Sabtu, 28 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


SINAR WAJAH

Posted: 28 Nov 2015 10:45 PM PST

Bang Maily II's photo.

Cuba saja kita duduk dengan kawan kita atau siapa saja dan kemudian lihatlah wajahnya. Apa punya cahaya atau bagaimana. Sebenarnya kita akan tahu. 

Ada yang dulunya teman kita penuh bercahaya di wajahnya dan ketika ini lain sikit penuh muram dan bermasalah dan ada yang kekadang langsung tidak bercahaya alia tak punya nur.

Saya jelaskan di sini bahawa cahaya yang ada di muka kita ini datangnya dari dua perkara. 

Pertama kesan hubungan kuat kita dengan Allah dan kedua hubungan kuat dengan pemerintah atau ketua jabatan atau yang lebih berkuasa. Ini hakikat jelas.

Hakikat kalau hubungan itu terputus sama ada dari Allah atau penguasa seperti yang dikatakan di atas, maka cahaya itu jadi malap dan muram atau dengan sendirinya gugur dan kesannya kekadang jantung jadi goyah dan mati mendadak.

Ada teman baik kita dan dia tidak punya pendidikan, hanya kelas bawah dan membaca juga kurang tetapi kesan hubungannya dengan pemerintah/atasan yang berkuasa suka bodek ampu, maka ia dikutip jadi calon lalu menang election dan muncullah ia dipanggil Yang Berhormat dan segera dilantik jadi menteri. 

Apa jadi?

Ketika itu adalah yang berkata " kalaulah orang semacam ini dikutip jadi menteri, maka segera tidaklah aku hormat dia itu" kata kawan2 dan jelas di situ tidak boleh tidak sinar cahaya wajahnya terpancar kesan anugerah tadi yang akhirnya ramai yang terpaksa tunduk memuji2 dan segala macam.

Nah, di situlah saya maksudkan cahaya wajahnya bersinar kerana pangkat yang dikasih oleh atasan tadi dan tentu saja beda dengan orang yang soleh.

Katakan yang tadi duduki kerusi menteri dalam kabinet negeri tiba2 bubar atau kalah election, maka kita akan melihat cahaya wajahnya itu akan pudar kesan kerusi yang ia duduki itu telah tercerai dan jelasnya diapun melihat kegelapan.

Nah, sekarang cuba saja kita lihat ulama yang soleh yang berani mengatakan yang benar bukan ulama pura2 sperti ada dalam parti pemerintah. 

Ulama benar/alim ulama benar dan kata2nya benar, perbuatannya benar dan semuanya ikut sunah dan al quran, maka orang semacam itu dibuang ke manapun tetapi bak mutiara intan permata tetap bercahaya hingga kiamat meskipun dia tiada lagi. 

Usaha baca sejarah hidup iman Syafii akan tahu bagaimana kedudukan perkara.

Alim ulama/tokoh2 yang dikatakan rakyat sekarang ini meski hebat berkata kesan nampak kesalahannya atau kerajaan yang ia sertai judi, arak, korup, tipu di mana2 meski ia bercakap benar di TV atau media pasti akan ada yang berbisik: " dia itu bohong, dana zakat dan anak yatim serta Yapeim pun dia kerjakan"

Sampai begitu sekali dan bagaimana tadinya yang cahaya Allah kasih dan bukankah jadi punah dan binasa dan untuk mengelakkan segala tuduhan maka dikatakan rakyat pula memfitnah dan kala bicara di mahkamah memang dia menang sebab siapa juga yang atur undang2?



Narapidana!

ISMAILY BUNGSU
29/11/2015

Anggota Polis Cuba Bunuh Diri Di Lokap SPRM - Posted by Kita Bantai

Posted: 28 Nov 2015 10:00 PM PST


 
KOTA BARU: Seorang Inspektor polis negeri ini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terbabit rasuah dikejarkan ke hospital selepas melakukan cubaan bunuh diri di lokap SPRM di sini.
Sumber polis berkata, pegawai polis berusia 25 tahun yang sebelum ini pernah ditahan untuk kesalahan sama itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dia ditangkap kerana dakwaan rasuah melibatkan RM15,000, pada 24 November di Rantau Panjang pada pukul 5 petang.
Ketika ditahan di lokap SPRM selama tujuh hari, dia dikatakan telah meminum cecair syampu badan.
Akibatnya, dia telah muntah dan memberitahu seorang pegawai SPRM yang bertugas ketika itu.
Sumber polis berkata, pegawai polis itu telah memberitahu pegawai SPRM berkenaan bahawa terdapat 'suara' yang memberitahunya untuk membunuh diri.
Sumber berkata, doktor yang merawatnya berkata, pesakit mahu mendapatkan rawatan psikiatri walaupun keadaannya tidak bahaya.
Tambah sumber itu lagi, pegawai polis itu juga memberitahu pegawai SPRM bahawa dia mahu mengakhiri hidupnya kerana sudah tidak tahan dengan keadaan teruk selepas dimasukkan ke lokap.
Menurut laporan, pegawai polis itu telah dimasukkan ke wad di hospital dan keadaannya dikatakan stabil.
mstar

Penguatkuasa MPSP Bertindak Zalim.. Penyiaga Pisang Kena Serangan Jantung

Posted: 28 Nov 2015 09:12 PM PST


Berniaga buah pisang...depa rampas dan halau...pak cik tu ada heart attack...pensan kat situ...dok tggu ambulan mai...

Anak dia mengamuk.....

Sumber kiriman Crew
Rosli




Sultan Johor Haramkan Vape di Seluruh Negeri Johor

Posted: 28 Nov 2015 08:15 PM PST



JOHOR BARU, 29 Nov: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasinya.

"Saya mahu premis vape ditutup mulai 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas memetik laporan mStar Online.

Baginda bertitah negeri mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Selain itu, baginda turut mengarahkan kerajaan negeri untuk bersidang pada minggu depan bagi merangka perancangan untuk memudahkan proses tersebut.

Baginda juga bertitah ahli politik harus berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," titah baginda.

Menurut baginda, kesan jangka panjang pengunaan vape, pengguna perlu membayar cukai untuk menanggung kos bagi membiayai rawatan.

Selain itu juga, baginda turut bertitah pengharaman vape di negeri johor meliputi seluruh penjualan produk yang berkaitan dengan vape.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor memberi amaran mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang tersebut bermula 1 Januari depan bakal dikenakan tindakan.




BLM







ANDALUSIA, SABBA & MALAYSIA ( andalusia sekarang hanya jadi muzium)

Posted: 28 Nov 2015 07:45 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

ANDALUSIA merupakan negara termaju di Eropah. Eropah kala itu gelap dan kesan raja Peranchis ke-2 belajar di sana, lalu dia terjemah semua karya2 ilmuan yang dihasilkan oleh orang Islam dan diangkut ke Eropah hingga Eropah menjadi hebat dan sudah abad ke-12 Andalusia mula mundur kesan tidak lagi berpaksi kepada Al Quran dan Sunah Nabi.

Perkataan algebra, zero, cipher, algorism dalam bidang matematik dan alamanac, zenith, nadir, azimuth dalam bidang astronomi dan perkataan2 alchemy, chemistry, alcohol, alkali, elixir, alembic dalam bidang kimia semuanya berasal dari bahasa Arab yang juga diguna di Andalusia.

Al-Shaqundi di abad ke-12 pernah berkata " jika kamu ingin mencari susu burung sekalipun kamu boleh mendapatkannya di Siville"( immauddin S.M 1965:120) sementara penyair german zaman itu mengatakan Andalusia ialah permata dunia.

Kesan yang diperkatakan barangkali boleh juga merujuk kesan kemungkaran masyarakat kerajaan SABBA yang mulanya bumi SABBA begitu subur dan kemudian kesan kemungkaran bumi yang subur tadi menjadi merkah dan tanam2an tidak menjadi.

Lalu bagaimana pula kita?

Semasa Mahathir memimpin negara, Mahathir telah menarik perhatian hingga negara Malaysia terkenal dan dicemburui dan di situ tercipta wawasan negara maju menjelang 2020 tetapi sesudah Najib memimpin lanjutan kepimpinan Abdullah Badawi yang memperkenalkan Islam Hadhari dan Islam contoh, lalu kemungkaran judi, korup terus bermaharajalela maka kita lihatlah sudahnya nanti. Ini bukan doa tetapi kenyataan pasti kalau tidak berubah kepimpinan yang ada sekarang ini.

Wawasan 2020 hanya tingga lima tahun lagi dan apakah kita berkesempatan menjadi negara maju atau sebaliknya? Apakah dengan hutang yang berlambak mendekat 800 bilion akan segera tercapai wawasan 2020 itu? Apakah dengan cara penjualan harta milik kerajaan akan menyelesaikan semua masalah.

Semuanya kesan salah tingkah juga kesan berbelanja tidak berhemah dan kesan lupa diri bila berkuasa seolah Malaysia syarikat milik sendiri yang kayakan anak bini dan kroni.


Memang di Malaysia semuanya ada.

Kita fikirlah!



NURLIYANA ABDULLAH

YB Nurul Izzah Anwar MP Yang Paling Cantik, Apa Masaalahnya ?

Posted: 28 Nov 2015 07:06 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Isu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bergambar dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram di Filipina baru-baru ini tidaklah menghairankan.

ini kerana Izzah memiliki keperibadian dan rupa paras cantik dan mampu menarik minat orang sekeliling merakamkan gambar kenangan bersama anak sulung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

"Dah memang Nurul Izzah cantik memanglah orang berminat nak bergambar dengan dia. Lainlah kalau Najib tetapi Datuk Azlina tak boleh faham mengenai perkara ini,".

PKR penyatu pembangkang-Wan Azizah Khairil Ashraf

Posted: 28 Nov 2015 05:15 PM PST


Wan-Azizah_pkr_600

Presiden PKR mengingatkan bahawa rakyat memberi amanah kerana mereka mempercayai kepimpinan parti-parti pembangkang 

SHAH ALAM : PKR berperanan menjadi 'penyatu' dalam kalangan parti-parti pembangkang bagi menentukan masa depan rakyat.

Dalam peringatannya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat memberi amanah kerana mereka mempercayai kepimpinan parti-parti pembangkang.

"Rakyat mempercayai bahawa kita mampu menggalas amanah yang diberikan untuk berdepan UMNO-BN.

"Oleh itu, pakatan baru, Pakatan Harapan terbentuk menjadi penyambung janji demi penyempurnaan amanah kepada rakyat," kata beliau dalam ucapan dasar di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 parti itu di Ideal Convention Centre.

Menurut Wan Azizah, usaha Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dan Jawatankuasa Menggariskan Bersama turut disambut baik.

"Kesepakatan politik perlu diperkukuhkan dengan mewujudkan satu dasar bersama politik berasaskan satu matlamat, satu perjanjian dan satu tekad demi membina sebuah negara adil," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad ketika ditemui pemberita berpendapat, PKR boleh menjadi fasilitator dalam pakatan pembangkang.

"Sebab perlu ada satu suara yang satu. Tetapi buat masa ini pendirian kita jelas dengan Parti Amanah Negara Negara (bahawa tiada kerjasama)," katanya.


FMT

Elok Sangatlah Tu.

Posted: 28 Nov 2015 04:45 PM PST

Bhai/DeeDee semua...


Nampaknya makin hari PAS dan makin masuk perangkap UMNO... Hanya kerana sentimen Melayu... dan sentimen kononnya memperjuangkan Islam, PAS makin terperangkap... Kesian sungguh lar... Hahaha... Ditegur depa marah.... Nasihat tak jalan...

Aper nak jadi la...

Tunggu masa sikit hari jer lagi PAS akan jadi tidak relevan dengan suasana politik Malaysia... PAS akan menjadi parti yang tidak dipercayai oleh orang muda... Dan kalau ader pon yang percaya... Itu semua jenis yang tidak tengok politik dari sudut bawah tempurung,.., hahaha

Hancuss.. Logo dibawah nih gua rembat dari FB penyokong UMNO dan penyokong PAS... hahaha... Lawak siot...

Pecah amanah : KPN sah dua pegawai kanan polis ditahan FMT Reporters

Posted: 28 Nov 2015 04:00 PM PST

Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar,belasah,imigeresen

Khalid menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit dengan perbuatan itu
Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar,belasah,imigeresen

Kuala Lumpur: Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan berhubung kes pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak ubah suai dan baik pulih Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit.

"Saya sahkan dua lagi pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan. PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di ibu negara.

Sebelum ini, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan polis bersama pagawai bawahan telah ditahan berhubung kes berkenaan.

Turut ditahan kontraktor yang dipercayai bersekongkol dengan perbuatan itu.


FMT.

Buat Semua Pembaca.......

Posted: 28 Nov 2015 03:30 PM PST

UMNO berada paling nazak dalam sejarah FMT Reporters

Posted: 28 Nov 2015 08:00 AM PST

Saifuddin-Abdullah_pkr_umno_600

Pimpinan di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga turut menyebabkan BN berada dalam keadaan yang sama

Saifuddin-Abdullah_pkr_umno_600PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan kemelut dalaman parti orang Melayu itu berada dalam keadaan paling teruk.

Katanya, pengalaman itu tidak pernah dilalui parti itu sejak ia diwujudkan puluhan tahun lalu.

Jelasnya, pimpinan di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadikannya nazak bukan setakat pada UMNO tetapi juga kepada Barisan Nasional (BN).

"Hari ini UMNO dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

"UMNO dan BN tidak pernah senazak ini,"katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, di Shah Alam.

Beliau yang juga bekas Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, melihat situasi yang berlaku menjadi faktor yang memihak kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun, beliau mengingatkan ia tidak akan tercapai sekiranya pembangkang bercakaran sesama sendi.


FMT.

PKR gesa 47 MP Sabah, S'wk Tubuh gagasan baru 926 Anne Muhammad

Posted: 28 Nov 2015 07:15 AM PST


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa 47 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak keluar dari BN dan membentuk sebuah gagasan baru di negeri itu.

Ini kerana, kata beliau, kerajaan BN telah gagal untuk menghormati Perjanjian Malaysia 18 dan 20 perkara di kedua-dua negeri tersebut.

"Pada sidang parlimen yang lepas, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa perkara 18/20 tidak mengikat (non-binding) maka janji Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk menuntut Kerajaan Persekutuan menunaikannya, ianya hanyalah janji kosong dan sandiwara BN semata-mata.

"Jika hak dan kepentingan rakyat diutamakan, dan setelah 50 tahun menunggu pelbagai janji Kerajaan Persekutuan maka janganlah lepaskan peluang untuk menjuarakan hasrat rakyat dan peluang membangunkan potensi terpendam mampu menjadi kenyataan jika 47 ahli parlimen Sabah dan Sarawak wajib keluar BN dan tubuhkan satu gagasan baru di Sabah dan Sarawak," katanya.

Wan Azizah berkata demikian dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam hari ini.

Perjanjian Malaysia, yang merangkumi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, merupakan syarat-syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Katanya, gagasan baru ini boleh bekerjasama dengan BN dan Pakatan Harapan untuk mentadbir dan ekonomi terbaik untuk rakyat di negeri itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, sebelum kongres berhenti rehat, kesemua pemimpin PKR mengangkat plakad 'Mana RM2.6 bilion'.

Sejurus selepas itu, para pimpinan PKR pergi ke arah perwakilan dan kesemua mereka sama-sama mengangkat plakad berkenaan.


Mkini

Azmin: Hanya satu lawan satu dalam PRU14 859 Anne Muhammad

Posted: 28 Nov 2015 06:30 AM PST


Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah pertandingan satu lawan satu dan pertikaian dalam gabungan itu perlu diselesaikan.

Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang menuntut PKR tidak membenarkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pilihan raya ini masih jauh. Pertindihan kerusi yang berlaku pada setiap pilihan raya kecil, pilihan raya umum dan pilihan raya negeri, merupakan satu proses biasa.

"Semua pihak perlu duduk dan berbincang. Prinsip dan perjanjian kami ialah satu lawan satu," katanya dalam sidang media di Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam hari ini.

Khairuddin melalui akaun Facebooknya berkata, jangan biarkan PAN bertanding di kerusi PAS.

"Jika PKR yang bekerjasama dengan PAN mengiyakan PAN bertanding tiga penjuru di kawasan PAS melawan Umno, maka apa sebab PAS perlu berundur memberikan laluan PKR bertanding tanpa tiga penjuru lalu memberikan kerusi selamat kepada PKR," kata Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.


Mkini

Khairuddin sokong gesaan bebaskan Anwar

Posted: 28 Nov 2015 05:45 AM PST


Individu yang menerbitkan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri', hari ini menyokong gesaan supaya bekas ketua pembangkang itu dibebaskan.

Bekas Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau menyokong penuh mana-mana dayausaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

"Datuk Seri Anwar telah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanahair.

"Biar landskap politik tanahair kita bertambah warna-warni! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah?" kata Khairuddin.

Sebagai pemimpin akar umbi Umno yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin baru dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa mensabotaj ekonomi Malaysia berhubung laporan-laporan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Katanya, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang effektif bagi 'semak dan imbang' pentadbiran negara.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi untuk membuat teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi," katanya.

Mereka ini. dakwanya, adalah kalangan kaki bodek yang lemah minda yang tidak amanah pada Allah SWT serta rakyat jelata.

"Mereka lebih takut pada manusia dari tuhan." katanya sambil menggesa penolakan pemimpin seumpama itu.
Beliau berkata pemimpin itu sepatutnya harus berani membuat teguran secara jujur dan ikhlas demi kebaikan atau kepentingan parti agar menjaminkan survival Umno mahupun BN dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Kumpulan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Arbitrari (WGAD) mengeluarkan kenyataan awal bulan ini yang menyatakan pandangan mereka yang mendakwa bahawa Anwar telah dinafikan perbicaraan yang adil.

Amnesty International juga telah mengiktiraf Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan Februari atas sabitan tuduhan liwat, sebagai tahanan politik.


Mkini

Imbas kembali kenangan lalu.....

Posted: 28 Nov 2015 05:00 AM PST

 
Bang Maily II's photo.AMANAH O AMANAH

Saya pernah ke rumah Nik Aziz dan kala itu dia tak ada kami dipersilakan masuk ke ruang tamu oleh familinya, tetapi saya dan beberapa wartawan lain memilih di luar sambi melihat sekitar.

Tak lama kemudian arwah Nik Aziz datang dan di bahunya ada setandan pisang dan di pinggangnya ada parang. Kami ia persilakan naik dan duduk bersila/wartawan dari Amerika terkejut melihat lagak seorang menteri besar itu.

Ketika kami duduk arwah Nik Aziz ke dapur dan kemudian ia sendiri menghindangkan kami minuman. Sekali lagi wartawan amerika melihat saya dan dapat saya bayangkan apa yang ia maksudkan.

Nah, Kerana itulah saya hormat PAS kerana hormat Nik Aziz dan kesannya berbondong2 anak muda india dan cina sanggup membawa bendera memakai baju PAS membantu PAS dan sekaligus mereka mendekati Islam itu. Kenal baru cinta.
Sesudah Nik Aziz tiada apa terjadi?

Kepimpinan PAS yang ada sekarang ini bukan membaik sebalik memburuk. Dikasih percuma memerintah Trengganu, Kedah dan Perak semuanya terlepas tangan bau tahi dan pemuda india dan cinta yang tadi akrap mula menjauh.

Bukan saja pemuda dan cinanya menjauh malah yang bangsa melayu islam agamanya juga menjauh dan jelas kian sehari kian pudar sokongan rakyat terhadap PAS.

Hadi dalam PR banyak sangat membuat masalah dan dia ini mudah terpengaruh dengan permainan BN yang sungguh licik sangat. Mereka janjikan Hudud tetapi hingga sekarang tidak menjadi dan jelas PAS tidak nampak permainan UMNO itu meski sebelum ini Nik Aziz pernah berkata jangan sampai dipatuk buat kali keduanya.

PAS sudahpun tahu UMNO parti korup dan penuh dengan skandal yang bermaharaja hingga negara d iambang musnah, tetapi kepimpinan PAS masih juga berusaha untuk mengadakan perkahwinan, padahal BN hanyalah bermain strategi untuk memecahkan perpaduan PR dan rupanya PAS termakan pengaruh dan kesannya begitulah tergantung tidak bertali. Sorong salah tarik juga salah dan akhirnya serba salah.

Untuk menubuhkan parti yang mirip perjuangannya Islam tidak semestinya dimasukkan nama Islam itu sendiri dan dalam AMANAH sudah jelas. Amanah konsepnya saya lihat sederhana lebih kepada cara kepimpinan Nabi di zamannya yang melindungi mereka yang bukan Islam dan bukan islam merasa terlindung di bawah kepimpinan Nabi ketika itu.

Pas memang parti Islam tetapi ada tindakan2 PAS sebenarnya seolah membelakangi perjanjian muafakat atau sistem dalam PR itu sendiri dan akhirnya seolah PAS mahu jalan sendiri tanpa peduli rakan2 lain dan akhirnya tangan berbau tahi.

Kelihatannya Amanah sekarang ini berdasarkan pengamatan saya cukup hebat dan penyatuan AMANAH dalam PAKATAN HARAPAN merupakan satu harapan yang cukup menjanjikan yang BN bakal tersungkur, sementara PAS kita akan lihat kemungkinan Kelantan sendiri akan tumbang.

PAS nak tawan Perak, Kedah dan Trengganu hanyalah mimpi ngeri malah kita akan lihat mereka melihat burung terbang lalu dipipiskannya lada atau kala melihat di langit ada mendung atau bunyi guruh air di tempayan ditumpahkan dan sudahnya untuk cuci berak tak kesampaian. kesian baunya menyebar.

Amanah harapan rakyat Malaysia yang mahukan kemakmuran dan kepimpinan telus tidak rasuah dan dalam PAKATAN HARAPAN akan sama menjulang kejayaan mencapai puncak di PRU-14 akan datang.


ISMAILY BUNGSU
28/11/2015

Charles Mahukan Keadilan Bukan Harta Kevin..

Posted: 28 Nov 2015 04:22 AM PST

'Nama Charles tak ada dalam wasiat Kevin kerana dia sudah kaya'


Nama Charles Suresh Morais tidak termasuk dalam wasiat mendiang timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais 'kerana dia sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya'.

Satu sumber yang rapat dengan Charles berkata demikian sebagai respons kepada adiknya, Richard Dilaan Morais yang memetik wasiat itu sebagai bukti bahawa Charles dan Kevin tidak rapat seperti yang didakwa.

"Apa Richard kata itu mengarut. Wasiat Kevin dibuat pada 2005 dan beliau meninggalkan kepada Richard hanya 7.5 peratus daripada harta peninggalannya.

"Dia tidak tinggalkan apa-apa kepada Charles kerana Charles adalah seorang yang kaya," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata walaupun Charles sudah mengetahui yang dia tidak mendapat apa-apa dari wasiat Kevin, namun dia telah berusaha untuk mencari kebenaran tentang pembunuhan abang sulungnya itu.

Katanya, Charles tahu dia tidak dapat apa-apa harta peninggalan Kevin tetapi dia menghabiskan masa dan wang di sini (di Malaysia) berusaha untuk mencari kebenaran berhubung pembunuhan Kevin.

"Apa yang Richard lakukan sepanjang masa? Tak ada apa-apa, kecuali buat masalah," kata sumber itu.

Charles telah tinggal di Atlanta, Amerika Syarikat sejak tahun 1984.

Khamis lalu, dia ia telah membuat akuan berkanun (SD) di Kuala Lumpur, mendakwa konspirasi dalam pembunuhan Kevin, yang merupakan seorang timbalan pendakwa raya yang ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


- mkini

Betrul Kah PKR Ikut PAS Mahu Huru-harakan Pakatan Harapan?

Posted: 28 Nov 2015 03:45 AM PST


Azmin ikrar kerjasama dengan PAS di hadapan DAP, AMANAH

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.

"Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN," katanya.


Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.

"Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.

"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.

"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.

Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH. -mk

Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. -mk




Pakatan Harapan jangan jadi macam budak-budak

Wanita PKR mengingatkan parti dalam Pakatan Harapan agar tidak bersikap kebudak-budakan kerana sering mencabar antara satu sama lain dalam pelbagai isu.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti dalam Pakatan Harapan harus meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan mengetepikan agenda peribadi atau parti.

"Sikap cabar mencabar antara satu sama lain hanyalah menzahirkan sikap kebudak-budakan masing-masing dalam suasana politik kita yang kini kian rapuh.

"Kami percaya keutamaan harus ditumpukan kepada isu nasional yang menjadikan negara dalam kerugian besar,"katanya dalam ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK dan Wanita Tahunan ke-11, hari ini.

Menurutnya, rakan dalam Pakatan Harapan perlu menjaga batas dalam berkomunikasi dengan mempunyai sifat terbuka melalui perbincangan aktif dan kerap.

"Jangan pernah lupakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas suatu ketika dahulu menyatukan kita dalam satu pakatan.

"Walaupun jasadnya dipenjarakan,namun idealismenya harus diteruskan menjalar dan meresapi pada setiap sanubari rakyat agar tiada lagi penindasan berlaku kerana kecetekan ilmu dalam politik,"katanya.

Beliau berkata, Wanita PKR bersetuju sepenuhnya terhadap resolusi yang dilakukan PKR yang komited untuk meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang mendesak. -SH


\ ULASAN GB

Sungguh pelik kenyataan dua tokoh PKR di atas.

PKR yang bergolak dituduhnya pihak lain... iaitu parti komponen Pakatan Harapan.

GB sebelum ini sudah menyatakan bahawa perjuangan rakyat di kalangan komponen Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan jika benar ada cita-cita dan hasrat untuk menumbangkan UMNO-BN.

Perjuangan masa depan negara ialah di antara BN dan PH. Anda boleh pilih yang mana satu. Soal PAS tak sertai PH, itu hal mereka. Mereka mahu bersendirian, mereka juga mahu menentang calon-calon DAP dan AMANAH, kata mereka.

Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan?

Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif mereka Presiden PKR sendiri. Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?

Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla....

Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan.

Lihat saja di dalam usul tolak Bajet 2016. UMNO BN walaupun sebelumnya ada desas-desus menyatakan beberapa MOPnya akan sokong usul menolak Bajet 2016 yang dibawa pembangkang, tetapi apabila mengundi rupa-rupanya mereka bersatu hati. Kalah pembangkang.

Di kalangan pembangkang pula tidak wujud hal sedemikian. Berpecah. Di parlimen PAS berkecuali, di DUN Pulau Pinang, PKR berkecuali.

Justeru nampaknya PKR ikut cara PAS. Nak huru-harakan PH dan nak beri kemenangan kepada UMNO BN.

Rakyat dikelirukan dengan permainan-permainan "suara hati" sehingga tidak ada "kesatuan fikr dan kesatuan tindakan" baik di dalam parlimen ataupun di DUN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. UMNO BN memang akan ditolak oleh rakyat. Itu trend pengundi di dalam pilihanraya demi pilihanraya, apatahlagi sekalian banyak masalah negara yang ada kini adalah disebabkan kebobrokan UMNO BN.

Dan mereka yang tidak jelas pendirian, samada bersendirian atau khianat kepada PH juga perlu ditolak rakyat. Kerana mereka merbahaya. Makan kiri kanan.






 
Kalau betul lah berita ini, ada kah keputusan yang dibuat itu dapat restu dari DS Anwar Ibrahim?? Atau dia hanya mengikut seleranya sendiri, atau mungkin dia ada strateginya tersendiri? Ini sangat mengelirukan Ahli2 PKR.

Dr Mahathir dijemput ke perhimpunan agung Umno, kata Zahid

Posted: 28 Nov 2015 03:00 AM PST

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. –

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno.

Umno menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri majlis pembukaan perhimpunan agung tahunannya walaupun bekas perdana menteri itu mendakwa parti itu cuba menutup mulutnya.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kepada The Star dalam satu wawancara, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.

"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," kata Zahid sebagaimana dilaporkan akhbar itu.

Pada Isnin, perdana menteri paling lama berkhidmat itu menulis dalam blognya terdapat usaha menutup mulut dan menghalang beliau daripada bertemu ahli-ahli Umno dan orang ramai.

Dr Mahathir berkata, tiada tempat untuknya berucap kerana kebanyakan pemilik bimbang dihukum kerajaan.

Beliau juga disoal siasat polis pada 6 November, dipercayai berhubung kritikan beliau terhadap Najib semasa perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.

Zahid berpendapat serangan Dr Mahathir terhadap Najib disebabkan "personalitinya yang tegas", The Star melaporkan.

Katanya, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir 3 bulan lalu, selepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

"Saya menelefon beliau 2 kali sebelum itu mengenai perkara-perkara lain tetapi ia adalah kunjungan hormat bagi menunjukkan rasa hormat saya dan mendapatkan panduan serta nasihat.

"Beliau amat jujur dan saya mahu menghormati perbezaan pendapat. Saya rasa beliau menghargai lawatan saya," Zahid dipetik sebagai berkata.


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015.

Zahid berkata, anak Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga "agak kritikal" dalam ucapannya semasa lawatan naib presiden parti ke negeri itu.

"Beliau mempunyai hak mengatakannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

"Itu adalah gayanya bercakap dan saya mengambilnya secara positif," kata Zahid, yang menjelajah negara untuk bertemu pemimpin Umno negeri dan akar umbi parti.

Katanya, kedatangan beliau sangat dialu-alukan dan menganggapnya sebagai tanda mereka menyokong parti dan kepimpinan.

Zahid berkata, beliau menjangkakan kesopanan pada perhimpunan agung kelak, yang akan berlangsung dari 8-12 Disember kerana para perwakilan tahu peraturannya.

Tambahnya, ia terpulang kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan sama ada Muhyiddin, yang lantang dalam kritikannya terhadap Najib, menyampaikan ucapan penutup seperti biasa.

Pada Selasa, MT memutuskan Muhyiddin tidak akan merasmikan perhimpunan 3 sayap parti, satu langkah yang mendorong timbalan presiden itu mengisytiharkan beliau tidak akan berdiam diri. – 28 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathi.

Dr Mahathir dijemput ke perhimpunan agung Umno, kata Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Tun Dr Mahathir Mohamad menerima jemputan ke perhimpunan agung Umno kerana parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015.
Umno menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri majlis pembukaan perhimpunan agung tahunannya walaupun bekas perdana menteri itu mendakwa parti itu cuba menutup mulutnya. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kepada The Star dalam satu wawancara, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.
"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

"Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," kata Zahid sebagaimana dilaporkan akhbar itu. Pada Isnin, perdana menteri paling lama berkhidmat itu menulis dalam blognya terdapat usaha menutup mulut dan menghalang beliau daripada bertemu ahli-ahli Umno dan orang ramai.
Dr Mahathir berkata, tiada tempat untuknya berucap kerana kebanyakan pemilik bimbang dihukum kerajaan.
Beliau juga disoal siasat polis pada 6 November, dipercayai berhubung kritikan beliau terhadap Najib semasa perhimpunan Bersih 4 pada Ogos.
Zahid berpendapat serangan Dr Mahathir terhadap Najib disebabkan "personalitinya yang tegas", The Star melaporkan.
Katanya, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir 3 bulan lalu, selepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
"Saya menelefon beliau 2 kali sebelum itu mengenai perkara-perkara lain tetapi ia adalah kunjungan hormat bagi menunjukkan rasa hormat saya dan mendapatkan panduan serta nasihat.
"Beliau amat jujur dan saya mahu menghormati perbezaan pendapat. Saya rasa beliau menghargai lawatan saya," Zahid dipetik sebagai berkata.
Zahid berkata, anak Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga "agak kritikal" dalam ucapannya semasa lawatan naib presiden parti ke negeri itu.
"Beliau mempunyai hak mengatakannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
"Itu adalah gayanya bercakap dan saya mengambilnya secara positif," kata Zahid, yang menjelajah negara untuk bertemu pemimpin Umno negeri dan akar umbi parti.
Katanya, kedatangan beliau sangat dialu-alukan dan menganggapnya sebagai tanda mereka menyokong parti dan kepimpinan.
Zahid berkata, beliau menjangkakan kesopanan pada perhimpunan agung kelak, yang akan berlangsung dari 8-12 Disember kerana para perwakilan tahu peraturannya.
Tambahnya, ia terpulang kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan sama ada Muhyiddin, yang lantang dalam kritikannya terhadap Najib, menyampaikan ucapan penutup seperti biasa.
Pada Selasa, MT memutuskan Muhyiddin tidak akan merasmikan perhimpunan 3 sayap parti, satu langkah yang mendorong timbalan presiden itu mengisytiharkan beliau tidak akan berdiam diri. – 28 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-dijemput-ke-perhimpunan-agung-umno-kata-zahid#sthash.0oYSeq3z.dpuf

BERCAKAP BENAR SALAH ( bisa ke sumbat ke penjara)

Posted: 28 Nov 2015 02:15 AM PST

Bang Maily II's photo.

DI mahkamah Allah meski kecil kesnya tiada yang bisa terhindar akan tetap menerima hukuman dari Allah.
Di mahkamah dunia ini yang bersalah menjadi tidak bersalah dan yang tidak bersalah boleh saja masuk ke penjara kerana dianggap bersalah. Rujuk kes mantan ketgua menteri Melaka.

Memang hidup semacam ini jadi serba salah.

Kita diperintah jujur, telus dan tidak melanggar hukum yang ditentukan oleh Allah tetapi dalam masa sama hukum yang kita tegakkan menganiaya orang lain dan kesannya ramai yang menjahit mulut mengelak untuk bercakap apa-apapun dan kerana itu ramai yang demam BABAU.

Rsakyat memang dalam ketakutan kesan kuasa yang ada. Apa tidaknya di Malaysia ini bercakap benar juga salah dan ada akta yang boleh memenjarakan orang yang bercakap benar.

Akta Poka dan akta Hasutan atau Rahsia Rasmi 1972 itu jelas menutup mulut kita dan memang cukup aneh,
Sekarang ini kalau ada kes rampok duit dana berjuta, berbilion biasa tidak kena buru, sebalik yang keluarkan maklumat pula kena siasat dan itu juga menyebabkan ramai kalangan kita terutama yang kerja di jabatan tertentu seperti bank terpaksa menjahit mulutnya meski ada sakit hati yang mendalam.



Kita memang jadi serbasalah.

Kita diperintah pertahankan negara kita elak rosak, tetapi yang merosak negara jelas di depan mata dan kita tahu kesan hidup mereka yang bermewah dan nampaknya kita semua diperintah untuk jadi lembu sedang perampok khazanah wang negara 250 juta terlepas dan dikatakan tiada salah serta bebas ke sana sini.

Khir toyo kasus berjuta-juta dan nilai rumah juga sekitar puluhan juta didapatkan ketika duduki menteri besar kala bicara hanya setahun penjara, tetapi pecuri ayam yang mungkin lapar mahu makan gulai ayam dipenjara 24 bulan.

Mari semula kita berfikir secara adil dan bijaksana bukan emosi.


BANG MAILY
28/11/2015

9 Ketua Cawangan UMNO Yang Desak Najib Letak Jawatan Bakal Dipecat?

Posted: 28 Nov 2015 01:30 AM PST




Sembilan ketua Cawangan Umno Telok Kemang akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu kerana membuat desakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno baru-baru ini.

"Sembilan orang di kalangan mereka yang membuat sidang media di Telok Kemang baru-baru ini, telah menerima surat tindakan tatatertib," kata Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman dalam sidang media "Perjuangan Mendemokrasikan Umno" di Puchong, malam tadi.

Menurut Kamarul, kesemua mereka akan dihadapkan ke tribunal disiplin parti itu Rabu depan.

Sebelum ini, kepimpinan tertinggi Umno yakin desakan seumpama itu tidak memberi kesan kepada kedudukan Najib.

"Kalau tak berkesan mengapa kami dikenakan tindakan?" soal Kamarul.

"Tetapi nyata tindakan itu begitu pantas kerana mereka dah bimbang dengan gerakan (desakan agar Najib letak jawatan) ini," tegas Kamarul lagi.

Malah, ujar Kamarul, pihaknya sedang mengatur beberapa tindakan susulan bagi terus mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

"Kita akan susun lagi dengan beberapa aktiviti yang lebih besar daripada ini,

"Kami datang hari ini untuk rangka gerak kerja lebih menyeluruh, agar dapat bergerak ke tiap-tiap negeri," kata Kamarul.

Tambah Kamarul lagi, pada asalnya 34 cawangan telah membuat desakan tersebut namun, dakwanya, jumlahnya telah menjangkau 800 hingga 1,000 ketua cawangan Umno yang sudah menyertai mereka.

"Ia ambil masa sebulan dua lagi dan kita akan buktikan kita ada kuasa untuk jatuhkan dia (Najib)," katanya.

Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia yang mendakwa mewakili kira-kira 200 cawangan Umno, malam tadi mengadakan pertemuan tertutup bagi mendesak presiden parti itu Najib meletakkan jawatan selepas kecewa dengan presiden parti itu.

Malaysiakini juga difahamkan kesemua mereka hadir atas kapasit sendiri, namun enggan memaklumkan cawangan masing-masing atas faktor keselamatan.



BLM.

Jika 3 juta ahli Umno sokong Najib, mengapa sekat Muhyiddin, soal akar umbi OLEH MD IZWAN

Posted: 28 Nov 2015 12:45 AM PST

Ahli Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Ahli Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Menyekat Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bercakap semasa perhimpunan agung parti bercanggah dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang beliau disokong 3 juta ahli, kata pemimpin akar umbi.

Mereka berkata, jika Najib yakin dengan sokongan parti, beliau tidak seharusnya bimbang dengan apa yang mungkin disampaikan Muhyiddin ketika merasmikan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Sesetengah pemimpin mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan tidak bertoleransi dengan kritikan membenarkan penentangnya, Tun Musa Hitam untuk merasmikan perhimpunan sayap Umno.

"Apa yang ahli Umno dan rakyat nampak, Datuk Seri Najib seperti takut dengan bayang-bayang sendiri," kata bekas exco Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Mohamad Faizal Abdul.

"Beliau akan sedaya upaya buat apa cara sekali pun untuk selamatkan diri dan jawatan walaupun terpaksa buat keputusan yang mengarut, menongkah arus.

"Najib begitu terdesak sekarang, saya sangat kecewa apabila Muhyiddin dihalang daripada merasmikan mesyuarat sayap.‎"

Pada 25 November, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan buat pertama kali, sekurang-kurangnya dalam 3 dekad, timbalan presiden tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan 3 sayap parti.

Pemerhati percaya, tindakan itu disebabkan perselisihan di antara Muhyiddin dan Najib selepas bekas timbalan perdana menteri itu disingkirkan daripada Kabinet pada Julai.

Najib memecat Muhyiddin kerana kritikannya terhadap cara Putrajaya menguruskan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun MT mendakwa keputusan itu disebabkan permintaan anggota sayap, ramai pengkritik Najib dalam Umno percaya ia untuk mendiamkan Muhyiddin.

"‎Apa yang perlu ditakutkan? Bukankah 3 juta ahli Umno memang sentiasa di belakang presiden?" soal Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar kepada The Malaysian Insider.

Selepas ahli parti bangkit mengkritiknya, Najib pada Ogos mengatakan beliau disokong 3 juta ahli Umno dan tidak akan meletakkan jawatan.

Hamidi menyifatkan langkah menyekat Muhyiddin bertentangan tradisi parti dan tidak menghormati ahli yang memilih semasa pemilihan sebelum ini.

"Sudah tentu tidak wajar, selain bertentangan dengan tradisi, kita juga mahu dengar amanat dan nasihat daripada timbalan presiden yang kita pilih secara sah," katanya.

Dalam pada itu, ketua cawangan Umno dalam bahagian Sepang, Rushdan Mohamed juga senada dengan Hamidi, menyifatkan ia sebagai keputusan luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah parti.

"Sememangnya saya tidak bersetuju, runtuhnya institusi demokrasi dalam Umno," kata ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana.

Belia berkata, tindakan Najib menunjukkan Umno kini sudah menjadi milik individu.

"Umno sudah jadi Sdn Bhd sekarang," katanya.

Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh pula berkata, tindakan menghalang Muhyiddin hanya membuatkan ahli Umno dan rakyat semakin menyampah dengan Najib yang sudah merosakkan parti.

"Orang Umno sudah hilang keyakinan kepada presiden dan orang Melayu menyampah dengan Umno. Untuk membetulkan keadaan ini ialah presiden perlu meletakan jawatannya," katanya. – 28 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ketua-ketua Umno cawangan lancar gerakan paksa Najib letak jawatan OLEH MD IZWAN

Posted: 28 Nov 2015 12:00 AM PST


Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama mereka bagi mendesak perdana meletakkan jawatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 November, 2015.

Sebahagian ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Sebahagian ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam.

Sekumpulan ketua-ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak "dirosakkan" dengan lebih teruk.

Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.

"Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur.

"Jika tidak, kami seluruh negara akan undurkan dia," kata Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon pada satu sidang media selepas mengadakan program Berani Kerana Benar di Puchong, Selangor malam tadi.

Amidon yang juga salah seorang jurucakap kumpulan itu berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama dengan mereka bagi mendesak supaya perdana menteri penggal kedua itu meletakkan jawatan.

"Kami nak beritahu pucuk pimpinan cawangan seluruh negara sedang bergerak, semakin bertambah," kata pemimpin akar umbi daripada Umno Bahagian Puchong itu.

GKCM mendakwa memiliki sokongan beratus cawangan seluruh negara, bagaimanapun enggan mendedahkan atas faktor keselamatan.

Seorang lagi jurucakap kumpulan itu, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang juga ketua Umno Cawangan Taman TKK berkata, mereka akan memperhebatkan gerakan di peringkat akar umbi untuk mengembalikan maruah parti Melayu terbesar itu.

"Kini terpulang kepada usaha-usaha ketua cawangan dan ahli akar umbi supaya Umno dapat diselamatkan," kata Kamarul semasa membaca kenyataan media bersama kira-kira 20 ketua Umno cawangan lain.

Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama mereka bagi mendesak perdana meletakkan jawatan.


Sebahagian ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebulat suara menggesa Datuk Seri Najib Razak berundur pada sidang media yang diadakan di Puchong, Selangor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 November, 2015.

Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama mereka bagi mendesak perdana meletakkan jawatan.

Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan ketua-ketua cawangan yang menentang Najib ditaja dan diupah.

"Kami bukannya dalang dan tiada siapa yang menjadi dalang di belakang kami," katanya.

Semasa melancarkan gerakan itu, Kamarul juga membaca deklarasi bersama yang diputuskan GKCM selepas bertemu dalam program itu.

"Pertama, presiden Umno perlu berundur. Kedua, tiada pemecatan kepada mana-mana ahli Umno yang menegur atau mengherdik pemimpin demi kebaikan dan ketiga, pemilihan Umno perlu diteruskan," kata Kamarul.

Terdahulu, beberapa ketua Umno cawangan menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Najib susulan beberapa skandal dan isu yang tidak terjawab, antaranya isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.

Terbaru kontroversi tercetus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai lalu turut dihalang merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri menjelang perhimpunan agung bulan depan. – 28 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.