Khamis, 3 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PM Najib Dalam Ketakutan ??

Posted: 03 Dec 2015 11:15 PM PST

'Saya kenali Najib sejak 1977, tak pernah lihat dia setakut sekarang'


Seorang wartawan veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad.

Dalam perkembangan yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama.

"Realitinya, Najib tidak pernah berani atau tegas.

"Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya," kata beliau dalam blognya.

Kadir menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana menteri.

Bagi Muhyiddin, Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu.

Oleh itu, wartawan veteran berkenaan mendapati ia adalah menakjubkan bahawa Najib dan kepimpinan Umno keseluruhan begitu takut dengan bekas timbalan perdana menteri tersebut.

"Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti," katanya.

Kadir mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.

Najib lemah

Setelah dihalang daripada merasmikan mesyuarat agung Pemuda, Wanita dan Puteri, timbalan presiden Umno itu mengeluh bahawa keputusan terbaru akan menjadikannya sebagai 'tunggul' yang duduk di atas pentas.

Bagi Kadir, semua itu berlaku kerana demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno sedang dimusnahkan kerana Najib dan pengikutnya kurang keyakinan dengan sokongan perwakilan dan ahli-ahli parti.

Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

"Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti," katanya.

Menurut Kadir, perkembangan ini bukan kerana Muhyiddin adalah kuat, tetapi kerana Najib adalah lemah.
"Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan naluri pembunuh (killer instinct).

"Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.

"Dalam keadaan biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Najib nampak lebih lemah," katanya.

Oleh itu, Kadir berkata Najib memerlukan perlindungan daripada kepimpinan atasan Umno dan dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

Wartawan veteran itu berkata kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka.

"Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir.
 
"Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion," katanya.


Malaysiakini

Mahkamah arah Papagomo bayar Anwar RM800,000 - Hafiz Yatim

Posted: 03 Dec 2015 10:30 PM PST


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan supaya blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Rohana Yusof yang mengetuai panel tiga anggota menolak rayuannya berhubung jumlah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah kerana memfitnah bekas ketua pembangkang itu.

Katanya, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa fakta Papagomo dan Wan Muhammad Azri adalah orang yang sama melalui bukti oleh rakan-rakan blogger.

"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada kesilapan dalam fakta-fakta itu dengan keputusan tersebut. 

Dengan ini, mahkamah juga mendapati bahawa memorandum rayuan Wan Muhammad Azri tidak menyatakan yang dia merayu mengenai jumlah yang perlu dibayar itu.

"Justeru, kami dapati tidak ada alasan yang munasabah untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung jumlah itu. Dengan ini, mahkamah menolak kedua-duanya," katanya.

Sidang bersama adalah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan hakim Datuk Varghese George Varghese.

Di samping itu, Wan Muhammad Azri, yang tampil seorang diri tanpa diwakili peguam, juga diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos RM10,000 kepada Anwar.


Malaysiakini

'Najib muka tebal perlu baca komen Facebook' - Alyaa Azhar

Posted: 03 Dec 2015 09:45 PM PST


WAWANCARA l Mengulas masa depan politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, pengkritik lantangnya, Datuk Khairuddin Abu Hassan percaya masanya tidak lama lagi.

Memetik pengalamannya sebagai bekas pemimpin Umno bahagian yang sering bersama akar umbi, Khairuddin mendakwa sentimen semasa terhadap Najib amat negatif sekali.

"Saya rasa Najib terlalu yakin. Beliau terlepas pandang kerana dikelilingi oleh pembodek - keldai-keldai ini yang akan memusnahkan beliau.

"Saya label mereka ini pemimpin keldai kerana mereka mengelirukan pemimpin tertinggi. Ini bermakna mereka tidak ikhlas, mereka tidak sayangkan parti dan presiden parti, dan mereka tidak mencintai negara," kata Khairuddin dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Apabila diajukan kepadanya babahawa Najib tegas mahu kekal sebagai perdana menteri tanpa menghiraukan situasi sekarang, Khairuddin mencadangkan supaya Najib membaca komen-komen yang disiarkan di laman Facebooknya sendiri.

"Secara semulajadi, dia (Najib) bermuka tebal. Suruh Najib buka laman Facebook dan baca semua komen.

"Daripada kenyataan yang diterimanya setiap hari, hampir semua adalah negatif. Sebagai seorang pemimpin yang baik, jika dia masih waras, saya fikir dia boleh mengukur popularitinya sekarang.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Najib. Jika dia tidak sedar reaksi rakyat terhadapnya sekarang, sesuatu tidak kena dengan Najib," kata Khairuddin tanpa menapis ayatnya itu.

Darah Umno

Walaupun kelihatan bersemangat untuk menumbangkan Najib, Khairuddin bagaimanapun, tidak bersedia untuk bekerjasama dengan pembangkang untuk meneruskan agenda itu.

"Saya masih ahli Umno, walaupun jawatan saya telah dilucutkan. Saya akan kekal setia bersama Umno.

"Saya percaya dengan Umno dan BN. Darah yang mengalir di tubuh saya adalah darah Umno," katanya.

Dan atas sebab itu, katanya mendorongnya membuat banyak laporan terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB yang diilhankan oleh Najib yang kini sarat hutang.

Semua itu, kerana mahu menyelamatkan Umno dan BN.

Khairuddin percaya selagi Najib tidak lagi menjadi perdana menteri, BN boleh mengharungi pilihan raya umum akan datang dengan selamat.

Malaysiakini

'Rambo Bentong' Dihukum Gantung Lagi

Posted: 03 Dec 2015 09:00 PM PST


Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhi hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, Annie Kok Yin Cheng, pada 2009. - Foto Fail Bernama

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai 'Rambo Bentong' selepas didapati bersalah membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, tiga tahun lalu.


Dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menjatuhi hukuman mati selepas mendapati pembelaan tertuduh yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Rabidin, 45, didakwa membunuh mangsa yang berusia 31 tahun antara jam 3.50 pagi hingga jam 4.30 pagi di JH2 Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong pada 3 Nov 2012.

Dia juga didakwa merompak dengan menggunakan senjata api, mendatangkan kecederaan dan dua tuduhan merogol isteri mangsa pada tarikh dan di tempat yang sama.

Mariana memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan merogol isteri mangsa, selain dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 4A Akta Senjata Api.

Selain itu, Rabidin juga dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas tuduhan merompak dan mencederakan isteri mangsa.


Mariana memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 133 tahun atas kesalahan merogol, seks luar tabii dan cubaan membunuh anggota polis yang sedang dijalaninya sekarang.

Dalam penghakimannya, beliau menyifatkan pembelaan tertuduh yang mendakwa dirinya dianiayai dan tidak mengenali mangsa serta tidak pernah masuk ke dalam kuarters Jabatan Hutan itu sebagai sukar diterima.
"Fakta yang tidak dapat disangkal adalah penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) pada cebisan sarung tangannya yang berada di rumah mangsa selain air maninya pada cadar katil dan baju isteri mangsa," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa manakala tertuduh diwakili peguam G. Sivakumar. -Bernama/Awani/3/12/15

Buktikan kami ‘diresapi Isis’, PAS Kedah cabar Mat Sabu

Posted: 03 Dec 2015 08:15 PM PST



Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dicabar kemukakan bukti menyokong dakwaan PAS diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015.
 
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dicabar kemukakan bukti menyokong dakwaan PAS diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis)

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dicabar kemukakan bukti menyokong dakwaan PAS diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi mencabar Mohamad Sabu mengemukakan bukti menyokong dakwaan parti Islam itu diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Katanya, tanpa sebarang bukti, tuduhan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu akan dianggap sengaja memburuk-burukkan PAS.

"Sepatutnya sebagai orang lama dalam politik, dia perlu bercakap berdasarkan fakta dan bukan melulu tuduh PAS," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau turut melahirkan rasa hairannya kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sewaktu Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjadi timbalan presiden PAS.

"Kita hairan sewaktu dia dalam PAS tak bunyi pun soal Isis tetapi apabila dia keluar PAS, terus keluar tuduhan macam-macam.

"Saya faham dia mengerti perkara ini. Mungkin dia ada masalah lain. Bukan tidak mahir tetapi tuduhan itu tidak kena pada caranya," katanya.

Mohamad awal minggu ini mendedahkan di antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Isis.

Beliau menuntut siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider. – 4 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Umno ‘diktator’ jika sekat perbezaan pendapat, kata Musa Hitam OLEH MD IZWAN DAN ANISAH SHUKRY

Posted: 03 Dec 2015 07:30 PM PST



Umno bukan parti
 
Umno bukan parti "diktator" yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam.

Umno bukan parti "diktator" yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam.

Umno bukan parti "diktator" yang menyekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung akan datang, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, menjadi satu kesilapan jika Tan Sri Muhyiddin Yassin disekat dan berpura-pura seolah-olah isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak penting untuk perwakilan berdebat mengenainya.

"Dibimbangi ia akan mewujudkan perbezaan dalam parti.

"Tolonglah, sebuah parti yang demokratik akan sentiasa ada perbezaan pandangan dan pendapat, jika tiada itu (parti) diktator. Saya kata buat ini, baik tuan. Saya kata itu, baik tuan," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, bukan cerminan imej sebuah parti berkuasa jika Umno melarikan diri dan menganggap isu berbangkit tidak penting.

"Dalam mesyuarat agung kali ini, mereka kata isu 1MDB tidak penting, isu pecat Muhyiddin tak penting, isu perbalahan Dr Mahathir tidak penting, mungkin mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri.

"Kita melarikan diri, ini bukan lambang sebuah parti berkuasa," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Perhimpunan 8 Disember ini dilihat penting kerana pergolakan dalaman Umno, beberapa sekatan juga dikenakan bagi menghalang isu sensitif dibangkitkan.

Tidak disekat berucap ketika lawan Dr Mahathir

Turut menerima kesan, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno kerana lantang membidas Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion apabila dihalang daripada merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Musa berkata, perhimpunan agung Umno pada minggu depan menyaksikan pertama kali dalam sejarah tradisi parti diabaikan.

Katanya, sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor 2 Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden parti Melayu itu.

"Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu.

"Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar," katanya.

Musa menceritakan, pada ketika itu beliau dibenarkan berdebat dan menjadi orang kedua terakhir menyampaikan ucapan penggulungan, mengikut tradisi Umno.

Musa pada ketika itu meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak sebulu dengan Dr Mahathir tapi kekal sebagai timbalan presiden Umno.

Berbeza dengan setengah pihak yang takut dengan kritikan bakal dibuat Muhyiddin, sebaliknya Musa yakin sesuatu yang positif akan terhasil kerana ia akan memperlihatkan keterbukaan dan demokratiknya Umno itu.

Muhyiddin juarai isu rakyat


Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.
 
Musa berkata, isu dibangkitkan Muhyiddin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan ia bukan kesalahan jika mahu bercakap bagi pihak rakyat.

"Saya nampak risalah sedang beredar, mengatakan tentang dosa Muhyiddin, seperti mendedahkan 1MDB. Jika lihat senarai baik-baik, kamu akan kata, 'oh Tuhan, dia buat kerja baik. Ini isu yang rakyat soalkan'.

"Dia lakukan begitu dan kamu tidak benarkannya bercakap di perhimpunan? Betulkah?" kata Musa yang bingung dengan keputusan pucuk pimpinan Umno menghalang Muhyiddin.

Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat.

Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat

Musa berkata, jika ini berterusan, Umno bakal kehilangan kuasa kelak kerana semua isu penting itu menjadi bualan mulut segenap lapisan masyarakat.

"Mungkin jika ini berterusan, ia menjadi sebuah parti yang kehilangan kuasa.

"Menuju ke arah hilang kuasa," katanya.

Peluang akhir Umno

Musa berkata, masalah dihadapi pemerintah ketika ini bukan isu perkauman, tapi isu nasional yang relevan kepada negara dan perlu dijawab pucuk pimpinan Umno.

"Saya ulangi mustahil kita boleh elak dengan menjustifikasikan, tidak mungkin kita boleh berhujah mengatakan ia tidak relevan dengan parti, tidak relevan kepada negara.

"Saya akan kata, tolonglah, tak bolehlah macam itu," katanya.

Musa berkata, semua isu dan kemelut yang dihadapi perlu ditangani secara demokratik, memerlukan disiplin dan ketertiban.

"Ia perlu diuruskan secara demokratik. Demokrasi memerlukan disiplin dan ketertiban," katanya.

Katanya, ini peluang terakhir untuk Umno membuktikan sesuatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan balik ke pangkal jalan.

"Bagi saya, ini peluang terakhir untuk Umno buktikan diri sendiri, khususnya dalam konteks pada 2018, kita akan berdepan pilihan raya umum.

"Apa yang saya ingin gesa kepada ahli Umno sangat mudah, kembali ke pangkal jalan. Bermakna, kita perlu melalui proses modenisasi," katanya. – 4 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Sudah Jelas Dan Nyata

Posted: 03 Dec 2015 07:00 PM PST

Hishamuddin Rais disekat keluar negara OLEH KC NAZARI

Posted: 03 Dec 2015 06:30 PM PST

 
Aktivis politik Hishamuddin Rais ditahan di pintu imigresen malam tadi semasa mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan MAS.

.Aktivis politik Hishamuddin Rais ditahan di pintu imigresen malam tadi semasa mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan MAS.

Aktivis politik Hishamuddin Rais disekat daripada keluar negara sewaktu mahu menaiki pesawat ke Korea Selatan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Menurut Hishamuddin, beliau ditahan di pintu imigresen sewaktu mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya mahu kerajaan menjelaskam sebab saya tidak dibenarkan ke luar negeri," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Hishamuddin merupakan bekas aktivis mahasiswa 1970-an yang pernah hidup dalam buangan selama 25 tahun.

Menurut Hishamuddin, beliau sepatutnya berada di Seoul selama seminggu atas jemputan penganjur bagi satu acara di sana.

Hishamuddin adalah personaliti terbaharu yang dihalang daripada ke luar negara selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP pada 22 Julai lalu.

Selain Pua, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dari PKR turut dihalang daripada ke luar negara. – 4 Disember 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

KENAPA HISHAMUDDIN DI LARANG

Posted: 03 Dec 2015 06:00 PM PST



KENYATAAN AKHBAR
Malam 3 Disember 2015 jam 10:46 saya Hishamuddin Rais warga negara Malaysia telah dilarang meneruskan perjalanan saya melalui kapal terbang ke Seoul Korea Selatan.
Pihak imigrisen lapangan terbang KLIA telah melarang saya dari menaiki pesawat MAS 0066 menuju ke Incheon Seoul Korea Selatan.
Kenapa saya dilarang adalah pertanyaan saya kepada pihak berwajib Malaysia. 
Yang dilarang ialah Hishamuddin Rais. Yang melarang ialah pihak Imigrisen. Maka soalan kenapa saya dilarang wajib ditujukan kepada pihak yang melarang bukan kepada saya yang kena larang.
Saya dijemput ke Korea Selatan  melalui Forum Asia yang beribu pejabat  di Bangkok. Jemputan ini datang dari People Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) Korea.
Tujuan jemputan ini ialah untuk menjadi PEMERHATI  kepada satu Perhimpunan  Rakyat  di Seoul City Plaza jam 3 petang pada 5 Disember 2015. Perhimpunan ini terdiri dari kaum tani, kaum buruh, Ngo, pelajar, seniman dan para demokrat Korea Selatan.
Bersama saya ada dua lagi sosok yang  juga dijemput untuk  bersama menjadi PEMERHATI.
Mereka ialah : Chiranuch Premchaiporn ( Excutive Director , Prachatai Thailand).
Pimsiri Mook Petchnamrob ( East asia Programme Officer, Asia Forum for Human Rights and Development)i
Kami  dijemput sebagai PEMERHATI untuk memastikan perhimpuanan di City Plaza pada 5 Disember  berjalan dengan aman damai.
Selain dari menjadi PEMERHATI  pada 7/8 Disember kami  juga telah dijadualkan untuk bertemu dengan Agensi Polis Nasional Korea. Surat telah dihantar kepada Commissioner General Kang Sin-myeong untuk pertemuan tersebut. 
Pertemuan juga telah diatur untuk membolehkan kami  bertemu dengan National Human Rights Commision of Korea - Chairperson, Lee Sung-ho.
Saya juga dijadualkan akan bertemu beberapa orang  ahli parlimen, NGO, kesatuan Peguam dan kumpulan seniman.
Sebelum pulang ke Malaysia pada pagi 10 Disember satu sidang akhbar oleh PEMERHATI  telah dijadualkan.
Justeru apa yang saya lakukan  ialah membantu memperkukuhkan ruang demokrasi di Korea Selatan. .Apa yang saya cuba lakukan ialah membantu perkembangan penghormatan hak asasi antara kita sesama manusia.

Untuk itu saya ulangi pertanyaan ini sekali lagi: Kenapa saya dilarang meninggalkan Malaysia?
Terima Kaseh
Hishamuddin Rais


--------------------

Tak tampil jawab isu RM2.6b: Najib kalah besar

Posted: 03 Dec 2015 05:30 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

KUALA LUMPUR - Ketidakhadiran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab mengenai isu dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat hari ini merupakan 'malapetaka' dalam karier politik Perdana Menteri itu, kata Rafizi Ramli.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, Najib sepatutnya mengambil langkah berdiam diri sahaja jika bukan beliau sendiri yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai dana itu.


"Tindakan ini (tidak hadir ke Dewan Rakyat) akan menambah lagi kemarahan rakyat terhadap beliau. Masalahnya dia bagi harapan untuk menjawab, tiga minggu kemudian dia bukan sahaja tak bagi jawapan, dia pun tak berani datang dewan. Itu akan menguatkan lagi persepsi dan pandangan rakyat memang ada benda tak kena.


"Jadi dari segi ukuran politiknya PM kalah besar, ini menambahkan lagi kerugian politik kepadanya sepatutnya saya nasihatkan dia berdiam diri lepas ini jangan jawab lagi tentang 1MDB dan dana RM2.6 bilion kecuali dia betul-betul hendak berterus terang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab isu RM2.6 bilion itu bagi pihak Perdana Menteri juga langsung tidak mencerminkan jawapan mewakili Najib.


"Kenyataan dibaca oleh TPM seolah-olah jawapan bagi kelakuan kerajaan.


"Jadi sudah tentu tiga minit tadi adalah buang masa dewan dan masa rakyat dan saya tak terkejut kerana dia tidak jawab satu pun, malah dia memperlekehkan kedudukan dewan kerana dia sendiri tidak menghormati dewan," katanya.

Kos Sara Hidup !!

Posted: 03 Dec 2015 05:00 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.Ayuhai orang kampung, kepadamu kami merayu
Ke hadapan warga desa yang jauh di mata. 


Apa khabar kalian di sana? Semoga sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga, anak cucu, dan ayam itik masing-masing hendaknya. 

Kami di bandar ini baik-baik saja. Masih teguh menghadapi hari-hari muka.

Arakian maka baru saja tiba ke perkhabaran kami akan kisah kenaikan harga tol dan tambang pengangkutan awam. Ini bakal berlaku sedikit masa saja lagi, bahkan ada yang sudah pun berlaku. 


Kenaikannya pula bukan sedikit, malah ada yang mencecah dua tiga kali ganda.

Tambang kami berulang alik pergi kerja semakin mahal. Tak kiralah naik kenderaan apa pun, duit tetap kena keluar untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja. Minyak harganya tidak menentu, tambang bas dan kereta api mahal mengejut. Lebuh raya yang sepatutnya menjimatkan masa menjadi penjara berjam-jam lamanya. Harga tolnya pula semakin meninggi.


Ini menyesakkan rongga dada kerana meski kos sara diri semuanya naik belaka, gaji kami sama sahaja. Gaji menteri dan orang politik boleh pula naik menggila. Kami tak hairan kerana mereka sendiri yang luluskan kenaikan gaji mereka. Ada waktunya kami tidak makan tengah hari. Kalau makan pun sedikit sekali. Ya lah, antara makan dan pengangkutan ke tempat kerja, mestilah kos ke tempat kerja diutamakan. Bak kata orang Jawa, 'ora cucul, ora ngebul'. Tak kerja, tak makan. Ironinya begitu tebal sekali.

Harga barang di bandar juga mahal-mahal belaka. Itu belum dikira soal kain baju dan belanja keluarga. Cuba kalau ada anak 3. Seorang ke sekolah menengah, lain belanjanya. Yang tengah di sekolah rendah, juga lain belanjanya. Anak yang kecil perlu dibayar pengasuhnya, duit juga. Belum dicampur serakah si isteri mahu borong tudung Fareeda.


Belum dikira kalau yang menjadi ketua keluarga itu, ibu tunggal pula.


Kerajaan tidak peduli kami


Rintihan kami ini kerajaan tidak peduli. Mudahnya kerana kami ini warga minoriti. Nilai undi kami di sini, bagai sebutir pasir di kaki para menteri.


Kalau naik harga barang, tol, air dan api dan kami melalak sampai pagi, hampir pasti suara kami langsung tidak didengari. Kerajaannya naik takhta dan kekal merajalela bukan kerana undi kami di ibu kota. Bahkan sebenarnya yang menentukan mereka berkuasa ialah undi kalian di kampung dan desa.


Justeru kami di bandar ingin merayu bantuan kalian. Kami kian terdesak dan tiada tempat lagi untuk kami mengadu nasib. Tiada lagi rasa segan dan malu. Ayuhai orang kampung, kepadamu kami mengadu.


Tolonglah jangan disokong kerajaan ini lagi.


Kalian di kampung amatlah beruntung. Sekali sekala mereka datang sampai ke muka pintu, siap dengan susu, beras, gula dan tepung. Mujur tak diangkut dengan sirih junjung. Kalian sambut dengan air, pisang goreng dan biskut sedulang. 'Hooray! Hooray! YB datang!'

Selang 4 tahun sekali mereka datang bertandang. Bertanya khabar, dah makan belum, anak dah berapa orang? Sebelum pulang diajaknya bergambar sekali, bersama hamper barangan dapur dan sampul penuh berisi.


Orang kampung dipayung dan didodoinya hari-hari. Ditipunya dengan akhbar dan berita di TV. Dan apabila pilihan raya tiba, kalian bersorak menyokong mereka. Sampaikan anak sekolah rendah pun disuruh berarak angkat bendera. 'Oh takpa, ini semua kempen 1Malaysia'.


Menteri menang di kawasan luar bandar. Kawasan selamat yang sukar dicabar. Dengan hanya bermodalkan air liur, bercerita tentang keterancaman agama, bangsa dan tanah air. 'Jangan cabar kesabaran Melayu,' katanya. '


Mereka sedang menikmati hasil kekayaan negara, anak bangsa merempat', tambahnya pula.
Sedangkan yang sedang kaya dan membulat sihat, adalah dia dan sanak kerabat. Manakala kami di bandar menanggung akibat. Jujur, kami sudah penat. Sejak 2008 lagi kami sudah tak larat.


Ayuhai orang kampung, bantulah kami. Bala ini sudah tidak tertanggung lagi.

UCAPAN TSMY di Pagoh..

Posted: 03 Dec 2015 04:26 PM PST

Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan - Muhyiddin Yassin


1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.

4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.

7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.

9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. 
 
Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. 
 
Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. 
 
Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. 
 
Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, "The Wolf of Wall Street" dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. 
 
Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.

31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. 
 
Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal



Kerengga

Zaid Ibrahim akan didakwa esok Mohd Radzi

Posted: 03 Dec 2015 08:00 AM PST


Zaid-Ibrahim_law_600 Beliau akan didakwa kerana memuat naik posting di blognya sebuah artikel bertajuk 'Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad'.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung posting di blognya yang dimuatnaik pada 2 September lalu.

Beliau akan didakwa esok (Jumaat) mengikut Akta 233 kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyakitkan hati orang.

Ketika ditemui selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Zaid berkata, tindakan itu tidak akan menghalangnya untuk terus bercakap demi kebaikan bersama.

"Kita dalam sebuah negara demokratik mesti mempunyai hak untuk bersuara untuk kebaikan Negara, " katanya yang bersedia berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan.

Zaid tiba di IPD kira-kira jam 2.15 petang diiringi dua peguamnya. Kelihatan polis merakam gambar blognya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes itu.

Zaid sebelum ini telahpun memberi keterangan kepada polis pada 16 dan 17 November lalu berhubung artikel bertajuk "Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad'.


FMT

LUPA DIRI LUPA TANGGUNGJAWAB ( takbur sombong tembirang bohong)

Posted: 03 Dec 2015 07:15 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

BILA kita diamanahkan sesuatu kerja kita kena faham fungsi tugas itu duluan dan tanpa memahami itu silap dan bukan caranya dan itu sebab dalam perkhidmatan awam ada fail meja dan dalam fail meja itu ada sesuatu yang dinamakan SOP.

Kekadang ada kalangan kita terus saja menerima jawatan dan kemudian diam dan datang setiap mesyuarat tetapi bila diminta menyediakan laporan jawabnya tiada atau dalam proses.

Kekadang misalnya perkataan STRATEGI pun tidak faham, apa lagi mahu melakukan kerja2 strategi dan kalau ada yang demikian maka apa saja syarikat, jabatan atau parti politik akan susah jadinya dan paling2 akan ribut di akhirnya dan itulah yang dikatakan kala berak baru mahu cari jamban.

Tidak faham tugas satu hal, sebalik ada pula seolah maha tahu dan kesan jawatan yang dia duduki seolah besar dan kala berjalan dadanya duluan ke depan kesan bangga dan lagi buruk perangai sombong takbur tembirang dan pembohong tetapi tidak akui ia membohong.

Kalau yang sebelum berkuasa sudah membohong dan bila berkuasa atau alias duduki kerusi Perdana Menteri nanti misalnya, maka siap habis rakyat dia tipu, malah lebih hebat banding Najib.

Dalam perjuangan apapun, untuk rakyat suka kita kena bersahabat baik kawan seperjuangan atau musuh politik sebab kejayaan kita mendapatkan seorang musuh politik itu lebih bermakna banding dalam perjuangan menggapai puncak banding yang kuat cakap dan berperangai macam kebudak-budakan dan kesannya ramai menjauh.


Nota ini untuk ingatkan diri saya sendiri saja!


ISMAILY BUNGSU
3/12/2015

5:57pm
LikeComment

Isu RM2.6 bilion: Najib beri harapan palsu pada rakyat Mohamad Fadli

Posted: 03 Dec 2015 06:30 AM PST


wan-azizah,rafizi,najib

Wan Azizah dan Rafizi Ramli menganggap penjelasan Zahid Hamidi tidak memberi mafaat dan hanya membuang masa.

KUALA LUMPUR: Pembangkang kecewa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir di Parlimen bagi menjelaskan isu RM2.6 bilion.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata jawapan yang diberikan berhubung isu itu langsung tidak memuaskan dan bukan jawapan yang mahu didengar oleh rakyat.

"Tidak ada apa-apa pun penjelasan… jawapan itu telah memberi kehampaan kepada kami, kerana kami tunggu begitu lama.

"Jawapan yang diberikan juga bukan jawapan… dan mengatakan penjelasan tidak diberikan kerana subjudis adalah helah mereka," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata dia langsung tidak terkejut dengan penjelasan yang diberikan itu.

Katanya, penjelasan itu dianggap tidak memberi apa-apa faedah dan hanya membuang masa semua ahli parlimen.
"Saya tidak terkejut langsung malah saya tidak ambil serius.

"Seolah-olah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerangkan kelakuan kerajaan… jadi sudah tentu tiga minit tadi adalah satu buang masa dewan dan masa rakyat," katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menambah ketidakhadiran Najib dalam menjelaskan isu itu juga hanya menambahkan kemarahan rakyat.

"Tindakan ini akan menambah lagi kemarahan rakyat terhdap beliau (Najib).. Bagi saya kalau dia tidak mahu jawab dia mahu terus mengelak sepatutnya tindakan politik yang terbaik adalah berdiam diri.

"Masalah Najib bagi harapan akan bagi jawapan… Ini akan menguatkan lagi persepsi dan pandagan rakyat memang ada benda tak kena jadi dari segi ukuran politik," katanya lagi.

Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan agar Najib tidak memberi harapan palsu kepada rakyat sekiranya tidak mahu menjelaskan isu RM2.6 bilion itu.

"Jika dia (Najib) nak main helah itu akan bagi lebih banyak masalah nanti," tegasnya.


FMT

Apakah “Nothing 2Hide” berulang pada PAU2015 Razali Awang

Posted: 03 Dec 2015 05:45 AM PST


najib_mahathir_muhyiddin_600

Tun M telah menyatakan kesudian untuk hadir ke PAU 2015 dan jika ia menjadi kenyataan jutaan mata tertumpu kepada pertemuan beliau dengan Najib

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 dilihat begitu banyak sensasi, kontroversi dan publisiti walaupun tiada pemilihan jawatan parti.

Wadah perhimpunan terbesar pemimpin parti politik orang Melayu yang akan berlangsung 8 hingga 12 Disember ini menjadi teka- teki terhadap kedudukan orang teratas dalam parti khususnya nasib Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan ramai lagi.

Persoalan yang bermain di benak fikiran apakah PAU 2015 akan membawa satu pembaharuan untuk mencari penyudah dan titik persefahaman di kalangan pemimpin parti.

Orang Melayu ternanti-nanti apakah lagi drama yang akan berlaku selepas ini dan ia menjadi semakin menarik apabila bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan kesudian untuk hadir sekiranya dijemput. Tegasnya beliau masih ahli dan sayangkan parti.

Seakan sejarah beberapa bulan lalu akan berulang sekiranya Tun M datang ke PAU kali ini dan bersemuka dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Masih segar di ingatan kehadiran beliau di program "Nothing 2Hide" sebelum ini yang sepatutnya turut dihadiri Perdana Menteri. Kehadiran Tun menyebabkan ia terpaksa dibatalkan dan kononnya atas alasan keselamatan, Najib dinasihat supaya tidak datang.

Pada kali ini, bertempat di lokasi yang sama di PWTC, apakah akan berlaku lagi kejutan sekiranya Tun M dijemput datang. Lensa kamera, pengamal media akan sabar menunggu untuk merakam serta mencatat detik pertemuannya dengan pemimpin nombor satu UMNO dan negara.

Mengenalinya sebagai negarawan, semangatnya amat tinggi dan tidak akan menghampakan permintaan khususnya daripada suara bawahan. Pasti beliau akan datang. Bahkan jika tidak dijemput sekalipun terdapat kemungkinan Tun M akan bertandang.

Apa yang pasti, jika diundang, beliau akan berada di barisan hadapan dan sama sekali tidak akan diberi ruang untuk bercakap tetapi percayalah sepatah perkataan yang terpacul daripada mulutnya akan menjadi inti pati berita. Sama ada sensasi atau tidak ia bergantung kepada persepsi.

Fokus media akan tertumpu terhadap dirinya. Pastinya jika detik itu menjadi kenyataan, Tun M akan menggunakannya sebagai wadah untuk meluah apa yang terbuku terhadap nasih parti yang pernah diterajunya.

Ramai yang tertunggu-tunggu kritikan dan luahan beliau yang melihat UMNO kini terlalu banyak masalah dan kepincangan berbanding 12 tahun lalu.

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin tersisih dan diibarat seperti tunggul pada PAU kali ini, kumpulan yang tidak sebulu dengan Najib mengharapkan 'keajaiban' Tun M selaku orang lama untuk bersuara.

Apapun kita tunggu detik itu nanti, mungkinkah antara Tun M dan Najib akan bersemuka? Hanya masa yang akan menentukan.


FMT

Azalina beri jawapan paling bodoh -DAP Arfa Yunus

Posted: 03 Dec 2015 05:00 AM PST


Azalina_Lim-Lip-Eng_Apandi_najib_600

Panggilan itu dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoal kenyataan Azalina berhubung nasihat Peguam Negara kepada Najib

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dikatakan memberi jawapan paling bodoh berhubung kenyataannya bahawa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah menasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya tidak hadir ke Dewan Rakyat bagi menjelaskan mengenai dana derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Panggilan itu dibuat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

"Hari ini kita lihat jawapan paling bodoh di Parlimen setakat ini, di mana Azalina berkata Peguam Negara menasihat Najib supaya tidak menjawab (mengenai dana RM2.6 bilion)," katanya.

Wakil DAP berkata, Peguam Negara adalah peguam kepada kerajaan dan sebarang nasihatnya Perdana Menteri supaya tidak dijawab akan diikuti.

Berikutan kenyataan itu, dia turut mempertikai penjelasan yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Jangan hanya suruh timbalannya menjawab dan penjelasan dengan masa tiga minit," katanya kepada FMT di Lobi Parlimen.

Mengulas mengenai penggantian yang dibuatnya, Ahmad Zahid berkata, Peguam Negara telah menasihat Najib supaya tidak membuat sebarang kenyataan kerana masih dalam siasatan.

Dalam jawapan ringkasnya, beliau mengulangi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib bukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


FMT.

Gambar 3 Beranak Mangsa Kemalangan Tidak Diterima Hospital

Posted: 03 Dec 2015 04:15 AM PST

Seorang pengguna Facebook, Thomas Loh, meluahkan kekesalannya terhadap tindakan sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam soal menerima pesakit. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang, Thomas yang kebetulan lalu di Jalan Pedada, Sibu ternampak satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang membabitkan sebuah pasangan dan anak perempuan mereka.

Tanpa membuang masa, Thomas dengan segera pergi ke sebuah hospital swasta yang berdekatan dan memaklumkan kejadian berkenaan. 

Malangnya, jururawat yang bertugas pada ketika itu dengan kejam menegaskan ini adalah hospital swasta. Dia juga mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos perubatan selepas mangsa mendapatkan rawatan di hospital mereka?

Jelas jururawat itu lagi, Hospital Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kes-kes seperti itu.



Terkedu dengan penjelasan tidak berperikemanusian jururawat itu, Thomas mengutuk sekeras-kerasnya sikap hospital swasta yang hanya mementingkan keuntungan berbanding menyelamatkan nyawa manusia.
 
 
ADDIN

Sudah pasti rakyat teripu lagi..

Posted: 03 Dec 2015 03:30 AM PST

Asri Setiawangsa's photo.
 
Berbulan kita menanti dengan penuh kesabaran untuk mendengar penjelasan dari Najib berhubung isu "wang derma" Rm 2.6 Billion yang dimasukan kedalam akaun peribadinya.Makin hampir tarikhnya rakyat makin teruja.Tapi malang sekali Najib mengelak disaat akhir.


Asri Setiawangsa's photo.

Asri Setiawangsa's photo.

'Malaysia bakal jadi negara polis dengan akta baru MKN'

Posted: 03 Dec 2015 02:45 AM PST



Pakatan Harapan menggesa kerajaan membatal atau menangguhkan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dirancang untuk diluluskan di Parlimen hari ini.

"Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk persedian berbahas secara menyeluruh di Dewan Rakyat)," kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang).

"Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016 [...] kami tidak mempunyai masa yang mencukupi (untuk persediaan membagas rang undang-undang itu). Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas" katanya.

"Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan," katanya.

"Saya harap keadilan dan akal akan diguna pakai, biarlah kerajaan tarik balik rang undang-undang itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Akta baru itu hanya dibentangkan Selasa lalu. Ia memberikan MKN kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai 'kawasan keselamatan' dan pasukan keselamatan boleh campur tangan untuk menangkap dan menyita tempat itu tanpa waran.

- mkini

Mahathir menipu tuduh kerajaan punca Proton mahal – blog UMNO FMT Reporters

Posted: 03 Dec 2015 02:00 AM PST


mahathirprotonKerajaan mengenakan cukai eksais ke atas kenderaan sekitar 65% hingga 125 % bukan 300% seperti didakwa Tun M.

PETALING JAYA: Blog pro-UMNO, MYKMU menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad menipu apabila mendakwa harga kereta keluaran Proton mahal disebabkan kerajaan mengenakan cukai sehingga 300%.

Blog itu berkata, kenyataan mantan Perdana Menteri itu satu pembohongan kerana cukai eksais ke atas kenderaan yang dikenakan di negara ini hanyalah sekitar 65% hingga 125% mengikut Dasar Automotif Nasional.

"Datang mana pulak 300%?," soal blog itu.

Katanya, apabila kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April lalu, harga kereta sepatutnya turun 4% lagi kerana cukai jualan sebanyak 10% telah digantikan dengan GST sebanyak 6%.

"Hairan bagaimana Proton tak boleh turun harga kerana banyak syarikat kereta lain boleh turunkan harga selepas GST dilaksanakan. Mungkin sebab pembekal Proton enggan turun harga mereka sebab ada pertalian saudara ke macam mana dengan Pengerusi, mungkinlah, kita tak tahu.

"Tapi nak mengatakan kerajaan punca harga kereta tak boleh turun, itu tak betul. Malah nak disebutkan di sini, Dasar Automatif Negara itu sendiri menyebabkan harga kenderaan yang dipasang dalam negara (CKD) turun sebanyak 30%, tak tahulah kalau kereta Proton sekarang pasang kat Zimbabwe ke mana sampai tak boleh turun harga?," kata blog itu.

Katanya, Proton telah menurunkan harga kereta keluarannya dengan memberi diskaun sehingga 12 peratus.
"Entah bagaimana maklumat ini tidak sampai kepada Pengerusi (Mahathir) sehingga dia mendakwa seperti itu.

"Atau mungkin maklumat sampai tapi sengaja diselewengkan kerana kesumat yang teramat sangat kepada Perdana Menteri. Benarlah kerajaan tidak lagi boleh layan Proton macam anak emas seperti mana di bawah pentadbiran Mahathir dulu, masa dah berubah, banyak keperluan lain yang kerajaan perlu beri perhatian.

"Tapi jangan kerana itu bohong dan fitnah kerajaan, ingat akhirat sikit," tulis blog itu.

FMT

Maharom bersumpah terus setia bersama UMNO hingga akhir hayat Adam Abu Bakar

Posted: 03 Dec 2015 01:15 AM PST


Maharom-Panjang-Wahad

Ibu kepada enam orang ini turut berpesan kepada anak-anaknya agar terus setia hingga ke akhir hayat kepada parti UMNO.

KUALA LUMPUR: "Saya bersumpah atas nama tuhan, tidak akan keluar dari parti UMNO. Hidup dan mati akan tetap setia bersama UMNO," itulah kata-kata Maharom Panjang Wahad.

Namanya mungkin tidak pernah didengari di dada-dada akhbar, namun wanita berusia 79 tahun inilah yang melahirkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Maharom yang membahasakan dirinya sebagai makcik menceritakan bahawa beliau dan keluarganya merupakan penyokong tegar parti Melayu itu.

"Sampai tutup mata (meninggal), makcik tidak akan berubah kepada parti lain," ujarnya.

Malah, ibu kepada enam orang ini turut berpesan kepada anak-anaknya agar terus setia hingga ke akhir hayat kepada parti yang diasaskan oleh Presiden UMNO pertama, Dato' Onn Jaafar.

"Makcik pesan pada anak-anak makcik, jangan keluar dan tinggalkan UMNO. Kami (ahli keluarga) tidak akan berundur dari UMNO. Makcik juga sudah sebati dengan UMNO

"Tidak usahlah sokong pembangkang. Sokonglah UMNO. Sekarang ini, kalau ada yang ugut untuk kerat dan desak makcik keluar dari UMNO, makcik takkan keluar maka keratlah," katanya.

Kecintaan Maharom kepada UMNO itu bersandarkan kepada pengalaman perit yang beliau lalui ketika dijajah oleh pihak Jepun dan komunis.

"Makcik sudah rasa susah di zaman Jepun dan Komunis. Dulu, nak makan dan buat segalanya susah," ceritanya.

Menceritakan pengalaman kepada Free Malaysia Today (FMT), wanita tua yang masih sihat tubuh badannya itu sanggup mengorbankan cincin perkahwinannya bagi menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan Tuanku Abdul Rahman ke London untuk memerdekakan negara.

Bahkan, demi perjuangan untuk anak bangsa, wanita ini sanggup merahsiakan mengenai status cincin perkahwinan hadiah pemberian suami yang tercinta.

"Bila Tuanku Abdul Rahman hendak memerdekakan negara. Kami beramai-ramai berikan sedekah dan derma.

"Masa itu, makcik tidak ada wang, jadi makcik serahkan cincin perkahwinan. Digadai dengan harga RM9.00," ujarnya.

Mengimbau kenangan ketika zaman sebelum Merdeka, Maharom berkata ketika itu beliau tidak sabar untuk melihat anak Melayu memerintah negara.

"Makcik hendak sangat orang Melayu memerintah negara kita. Mereka (para pemimpin) kata jika Merdeka, rakyat akan hidup senang. Sebab itu makcik berharap sangat," katanya.

Beliau yang kini sudah mencecah usia 79 tahun turut melahirkan rasa sedihnya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihatnya sebagai punca negara dalam keadaan kucar-kacir.

Dalam keadaan sebak, Maharom menjelaskan bahawa beliau bimbang mengenai nasib anak cucunya pada masa akan datang jika keadaan ini berterusan.

"Zaman Tunku Abdul Rahman sampai zaman Tun Hussein Onn pegang memang bersih. Makcik berani cakap, zaman ini kucar-kacir.

"Susah hati makcik, susah hati mengenai apa yang akan jadi pada anak cucu makcik pada masa akan datang," katanya yang kelihatan sebak mengenangkan masa depan parti Melayu itu.


FMT
 .

SPRM siasat empat pegawai di tiga kementerian FMT Reporters

Posted: 03 Dec 2015 12:30 AM PST


Tan-Sri-Dr-Ali-Hamsa,sprm

Empat pegawai itu disiasat kerana terlibat dengan kes pengurusan projek pembinaan sebuah sekolah dan sebuah hospital

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat empat pegawai daripada tiga kementerian yang terlibat dalam projek yang menerima teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2014 Siri 3, baru-baru ini.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata pegawai-pegawai daripada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan itu juga disiasat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan tatatertib.

Kes terbabit adalah kes pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak dan projek menaik taraf Hospital Nora Ismail, Batu Pahat di Johor, iaitu dua daripada 12 teguran punitif yang diterima dalam LKAN Tahun 2014 Siri 3.

"Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap empat pegawai daripada kementerian terbabit kerana disyaki ada unsur-unsur perlakuan rasuah.

"Siasatan ini berjalan secara serentak. Jika didapati bersalah, mereka akan didakwa di mahkamah. Kalau tidak ada kes, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan tatatertib," katanya yang dipetik daripada Bernama.

Ali berkata, berdasarkan siasatan juga, dua teguran di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan telah melibatkan kerugian di pihak kerajaan sebanyak RM501,524.33.

Daripada jumlah itu, ia melibatkan kerugian kerajaan sebanyak RM416,433.33 bagi kes Pengurusan Kerja Awalan melalui kontrak kerja di Kementerian Kerja Raya; RM85,091 untuk pengurusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; dan kemudahan lain yang berkaitan di Kementerian Pendidikan, katanya.

"Kerugian adalah berikutan pembayaran yang dibuat tidak mengikut spesifikasi kontrak. Teguran-teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan yang berlaku adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan," katanya.


FMT.

Ingatkan Najib saja ‘kaki rembat’ rupanya orang bawah pun sama – Wan Ji Adam Abu Bakar

Posted: 02 Dec 2015 11:45 PM PST


Wan-Ji-Wan-Hussin_ringgit_600Terdapat pemimpin yang diberi amanah cuba mengambil kesempatan atas nama agama Islam untuk menghalalkan setiap tindakan mereka.

KUALA LUMPUR: Negara Islam dan institusi berkaitan agama Islam sering dilanda masalah akauntibiliti dan masalah ketelusan dalam hal pengurusan kewangan termasuk di Malaysia.

Namun menurut penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin situasi di negara ini lebih menarik apabila sesetengah pihak yang diberikan amanah dan kuasa akan menggunakan agama untuk menghalalkan setiap tindakan mereka.

"Menarik di Malaysia, apabila ada orang menggunakan agama untuk menghalalkan tindakan," katanya sewaktu menjadi salah seorang panel bagi forum bertajuk 'Skandal YaPEIM Fitnah Atau Fakta' di KLSCAH pada malam Rabu.

Wan Ji berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan dan salah-laku sesetengah pemimpin kerajaan yang menggunakan wang institusi agama untuk kepentingan dan keseronokkan diri.

"Kita jangka hanya Perdana Menteri kaki 'rembat', tetapi menteri-menteri di bawah dia juga kaki 'rembat'," katanya lagi.

Dakwanya lagi, apabila negara dan institusi yang menggunakan Islam sebagai dasar pentadbiran, pasti akan terdapat sesuatu masalah yang akan terjadi.

"Negara Islam dan institusi Islam seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) yang terdapat perkataan 'Islam' pasti akan terjadi macam-macam perkara.

"Apabila kita pergi ke jabatan agama Islam, itulah jabatan yang paling lembab di dunia dan kalau pergi institusi agama Islam, itulah yang paling 'haprak' sekali. Kalau kita pergi negara Islam, rakyat yang paling teruk juga adalah orang Islam," katanya lagi.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa hairan mengapa situasi sedemikian berlaku di sesebuah negara Islam dan juga institusi agama Islam.

"Kita tidak faham mengapa asalkan ada nama Islam, akan menjadi masalah. Adakah agama itu mengajar kita untuk menjadi lembab?" soalnya.

Bagaimanapun, Wan Ji menegaskan dia tidak menyalahkan agama Islam sebagai punca keadaan tersebut berlaku, tetapi menyifatkan terdapat sesetengah pemimpin yang dilihat cuba mengambil kesempatan.

Justeru beliau mengingatkan agar kebaikkan seseorang itu tidak seharusnya diukur dari segi bacaan al-Quran dan hafalan hadis semata-mata.

"Orang yang baca al-Quran, hadis nampak baik dalam bacaan mereka tapi tindakan mereka tidak baik," ujarnya.

Antara panel lain yang turut terlibat dalam forum berkenaan adalah aktivis hak asasi manusia, Syukri Razab, Bekas Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan juga Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.


FMT