Isnin, 25 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


50 produk kosmetik diharamkan Kementerian Kesihatan

Posted: 25 Jan 2016 04:16 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam telah mengeluarkan senarai 50 produk kosmetik beracun yang telah diharamkan oleh kementerian tersebut.
 
Senarai itu dikeluarkan oleh KKM menerusi laman facebook rasminya.
 
Berikut adalah 50 senarai yang dikeluarkan oleh KKM:
 
1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
 
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
 
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
 
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
 
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
 
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
 
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
 
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
 
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
 
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute
 
Selain itu pengguna boleh menyemak status senarai penuh di laman web www.bpfk.gov.my.
 
 
 

PKR perjelas sebab Aziz Bari gagal jadi ahli majlis kerana masalah teknikal

Posted: 25 Jan 2016 04:14 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



PETALING JAYA: Kegagalan dua bekas ahli PKR, Dr Abdul Aziz Bari dan Abdul Razak Ismail menjadi ahli majlis kerajaan tempatan adalah disebabkan masalah teknikal, kata Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie.

Beliau dalam pada itu menafikan penolakan pelantikan kedua-dua calon itu kerana merupakan bekas ahli parti PKR.

Aziz sepatutnya mengangkat sumpah sebagai ahli majlis Majlis Ampang Jaya (MPAJ) atas kuota DAP, namun tidak dapat berbuat demikian berikutan namanya tiada dalam senarai.

"Siapa kata kita tolak (sebab mereka bekas ahli PKR), itu maklumat palsu, di peringkat awal kita punyai 30 nama ahli majlis yang banyak isu dibangkitkan dan daripada jumlah itu kita sudah selesaikan 16 nama ," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata, PKR mempunyai 14 nama ahli majlis bagi kerajaan tempatan dan menjangkakan minggu depan pimpinan parti akan dapat mengesahkan dan mengeluarkan senarai sah pelantikan ahli majlis.

"Daripada 14 ahli majlis yang perlu untuk kita sahkan dan daripada jumlah itu 2 darinya ialah dari (DAP), 4 (PAS) dan 8 (PKR).

"Ianya bukan sebab penolakan ianya lebih kepada masalah teknikal yang libatkan beberapa perkara yang kita tak boleh umumkan.

"Namun saya yakin dalam minggu depan kita boleh selesaikan secara berperingkat dan rasanya kalau berlaku beberapa perubahan ia tidak melibatkan jumlah ahli majlis yang banyak, hanya sedikit saja," katanya.

Terdahulu, Aziz yang juga pensyarah undang-undang mengesahkan nama beliau tidak ada dalam senarai ketika membuat semakan di pejabat MPAJ, Khamis lalu.

Penolakan Aziz sebagai ahli majlis dipercayai dibuat berdasarkan isu teknikal memandangkan beliau tidak tinggal di kawasan Ampang Jaya tetapi di bawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). 


Laman BN dakwa peserta anti TPPA dirasuah RM30

Posted: 25 Jan 2016 04:08 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang pengarah sebuah NGO yang menyokong mangsa HIV dituduh melakukan rasuah dengan memberikan RM30 kepada setiap pesakit yang menghadiri himpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) Sabtu lalu.

Edward Low, yang mengetuai Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+), dituduh berbuat demikian oleh laman Facebook BN 'Friends of BN', selepas video menunjukkan wang tunai diedarkan kepada para peserta.

"Amalan suap menyuap oleh puak-puak yang kononnya perjuangkan ketelusan, amanah dan anti rasuah.

"Agihan upah kepada peserta yang menyertai himpunan bantah TPPA," tulis laman itu.

Bagaimanapun, perunding Majlis Aids Malaysia, Fifa Rahman menjelaskan bahawa video yang menunjukkan Edward Low mengedarkan RM30 kepada pesakit yang menghadiri perhimpunan tersebut, sebagai "kos sara hidup".

"Betul-betul sedih apabila sokongan kesihatan awam bagi membantu kos sara hidup untuk peserta perhimpunan TPPA dituduh sebagai rasuah," tulisnya di laman Facebook beliau.

Beliau berkata agihan RM30 itu diperoleh daripada geran organisasi untuk sokongan kesihatan awam.

"Lihatlah T-shirt yang mereka pakai, ia bertulis 'HCV positif. Saya rasa benar-benar sedih kerana pesakit-pesakit ini difitnah seperti ini.

"Untuk maklumat anda, ubat HCV sofosbuvir adalah AS $ 84,000 selama dua belas minggu rawatan," kata aktivis itu menulis di laman Facebooknya.

HCV sufosbuvir adalah ubat preskripsi digunakan dengan ubat-ubatan anti-virus lain untuk merawat jangkitan kronik hepatitis C pada orang dewasa.

Malaysiakini sedang menghubungi Low berhubung perkara itu.




Kami tak mampu bayar peserta protes TPPA, kata NGO

Posted: 25 Jan 2016 04:04 PM PST

Koh Jun Lin


 


Kumpulan sokongan pesakit HIV positif Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+) berkata mereka tidak mampu membayar orang ramai untuk menyertai himpunan bagi membantah Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) Sabtu lalu.

Pengarah kumpulan itu Edward Low berkata wang yang diberikan kepada peserta protes itu bahkan tidak dapat menampung kos hidup sehari di bandar.

Beliau menjelaskan bayaran itu adalah RM20 seorang, dan bukan RM30 sebagaimana yang dikatakan perunding Majlis Aids Malaysia Fifa Rahman, yang mempertahankan Low semalam.

"Kami tidak mampu untuk mengupah orang untuk datang ke protes itu. RM20 itu tiada apa untuk minta orang ramai keluar," kata Low kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, wang itu dibayar kepada kira-kira 100 anggota kumpulan itu, hampir semua daripada mereka adalah pesakit yang menghidap hepatitis C atau HIV positif.

Ia bertujuan membayar makanan mereka, air, dan pengangkutan selepas protes.

Low berkata jika bayaran itu merupakan rasuah atau bertujuan untuk "mengambil" mereka menghadiri protes itu, bayaran itu sepatutnya tidak dibuat secara terbuka.
Tambahnya, wang itu tidak diedarkan kepada semua yang hadir, tetapi sebaliknya kumpulan itu membuat rekod nama penerima, nombor kad pengenalan, dan tandatangan.
MTAAG + adalah antara pelbagai kumpulan yang membantah TPPA di Padang Merbok dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Kumpulan itu bimbang perjanjian mengenai harta intelek akan melambatkan pengenalan ubat-ubatan generik, dengan itu meningkatkan kos penjagaan kesihatan.

Sebuah rakaman video Low menyerahkan wang berkenaan diedar di internet sejak semalam, termasuk laman Facebook BN 'Friends Of BN'.




Guan Eng nasihat Mukhriz

Posted: 25 Jan 2016 03:56 PM PST

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Konflik politik di Kedah boleh diselesaikan dengan mengadakan usul undi percaya dalam sidang Dun untuk menentukan sokongan sebenar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu bagi membolehkan sokongan kesemua wakil rakyat diterjemahkan melalui saluran yang betul terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berpendapat Kedah mempunyai beberapa pilihan namun sidang Dun tergempar untuk usul undi percaya adalah yang terbaik untuk menangani krisis ini bagi membolehkan wakil rakyat membuat pilihan.

"Pembubaran bukan langkah yang betul sebaliknya perlu adakan usul undi percaya terlebih dahulu.

"Ini jalan terbaik selesaikan krisis dan menyelamatkan saya kerana banyak pihak yang menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk mengalihkan perhatian dari krisis yang berlaku di Kedah," katanya kepada media semalam.

Ditanya mengenai pendirian dua wakil DAP di Kedah jika diadakan undi percaya, Guan Eng berkata tidak mahu membuat keputusan terlalu awal.

"Biar ikita buat selangkah demi selangkah. Selesaikan satu persatu, biar fasa pertama ini selesai dahulu, baru boleh pergi ke fasa seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, semua keputusan bergantung kepada Mukhriz untuk menyelesaikan masalah politik di negeri itu.

"Apa yang penting ialah penuhi kehendak rakyat dan kena hormat perlembagaan," katanya.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lalu apabila kepimpinan Umno negeri itu yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi  Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah.

Singkir Mukhriz: Kumpulan sama penyebab Umno kalah

Posted: 25 Jan 2016 03:54 PM PST

SINAR HARIAN


Mahathir Mohammad
Mahathir Mohammad


LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini mendakwa kumpulan yang merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah kumpulan sama yang menyebabkan Umno kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan kumpulan itu tidak mempunyai reputasi baik, beliau berkata, langkah mereka menuntut penyingkiran Mukhriz merupakan suatu tindakan yang 'amat bersifat politik'.

"Mereka mengambil langkah itu tanpa mendapatkan pandangan rakyat (golongan akar umbi) dan merekalah (rakyat) yang akan terpaksa menangung akibatnya (sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap kepimpinan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di sini.

Dr Mahathir berkata, ketika menjadi perdana menteri, beliau ada melakukan perubahan terhadap kepimpinan Umno Kedah, namun parti itu dapat terus mentadbir Kedah.

Rabu lepas, Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sekumpulan terdiri daripada 14 ketua bahagian Umno,

Adun dan Ahli Parlimen dari Kedah untuk menyuarakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz dan menuntut penyingkirannya sebagai Menteri Besar.

Dr Mahathir berkata, selepas isu itu tercetus, beliau ada berjumpa dengan Mukhriz dan antara perkara yang mereka bincangkan ialah berhubung isu berkenaan, di samping hal ehwal keluarga.

Ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mukhriz, beliau berkata: "Dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Tidak ada apa yang kekal kerana kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh bertukar menjadi kawan."Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana tegasnya, tiada nasihat yang perlu beliau beri kepada Najib.

"Saya berpendapat beliau perlu melakukannya (menangani perkara itu). Beliau pandai dan tak perlulah saya menasihati beliau," katanya. - Bernama

MB baru Kedah Rabu ini, lapor portal Umno

Posted: 25 Jan 2016 03:51 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Berikutan kemelut dalaman Umno Kedah, sebuah portal pro parti itu membuat spekulasi bahawa negeri jelapang padi itu akan mendapat menteri besar baru selewat-lewatnya Rabu ini.

Menurut portal Mykmu.net, Kedah akan mendapat menteri besar ke-12 apabila 20 daripada 21 ADUN BN bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Menurut sumber, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada presiden Umno dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai menteri besar Kedah yang baru.

"Kesemua mereka bersedia menghadap Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan BN," kata portal itu.

Selain itu, Mykmu berkata, menurut sumber, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus ADUN BN Kedah.

"Apa yang menjadi pertimbangan ketika ini ialah sama ada mengekalkan keputusan melantik Timbalan Pengerusi BN dan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah atau melantik calon lain yang kurang kontroversi dan bagi meredakan keadaan," kata portal itu lagi.

Minggu lalu, Ahmad Bashah bersama 14 pemimpin Umno Kedah telah menyatakan 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan Mukhriz.

Ahmad Bashah juga menyenaraikan empat sebab yang dikatakan sebagai punca kehilangan keyakinan Umno Kedah terhadap Mukhriz, iaitu kegagalan Mukhriz untuk menyatukan parti, kekurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kegagalannya memimpin dan menggerakkan jentera parti serta ketidak-upayaannya menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan.

Beliau turut menggesa Najib untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Malah pihaknya pada Jumaat lalu juga telah berjumpa Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Namun pertemuan yang diadakan selama kira-kira sejam itu menimbulkan teka-teka tentang keputusan perjumpaan tersebut.

Ekoran itu, terdapat laporan yang membuat spekulasi bahawa Mukhriz akan ditawarkan jawatan sebagai timbalan menteri antarabangsa dan industri perdagangan dan Ahmad Bashah bakal dilantik sebagai menteri besar Kedah.




'Namakan siapa jadikan kamu kambinghitam'

Posted: 25 Jan 2016 03:50 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pembunuh yang disabitkan bersalah, Sirul Azhar Umar hanya perlu tampil bagi mendedahkan pihak yang didakwanya telah menjadikannya 'kambinghitam' dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh mempersenda video terkini Sirul sebagai 'karenah' yang gagal menangani soalan utama di sekitar pembunuhan penuh publisiti itu.

Beliau memberi contoh dakwaan tertentu dibuat dalam satu kenyataan tidak bersumpah Sirul dari kandang tertuduh semasa perbicaraan yang telah ditolak ketika prosiding, di mana dia mendakwa "Mereka" membuatkan dirinya teraniaya.

"[...] bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai 'kambing hitam' yang harus dikorbankan," Ram memetik kenyataan itu.

"Adalah jelas daripada kenyataan Sirul sendiri [...] bahawa dia tidak mengenali Altantuya atau mempunyai apa-apa urusan dengan dia.

"Oleh itu, dia (Sirul) tidak boleh tahu jika dia (Altantuya) hamil atau tidak pada masa kematiannya," kata Ramkarpal, merujuk kepada kandungan video kedua yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam.

Dalam video itu Sirul menyalahkan media kerana menyebarkan salah tanggapan bahawa Altantuya telah mengandung semasa kematiannya.
'Namakan tuan anda'.

"Dakwaan Sirul yang dia telah dijadikan kambing hitam boleh memikul tanggungjawab seseorang, dan tak mungkin dia mempunyai sebarang motif membunuh Altantuya.

"Dia boleh melakukan dengan baik dengan memberitahu kami siapakah 'mereka' yang dirujuk dalam kenyataannya," kata Ram.

"Sehingga itu, janganlah kita terpengaruh dengan telatah pembunuh yang disabitkan bersalah ini yang mana kredibiitinya secara serius telah dikompromi," ujarnya.

Sirul - bekas komando polis yang melarikan diri ke Australia, bersama dengan rakannya Azilah Hadri dihukum mati tahun lepas atas tuduhan membunuh Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 Julai dan 19 Julai 2006.

Pengkritik mempersoalkan kerajaan dan mahkamah mengenai motif sebenar pembunuhan Altantuya.
Sementara Azilah pula memohon pengampunan dari istana Selangor.



Singkir Mukhriz hanya khabar angin, kata MCA Kedah

Posted: 25 Jan 2016 03:43 PM PST

Susan Loone







Laporan untuk menggulingkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan 19 daripada 21 ADUN dikatakan membuat akuan bersumpah (SD) untuk menyingkirkannya minggu ini hanya lah merupakan khabar angin, kata MCA Kedah.

Exco Kedah, Leong Yong Kong berkata tiada mana-mana pihak mendekati wakil MCA untuk menandatangani SD berkenaan seperti dilaporkan akhbar The Star hari ini.

"Saya juga terkejut kerana tiada cerita seumpama itu. Saya ingin tahu mengapa dikatakan bahawa kami telah menandatangani SD berkenaan.

"Anda perlu bertanya kepada wartawan itu di mana dia dapat cerita. Setakat ini, tiada siapa yang telah mendekati saya.

"Adalah lebih baik bagi orang ramai tidak membuat atau menyebarkan khabar angin itu dan tunggu keputusan akhir mengenai perkara ini," kata Leong yang juga ADUN Gurun, kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berada di Langkawi semalam, berkata apa-apa mengenai SD yang berkaitan dengan penyingkiran Muhkriz sebagai MB, Leong berkata, "Tiada apa-apa seperti itu".

Beliau berkata keadaan adalah sangat rumit dan MCA hanya boleh menunggu keputusan akhir.

"Perkara itu semata-mata di tangan Umno Kedah, jadi kami menyerahkan kepada mereka menyelesaikannya," tambahnya.




Bashah: Tiada ADUN dipaksa tandatangan tak sokong Mukhriz

Posted: 25 Jan 2016 03:41 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tidak timbul isu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.

"Nak sign signlah... kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela... YB kena ada stand (pendirian), itu baru wakil rakyat.

"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial bahawa 19 daripada 21 ADUN Barisan Nasional (BN) di Kedah telah menandatangani akuan tersebut.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan anggota Parlimen Umno serta pemimpin kanan Umno negeri diketuai Ahmad Bashah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata beliau tidak mengetahui jumlah sebenar ADUN yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar "YB".

Katanya, masalah membabitkan kepimpinan menteri besar Kedah bukan pertama kali berlaku dan beliau bersama wakil rakyat yang lain mendesak untuk tindakan itu kerana mahukan perubahan dalam kepimpinan.

Berhubung perkara itu dijadikan isu oleh parti pembangkang terutama PAS, Ahmad Bashah berkata perkara sama turut berlaku ketika PAS menguasai kerajaan negeri pada 2008 hingga 2013.

"Kami bukan hendak bergaduh tetapi hendak baiki. Kami hanya minta perubahan untuk kebaikan.

"Bukan saya seorang, tetapi 14 (daripada 15) ketua bahagian. Saya cuma timbalan pengerusi kena bawa hasrat semua," katanya.- Bernama

Exco percaya Najib nilai permintaan geng anti-Mukhriz

Posted: 25 Jan 2016 03:39 PM PST

Exco percaya Najib nilai permintaan geng anti-Mukhriz
Tajul Urus (tiga, kiri) menyampaikan hamper Tahun Baru Cina kepada warga emas




SUNGAI PETANI - Kemelut politik Kedah dijangka selesai secepat mungkin dengan perubahan dalam kepimpinan negeri iaitu mendapat Menteri Besar baharu yang lebih pengalaman dan berwibawa.

Exco Pendidikan dan Pengangkutan, Datuk Tajul Urus Mat Zain percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menimbang permintaan 14 ketua Umno bahagian agar Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diganti.

Yakin isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin, beliau menyatakan persetujuan dengan keputusan yang dibuat ketua bahagian terbabit khususnya berhubung perpaduan parti.

"Saya percaya siapa sahaja yang akan menggantikan Mukhriz adalah calon yang mendapat konsensus dari semua ketua bahagian.

"Sebab itu saya melihat isu utama hari ini ialah soal parti. Jika parti tidak memberi sokongan, bagaimana hendak mengatur jentera. Dengan perubahan ini, tokoh itu dapat membuat keputusan dengan baik," katanya kepada media selepas menyampaikan hamper Tahun Baru Cina di Pekan Semeling, di sini, hari ini.

Tajul Urus yakin soal pentadbiran kerajaan negeri tidak akan terjejas kerana siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar sudah pasti akan dibantu barisan Exco yang  berkelayakan dan berpengalaman mengikut bidang masing-masing.

"Saya harap rakyat Kedah akan menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan.

"Kita akan sama-sama membantu Menteri Besar baharu untuk membangunkan Kedah sebagai negeri yang aman dan makmur serta mendapat perhatian sewajarnya dari pusat," katanya.

Ditanya langkah melantik Menteri Besar baharu akan menjejaskan keputusan PRU akan datang, beliau yang juga Adun Tanjong Dawai berkata, tidak akan berlaku perubahan besar.

"Saya yakin apa yang dibuat adalah untuk mengukuhkan sokongan dan keyakinan untuk menghadapi PRU. Kepincangan akan berlaku jika tiada pembetulan dilakukan walaupun di pertengahan jalan," katanya.

Selaku wakil rakyat dan exco, beliau percaya tindakan itu bukan satu hukuman kepada Mukhriz tetapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Perdana Menteri memberi kenaikan pangkat kepadanya.

"Kami tidak mahu Mukhriz dilepaskan begitu sahaja. Sebaliknya, saya yakin Perdana Menteri mempunyai perancangan lebih baik  untuk Mukhriz kerana beliau adalah seorang pemimpin muda yang berpotensi," katanya.


Rahim: Mukhriz pernah tolak tawaran Najib

Posted: 25 Jan 2016 03:34 PM PST

Rahim Tamby Chik
Rahim Tamby Chik
 
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendedahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pernah menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, sekiranya Mukhriz menerima tawaran Najib menyertai Kabinet, beliau mungkin terhindar daripada kontroversi politik yang melanda sekarang ini.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Rahim berkata, beliau bersama Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh pernah menjadi 'pendamai' antara Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Salah satu inisiatif adalah menawarkan Datuk Seri Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang lalu.

"Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu ubah kedudukan anaknya dari jawatan Menteri Besar Kedah,  saya menjelaskan bahawa Najib yakin bahawa kedudukan Mukhriz terancam kerana ramai pemimpin Umno Kedah yang menolak beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, Tun Mahathir meminta beliau berumpa Mukhriz untuk menyampaikan tawaran Najib itu dan beliau mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh anaknya.

"Malangnya Mukhriz menolak tawaran Najib. Saya kesal hingga sekarang sebab penolakan ini punca kegagalan inisiatif yang dibuat oleh saya dan Fatmi untuk mendamaikan Najib dan Tun Mahathir," katanya.

Beliau yakin sekirahya, tawaran itu diterima, Mukhriz bukan sahaja terhindar daripada kontroversi politik yang melanda Kedah sekarang, malah hubungan baik Najib dan Tun Mahathir mungkin menjadi realiti historik kepada perpaduan Melayu dan Umno.

"Semoga Allah izinkan peluang kedua menjelma," katanya.

TH Belum Terlewat Umum Dividen, Tapi...

Posted: 24 Jan 2016 11:35 PM PST


EKORAN pertanyaan pembahas Ummu Aiman mengenai pengumuman dividen (bonus) Tabung Haji (TH) yang saya ulas ringkas dalam perkara 18 posting yang lalu, saya telah membuat beberapa pertanyaan dan penyelidikan ringkas.

Daripada maklumat yang saya peroleh dan apa yang saya fahami mengenai urus tadbir TH, hal-hal berikut perlu dipertimbangkan.

1. Tanda tanya dan kerisauan timbul kerana batas waktu (deadline) pengumuman dividen (bonus) bagi tahun kewangan 2015 dijangkakan pada 22 Januari 2016.

2. Ini adalah kerana tahun lalu, dividen (2014) diumumkan pada 22 Januari 2015. Kadar dividen (bonus) tahun lalu adalah lapan peratus.

3. Tapi TH belumlah terlewat mengumumkan dividen sebab sebelum ini ia pernah membuat pengumuman pada 30 Januari (bagi tahun kewangan 2013) dan 7 Februari (bagi tahun kewangan 2012).

Menabung dan ke Makkah melalui TH

4. Dalam beberapa tahun sebelum dan selepas PRU 2013, TH membayar dividen dan memberi bonus melebihi tahap keuntungannya, mungkin dengan menggunakan rizab.

5. Yang lebih menjadi kemusykilan adalah kesan kelembapan ekonomi, kejatuhan teruk pasaran ekuiti dan keterdedahan (exposure) TH kepada skandal hutang 1MDB ke atas prestasi kewangannya.

6. Selain kontroversi pembelian tanah 1MDB di projek Tun Razak Exchange (TRX), TH juga memberi hutang yang besar kepada 1MDB melalui pembelian bon 1MDB.

7. Apa-apa yang tidak baik, sekiranya berlaku, akan mengancam kepentingan penyimpan TH dan keyakinan terhadapnya.

8. Seandainya hal ini terjadi, ia adalah sabotaj ekonomi dan akidah kerana majoriti yang menabung dengan TH adalah orang miskin dan mereka berbuat demikian semata-mata untuk menunaikan ibadat haji.

9. Orang seperti Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, Menteri Agama (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, (Tan Sri) Ismee Ismail akan dipertanggungjawabkan jika TH mengalami musibah.

Jamil Khir (kanan) dan Abdul Azeez bertanggungjawab

10. Adalah mustahil mereka tidak tahu atau tidak diberi amaran kerana TH, sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (non-bank financial institution), turut dikawal selia oleh Bank Negara. Atau apakah Bank Negara juga bersubahat?

11. Perkara 22 Akta TH 1995 tidak membenarkannya mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua tanggungan (obligations).

12. Buat masa ini kita hanya boleh berkata: "Kami berlindung dengan Allah daripada perkara-perkara buruk menimpa kami."

Wallahuaklam.


Potret dinobat juara AJL 30

Posted: 24 Jan 2016 11:15 PM PST

Potret dinobat juara AJL 30
Penyanyi Akim & The Majistret berucap apabila lagu Potret dendangan mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 yang berlangsung di Stadium Malawati malam tadi. - Foto Bernama
 

LAGU Potret dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 di pentas akhir malam ini sekali gus menewaskan 12 lagu yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Akim & The Majistret menerusi lagu Potret, komposer Hang Nadim dan liriknya oleh Kamar Empayer membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi AJL.

Naib juara pula memihak kepada Faizal Tahir yang membawa lagu Assalammualaikum komposer dan penulis lirik oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok menerima RM35,000 dan trofi AJL.

Manakala tempat ketiga berpihak kepada Caliph Buskers menerusi lagu Hanya Namamu, komposer dan penulis lirik, Edry Abdul Halim yang berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL.

Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi AJL.

Berikut senarai pemenang bagi AJL29 :

Persembahan terbaik: Akim & The Majistret (Potret)

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah)

Tempat ketiga: Caliph Buskers (Hanya Namamu)

Naib Juara: Faizal Tahir (Assalammualaikum)

Juara: Akim & The Majistret (Potret)

Penyingkiran beri kelebihan politik kepada Mukhriz

Posted: 24 Jan 2016 11:13 PM PST

Mukhriz Tun Mahathir
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) melambaikan tangan kepada para penyokongnya di hadapan Bangunan Tunku. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Percaturan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis Menteri Besar Kedah akan menjadi ukuran kepada kebijaksanaan Presiden Umno itu antara memenuhi tuntutan pemimpin parti atau suara rakyat yang memenangkan BN pada PRU13 lalu.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kemelut politik Kedah akhirnya akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada beliau disingkirkan atau kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan Mukhriz beberapa bulan lepas yang lebih cenderung kepada politik realistik dan tidak memberi reaksi balas terhadap gerakan undi tidak percaya yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

"Kalau Mukhriz tidak dapat kepercayaan Adun, beliau kena berundur, tapi pengundurannya itu tidak menjejaskan reputasi beliau, malah memberikan kelebihan politik kepada Mukhriz kerana nama dia akan naik, kalau dia bertanding mana-mana pilihan raya, sudah pasti rakyat akan pilih Mukhriz.

"Ini ujian bagi Mukhriz dan bagaimana dia menghadapi situasi ini adalah lebih penting daripada bagaimana Umno menangani isu ini, (keupayaan Mukhriz) akan meletakkan dia di barisan teratas kepimpinan Umno pada masa akan hadapan," katanya kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sukar untuk Mukhriz menentang arus]

Beliau mengulas kemelut politik Kedah yang menyaksikan 14 Ketua Umno Bahagian, tiga sayap Umno, Adun dan Ahli Parlimen Kedah sebulat suara mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.

Pendirian itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang turut mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.

Dalam pada itu, Samsu Adabi yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga berkata Najib akan lebih teliti dalam menghadapi kemelut itu dengan mengambil kira sentimen rakyat di Kedah.

"Apa saja tindakan salah, nanti akan menyebabkan paku buah keras kepada Najib. Begitu juga dalam isu Mukhriz ini, orang akan kaitkan dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib," jelasnya.

Mengulas lanjut, Samsu Adabi berkata lagi, Najib secara tidak langsung akan mengorbankan popularitinya demi mestikan Umno terus relevan dengan mengekalkan seberapa ramai pemimpin Umno yang masih bersih daripada sebarang skandal dan salah laku rasuah.

"Ini adalah satu pergerakan politik semasa yang memperlihatkan Umno itu sendiri ada demokrasi segar. Najib seolah-olah membiarkan namanya buruk, janji Umno tetap ada, (dan) Umno masih ada pemimpin bersih.

"Najib mengorbankan populariti dia sendiri, ramai tak nampak, kalau Najib nak ambil tindakan tegas, boleh saja, (sebab) dia orang nombor satu. Ini kebijaksanaan Najib, orang nampak dia kejam sebaliknya dia pemimpin hebat menanggung ketidakpopularitian kerana menaikkan nama-nama orang Umno lain," katanya lagi.

Apa cerita lain di sebalik kemelut politik di Kedah?

Posted: 24 Jan 2016 10:59 PM PST



Oleh Mohd Sayuti Omar


Kemelut politik di Kedah apa dinamakan pemberontakan untuk menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai MB dan juga Pengerusi Umno Kedah mempunyai cerita berbingkai, prodi. Cerita dalam cerita atau pun ada maksud tersirat. Cerita berbingkai ini jarang disuluh atau mungkin sama sekali tidak terintai kerana terlalu ghairah untuk melihat Mukhriz tersungkur segera.

Keghairahan itu sehinggakan menutup cerita dalaman.

Usaha penyingkiran Mukhriz pula ada sangkut paut dengan, atau bersekali dengan kerja untuk membalas dendam menyerang dan memalukan Dr Mahathir Mohamad yang bertubi talu menyerang Najib. Para pendokong Najib atau mereka percayai hidup senang dengan kuasa, berkolaborasi untuk melawan Mahathir demi survival politik Najib. Mereka itu perlu menjaga dan menyelamatkan survival politik Najib kerana mereka juga bergantung hayat kepada Najib. Mereka perlu menjaga Najib dengan harapan Najib terus memberi nyawa serta baksis kepada mereka.

Orang-orang yang berpegang demikian seharusnya tidak diterima sebagai pemimpin. Mereka seperti inilah pengkhianat amanah rakyat dan negara. Yang hidup atas titik peluh dan kepercayaan rakyat. Seharusnya mereka ditohok dan dijatuhkan. Orang-orang yang disebut celaka oleh Allah, adalah mereka yang tidak bertanggungjawab ke atas amanah yang disangkutkan ke atas bahu mereka, sesudah mereka mengaku dan bersumpah untuk memikulnya.

Itulah yang dilihat disebalik kemelut dan pergolakan politik di Kedah itu. Ia dapat disahkan apabila rancangan atau pelan hendak menjatuhkan Mukhriz itu tidak dibuat mengikut perlembagaan dan konvensyen parti sebelum ini. Kemelut itu bukan lahir di Kedah, tetapi ia terilham dari Putrajaya. Sikap atau kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor menjelaskan segala cerita.

Hal ini bukan sengaja untuk memburuk-burukkan apa yang berlaku, tetapi diakui sendiri oleh sebahagian pemimpin Umno Kedah. Perkembangan yang bergeliwat, peralihan yang berkecamukan di Kedah kini menambah jelaskan apa yang tidak jelas.

Apa yang berlaku itu adalah gambaran luaran sahaja. Tetapi ada maksud dan agenda lain lagi lebih besar disebalik usaha hendak menggugurkan Mukhriz dan sekali gus melemahkan pengaruh Mahathir itu. Ia bukan setakat mahu menukar jawatan MB Kedah, itu perkara kecil sahaja. Perkara paling besar ialah untuk melaksanakan agenda setahun dua tahun lagi. Apa dimaksudkan ialah agenda untuk menguasai Umno seluruhnya. Itu yang utamanya. Isu Mukhriz itu sebagai alasan sahaja.

Saya tetap berkeyakinan kemelut itu bukan beraspirasi di Kedah tetapi di Putrajaya, maka ianya dirancang di luar Kedah cuma diletupkan di Kedah. Justeru agenda sebenarnya lebih besar daripada hendak menurunkan Mukhriz itu.

Peristiwa di Kedah itu hanya adalah permulaan sahaja. Peristiwa itu untuk mencapai dua maksud utama, pertama menguasai Umno dan kedua pilihan raya ke-14. Apa pun niat menguasai Umno itu lebih penting daripada pilihan raya kerana kalau pilihan raya diutamakan peristiwa itu tidak diletupkan kerana ia menjejaskan prestasi Umno di Kedah.

Dalam konteks Kedah, Umno bukan bersiap dengan membuang Mukhriz untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tidak. Kalau pilihan raya umum bukan dengan menimbulkan perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri, sebaliknya persiapan sebenanrya ialah untuk menghadapi perhimpunan agung Umno. PAU adalah penting bagi tokoh-tokoh tertentu menempatkan dirinya bagi mengekalkan kedudukan yang ada kini. Bahkan kemenangan mereka dalam PAU lebih penting dari mengekalkan Kedah ditangan Mukhriz.

Justeru gerakan menggugurkan Mukhriz itu bagai membendung pengaruh MB dan bapaknya yang kini sedang cuba mempengaruhi Umno untuk mengembalikan parti itu ke tapak sebenarnya dimana kalau dibenarkan kedudukan orang-orang tertentu yang berhajat untuk naik akan tergendala. Maka bagi melincinkan perjalanannya usaha harus dilakukan.

Orang-orang berminat untuk menguasai Umno khasnya memenuhi kekosongan jawatan timbalan presiden, dan naib presiden berkemungkinan bertanggugnjawab atau menjadi dalang dan mastermind terhadap apa yang bergolak di Kedah?

Kedudukan timbalan presiden dan dua kerusi naib presiden sudah pasti menjadi rebutan apabila Muhyiddin Yassin sudah dibuang dari rejim Najib. Walaupun Muhyiddin bercadang untuk mempertahankan kedudukannya, tetapi sudah pasti bekas TPM itu tidak akan berkeupayaan kalau hanya dengan tangan kosong. Jadi mereka ini sudah menyedari akan peluang yang ada kepada Muhyiddin sangat tipis dan masa terbaiknya ialah waktu ini.

Jadi orang yang nampak ghairah untuk mengambil jawatan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Ahmad Zahid Hamidi. Kemunasabah ini bertambah apabila beliau kini dilantik menjadi TPM, dimana tanpa jawatan timbalan presiden menjadikan jawatan itu tidak relevan. Jadi Zahid pasti mahu menempatkan dirinya di situ. Zahid hendak tidak hendak harus meletakkan dirinya di posisi orang nombor dua bagi mengesahkan kedudukannya kini selaku TPM.

Senario inilah memungkinkan dilihat apa yang berlaku di Kedah itu boleh diterjemahkan adalah atas perancangan Zahid Hamidi? Mungkin persiapan telah dibuat bagi mempastikan dia akan menang selesa di kerusi timbalan presiden dalam PAU akan datang. Apa kena mengena Zahid dengan Kedah? Seperti di katakan tadi kerusi naib presiden menjadi kosong apabila Zahid berganjak ke atas. Kekosongan itu boleh diisi sesiapa daripada Kedah. Makanya untuk mengisi itu sesuatu harus digerak dan dilakukan dan seorang tokoh dari Kedah hendaklah ditonjolkan ke peringkat nasional.

Melihat kepada tokoh-tokoh Umno Kedah yang sesuai untuk melompat ke kerusi naib presiden ada dua orang berpotensi. Jamil Khir Bahrum dan juga Mahadzir Khalid. Dari segi ketokohan, kekuatan pengaruh dan bijak politik Mahadzir lebih berbanding dengan Jamil kerana Mahadzir pernah menjadi MB Kedah dan beliau sendiri juga berkelulusan Sarjana Sains Politik dari USAM. Bukan itu sahaja Mahadzir dikenali sebagai orang yang setia kepada Najib Razak.

Mengukur situasi ini, maka orang yang akan diimpikan menjadi naib presiden ialah Mahadzir Khalid.
Mahadzir pula apabila dia dicalonkan untuk jawatan itu tentu gembira kerana akan melangkah naik setangga lagi. Dan inilah peluang Mahadzir untuk merebut tangga ketiga itu bersama tokoh-tokoh lain yan juga sudah mula menunjukkan minat. Kedudukkanya sebagai Meneteri Pelajaran juga adalah berpotensi untuk menjabat jawatan itu.

Dan bagi Zahid, Mahadzir boleh diasuh untuk menjadi pendokongnya dari Utara. Sebagai orang bercita-cita untuk menjadi PM, Zahid seharusnya mencari gandingan mantap yang setia. Zahid sedar pencabarnya untuk jawatan PM ialah Hishamuddin Hussein. Dua daripada tiga jawatan naib presiden mestilah orangnya.

Bila menyebut siapa lagi gandingan Zahid ini mungkin ia boleh dinamakan Ismail Sabri Yaakob. Sabri boleh mewakili zon Pantai Timur. Manakala Salleh Said Keruak dari Sabah pula akan diharap menjadi pesaing kepada Hishamuddin setelah Shafei Afdal sudah tidak mempunyai harapan lagi.

Jadi, peristiwa di Kedah adalah permulaan sebagai persiapan tokoh-tokoh disebut tadi untuk menguasai Umno dalam perhimpunan agung akan datang dan isu Mukhriz itu hanya sampingan sahaja?~http://msomelayu.blogspot.my

GKCM bidas kenyataan Tengku Adnan

Posted: 24 Jan 2016 10:56 PM PST



DETIK DAILY


Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tiada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas 14 ketua Umno bahagian di Kedah menimbulkan rasa tidak puas hati Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, jika Umno terus mengamalkan cara sedemikian, maka rakyat sendiri akan sedar dan nampak bahawa Umno sedang mengalami perpecahan dalaman yang teruk.

"Amat jelas tindakan Umno menunjukkan pendirian mereka yang pilih bulu atau selektif, sekali gus menunjukkan perlembagaan Umno dipermainkan oleh mereka yang sedang memegang kuasa. Mereka yang terlibat pula hanya mahu tunjuk hebat dan mahu disayangi Presiden.

"Ku Nan (Tengku Adnan) sendiri tidak faham perlembagaan agaknya. Ketika sembilan orang dari Telok Kemang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno, ia adalah kerana mereka mengadakan sidang media untuk nyatakan rasa tak puas hati pada pemimpin, kelmarin lain pula kenyataan beliau (Ku Nan)," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Tengku Adnan berkata, tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 ketua Umno bahagian di Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti.

Beliau berkata, mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pengerusi Umno Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.

Menurut Kamarulazman, jelas Tengku Adnan dan Lembaga Disiplin Umno mengeluarkan kenyataan berbeza dan GKMC akan mengajak beliau untuk berdebat mengenai isu besar yang melanda kini.~Sinar Harian

Kerajaan tidak akan beri ruang ekstremisme

Posted: 24 Jan 2016 10:48 PM PST

SINAR HARIAN


Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan ketika merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi ancaman keganasan (IDC) 2016 hari ini. - Foto Bernama




KUALA LUMPUR - Kerajaan berikrar untuk tidak memberi ruang kepada keganasan atau ekstremis keganasan menyusup masuk ke dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Beliau berkata negara telah menggubal undang-undang untuk melindungi negara daripada ancaman itu seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.  

Cara terbaik untuk menjamin kebebasan awam adalah dengan mengekang sebarang tindakan keganasan bagi memastikan keselamatan negara terjamin, katanya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini hari ini.  

Beliau berkata tidak wujud kebebasan awam dalam kumpulan militan Daesh dan tiada perisai terhadap mereka yang berhasrat melakukan perbuatan keganasan.  

"Saya tidak akan memohon maaf, saya ulangi, saya tidak akan memohon maaf bagi setiap langkah diambil demi memastikan keselamatan, dan bagi mementingkan aspek keselamatan untuk semua rakyat Malaysia sebagai keutamaan saya.

"Kami tidak akan tunggu sehingga kekacauan berlaku sebelum mengambil semua langkah yang perlu. Ini prinsip kami," katanya.  

Perdana Menteri berkata kumpulan militan Daesh telah menyebabkan rakyat di  Syria dan Iraq menderita, berjuta-juta kehilangan tempat tinggal dan sejak itu masyarakat global gerun dengan serangan di Paris, Istanbul, Ankara, Beirut dan Jakarta serta pengeboman pesawat penumpang Rusia di ruang udara Sinai.   

Susulan telah dibayangi oleh Daesh, Al-Qaeda kini dilihat cuba menyainginya dengan cara berkerjasama dengan kumpulan pengganas Islamic Maghreb dan kumpulan itu baru-baru ini melancarkan serangan ke atas hotel-hotel di Mali dan Burkina Faso, katanya.

"Ratusan orang terbunuh, dan banyak yang cedera parah. Dan untuk apa? Bukan untuk Islam kerana tiada yang Islamik tentang keganasan. Kumpulan-kumpulan ini mengkufuri agama yang cintakan keamanan, toleransi dan persefahaman.  

"Mereka mengejutkan majoriti umat Islam yang dengan jelas menyatakan: 'anda tidak mewakili kami," katanya.

Najib berkata bahagian penting dalam usaha memerangi ekstremisme keganasan adalah dengan menghapuskan penyelewengan dan pembohongan tentang agama.  

Beliau berkata dengan memberikan penjelasan tentang ajaran Islam, akan menunjukkan dengan jelas bahawa ekstremis adalah golongan yang kufur dan tindakan mereka telah menghina kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad saw.  

Najib turut mengumumkan Malaysia telah menterjemahkan modul pemulihan khas ke dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis, yang selaras dengan Resolusi 2178 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang mahukan negara anggota merumuskan program untuk memulihkan pejuang pengganas asing.  

Untuk merealisasikan iltizam tegas Malaysia, beliau berkata negara telah mengusahakan penubuhan Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, yang akan menyelaraskan usaha di ASEAN dan melangkauinya.  

Beliau berkata pusat itu akan memanfaatkan kajian-kajian bahawa negara yang telah ditubuhkan oleh Daesh adalah "tidak Islamik".

"Kalangan mufti kita, suruhanjaya-suruhanjaya media kita, golongan muda kita yang arif tentang teknologi dengan media sosial menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian mereka, akan memastikan mesej-mesej dihantar pusat itu adalah kukuh, bersifat memujuk dan nyata," katanya.

Najib berkata pusat itu perlu menyatakan dengan jelas bahawa kumpulan-kumpulan militan adalah salah dan Islam tiada kaitan dengan ideologi kebencian dan kebinasaan yang dibawa mereka.

IDC 2016 menyaksikan penyertaan kalangan menteri daripada negara anggota Asean dan sembilan Rakan Kongsi Strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, Itali, Jepun, China, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama


Kami tidak lupa diri walaupun dapat RM1 juta’

Posted: 24 Jan 2016 10:46 PM PST

Kami tidak lupa diri walaupun dapat RM1 juta'
Abu Bakar tetap menjual kuih-muih bersama isterinya yang menjadi rutin mereka sejak lebih 20 tahun lalu.


KUANTAN  -  "Kehidupan pakcik dan isteri, Nori Hashim, 55, masih seperti biasa walaupun mendapat bayaran RM1 juta selepas ladang sawit dilombong pada Jun tahun lalu," kata peneroka Felda Bukit Goh, Abu Bakar Mat Ali, 67.

Menurutnya, dia tetap menjual kuih-muih bersama isterinya yang menjadi rutin mereka sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, tidak timbul soal lupa diri atau sebagainya kerana dia tidak pernah mengimpikan mendapat sejumlah wang yang banyak di usia emasnya.

Menceritakan permulaan dia didekati pengusaha lombong, Abu Bakar berkata, dia dihubungi beberapa pengusaha lombong bauksit tahun lalu yang memujuknya supaya memajakkan tanahnya untuk perlombongan bauksit.

"Pada peringkat awal, pakcik tidak bersetuju sehinggalah dihubungi pengusaha kesembilan yang memberi jaminan dan dengan perjanjian yang dibuat.

"Mungkin rezeki ini sudah ditakdirkan untuk pakcik dan makcik selepas berpuluh tahun kami mengusahakan ladang sejak 1970.

"Pada permulaan, pakcik terima bayaran deposit sebanyak RM200,000 sebelum mendapat bayaran penuh baru-baru ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Felda Bukit Goh.

Abu Bakar memberitahu, sebelum bersetuju dengan perjanjian ditandatangani, dia terlebih dahulu telah berbincang dengan sembilan anaknya sehinggalah mereka turut bersetuju.

Beliau berkata, ladang seluas 2.8 hektar itu, mula dilombong pertengahan tahun lalu dan kini prosesnya sudah hampir selesai.

"Pakcik anggap ini juga adalah rezeki anak cucu juga.

"Pada usia begini, tidak banyak yang pakcik ingin lakukan.

"Bagaimanapun, pakcik merancang untuk membawa kesemua anak-anak mengerjakan umrah sebagai tanda kesyukuran," katanya.

Warga emas itu berkata, dia bersyukur kerana berurusan dengan pengusaha yang menepati janji kerana ada sesetengah rakannya teraniaya dengan perjanjian ditandatangani.

Jangan guna agama untuk tujuan politik atau peribadi

Posted: 24 Jan 2016 10:44 PM PST

Sultan Nazrin Shah
Sultan Nazrin Shah - Foto Bernama


IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak sesekali menggunakan agama untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.

Baginda bertitah, agama apabila difahami sepenuhnya merupakan instrumen penyatuan dan keadilan selain dapat melahirkan manusia yang baik.

"Di sebaliknya apabila digunakan selain daripada tujuan untuk menyemaikan roh ketuhanan, apatah lagi apabila dipilih untuk disensasikan secara politik, agama adalah bom jangka yang amat 'explosive', berpotensi mencetuskan porak-peranda dan malapetaka.

"Agama amat suci peranannya.  Malangnya kesucian agama ada kalanya dinodai oleh orang-orang yang kurang memiliki hikmah dan orang-orang yang cuba menyelit nilai, prasangka dan agenda peribadi lalu menjuarai dan mensensasikan sesuatu isu atas nama agama," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Amanjaya, Bandar Meru Raya, di sini, hari.

Menerusi titah itu lagi, Sultan Nazrin turut menegur pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap status akidah dan tahap keimanan individu lain.

"Status agama seseorang insan, sama ada tergolong sebagai ahli syurga atau ahli neraka ditentukan oleh Ilahi.

"Tugas dan tanggungjawab manusia terutama mereka yang terlibat langsung mengurus dan mengendalikan urusan agama ialah untuk menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar," titah baginda lagi.

Sultan Nazrin turut bertitah meminta supaya golongan ulama dan umara yang diamanahkan menguruskan hal ehwal Islam melaksanakan amanah secara hikmah dan menghormati perasaan insan lain.

Menurut baginda, raja pula bertanggungjawab memenuhi peranan penimbang tara secara adil dan saksama selain bersedia memberi ruang untuk mendengar dan menghalusi sesuatu perkara yang timbul.

"Realiti semasa dan realiti setempat wajib difahami.  Keadilan wajib dilaksanakan, maruah insan lain wajib dihormati," tegas baginda.


'Jika benar MB baharu Rabu ini, Alhamdulillah’

Posted: 24 Jan 2016 10:42 PM PST

Tajul Urus Mat Zain
Tajul Urus Mat Zain
 
 
SHAH ALAM - "Kalau itulah beritanya, Alhamdulillah saya amat gembira sebab saya harap isu ini dapat diselesai dengan segera," demikian reaksi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya desas desus mengenai Kedah bakal mendapat Menteri Besar baharu pada Rabu ini.

Namun ujarnya, beliau tidak tahu menahu sejauh mana maklumat tersebut, namun berasa gembira sekiranya berita itu menjadi kenyataan.

"...Tetapi saya tidak tahu, kalau isu itu betul saya amat gembira," katanya kepada Sinar Online hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kedah akan dapat MB baharu Rabu ini?]

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal Pro-BN MYKMU yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya lagi, beliau gembira kerana jika Kedah mendapat menteri besar baharu, insya-ALLAH negeri Kedah akan aman seperti biasa.

"Kerana semua pihak, dan rakyat Kedah ini amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya

Pelajar Malaysia di Perancis maut ketika main ski

Posted: 24 Jan 2016 10:35 PM PST

BERNAMA


 


Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis, Jumaat lepas.

Difahamkan Affiah, 23, pelajar di University of Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada 22 Januari lepas menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Ibu mangsa, Latipah Madon, yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia kira-kira 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice.

"Urusan membawa pulang jenazah anak saya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua dan tiga hari," katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan Facebooknya hari ini.

Beliau berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) menerusi laman Facebooknya menyatakan Affiah terbabit dalam kemalangan ketika berski di Nice.
Menurut MASAF, mangsa dibawa ke Hospital Chu Pasteur untuk rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan koma.

"Kami ingin menzahirkan perasaan dukacita, hiba dan pilu dengan kejadian ini dan seterusnya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Affiah, semoga tabah dengan kehilangan insan tercinta," kata MASAF menerusi Facebook.-Bernama

Kes Zulkifli bunuh perompak disebut Februari ini

Posted: 24 Jan 2016 10:32 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KEMAMAN: Mahkamah Sesyen di Kemaman hari ini menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan mencederakan dua lelaki di Kampung Labohan Kerteh, bulan lepas.
 
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh berkenaan setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi untuk melengkapkan semua dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
 
Pada 27 Disember lalu, Mohamad Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di kawasan rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada 10.30 pagi, 7 Disember lalu.
 
Tertuduh yang mempunyai tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
 
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.
 
Sementara itu bagi pertuduhan ke-2, Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan cedera parah ke atas Faizul Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh yang sama.
 
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
 
Kes Zulkifli yang mempertahankan diri dan keluarga daripada rompakan menjadi viral di laman sosial hingga wujudnya kumpulan tertentu yang dikatakan membela tertuduh.
 
Ketika prosiding, Mohamad Zulkifli yang kelihatan tenang di kandang tertuduh sempat memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menggunakan parang, sebaliknya menggunakan golok.
 
Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein.
 
Di luar mahkamah, selain anggota keluarga, kelihatan hanya beberapa orang hadir memberi sokongan terhadap Zulkifli.
 
 

Kemalangan di Jordan: Kelantan biayai kos bawa balik jenazah

Posted: 24 Jan 2016 10:28 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia menanggung kos membawa pulang dua jenazah dan seorang pelajar Kelantan yang parah dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Mafraq, Amman, Jordan. 
 
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata bantuan itu dibuat melalui Tabung Khairat Kematian di bawah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN). 
 
Beliau berkata, pihaknya juga akan menghantar seorang wakil daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK) ke Jordan hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini dan membantu keluarga pelajar berkenaan. 
 
"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu dan pihak kami sedia menanggung kos bagi urusan membawa balik jenazah serta pelajar yang parah," katanya. 
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, sebentar tadi. 
 
Tiga pelajar wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di wilayah Mafraq, 80 kilometer di timur laut Amman, Jordan. 
 
Dua daripada tiga pelajar yang maut dan seorang yang parah adalah dari Kelantan.
 
 

Krisis Kedah: Jangan gesa Najib buat keputusan

Posted: 24 Jan 2016 10:26 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus didesak atau tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar Kedah. 
 
Salleh berkata, apabila Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan, ia merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua pendapat dan hasrat. 
 
Menerusi catatan dalam blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar. 
 
"Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga menjangka bahawa negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya diselesaikan dengan memuaskan hati semua pihak mahupun istana," kata beliau. 
 
Salleh menganggap bahawa krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza, dan bahawa pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya, menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.
 
"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar." 
 
Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah. 
 
"Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis,"katanya. 
 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menghadapi tekanan selepas pemimpin-pemimpin Umno bahagian di negeri itu secara terbuka menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan Umno negeri.

Tiada ulasan: