Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


ELAK MENUNDUK

Posted: 27 Nov 2015 11:15 PM PST

Bang Maily II's photo. DALAM memperjuangkan apa saja yang dikira benar, jangan sekali menunduk dan kita harus mempertahankan apa saja demi kebenaran yang selama ini kita perjuangkan.

Baik di luar parti termasuk di dalam parti, juga dalam rumah sendiri jika sesuatu itu tidak benar, kita harus bangun bersuara dan kalau boleh menanduk agar yang berkenaan terjaga dari tidurnya.
Kita tak boleh membiarkan kepala kita kena injak2.

Rasa2 orang kita ini hanya berani bercakap di belakang atau kedai kopi, tetapi bila sampainya waktu terbuka jantung mereka berdegup dan akhirnya di situ juga mereka berkata "biarlah" tetapi di belakang suara iramanya "HU HA HA" begitu memenuhi ruang kedai kopi dan bolehlah dianggap sebagai jaguhan kampung.

Ada juga kekadang mendebat sesuatu isu, tetapi mereka tidak tahu mana satu peraturan parti dan mana satu peraturan/undang2 dalam perlembagaan dan bila tidak tahu terus kena tembak kelihatannya macam cacing kepanasan dan itu sebab selalu saya katakan sebelum berhujah kena faham dulu isu dibangkit dan kena faham perlembagaan/kalau tidak malu jadinya.

Elak bercakap "kosong" tetapi fakta dan jelas agar bisa diyakini oleh yang mendengar dan itu dengan sendiri mengangkat maruah diri dan parti yang dijunjung.

Ingat elak berkata kesan, menghambur kata kesat/memaki hamun dan kalau kita sendiri kena maki paling2 diam dan doakan mereka sesuatu yang baik dan itu sewajarnya tindakan kita.


Salam sabtu.

BANG MAILY

Ada usul tolak Najib tapi disekat, dedah pemimpin cawangan OLEH MD IZWAN

Posted: 27 Nov 2015 10:30 PM PST

Ketua Umno Cawangan Taman TKK Kamarul Azman Habibur Rahman (duduk dua dari kanan) bercakap pada sidang media di Puchong, Selangor, semalam. Beliau mendedahkan terdapat usul menolak Datuk Seri Najib Razak disekat pada peringkat bahagian bagi menunjukkan seolah-olah tiada penentangan berlaku. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 November, 2015.

Ketua Umno Cawangan Taman TKK Kamarul Azman Habibur Rahman (duduk dua dari kanan) bercakap pada sidang media di Puchong, Selangor, semalam. Beliau mendedahkan terdapat usul menolak Datuk Seri Najib Razak disekat pada peringkat bahagian bagi menunjukkan seolah-olah tiada penentangan berlaku.

Ketua Umno Cawangan Taman TKK Kamarul Azman Habibur Rahman (duduk dua dari kanan) bercakap pada sidang media di Puchong, Selangor, semalam. Beliau mendedahkan terdapat usul menolak Datuk Seri Najib Razak disekat pada peringkat bahagian bagi menunjukkan seolah-olah tiada penentangan berlaku.

Seorang pemimpin Umno akar umbi, Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan usul menolak Datuk Seri Najib Razak ada dicadangkan semasa mesyuarat perwakilan lalu, tetapi disekat di peringkat bahagian kerana mahu menunjukkan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Ketua Umno Cawangan Taman TKK itu berkata, usul-usul menolak Najib yang dibawa peringkat cawangan tidak sampai ke bahagian, malah ia ditapis terlebih dahulu.

"Kalau kita kaji, memang ada usul yang menolak presiden tetapi usul yang dibawa daripada cawangan ke bahagian tidak sampai.

"Selalunya akan ditapis sebelum ataupun ketika sampai di peringkat bahagian. Jadi itu ternampak seakan-akan keadaan di bahagian tenang tetapi sebenarnya bergolak," kata Kamarul pada sidang media bersama ketua-ketua Umno cawangan lain di Puchong malam tadi.

Menurutnya, salah satu cawangan yang membawa usul itu ialah Umno Cawangan Taman TKK.

"Banyak sebenarnya cawangan-cawangan yang memohon supaya presiden berundur, salah satu cawangan yang membuat usul itu adalah cawangan Taman TKK dari Bahagian Teluk Kemang.

"Tetapi tidak dibacakan ke peringkat bahagian kerana ada usaha untuk menutup usul-usul yang dibawa daripada cawangan," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjaga proses usul mengatakan tiada usul menolak Najib dibawa pada perhimpunan agung bulan depan.

Hishammuddin berkata sebanyak 132 usul dibawa yang menyatakan sokongan kepada Najib selaku presiden Umno.

Namun, Kamarul mempertikaikan kenyataan Hishammuddin itu.

"Ya, boleh dipertikaikan, amat-amat boleh dipertikaikan," katanya. – 28 November, 2015.



http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Kepimpinan UMNO tersesat – A. Kadir Jasin FMT Reporters

Posted: 27 Nov 2015 09:45 PM PST


kadir-jasinMereka telah mengabaikan tugas apabila membenarkan parti diperkudakan oleh Perdana Menteri dan konco-konconya

PETALING JAYA: Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, kepimpinan UMNO telah tersesat apabila menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seolah-olah mesyuarat Kabinet.

Katanya, perkara itu berlaku apabila mereka gagal membezakan antara parti dan kerajaan.

Malah, perkara sama yang turut berlaku apabila mereka juga tidak dapat membezakan antara Presiden UMNO dengan Perdana Menteri.

"Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya," katanya menerusi blog kadirjasin.blogspot.my.

A. Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Bhd mendakwa, kepimpinan UMNO telah mengabaikan tugas dan hak istimewa parti itu sebagai sebuah parti yang berkuasa dengan membenarkan ia diperkudakan oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri dan konco-konconya.

"Mereka lupa bahawa UMNO mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, UMNO sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi, UMNO laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu," ujarnya.

Tambah beliau, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan bahawa Ahli Majlis tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, ketua-ketua dan Ahli Jawatankuasa Bahagian mempunyai pemikiran yang dangkal kerana membenarkan semua itu berlaku.

Katanya, mereka akan menyalak dengan membuat pendedahan sekiranya tersepit dan membuat cerita serta helah kononnya apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan UMNO.


FMT

Pemecatan Hamidah bercanggah Perlembagaan UMNO Mohamad Fadli

Posted: 27 Nov 2015 09:00 PM PST


muhyiddin_Hamidah-Osman_umno_600Hamidah Osman sepatutnya dipanggil ke Lembaga Disiplin untuk memberi penjelasan dan membela diri terhadap tuduhan ke atas.

PETALING JAYA: Pemecatan Datuk Hamidah Osman sebagai ahli UMNO bercanggah dengan Perlembagaan parti kerana bekas Ketua Wanita Bahagian Gopeng tidak pernah di panggil ke Lembaga Disiplin untuk membela diri.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemecatan Hamidah sepatutnya juga menjadi pilihan terakhir mengikut Fasal 20.9 Perlembagaan parti jika beliau meakukan kesalahan besar yang melanggar Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO.

Katanya, tindakan Majlis Tertinggi (MT) memecat Hamidah menimbulkan persoalan kerana beliau dipecat kerana menghadiri majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga masih ahli UMNO.

"Saya ingin bertanya, adakah menghadiri satu majlis bersama bekas Presiden UMNO, yang turut dihadiri oleh ramai pemimpin dan ahli UMNO yang lain, merupakan satu kesalahan disiplin? Jika ia adalah satu kesalahan disiplin, maka saya rasa ramailah ahli UMNO yang terpaksa dilucutkan keahlian mereka dan tinggallah UMNO sebagai parti yang semakin kehilangan ahli dan penyokong," katanya.

Muhyiddin berkata, kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 tanpa perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin tidak boleh dijadikan hujah bagi kes Hamidah kerana Perlembagaan parti telah dipinda, dua tahun selepas kes Anwar.

"Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO pada waktu itu, saya telah mengusulkan supaya satu Lembaga Disiplin yang bebas dan terdiri daripada ahli-ahli yang tidak berkepentingan dalam parti diwujudkan.

"Tujuannya ialah supaya sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tidak berat sebelah, `without fear or favour', adil, telus dan pihak yang diadili akan dapat menerima keputusan yang dijatuhkan keatasnya," katanya.

Muhyiddin berkata, beberapa perkara pelik berlaku dalam UMNO sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa pemimpin UMNO telah terhakis sikap bertanggungjawab, adil dan amanah.

"Kepada segelintir mereka ini, saya ingin berpesan. Ingatlah, UMNO bukan parti milik mana-mana individu. UMNO adalah parti milik seluruh umat Melayu! Jangan dihiris hati orang Melayu dengan tindakan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab anda semua," tegasnya.


FMT

Najib dicabar buat pemilihan baharu Mohamad Fadli

Posted: 27 Nov 2015 08:15 PM PST


najib-umnoPemilihan juga perlu dilakukan sebagai proses pemutihan di dalam parti bagi memastikan UMNO terus kekal relevan. 

PUCHONG: 200 cawangan UMNO Malaysia mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan pemilihan parti yang baharu pada 2016.

Ketua Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata, desakan itu dibuat berikutan ramai ahli UMNO sudah tidak mempercayai kepimpinan Najib lagi.

Katanya, tindakan itu juga antara langkah bagi memutihkan semula UMNO yang dianggap semakin rosak di bawah kepimpinan Najib.

"Kalau dia (Najib) bijak, buat pemilihan pada (Perhimpunan Agung Umno) 2016, itu yang terpenting sebelum menghadapi pilihan raya

"Sekarang ini desakan kita ialah untuk Najib undur dan adakan pemilihan pada 2016 bagi menjalankan pemutihan seperti parti PAS buat, kerana hanya dengan itulah kita dapat mengembalikan keyakinan Umno itu sendiri dan juga orang ramai," katanya di dalam sidang media di majlis Mendemokrasikan UMNO di Puchong.

Mohd Said berkata demikian di dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ketua-ketua cawangan dari seluruh negara.

Tambahnya, pemilihan juga perlu dilakukan sebagai proses pemutihan di dalam parti bagi memastikan UMNO terus kekal relevan.

Bagaimanapun, ketua-ketua cawangan yang terbabit tidak akan menolak sekiranya Najib sekali lagi menang dan terus kekal duduk di tampuk kepimpinan UMNO.

"Itu kuasa Alalh dan kami terima (jika Najib menang dalam pemilihan), tetapi pemilihan itu mestilah dijalankan dengan cara baik dan jujur.

"Dia bertanding dan menang, kami terima, tetapi dengan syarat kena berubahlah, jangan terus jadi macam ini (merosakkan kepercayaan akar umbi dengan tindakan yang tidak relevan).

"Kalau tak berubah, PRU14 nanti akan hancur," tegasnya.

Turut hadir sama di dalam perjumpaan tertutup tersebut ialah Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang baru dipecat dari parti berkenaan atas alasan lantang mengkritik kepimpinan UMNO dan melanggar disiplin parti.

FMT

Najib akan dijatuhkan dalam sebulan dua- Ketua UMNO Cawangan Mohamad Fadli

Posted: 27 Nov 2015 07:30 PM PST


najib-umno

Ketua-ketua cawangan UMNO sedang merangka beberapa rancangan yang melibatkan jumlah penyertaan yang lebih besar dalam gerakan itu.

PUCHONG: Lebih 200 orang Ketua UMNO cawangan yang mendesak Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, mengakui pergerakan itu semakin berkembang dengan lebih banyak sokongan.

Ketua Cawangan Bandar Putri Puchong, Mohd Shukor Mustaffa mengingatkan agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak memandang ringan desakan itu lagi memandangkan ia boleh menjatuhkan Najib dalam jangka masa sebulan dua lagi.

Ketua-ketua cawangan UMNO katanya, sedang merangka beberapa rancangan yang melibatkan jumlah penyertaan yang lebih besar dalam gerakan itu.

"Kita akan susun beberapa aktiviti yang lebih besar daripada ini.

"Asalnya 34 cawangan, tetapi hari ini lebih 800 hingga 1000 ketua cawangan UMNO yang menyertai kami dalam desakan Najib berundur.

"Jika kami ada kuasa mengundi dia jadi Presiden, maka kami juga ada kuasa menolaknya dan ia akan dilakukan dalam masa sebulan dua," katanya dalam satu sidang media di Kinrara Golf Resort.

Dalam pada itu, ketua cawangan UMNO Teluk Kemang pula mengesahkan pihaknya akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin parti ekoran desakan secara terbuka mengajak Najib berundur.

Ketua Cawangan Taman TKK Teluk Kemang, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, tindakan itu diambil berikutan kepimpinan UMNO berasa tercabar dengan desakan terhadap Najib itu.

Tambahnya, ia bukti kepimpinan UMNO bimbang dan tindakan pantas diambil oleh majlis tertinggi parti.

"Saya nak tanya, kalau desakan itu tidak berkesan, kenapa sembilan orang dalam kalangan mereka yang telah membuat sidang media di Teluk Kemang telah dihantar surat tindakan tataterib?

"Sembilan orang itu akan dihadapkan ke tribunal disiplin oleh UMNO pada Rabu ini jam 2.30 petang," katanya.

Beliau ditemui dalam satu sidang media bertema, "Perjuangan Mendemokrasikan UMNO, berani kerana benar, kami sayangkan UMNO" oleh 200 ketua Cawangan UMNO Malaysia.

Sebelum ini, kepimpinan tertinggi UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa desakan terhadap Najib tidak memberi sebarang kesan.


FMT

Senario parti politik melayu terbesar Iaitu pas dan umno kini menemui Ranjau gelap

Posted: 27 Nov 2015 07:00 PM PST

Megat Farish's photo.
 
Apabila parti melayu islam ini terpalit
P0litik hujah rasis lebel khianat
Amanah rakyat..

Umno dengan isu 1mdb NFC lembu
Yapiem 2.6b rasuah
Pas dengan isu balak fitnahnya
Zumudnya walauntanya.


Isu atau kes yang memalit umno pas
Ketika ini akan gagal menarik rakyat
Bawahan pertengahan
Di mana golongan rakyat ini
Amat memerlukan kelangsungan hidup
Bukan cerita retorik yang di bawah
Pas dan umno..




Keadaan ini amat memberi untung
Kepada parti dap.kerana dap itu
Di lihat berjaya mempengaruhi rakyat
Bahawa dap bukan lagi parti cina

Faktor utama yang melanda pas
Dan umno menjadi semakin rasis
Jumud adalah kerana pemimpin
Atasan gagal.mengetahui inspirasi
Kehendak. Rakyat...


Pas umno.masih relevan sebagai
Peneraju parti Melayu paling besar..
Cuma kena rebounding..

Yang da nyanyuk tu kena cari pintu
Keluar...


Ur alls rubbish..

JANGAN ADA KOMPROMI.

Posted: 27 Nov 2015 06:30 PM PST

Edward Stephen Edward Stephen's photo.
 
TINDAKAN TEGAS MESTI DIKENAKAN
TERHADAP ""KETUA UMNO BAHAGIAN BEAUFORT
DATUK ISNIN BIN ALIASNIH""

DIATAS SIKAP BIADAPNYA DENGAN MENGHINA BANGSA KDM SERTA MENGUNGKAP PERKATAAN LUCAH TERHADAP ORANG AWAM --- YANG TIDAK SEHARUSNYA DILAKUKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN.
"""GELARAN DATUK""

KEPADA ISNIN BIN ALIASNIH HARUSLAH DITARIK BALIK --- ATAS KEBIADABAN SIKAP DAN PERKATAAN LUCAH YANG DIUNGKAPNYA.


KAMI BANGSA KDM BANGSA SABAH MENENTANG SEKERAS-KERASNYA SIKAP BIADAP SEORANG PEMIMPIN TERSEBUT.

HUKUMAN BERAT HARUS DIKENAKAN KEPADA
ISNIN BIN ALIASNIH.

Jual Harta Negara Nak Tutup Lubang 1MDB..!!!

Posted: 27 Nov 2015 05:54 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

MANA hero-hero pembela Melayu Umno atau NGO-NGO mereka untuk pertahankan kedaulatan dan kepentingan negara !!!!

Lelongan sudah bermula dek kerana 1MDB.

Dulu Najib kata..

1MDB merupakan satu plan perniagaan yang amat bijak.


1MDB Beli Rm 18 Bilion

1MDB Jual Rm 9.83 Bilion


1MDB Rugi Rm 8.17 Bilion..


BIJAK TANG MANA kalau berniaga rugi !!!

Dulu puak sana selalu berhujah cakap.. "1MDB beli IPP untuk turunkan tariff elektrik, kita tak mau kroni jaa yang pegang IPP, bagilah 1MDB yang menjadi pemilik bagi IPP. Bila 1MDB beli IPP barulah tarif elektrik negara dapat turun"

Laa ni nak turun macam mana? Semua asset IPP 1MDB dah jual dekat negara China ??

Rakyat Jangan Percaya Kepada Mahathir Lagi..

Posted: 27 Nov 2015 04:15 AM PST



Rakyat tidak harus tersilap dengan mempercayai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi, kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, Dr Mahathir secara aktif menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, rakyat tidak harus melupakan 'dosa-dosa lampau bekas perdana menteri itu.

"Jadi rakyat Malaysia jangan tersilap mempercayai Dr Mahathir sekali lagi. Kita boleh berterima kasih kepada beliau kerana bercakap tentang kebebasan bersuara, kepentingan ketinggian undang-undang dan melawan rasuah serta salah guna kuasa yang ada kini.

"Namun kita tidak akan lupa siapa yang menjadikan demokrasi negara ini tempang, melemahkan elemen semak dan imbang. Kita tidak akan lupa siapa yang bertanggungjawab ke atas satu demi satu skandal kewangan mega terawal negara.

"Kita tidak akan lupa siapa yang memfitnah dan menyeksa Anwar Ibrahim. Kita tidak akan lupa siapa pemimpin ketika rakyat diseksa kerana bangkit menuntut reformasi," kata Nik Nazmi pada ucapan dasar beliau di kongres Pemuda PKR hari ini.

Ketua Pemuda PKR juga memilih membidas Dr Mahathir.

"Dr Mahathir berkata pemimpin yang buruk lahir daripada sistem demokrasi yang disalah guna.

"Justeru, kita harus sedar bahawa perdana menteri yang kita miliki pada hari ini sebenarnya lahir daripada sistem demokrasi yang telah disalah guna termasuk(oleh) Dr Mahathir sendiri," katanya.

Beliau juga berkata tanpa teragak-agak bahawa semua masalah utama yang ada di Malaysia memang adalah salah Umno dan BN.

Malah, katanya, Dr Mahathir sekarang ini yang juga menyalahkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



BLM.

Negara demokrasi perlu kekuatan pembangkang sebagai alternatif- Dr Mahathir - Mohamad Fadli

Posted: 27 Nov 2015 03:30 AM PST


mahathir council

Dr Mahathir juga membela hak rakyat menggunakan protes jalanan sebagai satu cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu berlaku tidak adil.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, memberi indikasi bahawa tiada satu pihak yang boleh memerintah selama-lamanya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Katanya, demokrasi yang baik adalah melalui sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan menawarkan alternatif kepada rakyat.

"Cara terbaik untuk negara demokrasi adalah mempunyai dua parti politik kerana ia akan memastikan salah satu daripadanya memiliki kemenangan majoriti untuk membentuk kerajaan.

"Kalau pembangkang lemah ia tidak akan berkesan dalam memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa.

"Bagi urus tadbir kerajaan yang baik pembangkang mesti sangat kuat dan mampu menawarkan alternatif…Tiada pihak harus memerintah selama-lamanya, " katanya ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015.

Tambahnya lagi, demokrasi juga tidak akan berjaya sekiranya sesebuah negara itu tidak memahami konsep sistem itu dengan baik.

"Mereka mesti memahami demokrasi itu tidak sempurna, dan ia hanya akan berjaya sekiranya mereka mengetahui had penggunaan sistem itu agar ia sempurna digunakan," katanya.

Beliau bagaimanapun akui tidak mensasarkan mesej itu kepada mana-mana pihak (pemerintah) tetapi hanya berkongsi maklumat negara demokrasi secara umum.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir juga membela hak rakyat menggunakan protes jalanan sebagai satu cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu berlaku tidak adil.

"Jika semua gagal, protes jalanan boleh diambil sebagai jalan keluar," jelasnya.


FMT

Tindakan UMNO terhadap Muhyiddin beri persepsi buruk pada parti- ISMA - Mohamad Fadli

Posted: 27 Nov 2015 03:30 AM PST


muhyiddin-najib-isma

Keputusan itu akan menyebabkan persepsi masyarakat terhadap UMNO berubah dan boleh membawa kepada tafsiran yang pelbagai.

KUALA LUMPUR: Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) mengkritik tindakan UMNO berhubung keputusan supaya perasmian mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh ketua sayap dan bukannya Timbalan Presiden yang seperti lazimnya.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, tindakan itu hanya menyumbang kepada pelbagai persolan dan memberi persepsi buruk terhadap UMNO.

"Masyarakat awam mungkin akan pandang luar biasa dan ia boleh membawa tafsiran-tafsiran yang berbeza…mungkin itu boleh jejaskan persepsi umum kepada UMNO," katanya kepada FMT selepas merasmikan Kuala Lumpur Summit 2015.

Abdullah Zaik juga berpendapat, sekiranya UMNO tidak memberi penjelasan kepada akar umbi, ia akan hanya menambah beban kepada UMNO.

Katanya, tindakan itu akan hanya menyebabkan wujud rasa marah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO dan kepimpinannya.

"Tindakan itu telah meninggalkan tafsiran-tafsiran kenapa dan apa?… Dan semua itu mungkin tak dapat dijawab oleh secara tuntas.

"Bila persoalan itu dibiar berlegar, saya rasa ia akan menambah beban kepada UMNO, beban yang sangat banyak," ujarnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, beliau menyatakan majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO tahun ini akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.


FMT

Sumatra Telah Dikenal Sejak Zaman Rasulullah SAW -Prof. Dr Syed Naquib

Posted: 27 Nov 2015 02:45 AM PST

Prof. Dr. Muhammad Syed Naquib al-Attas​
BENARKAH pulau Sumatra telah dikenal oleh Rasulullah SAW semasa hidup, serta telah dilalui dan disinggahi para pedagang dan pelaut Arab di masa itu? Pernyataan ini diungkap Prof. Dr. Muhammad Syed Naquib al-Attas di buku terbarunya "Historical Fact and Fiction" yang di seminarkan November 2011 lalu.

Syed Muhammad al Naquib al Attas lahir di Bogor, 5 September 1931 adalah seorang cendekiawan dan filsuf muslim saat ini dari Malaysia. Ia menguasai teologi, filsafat, metafisika, sejarah, dan literatur. Ia juga menulis berbagai buku di bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, filsafat, dan literatur Malaysia.


Sumber Wikipedia menyebutkan, tahun 1962 Al-Attas menyelesaikan studi pasca sarjana di Institute of Islamic Studies di McGill University, Montreal, Kanada, dengan thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh.

Al-Attas kemudian melanjutkan studi ke School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.

Pada 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini Al-Attas bersama sejumlah kolega dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, ia terkenal kritis terhadap Peradaban Barat.

Kesimpulan Al-Attas ini berdasarkan inductive methode of reasoning. Metode ini, ungkap al-Attas, bisa digunakan para pengkaji sejarah ketika sumber-sumber sejarah yang tersedia dalam jumlah yang sedikit atau sulit ditemukan, lebih khusus lagi sumber-sumber sejarah Islam dan penyebaran Islam di Nusantara memang kurang.

Ada dua fakta yang al-Attas gunakan untuk sampai pada kesimpulan di atas.

Pertama, bukti sejarah Hikayat Raja-Raja Pasai yang di dalamnya terdapat sebuah hadits yang menyebutkan Rasulullah saw menyuruh para sahabat untuk berdakwah di suatu tempat bernama Samudra, yang akan terjadi tidak lama lagi di kemudian hari. 

Hikayat Raja-raja Pasai antara lain menyebutkan sebagai berikut:

"…Pada zaman Nabi Muhammad Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wassalama tatkala lagi hajat hadhrat yang maha mulia itu, maka sabda ia pada sahabat baginda di Mekkah, demikian sabda baginda

"Bahwa sepeninggalku ada sebuah negeri di atas angin Samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri itu maka kami suruh engkau (sediakan) sebuah kapal membawa perkakas dan kamu bawa orang dalam negeri (itu) masuk Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadat. Syahdan, (lagi) akan dijadikan Allah Subhanahu wa ta'ala dalam negeri itu terbanyak daripada segala Wali Allah jadi dalam negeri itu"

Dasarnya tentu sangat kuat baik secara teologis maupun secara antropologis. Menurutnya, Hamzah Fansuri, Nurruddin Ar-Raniry, Syamsuddin As-Sumatrani, Syech Abdurrauf As-singkili yang terkenal dengan nama Syeikh di Kuala atau Syiah Kuala adalah sekian diantara ulama besar Aceh yang pernah ada di zaman keemasan kesultanan Pasai dan Kerajaan Aceh Darussalam.

Bahkan, sekian diantara Wali Songo memiliki garis hubungan pendidikan atau lulusan (alumni) yang berguru di Samudera Pasai sebagai pusat peradaban Islam Asia tenggara kala itu. Bahkan beberapa diantaranya ada yang memiliki hubungan keturunan dengan Aceh penyebar Islam di tanah Jawa.

Sumber wikipedia menyebutkan, bahwa asal-usul penamaan pulau "Sumatra" sendiri berasal dari keberadaaan sebuah kerajaan benama Samudera Pasai (terletak di pantai pesisir timur Aceh). 

Diawali dengan kunjungan Ibnu Batutah, petualang asal Maroko ke negeri tersebut pada tahun 1345, dia melafalkan kata Samudera menjadi Samatrah, dan kemudian menjadi Sumatra atau Sumatera, selanjutnya nama ini tercantum dalam peta-peta abad ke-16 buatan Portugis, untuk dirujuk pada pulau ini, sehingga kemudian dikenal meluas sampai sekarang. (Nicholaas Johannes Krom, De Naam Sumatra, BKI, 100, 1941.)

Kedua, berupa terma "kāfūr" yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Kata ini berasal dari kata dasar "kafara" yang berarti menutupi. Kata "kāfūr" juga merupakan nama yang digunakan bangsa Arab untuk menyebut sebuah produk alam yang dalam Bahasa Inggris disebut camphor, atau dalam Bahasa Melayu disebut dengan kapur barus.

Masyarakat Arab menyebutnya dengan nama tersebut karena bahan produk tersebut tertutup dan tersembunyi di dalam batang pohon kapur barus/pohon karas (cinnamomum camphora) dan juga karena "menutupi" bau jenazah sebelum dikubur.

Produk kapur barus yang terbaik adalah dari Fansur (Barus) sebuah kecamatan di Kabupaten Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, yang terletak di pantai barat Sumatra.

Dengan demikian tidak diragukan wilayah Nusantara lebih khusus lagi Sumatra telah dikenal oleh Rasulullah dari para pedagang dan pelaut yang kembali dengan membawa produk-produk dari wilayah tersebut (pasai) dan dari laporan tentang apa yang telah mereka lihat dan dengar tentang tempat-tempat yang telah mereka singgahi.

Menurut berita-berita luar yang juga diceritakan dalam Hikayat Raja-raja Pasai (Pase) kerajaan ini letaknya di kawasan Selat Melaka pada jalur hubungan laut yang ramai antara dunia Arab, India dan Cina. Disebutkan pula bahwa kerajaan ini pada abad ke XIII sudah terkenal sebagai pusat perdagangan di kawasan itu.

Prof. Dr. Abdul Rahman Tang, Akademis dan dosen pasca sarjana di Departemen Sejarah dan Peradaban, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences di International Islamic University Malaysia, selaku pembanding menyatakan kajian sejarah Islam Nusantara yang dilakukan al-Attas dalam buku tersebut sebagian besar bersifat spekulatif.

Salah satu fakta spekulatif tersebut adalah hadits yang terdapat dalam Hikayat Raja Raja Pasai.

Menurutnya, fakta-fakta tersebut bisa valid jika telah menjalani proses "verification of fact". Namun Al-Attas tidak melakukan proses ini terhadap hadits yang disebutkan di dalam hikayat raja-raja pasai tersebut.

[​IMG]Historical Fact and Fiction​
Muslim China warga Malaysia ini mempertanyakan tentang hadits ini dan mengkhwatirkan implikasinya terhadap pemikiran masyarakat Nusantara. Menurutnya, al-Attas melakukan inductive methode of reasoning secara tidak konstruktif. 
 
Sedang Dr. Syamsuddin Arif, dosen IIUM asal Jakarta, selaku pembicara kedua dalam acara bedah buku tersebut mengungkapkan kesimpulan al-Attas di atas logis dan sesuai dengan fakta.

Hal ini berdasarkan perjalanan pelaut dan pedagang Arab pada masa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang pergi ke China. Untuk mencapai negeri China melalui laut tak ada rute lain kecuali melalui dan singgah wilayah Nusantara.

Lebih lanjut Arif mengemukakan berbagai teori dan pendapat tentang kapan, dari mana, oleh siapa, dan untuk apa penyebaran Islam di Nusantara beserta bukti-bukti dan fakta-fakta yang digunakan untuk mendukung pendapat-pendapat tersebut. Arif juga menjelaskan ilmuwan siapa saja yang memegang dan yang menentang pendapat-pendapat tersebut.
 
Di akhir makalahnya, Arif mempertanyakan pendapat J.C. Van Leur yang pertama kali menyatakan bahwa penyebaran Islam di Nusantara dimotivasi oleh kepentingan ekonomi dan politik para pelakunya.

Van Leur dalam bukunya "Indonesian Trade and Society" berpendapat, sejalan dengan melemahnya kerajaan-kerajaan Hindu-Budha di Sumatera dan khususnya di Jawa, para pedagang Muslim beserta muballigh lebih berkesempatan mendapatkan keuntungan dagang dan politik.

Dia juga menyimpulan adanya hubungan saling menguntungkan antara para pedagang Muslim dan para penguasa lokal.

Pihak yang satu memberikan bantuan dan dukungan materiil, dan pihak kedua memberikan kebebasan dan perlindungan kepada pihak pertama.

Menurutnya, dengan adanya konflik antara keluarga bangsawan dengan penguasa Majapahit serta ambisi sebagian dari mereka untuk berkuasa, maka islamisasi merupakan alat politik yang ampuh untuk merebut pengaruh hingga menghimpun kekuataan.
 

Menurut catatan M. Yunus Jamil, bahwa pejabat-pejabat Kerajaan Islam Samudera Pasai terdiri dari orang-orang alim dan bijaksana. Adapun nama-nama dan jabatan-jabatan mereka adalah sebagai berikut:

1. Seri Kaya Saiyid Ghiyasyuddin, sebagai Perdana Menteri.
 
2. Saiyid Ali bin Ali Al Makaarani, sebagai Syaikhul Islam.
 
3. Bawa Kayu Ali Hisamuddin Al Malabari, sebagai Menteri Luar Negeri.

Dari catatan-catatan, nama-nama dan lembaga-lembaga seperti tersebut di atas, Prof. A. Hasjmy berkesimpulan bahwa, sistem pemerintahan dalam Kerajaan Islam Samudera Pasai sudah teratur baik, dan berpola sama dengan sistem pemerintahan Daulah Abbasiyah di bawah Sultan Jalaluddin Daulah (416-435 H).

Nama Samudera dan Pasai sudah populer disebut-sebut baik oleh sumber-sumber Cina, Arab dan Barat maupun oleh sumber-sumber dalam negeri seperti Negara Kertagama (karya Mpu Prapanca, 1365) pada abad ke 13 dan ke-14 Masehi. Dan tentang asal usul nama kerajaan ini ada berbagai pendapat.

Menurut J.L. Moens, kata Pasai berasal dari istilah Parsi yang diucapkan menurut logat setempat sebagai Pa'Se. Dengan catatan bahwa sudah semenjak abad ke VII M, saudagar-saudagar bangsa Arab dan Parsi sudah datang berdagang dan berkediaman di daerah yang kemudian terkenal sebagai Kerajaan Islam Samudera Pasai .​

Mohammad Said, salah seorang wartawan dan cendikiawan Indonesia pengarang buku ACEH SEPANJANG ABAD yang berkecimpung dengan penelitiannya tentang kerajaan ini dan kerajaan Aceh, dalam prasarannya yang berjudul "Mentjari Kepastian Tentang Daerah Mula dan Cara Masuknya Agama Islam ke Indonesia", berkesimpulan bahwa istilah PO SE yang populer digunakan pada pertengahan abad ke VIII M seperti terdapat dalam laporan-laporan Cina, adalah identik atau mirip sekali dengan Pase atau Pasai.

Pendapat ini adalah sesuai dengan apa yang telah dikemukakan oleh Prof. Gabriel Ferrand dalam karyanya (L'Empire, 1922, hal.52-162), dan pendapat Prof. Paul Wheatley dalam (The Golden Khersonese, 1961, hal.216), yang didasarkan pada keterangan para musafir Arab tentang Asia Tenggara. 
 
Kedua sarjana ini menyebutkan bahwa sudah sejak abad ke-7 Masehi, pelabuhan-pelabuhan yang terkenal di Asia Tenggara pada masa itu, telah ramai dikunjungi oleh para pedagang dan musafir-musafir Arab. 
 
Bahkan pada setiap kota-kota dagang itu telah terdapat fondachi-fondachi atau permukiman-permukiman dari pedagang-pedagang yang beragama Islam. Wallahu'alam bissawab.. (IH/atjehcyber)

'Kalau Begitu Lebih Baik Buat Mesyuarat Dalam Kelambu," - Mat Taib

Posted: 27 Nov 2015 02:00 AM PST

UMNO disaran mengambil contoh keterbukaan yang dipamerkan di negara jiran Indonesia dalam kebebasan bersuara.

Bekas Menteri Besar Selangor, Menteri Besar ke-11, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata hak bersuara dan perbincangan secara langsung yang disiarkan stesen televisyen republik tersebut perlu dicontohi parti keramat orang melayu itu.

"Kita ambil contoh beberapa forum yang diadakan di Indonesia, seperti yang dianjurkan Kelab Peguam Indonesia.

"Mereka menganjurkan forum yang dihadiri pemimpin tertinggi negara itu Presiden Joko Widodo dan Gabenor Jakarta sambil disaksikan oleh penuntut universiti.

"Segala macam soalan yang dibangkitkan dibincang secara terbuka oleh Presiden dan Gabenor tanpa sebarang sekatan soalan mahupun jawapan" ujarnya yang ditanya mengenai kemungkinan sekatan liputan oleh media pada Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.

Jelas Muhammad perkara ketelusan dan keterbukaan yang dipamer republik itu semakin kabur di negara ini dan itu yang perlu dititikberatkan UMNO.

Pada Khamis, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau belum menerima sebarang makluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.

Perkara itu menurut Zahid di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Adnan pada Rabu telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut akan diadakan secara tertutup dan pihak media akan dihadkan.

Mengulas lanjut perkara tersebut Muhammad berkata jika perkara yang dimaksudkan pemimpin dalam parti itu benar berlaku maka beliau pasti ada suatu yang tidak kena dan seolah-olah mahu menyorokkan sesuatu.

"Jika ia berlaku sebegitu mesti ada perkara yang ingin disorokkan jika tidak mengapa perlu dibuat secara tertutup.

"Maksudnya UMNO tidak lagi menjadi parti yang terbuka seperti sebelum ini," ujarnya.

Jelasnya lagi, selama hampir 50 tahun beliau berjuang bersama beberapa pemimpin yang masih ada dalam parti itu semenjak 1964, perkara seumpamanya tidak pernah berlaku.

"Selama hidup saya didalam UMNO sebelum ini tidal pernah perkara sebegini dilakukan apatah lagi di peringkat cawangan.

"Jika begitu, UMNO bahagian dan cawangan juga perlu dibuat secara tertutuplah sebab tiada keterbukaan lagi.

"Kalau begitu lebih baik buat mesyuarat dalam kelambu," ujarnya yang telah meninggalkan parti itu dengan beralih arah menyertai Pakatan Rakyat pada 2013 lapor AstroAwani



JERNIH + KERUH

Posted: 27 Nov 2015 01:15 AM PST


Bang Maily II's photo.

ULAR ada di mana-mana. Ular raksasa. Ada di sekitar kita. Jelas semakin mengganas. Mengganas. Kena faham ini. Malah selalu saja mencipta banyak tingkah kekusutan hingga kekadang susah diterka. Memangnya sukar diterka. Kekadang dalam diam kita jadi binasa. Jadi binasa.

Ular2 itu kekadang wujudnya tanpa kita tahu. Tiba2 saja ada di sekitar kita. Ada dalam kamar, ada dalam selimut dan ada dalam diri kita sendiri. Makanya selalu kukatakan kita kena berhati-hati. Selalu memerhati dan melihat keadaan di sekitar.

Memang kita ini selalu saja berprasangka baik pada waktu-waktu kita dalam masa keberuntungan di bawah langit cerah terbuka dan tentunya ketika itu kita tidak takut apa-apapun kepada nasib yang buruk menimpa dan begitulah. Kita memang berani, itu aku tahu.

Ketika kamu dalam keadaan selamat dan kita bersama cenderung lalai dengan segala macam keadaan situasi dan ketika itu terbaik ingatlah dalam masa kejernihan itu selalu saja ada kekeruhan. Iya ada kekeruhan yang membawa petaka, bala dan pahit nanti kesannya meski kita siap sedia.

Sesungguhnya kamu adalah sahabat2ku yang selalu kuletakkan di titik atas dalam perjuangan dan tentu saja nota ini untuk kamu semua.

Barangkali kamu lebih mengerti segalanya ini.


BANG MAILY
sabah

Shafie: Umno bukan dimiliki seorang ahli

Posted: 27 Nov 2015 12:30 AM PST

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli dan mengingatkan bahawa tidak lama dulu presiden parti itu pernah menyuarakan bahawa Umno perlu pembaharuan.

"Umno adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," tegasnya.

Beliau membuat peringatan itu sebagai respons kepada pengumuman mengejutkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan agung tiga sayap parti itu tidak akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti lazimnya.

"Tidak lama dulu presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya Umno perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang muda dan sebagainya.

"Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja.

CARA MENASIHATI

Posted: 26 Nov 2015 11:45 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

SAYA budak baru belajar kalau salah tolong tunjuk tetapi yang menunjuk mana yang benar kena betullah juga dan di sini saya fikir cara terbaik untuk menasihati dan ini ini berdasar pengalaman dan buku-buku yang saya baca.

Kadang-kadang ramai tak tahu antara nasihat, herdik, hina, kutuk meski yang dikatakan itu benar dalam bentuk nasihat atau membetulkan kesalahan yang dilakukan.

Selalu saya perhatikan ramai yang menegur di depan orang ramai dan kata-kata diucap agak keras jelas tidak jauh dengan penghinaan alias memalukan tetapi kesan yang dinasihati orang bawahan maka yang dimaksudkan diam akur tetapi malunya Tuhan sahaja yang tahu.

Terbaik ketika menasihati biarlah dipanggil atau ketika bersendirian dan elak di depan orang ramai dan kata2 janganlah terlalu kasar kesat sebab jika kasar dan kesat bukan saja yang berkenaan tidak mendengar malah akan jadi dendam secara diam.

Jadi, kita sebagai penasihat jangan pula marah kalau yang dinasihati itu tidak mahu mendengarkan nasihat kita atau di belakang memperli dan itu bukan salah dia tetapi salah kita sendiri yang marahnya tidak beretika.



NURLIYANA ABDULLAH

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT