Khamis, 28 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Eloklah PAS bersama Umno, dunia dan akhirat

Posted: 28 Jan 2016 02:31 PM PST

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu mempunyai keyakinan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji, yang bukan sahaja berlandaskan syariah, tetapi juga menjana pendapatan yang baik untuk para pendeposit.

 "Tabung Haji bukan bank yang beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan yang berorientasikan ke arah memaksimumkan keuntungan berbanding pulangan kepada pendeposit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Takiyuddin berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang telah bertemu di Parlimen semalam dan apa yang diberikan oleh atas pegawai-pegawai Tabung Haji ke atas prestasi kewangan.

 Mereka mengesahkan bahawa prestasi kewangan Tabung Haji adalah baik, terutama apabila mengambil kira jumlah nilai aset dan portfolio pelaburan.

 Beliau berkata apa yang lebih penting ialah Tabung Haji menjamin bahawa bonus 2015 untuk pendeposit akan diisytiharkan dan diedarkan dalam masa terdekat.

 Komen yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji tidak boleh menjejaskan keyakinan pendeposit terhadap organisasi, katanya. - Bernama, 28 Januari 2016.~ sumber

Komen al-Husseyn : 

Demikian komen dari seorang sahabat Umno, selepas bersembang-sembang dalam satu pertemuan di parlimen - pastinya bukan dalam dewan persidangan parlimen tapi di luar ; mungkin di lobi parlimen atau di kantin parlimen ....entahlah. 

 Walau apa pun, nampaknya begitu mudah sekali YB Takiyuddin telan bulat-bulat apa yang Jamil Baharom kelentongkan kepadanya; lalu membuat rumusan dengan mengesahkan bahawa prestasi kewangan Tabung Haji adalah baik .....

 Hanya kerana Jamil Baharom kata, Tabung Haji jamin akan bayar bonus 2015 untuk pendeposit dalam masa terdekat ; itu yang buat Takiyuddin yakin sangat tanpa mengambil kira kemungkinan besar, TH terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit , sebagaimana ramalan Tan Sri Zeti.

Kalaulah pandangan Takiyuddin ini diterima sebagai pandangan rasmi PAS, maka ianya dilihat terlalu jauh sangat berbeza dengan pandangan parti pembangkang yang lain. Eloklah PAS bersama Umno, dunia dan akhirat.

Berikut antara kenyataan-kenyataan yang menyuarakan suara rakyat yang benar :

 Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa (Amanah) : 

Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu berdolak dalik mengenai rizab kewangan institusi umat Islam itu yang kini berada dalam keadaan kritikal dengan mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan 9 juta pendeposit dan pemegang sahamnya, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata TH tidak akan dapat membayar dividen kepada 9 juta pendeposit tahun ini, kerana nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti, jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.Baca sepenuhnya di sini

YB Rafizi Ramli (PKR) :

1. Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 

 2. Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntugan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya. Baca sepenuhnya di sini

Nga  Kor Meng (DAP) :

DAP menuntut audit menyeluruh dan telus ke atas penyata kewangan Tabung Haji yang menunjukkan kerugian sebanyak RM351 juta.

 Timbalan Bendahari Agong DAP Nga Kor Ming berkata, audit yang telus adalah wajib untuk menjamin supaya wang simpanan 8 juta umat Islam di Tabung Haji terjamin dan tidak terjejas.

 "Penyata kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 menunjukkan rizab terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

 "Dengan kata lain, sekiranya pendeposit-pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji adalah tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana adalah sebanyak RM351 juta," ujar Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping. Baca sepenuhnya di sini

Woit! Nasaruddin Daud tak beranikah?

Posted: 27 Jan 2016 11:33 PM PST

Che Ibrahim Mohamed kata, "Insya ambo akan hadir, Sesiapa yg ada pandangan lain atau tidak bersetuju dgn pandangan ambo berhubung pelaksanaan hukum hudud di kelantan, ambo sangat menghargai untuk hadir dan kita bertukar pandangan.

 "Kita bukan nak bincang hudud sbg hukum allah, tp kita nak bincang bmana pelaksanaannya???

"Rakyat skrg nak tahu bagaimana hudud nak dilaksanakan, apa halangan dan persiapannya, bukannya masih ditahap menyokong atau menolak hudud atau membincang kelebihan dan kebaikan hukum hudud."

