Rabu, 16 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Sokongan Adenan kepada Najib sokongan bersyarat William Mangor

Posted: 16 Dec 2015 11:00 PM PST


denan-satem

Ketua Menteri Sarawak pertimbang semula sokongan jika Perdana Menteri didapati bersalah

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem bukan sahaja memperjelaskan sokongan terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bahkan akan menghalang kemasukan UMNO ke negeri itu.

"Saya berjaya menyakinkan UMNO supaya tidak datang ke Sarawak. Kita ada ramai kaum disini, bukan sahaja orang Melayu," kata Adenan di Dewan Undangan negeri Sarawak pada Rabu.

Malah, beliau bersedia mengharamkan UMNO di Sarawak, hanya jika pengharaman itu turut dikenakan keatas parti-parti politik lain dari Semenanjung.

Kenyataan beliau itu mengesahkan spekulasi bahawa UMNO merancang untuk meluaskan pengaruhnya ke Sarawak selepas Sabah pada 1990.

Mengulas sokongannya kepada Najib, Adenan berkata seseorang itu harus dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

"Najib adalah pemimpin Barisan Nasional (BN)," tegas beliau. "Saya akan menyokong beliau sehingga terbukti beliau terlibat dalam salahlaku."

Adenan bakal menghadapi pilihan raya negeri pada pertengahan 2016 dan tidak mahu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dikaitkan dengan pentadbirannya.


FMT

Berita Palsu Jins Shamsudin Meninggal Dunia Sadun dun

Posted: 16 Dec 2015 10:30 PM PST

jins shamsudin meninggal


















Berita Palsu Kematian Jins Shamsudin. Entah siapalah yang sebarkan berita bahawa Dato Jins Shamsudin telah meninggal dunia.  Entah dapat apa jika sebar berita kematian orang lain ni.
Berikut merupakan berita rasmi dari bernama yang mengesahkan Dato Jins Shamsuddin masih lagi hidup dan sihat seperti biasa.


Berita kematian Seniman yang juga Bekas Senator, Tan Sri Dr Jins Shamsudin adalah palsu.

Demikian dinyatakan Pengerusi Biro Agama Persatuan Seniman, Salman Al Farisi mengenai perkara itu

Salman berkata beliau telah menghubungi anak Tan Sri Jins, iaitu Hang Nadim yang mengesahkan berita kematian Tan Sri Jins Shamsudin tidak benar.

HIDUP : JANGAN MENYUSAHKAN !!

Posted: 16 Dec 2015 10:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

SEJAK dulu, saya punya konsep bahawa hidup ini harusnya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak menyusahkan orang lain. Usahalah berdikari dan atasi setiap masalah diri tanpa bantuan sesiapa kecuali/pun jika terlalu berat sangat.

Kenapa demikian?

Bila sesuatu masalah itu bisa diatasi dengan cara mendapatkan bantuan orang lain, maknanya kita sudah termakan budi meski yang tadi berbudi tidak merasakan begitu hakikatnya tetapi kita yang menerima tetap merasakan kecuali mereka yang memang tak peka keadaan.

Kala termakan budi meski sedikit maknanya kita terikat dan kalau budi itu besar dan hebat, maka secara tidak langsung kita akan menjadi hamba yang kekadang kebebasan bersuara atau menyatakan yang benar terasakan serba salah.

Begitulah

Memang begitulah prinsip saya dan prinsip ini sudah saya ajarkan kepada anak-anak dan terserahlah kepala mereka untuk mengamalkannya.

Barangkali yang perlu kita rasanya termakan budi hanyalah bila kita mati, itu bakal dimandikan dan urusan2 lain hingga nanti dikebumikan sebab kala kita mati pasti kita tidak bisa mengurusnya sendiri.



ISMAILY BUNGSU
sabah

Manila Lumpuh Dibadai Taufan Posted by Kita Bantai

Posted: 16 Dec 2015 09:00 PM PST


MANILA – Sembilan orang terbunuh dan beratus-ratus lagi terpaksa bermalam di atas bumbung rumah di tengah Filipina selepas banjir yang dibawa Taufan Melor menenggelamkan sejumlah perkampungan, kata beberapa pegawai pengurusan bencana semalam.
Ribut itu menyebabkan bandar raya Manila lumpuh lewat kelmarin apabila air bah mencecah paras dada di beberapa bahagian di ibu kota Filipina itu, manakala perkhidmatan kereta api tergendala dan beberapa jalan utama sesak teruk.

Taufan itu yang dikenali sebagai Nona dalam kalangan masyarakat tempatan berada kira-kira 150 kilometer ke barat daya Pulau Mindoro, selatan Manila semalam dengan tiupan angin selaju 130 kilometer sejam.
Gabenor Mindoro, Alfonso Umali berkata, empat orang terbunuh manakala lima lagi hilang dalam bencana yang disifatkan sebagai antara taufan paling kuat pernah melanda wilayahnya sejak beberapa tahun lalu.
Sebanyak lima orang lagi mati di Samar Utara ketika Taufan Melor tiba membelasah selatan Manila.
"Kira-kira 90 peratus wilayah Samar Utara terjejas akibat ribut ini.
"Ramai orang terpaksa menyambut Hari Krismas di pusat-pusat pemindahan tanpa bekalan elektrik dan air bersih," kata seorang pegawai pengurusan bencana, Jonathan Baldo.
Beribu-ribu rumah kini hanya tinggal tiang dalam bencana itu, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, lima nelayan hilang di Teluk Albay di pulau utama, Luzon, kata pihak berkuasa.
Sekitar 120 penerbangan domestik terjejas sementara hampir 200 perkhidmatan feri terpaksa dihentikan.
Taufan Melor turut memaksa seramai 800,000 orang berpindah ke pusat-pusat perlindungan sementara. Laman cuaca Accuweather melaporkan, satu lagi ribut dijangka membadai selatan Filipina lewat minggu ini. – Reuters
Sumber : Kosm

Anak Curi Telefon Note 4 Bapa Yang Mengandungi Perisian RM100,000

Posted: 16 Dec 2015 08:15 PM PST



Mohamad Roy maklumkan telefon bimbit yang dicuri belum ditemui. FOTO Nabihah Kamal/ myMetro


Kuala Lumpur, 16 Dis: Seorang bapa meminta bantuan polis untuk menahan anaknya setelah anaknya itu mencuri telefon bimbit miliknya yang mengandungi perisian bernilai lebih RM100,000 pada Ahad lalu.

Difahamkan telefon yang dicuri adalah telefon pintar jenis Samsung Note 4.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, mangsa, 46, yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi menyedari telefon bimbitnya hilang selepas pulang ke rumahnya di Setiawangsa di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, mangsa pada mulanya mengesyaki rumahnya dipecah masuk sebelum menghubungi pihak polis.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk sebelum mangsa meminta polis menahan anak ketiganya yang berusia 14 tahun kerana disyaki mencuri telefon bimbit jenis Samsung Note 4.

Selain itu, beliau juga turut berkata telefon bimbit berkenaan telah pun dijual oleh suspek dengan harga RM400.

"Pada Isnin lalu, suspek ditahan di Wangsa Walk pada 12 tengah hari. Hasil siasatan awal mendapati, suspek sudah menjual telefon bimbit berkenaan dengan harga RM400.

"Susulan itu, polis turut menangkap dua lagi rakan suspek yang berusia 20 dan 27 tahun untuk membantu siasatan," katanya memetik laporan myMetro.

Telefon berkenaan masih lagi belum ditemui dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.


ANWAR Pemimpin Terbaik Yang Kita Ada - BEBASKAN ANWAR !!

Posted: 16 Dec 2015 07:30 PM PST


Sekalipun Jasad Beliau Terpenjara..

Namun Jiwanya Tetap MERDEKA...!!!


Apalah Khabarnya DSAI Kita...


Sememangnya Terbaik diantara Pemimpin yg sedia ada....


BEBAS ANWAR..!!!

Cina Jual Handset Ugut Dan Kurung Pembeli..

Posted: 16 Dec 2015 07:00 PM PST


Seorang mangsa penipuan 'dikurung' dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki yang tak dikenali gara-gara mangsa tanak meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai enset di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur.

Pembelian tu tak diteruskan kerana harga kempat-empat enset tu yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal yang dipersetujui iaitu sebanyak RM800. Jauh bezanya tu, cekik darah gila!

Menurut mangsa, Dipres Nasution Mohd. Ariffin, 28, awalnya tu dia memang berminat nak beli empat enset disebabkan ada tawaran menarik. Setiap unit enset tu harga RM 200 hinggit aje pun, tu la yang Ariffin nak beli empat sekaligus.

Kekecohan berlaku selepas Ariffin ni dah buat pembayaran, penjual enset tu tanak bagi pula enset yang dibeli dan disebaliknya menyuruh Ariffin masuk ke sebuah bilik kecil di kedai yang berdekatan.

Lebih kurang sejam juga dok menunggu dalam tu, seorang lelaki lain datang membawa bil. Bil tu tercatat harga pembelian enset mencecah RM10,000 hinggit, mau terkejut beruk Ariffin ni hah!

Lepas terkejut terima bil tu, Ariffin ada tanya kat lelaki tu kenapa harga tak sama dengan harga awal yang ditawarkan. Dah dijawab tu bagi macam-macam alasan pula. Dek kerana terkejut dengan harga gila tu, Ariffin tanak teruskan pembelian lagi.

Jadi lebih teruk, dia dipaksa bayar juga kalau nak 'bebas'. Selain tu, mengugut nak senarai hitam nama Ariffin oleh jenama enset tu. Pelik sangat dah cara diorang nak menjual enset ni, dah la 'kaki kencing' dan main ugut-ugut pula!

"Lelaki tu paksa saya keluarkan duit dari mesin ATM, saya bagitau yang saya ada  RM5,000 sahaja dan jumlah tu tak cukup nak menjelaskan harga semua telefon bimbit tu. Selagi tak bayar, saya tak akan dilepaskan.

"Selepas mendapati akaun saya benar-benar tak ada duit yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit. Malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tak sama dengan pilihan asal," kata Ariffin.

Disebabkan rasa tertipu, Ariffin ambil langkah buat aduan kepada beberapa agensi yang bertanggungjawab termasuk la Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tapi kecewa tak ada sebarang tindakan diambil.

Dek kerana tu, dia tak putus asa buat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Selepas dapat aduan tu PPIM terus buat serbuan di Kompleks Kota Raya dan kedai enset tu..

Akhirnya, Ariffin mendapat hak dia kembali selepas Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi menyaksikan sendiri penyerahan duit oleh penjual tu kepada Ariffin. Korang pun hati-hati ye, jangan jadi mangsa penipuan cenggini!MissHana/Utaranews.com.




 
Syabas dan Terima kasih diatas tindakan segera dari PPIM

PAU 2015: Siapa sepatutnya cakap, siapa sepatutnya dengar? Nizha Periaswamy

Posted: 16 Dec 2015 06:30 PM PST


PAU2015

UMNO seperti ular yang sudah dicabut bisanya kerana hanya kami, pihak media yang menikmati keterujaan penyampaian berita walaupun sebenarnya tiada siapa (rakyat) yang kisah terhadap parti yang sudah hilang keMelayuannya.

COMMENT
 
Laungan 'Hidup UMNO!', 'Hidup Melayu', 'Hidup Najib' dan 'Hidup PM' antara zikir yang tidak putus-putus membarai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.

Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bergema dengan laungan penuh bertenaga itu demi kelangsungan UMNO, sepanjang lima siang empat malam, dengan kepercayaan ia akan terus menjadi denyutan setiap ahli dan perwakilan yang hadir.

Ucapan semua perwakilan UMNO terutama sekali ketua pemimpin parti itu sendiri, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadam sebagai mantera paling gah dalam kalangan pengikut UMNO yang masih setia dengan parti yang berusia 69 tahun (?) itu.

Kesetiaan yang ditunjukkan seolah-olah tiada pendua bagi UMNO dan Melayu, kalau ada sekalipun, ia lebih haram daripada yang haram. Begitu bersemangatnya 5,732 perwakilan yang menghiasi PAU 2015 kali ini.

Persoalannya, adakah semua itu semangat ikhlas dan bukan yang di'implan', sekadar memberi harapan palsu kepada 3.52 juta ahli berdaftar dengan 21,502 cawangan di seluruh negara?

Kenapa saya berkata demikian, kerana saya merasakan lebih 5,000 perwakilan yang hadir itu tidak lagi mewakili lebih 3 juta ahli UMNO mahupun kaum Melayu lain di negara ini. Realitinya, parti itu seperti ular yang sudah tidak berbisa.

Ular yang dicabut bisa lazimnya akan digunakan untuk pameran atau pertunjukkan jalanan, untuk tujuan menakut-nakutkan penonton secara olok-olok. Penonton juga tahu, tetapi mereka memberi reaksi takut sekadar untuk mengekalkan keterujaan, supaya kedua-dua pihak dapat menikmati tujuan pertunjukan tersebut. 

Dan saya rasa samalah keadaanya dengan UMNO, kami, media menjadi penonton yang mahu menikmati keterujaan penyampaian berita walaupun sebenarnya tiada siapa yang kisah kerana ia parti yang sudah hilang bisanya.

Kalau dulu, PAU seakan-akan sambutan yang dinanti-nantikan dalam kalangan orang Melayu, kini ia bukan lagi. Ini kerana UMNO tidak lagi bercakap untuk Melayu, mengenai Melayu atau berkenaan Melayu. UMNO kini hanya bercakap mengenai UMNO, untuk UMNO dan berkenaan UMNO.

Rata-rata rakyat marhaen langsung tidak mengendahkan perjalanan PAU, mereka akui sudah hilang 'stim' dengan UMNO dan kepimpinannya yang lebih dilihat syiok sendiri dan bukan berpihak kepada rakyat.

Benar, selepas tamat ucapan perasmian dan penutupan Presiden, selepas para perwakilan UMNO membuat ucapan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Najib (UMNO adalah Najib dan Najib adalah UMNO), lihat sahaja reaksi daripada rakyat, mereka sama ada lebih marah atau berdiam diri kerana semuanya tidak memberi sebarang makna.

Antara pencetus kekesalan itu ialah tindakan menghalang Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada membuat ucapan, yang telah memberi kesan yang cukup mendalam. Berbeza dengan etika dan sifat sebenar seorang Melayu yang sentiasa memberi peluang kepada semua orang bersuara lebih-lebih lagi kepada darah daging sendiri, UMNO pertama kali bertindak di luar norma seorang Melayu.

Keputusan itu pula secara membuta tuli disokong oleh semua perwakilan yang hadir, walaupun sebilangan kecil dalam dewan dan seluruh rakyat Malaysia melihatnya sebagai ketidakadilan. Ini semua bukan UMNO Melayu yang diuar-uarkan. UMNO seolah-olah semakin hilang keMelayuannya, norma kesantunan yang menjadi nadinya selama ini.

Konflik dalaman yang melibatkan UMNO dan Najib, 'laungan Hidup Tun M' yang dibawa oleh pengikut setia bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sokongan NGO Melayu terhadap Muhyiddin di luar dewan, kenyataan awal Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan supaya perhimpunan parti itu diadakan secara tertutup tanpa liputan media hanya menjarakkan hubungan rakyat dan UMNO.

Jelas, rakyat sudah terang-terang menunjukkan penolakkan terhadap UMNO kerana mereka sudah tidak mendengar apa yang diperkatakan sepanjang PAU. 

Mungkin ini petunjuk: sudah tiba masanya untuk UMNO pula mendengar kata-kata rakyat dan bukan berdegil untuk terus berkata-kata walaupun tidak siapa yang mahu mendengarnya. 

Jangan paksa rakyat, UMNO, kalau mahu menang PRU. Mantera yang seharusnya dituturkan bukan 'Hidup Najib', tetapi 'Dengar, dengar dan dengar keluhan rakyat'; rakyat ada terlalu banyak perkara untuk disebutkan kepada anda, beri ruang dan ambil masa, dengar kepada mereka.


FMT

Patutlah Kes Bauksit Di Kuantan Berlarutan.. Ini Puncanya

Posted: 16 Dec 2015 06:00 PM PST

Dua pakar akademik khuatir aktiviti perlombongan bauksit pada musim hujan di Pahang boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada alam sekitar.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Geoteknikal dan Infrastruktur Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Muzamir Hasan menggesa agar kegiatan perlombongan bauksit dihentikan sementara pada musim hujan kerana boleh menyebabkan banjir lumpur, tanah runtuh serta banjir yang lebih buruk.

"Bukit Goh, kawasan yang paling banyak dilombong pula berhadapan risiko gerakan tanah kerana ia kawasan berbukit dengan tanah laterit yang kurang padat.

"Lebih teruk, kawasan perlombongan tersebut juga berhampiran dengan kawasan penduduk dan sungai," katanya.

Dalam pada itu, Pakar Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed pula berkata, hujan lebat akan menghanyutkan lebih banyak mendapan daripada kawasan perlombongan ke dalam sungai, menyebabkannya menjadi cetek dan seterusnya meningkatkan risiko banjir.

Menurut laporan The Star sebelum ini, Jabatan Metereologi meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan melanda Terengganu, Pahang, Johor dan kawasan barat Sarawak.

Sementara itu, Adun Sungai Lembing Md Sohaimi Mohamed Shah yang menyokong perlombongan bauksit sebelum ini turut menggesa perlombongan dihentikan ketika musim hujan.

Ini kerana hujan lebat akan mengancam keselamatan pekerja di kawasan perlombongan, katanya lagi.

Kerajaan Pahang sebelum ini membenarkan perlombongan diteruskan dan berkata ia menjadi sumber pendapatan ramai penduduk negeri itu.

 
 
ADDIN

RM9.7 juta naik taraf pintu gerbang tak masuk akal – Jamal Yunus - Faiz Zainudin

Posted: 16 Dec 2015 05:30 PM PST


jamal-yunosKerajaan Selangor perlu memberi penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat dan bukan projek mendesak.

PETALING JAYA: Peruntukan RM9.7 juta untuk naik taraf Gerbang Kota Darul Ehsan hanya bagi kerja-kerja mengecat tidak masuk akal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukkan sebegitu besar wang rakyat untuk projek yang bukan keperluan mendesak.

Malah, kata Jamal, beliau boleh melaksanakan projek naik taraf itu hanya dengan kos kira-kira RM1.9 juta.
"Naik taraf sampai RM9.7 juta bagi saya sesuatu perkara yang tidak munasabah langsung.

"Bagi saya RM9.7 juta suatu perkara yang membazir, kalau saya boleh buat benda yang sama (projek menaiktaraf pintu gerbang Darul Ehsan) itu mungkin RM1.9 juta sahaja," katanya kepada FMT.

Jamal juga mempersoal ketelusan kerajaan negeri memberi projek tersebut kepada kontraktor dengan cara meragukan kerana didakwa dibuat tanpa melalui tander terbuka.


"Kalau saya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh CheGuBard, proses tender tidak ada, kalau betul perkara ini berlaku ini satu penyelewengan dan salah guna kuasa dan duit rakyat. Jadi pihak terlibat termasuk Menteri Besar sekali terlibat perlu disiasat SPRM," katanya.

Terdahulu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan jawapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali berhubung projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menjelaskan, jawapan Azmin bahawa keputusan itu diluluskan Dewan Negeri Selangor dan tidak boleh dipersoalkan sebagai tidak boleh diterima.


FMT

Politik baru tanpa perkauman Oleh A Shukur Harun

Posted: 16 Dec 2015 05:00 PM PST

Rasulullah Sudah Lama Tolak Perkauman


Tentu masih ramai yang sangat terkesan akan ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika, Marthin Luther King Jr, yang berbunyi:

"Saya ada 4 anak yang sedang membesar. Saya mahu melihat anak saya itu nanti dinilai bukan berdasarkan warna kulit dan keturunannya, tetapi dinilai atas kebolehaannya."



Ini sebuah pesan yang sangat universal sifatnya. Iaitu menentang perkauman di mana saja, dalam apa juga keadaan.

Tetapi jangan lupa Islam terlebih dulu menentang fahaman perkauman (assobiyah), apabila Nabi Muhamad secara tegas menyatakan, "bukan daripada umatku, mereka yang menyeru kepada fahaman perkauman."

Hadis ini sering diucapkan suatu masa dulu.

Tetapi, kini hadis ini seperti sayup-sayup didengar, ataupun jarang didengar, ketika isu perkauman kelihatannya membara kembali, semarak, malah menakutkan.

Lebih-lebih lagi, di kalangan orang politik, jeritan perkauman ini semakin lantang, dituruti dengan pelbagai aksi perkauman yang sangat menakutkan.
Seolah kita kembali semula ke zaman lampau, di mana isu perkauman menjadi isu dominan, terutama dalam kempen pilihan raya.
Sungguh aneh, kini isu dan aksi perkauman ini terus menyala ketika kita sedang berada di era paling moden dalam semua bidang teknologi, terutamanya teknologi maklumat yang menghantar maklumat sepantas kilat.

Di sinilah saya kira, Parti Amanah Negara (Amanah), parti politik bernuansa Islam yang baru berumur lebih kurang 3 bulan itu berdepan dengan tugas dan peranan untuk mengajak masyarakat pelbagai kaum menghindari perkauman dalam apa juga bentuk.

Tugas Amanah ini tentunya mengingatkan kembali mayarakat akan pesan Nabi Muhamamd tadi, "Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan perkauman."
Kini, kelihatannya kelahiran Amanah sebagai rahmat yang tersembunyi.
Demikianlah Allah mengatur segalanya di bawah ketentuan-Nya.

Amanah lahir ketika kecamuk perkauman sedang menguasai suasana dan sangat mengeritkan. Menyebabkan parti politik perkauman hilang daya kekuatan tanpa menjeritkan perkauman.

Inilah suasana yang kelihatannya mahu kembali semula kepada politik kuno yang berpaksikan kaum, suka sakat dan handai taulan.

Politik kuno ini sangat bertentangan dengan masyarakat moden dan majmuk Malaysia, yang sepatutnya melepasi tembok perkauman ini.

Maka Amanah berperanan memadamkan api perkauman itu, mengembalikan semula peranan Islam yang menjadi "rahmat seluruh alam", menjadi penyelesai masalah manusia.

Tentunya masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan agama sedang menyaksikan penuh perhatian kehadiran Amanah di persada politik nasional.

Mereka menaruh harapan inilah parti masa depan rakyat Malaysia, yang berjuang merentasi kaum dan agama.

Dengan keupayaan para tokoh pimpinannya – gabungan para agamawan, pemikir, professional, teknokrat, golongan veteran politik, aktivis muda dan terpelajar, disokong masyarakat madani - saya kira, Amanah, sedang bergerak gagah.

Walking tall, untuk memenuhi tanggungjawabnya yang sangat penting.

Tugasnya ialah untuk membina masyarakat adil, mengembalikan semula nilai dan harga diri rakyat, memulangkan kembali kemakmuran negara ini kepada rakyat, memberikan hak dan kebebasan – berasaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan mengembalikan semula keharmonian kaum.

Lebih daripada segalanya, mengeluarkan rakyat daripada kehidupan yang sangat menyeksa, disebabkan harga barangan yang sangat mahal, yang tidak mampu ditanggung rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Amanah akan terus hadir di gelanggang politik, mengambil peranan penting dengan merentasi kaum dan agama.

Kehadirannya ini sudah mendapat sambutan rakyat hari demi hari.

Golongan Muslim dan non-Muslim, kelihatannya ikut serta hadir dan memberikan sokongan setiap program Amanah seluruh negara, mencerminkan parti baru ini mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Sebab itu kalangan penganalisis politik dan kemasyarakatan melihat ini isyarat yang Amanah sebagai alternatif kepada parti perkauman yang berselerak di negara ini dengan segmen mereka yang pelbagai.

Pada akhirnya, kata seorang pengamat politik, Ir Ab Rashid Markom, rakyatlah yang akan menentukan parti politik mana yang akan mereka pilih, bukan berdasarkan pengalaman, usia dan ramai mana jumlah pendukung sesebuah parti itu.

Sekarang ini, kata seorang pegawai eksekutif syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur, Robert Lam, rakyat akan memilih parti yang tidak perkauman, yang mampu membuat perubahan.

Beliau berkata, rakyat sudah jemu dengan isu perkauman, dan beliau berharap Amanah, akan mengemukakan gagasan politik baru, bukan politik kuno yang meniiti atas perkauman.
Seorang lagi, pemerhati politik, Dr Azman Othman dari Ampang berkata, dengan pengalaman luas dalam politik masa lalu, para tokoh yang memimpin Amanah sekarang tentunya memahami kehendak majoriti rakyat sekarang.

"Mereka tidak akan memilih parti perkauman, kalau sekadar retorik hendak membela rakyat, tetapi pada akhirnya, tembolok mereka saja yang kenyang.'

Para pemerhati politik ini berpendapat, dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, majoriti pengundi terutama pengundi bandar, golongan muda dan terpelajar akan menolak parti yang memainkan isu perkauman.

Kata Azman, "diharapkan Amanah tidak lagi mengulangi kesilapan parti politik sedia ada yang amat sukar untuk membebaskan diri daripada kemelut perkauman."
ULASAN GB
Islam telah lama mengkuburkan fahaman perkauman. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, api perkauman jahiliyah ditiupkan semula untuk mendapatkan sokongan politik oleh parti-parti politik assaniyah.

Dimaki, dihentam malah dicarutkannya mereka yang bukan Islam semata-mata yang bukan Islam itu tidak bersetuju dengan hudud. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Malah Rasulullah saw pernah dibaling najis oleh orang kafir tetapi Rasulullah tidak pernah marah dan tidak pernah berdendam.

Dan kita hairan yang turut menyertai memaki hamun golongan bukan Islam itu terdiri dari kaum ulama - yang mengaku mereka sebagai "pewaris nabi" - konon dengan alasan itulah yang dinyatakan oleh Al-Quran. Sedangkan kriteria ulama sebagai pewaris Nabi itu tidak diindahkan dan personaliti dan akhlak Nabi Mohd saw tidak dijadikan ikutan selain dari "pakaian" zahirnya.

Kita telah acapkali memperingatkan tentang hadith Nabi saw:

"Laisa minna man da'a ila 'assobiyyah, walaisa minna man qotala 'ala 'assobiyyah, walaisa minna man mata 'ala 'assobiyyah" – 'Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yang berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah',

lalu para sahabat bertanya: "mal 'assobiyatu ya Rasulallah?" – 'Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?' Nabi menjawab: "Al-'assobiyatu an tu'ina qaumaka 'ala zulmi" – 'Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.'

Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun 'alaih).

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Allah PASTI akan menghukum mereka yang melampaui batas sekalipun mengakui beragama Islam.

Sidang media desak Najib letak jawatan diganggu ahli UMNO Khairil Ashraf

Posted: 16 Dec 2015 04:30 PM PST


faruk

Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Gombak Farouk Ramly mendakwa sidang media yang dibuat oleh lima cawangan itu terdiri daripada mereka yang kecewa dengan parti itu.

ULU KELANG : Sidang media lima cawangan UMNO Ulu Kelang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Presiden dan Perdana Menteri terganggu dengan kemunculan ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian Gombak, Farouk Ramly yang tidak berpuas hati dengan kumpulan terbabit.

Farouk mendakwa sidang media yang dibuat oleh lima cawangan UMNO Ulu Kelang itu adalah terdiri daripada mereka yang kecewa dengan parti itu.

"Ini kecewa betul ini. Kalau betul kecewa, pergi depanlah," katanya yang berpakaian T-Shirt merah.
Sidang media terpaksa dihentikan seketika dan beberapa orang ahli yang hadir kemudiannya memujuk lelaki AJK UMNO bahagian Gombak terbabit supaya mengawal perasaan.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Cawangan Jelatek Permai Rajiani Abd Hamid berkata tindakan yang dibuat oleh Farouk itu cubaan untuk mengagalkan sidang media mereka.

"Mungkin dia rasa tercabar dan cuba mengagalkan perjumpaan (sidang media) ini," katanya


FMT

Najib - Hadi Bertemu Hari Ini Bincang Tawaran UMNO?

Posted: 16 Dec 2015 04:00 PM PST

SHAH ALAM - Pertemuan dua pemimpin utama parti Melayu Islam antara Umno dan Pas tidak boleh dielakkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, esok.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun pertemuan itu bukan satu bentuk 'kerjasama', namun kehadiran kedua-dua pemimpin itu dinantikan oleh semua pihak.

"Sudah tentu pertemuan itu akan berlaku dalam majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak, sudah pasti akan berlaku.

"Kita tunggu saja apa yang akan dirumuskan dalam multaqa esok yang turut disertai beberapa pimpinan parti (Pas) untuk mengisi slot disediakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas pertemuan kali pertama itu selepas Najib mempelawa Pas untuk menjalinkan silaturahim membangunkan negara mengikut syariat Islam semasa ucapan penggulungan pad Perhimpunan Agung Umno 2015, minggu lalu.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu dijadualkan akan menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Najib selaku Perdana Menteri akan merasmikan program tersebut, manakala Abdul Hadi selaku Presiden Pas pula akan menyampaikan ucaptama.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah turut mengisi slot forum tersebut manakala bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa pula akan berucap mewakili Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Ketika ditanya mengenai pertemuan pucuk pimpinan Pas dengan Umno dalam masa terdekat berhubung cadangan Najib itu, Mahfuz bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui mengenainya.

"Itu saya tiada maklumat, kalau mereka buat pertemuan pun mungkin di belakang tabir, itu saya tidak tahu," katanya secara ringkas.

Mahfuz berkata lagi, sebarang kerjasama itu memerlukan rundingan dan perbincangan kedua-dua pucuk pimpinan parti sebelum mana-mana pihak meletakkan syarat.

"Soal MCA meletakkan syarat-syarat, maka saya percaya bahawa pimpinan Umno dan Pas sudah tentu mempunyai hasrat melakukan perundingan terlebih dahulu.

"Saya percaya perundingan saja akan menyelesaikan masalah berbangkit dan hasrat Datuk Seri Najib untuk merealisasikan kerjasama itu," jelasnya.

Mahfuz turut tidak menolak kemungkinan kerjasama itu akan menyentuh agenda kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Itu terpulang kepada kepimpinan parti apa yang harus dia fikir, apakah masalah berbangkit orang Melayu dan orang Islam berhadapan dengan ancaman bukan Islam.

"Ataupun perkara itu tak pernah wujud, hanya provokasi politik semata-mata," katanya lagi.



Buat Semua Pembaca.......

Posted: 16 Dec 2015 03:47 PM PST

VIDEO - Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya - Dato Dr MAZA

Posted: 16 Dec 2015 01:30 AM PST






Safwan Anang didenda RM5,000 - Mohamad Fadli

Posted: 16 Dec 2015 12:45 AM PST


safwan

Mahkamah mengambil kira tertuduh yang hanya bekerja sebagai guru al-Quran dan perlu menanggung isteri dan anak.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima rayuan aktivis yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib bagi meringankan hukuman kesalahannya mengikut Akta Hasutan 1948.

Hakim, Mohd Azman Husin bersetuju mengurangkan hukumannya kepada RM5,000 atau penjara dua tahun.

Peguam Safwan, Ariff Azami Hussein berkata dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

"Saya berasa lega dan dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah hari ini.

"Sekurang-kurangnya kami mendapat sesuatu hari ini iaitu dapat mengurangkan hukuman daripada penjara 10 bulan kepada denda RM5,000 sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di luar bilik mahkamah.

Terdahulu dalam rayuan, Safwan memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia hanya bekerja sebagai guru mengajar al-Quran selepas menamatkan pengajiannya dalam jurusan pengajian Islam di Universiti Malaya (UM).

Dia berkata isterinya juga tidak bekerja dan mempunyai seorang anak perempuan berumur lapan bulann, selain ia adalah kesalahan pertama.

Pendakwaraya, Muhamad Yasser Mohd Nasri membantah rayuan tertuduh supaya dikenakan denda atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan boleh memberi kesan besar terhadap masyarakat.

"Tertuduh perlu dikenakan hukuman kerana telah melibatkan kepentingan awam dan menyebabkan kacau bilau," katanya.

Sebelum ini, Safwan telah dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Seksyen kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Bagaimanapun Safwan dibenarkan menagguhkan pelaksanaan penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.


FMT

Pakar beri amaran henti perlombongan bauksit pada musim hujan FMT Reporters

Posted: 16 Dec 2015 12:00 AM PST


bauksit

Adun Sungai Lembing yang menyokong perlombongan bauksit turut menggesa perlombongan dihentikan ketika musim hujan kerana ia akan mengancam keselamatan pekerja.

KUANTAN: Dua pakar akademik khuatir aktiviti perlombongan bauksit pada musim hujan di Pahang boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada alam sekitar.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Geoteknikal dan Infrastruktur Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Muzamir Hasan menggesa agar kegiatan perlombongan bauksit dihentikan sementara pada musim hujan kerana boleh menyebabkan banjir lumpur, tanah runtuh serta banjir yang lebih buruk.

"Bukit Goh, kawasan yang paling banyak dilombong pula berhadapan risiko gerakan tanah kerana ia kawasan berbukit dengan tanah laterit yang kurang padat.

"Lebih teruk, kawasan perlombongan tersebut juga berhampiran dengan kawasan penduduk dan sungai," katanya.

Dalam pada itu, Pakar Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed pula berkata, hujan lebat akan menghanyutkan lebih banyak mendapan daripada kawasan perlombongan ke dalam sungai, menyebabkannya menjadi cetek dan seterusnya meningkatkan risiko banjir.

Menurut laporan The Star sebelum ini, Jabatan Metereologi meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan melanda Terengganu, Pahang, Johor dan kawasan barat Sarawak.

Sementara itu, Adun Sungai Lembing Md Sohaimi Mohamed Shah yang menyokong perlombongan bauksit sebelum ini turut menggesa perlombongan dihentikan ketika musim hujan.

Ini kerana hujan lebat akan mengancam keselamatan pekerja di kawasan perlombongan, katanya lagi.
Kerajaan Pahang sebelum ini membenarkan perlombongan diteruskan dan berkata ia menjadi sumber pendapatan ramai penduduk negeri itu.


FMT