Selasa, 1 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tun Mahathir Ramal BN Akan Kalah Pada PRU 14.

Posted: 01 Dec 2015 10:30 PM PST

Statement yg 'mendodoikan' pemimpin pembangkang....

Ambil ikhtibar dan jgn terus lena...marah2 dgn najib tetap dpt majoriti undi mnyokong budget 2016...mereka tetap bersatu.

PRU 10(1999) pembangkang berjaya mngejutkan BN dgn gelombang reformasi....semua dh 'mngembang' dada

PRU 11(2004) pembangkang kalah teruk..klntan hmpir terlepas..trgnu melopong...


...senjata BN paling ampuh adalah PERSEMPADANAN SEMULA dan 'pengundi baru'..

** tunggu dan lihat je PRU14**

PRN Sarawak xlama lg boleh dijadikan pengukur setakat mna BN bergolak..

Mariani disemadi bersebelahan dengan Saloma

 | December 2, 2015
PM turut rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah
mariani
PETALING JAYA: Allahyarhamah Mariam Ismail, 82, atau lebih dikenali sebagai Mariani selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, jam 11.30 pagi tadi.
Jenazah primadona filem Melayu itu dikebumi bersebelahan dengan kubur adiknya, Puan Sri Saloma Ismail.
Allahyarhamah yang sinonim dengan watak Cikgu Manisah dalam filem Labu Labi meninggal dunia malam tadi di Sentul kerana kanser usus.
Sementara itu, di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah," tulis beliau.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/mariani-disemadi-bersebelahan-dengan-saloma/#sthash.4yK6RfrJ.dpuf

Mariani disemadi bersebelahan dengan Saloma

 | December 2, 2015
PM turut rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah
mariani
PETALING JAYA: Allahyarhamah Mariam Ismail, 82, atau lebih dikenali sebagai Mariani selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, jam 11.30 pagi tadi.
Jenazah primadona filem Melayu itu dikebumi bersebelahan dengan kubur adiknya, Puan Sri Saloma Ismail.
Allahyarhamah yang sinonim dengan watak Cikgu Manisah dalam filem Labu Labi meninggal dunia malam tadi di Sentul kerana kanser usus.
Sementara itu, di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah," tulis beliau.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/mariani-disemadi-bersebelahan-dengan-saloma/#sthash.4yK6RfrJ.dpuf

Berita Gempar Ini Mungkin Disorok TV3, RTM Dan Utusan..

Posted: 01 Dec 2015 09:30 PM PST

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) meminta ahli UMNO yang sependirian dengannya supaya berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat UMNO.

Seruan itu dibuat bagi menyuarakan sokongan kepada sembilan ketua UMNO cawangan di Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Hebahan mengenainya dimuat naik di laman Facebooknya, meminta mereka yang bersimpati dan menyokong datang ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengahari, pada Rabu.


Selain itu, sebagai simbolik, mereka juga diminta memakai baju berwarna putih.

"Jika anda berkelapangan jom sokong pemimpin kecil yg berjuang utk rakyat ini… ada pemimpin tinggi umno yg perlekehkan Ketua2 Cawangan spt yg kena hadap lembaga disiplin ni… tp pemimpin tinggi ni lupa siapa yg letakkan mereka di situ… ‪#‎BeraniKeranaBenar," tulis pengendalinya.

"Buktikan umno bukan parti yang bertunjangkan duit…bangkit anak melayu jangan biarkan bangla menguasai negara kita," tulis Abu Adli.

Mereka berdepan dengan tindakan itu susulan sidang media pada 24 Oktober lalu yang mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.

Selain, sembilan ketua UMNO cawangan bahagian berkenaan, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor turut dipanggil Lembaga Disiplin pada Rabu.
Addin

Posted: 01 Dec 2015 08:44 PM PST

TERKiNi

TERNOWW

TERHOTT

12:30 DEMO


ANTI NAJiB

Di PWTC

Muhyiddin akan sertai protes 'wira' tuntut Najib berundur

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dijangka menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang dihadapkan ke lembaga disiplin parti petang ini.

Ketua Wanita Umno Gopeng  Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dikatakan sedang menghimpunkan ahli-ahli parti untuk berkumpul di ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden Najib Razak.










Apa jaminan UMNO menang jika Najib berundur? Faiz Zainudin

Posted: 01 Dec 2015 07:30 PM PST


bung-mokhtar_mahaihit_najib_600

Kemelut yang berlaku dalam UMNO sekarang ini bukanlah disebabkan faktor kelemahan kepimpinan Najib sebaliknya kegagalan ahli menjawab serangan pembangkang.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, apakah jaminan UMNO akan menang dalam PRU-14 sekiranya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO akan kalah pada pilihan raya nanti sekiranya terus mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.

Katanya, kemelut yang berlaku dalam UMNO bukan disebab faktor kelemahan kepimpinan Najib, sebaliknya kelemahan ahli parti dalam menyelesaikan isu rakyat dan menjawab segala tuduham pembangkang.

"Apa jaminan UMNO akan menang dalam PRU-14 sekiranya Najib Razak berhenti jadi PM?

"Isunya bukan terletak kepada kelemahan Najib sendiri. Kesemua ahli UMNO perlu berubah dan mempertahankan apa jua bentuk serangan dan fitnah dari pembangkang dan cuba menyelesaikan isu-isu semasa dengan cepat," katanya kepada FMT.

Jelas Ahli Parlimen Kinabatangan itu, beliau yakin bahawa rakyat masih setia kepada UMNO.

Namun, katanya, apa yang perlu dilakukan ialah kesemua pemimpin UMNO harus turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Ditambah pula dengan kegagalan parti pembangkang membawa perubahan di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada pilihan raya lepas.

"Kita telah melihat kegagalan parti pembangkang selama ini dan tidak ada apapun yang boleh dibanggakan di negeri-negeri mereka perintah.

"Dalam dua tahun ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO menyusun strategi dan menyelesaikan kemelut yang berlaku," katanya.


FMT

Pengundi muda Lembah Pantai mahu ‘hukum’ Izzah Khairil Ashraf

Posted: 01 Dec 2015 06:45 PM PST


pemuda-lembah-pantai

Izzah digesa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas bergambar dengan Puteri Sultan Sulu Jacel Kiram.

KUALA LUMPUR: Gabungan pengundi muda Lembah Pantai mendesak Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu selepas gambar kontroversinya dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu.

Pengerusinya Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, sekiranya Nurul Izzah meletakkan jawatan, pengundi muda di kawasan itu bersedia untuk 'menghukumnya' jika diadakan pilihan raya kecil

"Kami menyeru kepada Nurul Izzah dengan apa yang telah dibuat bersama dengan Jacel Kiram kalau dia berani, dia lepaskan jawatan wakil rakyat.

"Pengundi-pengundi muda di Lembah Pantai dah siap sedia untuk menghukum Nurul Izzah di Lembah Pantai. Jangan tunggu sampai lima tahun," katanya pada sidang medianya di Apartment Abdullah Hukum pada Selasa.

Mohd Nazri turut mendakwa Naib Presiden PKR itu juga tidak melakukan apa-apa perkara yang berbakti kepada kawasan terbabit sejak menjadi Ahli Parlimen.

"Nurul Izzah di Lembah Pantai memang gagal jaga kebajikan di Lembah Pantai. Dia lebih tumpukan kepada kawasan di luar. Apa yang kita dapat di luar sana mengetahui Nurul Izzah ini seorang yang tidak berbakti kepada Lembah Pantai.

"Nurul Izzah ini lebih hebat atau dimomokkan dengan media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Tetapi di Lembah Pantai bagi kami pengundi-pengundi muda ini, dia dalam seminggu memang tidak ada dalam Lembah Pantai," dakwanya.

Tambahnya, pihaknya akan berterusan mendesak Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melepaskan jawatannya dengan memasang kain rentang di sekitar kawasan terbabit.

Katanya kira-kira 20 kain rentang akan dipasang agar Nurul Izzah meletakkan jawatannya.


FMT 



 
Aku rasa ada permainan kotor dari pimpinan PKR itu sendiri. Mereka takut dengan kebangkitan Nurul dan sokongan kuat dari rakyat terhadap beliau. Mereka2 ini wajib kita tumbangkan segera, mereka ini akan menjadi DURI DALAM DAGING PKR. Wallahuallam.

AL FATIHAH - Seniwati Mariani meninggal dunia FMT Reporters

Posted: 01 Dec 2015 06:15 PM PST


Seniwati-Mariani_

Kematian Mariani diberitahu anaknya Melissa Saila menerusi laman sosial

PETALING JAYA: Seniwati filem Melayu klasik, Siti Mariam Ismail atau lebih dikenali Mariani meninggal dunia dikediamannya di Sentul kira-kira jam 7.32 malam ini.

Kematian Mariani yang berusia 82 tahun diberitahu oleh anaknya yang juga pelakon, Melissa Saila menerusi Twitter dan Facebook miliknya.

"Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @ Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul. Rancangan pengkebumian akan diupdate kelak," kongsi Melissa di laman sosial.

Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Tiga Abdul, Saudagar Minyak Urat, dan Setinggan.

Ketua UMNO cawangan desak Najib sudah sedia dipecat Mohamad - Fadli

Posted: 01 Dec 2015 05:45 PM PST


najib-umno

Mereka mempersoalkan mengapa jika akar umbi mengkritik pemimpin dianggap sebagai pengkhianat parti.

PETALING JAYA: Ketua-Ketua UMNO cawangan yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur sudah bersedia dikenakan tindakan tegas oleh parti termasuk dipecat.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway, Bahagian Puchong, Mohd Said Amidon berkata, ketua-ketua UMNO cawangan yang terlibat tidak gentar sekiranya Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan terhadap mereka.

Ini kerana, katanya, desakan itu bertujuan menyelamatkan UMNO bukannya berniat untuk merosakkan parti.

"Kita tidak faham kenapa apabila ahli akar umbi di bawah ini yang ingin menyelamatkan parti dikatakan cuba merosakkan parti.

"Apapun keputusannya nanti… kita tidak gentar dan sudah bersedia untuk dipecat keahlian kami," katanya kepada FMT.

Said berkata demikian ketika diminta mengulas sembilan Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang akan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin pada Rabu ini.

Mengulas lanjut, Said juga berkata, desakan terhadap Najib tetap akan diteruskan walaupun tindakan dikenakan terhadap mereka.

"Kita tahu tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin parti hanyalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

"Kita tetap dengan usaha supaya Najib berundur dan tidak akan mengalah," tegasnya sambil menafikan ketua-ketua cawangan yang membuat desakan itu kerana kecewa kalah dalam pertandingan peringkat bahagian masing-masing.


FMT

Berhati Hati Melalui Perjalanan Lebuhraya Karak - Bentong

Posted: 01 Dec 2015 05:15 PM PST

Komander Abu Suffian's photo.

Asalaimualaikum,..... teman2 semua.....tolong sebarkan info ini pada hamba allah yg hendak ke kuantan supaya berhati hati bla melalui l/raya bentong ke karak n karak ke bentong kerana jln di simbah minyak selepas hjn,jgn bawa kenderaan laju......hebahkan utk kebaikan semua...
Info dpd rakan polis Bentong

PAHANG DARUL BAUXITE

Posted: 01 Dec 2015 04:45 PM PST

JABATAN AMAL KUANTAN's photo.
NANTI PRU14, dapat sekampit beras undilah lagi UMNQ...cuba lihat skang, suara rakyat Aljibby nak dengar ke atau keuntungan kroni yang mereka utamakan...

Kalau masih pangkah UMNQ nanti aku cuma bole katakan PADAN MUKA korang, bodo xdapat nak diajar, dah terkena pun masih nak sokong...BUDUS!!!
JABATAN AMAL KUANTAN's photo.JABATAN AMAL KUANTAN's photo.
JABATAN AMAL KUANTAN's photo.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Punah alam kerana tangan manusia, Kesan bukan pada manusia sahaja bahkan pada binatang lebih-lebih lagi makanan laut yang menjadi sumber makan kita.

Kerajaan penyebab harga kereta Proton mahal Adam Abu Bakar

Posted: 01 Dec 2015 04:00 PM PST


mahathir,proton,logo

Pihak Kerajaan telah mencukaikan kenderaan itu sehingga 300 peratus

SHAH ALAM: Orang ramai tidak seharusnya menyalahkan Proton Holdings Bhd. (Proton) ekoran harga tinggi kereta itu di pasaran tempatan.

Sebaliknya, mereka wajar menuding jari dengan menyalahkan kerajaan ekoran cukai yang dikenakan terhadap kereta itu terlalu tinggi dan tidak masuk akal sekaligus menyebabkan perkara itu berlaku.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu tuduhan terhadap Proton mengenai perkara berkenaan dihentikan.

"Proton selalu dipersalahkan ekoran harga kenderaan yang mahal. Ia bukan salah Proton. Pihak Kerajaan yang mahu mencukaikan kenderaan sehingga 300 peratus.

"Kerajaan mahukan pendapatan. Kita (Proton) bukan punca kepada harga kenderaan yang tinggi," katanya dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Selasa.

Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa terdapat kempen yang menggesa agar rakyat Malaysia tidak membeli kereta buatan Proton.

"Terdapat kempen untuk rakyat Malaysia supaya tidak membeli kereta buatan Proton," ujarnya.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga menyatakan sehingga kini, pihak kerajaan juga tidak memperuntukkan sebarang peruntukkan kepada Proton untuk kereta elektrik.

"Tiada peruntukan khas untuk kereta elektrik. Cukuplah agar kerajaan tidak menggalakkan rakyat di negara ini untuk membeli kereta import," ujarnya.

Bukan setakat itu, malah, beliau turut menyatakan sehingga kini pihak kerajaan masih belum membuat apa-apa bayaran royalti terhadap kereta elektrik buatan Proton.

"Kerajaan mahukan kita buat sebuah kereta elektrik, setelah kita buat dan harumkan nama negara, kita masih tidak menerima apa-apa bayaran.

"Sebaliknya, kita pula keluarkan duit sendiri untuk menghasilkan kereta hybrid, dan kereta elektrik," ujarnya lagi.


FMT

Malaysianya kita

Posted: 01 Dec 2015 08:15 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

Yang benar begitulah yang nyata dan itulah kita lihat selalu. tidak dinafi orangnya malaysiaku ini selalu saja kala di mana2 siap memakai topeng dan mereka tidak berani memperlihatkan wajah sebenar.

baik di rumah atau di pejabat atau di mana2 saja ada saja yang kita lihat begitu rupanya dan nama membuka topeng dan mengatakan " inilah aku" itu tidak akan ada pernahnya yang kekadang segalanya itu bisa melahirkan pertanyaan yang pelbagai hingga kita sesama kita terus hidup dalam cermin kaca yang ada saja bebayang tak jelas.

akhirnya kesan segala yang kita lihat ini melahirkan satu kelompok masyarakat yang penuh dengan curiga dan was2 dan makanya selalu dikatakan setiap rumah dan waktu kita itu harusnya ada sesuatu yang namanya pagar besi untuk mengelak yang tidak baik bisa saja jatuh di halaman rumah dibawanya petaka.

kepada yang di atas bawah kiri kanan kita sesama kita tidak lagi begitu mudah percaya dan kita kekadang tidak merasakan di sisi kita itu atau mungkin saja dalam selimut kala tidur malam ada sesuatu yang siap bersama dan ditanamkannya virus yang menyebabkan kita sirna dan hidup dalam kepayahan dan rasanya mereka itu seolah tuhan yang maha berkuasa.

segala hak yang ada di sekitar mereka habisi atas nama kononnya memang begitulah keadaan meski sebenarnya mereka itu adalah perampok jahat haiwan yang berwajah malaikat hakikat sebenar bangsat laknatullah paling celaka di akhir zaman ini.

memang rata2 kalangan yang saya lihat begitulah di sebalik topeng2 pelbagai warna ada di sebalik topeng ada lagi topeng dan sebalik itu ada lagi yang memang rasanya teramat sukar untuk kita mengenal wajah sebenarnya dan inilah yang kelihatannya cukup bahaya sekali pada waktu2 kita berhadapan dengan dunia baru yang tanpa sempadan.

barangkali tentunya kita sesama kita lebih mengerti hakikat ini tetapi ada kalanya mata kita ditutupi sarang labah2 dan hati kita jadi beku kesan dalam keterpaksaan dan dipaksa untuk menerima apa yang sebenarnya berlaku di depan mata kita dan akhirnya kita menjadi badut yang kehilangan segala yang digenggam.



ISMAILY BUNGSU
1/12/2015

Tambang ERL naik RM20 bermula 1 Januari 2016 FMT Reporters

Posted: 01 Dec 2015 07:30 AM PST


erl_nail_600

Kenaikan pertama kali sejak perkhidmatan itu diperkenalkan 14 tahun lalu.

PETALING JAYA: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD).

Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, kadar baharu itu lebih rendah jika mengikut perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM64 bagi perjalanan sehala.

Katanya, ERL memahami kesukaran rakyat yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan korporat untuk membantu meringankan beban pengguna susulan kenaikan itu.

"Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini tanpa berkompromi dengan mutu perkhidmatan dan piawaian keselamatan, " katanya menerusi kenyataan media.

Noormah berkata, antara usaha itu ialah mengadakan kerjasama dengan MasterCard untuk menawarkan potongan harga yang menarik.

Sebagai contoh, katanya, penumpang yang menggunakan MasterCard hanya perlu membayar RM40 iaitu RM5 lebih mahal daripada harga lama RM35.

Katanya, potongan harga sehingga 20% bagi pengguna sesetengah kad kredit juga akan disediakan dan ERL sedang berbincang dengan bank-bank terlibat.

Bagi pengguna yang membeli tiket secara dalam talian, aplikasi di telefon bimbit dan kioks ERL akan menikmati diskaun 10% sama seperti pengguna yang menggunakan Kad Touch N Go.


FMT

PAS Diresapi Militan ISIS, Perlu Satu Kajian Serius SB. -Presiden Amanah.

Posted: 01 Dec 2015 07:00 AM PST

mat-sabu-parti amanah

Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS.

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang "dikafirkan" halal darahnya untuk dibunuh.

Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

"Adakah polis Malaysia tidak dapat mengesan perkara ini atau ada konspirasi bersama?
"Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau ada badan lain menyusunnya," kata Mohamad yang bimbang ia dirancang musuh-musuh PAS sehingga parti Islam itu berpecah sebagaimana sekarang.

Pemimpin PAS sokong Isis

Mohamad berkata, budaya ini bukan saja bahaya kepada PAS bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.

Misalnya kami dalam PAS sebelum ini tidak pernah diberitahu tentang pemergian sesetengah pemimpin pertengahan dalam PAS ke Syria dan Iraq untuk berjuang di sana.

"Tahu-tahu kami dengar ada ahli PAS berada di Syria dan mengangkat senjata di sana dan kemudiannya timbul cerita Ustaz Lotfi meninggal di sana," katanya merujuk kepada kematian bekas pemimpin PAS, Lotfi Ariffin di Syria.

Beliau menyebut, antara yang menulis dan memberikan sokongan awal kepada Lotfi selepas terbunuh ialah Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Jawatankuasa Pusat Zaharudin Muhammad.

Hadi tolak budaya takfiri

Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan takfiri ini.

"Apakah ia berlaku di luar kawalan beliau atau macam mana?" soalnya.

Mohamad dan pemimpin progresif PAS tewas secara berkumpulan dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor pertengahan tahun lalu menyebabkan Amanah dibentuk.

Beberapa tahun sebelum pemilihan, Mohamad dan kumpulannya dilabelkan sebagai kumpulan yang tidak mahu kepada Islam tulen yang dibawa PAS dan dilabel liberal, sekular, sosialis, Syiah dan sebagainya.

Mohamad menceritakan, budaya takfiri mula dikesan beliau menular dalam PAS sejak 4 hingga 5 tahun lalu.

"Kecenderungan takfiri di dalam PAS sejak 4 hingga 5 tahun lalu menyebabkan lahirnya budaya label melabel yang cukup negatif kepada PAS," kata Mohamad.

Mohmad memberi contoh, 3 bekas pemimpin kanan PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mohamed Hanipa Maidin dilabel sebagai liberal sehingga kerja baik dan usaha mereka dalam parti Islam itu tidak dihargai lagi.

Tak kecil hati kalah pemilihan

Mohamad berkata, beliau sudah banyak kali kalah dalam pemilihan PAS tetapi tidak pernah berkecil hati kerana itu adat perlawanan.

"Saya pernah kalah kepada Abu Bakar Chik untuk jawatan ketua Pemuda. Saya pernah kalah kepada Datuk Hasan Ali dan Nasharudin (Mat Isa) tetapi saya tidak kisah kerana perbandingan dibuat berdasarkan prestasi dan keupayaan antara kami.

"Tetapi saya dan rakan-rakan kalah kali ini kerana budaya label dan takfiri. Misalnya liberal, sekular, sosialis dan sebagainya.

"Label ini sangat bahaya sebenarnya kerana ia membawa makna akidahnya sudah rosak dan segala kerja baik kita untuk Islam tidak berguna lagi," kata Mohamad dengan nada sedih.

Katanya, ini mengakibatkan pemimpin yang tidak disenangi kumpulan takfiri tewas dalam muktamar PAS lalu.

"Budaya ini bukan terhenti setakat itu bahkan ia nampak semakin kuat sekarang.

"Saya ikuti kuliah-kuliah ustaz yang disebarkan melalui WhatsApp, ia semakin kuat.

"Dari situlah juga lahirnya label mereka yang menyertai Amanah ini sebagai pengkhianat dan haram menyertai Amanah," kata Mohamad. (M.Insider/Stv)
Ibnu Hasyim

DUTA BRITISH JEMPUT DSPL

Posted: 01 Dec 2015 06:15 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

Duta British menjemput DSPL untuk hadir di pejabat kedutaan hari ini.

Jemputan ini jelas memperlihatkan hubungan yang akrap antara kedutaan British dan PKR Sabah.

Dalam gambar dijelaskan DSPL sedang berbincang dan menandatangani buku kehadiran.

Ismaily Bungsu C's photo.



 ISMAILY BUNGSU
Peg perhubungan awam

Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Posted: 01 Dec 2015 05:30 AM PST

Yusup Sofan Kamaruddin's photo.
 
Rakyat Malaysia mesti bersatu menuntut najib meletakkan jawatan sabagai perdana menteri...
 


Tan sri mohyiddin yassin

Isu Syiah dan Sunni: Orang PAS, kot korang dah lupa aku hidang balik apa Hadi kata!

Posted: 01 Dec 2015 04:48 AM PST



Hadi Kata Sunni BODOH dan Syiah BODOH Punca MARANG:

Umat Islam diingatkan agar tidak leka dan terpengaruh dengan agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab Sunni-Syiah. Presiden PAS,

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula. Justeru, katanya secara sedar tetapi bodoh atau jahil isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya adalah Israel serta kuasa-kuasa besar dunia.

"Sekarang kita (umat Islam) menghadapi zaman kebangkitan Islam. Kumpulan Islam menang di rata-rata dunia, bangkit sama ada secara sedar tapi bodoh atau pun jahil isu-isu lama ini ditimbulkan semula.

"Sehingga orang Islam lupa masalah kebangkitan Islam yang patut mereka tangani dan mereka lupa sepatutnya mereka (umat Islam) hadapi Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Asyik sibuk dengan masalah-masalah mazhab yang ditimbulkan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, baru-baru ini.

Katanya, umat Islam juga wajar memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.

Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kuasa besar dunia yang dipengaruhi Israel cukup bimbang dengan kebangkitan Islam seluruhnya terutama di Mesir dan Turki.

Menurutnya, 90 peratus dunia Islam hari ini ahli Sunnah termasuk Mesir dan Turki merupakan negara Sunni yang mampu menguasai serta memimpin dunia Islam.

"Seorang pimpinan dari Syiah pernah mengatakan depan saya, bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh ahli Sunnah. Orang Syiah tidak boleh pimpin kerana 90 peratus dunia Islam adalah ahli Sunnah. Merekalah (Sunni) yang layak memimpin dunia Islam.

"Sebab itulah seluruh kekuatan barat mengepung Mesir, mengepung Turki kerana barat mengetahui jika berlaku kemenangan di Mesir dan Turki akan menguasai dunia Islam seluruhnya. "Iran tidak boleh menguasai dunia Islam dan ini bacaan politik antarabangsa yang kita kena faham," jelasnya di hadapan lebih 500 peserta perantau.

Hadir sama sebagai tetamu khas pada majlis perantau tersebut Penaung Majlis Permufakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan wakil kerajaan Hamas Palestin, Syeikh Dr Ahmed al-Najjar.

Kata Ustaz Abdul Hadi, sepatutnya pihak yang berautoriti membincangkan masalah antara mazhab adalah di kalangan ahli-ahli agama, ahli ilmu akademik dan bukan golongan yang 'bodoh' serta jahil.

"Dalam hal ini kita kena sedar dalam masalah mazhab ini sepatutnya dibincang oleh ahli-ahli ilmu, jangan yang bodoh. Dalam Sunni ada bodoh, dalam Syiah pun ada yang bodoh dan ini 'penyakit' yang kita sedang hadapi hari ini," ujarnya.

Tambah beliau, pengaruh mazhab Syiah dalam masyarakat Melayu bukan perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu.

Namun, katanya orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. -Harakahdaily via Celah Gelegar # Maka kamu janganlah jadi bodoh sebagaimana Presideng kamu ucapkan!


Posted by mountdweller.
Isu Syiah dan Sunni: Orang PAS, kot korang dah lupa aku hidang balik apa Hadi kata! Tuesday, August 20, 2013 Hadi Kata Sunni BODOH dan Syiah BODOH Punca MARANG: Umat Islam diingatkan agar tidak leka dan terpengaruh dengan agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab Sunni-Syiah. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula. Justeru, katanya secara sedar tetapi bodoh atau jahil isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia. Menurut Ustaz Abdul Hadi, asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya adalah Israel serta kuasa-kuasa besar dunia. "Sekarang kita (umat Islam) menghadapi zaman kebangkitan Islam. Kumpulan Islam menang di rata-rata dunia, bangkit sama ada secara sedar tapi bodoh atau pun jahil isu-isu lama ini ditimbulkan semula. "Sehingga orang Islam lupa masalah kebangkitan Islam yang patut mereka tangani dan mereka lupa sepatutnya mereka (umat Islam) hadapi Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Asyik sibuk dengan masalah-masalah mazhab yang ditimbulkan," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, baru-baru ini. Katanya, umat Islam juga wajar memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel. Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kuasa besar dunia yang dipengaruhi Israel cukup bimbang dengan kebangkitan Islam seluruhnya terutama di Mesir dan Turki. Menurutnya, 90 peratus dunia Islam hari ini ahli Sunnah termasuk Mesir dan Turki merupakan negara Sunni yang mampu menguasai serta memimpin dunia Islam. "Seorang pimpinan dari Syiah pernah mengatakan depan saya, bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh ahli Sunnah. Orang Syiah tidak boleh pimpin kerana 90 peratus dunia Islam adalah ahli Sunnah. Merekalah (Sunni) yang layak memimpin dunia Islam. "Sebab itulah seluruh kekuatan barat mengepung Mesir, mengepung Turki kerana barat mengetahui jika berlaku kemenangan di Mesir dan Turki akan menguasai dunia Islam seluruhnya. "Iran tidak boleh menguasai dunia Islam dan ini bacaan politik antarabangsa yang kita kena faham," jelasnya di hadapan lebih 500 peserta perantau. Hadir sama sebagai tetamu khas pada majlis perantau tersebut Penaung Majlis Permufakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan wakil kerajaan Hamas Palestin, Syeikh Dr Ahmed al-Najjar. Kata Ustaz Abdul Hadi, sepatutnya pihak yang berautoriti membincangkan masalah antara mazhab adalah di kalangan ahli-ahli agama, ahli ilmu akademik dan bukan golongan yang 'bodoh' serta jahil. "Dalam hal ini kita kena sedar dalam masalah mazhab ini sepatutnya dibincang oleh ahli-ahli ilmu, jangan yang bodoh. Dalam Sunni ada bodoh, dalam Syiah pun ada yang bodoh dan ini 'penyakit' yang kita sedang hadapi hari ini," ujarnya. Tambah beliau, pengaruh mazhab Syiah dalam masyarakat Melayu bukan perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu. Namun, katanya orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. -Harakahdaily via Celah Gelegar # Maka kamu janganlah jadi bodoh sebagaimana Presideng kamu ucapkan! Posted by mountdwelle

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Isu NFCorp selesai, laporan patut dibentang di Parlimen Faiz Zainudin

Posted: 01 Dec 2015 01:30 AM PST


tonyKes itu sudah selesai di mahkamah dan sepatutnya tiada masalah untuk dibentangkan kepada semua ahli parlimen untuk diteliti. 

KUALA LUMPUR: Walaupun isu National Feedlot Corporation (NFCorp) telah selesai di mahkamah namun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) masih belum dibentangkan kepada ahli parlimen.

Laporan itu sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada 2014 tetapi dihalang oleh Pejabat Peguam Negara kerana kes itu masih berjalan di mahkamah.

Memandangkan kes itu telah selesai pada 24 November lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia digesa supaya membenarkan pembentangan laporan kepada ahli parlimen.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.


"Siasatan sudah selesai pada penggal lalu 2013. PAC telah siapkan dan memutamadkan laporan NFCorp dan perkara itu sudah sampai kepada Pejabat Speaker pada awal 2014 tetapi PAC diberitahu bahawa laporan itu tidak akan dibentangkan dalam Parlimen akibat kes NFCorp masih berjalan di mahkamah (pada waktu itu).

"Pada ketika itu, Speaker memberitahu Peguam Negara menasihatkan supaya pembentangan laporan ditangguhkan sehingga kes selesai. Kita sudah tahu kes sudah selesai.

"Kita harap Speaker selesai sesi ini, esok atau lusa membenarkan pembentangan laporan NFCorp kepada semua ahli dewan supaya dapat diteliti dalam dewan termasuk pihak berkuasa supaya tindakan susulan dapat dijalankan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAC di Lobi Parlimen pada Selasa.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.


FMT.

Isu gambar: Nurul Izzah jumpa speaker hari ini Faiz Zainudin

Posted: 01 Dec 2015 12:45 AM PST


izzahIzzah menegaskan bahawa beliau lebih cenderung untuk memberi penjelasan di dalam dewan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar akan berjumpa dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini bagi memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram.

Katanya, pertemuannya itu adalah secara peribadi dan tidak mahu menyatakan secara terperinci akan perkara tersebut.

"Hari ini Insyallah saya akan berjumpa dengan Speaker dan saya mahukan hak saya untuk bagi penerangan dalam dewan.

"Saya tak akan bagitahu lagi buat masa ini, tunggu sampai saya dapat pengesahan," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan bahawa beliau lebih cenderung untuk memberi penjelasan di dalam dewan.

"Saya akan minta untuk diberikan penerangan kepada seluruh dewan, bagi saya selesaikan dulu dan kita akan tahu nanti," katanya.

Terdahulu, Izzah menyatakan kesediaan beliau untuk memberi penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyarankan agar Nurul Izzah menggunakan platform jawatankuasa itu untuk membela diri berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah pada 2013.

Jawatankuasa berkenaan terdiri daripada pimpinan kerajaan dan pembangkang dimana Speaker sendiri bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.


FMT.

Inilah Hajat Yus Jambu Sebelum Meninggal.

Posted: 01 Dec 2015 12:00 AM PST


Zar Ali's photo. Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

"Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai. 

Dia merupakan model sambilan dan juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.

Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu," katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

"Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa. Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya," ujarnya ketawa.
Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir. Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar. Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya," ulasnya. Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu, Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

"Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka, Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok. Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan," katanya mengakhiri perbualan.


BLM.