai apa yang dikatakan sebagai "derma peribadi" oleh Keluarga Diraja Arab Saudi sepertimana didedahkan sendiri Peguam Negara, Tan Sri Afandi Ali.
 
Peguam Negara, Tan Sri Afandi Ali telah berpuas hati dan mengesahkan dana yang dikatakan derma peribadi itu bukanlah satu bentuk rasuah atau sogokan dan sama sekali tiada bukti kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melibatkan isu derma RM2.6 bilion Najib Razak.
 
Dan Berita Semasa ingin simpulkan di sini kenyataan terbaru Peguam negara, Tan Sri Afandi Ali disebalik siasatan isu derma RM2.6 bilion ini :

 

Berita Terkini Isu Derma RM2.6 Bilion Najib Razak. Butirannya?

 

  • Najib Razak bersih daripada sebarang tuduhan rasuah
  • SRC International yang merupakan anak syarikat bagi 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan
  • Kesimpulan kes tutup.
Nampaknya ramalan dan jangkaan pemerhati di luar sana, rupa-rupanya benar sama sekali. Apa kata dan respon anda pula?
 
najib razak ag arab saudi berita terkini sprm

Surat BNM Tak Gambarkan Keadaan Sebenar Tabung Haji - Asyraf

Posted: 26 Jan 2016 06:36 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi amaran berhubung rizab mencecah angka negatif itu tidak menggambarkan keadaan sebenar status kewangan institusi itu, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, isi kandungan surat berkenaan yang terbocor itu telah disalah ertikan.

"Nasihat saya kepada pakar kewangan segera di Facebook dan media sosial lain supaya mereka mengambil kira beberapa garis panduan sebelum membuat kenyataan yang boleh memburukkan pihak tertentu," katanya menerusi laman Facebooknya pada Selasa.

Garis panduan itu, kata Asyraf termasuk definisi rizab dan bagaimana ia berfungsi berbeza mengikut situasi kewangan.

Katanya, modul niaga Tabung Haji adalah berbeza daripada institusi kewangan lain kerana ia memperoleh pendapatan menerusi pelbagai pelaburan.

"Mereka juga perlu faham bahawa struktur penyata imbangan Tabung Haji juga berbeza," katanya sambil menambah pihaknya tidak diletakkan di bawah pemantauan bank pusat.

"Bagaimanapun, Bank Negara bimbang jika Tabung Haji tidak memperoleh keuntungan. Tetapi apakah benar Tabung Haji mengalami kerugian?," kata Asyraf.

Beliau berkata, ini adalah antara sebab isu berkenaan perlu dilihat dengan lebih terbuka daripada segi penyata imbangan, untung, rugi dan bukan hanya berasaskan tanggungan dan rizab sahaja.

"Orang ramai perlu faham bagaimana Standard Laporan Kewangan Antarabangsa, terutama penilaian rizab, aset dan aspek tanggungan," katanya.

Pada Selasa, sebuah portal berita melaporkan bahawa paras rizab Tabung Haji mencecah negatif dan tidak dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah tersebut.

Dakwaan itu dikatakan dibuat berdasarkan surat bertarikh 23 Disember yang dihantar oleh Zeti kepada Azeez.

Zeti turut dilaporkan menghantar surat secara berasingan kepada Jamil Khir pada hari yang sama dengan memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kepada kerajaan.

Terdahulu, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' berhubung isu itu.

Azeez ketika dihubungi The Star berkata, beliau perlu membuat semakan di pejabat terlebih dahulu mengenai kebenaran surat itu.

Dapur Dihanyut Ombak, Satu Keluarga Lari Tinggalkan Rumah

Posted: 26 Jan 2016 06:32 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA NERUS: "Dapur rumah tiba-tiba dipukul ombak dan hanyut. Saya bersama isteri serta anak perempuan berlari sekuat hati, tinggalkan rumah," kata seorang penduduk di Kampung Mengabang Telipot di sini.

Abdullah Mat Isa, 52, berkata demikian ketika menceritakan kejadian air pasang besar yang meranapkan kediamannya yang diduduki sejak 19 tahun lalu.

"Sebelum ini memang selalu angin kuat dan ombak besar melanda kampung ini, cuma yang berlaku semalam sangat menakutkan dan sangat luar biasa. Angin mula kuat dan ombak besar mulai pukul 5 petang semalam dan kemuncaknya dapur rumah saya dihanyutkan ombak pada 9.30 malam.

"Kami terus berlari meninggalkan rumah dan menumpang di rumah ibu di Kampung Padang Kemunting, tidak jauh dari sini untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan rumahnya di sini, Selasa.

Sementara itu tinjauan Bernama di sekitar kawasan Mengabang Telipot mendapati beberapa bahagian rumah penduduk musnah dipukul ombak dan ada yang berisiko runtuh sekiranya angin kuat masih berterusan dalam tempoh terdekat.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,  Leftenan Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim berkata pihaknya akan menempatkan 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk memantau perkembangan di kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Kami sudah mengarahkan anggota supaya meronda dan bersiap sedia di kawasan berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Selain itu, semua penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai diminta melakukan persiapan termasuk mengemas dokumen penting jika keadaan memerlukan mereka berpindah," katanya.-- Bernama

Krisis Kedah: Mukhriz Tak Patah Semangat

Posted: 26 Jan 2016 06:30 AM PST

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN DAN ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
 
 
PETALING JAYA: Angin perubahan kepimpinan di Kedah yang semakin kencang tidak mematahkan semangat Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk terus berusaha memperkukuhkan mandat dan sokongan rakyat supaya dapat meneruskan khidmatnya selaku Menteri Besar.

Terbaharu, berdasarkan posting di laman Instagram Mukhriz @mukhrizofficial yang dimuatnaik kira-kira pukul 3 petang Selasa, orang ramai dijemput untuk menghadiri majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang akan diadakan pada malam ini.

"Dipersilakan hadir", demikian kapyen yang ditulis Mukhriz pada gambar yang menunjukkan beliau sedang menadah tangan berdoa.

Majlis yang dinamakan 'Selamatkan Kedah!' itu akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili Mukhriz iaitu di Masjid Kampung Sanglang, Ayer Hitam.

Sementara itu menurut Setiausaha Akhbar kepada menteri besar, Mohd Fisol Jaafar, Mukhriz akan menjalankan tugasnya seperti biasa mengikut jadual yang telah disusun lebih awal.

"Mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan berlangsung seperti biasa dan akan dipengerusikan Mukhriz. Tiada apa-apa perubahan," katanya kepada mStar Online, petang Selasa.



Paparan skrin posting di Instagram milik Mukhriz. 
 
Bagaimanapun, realitinya berdasarkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Langkawi hujung minggu lalu, besar kemungkinan usaha untuk menyingkirkan Mukhriz bakal menjadi kenyataan.

Setakat ini, 19 daripada 21 wakil rakyat negeri berkenaan sudah menandatangani akuan berkanun bagi menyokong perubahan kepimpinan negeri berkenaan.

Kini hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah dan juga Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk tujuan pelantikan Menteri Besar baharu.

Nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Mukhriz pula adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagaimanapun menurut sumber bahagian adat istiadat dan protokol Kedah, hingga kini tiada sebarang persediaan dibuat untuk upacara angkat sumpah menteri besar yang baharu.

Sementara itu sebuah portal berita melaporkan bahawa prosedur pelantikan menteri besar baharu dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.

"Mungkin esok atau lusa majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.

"Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu," kata satu sumber seperti yang dilaporkan portal berkenaan.

Objek ditemui di selatan Thailand bukan milik MH370

Posted: 26 Jan 2016 06:22 AM PST

A AZIM IDRIS

 

serpihan5
Objek besar yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, minggu lalu, disahkan bukan milik MH370. - Foto arkib Reuters


KUALA LUMPUR,  Serpihan logam besar yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, di selatan Thailand, bukan bangkai pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand dan juga pasukan penyiasat lain mengenai penemuan objek itu, minggu lalu.

Jelasnya, melalui kerjasama dengan rakan-rakan sejawatan di Thailand, pasukan Malaysia yang terdiri daripada pegawai DCA, kementeriannya dan Malaysia Airlines telah memeriksa objek logam besar itu bagi mengenal pasti asal-usulnya.

"Daripada laporan terperinci mereka, mereka telah memastikan nombor bahagian pemasangan, nombor wayar berkas dan nombor bahagian bolt-bolt tidak sepadan dengan Boeing 777," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Reuters melaporkan penemuan objek besar itu telah mencetuskan spekulasi di kalangan media negara gajah putih itu yang mengaitkan ia dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Satu serpihan logam besar ditemui di Pulau Reunion, di Perancis pada Julai tahun lalu dan disahkan milik MH370, namun tiada petunjuk lain yang ditemui sehingga kini, lapor agensi berita.

Liow berkata, nombor-nombor bahagian pada serpihan yang ditemui di selatan Thailand, minggu lalu, tidak disenaraikan dalam buku panduan Katalog Bahagian-Bahagian Bergambar MAS B777.

Berdasarkan maklumat-maklumat itu, katanya, pasukan terbabit mengesahkan serpihan itu bukan milik sebuah pesawat B777 9M-MRO (MH370).

"Kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Thailand dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand untuk tindakan pantas dan sokongan dalam memudahkan proses pengenalpastian.

"Kami terus bersama keluarga dan orang tersayang penumpang-penumpang serta anak kapal MH370. Kami akan memaklumkan waris dan orang ramai mengenai perkembangan terbaru MH370," katanya.

Tambahnya, kerajaan kekal komited untuk meneruskan pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

'Tok guru pesan terus istiqamah bersama Hadi'

Posted: 26 Jan 2016 06:15 AM PST

Ahmad Dusuki Abd Rani
Ahmad Dusuki Abd Rani


SHAH ALAM - Ada tiga pesanan yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada saya, kata pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ahmad Dusuki merupakan anak saudara kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz berkata tiga pesanan itu ialah perlu istiqamah dalam perjuangan bersama Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, perjuagan dalam bermasyarakat dan dalam merapatkan ikatan kekeluargaan.

"Pertama beliau (Tok Guru) suruh istiqamah dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang, maknanya perjuangan ini jangan sesekali jauh dengan Abdul Hadi kerana diakhir-akhirnya Nik Abdul Aziz ada menyebut Hadi Awang antara ALLAH beri kelebihannya yang tersendiri, iaitu sehingga dua kali bermimpi bertemu Rasulullah, oleh itu jangan lari daripada perjuangan walaupun berbagai ujian yang menimpa sekalipun jangan tinggalkan Hadi," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.

Katanya lagi, sementara perjuangan dalam masyarakat pula Nik Abdul Aziz memesan agar saya menyempurnakan pembinaan beberapa buah sekolah tahfiz, dan masjid untuk kegunaan masyarakat setempat.

"Sementara dalam mengeratkan ikatan kekeluargaan pula Tok Guru memesan agar menjaga ikatan kekeluargaan dan berpesan agar tidak berpecah belah," katanya.


Sidang DUN khas, undi tak percaya Mukhriz – Wan Azizah

Posted: 26 Jan 2016 06:12 AM PST

SM AMIN

 

wan azizah (m)
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sekiranya Adun-adun Umno mempunyai majoriti, mereka perlu lakukan mengikut peraturan. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR,  Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah perlu memanggil sidang khas bagi membolehkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sekiranya Adun-adun Umno mempunyai majoriti, mereka perlu lakukan mengikut peraturan.

"Pendirian kita adalah Dun Kedah sepatutnya mengadakan satu sesi khas untuk membuat undi tidak percaya kalau tidak percaya kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir.

"Untuk Dewan mereka, kami rasa mereka perlu buat begitu mengikut peruntukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyurat Majlis Pakatan Harapan di Parlimen di sini.

Ditanya mengenai Pakatan Harapan akan mengambil bahagian dalam undian tersebut, Dr. Wan Azizah berkata pihaknya hanya akan memikirkan soal kepentingan rakyat.

"Ini adalah kerana pergaduhan dalaman. Kita tak mahu rakyat rugi. Ini bukan kisah siapa juara," ujarnya.

Peguam Negara perlu jelaskan perkara berbangkit RM2.6 bilion

Posted: 26 Jan 2016 06:10 AM PST

SM AMIN

 

apandi
Mohamed Apandi menunjukkan carta aliran wang SRC pada sidang media mengenai kes syarikat itu dan dana RM2.6 bilion di Jabatan Peguam Negara, hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR,  Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu menjelaskan perkara-perkara berbangkit susulan kenyataannya mengenai dana sumbangan RM2.6 bilion dan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin Mohamed Apandi mampu berbuat demikian, kerana rakyat perlu memahami keputusan tersebut.

"Saya fikir dalam soal ini, tanggungjawab Peguam Negara juga untuk menjelaskan, kalau ada perkara-perkara lain yang ditimbulkan, kerana dalam soal ini, rakyat ingin memahaminya, tetapi sekurang-kurangnya itu satu keputusan yang telah dibuat.

"Tetapi, kalau ada hal-hal yang tidak puas hati, saya percaya Peguam Negara dapat menjelaskannya dengan lebih sempurna lagi, dengan data dan sebagainya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada rakyat akan curiga dengan kenyataan Mohamed Apandi hari ini yang mengatakan tiada unsur rasuah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap dana sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan juga berkaitan SRC.

Menurut Ahmad Shabery, apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk menunjukkan kesungguhan dalam menimbang baik dan buruk sesuatu isu itu.

"Apa juga yang kita akan buat dari Parlimen, kerana Parlimen adalah cerminan kepada kemahuan rakyat dalam negara yang mengamalkan sistem berparlimen.

"Kalau kita harus mempunyai keyakinan apa yang dijelaskan itu adalah satu yang benar-benar mengikut undang-undang, seperti mana yang ada dalam sistem.

"Sebab itu bagi kita, sekiranya hal-hal yang bersangkutan dengan tabung parti dan sebagainya, kalau perlu ada suatu undang-undang khas untuk setiap individu menguruskan tabung menurut undang-undang baru, maka perkara ini boleh dibawa ke Parlimen, supaya negara kita ada sistem yang lebih jelas," katanya.

Penyerang Jakarta buat panggilan ke Malaysia sebelum letupan

Posted: 26 Jan 2016 06:06 AM PST

BERNAMA

 

jakarta
Berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia. - Foto arkib Reuters/ Video amatur


KUALA LUMPUR,  Seorang penyerang dalam letupan bom di Jakarta pada 14 Januari lalu, telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini, sebelum melancarkan serangan itu.


Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.

"Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baru ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Pada 14 Januari lalu, berlaku serangan bom dan tembakan di Jalan MH Thamrin yang menyebabkan lapan maut, termasuk empat penyerang terbunuh, sementara 30 lagi, termasuk lima anggota polis cedera parah.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilaporkan sebagai berkata, pihaknya percaya pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara, adalah perancang serangan tersebut.

Namun, Mohamad Fuzi berkata, berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.

Mengenai kumpulan Daesh, beliau berkata, polis mengenal pasti terdapat komunikasi antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia di Syria.

"Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat rakyat Malaysia di sini kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di Syria," katanya.

‘Biar kiasu, tolak kiasi untuk jayakan TPPA’

Posted: 26 Jan 2016 06:02 AM PST

BERNAMA

 

9G9A2105
Liang berkata, rakyat Malaysia harus menolak sikap 'kiasi' yang mencerminkan sikap takut menerima cabaran atau mengambil risiko. - Foto arkib TRP/ Wan Kah Hoong


KUALA LUMPUR,  Seorang Ahli Parlimen hari ini mencuri perhatian dengan penggunaan perkataan 'kiasu' dan 'kiasi' bagi menggambarkan sikap yang seharusnya diambil rakyat Malaysia berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).


Membahaskan usul TPPA pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini, Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata, rakyat Malaysia harus mengamalkan sikap 'kiasu' dalam erti kata tidak mahu kalah dengan memiliki daya saing tinggi, sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.

"Kita mahu memperjuangkan yang terbaik untuk negara kita dan saya yakin perunding kita sentiasa mempunyai sikap kiasu apabila menjalankan rundingan dengan negara lain," katanya.

Sikap sama, kata Liang, perlu menjadi pegangan rakyat untuk bersama melonjakkan Malaysia menjadi negara maju.

"Semua pihak perlu yakin dengan kemampuan dan daya saing masyarakat negara ini," katanya sambil menambah, dasar tutup pintu dalam ekonomi hanya akan merugikan negara.

Pada masa sama, kata Liang, rakyat Malaysia harus menolak sikap 'kia' (takut) 'si' (mati) – 'kiasi' yang mencerminkan sikap takut menerima cabaran atau mengambil risiko.

"Inilah sikap yang seharusnya ditolak, kerana dengan sikap 'kiasi', kita tidak akan ada budaya saing ke arah mencapai keputusan cemerlang," katanya.

Beliau turut berkata, ada segelintir pihak yang gusar dengan kewujudan Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dalam TPPA, sedangkan ISDS bukan sesuatu yang baru.

Sehingga kini, negara telah menandatangani 74 perjanjian pelaburan dua hala dan lapan FTA yang mengandungi mekanisme ISDS.

Tegasnya, TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam jangka panjang dan ke arah itu, negara perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang kian maju dan saling berhubung.

TPPA tidak bantu tingkatkan pertumbuhan ekonomi

Posted: 26 Jan 2016 05:57 AM PST

tppa

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menggesa semua wakil rakyat yang menghadiri sidang khas Parlimen selama dua hari bermula hari ini supaya menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Katanya, ia ekoran beberapa faktor yang disifatkannya tidak menguntungkan negara walaupun kerajaan berulang kali cuba menyakinkan rakyat kononnya ia meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

"Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mustapha Mohammed bahawa TPPA bakal membawa pelaburan lebih tinggi hanya 'fiksyen' semata-mata.

"Pertama, cabaran utama negara bukan berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) tetapi berkaitan keyakinan syarikat swasta negara ini terhadap situasi ekonomi Malaysia walaupun mempunyai dana besar.

"Kedua, cabaran sebenar ekonomi negara ialah untuk meningkatkan kemahiran, produktiviti dan upah, tidak ada makna menarik FDI jika terus menggunakan khidmat pekerja asing tanpa kemahiran," katanya.

Malah, Chin Tong pada pada kenyataan media, hari ini turut mengkritik kenyataan yang mengatakan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) akan meningkat melalui TPPA.

"Pertumbuhan berkualiti hanya dapat diperoleh apabila Malaysia bersaing dengan Korea dari segi teknologi, bukannya bersaing dengan Vietnam dan Indonesia berkaitan tenaga pekerja yang murah.

"Alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa jika kita tidak menyertai TPPA, Vietnam akan mengambil faedah dan mengisi kekosongan hanya membuktikan bahawa beliau tidak faham ekonomi," katanya.

Chin Tong turut mempersoal kenyataan bahawa faedah yang bakal diperoleh pelbagai sektor antaranya sektor tekstil di negara ini yang disifatkanya belum cukup menyakinkan untuk bersaing di pasaran global.

"Beritahu saya di mana industri tekstil di negara ini? Jawapan saya, hanyalah kecil-kecilan di Batu Pahat yang dimiliki rakyat Malaysia dan terletak di Vietnam. Dengan kata lain, hampir tiada industri tekstil di negara ini," katanya.

Pengarah Pendidikan Politik DAP itu juga mempersoal ketelusan yang kononnya dibawa TPPA seperti dakwaan mereka yang menyokong perjanjian berkenaan.

"TPPA ada hasrat dari pelobi dari Amerika Syarikat, tambahan dari hasrat daripada egara yang terlibat, justeru, kita tidak boleh mengharapkan perjanjian perdagangan seumpama itu bersifat telus," katanya.

Justeru, walaupun Chin Tong tidak dapat hadir ke sidang berkenaan atas faktor kesihatan, beliau tetap mengajak perwakilan merenung semula isu berkenaan dan mendesak mereka supaya menolaknya. -Roketkini.com


195,000 perusahaan kecil hilang jika laksana TPPA

Posted: 26 Jan 2016 05:55 AM PST

lim guan eng tppa

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR : Mengulangi pendirian menolak Perjanjian TPPA di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membuat penilaian secara objektif mengenai kos dan faedah penyertaan Malaysia dalam perjanjian itu.

Selain membangkitkan kebimbangan kesan terhadap harga perubatan, harta intelek, alam sekitar dan hak buruh, Ahli Parlimen Bagan itu juga mengetengah tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian.

Pada sesi perbahasan Parlimen, Setiausaha Agung DAP itu berkata isu pertama ialah kesan terhadap industri kecil dan sederhana (IKS) ataupun small and medium enterprises (SMEs).

"Bantuan dari segi kewangan dan juga bantuan teknikal mesti diberi kepada SME yang kecil untuk menyediakan mereka untuk persaingan akibat TPPA.

"Jikalau kerajaan tidak ada sebarang langkah mitigasi yang dirancang terperinci, khusus dan sistematik, bagaimana SME boleh mempercayai jaminan TPPA akan membawa kesan positif kepada mereka?"

Guan Eng merujuk kenyataan Presiden Persatuan IKS Malaysia, Michael Kang yang menyatakan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 195,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia akan gulung tukar selepas TPPA dilaksana.

Kebimbangan kedua, katanya, ialah Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang melibatkan kerajaan negeri boleh diheret ke Tribunal Antarabangsa lantaran tiada jaminan kukuh kes ISDS yang melibatkan kerajaan negeri, tidak dibawakan ke tribunal antarabangsa.

"Dana dan kepakaran kerajaan negeri terhad sedangkan kes di Tribunal Antarabangsa memakan kos yang tinggi. Sebagai contoh, kes melibatkan undang-undang terhadap pembungkusan kotak rokok di Australia, walaupun menang, memakan kos AUS$50 juta," katanya.

Perkara ketiga, beliau berkata ialah perolehan kerajaan dari segi ketelusan kerana kononnya salah satu kebaikan TPPA yang diumumkan kementerian ialah ketelusan dan anti-rasuah. Sedangkan, kontrak perundingan terus tetap diamal selepas perjanjian itu. -Roketkini.com


Apandi bebaskan Najib dari skandal, jadi Ahli Lembaga Tabung Haji

Posted: 26 Jan 2016 05:51 AM PST

ahmad anwar

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR : Skandal RM2.6 bilion itu mungkin selesai di mata kerajaan tetapi tidak selesai di mata rakyat terutama apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

"Sebelum ini, memang sudah banyak kontroversi melibatkan skandal itu seperti pemecatan tergesa-gesa Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan kegagalan Najib menjelaskan isu itu di Dewan Rakyat bulan lepas.

"Kini, apabila Apandi menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, jelas ada konflik kepentingan," kata Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail kepada Roketkini.

"Peguam Negara perlu faham bahawa 'Not only must justice be done, it must also be seen to be done' (Keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi perlu dipastikan yang ia dilaksanakan).

"Melihat sistem urus tadbir hari ini dengan semua agensi kerajaan dikunci mulutnya, cuma tinggal satu cara untuk rakyat – mengubah pemerintah bagi memastikan kebenaran ditegakkan," katanya.

Apandi hari ini membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan dalam skandal derma RM2.6 bilion atas alasan sejumlah RM2.03 bilion sudah dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi pada 2013.

Beliau yang dikenal pasti ada pelantikan sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji itu kemudian mengarahkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan sekalipun atas alasan rapuh.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Subang, Edry Faizal Eddy Yusof pula menyifatkan kenyataan Apandi kononnya wang itu sudah dipulangkan kembali kepada keluarga diraja Arab Saudi pada 2013 itu sebagai mencuriga dan melucukan.

"Ini terlampau tidak masuk akal, tidak perlu jadi orang cerdik pandai untuk menyedarinya," kata beliau yang sama sekali tidak menyangka kenyataan 'membodohkan rakyat' itu menjadi penamat segala kebimbangan dan pertanyaan rakyat berhubung skandal berkenaan.

"Kita boleh lihat dari awal, perjalanan skandal itu tidak konsisten kerana terlalu banyak dolak-dalik dari pemimpin UMNO BN bagi menutup mulut rakyat, contohnya mengambil masa lama untuk menerangkan ia kononnya wang derma.

Kata Edry, rakyat perlu sedar situasi hari ini memberi kesan besar kepada kehidupan mereka kerana ia bermakna pemimpin berani melakukan perkara yang dibenci masyarakat secara terbuka tanpa mengambil peduli suara mereka.

"Ia merisaukan apabila rakyat disajikan skandal pemimpin tanpa mampu melakukan apa-apa kerana seluruh badan kerajaan berpihak kepadanya. Rakyat jangan pernah lupa bahawa Peguam Negara yang dilantik Najiblah yang membersihkan skandal itu," katanya. -Roketkini.com

Tiada ulasan: