Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


ORANG AGAMA BERPOLITIK

Posted: 30 Nov 2015 11:15 PM PST


Bang Maily II's photo.

Bila orang agama berpolitik itu sewajar dan tidak salah sebab Nabi juga disamping berniaga, dia juga pentadbir, dakwah dan berpolitik yang dulu dinamakan berSIASAH.

Itu antara syariat Nabi dan kalau kita tidak ikut syariat nabi makna rasanya kurang lengkap sebagai umat Nabi dan jangan pula kita mengatakan yang Nabi tidak berpolitik.

Siasah dan Politik maksudnya sama, cuma di Malaysia ini agar beza. Kamus indo kata Politik itu muslihat dan siapa saja yang bijak muslihat/strategi maka biasanya menang dan itu cara kita sekarang
.
Nabi berpolitik jelas telus jujur dan amanah dan dia peggang konsep dari rakyat kepada rakyat dan nabi tidak pernah ambil kesematan kaut kekayaan untuk dirinya.

Di rumah Nabi sendiri tidak ada apa-apa selain tergantung gayung untuk ambil air sembahyang sehingga sobatanya berkata kenapa saja nabi yang dimuliakan itu tidak punya apa2 padahal dia boleh mau apa saja dia mahu.

Itulah cara politik nabi

Orang agama tidak semua berpolitik "lain macam" ada yang dulu siang malam ceramah di mesjid, ceramah di TV tentang islam dan masuk politik tiba2 batai wang zakat, bantai wang tabung haji dan bantai dana Yapeim. Lalu bagaimana kita mahu percaya orang agama berpolitik.

Seekor dua kerbau bawa lumpur habis semuanya terpalit dan busuk baunya kesannya yang agamawan lain seolah terkena sama dan ini tidak boleh jadi.

Paling teruk lagi Haji Hadi kata dia menerima surat dari Al Qaradhawi/ulama islam no satu dunia mengatakan parti AMANAH itu haram.

Hingga sekarang saya mencari di mana saja ayat2 al Quran dan hadis mengatakan yang AMANAH itu haram dan hingga sekarang saya bertanya2 apakah benar Al Qaradhawi benar menulis surat dan mengatakan haram?

Saya merasa tidak lojik sama sekali meski saya ini jahil agama dan mana mungkin menubuhkan parti lain selain PAS adalah haram. Ini tidak masuk akal.

Kitapun bertanya dan seharusnya Hj Hadi kena tunjuk surat itu tetapi hingga sekarang dia gagal memperlihatkan bukti dan semula saya berfikir apakah Hj Hadi ini berbohong dan sengaja mengada2kan cerita?

Bila memikirkan dia ini orang no 2 ulama, maka tidak lojik dia berkata bergitu tetapi bila memikirkan sebelum ini soal pil kuda dan katanya barua, maka semula saya berfikir.

Bukan saja saya yang berfikir malah orang Islam dan bukan Islam berfikir dan menjadi tandatanya.
Untuk jernihkan keadaan ini rasanya Haji Hadi kena tampil dan mengatakan dan kalau tidak pasti dia dikatakan BOHONG dan FITNAH tapi ulama bisa berbohong dan bisa memfitnahkah.

Nah, sekali lagi saya jadi bingung dan kacau dan kesannya itu sebab di Malaysia ini meski orang agama berpolitik sukar sangat dipercaya sebab baik orang biasa termasuk agamawan akan kita jumpa lidah mereka macam lidah biawak dan kekadang pemimpin yang bukan islam lagi telus dan menunjukkan keikhlasan sebenar.


Susahlah ini macam!

ISMAILY BUNGSU

Pas yakin rampas kembali Kedah dan Terengganu – Nik Abduh Faiz Zainudin

Posted: 30 Nov 2015 10:30 PM PST


PASKeyakinan itu dilihat apabila Pas sudah mula diterima rakyat setelah menolak mereka UMNO dan Barisan Nasional 

PETALING JAYA: Pas yakin akan merampas kembali negeri Kedah dan Terengganu yang pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti selain, mengekalkan negeri Kelantan yang ditadbir sejak 1990.

Keyakinan itu disuarakan, Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila menyatakan, aura parti Islam itu semakin diterima rakyat.

"Pas insyallah, akan memenangi PRU-14 nanti dan akan kembali menguasai negeri Terengganu dan Kedah selain terus mengekalkan kemenangannya di Kelantan. Pas juga akan menambah kekuatannya di beberapa negeri termasuk di pantai barat," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, peluang Pas untuk menawan hari rakyat amat terbuka, setelah rakyat sudah mula menolak UMNO susulan daripada pelbagai kememelut yang dihadapi pada ketika ini, termasuklah skandal yang melibatkan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

"Selain saingan Pas iaitu UMNO yang semakin gagal menawan hati rakyat dengan persembahan semakin buruk, kami yakin rakyat Malaysia, terutama jentera dan kaki tangan kerajaan telah bersedia untuk menerima kehadiran Pas dalam pemerintahan di seluruh negara.

"Rakyat Malaysia baik. Hanya yang sedang merosakkannya adalah anasir-anasir perosak yang tidak dihalang, bahkan dijaga oleh UMNO dan BN," tulisnya.

Terdahulu, Nik Abduh berkata,rakyat Kelantan sesekali tidak akan membenarkan kerajaan Pas tumbang, apabila UMNO negeri itu menyuarakan keyakinan untuk menang setelah ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


FMT

Maaf jika ada sedikit telahan yg Rasis,

Posted: 30 Nov 2015 09:45 PM PST

Mungkin ada benarnya juga.
Jika berlandaskan pada kebenaran,
itulah segala hakikatnya yg berlaku ketika ini.


Cen Polo's photo.

salam perjuangan,

#‎Reformasi2015‬

Mari Kita Menyumbang Kepada Rumah Anak Anak Yatim

Posted: 30 Nov 2015 09:00 PM PST

 

 

 

 

Assalamualaikum...saya nk buat program ziarah ke Persatuan Penjagaan Kanak2 Cacat Klang pada 

05 Sisember, 2015..

 Kebanyakan yangenyumbang dtg dr non muslim....rumah ini di diami oleh 3 bangsa...anak cina,india dan melayu..mereka cacat...

Sesiapa Sahaja Yang berminat Untuk Menyumbang,  Sila Hubungi Puan Hasmah Mohamad

 https://www.facebook.com/hasmah.mohamad.5


VIDEO - Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar?

Posted: 30 Nov 2015 08:17 PM PST


Zar Ali's photo. Baca selanjutnya di sini Cara paling mudah bagi PAS menghentikan kritikan Husam ialah dengan arahan mengunci mulut Husam.

Okeylah, buat sementara waktu ini Husam terpaksa tutup mulut sementara menunggu tindakan susulan JKPP. Namun 'gag order' tidak dikenakan terhadap presiden PAS, Hj Hadi. 

Maka Hj Hadi bolehlah bercakap, untuk buat kenyataan. Kita bukan nak suruh Hj Hadi maki hamun sesiapa pun. 

Cuma mahu Hj Hadi buat kenyataan untuk menjelaskan seperkara yang masih menjadi banyak tanda tanya dan kekeliruan ramai. 

Perkara yang saya maksudkan ini tidak ada kaitan dengan Husam. Kita mahu Hj Hadi membuktikan dakwaannya bahawa al-Qaradhawi telah memfatwakan pengharaman AMANAH melalui sepucuk surat sebagaimana dakwaannya : 

Hingga kini Hj Hadi gagal membuktikan dakwaannya mengenai adanya surat tersebut sekali gus dia gagal untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar? Apabila Husam mendakwa, Hj Hadi memujuk Azmin dan beberapa Adun PKR menyertai Pas. Husam dipanggil mengadap disuruh bawakan bukti dakwaannya itu. 

 
Tetapi kenapa dalam hal keadaan Hj Hadi mendakwa al-Qaradhawi memfatwakan pengharaman Amanah melalui sepucuk surat itu, Hj Hadi tidak pernah diminta oleh JKPP untuk membuktikan dakwaannya itu? Tidakkah ini double standard namanya? 

Apakah PAS ingat Hj Hadi tidak pandai membohong atau buat fitnah? Segala cakap-cakap dan dakwaan Hj Hadi itu semuanya benar?? 

Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar?


Kita mahu Hj Hadi membuktikan dakwaannya bahawa al-Qaradhawi telah memfatwakan pengharaman AMANAH melalui sepucuk surat sebagaimana dakwaannya :

Hingga kini Hj Hadi gagal membuktikan dakwaannya mengenai adanya surat tersebut sekali gus dia gagal untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar? Apabila Husam mendakwa,

Hj Hadi memujuk Azmin dan beberapa Adun PKR menyertai Pas. Husam dipanggil mengadap disuruh bawakan bukti dakwaannya itu. Tetapi kenapa dalam hal keadaan Hj Hadi mendakwa al-Qaradhawi memfatwakan pengharaman Amanah melalui sepucuk surat itu,

Hj Hadi tidak pernah diminta oleh JKPP untuk membuktikan dakwaannya itu? Tidakkah ini double standard namanya? Apakah PAS ingat Hj Hadi tidak pandai membohong atau buat fitnah?

Segala cakap-cakap dan dakwaan Hj Hadi itu semuanya benar?? Jangan lupa tentang kenyataan Hakim mahkamah yang menyebut bahawa kenyataan Hj Hadi mengenai pill Kuda itu ada unsur-unsur fitnah ...


AMANAH PROGRESIF PEDULI
Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar? Baca selanjutnya di sini Cara paling mudah bagi PAS menghentikan kritikan Husam ialah dengan arahan mengunci mulut Husam. Okeylah, buat sementara waktu ini Husam terpaksa tutup mulut sementara menunggu tindakan susulan JKPP. Namun 'gag order' tidak dikenakan terhadap presiden PAS, Hj Hadi. Maka Hj Hadi bolehlah bercakap, untuk buat kenyataan. Kita bukan nak suruh Hj Hadi maki hamun sesiapa pun. Cuma mahu Hj Hadi buat kenyataan untuk menjelaskan seperkara yang masih menjadi banyak tanda tanya dan kekeliruan ramai. Perkara yang saya maksudkan ini tidak ada kaitan dengan Husam. Kita mahu Hj Hadi membuktikan dakwaannya bahawa al-Qaradhawi telah memfatwakan pengharaman AMANAH melalui sepucuk surat sebagaimana dakwaannya : Hingga kini Hj Hadi gagal membuktikan dakwaannya mengenai adanya surat tersebut sekali gus dia gagal untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar? Apabila Husam mendakwa, Hj Hadi memujuk Azmin dan beberapa Adun PKR menyertai Pas. Husam dipanggil mengadap disuruh bawakan bukti dakwaannya itu. Tetapi kenapa dalam hal keadaan Hj Hadi mendakwa al-Qaradhawi memfatwakan pengharaman Amanah melalui sepucuk surat itu, Hj Hadi tidak pernah diminta oleh JKPP untuk membuktikan dakwaannya itu? Tidakkah ini double standard namanya? Apakah PAS ingat Hj Hadi tidak pandai membohong atau buat fitnah? Segala cakap-cakap dan dakwaan Hj Hadi itu semuanya benar?? Jangan lupa tentang kenyataan Hakim mahkamah yang menyebut bahawa kenyataan Hj Hadi mengenai pill Kuda itu ada unsur-unsur fitnah ...

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Ketua Audit Negara serah laporan akhir 1MDB 17 Disember ini – PAC Faiz Zainudin

Posted: 30 Nov 2015 07:30 PM PST


hasan-1mdbPAC menegaskan keutamaan adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh ke atas 1MDB.

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara dijangka akan menyerahkan laporan akhir siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 17 Disember ini.

"PAC dimaklumkan bahawa laporan akhir Katua Audit Negara berkenaan 1MDB akan siap dan diserahkan kepada PAC untuk dibantangkan pada 17 Disember 2015," kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin menerusi kenyataan pada Isnin.

Hasan berkata, PAC telah mendengar pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB yang diberikan oleh bekas Presidennya , Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Katanya, siasatan tersebut akan diteruskan apabila pihaknya akan memanggil Presiden 1MDB, Arul Kanda untuk memberi keterangan bermula esok.(Selasa).

"PAC menegaskan keutamaan adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh keatas 1MDB. Laporan lengkap untuk 1MDB disasarkan untuk siap pada Mac 2016," katanya.

Beliau yang juga, Ahli Parlimen Rompin berkata, PAC akan mendengar keterangan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin selepas membuat pendengaran akhir Ketua Audit Negara melibatkan 1MDB yang sarat dengan hutang itu.


FMT.

Masih Belum Insaf Lagi Lah.......

Posted: 30 Nov 2015 06:45 PM PST

Sokong Anwar bukan sebab sudah insaf, kata Khairuddin



khairudin

Beliau mahu menyatukan pemimpin Melayu yang semakin berpecah dan membangunkan negara yang kini di ambang kehancuran.

PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyokong supaya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara bukan disebabkan sudah insaf atau disebabkan rasa bersalah.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berkata, beliau mahu Anwar dibebaskan kerana ingin menyatupadukan pemimpin-peminpin Melayu yang dilihat semakin berpecah.

Selain itu, beliau mahu membangunkan semula negara yang dilihat di ambang kehancuran.

"Atas dasar inilah saya kata menyokong mana-mana usaha untuk membebaskan Anwar dari Penjara Sungai Buloh.

"Ia tiada kaitan dengan perasaan rasa bersalah ataupun insaf. Ini bukan isunya," tulisnya di laman Facebook.
Beliau berkata demikian menafikan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Khairuddin mungkin sudah insaf apabila menggesa kerajaan membebaskan Anwar dari penjara.

Mengulas lanjut, Khairuddin juga berkata, sudah masanya untuk semua pemimpin-pemimpin Melayu bersatu padu dan mengenepikan agenda bagi kepentingan politik masing-masing.

Beliau juga mahu cara pentadbiran negara yang progresif serta berdaya maju seperti ketika zaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah negara selama 22 tahun diwujudkan semula.

"Kita tidak harus toleh ke belakang tetapi kena pandang jauh ke hadapan untuk menyelamatkan negara ini dari terus terhumban ke lembah kehancuran.

"Bersatu hati secara jujur dan bertanggungjawab untuk kita sama-sama singkirkan semua pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah. Rasuah dan penyelewengan mesti dibanteras hingga ke akar umbi.

"Perpaduan ummah akan menguatkan semula kita secara bersama tanpa kira apa bangsa ataupun agama kita," tegasnya.


FMT. 


 
Kasihan...., bermakna belum mendapat "hidayah" dari Allah SWT untuk insaf dan bertanggunjawab diatas penderitaan DSAi.

Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang jadi bahan lawak Faiz Zainudin

Posted: 30 Nov 2015 06:00 PM PST


rushdan 1

Negara dan parti boleh diselamatkan jika Najib Tun Razak berundur dalam waktu terdekat ini. 

PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mahu mempunyai Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak di seluruh dunia.

Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Bahagian Sepang, Rushdan Mohamed berkata, rakyat akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana tidak mahu memiliki Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.

"Jika Najib terus menerajui UMNO dan BN, saya percaya rakyat akan menolak BN secara total dalam PRU-14 nanti.

"Siapa yang inginkan seorang Perdana Menteri dan Presiden parti yang dijadikan bahan 'lawak' dan dihina bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia mentertawakan kita," katanya kepada FMT.

Katanya, tindakan ketua-ketua UMNO cawangan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan ketika ini sangat berkait rapat dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu parti terbesar itu terkubur dalam pilihanraya nanti.

"Disebabkan kemungkinan ini (UMNO kalah PRU-14) jugalah kami ketua-ketua Cawangan seluruh tanah air menyatakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib berundur.

"Kalau Datuk Seri Najib berundur dalam masa terdekat ini, kerosakan yang telah dilakukan beliau sempat diperbetulkan seterusnya membawa kejayaan kepada UMNO dan BN menang dalam PRU-14," katanya.

Menerusi surat terbukanya kepada ahli UMNO yang disiarkan di blognya, Dr Mahathir meramalkan parti itu akan kalah pada PRU-14 berdasarkan kecenderungan UMNO yang dilihat mendukung kepimpinan Perdana Menteri dan melupakan perjuangan agama dan bangsa.


FMT

'PAK YUS, AIR MATA SAYA MENGALIR KETIKA MENULIS STATUS INI'

Posted: 30 Nov 2015 05:19 PM PST


Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus, bacalah dengan nama Allah.

Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, insan inilah yang datang menghulurkan bantuan.

"Nah! Ambillah duit ini. Kalau tak ada duit nak hidup, habaq kat aku jangan habaq kat orang lain. Kita geng utara, jangan buat malu kat orang," katanya sambil ketawa.

Di kemudian hari, bila saya nak memulangkan kembali duit yang dipinjamkan, inilah kata-kata arwah:

"Aku tak mahu. Daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim tak pun pergi belanja kawan-kawan. Ramai lagi yang perlukan duit itu," katanya.

"Mulianya hati kamu,"

Ketika mana saya berasa bosan, insan inilah yang akan mengajak lepak bermain PS4 FIFA di rumahnya. Manchester City adalah pasukan kegemaran dia. Sebelum game bermula, dia akan siap berpakaian jersi dan kasut bola, semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak ketawa.

"Riangnya kamu,"

Ketika berada di kampung, insan inilah yang akan call atau WhatsApp ajak main Futsal dan bola sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua guna duit poket dia. Selesai bermain, insan inilah yang akan belanja satu pasukan. Kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu.

Apabila Raja Lawak United ditubuhkan, insan inilah yang sponsor kami jersi dan bola. Dalam padang, dialah kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pada pesanan insan ini kepada saya,

"Bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan sombong," katanya.

Tetapi apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah meminta saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan tetapi tidak sempat untuk proses rakaman. Katanya, "Aku nak lagu ini, aku nak rap duo dengan Waris,". Tersenyum saya pada ketika itu.

Saya terkilan, tak sempat membalas segala jasa baik arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa.

Jam 1 pagi, saya mendapat tahu berita pemergiannya, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya terus ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat juga. Saya kapankan arwah, saya solatkan arwah, saya usungkan jenazah arwah. Sempat juga saya kucup dahi arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum.

Jika benar di dahinya tertera kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah bahawa dia bukan biasa-biasa. Saya beritahu ini bukan bertujuan untuk riak atau sebagainya tetapi hanya untuk khabarkan. Tiada apa lagi yang mampu saya balas jasa baik arwah melainkan iringan dan kiriman doa.

Saham akhirat insan ini sebagai salah seorang penyumbang kepada sebuah sekolah agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih di atas ilmu dan nasihat dari kamu. Al-fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah. - Ilham Tuah Raja Lawak

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

*TANDA TANDA SAKARATUL MAUT*

Posted: 30 Nov 2015 04:48 PM PST


Pertama: Sulbi kita terasa Sakit seperti ditusuk dengan jarum sampai keubun ubun, sakitnya luar biasa dan telinga kita mendengar suara tembakan satu kali, maka segeralah kita ucapkan YA HU. Allah memberikan tanda bahwa umur kita tinggal 40 hari. 

Kedua: Apabila dari mata kita keluar cahaya yang putih, kemudian cahaya itu berdiri dihadapan kita, kemudian berubah menjadi seorang Insan yang berpakaian amat indah menghadap kepada kita. Apabila jelas tanda ini datang dari pada kita, maka segeralah ucapkan ALLAH HAKKUL HAK Tanda ini Allah menyatakan bahwa umur kita tinggal 7 hari lagi. 


Ketiga : Apabila telah keluar dari mulut kita suatu cahaya yang sangat bersinar, kemudian cahaya itu berdiri dihadapan kita, kcmudian berubah menjadi ujud kita atau serupa dengan kita, dan bersamaan dengan itu tercium bau yang sangat harum. Jikalau tanda ini jelas datangnya dari diri kita maka ucapkanlah :


ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN. 


Tanda ini Allah memberitahukan bahwa umur kita tinggal 3 hari lagi. Maka beramanatlah kita kepada sanak saudara dan jangan lagi kita lalai dari amalan-amalan yang sering kita lakukan. 


Keempat: Apabila sudah sampai kepada yang terakhir, maka berjagalah kita dan jangan lalai dengan. dzikir nafas yang keluar masuk, sambil menunggu tanda yang terakhir. 

Manakala telinga kita berdengung yang sangat panjang, kemudian mata kita berubah menjadi kabur-kabur, kemudian penglihatan kita menjadi gelap semata-mata dan di dalam kegelapan itu terpandang kita suatu titik cahaya, kemudian berubah pula penglihatan kita menjadi terang benderang penuh semesta alam, maka tenangkanlah hati kita dan berdzikirlah karena kita sedang berhadapan dengan NUR ALLAH. Terakhir pendengaran kita mendengung lagi dan mata kita rasa mengantuk, kemudian tangan kita kita angkat seperti orang yang Takbir seraya mengucapkan 


ALLAHU AKBAR atau LA ILAHA ILLA ALLAH.


*SAKARATUL MAUT* 

JASMANI - kembali kepada bumi, karena menerima himpitan daripada bumi itu. Hanya Rasulullah yang terlepas daripada hisab himpitan itu, sekalipun anak anak. 

ROHANI - kembali kepada Nur Muhammad, karena menanti hari perhitungan pada hari kiamat.
NYAWA - kembali kepada yang punya hak. Adapun nyawa itu tiada berkeputusan menerima anugerah dari pada Tuhannya, karena ia limpahan dari pada ilmuNya yang qadim dengan menerima kasih sayang dari padaNya. 

Adapun ma'rifat itu, ialah hal keadaannya untuk mengetahui orang yang tiada lepas dari pada berkehendak kepada rahasia. 


Akhir dari ma'rifat itu ialah amal untuk menjalani sampai timbulnya kehendak itu, tiada yang lain tempatnya menjatuhkan kehendak melainkan kepada manusia. 


Asal ma'rifat itu ialah akal untuk menimbulkan keyakinan bahwa ia tiada lepas dan pada berkehendak kepada rahasia. 


Mula ma'rifat itu ialah iman untuk menimbulkan tasdiq, karena tasdiq itu berdiri kepada ke-esaanNya dan kebesaranNya. 


HADRATUR RAHMAN -Menilik kepada hambaNya dengan sifat JAMAL -tilik keelokanNya. 

HADRATUR RUBUBIYAH -Menilik kepada hambaNya dengan sifat JALAL tilik kebesaranNya. 

HADRATUL-ULUHIYAH -Menilik kepada hambaNya dengan sifat KAMAL tilik kesempurnaanNya. 

Orang yang tiada sampai kepada sebenar benar pengenal maka ditilik dengan sifat KAHHAR artinya tilik kekerasan. 

Musyahadah : bermesralah ujudNya kepada zatNya seperti mesranya cahaya dengan matahari. Pujinya Hu -Allah. 

Sakaratul Maut : Keluarlah Rohani meninggalkan jasmani dengan pujinya Allah -Hu. 

Tinggallah nyawa memuji TuhanNya dengan pujinya Ah -Ah. 


Kembalilah nyawa dengan pujinya 


LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH,
tiada dengan huruf tiada dengan suara.
La hurufin wala sautin.


*Pesan guru ku...

Sebelum kau akan merasai mati, bukalah dahulu Al-Qur'an....Al-Qur'an yang kau dapatkannya itu mestilah al-Qur'an sejati lagi haqiqi, bukanlah sepertimana yang terdapat di toko-toko yang menjualnya berbentuk perhiasan atau kitab. haruslah kau membaca al-Qur'an itu sehinggalah kau dapat mengkhatamkan seluruh bacaannya.. usahlah baca separuh-separuhan lalu kau tinggalkannya begitu saja. setelah kau mengkhatamkan (menamatkan) bacaan al-Quran, hendaklah kau pergi pula menunaikan haji dan umrah dalam perjalanannya yang tak sampai sehari semalam, meskipun jarak tempatmu amat jauh antara Mekah dan Madinah. setelah kau berhaji dan berumrah, hendaklah kau menemui junjungan besar Rasulullah saw, memohon syafaatnya dan kepada sekalian para Nabi dan Rasul agar kau juga diberikan syafaat oleh mereka, dan juga kepada para sahabat Nabi saw berserta ahli keluarganya, dan juga hendaklah kau mendekati kaum muslimin agar kau memperolehi pembelaan dari mereka di hari perhitungan yaumil masyhar nanti.


- tidur itu adalah mati.

- Surah Al-Fateha adalah induk al-Quran atau ummul kitab. makna fateha adalah pembukaan - pembuka bagi segala hijab. Bacalah al-fateha untuk diri mu sebanyak 21X sebelum kau tidur.

-membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas adalah sama mengkhattamkan bacaan seluruh al-Qur'an.

- membaca zikir "Subhanallahu Walhamdulillahi Walaailaha illallahu Wallahu Akbar" (tak termasuk bacaan haqalah) adalah sama menunaikan haji dan umrah yang sunnat.

- bersalawat kepada Nabi saw - akan menemui Rasulullah saw dan mendapat syafa'at baginda di dunia dan akhirat. Bacalah sebanyak 9X

- begitu juga jika ditambah salawat kepada sekalian para Nabi dan Rasul dan para mukmin dan mukminat "Wal anbiya'i walmursalin wali jami'il muqmini wal muqminat" akan mendapat syafaat dari para Nabi dan Rasul, dan juga mendapat pembelaan daripada orang-orang mukmin yang soleh di hari perhimpunan yang akan menghisab amalan manusia.

- begitu juga jika ditambah dengan salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda saw "wa'alaa alihi wasohbihi ajma'in" - semoga akan berada dekat sisi mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Pesan guru ku lagi....

"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"

"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang ataupun malam?"


"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu senantiasa boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?".

Amanah tak mampu menang kerusi di Sarawak - Mohamad Fadli

Posted: 30 Nov 2015 08:15 AM PST


amanah

Sebagai parti baharu, Pas yakin Amanah sukar untuk memenangi sebarang kerusi dalam PRN Sarawak.

KUALA LUMPUR: Pas tidak percaya dan tidak yakin Parti Amanah Negara (Amanah) boleh menang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana Amanah parti baharu dan belum layak untuk bertanding dalam PRN Sarawak.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata, parti itu akan melahirkan 'anak sulung' di Sarawak.

"Kita tengok mengandung ke tidak….Kita turun ke Sarawak dan Pas kita sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi satu parti baru untuk menang.

"Bagaimanapun bagi Pas kita akan bertanding kerusi-kerusi yang Pas akan buat keputusan kelak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pas mendakwa PRN Sarawak juga akan dijadikan sebagai 'kayu ukur' dalam menentukan masa depan parti Islam itu dalam pakatan pembangkang.

"Kita tengok macam mana, yang terdekat ini ialah Sarawak dan DAP sudah istiharkan bertanding 30 kerusi…Bagi kami kita akan tengok Sarawak ini sebagai contoh sejauh mana DAP boleh menghoramati parti-parti lain," katanya.


FMT

Ibu Pejabat UMNO makin merepek FMT Reporters

Posted: 30 Nov 2015 07:30 AM PST


khairusdin

Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ibu Pejabat UMNO bertindak sesuka hati dan tidak mengikut Perlembagaan parti.dalam mengambil tindakan terhadap ahli.

PETALING JAYA: Ibu Pejabat UMNO dikatakan semakin merepek kerana membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada Perlembagaan parti.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ibu Pejabat UMNO tidak menghormati serta tidak mengikut Perlembagaan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.

"Hakikatnya, Ibu Pejabat UMNO ingat parti ini milik bapa mereka kot?

"Sekiranya inilah sikap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO masa kini; yakinilah parti UMNO akan hanya menjadi sebuah pertubuhan kebajikan saja suatu hari nanti tanpa mendapat sokongan lagi dari akar umbi serta rakyat jelata.

"Ibu Pejabat UMNO kini suka bertindak mengikut selera ataupun citarasa mereka sendiri. Perlembagaan, praktis serta tradisi UMNO seringkali diketepikan," tulisnya di Facebook.


Khairuddin berkata, kejadian yang menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila amalan praktis serta hak Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Perhimpunan sayap-sayap parti telah disekat.

Katanya, majoriti ahli-ahli UMNO tidak puashati serta membuat protes secara senyap.

"Dalam apa jua keadaan sekalipun; puak-puak korup dan kaki bodek minda lemah otak udang ini bakal jatuh tersungkur. Hanya masa ketika saja yang bakal menentukannya.

"Lawan tetap lawan demi menegakkan kebenaran seperti mana yang dituntut oleh agama Islam. Pantang 'anak Melayu berundur sebelum lawan' tetapi dasar bacul anak Bugis saya tak tahulah," katanya.


FMT

Khairuddin sudah insaf Faiz Zainudin

Posted: 30 Nov 2015 06:45 AM PST


azizah-khairuddin

Pengalaman ditahan dalam penjara mungkin telah menyedarkan Khairuddin Abu Hassan apabila mendesak kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mungkin sudah insaf apabila menggesa kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengalaman merasai sendiri penderitaan di dalam penjara mungkin telah menjadikan Khairuddin insaf dan memahami penderitaan yang ditanggung Anwar di penjara.

"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azizah tetap dengan pendirian beliau sebelum ini bahawa Anwar tidak bersalah dan perlu dibebaskan.

"Anwar tidak bersalah sepatutnya dibebaskan, berilah keadilan bukan sahaja pada Anwar dan Keadilan untuk warga negara Malaysia termasuk mereka yang dikenakan SOSMA. Pendakwaan terpilih tidak sepatutnya terjadi," katanya.

Baru-baru ini, Khairuddin menggesa kerajaan membebaskan Anwar daripada tahanan penjara kerana tiba masanya Anwar menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.


FMT

Hebatnya orang politik berlakon!

Posted: 30 Nov 2015 06:00 AM PST

Asri Setiawangsa's photo.

Dibelakang mereka hentam menghentam memburukan lawan atau kawan tapi bila bertemu depan depan boleh jer bertegur sapa dengan mesra seolah olah tiada apa yang berlaku.

Sudah tiba masa diadakan kategori "Pelakon Politik Terbaik" dalam Anugerah Festival Filem Malayaia.

TIPU

Posted: 30 Nov 2015 05:15 AM PST


Nurliyana Abdullah's photo.

SEJAK dulu hingga kini istilah atau orang menipu ada di mana-mana dan sekarang ini kesan ekonomi semakin menyempit kita akan terjumpa tanpa sedar kita temui ramai sangat sang penipu.

Kekadang kawan yang terdekat dan tidak kita sangka sebenarnya penipu dan selalu saja menipu kita dan itu sebab kekadang kawan sendiri tidak boleh dipercaya.

Menipu ini pelbagai cara termasuk tidak amanah kala diperintah menyimpan duit atau jadi juruwang dan kekadang ada saja caranya menipu.

Kesan seorang menipu, orang lain pula yang terkena dan ini dinamakan aniaya sedang yang menipu tadi terselamat malah yang menipu itu pula mengatakan si anu bin sianu menipu dan kesannya menjadi kasus itu fitnah dan teraniyalah dilurus bendul.

Lain lagi penipuan hal2 lain dan ada yang mengatakan dirinya belum kawin dan apa lagi si anak cina terpengaruh kesan dia pandu mercedes, king ninja dan suatu hari kedapatan temani datin ke pasar, rupanya kerjanya hanya pemandu kepada seorang YB dan ini memang terjadi kasus pemandu YB di sebelah Keningau, tapi tak rugi dapatlah dia tidur di sebuah hotel bersama. Lucu sangat!

Ada lagi yang bergaya mengurat seorang cewek dan siap dengan King Ninja dan konon punya kedai pakaian sukan di alam mesra, tau2 di sana semuanya milik cina dan sebenarnya ia hanya pemandu isterinya, sedang dia tidak punya pekerjaan dan hanya dikasih makan oleh isterinya yang memang ada kerja. aduhai dunia ini kesihan sangat seorang kawan itu.

Ada pula cerita seorang teman katanya dia memang tidak punya apa2 dan kala ketemu pertamanya konon dia pandu lori besar dan kawan2nya kata "buat apa kawan dengan pemandu lori" dan kesan kasih barangkali ketemu juga tetapi sebenarnya tidak tak memandu lori tetapi kereta yang biasa dan ini memang terjadi.

Kelihatanya memang macam2 dalam dunia ini yang kekadang rasakan lucu pula sementara sang perempuan mahunya tidak mahu yang tidak punya kereta dan sekurang2nya ada motor rasanya mereka terima saja termasuk lori berat bertan-tan masuk ke kota.

Hebat dunia ini tembirang kacang berlagak hebat padahal penganggur bergaya no satu dan sekarang inipun memang terbalik sudah sebab perempuan pula kasih makan suami dan suami asyik diam rumah nongkrong hisap vape asap di sana sini.


NURLIYANA ABDULLAH

TENOM, SABAH

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut!

Posted: 30 Nov 2015 04:30 AM PST


MB: AMANAH baru cambah, PAS dah 64 tahun

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH)sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" untuk memberi cabaran yang besar selain Umno, pada pilihan raya umum ke-14.

"Dia (AMANAH) ini baru nak bercambah dan masih di peringkat benih, kita akan tengoklah sejauh mana kekuatannya.

"PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi.



"AMANAH ini baru bercambah, dia bubuh baja banyak, bubuh air banyak-banyak, nampaklah segar tapi hanya dalam satu polybag sahaja," kata Ahmad seperti lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada AMANAH mampu memberi cabaran besar kepada PAS selain musuh tradisi mereka Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Nik Aziz.

Mohamad atau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata sokongan rakyat Kelantan kepada parti yang ditubuhkan akhir Ogos lalu cukup hebat. Parti mensasarkan keahlian sebanyak 100,000 orang menjelang akhir Disember ini.

Beliau dilapor memetik kajian Ilham Centre yang mengatakan 15 peratus ahli PAS di Kelantan sudah menyertai AMANAH.

Dilaporkan juga berdasarkan kajian AMANAH, kedudukan di Kelantan sekarang sudah jadi 30:30:30:10 iaitu di antara Amanah, PAS, Umno, atas pagar atau lain-lain.

ULASAN GB

Nak kata bodoh ya sombong pun ya.. jadilah dia bodoh-sombong.

Kerana apa bodoh? Kerana setiap sesuatu di mayapada ini memang bermula dari kecil, sebuah pohon bermula dari dalam sebuah polybag. Kemudian ia membersar dan dialihkan ke tanah untuk ia terus tumbuh sehingga berbuah.

Begitulah evolusi sesuatu benda yang baharu. PAS juga pernah melaluinya. PAS tidak muncul dengan tiba-tiba seperti yang ada hari ini. Ia melalui proses evolusi juga. Ia juga melalui hukum apa yang disebut "sunnatullah".

Jadi untuk merendah-rendahkan parti AMANAH sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" ternyata satu kenyataan yang amat bodoh. Kerana tiada pembesaran jika tiada penyemaian.

AMANAH masih di dalam polybag, katanya. Salah! "Penyemaian" telah berlaku di dalam polybag sewaktu AMANAH masih bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Kini AMANAH sudah diluluskan oleh ROS. AMANAH sudah keluar dari polybag. Ia kini dipacak di merata tempat. AMANAH kini sudah ada pejabatnya sendiri, wismanya sendiri.

AMANAH semakin membesar, semakin dewasa. Begitu cepat ... dalam tempoh tak sampai 3 bulan, ahlinya kini sudah mencapaai lebih 60 ribu. Dan sasaran 100,000 sehingga hujung tahun semakin menjadi kenyataan.

Begitulah bodohnya dia yang cuba mengutuk dan merendah-rendahkan AMANAH, sedangkan beliau sendiri memparkan kebodohannya lewaan kenyataannya itu.

Kemudian dia berkata lagi: "PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi."

Tadi bodoh, kini sombong pula. Konon dah 64 tahun. Sedang dia terlupa setiap yang baharu itu binasa. Jika manusia, umur 64 tahun itu sudah kira "tua" dan menunggu masa dikafan, disolat dan dikebumikan. Umur Rasulullah ialah 63 tahun sewaktu baginda wafat. 
 
Bererti PAS dah terlajak satu tahun. Orang yang terlajak biasanya akan merapu, meroyan... dalam bahasa mudah dipanggil "buang tabiat".... 
 
Mungkin kerana sebab itu agaknya PAS yang ada pada hari ini mmelabel, mencaci, memaki, memfitnah, mengugut, mengancam malah bertindak diluar batas kewarasan (maka berlakulah gejala lahirnya mereka yang sewel... dimana semakin ramai ahli PAS yang berpenyakit mental yang akhirnya menjadikan mereka berperwatakan ganas seperti yang dilakukan ke atas pemimpin AMANAH Marang, Ust Miqdad Zakaria).

Menggabungkan kedua-dua di atas ternyata apa yang dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, merangkap MB Kelantan Dato Ust Ahmad Yaakob sebenarnya kenyataan yang bodoh-sombong. atau peribahasa Melayu kata "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut."


Rizalman Mengaku Bersalah Tuduhan Kes di NZ

Posted: 30 Nov 2015 03:45 AM PST


Wanita yang diserang di rumahnya di Wellington oleh bekas atase tentera Suruhanjaya Tinggi Malaysia "benar-benar gembira" apabila tertuduh mengaku bersalah pagi ini - pada hari dia dijadual dibicarakan.

Muhammad Rizalman Ismail, 39, yang dijadual menjalani perbicaraan juri selama tiga minggu mulai hari ini, didakwa melakukan serangan sumbang, serangan dengan niat untuk melakukan pencabulan seksual dan pecah rumah, pada 9 Mei 2014.

Pada pagi Isnin, dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di Wellington terhadap tuduhan melakukan serangan sumbang dan dua tuduhan lagi digugurkan.

Peguam Rizalman, Donald Stevens QC, memberitahu Hakim David Collins bahawa anak guamnya akan menukar pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan serangan sumbang.

Seorang penyokong utama Tania Billingsley, berkata mangsa teruja dengan pengakuan bersalah tertuduh itu.

Beliau juga "amat merasa lega" kerana Tania tidak perlu melalui perbicaraan.

Penyokong itu berkata Tania membenarkannya memberi komen kepada media bagi pihaknya dan Tania tidak mahu mengulas sendiri secara terbuka ketika hujah perundangan mengenai kes itu masih berjalan.

Katanya, Tania juga tidak akan menghadiri perbicaraan di mahkamah "sehinggalah dia dikehendaki hadir [di mahkamah]".

Fakta kes

Rizalman telah ditangkap pada 10 Mei 2014 berikutan serangan itu di rumah Billingsley di pinggir bandar Wellington di Brooklyn.

Stevens memohon hakim supaya tidak memasukkan sabitan, dengan berkata beliau akan memohon pelepasan tanpa disabitkan atas pertuduhan.

Perbicaraan itu dijangka mendengar keterangan Tania, para saksi dan doktor mengenai pelakuan Rizalman pada malam itu.

Satu kenyataan fakta dibacakan kepada mahkamah, dan kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada Rizalman.

Ia berkata Tania berada di rumah sendirian menonton sebuah filem di bilik tidurnya. Rizalman menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu depan yang tertutup tetapi tidak berkunci.

Di dapur dia kemudian menanggalkan jaket sebelum mengetuk pintu bilik tidur Tania yang separuh terbuka dan menolaknya terbuka.

Dia bertanya sama ada dia boleh masuk.

Tania menoleh dan melihat dia hanya memakai baju dan telanjang dari pinggang ke bawah. Tania menjerit kepadanya supaya pergi dari situ.

Rizalman meletakkan tangannya di atas bahu Tania tetapi Tania berjaya menolaknya ke dalam ruang tamu, dan kemudian menolaknya keluar dari flat sebelum menguncinya.

Dia kemudian mengunci dirinya di bilik mandi dan menghubungi polis. Teman lelaki jiran di flat itu balik dan mencabar Rizalman, yang masih berada di luar pintu depan.

Rizalman mula beredar dari situ tetapi dihalang di jalan oleh polis.

Dia memberitahu polis bahawa mereka di pawagam pada awal hari ini dan Tania telah menjemputnya balik ke rumahnya, tetapi Tania marah kepadanya kerana memakan makanannya.

Selepas pengkapannya, Rizalman menjadi sasaran kemarahan politik dengan meninggalkan New Zealand di bawah kekebalan diplomatik.

Dia meninggalkan New Zealand tanpa menghadapi perbicaraan selepas Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik - dengan kepercayaan bahawa ia berbuat demikian dengan restu Kerajaan New Zealand.

Dia kembali ke New Zealand dengan diiringi oleh polis selepas pendengaran ekstradisi difailkan di Malaysia.

Stevens memberitahu hakim bahawa beberapa fakta kes itu masih dipertikaikan oleh Rizalman. Kes itu akan didengar sekali lagi pada hari Jumaat.

Beliau berkata terdapat isu berhubung mengapa Rizalman masuk ke dalam rumah, sama ada terdapat sebarang niat seksual dan berkaitan kesihatan mentalnya. - Malaysia Kini/30/11/15

Pak din pagoh sudah pecah lubang _ Megat Farish

Posted: 30 Nov 2015 03:00 AM PST

Pak din pagoh da pecah lubang...

UCAPAN TSMY di Pagoh..

Megat Farish's photo. 1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.

4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.

7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.
9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 

1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, "The Wolf of Wall Street" dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.
31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. 

Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal.

Ayah Yang Disihir Isteri Muda Simbah Dan Halau Anak Sendiri

Posted: 30 Nov 2015 02:15 AM PST


Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.

Zar Ali's photo. Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya.

Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

"Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

"Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

"Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? 

Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.


- mymediahub.

Cerita Ketua Menteri Melaka Nafsu Besar Tambahan kereta mewah 'rasmi' KM Melaka dibidas

Posted: 30 Nov 2015 01:30 AM PST



ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiong mempersoalkan keperluan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron untuk memiliki tiga kereta rasmi untuk kegunaannya, dua daripadanya dianggap sebagai kereta mewah.

Khoo berkata walaupun ketua kerajaan negeri berhak untuk kenderaan rasmi yang baik - yang mana Haron sudah mempunyai sebuah kereta jenis Honda Accord - tiga kereta terlalu banyak.

Khoo berkata dua lagi kereta adalah Mercedes Benz S400 dengan nombor pendaftaran MCM 1 dan Lexus R350 dengan nombort plat kereta MCS 11.

Ini telah disahkan dalam jawapan bertulis daripada ketua menteri kepada Khoo yang bertanyakan mengenai kenderaaan tersebut sewaktu sidang DUN Melaka pada 16 hingga 19 November.

Ia berkata Mercedes diperolehi melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berjumlah RM592,450.00 pada Julai 2015 manakala Lexus pula diperolehi melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk RM402,507.36 pada Oktober 2013.

Idris adalah pengerusi bagi PKNM dan SAMB disebabkan kerana beliau ketua menteri Melaka.

Dalam jawapan bertulis itu, kerajaan negeri mempertahankan pembelian kereta rasmi tambahan.



BLM

ANAK MUDA TAK SEINCI PUNYA TANAH? ( kecuali tanah waris bagi cukup untuk kubur sendiri)

Posted: 30 Nov 2015 12:45 AM PST


Bang Maily II's photo.

HAKIKAT jelas tanah milik reserve Melayu di Malaya hanya tinggal 50% dan selebihnya telah digadai oleh yang berkuasa dan masa depan Melayu di Malaya memang susah. Maknanya orang Melayu bunuh orang Melayu sendiri kesan rakus, tamak dan haloba.

Di Sabah juga sama kelihatannya, seluas mata memandang dari Ranau-Telupid-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Tenom rata2 menghijau kesan kelapa sawit tetapi sayang beribu ekar itu atas nama syarikat/Sdn Bhd dan pemiliknya orang luar Sabah majoritinya.

Berdasarkan apa yang saya jelaskan makna kaum bumiputera di Sabah sama istilahnya dengan Melayu di Semananjung bakal menjadi pelarian di negeri sendiri.

Anak muda yang ada sekarang ini di Sabah rata2 tak punya tanah meski seincipun, yang ada hanyalah tanah warisan bapa dato nenek mereka yang kemudian di bahagiakan maka dapatlah sedikit untuk bina pondok tempat berteduh dan silap2 tanah untuk persemadian cucu cicit nanti tak punya.

Sekarang ini ada usaha orang asing yang baru dapat IC dan tarafnya sama dengan bumiputera terus berusaha memohon tanah di mana-mana yang belum punya geran dan mereka ini mendapat sokongan dari atasan dan sekarang inipun sudah sekian ramai mendapat tanah.

Orang kita pula asyik POLITIKING kedai kopi dan bijak sangat bicara soal politik meski hakikat sebenar mereka tidak tahu makna politik itu sebenarnya dan kesan asyik dengan dunia politik hebat di WHATSAPP dan laman sosial lain, tanah dan bumi mereka sendiri jadi milik orang lain dan akhirnya kaum bumi bakal merempat.

Mereka menang bersorak di mana pertemuan seperti kongress dan sebaganya tetapi kampung mereka tergadai. Burung terbang mereka pipiskan lada dan sama juga bagai pak kaduk atau mendengar guruh di langit air di tempayan ditumpahkan dan akhirnya kesan miskin susah terpaksa cium tangan peluk YB untuk minta bayarkan bil letrik dan air.

Duhai bangsaku, sampai kapan kira-kira kamu begini dan saya sendiri merasa malu sangat bila anak bangsaku menjadi peminta-minta dan asyik ikut belakang tetapi bila ditegur segera menjadi Hang Jebat menikam dan kita jadi musuh sampai mati.

Tidaklah mengapa, tugas saya menulis dan selebihnya terserah sama kamu bangsaku yang mulia dan baik hati tetapi kepala kena injak2 dan dijual nanti sama macam nilai ikan badukang.

Marah, silalah!


ISMAILY BUNGSU
sabah

YAPEIM LOKASI AMBIL KESEMPATAN?? ( anak kerabat Wanita Kelantan ambil kesempatan)

Posted: 30 Nov 2015 12:00 AM PST

Bang Maily II's photo.

APApun jawaban, meski ikut cara tatakelola tadbir betul tindakan tetapi membelanjakan sekitar RM730 ribu untuk 3 projek di Amerika, Paris dan Australia dari segi moral TATAP tak betul, apa lagi kala Malaysia dalam kesusahan dana yang semakin menyempit kesan hutang negara membengkak dan kasus 1MDB.

Lebih teruk lagi bila famili Wanita UMNO Kelantan duduki kerusi di YaPeim dengan bergaji/selaun sekitar/mencecah RM90 ribu sebulan dan juta setahun dan ini memang KETERLALUAN tak masuk akal normal.

Setelah laporan dibuat kesan KEDAPATAN maka famili yang bergaji melampau itu segera digantung dan disiasat dan saya yakin ini akan terlepas seperti kes suaminya Sharizat yang menyentuh lembu.

Yapeim ditubuhkan khas bantu pendidikan anak-anak yatim dan keluarga miskin yang mahu berniaga dan hasil dana didapatkan dari rakyat serta ahli2 korporat yang siap menderma untuk dapat pahala dengan niat membantu anak2 yatim dan yang miskin berniaga.

Kesan disebut anak yatim dan orang miskin yang mahu berniaga, maka ramailah ahli2 korporat dan rakyat sederhana menderma dan ada yang rela gaji dipotong setiap bulan untuk maksud membantu dan ganjaran dari Allah.

Setelah wang dalam tabung menimbun bilion, maka adalah pemimpin yang memerintah melihat dengan MATA BESAR dan kemudian melantik anak kerabat suku sakat untuk duduki jawatan penting dalam YaPeim itu dan saya lihat Yapeim digunakan untuk ambil kesempatan kayakan dan senangkan diri keluarga suku sakat kroni terdekat.

Inikah pemimpin yang boleh kita peggang janji dan boleh diamanahkan untuk menaga harta anak-anak yatim dan orang susah? Ini baru dana anak Yatim dan orang miskin, belum lagi dana lain yang bukan milik anak2 yatim dan orang miskin.

Di mana saja ada kesempatan mereka semua membuka mata lebar2 dan kepala otak mereka siap bagaimana caranya untuk mengambil kesempatan secara ikut undang2 yang benar meski dari segi MORAL langsung tak boleh diterima akal lojik kecuali akal setan.


ISMAILY BUNGSU
sabah
30/11/2015


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT