Selasa, 26 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kalaulah Gani Patail masih lagi Peguam Negara , Najib tentu dah kena!

Posted: 25 Jan 2016 11:33 PM PST

Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza mungkin berlaku dalam siasatan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara. 

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan.

 "Ia sudah dijangka, bila mereka tukar peguam negara, kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku," katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Parlimen, hari ini. 

 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang ditemui selepas sidang media itu berkata, beban kini terletak di bahu Najib untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. 

 "Tak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan peguam negara itu tidak meyakinkan. 

"Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima," katanya. 

 Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, perkara itu menunjukkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak menjalankan tugas dengan bebas. 

"Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara."

 Menjelaskan berhubung langkah blok pembangkang seterusnya, Lim berkata, teks peguam negara itu akan diteliti mereka dan satu usul akan di bawa terhadap Najib di Parlimen sekiranya perlu. "Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian. 

 "Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah," katanya.  Baca lagi di sini

‘Tiada salah’, AG arah SPRM tutup kertas siasatan PM

Posted: 25 Jan 2016 08:38 PM PST

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International. 

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.

 "Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwaraya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan perdana menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan.

 "Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan ditutup," katanya.

 Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Saya cuma teringatkan apa yang Syed Ali tulis :

Seperti yang saya katakan sebelum ini, "agensi penguat kuasa" seperti SPRM, BNM, Polis, Imigresen, Kastam, Jabatan Cukai Pendapatan akan hanya menghantar satu kertas siasatan kepada Peguam Negara jika ada kes. Sebaik sahaja mereka mengemukakan kertas siasatan siap ia bermakna terdapat kes untuk pendakwaan - sekurang-kurangnya pada pendapat mereka.

Tiada agensi 'penguatkuasaan' akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara berkata "Tidak ada kes".

Hakikat bahawa Peguam Negara telah meminta SPRM untuk penjelasan cukup bukti bahawa terdapat satu cadangan oleh SPRM untuk mendakwa.

Tiada ulasan: