Jumaat, 4 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Assalamuaikum.. Buat sahabat sahabat di kasihi Selamat pagi...

Posted: 04 Dec 2015 11:00 PM PST


Matt Tong Lee's photo.

Saya memohon kemaafan diatas keterlanjur kepada fren n find saya selama saya berfb ini..

Ini status terakhir dari saya unt kekawan semua mana mana yang block. Unfren saya memohon kemaafan. Saya juga manusia tak lari dari membuat kesilapan


Kepada sahabat2 yang terasa hati dgn saya maaf saya pohon..


In shaa Allah saya cuma menjadi yang terbaik.


Terima kasih atas sokongan anda semua...
Assalamuaikum


Kepada geng geng ‪#‎ABU‬***
Terima kasih atas sokongan anda semua.

Langgar disiplin punca jururawat diberhenti Anne Muhammad.

Posted: 04 Dec 2015 10:15 PM PST


Hospital Damai Service di Taman Melawati mengakui mereka tidak membenarkan jururawatnya mengenakan pakaian seragam berlengan panjang.

Bagaimanapun, pemecatan salah seorang jururawatnya kelmarin bukan disebabkan cara pakaian itu, kata Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service, Regina Sundram.

Menurut Regina, pemecatan Naziah Sauni Samat sebaliknya berpunca daripada masalah disiplin, iaitu tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.

"Dia tidak hadir selama dua hari tanpa sebab dan tidak melaporkannya kepada pihak pengurusan bahawa dia tidak hadir.

"(Disebabkan itu) kami anggap dia secara tidak langsung telah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.

"Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Naziah dalam sidang media bersama Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan semalam mendakwa beliau dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Naziah mendakwa, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

Bukan isu agama, kaum

Sementara itu, Regina berkata hospital yang telah beroperasi sejak 1989 itu sememangnya menetapkan garis khusus untuk jururawat Muslim dan bukan Muslim.

Katanya, bagi jururawat bukan beragama Islam, mereka dikehendaki memakai seragam seluar panjang dan kemeja lengan pendek.

Untuk jururawat beragama Islam pula, kata Regina, pakaian yang ditetapkan iaitu berseluar panjang, kemeja pendek dan boleh memakai anak tudung.

"Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja," katanya.

Menurut Regina, pihak pengurusan hospital berkenaan telah memberi penjelasan bahawa pemakaian seragam berlengan panjang memang tidak dibenarkan dan peraturan begitu tiada tertakluk kepada mana-mana akta yang ditentukan kerajaan.

Sebelum ini, katanya, pihak hospital turut memberikan ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada untuk meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

Namun kata Regina, Naziah datang bekerja dengan memakai stoking lengan dan ia telah melanggari peraturan pemakaian hospital.

Sementara itu, Regina menolak sebarang unsur perkauman dan agama di sebalik isu ini dan menegaskan bekas pekerjanya perlu memahami etika pemakaian yang telah ditetapkan.

"Jangan bangkitkan isu perkauman atau agama, ini yang cuba dilakukan oleh Naziah sebelum ini," katanya.

Bulan lalu juga Regina membuat laporan polis mengenai kehadiran PPIM yang diketuai Nadzim ke hospital itu.

Regina dalam laporan polis itu dipetik berkata, pihak PPIM cuba mengugut akan menghebahkan isu itu sebagai perkauman sekiranya tidak membenarkan Naziah meneruskan kerja dengan berseragam lengan panjang.


Mkini.

Menteri dakwa pelabur asing gunakan Malaysia dapatkan manfaat TPPA

Posted: 04 Dec 2015 09:30 PM PST

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China.

Pelabur asing, terutama dari China akan menggunakan Malaysia sebagai "peluang" untuk mendapat manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang menawarkan pertumbuhan dalam eksport.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China.

Beliau berkata lebih 400 perjanjian perdagangan bebas (FTA) ditandatangani sebelum ini dan kebanyakannnya dikuasai oleh perjanjian kolektif seperti Komuniti Ekonomi Asean dan Kesatuan Eropah, yang juga akan memberi keuntungan kepada Malaysia pada masa depan.

"Malaysia bukan sahaja menganggotai AEC, ia turut berada dalam Inisiatif Jaluran Ekonomi Jalan Sutera China. Jika pada Januari tahun depan parlimen bersetuju untuk negara menyertai perjanjian TPP, Malaysia akan mendapat kelebihan strategik.

"Saya fikir, ia (TPPA) bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur tempatan tetapi pelabur antarabangsa turut akan melihat Malaysia sebagai destinasi yang sangat ideal untuk melabur (terutamanya bagi negara-negara anggota bukan TPP)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas pada Sidang Kemuncak Ekonomi Asia ke-10 di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia dan 11 negara ahli TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat, memuktamadkan perjanjian itu 2 bulan lepas.

Parlimen Malaysia akan mengundi pada 26 Januari depan untuk membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak TPPA. – Bernama,


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Menteri dakwa pelabur asing gunakan Malaysia dapatkan manfaat TPPA

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.
Pelabur asing, terutama dari China akan menggunakan Malaysia sebagai "peluang" untuk mendapat manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang menawarkan pertumbuhan dalam eksport. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di Asean dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China.
Beliau berkata lebih 400 perjanjian perdagangan bebas (FTA) ditandatangani sebelum ini dan kebanyakannnya dikuasai oleh perjanjian kolektif seperti Komuniti Ekonomi Asean dan Kesatuan Eropah, yang juga akan memberi keuntungan kepada Malaysia pada masa depan.

"Malaysia bukan sahaja menganggotai AEC, ia turut berada dalam Inisiatif Jaluran Ekonomi Jalan Sutera China. Jika pada Januari tahun depan parlimen bersetuju untuk negara menyertai perjanjian TPP, Malaysia akan mendapat kelebihan strategik. "Saya fikir, ia (TPPA) bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur tempatan tetapi pelabur antarabangsa turut akan melihat Malaysia sebagai destinasi yang sangat ideal untuk melabur (terutamanya bagi negara-negara anggota bukan TPP)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas pada Sidang Kemuncak Ekonomi Asia ke-10 di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia dan 11 negara ahli TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat, memuktamadkan perjanjian itu 2 bulan lepas.
Parlimen Malaysia akan mengundi pada 26 Januari depan untuk membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak TPPA. – Bernama,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menteri-dakwa-pelabur-asing-gunakan-malaysia-dapatkan-manfaat-tppa#sthash.TUK9QtX8.dpuf

Wajib Sokong Turki Dalam Produk, Ekonomi & Isu Terkini -Yusuf Qaradawi.- Ibnu Hasyim

Posted: 04 Dec 2015 08:45 PM PST


QATAR: Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diterajui oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi semalam telah mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

Memetik IsmaWeb, Al-Qardawi,menyeru umat Islam agar berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

"Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama," kata dipetik agensi berita Turki, Anatolia.




Kenyataan itu dibuat berdasarkan perkembangan terbaru terutama melibatkan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.

"Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

"Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.

"Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

"Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.

"Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.

"Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia," kata kenyataan itu. (IH)

Penjelasan derma RM2.6 bilion di Parlimen tidak mencukupi, kata naib presiden Umno OLEH MD IZWAN

Posted: 04 Dec 2015 08:00 PM PST



Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal melihat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di Parlimen sebagai tidak mencukupi dan menggesa supaya kebenaran ditegakkan.

Beliau berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

"Penjelasan, penerangan tentang perkara ini perlu, itu saya katakan daripada awal perlu ada penjelasan.

"Tidak mencukupi hanya penerangan seumpama itu di Parlimen kalau pun sudah dijelaskan," kata Shafie kepada pemberita dalam satu program di Pulau Selakan, dekat Semporna di Sabah hari ini.

Berdasarkan penjelasan timbalan perdana menteri, Shafie berkata masih terdapat persoalan yang belum terjawab memandangkan ia masih dalam siasatan dan terdapat kes yang sedang berjalan di mahkamah.

"Jadi masih ada kes lagi sama ada kes di mahkamah atau perlukan siasatan, jadi perlu penerangan jelas seperti perbahasan, yang penting adalah kebenaran," katanya.

Isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib mencetuskan kontroversi.

Pada Khamis, Najib tidak hadir ke Dewan Rakyat walaupun pada awalnya berjanji untuk menjelaskan mengenai wang derma tersebut.

Zahid yang mewakili Najib membacakan jawapan kepada isu itu tanpa menerima sebarang soalan daripada mana-mana ahli Parlimen.

Najib juga ketika ini berdepan saman bekas ahli Wanita Umno, Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadapnya dan Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf pada 28 Ogos lepas, antaranya bagi menuntut RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang didakwa dimasukkan ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura dipulangkan.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BAHASA

Posted: 04 Dec 2015 07:15 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

KEKADANG kesan politik istilah Melayu dijadikan mangsa meski semuanya kita ini dalam rumpun Melayu kecuali India dan China yang punya tamadun yang paling hebat di dunia.

Definasi Melayu dalam perlembagaan menyatakan Islam dan amal adat melayu itulah yang membawa padah kerana melayu dari segi akademik memang tidak islam sebab Melayu sudah ada di Tanah Melayu sebelum Islam bertapak di tanah Melayu.

Saya sebenarnya tidaklah bangga bila disebut bangsa Melayu sebab hakikat bangsa akan hilang dan saya hanya bangga kerana saya beragama Islam.

Kesan politik juga bahasa Melayu terus dipersoalkan di sana sini dan bolehlah dikatakan melayu itu menjadi mangsa kesan ketaksuban terhadap politik yang banyak merosak budaya bangsa kita.

Rugikah kita menggunakan bahasa Melayu dan apakah seluruh rakyat di Malaysia ini tidak tahu berbahasa Melayu banding bahasa asing?

Selama ini baik di kampung atau di mukim desa jauh di pedalaman, adakah mereka berbahasa Inggeris?

Peranchis, Korea, China, German malah Russia tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka, tetapi negara berkenaan lagi maju dan tidak mundur banding negara bukan asal inggeris menggunakan Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Cuma kesilapan pemimipin kita di Sabah ini dulu tidak pernah mengindos soal bahasa ini dan enakmen yang ada hanyalah bahasa Melayu rasmi di Sabah hanya untuk DUN dan kabinet Negeri melalui satu enakmen pada tahun 1973 di zaman parti perikatan memerintah di Sabah.

Budaya kita memang jelas bahawa untuk masuk ke rumah orang kena ketuk atau beri salam dan seharus cadangan 1983 untuk melanjutkan Akta Bahasa itu di Sabah harus diindos di Dun Sabah tetapi kesan ketidakpekaan YB2 kita hingga sekarang bahasa Melayu itu diabai.

Benarlah kata dinda saya Cik Jairah Taha yang bahasa itu hanya digunakan oleh orang2 kecil dan yang orang besar guna bahasa Inggeris dan makanya soal bahasa ini tidak mereka peduli dan seolah tidak penting.
Begitulah bangsa kita!



ISMAILY BUNGSU
sabah.

Tuan Ibrahim bagi idea untuk Muhyiddin singkir Najib FMT Reporters

Posted: 04 Dec 2015 06:45 PM PST


Bahasa,-Muhyiddin,-Timbalan-Presiden-Pas

Beliau mengesyorkan 13 janji yang boleh dimanfaat Ahli Parlimen Pagoh itu bagi meraih sokongan ahli UMNO

PETALING JAYA: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk hadir di Dewan Rakyat dan menjawab tentang dana RM2.6 bilion di dalam akaun beliau telah membuka ruang luas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Tmbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengibaratkan bola kini berada di kaki bekas Timbalan Perdana Menteri dan ia kini bergantung kepada empunya diri sama ada menjadi mangsa atau bertindak sebaliknya.

"Jika TS Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa.

"Beliau perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli UMNO biasa," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam status yang dimuat naiknya itu, beliau mengesyorkan 13 janji yang boleh dimanfaat Ahli Parlimen Pagoh itu bagi meraih sokongan:

1. Mengurangkan kadar kenaikan KTM, yang baru dinaikkan sebanyak 58% pada 2 Disember 2015. 
2. Mengurangkan kadar kenaikan LRT, yang baru dinaikkan 102% pada 2 Disember 2015.
3. Mengurangkan kadar kenaikan ERL, yang bakal dinaikkan dari RM35 ke RM55 pada 1 Jan 2016.
4. Menghalang kenaikan tol PLUS pada tahun depan dan berjanji menyemak semula segala perjanjian konsesi lebuhraya
5. Menghidupkan semula subsidi elektrik, minyak masak dan beras ST15.
6. Membongkar misteri penderma dan asal-usul RM2.6 bilion
7. Mendedahkan hasil siasatan ke atas 1MDB
8. Mengurangkan pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan memulangkan bajet pendidikan setara dengan peruntukan di 2015
9. Tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan
10. Tidak sesekali membalas dendam kepada sesiapa yang mengkhianatinya sehingga beliau hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri
11. Berjanji tidak akan membenarkan isteri beliau mencampuri urusan negara mahupun Umno
12. Memecat semua penasihat-penasihat kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri
13. Mengurangkan saiz kabinet


Menurut Tuan Ibrahim, Muhyiddin tidak dipecat kerana beliau masih mempunyai sokongan yang kuat dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

"Beliau masih boleh bersuara di dunia digital hari ini meskipun digam. Beliau masih boleh memberikan amanat melalui rakaman video," tulisnya.

Katanya lagi, sebahagian besar ahli UMNO yang turut menerima kesan dengan kenaikan kos sara hidup, memihak kepada Muhyiddin mendapat mandat yang besar dan diberi kepercayaan menerajui UMNO selepas ini.


FMT

Datuk, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Posted: 04 Dec 2015 06:15 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Selaku pengguna marhean yang hari-hari berbelanja membeli barang dan perkhidmatan, pelaksanaan GST, kenyataan seorang menteri baru-baru ini mencetuskan rasa tidak senang.

Noh Omar


Kehadapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang baru-baru ini tampil menyatakan restoran mamak tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan, GST.


Mahu ke tak saya tergelak dengan kenyataan seumpama itu Datuk?


Bukan apa, saya kasihan kerana banyak perkara yang berlaku dalam negara dan Datuk tidak sedar. 


Mungkin kerana jarang makan di restoran mamak, maka Datuk pun kurang pasti sekali gus terkejut dengan respon orang ramai terutamanya pelajar di Unisel saban hari.

Saya pun sudah lama tidak bertandang ke restoran mamak. Tapi bukan kerana boikot, bukan tak suka, bukan rasis, cuma tak tahan dengan harga makanan yang makin mahal, kuantiti makin kurang.


Suka saya berkongsi pengetahuan tentang restoran mamak dan GST.


Di forum tempoh hari Datuk berjanji akan mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan GST. Selepas itu, Datuk bagitau restoran yang tidak berdaftar dengan nombor pendaftaran GST tetapi kenakan GST, akan dikenakan tindakan.


Pertama sekali, kita semua sedia maklum, perniagaan yang mencecah nilai ambang RM500,000 dan ke atas, diharuskan membayar GST. Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia 

(PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed, mustahil jika pulangan perniagaan sesebuah restoran mamak tidak mencapai purata RM1,100 sehari. Maka dengan perkiraan itu, restoran yang mempunyai pulangan niaga lebih dari nilai tersebut sudah pasti akan mengenakan GST.

"Bila kami daftar dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), ia secara langsung diterjemah dalam resit dan pelanggan perlu bayar. Kalau tidak kami pula yang kena tanggung," kata beliau.


Tambahnya dalam satu perbualan ringkas, restoran mamak pun tidak dapat bertahan dengan kenaikan mendadak bahan mentah yang mencapai 100 peratus, sewa hartanah yang tinggi dan pelbagai kenaikan lain yang memberi kesan kepada peniagaan mereka.


"Untuk rekod, sejak semua kenaikan ini (termasuk GST), kira-kira 10 peratus perniagaan restoran mamak ditutup pernaigaan di seluruh negara," katanya lagi.


Mengejutkan ke tak? Kalau selama ini kita fikir restoran mamak kenakan caj melampau, tetapi realitinya mereka turut terseksa.


Datuk perlu ambil perhatian survival restoran dalam keadaan ekonomi yang tertekan.


Oh ya, kembali kepada isu asal, jelas lagi terang sebahagian restoran mamak akan mengenakan GST, kecuali ada orang yang belanja kita makan free hari-hari, maka kita tidak sedarlah harga dan kesan cukai berkenaan.


Mungkinkah restoran mamak yang berlokasi benar-benar di hadapan pejabat Datuk di Tanjung Karang itu tidak mengenakan GST? Dan itu sebabnya Datuk tidak perasan selama ini?


Sekali lagi, kami di sini sudah cukup 'emosi' dengan kenaikan dan pelaksanaan GST yang dikuatkuasa sejak 1 April lalu. Usahlah buat kenyataan yang menambahkan tekanan.


Datuk, ni saya nak bagitau maklumat bonus, harap jangan terkejut, di restoran mamak atau mana-mana restoran, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

[Video] Bunuh Sosilawati: Mahkamah Rayuan Kekal Hukum Mati 4 Lelaki

Posted: 04 Dec 2015 04:45 PM PST

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lepas.

Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Turut bersidang bersama panel itu ialah Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.

Mereka menolak rayuan keempat-empat lelaki itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2013 yang mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka dikatakan pergi ke Banting berhubung urus niaga jualan tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar tempatan di seluruh negara.

Keempat-empat lelaki itu ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011. – BERNAMA/4/12/15

Buat Semua Pembaca Sekalian.........

Posted: 04 Dec 2015 04:30 PM PST

Kenaikan tambang ERL, kerja gila – PPIM Faiz Zainudin

Posted: 04 Dec 2015 04:00 PM PST


Datuk-Nadzim-Johan-,erl

Ekoran itu, Nadzim menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perkara tersebut dan elak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tambang Express Rail Link (ERL) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini disifatkan sebagai kerja 'gila'.

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden Pertubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kerana ia jelas membebankan pengguna, selain menyifatkan kenaikan itu tidak kena pada waktunya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku pemberontakan sekali gus menyebabkan keadaan di luar jangkaan daripada rakyat susulan keputusan kerajaan itu.

"Ini masalah paling besar kerana tidak kena masa dan ia memang kerja gila. Masa kena betullah, harga pun kena betul. Ini naik sampai RM20, lebih dari 50 peratus. Kerja gila jangan buat.

"Kalau buat kerja gila, orang akan ambil tindakan sebab yang tertekan adalah pengguna. Pabila ini tak boleh, itu tak boleh, akhirnya pengguna akan meletup. Bila meletup, jadi macam-macam, hilang akal sebab duit tak ada," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Ekoran itu beliau menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perkara tersebut dan elak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.

"Kerajaan kena tegas, sebarang kenaikan perlu dijelaskan, kalau nak naikkan harga tiket wayang 'fine' tapi ini benda benda yang kita perlu (pengguna perlu)," katanya,

Terdahulu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kadar tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.


FMT

Jururawat dibuang kerja kerana berpakaian menutup aurat Faiz Zainudin

Posted: 04 Dec 2015 08:00 AM PST


jururawat

Naziah kesal dengan alasan yang diberikan oleh pihak hospital yang mengaitkan baju lengan panjangnya berkemungkinan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan merebak kepada pesakit walaupun larangan seumpama itu tidak dibuat di hospital kerajaan.

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat hospital swasta di Lembah Klang mendakwa dia dibuang kerja kerana berpakaian menutup aurat semasa bertugas.

Jururawat berkenaan, Naziah Sauni Samat 24, berkata, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas, sebaliknya diarahkan supaya memakai baju berlengan pendek oleh pihak hospital berkenaan.

"Saya percaya itu hak saya untuk pakai baju lengan panjang, tetapi pengurusan hospital mengarahkan saya supaya memotong baju berkenaan berkali-kali.

"Satu hospital pesan saya suruh potong lengan panjang baju menjadi lengan pendek.

"Sehinggakan saya akhirnya dibuang kerja (dengan alasan mengingkari arahan pengurusan), sedangkan sewaktu menerima tawaran kerja tidak dinyatakan untuk berbuat demikian," katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Naziah kesal dengan alasan yang diberikan oleh pihak hospital yang mengaitkan baju lengan panjangnya berkemungkinan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan merebak kepada pesakit walaupun larangan seumpama itu tidak dibuat di hospital kerajaan.

"Kalau nak dikira, hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur membenarkan jururawat mereka berlengan panjang.

"Kalau nak cakap mengenai mengawal jangkitan kuman, pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju," katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan hospital swasta tersebut malah mengutuk sekeras-kerasnya pemecatan itu.

"Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini. Dalam konteks perlembagaan kita (Islam, ikut cara Islam tapi kalau kita di United Kingdom, kita kena ikut cara sana, kita ikut perlembagaan) tempat itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tampil menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan pekerja beragama Islam.


FMT

UMNO jadi bahan tawa seluruh dunia Khairil Ashraf

Posted: 04 Dec 2015 07:15 AM PST


Bahasa,-Khairuddin-Abu-Hassan,-UMNO.Buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan hak membuat penggulungan.

PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan beliau amat malu dengan kepimpinan UMNO kini kerana telah memimpin parti itu seolah-olah milik peribadi.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berpendapat parti itu menjadi bahan tawa satu dunia kerana buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan tidak diberikan hak membuat ucapan penggulungan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO.

"Apakah kehadiran Timbalan Presiden UMNO hanya sekadar 'pak pacak' dan 'tunggul' saja sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sampai bila kepimpinan hari ini nak perbodohkan keseluruhan ahli-ahli umno? Apakah ahli-ahli UMNO akar umbi nak peluk tubuh melihat gelagat kepimpinan bangang ini yang sedang membuatkan UMNO semakin tidak popular? Puak-puak ahli majlis tertinggi UMNO kini adalah kaki bodek minda lemah otak udang," katanya menerusi status di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan keseluruhan ahli-ahli UMNO supaya menentang larangan berucap sekeras-kerasnya kerana ia tidak adil kepada Timbalan Presiden parti itu.

"Parti UMNO semakin 'gila babi'. Ini petanda jelas kalangan kaki bodek minda lemah otak udang yang menduduki kerusi-kerusi Majlis Tertinggi adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.

"Kita tidak seharusnya takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti umno yang kita sayangi.

"Namun, saya senantiasa berdoa agar keseluruhan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dapat diibaratkan seperti 'lembu dicucuk hidung' disepak keluar mengikut saluran perlembagaan umno kerana mereka ini tidak layak untuk memimpin," katanya.

Menurutnya, setiap ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi agar tidak memberikan satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya mahu UMNO terus relevan di hati rakyat.


FMT

Kerana kritik Najib, Zaid didakwa ganggu orang awam Ho Kit Yen

Posted: 04 Dec 2015 06:30 AM PST


zaid,najib

Peguam menegaskan tulisan blog Zaid ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak tetapi anakguamnya itu didakwa kerana "mengganggu orang awam".

KUALA LUMPUR: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim didakwa hari ini (Jumaat) berhubung ucapan beliau yang dikatakan menyeru penyingkiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Beliau didakwa kerana "membuat penyataan yang jelik" dengan "niat untuk menyakitkan hati orang lain", dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pendakwaan itu berhubung-kait dengan ucapan bertajuk "Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dimuatnaik di laman blog peribadi pada 2 September.

Sekiranya didapati bersalah, seksyen itu membawa hukuman denda RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun, atau kedua-duanya.

Zaid mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dibacakan kepada beliau dalam Bahasa Malaysia di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jagjit Singh Bant Singh.

Selepas pendakwaan dibacakan, peguam Zaid Puravelan Muthu Raman membantah saman itu.

"Bahagian mana dalam teks itu (ucapan Zaid) yang dikatakan telah menimbulkan 'gangguan'? Keseluruhan teks atau hanya perkataan 'jelik'? soal Puravelan.

"Pendakwaan itu menyatakan beliau (Zaid) mempunyai niat untuk mengganggu orang awam. Tetapi keseluruhan teks itu ditujukan kepada seorang individu iaitu Perdana Menteri."

Hakim Jagjit menetapkan 22 Januari sebagai hari sebutan untuk mendengar bantahan awal.

Ikat jamin tidak dikenakan kerana kes ini merupakan kes saman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin. Zaid turut dibela peguam Amarjit Singh Sidhu.

Bulan lepas, polis menyiasat Zaid untuk tulisan blog yang sama tetapi atas dakwaan hasutan.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Zaid memberitahu pendakwaan ini merupakan pengalaman pertamanya.

"Saya berharap pendakwaan ini pendakwaan terakhir keatas rakyat yang mengkritik Perdana Menteri. Mengarut kiranya jika rakyat didakwa kerana mengkritik," kata beliau.

Beliau menambah rakyat berhak bersuara sekiranya pemimpin membelakangi undang-undang (subvert the law).

"Pemimpin harus takut kepada rakyat," kata Zaid. "Kita harus berani ambil risiko dan bersuara."


FMT

Dokumen NOW Benar, Presiden & Timbalan YAPEIM Letak Jawatan

Posted: 04 Dec 2015 05:45 AM PST


Akhirnya… Presiden, Timbalan letak jawatan dalam anak syarikat YaPEIM

Kira syabaslah untuk untuk National Oversight & Whistleblower (NOW) kerana pendedahan tentang YaPEIM sebelum ini.

Taklah mereka anak-beranak Umno 'pulun' semua jawatan sehinggakan merasakan hanya diri sendiri yang berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

"Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

"Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini," katanya dipetik The Rakyat Post.

Untuk makluman apa yang didedahkan NOW sebelum ini, senarai jawatan yang disandang oleh Presiden YaPEIM, Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-



Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam
RM5,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit
RM5,000.00
Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai
RM5,000.00
Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin
RM4,500.00
Pengerusi, PJ Perdana Management & Services
RM4,500.00
Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd
*tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM73,000.00 sebulan.

Berikut pula adalah senarai jawatan yang disandang oleh Timbalan Presiden, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM
RM5,000.00
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM
RM1,000.00
Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd
RM4,500.00
Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN
RM2,500.00
Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture
RM2,500.00

Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM45,500.00 sebulan.

-ekeleh.com


YaPEIM tubuh 'task force' laksana tadbir urus sempurna

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata usaha ini diambil setelah menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk satu pasukan khas atau 'task force' bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

"Pasukan khas ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Di dalam perbahasan pergulungannya di persidangan Dewan Rakyat pada 17 November 2015 telah menyatakan kesediaan pihak menteri dan timbalan menteri untuk menambah baik tadbir urus semua agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuklah YaPEIM.

"Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

"Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

"Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini," katanya. -therakyatpost




Haji Hadi Dan MP PAS Ponteng Parlimen... Apa Sudah Jadi?

Posted: 04 Dec 2015 05:06 AM PST


APAKAH TUGAS AHLI PARLIMEN ATAU ADUN?

Saya semakin hairan sebenarnya. Apakah tugas utama dan keutamaan seseorang Ahli Parlimen atau ADUN?

Sama ada hadir ke dewan setiap masa atau hal-hal lain dl luar dewan ketika dewan dijadualkan bersidang. Apabila ditegur atau didedahkan maka akan adalah jawapan-jawapan seakan-akan 'bangau oh bangau'.


Jadual persidangan telah ditetapkan lebih awal. Jika ada urusan lain sepatutnya ia hendaklah ditentukan pada masa yang tidak bertembung dengan jadual persidangan. Susah sangatkah untuk menyelaraskan jadual?

Saya lebih hairan apabila penyokong-penyokong mana-mana pemimpin begitu ta'asub sehingga sebarang teguran terhadap ketidak hadiran pemimpin akan dibalas dengan bermacam-macam alasan dan hujah bahkan si penegur akan diberi amaran, "Jaga-jaga! Nanti jadi fitnah!".

ISUNYA, kenapa tidak hadir ke dewan ketika dewan sedang bersidang!!! ltu sahaja!!! Ini sahaja yang saya hendak tahu sebagai non-political person.

~ Ustaz Zamri Zainal Abidin

Catatan:
Status Ulama dunia di katakan tidak dapat hadir ke Parlimen untuk menjalankan tugas berbahas dan bersidang. Apakah tanggung jawab ini sengaja di lepaskan kerana kesibukan perkara lain. Sepatutnya orang yang faham ugama patut menunjukkan suri tauladan kepada yang lain.

Jika tidak berkemampuan jangan bertanding PRU untuk menjadi ahli Parlimen. Jika inilah sikap ahli parlimen yang menggunakan Al Quran sebagai dalil di dalam berhujah, apakah hujah dan dalil selalu sangat tidak hadir sidang parlimen?

Jangan menghalalkan cara. Rakyat Malaysia juga boleh berfikir. Jangan anda ingat, anda punya kuasa di dalam sesuatu parti sudah di kira boleh berbuat apa sahaja.

Malangnya penyokong tegar gagal berfikir dengan matang. Setiap kali pemimpin mereka tidak hadir sidang Parlimen ada saja jawapan yang kurang munasabah di berikan kerana doktrin taksub melampau yang telah bersarang di benak mereka.

Sepatutnya adalah hak pengikut menegur pemimpin. Seperti kata Laksamana Bentan:

"Raja adil raja ku sembah(hormat)..
Raja zalim raja ku sanggah(tentang)..".


Tapi apakan daya, budaya berfikir tidak tersemat di hati pengikut. Apa sahaja yang pemimpin buat di sambut dengan senang hati malah di carikan pelbagai alasan untuk menepis segala kesalahan pemimpin.

Akhirnya pemimpin mula menjadi rakus sanggup bertindak apa sahaja kerana pasti akan di bela oleh para pengikut tegar. Majukan rakyat Malaysia.?

Admin 


~UAA SUPPORTERS

Bangkai Anjing

Posted: 04 Dec 2015 01:30 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

Bau bangkai anjing itu siap menyebar ke mana-mana. 

Dilanggarnya tembuk rasa gunung lurah dan diam di setiap rumah persundalan hingga kita jadi serba salah kesani di sana sini ada saja perangkap kawat besi kala bercakap hakikat bakal diam dalam penjara kerana dituduh penderhaka, kalau demikian mari kita ke padang terbuka bermain golf dan bolanya kepala-kepala rakyat yang dipancung kerana dituduh menderhaka.



ISMAILY BUNGSU
sabah
4/12/2105.

Dua bekas hakim tak bersetuju dengan hujah 'subjudis'

Posted: 04 Dec 2015 12:45 AM PST


Dua bekas hakim Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujah subjudis yang dikemukakan oleh pihak kerajaan sebagai sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab soalan di Parlimen berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya oleh seorang penderma dari Timur Tengah.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata perkara subjudis tidak timbul sama sekali, kerana isu itu tidak didengar di mana-mana prosiding mahkamah.

"Sesuatu siasatan (yang berjalan terhadap sesuatu perkara), bukan satu prosidng kehakiman. Peraturan mengenai subjudis wujud untuk mencegah perbicaraan oleh media atau dengan cara luaran yang lain supaya hakim dan juri tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar dalam membuat penghakiman atau keputusan," kata Mohamad Ariff kepada Malaysiakini.

Menurutnya, apabila sesuatu isu telah memasuki domain awam dan terdapat minat kepentingan awam yang mendalam untuk mencari kebenaran terhadap perkara itu, maka tidak ada isu subjudis jika tidak ada prosiding kehakiman mengenai perkara itu yang sedang berjalan.

Isu sebenar dalam kes ini, kata Mohamad Ariff ialah kebebasan dan akses kepada maklumat mengenai perkara yang mempunyai kepentingan awam.

Mohamad Ariff, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi, menolak prosiding menghina mahkamah yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terhadap peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berhubung kenyataan beliau mengenai pengambilalihan industri air, ketika mewakili kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, seperti ia dilaporkan dalam Harakah.

Beliau memutuskan bahawa mahkamah perlu berhati-hati dalam menggunakan prosiding menghina untuk menyekat kebebasan bersuara dan dalam memetik Lord Denning, beliau berkata "komen yang adil tidak subjudis terhadap perbicaraan yang adil".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang bangun bagi pihak Najib dalam menjawab soalan berhubung derma RM2.6 bilion di Parlimen, memetik subjudis sebagai sebab Najib tidak datang sendiri untuk menjawab perkara itu .

Azalina, juga seorang peguam berkata, Najib telah dinasihatkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya tidak menjawab perkara itu di Parlimen kerana ia akan menjadi subjudis untuk berbuat demikian.

Subjudis adalah istilah latin yang bermaksud "dalam pertimbangan kehakiman", yang bermakna sesuatu kes atau perkara yang sedang dalam perbicaraan atau sedang dipertimbangkan oleh hakim atau mahkamah.


Seorang lagi bekas hakim Mahkamah bekas Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (gambar) memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan Apandi itu.

Katanya, beliau tidak fikir bahawa ia adalah subjudis untuk perdana menteri menjelaskan di Parlimen tentang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Menurutnya, beliau sehaluan dengan pandangan seperti yang dinyatakan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Gopal Sri Ram dan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri di Parlimen mengenai RM2.6 bilion tidak akan menjadi subjudis.

Sebaliknya, tegas Hishamudin, perdana menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada Parlimen dan kepada negara mengenai RM2.6 bilion itu," kata Hishamudin.


Malaysiakini

VIDEO - Pembangkang ejek Najib: Awak kat mana?

Posted: 04 Dec 2015 12:00 AM PST


Pemimpin pembangkang hari ini mengejek perdana menteri kerana gagal menerangkan sendiri berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata semalam satu Malaysia menanti "pahlawan Bugis" menerangkan berhubung dana itu di parlimen seperti dijanjikan.

"Malangnya pahlawan Bugis bersembunyi di belakang timbalan perdana menteri dan penerangan hanya tiga minit.

"Kita masih tidak tahu siapa penderma RM2.6 bilion itu," katanya yang menggunakan hashtag ‪#‎ManaRM2600juta dan ‪
#‎awakkatmanaawakawakkatmana‬ di Facebook beliau.


Rafizi turut berkongsi sekeping gambar suntingan yang memaparkan Najib sedang menyorok dan tersenyum di belakang timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Awak kat mana" sebuah ungkapan popular yang menjadi sebahagian daripada lirik nyanyian penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah.



Jawapan 3 minit

Kontroversi itu semalam dijawab ringkas oleh Zahid dalam tempoh kira-kira 3 minit.

Anggota parlimen pembangkang bagaimanapun membantah keras tindakan itu dan mahu Najib sendiri tampil menjelaskannya.

Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata berdasarkan peraturan menteri lain berhak menjawab bagi pihak Najib.

Pandrikan juga meminta wakil pembangkang tidak mengganggu prosiding dengan mempertikaikan perkara itu.

Dalam penjelasan itu, Zahid (gambar) berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion itu sebagai sumbangan politik dan sudah mengenal pasti pendermanya.

Katanya tiada undang-undang menyebut derma politik harus diisytiharkan dan diberhentikan.


Malaysiakini.