Rabu, 30 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anak Jatuh Flat Depan Mata Ayah

Posted: 30 Dec 2015 11:00 PM PST




AQEEF Nifael Sharhafizie Afzal, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama


SELAMA: Seorang kanak-kanak berusia lelaki lima tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 malam ketika mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya baharu pulang daripada bercuti.


Mangsa dikatakan naik ke rumah bersama ibunya di tingkat tiga bangunan, sementara bapanya dan anak yang kedua sedang berkemas di kereta.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia dan terbaring di depan matanya.

Katanya, semasa kejadian tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa. "Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya.


MARA tak mampu taja semua – Annuar Musa Faiz Zainudin

Posted: 30 Dec 2015 10:00 PM PST


annuar-musa_mara_600_2

Beliau menafikan MARA abaikan pelajar di Mesir sebaliknya agensi itu turut menaja pelajar dalam bidang tertentu 

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempunyai kemampuan yang terhad untuk menaja pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya hanya menaja pelajar yang betul-betul layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

"MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta semua pihak ada had keupayaan masing-masing dan sudah tentu (setiap permohonan yang dibuat) tertakluk kepada syarat dan dasar yang telah ditetapkan," katanya kepada FMT.

Beliau mengulas luahan pelajar Malaysia di Mesir yang mendakwa kehidupan mereka sengsara apabila tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan terutamanya MARA.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menjelaskan bahawa MARA tidak mengabaikan sepenuhya pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir sebaliknya turut menaja pelajar di sana dalam bidang-bidang tertentu.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melancarkan Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir untuk membantu pelajar yang memerlukan pertolongan terutamanya yang tidak mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan sehingga memaksa mereka mengikat perut.

Azmi Sharom bangkang Ibrahim Ali Aedi Asri

Posted: 30 Dec 2015 09:15 PM PST


azmi-sharom-Ibrahim-ali

Sesiapa sahaja berhak mengutarakan pandangan dalam soal agama asalkan mereka memiliki hujah yang kuat.

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam soal agama jika mereka mempunyai hujah yang kuat bagi menyokong pandangan itu, kata pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.

Beliau menyangkal kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Faridah Ariffin tidak layak bercakap soal agama kerana dilihat tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam.

"Isu siapa yang layak atau tidak sepatutnya tidak timbul. Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam soal agama asalkan dapat menjustifikasikan pandangannya.

"Kita boleh rujuk hadis atau mana-mana pemikir Islam (dalam menyatakan pandangan). Ini semua kita boleh cari sendiri," katanya kepada FMT.

Dalam satu sidang media semalam, Ibrahim berkata hanya orang yang berautoriti dan berlatar belakangkan Islam boleh berbicara mengenai persoalan syariah Islam.

Noor Farida sebelum ini menggesa agar enakmen kesalahan jenayah syariah yang dianggap 'menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat' dikaji semula dan serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama dihentikan.

Mengulas lanjut, Azmi berkata kenyataan Ibrahim itu hanyalah satu cara untuk mengawal minda orang Islam di negara ini daripada menerima pandangan yang berbeza.

"Sikap Ibrahim yang hanya mahu segolongan elit sahaja memberi pendapat adalah bagi mencacatkan kebolehan orang Islam di Malaysia untuk meluaskan minda dan pemikiran mereka," katanya lagi.

PKR desak lesen ekspot bauksit dibekukan FMT Reporters

Posted: 30 Dec 2015 08:30 PM PST


Lee-Chean-Chung,bauksit

Parti itu berkata pembekuan lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta, dan sekaligus mengakhiri pencemaran

PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan pusat supaya membekukan lesen ekspot bauksit di Pahang, memandangkan ada kemungkinan kemerahan pesisiran pantai Beserah berpunca daripada pencemaran.

Ketua Biro Alam Sekitar PKR, Lee Chean Chung berpandangan pembekuan lesen-lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta dan tindakan pembersihan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas sekitar Kuantan.

FMT dan media lain melaporkan pada Selasa bahawa air di Sungai Balok, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam bertukar merah, dipercayai angkara bauksit yang mengalir ke laut akibat hutan lebat semalaman.

"Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan," kata Adun Semambu itu dalam satu kenyataan.

Perubahan warna Sungai Balok dan Pantai Beserah, yang diangkat sebagai salah-satu destinasi luncur angin terkemuka dunia, Lee berasa amat kesal dengan sikap kerajaan mengendalikan isu bauksit ini.

Katanya, keyakinan rakyat Pahang pada kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah terhakis dan merasakan aduan mereka tidak dipedulikan.

"Sedangkan isu ini telah dibangkitkan sejak setahun yang lalu, tiada sebarang tindakan tegas kelihatan telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Pahang untuk menyelesaikan isu pencemaran bauksit."

Beliau menambah isu ini harus dipandai serius dan perlu diselesaikan dengan segera: "Pencemaran air dan laut ini menimbulkan keraguan dan kerisauan warga Kuantan sama ada air paip yang menjadi sumber air minuman harian telah tercemar, malah warga Malaysia akan hilang keyakinan terhadap ikan, udang dan sumber lautan lain yang ditangkap di sekitar Kuantan."

Ibu-bapa rayu pengusaha bas sekolah jangan naik tambang Adam Abu Bakar

Posted: 30 Dec 2015 07:45 PM PST


bas,tambang

Ibu-bapa yang ditemui FMT tidak bersetuju sekiranya tambang bas sekolah dinaikkan

KUALA LUMPUR: Rajendran, 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi tersentak dengan hasrat pengusaha bas sekolah yang mahu harga tambang bas sekolah dinaikkan kelak.

Beliau yang terpaksa keluar dari rumah dan membawa teksi sejak awal pagi hingga lewat malam demi mencari nafkah buat menampung seisi keluarga mengakui terkesan jika tambang bas sekolah dinaikkan.

"Sebagai pemandu teksi, tol dan gas telah naik, dan ditambah pula dengan kenaikkan harga barangan yang saban hari semakin meningkat. Harga barang naik, tetapi gaji tidak naik. Kini, tambang bas sekolah juga akan naik," ujarnya.

Ditemui pemberita di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ravendran memiliki dua orang anak yang masih bersekolah. Beliau kelihatan bingung sekiranya ura-ura kenaikan tambang bas sekolah terbukti benar.
"Semestinya ibu bapa terbeban, berapa gaji ibu bapa sekarang ini. Setiap bulan kita ada satu bajet yang harus difikirkan, untuk bayar sewa rumah, bil air dan elektrik," keluh beliau.

FMT turut melakukan tinjauan di sekitar Jalan Chow Kit bagi mendengar sendiri pandangan ibu bapa lain mengenai kenaikkan harga tambang bas sekolah yang dikatakan akan dilakukan pada awal tahun 2016.
Datuk kepada dua cucu, Wan Ismail Wan Bakar, 69, turut bersimpati dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh anaknya dalam suasana ekonomi yang semakin menghimpit.

Lebih-lebih lagi apabila perbelanjaan barangan sekolah juga telah naik.

"Kenaikan ini (tambang bas sekolah) pasti akan menekan ibu bapa. Sekarang ini semua benda semakin naik sedangkan pendapatan masih kekal di takuk lama.

"Ibu bapa kena mengeluarkan belanja yang lebih dan ia menyusahkan. Kalau boleh tidak payah dinaikkan, kerana mereka (pengusaha bas sekolah) berkhidmat untuk pelajar sekolah. Sepatutnya lebih kurang lah sikit, jangan kira untung sahaja," katanya.

Begitu juga Hafizah Md Nor, seorang suri rumah sepenuh masa. Tiga orang anaknya masih bersekolah, dan beliau mengakui ibu-bapa sepertinya yang memiliki lebih dari seorang anak pasti terkesan.

"Kenaikkan tambang bas sekolah agak membebankan, bagi mereka yang memiliki anak lebih dari seorang itu adalah satu tekanan kerana turut mengalami tekanan lain seperti kenaikkan harga barang-barang dan perkara lain.

"Jadi lebih banyak wang yang akan dikeluarkan terutamanya persediaan untuk pembukaan sekolah," ujarnya.

Wanita berusia 35 tahun itu juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan kupon diskaun kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM5,000.

"Kerajaan sepatutnya mengadakan kupon diskaun kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM5,000 ringgit. Mekanisma ini telah dilakukan di beberapa buah negara Barat," jelas beliau lagi.

Najib Jangan Nak Tipu Rakyatr LAGI !!!!

Posted: 30 Dec 2015 07:00 PM PST

Rafizi Dakwa Harga Pasaran Minyak Dunia Turun 66%


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencadangkan supaya kerajaan menghentikan kenaikan tambang yang baru diumumkan dan mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25sen/kWj. – Gambar fail The Malaysian Insider

Henti kenaikan tambang, elektrik kerana harga petroleum turun, kata PKR

PKR menggesa Putrajaya agar menghentikan kenaikan tambang pengangkutan awam serta kadar elektrik apabila mengambil kira penurunan harga petroleum yang berlaku sekarang.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan anggaran harga petrol RON95 yang dijangka berada pada RM1.80 sehingga RM1.85 seliter.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar yang sepatutnya dinikmati rakyat (jika tidak, kerana keadaan matawang ringgit yang tidak menentu) dengan cara berikut:

"Hentikan semua kenaikan tambang yang diumumkan setakat ini yang melibatkan pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain untuk mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam.

"Mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggaran penurunan harga minyak mentah itu adalah berdasarkan Laporan "Weekly Petrol Prices Report" Institut Petroleum Australia, yang menyenaraikan harga RON95 seperti didagangkan di Singapura mengikut laporan Means of Platts Singapore (MOPS) bagi minggu berakhir 20 Disember 2015.

Ia juga dianggarkan berdasarkan laporan harga minyak mentah Brent bagi Disember 2015, yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, berdasarkan pemerhatiannya, harga petroleum ditetapkan Putrajaya juga tidak selaras dengan penurunan harga minyak pasaran dunia – menyusut sebanyak 66% sejak Julai 2014.

"Saya mencadangkan sebelum ini supaya satu kaedah penetapan harga baru diperkenalkan dengan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar matawang ringgit kepada dollar.

"Namun, saya yakin konsep ini tidak akan difahami menteri dan tidak akan dilaksanakan selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa peringkat tertinggi bagi membincangkan kenaikan kos sara hidup.

sumber...TMi

Padan Muka Cai Cai UMNO.....ASB Hanya Tinggal 0.50 Sen Seunit ???

Posted: 30 Dec 2015 06:00 PM PST

Isteri Kapten Hasman dimaklumkan tentang penemuan mayat suami pagi ini

Posted: 30 Dec 2015 05:24 PM PST


.

Siti Hazwani Ahmad, isteri Allahyarham Kapten Hasman Hussin, yang hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, dimaklumkan tentang penemuan mayat suaminya melalui telefon oleh pihak tentera pagi ini.

"Saya terima keadaan ini dan amat berharap jenazah suami segera dibawa pulang. Saya hanya mengetahui berita mengenai suami saya apabila dikunjungi seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pagi semalam," katanya ketika ditemui pemberita di rumah bapanya di Felda Palong 13 dekat sini hari ini.

Siti Hazwani, 29, berkata beliau diminta bersedia untuk dibawa ke Amerika Syarikat bersama bapa mertuanya, namun mungkin tidak dapat berbuat demikian disebabkan dua bayinya masih kecil selain beliau sendiri belum cukup kuat kerana sedang berpantang selepas melahirkan bayi kembar lelaki baru-baru ini.

.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah suami saya untuk dibawa pulang," katanya, yang turut mempunyai anak sulung lelaki berusia tiga tahun.

Siti Hazwani berkata kali terakhir beliau bercakap dengan suaminya melalui telefon adalah pada 25 Dis lepas.

Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan hari ini mengesahkan mayat Allahyarham Hasman, pegawai Tentera Darat yang dilaporkan hilang pada Sabtu selepas dipercayai dihanyutkan banjir di Pulaski County, Missouri, Amerika Syarikat, telah dijumpai pada 11 pagi 28 Dis waktu tempatan (1 pagi 29 Dis waktu Malaysia).

Allahyarham Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas, dilaporkan hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.

Di MELAKA, anggota keluarga Allahyarham Hasman yang dimaklumkan tentang penemuan mayatnya oleh wakil ATM yang datang ke rumah mereka di Masjid Tanah di sini kira-kira pukul 9 pagi ini, reda dengan ketentuan Ilahi.

Adik Allahyarham, Mohd Hairi Hussin, 29, berkata keluarga mereka akan berbincang dengan Siti Hazwani untuk menguruskan mayat Hasman.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata menurut pihak tentera, proses membawa pulang mayat abangnya itu akan mengambil masa kira-kira dua hari dan keluarganya menyerahkan kepada pihak ATM untuk proses tersebut.

Katanya pihak ATM ada menawarkan Siti Hazwani dan bapa Allahyarham, Hussin Mat, 60, ke Amerika Syarikat tetapi keluarga mereka terpaksa menolak kerana Siti Hazwani masih menyusukan sepasang anak kembarnya berusia tiga bulan manakala Hussin pula kurang sihat.

Mohd Hairi turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak tentera kerana membantu keluarga mereka dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

Allahyarham Hasman, anak ketiga daripada enam beradik, mempunyai tiga anak lelaki iaitu anak sulung berusia tiga tahun dan anak kembar berusia tiga bulan.

.


Asri: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri

Posted: 30 Dec 2015 08:00 AM PST


 
Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.
Tidak terkeculi, kenyataan tersebut turut mendapat kritikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di laman Facebooknya hari ini.

Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Asri dipercayai merujuk kenyataan Ahmad semalam yang meminta supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

Menurut Asri seseorang menteri seharusnya bijak dan waras bagi melayakkannya diberikan pelbagai kelebihan termasuk gaji dan keistimewaan lain.

Selain itu katanya, seseorang menteri juga sepatutnya mencari penyelesaian untuk meringankan beban rakyat dan bukan menambahkan lagi beban mereka.

"Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.

Sebuah portal semalam melaporkan saranan Ahmad supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos hidup di negara lain.

Meskipun dikritik keras kerana cadangan tersebut, Ahmad Maslan sekali lagi tampil mempertahankan kenyataan itu dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.

"Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya.

"Berusaha gigih cari rezeki yang halal," kata Ahmad Maslan. - Mkini

Doktor Terkedu Toyota Wish Baharu Beli Di Sita JPJ

Posted: 30 Dec 2015 06:00 AM PST



ANGGOTA JPJ memeriksa kereta klon yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di R&R Gurun, semalam.


Gurun: Seorang doktor lelaki lingkungan 30-an terkedu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang baru dibeli dua bulan lalu disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemeriksaan mendapati ia kenderaan klon, semalam.

Difahamkan, ketika ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan jam 10 pagi, doktor berkenaan bersama rakan wanita lingkungan 30-an dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah ke sebuah pusat perubatan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, kenderaan MPV itu dibelinya melalui dalam talian selepas tertarik dengan harga ditawarkan RM48,000 sebelum melihatnya yang diletakkan di sebuah kedai kereta terpakai di Batu Caves, Selangor.


Katanya, selepas berpuas hati dia bersetuju membeli dengan membayar wang pendahuluan RM10,000 dan hanya perlu membayar ansuran bulanan RM500.

"Saya membeli kenderaan MPV itu selepas melihatnya sendiri dan yakin selepas ejen memberi jaminan tiada sebarang masalah, tetapi tidak menyangka ia sebenarnya kenderaan klon.

"Akibatnya, saya kerugian RM11,000 termasuk RM1,000 bagi bayaran ansuran dua bulan apabila kenderaan itu disita JPJ. Saya langsung tidak menyangka ia kenderaan klon dan kecewa serta kesal dengan tindakan penjual kereta terbabit yang sanggup menipu," katanya.

Operasi membabitkan 169 pegawai dan anggota membabitkan 15 agensi itu bermula jam 8.30 pagi.

Lebih 1,000 kenderaan diperiksa dan 124 kenderaan dikenakan notis dan saman atas pelbagai kesalahan serta dua kenderaan disita.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah Amir Onn Mustapha berkata, kenderaan yang dipandu doktor itu ditahan mencurigakan sebelum anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan lanjut kenderaan itu.



Terkini: UMNO Bergegar Dengan Pembongkaran Puteri Jadi Pemuas Nafsu Pemimpin...Sebarkan suarakami

Posted: 30 Dec 2015 05:15 AM PST



WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN


Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. 

Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. 


Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. 

Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. 


Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: "tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?" Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. "Duit I dah ada.." Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. 

Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? 


Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya. Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin [Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?.


Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. 
Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya.

FBI Siasat Syarikat Filem Anak Tiri Najib

Posted: 30 Dec 2015 04:30 AM PST




Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang meneliti pembiayaan syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Red Granite Pictures ditubuhkan oleh Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.

Akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu memetik orang yang biasa dengan perkara itu sebagai berkata siasatan ke atas Red Granite Pictures merupakan sebahagian siasatan FBI atas aset dimiliki Najib dan keluarganya.


Ini termasuk hartanah mewah di New York dan Los Angeles.

Red Granite Pictures memberitahu WSJ bahawa Riza mahupun syarikat nya telah melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan "tidak sesuai".

Dalam filem The Wolf Of Wall Street, hartawan yang berhubungan dengan 1MDB- Jhow Low mendapat penghormatan apabila namanya muncul dalam kredit di akhir filem berkenaan.

WSJ semalam memetik bekas ahli politik parti pemerintah mendakwa Low dibawa ke dalam 1MDB untuk membantu perbelanjaan berkaitan pilihan raya.

Low sejak itu menafikan hubungan dengan 1MDB.

1MDB semalam dalam kenyataannya mendakwa laporan WSJ sebagai tidak berasas dan dikitar semula sejak pertengahan 2015.

- malaysiakini



Lepas ni Kami Ingin Membuat Applikasi Android dan AppStore,

Posted: 30 Dec 2015 03:45 AM PST



Teksi dan Limousine sudah ada Applikasi ‪#‎GrabCar‬ ‪#‎Uber‬ ‪#‎GrabTaxi‬ ‪#‎GrabTeksi‬.

Kami Nak lancarkan ‪#‎GrabBus‬ , memohon kpd agensi yg pandai buat olahan, kita lingkupkan pula Agensi Pengangkutan Bas Persiaran, Bas express..

Serupa dgn Nasib ‪#‎PemanduTeksi‬ sedia ada skrg.


Alang2 sudah taburkan pasir pada pencarian rezeki pemandu teksi,
taburkan pula pada pengendalian syarikat2 bas ekspress pula...


Amacam Tan Sri Syed Hamid Albar...

Ada berani?

SPAD?


Kacang jeee...... kan?

ps: Chillex pekena koci pepetang yg santai di perkarangan KLCC, sambil tgk bangla ‪#‎SuffleDance‬
with Sang Kelembai and 44 others.
 
 
KUALA LUMPUR: Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang setelah lama tertangguh.
 
 
bharian.com.my

LAGI DUA HARI

Posted: 30 Dec 2015 03:00 AM PST


LAGi DUA

HARi

Countdown selesai hutang 1MDB hampir luput

 | December 29, 2015
Najib sebelum ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2015.

PETALING JAYA: Jaminan Najib untuk menyelesaikan isu kontroversi syarikat pelaburan staregi kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang hujung tahun ini akan berakhir dalam masa dua hari lagi.


KAH KAH KAH

woit

bila bila bila

tipu lagi

kelentong lagi

lebong lagi

mapoooooos

bani melayu

KAH KAH KAH 


---------------

Tiada ulasan:

Rakyat disuruh melakukan 2 kerja utk kelangsungan hidup...

Posted: 30 Dec 2015 02:00 AM PST

Zaki Yamani II's photo.

Tapi pemimpin mengamalkan gaya hidup bermewah mewahan...

X ke haramjadah namanya tu...
UMNO BABI

 

Awang Adek dilapor enggan dicalon ganti Zeti FMT Reporters

Posted: 30 Dec 2015 01:00 AM PST


Awang-Adek-Hussin_bnm_600

Tujuh individu dikatakan disenarai pendek untuk dilantik Gabenor Bank Negara yang baharu

PETALING JAYA: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dilaporkan menolak namanya untuk dicalonkan sebagai Gabenor Bank Negara bagi menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Duta Malaysia ke Amerika Syarikat itu dikatakan antara individu yang disebut-sebut bagi menggantikan Zeti.
"Beliau telah menyatakan tidak mahu menjadi calon bagi menggantikan tempat Zeti. Beliau selesa dengan jawatan sekarang," lapor portal MalaysiaGazzete yang memetik sumber Putrajaya.

Awang Adek melepaskan jawatannya sebagai Penolong Gabenor pada 2001 selepas 16 tahun berkhidmat sejak 1985 untuk melibatkan diri secara aktif dalam politik.

Ketika itu beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Zeti bakal melepaskan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia pada April selepas menerajui Bank Pusat itu selama lima penggal sejak 2000.

Sumber Putrajaya seperti yang dilaporkan portal itu mengakui sukar untuk mencari pengganti Zeti biarpun banyak calon telah dinamakan.

"Selain rekod kecemerlangan Zeti, ekonomi Malaysia berhadapan dengan cabaran ketindaktentuan ketika ini," kata sumber itu.

Tujuh nama lain yang dikatakan disenarai pendek untuk menggantikan Zeti ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah, tiga Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim Muhammad, Nor Shamsiah Yunus dan Sukhdave Singh.

Turut menjadi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr. Noor Azlan Ghazali.



 
Pada saya orang yang PALING LAYAK menggantikan Tan Sri Zeti Aziz adalah Dato Zamani Abdul Ghani bekas Asst. Gabernor Bank Negara itu sendiri..

Rafizi: Dedahkan projek penswastaan di bawah Najib FMT Reporters

Posted: 30 Dec 2015 12:00 AM PST


rafizi-ramli_zahid_projek_600

Dikhuatiri pentadbiran Najib Tun Razak lebih banyak menganugerahkan perjanjian konsesi berbanding pentadbiran Perdana Menteri yang terdahulu

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diminta mendedahkan semua projek penswastaan yang diluluskan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli membuat gesaan itu supaya tindakan dapat diambil terhadap perjanjian-perjanjian penswastaan bagi memastikan rakyat pada masa hadapan tidak dibebankan dengan bayaran pampasan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi yang rata-ratanya adalah kroni.

Katanya, dia khuatir jika tidak dibendung, pentadbiran Najib sebenarnya akan menganugerahkan lebih banyak perjanjian konsesi yang membebankan rakyat berbanding jumlah perjanjian di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi.

Rafizi berkata demikian merujuk kepada kenyataan Zahid yang menyalahkan pemerintahan Perdana Menteri terdahulu seperti Dr Mahathir sebagai punca kerajaan terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi yang membebankan rakyat.

"Saya bersetuju bahawa banyak perjanjian konsesi lebuhraya dan penjana bebas (IPP) diluluskan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak bermakna bahawa pentadbiran sekarang di bawah Najib tidak mampu berbuat apa-apa untuk merundingkan kembali perjanjian-perjanjian itu," katanya menerusi kenyataan media.

Rafizi berkata, banyak pendedahan yang telah dibuatnya melibatkan projek penswastaan di bawah pentadbiran Najib

"Saya telah mendedahkan sebelum ini bagaimana kampus-kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kota Samarahan (Sarawak), Pasir Gudang (Johor), Selandar (Melaka), Seremban III (Negeri Sembilan), 


Puncak Alam (Selangor) dan Tapah (Perak) telah diswastakan melalui perjanjian konsesi selama 23 tahun.
"Saya juga mendedahkan mengenai rundingan penswastaan Hospital UiTM Puncak Alam melalui konsep konsesi yang dijangka menelan belanja berkali ganda lebih mahal dari kos membinanya," jelasnya.

Rafizi berkata,,jika Zahid tidak berani mendedahkan perjanjian tersebut selain mengambil tindakan untuk menghentikan kegilaan menswastakan projek kerajaan melalui konsep konsesi, beliau perlu berhenti daripada menyerang perjanjian-perjanjian konsesi lain yang semuanya diluluskan oleh pentadbiran UMNO/Barisan Nasional tidak kira siapa Perdana Menteri ketika itu.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengulangi beberapa cadangan yang diberikan oleh PKR menjelang PRU13 demi melindungi kepentingan rakyat tetapi tidak diendahkan oleh pentadbiran Najib.

Antaranya ialah penubuhan Suruhanjaya Perjanjian Awam untuk menyemak kembali kesemua perjanjian dengan pihak swasta yang melibatkan kepentingan awam dan memutuskan cadangan-cadangan untuk memastikan kepentingan rakyat lebih dilindungi.

"Menerusinya, kerajaan boleh mula merundingkan kembali dengan pemegang-pemegang konsesi ini untuk mengubah perjanjian agar lebih adil kepada rakyat. 

Apatah lagi sebahagian besar dari syarikat swasta pemegang konsesi ini sama ada dimiliki sepenuhnya oleh badan-badan kerajaan (seperti PLUS dan Prolintas) atau saham syarikat-syarikat ini turut dipegang oleh badan-badan pelaburan kerajaan seperti KWSP, PNB dan lain-lain; sudah tentu ada ruang untuk merundingkan kembali perjanjian-perjanjian konsesi," katanya.