Jumaat, 15 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mahathir tanya Peguam Negara, sampai bila mahu tunggu?

Posted: 15 Jan 2016 06:00 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sampai bila Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mahu tunggu untuk membuat keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri dan SRC International Sdn Bhd.

 Bekas perdana menteri itu berkata, Apandi sebelum ini berjanji akan bertindak tanpa takut dan pilih kasih tapi sampai sekarang belum ada tindakan diambil.

 "Peguam negara berkata beliau akan bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih.

"Tapi beliau perlukan masa kerana laporan yang terlalu luas dan perlu kajian mendalam.

 "Tapi berapa lama?" soal Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

 Dr Mahathir secara sinis bertanya adakah Apandi akan mengambil tindakan sama yang dibuat ke atas laporan Bank Negara Malaysia dengan membuang kes itu.

 "Atau adakah peguam negara mahu memastikan sama ada terdapat kes untuk hakim menghakimi atau dia yang akan menjadi hakim dan membuat kes kerana sebelum ini sudah berbuat demikian dengan laporan Bank Negara," katanya.

 Pada 31 Disember, SPRM memberitahu media dalam satu kenyataan mereka sudah menghantar kertas siasatan berhubung wang derma dan SRC International kepada peguam negara dan mengatakan hampir 100 individu diambil keterangan termasuk penderma RM2.6 bilion.

 SPRM bertanggungjawab menyiasat dana RM4 bilion daripada SRC dan bukan syarikat yang dicipta Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Dr Mahathir sebelum ini mengecam Apandi dengan meramalkan peguam negara akan mengabaikan laporan siasatan SPRM dan tidak mengambil sebarang tindakan.

 Apandi membidas Dr Mahathir dengan mengatakan beliau akan membuat keputusan tanpa takut dan pilih kasih berhubung laporan SPRM tersebut. – 15 Januari, 2016.9 ~ sumber

PAS manipulasi hadis untuk halang ahli meninggalkan parti

Posted: 15 Jan 2016 02:00 AM PST

TIGA HADIS YANG SERING DIKESAN TELAH DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK PAS UNTUK MENGHALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI 

1.Hadis :
 من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم 
(Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sebagai khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia.)

 Hadis ini diletak oleh ulama hadis dalam bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dalam satu masa, maka perlantikan yang kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.) 

2. Hadis: 
 من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام 
(Sesiapa yang keluar jamaah islam walaupun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam daripada tengkoknya.)

 Hadis ini adalah merujuk kepada sesiapa yang keluar daripada jamaah umat Islam dalam sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dengan menentang ajaran dan hukum Islam yang sedang dilaksanakan dalam negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya.

 3. Hadis:

 من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية 
(Sesiapa yang keluar dari jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliah.) 

Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yang tidak berada atau tunduk kepada sebuah kerajaan Islam, sekiranya dia mati, matinya seperti mati ummat di zaman jahiliah yang tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri-sendiri seperti nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing-masing.

 PAS TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI "JAMAAH ORANG ISLAM" KERANA:

1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam. 

2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila-bila masa. 

3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yang keluar daripada jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad macammana? 

4. Jika keluar Pas dianggap murtad/haram, maka tidak masuk Pas pun murtad/haram, adakah Pas merasakan keluar sahaja yang tidak dibolehkan mengikut hukum syarak, tetapi tidak masuk Pas seperti duduk dalam umno diharuskan? 

Parti hanyalah alat kepada perjuangan, kita wajib berjuang menegakkan Islam, namun uslub dan kaedah yang nak digunakan adalah tertakluk kepada maslahah dan persekitaran semasa, bukannya tetap kepada satu alat sahaja sepanjang masa.

 Perjuangan menegakkan Islam diwajibkan secara nas, namun bagaimana cara nak berjuang Islam adalah perkara ijtihadi, tertakluk kepada maslahat dan kesesuaian semasa.

 Che Ibrahim Mohamed
 Naib Pengerusi 2 Amanah Kelantan

Kenapa layan tentera jalankan tugas seperti penjenayah?

Posted: 14 Jan 2016 08:00 PM PST

Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar

Baru baru ini 2 anggota tentera dilaporkan media ditahan kerana menembak mati seorang penyeludup yang enggan memberhentikan kenderaannya bila diminta di sempadan. (Baca di sini)

 Adakah tidak terdapat di dalam Standard Operating Procedure (SOP) tentera untuk menembak mereka yang disyaki penjenayah atau dianggap boleh mengancam keselamatan negara?

 Bukankah ia satu SOP tentera yang diguna pakai tentera seluruh dunia?

 Justeru, kenapa perlu dilayan 2 tentera seperti penjenayah dan dibawa ke mahkamah dengan gambar disiar media bergari dan berbaju lokap.

 Apakah negara sekarang sedang mengubah polisi iaitu melindungi penyeludup?

 Amat pelik pula bila Panglima Angkatan Tentera muncul dalam berita televisyen mengatakan biarlah pihak polis melakukan siasatan dahulu walhal sebaliknya sepatutnya beliaulah yang pertama sepatutnya mempertahankan tindakan kedua anggota yang bertugas di sempadan.

 Bukankah pihak kastam berulang kali mengumumkan semenjak beberapa tahun lalu negara kehilangan berbilion ringgit pendapatan akibat aktiviti penyeludupan? 

Apakah penyeludup kini bukan lagi musuh negara?

 Tindakan menembak mati kenderaan yang enggan berhenti di sempadan patut dipuji kerana pihak tentera juga mengambil risiko kemungkinan ditembak kembali memandangkan keberanian pemandu kenderaan melanggar arahan berhenti tentera di sempadan. Ini bermakna mereka bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

 Kita juga tidak boleh mencapai kesimpulan ia kenderaan penyeludup malah mungkin juga kenderaan pengganas yang membawa pelbagai senjata canggih.

 Justeru, kesemua sempadan seluruh negara patut dikawal tentera kerana ia sempadan negara dan memang skop tugas tentera serta perbuatan menukarkannya dengan pihak polis bukanlah tindakan wajar kerana pihak polis berkemahiran cuma menentang penjenayah dalam tanah air kita sendiri bukannya dihantar berkawal di sempadan negara yang mempunyai pelbagai kemungkinan. 

 Bagaimanapun, perniagaan menyeludup adalah satu perniagaan besar dan pernah operasi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di utara Semenanjung yang bersempadan dengan Thailand kira-kira 2 tahun lalu berjaya menahan pelbagai penguat kuasa termasuk pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang didapati membantu penyeludup minyak.

 Malah laporan pihak tentera yang berkawal dalam hutan sempadan negara berbulan-bulan bersama nyamuk yang melaporkan mengenai aktiviti penyeludup ketika itu tidak diendahkan pelbagai peringkat penguat kuasa sehingga akhirnya satu operasi pembersihan dilakukan SPRM.

 Malah SPRM patut lebih berani, bongkarlah siapakah sebenarnya mendapat faedah terbesar dari segala aktiviti penyeludupan ini bagi menyelamatkan pendapatan negara daripada terus hilang selepas pelbagai penjenayah kenamaan dalam negara menyamun habis-habisan juga tanpa sebarang tindakan berkesan langsung kecuali, "lip service".

 Justeru, kedua-dua anggota tentera ini jika terbukti tiada sebarang niat jenayah dan menembak kerana SOP, perlu dibebaskan segera.

 Apakah kita semua lupa babak filem asal Bukit Kepong yang bukan versi dirosakkan dengan muzik latar gitar pekak dengan jelas menunjukkan babak Datuk Yusof Haslam berkawal sebagai anggota polis memarahi penduduk tempatan keluar malam ketika darurat dan sewaktu perintah "curview" dikuatkuasakan di mana mereka boleh menembak sesiapa sahaja yang gagal mematuhi arahan itu.

 Dalam situasi di sempadan adalah menjadi tanggung jawab Panglima Angkatan Tentera mengeluarkan kenyataan yang tidak merosakkan moral pasukan ATM kerana ia boleh menyebabkan kemungkinan ramai mempertimbangkan untuk berhenti saja.

 Manakala kedua anggota tentera yang digari dan dimalukan di khalayak umum ketika perintah reman diambil patut menyaman kesemua pihak berkaitan termasuk kerajaan Malaysia kerana tindakan menahan seumpama negara kini melindungi penyeludup dan seolah-olah tidak senang hati bila penyeludup yang melanggar arahan tentera untuk berhenti ditembak mati. Negara kita kini punyai masalah besar.

 Mempertahankan diri dengan cara munasabah dan terhad bagi anggota pasukan keselamatan di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan sebenarnya tidak berakhir di situ sahaja malah Seksyen 100 Kanun Keseksaan membenarkan pelbagai keadaan di mana penjenayah terpaksa dibunuh secara sah di sisi undang-undang oleh rakyat biasa.

 Bacalah sendiri Seksyen 100 dengan terperinci.

 Justeru, sedangkan rakyat dibenarkan mempertahankan diri sehingga menyebabkan penjenayah terbunuh di bawah Seksyen 100 Kanun Keseksaan, apa lagi pula tentera yang sememangnya mempunyai SOP untuk mereka patuhi.

 Kegagalan mematuhi SOP boleh menyebabkan bukan sahaja surat tunjuk sebab malah pelbagai tindakan lain dikenakan terhadap mereka seperti, ditahan selama beberapa bulan dalam kem tentera, ditahan kenaikan pangkat malah mungkin juga terpaksa menjawab tuduhan di Mahkamah Tentera.

 Oleh itu, tindakan menembak mati penyeludup patut dihargai dan diberi pingat bukannya dilayan seperti penjenayah.

 Jika keadaan seperti ini berterusan maka tidak perlulah lagi tentera berkawal menggunakan senjata api memadailah sahaja dengan lampu suluh panjang bersama cota sepertimana pihak keselamatan swasta yang menjaga kawasan kediaman dan taman-taman perumahan di seluruh negara.

 Penjenayah sebenar masih bermaharajalela hingga memiskinkan negara tanpa rasa insaf maka segeralah tahan, siasat dan dakwa mereka, insha-Allah. Wallahualam. – 14 Januari, 2016.9 

 * Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguam di Kuala Lumpur. ~ sumber

Tiada ulasan: