Ahad, 31 Januari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MENGAPA ORANG TIDAK CERDIK PUN BOLEH JADI MENTERI?

Posted: 31 Jan 2016 03:19 PM PST


Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat.

Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya.

Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.

Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai "tahap gaban" sifatnya.

Terbaru, Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.

Katanya, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka kepada orangramai.

Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.

Tidak perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara umumnya rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana mereka itu  boleh menjadi anggota pentadbiran dalam kerajaan.

Siapakah yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?

Jika menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra matang, sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak cerdik sama.

Orang yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka.

Berbeza dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana tidak mahu nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan dipandang rendah.

Sebab itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi  menteri, tetapi yang salahnya ialah siapa yang melantik mereka itu.

Yang  tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah semulajadinya begitu dan tidak boleh "diubati" lagi, tetapi persoalannya ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.

Maka, penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk. (SH 

Adun UMNO lepas tembakan cemar nama baik DUN Perak

Posted: 31 Jan 2016 03:07 PM PST


20160130 gerik
IPOH 1 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris yang dikatakan melepaskan tembakan di Kampung Sungai Papan dekat sini, patut diheret kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata ia berikutan perbuatan itu dilakukannya atas kapasti seorang wakil rakyat sekaligus mencemar kemuliaan DUN berkenaan, lebih-lebih lagi kes itu mungkin dikategori sebagai kes jenayah.
"Ketua Siasatan Jenayah Perak, Goh Kong Liang menyatakan Adun itu disiasat mengikut Seksyen 39 Senjata Api 1960," kata Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) itu pada kenyataan media, semalam.
Sebelum ini, beberapa penduduk kampung membuat laporan di Bahagian Tatatertib di Bukit Aman dibantu Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) selepas dinafi hak membuat laporan di Gerik dan Lenggong.
Ia berikutan Adun dari UMNO BN itu dikatakan melepaskan tembakan ke udara di Kampung Sungai Papan ketika meninjau projek tangki yang dibina orang Asli dengan sokongan DAP menerusi Projek Impian Malaysia.
Dalam membela nasib orang Asli itu, Howard dan Adun Pantai Remis, Wong May Ing turut dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.
Howard berkata, perbuatan itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk pengakuan penduduk sama ada Tarmizi melepaskan sedas tembakan yang menakut-nakutkan penduduk tanpa sebab munasabah.
"Apakah sebabnya Tarmizi melepaskan tembakan dan adakah pemilikan senapang itu mematuhi lunas undang-undang serta sebahagian hak dan kebebasannya selaku Adun?" katanya.
Tertanya-tanya sama ada Adun itu terlibat dalam menyekat penduduk dari membuat laporan polis di Gerik dan Lenggong, beliau turut mempersoal jika Tarmizi sanggup meminta maaf secara umum kepada mereka, jika dakwaan itu benar.
"Semua persoalan itu wajib dijawab Tarmizi, bukan sahaja bagi membersihkan namanya tetapi juga demi mempertahankan maruah dan kemuliaan DUN Perak," katanya.

Umno HARUS SEDAR DENGAN JUMLAH UNDI PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG

Posted: 31 Jan 2016 10:38 AM PST


ANGGARAN MELAYU YANG MENGUNDI PARTI2 DALAM PRU13.
PARTI
JUMLAH UNDIAN(actual)
% UNDI MELAYU
(anggaran)
JUMLAH
UMNO
3.24 JUTA
85%
2.75
PKR
2.25
70%
1.58
PAS
1.63
95%
1.55
DAP
1.74
10%
0.17
KOMPONEN BN
2.0
30%
0.60
Lain2
0.14
-


11.0

6.66
Sumber: SPR .

Jika dilihat kepada peratusan dan jumlah undi dalam juta..maka tidak boleh lah Pas mengatakan bahawa mereka adalah parti terkuat di kalangan orang Melayu. Betul pas mendapat jumlah undi yang besar dikalangan orang Melayu yang tiada pilihan lain , namun dengan kedudukan sekarang, Pas akan di ketepikan jika bersendirian kerana orang melayu hilang keyakinan kepada Pas selain Umno yang dilihat makin di pinggirkan.


Sokongan Melayu kepada UMNO merosot dari sebelumnya.
UMNO dengan parti2 komponen nya hanya memperolehi 3.35 juta atau 48% sahaja undi Melayu. Ertinya paling kuat, UMNO mendapat antara 48-50% undi Melayu.
Ini suatu kemerosotan yang sangat ketara kerana sebelum PRU13, orang Melayu yang menyokong UMNO, umumnya, sekitar 70%. Ertinya sampai ke PRU13, sokongan Melayu kepada UMNO jatuh 20 percentage points.

Jadi bagaimana Syed Ali boleh kata orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka? 50% dari Melayu sudah berani memutuskan pertalian dengan UMNO. Golongan yang berani memutuskan tali uri mereka atau umbilical cord dengan UMNO sama ramai dengan yang mahu bergantung terus dengan UMNO. 
Kita jangan hanya pakai bantai. Kita mesti boleh bercakap dan mengemukakan perangkaan.


Orang Melayu berani berdikari dan mendiri.
Dakwaan bahawa orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka ialah dakwaan yang overrated. UMNO hanya berjaya meyakinkan paling kuat, 50% orang Melayu sahaja. Jadi bagaimana pemimpin UMNO seperti Syed Ali alhabsyi kata orang Melayu yakin kepada UMNO untuk melindungi hak2 orang Melayu?

Kerajaan bagus dan perintah ikut undang2.
Jalan yang lebih selamat bagi orang Melayu ialah meletakkan harapan kepada sebuah kerajaan yang adil dan saksama dan yang beroperasi atas prinsip perintah ikut undang2/rule of law. Dan kerajaan yang disokong oleh institusi yang melindungi semua orang termasuk Melayu. Institusi parlimen yang demokratik, institusi kehakiman. Dasar kerajaan pula dilaksanakan oleh institusi penjawat awam yang cekap, jujur, berdisiplin dan amanah. (SAKMONGKOL)





MEDIA ASING MULA KAITKAN NAJIB DENGAN SKANDAL RASUAH SCORPENE

Posted: 31 Jan 2016 10:36 AM PST

KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU-HUSAM MUSA

Posted: 31 Jan 2016 01:15 AM PST



KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU
 
Komen balas saya pada kenyataan Saudara Fadli Shaari hari ni:
1. Pemuda Pas Kelantan gagal fahami isu.
2. Di bawah konsep accountability yang juga satu dari teras Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.
3. Sefaham saya, menerusi roadmap pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan bill persendirian 355 diputuskan.
4. Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini.
5. Bahkan, membawa usul secara pra matang telah melenyapkan atau merosakkan roadmap asal.
Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan.
6. Tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya' dan agenda peribadi.
7. Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.
Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif.
8. Ketua Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung.
Anda gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamirkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asobiyyah kelompok.
9. Saya hairan, jika Ketua Pemuda Pas berani, kenapa beliau tidak hadhir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu.
Husam Musa
21 Rabiul Akhir 1437/31 Januari 2016
+++++++++++++++++++++++++
Pemuda Pas mahu Husam letak jawatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JANUARI 2016
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.
Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.
"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya.
Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.



Jangan senang-senang neutralkan pendatang tanpa izin di Sabah

Posted: 30 Jan 2016 11:15 PM PST


stephen wong

SANDAKAN, 31 JAN: Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mendesak kerajaan mengeluarkan kad pengenalan khas Sabah sebelum melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin  atau Rehiring Proggramme).
Beliau berkata, ia berikutan program itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekhuatiran berhubung situasi yang bakal berlaku melibatkan golongan itu khususnnya di Sabah.
"Sebelum laksanakan rehiring programme, kerajaan kena bersihkan dulu mereka yang mendapat kerakyatan dengan cara yang tak betul dan melaksanakan pemberian Kad Pengenalan Khas Sabah yang dicadangkan banyak pihak sebelum ini.
"Kerajaan perlu cari kaedah tertentu untuk bendung gejala 'Projek IC' dengan lebih berkesan, bukan senang-senang neutralkan PATI dengan rehiring programme. Jadi, PATI yang sudah dapat IC melalui saluran salah macam mana pula?" katanya.
Ahli Parlimen Sandakan itu turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Teknikal untuk mengkaji cadangan Laporan RCI Pendatang Asing Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan supaya membentang laporan siasatannya secepat mungkin.
"Sepatutnya laporan ini sudah lama keluar tapi sampai sekarang tidak ada. Mereka nampaknya tidak serius untuk selesaikan masalah ini," katanya.
Dalam pengumumannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah.
Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014, seramai 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah. Kerajaan juga pada Jun tahun lalu mengumumkan akan membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh. – Roketkini.com

80 PERATUS KERUSI PRN SARAWAK DIPERSETUJUI, PH PEMBANGKANG TERKUAT

Posted: 30 Jan 2016 11:13 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU LAGI PADAN MUKA

Posted: 31 Jan 2016 07:30 PM PST







SATU LAGi

PADAN MUKA





1 Februari 2016
ALOR SETAR - Puluhan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Mukhriz Mahathir di sekitar bandaraya ini lesap dipercayai dicabut pihak tertentu.


KAH KAH KAH

woit
bagi depa sedar
selama ini yang kena
pakatan harapan
yang kena NGO
sekarang hang baru sedar
dulu hang yang suruh
sekarang kang kena sendiri
kah kah kah
0
PADAN MUKA




-----------

BARU SEDAR KE?

Posted: 31 Jan 2016 06:30 PM PST









BARU SEDAR

BARU FAHAM

SELAMA iNI

YB PAKATAN

SETiASA 

DiHALANG



Muhyiddin dihalang berucap pada program sukan di sekolah
Muhyiddin Yassin dihalang daripada berucap pada 1 program sukan melibatkan belia yang diadakan di sebuah sekolah di Subang Jaya hari ini, atas "arahan daripada pihak tertentu", kata timbalan presiden Umno itu di laman Facebook beliau malam ini.
 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-dihalang-berucap-pada-program-sukan-di-sekolah#sthash.AK8wQUPc.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
padan muka
baru tahu
dulu tak sedar
dulu buat buat tak tahu
kah kah kah
sekarang kena sendiri
batang hidung kena kencing
padan muka
kah kah kah

KAH KAH KAH



-------

TAHUN BARU CHINA MALAP

Posted: 31 Jan 2016 05:17 PM PST







KRISiS MAKiN

JELAS
 




Bujet ketat raikan Tahun Baharu Cina ketika ekonomi merudum
 
Prestasi ringgit yang lemah, kos sara hidup melonjak tinggi dan jangkaan ekonomi akan terus merudum mempengaruhi perayaan Tahun Baharu Cina yang semakin menjelang dengan ramai masyarakat kaum Cina memilih untuk meraikannya dalam bajet terhad dan ketat tahun ini.
 

KAH KAH KAH
woit
berita buruk
kah kah kah
berita amat buruk
kah kah kah
berita yang lebih buruk
akan sampai - xda yamseng
kah kah kah


KAH KAH KAH



















--------

PERTANDINGAN RASUAH

Posted: 31 Jan 2016 05:30 AM PST








SYEMBARA

RASUAH ANJURAN

SASTERAWAN

BANI MELAYU



Novel Pantai Kasih: PENA minta SPRM 'masuk'

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diminta menyiasat sama ada pemilihan naskhah Pantai Kasih sebagai bahan pembelajaran di sekolah dibuat mengikut prosedur sepatutnya.

Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (PENA) Syed Mohd Zakir Syed Othman berkata dia dimaklumkan bahawa naskhah karya Azmah Nordin itu pada asalnya tidak tersenarai untuk dinilai panel pemilih.

Justeru, katanya, kemunculan judul itu di peringkat kemudian menyebabkan wujud tanda tanya.

"SPRM perlu menjalankan siasatan bagi membersihkan kalau ada penyelewengan," katanya kepada Malaysiakini di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini.

 

KAH KAH KAH
woit
terok bani melayu
rasuah dah jadi barah
sampai sastera pun rasuah
nak cetak buku pun rasuah 
nasib baik akademi nobel
jauh di sweden
kah kah kah
kalau tidak mesti ada
percubaab rasuah
kah kah kah
kerja seni makin cekai
kenapa tak buat
pertandingan rasuah
kah kah kah
0
MAKiN TEROK



-------------

APA KATA BEKAS HAKIM

Posted: 31 Jan 2016 05:00 AM PST






GUBAHAN
dlm kata2 bekas hakim ni, ada myebut. ada sesuatu yg telah diubah bagi mengelakkan seseorg PM itu didakwa. gubahan itu ketika zaman tun mahatir. kini acuan mahatir sudah makan diri. pak lah, najib adalah contoh yg dipertontonkan kpd mahatir sblm mahatir balik kerala.akta tanah, akta menghalang kroni2nya dari dibangkrapkan oleh bank dan mcm2 akta lg.
 
kini najib meneruskan legasi mahatir dgn mrekacipta lebih byk akta..mana mahatir ketika ni?seharusnya sudah pikir utk pulang ke kampung halaman stelah abis dirosakkan muka bumi jiwa raga org2 melayu ditanah melayu ini..najib wajib didakwa, dipenjara dan pulangkan balik hasil rompakan..begitu juga mahatir, wajib dipenjarakan dan dipulang segala duit2 rompakan halal..dgn cara itu, ekonomi msia akan mampan sb msia ada duit..lihat kata2 arwah sallaeh majid, rmk suda habis berbilion2 tp entah kemana..umno baru adalah umno mahatir.. on MUSTAHIL LAWAN TOWKAY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/29/16





------------

LU CAYA KE?

Posted: 31 Jan 2016 04:00 AM PST





LU CAYA KE?



















Putar belit aga derma RM2.6 bilion Najib

Apabila Najib mengumumkan kontroversi derma RM2.6 bilion sudah "diselesaikan sepenuhnya", reaksi dalam Internet pantas memperlekehkan keputusan peguam negara untuk menutup kes tersebut.

Daripada pelawak sehingga artis, blog tempatan sehingga saluran berita antarabangsa, ramai berasa sukar untuk menerima seorang pemimpin sebuah negara demokratik boleh menerima wang berbilion daripada seorang penderma yang tidak dikenal pasti. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putar-belit-saga-derma-rm2.6-bilion-najib#sthash.LJcdRrfF.dpuf

KALAU LU CAYA

LU CAYA JUGA

rosmah masih anak dara

pope dah masuk islam

minyak petrol dari pokok

mat maslan bijak bistari

hasan malek boleh berfikir

vincent tan  imam masjid

daud kilau naik ke bulan

hadi boleh speaking

KAH KAH KAH


-----------

PAHLAWAN CELUP

Posted: 31 Jan 2016 12:00 AM PST











Pepatah yang juga merupakan falsafah orang Bugis.

 Sifat Pahlawan Bugis itu ada etika kesatriaannya bukan sekadar bercakap mendakwa berdarah keturunan Pahawan Bugis namun tidak punya keberanian untuk berhadapan jauh sekali bertanggungjawab dan malah etikanya tidak membayangkan kepahlawanan itu sendiri.


 Tidak pula seorang Pahlawan Bugis itu,setelah 'awak-awak bersedia dan layar dikembangkan maka sauh pula dilabuhkan!' Dengan penisi Bugis menguasai lautan dengan keberanian dan k...
euletan dan kebijaksanaan yang tangguh.ribut taufan diharungi ditengah samudera dan segala rintangan dihadapi juga dengan keberanian dan keuletan dan kebijaksanaan.

 Pahlawan Bugis itu berani tetapi berjanji ia sanggup mati dipertahankan.


 Demikianlah sebahagian dari etika anak Bugis.
Bagaimana pula yang mendabik dada berdarah Pahlawan Bugis tapi langkahnya sumbang? Layakkah ia...?














-------------

PADAN MUKA

Posted: 30 Jan 2016 11:00 PM PST







the news
Image for the news result
Pua: Swiss request is Najib's darkest nightmare
Free Malaysia Today - 16 hours ago
FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general ...
 
 
 
 
 
 
PADAN MUKA
 
 
 
 
 




---------------

SENYUM PETANG AHAD

Posted: 30 Jan 2016 10:30 PM PST






 
 
 
 
 
 
 
GILA BODEK
 
 
 
 


------------

SIAPA INGAT

Posted: 30 Jan 2016 10:00 PM PST








SIAPA INGAT

SIAPA TAHU


BILA KALI TERAKHIR


BILI KALI TERKINI

NAJIB & ROSMAH


MELAWAT EROPAH



----------------

SENARAI GAGALIS

Posted: 30 Jan 2016 09:00 PM PST










 DIMAKLUMKAN
kepada mat bunga
kepada minah bunga
kepada mat emo
 masih ada masa
untuk mencari pasangan
untuk mencari pacal
untuk mencari awek
pada hari valentine








-------------

SERANG DAN LAWAN

Posted: 30 Jan 2016 08:30 PM PST












LAGI DISERANG

LAGI MELAWAN

















Serangan terhadap Bahri boleh makan diri, kata Rafizi
Serangan terhadap Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM itu.

"Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa oleh alat-alat propaganda ini," katanya sambil menambah bahawa ia biasanya melibatkan mereka cerita untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman.

Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.

KAH KAH KAH
woit
nak serang apa pulak
ingat: bila musuh menyerang
ini bukan tanda salah
ini tanda buat kerja betul
antara kita dengan musuh
ada garis pemisah yg jelas
SERANG SERANG






--------------