Ahad, 31 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sultan Kedah Murka ....desak kumpulan penderhaka mohon maaf

Posted: 31 Jan 2016 04:38 AM PST

Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kemelut politik di negeri itu mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berdepan krisis, hari ini.

 Beliau menyelar tindakan beberapa ketua bahagian yang mengadakan sidang media pada 20 Januari lalu, menyifatkannya 1 penghinaan kepada Sultan Kedah pada ketika persiapan sambutan itu sedang berjalan.

 "Tindakan 12 ketua bahagian dan 2 timbalan ketua bahagian mengheret sama ketua sayap dan pemimpin muda Umno mengadakan sidang media di Alor Star pada 20 Januari lepas adalah tidak bertanggungjawab.

 "Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutan ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," kata Mukhriz dalam 1 kenyataan hari ini.

 Beliau juga menyifatkan tindakan 6 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat mingguan Rabu lepas, kerana menyokong kumpulan ketua bahagian tersebut, sebagai ingkar dalam taat setia mereka kepada Sultan Kedah.

 "Ini jelas sekali menyalahi peraturan lantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan raja pemerintah, seperti termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah," katanya.

 Menurut Mukhriz, tindakan ketua bahagian dan exco tersebut mengundang kemurkaan Sultan Kedah.

 "Saya dimaklumkan Sultan Kedah turut murka dengan keingkaran exco Kedah berkenaan," katanya.

 Mukhriz juga memohon sembah ampun kepada Sultan Kedah di atas semua kemelut yang berlaku dan mendesak supaya beberapa ketua bahagian terlibat dan 6 exco tersebut meminta maaf kepada sultan.

 "Saya mendesak agar semua 14 ketua bahagian yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dengan sidang media pada 20 Januari lalu dan enam exco yang tidak hadir ke mesyuarat pada 27 Januari segera memohon maaf kepada Sultan Kedah dan pemangku Jemaah Sultan Kedah," katanya.

 Mukhriz, menteri besar penggal pertama, ketika ini berdepan tentangan daripada pemimpin Umno Kedah yang mendesak beliau berundur memandangkan sokongan dan keyakinan terhadap beliau dikatakan kini berkurangan. – 31 Januari, 2016.~ sumber

Pemuda Amanah Negara Parlimen Gopeng, Perak bakal memacu kecemerlangan Islam Untuk Semua

Posted: 31 Jan 2016 03:00 AM PST

Ketua Pemuda Amanah Gopeng, Sdr Kamarul sedang berucap,
disebelah kirinya, Sdr Fadzlan, Setiausaha Pemuda. Bercermin
mata, Sdr Fitri dan dikanannya Ketua Amanah Gopeng Sdr
Ahmad Badarin
Pagi ini Pemuda Amanah Negara Parlimen Gopeng, Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung (Penaja)  di Pejabat Amanah Negeri Perak.

 Mesyuarat dirasmikan oleh Timbalan Ketua Amanah Negeri Perak, Fitri Asmuni. 

Antara intipati ucapan beliau ialah seperti yg pernah dikatakan oleh bekas Presiden Indonesia, Ir Sukarno:

 "Pemuda dan Wanita ibarat 2 sayap seekor burung. Jika kedua-dua sayap tersebut baik, maka sampailah burung tersebut ke destinasinya. 

Kepimpinan Pemuda Amanah Negara Parlimen Gopeng, Perak
bakal memacu kecemerlangan Islam Untuk Semua  di Perak.
"Tetapi jika satu sayapnya patah, maka tidak sampailah burung tersebut ke destinasinya...Kita adalah pemuda dan sayap kepada parti Amanah, parti kita. 

"Kita mesti memastikan sayap kita baik untuk memastikan parti kita terbang dgn baik ke destinasinya.."

 Tahniah kepada Sdr Kamarul yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pemuda dan semua AJK.

 Menurut Mohd Fadzlan, Setiausaha Pemuda, program pemantapan sahsiah diri dan rohani telah dirancang untuk merealisasikan hasrat dan aktiviti untuk meralisasikan tuntutan Islam Rahmat untuk semua.

KENANGAN DI MASA MASA YANG LALU

Posted: 30 Jan 2016 11:00 PM PST

 Hari ini memori ambo mengamit kenangan 2 thn lalu iaitu bila pada 1 feb 2014 ambo ditamatkan perkhidmatan oleh KIAS melalui sekeping surat yang ditandatangi oleh seorang pembesar "Kerajaan Islam Kelantan", Mohd Amar bin Abdullah. 

Memori ini mengusik kembali bukan kerana pada tarikh tersebut ambo kehilangan kerja, tetapi lebih memilukan kerana ianya berlaku dlm satu pengurusan yg sering melaung melalui copong sebagai penegak perjuangan Islam, lebih2 lagi KIAS yg menjadi lubuk mencari makan ramai ahli2 dan pemegang jawatan dlm Dewan Ulama Pas Kelantan.

 Kenangan ini lebih mengharukan lagi bila akhir2 ini ramai sangat " pejuang2 Islam" yg hilang jawatan bukannya kerana mereka lari dari perjuangan Islam, tetapi kerana kesetiaan mereka kpd pemimpin tertentu diragui. 

Terkini semua penghulu dalam Dun Salor masih tidak dilantik semula semata2 kerana kesetiaan mereka yg tinggi kpd YB Dato Husam yg berkali2 menegaskan kalu boleh nak mati dlm Pas selain mereka yg sblmnya telah tidak disambung perkhidmatan atas alasan mereka telah tamat tempoh wpun ianya bukan amalan biasa 23 thn Pas merintah Kelantan. 

Sekali lagi ambo tegaskan, ambo kecewa bukan kerana ambo kehilangan pekerjaaan atau jawatan, tetapi cara bertindak sebuah kerajaan yg mendakwa memerintah secara a Islam amat mendukacitakan dan memilukan sehingga ianya tidak mungkin terpadam kpd beberapa jenerasi keturunan ambo.

 Alasan pemecatan ambo hanya diketahui melalui Ikatan Dokumen yg dikemukakan kpd mahkamah, sedang ambo sendiri samada sebelum dan selepas pemecatan tidak pernah dimaklumkan alasan pemecatan yg dibuat, apalagi peluang untuk membela diri...ajaran Islamkah ini??? 

Alasan-alasan yg dikemukakan kpd mahkamah sbg asas pemecatan ambo ialah:

 1. Tidak melaksanakan tugas yg diberi atas alasan "bukan level saya", 

 2. Tidak dpt menerima jadual pembahagian tugas, tidak komplimentatif dgn subordinat menyebabkan beberapa urusan menjadi tergendala, 

 3. Tidak patuh kpd arahan Ketua Eksekutif spt tidak pernah menghadiri Majlis Tazkirah yg diadakan semenjak thn 2004. 

4. Sentiasa mempunyai pandangan yg keras dan antogonistik terhadap pensyarah, 

 5. Menghasut pelajar supaya mempercayai keputusan mbatalkan MOU oleh Uni Al Azhar adalah kerana kecuaian KIAS. 

 6. Membuat surat layang yg menganggu penghantaran pelajar ke Mesir. 7. Menghebah/memburukkan KIAS kpd pihak luar. 

 8. Tidak memberi kerjasama dlm semua aktiviti yg dianjurkan oleh KIAS. 

 9. Mempengaruhi "mood" dan etika kerja sebilangan staf KIAS yg memberi kesan negatif terhadap pengurusan KIAS dlm membina imej dan reputasi KIAS.

 Jika KIAS mempunyai alasan yg cukup kukuh untuk memecat ambo, mengapa ambo tidak pernah diberikan Surat Tunjuk Sebab atau dipanggil membela diri di hadapan Lembaga Tatatertib???

 Adakah ini cara bekerja sebuah negeri yg melaung2kan untuk menegakkan hukum Islam dan hudud????

 Ambo akan membawa kenangan ini hingga ke akhir hayat dan menunggu penyelesaiannya di hadapan Allah Rabbil Jalil wpun penghakiman dunia telah dibuat oleh banyak pihak terutama dari walauta walauta Pas Kawasan Ketereh dan Machang dan sedikit drp Kawasan Tumpat.  sumber

Kata hari dah dapat perkenan ? Ni kena ngadap sorang-sorang apa cerita?

Posted: 30 Jan 2016 07:14 PM PST

Para penyokong MB Kedah Datuk Seri Mukhriz  berhimpun 
di hadapan pejabat  Ahmad Bashah bersama sepanduk dan kain 
rentang memprotes penyingkiran Mukhriz. Baca di sini
Jemaah Diraja Kedah dilaporkan meminta satu pertemuan diadakan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada Isnin bagi menyelesaikan isu menteri besar di negeri itu, menurut akhbar The Star hari ini.

 Akhbar bahasa Inggeris itu melaporkan, jemaah itu akan menemui semua 21 wakil rakyat, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, secara berasingan.

Akhbar the Star memetik sumber politik, akhbar itu berkata, perjumpaan yang akan diadakan di Alor Star itu bagi membolehkan jemaah menilai sama ada majoriti Adun BN menyokong rancangan menukar menteri besar tersebut. – 31 Januari, 2016.~ sumber

Komen al-Husseyn :

Peliklah! Kata hari dah dapat perkenan dan dah nak angkat sumpah??  

Rupa-rupanya Jemaah Diraja mahu bertemu secara berasingan. Maknanya seorang demi seorang setiap wakil rakyat akan mengadap dan ditanya, sokong Mukhriz atau tidak...

Maka tidak ada alasan untuk mereka merasa tertekan atau takut dengan tekanan mana-mana pihak.


Kalau dengan cara begini pun masih ada yang takut-takut, eloklah kita hantar mereka semua tu kepada Puan Fatimah Abdullah  supaya dipotong anunya!

Setakat ini, 19 daripada 21 Adun telah menandatangani akuan berkanun bagi menyokong usaha menyingkir anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu. 

7 sebab-sebab untuk PPO menilai keputusan Peguam Negara

Posted: 30 Jan 2016 04:02 PM PST

YAYASAN 1Malaysia (Y1M) menyokong sepenuh hati keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merujuk arahan Peguam Negara untuk menutup tiga fail siasatan yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada Panel Penilaian Operasi yang (PPO). Ia berada dalam lingkungan kuasa PPO  untuk menilai keputusan Peguam Negara.

 Terdapat sekurang-kurangnya tujuh sebab mengapa PPO perlu melaksanakan tugas ini.

 ► SATU, terdapat pandangan yang bercanggah mengenai kesahihan sumbangan itu didakwa dibuat oleh pemerintah Saudi, almarhum Raja Abdullah, kepada Najib pada Mac-April 2013. Menurut BBC, sumber Arab yang tidak dinamakan itu telah mengesahkan kemasukan US $ 681.000.000 ke akaun dalam peribadi Najib adalah dari raja Arab.

 Satu laporan dalam Wall Street Journal bagaimanapun mempunyai keraguan ke atas tuntutan itu. Ia mengatakan bahawa "Seorang pegawai kerajaan Arab Saudi manakala enggan mengulas secara khusus mengenai kenyataan pendakwa tersebut berkata bahawa kementerian Arab urusan dan kewangan asing tidak mempunyai maklumat mengenai apa-apa hadiah dan sumbangan diraja ke akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak akan pernah berlaku sebelum ini ". Kebenaran tentang derma itu perlu diwujudkan sekali dan untuk semua.

 ► DUA, jika ia adalah benar, seperti yang dicadangkan oleh cerita BBC bahawa sumbangan itu adalah untuk membantu Najib dan Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013, ia menimbulkan persoalan etika yang serius.

 Bagaimana pemimpin sebuah negara asing - yang kebetulan tidak mengadakan pilihan raya - berusaha untuk menentukan keputusan sesuatu pilihan raya di negara kita melalui penggunaan wang?

Tidak akan menjadi pelanggaran peraturan pilihan raya? Bukankah itu menjadi satu perbuatan rasuah membabitkan kedua-dua pemberi dan penerima? 

Bagaimanakah kita bertindak sekiranya Presiden Indonesia atau Perdana Menteri Singapura, melalui derma rahsia, cuba untuk menentukan keputusan pilihan raya di Malaysia?

 ► TIGA, jika sebahagian kecil - AS $ 61 juta - derma itu digunakan untuk pelbagai tujuan, siapakah penerima manfaatnya? Mungkin, jentera pilihan raya BN adalah salah seorang daripada mereka.

 Adakah terdapat perakaunan perbelanjaan pilihan raya yang sepatutnya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang pilihan raya? Oleh kerana ia adalah Perdana Menteri sebuah negara yang mendakwa mengamalkan akauntabiliti yang merupakan penerima sumbangan itu, tidakkah sepatutnya ada penjelasan yang betul bagaimana wang itu dibelanjakan?

 ► EMPAT, kerana Peguam Negara mendakwa bahawa AS $ 620 juta telah dikembalikan kepada penghantar pada Ogos 2013, kita tertanya-tanya mengapa apabila ia menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat sejumlah besar wang dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri pada bulan Julai 2015, tidak ada percubaan oleh Najib atau sesiapa sahaja di sekelilingnya untuk memberitahu kepada awam yang sebahagian besar wang itu telah dikembalikan kepada penghantar? Ia akan lebih berfaedah kepadak Najib untuk berbuat demikian; maka berdiam diri sejak enam bulan lepas itu adalah membingungkan.

 ► LIMA, jika ia adalah benar bahawa US $ 620 juta telah dikembalikan kepada raja Arab pada bulan Ogos 2013, adakah Bank Negara menyedarinya? Ketika itu sejumlah wang yang besar keluar dari sistem perbankan kita, tidakkah ia telah 'mencemaskan' bank pusat kita? Bagaimanakah Bank Negara bertindak?

 ► ENAM, terdapat juga dakwaan bahawa wang yang kononnya telah dikembalikan sebenarnya disimpan beku dalam akaun bank Singapura. Adakah ia dicairkan semula dan dihantar kembali kepada pemerintah Arab? Apakah peranan pihak berkuasa Singapura pada semua ini?

 ► TUJUH, Peguam Negara dalam kenyataannya gagal menangani satu lagi isu yang sama. Dikatakan bahawa wang yang sebenarnya mengalir ke dalam akaun Najib adalah melalui syarikat Kepulauan British Virgin tanpa nama  dan sebuah bank swasta Swiss dimiliki oleh Abu Dhabi Aabar. Adakah ini benar? Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui.

 Ia adalah kerana persoalan-soalan yang membingungkan rakyat Malaysia mengenai wang dalam akaun bank Perdana Menteri begitu asas; maka satu penilaian oleh PPO keatas keputusan Peguam Negara adalah sangat penting. Jika soalan-soalan ini dijawab dengan jujur ​​dan benar, kepercayaan orang ramai terhadap Perdana Menteri dan kerajaan akan dipulihkan ke tahap yang luas.

 Jawapan yang jujur ​​juga akan meyakinkan rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan Najib ikhlas menegakkan integriti. Kita telah melihat bagaimana dalam Persepsi Rasuah Berlin berdasarkan Index (CPI) 2015 yang diumumkan pada 27 Jan, 2016, kedudukan Malaysia telah merosot dari 50 ke 54 daripada 168 buah negara. Kontroversi berkaitan dengan Perdana Menteri telah dinamakan antara sebab.

 Ini adalah mengapa ia adalah demi kepentingan semua rakyat Malaysia untuk menyokong penilaian menyeluruh keputusan Peguam Negara. Adalah salah untuk mengatakan bahawa keputusannya adalah di luar penelitian. Dalam demokrasi yang menghargai tadbir urus yang baik, keputusan dan tindakan seorang pegawai kerajaan yang diamanahkan dengan perlindungan kedaulatan undang-undang dan pemeliharaan keadilan tidak harus dilindungi daripada penilaian dan peetasiran oleh rakyat.

 Dr Chandra Muzaffar
 Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
 Yayasan 1Malaysia

Tiada ulasan: