Ahad, 10 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UMNO DAN PAS ADALAH PARTI MELAYU TETAPI MENGAPA TIDAK DIJAGA MARUAH MELAYU

Posted: 10 Jan 2016 03:20 AM PST

abuhassanadam 


Samada pemimpin UMNO atau PAS, di mana-mana saja mereka pasti menyatakan bahawa parti mereka adalah parti yang mewakili orang Melayu. Memperjuangkan nasib orang Melayu. Memelihara maruah orang Melayu. Akan mempertahankan Melayu sehingga ke titisan darah terakhir. Akan sentiasa mengingati kata-kata Hang Tuah, 'tak akan Melayu hilang didunia'( tak tahulah aku samada pernah Hang Tuah berkata begitu).


Nama Melayu akan dijaja dan kadang-kadang semacam ''dilelong' oleh dua parti politik ini. Mereka menggunakan nama Melayu sekiranya mereka dalam keadaan 'tersepit'. Mereka menggunakan nama Melayu sebagai 'talian hayat' untuk melepaskan diri apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut, khsuusnya kemelut politik. Samada UMNO atau PAS, itulah cara dan tektik yang digunakan oleh pemimpin dan ahli-ahlinya.


PAS 'maju' selangkah lagi dengan menggunakan alasan agama Islam sebagai cara untuk 'mengahalalkan' sesuatu tindakan yang meragukan. Suatu ketika dahulu PAS menimbulkan isu 'kafir mengkafir' tetapi kini seolah-olah sudah berubah kepada 'halal-menghalal'. Pemimpin PAS tidak pernah menyuarakan dengan tegas tentang penentangannya terhadap kegiatan rasuah yang bermaharaja lela yang dilakukan oleh para pemimpin kini. Malah dalam hal yang berkaitan dengan IMDB PAS semacam tidak berani langsung menyuarakan tentangan terhadap RM 2.6 billion yang tersimpan dalam akaun DS Mohd Najib.


Siang-malam dan pagi-petang pemimpin UMNO dan PAS 'berbuih mulut' menyuarakan hasrat yang konnnya memperjuangkan nasib orang Melayu. Tetapi dalam masa yang sama golongan pemimpin yang sebegini juga nampaknya yang memalitkan arang di muka orang Melayu. Golongan ini merasakan bahawa mereka telah dapat 'menipu' dan menyembunyikan kegiatan mereka yang amat memalukan bangsa Melayu.


Jangan dipersalahkan kaum Cina atau India atau golongan bukan Melayu lain sekiranya mereka memandang rendah dan kadang-kadang 'jijik' dengan perangai orang Melayu. Golongan bukan Melayu tahu golongan orang Melayu yang macam mana yang harus dan patut dihormati. Mereka tahu bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang berbudi mulia dan mereka faham benar dengan hal yang sebegini. Mereka juga tahu bahawa yang merosakkan imej Melayu adalah setengah pemimpin Melayu yang langsung tidak mempedulikan hal menjaga maruah orang Melayu.


Setengah pemimpin Melayu samada dalam parti-parti politik  tertentu ataupun yang memgang jawatan penting dalam kerajaan semacam sudah hilang maruah dan amat tidak bertanggungjawab dalam urusan mereka memlihara kedaulatan negara dan rakyat. Rakyat sedar bahawa golongan ini menjalankan 'tugas' mereka bukan demi melindungi kepentingan rakyat tetapi melindungi golongan tertentu. Rakyat tahu dan sedar bahawa keadaan sebegini berlaku. Namun rakyat sedar juga bahawa rakyat terbanyak tidak dapat melakukan sesuatu kerana kuasa dan pengaruh adalah di tangan golongan sedemikian.


Dalam sejarah perkembangan orang Melayu yang menyentuh tentang soal adab dan tata susila, aku merasakan bahawa awal krurun ke 21 lah merupakan satu perubahan besar dari segi adab dan tata susila bangsa yang bernama Melayu. Aku tidak membuat kajian terpernci mengenai hal ini tetapi melaui pembacaan dan renungan terhadap beberapa peristiwa sejarah bermula daripada tulisan Abdullah Munshi, Syed Sheikh Al Hadi, sampailah ke tulisan dan coretan Abdul Rahim Kajai, Keris Mas, Usman Awang, maka dapat aku simpulkan bahawa tidak pernah wujud dalam sejarah adanya pemimpin Melayu yang betul-betul sanggup 'berpaut' dan mengamalkan peribahasa 'biarkan anjing menyalak bukit' dengan sepenuh hati.


 Aku maksudkan begini. Tidak pernah ada lagi pemimpin Melayu 'sehebat' ini yang sanggup 'memekakkan telinga' dan 'membutakan mata' terhadap apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap perbuatan terkutuk mereka. Belum pernah. Golongan pemimpin yang sebegini sudah melupakan asal usul mereka sebagai orang Melayu yang bersopan santun dan yang merasa amat terhina sekiranya tindakan mereka ditempelak, dicaci dan dihina.


Dan yang paling menyedihkan kita ialah bahawa pemimpin kita yang berperangai 'buruk' sedemikian adalah dari golongan Melayu yang beragama Islam. Apakah mereka tidak merasa malu dan terhina mengenangkan tentang adanya pemimpin bukan Islam yang sanggup melepaskan jawatan disebabkan kritikan yang dilemparkan terhadap mereka. Demi menjaga maruah mereka sanggup meletakkan jawatan mereka. Sebagai contoh apa yang dilakukan oleh para menteri dari Australia baru-baru ini adalah suatu tindakan terpuji.


Dan apakah pemipin kita yang kononnya berbangsa Melayu yang penuh bersopan santun dan mengamalkan agama Islam sanggup terus menerus membiarkan diri mereka ditempelak dan dicaci rakyat. Dan aku amat malu dengan kaum bukan Melayu yang secara sinis memperkatakan tentang 'kehebatan' pemimpin yang berbangsa Melayu.


Aku malu kerana aku sedar bahawa asal usul aku adalah Melayu walaupun aku tidak pernah memusuhi kaum lain yang sama-sama menetap di negara tercinta ini. Aku sentiasa mengharapkan agar negara ini dapat dibangun dan dimajukan bersama.

           

PAS paling berpengalaman di negara ini, kata Hadi

Posted: 10 Jan 2016 03:09 AM PST

 
Presiden PAS itu yakin Pakatan Harapan dan AMANAH tidak menjadi ancaman kuat kepada PAS


hadi,pas


KUALA SELANGOR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti Islam itu paling 'berpengalaman' di negara ini dan semakin berkembang kukuh sejak ditubuhkan zaman sebelum merdeka.

"PAS adalah parti politik yang paling berpengalaman di Malaysia. Sejak sebelum merdeka hingga hari ini. Pakatan bukan perkara baharu. Pakatan Harapan dan segala macam pakatan sudah ada sejak 60 tahun yang lalu.

"Ada (pakatan parti) yang rebah dan meninggal dunia. Ada yang telah roboh dan tidak bangkit semula. Tetapi kita (PAS) terus melngkah dan mendapat sokongan rakyat. Kami telah berkembang kukuh hari demi hari," kata Hadi pada sidang media selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor di sini, hari ini.

Hadi juga menegaskan bahawa PAS tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan dan parti serpihannya, AMANAH kerana parti itu pernah berdepan cabaran yang lebih sengit sebelum ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, sebelum ada AMANAH, sudah ada parti serpihan seperti Barisan Islam Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Rakyat Muslim Malaysia (HAMIM) yang lebih kuat kerana mendapat sokongan daripada BN dan Kerajaan Persekutuan.

PAS menyertai Pakatan Rakyat sejak 2008 tetapi gabungan itu terkubur selepas pergaduhan terbuka dengan bekas sekutu, DAP, tahun lalu.

Perpecahan itu membawa kepada kelahiran AMANAH yang diketuai oleh bekas timbalan Hadi, Mohamad Sabu.

PAS dan DAP mengadakan kerjasama secara berasingan dengan PKR dalam mentadbir Selangor.

Sultan Johor sumbang RM50 juta untuk JDT

Posted: 10 Jan 2016 03:07 AM PST

 
Baginda gembira sukan bola sepak menyatupadukan Bangsa Johor dan jasa JDT mengharumkan nama negeri itu


sultan-johor,jdt


PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Memetik Facebook Johor Southern Tigers, Sultan Ibrahim membuat keputusan itu kerana gembira dengan sukan bola sepak di negeri itu.

"Baginda berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim.

"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku membuat keputusan itu kerana baginda amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, pemberian sumbangan itu turut mengambil kira usaha pasukan JDT mengharumkan nama Johor di persada dunia.

"DYAM Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku atas kurniaan kepada JDT itu," katanya.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim sebelum ini mengumumkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemilik JDT.

Qu Puteh turunkan harga produk kecantikannya

Posted: 10 Jan 2016 02:57 AM PST

 
Langkah diambil kerana kos sara hidup tinggi dalam kalangan pelanggan Vida Beauty Sdn Bhd.


Datuk Seri Hasmiza Othman


PETALING JAYA: Pengusaha produk kecantikan popular, Datuk Seri Hasmiza Othman mengurangkan harga bagi memberi peluang kepada masyarakat membeli produknya.

Hasmiza atau Datuk Vida dalam wawancaranya bersama Malaysiakini dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu diambil kerana situasi ekonomi tidak menentu, yang mana menyebabkan pendapatan orang ramai kurang memberangsangkan.

"Saya tahu ekonomi, kos semakin meninggi. Sebab itu saya turunkan harga Qu Puteh daripada RM268 menjadi RM168.

"Tak apalah saya kurangkan sikit kos iklan saya. Saya bagi pada anda," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida kepada Malaysiakini.

Beliau dilaporkan menurunkan harga produknya yang sebelum ini berharga RM268 kepada RM168.

Datuk Vida mencuri tumpuan umum apabila dilantik sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini.

Ia susulan tawaran tajaannya kepada KAFA yang turut disertakan syarat yang disifatkan pelik iaitu mahu seluruh Stadium Sultan Muhammad IV dicat warna merah jambu dan nama pasukan The Red Warriors (TRW) ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Peringatan belanja berhemah: Apa kata netizen

Posted: 10 Jan 2016 02:55 AM PST

 
Netizen memberi pelbagai reaksi terhadap peringatan Perdana Menteri agar menteri berbelanja secara berhemah 


Najib


PETALING JAYA : Laman sosial Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani pelbagai reaksi pengguna laman sosial atau netizen susulan peringatan Perdana Menteri kepada anggota Kabinet supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.

Pemilik akaun Facebook, Abdullah Ahmad mencadangkan kepada Perdana Menteri agar memberikan tumpuan yang lebih kepada kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dalam semakan Bajet 2016 nanti.

"Saya ingin mencadangkan kepada Dato Seri supaya dalam semakan Bajet 2016 nanti perlu beri lebih tumpuan kepada kos hidup rakyat berpendapatan rendah..contohnya memberi BR1M sebanyak RM500 sebulan dan RM500 sebulan kepada pekebun kecil getah..," katanya.

Jeff Aldean pula menyarankan Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya dan agensi-agensi kerajaan yang baharu untuk menggelakkan pembaziran.

Shirley Yusof pula turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan dia turut menyarankan agar kesemua menteri-menteri digerakkan untuk turun padang bagi mendalami masalah rakyat di kawasan mereka.

Bagaimanapun, peringatan Perdana Menteri itu menerima lebih banyak komen-komen negatif.

King's Roy memberikan komen "Dato….saya sebagai rakyat marhaen ingin memohon pertolongan Dato supaya menasihatkan isteri Dato agar berjimat cermat dan berhemah apabila berbelanja…".

Muhammad Farid Wajdi turut memberikan komen dan mempersoalkan ke mana hilangnya kebanyakan subsidi.

"Mana hilang kebanyakan subsidi? Mana 2.6 billion?nothing to hide," katanya.

Syed Husin Ali menerusi Twitter pula berkata, Najib seharusnya memberikan nasihat kepada dirinya dan beramal.

"@NajibRazak hahaha!Najib tweet dia nasihat para menteri supaya berbelanja secara berkhemah. Beliau perlu beri nasihat sama kepada dirinya dan amal," tweetnya.

Dokumen bijih bauksit RM200 satu

Posted: 10 Jan 2016 02:53 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY
 
 
SPRM kesan pegawai PTG di Kuantan jual dokumen pemindahan bijih mineral secara haram kepada pelombong bauksit tak berlesen.


Datuk Azam Baki


KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, berkata enam suspek itu, termasuk seorang wanita, berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun, diarahkan hadir ke pejabat SPRM di sini pagi ini.

"Bagaimanapun mereka dilepaskan selepas memberi keterangan dan pemeriksaan dilakukan di rumah dan pejabat masing-masing," katanya semasa dihubungi BERNAMA di sini.

Azam berkata, ada antara mereka disyaki terlibat menjual dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati borang berkenaan dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Setakat ini, SPRM telah menahan tujuh individu, termasuk seorang pegawai kanan dan tiga pegawai PTG kerana disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.

Tiga lagi yang ditahan adalah orang awam, termasuk seorang wanita yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam penjualan Borang 13D, yang perlu disimpan pemandu lori semasa proses pengangkutan bahan mineral itu.– BERNAMA

PAS akan bertanding 25 kerusi DUN Selangor

Posted: 10 Jan 2016 02:46 AM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


KUALA SELANGOR,: PAS Selangor akan menambah lima lagi kerusi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan 25 kerusi.

Iskandar Samad"Kita akan tambah lagi lima kerusi selepas ini. Sebelum ini, kita bertanding 20 kerusi di Selangor," katanya.

Pada PRU-13 lalu, PAS berjaya memenangi 15 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Namun, tindakan dua daripada ADUN mereka mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) menyaksikan PAS kini mempunyai 13 ADUN di Selangor.

Daripada segi komposisi Kerajaan Negeri, PAS mempunyai tiga Exco serta turut menjadi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).  -NFN-

6,000 hadir Himpunan Jentera Pilihan Raya tanda PAS Selangor bersedia

Posted: 10 Jan 2016 02:45 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA SELANGOR: Jentera PAS Selangor membuktikan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila dianggarkan lebih 6,000 petugas jentera menghadiri Himpunan Jentera Pilihan PAS Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata jumlah itu terus bertambah apabila masih ramai petugas yang hadir masih dalam proses mendaftarkan kehadiran masing-masing.

pas1"Sebenarnya, kami tak menjangkakan kehadiran yang sebegini ramai tetapi nampaknya setakat ini sudah lebih 6,000 yang mendaftar dan terus bertambah sebab ramai lagi yang beratur panjang untuk mendaftarkan diri.

"Jika begini keadaannya, perhimpunan ini seharusnya diadakan di stadium terbuka kerana mampu menampung lebih ramai kehadiran," katanya pada sidang media selepas perasmian perhimpunan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Ir Mohd Haslin Hassan, pula berkata jentera pilihan raya PAS tidak boleh berada di dalam keadaan selesa kerana beliau menjangkakan PAS akan menghadapi pertembungan lebih dua penjuru di beberapa kerusi pada PRU-14 nanti.

Perhimpun itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ucapan perasminan perhimpunan.

Selain ucapan perasmian Hadi, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan pemimpin PAS negeri, turut diadakan pembentangan kertas kerja pilihan raya oleh PAS negeri.  -NFN-


Pemeteraian Perjanjian Pakatan Harapan detik bersejarah

Posted: 10 Jan 2016 02:42 AM PST

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM : Pemeteraian dokumen Perjanjian Pakatan Harapan membuka lembaran sejarah politik baru yang akan mengikat KEADILAN, DAP dan Amanah sebagai satu pakatan mapan seterusnya membentuk kerajaan.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dokumen politik ini merupakan manifestasi untuk menyediakan jalur kepimpinan yang jelas bagi menggantikan kepimpinan negara di bawah teraju Umno Barisan Nasional yang sudah tidak relevan di mata rakyat.

1"Saya cukup yakin dan percaya dengan pemeteraian Perjanjian Pakatan Harapan ini, ia akan menjadi satu resolusi mengikat atau "binding resolution" kepada semua parti komponen Pakatan Harapan dalam menjuarai isu-isu rakyat serta mengetengahkan dasar-dasar bersama yang memberikan manfaat kepada rakyat.

"Dokumen sejarah ini juga menunjukkan komitmen serius Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan menunggu atau "government in waiting" pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.

Beliau menyarankan barisan kepimpinan semua peringkat menghadam perjanjian ini agar Pakatan Harapan muncul sebagai satu pasukan dan pakatan politik berdisiplin yang kuat, dan akhirnya memberi kemenangan buat rakyat dan negara.

"Pemeteraian dokumen ini adalah satu detik bersejarah bagi rakyat Malaysia.

"Tanggungjawab memikul harapan dan amanah rakyat yang menginginkan perubahan dan pembaharuan kini akan terus digalas oleh Pakatan Harapan," kata Shamsul.

Perjanjian tersebut dimeterai Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Ia merangkumi 7 fasal utama termasuk prinsip dan kaedah membuat keputusan, membina kesatuan politik antara parti, menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama

Penoreh derita tapi poket mereka terus diseluk kerajaan

Posted: 10 Jan 2016 02:15 AM PST



Oleh Zulkifli Yahaya


BULAN Disember, Januari, Februari dan Mac di Utara Semenanjung, dipanggil Musim Timur. Angin dari Timur biasanya bertiup kencang sepanjang waktu. Siang akan mengalami panas terik dan seringkali berlaku kemarau akibat ketiadaan hujan pada awal tahun.

Aktiviti penanaman padi melalui kaedah menabur benih tidak boleh dibuat di Musim Timur. Jadual penanaman padi yang ditetapkan pihak MADA juga begitu. Benih yang ditabur tidak akan tumbuh sempurna kerana pukulan angin, diburukkan lagi dengan tanah yang kering akibat panas berlebihan.

Lagi produktivti yang terjejas pada Musim Timur ialah penghasilan susu getah. Di kala ini pokok getah akan kehilangan kesemua daunnya, kemerahan dan berguguran. Daun baharu yang menghijau akan muncul menggantikannya.

Ketika ini para penoreh akan merasai keperitannya kerana penghasilan susu dari pokok getah akan turun mendadak. Ia bukan perkara baru. Kitaran alam yang Allah ciptakan ini sudah berlangsung sekian lama.

Namun yang menambah keperitan penoreh getah ialah, di kala ini juga harga getah jatuh merudum. Sudah dua tahun berlalu tiada perkembangan menggalakkan berhubung harga getah. Harga terkini, sekilogram getah sekerap ialah RM1.90. Paling tinggi hanya mampu mencecah RM2.20, belum mencukupi untuk membeli sekilogram gula.

Di Kedah, terdapat kira-kira 120 ribu penoreh getah yang bergantung hidup dengan pokok getah sebagai sumber pendapatan.

Umumnya pendapatan terkini penoreh adalah antara RM400 hingga RM900 sebulan. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh hidup, berbelanja untuk keperluan harian, menguruskan persekolahan anak serta melunaskan pelbagai bil.

Tentulah boleh hidup kerana setakat ini tiada berita penoreh yang mati kebuluran, tetapi keperitan yang dialami oleh mereka hanya Allah yang tahu.

Semua tahu kedatangan 2016 membawa 1001 keperitan. 2015 pernah disytihar sebagai Tahun Derita Rakyat. Kini penderitaan rakyat makin bertambah. Di Kedah, 1 Januari 2016 adalah tarikh berkuatkuasanya kenaikan kadar cukai tanah.

Tahun baharu juga menekan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik, pertambahan yuran persekolahan pelajar sekolah, peningkatan tambang pengangkutan awam, kenaikan harga beras ST15 serta bermacam lagi kenaikan. Masyarakat penoreh paling menderita.

Harga getah dikatakan bukan ditentukan oleh kerajaan, justeru kerajaan dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk menaikkan harga getah untuk membela golongan penoreh. Alasan lapok itu telah digunakan oleh kerajaan sejak berzaman untuk mempertahankan kenapa masyarakat getah tidak dapat dibela. Anehnya menjelang pilihan raya, harga getah boleh pula meningkat sehingga para penoreh pun takut menukar kerajaan, dikhuatiri harga getah jatuh semula.

Dried Rubber Content (DRC) atau kandungan getah kering dalam getah sekerap adalah penentu harga sekerap. Lagi tinggi DRC lagi tinggi harga sekerap.

DRC sekerap dari kebun (natural rubber) di Malaysia diandaikan 50 peratus, maka harganya antara RM1.80-RM2.00 hari ini.

Harga sekerap Thailand yang 100 peratus DRCnya berada pada harga dua kali ganda Malaysia.

Di Thailand, penoreh masih mengusahakan getah keping berasap/kering seperti yang dilakukan oleh penoreh kita lebih 30 tahun dahulu. Apabila DRCnya tinggi tentulah harga lebih mahal. Persoalan menarik untuk ditimbulkan, jika pihak berkuasa terpaksa bergantung kepada kadar DRC dan harga akhir di pasaran internasional (FOB) untuk menentukan harga sekerap, bagaimana kos dalam rantaian getah
(pengangkutan, pemprosesan di kilang, komisen pedagang dan percukaian) dapat diminimumkan supaya harga sekerap dapat ditingkatkan? Apa yang kerajaan atau pihak berkuasa getah buat untuk atasi isu tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga selaku Pengerusi Asas Tani dan Alam Sekitar, mempersoalkan bagaimana kos memproses getah sekerap menjadi SMR20 ditentukan oleh pengilang, tanpa kawalan kerajaan.

"Makin tidak cekap pengilang (mesin, operator, efisiensi, harga minyak, tarif elektrik dan kadar untung yang kapitalis mahukan) makan makin mahallah kos memproses sekerap," ujarnya.

Tambahnya, oleh kerana FOB sudah ditentukan di pasaran antarabangsa, semakin mahal kos memproses getah, tekanan harga dihalakan ke bawah, maka semakin murahlah harga getah sekerap di ladang.

"Kenapa beban akhir harga getah dihempaskan ke atas orang motong, bukan kepada pemain industri?" soalnya.

Penentu besar dalam harga getah antarabangsa ialah Tokyo Commodity Exchange (TOKOM) di Jepun, sebuah negara yang tidak mengeluarkan getah.

Pokok getah tidak dapat tumbuh di Jepun tetapi harga getah boleh ditentukan oleh mereka.Bukankah ia satu keanehan, seolah-olah Malaysia belum merdeka kerana bergantung hidup dengan pihak lain.

Tahun 70-an dahulu Malaysia adalah pengeluar terbesar getah dunia. Ekoran kemunculan teknologi baharu yang mewujudkan getah tiruan, industri getah negara terancam. Banyak pihak yang bertanggungjawab terhadap getah sebagai komoditi penting negara dalam bidang masing-masing seperti Lembaga Getah Malaysia, Risda, Kementerian Asas Tani, Kementerian Perdagangan – namun nampaknya semuanya sudah tidak berguna untuk membela nasib para penoreh yang bergantung sumber pendapatan dengan hasil getah.

Jika kerajaan terus gagal untuk membela nasib penoreh getah, lupakan saja sektor getah sebagai sumber pendapatan rakyat.

Kerajaan kena fikirkan dengan serius bagaimana mahu membela nasib penoreh melalui alternatif lain.
Inilah fungsi utama kerajaan iaitu membela nasib rakyat sepanjang masa. Bukan hanya fikir bagaimana mahu menyeluk poket rakyat melalui cukai tanah atau GST.

Ahli akademik cadang tubuh jawatankuasa khas selaras kurikulum maahad tahfiz

Posted: 10 Jan 2016 02:05 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Prof Zulkiple Abd Ghani berkata, Jakim boleh memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri, swasta dan persendirian mengenai kurikulum sesuai yang boleh diwujudkan termasuk penglibatan daripada Kementerian Pendidikan. – Gambar fail Reuters, 10 Januari, 2016.Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Prof Zulkiple Abd Ghani berkata, Jakim boleh memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri, swasta dan persendirian mengenai kurikulum sesuai yang boleh diwujudkan termasuk penglibatan daripada Kementerian Pendidikan. – Gambar fail Reuters.
 
 
Sebuah jawatankuasa khas perlu diwujud bagi membincangkan penyeragaman kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara dalam usaha melahirkan huffaz profesional yang cemerlang.

Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Prof Zulkiple Abd Ghani berkata melalui jawatankuasa itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai), boleh menjalankan peranan bagi menyelaraskan kurikulum tersebut.

Malah, pada masa ini sudah ada model mengintegrasikan pelajaran al-Quran dan Sains yang dilaksanakan di beberapa maahad tahfiz seperti di Ma'ahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB), Banting dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata melalui jawatankuasa itu, Jakim boleh memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri, swasta dan persendirian mengenai kurikulum sesuai yang boleh diwujudkan termasuk penglibatan daripada Kementerian Pendidikan. 
 
Zulkiple diminta mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, supaya kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara diseragamkan untuk menghasilkan huffaz profesional cemerlang yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Rosna Awang Hashim pula berkata jawatankuasa itu dapat dijadikan platform kepada pihak berkepentingan berkaitan isu itu, bertemu bagi membincangkan hala tuju kurikulum berkenaan.

"Justeru, perlu ada pihak berpengaruh dan berkepentingan yang memanggil bagi membentuk jawatankuasa ini supaya semua pihak terlibat berminat menjadikan perkara ini satu kenyataan," katanya.

Rosna yang juga pensyarah Psikologi Pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata adalah menjadi keuntungan besar kepada negara apabila huffaz yang dihasilkan daripada maahad tahfiz dapat mengisi ruang sebagai profesional di negara ini termasuk sebagai pemimpin.

"Sudah tentu mereka ini mempunyai nilai agama tinggi dan setiap keputusan dibuat tidak berdasarkan rasional semata-mata, sebaliknya disertai oleh pertimbangan agama," katanya. – Bernama


Nurul Izzah wanita ke 108 paling berpengaruh di dunia

Posted: 10 Jan 2016 02:02 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merupakan wanita ke 108 berpengaruh di dunia, menurut satu tinjauan di laman sesawang powerfulwomen.co. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016.Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merupakan wanita ke 108 berpengaruh di dunia, menurut satu tinjauan di laman sesawang powerfulwomen.co. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tercatat dalam senarai 108 wanita berpengaruh di dunia daripada 250 yang tersenarai, menurut tinjauan dibuat RichTopia menerusi laman sesawang powerfulwomen.co.

Kedudukan ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut meletakkan bekas perdana menteri Thailand Yingluck Shinawatra di bawahnya pada kedudukan ke-171.

Bagaimanapun, kedudukan Nurul Izzah menurun daripada kedudukan ke-98 sebelum ini.

Sementara itu, Speaker Selangor Hannah Yeoh dari DAP turut berada dalam senarai itu pada kedudukan ke-177. Tempat pertama dalam senarai itu ialah calon Presiden Amerika Syarikat Hillary Clinton, diikuti pengacara Hollywood Oprah Winfrey dan penulis novel terkenal Harry Porter, J.K Rowling.

Senarai dinilai bukan sahaja berdasarkan  tahap pengaruh serta tingkah laku mereka, tetapi penglibatan dalam aktiviti media sosial iaitu Twitter, Facebook, Youtube, Linkedln dan Instagram.

Senarai itu juga diperolehi melalui sumber klout dan akan dikeluarkan setiap minggu berdasarkan undian menerusi data klout.


Saya sendiri akan bela nasib pelajar lapar, kata menteri

Posted: 10 Jan 2016 02:00 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementerian akan mengenal pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016.Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementerian akan mengenal pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). – Gambar fail The Malaysian Insider
 
 
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan akan memastikan nasib pelajar di universiti awam yang mempunyai masalah kewangan hingga menyebabkan mereka kelaparan akan terbela.
 
Beliau juga pada masa sama mengeluarkan arahan kepada pihak pentadbiran universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengenal pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Saya sendiri bagi komitmen akan memastikan jika ada pelajar yang lapar saya sendiri pastikan mereka tidak akan berlapar lagi.

"KPT juga sudah keluarkan arahan jika ada pelajar-pelajar yang lapar dan tidak dapat makan sila buat aduan kepada KPT dan pihak universiti, Insya-Allah nasib setiap seorang akan terbela," katanya. 
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan perasmian Makmal Sains NBOS-PILS KPT kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Tengku Mahmud 2, Che Zainon Che Salleh.

Idris yang juga Anggota Parlimen Besut mengambil maklum isu pelajar terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi adalah isu yang besar dan  kini isu berkenaan menjadi viral di laman media sosial Facebook.

Bagaimanapun katanya isu tersebut tidak wajar diperbesarkan di media massa memandangkan pihak KPT dan universiti sentiasa mengutamakan kebajikan para pelajar dan melakukan pelbagai inisiaif bagi membantu dan membela nasib pelajar yang terlibat.

Beliau juga sekali lagi menegaskan terdapat pelbagai bentuk pembiayaan yang disediakan bagi membantu kewangan para pelajar seperti Tabung Pendidikan Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), kad siswa, zakat, tabung kebajikan dan wakaf.

"Peluang pekerjaaan dalam kampus turut diwujudkan dengan kadar RM3 hingga RM10 sejam seperti menjadi tutor atau bekerja di kafe. Jadi saya harap tidak ada pihak yang memanipulasi isu ini," katanya. – Bernama


Apakah tugas KPN lindungi Najib semata-mata, soal pemimpin DAP

Posted: 10 Jan 2016 01:49 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan layanan berat sebelah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hanya melindungi Datuk Seri Najib Razak apabila diaibkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan layanan berat sebelah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hanya melindungi Datuk Seri Najib Razak apabila diaibkan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
DAP hari ini mengecam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hanya membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila diaibkan, tetapi tidak pula mengambil tindakan sama ke atas mereka yang menghina pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hairan mengapa Khalid tidak mengambil tindakan tegas apabila gambar pemimpin pembangkang dihina dan diubahsuai.

"Saya hairan kenapa ketua polis negara dan bosnya tidak pula bertindak apabila gambar-gambar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, almarhum bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin pembangkang diubahsuai dan diaibkan di media sosial, selain di poster dan risalah ataupun dipijak dan dibakar gambar mereka," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Lim mempersoalkan tindakan berat sebelah Khalid yang hanya membela dan melindungi Najib, tetapi tidak orang lain. 
 
 "Adakah ketua polis negara merasakan beliau hanya digaji untuk melindungi maruah perdana menteri semata-mata?

"Adakah orang lain tidak punya maruah?" soalnya.

Pemimpin DAP itu juga membidas profesionalisme Khalid yang dilihat berat sebelah.

"Sikap berat sebelah ketua polis negara dan kurangnya sifat-sifat seorang pegawai polis berpangkat tinggi menyebabkan saya ingin tahu apakah nilai profesionalisme bagi beliau?

"Justeru menyeru Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk menegur ketua polis negara dan menghantar beliau berkursus supaya beliau dapat belajar tentang integriti dan profesionalisme kerja kepolisan," katanya.

Khalid semalam berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang melakukan penghinaan ke atas gambar Najib susulan pengubahsuaian gambar pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Individu yang mengubahsuai gambar berkenaan turut memuatkan dialog berbentuk hinaan kepada Najib yang diubahsuai dari dialog "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh".


Tengku Adnan kritik Pakatan Harapan, tak jelas dalam isu hudud

Posted: 10 Jan 2016 01:47 AM PST



Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, parti pembangkang hanya akan menyokong sesuatu perkara demi kepentingan mereka. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Masjid India, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 10 Januari, 2016.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, parti pembangkang hanya akan menyokong sesuatu perkara demi kepentingan mereka. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Masjid India, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin

 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini mengkritik pendirian Pakatan Harapan yang sentiasa tidak menentu berkenaan isu hudud sambil menegaskan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tetap pada perjuangan. 
 
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendirian Pakatan Harapan yang enggan menjawab berhubung isu hudud pada persidangan pertama mereka di Shah Alam, Selangor semalam.

"Pembangkang ini seperti biasalah 'swing' (tidak menentu). Sekejap begini, sekejap begini.

"Hanya kami parti yang memegang kepada teras perjuangan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Masjid India, Kuala Lumpur hari ini. 
 
Tengku Adnan yang juga menteri wilayah persekutuan itu berkata, parti pembangkang hanya akan menyokong sesuatu perkara demi kepentingan mereka.

"Bila ada kepentingan mereka akan sokong, kalau tak ada kepentingan mereka akan tidak sokong.
"Mereka akan lakukan macam-macam," katanya.

Apabila diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang mengumumkan bakal bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Tengku Adnan berkata terserahlah kepada mereka untuk berbuat demikian.

"Terserah kepada PAS. Kita tak nak komen tentang parti lain.

"Tapi bila sebut tentang pembangkang ini, macam saya sebut tadi mereka seperti lalang, tak ada pendirian kerana yang hanya ada pendirian hanyalah Umno-BN sahaja," katanya.

Terdahulu hari ini, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan jentera pilihan raya parti Islam itu perlu terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan 5 lagi kerusi baharu di negeri tersebut.


Perbicaraan Oleh Mahkamah Pendapat Umum

Posted: 09 Jan 2016 10:48 PM PST


AHLI sains politik dan teori komunikasi Amerika, mendiang Harold Dwight Lasswell (Februari 13, 1902 – December 18, 1978) berkata: "The open interplay of opinion and policy is the distinguishing mark of popular rule."

(Saling tindakan terbuka antara pendapat dan dasar adalah tanda nyata demokrasi popular.)

Jadi, oleh sebab kita mengamalkan demokrasi popular, di mana kerajaan dipilih oleh rakyat jelata melalui pilihan raya, maka pendapat umum adalah sangat penting.

Kuasa rakyat jelata memilih kerajaan mungkin terhad kepada sekali dalam masa empat atau lima tahun, tetapi hak mereka mengemukakan pendapat berterusan sepanjang masa. Itulah sebenarnya peranan Parlimen – tempat wakil rakyat bersuara bagi pihak rakyat.

Jadi adalah sangat dangkal dan anti-demokrasi apabila ada wakil rakyat dan pegawai atasan negara yang bukan sahaja tidak bercakap bagi pihak rakyat jelata sebaliknya menafikan hak rakyat jelata bersuara dan menyumpah seranah mahkamah pendapat umum (the court of public opinion).

Maka dalam konteks inilah saya rasa Peguam Negara  (AG) (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali perlu menerima "perbicaraan" di  mahkamah pendapat umum ke atas kes-kes sensasi seperti urus niaga luar biasa 1MDB, "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, siasatan salah guna wang SRC International dan yang terbaru isu-isu berkaitan "kewangan" Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) berikutan kematian bekas pengerusinya, (Tan Sri Jamaluddin Jarjis) dalam nahas helikopter pada 5 April lalu.

Sepatutnyalah, sebagai bekas peguam, ahli politik dan hakim Mohamed Apandi sudah biasa dengan hak masyarakat  umum  untuk menilai dan  membuat  keputusan  mengenai  sesuatu  perkara  atau isu.

Mohamed Apandi sepatutnya peka terhadap pendapat umum
Saya yakin beliau lebih  daripada biasa dan faham mengenai kecenderungan mahkamah pendapat umum. Apatah lagi isteri beliau sendiri adalah bekas wartawan dan adik ipar beliau adalah ketua pengarang sebuah portal berita bebas. Kedua-dua mereka adalah anak buah saya di New Straits Times.
 

Perbicaraan Oleh Rakyat Jelata

Selagi beliau tidak membawa kes-kes yang disebutkan di atas ke mahkamah undang-undang (the court of law), selagi itulah rakyat jelata akan membicarakannya dalam mahkamah pendapat umum.

Hatta selepas dibawa ke mahkamah pengadilan sekalipun mahkamah pendapat umum tetap akan memberi keputusannya sendiri, khususnya dalam kes yang membabitkan orang politik.

Kita ambil contoh dua kes liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Sampai hari ini pun masih ramai dalam mahkamah pendapat umum enggan percaya beliau bersalah. Di kalangan yang percaya terhadap kesalahan beliau pula, ramai menganggapnya sebagai konspirasi politik.

Mereka bertanya, yang mana lebih teruk - perbuatan sumbang antara dua manusia atau tindakan yang melibatkan berbilion-bilion duit serta harta negara?

Dalam konteks yang sama jugalah, kakitangan awam peringkat tertinggi seperti  Mohamed Apandi, Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Ali Hamsa), Gabenor  Bank Negara (Tan Sri Zeti Akhtar Aziz), Ketua  Setiausaha  Kementerian  Kewangan (Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah), Ketua Pesuruhjaya PSRM (Tan Sri Abu Kassim Mohamed) dan peneraju-peneraju 1MDB, SRC International dan yang terbaru PR1MA sedang atau akan dibicarakan di mahkamah pendapat umum sebelum kemungkinan mereka dibicarakan di mahkamah undang-undang.

KSN Ali Hamsa bersama bosnya
Kalau agensi-agensi penguat kuasa seperti polis, SPRM dan Bank Negara benar-benar bebas dan AG pula menjalankan tugas "without fear or favour" (tanpa takut atau berat sebelah) seperti beliau ikrarkan berulang kali, ramai yang terlibat dengan kes-kes di atas pasti akan dihadapkan ke mahkamah undang-undang.

Penjawat Awam Akan Dimangsakan

Satu perkara lagi. Oleh sebab majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Islam, maka saya beranggapan mereka adalah manusia berbudi dan beriman (budiman) yang ada rasa malu kepada sesama manusia dan takut kepada balasan Tuhan.

KSU Perbendaharaan bersama bosnya, Menteri Kewangan
Dalam lipatan sejarah banyak kisah tragis penjawat awam disiasat, dituduh di mahkamah dan disumbat ke dalam penjara kerana bersubahat dengan ketua-ketua politik mereka atau dijadikan kambing korban untuk menyelamatkan bos-bos politik mereka.

Seperti sering saya ungkapkan, orang politik berbohong adalah taktik tetapi kakitangan awam berbohong adalah jenayah.

Kakitangan awam tentu tahu kisah-kisah yang membabitkan pemenjaraan penjawat awam dan eksekutif syarikat berkaitan kerajaan seperti Bank Rakyat, BMF dan, yang terbaru, kisah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Aziz Muhammad, yang dituduh bersubahat pecah amanah dan menipu pada tahun 2005.

Ramai percaya beliau adalah mangsa (the fall guy). Alhamdulillah Mahkamah Sesyen telah melepas dan membebaskan beliau dan ini disahkan oleh mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi. Namun mana beliau cemar, jiwa tertekan dan keluarga beliau mendapat malu.

Kemudian kes terbaru empat orang pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang ditangkap oleh SPRM dalam kes perlombongan bauksit. Serta-merta mahkamah pendapat umum menyifatkan mereka sebagai "ikan bilis" kerana pasti ada "jerung" di sebalik operasi perlombongan raksasa yang merosakkan alam sekitar itu.

Natijahnya, kakitangan awam dan sesiapa pun yang diberikan tugas oleh bos-bos politik hendaklah beringat-ingat iaitu merekalah yang pertama sekali akan masuk penjara, dikutuk dan dihina kalau mereka tidak amanah, bersubahat dan menjadi pemakan dedak.

Wallahuaklam.


Kajian penggunaan vape dibentang ke kabinet akhir Januari

Posted: 09 Jan 2016 10:43 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LARUT: Keputusan kajian mengenai penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan dibentang kepada kabinet akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
 
Beliau berkata kajian itu antara lain bertujuan mengetahui sejauh mana wap dari vape boleh menjejaskan kesihatan selain menentukan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh pengeluar.
 
"Sekiranya mahu penggunaan vape kekal di negara ini, pengguna dan penjual vape perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.
 
"Saya sedar banyak negeri telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape kerana mereka merasakan vape itu sesuatu yang boleh menjadikan seseorang individu mendapat penyakit tertentu," katanya dipetik Bernama.
 
Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut menarik perhatian apabila berkata setakat ini belum ada kajian sama ada dari dalam atau luar negara yang dapat membuktikan penggunaan vape boleh mendatangkan keburukan.
 
Mengulas lanjut, Hamzah berkata apabila peraturan mengenai penggunaan vape diwujudkan kelak ia akan memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalahgunakannya.
 
"Apabila ada undang-undang, maka mudah untuk kita ambil tindakan kerana bila tidak ada undang-undang apa sahaja kesalahan yang dibuat kita belum ada akta yang boleh ambil tindakan.
 
Sebagai contoh ada vape yang tidak ada nikotin apabila seseorang itu menggunakan vape, saya difahamkan asap yang keluar bukanlah seperti tembakau tetapi ia adalah wap. Ada beza antara wap dan asap yang boleh merosakkan seseorang," katanya.
 
Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram dan keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
 
 

TMJ kini pemilik JDT

Posted: 09 Jan 2016 10:42 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kini secara rasminya menjadi pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), demikian menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim.
 
Perkara itu dimaklumkan Ismail dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST). 
 
"Kami menjunjung tinggi usaha TMJ dalam memartabatkan lagi sukan bola sepak khususnya melalui pasukan JDT," katanya dalam kenyataan itu. 
 
Ismail berkata, Tunku Ismail yang sebelum ini adalah Penaung Diraja PBNJ, akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak Johor.
 
Sementara itu, JST memaklumkan perbezaan daripada sebelumnya, kini struktur JDT adalah sebagai kelab sepenuhnya dan berasingan dengan PBNJ yang mengelolakan pembangunan bola sepak negeri secara keseluruhan. 
 
Katanya, sebagai pemilik kelab JDT, Tunku Ismail akan lebih terbabit secara langsung dalam proses membuat keputusan dan pengurusan kelab, berbanding Penaung DiRaja yang lebih kepada memberikan bimbingan dan nasihat. 


Isu TPPA: BN sudah tentu setuju, kata Mahfuz

Posted: 09 Jan 2016 10:36 PM PST

AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

Mahfuz-Omar
Ahli Parlimen Pas-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, barisan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak ada kebebasan dan sudah tentu akan setuju dengan undian tersebut.


SHAH ALAM,  Sesi undi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam sidang Parlimen pada 26 Januari akan datang bagaikan 'wayang kulit pentas bangsawan'.

Ahli Parlimen Pas-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, barisan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak ada kebebasan dan sudah tentu akan setuju dengan undian tersebut.

"Hatta walaupun tidak diundi di Parlimen sekalipun, ia boleh ditandatangan. Oleh itu, ahli BN kena akur kepada Kedaulatan Negara.

"Jawapan yang diberikan kerajaan seolah-olah menunjukkan rakyat akur dengan keputusan mereka selepas diberi sedikit pemberian itu adalah tidak wajar," katanya kepada The Rakyat Post ketika ditemui pada majlis Sidang Kemuncak TPPA 2016 di sini pada Sabtu.

Tambahnya, teks yang terkandung dalam perjanjian TPPA bukan mudah difahami kerana ia mempunyai 6,000 helaian.

"Rakyat cerdik pun tak faham isu kandungan TPPA apatah lagi rakyat biasa.

"Badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini (semalam) untuk membantah TPPA ini semuanya ada kepakaran masing-masing dan kajian mereka perlu dihormati.

"Jangan perbodohkan rakyat dengan wayang kulit," katanya.


Semalam, sejumlah 250 badan bukan kerajaan (NGO) membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam majlis anjuran sebuah badan bukan kerajaan.

Pakar undang-undang, Chee Yoke Ling berkata kerajaan dinasihatkan agar tidak terlalu gopoh menandatangani perjanjian itu kerana implikasinya memerlukan negara mengubal undang-undang sedia ada bagi menyesuaikan diri dengan perjanjian tersebut di masa akan datang.


Bagaimanapun menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bahawa kebimbangan dan kegusaran yang diluahkan oleh wakil daripada 250 NGO itu adalah tidak tepat.

Katanya, biarpun NGO terbabit sebulat suara menolak perjanjian tersebut, sebenarnya isu-isu yang dibangkitkan itu lebih kepada kebimbangan atau kegusaran yang tidak tepat.

Isu letak calon Melayu: DAP tegur Amanah

Posted: 09 Jan 2016 10:34 PM PST

AHMAD FAZLAN

 

dapsy
Setiausaha Eksekutif Publisiti Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata DAP akan sentiasa mengekalkan prinsip perjuangan di samping mengubah persepsi negatif terutamanya oleh golongan pengundi Melayu.


KUALA LUMPUR,  "Cadangan untuk meletakkan calon Melayu DAP atas ticket PKR atau Amanah adalah sesuatu yang DAPSY tidak akan bersetuju."

Itu reaksi Setiausaha Eksekutif Publisiti Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berhubung cadangan daripada Timbalan Ketua Amanah Johor, Zulkefly Ahmad bahawa DAP tidak payah meletakkan calon Melayu Islam bagi DUN Johor pada pilihan raya akan datang.

Muhammad Shakir berkata keputusan berkaitan dengan percalonan pilihan raya adalah ketetapan pimpinan DAP yang tidak akan berdasarkan bangsa atau agama tetapi berdasarkan kualiti calon dan strategi masing-masing.

Malah katanya, DAP akan sentiasa mengekalkan prinsip perjuangan di samping mengubah persepsi negatif terutamanya oleh golongan pengundi Melayu.

"Sebagai sahabat perjuangan dalam Pakatan Harapan, kami ingin menasihati Zulkifly agar jangan terjerat dengan permainan politik perkauman dan agama seperti  yang dimainkan oleh Pas dan Umno.

"Politik agama dan perkauman masih menjadi kelemahan politik negara kerana mudah dimanipulasi oleh media pro-UMNO dan konco-konconya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Shakir, DAP biasanya 'dikambinghitamkan' kerana prinsip DAP yang mengutamakan kebebasan, hak saksama, keadilan sosial dan solidariti telah mencabar dominasi politik kaum dan agama yang dikuasai Umno-Barisan Nasional.

"Kami juga ingin menasihati Zulkifly bahawa politik agama yang disalahgunakan oleh pimpinan Pas mengakibatkan penubuhan Parti Amanah.

"DAPSY berharap agar persefahaman dan kerjasama politik bersama komponen Pakatan Harapan harus dianggap sebagai permulaan baru untuk mengubah politik tanahair yang berdasarkan persefahaman politik yang matang demi kebaikan rakyat Malaysia," katanya.

Potong yuran untuk kurangkan sengsara mahasiswa

Posted: 09 Jan 2016 10:29 PM PST

 
Masyarakat digesa ambil serius kesusahan pelajar universiti akibat kenaikan kos sara hidup.


Azzan,kpt


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu memberikan potongan yuran sebanyak 80% hingga 100% kepada mahasiswa daripada golongan berpendapatan rendah.

Saranan itu dibuat oleh Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) berikutan pelbagai laporan mengenai kesusahan hidup mahasiswa di kampus yang diuar-uarkan sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya, Azzan Aznan Abdul Rahim, berkata KPT juga harus menyenaraikan jumlah mahasiswa seluruh negara yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah di bawah RM3,000.

"Kategorikan mereka mengikut universiti dan tujuan penggumpulan data ini adalah untuk memudahkan proses bantuan dan penyampaian inisiatif.

"Selain itu, pentadbiran universiti juga diminta membuka peluang pekerjaan kepada mereka ketika kumpulan pelajar ini belajar di universiti berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Azzan Aznan berkata, mahasiswa tidak berkemampuan perlu tampil memberitahu masalah kepada pentadbiran universiti atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Beliau berkata, masyarakat digesa mengambil serius akan kesusahan mahasiswa akibat kenaikan kos sara hidup yang membelenggu negara.

Baru-baru ini, sebuah akhbar harian tempatan melaporkan bahawa seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengsan di dalam kelas akibat tidak makan selama dua hari kerana tidak berduit

PAS tak goyang hadapi AMANAH

Posted: 09 Jan 2016 10:22 PM PST

Anne Muhammad


 


PAS tidak gentar menghadapi Parti Amanah Negara (AMANAH) berikutan pengalaman dan sejarah panjang yang dihadapi oleh parti berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS pernah menghadapi pelbagai parti sebelum ini, termasuk Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) bagaimanapun PAS tidak pernah jatuh, malah terus bangkit.

"PAS parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka. (Menghadapi parti lain) itu adalah perkara biasa.

"Pakatan bukan baru, Pakatan Harapan dan pelbagai pakatan sejak tahun 1960-an ada yang rebah. Ada yang rebah tak bangun-bangun, (tetapi) kita terus bangkit," katanya di sidang media selepas melancarkan Ijtima' Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas kerjasama yang dijalinkan AMANAH dengan PKR dan DAP ketika ini.

Semalam, AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS, bersama PKR dan DAP memeterai perjanjian kerjasama Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka bakal diadakan pada 2017.

Sebelum ini PAS dan DAP telah berpatah arang berkerat rotan sehingga kerjasama Pakatan Rakyat tumbang dan masing-masing menjalani kerjasama berasingan dengan PKR.


PAS tidak akan serah walau satu kerusi.

Posted: 09 Jan 2016 10:16 PM PST

 
Penegasan dibuat Tuan Ibrahim kerana parti itu terlalu banyak berkorban untuk rakan sebelum ini.


tuan-man,pas


KUALA SELANGOR: PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi termasuk kepada sekutu dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS sudah terlalu banyak berkorban untuk sekutu politiknya sebelum ini.

Tuan Ibrahim berkata, sejarah sudah menunjukkan di mana parti seperti Parti Negara dan Semangat 46 banyak mengambil kesempatan atas pertolongan daripada PAS.

"Masa kita bekerjasama dengan Parti Negara, PAS berikan kerusi kepada Parti Negara. Bila bekerjasama dengan PKR kita berikan jentera untuk bantu sekutu kita itu.

"Hari ini, mereka minta PAS bekerjasama dengan pakatan baharu, yang bermakna PAS kena serahkan kerusi.

"Itu tidak akan berlaku dan kita takkan serahkan satu kerusi pun kepada mereka," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 ahli PAS di sini, hari ini.

Semalam, bekas sekutu PAS iaitu DAP menandatangani perjanjian dengan parti serpihan PAS, AMANAH dan PKR untuk bekerjasama demi menghadapi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, pakatan ketiga-tiga parti itu masih belum memutuskan pendirian berhubung kerjasama dengan PAS.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik sebagai berkata, keputusan mengenainya hanya akan dibuat apabila ia diperlukan.

'Kami takkan cari yang di Gua Musang, Pagoh‎'

Posted: 09 Jan 2016 05:20 PM PST

 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) tetap memilih bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, gabungan itu memberi jaminan tidak akan memilih tokoh pemimpin dari parti lain.

"Soal siapa yang kita nak letak sebagai pimpinan utama? Amanah setuju yang berada dalam penjara di Sungai Buloh.

"Jangan risau, dekat-dekat pilihan raya kami tak akan cari yang di Gua Musang atau di Pagoh," katanya ketika berucap di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, di sini, hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Gua Musang,  Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tengku Razaleigh sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lalu.

Manakala, Muhyiddin merupakan antara pemimpin Umno yang paling lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga menyebabkannya disingkirkan dari Kabinet, Julai tahun lalu.


Datuk Vida jamin TRW tidak berlaku masalah kewangan

Posted: 09 Jan 2016 05:18 PM PST



Datuk Vida
Datuk Vida
 

PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberi jaminan masalah kewangan yang dihadapi persatuan hingga menjejaskan prestasi pasukan tidak akan berulang lagi.

Jelasnya, bukan sahaja bayaran gaji akan dijelaskan mengikut kontrak tetapi bonus dan juga saguhati lain turut diberikan seandainya pasukan menunjukkan prestasi cemerlang dan mencapai kemenangan.

"Insha-ALLAH tiada lagi rungutan dan masalah tunggakan gaji dikalangan pemain hingga mereka beraksi dibawah kemampuan sebenar, begitu juga kebajikan-kebajikan lain yang akan kita berikan penekanan.

"Jadi pemain Kelantan tidak perlu risau masalah gaji lagi," jelasnya yang lebih dikenali dengan nama Dr Vida.

Sementara itu, Pengendali Kelantan, K Devan menyambut baik hasrat Dr Vida yang bersedia menaja pasukan dalam usaha memastikan The Red Warrios (TRW) terus kembali digeruni lawan.

"Pastinya saya gembira dengan berita ini, dengan adanya tajaan baru ia baik untuk pasukan Kelantan dan saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada aspek kejurulatihan serta perkara-perkara yang berlaku dalam padang," katanya ditemui selepas Majlis Undian Piala FA 2016 di Shah Alam, semalam.


Tiada ulasan: