Sabtu, 16 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BAEEKK PUNYA KOMPROMI!!

Posted: 16 Jan 2016 04:48 AM PST

shahbudindot.com  

 



Kenapa Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha susah sangat mahu mengulas mengenai pertandingan Miss Tourism  Antarabangsa 2015 di Melaka yang keputusannya akan diketahui hari ini?

Komen sekadar "yang itu biarlah" sama sekali tidak mencerminkan nilai yang baik dari segi hukum agama. Kalau haram, katalah haram dan kalau halal pula, katalah halal.

Kalau dalam isu vape begitu pantas pemimpin agama mengatakannya haram, kenapa jadi berat mulut berkenaan ratu cantik?

Apakah  dengan mengatakan "yang itu biarlah" bermakna pertandingan ratu cantik bukan saja boleh diadakan di Melaka, bahkan juga sudah bebas di mana-mana di negara kita selepas ini?

Adakah sekarang antara halal dan haram sudah ada komprominya?


Menangani gejala ISIS bermula dari mana?

Posted: 16 Jan 2016 04:39 AM PST

 Oleh Yunus Tasim

Tidak ada siapa yang harus dipersalahkan kecuali Orang Islam sendiri. Dan yang patut bertanggung jawab ialah para Mufti.


ISIS 


Apa yang berlaku di Iraq memang memeranjatkan kita. Tapi lebih mencemaskan bila perkara yang serupa berlaku di Jakarta, Indonesia dua hari yang lalu. Tidak pernah terfikir anak-anak kita, samada Malaysia mahupun Indonesia sampai mampu dan tergamak menjadi 'Suicide Bomber' bagi satu misi yang bagi kita tidak masuk akal, tapi pasti berlainan di benak mereka.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang mempengaruhi fikiran dan hati nurani sehingga mereka nekad menjadi 'Suicide Bomber' dan sanggup mengorbankan diri mereka sendiri. Yang lebih menakutkan gejala tersebut boleh masuk ke rumah kita dan boleh meresap ke dalam diri dan fikiran anak-anak dan adik beradik kita pada bila-bila masa tanpa kita sedari.

Apa yang dilakukan oleh Polis Malaysia dan perisiknya hanyalah elemen yang membahayakan keselamatan negara. Ini hanya berlaku setelah kader ISIS itu telah terpengaruh, diindoktrinasikan dan dilatih malah telah bersedia untuk melancarkan misi mereka. Ini yang berlaku di Iraq, Indonesia dan Turki. 'Suicide Bomber' itu telah sebati dengan fahaman mereka, telah menebal dengan iltizam mereka dan telah 150% percaya untuk mendapatkan 'balasan syurga' dengan meletupkan diri mereka sendiri.

Belum lagi ada usaha untuk mengenali bibit-bibit permulaan dalam seseorang individu waima individu itu anak kita, adik-beradik kita atau jiran kita. Berdasarkan kepada wawancara dengan jiran "suicide Bomber' rakyat Malaysia di Iraq, mereka merupakan anak yang baik dan peramah. Mereka bukan anak gelandangan dan bukan pula yang memencilkan diri yang tidak bercampur dengan orang lain.

Tidak juga ianya menggambarkan mereka dari keluarga bermasalah, mahupun menghadapi tekanan hidup dari segi ekonomi mahupun sosial dan tekanan rakan sebaya. Malah tidak pula kelihatan mereka terdiri dari golongan pelajar yang terkandas, orang yang baru kehilangan pekerjaan dan seumpamanya.

Jadi bagaimana kita dapat mengenali mereka? Bagaimana caranya kita boleh mengenal pasti tanda-tanda awal mereka mula berjinak dengan ISIS? Ini yang perlu dilakukan segera oleh agensi-agensi berkaitan seperti JAKIM, Jabatan Agama seluruh negeri dengan dibantu oleh NGO-NGO Islam seperti ABIM, Ikram, Isma dan sebagainya. Ini kerana semua yang terlibat adalah orang-orang dan anak muda Islam.

Barapa ramai antara kita yang ambil berat dengan laman internet yang dilawati anak-anak kita? Berapa ramai antara kita yang berbincang dengan adik beradik perihal ISIS dan keganasan mereka dan di masa yang sama menyelami apa yang mereka rasakan dan mungkin hayati? Berapa ramai antara kita yang prihatin dan mengambil tindakan awal yang cepat bila melihat foto profil anak dan adik beradik kita sedang memegang rifle dengan wajah celoreng waimma rifle itu rifle paintball sekali pun. Apakah mungkin ini indikator awal kecenderungan mereka kearah kerja dan tindakan militan dalam diri mereka?

Oleh kerana ini soal ideologi dan kefahaman, maka langkah pertama mestilah menguatkan mereka kepada ideologi dan kefahaman yang betul. Oleh kerana ini melibatkan 'perjuangan Islam' dan 'balasan syurga' maka kefahaman yang betul tentang Islam dan perjuangan menegakkan Islam mestilah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Ustaz dan guru serta pensyarah yang mengajar anak-anak ini mestilah berkeupayaan menerangkan persoalan Islam yang sebenar dan kaedah serta dakwah yang aman yang membangunkan bukan meruntuh dan merosakkan. Tidak cukup hanya menerangkan di setiap khutbah Jumaat mengatakan tidak ada ekstremisme dan militan dalam Islam. Tidak cukup di situ sahaja. Media yang digunakan yang dekat dengan anak muda juga harus diketengahkan.

Anak-anak kita mestilah di tanamkan sifat kasih sayang sesama makhluk Tuhan selagi mereka tidak memerangi kita lebih-lebih lagi sesama Islam dan mereka yang cintakan keamanan. Dan kita semua terutama cerdik pandai Islam mestilah menjauhkan diri dari menanamkan sifat benci dan permusuhan sesama insan dan menggunakan perkataan yang menjijikkan yang meningkat kebencian dan permusuhan seperti Ultra Kiasu, Kafir Harbi, Barua dan Jebon.

Wajah Islam telah terlalu buruk dan menakutkan. Bukan sahaja kepada yang bukan muslim, tetapi muslim yang belum jinak dan faham akan keindahan Islam. Islam Rahmat Untuk Seluruh Alam yang cintakan keamanan, kedamaian dan progresif harus diketengahkan di semua peringkat kehidupan termasuk dakwah, politik dan pendidikan.

Tidak ada siapa yang harus dipersalahkan kecuali Orang Islam sendiri. Dan yang patut bertanggung jawab ialah para Mufti dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat yang tidak berkeupayaan berfikir ke depan untuk menangani gejala yang sangat bahaya ini.

Sudah tiba masanya, memerangi ISIS dan mengembalikan kefahaman dan penghayatan Islam yang betul menjadi agenda utama kita semua dan bukan hanya Polis Malaysia. Lebih-lebih lagi para Mufti dan Yang Berpengaruh dalam masyarakat. Semua harus melihat ke dalam, memantau pemikiran dan kefahaman anak-anak dan adik beradik kita supaya bibit awal pengaruh ISIS dapat dipatahkan dan dimatikan segera.
Sama-sama kita memikirkannya!

(*)  Yunus Tasim merupakan pembaca FMT

“Jangan memandai naikkan harga lepas pengubahsuaian Bajet”

Posted: 16 Jan 2016 04:32 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Hamzah beri amaran kepada peniaga supaya tidak ambil kesempatan selepas semakan Bajet 2016


Hamzah-Zainudin_bajet_price_600


LARUT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan pengubahsuaian Bajet 2016 akhir bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya mengarahkan semua penguatkuasa untuk mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara bagi mengelak tindakan mengaut keuntungan secara berlebihan oleh peniaga.

"Saya tidak mahu ada peniaga ambil kesempatan terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Maktab Koperasi Malaysia (MKM), di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Jan lepas mengumumkan kerajaan akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan yang mencabar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pengubahsuaian Bajet 2016 itu antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baharu mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Mengulas lanjut mengenai pengubahsuaian bajet itu, Hamzah menyarankan rakyat supaya turut menyesuaikan gaya hidup dengan keadaan ekonomi semasa termasuk mengoptimumkan perbelanjaan.

Beliau mengambil contoh masyarakat luar bandar yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sederhana sehingga mereka tidak terlalu terjejas dengan kelembapan ekonomi global ketika ini.

"Projek yang tidak menjadi keutamaan boleh ditangguhkan. Apa pun yang kita buat jangan sampai rakyat tertekan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kerajaan akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berikutan pengubahsuaian bajet itu, Hamzah berkata, ia merupakan satu tindakan untuk mengelirukan rakyat.

"(Saya) sebagai anggota Kabinet, kita tidak pernah bincang perkara ini dalam mesyuarat Kabinet dan saya tegaskan kerajaan tidak mungkin menyusahkan rakyat.

"Sebaliknya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak tertekan walaupun keuntungan yang diperoleh kerajaan berkurangan," katanya.

Program khidmat masyarakat selama tiga hari itu yang bermula semalam merupakan usaha untuk memperkenal dan mendekatkan MKM kepada masyarakat setempat di samping memupuk semangat kekitaan serta mengeratkan silaturrahim antara masyarakat.– BERNAMA

IS nyaris lancar serangan bunuh diri di ibu kota

Posted: 16 Jan 2016 04:30 AM PST

 
Militan IS yang diberkas polis semalam terima arahan lancar serangan dari Syria sebagai amaran kepada kerajaan Malaysia


khalid-abu-bakr_isis_600_1


PETALING JAYA: Seorang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) disahkan merancang untuk melancarkan serangan berani mati di Kuala Lumpur, semalam sebelum dapat diberkas polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki terbabit yang berumur 28 tahun mahu meletupkan dirinya sendiri selepas menerima arahan daripada warga asing yang juga anggota IS di Syria.

Katanya, serangan berani mati yang dirancang itu bertujuan untuk memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan supaya menghentikan operasi ke atas penangkapan anasir IS di negara ini.

"Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman berjaya memberkas empat individu yang disyaki terbabit IS dalam satu operasi khas yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Tiga daripada suspek yang ditangkap pernah ditahan pihak berkuasa Turki atas cubaan menyeludup masuk ke Syria untuk menyertai IS dan dihantar pulang negara ini, manakala seorang lagi ditahan di Ampang, semalam," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Khalid berkata, semua suspek berumur antara 23 tahun hingga 28 tahun dan dua daripadanya ialah sepasang suami isteri yang berasal dari Perak.

Katanya, dua lagi suspek berasal dari Terengganu yang masing-masing bekerja sebagai penjual insurans dan jurutera.

"Tiga suspek direkrut oleh anggota militan IS bernama Muhammad Wanndy Mohamed Jedi atau dikenali sebagai Abu Hamzah menerusi Facebook dan aplikasi Telegram.

"Abu Hamzah juga bertanggungjawab dalam merancang penyusupan masuk tiga suspek ke Syria," katanya.

Semua suspek diberkas mengikut Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.



Naik bas percuma di Johor

Posted: 16 Jan 2016 04:27 AM PST

 
Kerajaan Johor sedang kaji mekanisme perkhidmatan supaya rakyat boleh gunakan tanpa caj, manakala warga asing perlu membayarnya.


Mohamed-Khaled-Nordin_bus_johor_600


JOHOR BHARU: Kerajaan negeri terus mendengar denyut nadi rakyat apabila dijangka melancarkan satu lagi perkhidmatan bas percuma, selewat-lewatnya Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perkhidmatan kali ini melibatkan laluan kawasan Iskandar Malaysia, namun butiran terperinci mengenainya masih belum dimuktamadkan.

Katanya, kerajaan menyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi dan berharap ia mampu meringankan beban.

"Kami sedang mengkaji laluan dan mekanisme yang digunakan kerana bila kami umum untuk melakukan perkara ini, ada pelbagai pandangan mengatakan, sepatutnya orang asing jangan (diberi) percuma.

"Jadi, kami hendak pastikan ia tidak berlaku dan hanya rakyat Johor dan Malaysia sahaja yang menikmati faedah, manakala orang asing perlu membayar sejumlah amaun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2016, di Pasir Gudang, hari ini.

Kerajaan Johor, sebelum ini sudah pun mempunyai perkhidmatan bas percuma namun ia tertakluk kepada kawasan bandar raya Johor Bharu sahaja.

Perkhidmatan bas dengan slogan 'JB Dihatiku' itu dilancarkan pada Julai 2014 dan beroperasi daripada 6 pagi hingga 12 tengah malam bagi laluan Larkin-JB Sentral-Majlis Bandaraya Johor Baharu-Jalan Wong Ah Fook-Larkin dengan kekerapan perkhidmatan setiap 20 minit.

Mengenai bantuan subsidi itu, Mohamed Khaled berkata, program itu julung kali diadakan hasil inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan UMNO Pasir Gudang dalam membantu golongan berpendapatan rendah.

Katanya, melalui bantuan itu sebahagian kos bayaran pengangkutan yang ditanggung ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah, akan dibiayai YPG dan UMNO Pasir Gudang.

"Kami tahu bayaran pengangkutan adalah antara perkara rumit yang dihadapi ibu bapa. Jadi, kami menyediakan sejumlah RM180,000 kepada 800 pelajar daripada lebih 500 keluarga bermula Feb hingga Dis ini bagi meringankan beban mereka," kata Mohamed Khaled yang juga Pengerusi YPG.-BERNAMA

Pasukan bola sepak Kedah cari penaja

Posted: 16 Jan 2016 04:24 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


KFA perlu RM30 juta untuk pembiayaan pasukan berikutan sumber kewangan yang terhad


kedah


ALOR SETAR: Persatuan (KFA) memerlukan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membiayai persatuan itu tahun ini, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Presiden KFA berkata, selain untuk pasukan utama bola sepak negeri, ia juga digunakan untuk program kejurulatihan dan pembangunan pemain muda negeri untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, program pembangunan bola sepak negeri ini juga penting bagi memastikan setiap pemain mendapat pendedahan yang dapat mematangkan mereka dalam sukan bola sepak.

"Setakat ini, kita masih melakukan rundingan dengan anak syarikat kerajaan negeri dan beberapa syarikat korporat untuk menaja KFA. Kita juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk taja KFA tampil untuk berbincang dengan kita.

"Prestasi pemain amat memberangsangkan musim lepas dan kita juga mempunyai ramai penyokong yang sentiasa membanjiri Stadium Darul Aman setiap kali perlawanan berlangsung," katanya ketika ditemui di Taman Sri Putra, Kuala Kedah, hari ini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri yang mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk KFA juga tidak pernah lambat atau gagal untuk melakukan pembayaran gaji pemain mengikut masa yang ditetapkan.

Beliau berkata, dengan peruntukan terhad tahun lepas, pihaknya turut melakukan pelbagai program pembangunan bola sepak seperti menganjurkan Piala Menteri Besar Kedah bagi mencungkil lebih ramai pemain pelapis.

Terdahulu, Mukhriz hadir pada majlis kesyukuran bagi meraikan pelari solo, Nasir Abas, 60, yang melakukan larian sejauh kira-kira 500 kilometer dari Stadium Shah Alam, Selangor, mulai 13 Dis tahun lalu, selepas berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia.

Nasir tiba di Stadium Darul Aman pada 22 Dis lalu, melakukan larian tersebut sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada skuad Lang Merah yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Selangor.–BERNAMA

Sedikit Melayu tak jadikan DAP berbilang bangsa

Posted: 16 Jan 2016 04:21 AM PST

Penyertaan orang Melayu yang kurang menyebabkan identiti DAP sebagai parti pelbagai kaum terus diragui 


Salleh-Keruak_dap_melays_600


KUALA LUMPUR: DAP akan terus diragui sebagai parti berbilang bangsa selagi kehadiran orang Melayu dalam parti itu kekal sedikit berbanding bangsa lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kewibawaan DAP memperjuangkan Melayu telah menjadi perbincangan umum, apabila tinjauan terbaharu mendapati parti itu tidak mendapat kepercayaan dalam kalangan Melayu terutama di luar bandar.

"Hanya dengan meletakkan beberapa calon Melayu langsung tidak memadamkan fakta yang DAP ini adalah parti untuk orang Cina," katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot.com, semalam

Salleh berkata, DAP perlu menggandakan usahanya untuk memadamkan imejnya selaku parti orang Cina dan ia hanya akan berlaku jika lebih 50% akar umbinya terdiri daripada Bumiputera.

Sementara itu, Salleh berkata, antara perbincangan yang hangat diperdebatkan ketika ini adalah mengenai DAP meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang, lebih-lebih lagi di kerusi yang ditandingi PAS.

"Sudah tentu, mereka maksudkan kerusi yang disandang PAS di kawasan bandar atau pengundi bercampur dan bukan kerusi di luar bandar, sebab pengundi luar bandar 90% atau lebih adalah Melayu.
DAP langsung tiada peluang menang," katanya.

Salleh berkata, UMNO dan PAS adalah parti orang Melayu, manakala PKR pula parti berbilang bangsa yang akar umbinya adalah Melayu meskipun pemimpin dan calonya bukan Melayu.

"Keadaan ini adalah berbeza dengan DAP yang majoriti akar umbinya adalah orang Cina," katanya.

MPT jual gerai kepada swasta, 30 peniaga Melayu dan Cina dalam kebimbangan

Posted: 16 Jan 2016 04:15 AM PST

IMG-20160114-WA0032

Oleh Hafiz Zainuddin


MENTAKAB : Kira-kira 30 peniaga kecil, sebahagiannya orang Melayu di gerai Stesen Bas Mentakab dihimpit kebimbangan berikutan menerima notis penamatan sewaan secara mengejut dari Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

IMG-20160114-WA0025

Notis bertarikh 16 Disember 2015 yang ditandatangani Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh menyatakan status gerai itu kini tertakluk kepada syarat 'pemilik baharu'.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menulis surat rasmi kepada MPT dengan mencadangkan pertemuan antara majlis perbandaran itu, pemilik baharu dan peniaga.

"MPT tidak beritahu peniaga awal-awal, tak buat perbincangan. Tiba-tiba hantar notis penamatan sewa. Peniaga pun terkejut. Jadi, kita tunggu jawapan MPT untuk adakan pertemuan," kata Naib Pengerusi DAP Pahang itu.

Melalui semakan tidak rasmi, Tengku Zulpuri berkata, gerai itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2014.

IMG-20160114-WA0035

Beliau percaya masalah seumpama itu dapat dielak jika salah satu cabang amalan demokrasi iaitu Pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan sekaligus kebajikan rakyat lebih diutamakan berbanding pihak lain.

"Bila diadakan pilihan raya itu, kes seperti ini mampu ditangani dengan lebih baik, elak salah guna kuasa, dan kurangkan birokrasi.

"Jika ada bantahan dari peniaga setempat, proses bantahan atau apa saja isu dapat diatasi kerana ruang berbincang sebarang masalah lebih luas," katanya.


Polis perlu atasi kegemukan dan henti ‘buru’ pembangkang

Posted: 16 Jan 2016 03:31 AM PST

eddie ng

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR : Polis perlu bekerja keras mengurangkan kadar jenayah yang semakin
menjadi-jadi kebelakangan ini, bukannya 'memburu' ahli politik pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Eddie Ng Tien Chee kesal berikutan bilangan anggota pegawai polis bertugas menyiasat jenayah terlalu sedikit dan mengakibatkan rakyat berasa tidak selamat.

"Lebih kurang 10 peratus saja polis membantu masyarakat manakala tujuh peratus daripadanya terdiri daripada anggota cawangan khas yang selalu mengintip ahli politik pembangkang.

"Yang lain mana..? Kita faham ada banyak jabatan lagi tapi 10 peratus mana cukup," kata Setiausaha Organisasi DAP Selangor itu pada kenyataan media, hari ini.

Kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah berleluasa antaranya kejadian penculikan, ragut, rogol, pecah masuk rumah dan rompakan bersenjata terutama di kawasan perumahan, malah ada melibatkan kematian.

Ia mengakibatkan masyarakat Malaysia hidup dalam ketakutan dan tidak bergantung harap kepada pihak berkuasa lantaran nilai kepercayaan terhadap polis, semakin menipis.

Justeru itu, Eddie berkata polis perlu rombakan menyeluruh supaya lebih ramai anggota polis dikerah membanteras jenayah sekaligus menanam rasa selamat dalam kalangan rakyat.

Pada 2014, hasil kajian Frost dan Sullivan menunjukkan hanya 10 peratus rakyat Malaysia percaya kadar jenayah menurun dan hanya 29 peratus berasa selamat tinggal di negara ini.

Selain itu, beliau berkata, polis juga perlu mengatasi masalah kegemukan anggota bagi memastikan tugasan membanteras jenayah dilakukan dengan baik, malah mengalu-alukan cadangan mereka yang gagal mengatasinya, tidak naik pangkat.

"Saya gembira kerana sekurang-kurangnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tahu masalah dalaman polis walaupun lambat. Hanya caranya kurang tepat.

"Apa kata jika anggota polis yang gagal menurunkan berat badan diturunkan pangkat?" katanya lantaran berasa 'kelakar' kerana Khalid menyatakan cadangan berkaitan pangkat itu turut membabitkan dirinya, sedangkan beliau sudah berada di hieraki tertinggi polis. -Roketkini.com


Hati-hati muat naik maklumat di media sosial, elak diri jadi mangsa buli siber

Posted: 16 Jan 2016 03:26 AM PST

HAZAWANI ARIFFIN 

  social-L


Hati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat di media sosial bagi mengelakkan diri menjadi mangsa buli siber.


KUALA LUMPUR,  Hati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat di media sosial bagi mengelakkan diri menjadi mangsa buli siber.

Jika tidak, ada kemungkinan maklumat yang dimuat naik itu akan dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan The Rakyat Post terhadap pengguna-pengguna media sosial berpendapat pengguna harus lebih bijak menggunakan media sosial.

Bagi penuntut universiti swasta, Ezhen Chow, 21, berpendapat tindakan menyebarkan sesuatu maklumat tanpa kebenaran pemilik adalah salah kerana ia boleh mencetuskan pelbagai masalah yang tidak dijangka.

"Menyebarkan sesuatu maklumat tanpa mengetahui cerita sebenar boleh menyebabkan orang yang tidak bersalah kelihatan bersalah.

"Mungkin kebenaran akan diketahui juga di kemudian hari, tetapi jika anda sudah viralkan sesuatu yang tidak betul, bagaimana kebenaran akan muncul jika semua orang sudah mempunyai persepsi negatif," katanya.

Tambahnya lagi, kini penggunaan media sosial dilihat lebih cenderung ke arah keburukan berbanding menyebarkan sesuatu untuk kebaikan bersama.

"Setakat ini, saya rasa tiada siapa kisahkan gambar-gambar viral yang disebarkan dengan niat yang baik, tetapi orang ramai lebih memberi perhatian kepada berita buruk yang disebarkan. Mereka akan ingat wajah kamu atau lebih teruk lagi mereka akan kenal nama kamu juga," jelasnya.

Bagi Huzaifah Abdul Aziz, 23, sikap rakyat Malaysia yang gemar memperbesarkan hal remeh temeh ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah penggunaan media sosial.

"Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, negara-negara luar lain turut mempunyai masalah yang sama, cuma bezanya di sini adalah sikap kita yang suka memperbesarkan perkara yang remeh-temeh.

"Ini juga menggambarkan cara pemikiran dan intelektual rakyat Malaysia yang masih jauh ketinggalan. Mereka hanya tahu mengecam perbuatan orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu," katanya.

Pandangan itu juga turut disokong Fawwaz Farhan Wan Chik, 25, yang berasa platform sosial media telah disalahguna oleh sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mengaibkan orang lain.

"Tidak dinafikan ada sesetengahnya menggunakan platform ini untuk mengaibkan orang lain. Sedangkan kalau dulu, jika ada masalah boleh bertemu empat mata, sekarang mereka lebih gemar menyebarkannya di media sosial.

"Maka, kesimpulannya fikir dua tiga kali sebelum memuat naik sesuatu maklumat. Mungkin ada pihak yang ingin ambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah orang lain," katanya.

Sementara itu bagi penjawat awam, Nor Ermi Diana, 30, berkata media sosial adalah platform yang terbaik untuk menghubungkan semua orang namun, jika tersilap langkah, ia boleh mengundang bahaya.

"Media sosial ini tidak boleh dikawal mahupun dihentikan kerana bagi sesetengah individu, mereka tidak boleh meletakkan akaun mereka secara privasi," katanya.

Ringgit dijangka stabil minggu depan

Posted: 16 Jan 2016 03:23 AM PST

BERNAMA

 

ringgit
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar US pada 11 Januari, meletakkan mata wang itu pada nilai dagangan paling rendah pada 4.46 berbanding dolar pada 29 September 2015. Foto hiasan TRP 


KUALA LUMPUR,  Ringgit dijangkakan tidak banyak berubah berbanding dolar US minggu depan berikutan kebimbangan terhadap harga minyak yang semakin merosot ketika sentimen global lemah, kata penganalisis.


Penanda aras harga minyak mentah Brent berada pada paras terendah dalam tempoh 12 tahun, didagangan pada US$30.54 pada 5 petang Jumaat berbanding US$31.03 setong pada pagi Khamis.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata unit tempatan mungkin terus didagangkan rendah berdasarkan unjuran pertumbuhan dunia, kelembapan ekonomi China, prospek penyusutan renmimbi, ketegangan Saudi-Iran, data ekonomi tempatan yang lemah serta kejatuhan harga minyak yang mungkin menjejaskan psaikologi pelabur dalam jangka pendek.

"Satu lagi hari yang tidak stabil bagi mata wang dan pasaran ekuiti China. sekali gus meningkatkan sentimen negatif. Kami mengambil maklum bahawa People's Bank of China gagal membendung renminbi, sekali lagi meningkatkan kebimbangan mengenai penyusutan lebih teruk mata wang itu," katanya.

Dalam pasaran tempatan, Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) pada November meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun, peningkatan paling kecil dalam tempoh 16 bulan, lebih rendah berbanding unjuran konsensus sebanyak 4.1 peratus.

Pertumbuhan juga lemah berbanding peningkatan pada Oktober sebanyak 4.2 peratus disebabkan kelembapan sektor perkilangan dan penyuncupan sektor perlombongan.

Keluaran perkilangan yang menyumbang dua pertiga kepada IPP, meningkat 4.1 peratus tahun ke tahun, peningkatan paling perlahan dalam tempoh sembilan bulan, dan data ekonomi yang lemah mencadangkan ekonomi tempatan kini 'berehat', yang boleh mengekang momentum peningkatan.

Namun, Pengurus Kanan bagi Bon dan Penyelidikan Ekonomi Hong Leong Bank  Choong Yin Pheng berkata unit tempatan mungkin memperoleh kekuatan minggu depan, bergantung kepada harga minyak dan perkembangan dari China, sebagai pemangkin.

"Saya jangkakan ada pemulihan sentimen pasaran memandangkan kami melihat harga minyak kembali meningkat pada Khamis. Selain itu, pasaran juga menunggu penyiaran laporan keluaran dalam negara kasar suku keempat China yang akan memberi petunjuk baharu mengenai ekonomi China kepada pelabur," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bank Negara Malaysia dijangkakan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertamanya tahun ini pada 21 Januari 2016.

Pada mesyuarat yang berlangsung pada 11 Sept, 2015, bank pusat memutuskan untuk mengekalkan dasar kadar semalam (OPR) pada 3.25 peratus.

Pada tahap semasa, OPR Malaysia dijangka tidak disemak semula, dengan kedudukan dasar itu kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

Di peringkat serantau, Bank Indonesia pada Khamis mengumumkan pengurangan  25 mata asas OPRnya kepada 7.25 peratus, langkah yang diambil bagi menyokong ekonomi domestik yang semakin pudar.

Ini membantu ekonomi negara itu serta meningkatkan sentimen pelabur, yang terjejas akibat serangan pengganas di ibu kota republik itu.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar US pada 11 Januari, meletakkan mata wang itu pada nilai dagangan paling rendah pada 4.46 berbanding dolar pada 29 September 2015.

Pada asas mingguan, unit tempatan menyusut berbanding dolar kepada  4.3965/3035 daripada 4.3800/3900.

Unit tempatan itu rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0483/0544 daripada 3.0472/0550 Jumaat lepas dan rendah berbanding yen kepada 3.7458/7524 daripada 3.6993/6093 sebelumnya.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7917/7011 daripada 4.7611/7737 namun mengukuh berbanding pound British kepada 6.3121/3230 daripada 6.4014/4182.

Azmil Mustapha masih di CCU Hospital Putrajaya

Posted: 16 Jan 2016 03:18 AM PST

KYRA ALEGRIA

 

azmil
Orang ramai yang ingin datang dan melawat Azmil dinasihatkan mematuhi waktu melawat hospital. Foto kredit Amir Communications Sdn Bhd


KUALA LUMPUR,  "Tiada berita adalah berita baik pada masa ini," kata Aziph Mustapha menurut posting Facebook terbarunya dalam mengemas kini keadaan kesihatan abangnya, Azmil Mustapha.


Maklumat terkini Aziph mengenai abangnya selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Putrajaya semalam, berkata, tiada perubahan setakat ini dan abangnya kini stabil.

"Tiada berita dari hospital. Tiada berita adalah berita baik pada masa ini, kerana Abang Azmil stabil di CCU malam tadi," tulisnya.

Dua jam kemudian, dia memuat naik perkembangan lain yang berterima masih kepada mereka yang melawat abangnya di hospital.

Dalam post terkini Facebook, dia turut menasihatkan mereka yang ingin datang dan melawat mematuhi waktu melawat hospital bermula jam 12.30 tengahari-2 petang dan dari jam 4.30 petang ke 7 malam.

Turut dimaklumkan dalam posting berkenaan, kenyataan hospital dalam laman web rasminya berhubung waktu melawat.

"Adalah menjadi tanggungjawab kami bagi memastikan waktu melawat ditetapkan, bukan saja untuk keselamatan pesakit tetapi bagi membolehkan kakitangan perubatan kami menjalankan tugas rawatan dan perubatan harian kepada pesakit," tulisnya.

Semalam, dilaporkan bekas pelakon era 80-an, Azmil Mustapha, 63, dikejarkan ke CCU selepas mengalami sakit dada.

Difahamkan, beliau turut diberikan bantuan sokongan hayat dan kakitangan perubatan berusaha untuk menstabilkan keadaan Azmil, menurut maklumat terkini daripada Facebook Aziph, semalam.

Misi Kutub Selatan hanya 37 hari

Posted: 16 Jan 2016 03:13 AM PST

BERNAMA

 

kutub selatan
Shahrom menamatkan misi itu dengan berski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 890 kilometer. Foto Bernama 


PUTRAJAYA,  Penjelajah negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah berjaya menamatkan misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan dalam tempoh 37 hari.


Menurut Penasihat Ekspedisi Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, Shahrom, 36, berjaya sampai ke mercu tanda titik sifar darjah Kutub Selatan pada pukul 4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia (5.30 petang Jumaat waktu tempatan).

Beliau berkata Shahrom menamatkan misi itu dengan berski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 890 kilometer.

Katanya Shahrom yang berasal dari Gua Musang, Kelantan bukan sahaja berjaya menamatkan misi itu, malah melakukannya dalam tempoh yang lebih singkat berbanding jangkaan awal selama 50 hingga 60 hari.

"Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah kerana Shahrom berjaya menamatkan misi merentas Kutub Selatan itu, sekali gus membuktikan sesungguhnya anak Malaysia mampu melakukan apa sahaja cabaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kejayaan Shahrom itu juga menandakan satu lagi pencapaian bertaraf dunia yang berjaya dicatat rakyat Malaysia.

Akmar Hisham yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Penasihat Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), kejayaan dan pencapaian Shahrom wajar menjadi kebanggaan kerana Shahrom menjadi rakyat Malaysia pertama melakukan

ekspedisi merentas Kutub Selatan sejauh hampir seribu kilometer menggunakan ski.

"Saya juga telah maklumkan kepada Perdana Menteri pagi tadi mengenai kejayaan ini kerana beliau sangat mengambil berat mengenai perjalanan ekspedisi serta keselamatan Shahrom.

"Beliau tahu bagaimana kesukaran melakukan ekspedisi di sana kerana pernah menjejak kaki di Antartika. Beliau merasa sangat gembira mendengar berita kejayaan ini," katanya.

Sementara itu, Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, bersyukur kerana satu lagi kejayaan dilakar KE7B selaku pengelola ekspedisi itu.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Shahrom di atas kejayaan cemerlang beliau menamatkan misi merentas benua ais paling sejuk di dunia tanpa sebarang masalah," katanya.

Qobin berkata pihaknya akan membuat persiapan menyambut kepulangan Shahrom ke tanah air pada Jumaat depan selepas mendapat pengesahan tarikh penerbangan pulangnya dari Buenos Aires.

Shahrom memulakan ekspedisinya pada 9 Dis 2015 selepas tarikh asalnya tertangguh selama dua minggu akibat masalah penerbangan dari Union Glacier ke Messner Inlet kerana cuaca tidak mengizinkan.

Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada awal Julai 2015.

Pas nekad tanding tiga penjuru PRU14

Posted: 15 Jan 2016 11:06 PM PST

Mahfodz
Mahfodz. Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


PUTRAJAYA - Pas nekad untuk bertanding tiga penjuru berdepan dengan DAP dan Amanah pada PRU14 selepas parti Islam itu 'ditendang' dari Pakatan Rakyat, tahun lalu.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata Pas tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Amanah.

"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada Amanah. Kalau (Amanah) nak (pertahan kerusi) bertanding lah tiga penjuru.

"Kita tiada hubungan dengan DAP, jadi kita akan tandingi mana-mana kerusi yang dijangka boleh dapat kemenangan," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Usahawan Haraki di sini, hari ini.

Mahfodz juga berkata, Pas berpeluang bertanding kerusi lebih pada pilihan raya akan datang kerana parti Islam itu akan meletakkan calonnya di setiap kerusi yang ditandingi musuhnya.

"Bila Pas bersendirian, secara automatik kita akan bertanding lebih kerusi sebab kerusi yang ada Amanah dan DAP, kita akan bertanding.

"Begitu juga di negeri-negeri lain, di Johor pun kita akan buat macam itu," katanya lagi.


Pas jadi penentu undi Melayu kepada PH atau Umno

Posted: 15 Jan 2016 11:05 PM PST

Pas


PUTRAJAYA - Pas bakal jadi penentu kepada sokongan pengundi Melayu sama ada ke arah pakatan pembangkang ataupun Umno-BN.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata walaupun Pas kini bersendirian namun undi Melayu Islam kemungkinan besar akan bertambah.

"Orang Melayu sudah sedar tentang ancaman daripada DAP itu, kita harap orang Melayu dapat menyatukan kita dan kekuatan Pas akan lebih baik berbanding ketika bersama PR," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas mampu jadi lebih kuat jika tidak bergabung

Dalam pada itu, Mahfodz juga berkata DAP berpeluang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pas 'ditendang' keluar dari Pakatan Rakyat, tahun lepas.

"(Parti) yang dominan dalam Pakatan Harapan ialah DAP, bukan Amanah, ia parti baharu, belum tercabar lagi, tak tahu lagi kekuatannya.

"Sebab itu akan menjadi dominan saya percaya adalah DAP," dakwanya.

Sementara itu, Mahfodz menyifatkan PKR bijak membuat percaturan politik sebagai 'orang tengah' kerana mahu mengekalkan kerjasama antara Pas dan Pakatan Harapan.

"PKR masih bijak macam orang tengah, dengan Pas dia bekerjasama, dengan Amanah pun dia bekerjasama.

"Mudah-mudahan dengan Pas dan Pakatan Harapan pun PKR akan teruskan (kerjasama)," katanya lagi.

Hisham: Mindef kenal pasti kawasan berpotensi diserang

Posted: 15 Jan 2016 11:03 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Pertahanan akan mengenal pasti lokasi tertentu termasuk di Sabah yang berpotensi dijadikan lokasi serangan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dibuat susulan insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia semalam.

"Ia juga sebagai langkah memperkukuh keselamatan negara dan ketenteraman awam agar insiden sedemikian tidak berlaku di Malaysia.

"Ini kerana, ancaman kita yang terdekat ialah di Sabah di mana kita perlu berwaspada dengan setiap serangan anasir luar dan perlu ditangani secara serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di Genting Highlands hari ini.

Hishammuddin berkata insiden letupan di Jakarta adalah serius dan Malaysia tidak harus mengambil mudah tentangnya kerana kumpulan Daesh tidak pernah melakukan tindakan di rantau ini.

"Kejadian di Jakarta membuktikan kebimbangan kita yang saya sebutkan secara konsisten selama ini. Kita akan perkukuhkan kawalan dengan kerjasama semua agensi keselamatan," katanya.

Hishammuddin berkata beliau turut menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu untuk bertanyakan perkembangan insiden itu.

"Saya akan ke Arab Saudi bersama Pak Ryamizard dalam masa terdekat untuk membincangkan agenda bagaimana negara sana (Arab Saudi) menangani keganasan Daesh dan belajar daripada pengalaman mereka," katanya.

Selain itu, Kementerian Pertahanan juga mengambil inisiatif membendung perkara itu dengan bekerjasama rapat dengan polis, pasukan risik ketenteraan dan Cawangan Khas bagi menjamin keselamatan negara.

Dalam kejadian di pusat bandar Jakarta semalam, tujuh orang disahkan maut dan 13 lagi termasuk lima anggota polis parah.- Bernama

Pelajar lapar: Syor beri subsidi makanan untuk mahasiswa

Posted: 15 Jan 2016 11:00 PM PST

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic


SHAH ALAM: Kerajaan dicadangkan supaya mempertimbangkan memberi subsidi makanan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membantu mereka menghadapi kenaikan kos hidup dan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

Di samping itu, pemberi bantuan biasiswa dan pinjaman pelajar juga disaran melihat semula bantuan diberi dengan matlamat untuk menambah jumlah bantuan berkenaan.

Demikian pandangan dikeluarkan oleh beberapa pelajar IPT ketika diminta untuk mengulas dakwaan pelajar berlapar ketika belajar.
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan memberi subsidi makanan kepada mahasiswa memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

"Apa yang boleh dibuat bagi saya ialah mengenal pasti golongan sasar yang betul-betul memerlukan, kesnya sepatutnya memberikan makanan percuma dan saya rasa ianya banyak dijalankan di negara-negara luar," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Khairom Mawaddah, 29, pula berkata, beliau sangat terkejut melihat perkembangan mahasiswa di negara ini yang terpaksa berlapar ketika menuntut ilmu.

Beliau sependapat dengan Fahmi, iaitu menyarankan kerajaan menyediakan subsidi makanan kepada mahasiswa IPT.

"Jadi saya rasa kerajaan perlu pantau kawan-kawan kita atau pun mahasiswa di universiti sendiri, terutamanya di kawasan bandar, macam UITM Shah Alam sendiri kena pantau dan kena ada subsidi sendiri untuk mahasiswa kita ini untuk survival," katanya yang ditemui di sini.
Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel), semester dua Fakulti Pengurusan Perniagaan, Farhan Alias pula berpendapat kerajaan perlu menyediakan biasiswa mahupun pinjaman yang mencukupi kepada mahasiswa.

Katanya, ini disebabkan kadang-kala terdapat kursus tertentu yang menelan perbelanjaan yang banyak sehinggakan hanya tinggal sedikit wang baki pinjaman untuk disimpan membeli makanan sepanjang semester.

"Yang bagi pinjaman pun, perlu bagi lebih sedikit rasanya untuk berbelanja.

"Ada setengah budak (mahasiswa) itu dia ambil pinjaman PTPTN tetapi dapat separuh sahaja, jadi pula pinjaman itu untuk dua semester, semester panjang dan pendek, jadi itu yang dia kena jimat sedikit," katanya.
Sementara itu seorang bapa, Mohd Asnni Yusof, 41, merasakan pelaksanaan cukai barang dan perkhimdatan (GST) juga menjadi punca mahasiswa terpaksa berlapar.

"Dengan keadaan ekonomi sekarang, memandangkan terlampau tinggi, maksudnya macam barang makanan tinggi, barang-barang harian tinggi, semualah barang naik dengan adanya GST ini semakin membebankan," katanya.
Lain pula dengan mahasiswa Unisel Nurul Nur Atiqah Alias, 22, Fakulti Pengurusan Sumber Manusia yang berpendapat tawaran pinjaman atau biasiswa yang diberikan kepada mahasiswa sebenarnya lebih daripada mencukupi jika mahasiswa bijak menguruskan perbelanjaan mereka.

Sewajarnya isu mahasiswa mengikat perut tidak timbul memandangkan kerajaan sudah lama prihatin dengan keperluan mahasiswa.

"Bagi pendapat saya, kerajaan bagi rasanya sudah cukup, dia sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri, dia perlu bahagikan duit dia itu hendak ke arah mana.

"Maknanya cara menguruskan duit (perbelanjaan) dengan betullah," katanya.

Justeru, beliau meminta supaya mahasiswa tidak terlampau ikut hawa nafsu ketika berbelanja mahupun membeli-belah.

"Sebab itu saya kata, pengurusan kewangan itu penting kan, buat masa ini rasanya tidak perlu untuk mahasiswa lebih kepada gajet-gajet sebab selepas kita kerja, kita boleh cari duit dan dapatkan gajet itu kan,"katanya.

Kenyataan Atiqah itu turut didokong oleh seorang lagi mahasiswa Universiti Teknologi MARA yang hanya mahu dikenali sebagai Farajuita.

"Janganlah mula-mula dapat tu (pinjaman atau biasiswa) sudah mula boros, terlalu boros berbelanja.

Kalau boleh berjimatlah, jangan ikut kawan. Tambah kalau macam di IPT itu macam UITM Shah Alam sendirikan, hendak pergi ke sesuatu tempat itu semua dekat.

"Jangan terlalu kejutan budaya sangat," katanya.

Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan seorang penuntut Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa 'mengikat perut' sehingga menyebabkan ususnya tercedera.

Penuntut perempuan daripada Sabah itu berkata, masalah kesempitan wang itu dialaminya bukan sahaja di peringkat ijazah, malah sejak di peringkat asasi lagi.

Dakwaan perkauman: Guru Besar sekolah Cina dipindah ke PPD

Posted: 15 Jan 2016 10:53 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Guru Besar sebuah sekolah rendah di Mersing, Johor yang didakwa terbabit dalam serangan berbaur perkauman terhadap seorang guru Melayu telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah (PPD), kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, satu pasukan khas juga ditubuhkan untuk menyiasat kejadian dan isu berkenaan.
"Guru Besar ditempatkan sementara di PPD sehingga siasatan selesai.

"Tiga orang guru Melayu yang terlibat akan digerakkan keluar dari sekolah terbabit," katanya di laman Facebook hari ini.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya terus bertenang dan tidak mengganggap apa yang berlaku sebagai satu isu perkauman.

Katanya, kes seumpama itu jarang berlaku dan laporan penuh dijangka siap dalam tempoh tiga hari bermula dari tarikh siasatan awal.

Salina Daud, seorang guru di SJKC Pai Chee, Mersing, Johor, membuat laporan polis semalam selepas mendakwa seorang lelaki menyerbu masuk bilik guru dan menyerangnya.

Dakwanya, lelaki itu iaitu bapa kepada seorang murid melemparkan buku serta peralatan pengajaran ke arahnya.

Menurut laporan polis Salina itu, ketika mengajar di kelas, 5 Januari lalu, anak lelaki itu telah mengutuknya dalam bahasa Cina.

Dia kemudian mengadu kepada guru kelas murid mengenai kejadian tersebut tetapi mendakwa tiada tindakan diambil.

"Saya tidak gembira kerana pentadbiran sekolah tidak melindungi saya sebagai seorang guru di sekolah," katanya.

Salina juga mendakwa ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku dan menuduh guru besar sekolah berkenaan sebelum ini cuba memaksanya meletakkan jawatan atau memindahkannya dan dua orang guru Melayu yang lain.

Dia juga mendakwa guru besar sekolah itu berkata bahawa masyarakat Cina di kawasan itu tidak mahu guru-guru Melayu mengajar di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, M Kumar memberitahu Malaysiakini kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, tidak ada sentuhan fizikal atau kecederaan dalam kejadian itu.

"Ini tidak seharusnya dijadikan isu perkauman. Ia hanya kebetulan bahawa guru itu berbangsa Melayu dan bapa murid itu adalah Cina.

"Siasatan awal mendapati bapa murid itu kecewa kerana guru itu memarahi anaknya," katanya kepada Malaysiakini.

Pihak sekolah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya. Guru Besar menamatkan panggilan sebaik sahaja mengetahu sedang bercakap dengan wartawan.


Kafa meterai perjanjian dengan Vida Beauty

Posted: 15 Jan 2016 10:43 PM PST

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Jumaat memeterai kontrak perjanjian penajaan dengan Vida Beauty dan beberapa penaja lain.

Vida Beauty selaku penaja utama menaja pasukan berkenaan dengan nilai tajaan RM16 juta bagi dua musim.

Ini sekali gus pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai The Red Warrior (TRW) kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW).

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida turut hadir dalam majlis berkenaan.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, penajaan tersebut merupakan pelan tindakan demi membangunkan pasukan berkenaan setelah gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan pada musim lalu.

"Sebab itu susun pelan tindakan baru, cari rakan yang sanggup beriltizam.

"Ada puteri kayangan turun. Hasrat hati nurani beliau sendiri demi pasukan Kelantan, Datuk Vida sanggup jadi penaja utama. Ini suntikan semangat baru kepada pasukan," katanya ketika berucap di majlis menandatangani kontrak sebentar tadi.

Dalam pada itu ujar Annuar, Datuk Vida akan berperanan sebagai penasihat kehormat kepada Kafa dan bukan 'orang luar'.

"Vida ada idea luar biasa, daya keusahawanan sendiri dan bila lontarkan idea yang mungkin kebanyakan rasa ia kejutan peringkat awal.

"Saya boleh terima idea dia. Kreativiti Vida. Banyak idea yang dilontarkan. Segalanya tak ada masalah sebab Kafa ambil pendekatan mengambil Vida sebagai penasihat bukan orang luar," katanya.

Selain Vida Beauty, Kafa turut ditaja beberapa syarikat lain antaranya Adabi, Red One dan akhbar Sinar Harian.

Jumaat lalu, Vida Beauty bersama Kafa mencapai kata sepakat untuk menjadi penaja The Red Warriors, dengan pengurusan pasukan itu menerima dua syarat awal iaitu menukar cat Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.


25 ahli DAP Pantai Sepang Putra umum keluar parti

Posted: 15 Jan 2016 10:41 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEPANG: Seramai 25 ahli DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini, sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti itu, ekoran tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.
 
Dengan pengumuman itu ia sekali gus membubarkan cawangan berkenaan. 
 
Bekas setiausaha cawangan terbabit, N Thanaletchumi, berkata tindakan itu diambil selepas semua ahli cawangannya hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti.
 
Thanaletchumi berkata, beliau sudah menghantar surat mengisytiharkan keluar DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam. 
 
"Ahli DAP cawangan Pantai Sepang Putra sebulat suara mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa hari ini," katanya pada sidang media di sini. 
 
Beliau mendakwa, pemimpin DAP hanya datang bertemu mereka ketika memerlukan sokongan pada pilihan raya umum dan pemilihan parti.
 
 

Datuk Vida cabar JDT lawan PQP TRW

Posted: 15 Jan 2016 10:39 PM PST

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Penaja utama Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mencabar juara Piala AFC, Johor Darul Takzim (JDT) berentap dengan pasukannya secara persahabatan dalam masa terdekat.
 
Beliau yang dikenali sebagai Datuk Vida berkata, 'pelawaan' terhadap pasukan milik Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu adalah kerana merasakan ianya antara pasukan yang terkuat, justeru sekiranya pelawaan itu disambut, ia bakal menjadi pertemuan antara 'buku dan ruas'.
 
Ujarnya, perlawanan persahabatan itu sebolehnya diadakan sebelum bermulanya musim liga.
 
"Kita mahu permainan secara sihat. Mengapa JDT? Walaupun Selangor dan Pahang juga kuat, tetapi kita pilih antara dua terbaik dan saya anggap perlawanan JDT dan Kelantan seperti 'buku dengan ruas'," katanya dalam majlis menandatangani kontrak penajaan pasukan Liga Super Kelantan musim 2016 di Bangunan Mara, semalam.
 
Sementara itu Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat pengasas Vida Beauty itu kepada TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
Katanya, perlawanan persahabatan itu juga boleh diadakan sebagai perlawanan kebajikan 'charity', selain menghargai penyokong kedua-dua pasukan.
 
"Kalau perlawanan ini boleh meningkatkan perkara positif, bukan perasaan tak baik atau sebagainya, saya akan maklum kepada TMJ untuk sampaikan hasrat Datuk Seri tadi. 
 
"Mungkin tak mustahil sebelum permulaan musim, mungkin untuk hargai penyokong pasukan PQP TRW dan Harimau Selatan, mungkin elok pasukan ini bertemu dalam satu perlawanan, dan mungkin perlawanan kebajikan (charity).
 
"Kalau nampak macam ramai ( sambutan) mungkin kena pinjam stadium Bukit Jalil.. TMJ memang punyai sikap yang dinamik dalam soal kemajuan bola sepak  dan saya fikir baginda akan pertimbangkan," katanya.
 
Namun Annuar dalam sidang media berkata, pihaknya perlu menyelesaikan isu pemilihan pemain import terlebih dahulu yang masih dalam peringkat pertimbangan sebelum memulakan sebarang perlawanan.
 
Katanya, setakat ini tiga calon berada dalam senarai, iaitu daripada Morocco, pemain Liga Sepanyol, dan pemain Argentina.
 
"Kita kena segera selesaikan mengambil pemain import sebelum lawan JDT," katanya yang mengakui 'agak lambat' menyelesaikan isu pemilihan pemain import kerana enggan mengulangi kesilapan sama seperti musim lalu.
 
Dalam majlis itu, Datuk Vida dan Annuar menandatangani kontrak tajaan bernilai RM16 juta bagi dua musim, disaksikan barisan exco Kafa, pemain TRW yang memakai jersi baru berwarna merah jambu, serta penyokong.
 
 

Mangsa rentung dalam kebakaran kereta

Posted: 15 Jan 2016 10:36 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar di jalan menuju Kuari Tamar di Kampung Kopit, Jalan Bau-Batu Kitang dekat Bau.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi berkata sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau yang tiba di tempat kejadian pada 12.33 tengah hari menemui sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton berwarna putih terbakar 100 peratus.

Katanya, pasukan itu turut menemui seorang mangsa telah rentung di tempat letak kaki tempat duduk bahagian belakang berkenaan dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun, katanya identiti mangsa belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak polis.

Nor Hisham berkata hasil laporan awal pegawai penyiasat mendapati kenderaan berkenaan sengaja dibakar dan terdapat beberapa tompokan darah dijumpai di atas jalan raya berhampiran dengan kereta yang terbakar.

"Kes masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh," katanya.- Bernama


MIC harap k'jaan S'gor lulus projek pelancongan di Batu Caves

Posted: 15 Jan 2016 10:33 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan negeri Selangor diharap dapat membantu sektor pelancongan di negeri itu dengan memberikan kelulusan untuk projek pembangunan di kawasan kuil di Batu Caves, yang tergendala sejak beberapa tahun lepas.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata dua projek utama yang tergendala itu ialah pembinaan pusat kebudayaan India di Batu Caves dan projek pembinaan kereta kabel sepanjang 250 meter.

Kerajaan pusat telah meluluskan RM2 juta untuk pembinaan pusat itu pada 2012 tetapi projek itu sehingga kini tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Perayaan Ponggal di Perkarangan Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves malam tadi.

Manakala MPS difahamkan menghentikan kerja pembinaan projek kereta kabel itu pada 6 Jun 2014 berikutan beberapa struktur pembinaan di sekitar Batu Caves dikatakan dibina tanpa kelulusan kebenaran merancang.

"Kalau kerajaan negeri yang tidak memberi kelulusan maka ia bererti mereka menghalang pembangunan sektor pelancongan di negeri Selangor," dakwa beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas permintaan Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Tan Sri R Nadarajah yang meminta MIC untuk membantu menyelesaikan isu projek tergendala itu.

Sementara itu, sambutan perayaan Ponggal di perkarangan Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves berlangsung penuh meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 penganut dan pelancong.

Memasak Nasi Ponggal (Nasi Manis) dalam tiga belanga tanah liat besar antara aktiviti yang menarik perhatian para tetamu termasuk pelancong asing dalam majlis yang dikenali sebagai Mupperum Villa itu.

Presiden MIC turut mengambil bahagian dalam aktiviti memasak Nasi Ponggal dengan menuang susu ke dalam ketiga-tiga belanga tanah liat bersama isterinya Datin Seri Uma Rani Subramaniam.

Dr Subramanim berkata Ponggal juga perayaan yang diraikan khusus kepada alam semulajadi termasuk kepada matahari dan sebagai tanda kesyukuran kepada makanan yang diperolehi.

Tarian tradisional dan kebudayaan masyarakat India juga memeriahkan lagi majlis perayaan tersebut.

Ponggal yang diraikan semalam komuniti Tamil adalah perayaan yang disambut pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai Matham bersempena dengan bulan menuai hasil tanaman di India.- Bernama

MPN: Agensi penguatkuasa perlu tingkat perisikan

Posted: 15 Jan 2016 10:31 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Agensi penguatkuasaan dan keselamatan bukan sahaja perlu memperketatkan kawalan di pintu-pintu masuk sempadan

Malaysia, malah meningkatkan usaha perisikan bagi mengesan rakyat tempatan yang terlibat dalam kegiatan kumpulan militan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata adalah penting untuk menyekat dan membanteras terus elemen-elemen pengganas daripada menyusup masuk ke dalam negara ini.

"Kalau mereka masuk dari pintu masuk sempadan atau lapangan terbang, ia lebih mudah dikesan tetapi saya fikir ini bukan macam pengganas Sulu yang masuk ke negara kita tetapi ia lebih kepada mengenal pasti mereka yang sudah berada di dalam negara.

"Kalau orang luar hendak lakukan (serangan), ia agak sukar kerana mereka tidak biasa dengan kawasan itu... pastinya kita juga tidak boleh ambil ringan di pintu-pintu masuk," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau mengulas kejadian serangan insiden letupan dan serangan pengganas di beberapa negara sejak akhir-akhir ini termasuk yang terkini di Jakarta, Indonesia semalam, yang menyebabkan tujuh maut dan lebih 20 orang cedera parah.

Mohamed Mustafa berkata orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengenali mana-mana individu yang mencurigakan, taksub serta terlibat dalam perjuangan militan.

"Mereka yang terlibat seharusnya ditahan di bawah akta tertentu bagi mencegah daripada melakukan sesuatu yang tidak terjangka," katanya.

Antara akta menangani ancaman keganasan di Malaysia adalah Akta Pencegahan Keganasan 2015; Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Mohamed Mustafa berkata pihak berkuasa juga perlu meningkatkan kehadiran termasuk melakukan sekatan jalan raya atau pemeriksaan tertentu di lokasi-lokasi strategik terutamanya di lokasi pelancongan.

"Saya percaya pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahu apa yang mereka lakukan... langkah mereka itu nanti bukan sahaja akan dapat mencegah elemen pengganas tetapi juga meningkatkan keyakinan orang ramai dan meredakan kerisauan," katanya.

Merujuk serangan Jakarta, Mohamed Mustafa berasakan bahawa kemungkinan serangan itu dilakukan oleh rakyat negara itu yang terpengaruh dan terlibat dalam aktiviti militan luar negara.

"Meskipun tiada bukti tetapi berdasarkan kejadian keganasan lalu yang membabitkan pengganas Al Qaeda dan Jemaah Islamiyah... firasat saya kuat menyatakan ia adalah perlakuan penyokong militan yang berada di negara itu.

"Sukar untuk pihak berkuasa mengesan dan mengawal sekiranya mereka sememangnya sebahagian dari rakyat... justeru Malaysia juga perlu ambil iktibar dengan kejadian itu dan jadikan ia satu peringatan," katanya.

Kejadian serangan kumpulan militan semalam adalah kali ke-10 berlaku di Indonesia sejak 2000.- Bernama


Polis tangkap suspek IS di Ampang

Posted: 15 Jan 2016 10:27 PM PST

MALAYSIAKNI


 


Polis menangkap seorang lelaki yang disyaki ada kaitan dengan Negara Islam (IS) di Ampang semalam.

Ini didedahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu catatan di Twitter pagi ini.
Suspek lelaki itu ditahan unit E8 Cawangan Khas di LRT Jelatek, Ampang.

Menurut IGP, senjata dan dokumen mengenai IS turut dirampas.

Tangkapan itu dibuat ketika pihak berkuasa Malaysia meningkatkan tahap keselamatan di tempat-tempat awam selepas IS melancarkan satu siri pengeboman di Jakarta pada hari Khamis.

Tiada ulasan: