Sabtu, 5 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Berita Gempar Dari Ketua Polis Negara

Posted: 05 Dec 2015 11:00 PM PST


 
Seorang guru Eropah di Pulau Pinang adalah antara 5 lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Ketua polis negara itu berkata, mereka ditahan susulan operasi khas bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor, antara 17 November dan 1 Disember lalu.

"Suspek pertama yang ditangkap di Kuala Lumpur adalah seorang warga Eropah berusia 44 tahun yang bekerja sebagai guru sambilan bahasa Inggeris di Pulau Pinang.

"Suspek disyaki pernah menyertai kumpulan pengganas al Qaeda serta terlibat di dalam aktiviti keganasan di Afghanistan dan Bosnia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek ke-2 ialah rakyat sebuah negara Afrika yang berusia 29 tahun dan ditangkap di Cheras, Selangor. 

"Suspek merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya dan disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan," kata Khalid.

Katanya, 3 daripada 5 suspek ditangkap di Kelantan, Selangor dan Johor, dan merupakan ahli kumpulan sel yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis)

Ketua sel itu, ditangkap di Johor, menurut Khalid, ialah seorang warganegara Indonesia berusia 31 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel lori. 

"Beliau berbai'ah dengan Abu Bakar al-Baghdadi, pemimpin Isis melalui Facebook pada pertengahan tahun 2014. 

"Suspek turut mempunyai hubungan dengan beberapa rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan Isis di Syria. 

"Beliau disyaki bertindak sebagai fasilitator bagi mengatur individu dari Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang berhasrat menyertai kumpulan Isis di Syria dan beberapa kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara."

Seorang lagi anggota sel itu ialah rakyat Malaysia berusia 59 tahun, bekerja sebagai tukang jahit dan merupakan seorang anggota Rela.

"Beliau ditangkap di Kota Baru, Kelantan kerana disyaki bertanggungjawab merekrut dan mengatur anggota baru sel ini untuk terlibat dengan aktiviti keganasan di luar negara," katanya.

Suspek terakhir, kata Khalid, warganegara Bangladesh berusia 25 tahun, bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, yang merancang berjihad menyertai Isis di Syria.

"Tiga suspek (berkaitan Isis) semuanya ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)

"Sementara 2 lagi suspek ditangkap di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk tujuan pengusiran," katanya.

Setakat Oktober lalu, jumlah tangkapan berkaitan Isis bagi tahun ini ialah 36 orang selepas 13 lelaki ditahan di Shah Alam.


Biasa Lah Orang Politik, "SEBELUM DAN SELEPAS"

Posted: 05 Dec 2015 10:15 PM PST

Aman Shah's photo.

Azmin, Di Mana Kamu Campak Janji Kamu Kepada Penyokong Anwar Ibrahim?
Apabila berjanji, dia memungkiri."

Aku belajar satu perkara. Bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik walau dia tidak sempurna ialah pemimpin yang tidak menjanjikan bulan dan bintang, tidak bermanis mulut dan tidak mendabik dada serta bercakap besar apabila berkata.

Satu ketika dulu. Aku pernah fikir bahawa pemimpin perlu sempurna. Tetapi seiring dengan pengalaman hidup. Aku belajar. Manusia tidak sempurna. Aku tidak sempurna. Pemimpin manusia adalah manusia.

Maka pemimpin juga tidak akan sempurna. Maka aku belajar. Pemikiran aku salah.

Bagi aku. Pemimpin aku hanya perlu baik walaupun dia tidak sempurna. Apabila dia tersalah, dia minta maaf. Apabila dia buat keputusan yang silap, dia betulkan keadaan dan bertanggungjawab. 

Aku tidak mahu pemimpin yang menunjukkan atau memaparkan bahawa betapa sempurnanya dia perlu terlihat seolah-olah sebagai manusia, dia tidak pernah melakukan kesilapan.

Aku rasa Azmin Ali pasti faham apa yang aku mahu sampaikan.

Suatu ketika dahulu, Azmin Ali pernah berkata ;

"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara".

Pastikan satu hari pun Anwar tidak merengkok dalam penjara katanya. Konon. Sekarang dah hari ke 299 Anwar dalam penjara. Azmin di mana sebenarnya?

Apa yang Azmin telah, sedang atau akan pastikan sebenarnya pada masa kini?

Antara transkrip ucapan Azmin Ali ;

"Sedara tak perlu kita adakan pilihanraya, kita kena turun ke jalan raya, apakah rakyat akan duduk diam dengan keputusan ( mahkamah) sebegini? 

Apa tindakan kita? Nak diam lagi? Nak berpeluk tubuh lagi? Nak sokong umno lagi? Saya sudah menyarankan kepada rakyat malaysia sebentar tadi. Apa patut kita buat? Lawan tetap lawan? Nak lawan di pilihanraya sahaja? Nak turun jalanraya? 


Orang yang zalim, rasuah, perompak, penjenayah tidak boleh dijatuhkan melalui pilihanraya, ianya hanya boleh dijatuhkan dalam, demonstrasi jalanraya...

Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara"


‪#‎DustaMerekaTerhadapmuDsai‬

Tulisan terbaru Tun Dr. Mahathir By canang

Posted: 05 Dec 2015 09:30 PM PST


Tulisan terbaru Tun Dr. Mahathir
Wahai Ahli UMNO
chedet.cc

1.Najib mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.

2.Malangnya menyokong Najib sebagai Ketua UMNO lebih menentukan kekalahan UMNO dan bukan kemenangan.
 
3.UMNO tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon UMNO. Tidak pernah ahli UMNO melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.

4.Yang memberi kemenangan kepada calon UMNO ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan UMNO, tetapi tidak menyertai UMNO. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon UMNO.


5.Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin UMNO. Ini diakui oleh beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin UMNO yang telah disogok, tidak ada penafian dibuat oleh sesiapa.


6.Tindakan Najib menghalang siasatan keatas wang 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.


7.Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.


8.Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.


9.Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini telah dipindah entah kemana. 


Apabila siasatan dibuat oleh badan Kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.

10.Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib bahawa 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.


11.Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib. 

UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

12.Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.


13.Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.


14.Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.

Datuk Rizal Mansor Beri Kenyataan

Posted: 05 Dec 2015 09:00 PM PST

SALURAN DARAH TERSUMBAT ??

Posted: 05 Dec 2015 08:30 PM PST


Tasly Kapsul Danshen Plus's photo.

KAPSUL DANSHEN PLUS : RM175 sebotol

Sekitar KL dan Selangor penghantaran disediakan. 


Selepas hari raya makan langgar pantang, sedia maklum maklum makanan kita pada hari raya berminyak, banyak lemak, berangin, kolesterol tinggi, minuman pula kandungan gula sangat tinggi serta pewarna. 

Selepas hari raya ramai yang menghubungi saya dan bertanya ...kenapa badan lesu, sakit belakang, pening, angin?? Jawapannya ...makan tak jaga. sebab hari raya makan pulut, ketupat rendang, minum banyak air batu, air bergas sebab tuh badan akan keluar simptom kerana mungkin makan berlebihan. 

Disyorkan ketika ini ubat darah tinggi atau ubat hospital jangan sesekali tinggal kerana risiko serangan jantung atau strok memang ada bila tekanan darah sangat tinggi dan darah pekat. Hubungi kami untuk membantu masalah perjalanan darah anda dengan Kapsul Danshen Plus ia membantu membersihkan saluran darah tersumbat , darah yang pekat serta melancar semula perjalanan darah. Walaupun tiada penyakit digalak juga ambil produk ini untum bantu perjalanan darah. 

Produk supplimen ini sesuai untuk semua orang dan ramai juga yang disahkan tahap kesihatan yang baik tapi dalam masa yang ada masalah seperti : 

~ sakit belakang
~ semput serta cepat penat
~ lenguh lenguh tangan
~ kebas
~ rasa berat di bahu
~ ganguan imbangan
~ lesu dan kurang bertenaga
~ sakit kepala sebelah


inilah antara masalah serta simptom yang jelas berkaitan peredaran darah sama ada darah pekat , kolesterol tinggi atau saluran darah tersumbat. Simptom adalah petunjuk jelas tentang kesihatan kita. 

Jadi ramai yang hanya bertumpu kepada penyakit, dimana bila disahkan tiada penyakit maka ramai anggap dirinya sihat sedangkan simptom simptom telah jelas.

Jadi tidak salah kita berusaha untuk sihat, lagi pun ramai hari ini tiada penyakit kena serangan jantung dan strok sebab tidak ambil peduli simptom yang telah sedia ada dalam badan seseorang. 

"Hanya orang sakit dan terlantar faham nikmatnya sihat" 

Sekiranya kita masih ada pilihan berusaha lah untuk bantu kesihatan sendiri sebelum terlantar....in shaa Allah.

PM PM PM PM PM PM www.facebook.com/messages/taslydanshen
 
Blog Produk dan Pengedar Seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei www.sakitdada.com

Hotline Tasly Hubungi : 012-666 7007 pn.fadzleen , 019-2602000 bhaseer 013-3942100 Darwis

Pemimpin Melayu Yg Mempermainkan Agama Untuk Kepentingan Diri

Posted: 05 Dec 2015 08:00 PM PST

Satu haram satu lagi halal....

Posted: 05 Dec 2015 07:30 PM PST

HUDUD: UMNO TIPU PAS

Posted: 05 Dec 2015 07:00 PM PST

Farouq Albaloque
Farouq Albaloque's photo.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.

"Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan 'celik' mata, Majlis Raja-Raja masih tidak lulus lagi.

"Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?," soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

"Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,

"Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,"katanya.

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya.

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Bangsat Lah Namanya Kalau Kita Sokong Pemimpin Rasuah !

Posted: 05 Dec 2015 06:30 PM PST

Bang Nuar's photo.

Pusing kiri pusing kanan
Pulas atas pulas bawah
Jelas derma satu suapan
Derma 2.6 Billion itu rasuah
Sampai bila rasuah Najib diselamatkan?
Rakyat tetap tuntut pendakwaan mahkamah

KESAN KEINGINAN ( mahu rasa jadi YB)

Posted: 05 Dec 2015 06:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

JIKA semua parti pembangkang berkerjasama lawan BN maka peluang untuk ahli2 parti jadi calon agak tipis sebab hanya satu saja dipilih untuk bertanding di satu2 kawasan tertentu baik kawasan DUN atau PARLIMEN lawan BN.

Inilah masalah pertama kepimpinan parti mencari formula demi jaga hati ahli2 parti.

Jika demikian tak dapat diatasi kesan tiada tolak ansur kemungkinan ada yang keluar parti dan mencalonkan diri sendiri sebagai calon bebas kesan menganggap diri ada peluang menang.

jika semua parti yang 13 parti selain 10 parti yang sedia ada bertanding maka jelas undi akan pecah dan kesannya BN akan menang malah kemenangan pembangkang PRU-13 lalu akan susah sedikit untuk semula dimenangi.

Kelihatannya akibat ramai sangat bercita2 mahu jadi calon dapatkan title YB dan sekaligus mahu jadi menteri maka tak hairan bakal ada ayam terlepas tangan mau tahi alias bak lebai malang dan pak kaduk malang yang tak jadi naik junjung tapi kampung digadai kesan kalah sabung.



ISMAILY BUNGSU

SEBAK : Video Duet 'Salam Terakhir' Almarhum Tunku Jalil Bersama Datuk Siti

Posted: 05 Dec 2015 05:28 PM PST




Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza turut meratapi pemergian YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada malam tadi.

Melihatkan status dari Datuk Siti ini terus mengingatkan penulis kepada satu video duet antara Almarhum dan Datuk Siti di dalam sebuah wad di hospital yang mendendangkan lagu "Salam Terakhir" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.



Dalam video pada tahun 2014 itu, Tunku Abdul Jalil dilihat duduk di atas katil sambil berduet dengan Siti dan disaksikan oleh kakitangan hospital tersebut.

Kemangkatan Tunku Abdul Jalil dirasai segenap rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor yang tidak putus-putus mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.

Almarhum Tunku Abdul Jalil disifatkan sebagai seorang yang begitu dekat di hati rakyat selain sifatnya yang merendah diri dan tidak putus dengan senyuman. 



BLM

Mana RM2.6b?! SPRM ambil keterangan PM FMT Reporters

Posted: 05 Dec 2015 04:15 PM PST


najib

Pertemuan berlangsung selama dua setengah jam

PETALING JAYA: Pada jam 1.35 petang tadi, FMT menerima kenyataan akhbar dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka telah mengambil keterangan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu syarikat SRC International dan dana RM2.6 bilion.

"Pertemuan hari ini (Sabtu) berlangsung selama dua setengah jam. Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM," menurut kenyataan itu.

Najib digasak supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas penyiasat menemui sejumlah wang disalurkan ke akaun peribadi beliau.

Najib menafikan sebarang salahlaku, dan MACC telah mendedahkan RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan politik dari Timur Tengah.

Sebelum ini, FMT melaporkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin sudah memberi keterangan mengenai syarikat dan wang derma itu.


FMT

Azmi Sharom: Undang-undang Syariah tidak terkecuali dari kritikan FMT Reporters

Posted: 05 Dec 2015 08:00 AM PST


Prof.-Madya-Azmi-Shahrom

Fatwa hanya pendapat. Tiba-tiba sekarang ia bukan sahaja undang-undang, tetapi tidak boleh diusik dan tidak boleh dipersoal.

KUALA LUMPUR: Undang-undang syariah tidak terkecuali dari kritikan, tegas profesor undang-undang Azmi Sharon mencabar undang-undang yang melarang kritikan terhadap fatwa.

Beliau berkata sikap terhadap Islam semakin "supremacist" tanpa imbang balas.

"Hanya satu versi yang betul. Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan versi itu, kamu akan dihukum, kamu berdosa," katanya, sambil menekankan perlunya pandangan yang pelbagai supaya orang-ramai memperoleh gambaran menyeluruh.

Azmi menyatakan peri penting kebebasan bersuara dengan berkata: "Fatwa hanya pendapat. Tiba-tiba sekarang ia bukan sahaja undang-undang, tetapi tidak boleh diusik dan tidak boleh dipersoal" dan menegaskan sekatan samada dalam bentuk undang-undang atau sosial dikenakan keatas kebebasan bersuara.

"Mengapa tidak boleh mengkritik undang-undang yang memberi kesan keatas kamu? Apa yang menjadikan undang-undang itu lebih istimewa dari akta kontrak, ataupun rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara?" soalnya di forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan anjuran sekumpulan penjawat awam bersara yang dikenali sebagai G25.

Azmi mengambil contoh kes seorang penerbit buku, Mohd Ezra Said, yang menurut beliau "penting dan sangat menakutkan" kerana implikasi undang-undang syariah dikenakan keatas kebebasan bersuara tetapi tidak mengikut perlembagaan.

Ezra, anak kepada ahli politik Zaid Ibrahim, akan diadili di Mahkamah Syariah kerana menerbitkan terjemahan buku karangan Irshad Manji "Allah, Freedom and Love". Buku itu terlarang kerana dikatakan bertentangan dengan undang-undang Islam.

"Undang-undang yang mengharamkan terjemahan berbahasa Melayu — Bahasa Inggeris tidak apa, kerana Melayu beragama Islam nampaknya tidak baca buku berbahasa Inggeris — dibuat oleh dewan undangan negeri. Itu perundangan syariah maka ia tidak mengikut perlembagaan. Hanya Parlimen yang boleh menggubal undang-undang yang boleh menyekat kebebasan bersuara," kata Azmi.

"Kemudian mereka kata tidak, isu ini bukan mengenai kebebasan bersuara, tetapi undang-undang keatas sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang Islam."

Azmi berkata semua undang-undang tertakluk pada Perlembagaan, termasuk yang digubal dibawah kuasa negeri, seperti undang-undang tanah. Walaubagaimanapun undang-undang syariah negeri berbeza bagi orang Islam kerana kerajaan negeri seolah-olah diberi kuasa penuh untuk menggubal apa sahaja undang-undang yang mereka mahu, asalkan ia melindungi rukun-rukun Islam.

Perlindungan yang diberi Perlembagaan seolah-olah khayalan, kata beliau, sekiranya undang-undang syariah boleh digunakan untuk memintas perlindungan-perlindungan undang-undang.


FMT

Ku Li: Islam membangun tapi ‘tersalah letak’ FMT Reporters

Posted: 05 Dec 2015 07:15 AM PST


tengku-razaleigh-hamzah-jakim

Jangan kita termasuk perangkap mencipta suatu birokrasi agama, kata Ku Li.

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah membidas pembangun Islam di Malaysia dan 'salah letak' kedudukan agama itu dalam Perlembagaan, dengan merujuk kepada kerakusan pihak berkuasa agama.

"Nampaknya kita tidak pedulikan peruntukan (untuk agama-agama lain di Malaysia) dan mengambil jalan mudah dengan meletakkan Islam pada kedudukan bukan dalam konteks yang dihasratkan Perlembagaan," katanya dalam ucapan di forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan, anjuran G25 hari ini (Sabtu).

Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata keadaan ini, antara lain, mendorong kewujudan fatwa-fatwa tidak rasmi yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan oleh ulama-ulama lantikan sendiri.

Beliau mengeluh ulama-ulama bertauliah sering mendiamkan diri walau pun sebahagian besar orang-orang kebanyakan tidak selesa dengan fatwa-fatwa jenis itu.

"Kebiasaannya mereka memberi pandangan yang berlawanan berkenaan satu-satu perkara, seraya menyebabkan kekeliruan.

"Malahan juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) marah apabila pandangan-pandangan yang meresahkan jabatan itu disuarakan di ruang awam. Amalan akademik, wacana dan perbincangan yang tak lapuk dek hujan nampaknya tidak digemari jabatan itu.

"Malang bagi kita kerana pendekatan ilmiah pasti menguja minat, terutamanya di kalangan muda-mudi, yang mahu menyingkap dan memahami Islam dengan lebih mendalam. Lebih mendukacitakan apabila masyarakat merasakan seolah-olah ada polis moral lantikan sendiri berkeliaran di sana-sini dan mencampuri kehidupan peribadi orang kebanyakan."

Ku Li menegaskan kerajaan perlu melihat kembali bagaimana negeri-negeri Melayu mentadbir hal-ehwal Islam sebelum dan beberapa ketika selepas 1957, terutamanya majlis agama Islam yang dibentuk sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Beliau menjelaskan cara yang digunakan ketika itu telah mendirikan urustadbir Islam yang sistematik dan menghapuskan ketidakcepakan seperti kependuaan pengumuman agama dan percanggahan keputusan.

"Pengasas negara ini menekankan pentingnya Islam kepada kaum majoriti, lalu membawa kepada pengiktirafannya oleh Perlembagaan sebagai agama Persekutuan. Maka perlulah ia diurustadbir secara profesional oleh pakar-pakar agama yang terlatih dalam pengurusan dan pentadbiran.

"Namun begitu, jangan kita termasuk perangkap mencipta suatu birokrasi agama seperti yang dibuat oleh agama ahli kitab yang lain," katanya.

"Perkembangan seperti itu tidak membantu Islam, sekadar memusatkan kuasa di tangan pihak-pihak berkepentingan menggunakan undang-undang Islam.

"Dalam apa jua keadaan, seorang muslim menyembah Yang Maha Berkuasa secara langsung tanpa bantuan orang-tengah, berbeza dengan apa yang cuba diciptakan oleh birokrasi agama."


FMT

Keturunannya Memang Gagah

Posted: 05 Dec 2015 06:30 AM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

Keturunan lain baik angkat kakilah tidak usah melawan. Jika melawanpun akan kecundang.

Keturunan di Sabah ini tak ada keturunan pahlawan semuanya lemah kuat cakap dan jumpa dia sipu2 malu dapat habuan senyap sepi tiada kata macam lembu.

Asyik kata melangit konon pejuang bangsa tapi lingkup ada br1m dan tangki TATAP pangkah jua maruah jatuh ke gaung puaka.

Di sabah pula ada 23 parti siap ada calon masing2 dan bn ketawa terbahak2 konon lagi mudah menawan cara pecah dan perintah.


ISMAILY BUNGSU.

kuasa Agong dipindah kepada Perdana Menteri Khairil Ashraf

Posted: 05 Dec 2015 05:45 AM PST


mahathir-najib

Dengan adanya kuasa itu, ia membolehkan Perdana Menteri mengistiharkan kononnya berlakunya darurat dan terdapat ancaman keselamatan.

SENAWANG : Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu menyebabkan kuasa milik Yang di-Pertuan Agong dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan adanya kuasa tersebut itu juga, ia membolehkan Perdana Menteri mengistiharkan kononnya berlakunya darurat dan terdapat ancaman keselamatan.

"Dulu cuma nak sebut ini darurat, cuma Agong sahaja boleh sebut. Sekarang ini Agong punya kuasa itu dia pindah kepada diri dia. Dia ambil kuasa Agong. Dia boleh isytihar darurat kononnya ancaman keselamatan.

"Siapa-siapa yang dianggap bertindak mensabotaj negara, boleh ditangkap. Tapi dia lupa satu, kalau kalah Pilihanraya ke-14 ini, yang jadi kerajaan ialah parti lawan, dia tangkap habis semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan.

Dalam ucapannya juga, Dr Mahathir turut menyelar pihak yang mengetahui kesalahan dilakukan Perdana Menteri tetapi masih mempertahankannya.

"Esok parti lawan ini memerintah, diorang masuk penjara. Dia tahu Najib buat jenayah tapi dia sokong. Dia sembunyi fakta-fakta, bukti.

"Hari ini Najib perintah tak jadi apa, esok diorang ini (pembangkang) perintah, diorang masuk penjara. Orang yang sokong Najib hari ini bila dia kalah..dia terimalah padahnya," jelasnya.


FMT

Najib Sengaja Pilih Hari Terakhir Sidang Dewan Untuk Beri Penjelasan 1MDB?

Posted: 05 Dec 2015 05:00 AM PST



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sengaja memilih untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi mengelak dipersoal oleh pembangkang.

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, ia merupakan sebahagian daripada taktik Najib daripada terus 'diserang' dengan isu tersebut.

"Itu taktik beliau untuk meredakan isu tersebut daripada pertikaian hebat pembangkang. Dan kalau hanya itulah jawapan yang kami (rakyat) terima, kami memang hampa.

"Seluruh dunia sudah tahu isu RM 2.6 bilion, beliau tidak boleh mempersendakan kami sebegini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Dewan Rakyat pada Khamis menyaksikan,  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Najib untuk menjelaskan isu berkaitan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Tindakan Zahid mewakili Najib itu bagaimanapun mengundang kritikan keras pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said‎ kemudiannya menjelaskan, ketidakhadiran Najib di Dewan Rakyat bagi menjelaskan sumbangan dana RM2.6 bilion pada hari tersebut kerana telah dinasihatkan Peguam Negara untuk tidak berbuat demikian.

- sharian

Dibunuh kerana hutang RM4.11 juta

Posted: 05 Dec 2015 04:15 AM PST



SONGKHLA - Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia Lee Ah Han di Hatyai semalam adalah kerana perselisihan perniagaan melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta) kepada seorang ahli perniagaan dari Malaysia, menurut polis selatan Thailand.  

Maklumat perisikan polis mendapati bahawa mangsa ada masalah hutang sebanyak 35 juta bath yang dibayar menggunakan cek tendang dan telah berlanjutan selama enam bulan, kata Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti ahli perniagaan tersebut.

Lee Ah Han, 54 tahun, juga dikenali sebagai Ali Baba merupakan ahli peniagaan hartanah yang mati ditembak semalam di daerah Hatyai ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama isterinya Mayuree Thipmani 42 tahun.  

Mayuree cedera parah dalam kejadian tersebut.  

Hari ini pihak polis yang melakukan siasatan kes pembunuhan tersebut telah mengadakan mesyuarat di balai polis Thunglung, Hatyai, Songkhla, untuk merungkai fakta kes pembunuhan tersebut.

Selain itu, pegawai polis  mencari bukti dan meneliti kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kawasan berdekatan untuk mengenal pasti kereta suspek.

Ah Han adalah seorang ahli peniagaan yang terkenal di sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Danok, Sadao, dan beliau turut menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli tanah di Danok yang melibatkan ahli peniagaan Malaysia. - Bernama



YB Husam bela YB Nurul Izzah Adun Salor,

Posted: 05 Dec 2015 12:30 AM PST



Datuk Husam Musa, menggesa pemimpin kerajaan khususnya lelaki yang menyerang MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya mempamerkan sifat kelelakian mereka.

Sambil merakamkan simpati kepada Nurul Izzah, Husam berkata, serangan berkaitan dakwaan mempunyai hubungan dengan anak pemimpin raja Sulu itu adalah perkara yang dibuat-buat.

"Ia perkara yang sengaja direka untuk menyerang untuk menyusahkan pembangkang, termasuk Nurul Izzah.

"Jadi saya minta, golongan lelaki yang menyerang (Nurul Izzah) itu mempamerkan sifat kelelakian.

"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah," katanya kepada media selepas majlis penyampaiakn Kunci Rumah Sumbangan yayasan Darul hijrah, di kampung Manjor, Kuala Krai, semalam.

YB Nurul Izzah menjadi sasaran kritikan BN apabila gambanya bertemu dengan anak pemimpin Sulu, Jacel Kiram, tersebar dalam Facebook. Gambar itu bertarikh 9 November. Kata Husam,

YB Nurul Izzah tetap diserang dengan sengit walaupun perkara itu bukanlah isu yang substantif. "Katakan (misalnya) yang jumpa dengan anak bekas pemimpin Sulu itu adalah anak Datuk Seri Najib Razak, saya yakin dia tidak akan dilakukan seperti Nurul Izzah.

"Isu negara yang lebih besar adalah 1MDB, bagaimana negara diuruskan tetapi tidak menjadi satu kesalahan. (Mengapa) yang jadi salah adalah jumpa orang? "Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah.


"Kalau berani mereka patut perbetulkan Najib, bukan Nurul Izzah," jelasnya. 
 
 
 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Pengotoran dalam demokrasi

Posted: 04 Dec 2015 11:45 PM PST

SUARA SABTU

Beberapa hari tidak mengisi blog dan terbaring menghitungkan nasib diri kerana sakit, betapa rindu kepada blog tidak dapat dibayangkan. Memang kalau boleh hendak menulis tanpa berhenti tentang apa-apa sahaja dengan nawaitu setiap catatan memberi manfaat tersendiri.  Teringin juga minta kebenaran ward untuk membawa laptop?

Nurul Izzah Anwar
Muhyiddin Yassin
Seperti saya katakan dalam status terbaharu dalam Fb, hari ini ada sedikit kelegaan, kudrat yang banyak hilang juga sudah perlahan kembali ke dalam diri, jadi ada peluang untuk saya berblog. Alhamdulilah. Saya yakin dan percaya penjengok yang kecewa kerana tidak ada status baru dalam blog ini memahami akan kesulitan saya. Maaf...

Beberapa hari lalu banyak isu atau kejadian yang berlaku, khasnya dalam danau politik. Macam-macam, ada yang tidak pernah terfikir pun sebelum ini. Apakah "kemacam-macaman" itu menandakan politik kita makin shofisikated atau pun tercelaru?



Pemahaman dan penerimaan ini mungkin subjektif. Mereka yang menghalalkan cara untuk mengapai matlamat, menganggap ia sesuatu yang seni, Bagaimana pun mereka yang mahu melihat politik itu dibangun dan dimainkan secara berundang-undang dan peraturan bernilai, (agama) akan berasa kecewa dengan suasana politik begitu.

Tetapi bagi saya, makin jelas politik kita bukan sahaja celaru, tetapi nilai-nilai demokratik dalam demokrasi dan maruahnya sudah tidak ada lagi. Politik kita makin kotor, cemar dan jijik kerana ia digerakkan oleh pemain yang tidak ada moral dan tahu malu. Demokrasi di negara ini sudah menjadi semacam telaga busuk.

Paling mengecewakan kekotoran bukan dalam parti-parti tertentu sahaja, atau dalam parti pemerintah yang lebih galak dan rakus serta layak berbuat demikian, tetapi ia juga berlaku dalam parti pembangkang yang seharusnya lebih bersikap damai untuk menyakinkan rakyat. Tetapi apa yang sepatut berlaku itu tidak terjadi.

Apakah ketidakadaan perbezaan ini kerana politik kita mempunyai DNA yang sama, maka ia mempunyain siptom yang serupa juga? Situasi ini tentulah sangat menyesal dan mengecewakan kita khasnya yang berharap kemurnian dan kesucian demokrasi seperti terkandung dalam prinsip dan fisafahnya.

Paling dikesalkan lagi ialah apabila pengotoran demokrasi itu dilakukan oleh pemimpin paling tinggi di tempat paling suci. Dewan parlimen dijadikan macam pasar ikan dimana kemuliaanya yang disebut tidak dihormati. Seolah-olah ikrar dan lafaz hormat kepada parlimen itu wanyangan semata-mata.

Cuba kita lihat kepada apa yang berlaku dalam parlimen, macam mana parlimen diinjak-ijak kemuliaanya oleh pemain demokrasi kita. Parlimen dijadikan persis jamban tahi yang tidak perlu dihormati. Bagaimana busuknya mulut orang politik, demikian hamisnya parlimen kita.

Banyak contoh macam mana parlimen kita dipersendakan. Misalnya, Najib Razak berjanji untuk menjelaskan wang derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Beriya-iya beliau memberi jaminan untuk menjelaskan persoalan itu. Tetapi apa kesudahan akhirnya? Najib usahkan hendak menjawab, hadir semasa sang setia dan pak sanggupnya jawab pun tidak.

Paling malang lagi apabila Peguam Negara menasihatkan Najib agar tidak berbuat demikian kerana ia menimbulkan subjudis, sedangkan apa yang dikatakan subjudis itupula dipertikaikan. Nampak di sini pendapat peguam negara itu menjadi kambing hitam untuk menghalalkan tindakan yang jijik dimana kemudiannya mengotorkan parlimen.

Memang Zahid Hamdi ada tanggungjawab untuk menjelaskan soal wang dana itu bagi taukehnya. Tetapi soal dana itu bukan soal kerajaan tetapi hak peribadi yang diragui akan sumber dan kaedahnya. Ia menjadi pertikaikan umum. Maka Najib mesti mengambil tanggungjawab. Kalau Najib bermaksud hendak menungging janjinya itu dia tidak harus "memunggungtahikan" sama parlimen.

Itu apa dilakukan Najib dalam parlimen. Masih ada pemain lain turut sama tidak menghayati kemuliaan dan kesucian parlimen. Misalnya apa yang berlaku kepada menteri muda, Asyraf Wajdi Dusuki dalam memberi jawaban berhubung perbelanjaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) yang sanggup membayar puluhan ribu sebulan kepada eksekutifnya.

Jawaban Asyraf yang berdalih atau menjustifikasikan bayaran itu kerana Yapiem ada RM3.4 billion satu jawaban yang sangat tidak berakhlak. Asyraf tidak melihat isu yang dipersoalkan tetapi araggont dengan wang yayasan yang banyak. Apakah dalam pemikiran beliau apabila sesuatu institusi yang mempunyai wang banyak, maka ia boleh diperlakukan sesuka hati? Kalau begitu jadilah institusi atau yayasan itu atau orang-orang seperti Asyraf itu seperti Sazali dalam filem Anakku Sazali.

Ingat apa kata Sazali, apabila dia sudah mempunyai wang bapaknya yang diperolehi tanpa kawalan itu? "Kini Sezali sudah besar, Sezali sudah punya wang, Sezali boleh lakukan apa sahaja yang Sezali inginkan?" Kalau begitulah sikap dan jawaban Asyraf maka tunggulah kemusnahannya nanti.

Apa yang saya sebutkan itu - kekotoran demokrasi yang berlaku di dalam parlimen. Sebenarnya ia masih banyak lagi. Parlimen juga dijadikan saluran untuk mengkhianati ahli politik lain. Ia digunakan sesuka hati seperti mana sikap Yapeim tadi.

Penghadapan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke jawatan kuasa khas parlimen kerana, hanya dia bergambar dengan anak Kiram, Jecal Kiram, adalah satu tindakan kejam yang diaambil menerusi parlimen. Walaupun mekanisme itu ada, tetapi cara tindakan kepada Izzah itu satu kekejaman.

Apakah motif tindakan itu. Apakah untuk kepentingan rakyat yang mengharap dan mendambakan natijah daripada kesucian dan kemurnian parlimen, atau bermotif politik? Jelas apa yang berlaku dan dilakukan kepada Izzah ia bermotif politik. Tindakan Dewan Undangan Negeri Sabah menghalang Izzah dan Tian Chua ke negeri itu menunjukkan perogolan nyata kepada kemurnian parlimen dan dewan undangan negeri.

Apakah pula pengotoran demokrasi di luar parlimen? Banyak. Malahan pengotoran ini berlaku pada setiap saat dan pada setiap tindakan. Itu, penghalangan Muhyiddin Yassin untuk merasmi mesyuarat sayap-sayap partinya yang jadi tradisi selama ini juga merupkan pengotoran kepada demokrasi dalam parti Melayu itu.

Dimanakah demokratik Umno apabila ia telah menghalang Muhyiddin berbuat demikian. Apakah itu satu pembaharu (reform) dalam Umno seperti dijanjikan Najib. Tidak, saya katakan. Nasib yang diterima Muhyiddin itu ialah kerana mempertahankan hak individu daripada tergugat. Pemecatan Muhyiddin sebagai TMB dan larangan itu sama juga dengan "privacy"  menerima dana RM2.6 billion.

Pengotoran pengotoran demokrasi seperti itu hanya dilakukan oleh pemain demokrasi yang pengecut dan tidak tahu erti malu dan tidak ada maruah lagi. Mereka sebeginilah yang menjadi anai-anai meruntuhkan nilai demokrasi yang dibangunkan selama ini. Mereka adalah sang tikus hitam yang membaiki labu.

Buat masa ini saya tidak mahu menyebut pengotoran dalam parti pembangkang. Yang nyatakan fenomena itu juga tidak terkecuali berlaku dalam parti pembangkang. Cukup disini dulu, buat pemanas badan selepas beberapa hati tidak menulis. [wm.kl.10:43 am 05/01/15]