Isnin, 23 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib lantik 69 anggota Kabinet untuk keamanan Malaysia Adam Abu Bakar

Posted: 23 Nov 2015 11:15 PM PST


Azalina-Othman-Said_najib_Barisan-Kabinet_600

Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk menentukan bilangan menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan di bawah beliau.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerlukan 37 menteri dan 32 timbalan menteri dalam kabinetnya bagi memenuhi keperluan semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam keadaan dunia tanpa sempadan yang serba moden, pelbagai cabaran dan tanggungjawab harus dipikul oleh kerajaan.

Katanya, ia juga demi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan sentosa.

"Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya. Sejak dari dahulu hingga sekarang, negara kita semakin berkembang dengan pesat dan maju.

"Maka kerana itulah kita tidak boleh semata-mata membandingkan bilangan menteri antara pentadbiran Perdana Menteri sekarang dan yang lepas-lepas," katanya.

Jelas Azalina lagi, Najib juga mempunyai hak prerogatif untuk menentukan bilangan menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan beliau.

"Menteri dan timbalan menteri telah dilantik di bawah portfolio masing-masing untuk memastikan segala perancangan dan agenda yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya," katanya.

Azalina berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyatakan mengapakah Najib memerlukan seramai 37 menteri dan 32 timbalan menteri.


FMT.

PKR sokong tindakan lima ADUN di Pulau Pinang - FMT Reporters

Posted: 23 Nov 2015 10:30 PM PST


Fahmi-Fadzil

PKR puas hati penjelasan lima ADUN itu kerana pengundian 'mengikut suara hati' adalah amalan demokrasi.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong tindakan lima Ahli Dewan Undangan (ADUN) di Pulau Pinang yang tidak mengundi usul yang dibawa seorang ADUN UMNO pada Jumaat lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu membenarkan pengundian 'mengikut suara hati' dalam isu-isu tertentu.

"Pengundian lima ADUN PKR pada Jumaat lalu adalah berdasarkan "conscience vote" kerana ia merupakan isu alam sekitar yang rumit," katanya menerusi kenyataan media.

Fahmi berkata, PKR berpuas hati dengan penjelasan lima ADUN tersebut, dan beranggapan "conscience vote" ini adalah amalan demokrasi biasa yang perlu digalakkan di negara ini.

"Meskipun PKR tidak bersetuju dengan pendirian UMNO di dalam isu ini, namun usul yang memohon supaya projek tebus guna tanah pada masa akan datang melalui proses kaji selidik alam sekitar yang menyeluruh adalah baik," katanya.

Fahmi berkata, pemimpin PKR perlu berhenti membuat kenyataan mengenai perkara itu kerana ia boleh dibincangkan lebih lanjut di peringkat Pakatan Harapan.


FMT

Chegubard tuduh Azmin terlibat kemelut PKR-DAP di Pulau Pinang - Mohamad Fadli

Posted: 23 Nov 2015 09:45 PM PST


Badrul Hisham Shaharin

Dia mendakwa Azmin Ali menyerang DAP di Pulau Pinang bagi mempertahankan kerjasama antara PKR dengan Pas di Selangor.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dituduh terlibat dalam kemelut antara PKR dan DAP di Pulau Pinang.

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa, Azmin bertindak menyerang DAP di Pulau Pinang bagi mempertahankan kerjasama antara PKR dengan Pas di Selangor.

Dia mendakwa, seorang wakil rakyat PKR Selangor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil rakyat PKR Pulau Pinang sebelum usul tambakan laut itu dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November lalu.

"Jika ini benar ia keadaan lebih parah dari apa yang kita jangka….Maknanya Azmin bukan sahaja membuat celaru dalam parti tetapi juga peranan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) kini dimainkan Azmin dalam Pakatan Harapan (PH)," katanya menerusi kenyataan.

Pada masa sama, Chegubard kecewa setelah Angkatan Muda Keadilan (AMK) lambat mengeluarkan kenyataan berhubung isu lima wakil rakyat PKR berkecuali terhadap usul tambakan laut.

Katanya, AMK Pulau Pinang sepatutnya mengeluarkan kenyataan dengan segera bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

"Selaku anggota PKR saya merakamkan rasa kecewa apabila ini bukan sekali berlaku di mana kelihatan PKR agak lambat respon.

"Selepas apa belaku, PKR peringkat negeri sudah tampil dengan penjelasan kepada rakyat. Takkanlah perkara seperti ini juga memerlukan campur tangan peringkat pusat ?," katanya.

Sebelum ini, DUN Pulau Pinang mengundi usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN – Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Lima wakil rakyat PKR bersikap berkecuali iaitu Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak puas hati dengan tindakan itu melabelkan lima wakil rakyat PKR itu menyokong UMNO.


FMT

Kadar tol di lapan lebuh raya naik lagi tahun depan

Posted: 23 Nov 2015 09:00 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Kira-kira sebulan selepas mengumumkan kenaikan tol pada 15 Oktober lalu, kerajaan sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Katanya, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol, maka Putrajaya terpaksa membayar RM593.32 juta dalam bentuk pampasan seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.


Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).


"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu," kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.


Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).


Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.


Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.


"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.


"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.

Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.


Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.


Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.


"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna," katanya.


Fadillah juga menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar.

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Dr Mahathir dakwa disekat jumpa ahli Umno

Posted: 23 Nov 2015 08:15 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan menyekatnya berjumpa dengan orang ramai termasuk tidak memberi dewan bagi mesyuarat yang sepatutnya dihadirinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2015. 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan menyekatnya berjumpa dengan orang ramai termasuk tidak memberi dewan bagi mesyuarat yang sepatutnya dihadirinya. 


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat usaha giat dilakukan untuk menutup mulut dan menyekatnya bertemu ahli Umno. Dr Mahathir mendakwa tindakan menyekatnya berjumpa dengan orang ramai termasuk tidak memberi dewan bagi mesyuarat yang sepatutnya dihadirinya.

"Dewan di mana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan," katanya dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas mengenai Mesyuarat Agong Umno yang bakal diadakan Disember ini dan mendakwa pimpinan parti terlalu takut meskipun tiada pertandingan akan diadakan. "Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh Umno supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dibangkit.

"Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar," katanya.


Dr Mahathir turut mendedahkan amaran juga diberikan kepada ahli Umno untuk tidak membangkitkan perkara itu.


"(Tan Sri) Muhyiddin Yassin, sebagai timbalan presiden akan membuka persidangan sayap – pemuda, wanita dan puteri.


"Amaran sudah diberi supaya ahli Umno tidak akan bercakap berkenaan perkara ini," katanya.


Tambahnya, wujud iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan bersangkutan dengan mengkritik kerajaan.


Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan menyekat pengkritik menjadi jenayah tidak tertulis oleh pimpinan kerajaan yang memartabatkan demokrasi.


"Dakwaan dibuat kononnya ini negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun," katanya merujuk kepada bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri yang mensabotaj demokrasi negara apabila tekanan sering kali digunakan untuk menyekat pengkritiknya.


"Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai.


"Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasukkan dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dan lain-lain.


"Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan RM2.6 bilion dibincangkan," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi presiden Umno itu.

Lagi Pendedahan AJK PAS Pusat Hadi Memang Hendak Bergabung Dengan UMNO

Posted: 23 Nov 2015 07:30 PM PST


Seorang lagi bekas AJK PAS Pusat tampil ke hadapan dan mengaku apa yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa bahawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengaku mahu membuat kerajaan bersama Umno di Selangor adalah benar.

Yang menariknya, menteri besar Selangor sekarang, Mohamed Azmin Ali sendiri yang memberitahu seorang AJK PAS Pusat bahawa Hadi ada menawarkan kepadanya untuk menyertai PAS dan seterusnya membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor ketika krisis perlantikan menteri besar Selangor tahun lalu.

Ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, beliau adalah antara saksi pengakuan Hadi itu.

Beliau mengakui merupakan salah seorang individu yang menjadi saksi berhubung dakwaan Husam itu dan mendapatkan pengesahan daripada Hadi di hadapan AJK PAS Pusat ketika mesyuarat jawatankuasa itu tahun lalu, lapor The Malaysian Insider.

"Apabila timbul isu Selangor itu, memang masa itu Azmin ada menelefon seorang pemimpin PAS Pusat. "Kebetulan masa dia telefon itu saya ada bersama, dan dia (AJK PAS Pusat) guna 'loud speaker' (pembesar suara di telefon).

"Jadi, saya dengar memang Azmin menceritakan apa yang berlaku semasa perbualan di antara beliau dengan Hadi," katanya sambil enggan menamakan pemimpin yang dihubungi Azmin itu.

Katanya, selepas mendapatkan pengesahan daripada Hadi, beliau ada bertanyakan tujuan presiden parti itu bertindak sedemikian. "Kami dengan rasa terkejut, dia (Hadi) mengakui dan dia memberikan justifikasi. Katanya, jika PKR boleh tarik 2 Adun (PAS), kenapa kita (PAS) tak boleh buat?" kata Hanipa sebagaimana dilaporkan oleh portal berita itu.

Sebelum ini, bekas AJK PAS Pusat, Khalid Samad dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat mengesahkan apa yang didakwa Husam itu.

Bagaimanapun, ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfudz Mohamad mendakwa Husam membuat fitnah. Husam ketika memberikan ceramah di Kota Bharu sebelum ini mendakwa Hadi pernah mengaku bahawa PAS menawarkan kepada beberapa Adun PKR termasuk Mohamed Azmin Ali agar menyertai PAS dan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor.

NFC gagal bayar faedah RM0.34 juta, Putrajaya bakal ambil tindakan OLEH MD IZWAN

Posted: 23 Nov 2015 07:00 PM PST



Skandal NFCorp pertama kali didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang menyatakan projek ternakan lembu itu tidak mencapai matlamat. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail juga berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah.

Skandal NFCorp pertama kali didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang menyatakan projek ternakan lembu itu tidak mencapai matlamat. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail juga berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah.

Kementerian Kewangan sedang menimbang untuk mengambil tindakan ke atas Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang gagal membayar tunggakan kadar faedah daripada pinjaman RM250 juta, kata Ketua Audit Negara.

Jumlah faedah yang gagal dijelaskan NFC adalah sejumlah RM0.34 juta (RM340,000), kata Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.

"Tunggakan faedah lewat bayar (default interest) dari tahun 2012 bagi pinjaman National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd berjumlah RM0.34 juta.

"MOF sedang dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas NFC," kata laporan itu.

Skandal NFCorp pertama kali didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang menyatakan projek ternakan lembu itu tidak mencapai matlamat.

Pemimpin PKR, Rafizi Ramli kemudian meneruskan pembongkaran mengenai sejumlah pinjaman RM250 juta disalurkan ke syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafizi mendakwa dana itu disalah guna NFC, termasuk pembelian kondominium di Singapura dan Kuala Lumpur.

Pada 2013, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan berjaya mendapatkan semula RM79.9 juta daripada NFCorp dengan membekukan akaunnya melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau berkata, kerajaan juga membekukan aset NFCorp bernilai RM23.3 juta, iaitu 2 bidang tanah di Putrajaya, 2 unit hartanah di Menerung Township Villa dan 3 plot tanah di Gemas.

Suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail juga berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah. – 23 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com

Pejabat lambat siap: PKNS rugi RM5.84 juta Mohamad Fadli

Posted: 23 Nov 2015 06:30 PM PST


selangor-PKNS

Pejabat baharu di Seksyen 14 Shah Alam lewat siap kerana proses tender semula dan lanjutan masa yang diminta kontraktor.

PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM5.84 juta kerana gagal menyiapkan bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat barunya di Seksyen 14, Shah Alam.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri ketiga, mendedahkan kelewatan pembinanaan bangunan baru itu disebabkan proses tender semula dan lanjutan masa yang diminta oleh kontraktor.

"Disebabkan itu, bangunanan baru PKNS telah lewat disiapkan selama dua tahun dari tarikh asal yang sebelum itu dirancang disiapkan pada bulan Julai 2013 hingga 2015.

"Kelewatan itu juga menyebabkan PKNS terpaksa membayar sewa ruang pejabat di bangunan HPAIC Seksyen 13, Shah Alam berjumlah RM5.84 juta (RM277,954 sebulan)," kata laporan itu.

Pihak Audit pula berpendapat setiap perolehan yang lewat disempurnakan memberi impak yang negatif dari aspek pencapaian matlamat, kewangan dan imej PKNS.

Sementara itu, PKNS dalam maklum balasnya kepada Audit Negara berkata, kelewatan itu disebabkan masalah kontraktor dan di luar kawalan PKNS.

"PKNS telah mengambil tindakan mengeluarkan surat amaran berkaitan kepada kontraktor.

"PKNS juga telah mengenakan ganti rugi tertentu dan ditetapkan sebanyak RM39,000 sehari bermula 22 julai 2015," kata laporan itu.


FMT

MEMBETULKAN CARA PANDANG....

Posted: 23 Nov 2015 06:00 PM PST

Nabi Musa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi Musa berkata,


"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"


Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Musa menjawab,


"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"


Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!


Jadilah seperti LEBAH..! Walaupun hidup didalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya..!


Janganlah jadi seperti LALAT..! Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya..!


Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci ..!


"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN
IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..!


KERANA HANYA ORANG YANG HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

Utusan Melayu bakal berhentikan pekerja FMT Reporters

Posted: 23 Nov 2015 05:30 PM PST


utusan

Syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia itu menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.

PETALING JAYA: Syarikat penerbitan akhbar pro-UMNO, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan bakal memberhentikan lebih 200 pekerjanya dalam tempoh terdekat ekoran menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.

Menurut sumber, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kakitangan seramai 1,400 orang terpaksa mengurangkan jumlah pekerjanya sekurang-kurangnya 20 peratus ekoran masalah yang dihadapi itu.

Katanya, pekerja yang akan diberhentikan itu melibatkan banyak bahagian termasuk Jabatan Pengarang.
Ujarnya, semua itu berlaku disebabkan syarikat terbabit tidak lagi dapat menanggung kos operasi yang semakin meningkat terutama melibatkan bahan-bahan yang digunakan untuk percetakan akhbar.

"Pada masa ini kilang percetakan akhbar milik Utusan yang terletak di Tebrau telah ditutup dan pekerja-pekerja yang terbabit kini terpaksa menganggur.

"Manakala sebuah lagi kilang yang terletak di Gong Badak (Terengganu) yang digunakan untuk mencetak akhbar edaran Pantai Timur akan ditutup," kata sumber berkenaan kepada FMT.

Sumber itu menyatakan, keadaan Utusan Melayu menjadi teruk sejak awal tahun ini dengan bermacam langkah diambil oleh pihak pengurusan, namun, segala usaha yang dilakukan tidak berjaya.

Jelas sumber itu lagi, gaji yang sepatutnya diterima oleh kakitangan eksekutif yang kebiasaannya dibayar pada 24 atau 25 haribulan hanya akan dibayar pada 28 November ini, sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

"Ya…Utusan dah takde duit untuk membayar gaji pekerja. Saya tahu perkara ini pun setelah diberitahu oleh pihak atasan yang menguruskan gaji pekerja.

"Meskipun Ketua Pengarang syarikat itu sering kali menyatakan ada jalan keluar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun, sehingga hari ini ia tidak menjadi kenyataan," kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, keputusan untuk memberhentikan pekerja itu merupakan langkah terakhir sekiranya syarikat tidak menemui jalan penyelesaian.
 
Sebelum ini, Utusan Melayu telah memberhentikan pekerja Utusan Printcorp sebelum menjualnya kerana menghadapi masalah kewangan.

Tahun lalu, Utusan Melayu mengalami kerugian RM82.64 juta,meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.


FMT

Obama tidak hormati tuan rumah Wartawan Sinar Harian

Posted: 23 Nov 2015 04:45 PM PST


Barack Obama
 
Obama menyampaikan ucaptama semasa Asean Sidang Kemuncak Perniagaan Pelaburan 2015 hari ini. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang disifatkan sebagai tidak menghormati  tuan rumah, kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaacub.

Beliau berkata, Obama patut lebih sensitif dengan perkembangan politik negara ini dengan menghormati pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

"Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapha turut mempersoalkan adakah perjumpaan Obama dengan kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.

Selepas Pendedahan.. YaPEIM Berdepan Situasi Kritikal

Posted: 23 Nov 2015 04:00 PM PST

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.
 
 Addin.

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua !

Posted: 23 Nov 2015 03:30 PM PST


Zar Ali's photo.

Hamil: Kandungan Siti semakin nampak FMT Reporters

Posted: 23 Nov 2015 08:00 AM PST


siti

Gambar yang mula tersebar menunjukkan bentuk badan Siti yang semakin berisi dan perut yang semakin membuncit menguatkan lagi teka-teki beliau sedang hamil

PETAING JAYA: Desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil anak sulung akan terbukti.

Ini berikutan sekeping gambar yang mula tersebar menunjukkan Siti Nurhaliza dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih belum membuat pengesahan mengenainya.

Sebuah laman portal melaporkan, gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).

Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu.

Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.

Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat.

Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu.

Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. 

Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.


FMT

Tanam sayur untuk berjimat – Timbalan Menteri Mikha Chan

Posted: 23 Nov 2015 07:15 AM PST


Tajuddin-Abdul-Rahman

Dengan itu tidak akan ada isu mengenai rakyat perlu membayar harga yang tinggi untuk membeli sayur yang diimport 

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya menanam sayur-sayaran untuk kegunaan sendiri," kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan rakyat membayar sayuran-sayuran yang diimport ekoran ia kini menjadi semakin mahal disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang perlu, kita tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak ada isu mengenai kadar pertukaran wang," katanya dalam sesi soal-jawab di Parlimen.

Tajuddin berkata, demikian menjawab soalan Shamsul Iskanda Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin mengetahui langkah kerajaan bagi mengatasi kenaikan harga sayur-sayuran yang diimport seperti bawang.


'Jom Bertani' iaitu satu program sosio-ekonomi luar bandar bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak-BN berkata, warga kota juga boleh mengamalkan aktiviti menanam sayuran-sayuran di rumah mereka.

"Program 'Jom Bertani' tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah-rumah mereka," kata Tajuddin.

"Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya secara berseloroh.


FMT

“Saya tiada masa nak minum petang dengan pegawai Rosmah”- Akmal Faiz Zainudin

Posted: 23 Nov 2015 06:30 AM PST


akmal-mansoe,rizal-mansor

Banyak urusan lain untuk diselesaikan berbanding bersemuka dengan Rizal.

KUALA LUMPUR: Pelawaan Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor untuk 'minum petang' bersama ditolak Pengarah Malaysia National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Katanya, dia tidak mempunyai masa untuk bersemuka dengan Rizal kerana banyak lagi tugas besar yang perlu diselesaikan.

"Tidak ada masa, banyak lagi isu lain saya kena hadap, kena hadap polis, hadap saman. Ini ajak minum teh pula," katanya semasa sidang media di pejabatnya.

Terdahulu, Rizal menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Akmal bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jawatan penaung yang disandangnya.

Pada masa sama ketika diminta mengulas mengenai sumber maklumat yang diperolehi berhubung pendedahan skandal YaPEIM, dia berkata, tidak mengetahui nama individu yang memberi maklumat kepadanya.

"Saya sebenarnya tidak kenal siapa pemberi maklumat (skandal YaPEIM) sebenarnya. Kita lindung pemberi maklumat dan kita mahu memantau perbelanjaan melibat dana orang awam," katanya.


FMT

87.6 peratus tanah wakaf di Selangor tidak diwarta... - FMT

Posted: 23 Nov 2015 05:45 AM PST


tanah-wakaf

LKAN mendapati tanah wakaf yang didaftar di bawah MAIS tidak lengkap dan tidak dikemaskini
SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendapati pengurusan hartanah wakaf di Selangor adalah kurang memuaskan dengan 87.6 peratus daripada hartanah wakaf yang didaftarkan sebagai hak milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak diwartakan.

Laporan itu menyebut, pengauditan yang dijalankan antara April hingga Julai 2015 mendapati, tanah wakaf di negeri itu tidak dimanfaatkan dengan sebarang aktiviti selain terdapat kes pencerobohan.

Ketua Audit Negara turut mendapati, daftar hartanah wakaf di Selangor tidak lengkap dan tidak dikemaskini di samping kelewatan dalam melaksana serta menyelesaikan istibdal.

"Sebanyak 27.5 peratus hartanah wakaf masih belum didaftarkan hak milik MAIS," kata laporan audit itu.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal wakaf di Selangor supaya melengkapkan data hartanah wakaf serta menyelesaikan peletakan hak sebagai hak milik MAIS dan seterusnya mewartakan hartanah wakaf setiap tahun.

PWS juga disyorkan mengadakan perancangan yang spesifik dan menyeluruh bagi memastikan hartanah wakaf dibangun serta dimanfaatkan sejajar dengan niat pewakaf selain memantapkan pemantauan terhadap keseluruhan hartanah wakaf.

Mengikut maklum balas yang diterima daripada PWS, hartanah wakaf lewat didaftarkan hak milik atas nama MAIS kerana kelulusan permohonan pindah hak milik di Pejabat Daerah dan Tanah, pelepasan hak sekatan di Pihak Berkuasa Negeri dan pengecualian duti setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengambil masa untuk diselesaikan.

Sementara itu, laporan audit yang dijalankan ke atas PNSB Development Sdn Bhd (PDSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mendapati, secara keseluruhan, prestasi kewangan PDSB bagi tahun 2012 hingga 2014 adalah tidak memuaskan dan perlu dimantapkan.

Ia menyebut hasil laporan audit yang dijalankan Mei hingga Julai 2015 mendapati, kerugian sebelum cukai PDSB meningkat secara mendadak pada tahun 2014 iaitu sejumlah RM19.94 juta (621.2 peratus) berbanding tahun 2013 selain mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM10.74 juta pada tahun 2014.

"Mengikut penyata kewangan beraudit PDSB bagi tahun berakhir 2014, syarikat ini mencatatkan liabiliti semasa melebihi aset semasa dengan sejumlah RM62.64 juta dan juruaudit bertauliah telah menyuarakan kewujudan ketidakpastian yang ketara terhadap keupayaan syarikat ini untuk beroperasi secara berterusan," kata laporan itu.

Justeru, PDSB disyorkan menambah baik prestasi pelaksanaan aktiviti pembangunan hartanah dengan memastikan projek diuruskan dengan lebih cekap serta memberi pulangan dalam tempoh ditetapkan bagi menjamin keupayaan kewangannya.

PDSB juga diseru mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan tadbir urus korporat syarikat bagi memastikan kecemerlangan operasi syarikat selain, dapat menambah baik prestasi kewangan dan memberi pulangan yang berterusan kepada PNSB serta Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Laporan audit bagaimanapun menyebut, hasil audit yang dilaksanakan antara Mac hingga Julai 2015 mendapati, pelaksanaan perolehan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah memuaskan daripada segi proses pemilihan dan lantikan kontraktor serta pembekal.


FMT.

Persidangan UMNO akan dibuat secara tertutup -Tun M Khairil Ashraf

Posted: 23 Nov 2015 05:00 AM PST


Tun M

Dr Mahathir mendakwa perwakilan telah diberi amaran supaya tidak menghebohkan perkara berkenaan.

PETALING JAYA : Perwakilan Mesyuarat Agung UMNO pada bulan hadapan dikatakan dilarang daripada membahaskan perkara-perkara tertentu khususnya yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam dakwaannya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, persidangan parti itu juga akan dibuat secara tertutup kepada orang ramai di mana tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiarkan.

"Hanya ucapan Presiden sahaja akan disiar. Sepatutnya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden akan membuka persidangan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

"Amaran sudah diberi supaya ahli UMNO tidak akan bercakap berkenaan perkara ini. Apakah jenis Mesyuarat Agung UMNO ini," soalnya dalam entri terbarunya di blog chedet.cc.

Kata Dr Mahathir lagi, usaha gigih juga sedang dijalankan untuk menyekatnya daripada berjumpa dengan ahli UMNO serta orang ramai.

"Dewan di mana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan.

"Ada iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik kerajaan. Ia seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis.

"Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikenakan penjara hingga 15 tahun. Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah kerajaan sendiri," tegasnya.

Menurutnya, pelbagai jenis tekanan telah digunakan secara tidak demokratik terhadap mereka yang mengkritik parti dan kerajaan.

"Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dan lain-lain.

"Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan RM2.6 bilion dibincang," sindirnya.


FMT

10 SEBAB PADAH UMNO JIKA PECAT MUHYIDDIN

Posted: 23 Nov 2015 04:15 AM PST


Zar Ali's photo. Mesyuarat MT UMNO pada 24 November ini dijangka akan membuat keputusan memecat Muhyiddin. Proses pemecatan adalah sama seperti UMNO memecat Anwar Ibrahim pada 1998. UMNO akan terima padah jika Muhyiddin dipecat:

1. Kedudukan Umno sudah tenat. Dlm PRU 13, Umno dah hampir kalah. Bukan setakat hilang majoriti 2/3 malah hilang undi popular. Ketika Anwar dipecat dulu, Umno masih kuat dengan menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

2. Selepas Anwar dipecat, orang Melayu marahkan Umno. Mereka tuduh Mahathir zalim. Akibatnya, Umno hilang banyak kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tapi nasib baik orang Cina masih sokong BN. Jadi, dalam pilihanraya 1999, BN masih boleh menang dengan majoriti 2/3. 

Sekarang, orang Cina memang dah tak sokong BN. Kalau pecat Muhyiddin, ramai orang Melayu akan simpati kepada Muhyiddin. Najib akan dilihat sebagai seorang yang zalim dan orang Melayu benci orang yang zalim. Tanpa sokongan orang Cina dan orang Melayu marah kepada Najib, BN akan kalah dalam PRU 14.

3. Ketika Anwar dipecat, Tun Mahathir tiada skandal RM2.6 bilion, tiada Rosmah yang boros, tiada Altantuya yang mati penuh misteri, tiada GST, tiada 1MDB, tiada penghapusan subsidi. Najib ada semua masalah ini.

4. Sebelum Anwar dipecat, tiada kebangkitan di kalangan akar umbi UMNO yang mendesak Tun Mahathir letak jawatan. Hari ini, akar umbi UMNO dah muak dengan Najib. Ketua-ketua cawangan UMNO dah berani bersuara desak Najib letak jawatan. 

Yang takut bersuara cuma Ketua-Ketua Bahagian yang telur mereka dipegang oleh Najib. Alah, tak ramai pun macai-macai KB ni. 188 orang sahaja setelah ditolak Pagoh, Semporna dan Pekan, iaitu Najib sendiri. Manalah tahu dalam sehari dua ni ada lah pulak daripada 188 orang ni yang buka mulut. Tak kecut perut Najib.

5. Mesyuarat MT untuk pecat Muhyiddin dibuat di Parlimen. Apasal buat kat Parlimen? Ibu pejabat UMNO kan dekat aje dengan Parlimen tu. Tak sampai 5 minit pun berkereta dari Parlimen. 

Tak pernah dalam sejarah mesyuarat MT buat kat Parlimen. Dah buang tebiat ke UMNO ni? Oh, rupanya Najib takut nak buat kat ibupejabat UMNO. Takut beribu orang berkumpul di PWTC tunjuk sokongan kat Muhyiddin. Kat Parlimen orang awam tak boleh masuk sebarangan. 

Ada kawalan polis. Belum apa-apa lagi dah takut. Kalau buat benda betul nak takut apa? Takut sebab nak buat benda salah lah tu.

6. Muhyiddin agak berhati-hati mengkritik Najib sebab tak mahu langgar disiplin Umno. Beliau langsung tak kritik Umno. Dia pun tak buat apa-apa gerakan yang boleh dilihat akan memecah belahkan Umno. 

Tapi kalau Muhyiddin dipecat, apa lagi yang menghalang dia daripada mengkritik Najib sekeras-kerasnya.

7. Kalau Muhyiddin dipecat, mungkin akar umbi UMNO yang kecewa dengan Najib akan buat sesuatu. 

Muhyiddin popular di peringkat akar umbi. Tak mustahil ada pemimpin akar umbi UMNO yang letak jawatan beramai-ramai dan cawangan yang bubar. 

Lagipun UMNO dah tenat. Yang kenyang dalam keadaan sekarang ni Ketua Bahagian dan kroni KB sahaja. Apa rugi letak jawatan dan bubar cawangan? UMNO akan lumpuh!

8. Bukan setakat akar umbi UMNO sahaja, malah Muhyiddin juga semakin popular di luar UMNO. Muhyiddin cuma memerlukan sedikit sentuhan rakyat untuk mengajak rakyat berjuang bersama-sama beliau menentang kemungkaran Najib. 

Dengan menggabungkan kekuatan akar umbi UMNO dan rakyat yang semakin meluat dengan gelagat Najib serta kecewa dengan kegagalan BN menangani masalah mereka, terutamanya kos sara hidup yang semakin meningkat, Muhyiddin boleh jadi faktor besar kejatuhan Najib dalam PRU 14.

9. Muhyiddin tiada masalah peribadi. Beliau dipecat kerana beliau berani bercakap benar. Rakyat sanjung pemimpin yang berani kerana benar.

10. Dengan Muhyiddin masih berada dalam UMNO dan tidak membuat apa-apa gerakan untuk menumbangkan Najib kecuali bersuara, populariti Najib cuma tinggal 17% sahaja. Bayangkan jika MT Umno pecat Muhyiddin dan beliau memulakan gerakan besar-besaran untuk menumbangkan Najib. Bukan sahaja Najib akan tergolek, UMNO pun boleh bungkus!

Jadi, macai-macai UMNO dan punahsihat Najib, renung-renungkanlah. Nyawa anda semua dah di hujung tanduk! Pecat Muhyiddin lagi cepat anda semua bungkus!

Obama kepada Najib: Bebaskan Anwar 7 John Malott

Posted: 23 Nov 2015 03:30 AM PST


ULASAN l Saya dengar daripada lima orang - rakyat Malaysia dan juga rakyat Amerika Syarikat serta mereka yang dalam kedudukan untuk tahu, bahawa pada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Razak pada 20 November lalu, Presiden Barack Obama menggesa perdana menteri Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Permintaan itu dilaporkan atas dasar kemanusiaan, kerana kesihatan Anwar yang semakin merosot. 

Bagiamanapun pendirian kerajaan Amerika adalah bahawa perbicaraan Anwar adalah pincang dan bermotifkan politik, dan bahawa Anwar adalah tahanan politik.

Seorang sumber memberitahu saya bahawa jawapan Najib adalah beliau terpaksa mematuhi sistem undang-undang Malaysia. Bagi saya, ia adalah ironis bahawa Najib mahu bersembunyi di sebalik sistem undang-undang Malaysia, sedangkan dirinya sendiri tidak teragak-agak untuk menggunakan dan menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi.

Dan ia bukan hanya digunakan ke atas pembangkang sahaja lagi. Sekarang Najib menggunakannya terhadap pengkritik dalam parti sendiri, dan juga penyiasat yang semakin hampir menemui kebenaran.

Banyak yang telah berlaku sejak permainan golf terkenal pada Disember lalu. Bermula dengan Anwar yang dadapati bersalah pada Februari lalu, muka depan utama akhbar New York Times memperincikan semua dakwaan rasuah sekitar Najib dan keluarganya.

Poortal Sarawak Report pula mendedahkan lebih banyak dokumen mengenai 1MDB dan berbilion-bilion ringgit yang hilang. Semua laporan 1MDB adalah sangat rumit dan sukar difahami. Tetapi The Wall Street Journal kemudiannya menerbitkan sebuah artikel yang semua orang boleh faham. Sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didakwa berakhir di akaun bank peribadi Najib, dan berminggu-minggu, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana wang itu berada di akaunnnya.

Dan kemudian, secara tiba-tiba, sebahagian besar wang didakwa dibawa keluar negara lagi - tetapi tiada siapa yang tahu di mana, dan Najib tidak bercakap. Semua orang dapat memahami cerita ini - anda tidak perlu mempunyai MBA dalam kewangan antarabangsa. Kemudian New York Times melaporkan bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi. Apa punya nama!

Bagihak-hak asasi manusia dan demokrasi, tindakan keras Najib ke atas pembangkang telah dilaporkan secara meluas oleh media barat. 

Pemerhati Hak Asasi Manusia baru-baru ini mengeluarkan laporan 151 muka surat berhubung "suasana ketakutan" yang dicipta oleh Najib. Tak pernah sebelum ini - 151 muka surat! Kemudian ada kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru-baru ini menggesa pembebasan Anwar.

Obama adalah seorang peguam. Beliau sedar bahawa keterangan dan bukti adalah mencukupi dan Najib bukanlah manusia seperti yang difikirkannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Obama bukannya satu-satunya pemimpin dunia yang percaya dengan retorik pembaharuan Najib.

Tetapi apabila meletakkan semuanya bersama, dan dengan berita-berita tahun ini, ia mencapai tahap di mana Obama akhirnya mengiktiraf realiti mengenai Malaysia dan Najib.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
JOHN MALOTT adalah bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia.

Dakwa Najib ‘lembu tak guna’ - pegawai kanan disiasat

Posted: 23 Nov 2015 02:52 AM PST




Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanannya melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan' di hadapan duta-duta asing.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementerian akan meneliti perkara itu.

"Saya sudah berhubungan dengan Menteri (Datuk Seri Mustapa Mohamed)... Siasatan akan dijalankan. Ini tuduhan serius," katanya.

Sebelum ini, Datuk Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang memetik laman Facebook berkata kakitangan kanan kerajaan itu membuat kenyataan berkenaan pada satu majlis beberapa bulan lalu.

"Jika ini (terbukti) adalah benar, pegawai itu tidak membantu kerajaan, dia sedang memusnahkan kerajaan.

"Dia lakukan apa yang pembangkang lazimnya buat," katanya.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama pegawai itu sementara menunggu reaksinya berhubung dakwaan itu.

Menurut posting warga maya, pegawai kerajaan itu melemparkan tuduhan itu semasa majlis makan malam yang dihadiri oleh dua perwakilan asing, ketua pegawai eksekutif dan eksekutif tempatan.

"Katanya, kerajaan perlu dibubarkan dan MITI tidak peduli kerana mereka boleh beroperasi dengan sendiri tanpamenteri-menteri yang tidak berguna," petik posting itu.

Menurut warga maya yang dipercayai juga menghadiri majlis makan malam, berkata dirinya tidak pernah menjadi sebegitu malu.

Dalam posting yang sama, warga maya itu juga memuat naik gambar Najib bersama wanita yang dipercayai pegawai kanan kerajaan itu.

"Melihat gambar ini membuatkan saya tertanya-tanya jika beliau mempunyai keberanian untuk memberitahu PM Najib apa yang beliau luahkan?" soal warga maya itu.

- mkini

Hubungan DAP-PKR makin retak kerana Guan Eng angkuh Adam Abu Bakar

Posted: 23 Nov 2015 12:00 AM PST


Chong-Sin-WoonPKR kini juga telah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan di bawah pentadbiran DAP.

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menuduh lima wakil rakyat PKR 'bersama UMNO' menunjukkan berlaku retakan dan perpecahan dalam Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata ia ekoran PKR kini juga telah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negeri di bawah pentadbiran DAP itu.

"Kita nampak sangat retakan dan perpecahan dalam Pakatan Harapan selepas pergaduhan DAP dan Pas sekarang PKR juga menunjukkan tidak puas hati mereka," katanya di Parlimen pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sin Woon menjelaskan bahawa Guan Eng kini semakin angkuh dan langsung tidak boleh menerima sebarang komen dan kritikan.

"Sudah ada di depan mata kita bagaimana keangkuhan Lim Guan Eng dan menjadikan dia seorang yang tidak boleh menerima sebarang komen termasuk di Pulau Pinang," katanya lagi.

Sebelum ini, Angkatan Muda PKR Pulau Pinang mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran membuat tuduhan melulu terhadap lima wakil rakyat PKR berikutan isu usul tambakan laut.

Ia ekoran tindakan lima wakil PKR berkecuali dalam pengundian usul tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar.


FMT

Isu Telur Penyu - Bila Mahu Saman Ismail Sabri, Ejek Netizens.

Posted: 22 Nov 2015 11:15 PM PST

Pada 19 November lepas, Ismail Sabri mengeluarkan satu kenyataan seperti yang dipetik menerusi laporan portal Malaysiakini ;
Mengulas mengenai gambar-gambar itu, Ismail Sabri berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengedarkannya.

"Saya akan berhubung dengan peguam saya untuk meneliti dakwaan ini," katanya kepada Malaysiakini.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga bahkan beratus-ratus portal, blogger & netizens mengedarkan gambar Ismail Sabri yang dikaitkan dengan hidangan telur penyu. Bahkan dalam laporan yang sama, portal Malaysiakini turut menyebarkan gambar-gambar berkenaan.

Gambar-gambar berkenaan mula disebarkan susulan dari penyebaran dua kenyataan penafian menteri iaitu ;

1. Saya tidak makan hidangan telur penyu, saya makan ikan sahaja.

2. Saya makan ubat kalestrol. Saya tak boleh makan telur penyu.

Susulan dari penafian itu, 4 gambar disebarkan secara meluas dengan yang paling viral 
ialah ;


Dan apabila dizoomkan ;

 
Gambar-gambar ini pada asalnya dikeluarkan oleh Pusat Lapangan Danau Girang, sebuah kemudahan penyelidikan dan latihan di Sabah dan disebarkan secara meluas oleh mereka-mereka yang berang dengan penafian menteri, dengan alasan kononnya merasa tertipu apabila menteri menafikan memakan hidangan telur penyu tetapi kelihatan satu hidangan seperti telur yang telah dikupas dan telah dimakan (disentuh) sebahagiannya di hadapan menteri berkenaan.

Susulan dari penyebaran gambar2 berkenaan, aktivis alam sekitar mendesak menteri berkenaan disiasat dan dihukum berdasarkan kepada undang-undang Sabah.
Pengumpulan telur penyu dibenarkan hanya jika mempunyai lesen dan terhad di pantai timur Semenanjung, tetapi aktiviti itu diharamkan di Sabah di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.
Mereka yang bersalah mengumpul, menjual atau memakan telur penyu di Sabah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. 
Menteri yang dilaporkan akan menyaman pihak2 yang mengedarkan gambarnya dan mengaitkannya dengan hidangan telur penyu berkata akan mengambil tindakan undang2 namun setakat ini tiada perkembangan selanjutnya tentang hal berkenaan menjadikan menteri berkenaan diejek di laman sosial.