Ahad, 29 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


AL FATIHAH YUS ( JAMBU ) RAJA LAWAK MENINGGAL DUNIA !

Posted: 29 Nov 2015 10:54 PM PST


Maria AR's photo.

YUS JAMBU AKAN DIKEBUMIKAN DI PERLIS & 10 PERKARA TENTANG YUS
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan jenazah pelakon dan pelawak terkenal, Yussry Eddo atau lebih dikenali dengan Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Perlis, hari ini.

Yus Jambu meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang sebelum mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi.
"Allahyarham Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar Perlis, hari ini," kata Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama hari ini. - BERNAMA
Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu

Tidak ramai sebenarnya pelawak di Malaysia yang mampu berada dekat di hati rakyat Malaysia. Selain pasaran yang terhad, hakikat bahawa tidak ramai yang mampu menjadi pelawak berkualiti juga menjadi penyebabnya.

Namun dalam golongan yang kecil itu, nama Yus Jambu antara yang mekar dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru tidak hairanlah, pemergiannya ditangisi ramai.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus.

1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.
2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.

4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.

5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.

6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.

8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.

9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).

10. Yus dilaporkan rebah selepas menjayakan Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang namun meninggal dunia kira-kira jam 12.15 pagi semalam.



- astroawani

MENULIS KENA HATI-HATI ( menarik rambut dalam tepung)

Posted: 29 Nov 2015 10:32 PM PST

Bang Maily II's photo.

SEBAGAI penulis kita kena hati2 bila menyebut soal bangsa dan agama. Kita boleh menyebutnya tetapi biarlah caranya seperti menarik rambut dalam tepung dan jangan sekali menulis secara membabi buta.

Kita tahu di kawasan Melayu yang UMNO menangi rata2nya Islam yang agak sukar ditawan sebab di situ pelbagai bangsa jadi pengundinya tetapi majoritinya Islam dan kita tahu juga siapa penentu kemenangan di situ.

Sekadar undi KDM kita tidak akan dapat menawan jika kita gagal menawan hati orang islam sendiri dan itu sebab kita kena hati2 30 kawasan dan menulis mesti cukup berhemah dan itu menyebabkan saya ingat katanya arwah Nik Aziz siap menerima siapa saja jadi ahli PAS meski setan.

Presiden Parti pernah berkata kasus PTI akan diselesaikan kemudian dan itu jelas kenyataan pemimpin yang bijak dan kita tak boleh mengatakan sesuatu yang menyebabkan mereka tersinggung kala ramai kalangan mereka memang pengundi PKR dan kalau dikata bukan2 tak hairan mereka akan mengundi BN dan akhirnya kita GIGIT JARI.

Suku kaum bugis ini jenis telus dan jujur serta kuat kerja dan sejarahnya cukup lama di Sabah. Samalah macam sejarah bugis di Johor yang sudah bertapak berkurun di sana.

Ikut "The British North Borneo Herald" bertarikh 1 Nov, 1892 Sir Dunlop telah melantik Bugis namanya PUADO yang pertama datang ke Tawau sebagai penghulu di Tawau lama makna British iktiraf Bugis.

Maknanya kesan sejarah itu tidak boleh lagi kita pertikaikan hakikat dan itu lagi menguatkan kesan 20 perkara telah menentukan yang ada di Sabah kena memilih jadi warganegara negara asal atau Sabahan dan mereka memilih Sabahan/Malaysia 1963. Fakta.

Sementara suku Suluk ini juga lebih hebat sejarahnya sebab Suluk yang ada sudah ada di Sabah sebelum Inggeris berada di Sabah, malah sebelum Amerika/Joseph tore kuasai Kimanis( nama asal Ellena)zaman sultan Mumin.

Memang suku Suluk ini ada kaitan/bersaudara dengan Sultan Brunei yang dulu kuasai sebahagian pulau Borneo dan sehinggalah pejuang2 Suluk seperti Mat Salleh, Tun Mustapha mempertahankan Sabah dari jajahan Inggeris dan Jepun. Ini hakikat sejarah.

Yang jelas mereka itu orang Sabah sebab inilah tempat mereka lahir, mati dan di semadi. Filifina bukan negara mereka dan samalah macam bugis di Johor meski asalnya di Indon tetapi cinta kasih mereka ialah Malaysia bukan Indon dan demikian juga suluk di Sabah cinta kasih mereka Sabah/Malaysia bukan Filiffina meski leluhurnya di sana.

Sama juga macam Cina di Malaysia tak akan sama dengan cina di Tiongkok dan cina di Malaysia tetapi cintanya dengan Malaysia dan bukan maharaja Cina dan sama juga dengan India yang lahir di Malaysia dan tak akan mati semadi atau bakar buang habuknya di sungai gangga.

Untuk PRU-14 ini kesan Kiram, saya nampak dan perhatikan ramai mereka yang menyokong BN sudah beralih ke PKR dan mari kita usaha berbicara sesuatu yang baik dan dalam politik mendapatkan seorang daripada mereka akan jelas kita akan dapat menambah sebab budaya mereka itu jenis pakat2 dan akan datang menyokong secara bondong2. Tak hairan BN tumbang jika kita bijak punya wawasan berjiwa besar.
Soalnya sekarang, kita mahu menang atau kalah?

Jika mahu menang maka kalian tentu mengerti apa maksud saya ini. Jika sebaliknya janganlah bermimpi di siang hari, semua akan sia2 jadinya dan baik tidur peluk bini siang malam sekurang ada hasil didapatkan banding hu ha hu ha yang tak membawa makna langsung.

Selamat berfikir secara lojika bukan auta.



ISMAILY BUNGSU
30/11/2015


Gadis berusia 13 tahun berzina dalam tandas awam?

Posted: 29 Nov 2015 05:30 PM PST

GAMBAR HIASAN

 

KAMPAR: Seorang remaja berusia 13 tahun dirogol sebanyak dua kali oleh rakan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi WeChat di sebuah tandas awam, di sini. 

Kejadian berkenaan terbongkar selepas bapa mangsa terbaca mesej anaknya itu. Pelajar tingkatan satu itu menceritakan kejadian sebenar kepada bapanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan telah dijalankan dan suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditangkap, kelmarin. 

"Hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek pada 8 November lalu dan mula keluar bersama enam hari kemudian dengan menaiki bas awam ke Kampar seawal jam 8 pagi. 

"Mangsa dirogol kali pertama pada 20 November lalu selepas suspek membawa mangsa ke tandas lelaki berhampiran," katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Beliau berkata, pada awalnya mangsa menolak, namun suspek memujuk dan meyakinkan bahawa dia tidak akan meninggalkan mangsa selepas kejadian itu. 

Menurutnya, kejadian kedua turut berlaku di tandas sama dua hari kemudiannya ketika mereka keluar bersama dengan menaiki bas. 

"Setelah laporan dibuat, mangsa dibawa menjalankan pemeriksaan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). 

"Manakala, suspek direman beberapa hari untuk jalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol," katanya./sinarharian.



KERENGGA.

Kerusi Sarawak: PKR Hantar Surat Kepada DAP/Amanah. PAS Tiada Lagi.

Posted: 29 Nov 2015 05:00 PM PST


Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya mahu memastikan pertempungan satu lawan satu di kalangan parti pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 November, 2015.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya mahu memastikan pertempungan satu lawan satu di kalangan parti pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 November, 2015. 


PKR sudah menghantar surat kepada sekutunya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk rundingan kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, kata Baru Bian.
 
Pengerusi PKR Sarawak itu berkata, ia merupakan langkah positif bagi memastikan kemenangan menentang Barisan Nasional (BN).
 
"Kami sudah pun menulis surat kepada DAP dan Amanah, bertanyakan bila masa yang sesuai kita adakan rundingan bagi pengagihan kerusi.
 
"Ini merupakan perkembangan yang positif. Kita akan memastikan tiada pertembungan dan satu lawan satu," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11 di Shah Alam, Selangor hari ini.
 
Semalam, Nurul Izzah Anwar berkata ahli baharu PKR Datuk Saifuddin Abdullah diberi tugas menyelesaikan perebutan kerusi di antara parti pembangkang bagi pilihan raya Sarawak.
 
Naib presiden PKR itu berkata, langkah itu bagi memastikan satu lawan satu di antara pembangkang dan BN Sarawak dalam pilihan raya yang dijangkakan tahun depan.
 
Pengumuman itu dilakukan selepas terdapat laporan pergeseran di antara PKR dan DAP di Sarawak tentang siapa yang harus bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. – 29 November, 2015.

Tun Mahathir Keliru Bagaimana 1MDB Kurangkan Hutang Dengan Jual Edra

Posted: 29 Nov 2015 04:30 PM PST



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyentuh tentang penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN).

Beliau berkata, dilaporkan bahawa 1MDB akan mengurangkan antara RM16 bilion hingga RM18 bilion daripada hutangnya selepas menjual Edra.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir berkata beliau cuba untuk mengira bagaimana itu dicapai.

Beliau mengingatkan bahawa 1MDB telah membeli loji penjana kuasa itu pada harga RM18 bilion bersama dengan hutang sebanyak RM6 bilion.

Manakala CGN telah membayar RM9.83 bilion bagi 100 peratus aset tenaga itu.

"Setelah menjual Edra untuk RM9.83 bilion, bagaimana ini mengurangkan hutang 1MDB sebanyak antara RM16 hingga RM18 bilion?

"Sekali lagi, memandangkan kejatuhan nilai ringgit, bagaimana hutang dalam dolar AS dikurangkan?" tanya Dr Mahathir.

Bukan itu sahaja, beliau menegaskan bahawa apabila 1MDB membeli loji penjana kuasa itu, ringgit diniagakan pada RM3.2 berbanding dolar AS tetapi kadar sekarang berada pada RM4.2 berbanding dolar AS.

Oleh itu, dari segi dolar AS, RM9.83 bilion yang dibayar oleh syarikat China itu bernilai kurang daripada RM9.83 bilion yang dibayar oleh 1MDB, katanya.

Katanya, jika wang yang dipinjam oleh 1MDB adalah dalam ringgit, kerugian itu akan menjadi minimum.

Tetapi, tegas Dr Mahathir, jika 1MDB telah meminjam dalam AS dolar, ia akan kerugian RM1 bagi setiap dolar yang dipinjam.

Dalam erti kata lain, katanya, apa yang 1MDB dapat daripada jualan itu, tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang yang diperolehi 1MDB dalam dolar AS.

Mahathir juga bertanya sama ada hutang RM6 bilion yang diambil alih oleh 1MDB itu, dianggap sebagai sebahagian daripada aset yang dijual kepada CGN.

Satu lagi soalan penting, katanya, ialah sama ada Petronas akan menjual gas kepada loji penjana kuasa itu dan jika ya, apakah harganya.

Dr Mahathir juga tertanya-tanya sama ada langkah CGN membeli loji penjana kuasa itu adalah satu bentuk pelaburan langsung asing (FDI), walaupun beliau meragui logiknya.

Menurutnya, wang yang dibawa masuk, akan keluar untuk membayar hutang asing, dan jumlah yang keluar itu akan jauh lebih besar daripada aliran masuk.

"(Ia) tidak bunyi seperti FDI kepada saya," katanya.

Jika kerajaan bercadang untuk membenarkan penghantaran balik penuh daripada keuntungan daripada loji penjana kuasa di Malaysia, Dr Mahathir mengingatkan bahawa China mempunyai dasar penghantaran balik dalam bentuk eksport produk China, dan bukan wang tunai.

"Berapa banyak kawalan kerajaan ke atas utiliti milik asing? Penetapan harga yang boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat itu, mungkin mengakibatkan subsidi oleh kerajaan," katanya.

Ketika mengumumkan jualan RM9.83 bilion, Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menyifatkan pembelian oleh Kumpulan CGN sebagai satu keyakinan yang jelas terhadap ekonomi Malaysia.

Sambil menyifatkan perjanjian itu sebagai satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang dibebani hutang, Arul juga berkata, kumpulan CGN adalah pemenang yang jelas dalam bida antarabangsa itu, berdasarkan objektif yang diumumkan oleh 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma perdagangan yang boleh diterima, dan kepastian pelaksanaan transaksi.

Perjanjian antara Edra Global Energy Bhd dan Kumpulan CGN itu, yang disasarkan siap pada 2016, merupakan transaksi terbesar yang diumumkan di Malaysia dan salah satu yang terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Aset yang dijual adalah Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

BERANILAH MENYATAKAN HAKIKAT ( teringat saya "on stage" di kongres nasional di Pinang)

Posted: 29 Nov 2015 04:00 PM PST

 
Dalam kepimpinan apa partipun, kita mesti berani menyuarakan sesuatu yang benar. Suara kita suara rakyat. Rakyat mahukan pejuang yang berani mengangkat apa isupun bukan bacul.

Dalam parti termasuk presiden atau apa saja di peringkat pusat harus ditegur jika salah dan jangan asyik main angguk melulu dan demikian juga di peringkat negeri.

Kita tidak mahu macam UMNO tika menegur dipecat dan kalau tindakan sama maka parti yang kita junjung tidak jauh beda dengan UMNO.

Parti yang kita sertai bukan parti UMNO dan kita sama sekali berbeda dan sesiapa saja boleh bercakap jika rasa tidak senang dan kongres nasional merupakan satu ruang untuk bercakap dan menyampaikan kehendak ahli2 di peringkat Negeri dan yang di nasional harus mendengarnya.

Saya melihat seperti dalam parti lain hanya berani bercakap di kedai kopi tetapi bila sampai ruangnya mereka jadi bacul dan penakut dan ini kerana mereka rata2nya bukan perjuangkan rakyat sebalik perjuangan diri sendiri untuk bersikap pak angguk semata.

Itu sebab dalam parti di peringkat negeri mesti berani berhujah dan tahu ilmu dan tahu undang2 dan tahu teknik menyampaikan hujah atau bijak berpidato dan orang semacam itu harus dipilih untuk mewakili/atau berucap membahas apa-apa saja yang dibincang di peringkat nasioanl terutama di majlis kongres nasional.
Kekadang ada yang kita tonjolkan tetapi teknik pengucapan tidak menarik dan tidak meyakinkan dan kekadang ada yang berkelulusan seperti peguam misalnya tetapi cara bercakap langsung ketinggalan zaman dan tidak meyakinkan malah diketawakan seperti budak baru belajar.


ISMAILY BUNGSU
sabah


RALAT : takut perjuangan kebenaran bukan "tak takut"

UMNO mahu ‘bunuh’ Karier Politik YB Nurul Izzah - Faiz Zainudin

Posted: 29 Nov 2015 08:15 AM PST


azizah1

Isu gambar dimainkan UMNO dan BN untuk menyerang dan menjatuhkan parti itu di mata rakyat.
SHAH ALAM: UMNO mahu 'membunuh' perjuangan politik Nurul Izzah dengan memperbesarkan isu dia bergambar dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, taktik itu merupakan permainan baharu UMNO dan BN untuk menyerang dan menjatuhkan parti itu di mata rakyat.

"Soal gambar ini sebenarnya satu cara UMNO dan BN mahu membunuh watak Izzah dalam dunia politik. Ini permainan bagi mereka sebab itu ia selalu dimainkan.

"Namun, Izzah telah memohon maaf dan dia tidak bermaksud untuk melukai hati sesiapa pun," katanya ketika ditemui di Kongres Nasional PKR Ke-11, pada Ahad.

Dalam pada itu, Wan Azizah melahirkan rasa bangga dengan kongres PKR yang berlangsung selama tiga hari dan ia bukti menunjukkan rakyat semakin yakin dan percaya dengan parti tersebut.

"Kongres berjaya dan ini satu landasan bagaimana kita akan teruskan dan perjuangkan hak-hak rakyat," katanya.


FMT

Pencetus Semangat Refomasi.....

Posted: 29 Nov 2015 07:30 AM PST

Kamarul Mohamad's photo.
Kamarul Mohamad
·
ANWAR IBRAHIM

Sdr Anwar Ibrahim dilahirkan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan pada 10hb Ogos 1947. Ia bersekolah di Sek Melayu Sungai Bakap, Sek Melayu Cherok Tokun dan Sek Ren Stowell, Bukit Mertajam. Dengan mendapat keputusan Darjah 6 yang cemerlang Sdr Anwar telah dipilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tingkatan Satu pada tahun 1960.


Zaman Persekolahan

Sejak zaman persekolahannya Sdr Anwar Ibrahim telah menampilkan sifat kepimpinan. Semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 Sdr Anwar telah melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Beliau telah mewakili MCKK di dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya Sdr Anwar telah dilantik sebagai Ketua Pelajar MCKK.


Sdr Anwar memasuki Universiti Malaya pada tahun 1967. Semasa menuntut di universiti, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah mengasas dan menjadi Presiden Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.


Pemimpin Pelajar

Sdr Anwar Ibrahim telah bangun memimpin persatuan pelajar dalam usaha mengggesa kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Beliau telah bertindak dan berganding bahu bersama Dr. Mahathir Mohammad yang 21 tahun lebih tua darinya, menentang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.


Keberanian Sdr Anwar dan semangat pengorbanan menentang kemiskinan masyarakat luar bandar amat dikagumi oleh masyarakat Malaysia. Anwar berucap di dalam dan luar kampus dan beliau dikagumi kerana tidak ada pelajar instusi tinggi sebelumnya yang mempunyai semangat dan keberanian mengkritik kerajaan secara serius demi menegakkan keadilan.


Pada tahun 1971 Sdr Anwar menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya. Ketika di universiti, Anwar dikenal sebagai pemimpin gerakan pelajar yang memperjuangkan keadilan sosial dalam masyarakat


Pemimpin Belia

Dalam tahun 1971, Anwar menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia dan menjadi presiden pertubuhan itu sehingga tahun 1982. Selain itu beliau aktif dalam kegiatan organisasi bukan kerajaan termasuk Majlis Belia Malaysia.


Anwar dianggap pemimpin pelajar yang militan, anti-establishment dan radikal oleh sesetengah golongan. Beliau mempunyai matlamat perjuangan yang jelas dan pemerhatian yang tajam terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat khususnya massyarakat Melayu luar bandar.


Dalam keadaan ekonomi yang meleset dalam tahun 70an dan kejatuhan harga getah yang amat ketara Sdr Anwar telah bangun menagani isu kemiskinan dan telah memimpin tunjuk perasaan anti-kemiskinan di Baling dalam tahun 1974 yang menyebabkannya ditahan dibawah ISA selama 2 tahun.


Kepimpinan Dalam ABIM


Kemampuan Sdr Anwar sebagai seorang pemimpin yang komited dapat dilihat dari usaha beliau menubuh dan memimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) sehingga menjadi sebuah pertubuhan belia yang berpengaruh dan diterima oleh masyarakat dalam usahanya mendaulatkan Islam sebagai 'ad din - satu cari hidup. ABIM pada masa awal penubuhannya telah menarik minat seramai 50000 orang untuk menyertainya. Keahlian ABIM ini adalah yang kedua terbanyak selepas Pemuda UMNO.


Beliau mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya berpidato yang dikagumi ramai termasuk masyarkat antarabangsa. Kepimpinan dan sumbangannya telah diakui di peringkat antarabangsa sehingga menerima anugerah Pingat Ulama Eqbal Seratus Tahun dari Presiden Zia Ul- Haq, Presiden Pakistan pada tahun 1970 dan mendapat penghormatan menjadi Ahli kumpulan Penasihat Belia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1973


ABIM di bawah kepimpinan Anwar telah muncul menjadi pertubuhan yang popular kerana sikapnya menentang ketidakadilan dalam kerajaan dan juga di luar negara. Beliau telah menunjukkan sifat kepimpinannya dengan menyatukan beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dengan menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Penyelaras Akta Pertubuhan 1981 untuk menentang Akta Pindaan Pertubuhan 1981. Sdr Anbwar telah berjaya menyatukan 48 pertubuhan dari berbagai aliran dan bangsa seperti Persatuan Pertubuhan Malaysia, Pusat Profesional Malaysia, ALIRAN, Persatuan Penggna Pulau Pinang dan Majlis Peguam Malaysia.


Sdr Anwar menentang rang undang-undang ini kerana ketidakadilan yang melanggar pinsip Islam dan demokrasi. Kebijaksanaan dan kekuatan dirinya telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa berunding dengan jawatankuasa tersebut dan mengkaji semula Akta Pertubuhan tersebut. Inilah kekuatan Sdr Anwar Ibrahim yang telah menyatukan pelbagai kaum dan mempunyai strategi dan pendekatan yang berkesan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.


Pendirian Terhadap Isu Antarabangsa

Kepimpinan beliau yang tegas dan berani dapat dilihat apabila beliau bangkit dan membantah keras pencerobohan Russia keatas Afghanistan dalam tahun 1980. ABIM telah mengadakan perhimpunan yang dihadiri seramai 40000 orang untuk membantah pencerobohan dan bersetuju untuk menghantar utusan yang diketuai oleh Anwar ke kedutaan Russia.


Utusan itu berjaya meyakinkan pihak kedutaan Russia akan kesan buruk tindakan mereka dan memberi perhatian serius pandangan negara- negara diseluruh dunia. Duta Russia itu berjanji untuk membawa surat bantahan tersebut ke Moscow dan mahukan persahabatan dengan kerajaan Malaysia. 


Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian negara-negara lain terhadap ketokohan belia sebagai pemimpin.Sikap berani Sdr Anwar telah membawa belia untuk mengunjungi sempadan Russia untuk mendapatkan penerangan yang tepat dan menyerahkan sebanyak RM50,000 kepada pejuang Afghanistan. Sementara itu kekuatan yang ada dalam diri Sdr Anwar telah mendorong beliau untuk bertemu dengan Nasionalis Afghanistan di sempadan seperti Gulbudin Hekmatayar dan Burhanudin Rabani pemimpin Parti Jamiat El- Islami.

Anwar - Pejuang Anak Bangsa

Pemimpin negara di dalam dan luar negeri mengakui ketokohan dan kebolehan Sdr Anwar Ibrahim. Allahyarham Tun Abd Rzak Hussain, Perdana Menteri Malaysia kedua telah menawarkan jawatan untuk mewakili Belia Malaysia dalam Badan Dunia United Nation Coucil For Youth yang beribu pejabat di Bangkok. Sdr Anwar dengan hormat menolak tawaran lumayan tersebut.


Begitu juga apabila Allahyarham Dato Mohd Asri Muda ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menawarkan jawatan di kementerian beliau untuk Sdr Anwar. Tawaran ini juga telah ditolak olih Sdr Anwar.


Sdr Anwar sedar bahawa kelemahan anak Melayu pada ketika itu disebabkan oleh peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi amat terhad bagi anak-anak Melayu yang serba kekurangan. Dengan keinsafan dan jiwa yang cekal Sdr Anwar bersama rakan-rakan lain telah membuka sebuah sekolah persendirian di Kuala Lumpur - 


Yayasan Anda Akedemik. Walaupun pendapatan beliau amat kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang memegang jawatan dalam Kerajaan, Sdr Anwar dan rakan-rakan di Yayasan Anda sanggup mengorbankan segala kemudahan tersebut demi mempertingkatkan anak bangsa.

Kejayaan Yayasan Anda Akedemik dapat dilihat daripada bilangan lulusan dan penerimaan pelajarnya yang di terima masuk ke institusi pengajian tinggi. Kejayaan yang lebih ternilai daripada kejayaan ini adalah setiap pelajar Yayasan Anda telah dilatih sendiri oleh Sdr Anwar Ibrahim dengan dilengkapi olih daya tahan dan keimanan.


Anwar - Kepimpinan dalam Kerajaan


Ketokohan Sdr Anwar Ibrahim telah menarik perhatian Dato Seri Dr Mahathir Mohammad dan membawanya kedalam kerajaan. 


Kerjaya politik beliau bermula pada tahun1982 apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menjadi Ahli Jemaah Menteri pada tahun 1983 apabila dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian beliau menjawat beberapa jawatan kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan pada bulan Mac 1991.


Peranan penting beliau pada permulaan kemasukannya kedalam kerajaan Barisan National ialah membantu penubuhan Bank Islam. 


Beliau telah diamanatkan oleh Perdana Menteri untuk mengsyorkan dalam jawatankuasa cadangan idea. Amanat ini menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan beliau. Beliau telah menghabiskan banyak masa dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kejayaan Bank ini. 


Sdr Anwar telah mendapatkan bantuan dan sokongan dari negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi terhadap penubuhan Bank Islam ini


KONSEP KEPIMPINAN - SUDUT PANDANGAN ANWAR


Sdr Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kesahjahteraan manusia dan keperluan mewujudkan kaedah-kaedah yang adil dalam proses kepimpinan. 


Dalam kepimpinan menurut Sdr Anwar Ibrahim ia haruslah peka dan prihatin terhadap suara dan aspirasi rakyat serta merumuskan cara dan pendekatan yang melibatkan penyertaan rakyat dengan lebih berkesan (Anwar Ibrahim , Menangani Perubahan). Beliau menekan dan mementingkan konsep syura dalam Islam dan Demokrasi Penyertaan. Bagi Sdr Anwar, pemimpin bertanggungjawab untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna dan adil.


Dalam aspek kuasa SdrAnwar berpendapat kuasa yang dimiliki oleh pemimpin adalah elemen penting dalam usaha untuk membuat sesuatu. 


Sekalipun orang itu mempunyai idea dan pendapat yang baik tetepi jika tidak mempunyai kuasa dan kedudukan ia akan menyukarkan pelaksanaan idea tersebut. 


Dari segi perbandingan kuasa dan idea pula beliau berpendapat idea lebih penting dari kuasa dan kedudukan kerana kuasa ini hanyalah saluran yang berkesan untuk menyalurkan idea tersebut.


Sdr Anwar Ibrahim menekan kepentingan pemimpin dan masyarakat keseluruhan memiliki ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan berkeupayaan mempraktikkan ilmu yang baik itu dalam kehidupan. 


Menurut Sdr Anwar sesuatu bangsa itu telah dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat kerana pengaruh dan kekuatan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Bagaimanapun Sdr Anwar Ibrahim berpendapat ilmu pengetahuan itu harus memberi makna kepada diri manusia dan kemanusiaan Sdr Anwar adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayainya betul dan tepat. 


Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prinsip yang dipegangnya. Beliau akan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dicapai pada matlamat yang digariskan olehnya.


Prinsip ini dapat dilihat dari tindakan beliau menentang kerajaan yang dianggapnya tidak adil dan gagal dalam membantu orang Melayu sehingga beliau sanggup ditahan dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 2 tahun berikutan penglibatannya dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan akibat peristiwa kebuluran di Baling, Kedah pada tahun 1974.


Dalam usaha menangani perubahan bagi Sdr Anwar pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. 


Bagaimanapun perubahan harus berlandaskan nilai universal yang mutlak yang diakui oleh Islam dan agama lain sebagai baik dan mampu memberi kesahjeteraan kepada manusia.


Selain kegiatannya yang cukup menonjol dalam bidang politik, Sdr Anwar turut membahaskan berbagai-bagai gagasan termasuk masyarakat madani. Beliau menghasilkan dua buah buku berjudul Menangani Perubahan dan Gelombang Kebangkitan Asia.


Di peringkat antarabangsa, Sdr Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UNESCO (1989-1991) dan menjadi salah seorang pengasas Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Washington.


Sdr Anwar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan November 1993 setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun itu.


Sdr Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan pada 2hb September, 1998.

APA DAH JADI UMNO di Johor.. Dah buang tabiat ke ??

Posted: 29 Nov 2015 07:00 AM PST

Teruna Aiman's photo.

1.Bagai mana dengen negeri yang lain?

2.Tunggu apa lagi?

3.Tapi yang ternyata sedih datang dari Negeri Terengganu kerana ego seorang habis busuk satu Malaysia..

 

[KINI SUDAH ADA 1000 CAWANGAN] Najib akan DIJATUHKAN dalam SEBULAN DUA - Ketua UMNO Cawangan

Posted: 29 Nov 2015 06:15 AM PST

PUCHONG: Lebih 200 orang Ketua UMNO cawangan yang mendesak Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, mengakui pergerakan itu semakin berkembang dengan lebih banyak sokongan.

Ketua Cawangan Bandar Putri Puchong, Mohd Shukor Mustaffa mengingatkan agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak memandang ringan desakan itu lagi memandangkan ia boleh menjatuhkan Najib dalam jangka masa sebulan dua lagi

Ketua-ketua cawangan UMNO katanya, sedang merangka beberapa rancangan yang melibatkan jumlah penyertaan yang lebih besar dalam gerakan itu.

"Kita akan susun beberapa aktiviti yang lebih besar daripada ini.

"Asalnya 34 cawangan, tetapi hari ini lebih 800 hingga 1000 ketua cawangan UMNO yang menyertai kami dalam desakan Najib berundur.

"Jika kami ada kuasa mengundi dia jadi Presiden, maka kami juga ada kuasa menolaknya dan ia akan dilakukan dalam masa sebulan dua," katanya dalam satu sidang media di Kinrara Golf Resort.

Dalam pada itu, ketua cawangan UMNO Teluk Kemang pula mengesahkan pihaknya akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin parti ekoran desakan secara terbuka mengajak Najib berundur.

Ketua Cawangan Taman TKK Teluk Kemang, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, tindakan itu diambil berikutan kepimpinan UMNO berasa tercabar dengan desakan terhadap Najib itu.

Tambahnya, ia bukti kepimpinan UMNO bimbang dan tindakan pantas diambil oleh majlis tertinggi parti.

"Saya nak tanya, kalau desakan itu tidak berkesan, kenapa sembilan orang dalam kalangan mereka yang telah membuat sidang media di Teluk Kemang telah dihantar surat tindakan tataterib?

"Sembilan orang itu akan dihadapkan ke tribunal disiplin oleh UMNO pada Rabu ini jam 2.30 petang," katanya.

Beliau ditemui dalam satu sidang media bertema, "Perjuangan Mendemokrasikan UMNO, berani kerana benar, kami sayangkan UMNO" oleh 200 ketua Cawangan UMNO Malaysia.

Sebelum ini, kepimpinan tertinggi UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa desakan terhadap Najib tidak memberi sebarang kesan. -FMT

[VIDEO KENYATAAN TERKINI TUN] UMNO sudah jadi parti Najib, kata Tun M

Posted: 29 Nov 2015 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO tidak lagi menjadi parti untuk orang Melayu sebaliknya ia berubah kepada parti Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, ini berikutan salah guna kuasa yang diamalkan presiden parti yang bertindak membuang sesiapa sahaja ahli UMNO yang menegur beliau.


"Siapa saja yang tegur Perdana Menteri atau Presiden parti, dia dibuang.


"Seolah-olah ini bukan parti UMNO tetapi menjadi Datuk Seri Najib. Saya tidak menegur parti tetapi saya tegur Datuk Seri Najib," katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.


Menyingkap sejarah krisis kemuncak UMNO pada tahun 1986 dan 1987, Tun Dr Mahathir berkata walaupun UMNO menghadapi krisis ketika itu tetapi tiada siapa yang dilarang untuk bercakap, bersuara serta berkempen dan ia berbeza dengan keadaan sekarang.



"Saya tidak boleh berjumpa dengan ahli UMNO dan Menteri UMNO. Saya ahli UMNO, bekas Presiden.



"Begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beri dia bercakap sebab itu memang tradisi kita. Timbalan Presiden ada hak berucap pada Perhimpunan Agung UMNO.



"Muhyiddin tidak mengkritik parti, dia mengkritik Najib. Dan ini jelas membuktikan parti UMNO adalah parti Najib," katanya. -ismaweb.
CELAH GELEGAR

ASET NEGARA BAKAL DIJUAL

Posted: 29 Nov 2015 04:45 AM PST

Bang Maily II's photo.

SUDAH terang bersuluh pula. Sudah tahu banyak sangat alasannya. Kita bercakap benar dikata suka memfitnah seorang menteri perdana dan kesannya pembangang yang diburukkan, sedang hakikat sebenar di depan mata.

Biasanya seorang yang mahu MUFLIS akan ia jual apa saja miliknya untuk cover hutang2 yang belum dilunaskan untuk selamatkan diri dan begitulah jadinya. Itu hutang peribadi, tetapi hutang negara maka harta negara yang dibangun kumpul sejak merdeka akan susut dan kita bakal BERAMPAK SAMIR alis miskin 

KELANDAR.

Sekarang ini 1MDB asyik membida harta2nya untuk langsaikan hutang dan jika pembida asing memenangi bidaan penjualan aset2 tenaga 1MDB dan had pemilikan ekuiti asing dikecualikan, ia bermakna 1*% aset2 penjanaan tenaga letrik negara akan dikuasi oleh syarikat asing.

menurut penjelasan ada 1 daripada 3 firma asing sebagai pemenang bida untuk mengambnil alih 18 aset tenaga Edra Global Energy Berhad yang bernilai RM10 bilion dalam usaha mengirangkan hutang piutang syarikat tersebut.

Jika ini menjadi maka Malaysia akan kehilangan sedikit demi sedikit sesuatu yang cukup berharga dan sekaligus nanti bil Elektrik akan naik dan itu sebab PM sudah awal2 mengatakan yang subsidi akan dihapuskan.

Gara2 berbelanja tak berhemah dan hutang yang berlambak, maka negara menerima beban dan bukan mudah untuk selesaikan hutang 1MDB termasuk hutang negara yang terus membengkak.

Kesan boros dan berbelanja secara tidak berhemah, maka rakyat yang menerimanya dan akhirnya di samping penjualan aset negara, maka poket rakyat juga kerajaan korek melaui cukai berganda yang namanya GST.


ISMAILY BUNGSU
29/11/2015

Najib Mungkir Janji ??

Posted: 29 Nov 2015 04:00 AM PST

BAGUS LAH...

Posted: 29 Nov 2015 03:15 AM PST

Chuleed Yusri Yk's photo.

Yg aku nk tunggu NEGERI PERTAMA YANG MENGUMUMKAN segala bentuk judi(lesen/xda lesen)...PENJUALAN ARAK,RUMAH2 PERSUNDALAN DIHARAMKAN...

AKU JGK NK TGK SULTAN DAN RAJA sebagai KETUA AGAMA ISLAM boleh melaksanakan semua ni....

AKU JGK NK TGK SULTAN dan RAJA NEGERI MANA YG BOLEH MENEGUR NAJIB SUPAYA BERHENTI MENYIKSA RAKYAT...DAN BOLEH PERTAHANKAN ASET NEGARA DR DIJUAL..
Ada kuasa ke???....

Amanah bantah usaha Pas kudakan PKR FMT Reporters

Posted: 29 Nov 2015 02:30 AM PST


khalid-samad,pas,pkr Kebersamaan semua parti dalam Pakatan Harapan dalam menyokong sasaran satu lawan satu mampu mencapai matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO-BN berakhir

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) membantah langkah Pas yang mahu memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa pertandingan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, Pas harus faham bahawa semua parti termasuk Amanah berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika PRU-14 nanti.

Katanya, kebersamaan Amanah dengan Pakatan Harapan bukan kerana parti itu tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik Pas seperti ini adalah antara sebab Amanah ditubuhkan.

"Amanah dengan ini mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengingatkan agar parti-parti dalam Pakatan Harapan mempersetujui sasaran satu lawan satu dalam pertandingan merebut kerusi pada PRU-14.

Katanya, langkah itu bagi mengelak daripada berulangnya pengalaman yang pernah dilalui semasa PRU-13.
"Seperti mana sedia maklum, satu lawan satu walaupun dipersetujui semasa PRU ke-13, khususnya di semenanjung, tetapi, ada juga yang telah engkar dengan apa yang telah dipersetujui bersama.

"Akhirnya, calon UMNO-BN telah menang di kerusi-kerusi berkenaan," ujarnya.

Khalid menaruh keyakinan bahawa, sekiranya sasaran satu lawan satu itu dilakukan maka matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO dan BN berakhir akan tercapai.



FMT

Tidak mustahil BN tumbang PRU14 Faiz Zainudin

Posted: 29 Nov 2015 01:45 AM PST


fahmi-fadzil,bn

Ia sudah dibuktikan dari pilihan raya yang berlaku di Myanmar apabila pembangkang berjaya mengulingkan kerajaan pemerintah disana.

SHAH ALAM: PKR percaya pembangkang mampu merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Fahmi Fadzil berkata, ia sudah dibuktikan pilihan raya di Myanmar apabila pembangkang berjaya mengulingkan kerajaan pemerintah.

Pilihan Raya Umum Myanmar yang berlaku pada awal bulan ini menyaksikan Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi melakar sejarah negaranya apabila Parti Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinannya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.

NLD menyapu bersih kesemua 12 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di ibu negara.

"Myanmar sudah buktikan bahawa pembangkang mampu mengambil alih kerajaan, tidak mustahil perkara sama berlaku di sini.

"Kita boleh lakar kejayaan kita pada pilihan raya akan datang nanti, kita akan buktikan nanti. Jangan malas, masa sudah tak banyak," katanya dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Kongres PKR ke-11 pada Ahad.

Sehubungan itu, dia menyeru ahli PKR diseluruh negara untuk bersama-sama gabungan pembangkang untuk berkerja dengan lebih keras bagi memastikan BN dapat ditumbangkan pada PRU akan datang.


FMT

Gambar Izzah -Jacel Kiram tidak jadi isu besar di Sabah Faiz Zainudin

Posted: 29 Nov 2015 01:00 AM PST


Datuk-Seri-Lajim-Ukin,nurul-izzah

Isu tersebut sengaja dimainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai senjata untuk menyerang pembangkang.

PETALING JAYA: Gambar Nurul Izzah Anwar bersama anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram tidak menjadi isu besar kepada rakyat Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, sebaliknya ia sengaja dimainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai senjata untuk menyerang pembangkang.

"Nurul (Izzah) jangan gundah-gulana soal ambil gambar dengan anak Sultan Kiram di Sabah tidak ada isu. Isu itu sengaja dibangkitkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa ucapan pergulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau menyeru seluruh ahli PKR supaya bangkit mempertahankan pemimpin parti bagi menjawab segala isu yang dibagkitkan pihak musuh.

"Kita nak pertahankan pemimpin kita, masalah pimpinan bukan masalah Sabah atau semenanjung tetapi tanggungjawab semua, apa yang penting kita perlu pertahankan parti,"katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu mengambil gambar bersama puteri Sultan Sulu bukanlah satu pengkhianatan berbanding dengan penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China.

Nurul Izzah telahpun meminta maaf kepada ahli keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Naib Presiden PKR itu juga memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berhubung isu itu.


FMT

Tarikh Bayaran Penerima BR1M 2016 By canang

Posted: 29 Nov 2015 12:15 AM PST

 
Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bantuan kewangan tahunan dari kerajaan buat rakyat warganegara Malaysia yang terpilih mengikut kategori dan syarat yang telah ditetapkan.
Berdasarkan pembentangan bajet 2016, jumlah BR1M 2016 telah dinaikkan. Berikut adalah kadar baru pembayaran BR1M 5.0 untuk tahun 2016

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September 2016 - www.aam.my


  • Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM1,050
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM1,000
  • Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan  - RM800
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2016.

  • Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 - RM400

Berikut adalah tarikh dan jumlah pembayaran BRIM mengikut kategori untuk tahun 2016.
 
 
CanangLahnie

KORANG JANGAN INGAT UMNO/BN JER KUAT MENIPU (GAMBAR)

Posted: 28 Nov 2015 11:30 PM PST