Isnin, 14 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Silaturahim PAS-Umno boleh, asal jangan sertai BN, kata MCA

Posted: 14 Dec 2015 11:15 PM PST


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak akan masuk campur pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, tetapi ia perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi BN jika ia membabitkan PAS masuk gabungan parti pemerintah.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak akan masuk campur pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, tetapi ia perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi BN jika ia membabitkan PAS masuk gabungan parti pemerintah

MCA, parti komponen kanan Barisan Nasional (BN), tidak akan campur tangan dalam urusan Umno dengan PAS, tetapi menetapkan batasan, jalinan silaturahim antara 2 pihak itu tidak seharusnya hingga menyebabkan parti Islam itu menyertai gabungan parti pemerintah.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan portal berita Malaysiakini berkata, parti etnik Cina itu "tidak akan menyoal dan campur tangan dalam hal peribadi Umno".

"Tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS ke dalam BN, ia perlu dibincangkan dalam majlis (tertinggi) BN.

"Kami pasti akan menentangnya. Kami akan menyuarakan pemikiran dan idea kita. (Kami tidak akan menerima PAS) melainkan jika ia meninggalkan hudud," Liow dipetik berkata kepada pemberita di Subang hari ini.

Liow ditanya mengenai pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, untuk bersama membina sebuah negara Malaysia yang sempurna mengikut syariat Islam. – 15 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Silaturahim PAS-Umno boleh, asal jangan sertai BN, kata MCA

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak akan masuk campur pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, tetapi ia perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi BN jika ia membabitkan PAS masuk gabungan parti pemerintah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015.Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak akan masuk campur pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, tetapi ia perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi BN jika ia membabitkan PAS masuk gabungan parti pemerintah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015.
MCA, parti komponen kanan Barisan Nasional (BN), tidak akan campur tangan dalam urusan Umno dengan PAS, tetapi menetapkan batasan, jalinan silaturahim antara 2 pihak itu tidak seharusnya hingga menyebabkan parti Islam itu menyertai gabungan parti pemerintah. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan portal berita Malaysiakini berkata, parti etnik Cina itu "tidak akan menyoal dan campur tangan dalam hal peribadi Umno".
"Tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS ke dalam BN, ia perlu dibincangkan dalam majlis (tertinggi) BN.

"Kami pasti akan menentangnya. Kami akan menyuarakan pemikiran dan idea kita. (Kami tidak akan menerima PAS) melainkan jika ia meninggalkan hudud," Liow dipetik berkata kepada pemberita di Subang hari ini. Liow ditanya mengenai pelawaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada PAS, pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, untuk bersama membina sebuah negara Malaysia yang sempurna mengikut syariat Islam. – 15 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/silaturahim-pas-umno-boleh-asal-jangan-sertai-bn-kata-mca#sthash.KPCr6iV6.dpuf

Rafidah: YB itu ‘Yang Bekerja’ bukan ‘Yang Bising’ FMT Reporters

Posted: 14 Dec 2015 10:30 PM PST


rafidah

Wakil rakyat harus menghargai persidangan Parlimen dan mengelak menjadikan perbahasan menyerupai pertunjukan sarkas.

PETALING JAYA: Ahli-ahli Parlimen disaran supaya menggantikan panggilan 'Yang Berhormat' dengan 'wakil rakyat' sebagai gelaran rasmi.

Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata panggilan 'wakil rakyat' akan mengingatkan ahli-ahli Parlimen bahawa mereka bekerja untuk rakyat dan bukan untuk membuang bising di Parlimen.

Beliau berkata demikian di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Menceritakan pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Selayang pada 1978, berkata tugas utamanya adalah mewakili rakyat dan kemudian sebagai penggubal undang-undang.

"YB bukan 'Yang Berhormat' dan 'Yang Berhujah' atau 'Yang Bercakap' atau 'Yang Bising', tetapi 'Yang Bekerja'," tegas bekas Ketua Wanita Umno itu, yang mahu mengingatkan akan harapan tinggi rakyat kepada wakil-wakil rakyat masing-masing.

Lantaran itu, beliau menjelaskan wakil-wakil rakyat harus menghargai persidangan Parlimen dan mengelak menjadikan perbahasan menyerupai pertunjukan sarkas
.
Beliau menambah wakil rakyat harus mematuhi peraturan-peraturan tetap dan tatakelakuan untuk ahli-ahli Parlimen, dan mengelak dari menggunakan Parlimen sebagai batu loncatan untuk mempromosi diri, menunjuk perasaan atau mengarut.

"Bercakap di Parlimen merupakan suatu keistimewaan yang hanya diberikan kepada orang-orang terpilih."


FMT

PKR desak Najib ke mahkamah jawab skandal 1MDB, RM2.6b - FMT Reporters

Posted: 14 Dec 2015 09:45 PM PST


najib_1mdb_law_pkr_600

PKR guna prosedur pendedahan untuk bongkar dokumen

PETALING JAYA: Sekiranya tiada isu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang perlu disorok, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya boleh menjawab skandal itu di mahkamah.

Malah, Parti Keadilan Rakyat sedang berusaha untuk memasukkan Najib ke dalam kandang saksi melalui penghujahan peguam Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.

"Penghujahan peguam Tommy Thomas hari ini (Isnin) jelas mendesak kehadiran Perdana Menteri di Mahkamah, untuk disoal balas supaya rakyat amnya aman tenteram dalam menyedari Perdana Menteri mereka tidak terus terprasangka dengan kemelut 1MDB serta penerimaan derma USD 700 juta (RM2.6 bilion) yang alasannya berubah mengikut zaman," menurut satu kenyataan akhbar bersama dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Pada 12 Ogos lalu, PKR memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan melanggar undang-undang pilihan raya susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang mengesan penyaluran sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

WSJ mendakwa RM2.6 bilion itu daripada syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Saman itu bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kerana dikatakan berbelanja melebihi had yang dibenarkan iaitu RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 bagi calon Parlimen.

"Adakah sejumlah RM2.6 billion yang diterima digunakan oleh Najib dan BN dalam PRU13 adalah bertentangan dengan Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, yang cuma membenarkan Najib dan BN membelanjakan Rm94.7 juta sahaja?" soal PKR dalam afidavit yang difailkan pada 9 Disember lalu.

Najib dalam satu ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini akui RM2.6 bilion itu bertujuan membantu UMNO terus berkuasa.

Untuk makluman, PKR menamakan tiga lagi defendan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku pemegang amanah BN, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – dalam saman mereka.

PKR juga telah memfailkan 4 permohonan berbeza untuk mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan dalam mahkamah seperti penyata bank, cek dan resit bagi membantu menyelesaikan saman itu.
Dalam perkembangan seterusnya, peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman itu.

Beliau berkata demikian dalam prosiding mendengar permohonan Najib untuk membatalkan saman PKR itu.
Menurut Hafarizam, mahkamah sivil atas sifatnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan deklarasi yang bersifat jenayah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 21 Januari depan untuk membuat keputusan.


FMT.

MEMILIH KAWAN

Posted: 14 Dec 2015 09:00 PM PST


Nurliyana Abdullah's photo.

BIASAnya ramai kalangan kita hidupnya begitu dan begini kesan pengaruh kawan2 yang tidak henti2 mengheret untuk melakukan sesuatu yang tidak baik atau perkara yang sia-sia.

Itu sebab kalau memilih kawan kena hati2 terutama mereka yang mudah sangat terpengaruh kesan hidup di kota yang bergemerlapan padahal penuh dengan kemungkaran dan kejahilan.

Hamka pernah berkata, kala kita berkumpul dengan yang tidak baik, lambat laun diri kita akan mudah terpengaruh, apa lagi yang hati dan niat mengutamakan
kehidupan yang bermewah-mewah di bandar.


Kemewahan di bandar yang kala malam bergemerlapan lampunya akan mudah memerangkap mereka yang asalnya di desa mudah terperangkap kesan mahukan kebendaan hidup mewahdan ramai diperhatikan semakin jauh melayang terbang tak ada haluan hidup.

kata Hamka lagi, usahalah memilih kawan yang selalu mendekati Allah dan selalu memberikan kita kesedaran Illahi dan bukan sebaliknya.

Hidup ini bila kita menuju Illahi, akan selalu dikatakan yang bukan2 dan ini juga satu cabaran yang harus dihadapi dan untuk itu jangan peduli teruslah berjalan menjejak langit dan pasti kita akan selamat ketemu bahagia dan selamat dunia akhirat.

Alhamdulillah, hari ini langit cerah dan sebentar menuju lokasi kerja dan doa Allah berkati hidup kita semua.



NURLIYANA ABDULLAH
Tenom, Sabah.

ADA PEPATAH MUNDURKAN MELAYU

Posted: 14 Dec 2015 08:27 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

KITA seharusnya mengerti bahawa ada tiga pendapat tentang nasib manusia seperti kita ini. 

Satu dinamakan JABARIAH iaitu takdir menentukan segalanya dan yang kedua pula dinamakan QADARIAH yang maksudnya manusia menentukan segalanya dan ketiga pula dinamakan Sunah WAL JAMAAH iaitu takdir menentukan garis2 besar dan ikhtiar boleh pengaruhi nasib manusia dalam garis2 besar itu sebenarnya.

Nah, sejak dulu hingga sekarang setelah membuat kajian bahawa pepatah Melayu bangsa kita ada yang bersifat negatif dan kesannya Melayu begitu mundur dan lambat sangat menuju puncak.

Misalnya kalau kita kaji pepatah " Rezeki secupak tidak akan jadi segantang" dan banyak lagi dan jelas pepatah ini melemahkan semangat bangsa Melayu sendiri untuk berusaha dan kesannya ramai Melayu goyang kaki bersenang-senang sahaja tanpa usaha.

Kita harus mengkaji sabda Nabi sesudah solat, bertebaranlah kita mencari rezeki di bumi Allah dan inilah yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain yang maju ke depan seperti bangsa Cina dan Yahudi termasuk Korea dan Jepun.

Kemudian kalau kita perhatikan kata2 bangsa Cina ada ayat mengatakan "...,Bahaya itu maknanya peluang....", sebalik bangsa kita menolak bala dan bala itu cukup kita takuti sedang kesan bala itulah menyebabkan kita sedar dan insaf dan itu dalam ajaran Islam sesuatu yang pahit itu ada hikmahnya. Kenapa ini tidak menjadi paduan bangsa kita?

Saya membantah yang rezeki secupak itu tidak akan jadi segantang dan takdir menentukan segalanya itu adalah salah dan tidak betul dan bukan ajaran Islam.

Kalau benar takdir menentukan segalanya kenapa pula orang Islam yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran bahawa " kemuliaan itu untuk Allah, Rasulnya dan kaum muslimin".

Yang jelas sekarang ini kemunduran dan kehinaan orang Islam di merata dunia selepas orang Islam mencapai keagongannya dahulu terutama zaman Andalusia yang lahirkan Ibnu Sina, Kaldum, Kindi dan lain ialah kesan tidak patuhi apa yang Al Quran ajarkan. 

Andalusia jatuh abad-12 juga sama tidak mematuhi ajaran Al-Quran dan sekarang segala masjid hanya jadi muzium semata.
Misalnya kejatuhan bangsa Melayu di Malaysia yang rata2nya baik PM, TPM dan menteri2nya beragama Islam kesan kemungkaran dan mempermainkan hukum Hudud milik Allah untuk semua hambanya.

Kerana itu yang saya jelaskan kelemahan di atas merupakan kelemahan diri kita sendiri dan semuanya tergambar dalam pepatah Melayu itu dan usahalah kaji pemimikiran minda dunia Melayu sejak dulu akan kita tahu dengan jelas.



ISMAILY BUNGSU
Sabah.

KENAPA MELAYU SUSAH MAJU?

Posted: 14 Dec 2015 06:15 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

Dua hari lalu saya makan di restoran Melayu dan bila saya duduk sekitar 15 minit barulah pelayan datang, itupun setelah saya panggil. 

pelayan datang dan tanya saya mahu minum apa dan saya katakan "air kelapa" dan ketika saya bertanya matanya memandang ke arah lain dan saya mula tidak senang hati.

Sesudah itu lalu dia menatap wajah saya dan bertanya lagi apa mahunya saya mahu minta dan saya kata "air kelapa" itu kali kedua dan kemudian saya kata lagi bagi saya SUP daging. Lalu dia beredar tanpa kata dan seyum jauh sekali.

Sayapun asyik bercerita dengan teman saya soal politik dan dunia penulisan, lalu pelayan tadi datang dan tanya lagi soal kelapanya apakah perlu gelas atau bagaimana dan saya jawab bawa saja kelapa itu. Saya mula geram dan dia tanya lagi.

" makannya apa tadi?" tanyanya
" Sup daging"


" Daging tak ada " katanya sambil ramai yang perhatikan termasuk taukehnya dan segan pula diperhatikan dan kemudian pelayan itu tanya lagi apakah saya mahu ais batu untuk dibubuh di air kelapa itu atau bagaimana.


Bila dia asyik memotong perbicaraan kami dan saya mula panas dan marah dan mengatakan apakah dia itu kurang pendengaran atau memang tak faham bahasa. Terkelip-kelip matanya dan memang saya sedikit marah. Saya memang jarang marah tetapi kasus itu saya agak sedikit marah tak bisa ditahan kesan perbincangan terganggu dan saya memangnya lapar.

Tiba2 taukehnya datang dan mengatakan sup daging tiada dan yang ada hanyalah tomyam ayam dan kesan sayapun memang lapar maka saya katakan hantar apa saja yang ada ada tolak batu.

Nah, begitulah keadaannya dan tentunya kita sudah cukup mengerti yang saya jelaskan adalah antaranya kenapa Melayu kekadang susah sangat maju kesan layanan yang tidak baik.

Pernah saya makan di kedai kaling dan tika saya makan nasinya agak basi dan saya panggil taukehnya dan katakan nasi itu basi dan harus yang sisa dibuang dan kemudian ia gantikan dengan yang baru dimasak dan ia percumakan tetapi saya katakan tak mahu makan percuma.

Sambil itu taukeh tadi "upuk2" belakang saya dan berulang kali minta maaf dan hingga sekarang taukeh kaling itu cukup mesra dengan saya dan demikian juga kalau di kedai cina hubungan baik dengan pelanggan selalu mereka jaga dan perhatikan beda dengan bangsa kita.

Fikirkanlah dan mungkin ada lagi kelemahan bangsa kita yang menyebabkan pelanggan lari dan tak mahu makan atau membeli di kedai bangsa kita.


ISMAILY BUNGSU
Sabah

BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA KATA PAS ‘MENGONGKONG’

Posted: 14 Dec 2015 05:45 PM PST


Monday, December 14, 2015

'Koalisi' kepartian dan keutuhan dasar bersama, mana lebih utama?


parti pembangkang
BERDEPAN dengan politik kuasa di peringkat nasional, nyata sekali banyak kelemahan dalam gabungan politik pembangkang dan ia menimbulkan kemusykilan rakyat.
Maka penganalisis dan penggemar politik merasakan wujudnya ketidaksediaan pembangkang mengambil alih kuasa kerajaan BN.
Sehingga hari ini, kerajaan UMNO BN pada setiap sesi perbahasan di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terus menerus menerima tekanan kuat dari pembangkang, baik dalam perbahasan bajet mahupun perbahasan Rang Undang-Undang (RUU).
Sungguhpun hubungan politik antara parti pembangkang ketika ini haru-biru (termasuk baru-baru ini sebahagian wakil rakyat PAS tidak bersama dengan wakil DAP dan PKR menolak bajet BN di Parlimen).
Namun momentum penentangan yakni perbahasan dasar di Dewan Rakyat oleh wakil rakyat pembangkang tetap ampuh ketika berdepan kerajaan BN di setiap negeri dan Parlimen. Di Dewan Negeri Johor sahaja, wakil rakyat BN berasa lelah dengan perdebatan dewan.
Suhu berkenaan tidak akan surut sehinggalah penggal kerajaan BN tamat, malah keadaan itu lebih hangat dan kritikal lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
parlimenIni penting kerana kekuatan pembangkang hari ini bukan lagi bergantung pada hubungan 'koalisi' atau gabungan antara parti tetapi lebih nyata dalam aspek hubungan tugas sebagai wakil rakyat baik di DUN mahupun Parlimen.
Ekosistem ini berubah kerana momentum keresahan rakyat terhadap isu-isu utama dalam aspek ekonomi dan sosial. Hal kepartian sudah tidak begitu menjadi agenda.
Jika diukur hebat atau utuh sekalipun hubungan gabungan antara parti pembangkang, ia belum tentu dapat menggugah hegemoni kuasa politik BN di Dewan Rakyat, malah ia belum tentu mampu mengolah gelombang penentangan rakyat terhadap dasar pemerintahan BN.
Perkara kedua, sekalipun gabungan politik pembangkang retak seribu, kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang kekal stabil pada dasarnya, baik dalam urus tadbir dan aspek pertumbuhan ekonomi dan urusan kebajikan sosialnya.
Tidakkah kita berasa satu perkara yang unik apabila keadaan politik kepartian meliar dan meribut tetapi tugas hakiki sebagai wakil rakyat dan kerajaan, terus berjalan teratur, malah cekap?
Indikasi itu sangat signifikan apabila kita rujuk kembali visi pakatan pembangkang yang berhasrat membawa satu budaya politik baru dan menolak kuasa politik UMNO BN.
Kita sering menggambarkan bahawa menerusi kekuatan gabungan antara parti, barulah ia membawa kejayaan politik untuk menukar kerajaan BN. Gambaran itu, hari ini, boleh menipu kita kembali.
Dalam politik baru sepertimana hasrat gabungan pembangkang, kekuatan sebenar yang boleh menumbangkan BN bukan semestinya terletak pada kepartian.
Bukan bermakna parti tidak penting tetapi dalam senario kebencian rakyat terhadap UMNO BN pada masa ini, kekuatan sebenarnya banyak bergantung pada peringkat pembuat atau merangka dasar ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
Gabungan kepentingan rakyat itu mungkin bentuknya belum dapat dizahir sebagai entiti yang mudah difahami oleh rakyat biasa, macam alien. Kerana kita semua berazam untuk membentuk sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan.
Maka, bentuk selain BN atau Pakatan, sukar muncul atau tidak dapat difahami. Imaginasi itu terhenti setakat di situ sahaja, ini kelemahannya.
Dalam merangka dasar, baik pada peringkat DUN atau Parlimen, kefahaman dan kerjasama antara wakil rakyat pelbagai parti enting untuk mengundi sesuatu dasar atau undang-undang, berbeza dengan identiti parti yang sering memisah dan menjarakkan kerjasama.
Janganlah sampai perjuangan dan impian Rakyat musnah disebabkan tindakan mementingkan diri.
Janganlah sampai perjuangan dan impian Rakyat musnah disebabkan tindakan mementingkan diri.
Sebagai contoh, BERSIH. Kempen itu menjadi massa dan berpengaruh bukan kerana kekuatan politik kepartian, sebaliknya kerana semua pihak bersetuju dengan perjuangan BERSIH baik pada peringkat awam dan wakil rakyat di Parlimen termasuk sebahagian dari BN.
Maka kerana itu, BERSIH berjaya membawa mesejnya walaupun ada parti politik yang tidak menyokong atau menyertainya.
Contoh kedua, kempen PAS untuk Hudud. Ia gagal pada peringkat pembuat dasar (Parlimen). Ini kerana dasar itu tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat pelbagai parti politik, hatta UMNO yang kononnya sanggup menerima pembentangan RUU itu.
Jadi nyata sekali, gabungan parti politik bukan lagi menjadi kekuatan utama untuk menjana kemenangan sebaliknya kekuatan itu terletak pada pembuat dasar termasuk dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) politik dan sosial.
Cumanya, bagaimana hal ini dapat dipermudah untuk kefahaman dan penerimaan rakyat.
Kepercayaan tak boleh dipaksa tetapi boleh dibina. Jadi, adakah kita boleh percaya pada pembangkang?

* Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor

Malang Najib Menimpa Lagi.. Komponen BN Keluar Kenyataan Mengutuk?

Posted: 14 Dec 2015 05:15 PM PST


Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia kerana terlibat dalam "kelakuan salah" ketika menerima RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, kata Tun Dr Ling Liong Sik dalam kenyataan pembelaannya terhadap saman presiden Umno itu ke atasnya.

Bekas presiden MCA itu, yang didakwa Najib kerana membuat kenyataan tentang sumbangan politik itu berkata, perdana menteri juga gagal mendedahkan identiti pendermanya, sumber dana itu atau bagaimana ia digunakan. 

Dr Ling juga berkata, Najib mengaku menerima RM2.6 bilion sebagai derma pada 8 Disember tahun ini dan tidak menyalurkan wang itu ke akaun Umno.

"Plaintif menjelaskan, menjadi hasrat penderma supaya derma tersebut dibuat kepada plaintif secara peribadi dan, sumbangan itu didepositkan ke dalam akaun peribadi plaintif.

"Ini bertentangan dengan kenyataan awal plaintif yang menyatakan semua dana politik mesti disalurkan ke akaun parti politik itu dan disertakan dengan suatu pengakuan penerimaan, bertujuan demi mencegah rasuah," kata Dr Ling.

Beliau memfailkan pembelaannya hari ini melalui firma guaman Tetuan Ranjit Singh dan Yeoh.

Bekas menteri pengangkutan itu turut mengaku tingkah laku dan perbuatan plaintif merupakan perkara berkepentingan awam yang mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan terbuka kepada kritikan dan penelitian yang rapi.

Beliau berkata, pemindahan dana itu, kebanyakannya berlaku pada Mac 2013 sebelum pilihan raya umum tahun itu, menimbulkan persepsi perdana menteri tidak berlaku jujur atau terlibat dalam politik wang untuk membeli keputusan pilihan raya.

Dr Ling juga berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai pemimpin dahulu dan sekarang yang mengkritik Najib dan membuat kenyataan yang mencemarkan reputasi beliau tidak disaman kerana memfitnah.

Begitu juga, katanya, perdana menteri juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendedahkan mengenai penyaluran dana ke dalam akaun beliau itu.

Ling membuat pembelaan berdasarkan kepada komen yang adil (fair comment) dan perlindungan bersyarat (qualified privilege).

WSJ melaporkan pada Julai, kira-kira AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib - bahagian terbesar dimasukkan kira-kira 2 bulan sebelum pilihan raya umum 2013.

Pada Oktober, Ling dilaporkan bersetuju dengan bekas bosnya, Dr Mahathir, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".

"Saya bersetuju dengan Mahathir. Kerana beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau," Dr Ling dipetik sebagai berkata pada sidang media di Kuala Lumpur.

Berikutan kenyataan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat tuntutan bagi pihak Najib kepada Dr Ling di kediamannya.

Surat bertarikh 5 Oktober itu menuntut permohonan maaf dan pampasan dalam masa 7 hari, atau tindakan undang-undang akan dimulakan.

Bagaimanapun, peguam Dr Ling berkata, anak guamnya mempertahankan kenyataannya.

 
 
ADDIN

APA SEBAB SEBENAR ANWAR DI PECAT ?

Posted: 14 Dec 2015 04:45 PM PST

Gua Terjah's photo.

September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari
jawatan dan kini merengkok dalam penjara. Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka
semata-mata.


Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri. 


Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
 

Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah

Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu. Ketika beliau memangku
jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. 


Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan
Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah
1997 itu.


Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah
itu.


Menteri-Menteri Rasuah Cemas


Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan. 


Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.

Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang
jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. 


Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula


Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50
Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.


Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil, Ummi Hafilda, Azizan
Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang dan kontrak bertukar tangan.


Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak


Dibicarakan


Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.


Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya. Injunksi telah diberikan oleh
mahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan dilarang disebarkan. Pejabat Peguam Negara kemudian membuat
pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu. Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri
masih tidak diadakan. 


Hakim mahkamah yang memberi injunksi kepada Anwar Ibrahim dipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini semua berlaku? Tidak ada konspirasi?

Orang Yang Difitnah Yang Dipenjarakan


Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara. Kenapa
tidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? 


Tidakkah Anwar lebih dahulu membawa saman malu
ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri?


Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan pada umum, kenapa Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998. Secara kebetulan? 


Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dalam Umno?

Persubahatan Terjahat Bermula


Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan dari Ibu Pejabat
UMNO sendiri




Yakob Engku Muda Hambali

#‎BebasAnwar‬

Muhyiddin Rancang Satu Lagi Ceramah Politik

Posted: 14 Dec 2015 04:00 PM PST



Suasana perdamaian pada majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno 2015 mungkin tidak kekal apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai sedang merancang satu lagi ceramah politik untuk menyuarakan pandangan beliau.

Timbalan presiden Umno itu, menurut sumber yang rapat dengan beliau, dikatakan telah bersedia untuk mempertahankan dirinya mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa perhimpunan agung.

Menurut sumber itu, Muhyiddin mahu menangkis apa yang telah dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden dan juga semasa ucapan penggulungan.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga mahu memberi tindak balas kepada serangan dan kritikan oleh beberapa perwakilan yang berucap semasa perbahasan.

.
Sehingga kini masih tidak jelas sama ada program baharu itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sekali lagi atau lebih dekat dengan kediamannya di Johor.

Muhyiddin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bergabung untuk satu acara di Kampung Baru beberapa hari sebelum perhimpunan agung untuk mengkritik pengendalian Najib terhadap isu 1MDB dan dasar-dasar kerajaan yang lain.

Ceramah seterusnya itu adalah sebagai 'ucapan penggulungan' di mana Muhyiddin tidak dibenarkan melakukannya semasa perhimpunan parti.

"Dia merasakan bahawa dia perlu menjawab tuduhan tersebut mengenai kepimpinan dan prestasinya sebagai orang No.2 dalam parti," kata sumber itu.

Najib telah menghulurkan salam perdamaian beliau pada hari terakhir perhimpunan agung apabila beliau mengisytiharkan ingin menjadi seorang yang 'berjiwa besar' mengenai apa yang telah berlaku.

Tetapi Muhyiddin, berdasarkan bahasa badannya, kelihatan nekad. Kedua-dua pemimpin tertinggi itu berjabat tangan tetapi tidak berpelukan antara satu sama lain, walaupun beberapa perwakilan telah menyatakan hasrat mereka untuk melihat mereka berbuat demikian.

Mereka yang berdiri berdekatan dua pemimpin ini perasan bahawa adegan berjabat tangan itu kelihatan seperti tidak dilakukan sepenuh hati – hanya menyentuh hujung jari dan apabila Najib cuba mengangkat tangannya lebih tinggi, Muhyiddin tidak memberikan respons positif.

Muhyiddin seolah-olah tidak mahu menyambut salam silaturrahim dan perdamaian oleh Najib.

"Terdapat satu usaha tetapi adakah ia disambut?," kata sumber Muhyiddin itu.

Difahamkan bahawa Muhyiddin tidak mengambil berat kenyataan Najib bahawa 'sesiapa yang menentang presiden, maka dia juga menentang parti'.

Selain itu, beliau juga telah menulis di akaun Facebooknya beberapa jam selepas ucapan perasmian Najib, yang menyifatkan bahawa Muhyiddin tidak melakukan tugasnya sebagai orang No.2.

Muhyiddin menulis bahawa beliau telah bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap satu demi satu pilihan raya kecil sejak 2009.

Beliau juga membidas kembali kenyataan Najib dengan mengatakan bahawa kritikan terhadap kepimpinan yang dibuat adalah berdasarkan aduan daripada akar umbi.

Muhyiddin boleh dikenakan tindakan disiplin jika beliau bertindak untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka kepada orang ramai.

Beliau hampir dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang terakhir pada malam Rabu lalu apabila salah seorang ahli Majlis Tertinggi menyenaraikan 'lapan sebab mengapa Timbalan Presiden itu perlu disingkir.

Bagaimanapun, Najib enggan bertindak terhadap timbalannya dan segera mengakhiri mesyuarat itu, walaupun beberapa orang yang lain masih mahu bercakap. – mStar

.


Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua !!

Posted: 14 Dec 2015 03:45 PM PST

Umno burukkan DAP raih sokongan Melayu, alih perhatian, kata penganalisis OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 14 Dec 2015 08:00 AM PST

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015.

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa penganalisis menganggap tindakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memburuk-burukkan DAP pada perhimpunan agung Umno tahun ini bertujuan mempergunakan parti pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat bagi mendapatkan sokongan di kalangan orang Melayu dan mengalihkan perhatian penyokongnya daripada kelemahan beliau.

DAP adalah musuh pilihan Umno kerana PKR tidak dilihat sebagai ancaman, susulan pemenjaraan pemimpin de facto parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala PAS dilihat sebagai bakal sekutu, kata Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center.

"Keadaan ekonomi tidak berapa baik, perdana menteri dan partinya semakin kurang popular. Jadi, untuk mengembalikan sokongan terutama di kalangan penyokong utamanya, ia perlu menentukan lawan yang sangat berbeza daripada mereka.

"Di sini, DAP disasarkan sebagai momokan untuk mendapatkan sokongan Melayu kerana ia bertentangan dengan perjuangan Umno – DAP sekular, ia pendukung demokrasi yang lebih liberal, ia mahu lebih kesaksamaan bagi golongan minoriti, contohnya," kata Ibrahim.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah eksekutif Pusat Inisiatif Dasar berkata Najib juga cuba mengalihkan perhatian penyokong daripada kegagalan dirinya sendiri dengan memburukkan DAP.

"Menyasar dan memomokkan DAP, dan membuat dakwaan perkauman terhadap parti itu, juga merupakan tanda beliau terdesak ingin mengalihkan perhatian daripada kelemahannya sendiri dan kumpulan penentang yang beliau hadapi dalam parti," katanya.

Tetapi Ibrahim berkata, Umno juga perlu dipuji kerana menerangkan dengan jelas yang DAP, sebagai sebuah parti ialah musuhnya, bukan masyarakat bukan Melayu secara keseluruhannya.

Perhimpunan agung Umno minggu lepas menyaksikan tiada isu perkauman dan kenyataan sensitif disentuh, tidak seperti tahun lepas, di mana Najib memulakan ucapan dasarnya dengan mengingatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Dr Lim Teck Ghee berkata, tidak mengejutkan ada pemimpin akar umbi bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

Dr Lim Teck Ghee berkata, tidak mengejutkan ada pemimpin akar umbi bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

Ketua Pemuda Khairy Jamuluddin pula memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja manakala Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendakwa seorang Cina di negeri itu cuba membakar al-Quran di dalam satu upacara sembahyangnya.

Tetapi walaupun bukan Melayu tidak dijadikan sebagai watak antagonis tahun ini, ia tidak bermakna Umno – parti yang bertujuan menjuarai dan melindungi orang Melayu – meninggalkan isu perkauman sama sekali untuk mendapatkan sokongan, kata Ibrahim.

"Penghinaan terhadap DAP dilakukan untuk menegaskan yang Umno kekal sebagai parti utama orang Melayu, orang Melayu perlu percaya Umno.

"Walaupun ucapan Najib tidak ditujukan kepada orang Cina, ia masih mahu menarik perhatian orang ramai kepada hakikat dalam pakatan pembangkang, orang Melayu kurang diwakili, suara mereka tidak begitu didengari dan peranan kurang menonjol," kata Ibrahim.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada ucapan itu akan memberi kesan kepada hubungan kaum atau tidak, memandangkan Najib tidak bercakap menentang orang Cina atau India.

Katanya, adalah salah untuk sesiapa sahaja menyamakan DAP dengan masyarakat Cina dan Najib juga berusaha menyamakan DAP dengan politik liberal, bukannya masyarakat Cina.

Lim berkata, tidak mengejutkan apabila pemimpin akar umbi yang ditemui The Malaysian Insider bersetuju dengan dakwaan Najib yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

"Maklum balas perwakilan sudah dijangka. Ia bukan bermakna mereka terpengaruh dengan pemikiran presiden dan logiknya. Mereka memang merasakan perkara itu. Ideologi ketuanan Melayu masih hidup dan berakar umbi dalam Umno.

"Dalam menyatakan sokongan mereka terhadap presiden, mereka hanya menunjukkan cara pemikiran mereka yang menafikan punca sebenar kejatuhan parti itu iaitu rasuah, menerima rasuah dan ketamakan.

"Tetapi sesetengah orang Melayu di dalam dan luar parti sudah nampak kebenarannya. Walaupun tidak menyatakannya secara terbuka, ia tidak bermakna mereka tidak sedar langsung yang parti itu semakin teruk jatuh di bawah kepimpinan Najib," kata Lim. – 14 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ibu tunggal dipenjara 20 hari curi pakaian

Posted: 14 Dec 2015 07:00 AM PST

Akibat mencuri baju, seluar dan pakaian dalam, seorang ibu tunggal dihukum penjara 20 hari dan denda RM500 Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Norlida Muhammad, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri 24 helai baju, seluar dan pakaian dalam yang kesemuanya bernilai RM1,157.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula tarikh ditangkap iaitu semalam dan turut memerintahkannya dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu bersama adiknya Noramira Muhammad, 20, seorang suri rumah di Pasaraya Aeon Jusco, Maluri, Cheras pada pukul 4.30 petang semalam.

Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap Noramira kerana menunggu laporan akhlak dan membenarkannya diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes pengadu yang merupakan pekerja di pasar raya itu melihat kedua-dua beradik itu dalam keadaan mencurigakan sedang memilih beberapa pakaian dan masuk ke dalam bilik persalinan.

Pengadu mengekori kedua-dua tertuduh apabila melihat mereka bergerak ke tempat parkir kereta selepas keluar dari bilik persalinan tanpa membuat sebarang bayaran.

Ketika rayuan Norlida yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah, dia mencuri pakaian itu untuk kegunaan harian dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung seorang anak berusia 8 tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Siamalah. – Bernama, 14 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Mahkamah tiada bidang kuasa dengar saman terhadap Najib, kata peguam OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 14 Dec 2015 06:15 AM PST


Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tindakan undang-undang PKR berhubung RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman itu, kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.

Hafarizam berkata pengisytiharan yang dipohon PKR mengandungi unsur jenayah yang berada di luar bidang kuasa mahkamah sivil.

Beliau berkata dakwaan dalam saman itu dibuat di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Kewangan Keganasan, Akta Pencegahan Rasuah, Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Pertukaran Matawang Asing.

Pada Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib dan 3 yang lain, dengan mendakwa undang-undang pilihan raya dilanggar dengan penggunaan wang sumbangan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun Najib. – 14 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Model baharu biasiswa JPA cegah penerima elak khidmat dengan kerajaan – Najib

Posted: 14 Dec 2015 05:30 AM PST


najib-JPA

Sesetengah penerima sengaja mengagalkan diri dalam sesi temu duga bagi mengelak diambil kerja sebagai penjawat awam. 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menggubal model baharu dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menghalang penerima mengelak daripada berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.

Perdana Menteri berkata model biasiswa yang ditawarkan pada masa ini tidak menguntungkan kerajaan kerana masih ada ruang untuk penerima biasiswa tidak meneruskan khidmat mereka dengan kerajaan.

Walaupun kerajaan membelanjakan peruntukan besar untuk biasiswa itu namun ia tidak mendapat pulangan sewajarnya apabila sesetengah penerima sengaja mengagalkan diri dalam sesi temu duga bagi mengelak diambil kerja sebagai penjawat awam.

"Ini tidak menguntungkan kerajaan kerana membiayai beratus-ratus ribu untuk biasiswa," katanya pada majlis jamuan malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Ahad.

Sejumlah 1,400 pegawai PTD pelbagai gred menghadiri majlis tahunan tersebut dengan tema 'PPTD Memperkasakan Sinergi, Memperkukuhkan Kolaborasi'.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden PPTD, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Dalam ucapannya Najib turut berkata proses perbincangan dan percambahan fikiran melibatkan pelbagai golongan masyarakat bagi menentukan hala tuju pasca 2020 harus dimulakan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Perdana Menteri berkata negara tidak boleh menunggu sehingga tahun 2020 untuk mengolah visi pasca 2020.

"Proses perbincangan ini perlu melibatkan pelbagai golongan dan pihak termasuk cendekiawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata para pegawai PTD yang merupakan pemikir, perancang dan pelaksana dalam perkhidmatan awam perlu memikirkan untuk mengolah semula strategi pembangunan negara dalam persekitaran global yang begitu mencabar.

"Antara cabaran dihadapi termasuk ekonomi yang berkembang perlahan, harga komoditi yang rendah, ekspektasi rakyat dalam menghadapi kos sara hidup dan ancaman kumpulan ektremis IS dan isu di Filipina Selatan,"katanya.

"Selama ini, kita selesa (isu keselamatan) tetapi kini tahap sensitiviti kita mesti ditingkatkan. Jangan ambil mudah soal keselamatan. Negara perlu lakukan apa yang termampu supaya rakyat terselamat daripada sebarang ancaman," katanya.


– BERNAMA

Pelajar dakwa UM kenakan bayaran internet tahun depan - Khairil Ashraf

Posted: 14 Dec 2015 04:45 AM PST


UMUMANY mendakwa pelajar hanya diberikan kuota lima gigabite dan penggunaan melebihi had itu akan dikenakan bayaran bermula Mac tahun depan.

KUALA LUMPUR : Kesan pemotongan peruntukan bajet dalam sektor pendidikan kepada RM1.4 bilion didakwa telah menyebabkan Universiti Malaya (UM) mengenakan caj bagi perkhidmatan internet.

Presiden Universiti Malaya Association Youth (UMANY) Ho Chi Wang mendakwa, pihaknya mendapat maklumat daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bahawa setiap pelajar hanya akan diberikan kuota sebanyak lima gigabite (gb) bermula Mac tahun hadapan.

Dia berkata, sekiranya kuota tersebut melebihi penggunaan, setiap pelajar akan dikenakan caj tambahan.
Ketika ini, semua pelajar UM menikmati penggunaan internet tanpa had secara percuma.

"Soalnya, adakah lima gigabite ini mencukupi untuk urusan penggunaan data dalam aktiviti seharian pelajar-pelajar? Jika diteliti, hampir 80 peratus maklumat diperolehi menerusi penggunaan internet.

"Sepatutnya, perkara ini perlu dibincangkan di pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mana mereka diberi mandat untuk menyuarakan segala bentuk permasalahan dan ini bukan permasalahan yang boleh dipandang ringan.

"Isu ini berkait rapat dengan tugas mereka untuk menjaga kebajikan mereka. Kami amat kecewa dengan tahap komitmen yang diberikan oleh mereka," katanya kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) pada Isnin.

Chi Wang menambah, pihaknya juga tidak mengetahui kadar caj tambahan yang akan dikenakan kepada pelajar sekiranya melebihi kuota.

"(Kadar) caj tambahan yang akan dikenakan ini kita tak tahu berapa akan dikenakan kepada pelajar. Kita pun tak tahu yuran internet yang dikenakan kepada kita," jelasnya.


FMT

Pemuda Amanah gesa para Senator tolak RUU MKN - Radzi Razak

Posted: 14 Dec 2015 04:00 AM PST


Mohd-Sany-Hamzan

Kesahan RRU itu meragukan serta 'merampas' kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dibawah Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR : Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional akan berada di Dewan Negara dan memantau perjalan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara.

Ketuanya, Mohd Sany Hamzan menggesa para senator supaya menolak RUU itu kerana kesahannya yang meragukan serta 'merampas' kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan dibawah Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"Memang benar, undang-undang ini digubal bukan dalam waktu darurat namun peruntukan-peruntukan di dalamnya jelas merupakan peruntukan yang hanya wujud dan boleh wujud dalam undang-undang yang digubal semasa darurat.

"Kerana itu Pemuda Amanah Nasional tertanya-tanya, jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubal undang-undang yang bersifat 'luar daripada situasi biasa' mengapa ianya tidak digubal di bawah Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan?" kata Sany.

Perkara 149 memberi kuasa kepada pemerintah mengambil tindakan yang tertentu, walaupun tidak selaras dengan Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 9 (kebebasan bergerak), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) dan Perkara 13 (hak terhadap harta) Perlembagaan, untuk memberhentikan atau mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah yang memudaratkan orang awam.

Manakala Perkara 150 memberi kuasa kepada Agong untuk mengisytihar darurat, dan proklamasi itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sany menyerahkan memorandum mereka kepada senator-senator PKR dan DAP, yang diwakili Syed Husin Ali, Siti Aisyah Shaik Ismail dan Chandra Mohan, pada Isnin.

RUU MKN itu berjaya melepasi peringkat Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu. Penentang RUU itu mendakwa ia memberi kuasa mutlak kepada MKN, terutamanya Perdana Menteri, untuk bertindak sebarang bentuk penentangan.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Ambiga Sreenevasan berkata RUU ini bakal mengubah lanskap negara kerana ia memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengatasi kuasa Agong dan Kerajaan Negeri. Ia juga memberi kuasa kepada beliau untuk mengumumkan mana-mana kawasan di negara ini sebagai "kawasan keselamatan".

"Malaysia tidak perlukan RUU seperti ini, yang sebenarnya cubaan Perdana Menteri untuk merampas lebih banyak kuasa dan memusatkan kuasa pada dirinya," tegas Ambiga, dua minggu lalu.

Sementara itu, pentadbiran Najib menegaskan RUU itu hanya akan digunakan untuk memerangi ancaman militan Negara Islam (IS) dan jaringan pengganas antarabangsa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Ahad menafikan RUU itu akan digunakan keatas perhimpunan aman seperti Bersih 4, atau merampas kuasa Agong.

"Saya tahu banyak membantah rang undang-undang ini adalah daripada kumpulan Bersih tetapi mereka perlu sedar bahawa dalam tempoh beberapa tahun ini, sebanyak empat perhimpunan Bersih diadakan namun tidak pernah sekalipun Majlis Keselamatan Negara dipanggil untuk menguruskannya.

"Bersih jangan anggap diri mereka terlalu penting, mengendalikan ancaman pengganas adalah jauh lebih penting daripada demonstrasi haram," katanya.


FMT

Tiada pertemuan rintis perpaduan Pas-UMNO Khamis ini Mohamad Fadli

Posted: 14 Dec 2015 03:15 AM PST


najib hadi

DHPP berkata tiada pertemuan khas antara Hadi dan Najib bincang penggabungan.

KUALA LUMPUR: Tiada pertemuan antara Presiden PAS dan Presiden UMNO membincangkan perpaduan politik kedua-dua parti itu, nafi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ketuanya, N Balasubramaniam berkata pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya ada, hanyalah pertemuan peribadi dan bukan untuk membincangkan penggabungan.

"Hadi dan Najib hanya dijemput dalam satu program yang sama dan Najib merasmikan program itu," kata Ketua DHPP, N Balasubramanian dalam satu sidang media di Madras Cafe, Jalan Ipoh.

Balasubramaniam berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam Bernama TV yang berkata kedua-dua pemimpin parti utama Melayu itu dijadualkan bertemu di majlis anjuran Rabiah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Season pada 17 Disember ini.

Sebelum ini, Hadi dalam satu kenyataan berkata Pas hanya akan membincangkan soal kerjasama sekiranya UMNO bertaubat dan kembali kepada Islam dari sudut politik, ekonomi dan sosial.

"Bagi kita, PAS tidak akan bergabung dengan UMNO dan ia juga telah dipersetujui oleh Hadi.

"PAS dan UMNO tidak boleh bergabung kerana ideologi antara kedua-dua parti adalah berbeza," jelas Balasubramaniam.

Malah, DHPP berpendapat penggabungan dengan UMNO hanya akan merugikan Pas.

"Rakyat sudah tidak mempercayai BN/UMNO lagi kerana mereka sudah pandai memilih parti yang boleh jaga rakyat," katanya.

FMT

VAN DER WIJCK ( …sorak moral kampung tergadai Sebuah kapal bakal tenggelam…)

Posted: 14 Dec 2015 02:30 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

Mengingat kapal van der wijck yang tenggelam, lalu saya teringat yang barangkali telah dijadualkan ada lagi sebuah kapal di tanah melayu yang sedang di lautan bakal tenggelam dan sang raja suran siap menerimanya.

Dinyatakan di sana sini konon di sebuah pertemuan sorak rakyat upahan kedengaran setiap penjuru menjadi riuh gempita dan kelihatannya perjuangan bangsa, negara, agama dan parti sudah jauh terlontar ke gaung puaka, sementara yang sebelah bermatian mempertahankan hakikat sesuai dengan visi parti dan agama dianuti.

Ayam terlepas tangan kelak berbau tahi dan menang sorak kampung tergadai akan siap didendangkan dan ketika itu siapa bakal disalahkan kala yang namanya melayu tidak lagi berpaut kepada dahan yang rapuh dan tersesat tidak lagi lewat di laluan Illahi?

Ramai para perwakilan yang konon gagah berkasa tetapi semuanya termakan dedak sumpahan "cash isking" ekor bergelomang dengan tahi babi dan mereka rata2nya kehilangan nur pada wajah mereka lalu menjadi sampah tetapi soraknya terus bergema sedang harga diri dan maruah tergadai sirna melayang-layang.

Sudah terang bersuluh lagi bahawa zaman sekarang ini kebenaran yang ada disembunyikan dan kebatilan dimulia sanjung tinggi melangit melayang-layang di angkasa bumi kita. 

Pencuri penyamun dipuja dan pembohong, bodek, ampu tiap tahun ada saja bintang disemat di dada entah siapa yang menang di medan juang.

Demikianlah hakikatnya bahana yang harus diterima dan kelihatannya langit semakin mendung dan bulan kala malam semakin pucat sedang dinihari sudah mula mahu menyalam senja dan bakal di sisi malam.



ISMAILY BUNGSU

Chegubard akan dedah projek RM16 juta tanpa tender - FMT Reporters

Posted: 14 Dec 2015 01:45 AM PST


chegubard-tender

Dia sedang mengumpul bukti dan pengesahan dokumen untuk didedahkan pada Rabu ini.

PETALING JAYA: Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa memiliki dokumen projek bernilai lebih RM16 juta tanpa tender di Selangor.

Bekas Ketua PKR Cabang Rembau itu juga mendakwa memiliki dokumen bagi projek menaik taraf Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dianggarkan bernilai RM10 juta hanya untuk kerja-kerja mengecat.

Katanya, dia sedang mengemas kini peringkat akhir semua dokumen itu dan akan mendedahkan semua bukti pada Rabu ini.

"InsyaAllah Isnin akan finalise dokumen "projek" nilai lebih RM16j tanpa tender.. isu pintu gerbang dekat RM10j hanya untuk cat (face lift)..

"Kalau semua dokumen diperolehi dan dapt disahkan Rabu ini akan dedah bukti semua," tulisnya di Facebook.


Chegubard berkata, majoriti rakyat menyampah dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetapi terdapat dua kategori pemimpin yang cuba mengagalkan misi pembangkang untuk menang pilihan raya akan datang.

"Pemimpin perangai lebih teruk daripada UMNO/ BN dan pemimpin yang menjadi ejen UMNO/BN," katanya.

Dalam status yang sama juga, Chegubard mengulangi dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong Istana Selangor menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gelaran itu ditarik balik oleh Dewan Diraja Selangor pada Disember 2014.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Selangor ke-70 pada Jumaat lalu.


FMT

Orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja perlu minta maaf kepada Najib Mohamad Fadli

Posted: 14 Dec 2015 01:00 AM PST


khairuddin-abu-hassan

Muhyiddin dan Shafei Apdal tidak perlu meminta maaf kerana mereka telah berusaha memerangi rasuah serta penyelewengan.

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan hanya orang 'sewel' dan 'gila' saja yang perlu memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang seharusnya meminta maaf kepada rakyat kerana tidak menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion secara komprehensif, telus, konsisten dan meyakinkan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada usaha mendesak Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kerana mengkritik Najib.

"Keseluruhan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi serta rakyat jelata kagum dengan pendirian Timbalan Presiden (Muhyiddin) dan Naib Presiden UMNO (Shafie) yang tidak akan memohon maaf terhadap Najib Tun Razak kerana tiada asas langsung untuk Tan Sri Muhyiddin serta Dato Seri Shafie Apdal berbuat demikian.

"Hanya orang 'sewel' dan 'gila' saja yang akan memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan," katanya dalam status terbaru di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata ahli akar umbi UMNO dan rakyat sudah tidak mempercayai cerita daripada pentadbiran Najib yang gemar membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Katanya, tindakan penyokong Najib menganggap Muhyiddin dan Shafie sebagai pengkhianat setelah berusaha memerangi penyelewengan dalam UMNO disifatkan sebagai 'gila'.

"Namun, keseluruhan ahli-ahli UMNO akar umbi serta rakyat jelata tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi!!

"Bak kata pepatah budak hingusan 'flip flop' Khairy Jamaluddin "enough is enough"!!," tegasnya.


FMT

BERJIWA BESAR (Najib puji diri)

Posted: 14 Dec 2015 12:15 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

BIASAnya orang lainlah yang menilai diri kita sama ada kita ini baik atau sebaliknya. Sama ada kita ini berjasa atau sebaliknya maka orang lain juga yang menentukan dan menilai.

Jika kita gagah dan hebat, maka orang lain juga yang seharusnya menilai kegagahan atau kehebatan kita ini dan jika kita sendiri yang menilai dan mengatakan gagah dan hebat, maka itu maknanya masuk dan angkat bakul sendiri.

Demikian juga kalau kita dikata orang berjiwa besar, maka orang lainlah yang seharusnya menilai dan mengatakan begitu dan jika sendiri yang mengatakan begitu, maka jelas orang itu gila kuasa dan lupa diri dan itulah sikap dan perangai Najib yang menyatakan dia berjiwa besar.

Jelas Najib ini sudah gila dan mabuk kuasa hingga dirinya sendiri pula mengatakan yang dia itu berjiwa besar sedang negara dalam bencana dan rakyat mengeluh marah kesan hidup cukup menyusahkan kesan tidak bijak urus ekonomi negara bangsa.


NURLIYANA ABDULLAH
Tenom, Sabah.

Toby - Naik Kapal Terbang Lebih Murah Dari ERL

Posted: 13 Dec 2015 11:20 PM PST



SHAH ALAM - Kos penerbangan kini lebih murah dengan pesawat AirAsia berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah untuk terbang sekarang," katanya di akaun Twitternya, hari ini.

Bagaimanapun beliau juga berkata, penerbangan AirAsia didakwa menjadi kurang popular kerana tindakannya yang menentang kenaikan kos perkhidmatan itu.

.

"Kami menjadi kurang popular kerana meminta pemain dalam industri penerbangan lain supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai," ujarnya.

Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini.

Kadar tambang baharu itu diluluskan kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kajian pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu.

Susulan rungutan orang ramai dan para perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Umno 2015 minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pengguna ERL dan KTM Komuter.

Antaranya pelajar, mahasiswa universiti, orang kurang upaya (OKU) dan warga tua.