Rabu, 13 Januari 2016

.

.


Pas meraih modal di sebalik bantah TPPA?

Posted: 12 Jan 2016 09:13 PM PST

SUSUPAN TENGAHARI

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada Ahli Parlimen yang berlangsung di Kuala Lumpur. Taklimat ini penerusan kepada siri taklimat menjelas dan menerangkan TPPA yang diadakan kepada berbagai pihak.

Sebahagian Ahli Parlimen yang hadir.
Tujuan majlis itu ialah untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada ahli parlimen mengenai TPPA secara mendalam sebagai persiapan untuk dibahaskan di parlimen kelak.

TPPA akan dibawa ke parlimen pada 26 Januari depan untuk dibahas oleh ahli parlimen kemudian menentukan apakah perjanjian itu akan diluluskan atau tidak. Bagi Menteri MITI, Mustapa Mohamed taklimat dan penerangan itu penting yang memerlukan komitmen semua pihak untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubungan perjanjian berkenaan yang dikalan ini menjadi sedikit kontroversi.

Dalam taklimat itu juga Ahli Parlimen berpelung untuk menyoal dan mendapat apa-apa sahaja penjelasan yang mungkin keliru, kabur berhubung TPPA. Mustapa mengakui dan berpegang kepada hakikat dan prinsip Ahli Parlimen masing-masing terutamanya dari pembangkang.

Kelihatan Nurul Izzah yang hadir dengar taklimat.
Katanya, sama ada ahli parlimen menyokong atau tidak di parlimen itu adalah hak mereka, tapi yang penting tekannya, perbahasan (sidang khas) itu berlaku secara objektif dan profesional. Ertinya Mustapa mahu perbahasan mengenai TPPA itu dibuat dengan penuh rasional dan matang.

Beliau tidak mahu perbahasan nanti berlangsung dalam keadaan tanpa ada maklumat dan penjelasan, apa lagi jauh sekali dibuaki dengan emosi seperti mana yang berlaku berhubung sesuatu isu sebelum ini. Apa yang mustahak dalam perbahasan nanti kerajaan mahukan apa juga pandangan yang bernas sebelum perjanjian itu ditanda tangani kerana ia ada kiatan dengan negara bukan sekelompok orang.

Kesediaan MITI membuka peluang untuk mengundang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara termasuk dari pembangkang itu menjelaskan keikhlasan Mustapa khasnya, dan kerajaan berhubung TPPA. Sudah tentulah Mustapa sendiri sebagai menteri dipertanggungjawab tidak mahu memikul segala beban dan implikasi dari pelaksanaanya bersendirian. Baik dan buruk TPPA harus dipukul bersama. Makanya tanggungjawab sebelum meluluskan perjanjian itu diletak diatas bahu semua penanggungjawab.

Justeru, kehadiran Ahli Parlimen termasuk pembangkang itu sesuatu yang penting, dan menandakan Ahli Parlimen menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat. Mandat yang diberikan rakyat dipergunakan sebaik mungkin.

Boleh dikatakan semua parti politik pembangkang menghantar wakil ke majlis taklimat berkenaan. Keadilan (PKR) diwakili sendiri oleh Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain. Manakala DAP diwakili oleh Teresa Kok dan beberapa yang lain. Wakil Amanah juga turut sama hadir. Dalam kesempatan itu mereka berpeluang bersemuka dengan Mustapa dan mendapat penjelasan daripada pakar-pakar bersangkutan.

Bagaimana pun sesuatu yang agak mendukacitakan tidak ada wakil daripada parti agama Pas hadir ke majlis taklimat berkenaan. Ketiadaan wakil rakyat Pas ini sesuatu yang sangat dikesali dan tidak wajar sekali. Sepatutnya mereka hadir untuk mendapat penjelasan dan penerangan kalau pun tidak ada idea untuk melontarkan pandangan. Wakil Pas perlu datang juga sekali pun ia bercadang untuk membantahnya.
Surat arahan bantah TPPA.

Pas bercadang akan mengadakan demostrasi membantah pelaksanaan TPPA pada 23 Januari ini. Apakah Pas sudah memahami serta mengetahui baik dan buruk TPPA itu dengan jelasnya sebelum membantah di jalan raya? Atau pun Pas sengaja mahu mencari populariti menerusi isu berkenaan sebagai jalan keluar kepada masalah yang sedang berpolot kini. Pas kini berada dalam keadaan tidak begitu kondusif ekoran perpecahan yang melanda parti itu.

Tindakan Pas menganjurkan bantahan TPPA itu juga dikira songsang kerana baru-baru parti itu mengambil sikap berkecuali dalam menyatakan sokongan atau bantahan kepada Bajet dibentangkan Najib. Wakilnya kebanyakan tidak ada dalam dewan semasa pengundian dijalankan. Tetapi alih-alih mengenai TPPA ini Pas bergagah untuk membantahnaya.

Sebelum itu juga Ahli Parlimen Pas tidak bersedia untuk mengangkat plakad "Mana 2.6 billion" dan menganggap ia kerja yoya-yoya atau budak-budak, tetapi hari ini Pas berdiri mengangkat plakad mengatakan akan sedia turun untuk berdemostrasi membantah TPPA. Jelas sekali pendirian dan pendekatan Pas dalam hal ini tidak konsisten.

Adalah lebih baik kalau Pas terus dengan pendirian dan cara tersendirinya itu, bersikap "tawakus" (bantah sambil duduk) berhubung isu TPPA ini tanpa mengadakan bantahan kerana cara itu akan menampakkan parti itu ada pendirian yang mampan. Dan percayalah demostrasi yang dipelopori sendiri oleh Presiden itu tidak akan ke mana dan TPPA tetap juga akan diluluskan kerana BN menguasai majoriti di Parlimen. Pas harus bijak dalam soal ini dan jangan terus membiarkan diri diketawakan umum. [wm.kl. 12:52 pm 13/01/15

DAP tidak perlu dibenci tapi dilawan (Bhg 1)

Posted: 12 Jan 2016 05:59 PM PST

PANDANGAN

DAP mengakui kempen memburuk-buruk dan menakut-nakutkan parti itu dalam kalangan orang Melayu khususnya di luar bandar berjaya. Satu kajian bebas dilakukan di Selangor menunjukkan lebih 40% orang Melayu mengakui DAP sebagai anti Islam. Dapatan itu sudah pasti dibimbangi DAP dalam usaha menjadikan parti itu sebagai parti rakyat Malaysia.

Justeru, pimpinannya meminta agar perkembangan itu dipantau dan diatasi segera.

DAP tidak mudah menolak sesuatu yang negatif membabitkan partinya, tetapi mengambil sikap proaktif terhadap kritikan. Sikap ini berbeza dengan parti orang Melayu yang akan marah kalau ada kata-kata negatif terhadapnya walaupun untuk memperbetulkan kesilapan. Orang Melayu "menunjal" untuk menerima kritikan dan ini salah satu sifat memundurkan bangsa itu.

Tidak dinafikan, kempen memburuk-burukan DAP dan menakutkan orang Melayu dengan parti itu dijalan demikian rupa sejak kesekian lama, cuma ia berkembang dan menguncup mengikut musim. Ia bukan sahaja dilakukan oleh parti Umno atau agensi parti itu, tetapi oleh mereka yang percaya dengan provokasi kedudukan Melayu kian lemah waktu ini. Ini juga termasuk parti Pas dibawah pimpinan baharu.

Apa yang ditohmahkan ialah DAP sebagai parti Cina, menentang Islam, dan cuba merampas kuasa orang Melayu di negara ini. Tohmahan dan propagnda itu ditelan bulat-bulat sehinggakan kadang kala menampakkan kebodohan atas perbuatan itu. Mereka menerima propaganda itu tidak ubah ikan Sebarai yang menerkam bulu ayam yang dijadikan umpan untuk menangkapnya disangka anak ikan.

Lebih teruk lagi DAP ditabur dengan propangda buruk berbau fitnah seperti bersekongkol dengan Isreal untuk membina pengkalan tentera di Pulau Pinang dan sebagainya. Anihnya dakwaan-dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti dan dalil jelas dan konkrit. Dakwaan yang direkayasa. Tindakan DAP menayaman pemfitnah itu sudah tentu memberi peluang kepada DAP untuk menunjukkan parti itu bersih dari tuduhan itu.

Di sini sekali lagi sikap orang Melayu yang suka kepada benda-benda tahayul mayul, merekayasa cerita mempengaruhi sikap dan pemikiran mereka. Sekiranya DAP berjaya dalam saman fitnah itu, ia akan menyaksikan kepada dunia betapa buruk dan huduhnya politik dari orang mengaku Islam yang membenci fitnah.

Secara umumnya wajar kalau orang Melayu menjaga kepentingannya dalam serba serbi termasuk kuasa politik. Menjadi tanggungjawab dan amanah orang Melayu mengekalkan kekuasaan di negara ini yang dipuasaki daripada orang terdahulu. Tetapi sebelum bersiap siaga ke arah itu, tindakan dan langkah yang diambil biarlah wajar dan tepat serta logik dan tidak digelak oleh dunia. Kalau hendak menyelamatkan diri dari sesuatu bahaya biarlah kita mengenali sejauh mana benar dan "sengoti" bahaya itu. Jangan bersikap melarikan diri dari bayangan (momokan) yang kita sendiri reka. Itu perbuatan tolol.

Persoalan pertama yang kena jawab dan diketahui ialah apakah DAP berpeluang untuk menguasai negara ini? Fakta dan kedudukan jumlah kerusi Dewan Rakyat pada masa ini boleh dijadikan ukuran munasabah atau tidak, dengan dakwaan itu. Tidak perlu orang Melayu bermain dengan ilusi sendiri sehingga ia diterkam phobia takut tidak menentu. Orang Melayu harus realistik dan bangun dari kefasikan bukan bertindak bodoh "kambal". Bodoh kamal ialah bodoh yang amat bodoh.

Mungkin ramai yang tidak tahu, atau buat-buat pandir bahawa kuasa untuk menjaga kekuasaan Melayu di negara ini dilakukan menerusi persempadanan kawasan pilihan raya. Tidak boleh dinafikan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini. Persempandan pilihan raya di negara dibentuk atas kepentingan politik Melayu? Siapalah yang dilantik menjadi anggota suruhanjaya berkenaan? Melayu atau Cina?

Berdasarkan hakikat ini kenapa orang Melayu harus takut tidak berhujung pangkal kepada DAP dan lebih teruk lagi termakan dengan olok-olok yang sengaja dipropangdakan itu. Realiti yang berlaku daripada 164 kerusi parlimen di Semenanjung (kini) sebanyak 113 didominasi oleh orang Melayu. Manakala hanya 22 kerusi sahaja didominasi oleh Cina. Sebanyak 29 kerusi lagi adalah kawasan campuran yang menjadi rebutan antara Cina, Melayu dan India.

Angka atau fakta itu menunjukkan jelas bahawa tidak ada jalan dan celah untuk orang Cina atau DAP menguasai politik di negara ini bersendirian. Katalah DAP mendapat sokongan dari semua kerusi di Sabah dan Sarawak berjumlah 58 kerusi dicampur dengan 29 kerusi campuran, DAP baharu memperolehi 109 kerusi dimana jumlah belum cukup untuk menguasai parlimen dan membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.

Itu hakikat yang perlu diketahui. Bermakna asal sahaja orang Melayu bersatu dan mempunyai understanding tinggi dalam politik orang Cina (DAP) tidak mungkin dapat membentuk kerajaan bersendirian. Jadi di sini tidak timbul orang Cina akan menguasai politik (angka) di Malaysia. Kebimbangan kepada DAP itu tidak berasas dan disengajakan sebagai modal politik pihak tertentu sahaja. Bersambung. [wm.kl.9:58 am 12/01/15]

Tiada ulasan: