Selasa, 29 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Remaja diculik van putih telefon minta tolong Faiz Zainudin

Posted: 29 Dec 2015 11:00 PM PST


Nor-Amira-Atirah-Abdul-Majid

Nor Amira Atirah Abdul Majid sempat menelefon ahli keluarnya bagi meminta pertolongan sebelum perbualan terputus.

PETALING JAYA: "Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, dorang nak jual aku," kata seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa diculik menggunakan van putih.

Nor Amira Atirah Abdul Majid memberitahu perkara itu ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan itu terputus.

Rakaman perbualan selama 3 minit 43 saat itu menjadi viral di media sosial apabila ahli keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai.

Nor Amira Atirah dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang pada petang Selasa.

Berdasarkan rakaman perbualan itu, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh penculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah mangsa hanya tersedar apabila dia hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru .
Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, apabila mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan yang dipercayai untuk dijual.

Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.

Pihak Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Marion Caunter sambut Krismas hormati keluarga FMT Reporters

Posted: 29 Dec 2015 10:00 PM PST


Marion

Sambutan itu semata-mata bagi menghormati keluarganya yang membesarkannya selama 29 tahun sebagai Katolik 

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Marion Caunter mengaku dia menyambut perayaan Krismas kerana menghormati keluarganya walaupun telah memeluk Islam sejak berkahwin dengan usahawan kereta, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Marion yang berketurunan Portugis-Inggeris-Cina itu menjelaskan, dia menyambut Krismas kerana menghormati keluarganya yang telah membesarkannya sebagai seorang Katolik selama 29 tahun.

Namun, katanya, ia sedikitpun tidak menjejaskan akidahnya sebagai seorang muslim.

Katanya, dia juga menyambut Tahun Baru Cina kerana keluarganya juga berketurunan cina.

"Saya seorang Islam sepenuhnya sejak berkahwin dengan suami. Tetapi tidak bermakna saya mahu atau patut berhenti menyambut Krismas bersama keluarga yang membesarkan saya sebagai Katolik.

"Selama 29 tahun saya membesar sebagai seorang Katolik," jelasnya.

Marion atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah berkata, dia bersyukur kerana suami memberi sokongan kepadanya.

Marion membuat penjelasan itu di akaun Instagram selepas timbul cakap-cakap mengapa dia masih menyambut Krismas walaupun telah memeluk Islam.

Sebelum ini, juara program Akademi Fantasia, Stacy, turut dikritik kerana menyambut Krismas walaupun telah memeluk Islam.

Penyanyi kelahiran Sabah itu menjelaskan, dia menyambutnya bagi menghormati ibu bapa dan ahli keluarga yang masih beragama Kristian.



FMT

Ahmad Maslan boleh jadi juara Maharaja Lawak FMT Reporters

Posted: 29 Dec 2015 09:00 PM PST


khairuddin-ahmad-maslan

Kerjaya politik mendapat banyak kemudahan dan tidak boleh dibandingkan dengan kerjaya rakyat marhaen

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan terus dikritik susulan saranannya supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja (#2Kerja) untuk menambah pendapatan.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut tidak mahu ketinggalan mengkritik Ahmad Maslan kerana membuat kenyataan yang disifatkan 'mempersendakan kebodohan diri sendiri'.

Katanya, dalam kehidupan seharian bukan soal untuk mencari rezeki siang malam saja tetapi dalam masa yang sama perlu seimbangkan juga dengan masa untuk keluarga khususnya mendidik anak-anak yang memerlukan masa bersama ibu-bapanya setiap hari.

"Penghidupan kita bukan harus memperhambakan diri siang malam untuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai dari segi pengawasan dan pendidikan dari ibu-bapa mereka. Anak-anak juga memerlukan masa luang bersama ibu-bapa serta institusi kekeluargaan turut memerlukan ruang masa untuk bersama-sama setiap hari bagi menjalinkan keakraban kekeluargaan.

"Namun, kita tak hairanlah kenyataan ini datangnya daripada pemimpin-pemimpin UMNO masa kini yang cukup bangang. Mereka ni terlalu angkuh. Cakap dan tutur kata lebih cepat dari otak mereka. Inilah kualiti pemimpin UMNO pada hari ini," katanya.

Suami kepada pelakon Umi Aida itu berkata, hakikatnya pentadbiran kerajaan hari ini teruk dan kos sara hidup meningkat tak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat.

"Kalau kerajaan efektif; satu kerjaya pun dah cukup untuk tampung hidup keluarga seperti zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin tanahair kita suatu masa dahulu.

"Zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kita juga hadapi gawat ekonomi dunia yang cukup parah namun keseluruhan rakyat boleh hidup selesa.

"Ini membawa erti pentadbiran kerajaan masa kini tidak cekap serta tidak efektif lagi. Kemungkinannya terlalu ramai pemimpin-pemimpin masa kini otak mereka berada dalam lutut bukan di kepala kot?, sindirnya.

Katanya, Ahmad Maslan tidak boleh bandingkan kerjaya orang politik dengan golongan marhaen kerana kerjaya politik nempunyai pelbagai kemudahan sampingan dan sumber pendapatan yang boleh datang bergolek dari banyak sumber dengan mudah.

"Tak habis-habis suka buat kenyataan bodoh yang tidak munasabah yang boleh mengguris hati nurani rakyat jelata. Cukup-cukuplah Ahmad Maslan. Kenyataan-kenyataan bangang yang macam inilah membuatkan rakyat semakin menyampah dengan UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan.

"Tapi saya tetap yakin Ahmad Maslan tetap terbaik untuk pertandingan Maharaja Lawak kerana sifat semulajadinya itu boleh memenangkan beliau secara spontan," sindirnya lagi.


FMT

Countdown selesai hutang 1MDB hampir luput Faiz Zainudin

Posted: 29 Dec 2015 08:15 PM PST


najib_1mdb_600

Najib sebelum ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2015.

PETALING JAYA: Jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu kontroversi syarikat pelaburan staregi kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang hujung tahun ini akan berakhir dalam masa dua hari lagi.

Najib memberi jaminan hutang 1MDB sebanyak RM42 billion akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan pada bulan 22 Ogos yang lalu.


"Sebelum ini kita bagi masa enam bulan untuk selesaikan hutang tersebut, sekarang hanya tinggal lima bulan lagi. Saya yakin menjelang hujung tahun ini segala hutang 1MDB akan selesai," katanya ketika itu.

Najib sekali lagi memberi jaminan yang sama ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 8 Disember.

Justeru, keputusan tempoh yang akan tamat pada 31 Disember bukan sahaja turut dinanti-nantikan ahli UMNO, malah jutaan rakyat Malaysia yang masih berteka-teki tentang hutang syarikat 1MDB.

Apapun, situasi sekarang menggambarkan seolah-olah isu tersebut sukar diselesaikan memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih melakukan siasatan berhubung kes tesebut.

Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin juga berkata, Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini.

Najib sebelum ini telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International pada awal Disember.


FMT

Lelaki Ini Mengamuk Bila Keretanya Yang Disita JPJ Masih Digunakan Di Jalan Raya

Posted: 29 Dec 2015 07:30 PM PST





Video seorang lelaki berusia lingkungan lewat 30'an mengamuk di bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 6 minit itu telah ditonton sebanyak 141,739 di Facebook dan 4,000 shares di laman yang sama.

Menurut lelaki berkenaan, kereta miliknya telah disita oleh JPJ pada 2001 atas kesalahan pengubahsuaian enjin yang tidak dibenarkan.

'Bila saya nak renew roadtax, datang ke JPJ dan mereka kata tak boleh. Puncanya? Mereka juga tak tahu dan menyuruh saya pergi ke balai. Balai pula kata tak ada masalah. Datang semula ke JPJ, turun naik turun naik dari jam 11 pagi sehingga 4 petang.

"Akhirnya saya dimaklumkan bahawa punca sebenarnya roadtax kereta saya tidak dapat direnew kerana kereta saya yang telah dilupuskan pada tahun 2001 masih berada di atas jalan raya.


"JPJ yang menyita kereta saya dan sepatutnya kereta itu dilupuskan serta merta dan clearkan nama saya. Tetapi JPJ tidak berbuat demikian," katanya.

"Macam mana JPJ boleh keluarkan kereta ini balik sedangkan ia telah disita pada tahun 2001 dan sepatutnya telah dilupuskan? Saya mempunyai maklumat individu yang memandu kereta ini dan saya telah memohon Pengarah JPJ cawangan berkenaan menahan individu tersebut, namun mereka memberikan alasan bahawa mereka tiada kuasa. Tanya polis, pun tak ada kuasa. Jadi siapa yang ada kuasa?

"Kalau kereta ini dia guna untuk bawa dadah ke, apa ke, polis akan menangkap saya dan masukkan dalam lokap selama 14 hari. Siapa nak duduk dalam lokap 14 hari? Apa JPJ buat? Ini berkaitan dengan soal nyawa saya.

"Sudahlah kereta disita pada tahun 2001, bayaran kereta sebanyak RM78,000 pula saya terpaksa bayar pada pihak bank dan kini JPJ pula menimbulkan masalah ini yang menyebabkan saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan? JPJ buat apa?" katanya.

JPJ sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Bekas PM Israel dihukum penjara atas kesalahan rasuah Agensi | Diterjemahkan oleh: Mariah Ahmad

Posted: 29 Dec 2015 07:00 PM PST


Mahkamah Agung berkenaan turut mengurangkan hukuman penjara Olmert kepada 18 bulan dan dia akan menjalani hukuman terbabit pada Februari depan. - Gambar fail
 
Bekas PM Israel dihukum penjara atas kesalahan rasuahBAITULMAQDIS: Mahkamah Agung Israel pada Selasa telah mengekalkan sabitan kesalahan rasuah terhadap bekas perdana menteri Ehud Olmert.

Mahkamah Agung berkenaan turut mengurangkan hukuman penjaranya kepada 18 bulan dan dia akan menjalani hukuman terbabit pada Februari depan.

Berikutan keputusan mahkamah tersebut, Olmert, 70, menjadi bekas perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dikenakan hukuman penjara.

Dia bagaimanapun, menerima dan menghormati keputusan mahkamah itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah. Seperti yang anda ketahui, beberapa tahun sebelum ini sangat sukar bagi saya, keluarga, isteri, lima orang anak saya dan juga bagi 11 cucu saya yang lain," kata Olmert.

Pada Mac 2014, Olmert dituduh menerima rasuah yang melibatkan sebuah projek pembangunan hartanah di Baitulmaqdis.

Olmert dinamakan sebagai suspek utama dalam skandal Holyland atas dakwaan dia menerima beratus ribu shekel untuk membantu pemaju mendapatkan kelulusan perancangan dan undang-undang projek berkenaan.

Projek menara itu juga dilabel sebagai simbol penyelewengan peringkat tinggi.

Olmert didakwa ketika menjadi datuk bandar Baitulmaqdis dan menteri perdagangan dan industri sebelum menjadi perdana menteri pada 2006.
Pada September 2008, dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas polis mengumumkan dia akan didakwa atas beberapa tuduhan rasuah.

Julai 2012, didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah tetapi bebas daripada dua tuduhan lain yang lebih serius menyentuh dakwaan menerima sampul surat berisi wang tunai serta beberapa pembiayaan ke luar negara.

ladang getah

Posted: 29 Dec 2015 06:41 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

memang kami punya ladang getah tapi sejak dulu tiada siapa mahu menoreh.

Lima tahun lalu saya beli tanah sekitar lima ekar atas bukit di tandui gana membakut dan ada getah tapi saya sendiri tak tahu lokasi ladang itu.

Kesannya saya serah saja gerannya pada athilla jadi miliknya.

Kira2 athila mahu potong getahkah?



ISMAILY BUNGSU

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KENAPA TIDAK CERDIK BOLEH JADI MENTERI?

Posted: 28 Dec 2015 10:24 PM PST


Ketika berbual dengan kawan-kawan mengenai Ahmad Maslan yang didapati kerapkali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal, pertanyaan seterusnya yang selalu kedengaran ialah bagaimanakah orang seperti beliau boleh menjadi seorang anggota pentadbiran kerajaan?

Sepanjang  menjadi timbalan menteri sejak 2009, beliau merupakan pemimpin UMNO yang paling banyak diperbualkan dan menjadi persendaan rakyat berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Kalau ikut hukum akal atau sekiranya Najib Razak mengambil kira banyaknya rungutan, bukan saja di kalangan rakyat, bahkan di kalangan ahli UMNO sendiri, Ahmad Maslan sudah sepatutnya diketepikan daripada menganggotai kerajaan.

Terbaru dalam menggalakkan rakyat melakukan dua kerja untuk menangani peningkatan kos sara hidup, Ahmad Maslan jelas keliru dan tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan apabila mengatakan beliau sendiri mempunyai tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.

Sekali lagi timbul perbualan, bagaimana sebagai timbalan menteri tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan?

Tidak saja rakyat biasa, malah seorang mufti juga turut tidak dapat menahan diri daripada mempertikaikan kecerdikan dan kemampuan berfikir Ahmad Maslan itu.

Secara umumnya, apabila menjadi pemimpin dalam kerajaan, harapan rakyat ialah mereka mestilah lebih cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan beberapa langkah ke hadapan dari segi pemikirannya berbanding rakyat biasa.

Dengan demikian, barulah kepimpinan mereka boleh diikuti atau dijadikan pedoman. Itulah nilai seorang pemimpin di mata rakyat.

Tetapi berbeza dengan Ahmad Maslan, beliau seringkali saja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, tidak masuk akal, malah tidak menunjukkan berbezanya diri beliau itu sebagai pemimpin.

Dengan beberapa lagi pemimpin mempunyai watak seperti Ahmad Maslan dalam kerajaan seperti pernah menyarankan jangan makan ayam jika mahal, tanam sayur sendiri kerana harganya kian mahal, bertolak lebih awal untuk mengelak tol dan sebagainya, ia secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.

Mengapa di zaman Najib ini begitu banyak pertikaian mengenai kualiti menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, sedangkan ia tidak pernah berbangkit sebelum ini?

Kenapakah orang seperti Ahmad Maslan lebih senang mendapat kedudukan dalam kerajaan berbanding ramai Ahli Parlimen lain yang jauh jauh lebih baik, lebih cerdik dan diyakini?

Mengapa sesetengah Ahli Parlimen yang baik dan cerdik pula, hanya sesudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat barulah dilantik menganggotai kerajaan, berbeza dengan Ahmad Maslan yang mula bertanding di Pontian pada pilihanraya 2008, tetapi terus dilantik sebagai timbalan menteri pada 2009 apabila Najib menjadi Perdana Menteri?

Jawapannya tidak lain ada pada Najib sendiri. Beliau bukannya melantik menteri dan timbalan menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan negara, tetapi semata-mata untuk dirinya.

Sebab itu, beliau memilih mereka yang setia, suka mengampu, membodek dan hanya sedia memujinya saja.  Faktor kemampuan dan keupayaan memikul tanggungjawab, kecerdikan berfikir atau memberi khdmat kepada rakyat, tidak lagi menjadi faktor paling utama.

Ada menteri yang diketahui umum dilantik semata-mata kerana kuat mengampu dan mengepung sehingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberinya ganjaran jawatan.

Pemimpin yang baik dan mempunyai keupayaan berfikir dengan cemelang barangkali hanya boleh dibilang dengan jari dalam pentadbiran kerajaan di era Najib ini. 

Selain itu, Najib juga barangkali enggan melantik semua yang cerdik dan pandai dalam kerajaan pimpinannya kerana tidak mahu dirinya sendiri tenggelam. Hanya apabila di kelilingi oleh mereka yang tidak berapa cerdik, sering mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan menjadi bahan persendaan rakyat saja barulah Najib kelihatan sedikit lebih baik dan menonjol.

Dalam ertikata lain, disebabkan tidak cerdik itulah mereka diberikan jawatan serta kedudukan dan menjadi  tidak cerdik di zaman Najib ini nampaknya mendatangkan nasib lebih baik berbanding mereka yang pandai dan berkualiti. (SH 29/12/2015).

Tukar Tiub

Tukar Tiub


ADA KERJA LUMAYAN

Posted: 29 Dec 2015 06:53 PM PST







 KERJA LUMAYAN

Kerja-kerja keDua yang lumayan. Boleh berkerja dimasa lapang dan part-time. 

1- Jadi pimp - Bapak Ayam 
2- Jual dadah 
3- Bookie 4D pada hari Sabtu dan Ahad .

4- Jadi budak Jaga Kereta dikawasan anda. Lumayan jugak.
5- Pelacur - Ibu tunggal dan anak perempuan bolih buat kerja sambilan ni 

6- Sertai Demo jalanan baju merah -bolihlah dapat wang dan makanan 
7- Tubuhkan Kaki Pau - anda bolih ganti polis dan gangster dikawasan anda. Malah juga dapat kutip wang tiket masok masjid dan surau. 

8- pandu teksi sapu 
9- Jual DVD Porn , alat seks dan jual "ubat selaras batang".

10 - Tulis surat dan minta Derma dari Tok Arab kaya.....mungkin berjaya dapat 2.6 billion. Janganlah "maslankan" diri anda sendiri. kakakakakakakakaka on AHMAD MASLAN DIBODOHKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/29/15






------------

BILA ? BILA ? BILA?

Posted: 29 Dec 2015 06:19 PM PST








SATU DUNIA

SEDANG

TUNGGU

BILA?



SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir tahun, kata peguam negara 

Peguam negara berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya, sambil menambah siasatan terhadap derma kontroversi itu juga mesti dimuktamadkan sebelum tempoh itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sprm-mesti-soal-najib-isu-rm2.6-bilion-sebelum-akhir-tahun-kata-peguam-nega#sthash.ELCD4PcH.dpuf

SPRM: Siasatan kes SRC International selesai akhir tahun

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan siasatan berkaitan isu SRC International - bekas anak syarikat 1MDB - akan selesai pada hujung tahun ini, Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

MINGGU DEPAN - PENANTIAN RAKYAT TERHADAP SPRM DAN PEGUAM NEGARA


Apabila SPRM mengumumkan ia akan mengemukakan hasil siasatan berkaitan SRC International dan derma RM2,600 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak pada minggu depan, tumpuan kini tidak lain ialah mengenai keputusan penyiasatan tersebut.

Apatah lagi SPRM turut memberi jaminan mereka akan  menjalankan siasatan secara bebas, telus, profesional dan tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

BILA? BILA?

------------

INI PENGALAMAN KU LI

Posted: 29 Dec 2015 05:39 PM PST






TEPAT BETUL

BENAR SAHEH

BUKAN TiPU


Cari satu kerja pun susah sekarang, kata Ku Li


Tengku Razaleigh Tengku Hamzah hari ini menolak cadangan seorang timbalan menteri yang mencadangkan rakyat melakukan 2 kerja untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan berkata, mencari 1 kerja dalam persekitaran semasa sekarang sudah cukup sukar.

Pemimpin veteran Umno itu menambah, beliau sendiri tidak mempunyai kerja, apabila ditanya komennya kepada cadangan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan 2 kerja akan membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan yang berlaku kini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cari-satu-kerja-pun-susah-sekarang-kata-ku-li#sthash.TUMC5T1j.dpuf

KAH KAH KAH

woit

ini cakap benar

ini pengalaman

ku li dah lama

dah bertahun2

cari kerja 

hendak jadi PM

masih belum

dapat dapat

KAH KAH KAH
 

------------

RABU 30 DISEMBER 2015

Posted: 29 Dec 2015 04:58 PM PST







HARI INI RABU

30 DISEMBER 2015

LAGI SEHARI 

TAHUN 2016




BILA SPRM AKAN

UMUMKAN

LAPORAN KES

NAJIB TERIMA 

DUIT 42 JUTA


DARI SRC

 INTERNATIONAL

&

2.6 BILION 

DARI TOK ARAB







-------------

CALON TETAP PM MALAYSIA

Posted: 29 Dec 2015 05:00 AM PST










CALON TETAP

PM MALAYSiA
 
UMNO MAHU SOKONGAN MELAYU, PAS MAHU HUDUD
29 Disember 2015
KUALA LUMPUR - Umno menghulurkan kerjasama dengan Pas kerana mahukan undi majoriti Melayu, manakala Pas pula mungkin menyambut kerjasama yang dimahukan kerana mahu mendapat sokongan terhadap pelaksanaan hudud.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia tidak mustahil memandangkan Umno mungkin tidak akan dapat sokongan daripada bukan Melayu dalam PRU akan datang.

KAH KAH KAH
woit
hubaya hubaya
dengar dengar
hang jangan main main
ini ku li yang cakap
ku li calon tetap
presiden gerombolan
calon tetap pm malaysia
kah kah kah
tapi untuk sementara
ku li jadi raja
bumi hutan gua musang
kah kah kah

GUA MUSANG 

-------------

YA AMPOOOON YA SULTAN MELAKA

Posted: 29 Dec 2015 04:00 AM PST





DATUK RANI KULUP
TT gwa syok baca rangkap nukilan yg lu buat .. Seperti belut pulang ke lumpur. Seperti pinang pulang ke gagang. Seperti unggas terbang melayang. Hanya yang kulup kenal yang kulup. Dasat lu tt .. teringat gwa lagu "annie song" 1974 .. tahun kemuncak "student power". Rani Kulop kalau standart Tanah Melayu ni memang layak dapat datuk .. 

apa taknya budak umur 26 tahun pun boleh dapat datuk, datuk seri lagi .. ramai pemakan rasuah dan bodoh yang macam-macam bentuk datuk mereka dapat .. ada pulak kes nama nya Dr.XX .. kemudian Dr. nya dilucut sebab pakai phd tipu .. lepas tu jadi plak Datuk XX .. bayangkan dah pakai phd tipu pun boleh dapat datuk. Mungkin u yg bagi phd tu tipu kot. Apa pun gwa tetap respek pada penjual "holly water", Datuk Dokter Ostaz Lebai Haji Padilah.

 Gwa pun tabik spring dengan En. Kazim, ostaz yang ada datuk tapi tetap bahasa dirinya Enceee Kazim .. islam melarang kita guna nama kebesaran .. kan ke riak tu dosa besar .. op lupa lak gwa yg kita dah ada mesin basuh on DATUK RANI KULUP
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/29/15



-------------

LAWAK SERAM LAGI SEDIH

Posted: 28 Dec 2015 09:38 PM PST






FACE BOOK


Org miskin tak boleh mati!!!






































----------------

PASTI TIDAK ADA KES

Posted: 28 Dec 2015 08:48 PM PST







BERANi

BERTARUH

PASTi TiDAK

ADA KES

KOMENTAR
orang ramai terus dibodohkan
orang ramai terus ditipu
orang ramai terus diputar

najib lantik peguam negara
najib sedang disiasat
maka mestilah tak ada kes
mustahil ada kes



Isu RM2.6b, SRC: AG tentukan ada kes atau tidak

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AG) pada akhirnya yang akan menentukan sama ada kontroversi berkaitan isu derma RM2.6b dan SRC International sejak setahun ini sebagai ada kes atau tidak.

Sehubungan itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M),  Akhbar Satar berharap penelitian mengenainya dibuat sebaik mungkin.

"SPRM akan hantar laporan itu kepada AG, jadi biarlah AG yang melihat kembali dokumen-dokumen itu dan menilai sama ada, laporan itu ada kes atau tidak.


KAH KAH KAH

kah kah kah

kah kah kah

kah kah kah

tergolek dog

kah kah kah

KAH KAH KAH

--------------

HEBAT CUTI DUA TAHUN

Posted: 28 Dec 2015 08:21 PM PST








YA HOOO

CUTi DUA

TAHUN
 
250 Juruterbang MAS Ditawar Cuti 2 Tahun
KUALA LUMPUR: Seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia (MAS) bakal kehilangan pekerjaan apabila syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) membatalkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda dan Paris, Perancis bermula 27 Januari depan.
Malah, sebahagian daripada juruterbang terbabit sudah pun diberi tawaran cuti tanpa gaji selama dua tahun.
Difahamkan, MAB membatalkan laluan penerbangan ke dua destinasi berkenaan yang dianggap merugikan mulai tahun depan selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan Emiriyah Arab Bersatu, Emirates pada 2 Disember lalu.
Mengikut perjanjian itu, penumpang MAB boleh menggunakan pesawat Emi­rates untuk penerbangan ke Amsterdam dan Paris, manakala MAB menawarkan penumpang bagi penerba­ngan rantau Asia Pasifik kepada Emirates.

KAH KAH KAH

cuti dua tahun

boleh pegi

mandi sungai

KAH KAH KAH 





--------------

PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI

Posted: 28 Dec 2015 07:40 PM PST







PENGUMUMAN

adalah diberitahu
psprm telah buat kenyataan

bahawa laporan najib

terima 2.6 bilion ringgit

laporan najib terima

42 juta ringgit 

dari SRC INT.BHD

akan diumum sebelum

akhir tahun


tahun 2015 akan tamat

dalam masa tiga hari


bila laporan nak keluar?


SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir ...

www.themalaysianinsider.com/...

Translate this page
The Malaysian Insider
Nov 11, 2015 - SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir tahun, kata peguam negara ... Low berkata, SPRM akan memanggil Najib "apabila tiba masanya".... bank peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

SPRM jangka siasatan SRC International siap akhir tahun ini

www.themalaysianinsider.com/...

Translate this page
The Malaysian Insider
Oct 13, 2015 - SPRM jangka siasatan SRC International siap akhir tahun ini ... Shukri juga enggan menyatakan bila SPRM akan menghabiskan siasatannya ... menerusi akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum pada 2013.

SPRM: Siasatan kes SRC International selesai akhir tahun ...

www.malaysiakini.com/news/315629

Translate this page
Malaysiakini
Oct 13, 2015 - Saya yakin kami boleh selesaikan sebelum akhir tahun ini. ... SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional,"  ...

SPRM SOAL NAJIB ISU RM2.6 BILION SEBELUM AKHIR ...

hambali1.blogspot.com/.../sprm-soal-najib-isu-rm26-b...

Translate this page
Nov 11, 2015 - Sudah pasti cerita akhir tahun ini amat ditungu-tunggu. ... ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013. ... Sebelumini, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata SPRM tetap akan memanggil  ...

Peguam Negara beri SPRM hingga akhir tahun siasat Najib ...

www.ismaweb.net/.../peguam-negara-beri-sprm-hingg...

Translate this page
Nov 11, 2015 - Peguam Negara beri SPRM hingga akhir tahun siasat Najib ... Sambil menjanjikan kes berkenaan akan selesai sebelum akhir tahun ini ... ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.






---------------