Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


PAC : SEBENAR TIADA KUASA

Posted: 25 Nov 2015 10:15 PM PST

Bang Maily II's photo.

Selama ini kita selalu bercakap soal PAC seolah penyelamat negara atau badan penyiasat yang boleh kita harapkan untuk menyatakan sesuatu
.
Sekarang ini PAC rata2 dianggotai oleh orang sendiri dan ada orang bercakap telus mereka usaha buang singkir agar tong tahi tidak tersebar dan mereka sesuka hati melakukan apa saja mereka mahu.

Barangkali bagus juga kita tahu bahawa PAC itu tidak berkuasa langsung dan tugas mereka hanya menyiasat, ketemu orang disiasat dan kemudian siasatan itu diserahkan sama speaker dan kemudian menteri2 yang berkenaan dan selepas itu didiamkan/sembunyikan.

Hanya yang ada " hu ha hu ha itu" kalau terkait yang mereka tak suka atau mereka yang sengaja mahu dijatuhkan dan itulah caranya sebenarnya dan kalau demikian jelas fungsinya tidaklah mahu selamatkan dana rakyat malah semacam menggalak sebab apa kesalahan mereka lakukan pasti didiamkan.


Begitulah kerajaan kita yang namanya Malaysia.


BANG MAILY.

BIASANYA

Posted: 25 Nov 2015 09:30 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

BIASAnya jika sesuatu kes buruk berlaku, maka yang adakan perjumpaan sebelum itulah harusnya disiasat dan kasus di Lahad Datu siapa sebenarnya yang mula2 adakan pertemuan dengan suku sakat Kiram sebelum kes terjadi?

Bukankah setiap persidangan UMNO, kerabat Kiram selalu saja ada dan bukankah esmail itu sendiri ahli UMNO dan demikian juga kerabat Kiram yang lain.

Adakah mereka itu ahli2 parti pembangkang?

Nurul ke Manila atas jemputan Mayor Manila dan yang dijemput sama ketika itu ialah NGO yang visinya jelas perdamaian dan Nurul sendiri tidak tahu siapa jemputan pengajur ketika itu.

Lalu kenapa pula Nurul yang disalahkan?

Sedang Najib, Safiee Afdal juga pernah berjumpa kerabat Kiram sebelum kasus Lahad Datu dan pemimpin lain juga berbuat demikian termasuk Dr Jefrey Kitingan juga diberitahukan pernah berjumpa.

Soal berjumpa ini saya kira tidaklah masalah dan salahkah kalau pemimpin itu berjumpa untuk bincang kedamaian?

Bukankah Najib sendiri pernah menjanjikan untuk kasih tanah kepada tentera Sulu dan tidak ditunaikan yang menyebabkan pencerobohan? apakah ini benar dan kenapa tidak disiasat?

kita tak bantah Nurul disiasat dan jika benar ada komplot, tak kesah dihukum tetapi pemimpin lain juga harus disiasat dan kerajaan harus bersikap adil.

 
NURLIYANA ABDULLAH

Kevin Morais didakwa bocor deraf pendakwaan kepada Sarawak Report

Posted: 25 Nov 2015 08:45 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.
 
Charles Morais membuat dakwaan itu menerusi akuan bersumpah dan disertakan hujah-hujah untuk menyokongnya.


KUALA LUMPUR: Mendiang Anthony Kevin Morais didakwa membocorkan deraf pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengasas dan Editor, Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Dakwaan itu dibuat adik Kevin, Charles menerusi akuan bersumpah (SD).


Charles mendakwa dia kenal tandatangan ringkas adiknya iaitu AK (Anthony Kevin) apabila melihat deraf pendakwaan itu disiarkan oleh Sarawak Report pada 30 Julai lalu.


"Saya dapati deraf pendakwaan itu dipinda (kerana kesalahan tatabahasa). Selepas mengkajinya, saya dapati orang yang memindanya ialah Kevin.


"Saya sudah biasa dengan tandatangan Kevin," katanya.


Charles mendakwa dia percaya abangnya terlibat dalam siasatan rasuah RM27 juta melibatkan pemimpin negara.


Charles berkata, dia menghubungi Clare dan Editor Sarawak Report itu memberitahu deraf pendakwaan itu dihantar kepadanya menggunakan email tidak bernama.


Katanya, Clare memberikan alamat emel yang digunakan penghantar deraf itu iaitu jibby@annoymousspeech.com tetapi emel itu telahpun disekat.


Charles berkata, dia yakin Kevin yang memberikan draf itu berdasarkan faktor;


1. Penggunaan nama Jibby pada alamat emel iaitu nama pengasuh mereka


2. Maklumat lanjut emel merujuk kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
 

3. Kevin bertugas di bawah Gani ketika itu dan mempunyai akses maklumat
 

4. Kevin memberitahunya dia sedang menyiapkan tugas yang melibatkan Perdana Menteri
 

Selain itu, dakwa Charles, dia mendapati ada beberapa perkataan yang biasa digunakan Kevin turut digunakan dalam komunikasi Clare dengan pengirim deraf itu iaitu "No shit Sherlock" dan "Blardy'.

Pada 28 September lalu, seorang doktor tentera dan enam yang lain didakwa kerana membunuh Kevin.

PAU 2015: ‘Tak perlu kembali ke zaman batu cuba sekat liputan media’

Posted: 25 Nov 2015 08:00 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Ahirudin berkata, sekatan itu bukan sahaja akan menyekat akses media kepada Umno, tetapi akses parti itu untuk penerbitan dan penyiaran, serta akses kepada penonton yang lebih ramai.

KUALA LUMPUR, 26 November:


Wartawan terkenal dan berpengalaman menggesa Umno membenarkan media membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, bulan depan.


Ini kerana, kata bekas Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, Umno sentiasa bersikap terbuka untuk media membuat liputan ketika perhimpunan agung berlangsung.


Jelasnya, cadangan mengehadkan liputan media pada PAU 2015 tidak wajar, kerana Umno mungkin adalah parti politik paling terbuka di negara ini.


"Untuk menghentikan atau mengehadkan akses media di perhimpunan itu bukan cara terbaik.


"Saya tidak akan menyifatkannya sebagai tidak munasabah, tetapi ia hampir kepada itu. Adakah Umno takut putar belit media? Media mana? Berita apa yang dilihat sebagai berita diputarbelitkan?


"Malah, askar-askar siber Umno atau juara-juara siber hairan dengan keputusan yang tidak pernah dibuat sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.


Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan sebagai berkata, parti itu memutuskan, PAU pada bulan depan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media, termasuk media arus perdana, bagi mengelakkan berlakunya manipulasi berita.


Sebaliknya, kata Tengku Adnan, dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media, untuk memaklumkan perkara yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.


Tengku Adnan kemudiannya menafikan pernah mengatakan media tidak dibenarkan membuat liputan pada PAU 2015.


Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat.


"Saya berharap Setiausaha Agung Umno boleh jelaskan perkara ini. Beliau bukan baru kepada penglibatan media. Jika ini sememangnya begitu, maka mesti ada sesuatu yang tidak betul dalam semua ini," kata Ahmad.

Sementara itu, Datuk Ahirudin Attan yang lebih dikenali sebagai Rocky Bru turut sependapat dengan Ahmad dengan berkata, cadangan mengehadkan liputan media itu akan menjadi langkah regresif buat Umno.


"Saya tidak fikir mereka perlu kembali ke zaman batu dan cuba menyekat liputan media.


"Jika mereka mahu menyekat kemasukan, maka ia adalah baik, tetapi bukan siaran perhimpunan itu, sama ada secara langsung atau tertangguh.


"Mereka tidak boleh cuba menyekat akses kepada apa yang berlaku di dalam sana, kerana lebih banyak anda cuba sembunyikan atau sekat, lebih banyak anda kehilangan," kata bekas Ketua Pengarang Malay Mail itu.


Ahirudin berkata, sekatan itu bukan sahaja akan menyekat akses media kepada Umno, tetapi akses parti itu untuk penerbitan dan penyiaran, serta akses kepada penonton yang lebih ramai.


"Jika ia terbuka sebelum ini, ia perlu terus terbuka sekarang," katanya.


Mengenai isu Umno tidak mengeluarkan pas media kepada media dalam talian tertentu, Ahirudin berkata, ia adalah hak parti itu untuk berbuat demikian.


"Jika mereka kata Malaysiakini, Malaysian Insider atau Chronicle Malaysia tidak boleh akses, ia adalah hak mereka untuk menyekat kemasukan organisasi itu.


"Tetapi sekali lagi, pada zaman ini, mereka perlu telus. Apa salahnya beritahu kami mengapa organisasi itu dihalang?


"Kita semua tahu sekarang beberapa portal berita 'bekerja' untuk pembangkang, dan jika anda tidak mahu mereka berada di sana, kerana mereka pada dasarnya bekerja untuk pembangkang dan membuatkan parti anda kelihatan buruk, saya rasa adalah wajar anda menghalang mereka dan tiada siapa yang akan marah," katanya.


Beliau berkata, ini adalah sebabnya mengapa ia adalah penting untuk parti itu menjelaskan sebab-sebab di sebalik keputusan mereka.


"Apabila mereka memutar belit atau melaporkan separuh benar tentang anda, atau malah memfitnah anda, orang-orang seperti Tengku Adnan tidak sepatutnya sekadar bercakap dan mengancam untuk menyaman.


"Masalahnya ialah, orang-orang ini kata mereka mahu saman, tetapi tidak saman dan itu sebahagian daripada masalahnya juga," katanya sambil menambah, media tidak lagi menganggap ancaman itu serius.


Tambahnya, inilah sebabnya Umno perlu tegas dengan keputusan dan ancaman mereka.


"Jika mereka mahu melakukannya (saman), mereka boleh, tetapi kemudian jelaskan kepada kami dan rakyat, mengapa mereka berbuat demikian," katanya.

Adik dakwa kematian Kevin Morais ada kaitan siasatan pemimpin tertinggi

Posted: 25 Nov 2015 07:15 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Dia mendakwa mendiang Kevin memberitahu perkara itu ketika berbual menerusi telefon dalam bahasa Malayalam kerana takut perbualan mereka dirakam.

KUALA LUMPUR – Kematian mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan siasatan rasuah melibatkan pemimpin tinggi dan isterinya.

Abang kepada mendiang, Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya yang mati dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.


"Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah 'lelaki dahsyat' dan isterinya adalah lebih dahsyat ," katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa Malayalam sepanjang perbualan telefon itu.


"Kevin takut perbualan kami 'dirakam', oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami," katanya.


Charles berkata, dia juga 'sangat tidak puas hati' dengan laporan bedah siasat oleh Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, laporan pertama mendapati Kevin kemungkinan mati kerana lemas.


"Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut," katanya.


Oleh itu, dia memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes itu akan ditetapkan pada 4 Disember depan.


Pada 28 September lalu, seorang anggota tentera dan enam lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh Kevin.


"Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.
"(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia 'tahu terlalu banyak' mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.

Siapa Berani Halang Tun M Untuk Hadir Di PAU Nanti ??

Posted: 25 Nov 2015 06:45 PM PST

MENJADI BINATANG

Posted: 25 Nov 2015 06:15 PM PST

Bang Maily II's photo.

Ketika Andalusia bercahaya, barat ketika itu gelap tidak bersinar. Hakikat jelas Andalusia sumber segala ilmu yang hebat dan itu sebab katanya penyair german apa saja yang anda cari di Andalusia semuanya ada termasuk susu burung.

Raja Peranchis kedua belajar di Andalusia dan kemudian banyak karya Ibnu sina, Kindi, Kaldum dan sebagainya ia arahkan diterjemah ke bahasa barat dan kesannya barat yang gelap di abad 6-11 tiba2 menjadi bercahaya.

Kemudian dari itu ilmu tumbuhan, kedoktoran, sain dan sebagainya mula berkembang dan abad ke-12 Andalusia menjadi mundur kesan tidak lagi berpandukan Al Quran dan hadis Nabi.

Sekarang rata2 kita melihat barat/memandang ke barat dan apa saja yang datang dari barat seolah semuanya baik dan kitapun rata2 mengangkat barat dan menamakan barat sebagai sumber ilmu yang baik.

Memang tidak dinafikan di barat itu ada yang baik dan sesuai dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan al quran dan hadis nabi, tetapi ada diantara ilmu yang diajarkan di barat itu menyebabkan kita menjadi binatang jalang dan bangsat.


BANG MAILY
sabah
26/11/2015

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO, Najib Tampak Kalut

Posted: 25 Nov 2015 05:30 PM PST



Kejanggalan demi kejanggalan dan kekalutan demi kekalutan terus berlaku dalam Umno. Selagi Najib Razak yang penuh masalah berada di tempatnya, selagi itulah Umno, bahkan negara terus menjadi bahan ketawa.

Mula-mula mesyuarat MT diadakan di Bangunan Parlimen dan kemudian Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri seperti kelazimannya.

Tahun ini, hanya ketua sayap akan merasmikan perhimpunan masing-masing.

Selepas itu, diumumkan pula bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini akan diadakan secara tertutup dan petugas media yang membuat liputan turut dihadkan.

Sebarang ucapan dan perbahasan tidak boleh lagi dilaporkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan ia bertujuan mengelakkan banyak salah lapor oleh media.

Serentak dengan itu, beliau juga mengumumkan bahawa dua Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang akhbar setiap hari pada sebelah petangnya untuk menjelaskan mengenai perjalanan perhimpunan dan bersoal jawab dengan pihak media.

Kenapa tiba-tiba Najib dan Umno takut dengan media sehingga walaupun PAU diadakan di Dewan Merdeka yang serba moden dan canggih, tetapi dengan menjadikannya tertutup seolah-olah ia sedang bersidang dalam gua saja keadaannya?

Kenapa dalam dunia langit terbuka, Najib mahu membawa Umno semakin tertutup jadinya?

Bukankah semua akhbar arus perdana dan stesen televisyen  memihak kepada Najib dan Umno?

Jika bimbang dengan salah lapor, mana perginya media arus perdana dan segala macam blogger serta pengamal media sosial berbayar pro Najib yang dikhabarkan berlambak-lambak ramainya?

Kenapa dengan sokongan sekian banyak media, Najib dan Umno masih takut dengan kemungkinan salah lapor, lalu menjadikan perhimpunan kali ini sebuah acara tertutup?

Tidak mampukah media pro Najib dan yang berada di bawah kawalannya menghadapi kemungkinan salah lapor itu?

Atau barangkali ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada terdedah kepada umum?

Selain itu, menjadi kelaziman juga pada setiap kali PAU diadakan, biasanya Presiden Umno sendiri  bersama lain-lain pemimpin utamanya yang akan mengadakan sidang akhbar harian untuk menjawab isu-isu yang berbangkit dengan pihak media.

Tetapi, mengapa tahun ini Najib takut berhadapan dengan media, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada Zahid Hamidi dan Hishammuddin?

Mengapa tidak diserahkan saja kepada Muhyiddin berurusan dengan media jika Najib takut melakukannya? Kenapa sekali lagi Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno diketepikan juga?

Kalau mahu menyerahkan tugas itu kepada Naib Presiden Umno pula, bukankah penyandang jawatan itu ada tiga iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein?

Berdasarkan undi diperolehi dalam pemilihan 2013, Zahid memperolehi undi tertinggi, diikuti Shafie tempat kedua dan Hishammuddin di tempat ketiga yang nyaris-nyaris kecundang dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz Mahathir.

Kenapa hanya Naib Presiden No 1 dan No 3 diberi peranan dalam sidang akhbar harian itu, manakala Naib Presiden No 2 diketepikan?

Apakah ini merupakan satu lagi petanda bahawa dalam mesyuarat MT yang akan diadakan sehari sebelum PAU 2015 bermula nanti, Shafie bersama Muhyiddin akan diambil apa-apa tindakan yang menyekat sama sekali mereka daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan kali ini?


REMBAT DUIT ZAKAT

Posted: 25 Nov 2015 05:09 PM PST



Yang tukang pegang amanah pun skrg ni perangai dah macam pemimpin2 umno bn .

YG BADAN TUKANG PEGANG AMANAH DAH TAK AMANAH, macam mana nk selesai masaallah kemiskinan.



Ketua UMNO cawangan nafi tuduhan Ku Nan, anggap fitnah - Mohamad Fadli

Posted: 25 Nov 2015 04:00 PM PST


Rushdan-Mohamed_Tengku-Adnan_umno_600

Walaupun tidak puas hati dengan Presiden parti, ketua-ketua UMNO cawangan tidak sanggup membuat kecoh pada PAU.

KUALA LUMPUR: Dakwaan ketua-ketua UMNO cawangan akan membuat rusuhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember adalah fitnah dan pembohongan besar.

Ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU nanti.

"Dakwaan Ku Nan (Tengku Adnan) bahawa ketua-ketua cawangan akan buat kecoh di PAU itu fitnah yang amat jahat dari Ku Nan.

"Apa motif dan faedahnya kita nak buat kacau, tak perlu.. sebab yang hadir itu semua kawan-kawan kami semua.

"Kenapa kita nak buat sesuatu, yang boleh memudaratkan.. Tidak ada faedah kami nak buat kecoh kat sana," katanya kepada FMT.

Memetik laporan Sinar Harian, Ku Nan berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU untuk mendesak Presiden berundur.

Ku Nan berkata mereka dibayar dengan duit dan diupah untu membuat kecoh di PAU.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata ketua-ketua cawangan tentunya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan parti mereka sendiri.

Katanya, mereka hanya ingin mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

"Kami ketua-ketua cawangan tidak akan melakukan perbuatan seperti itu (buat rusuhan di PAU)… tak wajar.

"Cukuplah, kami melakukan sidang media dan menyatakan secara terbuka bahawa kami tak sokong lagi kepimpinan Najib..Itu sudah cukup," katanya.

Rushdan turut berkata sekiranya ada pihak yang membuat rusuhan di PAU nanti, mungkin daripada pihak yang telah diupah.

"Kami difahamkan mungkin ada pihak lain yang diupah sebenarnya.. sebab ada kemungkinan ada kumpulan lain yang selama ini telah buat kecoh dalam beberapa perhimpunan.

"Kami tak perlu layan (dakwaan Ku Nan), kalau ada kami harap pihak polis akan ambil tindakan tegas kepada pihak yang membuat kekacauan itu…Tangkap dan dakwa (mereka) yang melakukan perbuatan sebegitu," katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan SUA Betong Bahagian Teluk Kemang, Ramli Awang turut menafikan dakwaan Ku Nan itu.

Katanya, dia hanya meminta supaya Najib berundur dan ingin pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung pada Perhimpunan Agung parti tahun depan diteruskan dan bukan ditangguhkan.

"Kita bukan nak gaduh dengan UMNO..kami nak Najib letak jawatan (sebagai Presiden), itu saja.

"Kita juga mahu pemilihan UMNO pada 2016 diteruskan…tak nak tangguh.

"PRU14 makin lama makin dekat, buat apa nak tangguh.. Bagi ahli sendiri pilih sapa yang layak jadi Presiden, Timbalan Presiden dan dalam jawatan lain," katanya.


FMT

MANA MACAI PUAK BANI MELAYU MAZHAB UMNO NI NAK PERCAYA PERKARA NI....SEBAB OTAK DORANG DAH BIOL

Posted: 25 Nov 2015 08:00 AM PST

Rafizi Ramli's photo.

Pusing putar belit lilit keliling perangai semua spesis mazhab melayu umno konon jaga nama dan imej, TETAPI PADA SISI ALLAH DAN MALAIKAT HANCUR KOT JATUH AQIDAH SEBAB MELAWAN ALLAH DAN HUKUM ALLAH...!!!

Yang umno bangsat laung2kan jd pembela bangsa....ni hakikatnya...baju merah mana...

Posted: 25 Nov 2015 07:30 AM PST

PROTES NURUL + TIAN CHUA

Posted: 25 Nov 2015 07:00 AM PST

Bang Maily II's photo.

TAHNIAH di tv3 siap ada protes di Kota Kinabalu bantai Nurul dan Tian Chua.

Jelas satu semangat yang dihargai dan rasanya yang sebelum ini jumpa suku sakat Kiram juga harus diambil tindakan sama.

Bang Maily II's photo.
Bang Maily II's photo.Bang Maily II's photo.
Bang Maily II's photo.

MENYIMPAN RAHSIA

Posted: 25 Nov 2015 06:30 AM PST

Bang Maily II's photo.

Kekadang kita memangnya selalu saja lupa, apa saja yang kita tulis baik hal diri kita sendiri atau orang lain begitu mudah disebar di laman sosial atau dibicarakan kepada sesiapa di khalayak ramai, ada kalanya sesuatu itu tidak boleh kita siarkan begitu saja tetapi ada kalanya di luar tahunya kita.

Misalnya seorang wanita minum arak, merokok dan kemudian tersebar di mana2 lalu ada saja yang menyatakan sesuatu yang tidak baik, maka itu akan menimbulkan kemarahan tetapi siapa saja yang harus disalahkan?

Memang lsesuatu yang bersifat umum dan bisa diketahui oleh orang ramai akan menjadi perhatian dan kemudian dibincangkan di laman sosial dan kelihatanya itu menambah akan terasakan sesak nafas dan menjadikan kita hidup dalam keadaan yang tak tenang.

Sebaiknya elak melakukan sesuatu yang tidak baik dan kalau melakukan sesuatu usaha jangan sampai tersebar dan simpanlah sebaik mungkin atau orang kata makan di tanah besar dan berak di pulau.

Memang hal2 semacam ini begitu mudah terdedah dan didedahkan di mana2 dan biarlah pecah di perut jangan pecah di mulut.


BANG MAILY
25/11/2015

'Kevin beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh'

Posted: 25 Nov 2015 05:43 AM PST

Adik Kevin Dakwa Miliki Maklumat Penting Libatkan Individu Berpengaruh







Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu degan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.

Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.

Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.

Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan 'seseorang' yang mengawal "permainan" yang membabitkan pembunuhan Kevin.

Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

Dipetik dari - Malaysiakini

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Bagus !!!

Posted: 25 Nov 2015 07:17 AM PST


Image result for anwar ibrahim dan tanda bagus
PENGECUALIAN CUKAI PINTU TAHUN 2016
Mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang lembab dan bagi mengurangkan dan meringankan beban pemilik rumah kos rendah, sederhana rendah serta juga termasuk pemillik rumah kampung, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang melalui kedua dua PBT telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran cukai kadaran/pintu bagi tahun 2016. Keputusan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ini melibatkan hasil sejumlah RM11,699,820.94 yang sepatutnya dipungut perlu dikecualikan. Keputusan memperluaskan pengecualian cukai pintu kepada rumah kos rendah, kos sederhana rendah serta rumah kampung membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan yang tidak berada dan golongan luar bandar.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pianag dengan pengecualian ini dapat membantu mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah yang terlibat. Malah pengecualian ini juga secara tidak langsung membantu penduduk berkenaan menampung cukai GST yang telah dikenakan Kerajaan Persekutuan termasuk kepada penduduk dan pemilik rumah kos rendah, sederhana rendah serta pemillik rumah kampung
Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri keusahawanan yang pertama di Malaysia selain daripada menjadi negeri berkebajikan. Dasar kebajikan Kerajaan Negeri sememangnya diketahui umum di mana Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM287 juta dalam tempoh 6 tahun ini untuk bantuan kewangan secara langsung.

dollah yankee - ini barulah namanya mensejahterakan rakyat !!!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MAYAT KEVIN PERLU BEDAH SIASAT KEDUA – CHARLES MORAIS

Posted: 25 Nov 2015 08:59 PM PST

ISU DI P.PINANG ADALAH DARI TANGAN UMNO

Posted: 25 Nov 2015 02:29 PM PST



OLEH YONG 


Yong menentang apa-apa projek yang berpotensi akan menjejaskan alam-sekitar dan sumber sara hidup penduduk tempatan. Tidak kira projek itu datang dari pihak mana - Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, Yong juga menentang pengeksploitan isu alam-sekitar sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang cuba menangani masalahnya supaya tiada pihak yang akan mendapat untung atas angin. Mutakhir ini ramai sangat yang ingin mencari laba dengan cara yang singkat, tanpa berusaha keras.

Apapun, pihak rakyat marhaen yang terkesan dengan penerusan projek tersebut harus mendapat pertimbangan yang adil dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pihak Kerajaan Negeri hendaklah secara telus memperincikan (jika belum lagi) bagaimana pemuliharaan alam-sekitar dan sumber pendapatan yang terjejas dengan projek itu diuruskan. 

Berikut kenyataan media Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjelaskan kedudukan sebenar projek tersebut:

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 24.11.2015.

Adakah Lim Guan Eng mahu dikenang sebagai orang yang membiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi bankrap berikutan terpaksa membayar pampasan besar kerana menghentikan projek-projek tebus guna tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN dahulu yang hanya menguntungkan kroni-kroni BN?

Nampaknya ini yang menjadi kesimpulan tulisan seorang kolumnis Malaysiakini yang menyokong tindakan seorang ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, yang memberi undi kepada usul UMNO, dan tindakan 5 ADUN PKR yang berkecuali (iaitu tidak memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang) sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Lima ADUN PKR tersebut adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr T Jayabalan (Batu Uban), dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

ADUN DAP Teh telah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada parti serta menjelaskan beliau akan kembali kepada perjuangan DAP. Beliau menambah bahawa beliau rela menerima apa sahaja tindakan daripada parti berikutan kesilapannya, dan kini sedang menanti tindakan disiplin.

Saya tidak percaya bahawa saya dipilih oleh rakyat untuk membiarkan Pulau Pinang menjadi bankrap. Lebih baik saya dikritik daripada dipuji, asalkan saya dapat memastikan Pulau Pinang tidak bankrap, malah dapat terus meningkatkan lebihan hasil ekonomi untuk membolehkan kita melabur dalam pembinaan infrastruktur awam, pendidikan dan inovasi.

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah mempunyai pengalaman yang pahit dan pedih apabila terpaksa membayar pampasan RM14.7 juta (dan masih tidak mendapat pulangan) berikutan skandal tanah Tang Hak Ju yang berpunca daripada perbuatan kerajaan lama BN, dan membayar pampasan RM20 juta kepada Boustead Holdings Bhd kerana mengurangkan ketinggian hotelnya di George Town yang diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu, daripada 12 tingkat kepada 5 tingkat.

Fakta sebenar tentang usul ADUN UMNO berhubung isu tebus guna tanah

Walaupun BN telah meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar telah ditebus guna. Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang oleh E&O, boleh menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion. Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.

Sewaktu mengemukakan usul tentang tebus guna tanah, ADUN UMNO Muhammad Farid Saad tidak pula meminta maaf kepada rakyat Pulau Pinang walaupun beliau sendiri adalah salah seorang wakil Kerajaan Negeri BN sebelum tahun 2008 yang telah meluluskan 3,241 ekar tanah tersebut, berbanding 60 ekar oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada masa ini.

Beliau juga tidak menawarkan sebarang ganti rugi daripada Kerajaan Pusat BN kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika projek tebus guna tanah tersebut ditangguh atau dibatalkan.

Apa yang mengejutkan saya ialah ada beberapa aktivis NGO yang menyokong usul Farid dengan tidak mempedulikan fakta bahawa tebus guna tanah 3,241 ekar yang begitu besar itu adalah diluluskan oleh kerajaan BN, serta mereka buat-buat tidak nampak tentang ketiadaan pampasan dan gantirugi daripada Kerajaan Pusat BN jika tebus guna tanah ditangguh atau dibatalkan.

Mengenai usul Farid yang meminta dilaksanakan kajian menyeluruh seperti kajian Penilaian Impak Alam Sekitar yang Terperinci (DEIA) serta menjalankan rundingan awam, ia memang sudah menjadi kewajipan undang-undang yang tercatat dalam undang-undang Persekutuan. Jika gagal melaksanakannya, ia bererti tebus guna tanah tidak boleh dilakukan. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak pernah lari dari tanggungawab untuk mengadakan rundingan awam atau pertemuan dewan orang ramai. Jadi memang tidak ada isu berbangkit dalam hal ini.

Perbezaan di antara PORR dan tebus guna tanah adalah PORR belum dimuktamadkan (dan tidak pernah dibina sehingga hari ini) sedangkan projek-projek tebus guna tanah telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh BN

Malaysiakini telah menyiarkan satu kolum yang bertanya tentang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pernah meminta BN menghormati hak 2 ADUN MCA yang berkecuali terhadap usul DAP oleh Danny Law pada tahun 2002, tetapi Lim Guan Eng tidak boleh menghormati hak 5 ADUN PKR untuk berkecuali dalam isu usul UMNO ini.

Kita perlu ingat bahawa 2 ADUN MCA yang berkecuali pada 2002 itu adalah kerana mereka membantah projek Lingkaran Jalan Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1 bilion yang dicadangkan oleh kerajaan BN mereka sendiri.

Perbezaan di antara PORR dan tebus guna tanah adalah PORR belum dimuktamadkan (dan tidak pernah dibina sehingga hari ini) sedangkan projek-projek tebus guna tanah telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh BN

Sekarang, usul UMNO mencadangkan supaya ditangguhkan tebus guna tanah yang diluluskan oleh BN yang akan mengakibatkan pampasan dibayar oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, dan bukannya oleh BN.

Ini sangat tidak adil dan inilah sebabnya mengapa 23 ADUN Pakatan Harapan menolak usul UMNO itu. Menolak usul UMNO tersebut juga memperlihatkan pendirian kami yang tidak bersetuju dengan keputusan BN meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna.

Sebaliknya, tindakan menyokong usul UMNO itu atau mengambil sikap berkecuali bererti membiarkan BN dan UMNO lepas dari tanggungjawab mereka, sedangkan merekalah yang sebenarnya gagal melindungi kepentingan orang awam.

Menyokong usul UMNO itu atau mengambil sikap berkecuali juga akan memaksa Kerajaan Negeri sekarang membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah yang bakal membawa kepada bankrapsi.

Dengan itu, mengapa perlu Kerajaan Negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya?

Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sedia bertanggungjawab penuh terhadap kesilapan kami, jika ada, tetapi kami tidak akan menyalahgunakan wang rakyat atas kesalahan dan kegagalan BN, terutamanya apabila tiada gantirugi daripada Kerajaan Persekutuan bagi apa-apa pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri apabila menangguh atau membatalkan tebus guna tanah.

Kegagalan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri daripada dipaksa membuat bayaran pampasan yang besar serta memilih untuk menyokong atau berkecuali dengan usul UMNO tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tidak ada seorang pun daripada 5 ADUN PKR yang mengambil keputusan itu berkecuali itu telah bangun untuk membahaskan usul tersebut. Mereka juga tidak memberitahu Kerajaan Negeri atau mana-mana empat pemimpin utama PKR Negeri, iaitu Timbalan Speaker, Dato Maktar Shapee; dan Timbalan Ketua Menteri 1, Dato Mohd Rashid Hasnon, serta Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato Abdul Malek dan Dr Afif Bahardin, yang menolak usul UMNO itu.

Sebaliknya, Ketua Whip PKR Ong Chin Wen hanya memberitahu seorang pemimpin kebangsaan PKR tentang niat untuk berkecuali tetapi tidak pula memberitahu Exco-Exco PKR atau Timbalan Ketua Menteri 1 – seolah-olah ia adalah undi tidak percaya beliau terhadap pemimpin PKR Negeri Pulau Pinang. Kini sudah heboh, siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DUN Pulau Pinang, PKR 5 atau PKR 4?

Walaupun tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan terjejasnya keyakinan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap 5 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP tersebut, mereka tetap kekal sebagai ADUN Kerajaan Pakatan Harapan.

Buat masa ini, semua tugas mereka sebagai ADUN Pakatan Harapan berjalan seperti biasa bersama dengan peruntukan kerajaan untuk kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri akan menilai peranan dan prestasi mereka dalam tugas-tugas yang melibatkan tugasan pentadbiran kerajaan.


********************

Setakat Yong tidak pasti sama ada perbuatan 5 ADUN PKR itu ada kaitan dengan kem-kem yang wujud dalam PKR yang kini dikenali sebagai PKRAzmin dan PKRWan Azizah.

Yong berharap kepada sahabat-sahabat Yong dalam PKR supaya mencari jalan yang terbaik untuk menangani "differences" mereka dengan segera. 

Perpecahan dalam PKR hanya akan menguntungkan BN, sebagaimana perpecahan dalam PAS.

Anda silap jika anda fikir PRU14 masih lama lagi.

PKR PUTUSKAN KONFLIK ADUN – KETUA MENTERI P. PINANG SELESAI

Posted: 25 Nov 2015 02:21 PM PST

TOL LEBUH RAYA: RAKYAT HADAPI ‘TIGA KEKALAHAN’ BERGANDA

Posted: 25 Nov 2015 12:53 AM PST

KATA AMANAH KEPADA PAS: TOLAK BUDAYA SAMSENG, TAKFIRI

Posted: 25 Nov 2015 12:44 AM PST

LEBIHAN PALSU BAJET PAHANG: KE MANA PERGINYA WANG EHSAN 2014?

Posted: 24 Nov 2015 10:17 PM PST

FOTOSTAT UNTUK PELAJAR, PENDIDIK JENAYAH DI BAWAH TPPA

Posted: 24 Nov 2015 10:15 PM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT