Sabtu, 26 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kerana Kebodohan Ahli2 UMNO....Rakyat Menderita....

Posted: 26 Dec 2015 08:00 PM PST

'Azalina, buktikan anda wanita sejati'

Posted: 26 Dec 2015 07:30 PM PST


Ketua Umno Cawangan Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Azalina Othman supaya membuktikan beliau sebagai wanita sejati dalam usaha memulihkan imej Umno.

Azalina ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, mencabar sesiapa yang mengkritik parti perlu keluar dari Umno yang seakan ditujukan kepada mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamed.

Parti berunsur Islamik agak sukar bertapak di Sarawak

Posted: 26 Dec 2015 07:00 PM PST


sarawak

Imej parti Islam itu tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak 

KUALA LUMPUR: Parti berunsur Islamik agak sukar untuk bertapak di Sarawak kerana ideologi yang dibawa dilihat tidak serasi dengan pemahaman dan gaya hidup masyarakat di negeri itu, menurut penganalisis politik.

Mereka berpendapat usaha PAS ataupun parti serpihan PAS, Amanah untuk memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam meraih undi terutama dalam kalangan umat Islam agak sukar jika mereka menggunakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada tahun depan.

Pensyarah kanan pengajian komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir berkata imej dan reputasi PAS yang dilihat bersifat ekstrem bagi penduduk Sarawak akan menjadi halangan utama parti itu memenangi kerusi pada PRN Sarawak.

Beliau berkata ini adalah kerana imej parti Islam itu tidak serasi dengan komposisi dan demografi masyarakat pelbagai etnik di Sarawak, kerana hanya kira-kira 28 peratus sahaja penduduk di negeri itu beragama Islam.
"Jangan harap pengundi Islam juga cenderung memilih PAS," katanya kepada Bernama di sini.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek menegaskan PAS dan Amanah tidak akan mampu memperoleh kemenangan dalam PRN Sarawak.

Sambil menyifatkan usaha mereka mungkin akan menjadi sia-sia, beliau berkata pilihan raya negeri itu tidak sesuai menjadi platform percubaan bagi Amanah terutamanya untuk mencuba nasib memenangi kerusi pertama parti itu.

Beliau berpendapat adalah lebih baik Amanah menguji kemampuan parti itu pada pilihan raya kecil daripada PRN kerana PRN penting dalam membentuk kerajaan negeri.

Abdul Halim berkata kemampuan Pakatan Harapan juga dilihat kurang menyerlah pada PRN Sarawak akan datang kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan yang dibawa oleh gabungan itu.

"Pakatan Harapan hanya akan tinggal harapan sahaja pada pilihan raya negeri Sarawak nanti," katanya.
PAS Sarawak baru-baru ini mengumumkan mahu bertanding sekurang-kurangnya di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sarawak akan datang.

Antara kerusi yang bakal ditandingi PAS ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa dan Dudong.

Sementara Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan AMANAH pula dikatakan akan hanya berbincang mengenai kerusi yang akan ditandingi di PRN Sarawak pada bulan depan.

Pada pilihan raya negeri ke-10 pada Mac 2011, PAS kalah di kesemua lima kerusi DUN yang ditandinginya.

Dalam pada itu, Jeniri berkata pendirian teguh PAS untuk bertanding menunjukkan keyakinan mereka tinggi walaupun ruang untuk menang hanya di kawasan majoriti masyarakat Melayu Melanau yang dikuasai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Menyentuh mengenai BN, beliau berkata walaupun populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tinggi dari segi kajian beliau iaitu sekitar 84 peratus, ia sukar diterjemahkan atas kertas undi disebabkan masalah dalaman antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Jeniri berkata masalah dalaman antara parti-parti komponen BN ini perlu diselesai dalam tempoh terdekat.
BN Sarawak kini dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).



– BERNAMA

Umno perlu ‘overhaul’ segera!

Posted: 26 Dec 2015 06:15 PM PST



SHAH ALAM - Umno kesuntukan masa dan perlu melakukan rombakan secara total di seluruh peringkat kepimpinan bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Umno bakal berdepan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak berbuat demikian.

"Semua pemimpin Umno perlu dirombak. Umno patut melakukan 'overhaul' secara total dan kita patut 'revamp' Umno... kita patut lakukan satu penstrukturan semula Umno di seluruh tanah air sekiranya kita nak pulihkan keyakinan rakyat dan pulihkan imej Umno kepada akar umbi.

"Sekiranya Umno tidak buat perubahan drastik dalam masa yang pendek, saya rasa Umno bakal hilang kuasa dalam PRU akan datang dan yakinilah sekali Umno hilang kuasa, Umno akan hilang kuasa buat selama-lamanya.

"Buktinya cukup jelas. Apa jadi kepada Pulau Pinang, Selangor, Kelantan? Apabila kita hilang kuasa, sukar untuk kita tawan semula negeri-negeri tersebut," katanya kepada Sinar Online.

Malah beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan kian merosot terutama daripada kalangan generasi muda.

"Pada hari ini, kalau lihat imej Umno di luar, saya berani kata 70 hingga 80 peratus daripada rakyat sekarang ini sedang menolak kepimpinan Umno. Khususnya daripada gen Y. Undi yang kita terima dalam ketiga-tiga pilihan raya kecil yang lalu amat menakutkan.

"Pada PRU14, kita bakal menghadapi 6 juta pengundi-pengundi baharu. Sebab itu Umno-BN kena buat sesuatu yang drastik. Bagi saya, sudah sampai masanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) mengambil sikap sebagai gentleman kerana isyarat daripada akar umbi cukup jelas," katanya.

Malah beliau memberitahu bahawa akar umbi yang bekerja keras untuk parti juga kian sukar untuk mendapatkan penyertaan generasi muda ke dalam Umno.

"Sokongan kepada Umno teruk. Apabila kita lancar kempen untuk mendapatkan ahli-ahli Umno baru dari kalangan gen Y, amat sukar. Apabila kita beri borang untuk mereka isi sebagai ahli Umno, mereka tidak berminat lagi dengan Umno.

"Saya rasa pada hari ini bukan sahaja dari kalangan gen Y, baik daripada golongan remaja, pertengahan ataupun veteran...ramai yang dah mula pertikaikan kredibiliti dan imej Umno. Banyak keputusan yang tidak popular diambil hingga menghiris hati rakyat," katanya.

Tegasnya, sudah tiba masa semua pemimpin parti politik tanpa mengira ideologi untuk bersatu membangunkan kembali negara untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Siapa penolak HUDUD yang sebenar...????

Nukilan Abe

Kita tak boleh kata, sesiapa yang tak sokong PAS bermakna dia tolak hudud, orang yang tolak hudud jadi kafir, orang kafir sembahyang tak sah, sembelih tak boleh dimakan, tak boleh jadi jurunikah..... Itu perkataan si jahil yang buta agama, atau ajaran si jahat yang sengaja mahu merosakkan manusia dengan memalsukan agama.....

Baik..... siapa penolak hudud yang sebenar....? 

Orang yang tolak hudud, ada beberapa kategori :-


1) Tolak dengan makna ingkar, atau tidak percaya, atau sengaja tidak mahu mengakui hudud sebagai hukum Allah..... Golongan ini tidak syak lagi telah menjadi kafir, terbatal imannya, dan terkeluar dia dari Islam.

2) Tolak dengan makna tidak mahu melaksanakannya dalam pemerintahan.... Hukumnya berdosa bagi sebuah kerajaan, jika tidak ada alasan yang sesuai mengikut syarak..... Manakala bagi orang awam, tidak apa-apa atau tidak berdosa, kerana orang awam tidak dituntut untuk melaksanakan hudud, dan perintah melaksanakan hudud hanya diwajibkan ke atas pemerintah.

3) Tolak dengan makna persekitaran dan situasi yang masih tidak sesuai, misalnya belum ada kuasa, perlu selesaikan dulu hukum-hukum Allah yang lain yang lebih utama seperti pendidikan, sosial kemasyarakatan, pertahanan negera dan lain-lain..... Hukumnya Harus dan dibolehkan.

4) Tolak dengan ertikata memang mereka belum mendapat hidayah kerana belum Islam....tidak ada apa-apa hukum yang boleh dikenakan ke atas mereka kerana memang mereka tidak menerima Islam. Hanya orang-orang bodoh saja yang berfatwa kononnya Haram hukumnya menyokong parti sekian-sekian dengan alasan parti itu berkawan dengan DAP, parti kafir yang menolak hudud.

5) Tolak dengan makna 'balaghah' atau 'mafhum mukhalafah' -- bacaan sebaliknya..... iaitu mereka sebenarnya sangat tahu dan mengakui bahawa hudud tidak boleh atau tidak ada kemampuan untuk dilaksanakan, tetapi sengaja menggunakan isu hudud untuk kepentingan diri sendiri, atau menjadikan isu hudud sebagai alasan untuk mengkafirkan orang lain... 

Golongan ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan masyarakat awam menolak hudud kerana mendapat gambaran yang salah akibat tindakan untuk melaksanakan hudud dibuat secara yang tidak betul.

Jangan sekali-kali kita termasuk dalam golongan (1) dan golongan (5)




Nurul Nuha Masih Di ICU, Keadaan Positif !!

Posted: 26 Dec 2015 05:56 PM PST


Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar yang dilaporkan cedera akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini disarankan supaya berehat dan tidak tidak digalakkan menerima tetamu.

Kakaknya, Nurul Izzah Anwar, berkata doktor hospital swasta terbabit yang merawat Nurul Nuha memberitahunya ruang rehat yang secukupnya diperlukan Nurul Nuha bagi membantu beliau kembali sihat dengan lebih cepat.




"Nuha sangat positif tetapi masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor minta dia berehat dan tidak galakkan pelawat. Sama-sama kita doakan dia cepat sembuh," kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini malam tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Anwar turut mendapat kebenaran pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat Nuha pada jam jam 3.30 petang semalam.

Anwar berada di hospital swasta yang tidak dinyatakan itu selama kira-kira 45 minit sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Sungai Buloh.

SALIB TERBESAR DI DUNIA BERADA DI MALAYSIA...CAI MOHON SENTAP..!!!

Posted: 26 Dec 2015 05:18 PM PST

Jangan main-main dengan undi kita

Posted: 26 Dec 2015 08:00 AM PST



undi

Kita perlu mempersoalkan sama ada SPR mempunyai niat yang jahat ketika menyekat saluran untuk pendaftaran pengundi

COMMENT
 
Oleh Thomas Fann

Negara kita adalah negara demokrasi, hak memilih jenis kepimpinan dan masa depan negara adalah hak asasi kita. Tiada sesiapa pun harus berfikir mereka boleh menafikan hak kita untuk mengundi atau memanipulasikan undi kita.

Namun begitu, terdapat sekitar 4 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun masih belum berdaftar sebagai pengundi. Manakala setiap tahun sekitar 450,000 warganegara yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, jumlah pendaftaran pengundi baru dari Mei 2013 hingga Mei 2015 adalah 373,467. Jadi pendaftaran purata setiap tahun adalah hanya lebih kurang 125,000, atau dalam erti kata lain setiap tahun ada 325,000 pengundi baru yang layak tetapi tidak berdaftar.

Mengikut kadar pendaftaran pengundi baharu yang terkini, pada Pilihan Raya Umum ke-14, kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 5 juta daripada sekitar 18-19 juta pengundi yang tidak berdaftar untuk mengundi.

Kemungkinan sikap apati adalah antara sebab ramai belum berdaftar sebagai pengundi. Kejahilan tentang hak-hak mereka atau kekurangan kepercayaan pada proses pilihan raya boleh menyumbang kepada sikap apati.

Biasanya kadar mengundi rendah pada pilihan raya adalah tanda yang mencerminkan sikap apati terhadap politik. Tetapi di Malaysia, kita telah melihat purata kadar mengundi yang agak tinggi dalam tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu 78 peratus. Bahkan, PRU yang lepas mencapai kadar mengundi yang setinggi 85 peratus. Ini menunjukkan sikap apati terhadap politik bukan sebab utama mengapa orang tidak berdaftar sebagai pengundi.

Pada pendapat saya, sebab mengapa kita masih mempunyai bilangan layak mengundi yang tidak berdaftar adalah masalah proses itu sendiri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab untuk mendaftar pengundi baharu telah membikin proses semakin rumit, lantas menghadkan saluran bagi orang ramai mendaftar.

Sehingga pilihan raya umum yang lalu pada tahun 2013, saluran yang menghasilkan bilangan pendaftaran tertinggi adalah melalui Pegawai Penolong Pendaftar (ARO) dari parti politik. Tetapi selepas itu, SPR telah berhenti melantik AROs dari parti politik, atas dakwaan bahawa mereka telah menyalahgunakan proses.

Kita perlu mempersoalkan sama ada SPR mempunyai niat yang jahat ketika menyekat saluran untuk pendaftaran pengundi. Adakah dengan sekatan tesebut, SPR boleh mendaftarkan pengundi yang memenuhi profil tertentu sahaja? Ataupun melantik NGO pro-kerajaan atau unit propaganda kerajaan seperti JASA sahaja yang mendaftarkan pengundi?

Menurut satu kajian terbaru Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP), kebanyakan pendaftaran pengundi pada suku pertama 2014 di 13 kerusi marginal Parlimen tertumpu kepada kumpulan etnik tertentu. Tiga belas kerusi marginal yang dikaji itu adalah dari Pahang, Selangor, Johor, Perak dan Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya yang lalu, terdapat 38 kerusi Parlimen yang dimenangi dengan undi kurang daripada 2,000 undi dan 77 kerusi yang dimenangi dengan undi kurang daripada 5,000 undi. Oleh kerana itu, pendaftaran pengundi selektif mengikut kumpulan etnik atau profil mengundi di kawasan yang disasarkan boleh menngakibatkan impak yang besar.

Kalau kita memerhati kesulitan pendaftaran pengundi dan ketidakpastian status sama ada pengundi berjaya mendaftar atau tidak, kemungkinan ada muslihat yang mengeksploitasi Seksyen 15 Akta Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dengan membuat bantahan palsu terhadap pengundi baharu.

Selepas seseorang mendaftar sebagai pengundi baharu atau bertukar kawasan mengundi, nama mereka akan dipamerkan selama sebulan di pejabat pos dan pejabat SPR. Dalam tempoh itu, orang ramai boleh memeriksa dan membuat bantahan jika mereka dapat membuktikan bahawa pengundi itu tidak wujud.

Dalam kes-kes yang terbongkar di Selangor, pembantah hanya menyatakan bahawa pengundi tidak dapat dikesan dalam borang bantahan mereka. Kemudian SPR akan menghantar surat kepada pengundi yang dibantah untuk hadir ke pejabat mereka pada tarikh yang ditetapkan. Jika mereka tidak hadir, nama mereka akan dikeluarkan daripada senarai. Ramai orang tidak sempat hadir temu janji mereka dan nama mereka dikeluarkan daripada senarai.

Berdasarkan profil mereka yang dibantah, adalah munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat satu muslihat yang dirancang untuk mengurangkan bilangan pengundi di kawasan sasaran tertentu. SPR perlu hentikan penyalahgunaan ini atau dituduh sebagai konspirator bersama dalam muslihat ini.

Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak faham mengapa belia Malaysia lebih suka meluahkan perasaan mereka melalui demonstrasi jalanan daripada mendaftar sebagai pengundi. Mungkin jawapannya adalah mereka telah lagi percayakan proses pilihan raya SPR.

Laporan Projek Integriti Pilihan Raya (Electoral integrity Project) Universiti Harvard dan Universiti Sydney membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kepada pilihan raya umum lepas, Malaysia mempunyai salah satu undang-undang pilihan raya dan persempadanan kawasan pilihan raya yang paling buruk dalam dunia.

Kesan kehilangan keyakinan dalam sistem pilihan raya kita bukan hanya mengakibatkan demonstrasi jalanan yang disebut oleh Aziz, tetapi ia mewujudkan kos politik, sosial dan ekonomi yang besar.

Sebagai rakyat yang masih percaya kepada sistem pilihanraya, hak mengundi dan kesucian setiap undi, kita perlu memikirkan cara untuk mendapatkan orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya yang akan datang, dan untuk menggagalkan sebarang usaha untuk menurunkan nilai atau menipu undi kami. Jangan main-main dengan undi kita, kesabaran Rakyat ada batasnya.

Thomas Fann adalah pengerusi ENGAGE, sebuah badan bukan kerajaan untuk mendayakan pembabitan rakyat dalam pembangunan negara.

PTPTN perjelas potongan gaji penjawat awam Isnin ini FMT Reporters

Posted: 26 Dec 2015 03:15 AM PST


PTPTN

Sidang media itu dibuat bagi menjelaskan berkenaan pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bayaran balik hutang PTPTN.

KUALA LUMPUR: Satu sidang media khas dijangka diadakan Isnin ini oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk menjelaskan berkenaan pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi bayaran balik hutang pembiayaan PTPTN.

Bagaimanapun, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN akan membuat penjelasan tersebut setelah meneliti semua dasar, atau jika perlu satu kenyataan akhbar mengenainya akan dikeluarkan oleh pihak PTPTN.

"Kami (PTPTN) akan mengadakan sidang media mengenai ini pada Isnin depan atau saya akan bagi kenyataan media kalau tak sempat PC (sidang media), kerana ada beberapa dasar yang perlu diteliti," katanya, lapor Bernama.

Pada Selasa lepas, Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) 
menegaskan, akan menarik balik kebenaran terhadap agensi itu untuk membuat pemotongan gaji penjawat awam, sekiranya mereka masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya, Datuk Azih Muda juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan agensi itu serta menganggapnya sebagai tidak wajar kerana ia hanya akan membebankan kedudukan kewangan penjawat awam yang terbeban dengan kos sara hidup.

"Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN," katanya.

Dalam pada itu, Azih turut mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam telah dikenakan pemotongan gaji antara 30 peratus dan 100 peratus bagi pembayaran balik hutang tersebut.

"Sepatutnya buatlah pemotongan gaji mengikut kemampuan mereka. Potong RM100 sebulan hingga 10 tahun ke, ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya," katanya.

Dr Asri bimbang rakyat hilang keyakinan terhadap sistem keadilan Khairil Ashraf

Posted: 26 Dec 2015 02:30 AM PST


Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ia dibimbangi apabila rakyat mengambil langkah sendiri untuk membela diri daripada dizalimi 

PETALING JAYA : Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangannya terhadap rakyat yang mula hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara ini sehingga mereka mula bertindak sendiri.

Menurutnya, kejadian membakar lori-lori bauksit di Kuantan baru-baru ini merupakan satu petanda yang perlu dipandang serius.

"Jika hal ini berterusan, lalu merebak maka satu negara tidak terkawal lagi. Rakyat bawahan akan berkeyakinan bahawa hanya mengambil undang-undang di tangan sendiri sahaja yang dapat membela diri daripada dizalimi," katanya menerusi status terbarunya di Facebook.

Bekas Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu turut bersimpati terhadap nasib penduduk di Kuantan yang menerima kesan daripada aktiviti perlombongan bauksit yang dilakukan pihak tertentu bagi mendapatkan keuntungan.

"Setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak yang lain. Mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman.

"Orang lain membuat untung, rakyat bawahan mendapat derita. Penguasa hendaklah sedar bahawa urusan pengurusan di dunia ini tidak berakhir di sini, tetapi akan dibawa ke mahkamah Allah pada Hari Kiamat kelak," katanya.

Tegasnya, kerajaan tidak sewajarnya mementingkan golongan atasan sehingga menyebabkan rakyat bawahan menderita dan merasa diri mereka tidak terbela.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan bertindak segera untuk mengatasi masalah bauksit di Kuantan.

Najib makin tidak popular FMT Reporters

Posted: 26 Dec 2015 01:45 AM PST


shahbuddin,najib,muhyiddin

Ia berdasarkan respon orang ramai kepada ucapan Maulidur Rasul dan Hari Krismas di media sosial
PETALING JAYA: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merosot berbanding bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat semakin popular.

Perbandingan itu dibuat berdasarkan respon orang ramai terhadap ucapan Maulidur Rasul dan Hari Krismas di laman sosial yang dibuat kedua-dua pemimpin nombor satu dan dua parti UMNO itu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Hussin menulis, untuk Maulidur Rasul, Najib memuatnaik tulisannya sejak Rabu dan sehingga petang Jumaat lalu, jumlah "likes" yang diperolehinya hanyalah sebanyak 3,990 sahaja manakala Muhyiddin yang memuatkan tulisannya sejak Khamis telah mengumpul "likes" sebanyak 29,852.

Untuk Krismas pula, Najib hanya mendapat 'likes' sebanyak 904 sejak memuatnaik posting pada Khamis sementara Muhyiddin dalam tempoh tidak sampai sejam telah memperoleh 'like' sebanyak 2,620.

"Menurunnya populariti Najib di hati rakyat sebenarnya bukan lagi sekadar andaian atau jangkaan semata-mata. Ia adalah realiti yang semakin nyata serta boleh dilihat di mana-mana.

"Kekal berkuasa dan penyokongnya pula bangga kerana konon kepimpinannya masih mampu mengaut derma beribu-ribu juta, hakikatnya populariti beliau semakin ketara menurunnya," tulisnya di blog shahbudindotcom.blogspot.my.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula mengumpul 'likes' yang jauh lebih mengecewakan.

"Malah, jika 'likes' yang diperoleh Najib dicampurkan dengan 'likes' Zahid, ia masih lagi tidak mampu menandingi jumlah yang diperoleh Muhyiddin.

"Masihkah tidak mahu memahami isyarat ini?, soalnya.

BERABAD SAMA SAJA SITUASINYA ( terkait Sabah dan Sarawak)

Posted: 26 Dec 2015 01:00 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

KATA orang yang kononnya bijak Sarawak lagi baik banding Sabah. Apanya yang baik?

Benarlah di sana diperintah oleh parti lokal dan ketua menterinya dilantik oleh TYT tanpa campur tangan Malaya tetapi yang dilantik sama juga orang lokal sepertinya Sabah.

Kata mereka Sarawak harus kita contohi. Contohi apanya?

Memang di sana tiada UMNO dan parti lokal kuasa tetapi WANG DISATUKANKAN siapa yang kuasa kalau bukan BN/UMNO? dan GST siapa yang kutip kalau bukan BN/UMNO yang menangi lebih 112 kerusi MP di federal?

Meski Sarawak dipertintah oleh parti lokal, tetapi minyak Sarawak masih juga 5% sama seperti Sabah yang 95% milik kerajaan federal dan syarikat kroni. Apa yang kebaikannya di Sarawak yang diperintah oleh parti lokal?

Bukankah parti lokal itu juga sertai BN makna kena akur kerajaan persekutuan yang Najib ketuai.

Pendidikan, kehakiman, tentera, polis, universiti, keselamatan dan banyak lagi di Sarawak terus juga dikuasai oleh kerajaan persekutuan dan sama seperti kerajaan Sabah. jadi, apa saja kebaikannya itu?

Bukankah bawah BN Sabahan termiskin no satu dan sarawak termiskin no empat meski kedua wilayah ini merupakan wilayah yang terkaya kesan hasil sumber. 

Nah, ke mana saja kekayaan hasil sumber yang dimaksudkan itu kalau bukan membangunkan negeri di Malaya? apakah kita tidak melihat keadaan yang jelas ini?

Saya melihat dan memerhati Sarawak itu jalan utama ialah sungai dan di sana lebih teruk banding Sabah sebab untuk mendatangi sesuatu daerah terpencil terpaksa mengharung sungai yang berhari2 atau berjam2 baru sampai ke lokasi yang dimaksudkan.

Sementara Sabah pula terpaksa melalui jalan2 yang berdebu bertanah merah dan kekadang jalannya banjir lumpur di musim hujan lebat.

Inikah yang kita namakan yang Sarawak itu lebih baik banding Sabah dan harus kita contohi?

Kita selalu bercakap soal perlembagaan dan kalau memang pejuang2 terdiri penguam yang hebat mahu perjuangkan, kenapa tidak diangkat isu berkenaan ke mahkamah antara bangsa banding cakap banyak di sana sini?

Pandangan saya jelas, rakyat Sabah harus bersatu di PRU-14 dan jangan biar kerajaan BN memenangi lebih 112 kerusi nanti dan pastikan 56 kerusi MP di Sabah tidak satupun bakal dimenangi oleh BN.

Nah, ini saja ubatnya banding kita bercakap sana sini tak keruan dan apakah Sabahan dan Sarawakian akan berubah sikap tidak mengundi BN? 

Kalau masih juga mengundi BN, makna rakyat Sabah dan Sarawak rela dijajah oleh UMNO dan tak perlu lagi bercakap soal perkara 20 atau perjanjian 63 sebab rakyat sendiri yang mahukan kerajaan BN.

seperti yang saya katakan, kalau mahu keluar dari malaysia tak guna bercakap sana sini tentang yang dimaksudkan perjuangan negara bangsa itu.

Ada dua cara saja iaitu pastikan BN tersungkur di PRU-14 iaitu pembangkang mesti menangi lebih 112 kerusi MP dan kemudian kalau mahu keluar juga sesudah itu atau sebelumnya kena ada referendum yang diselia oleh PBB macam timur2 leste dan apakah kita bersiapa sedia?

Itulah cara terbaik dari segi perundangan.


NURLIYANA ABDULLAH

PANAS - Hadi Dapat Layanan Istimewa Utusan.. Keluar Di Muka Depan

Posted: 26 Dec 2015 12:14 AM PST



Anda telah dipilih !

Siapakah perdana menteri pertama Malaysia?
Tunku Abdul Rahman    Mahathir    Najib Razak   
Jawab dengan tepat & menangi Voucher Mydin, Tesco atau Giant bernilai RM 1000!

Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.

Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.



Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS"

Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.

Akhbar web PAS Haakahdailyturut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam.

Masih tidak jelas sama ada layanan istimewa Utusan itu akan menjadi isyarat bahawa Umno terus berusaha untuk 'melamar' PAS, yang kini bersendirian selepas perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Dalam artikel itu, Hadi antaranya berkata kesediaan PAS itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Malah, katanya, konsep nasihat sangat penting untuk umat Islam dan termaktub dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar tertinggi PAS.

Beliau pada masa yang sama menyelar pihak yang "lemah iman" dan tidak istiqamah dengan "mahu menjadi pembangkang semata-mata atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi".

Isu kerjasama kedua-dua parti terbesar di Malaysia itu kembali disemarakkan selepas perkongsian pentas Hadi dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah acara alumni Universiti al-Azhar, Mesir baru-baru ini.

Kemesraan mereka, selain pakaian sedondon merah jambu, mereka juga menjadi perhatian lensa jurugambar, yang terus mencetuskan perbahasan awam.

- mkini


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


EKONOMI MERUDUM 2016, LEBIH RAMAI JADI PENGANGGUR

Posted: 26 Dec 2015 09:04 PM PST

KENAIKAN HARGA: PENGGUNA DESAK PAKATAN HARAPAN ANJUR ‘DUDUK BANTAH’

Posted: 26 Dec 2015 09:01 PM PST