Mengikut line up asal panelis yang dicadangkan mula dulu ada tersenarai nama Nasaruddin Daud dan juga Asyraf Wajidi ... 

  Forum tersebut tercetus ekoran cabaran Ustaz Nasaruddin Hj Daud terhadap Che Ibrahim Mohamed untuk berdebat sebagaimana yang disebutnya dalam Forum Isu Semasa di KOMTIK Pas Dun Chetok. Baca di sini

Lantaran itu Che Ibrahim telah menerima cabaran tersebut , tetapi peliknya apasal nama Ustaz Nasaruddin dalam senarai lani taka ada? Tak mungkin Ustaz Nasaruddin Daud seorang yang pengecut. Dia cabar orang, tapi bila orang terima cabarannya,  dia pula cabut lari? 

Bekas Peguam Negara sekolahkan Apandi Ali : Tugas mahkamah untuk memastikan sama ada seseorang itu bersalah melakukan jenayah atau tidak"

Posted: 27 Jan 2016 07:00 PM PST

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak ada bidang kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap sumbangan RM2.6 bilion yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata bekas peguam negara.

 Bahkan Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Apandi dalam kes ini, tidak membantu SPRM memperoleh dokumen dan kenyataan dari luar negara untuk membantu siasatan itu, di bawah inisiatif bantuan undang-undang persefahaman (MLA).

 "Mengikut Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara hanya ada kuasa untuk memula, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak ada bidang kuasa mengarahkan sebarang agensi siasatan menutup kertas siasatannya.

 "Kes ini membabitkan kepentingan awam yang menarik perhatian seluruh dunia, peguam negara mesti bantu SPRM kumpul bukti kerana sumber wang itu datang dari luar Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Apandi selasa lepas yang berpuas hati Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang sumbangan itu dan SRC International.

 Apandi berkata tidak ada "bukti mencukupi" untuk mendakwa perdana menteri.

 Bagaimanapun, Abu Talib berkata sepatutnya apa yang lebih ideal adalah jika Apandi membenarkan SPRM melengkapkan siasatan itu dan memberikan apa juga bantuan yang diperlukan memandangkan sumber sumbangan dari luar Malaysia.

 "Sama ada akan memulakan pendakwaan atau tidak sepatutnya diputuskan selepas siasatan itu," kata Abu Talib.

 Katanya, Malaysia mengamalkan sistem semak dan imbang dalam pentadbiran keadilan.

 "Kuasa penyiasatan terletak pada SPRM sepenuhnya. Pendakwaan berdasarkan kepada bukti yang ada dan jika ada, tugas pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap orang kena tuduh.

 "Ia tugas mahkamah untuk memastikan sama ada seseorang itu bersalah melakukan jenayah atau tidak," katanya.

 Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata siasatan RM2.6 bilion itu tidak lengkap dan agensi penyiasatan itu perlu mendapatkan dokumen dan penyata membabitkan beberapa institusi kewangan luar negara.

 "Dokumen dan penyata itu hanya boleh diambil menerusi MLA kerana mereka terikat kepada undang-undang perbankan negara yang terlibat," kata Shukri dalam satu kenyataan, tidak lama selepas kertas siasatan mengenai sumbangan SRC International itu dihantar kepada Apandi.

 Bagaimanapun, pada sidang medianya Selasa lalu, Apandi berkata Malaysia tiada keperluan mendapatkan bantuan undang-undang daripada negara lain bagi menyiasat sumbangan itu kerana beliau mendapati tiada kesalahan dilakukan.

 "Saya akan kembalikan kertas siasatan berkaitan kepada SPRM dengan arahan untuk menutup 3 kertas siasatan," kata Apandi.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said semalam berkata tiada sesiapa boleh mempertikaikan keputusan peguam negara tidak mendakwa Najib kerana salah laku berhubung siasatan sumbangan RM2.6 bilion dan SRC.

 Azalina yang juga seorang peguam berkata undang-undang memberi budi bicara peguam negara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada kes itu perlu diteruskan di mahkamah atau tidak.

 Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia patut berhenti berdebat lebih lanjut mengenai kes itu.

 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi komen terhadap keputusan Apandi, menuduh peguam negara memainkan peranan sebagai hakim dan pendakwa.

 "Keputusan itu sebenarnya penghakiman. Peguam negara jadi kedua-duanya hakim dan pendakwa. Itu saja sudah tidak adil," kata Dr Mahathir. – 28 Januari, 2016.~ sumber

SPRM rujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi

Posted: 27 Jan 2016 05:11 PM PST

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merujuk arahan Peguam Negara untuk menutup tiga fail siasatan yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

 Pengurusan tertinggi SPRM memutuskan untuk berbuat demikian berikutan perbincangan mengenai arahan Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menutup siasatan kontroversi RM2.6 bilion  dan pemindahan dana SRC ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

 Dalam reaksinya, Apandi, dalam mesej teks dari luar negara, memberitahu The Malaysian Insider bahawa mana-mana badan yang ditubuhkan untuk mempersoalkan apa-apa keputusan Peguam Negara akan bertentangan dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

 Perkara 145 memberi AG, yang juga pendakwa raya, budi bicara tunggal untuk memulakan, meneruskan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah terhadap mana-mana orang tertuduh.

 "Itu pendirian saya. Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan ini bebas untuk mendapatkan tafsiran keputusan saya di Mahkamah Persekutuan," kata Apandi.

 Suruhanjaya anti-rasuah, dalam satu kenyataan hari ini, berkata: 

"SPRM telah membuat keputusan untuk membentangkan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara kepada PPO, sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan selaras dengan Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO, dan juga sebagai satu lagi panel khas yang akan dilantik.

 "Salah satu rujukan PPO adalah untuk memberi pandangan berkenaan dengan kes di mana keputusan untuk tidak mendakwa dibuat oleh pendakwa raya," katanya.

 Apandi pada Selasa mengarahkan siasatan ditutup selepas mengisytiharkan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah berhubung dengan dakwaan RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

 Dalam membersihkan Perdana Menteri dari apa-apa salah laku, Apandi berkata keterangan daripada siasatan menunjukkan bahawa AS $ 681,000,000 (RM2.08 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun Najib adalah:

Definasi Rasuah
 >> Sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi yang diberikan kepadanya tanpa balasan; 

 >> Disahkan oleh penderma sebagai telah diberikan kepada Najib secara peribadi;

 >> Bukan dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang berkaitan dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

 Apandi juga berkata Najib telah pulang US $ 620,000,000 (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Saudi pada bulan Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.

 PPO - salah satu daripada lima badan bebas yang ditubuhkan untuk memantau operasi SPRM - dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo (Sapura pengarah Kencana Petroleum) dan terdiri daripada bekas pengerusi Isis Tan Sri Jawhar Hassan, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani, bekas Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Azizah Arshad, bekas Biro Pengaduan Awam diector Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Pengarah UiTM Institut Penyelidikan Perakaunan Prof Dr Normah Omar, jenayah dari Dr MP Sundramoorthy dan bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee.

 Sementara itu, bekas Menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyuarakan kebimbangannya sama ada pengumuman oleh Peguam Negara akan menetapkan 'precedent' kepada sumbangan pada masa hadapan.

 Dalam Facebook, beliau berkata Apandi perlu bersedia untuk menjelaskan butir-butir dan implikasi keputusan mengenai perkara itu.

 "Adakah ia 'precedent' sekarang (bahawa) derma yang disalurkan kepada individu melalui akaun peribadi boleh dipulangkan tidak semestinya sepenuhnya dan dianggap bersih?" tanya Rafidah, yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia telah bertanya tentang bagaimana jumlah yang tidak dikembalikan kepada penderma itu, telah digunakan, sama ada ia adalah dibenarkan undang-undang.

 "Saya berharap ini tidak akan membuka jalan untuk semua jenis tafsiran dan penyalahgunaan bahawa orang yang mempunyai niat yang meragukan akan menggunakannya untuk keluar dari apa sahaja yang melanggar undang-undang dan peraturan yang mereka telah terjebak ke dalamnya," tambahnya.

 Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada orang ramai  mengenai siapa yang telah memasukan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib dan apa yang berlaku kepada dana tersebut.~ sumber 

Komen al-Husseyn :

Mungkin Apandi Ali tidak pernah dengar kata-kata DS Najib semasa Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya pada Februari 2012 seperti berikut : 

 "Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. 

 " Menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir. 

 " Kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat." Katanya melalui rakaman di sini

Tiada ulasan: