Selasa, 12 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malapetaka: Pakatan Harapan tunduk kepada DAP?

Posted: 12 Jan 2016 06:52 AM PST



Oleh AHMAD AMZAD HASHIM


GAYA politik cauvinis dan gelojoh DAP yang sentiasa membakar sensitiviti 60 peratus rakyat negara ini yang beragama Islam tidak akan menyumbang apa-apa dalam membina hubungan antara kaum yang lebih baik.

Ia telah melebarkan jurang polarisasi kaum apabila kesemua yang berkait DAP dilihat mewakili cita cita politik kaum cina.

DAP menjadi punca prasangka yang tidak sepatutnya kepada kaum-kaum lain yang sepatutnya boleh hidup aman dan saling menghormati.

Mereka mahu memaksakan fahaman sosialis dan liberal mereka kepada umat Islam yang majoriti dalam negara ini dikala PAS yang memperjuangkan Islam pun tahu menghomati hak bukan Islam dengan mengecualikan sepenuhnya bukan Islam daripan tertakluk kepada kanun jenayah syariah yang sedang diperjuangkan di Kelantan.

Desakan DAP sebagai parti paling berkuasa dalam Pakatan Harapan akhirnya menundukkan semua parti komponennya PKR dan PAN agar menolak dari menyokong perjuangan undang undang syariah.

Dalam masa yang sama Pakatan Harapan tidak akan berani mencabar perjuangan 'malaysian malaysia' DAP yang bercirikan rebel serta menyanggah terhadap kedudukan perkara yang sensitif dalam Islam, institusi raja Melayu dan kepentingan orang Melayu.

Isu arak, judi, pakaian sopan, kuasa Sultan, kedudukan mahkamah syariah, kuota bumiputera akan dimainkan rentak mengikut kemahuan DAP.

Umno pula yang telah terlalu lama membuat rosak dalam negara mula ditinggalkan orang orang Melayu yang kini mula menggabungkan diri dalam PAS seperti hasil kaji selidik badan badan bebas yang terbaru.

Dijangka peralihan yang lebih besar akan berlaku dengan tunduknya Umno kepada agenda Amerika melalui TPPA yang akan memangsakan rakyat dan negara lebih jauh lagi.

Kos perubatan akan menekan bilangan yang besar daripada rakyat apabila harga ubat-ubatan dijangka melambung.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menerima bencana besar kerana hilang daya saing. Banyak IKS akan gulung tikar. Pekerja hilang pekerjaan.

Industri automatif negara tidak akan mampu bertahan dengan kemasukan kereta asing pada harga yang murah, kualiti yang lebih baik.

Sistem vendor yang menaungi beratus IKS bakal goyah. Satu persatu skandal penyelewengan baru akan terdedah lebih banyak lagi.

Derma ke akaun peribadi perdana menteri RM2.6Billion terus tidak terjawab. Pegawai kerajaan negeri pangkat biasapun mampu sembunyi wang tunai ratusan ribu dalam mesin basuh, apa pula orang politik umno yang berkuasa?

Aset kepentingan negara hatta yang mengeluarkan kuasa elektrik untuk negara diserahkawalan untuk pemilikan asing seperti berlaku pada EDRA yang menjana kuasa eletrik.

Bandar Malaysia dengan dimiliki kepentingan asing tiada lagi ertinya kerana nanti mungkin yang tinggal cuma namanya Malaysia sahaja.

Teruk sangatkah tahap pemikiran rakyat kita sehingga begitu teruk yang dilakukan Umno terhadap negara sehingga menjadi bahan jenaka di pentas antarabangsa, masih lagi rakyat khususnya orang Melayu masih mahu merisikokan masa depan negara dengan masih mahu mempertahankan Umno?

PAS dengan kepimpinan yang tegas berprinsip melalui panduan ulama dan dokongan bilangan yang besar kumpulan profesional yang celik, NGO yang menjadi aktivis dalam pelbagai isu, menjulang aspirasi rakyat telah mengisytiharkan sikap yang berlapang dada dalam sebarang usaha yang baik demi agama, rakyat dan negara.

Mereka yang pernah bersama Umno adalah rakyat juga yang menjadi mangsa organisasi yang korup yang terperangkap dalam kekusutan dan korupsi sistem dalam Umno yang walau cuba puluhan kali dengan retorik transformasi, tetap gagal dan semakin membarah bagai kanser tahap empat.

Oleh itu PAS yang sudah 61 tahun di pentas politik memisahkan diri daripada retorik politik bersandar persepsi yang direka-reka, politik bermain dengan emosi dan kegelisahan. Politik sarkas yang sarat dengan gimik yang tidak bermanfaat.

Politik matang dan sejahtera PAS menuntut pendekatan yang berasaskan kebenaran, rujukan kepada sumber hukum yang tertinggi daripada Tuhan, mementingkan perdamaian dalam mencari kerukunan, menambah kawan dan mengenepikan permusuhan, tidak beri ruang kepada pengkhianat dan tingkah laku pengkhianatan, menekankan pendekatan menggerakkan sumber bagi mencari penyelesaian masalah berasaskan Islam.

Matlamatnya menawarkan kehidupan yang sejahtera kepada seluruh rakyat.

Sekalipun kekal sebagai lawan politik kepada Umno dan Barisan Nasional, PAS menolak permusuhan yang bagai hilang akal sehingga sanggup merisikokan kedudukan Islam dan kepentingan orang melayu dengan memberi ruang pihak lain menangguk di air yang keruh.

PAS tidak boleh menggabungkan diri dengan Umno atau Barisan Nasional yang terpalit dosa penyelewengan, kezaliman dan khianat yang begitu banyak kerana dasar Islam PAS tidak membenarkan pendekatan begitu yang bagai memberi nafas baru kepada Umno untuk terus kekal dengan kejahatannya.

Akan tetapi bagi memaku mati pendekatan ini, rakyat hendaklah perlu bersama PAS menjayakan perubahan ini dan menolak penangguk air keruh yang hanya memikirkan manfaat kuasa jangka pendek, yang tidak mungkin dapat dipertahankan dengan realiti susunan masyarakat majmuk kita yang 62% muslim, 19.8% Budha, 9% Kristian, 7% Hindu.

Memberi laluan kepada Pakatan Harapan yang tunduk kepada DAP adalah satu malapetaka yang perlu dielak kerana ia tidak akan stabil. Akan berlaku lebih banyak kegelisahan kemudian hari.

PAS perlu menjadi teras. Jika kita boleh pertahankan Pakatan Rakyat tanpa DAP, jadikan ia benar benar gerakan rakyat, NGO rakyat termasuk Kongres Rakyat yang telah terhimpun dalamnya lebih 200. NGO, pelbagai pihak lain yang sudah hilang percaya dalam MCA, MIC, GERAKAN, DAP, parti parti politik lain yang bagai melukut tepi gantang di dalam BN.

PAS melalui tempoh enam bulan lepas muktamar dari imej 'diperkudakan' sehingga kini begitu berubah sekali hingga ditohmah orang 'memperkudakan' pula. Enam bulan dari begitu lemah, tiba tiba dilihat bertenaga.

Menjelang PRU14, mungkin ditahun 2018, kita masih ada dua tahun membina kekuatan, jika kita terus bersatu dan bergerak bersama, insya-Allah perubahan besar dalam politik negara.

Enam bulan kita mencapai peningkatan sebegitu. Baki dua tahun, insya-Allah moga Allah kurniakan lebih lagi.

Kita bina Malaysia yang sejahtera untuk semua.


Azan, Negaraku 'sejukkan' stadium Kelantan

Posted: 12 Jan 2016 06:38 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Selepas bertukar wajah kepada warna merah jambu, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan bakal 'disejukkan' dengan laungan azan secara langsung.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, lagu Negaraku turut berkumandang di stadium berkenaan sebelum perlawanan bermula.

Itu adalah dua pembaharuan yang bakal dapat disaksikan di Kota Bharu sepanjang musim liga tahun ini berlangsung.

Kata Annuar lagu Negaraku itu akan dinyanyikan secara langsung oleh jemputan khas.

"Amalan menyanyikan lagu kebangsaan secara langsung di stadium telah dilakukan oleh kelab terkemuka di England dan Eropah. Kini Kafa pula mengambil pendekatan itu," katanya,

Turut mengalami pembaharuan ialah aspek kelolaan serta penjualan tiket secara dalam talian dan bermusim.

Annuar turut menyatakan, lebih banyak atlet akan dibawa untuk terlibat kali ini.

Utama elemen kekeluargaan

Turut mendapat perhatian Kafa ialah golongan budayawan, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan individu berjaya.

"Azan juga akan berkumandang secara langsung dari stadium," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida mahu menyuntik elemen kekeluargaan di stadium berkenaan sepanjang saingan Liga M musim ini.

Annuar berkata elemen kekeluargaan juga akan diterapkan untuk menyemarakkan lagi semangat penyokong TRW.

"Kita cuba terapkan konsep muhibah, kekeluargaan dan keprihatinan. Elemen ini akan diperkenalkan untuk memberi nilai tambah kepada pengunjung," jelasnya.

Susulan itu pendekatan yang bakmal diambil itu, beliau berkata, Kafa akan mengadakan rundingan dengan FAM dan Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam untuk membincangkan perkara itu.

Pada Jumaat lalu, Kafa dan Vida mencapai kata sepakat mengenai kontrak penajaan TRW selama dua musim melibatkan nilai RM16 juta.


1MDB bertegas sukuk RM2.4 bilion digunakan ikut perjanjian

Posted: 12 Jan 2016 06:33 AM PST

MALAYSIAKINI







Firma pelaburan negara, 1MDB menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa sebahagian daripada dana sukuk bernilai RM2.4 bilion untuk Bandar Malaysia tidak dijelaskan dan berkata bahawa ia telah pun digunakan dengan baik.

"Rafizi nampaknya mencadangkan bahawa hasil daripada sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) mungkin telah digunakan dengan cara yang tidak betul.

"1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk," kata firma itu dalam kenyataan hari ini.

"1MDB sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu dan mengesahkan bahawa dana yang diperoleh oleh BMSB sebenarnya telah digunakan mengikut terma-terma perjanjian program sukuk," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata dana itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.

1MDB tidak memberikan pecahan khusus bagaimana dana sukuk itu dibelanjakan.

Firma itu juga membidas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan yang mendakwa bahawa perbelanjaan RM1.6 bilion daripada sukuk bernilai RM2.4 bilion itu tidak direkodkan.

Ia berkata tindakan Rafizi yang mencadangkan hasil daripada bon Islam itu mungkin tidak digunakan dengan baik sebagai 'tidak bertanggungjawab'.

Menurut kenyataan itu, Rafizi dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari lalu, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula pangkalan udara itu.

Sambil mengulangi pendiriannya, 1MDB berkata Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.

PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.

Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia," kata 1MDB.

 

4 sekolah Cina dapat pengecualian GST RM1.4 juta

Posted: 12 Jan 2016 06:25 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata mana-mana sekolah termasuk sekolah persendirian swasta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah agama yang ingin mendapatkan pengecualian GST boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan secara rasmi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Januari, 2016.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata mana-mana sekolah termasuk sekolah persendirian swasta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah agama yang ingin mendapatkan pengecualian GST boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan secara rasmi. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Empat sekolah Cina yang sedang dalam pembinaan bangunannya dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) melibatkan jumlah sebanyak RM1.4 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong. 
 
Sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Persendirian San Min di Teluk Intan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina Sacred Heart (Pulau Pinang), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Yang Cheng (Pulau Pinang) dan SRJK Cina Kuen Cheng (Kuala Lumpur).

"Pengecualian itu diluluskan di bawah seksyen 56(3)(a) Akta GST 2014," katanya kepada pemberita selepas meninjau bangunan baharu Sekolah Menengah Persendirian San Min, hari ini.

Chua berkata mana-mana sekolah termasuk sekolah persendirian swasta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah agama yang ingin mendapatkan pengecualian GST boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan secara rasmi. – Bernama


SIAPA YANG UNTUNG?

Posted: 12 Jan 2016 03:24 AM PST

shahbudindotcom
 

Terdapat peneroka Felda Bukit Goh yang tidak mendapat apa-apa bayaran setelah memajakkan tanah mereka kepada pengusaha bauksit, walaupun setelah setahun berlalu.





Dalam masa yang sama, didapati duti ekspot bauksit juga adalah 0 peratus yang bermakna kerajaan tidak memperolehi sebarang hasil daripada pengekspotan bahan untuk menghasilkan aluminium itu.

Rafizi Ramli mendedahkan perkara itu berdasarkan penemuannya dalam laman web Jabatan Kastam Diraja sendiri. Dengan itu, kerugian hasil kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM180 juta setahun.



Penduduk rugi dan kerajaan juga rugi, lalu siapa yang untung besar? 


Haram kerja di kedai fotostat

Posted: 12 Jan 2016 03:18 AM PST

XIFU NASER
XIFU NASER
 

HARAM tetap haram. Hukumnya jelas. Tetapi mindset haram kita tidak semudah itu. Ia adalah lebih tertakluk kepada satu wacana perdana agama (Mainstream Religious Discourse) yang mengawal cara seseorang berfikir tentang perkara haram yang perlu diketengahkan dan perkara haram yang perlu didiamkan.

Dr Maza telah menyindir mengapa pihak agamawan begitu taksub mengharamkan vape tetapi diam dalam isu bauksit yang lebih memudaratkan. Ini adalah kerana isu bauksit tidak termasuk dalam Mainstream Religious Discourse. Adalah religious berbincang mengenai hukum vape tetapi tidak religious untuk berbincang tentang hukum bauksit.

Soalan yang popular ialah haramkah saya kerja di tempat yang jual arak seperti 7-Eleven, Tesco dan sebagainya. Saya suka memberi respons yang membuka lebih persoalan supaya kita nampak masalah bukan secara zahir tetapi dari akarnya.

Saya tanya balik, "Adakah haram bekerja di kedai fotostat buku? Undang-undang memang membenarkan fotostat sebahagian daripada buku untuk tujuan akademik tetapi bukan seluruh buku."

Respons yang biasa ialah, "Mengapa haram pula? Bukankah Islam galakkan kita menuntut ilmu!

Bukankah membaca buku itu satu cara untuk menuntut ilmu? Takkanlah penulis begitu berkira. Pahala diberi kepadanya nanti!"

Respons di atas bukan sekadar tidak mengiktiraf keharaman fotostat buku tetapi ia adalah satu usaha penuh rela untuk merasionalisasikan perbuatan haram yang di luar Mainstream Religious Discourse sehingga perbuatan haram menjadi 'biasa, harus, halal'. Perbuatan ini tidak perlu difikirkan, diketengahkan dan diharamkan.

Respons saya seperti berikut. Kalau kamu menulis buku dan syarikat menerbitkannya, apakah harapan penerbitan? Mungkin kamu inginkan pahala semata-mata, tidak memerlukan royalti. Tetapi jangan lupa apakah harapan syarikat?

Mungkin kamu akan kata bahawa ilmu tidak boleh dijual beli oleh syarikat swasta. Tetapi jangan pula lupa bahawa syarikat penerbitan mempunyai pekerja yang mempunyai keluarga seperti kamu.

Bagaimana periuk nasi mereka? Bila kamu fotostat sebuah buku, kamu telah merompak duit yang perlu digunakan untuk membeli susu bayi! Yang paling tragisnya ialah kamu guna buku itu untuk kegunaan diri kamu sehingga mendapatkan ijazah supaya kamu dapat hidup mewah kelak!

Bila kamu kerja di kedai yang fotostat seluruh buku, tidakkah kamu rasa berdosa setiap hari kerana begitu banyak buku kamu sudah rompak?

Saya juga akan menambah perencah dalam hujah saya. Kalau sebuah buku agama itu menggunakan hadis-hadis palsu, dan kamu fotostat buku itu dan kamu dapati ia akan disebarkan kepada orang ramai,
adakah kamu tidak rasa berdosa besar? Manakah yang lebih haram di antara kerja di kedai yang jual arak dan kerja di kedai fotostat yang jual hadis palsu, berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW sehingga merosakkan aqidah dan prinsip asas agama!

Isu di sini ialah mengapa wacana pengharaman di atas disenyapkan?

Mengapa tidak pula mempersoalkan kedai makanan 'Islam' yang menjual rokok? Bukankah ini menghina agama?

Manakah yang lebih memudaratkan kalau dibandingkan merokok dan makan babi? Bayangkan kedai makan 'Islam' yang sama itu menggantikan penjualan rokok dengan penjualan daging babi? Adakah respons Religious Discourse kita akan sama? Mengapa tiada agamawan yang ketengahkan isu jual rokok di kedai makan 'Islam' ini? Mungkin akan ada usaha merasionalisasikan merokok sebagai makruh sahaja.

Bahkan kita boleh fikir jauh lagi. Apakah hukum kerja di NGO dan parti politik yang menggalakkan rasisme, mengelirukan masyarakat tentang Islam sehingga maruah Islam tercemar? Manakah yang lebih memudaratkan antara mencemarkan maruah Islam dan menjual arak? Mengapa Mainstream Religious Discourse kita senyap?

Apakah hukumnya bekerjasama dengan parti politik yang mengamalkan rasuah berbilion-bilion secara berleluasa, terbuka dan tidak malu jika dibandingkan mereka yang berkhalwat di hotel-hotel secara tertutup kerana malu?

Isu haram bukan sekadar hukum tetapi ia adalah isu konsistensi dalam wacana pengharaman. Konsistensi ini hanya akan tercapai jika agamawan kita tidak menjadi lalang yang mengikut arus perdana tetapi berdiri atas prinsip bercakap benar walaupun pahit.

(*)  Abdul Naser Tun Rahman, Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim

Fomca: Terimalah realiti kos hidup makin tinggi

Posted: 12 Jan 2016 03:11 AM PST

Sajad Hussein, Bernama  







Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menggesa pengguna supaya menerima realiti kos sara hidup yang lebih tinggi dengan menggunakan sepenuhnya 'kuasa beli' mereka.

"Pengguna sepatutnya tidak memandang rendah kuasa yang ada, mereka boleh sama ada memajukan atau meruntuhkan peniaga dan masyarakat perniagaan," kata Timbalan Presiden Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau memberitahu Bernama bahawa pengguna yang juga pekerja, boleh bersatu dalam kesatuan masing-masing dan mengatur belian pukal bagi mendapatkan potongan harga dan mengekalkan kestabilan harga.

Beliau bersetuju dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bahawa pekerja perlu berjimat-cermat dalam menghadapi situasi sekarang.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, NUBE mencadangkan perkongsian kereta diamalkan bagi mengurangkan kos pengangkutan, selain meminimumkan perjalanan percutian, sebagai langkah penjimatan.

Beliau berpendapat pengguna tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan atau kemurahan hati majikan dalam mengharungi masalah harian mereka.

Yusuf berkata Fomca bersedia bekerjasama, bukan sahaja dengan organisasi pekerja malah untuk keseluruhan entiti berasaskan komuniti, bagi membantu meringankan kos sara hidup.- Bernama


PERKASA: Pelajar tak kebuluran, tapi tetap ikat perut

Posted: 12 Jan 2016 03:07 AM PST

Shakira Buang


   


PERKASA hari ini berkata tidak timbul soal pelajar kebuluran. Sebaliknya, kata kumpulan pendesak Melayu itu, mahasiswa sebenarnya tidak biasa hidup susah dan tidak dapat membiasakan diri dengan peningkatan kos sara hidup.

"Mereka ini tidak boleh hidup dengan cara yang sempurna, yang makan nasi dua, tiga kali sehari tetapi kini terpaksa makan nasi sekali sehari akibat kos sara hidup yang tinggi," kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

"Kena ikat perut makan nasi sehari sekali, susah-susah sikit."

Bekas aktivis mahasiswa di era 70-an itu berkata segala keperluan pelajar di institut pengajian tinggi kini ditanggung mereka sendiri.

Beliau justeru bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin bahawa tidak berlaku kebuluran di universiti.

"Di Malaysia ini makanan lebih. Cuma yang berlaku mungkin pelajar daripada keluarga miskin, walaupun dapat pinjaman tetapi tak mencukupi kerana kos sara hidup tinggi.

"Ataupun ada yang hanya dapat yuran sahaja dan kos sara hidup tak dapat," katanya.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno semalam meminta agar isu pelajar "kebuluran" tidak disensasikan dan dikaji dahulu kesahihannya.

Katanya, walaupun terdapat pelajar susah namun tidak ada kes sehingga berlaku kebuluran.

Beberapa pemimpin pelajar sebelum ini membangkitkan isu kesusahan pelajar berdepan kos sara hidup tinggi sehingga tidak cukup makan.

Laporan berkaitan kesusahan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menahan lapar sehingga "usus terkoyak" dan "muntah darah" mendapat perhatian amat luas.


Polis beritahu mahkamah protes tak salah

Posted: 12 Jan 2016 03:01 AM PST

Hafiz Yatim







Seorang pegawai penyiasat polis ASP Roszaini Abdul Hamid, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bahawa tidak salah berkumpul di jalan raya untuk mengadakan sesuatu bantahan.

Memberi keterangan dalam kes hasutan anggota parlimen Baru Tian Chua, Roszaini berkata beliau bersetuju bahawa perkauman atau amalan rasuah dalam negara adalah salah.

Roszaini berkata beliau bersetuju dengan protes awam terhadap perkara itu tetapi menolak langkah menggulingkan kerajaan.

Roszaini berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam New Sin Yew.

Anggota pasukan keselamatan itu juga bersetuju Tian Chia tidak mengajak orang ramai bertindak ganas atau melanggar undang-undang dalam perhimpunan 18 Mei 2013.

Saksi pendakwaan keempat itu sebelum ini memberitahu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Julia Ibrahim bahawa beliau melihat rakaman ucapan Tian Chua pada 13 Mei 2012.

Beliau juga memberitahu menyediakan transkripnya sehari selepas acara di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Katanya, beliau mendapati ucapannya berunsur hasutan dan mencadangkannya kepada Pejabat Peguam Negara yang kemudian bersetuju dengan pandangan itu.

Tian Chua sedang dibicarakan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan hasutan dalam forum di KLSCAH di ibu negara.

Turut didakwa pemimpin pelajar Mohd Safwan Anang dan peguam Haris Ibrahim, aktivis Hishamudin Rais dan anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Tamrin Ghafar.

Perbicaraan masuk hari pertama hari ini. Pendakwaan menyerahkan transkrip ucapan Tian Chua hari ini.

Rohani: Susu ibu terbaik tapi jangan ambil selfie

Posted: 12 Jan 2016 02:59 AM PST

Kow Gah Chie


 


Adalah tidak sesuai dan wajar bagi pengguna internet memuat naik gambar mereka yang menyusukan anak ke Facebook kerana ia akan mengundang kritikan, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurutnya, warga maya perlu ingat mengenai kesopanan dan nilai-nilai masyarakat.

Katanya, tindakan berbuat demikian akan menjadikan mereka sebagai mangsa walaupun ia adalah untuk tujuan peribadi, kata Rohani pada sidang media di Cyberjaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai sekeping gambar selfie seorang ibu yang menyusukan anaknya ketika berada di dalam kereta yang kemudiannya menjadi viral dan menerima cemohan sesetengah pihak di Facebook sejak Isnin lalu.

"Gambar itu dimuat naik untuk tujuan peribadi. Kita perlu berhati-hati...," katanya.

Rohani bagaimanapun berkata kementeriannya menggalakkan penyusuan susu ibu sebagai yang terbaik untuk bayi dan juga akan membantu menyelesaikan kos sara hidup yang meningkat.

"Susu ibu adalah yang terbaik," katanya.



Bantah program ratu cantik dunia di Melaka

Posted: 12 Jan 2016 02:55 AM PST

Bantah program ratu cantik dunia di Melaka
Pertandingan ratu cantik di Melaka baru-baru ini. – Foto Laman Web Tourism Melaka


SHAH ALAM – Muslimat Pas Melaka hari ini melahirkan bantahan terhadap penganjuran program Kerajaan Negeri Melaka yang membawa 52 ratu cantik dunia di negeri itu.

Ketuanya, Kintan Man berkata, penganjuran program berkenaan mengeksploitasi fitrah maruah wanita sekaligus melanggar syariat ALLAH.

"Kami pandang serius atas usaha dan tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri kerana dengan itu mengiktiraf pertandingan itu. Banyak lagi usaha yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk mempromosi Melaka.

"Pendapatan kerajaan negeri boleh dijana menerusi bidang pelancongan seperti contoh menaik taraf tempat-tempat pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong, mempromosikan budaya Gotong Royong di kalangan masyarakat Melayu," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan tentu berbeza sekiranya negeri tersebut ditadbir oleh Pas.

"Sesungguhnya Islam mengangkat (lebih tinggi) lagi memartabatkan maruah Wanita.

"Kami nyatakan kesediaan serta kemampuan untuk mentadbir negeri Melaka sesuai dengan lunas-lunas Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Pas Fasal 5(1) iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai Islam dan hukum yang menuju keredhaan ALLAH," katanya lagi.


Duti bauksit: Kerajaan Persekutuan rugi RM180 juta

Posted: 12 Jan 2016 02:53 AM PST

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli (kanan) menunjukkan dokumen carian duti eksport di laman Kastam DiRaja Malaysia, di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini. -Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 

PETALING JAYA - Kerajaan Persekutuan didakwa rugi RM180 juta kerana gagal mengutip duti eksport daripada hasil aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang sejak tahun lepas.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata berdasarkan laman Kastam DiRaja Malaysia menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit dikenakan sebarang caj.

"Perkara yang mengejut dan membimbangkan saya apabila kadar duti eksport bauksit di bawah kod 260600000 ialah sifar peratus.

"Berdasarkan maklumat ini, bermakna eksport bauksit ke luar negara tidak dikenakan sebarang duti eksport dan Kerajaan Persekutuan tidak mengutip sebarang hasil," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan kerajaan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari ini.

Bagi membendung masalah pencemaran akibat bauksit juga, kerajaan telah membekukan pengeluaran Permit Kelulusan (AP) untuk menjalankan operasi perlombongan sejak dua minggu lepas.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, kerajaan tidak boleh mengenakan royalti atau apa-apa caj ke atas perlombongan galian yang disenaraikan di bawah Akta 396: Akta Pembahagian Duti Eksport Galian 1964, Seksyen 2(1) dan Seksyen 2(2).

"Ini kerana Kerajaan Persekutuan telah mengenakan duti eksport yang separuhnya akan diagihkan kepada kerajaan negeri," ujarnya.

Rafizi selaku Ahli Parlimen Pandan juga mendakwa, kegagalan Kerajaan Persekutuan mengutip cukai itu telah menguntungkan pengusaha bauksit sahaja.

"Pengusaha bauksit dilaporkan mendapat kadar keuntungan bersih sehingga 40 peratus bagi setiap tan bauksit," katanya lagi.


Jangan taat setia pada sikap buruk Najib – GKCM

Posted: 12 Jan 2016 02:42 AM PST

 
Presiden UMNO ambil kesempatan di atas taat setia ahli dan bermaharajalela.


GKMC


PETALING JAYA: Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menggesa akar umbi supaya mengenepikan taat setia kepada Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti lantaran kerosakan yang telah dilakukan beliau.

Ketua GKCM Pulau Pinang, Mohd Halim Saad berkata Najib mengambil kesempatan di atas ketaatan dan kesetiaan ahli kepadanya dan bermaharajalela.

"Pemimpin UMNO perlu sedar, bahawa kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk membaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib.

"Presiden telah langgar imej seorang pemimpin yang disanjungi oleh rakyat jelata dan ini menjarakkan lagi hubungan dengan rakyat dan membawa kesan yang amat buruk buat UMNO," katanya, dalam satu video 5.26 minit yang dimuat naik di dinturtle.blogspot.my .

Halim turut meminta pimpinan parti supaya membuat pungutan suara dalam kalangan akar umbi bagi menguji kesahihan dakwaan Najib yang dikatakan mendapat sokongan penuh lebih 3 juta ahli.

"Kami (GKCM) berpendapat bahawa kita (UMNO) perlu mengenepikan amalan dan kepercayaan lama yang menganggap bahawa pemimpin perlu ditaat setia.

"Apa dia (Najib) nak buat kita ikut sahaja. Kita tak mahu macam itu kerana yang melantik presiden adalah daripada akar umbi sendiri," katanya.

Melaka langgar syariat Islam – DMPM

Posted: 12 Jan 2016 02:40 AM PST

Banyak lagi langkah boleh diambil untuk mempromosikan Melaka tanpa perlu mengeksploitasi fitrah maruah wanita


kintan-man


PETALING JAYA: Kerajaan negeri Melaka didakwa telah melanggar syariat Islam apabila menjemput seramai 52 ratu cantik dunia menyertai program gotong- royong membersih bandar Melaka di Jonker Walk pada Ahad lepas.

Dakwaan itu dibuat oleh Dewan Muslimat Pas Melaka (DMPM) apabila ketuanya, Kintan Man berkata, pihaknya memandang serius penganjuran program itu yang sepatutnya boleh diadakan mengikut syariat Islam tanpa mengeksploitasi fitrah maruah wanita.

"Tujuan kerajaan negeri menjemput ratu cantik itu kononnya untuk menarik pelancongan di Melaka, sedangkan banyak lagi program mengikut syariat Islam dan tidak ada unsur mengeksploitasi kaum wanita boleh diadakan.

"Kita amat kesal dengan tindakan ini yang sekali gus mengiktiraf pertandingan ratu cantik dunia," katanya seperti di lapor laman portal Malaysia Gazette.

Menurut Kintan lagi, DMPM yang mendukung dasar Pas membantah sekeras-kerasnya penganjuran program itu kerana Islam mengangkat martabat maruah wanita.

"Banyak lagi usaha yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk mempromosi Melaka seperti menaikkan taraf tempat pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong dan mempromosikan budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Dengan ini PAS Melaka melalui DMPM menyatakan kesediaan dan kemampuan untuk mentadbir negeri Melaka sesuai dengan lunas Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS," katanya.

Ibrahim Ali tak tidur 50 jam kerana DAP

Posted: 12 Jan 2016 02:36 AM PST

 
Beliau tidak dapat terima DAP bukan parti anti Melayu dan Islam


ibrahim-ali,DAP


KUALA LUMPUR : Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menggesa orang Melayu dan Bumiputera tidak tertipu dengan strategi DAP yang mengaku parti itu bukan anti-Melayu dan Islam.

Hakikatnya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila wujudnya isu berhubung Islam dan Melayu, parti itu seringkali mempertikai dan mempersoalkannya.

Beliau berkata, sebagai contoh dalam aspek ekonomi, DAP mempersoalkan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyusun semula masyarakat Melayu.

"Baru-baru ini juga mereka menyatakan mereka bukan parti anti Melayu dan Islam. Kenyataan itu bukan baharu.

"DAP juga mengulanginya semasa Persidangan Pakatan Harapan. Mereka juga berjanji mempertahankan Islam, Bahasa Malaysia, kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu

"Kenyataan mereka itu menyebabkan saya terkejut, saya tak boleh tidur 50 jam," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa di sini, hari ini.

Ibrahim yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau secara peribadinya akan menolak parti tersebut.

Katanya, dari segi keanggotaan kepimpinan Jawatankuasa Pusat DAP, juga tidak melambangkan apa yang diperkatakan oleh parti itu.

"Mereka menyatakan bukan parti perkauman (tetapi) semua jawatan penting dalam DAP adalah Cina," katanya sambil menegaskan, tidak sampai 30 peratus orang Melayu diletakkan dalam kepimpinan parti tersebut.

Lembaga Disiplin PKR siasat aduan Chegubard

Posted: 12 Jan 2016 02:33 AM PST

 
Sesi pendengaran berikutan laporan Chegubard kepada Lembaga Disiplin berhubung beberapa isu melibatkan kerajaan Selangor



hadi,Badrul-Hisham-Shaharin


PETALING JAYA: Lembaga Disiplin PKR hari ini mengesahkan telah memanggil ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ke sesi pendengaran semalam.

Pengerusi Brigadier General (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab berkata, ia berikutan laporan Chegubard terhadap Lembaga Disiplin November lalu berhubung beberapa isu melibatkan kerajaan Selangor, antaranya Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

"Ini hanya siasatan awal dan pencarian fakta (fact finding), belum ada kata putus," katanya ketika dihubungi FMT.

Katanya lagi, Lembaga Disiplin juga telah menerima beberapa bahan bukti daripada Chegubard dan akan menelitinya pada masa terdekat bagi menentukan langkah selanjutnya.

Chegubard ketika dihubungi mengesahkan telah menyerahkan salinan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung DEIG yang didakwanya satu pembohongan, dan dua dokumen rahsia Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang didakwanya menunjukkan dua kawasan pembalakan di Selangor dianugerahkan tanpa tender terbuka.

"Tindakan-tindakan (Azmin) memberi kesan buruk kepada imej parti. Saya sudah serahkan dokumen-dokumen itu kepada Lembaga Disiplin dan kini terpulang kepada mereka untuk menilainya," katanya lagi.

Rakyat Malaysia paling teruk kendali media sosial

Posted: 12 Jan 2016 02:23 AM PST

 
Ketua Polis Negara luah rasa kecewa dengan pengendali media sosial Malaysia yang gemar terbit komen sensitif


khalib-bakar,media-sosial


KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan rakyat Malaysia adalah pengguna media sosial yang sangat tidak matang menyebabkan polis terpaksa bersikap tegas.

Ketua Polis Negara berkata, statistik polis menunjukkan terlalu ramai pengguna media sosial di negara ini yang menerbitkan laporan berbaur perkauman, sensitif dan berbahaya sehingga memaksa polis mengambil tindakan undang-undang.

"Malaysia mempunyai 14 juta pengguna Facebook dan kita adalah antara yang paling teruk apabila meletakkan komen di platform media sosial.

"Ini menunjukkan masyarakat kita masih tidak matang dalam mengendalikan media sosial dan kita terpaksa meningkatkan usaha membendung perkara ini yang jelas menggugat keselamatan dan keharmonian negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khalid berkata, sesetengah rakyat Malaysia cenderung bersikap melampau dalam komen dalam media sosial menyebabkan orang awam kurang senang.

Beliau berkata, pemantauan polis tidak terhad hanya kepada media sosial tetapi termasuk aplikasi mesej WhatsApp yang dikongsi dalam kalangan orang ramai

"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau sebarang berita palsu yang dikongsi. Mereka yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

PKR dedah bauksit tidak dikenakan duti eskport

Posted: 11 Jan 2016 09:20 PM PST

 
Semakan yang dibuat di laman sesawang KDRM menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit adalah 0%.


rafizi,bauksit,eksport


PETALING JAYA: PKR mendedahkan hasil bauksit yang dilombong di Kuantan, Pahang langsung tidak dikenakan duti eskport.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, semakan yang dibuat di laman sesawang Kastam Diraja Malaaysia (KDRM) menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit adalah 0%.

"Apabila Datuk Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar) menyebut Kerajaan Pahang mengutip royalti sebanyak RM47 juta dalam 2015 hasil dari perlombongan bauksit, saya menyemak kod tarif bagi bauksit di laman sesawang KDRM.

"Perkara yang mengejutkan dan membimbangkan saya adalah kadar duti eksport bagi bauksit di bawah kod 260600000 adalah 0%," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu menggesa agar Kerajaan Persekutuan mengenakan duti eksport sebanyak 10% setanding dengan duti eksport ke atas kelapa sawit.

"Jika Kerajaan Persekutuan peka dengan kesan dengan perlombongan bauksit dan kos membaikpulih alam sekitar, paling kurang ia perlu mengenakan duti eksport sebanyak 10 peratus.

"Ia setanding dengan duti eksport ke atas kelapa sawit dan jika ia dilakukan, hasil ini boleh dibahagikan pada pecahan 50:50 dengan Kerajaan Pahang seperti kehendak Akta 396," katanya.

Rafizi turut meminta agar Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan mengesahkan adakah Kerajaan Persekutuan lalai kerana tidak mengenakan duti eksport ke atas bauksit.

"Akibat kelalaian itu, Kerajaan Persekutuan rugi sekurang-kurangnya RM180 juta dalam bentuk duti eskport bagi tahun 2015," jelasnya.

PH diminta buat pendirian isu hudud, PAS

Posted: 11 Jan 2016 09:18 PM PST

Meskipun dilancarkan secara rasmi minggu lalu, PH teragak untuk mengambil pendirian sepakat berhubung isu hudud dan PAS.



Haniff-Khatri-Abdulla,hudud


KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang meminta Pakatan Harapan (PH) supaya membuat pendirian jelas berhubung undang-undang hudud dan PAS.

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata langkah itu perlu supaya mereka bersatu, dan tidak akan menjadi seperti Pakatan Rakyat.

"Pakatan sebelum ini berpecah kerana mereka tidak mempunyai pendirian yang konsisten, dimana PAS pro-hudud manakala DAP pula anti-hudud."

"Ini pernah berlaku. Mereka harus pastikan ia tidak berulang," katanya.

Haniff menambah orang awam juga berhak untuk tahu pendirian pakatan itu. "Pengundi mengundi untuk parti dan calon. Mereka harus diberitahu dasar parti itu."

"Sekiranya AMANAH, parti yang ditubuhkan oleh puak penentang PAS, mengambil pendirian pro-hudud, adakah mereka akan bersengketa sekali lagi?" soalnya.

Meskipun PH dilancarkan secara rasmi minggu lalu, pakatan itu teragak untuk mengambil pendirian sepakat berhubung isu hudud dan kerjasama dengan PAS.

Tertegunnya pakatan itu menyebabkan peguam New Sin Yew tertanya bagaimana Pakatan Rakyat akan menyakinkan pengundi sekiranya mereka tidak sepakat dalam isu hudud.

"Hudud, atau undang-undang jenayah Islamik, akan beri kesan keatas ramai orang sekiranya ia dilaksanakan."

"Untuk sebuah parti politik yang bercita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia, mereka perlu membuat pendirian yang muktamad."

New berkata PH harus memberi jawapan bersama "ya" atau "no" berkenaan isu hudud.

Peguam Sankara Nair turut berkata Pakatan Harapan harus "ya" atau "tidak" berkenaan isu itu.

"Seperti yang dikatakan oleh Zaid (Ibrahim), perlu berani membuat pendirian," katanya. "Meskipun hudud itu undang-undang orang Islam, orang bukan Islam 'takut' undang-undaang itu memberi kesan keatas semua rakyat Malaysia."

"Masyarakat bimbang sekiranya undang-undang itu akan beri kesan keatas mereka."

TPPA berpotensi jejas gerakan koperasi

Posted: 11 Jan 2016 09:15 PM PST

 
Perjanjian TPPA melibatkan perniagaan dan sekiranya ia menjejaskan Bumiputera, koperasi akan turut terjejas.


tppa-angkasa


PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menggesa kerajaan mengambil kira kepentingan koperasi sebelum bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)

Presidennya, Datuk Abdul Fatah Abdullah, berkata TPPA melibatkan perniagaan dan sekiranya perjanjian sedemikian menjejaskan Bumiputera, maka koperasi akan turut terjejas.

"Sebab koperasi ini kita pun mengharapkan perlindungan kepada kerajaan. Koperasi ini digerakkan daripada orang ramai.

"Jadi kita berharap kerajaan mengambil kira kepentingan gerakan koperasi sebelum bersetuju dengan pelaksanaan TPPA ini," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum kerajaan menandatangani TPPA, kepentingan koperasi dan perniagaan Bumiputera seharusnya dijadikan faktor utama dan bukannya faktor sampingan.

"Jadi ambil kiralah kepentingan ini. Ambil kira kepentingan koperasi juga. Kalau menjejaskan koperasi, tidak payah tandatangan," tegasnya.

Abdul Fatah menjelaskan, pihaknya juga kini sedang mengkaji kesan TPPA terhadap 11 lagi negara yang menyertai rundingan TPPA itu

"Kita pun akan mengkaji kesan TPPA ke atas koperasi yang mereka laksanakan, apakah kebaikan, keburukan TPPA. Kita sedang mendapatkan info negara yang berkenaan," katanya.

Haram muat naik foto menyusukan anak, walaupun tidak dedah aurat - PU Rahmat

Posted: 11 Jan 2016 09:12 PM PST

Madiha Abdullah, Astro Awani
 
Haram muat naik foto menyusukan anak, walaupun tidak dedah aurat - PU Rahmat
 
 
Wanita yang memuat naik gambar sedemikian disifatkan menarik perhatian lelaki dengan sengaja dan boleh menjadi bahan untuk dieksploitasi.
 
AGAMA Islam sangat menjaga wanita dan meletakkan wanita di kedudukan yang sangat tinggi.

Justeru wanita dinasihatkan agar tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Itu nasihat Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan berhubung isu seorang wanita yang memuat naik gambarnya sedang menyusukan anak.

Nasihat itu diluahkannya melalui satu kemas kini status di Facebook.

Kata PU Rahmat, sekalipun gambar berkenaan tidak mendedahkan aurat dan mana-mana anggota badan, hukumnya tetap haram berasaskan empat dalil.

1. Perempuan tidak boleh melunakkan suara

2. Perempuan jangan hentak kaki untuk menunjukkan perhiasan tersembunyi.

3. Perempuan jangan menunjukkan perhiasan kecuali yang terzahir.

4. Mana-mana wanita yg berwangi-wangian dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka dia telah (menghampiri) zina.

Salah satu dalil yang disebutkan ialah tentang wanita dilarang memakai haruman sehingga menarik perhatian lelaki.
Berdasarkan dalil tersebut, wanita yang memuat naik gambar sedemikian disifatkan sama seperti menarik perhatian lelaki dengan sengaja dan boleh menjadi bahan untuk dieksploitasi.

Di akhir status itu, PU Rahmat turut mengingatkan golongan wanita agar menghiasi diri mereka dengan sifat malu, dan wanita terbabit agar segera membuang gambar tersebut. 
 
 

Angkasa sangkal dakwaan koperasi sekolah jual dengan harga tinggi

Posted: 11 Jan 2016 09:04 PM PST

Bernama
 
Angkasa sangkal dakwaan koperasi sekolah jual dengan harga tinggi
Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata secara umumnya harga barangan yang dijual di kebanyakan koperasi sekolah di seluruh negara masih di tahap berpatutan.
 
 
KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyangkal dakwaan kononnya barangan yang dijual di kedai koperasi sekolah agak mahal berbanding barangan yang dijual di luar.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata secara umumnya harga barangan yang dijual di kebanyakan koperasi sekolah di seluruh negara masih di tahap berpatutan.

"Dakwaan ini cuma manipulasi pihak tertentu sahaja, koperasi sekolah membeli barangan mereka secara pukal daripada pembekal yang terpilih dengan harga yang murah.

"Malah, keuntungan daripada perniagaan koperasi sekolah juga akan dipulangkan semula kepada para pelajar untuk membantu sekolah melakukan program yang bermanfaat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara di sini, pada Isnin.

Beliau mengulas mengenai saranan pihak tertentu yang meminta kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan bagi mengawal harga barangan yang dijual di koperasi sekolah.

Abdul Fattah berkata tujuan utama lawatannya pada hari ini adalah untuk meninjau sendiri keadaan harga barangan yang dijual di koperasi sekolah.
"Terdapat juga dakwaan bahawa koperasi sekolah memaksa pelajar membeli daripada mereka.

"Barangan wajib beli ini adalah yang tidak boleh didapati di luar seperti lencana sekolah, tali leher dan buku latihan yang mempunyai logo sekolah," katanya. 
 
 

PBT diarah henti serbuan ke atas premis vape di Selangor

Posted: 11 Jan 2016 09:02 PM PST

BERNAMA

 

vape2-bnm
Pembaharuan dan permohonan lesen penjualan vape di Selangor ditangguhkan sejak awal bulan ini. - Foto arkib Bernama


KUALA LANGAT,  Kerajaan Selangor menangguhkan pembaharuan dan permohonan lesen penjualan rokok elektronik atau vape, sehingga keputusan sama ada ia diharamkan atau sebaliknya, diumumkan.


Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah menghentikan sementara serbuan ke atas premis-premis penjualan vape di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, penangguhan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu, kerana kerajaan negeri masih mengumpul maklumat mengenai vape dan mendapatkan pandangan semua pihak, sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kita masih berbincang mengenai isu ini dan sedang mengumpul maklumat berkaitan, bagi memastikan ia mencakupi segenap faktor serta implikasinya kepada masyarakat.

"Langkah ini adalah untuk memastikan keputusan yang akan dibuat dapat menjaga kepentingan semua pihak dan adil," katanya ketika mempengerusikan bengkel khas bagi membincangan isu penjualan vape, hari ini.

Bengkel tiga hari yang bermula semalam itu, disertai wakil-wakil Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan.

Dr Daroyah berkata, tiada tempoh ditetapkan untuk mengumumkan keputusan itu, namun tegasnya, ia akan dibuat, setelah semua pihak terlibat berpuas hati dengan sesi perbincangan yang dijalankan.

Walaupun beberapa negeri lain telah mengharamkan penjualan vape, baru-baru ini, katanya, Kerajaan Negeri Selangor masih memerlukan masa dan tidak akan terburu-buru membuat keputusan, tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak.

"Menerusi bengkel perbincangan hari ini, segala maklumat yang kita dapat akan dirumuskan dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dibentang dan diteliti.

"Hasil pembentangan itu akan diumumkan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)," katanya.

Pesakit kanser berjaya tawan Gunung Kinabalu

Posted: 11 Jan 2016 09:00 PM PST

FERNANDO FONG

 

5
Surintan bergambar di atas puncak Gunung Kinabalu. - Foto ihsan Surintan


KUALA LUMPUR,  Surintan Ramanaiboo terkejut, apabila disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua dan di ambang tahap tiga, pada Disember 2014.


Imbasan Positron Emission Tomography (PET) turut mendedahkan pemuda berusia 26 tahun itu mempunyai tumor di dada dan lehernya.

Beliau yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dengan aktiviti luar, terkejut sebaik sahaja dimaklumkan doktor, selepas menjalani pemeriksaan rutin di hospital.

Bagaimanapun, Surintan tidak pernah mengalah dan terus menjadi inspirasi kepada orang lain, dengan mendaki Gunung Kinabalu dan diiringi seorang malim gunung.

Dalam temu bual bersama The Rakyat Post, lepasan jurusan Elektrik dan Elektronik itu menjelaskan, beliau memasang hasrat itu, kerana mahu melakukan yang terbaik untuk dirinya, termasuk kekal aktif semasa menjalani rawatan kanser.

Beliau berdepan pelbagai komplikasi ketika menjalani rawatan kemoterapi, sehingga satu tahap beliau terpaksa bergelut untuk berjalan.

Berat badannya juga susut 20 kilogram dan sangat lemah, kerana rawatan kemoterapi membunuh sel-sel dalam badan, tidak kira baik atau tidak baik.

"Saya tidak boleh menggerakkan badan saya tanpa rasa sakit, tidur bukan perkara mudah, dan walaupun saya sedang tidur, saya tidak dapat tidur nyenyak.

"Lebih teruk, saya mengalami chemo burn (ubat kemoterapi masuk ke dalam tisu di sekeliling urat) di tangan saya, saya hampir tidak boleh mengangkat saya tangan," katanya.

Selepas menamatkan rawatan kemoterapi pada Ogos tahun lalu, beliau disyorkan oleh doktor untuk menjalani radioterapi. 

Ketika itu, beliau mula berjalan dengan pantas dan ia agak mencabar, kerana beliau akan tercungap-cungap, selepas berjalan hanya 100 meter. 

Setelah beliau kembali kuat, Surintan bermula dengan aktiviti jungle trekking di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) secara tetap. 

"Matlamat saya adalah untuk membuktikan kepada diri saya sendiri, dan terutamanya kepada ibu bapa saya, bahawa saya tidak lemah dan mereka tidak perlu bimbang dengan anak lelaki tunggal mereka lagi," katanya. 

Pendakian itu amat sukar, apabila beliau memulakan perjalanan ke puncak pada jam 2 pagi. 

Ini kerana, suhu jatuh ke 2 darjah Celsius, mukanya kebas akibat tiupan bayu dan beliau hampir tidak dapat merasakan jarinya. 

"Apabila saya akhirnya sampai ke puncak, saya terharu dengan perasaan bercampur baur. 

"Saya tidak pernah begitu bangga dengan diri sendiri. Semua rawatan kanser muncul di kepala saya, bagaimana keluarga banyak berkorban untuk saya, bagaimana saudara mara dan rakan-rakan memberi galakan kepada saya, penderitaan yang saya lalui. 

"Pandangan dari puncak, itu adalah berbaloi," katanya. 

Beliau menyifatkan pengalamannya berjuang dengan penyakit kanser adalah perkara paling sukar ditanganinya, namun semua pengalaman ketika menjalani rawatan memberi perspektif berbeza dalam mengharungi cabaran hidup. 

Jelasnya, apabila masalah timbul, tiada gunanya menangis, sebaliknya seseorang itu perlu meneruskan langkah dengan mengambil tindakan seterusnya.

"Belajar daripada kegagalan dan berusaha untuk menjadi orang lebih baik," demikian nasihat Surintan.

Kakitangan kontrak ditamatkan hujung tahun ini, palsu dan fitnah – KSN

Posted: 11 Jan 2016 08:55 PM PST

SM AMIN

 

ali hamsa
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak pada Disember 2016. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR,  Kerajaan menafikan dakwaan kononnya kakitangan awam yang berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatannya menjelang hujung tahun ini.


"Kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak pada Disember 2016.

"Laporan sebuah portal berita yang mengatakan kakitangan kontrak akan ditamatkan perkhidmatan pada tarikh berkenaan adalah palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak berautoriti dan tidak bertanggungjawab," kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa di laman sosial Facebook beliau.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan beberapa buah portal yang memetik sumber sebagai berkata perkhidmatan pekerja kontrak tersebut akan ditamatkan pada Disember depan.

Menurut laporan tersebut, sumber yang dikatakan merupakan seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendakwa menerima maklumat tersebut dalam mesyuarat yang dihadirinya baru-baru ini.

Laporan tersebut juga mendakwa, keputusan berkenaan dibuat kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini dan tahun hadapan.

Tiada ulasan: