Jumaat, 15 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ringgit ditutup rendah berbanding Dolar AS

Posted: 15 Jan 2016 02:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila ketidakpastian akan pertumbuhan ekonomi China dan kestabilan pasaran kewangan terus menyelubungi pasaran.

Pada jam 5 petang, unit tempatan ditutup rendah turun kepada 4.3965/3035 daripada 4.3870/3930 berbanding dolar AS pada hari Khamis.

Seorang penganalisis berkata harga minyak lemah dalam pasaran global juga terus mempengaruhi unit tempatan.

Harga minyak mentah Brent diniagakan pada US$30.54 setong.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang sedang pesat membangun lain.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0483/0544 daripada 3.0470/0532 pada hari Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.7458/7524 daripada 3.7266/7321.

Ia naik berbanding pound British kepada 6.3121/3230 daripada 6.3204/3308 dan turun berbanding euro kepada 4.7917/7011 daripada 4.7875/7950.- Bernama


AG sendiri akan jadi hakim pada laporan SPRM?

Posted: 15 Jan 2016 02:47 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Dr Mahathir Mohamad menyatakan keraguannya sama ada hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak akan dibawa ke mahkamah.

"Peguam negara (Tan Sri Apandi Ali) berkata akan bertindak tanpa rasa takut dan memihak. Tetapi beliau perlukan masa kerana laporan yang banyak.

"Berapa banyak masa?

"Atau AG akan tentukan sama ada terdapat kes untuk para hakim menghakimi atau beliau sendiri akan jadi hakim dengan tolak kes itu, seperti dilakukan sebelum ini terhadap laporan Bank Negara," kata Mahathir.

Peguam negara tahun lalu memutuskan tiada tindakan diambil terhadap laporan Bank Negara berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1MDB.

PM jamin GST tak naik walau pendapatan negara jatuh

Posted: 15 Jan 2016 02:45 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan dalam semakan bajet akhir bulan ini walaupun hasil pendapatan negara jatuh.

Katanya, kerajaan lagsung tidak dibincangkan kerajaan kerana memahami rakyat tidak lagi berupaya menangani peningkatan dalam cukai.

"Saya rasa rakyat tidak berupaya lagi untuk menerima sebarang kenaikan berdasarkan kos sara hidup semasa," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian.

Najib dijangka mengumumkan semakan bajet pada 28 Januari ini yang akan menyaksikan beberapa langkah penjimatan berikutan hasil pendapatan negara semakin merosot akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Beliau hari ini mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan penganalisis dan ahli ekonomi, peneraju industri dan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE)

Najib berkata banyak maklum balas dalam pertemuan itu dan rata-rata menyokong langkah semakan bajet yang dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan.

Antara perkara yang diberi tumpuan termasuk dasar fiskal negara dan kewangan, beberapa isu seperti meningkatkan hasil negara, mengoptimumkan perbelanjaan, menentukan keutamaan baru dan keberhasilan maksimum dari segi perbelanjaan.

"Pangubasuaian bajet ini tidak boleh dilihat secara terpencil tetapi sebagai pakej dasar menyeluruh oleh kerajaan.

"Kita perlu mempertimbangkan mengenai pertumbuhan dalaman, pekerjaan, inflasi dan kos sara hidup," katanya lagi.


'Bil pembersihan bauksit akan dihantar ke syarikat lombong'

Posted: 15 Jan 2016 02:43 AM PST

MALAYSIAKINI







Bil bagi segala kos kerja-kerja pembersihan akan dihantar kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perlombongan bauksit, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagaimanapun beliau mengakui bagi mengenal pasti syarikat-syarikat ini bukannya sesuatu yang mudah.

"Untuk mengenal pasti syarikat mana terlibat bukan mudah kerana kebanyakan mereka menggunakan lori haram. Bagaimanapun, kita tetap akan mencari syarikat yang terlibat supaya mereka membayar bil-bil kerja pembersihan.

"Kos untuk kerja pemulihan belum dapat dipastikan lagi kerana masih berada di tahap awal.

Kita mahu perkara ini diselesaikan terlebih dahulu dan dalam masa sama, akan mencari syarikat terbabit kerana proses mengesannya mengambil masa," katanya yang dipetik Utusan Malaysia, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu mengarahkan kementerian yang diterajui Rahman itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.

Kuantan bertukar menjadi bandar merah apabila ia diliputi debu tebal bauksit manakala air laut bertukar menjadi merah di Pantai Batu Hitam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memperli Rahman kerana berkata akan mengambil masa yang lama untuk mencari syarikat-syarikat yang terlibat.

"Jawapan beliau begitu menyedihkan. Menteri pun tak boleh cari ke?"soalnya ketika dihubungi Malaysiakini.

Fuziah sebelum ini memuat-naik senarai syarikat yang didakwa terlibat dalam perlombongan di Felda Bukit Goh di laman Facebook.

Malaysiakini difahamkan bahawa senarai itu juga telah dihantar kepada pembantu Rahman untuk tindakan menteri itu.


PERKASA mahu guru besar Pai Chee keluar dari Mersing

Posted: 15 Jan 2016 02:41 AM PST

MALAYSIAKINI


 


PERKASA menuntut guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai Chee, Mersing, yang didakwa cuba memindahkan keluar guru Melayu, dikeluarkan daripada daerah itu.

"Guru Besar SJKC Pai Chee mesti minta maaf kepada guru-guru Melayu yang menjadi mangsa dan guru besar serta guru yang terlibat mesti dikeluarkan dari bumi Mersing.

"Dulu peristiwa yang sama pernah berlaku di Kulai dan sekarang berlaku (lagi).

"Sekarang mesti bertindak tegas," kata presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali.










Kelmarin, seorang guru sekolah itu Salina Daud membuat laporan polis terhadap bapa kepada seorang murid yang didakwa menyerangnya.

Salina, 49, juga mendakwa ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku dan menuduh guru besarnya cuba memaksanya meletakkan jawatan atau memindahkannya dan dua orang guru Melayu lain.

Salinan laporan itu dimuat naik ke Internet dan mengundang komen berbaur perkauman. Bagaimanapun, polis menafikan perkara berkenaan.

Pihak sekolah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya. Guru besar menamatkan panggilan sebaik sahaja mengetahui sedang bercakap dengan wartawan.

Dalam kenyataan hari ini, Ibrahim berkata kes itu perlu mendapat perhatian pihak berwajib sebelum ia merebak menjadi "kudis yang akan merosakkan anggota badan".

Beliau mengaitkan dengan sistem pendidikan yang tidak menjadikan Melayu sebagai teras.

"Pai Chee Malay centric atau chinese centric? Melayu sifatnya lembut, berbudi bahasa, tidak kasar, tidak biadab dan sentiasa menghormati orang lain. Itu Malay centric namanya," katanya.

Bekas anggota parlimen itu juga berkata kes di SJKC Pai Chee itu bukan kes terasing.

"Jika benar dan betul seperti apa yang didakwa bahawa mereka tidak mahu guru-guru Melayu, apa maknanya yangg tersirat dari kehendak tersebut?

"Apa yang patut kita panggil atau gelar atau namakan sikap dan peri laku seperti itu kalau bukan rasis dan chauvanis yang melampau?" soal Ibrahim.

Beliau justeru berkata, Kementerian Pelajaran dan kerajaan harus tegas dan berani bertindak membetulkan keadaan.

"Jika tidak sistem pendidikan Malaysia akan berterusan menjadi suatu sistem bercelaru berselirat yang akhirnya tidak dapat dirungkai. Ini membahayakan masa depan negara bangsa," katanya.


Dr M: Bos SPRM akan dipaksa pencen seperti Gani?

Posted: 15 Jan 2016 02:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim akan dipaksa bersara awal menggunakan alasan kesihatan.

Bekas perdana menteri keempat itu mengaitkan laporan berkaitan masalah kesihatan dengan persaraan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Julai lalu.

"Persoalannya sama ada ketua SPRM akan juga bersara awal atas alasan kesihatan?" soal Mahathir dalam blognya hari ini.

Gani sebelum ini ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesihatan. Langkah itu dibuat selepas pasukan petugas khas dipimpinnya menyiasat lebih mendapat isu berkaitan 1MDB.

SPRM terus menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kertas siasatan bersama cadangan tindakan lanjut kedua-dua kes itu sudah diserahkan kepada peguam negara.


Amanah keluar senarai laman sosial, elak maklumat palsu

Posted: 15 Jan 2016 12:02 AM PST

Khalid Samad
Khalid Samad
 
 
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengeluarkan senarai laman sosial Facebook dan laman web terkini yang diiktiraf sebagai mewakili parti itu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, ia bagi memudahkan mana-mana pihak membuat rujukan berkenaan parti itu pada masa akan datang.

Menurut Khalid lagi, ia juga sebagai langkah untuk memastikan ketepatan dalam sebarang penyebaran maklumat di medium media sosial itu.

"Kami ambil berat tentang sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp atas nama parti di semua peringkat organisasinya.

"Ia termasuk apa juga maklumat, poster atau gambar yang tidak diselidiki kesahihannya terlebih dahulu, dan disebar oleh para ahli dan penyokongnya atas nama parti," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Khalid turut mengakui kelemahan yang terdapat dalam mengurus penyebaran maklumat menerusi media sosial.

"Bagi parti, kami memohon maaf sekiranya ia menimbulkan kekeliruan dan saya sebagai Pengarah Komunikasi Amanah mengakui segala kelemahan yang ada.

"Kesungguhan dan semangat tinggi untuk membantu parti ini agar terus berkembang adalah sangat dihargai, namun ada kalanya mereka terlepas pandang soal keabsahan sesuatu maklumat," katanya lagi.

Bagi memperbaiki kelemahan yang ada, pihaknya juga turut merancang program latihan kepada pengendali laman web dan Facebook rasmi parti.

Jelas Khalid lagi, ia merupakan usaha meningkatkan kemahiran serta tahap profesionalisme masing-masing.


Putera Bongsu Tuanku Muhriz Mangkat

Posted: 14 Jan 2016 11:51 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz, putera bongsu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir disahkan mangkat pada pukul 11.55 pagi Jumaat.

Menurut pengumuman rasmi setiausaha kerajaan negeri, Almarhum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur.

"Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk urusan pemakaman pada hari ini.

"Ia akan diadakan secara tertutup untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja. Al-Fatihah," demikian menurut kenyataan itu.

Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984 dan merupakan putera ke-3 dan bongsu pasangan Tuanku Muhriz serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Pesawah Keningau terjejas akibat perlombongan pasir

Posted: 14 Jan 2016 11:42 PM PST

sg pegalan



KENINGAU: Nasib pesawah di sekurang-kurangnya sembilan kampung sekitar sini tidak menentu berikutan bekalan air untuk pengairan sawah padi seluas sekitar 600 ekar terganggu akibat kerja perlombongan pasir dan lencongan sungai.

Antaranya Kampung Luanti, Kampung Sodomon, Kampung Marasak, Kampung Panui, Kampung Marapok, Kampung Magatang, Kampung Ambual, Kampungg Pantai Baru dan Kampung Linsudan.

Pengerusi DAP Keningau, Peter Saili yang menerima banyak aduan penduduk, berkata aktiviti pengorekan dan lencongan sungai air di Sungai Pengalan menjadikan paras air susut dan mengganggu fungsi pam pengairan sawah di Kampung Linsudan.

kg linsudan 2

"Penduduk sudah buat aduan kepada pihak berkuasa tapi sampai hari ini tiada tindakan wajar diambil.

Kita harap mereka lakukan sesuatu segera seperti mengadakan alternatif lain supaya pesawah dapat mengusahakan kembali tanah mereka," katanya kepada Roketkini.

Menyatakan masalah itu menyebabkan pendapatan pesawah terjejas teruk, Ketua Wanita DAP Keningau Clare Taunik turut mendesak supaya aktiviti perlombongan itu dihenti sementara sehingga masalah pesawah diatasi.

Pada kenyataan media, Setiausaha DAP Sabah Junz Wong, berkata aktiviti perlombongan itu menyebabkan pelebaran dan ketidakseimbangan tebing sungai itu boleh mengakibatkan tanah runtuh.

kg linsudan 1

"Penduduk mendesak supaya kementerian berkaitan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat perlombongan untuk menghentikan aktiviti itu.

"Kita mahu pihak berkuasa konsisten memantau dan tegas terhadap sebarang aktiviti perlombongan haram yang dikhuatiri memberi kesan terhadap alam sekitar.

"Saya akan bawa isu itu ke sidang Dewan Undangan Negeri," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas itu.

Keningau sebuah daerah pedalaman Sabah dengan majoriti penduduk dari suku kaum Kadazandusun yang popular dengan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan. -Roketikini.com


Ekonomi Malaysia 2016 : Amaran Pakar Ekonomi! Faktor Harga Minyak, Hutang, Gaji, Kos Sara Hidup Dan..

Posted: 14 Jan 2016 11:37 PM PST

Ekonomi Malaysia 2016 : Amaran Pakar Ekonomi! Faktor Harga Minyak, Hutang, Gaji, Kos Sara Hidup Dan..

ekonomi malaysia


Buat pertama kalinya, dalam tempoh 12 tahun harga minyak dunia berada di paras $30 setong sekaligus memberikan "gigitan dan cakaran" kepada negara-negara yang bergantung harap kepada pendapatan minyak samada banyak atau sedikit.

Tidak terkecuali Malaysia. Faktor dan punca seperti kemelesetan ekonomi China, kekuatan nilai dolar Amerika, syarikat pengerudi minyak di Amerika Syarikat yang masih berdaya tahan dan terbaru signal diberikan yang mengatakan pada bulan depan Bulan Februari Iraq bakal menambah lagi lambakan minyak di pasaran dunia.
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap perkongsian yang diberikan oleh seorang lagi pakar ekonomi Dr Mohd Nor terhadap perkembangan ekonomi Malaysia 2016 :

 

Respon Pakar Ekonomi Malaysia Vs Realiti Ekonomi Malaysia Hari Ini?

 

  1. Permintaan domestik lemah untuk mengekalkan momentum pertumbuhan Ekonomi Malaysia
  2. Hutang isi rumah pada tajap yang tidak mampan
  3. Kadar eksport Malaysia menjunam
  4. Nilai matawang Ringgit Malaysia turut menjunam
  5. Kedatangan jumlah pelancong ke Malaysia turut berkurangan
  6. Penunjuk penggunaan swasta alam keadana terancam
  7. Pemilikan kereta di malaysia ditahap yang tertinggi di dunia
  8. Pendapatan kerajaan Malaysia terus merosot
  9. Harga minyak dunia dan harga minyak sawit dalam aliran untuk tempoh masa panjang
  10. Kos sara hidup di Malaysia terus meningkat secara drastik malangnya pendapatan isi rumah kekal ditakuk yang lama
  11. Nilai ringgit Malaysia kekal pada paras melebihi RM4 untuk setiap satu dolar Amerika untuk tahun-tahun yang akan datang
  12. Pengeluaran, kecekapan, dan daya saing untuk Malaysia semuanya di bawah par jika dibandingkan negera-negara jiran ASean kita yang lain
  13. iCapital telah memberikan PERINGATAN yang cukup penting kepada kalangan pelabur dan bakal pelabur samada kediaman, pusat membeli belah dan komersil atau unit pejabat sudah terlebih penawaran!!!
  14. iCapital juga memberikan AMARAN yang mana ekonomi Malaysia akan jatuh dengan SANGAT CEPAT sambil berkongsi persoalan samada ekonomi Malaysia akan menjadi sepertimana yang berlaku kepada Argentina?
  15. Tahap pendidikan di Malaysia lebih teruk dari Vietnam sepertimana yang dilaporkan Bank Dunia
Apa respon balas anda pula yang anda bakal harungi sepanjang tahun 2016 ini?


3 pegawai Imigresen parah kemalangan berhampiran jejambat Amanjaya

Posted: 14 Jan 2016 11:34 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Tiga pegawai Imigresen parah manakala lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 272.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran jejambat Amanjaya dekat Ipoh, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata kemalangan kira-kira 8 malam itu berlaku ketika hujan lebat apabila kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Fortuner yang dinaiki kesemua mangsa melanggar pembahagi jalan.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berumur antara 30 dan 50 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu.

"Apabila bomba tiba, semua mangsa sudah dibawa ke tepi jalan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi. Samasuvam berkata sebuah jentera dari Balai Bomba Ipoh bersama satu unit Pasukan Kecemasan Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (ERMS) dengan 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 8.38 malam.

Semua mangsa dihantar untuk Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut, katanya. – Bernama


Umno tetap musuh utama DAP

Posted: 14 Jan 2016 11:28 PM PST

DAP


SHAH ALAM – DAP akan terus menganggap Umno sebagai musuh sebenar dalam politik kerana misi mereka adalah untuk menumbangkan parti berkenaan yang lama memerintah negara. 

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, selagi Umno berkuasa dan memerintah negara, selagi itu DAP tetap menganggap parti berkenaan sebagai musuh paling utama berbanding Pas.

"Walaupun sedang berbalah dengan Pas tapi ia bukan atas dasar pemerintahan, sebaliknya cuma tak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

"Berbeza dengan Umno, DAP menganggap parti berkenaan sebagai musuh utama kerana cita-cita mereka adalah untuk menumbangkan Umno, sekali gus melangkah ke Putrajaya," katanya mengulas mengenai isu perbalahan antara Pas dan DAP.

Beliau berkata, DAP mungkin tidak sebulu dengan Pas ketika ini tetapi parti berkenaan masih lagi berada di pihak pembangkang.

"Misi DAP dengan Pas sama iaitu menumbangkan Umno dan mengambil alih pemerintahan pada masa akan datang.

"Mereka juga masih lagi boleh berkawan pada masa akan datang kerana isu perbalahan antara DAP dan Pas masih belum melibatkan dasar pemerintahan negara," katanya.

Jeniri berkata, DAP lebih melihat isu pemerintahan berbanding hudud yang menyebabkan Pas menjauhkan diri daripada mereka.

"DAP lebih mengutamakan untuk memerangi Umno kerana cita-cita parti berkenaan adalah untuk memerintah negara.

"Mereka beranggapan pemerintahan Umno lebih banyak mendatangkan masalah kepada negara berbanding Pas," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, Umno menjadi sasaran DAP kerana jalinan strategik yang cuba dibuat dengan Pas.

"DAP gentar dengan percaturan politik Pas yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan Umno.

"Perkembangan ini menjadikan DAP resah dan mula menjadikan Umno sebagai sasaran politik utama mereka, selain cuba menghancurkan keyakinan Pas dan Umno," katanya.

Menurutnya, tidak seharusnya wujud permusuhan antara parti melainkan persaingan secara sihat dalam politik.

"Kalau kita lihat, Umno sendiri tak pernah menyatakan mana-mana parti politik sebagai musuh mereka.

"Apa yang dilakukan oleh DAP dengan menjadikan Umno sebagai musuh politik menandakan parti berkenaan tak matang," katanya.

Beliau berkata, menjadi kebiasaan parti pembangkang di Selangor suka menyalahkan parti lain dengan menjadikan Umno sebagai sasaran.

"Mereka menjadikan Umno sebagai musuh tradisi yang dibawa sehingga ke hari ini kerana melihat fenomena untuk menawan Putrajaya.

"Perkara ini akan mewujudkan senario yang tak sihat dalam politik kerana mewartakan parti lain sebagai musuh," katanya.


Tuan Ibrahim: Bahas TPP hanya lakonan kerajaan

Posted: 14 Jan 2016 11:26 PM PST

Tuan Ibrahim


SHAH ALAM - Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik berdasarkan keputusan undi ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun ahli Parlimen diberi peluang berbahas mengenainya, namun ia mungkin sekadar lakonan menunjukkan bahawa kerajaan masih sedia mendengar kebimbangan rakyat.

"Ahli-ahli Parlimen BN telah diberi arahan oleh pihak atasan untuk mengundi menyertai TPP.

"Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPP berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dewan Rakyat dijangka membahas dan menjalankan proses mengundi mengenai Perjanjian TPP dalam sesi dua hari persidangan khas pada 26 dan 27 Januari ini.

Manakala Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu sama pada 28 Januari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berkata perjanjian itu berisiko besar ketika negara berdepan dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit, pendapatan negara menurun akibat kejatuhan harga minyak dan skandal kewangan melibatkan pemimpin negara.

"Hak rakyat perlu dipelihara dan dipertahankan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka.

"Jangan kerana TPP menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan," ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata, perjanjian TPP didakwa akan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP.

"Malangnya negara kita tidak akan menikmati perkara ini malah ia membahayakan ekonomi syarikat tempatan.

"Nilai ringgit rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat asing yang mempunyai kemampuan besar, akhirnya, syarikat tempatan terpaksa gulung tikar," tegasnya.

Beliau mendakwa, perjanjian itu secara langsung akan meletakkan Malaysia di dalam blok Amerika dan sekutunya.

"Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi kerana TPP selepas ditandatangani nanti?" soalnya.

Sehubungan itu, Pas mencadangkan satu referendum rakyat perlu dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat sama ada menandatangani perjanjian atau sebaliknya.

"Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam perjanjian TPP ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak," katanya lagi.

Mahasiswa lapar terpaksa makan mee segera

Posted: 14 Jan 2016 08:58 PM PST

Mahasiswa lapar terpaksa makan mee segera
Gambar diasan. Foto Wikipedia


SHAH ALAM - Gabungan Kami Sayang Mahasiswa (Kasih) hari ini tampil membela nasib golongan mahasiswa yang terlibat dalam isu mahasiwa kelaparan dengan beberapa cadangan bagi membantu mereka.

Pengerusinya, Mariam Abd Rashid berkata, pihaknya merancang untuk menyalurkan bantuan makanan secara 'one-off' dan berjadual melalui program Saji Siswa, bermula bulan depan.

Selain itu, pihaknya juga akan mengadakan Program Sara Siswa yang disasarkan kepada mahasiswa miskin dan kurang berkemampuan secara berterusan.

"Kita dapat maklumat, ada yang makan sekali sehari. Makan berat pada waktu pagi (bertahan) sampai ke malam. Ataupun makan mee segera.

"Ini dari segi kesihatan tak bagus dalam kesan jangka panjang nanti, apabila sudah habis belajar, sakit pula. Jadi, kita kena melihat dari pelbagai aspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Isu mahasiswa lapar menjadi topik hangat dibincangkan apabila ada yang mendakwa menahan lapar sehingga usus koyak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lapar: Kerajaan terus dalam sindrom penafian]

Sehubungan itu, Mariam yang juga Pengerusi Ehsan Ummah berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawa untuk menyelesaikan masalah yang menimpa mahasiswa di IPT itu dengan membiayai mahasiswa terutama dari golongan yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah
 
"Bagi saya, isu ini sangat mudah iaitu dari segi pembiayaan kepada pendidikan khususnya IPT, tak perlu fikir banyak...daripada jumlah kewangan negara itu sendiri.

"Kita boleh bangkitkan, kaji dan fikirkan semula. Contohnya, tabung amanah wang pelajar miskin.

Tahun-tahun lepas peruntukannya RM200 juta. Tapi pembentangan bajet tahun ini, peruntukan itu dikurangkan RM190 juta. Tinggal RM10 juta," katanya.

Menolak dakwaan mahasiswa hari ini lebih boros dalam berbelanja, beliau berkata, perkara itu merupakan kes-kes terpencil.

"Banyaknya yang saya tahu, (bantuan kewangan) tidak cukup. Saya tidak setuju dengan dakwaan ramai mahasiswa boros," katanya.


PAS gesa Putrajaya adakan referendum rakyat sebelum tandatangan TPPA

Posted: 14 Jan 2016 08:46 PM PST

THE MALAYSIA INSIDER

 Kerajaan tidak boleh membuat keputusan menandatangani TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja kerana ia memberi kesan besar kepada masa depan generasi dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016. Kerajaan tidak boleh membuat keputusan menandatangani TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja kerana ia memberi kesan besar kepada masa depan generasi dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
PAS mencadangkan satu referendum rakyat diadakan sebelum Putrajaya membuat keputusan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). 
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah penting untuk Putrajaya memperoleh mandat rakyat sebelum menandatangani TPPA dan bukan hanya berdasarkan undi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

"Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan dan penjelasan semua pihak," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, walaupun perbahasan di Parlimen merupakan langkah positif bagi memberi peluang kepada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara membahaskan TPPA, namun PAS merasakan ia sekadar lakonan hiasan untuk menunjukkan Putrajaya masih sedia mendengar. 
 
 "Walhal para ahli Parlimen BN sudah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA daripada pihak atasan.

"Oleh kerana isu TPPA merupakan isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan generasi dan negara, kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli Parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung," katanya.

Katanya, Putrajaya tidak seharusnya meletakkan negara pada situasi terdedah kepada pengaruh berlebihan pihak asing, terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan menghadapi risiko besar terhadap kedaulatan negara.

"Negara dalam keadaan nilai mata wang negara lemah, pendapatan negara menurun kerana kejatuhan harga minyak, pimpinan negara terpalit dengan skandal besar, hutang negara yang semakin membesar dan kos sara hidup yang semakin mencekik leher dengan menandatangani perjanjian TPPA," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS turut bimbang kos perubatan melambung yang memberi kesan kepada masyarakat selepas perjanjian TPPA dimeterai.

"Hak rakyat marhaen ini perlu dipelihara dan dipertahankan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka.

"Jangan kerana TPPA menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS turut menyifatkan TPPA memberi kelebihan syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP dan membahayakan ekonomi syarikat tempatan.

"Umum mengetahui, Malaysia kekurangan syarikat tempatan yang mempunyai produk atau servis yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

"Kekurangan ini berserta dengan nilai ringgit yang rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat daripada negara lebih maju daripada industri yang sama atas faktor modal.

"Pekerja-pekerja tempatan pasti lebih terpikat dengan tawaran gaji lebih tinggi oleh syarikat-syarikat dari negara maju yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi berbanding ringgit.

"Akhirnya, syarikat-syarikat tempatan terpaksa gulung tikar," katanya lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, TPPA akan meletakkan Malaysia di dalam blok AS dan sekutunya.

"Ia bermakna Malaysia akan melepaskan kedaulatannya sebagai sebuah negara bebas yang tidak terikat dengan sebarang blok kuasa utama dunia yang sedang bersaing hebat.

"Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi selepas TPPA ditandatangani nanti?" soalnya.


Pembekal 1.5 juta pekerja Bangladesh bakal kaut untung, kata kesatuan

Posted: 14 Jan 2016 08:44 PM PST

Keuntungan luar biasa yang akan diperoleh syarikat pembekal pekerja asing mula menjadi perhatian apabila Putrajaya merancang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh walaupun kebanyakan syarikat mula mengecilkan jumlah kakitangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.Keuntungan luar biasa yang akan diperoleh syarikat pembekal pekerja asing mula menjadi perhatian apabila Putrajaya merancang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh walaupun kebanyakan syarikat mula mengecilkan jumlah kakitangan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Keupayaan membuat keuntungan sehingga 50% daripada perkhidmatan perniagaan pembekal pekerja asing menjadi penyebab industri berkenaan begitu menguntungkan dan terdedah kepada penyalahgunaan kuasa walaupun Putrajaya cuba mengawalnya, kata kesatuan sekerja.

Pembekal tenaga buruh asing mampu mengaut keuntungan antara RM3,000 hingga RM4,000 untuk setiap pekerja asing yang dibawa masuk, kata pakar dan syarikat dicaj antara RM8,000 hingga RM12,000 sekepala.

Keuntungan luar biasa industri berkenaan mula menjadi perhatian apabila Putrajaya merancang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh walaupun perniagaan semakin perlahan dengan syarikat mula mengecilkan jumlah pekerja tempatan.

Memetik kesatuan sekerja, The Malaysian Insider semalam melaporkan keuntungan berbanding keperluan pasaran mungkin menjadi faktor rancangan untuk membawa 1.5 juta pekerja warga Bangladesh itu dibawa masuk ke negara ini walaupun perniagaan menghadapi cabaran tahun ini.  
 
 Pengkritik polisi pekerja buruh mendakwa pembekal perkhidmatan buruh asing sedang berusaha mengaut keuntungan daripada kemasukan pekerja Bangladesh itu.

Antara yang turut mengaut keuntungan adalah permohonan pengurusan atas talian untuk membawa pekerja berkenaan ke dalam negara ini, dan diserahkan kepada syarikat Synerflux Sdn Bhd.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, N Gopal Kishnam berkata syarikat tempatan cenderung memilih pekerja asing kerana mereka lebih mudah diuruskan berbanding pekerja tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, N Gopal Kishnam berkata syarikat tempatan cenderung memilih pekerja asing kerana mereka lebih mudah diuruskan berbanding pekerja tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
Menggaji pekerja asing adalah lebih murah antara RM200 hingga RM300 seorang berbanding pekerja tempatan, menjadikan mereka lebih popular untuk diambil bekerja, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, (MTUC) N Gopal Kishnam. 
 
"Syarikat-syarikat ini gemar menggaji pekerja asing kerana mereka lebih mudah diuruskan berbanding pekerja tempatan. Mereka kurang merungut sebaliknya bekerja keras," katanya.

Sebagai contoh, syarikat tidak perlu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sumbangan Keselamatan Sosial (Socso) bagi menggaji pekerja asing, kata Gopal.

Malah, gaji mereka juga tetap selama 3 tahun kontrak tanpa sebarang kenaikan, manakala pekerja tempatan kebiasaannya meminta kenaikan gaji setiap tahun. Pekerja tempatan dan warga asing juga dibayar pada kadar berbeza untuk kerja lebih masa.

Gopal mengesyaki rancangan membawa 1.5 juta pekerja warga Bangladesh berkait rapat dengan pemberhentian pekerja tempatan pada 2015, trend yang dijangka berterusan tahun ini.

Tahun lalu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menganggarkan 20,000 tenaga kerja diberhentikan. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 6,000 pekerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang sedang menjalankan penstrukturan semula.

Gopal berkata, jumlah itu dijangka meningkat 2 kali ganda kerana syarikat menawarkan pemberhentian secara sukarela. Tidak seperti pemberhentian, syarikat tidak memerlukan kebenaran Jabatan Buruh untuk melaksanakan Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dan Skim Pelepasan Sepakat (MSS).

"Namun hasilnya sama kerana syarikat mahu mengeluarkan kakitangan yang tidak lagi mereka mahukan. Kemudian bila pekerja asing dibawa masuk, mereka gajikan mereka untuk tugas sama tetapi gaji lebih rendah."

MEF turut menolak dakwaan berkenaan, sebaliknya berkata undang-undang memastikan pekerja asing akan menjadi mereka yang diutamakan untuk diberhentikan.

"Undang-undang sangat ketat, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dahulu. Kita tidak boleh berhentikan pekerja tempatan dan gantikan dengan pekerja asing.

"Malah, untuk mendapatkan pekerja asing syarikat perlu membuat permohonan terlebih dahulu kepada Jabatan Buruh," kata Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan.

Pekerja asing juga sering kali melalui perjanjian sukar, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, kerana dalam majoriti kes, levi mereka dicaj syarikat kepada pekerja asing.

"Synerflux membuat untung hampir RM3,000 bagi setiap pekerja asing. Walaupun duit itu dicaj kepada syarikat, pekerja akan membayarnya melalui potongan gaji."

Juga terdapat pelbagai kes pembekal pekerja asing mendera pekerja mereka, tidak memberikan kerja yang dijanjikan dan paling teruk tidak dibayar gaji, kata Santiago.

Beliau berkata, akhirnya pekerja tempatan juga akan terkesan dengan ketagihan pekerja asing yang lebih murah.
 
 

Senarai anggota majlis PBT diumumkan minggu depan - Azmin Ali

Posted: 14 Jan 2016 08:36 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SHAH ALAM: Senarai anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor sudah dimuktamadkan dan pengumuman mengenainya akan dibuat minggu depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas agihan kerusi yang diberikan kepada setiap parti politik termasuk Parti Amanah Negara (PAN) bagi mewakili PBT di negeri ini.

"Semua parti termasuk (parti) AMANAH telah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan agihan tersebut...terima kasih juga kepada DAP dan PAS yang melihat penyertaan sebagai anggota majlis ini bukan sebagai ganjaran politik tetapi sebagai tanggungjawab yang perlu dipukul.

"Bagi senarai ini, setiap PBT akan mengumumkan nama anggota majlis masing-masing pada minggu hadapan disusuli dengan majlis angkat sumpah atas pelantikan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES), di sini Khamis.

Difahamkan, kerajaan negeri telah memperuntukkan 10 kerusi anggota majlis PBT Selangor kepada wakil PAN manakala DAP dan PAS masing-masing menerima 96 dan 67 kerusi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula difahamkan menerima 101 kerusi dan lima kerusi lagi diperuntukkan untuk wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penggal 2016-2017 bermula 15 Jan ini.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah dilaporkan berkata, kerajaan negeri memperuntukkan lapan kerusi anggota majlis kepada wakil PAN hasil persetujuan bersama PKR, PAS dan DAP.

Sementara itu, Mohamed Azmin menafikan wujud perbalahan antara anggota exco negeri daripada DAP dan PAS dan menyifatkan pentadbiran negeri ini berjalan baik dengan kerjasama kedua-dua parti itu.

"Apa yang berlaku itu hanyalah disensasikan oleh media...di Selangor semua parti menunjukkan kematangan dan tidak bermain politik," katanya.

Dalam laporan media baru-baru ini, PAS Selangor menyifatkan DAP sebagai ancaman kepada parti itu berikutan DAP berhasrat merampas kerusi yang dimenangi PAS di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Pindaan Akta Lambang dan Nama dibentang Mac ini

Posted: 14 Jan 2016 08:35 PM PST

ABTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat, Mac ini, selepas rang undang-undang tersebut dikemukakan semula kepada Majlis Raja-raja untuk persetujuan serta diluluskan Kabinet.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bagaimanapun pindaan itu juga perlu mengambil kira hak dan kuasa kerajaan negeri dalam mengurniakan darjah kebesaran dan pingat.
 
Beliau berkata maklum balas sedang diperoleh daripada kerajaan negeri tentang darjah kebesaran dan gelaran yang diguna pakai negeri sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.
 
"Antara tindakan yang dicadangkan perbuatan jenayah di bawah rang undang-undang ini ialah memberi anugerah tidak diiktiraf, meminta atau menerima suapan untuk anugerah tersebut dan mempromosikan serta menghadiri majlis anugerah tersebut," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
 
Azalina berkata demikian susulan pendedahan sebuah akhbar tentang penyalahgunaan penganugerahan pingat serta darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk'  serta 'Datuk Seri' oleh individu yang tidak diiktiraf kerajaan.
 
Akhbar itu turut melaporkan terdapat segelintir individu sanggup membayar RM40,0000 hingga RM100,000 bagi memiliki darjah kebesaran dan pingat palsu dari negara jiran.
 
 

PAS: Bantah TPPA halang Malaysia hilang kedaulatan

Posted: 14 Jan 2016 08:30 PM PST

 
Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi kerana TPPA selepas ditandatangani nanti?


tuan-ibrahim-tppa


PETALING JAYA: PAS mengajak rakyat menyertai himpunan rakyat membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) supaya ia dapat menghalang Malaysia daripada hilang kedaulatannya sebagai sebuah negara bebas yang secara langsung akan meletakkannya dalam blok Amerika dan sekutunya.

Berikutan itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak orang ramai untuk menyampaikan kebimbangan mereka terhadap sikap kerajaan yang menyertai perjanjian tersebut dengan menyertai himpunan yang dijangka diadakan pada 23 Jan ini.

"Apakah Malaysia masih bebas bersuara tatkala Amerika dan sekutunya Israel menindas negara-negara Islam seperti Palestin tanpa sebarang risiko dikenakan sekatan ekonomi kerana TPPA selepas ditandatangani nanti?" soal beliau dalam satu kenyataan yang dikongsi di laman sosial miliknya.

Beliau yang tidak menafikan tindakan kerajaan membahas TPPA di Parlimen sebagai langkah positif namun katanya, PAS merasakan ia mungkin sekadar lakonan hiasan untuk menunjukkan bahawa kerajaan masih sedia mendengar – walhal para ahli parlimen BN telah diberi arahan untuk mengundi menyertai TPPA dari pihak atasan.

"Oleh kerana isu TPPA merupakan isu yang akan meninggalkan kesan besar kepada masa depan dan generasi depan negara, kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan 134 ahli parlimen BN yang sudah terbukti bakal bertindak seperti lembu dicucuk hidung," katanya.

Sehubungan itu, PAS mencadangkan supaya satu referendum rakyat dibuat bagi kerajaan mendapatkan mandat sama ada menandatangani perjanjian atau sebaliknya.

"Dengan referendum ini, rakyat akan lebih jelas implikasi baik buruk keterlibatan negara dalam TPPA ini melalui siri penerangan," terangnya lagi.

Imigresen Teluk Intan kutip lebih RM500,000 tahun lalu

Posted: 14 Jan 2016 08:28 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Kompaun dikenakan hasil operasi ke atas PATI atau majikan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.


Khairul-Anuar-Sulaiman_imigresen_600


TELUK INTAN: Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan mengutip kompaun berjumlah RM503,340 sepanjang tahun lalu hasil pelbagai operasi ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) atau majikan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ketuanya, Khairul Anuar Sulaiman, berkata kutipan kompaun itu diperoleh menerusi 32 operasi melibatkan tangkapan 212 warga asing dan 14 majikan warga tempatan.

Katanya, kutipan kompaun tahun lalu itu meningkat 50 peratus berbanding RM284,300 yang dikumpul pada tahun 2014 dan RM70,320 dikutip pada 2013.

"Kutipan itu juga disumbang susulan pemeriksaan keluar masuk pendatang di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang yang dahulunya dikenali Jeti Pelabuhan Ghadaf Marble," katanya di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata, pihaknya komited untuk mencegah kemasukan PATI walaupun mempunyai kekangan daripada segi anggota demi menjaga keselamatan penduduk tempatan.

"Walaupun Bahagian Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan ini kekuatannya hanyalah seramai tujuh orang, namun kita serius membanteras PATI yang membawa masalah terutama dari aspek kebersihan dan keselamatan," katanya.

Tambahnya, dalam operasi membanteras PATI semalam, seramai 13 PATI ditahan di sekitar Langkap dekat sini kerana melakukan pelbagai kesalahan dan telah dibawa ke depoh tahanan sementara Imigresen di Langkap.

Selain mengenakan kompaun, Khairul Anuar berkata pihakya turut mengambil pendekatan menyenaraihitamkan dan mengusir PATI yang ditahan.

Langkah tersebut lebih ekonomik dan berkesan kerana PATI tidak perlu dimasukkan ke dalam penjara sehingga menyebabkan kerajaan menanggung kos sara hidup mereka, katanya.– BERNAMA

Pengarah filem kena penjara sembilan bulan

Posted: 14 Jan 2016 08:23 PM PST

 
Denda yang dikenakan ke atas Hishamuddin sebanyak RM5,000 pada tahun lalu masih tak cukup berat.


Hishamuddin-rais


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pengarah filem, Hishamuddin Rais kerana menghasut orang ramai berdemonstrasi di jalan raya membantah keputusan pilihan raya pada tahun 2013.

Hakim, Datuk Nordin Hassan yang membenarkan pendakwa raya merayu membantah keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu yang mengenakan denda RM5,000, membuat keputusan bahawa hukuman itu tidak cukup berat.

"Perbuatan tertuduh yang membuat ucapan meminta orang ramai pada hari itu menukar kerajaan adalah satu kesalahan yang berat," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Nordin membenarkan permohonan peguam bela Hishamuddin, Syahredzan Johan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan kes di Mahkamah Rayuan.

Hishamuddin yang juga kolumnis dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM6,000.
 
Tahun lalu, Mahkamah Sesyen mendenda Hishamuddin sebanyak RM5,000 selepas didapati bersalah menghasut menggulingkan kerajaan dalam ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor KLSCAH).

Sebelum persoal pelajar, soalkan ke mana wang universiti

Posted: 14 Jan 2016 08:17 PM PST



Oleh Ashraff Nazrin


Beberapa kes yang melibatkan kesempitan hidup mahasiswa telah mendapat tempat dalam beberapa media utama negara yang telah memfokuskan masalah kewangan mahasiswa sehingga menyebabkan beberapa kes kronik mahasiswa mengikat perut telah berlaku dan menjadi topik hangat.

Kenyataan-kenyataan berbentuk sokongan mahupun bidasan terhadap isu tersebut boleh didapati di laman sosial mahupun kenyataan rasmi Universiti. Beberapa menteri turut tidak ketinggalan dalam memberi komen sekitar isu ini.

KENYATAAN YANG MENGELAK ISU SEBENAR.
Malangnya kenyataan menteri yang sepatutnya menjaga rakyat, komen Universiti yang sepatutnya menyebelahi mahasiswa adalah kenyataan yang langsung tidak berpijak di alam mahasiswa yang nyata sekarang. Kenyataan-kenyataan mereka hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan mengelak dipersalahkan. Memetik laporan The Malaysian Insider bertarikh 11 Januari 2016 bertajuk "Khairy tidak mahu isu mahasiswa kebuluran disensasikan, pastikan kesahihannya"

Sementara itu, bagi pihak Universiti yang mengeluarkan kenyataan melalui sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pula mengatakan tidak ada sebarang laporan kebuluran di Universiti memetik dari laporan The Malaysian Insider bertarikh 12 Januari bertajuk "Laporan pelajar kelaparan tidak pernah disahkan"

Kesemua kenyataan ini tidak langsung melambangkan usaha untuk memfokuskan terhadap penyelesaian isu yang sedang dibangkitkan tetapi hanyalah sebagai kenyataan yang mengelak daripada realiti.

Sedangkan mereka tidak faham bahawa bantuan-bantuan yang sepatutnya disediakan oleh Universiti terlalu banyak proses birokrasi yang meremehkan menyebabkan mahasiswa yang terdesak gagal mendapat solusi segera. Akhirnya peruntukan untuk bantuan kebajikan setiap tahun yang tidak dimohon ini hilang entah kemana.

Sudahlah bantuan sangat ketat, persoal pula sikap berbelanja sekumpulan mahasiswa.

Mahasiswa persoal belanjawan universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi

Dalam keadaan birokrasi proses permohonan bantuan untuk mahasiswa yang menyulitkan mahasiswa yang betul-betul susah, bagaimana pula proses perbelanjaan Universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi sendiri?

Mengambil contoh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang telah mengumumkan untuk membina sebuah Dewan Kuliah dan perpustakaan pada tahun 2011 yang lalu sehingga kini masih tidak disiapkan. Sedangkan menurut sumber Utusan Online yang bertajuk "UMS-KAL bina dua projek besar" mengatakan bahawa projek tersebut termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10).

Sehingga ke hari ini, sudah dua kali projek meratakan tanah dilakukan tetapi tidak ada sebarang bentuk pembangunan yang berlaku. Tanah yang diratakan dua kali itu juga telah mengalami kerosakan apabila terlalu lama dibiarkan tanpa sebarang kemajuan dalam projek. Sampai bila ingin menghabiskan dana untuk projek meratakan tanah sahaja?

Tiang-tiang buruk yang sepatutnya menjadi pengukuh Dewan Kuliah baru itu juga sekarang hanya menjadi tempat mahasiswa berekspresi dengan lukisan-lukisan kreatif sahaja.

Ke mana dana Universiti?

Adakah dana Universiti dan Kementerian ataupun Kerajaan yang diperuntukan untuk projek RMK-10 ini tidak cukup bagi menyiapkan projek ini? Jika tidak cukup, kenapa tidak cari bantuan seperti mana gesaan-gesaan sebelum ini terhadap mahasiswa yang kebuluran tidak mencari bantuan.

Ketika mahasiswa menjawab soal kesempitan hidup dengan mengatakan bahawa bantuan dan peruntukan yang diberi tidak cukup bagi menampung keperluan ekonomi semasa dan dilabel manja, adakah Kerajaan dan Universiti juga mahu menggunakan alasan sama?

(*)  Ashraff Nazrin merupakan aktivis Pro Mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

ADUHAI...TUN RAZAK TAK SAYANG BINI RUPANYA

Posted: 14 Jan 2016 05:20 PM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Di sebalik pelbagai pujian dan sanjungan yang berterusan terhadap Tun Razak Hussein, meskipun sudah 40 tahun meninggal dunia, kelemahan paling ketara Bapa Pembangunan itu ialah beliau "tidak cukup sayang"  kepada isterinya, Tun Rahah Noah.

Sebagaimana yang diceritakan oleh anak kepada kawan Tun Razak, Taib Andak iaitu Kalsom Taib, Bapa Pembangunan itu pernah tidak membenarkan isterinya menyertai lawatan rasminya kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Sebaliknya, Kata Kalsom, Tun Razak meminta isterinya, Tun Rahah menggunakan duit sendiri untuk membeli tiket kapalterbang jika ingin mengikuti lawatan itu.

Perkara yang sama juga berlaku ketika Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Tun Rahah turut diminta membeli tiket sendiri untuk lawatan itu, ujar Kalsom lagi.

Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara yang pernah menjadi setiausaha sulit Tun Razak pula berkata, bapa Najib itu bukan saja seorang yang berjimat cermat, tetapi juga tidak akan berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya.

Tun Razak, menurut Tun Hanif, suatu ketika cuba untuk membeli perhiasan intan replika untuk Tun Rahah, tetapi apabila dibawa oleh seseorang ke kedai yang asli, beliau lantas tidak jadi membelinya atas alasan, "saya tidak sekaya kamu" untuk berbuat demikian.
 
 
 
 
Aduhai...kesian Tun Rahah, rupa-rupanya Tun Razak tidak cukup "sayang bini"  seperti anak sulungnya sendiri, Najib yang kini juga menjadi Perdana Menteri. 

Berbeza dengan Najib yang bukan saja sentiasa membawa Rosmah Mansor untuk ke mana-mana bersama dengannya, bahkan kadang-kadang memberikan terus jet eksekutif dan kapalterbang untuk kegunaan isterinya itu.

Dan sudah tentu, semuanya turut ditanggung beres dengan menggunakan wang kerajaan. 

Bukankah semua itu tandanya "sayang bini"?

Perhiasan diri dan barang kemas Rosmah pula, rasanya tak perlu diceritakan lagi....ya ampunnnnn meriahnya....

Dalam hebatnya Tun Razak, tak terlawan beliau dari segi "sayang bini" dengan anaknya sendiri, malah Tun Rahah pun rupa-rupanya ada "kekurangan nikmat dunia" yang hanya terdedah kepada umum setelah 40 tahun kematian suaminya.


Kuota PBT : Mengapa jumlah PAS tak berubah?

Posted: 14 Jan 2016 05:17 PM PST

 
PAS sepatutnya mendapat tambahan tiga kerusi kerana mengorbankan satu kerusi EXCO, menurut Setiausaha Politik MB Selangor


Shuhaimi Shafiei


PETALING JAYA: Kemuncak rundingan pengagihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) menyaksikan jumlah kerusi PAS tidak berubah, berbeza dengan apa yang dijanjikan kepada parti itu sebelum ini.

Berdasarkan kepada senarai jumlah kerusi bagi tahun 2016 yang dipamerkan di laman web Selangorkini edisi bahasa Cina, FMT mendapati perkembangan itu berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei, 6 Januari lalu.

Dalam laporan sebelum ini, Shuhaimi menyatakan PAS akan mendapat tambahan tiga kerusi sebagai balasan kerana mengorbankan satu kerusi EXCO Selangor, disamping penambahan kerusi ketua kampung.

Perkembangan ini menyusuli rundingan membincangkan permohonan 24 hingga 34 kerusi ahli majlis PBT daripada AMANAH kepada Kerajaan Selangor, yang dibentuk oleh PKR, DAP dan PAS.

AMANAH merupakan komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP yang dibentuk baru-baru ini.

Dalam senarai itu, AMANAH mendapat 10 kerusi PBT. Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim dilantik ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Turut tidak terkecuali adalah Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Lapan yang lain ialah Nor Mohd. Zulkarnain Abd. Yazid (Majlis Perbandaran Sepang) ; Pushpa Nagiah Vengadesan (Majlis Daerah Kuala Selangor); dan Mohd. Safiee Harun, Dr. Rosdi Meor Endut (Majlis Daerah Kuala Langat);

Tiga lagi ialah Mohd. Amran Sakir dan Rajakumar Batumalai (Majlis Daerah Hulu Selangor); Mohd. Nasir Mohammed Yunus dan Siti Maimun Jurini (Majlis Daerah Sabak Bernam).

Sementara itu, PKR juga mengalami pengurangan sebanyak 15 kerusi iaitu daripada 120 kepada 105 dan DAP hanya mengalami pengurangan sebanyak dua kerusi iaitu dari 98 kepada 96.

Polis terima tiga laporan kes gaduh pelajar India dengan pengawal keselamatan

Posted: 14 Jan 2016 05:12 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden pergaduhan membabitkan pelajar India dengan pengawal keselamatan di Politeknik Shah Alam, baru-baru ini.
 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, tiga laporan telah diterima pihaknya sejak insiden itu berlaku dua hari lalu.
 
"Hasil siasatan mendapati bahawa kejadian adalah berpunca daripada salah faham yang mana ianya bermula daripada satu teguran oleh pengawal keselamatan terhadap pelajar India tersebut, lalu mencetus satu pertengkaran kecil.
 
"Namun ia tidak melibatkan sebarang insiden pergaduhan secara fizikal, tetapi hanya pergaduhan secara verbal atau pergaduhan mulut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Ujarnya, pihak polis telah mempertingkatkan pantauan dan rondaan patrol MPV dan URB sebagai langkah pencegahan bagi memperketatkan tahap keselamatan serta meningkatkan tahap rasa selamat di kawasan itu. 
 
Beliau dalam pada itu juga menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan perkara sensitif khususnya yang berbaur isu perkauman, kerana dikhuatiri mampu mencetuskan perselisihan faham yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat di negara ini. 
 
Terdahulu, video pergaduhan membabitkan pelajar berbangsa India dengan pengawal keselamatan di institusi berkenaan menjadi viral di internet, di mana dilaporkan ia berpunca daripada perasaan tidak puas hati pelajar berkenaan kerana dipanggil 'keling'.
 
 
 

Tiada ulasan: