Sabtu, 23 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


206 pemimpin UMNO Kedah tolak Najib, dakwa Anina

Posted: 23 Jan 2016 06:00 AM PST

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendedahkan daripada 260 orang Adun, ahli Parlimen dan pimpinan UMNO bahagian dari Kedah yang dipanggil menyertai pertemuan terutup dengan Presiden Datuk Seri Najib Razak, hanya 54 yang menyahut seruan itu. 

Bahkan, penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan berada di kalangan mereka yang hadir dalam pertemuan yang diadakan di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara, petang semalam.

 "Jika semalam kononnya 15 Ketua Bahagian tolak DS Mukhriz, hari ini 206 pemimpin bahagian tolak DS (Datuk Seri) Najib.

 "Dalam 54 orang tersebut, separuh darinya adalah penyokong setia DS Mukhriz yang hadir sekadar untuk mengambil gambar muka-muka penyamun negara," dedah Anina, dalam satu muatnaik di laman sosial Facebook miliknya.

 Pendedahan maklumat dalaman itu merungkai arahan 'kunci mulut' keatas pimpinan yang menghadiri pertemuan tersebut. Pertemuan itu dipercayai dilakukan selepas kepimpinan UMNO Bahagian Kedah dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

 'Pemberontak' terbabit melalui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, merayu Najib supaya campur tangan dan menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

 "Saya juga nak beritahu DS Najib, bukan sahaja seluruh rakyat Kedah sayangkan DS Mukhriz, malah seluruh Malaysia mahu DS Mukhriz kekal sebagai MB Kedah.

 "Satu lagi perkara penting yang saya nak beritahu adalah, 30 juta rakyat Malaysia mahu DS Najib letak jawatan minggu depan," kata Anina.~ sumber

Umno sokong TPPA kerana dikuasai oleh kaum Cina

Posted: 23 Jan 2016 12:39 AM PST

Kalau ikut lojik Hj Hadi, Umno yang sokong TPPA tentunya kerana telah dikuasai oleh orang Cina.

Nampak sangat terserlah kebenciannya terhadap Cina DAP sampai melalut yang bukan-bukan! Takkanlah sorang ulama tak pernah terbaca Al-Maidah Ayat:8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Kenyataan media Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada hari Sabtu 23 Januari 2016:

 Saya merujuk laporan The Malay Mail Online bertajuk: 

"Hadi: DAP backs TPP because Chinese control trade in Malaysia"  yang melaporkan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP menyokong TPPA kerana menurutnya hal ehwal perdagangan di dalam negara dikawal oleh orang Cina.

 Dakwaan Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja tidak berasas, malah mengarut dan dangkal, serta tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan beliau sebagai pemimpin sebuah parti yang telah bertahun lama menjalin kerjasama erat dengan DAP malah kerap kali membela DAP ketika diserang Umno.

 Kita kesal bagaimana dengan sekelip mata Hadi Awang boleh terus berubah lenggok bahasanya sehingga sanggup meniru skrip Umno dengan berfikir di dalam konteks politik perkauman, berbeza dengan aspirasi partinya yang beberapa tahun lalu giat menghindar daripada politik perkauman sempit dan mengadu domba. 

Saya pasti Ahli Parlimen Marang itu jauh lebih mengerti bahawa yang sebenarnya ghairah dan berahi mahu menandatangani TPPA itu ialah Umno sendiri, parti yang menurut Haji Hadi sedang dinasihatinya.

Beberapa persoalan timbul di sini. Adakah Umno yang berpendirian menyokong TPPA itu turut berbuat demikian kerana ia sebuah parti yang didokong pedagang dan peniaga Cina, seperti dakwaannya terhadap DAP?

Soalan seterusnya, bagaimana mungkin PAS masih tidak berjaya menasihati Umno untuk tidak meneruskan agenda TPPA ini, setelah begitu rapat dan mesra dengan parti tersebut sepanjang enam bulan berpisah dengan rakan-rakan lama?

 Saya ingin menegaskan bahawa DAP, dengan kekuatan 37 Ahli Parlimen akan mengundi di Dewan Rakyat, menolak TPPA, berbanding dengan PAS, yang kini hanya mempunyai 14 undi di Parlimen.

 Saya turut berharap supaya, jika tiada aral melintang Datuk Seri Haji Hadi Awang akan dapat ikut hadir pada sessi pengundian TPPA di Dewan Rakyat untuk kita bersama-sama menolak TPPA. 

Terima kasih, 
LIM LIP ENG

Mesyuarat Geng Komplot terpaksa ditangguhkan kerana ada yang tercirit dalam seluar

Posted: 22 Jan 2016 04:45 PM PST

Geng Komplot menjatuhkan MB Mukhriz
Pemimpin-pemimpin Umno Kedah yang yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah, Mukhriz Mahathir, enggan mendedahkan apa-apa keputusan pertemuan dengan Najib Razak , hanya sekadar berkata pertemuan tersebut "berjalan lancar"

 Mesyuarat itu bermula pada pukul 4 petang kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Najib meninggalkan tempat tersebut kira-kira 05:20.

Nampaknya Najib tidak berani nak buat apa-apa keputusan mengenai kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar setelah melihatkan riaksi sokongan rakyat Kedah terhadap Mukhriz.

Menurut Minaq Jinggo, cuma 59 orang sahaja yang hadir daripada sejumlah 260 jemputan ke mesyuarat tersebut. 

Kemana lagi yang 2/3 ? Kenapa begitu ramai yang tidak hadir?

Sudah tentu ini satu pertanda yang tidak baik bagi Najib dan geng Ahmad Bashah yang berkomplot .....

Mungkin sebab ada yang tercirit dalam seluar maka mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan dalam masa yang begitu singkat....

Khabarnya orang yang tercirit tu terpaksa keluar balik melalui pintu belakang.... baca ceritanya  di sini

Tiada ulasan: