Sabtu, 21 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Isu Besan - Bukan Najib Dan Rosmah Yang Kena Jawab.. 'Bukan PM, Rosmah kena komen'

Posted: 21 Nov 2015 05:30 PM PST



Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pihaknya tidak bercadang membuat sebarang kenyataan balas terhadap Bella Belkin yang mendakwa besan perdana menteri, Maira Nazarbayeva menggunakan nama pemimpin negara untuk membuat ugutan.

Menurut Datuk Rizal Mansor, dakwaan Bella itu yang dilaporkan New York Post semalam hanya memetik maklumat daripada sebelah pihak sahaja.

Tambahan pula tuduhan itu, katanya, dibuat terhadap Maira dan bukannya Datuk Seri Najib atau Rosmah.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menunggu pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

"Kami tidak boleh beri respon apa-apa kerana kalau pihak yang dituduh itu adalah perdana menteri atau Rosmah, barulah saya boleh komen," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Maira didakwa cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia.

Tunggu peguam

Memetik dokumen Mahkamah Persekutuan Manhattan, New York Post melaporkan Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes bernilai AS$400,000 (RM1.7 juta) tanpa membuat bayaran sepatutnya.

Maira adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang juga adik kepada Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Dia dilaporkan memesan beg berkenaan daripada syarikat Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor - Bella - mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat itu dan keluarga sambil mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Rizal berkata, pihaknya sedang menunggu peguam Maira memberikan penjelasan berhubung laporan akhbar berkenaan.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini, keluarga Belladiancam Maira sekurang-kurangnya tiga kali sejak Jun tahun ini.

"Hasil ancaman Maira berulang kali ke atas Bella dan (suaminya) Edward Belkin, keluarga itu bimbangkan keselamatan mereka dan juga anak-anak mereka," petik dokumen itu

Anak Maira dan Bolat, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa pada Mac tahun lalu.

Selepas berpisah, Bolat menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai AS$20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

- mkini


Inilah Wajah Individu Bodoh,Penipu dan Mahu Jahanam Negara Kata Najib.....

Posted: 21 Nov 2015 05:00 PM PST



Simple logik .

Ia sama ada NAJIB RAZAK BERBOHONG atau MEREKA SEMUA INI BERBOHONG , anda agak mana satu jawapannya ?

Mereka ini majoritinya semua berjawatan besar dalam kerajaan Malaysia dan terkenal dari segi reputasi mereka dalam bidang masing-masing .



SETUJU TPPA KITA DALAM BAHAYA - Ismaily Bungsu F

Posted: 21 Nov 2015 04:15 PM PST

Ismaily Bungsu F
 
 



SETUJU TPPA KITA DALAM BAHAYA

TENTUNYA ramai kalangan kita tak tahu maksud di sebalik TPPA itu dan bijak pandai ramai yang membantah dan tampil menyuarakan tetapi tidak ramai yang memahami kenapa Obama mahu sangat Najib tandatangan dan bersetuju.

Sebaik saja Najib bersetuju nanti maka kita akan masuk ke sangkar yang di diami oleh singa2 yang jahat dan kesannya kita akan menjadi budak suruhan, ma
lah anak cucu cicit kita bakal menderita untuk selama2nya.

Perlu kita tahu bahawa Obama yang sejak kebelakangan ini sudah dua kali ke Malaysia dan Najib sendiri ketemunya di Amerika bermain golf kala Malaysia terima petaka banjir besar di Kelantan.

Obama sebenarnya dikelilingi oleh penasihat2 Zionis Amerika yang kuasai politik global dunia dan tentu saja apa yang bakal dilakukan seharusnya menguntungkan Amerika/yahudi dan ini sudah jelas.

Kita sudah tahu kesan zionis memainkan pertama politik Amerika makanya mereka berjaya menghancurkan politik Arab di Timur tengah, satu2 negara arab di sana mereka kerjakan dan raja Arab yang kuat juga sekarang menjadi budak suruhan Amerika.

Presiden Putin di Russia termasuk kepimpinan China tahu sangat permainan dan rancangan sulit "one world order" puak Zionis ini dan ini juga pernah di tulis oleh Paul Findley lewat bukunya yang berjodol THEY DARE TO SPEAK OUT. Paul merupakan sanet Amerika selama sekitar 20 tahun dibenci kutuk Yahudi dan banyak tahu rahsia Zionis dan semua terbongkar dalam buku yang mengandungi 500 halaman itu yang cukup laris dijual di Amerika.

Seperti saya katakan Russia tahu rancangan Zionis Amerika itu dan itu sebab sebaik saja SOROS dan Rotthchild masuk ke Russia akan mereka tangkap sebab mereka punya niat yang cukup membahayakan negara mereka.

Nah, kenapa Obama begitu baik dengan Najib selaku PM Malaysia? ini kita kena tahu sebab leher Najib sendiri dalam genggaman Obama dan sebaik saja dia menolak TPPA maka kemungkinan besar kasusnya terkait 1MDB dan Altantuya akan menjerat lehernya sendiri.

Sudahnya Najib dalam keadaan serba salah.

Bila dalam keadaan serba salah dan kesannya nanti Najib TERPAKSA bersetuju untuk tandatangan TPPA dan sebaiknya ditandatangan maka Malaysia akan menjadi budak suruhan dan negara kita akan menjadi pertahanan Amerika menentang kuasa besar China termasuk Russia dan kesannnya dari sini akan jelas kita bakal menjadi pertembungan yang cukup bahaya bila mana perang dunia ke-3 meletus.

Sekaligus sebelum itu CIA dan Mossad akan menimbulkan bermacam konflik untuk menghancurkan politik kita di Malaysia ini dan tidak hairan akan terjadi seperti di negara2 Timur tengah hancur musnah jadinya malah mungkin akan lebih teruk banding mereka di sana.

Sekarang ini mereka akan menggunakan segala macam termasuk teknologi untuk kuasai dan membeli maruah para pemimpin kita di Malaysia yang gilakan kekayaan duniawi dan hakikat sebenar tanpa kita tahu ialah dunia Islam dan ini terbukti bila mana negara Israel ditubuh dalam tahun 1948 dan ketika yahudi disembelih oleh orang2 Hiltler, sebelum Hilter menembak diri ia berkata ia tinggalkan sedikit bilangan Yahudi agar dunia tahu betapa jahatnya mereka itu.

Rasanya kita harus banyak membaca perancangan2 Yahudi ini dan musuhnya bukan saja Islam malah juga lain agama tetapi yang paling ditakutinya bila Islam dunia bersatu dan visi mereka akan gagal. Inilah hakikatnya!





ISMAILY BUNGSU
sabah
21/11/2015

Ustaz Miqdad Lapor Polis, Diserang Anak Pemimpin PAS

Posted: 21 Nov 2015 08:00 AM PST


Pemimpin Amanah Terengganu dakwa diserang anak pemimpin PAS

Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu.

Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria memberitahu The Malaysian Insider, bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.


Miqdad, anak saudara kepada isteri presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya, pemuda berkenaan datang untuk menyerangnya.

"Ketika itu saya tiada di rumah," kata Miqdad yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah Terengganu kepada The Malaysian Insider. Bapa kepada Miqdad, Zakaria Abdul Rahman menulis dalam laporan polisnya menceritakan seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila.

Nasih Ulwan, pemuda yang didakwa menyerang keluarga Ust Miqdad

"Saya memberitahu beliau anak saya tiada di rumah. Kemudian lelaki itu menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik' dan menyebabkan beberapa jiran saya lain turut terdengar jeritan itu," kata Zakaria dalam laporannya di Balai Polis Marang.

Laporan polis yang dibuat Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya. – Gambar The Malaysian Insider, 21 November, 2015.

"Selepas itu lelaki tersebut terus beredar dari rumah saya untuk mencari anak saya. Saya bimbang akan keselamatan saya dan ahli keluarga saya. Saya takut terjadi apa-apa di kemudian hari."

Dalam respon melalui Facebook, Miqdad bagaimanapun memaafkan pemuda berkenaan dan berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Ana harap apa yang berlaku kita selesai dengan cara yang baik. Ana maafkan Ustaz Muhammad Nasih Ulwan.

"Lepas ni cukuplah tunjuk akhlak yang tak baik. Minta jasa baik Ustaz Zakaria Dagang jaga elok-elok Nasih… Ana terpaksa Report Polis untuk jaga keselamatan mak ayah ana… maafkan ana," tulis Miqdad.

Akan tetapi Setiausaha Pemuda Amanah Terengganu Mohd Sufian Mat Ali memaklumkan, ancaman terhadap pimpinan di negeri itu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Sufian berkata, ketika laporan polis itu dibuat ayah Miqdad, iaitu sekitar jam 1.15 tengah hari tadi, sekali lagi kediaman pemimpin Amanah itu didatangi orang sama dan turut mengeluarkan ancaman yang sama.

Ancaman berunsur politik ini, katanya, turut diterima Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda pada Khamis, 19 November lalu dari individu yang sama.

"Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan kejadian yang berlaku ini kepada 2 pimpinan pemuda Amanah, seolah-olah dirancang pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan Amanah di Terengganu," katanya.

Pemuda Amanah Terengganu menasihatkan semua ahli agar berhati-hati dalam menerangkan agenda parti kepada masyarakat dan sekiranya mendapat ancaman keselamatan, hendaklah segera melaporkannya kepada pihak polis. – TMI.

ULASAN GB

Gejala samseng memang sudah berakar umbi dalam PAS sejak muktamar PAS yang lalu. Sebelum ini GB sudah ulas:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kemudian, kereta Mohd Hatta diserang dan dibakar, Dr.Dzulkefly Ahmad ditumbuk di waktu subuh hari.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

Kini dengan penubuhan AMANAH, lagi bertambah mereka yang sakit jiwa. GB mendapat tahu bahawa ada pemimpin PAS Terengganu mendakwa Nasih Ulwan itu berpenyakit mental (munkin itu sebagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan dan tindakan anak pemimpin PAS Terengganu itu).

Sebenarnya, jika benar dakwaan itu sudah ramai rupanya ahli PAS yang terkena penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH.

Buktinya, lihat saja di media-media sosial seperti facebook, whatsapps, twitter, instagram dan sebaagainya, perhatikan bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan "wala" dan istiqamah"... mereka tidak segan silu memparkan akhlak-akhlak keji dan buruk seperti mencaci-maki malah mencarut... 
 
Malah di blog GB ini, jika GB melulusterbitkan komen-komen mereka sudah pasti semua akan terperanjat besar meliaht akan kelakuan buruk mereka. Itu sebab mengapa untuk tidak mengaibkan mereka, banyak komen-komen sedemikian tidak dapat dilulusterbit...

Semakin hari semakin terdedah wajah PAS yang sebenar yang dikatakan menggunakan konsep kepimpinan melalui ulama. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... Berkali-kali sudah GB katakan.... PAS sedang menuju kehancurannya kerana tidak lagi berpegang kepada akhlak Islam... Islam sudah tinggal hanya pada nama partinya sahaja, sedangkan akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam...


Pertemuan dengan Jacel Kiram: Nurul Izzah sendirian FMT Reporters

Posted: 21 Nov 2015 07:30 AM PST


LatheefaHanya Latheefa Koya yang mempertahankan pertemuan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu dengan Jacel

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan sendirian selepas pertemuannya dengan waris kesultanan Sulu, Jacel Kiram, dikecam banyak pihak.

Meskipun dikritik hebat, kepimpinan tertinggi parti itu, tidak membuat sebarang kenyataan jelas mengenai pendiriannya.

Cuma, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli awal-awal lagi menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan yang kononnya diaturkan oleh oleh pihak berkuasa Filipina seperti didakwa oleh Nurul Izzah.

"Saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu, Saya tidak ada di sana. Saya bukannya suami dia," ujar Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, katanya dipetik daripada BNBBC.

Sokongan lantang kepada Nurul Izzah hanya datang dari Latheefa Koya yang mempertahankan pertemuaan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu dengan Jacel.

Menurut BNBBC, Latheefa melenting dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Nurul Izzah patut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pertemuannya yang dianggap menyinggung perasaan rakyat negara ini.

Selain dia, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dikatakan turut sama dengan pertemuan bersama Jacel tidak memberi kenyataannya berhubung perkara itu.


FMT

Anina desak TPPA dibentang di Parlimen FMT Reporters - VIDEO INSIDE

Posted: 21 Nov 2015 07:00 AM PST




anina-saadudin_tppa_600Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia, Najib sepatutnya menghormati ahli-ahli Parlimen di Malaysia dan membawa perkara tersebut ke Parlimen sebelum dipersetujui oleh negara.

KUALA LUMPUR: Kedaulatan Malaysia berada di tangan lebih 30 juta rakyatnya dan bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang.

Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin dalam satu temubual dengan FMT mendesak Najib supaya membawa dan membentangkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Parlimen.

"Perjanjian tersebut perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu dan dibincangkan oleh ahli-ahli Parlimen.
"Saya ingin menegaskan bahawa kedaulatan Malaysia terletak bukan di tangan perdana menteri tetapi di tangan lebih 30 juta rakyat Malaysia.

"Jadi sebagai ahli Parlimen yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia, beliau sepatutnya menghormati ahli-ahli Parlimen di Malaysia dan membawa perkara tersebut ke Parlimen sebelum dipersetujui oleh negara," katanya.


FMT

AMK dakwa BN sensasi gambar Nurul Izzah-Jacel FMT Reporters

Posted: 21 Nov 2015 06:15 AM PST


Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_nurul-izzah-jacel_600

AMK mendakwa penyebaran gambar foto itu sengaja dilakukan untuk mengalih isu sebenar yang mengecam hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar

PETALING JAYA: Pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan waris Sultan Sulu, Jacel Kiram telah diatur pihak ketiga.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan kunjungan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu hanya bertujuan untuk menemui beberapa pemimpin masyarakat yang menyatakan sokongan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada dalam penjara.

"Beliau berada di Filipina untuk bertemu dengan beberapa pimpinan masyarakat, yang mana ramai di antara mereka telah menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan secara tidak adil, satu tindakan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa-termasuklah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Working Group on Arbitrary Detention) yang membuat deklrasi bahawa Anwar mangsa penahanan arbitrary, " katanya menerusi satu kenyataan media.

Nik Nazmi juga menyampaikan kekecewaan apabila sekeping gambar yang menunjukkan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram telah disensasi sehingga menenggelamkan tujuan kunjungannya ke Manila.

Jelasnya, ia sengaja dibuat untuk mengalih isu yang sebenar.

"Barisan Nasional tidak seharusnya lari daripada perkara ini dan bagaikan sengaja hendak mengalihkan perhatian daripada deklarasi UN yang dinyatakan tadi," petik kenyataan itu.

Tegas Nik Nazmi lagi, PKR dan rakan-rakan pembangkang antara yang paling lantang untuk mengecam pencerobohan Lahad Datu dan mempersoal tindakan kerajaan yang dikatakan tidak berjaya menangani masalah itu dengan teratur dan baik.


FMT

Banjir kilat : Kerajaan Selangor tidak serius FMT Reporters

Posted: 21 Nov 2015 05:30 AM PST


noh-omar_azmin-ali_600

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri membidas Azmin kerana mengutamakan kecantikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan berbanding menyelesaikan masalah banjir kilat

PETALING JAYA: Ketidakprihatinan kerajaan negeri Selangor terhadap masalah rakyat dikatakan menjadi punca banjir kilat di negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa peruntukan yang besar telah digunakan untuk tujuan lain, bukannya mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar iaitu RM 9.7 juta hanya untuk 'mencantikkan' pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Jelas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, sepatutnya Azmin perlu menyimpan peruntukan tersebut dan digunakan pada perkara yang lebih penting.

"Sepatutnya duit itu perlu disimpan dulu bagi mengatasi masalah banjir, cari kenapa berlaku banjir kilat, puncanya di mana, ini yang perlu diselesaikan dulu, bukan pintu gerbang," katanya yang dipetik daripada portal BNBBC.

Tambahnya lagi, ia berbeza dengan pendekatan Kerajaan Pusat yang sanggup melabur RM6 juta bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Pelabuhan Klang.


FMT

Posted: 21 Nov 2015 04:45 AM PST

Peristiwa Kini's photo.·

Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO' OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO' MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan "Tuan duduk dululah nanti baru kita kira".

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi "Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong". Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, "Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON" yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota 

D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai "ekod of stake", Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan "statement". Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.


20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY


24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.




DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA o


leh MIOR FAHIM BIN )AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )


Di hadapan saya,


Pesuruhjaya Sumpah

MOHON BANTUAN KITA CLICK SHARE SEBARKAN!
Kini Mior Fahmi Bin Ahmad telah mati meningal dunia:

ISU NURUL DI MANILA ( fahami cerita sebenar!)

Posted: 21 Nov 2015 04:00 AM PST

Ismaily Bungsu F 
Ismaily Bungsu F's photo. SEBELUM ini memang banyak para pemimpin bergambar dengan Kiram termasuk keluarga2 Kiram dan juga wakil2 kiram, malah di surat kabar di luar negara konon dikatakan Najim berjanji mahu kasih tanah untuk tentera Sulu, sama ada benar atau tidak kena tanya Najib sendiri. 

Bila saja Nurul bergambar dengan Jacel Kiram dan tiba2 menjadi ISU panas dengan harapan isu2 lain soal skandal dalam negara terlupa dan barangkali perlu dijelaskan di sini.

Nurul memang berada di Manila pada 9 November 2015 atas jemputan the council on Philippine affairs & the Asian Institute for Democracy, Pejabat Dato Bandar Manila President Mayor Estrada dan Pejabat Timbalan Presiden Filipina HE Binay.

Penganjur di sana mengatur pertemuan dengan pelbagai kumpulan termasuk senarai calon di bawah tiket parti Timbalan Presiden Filipina, pihak media dan pimpinan masyarakat madani.

Mereka termasuklah:

Former Governor and Congressman of Batangas Hermilando Mandanas, Congress lady Regina Reyes, Congressman Silvestre Bello, Dean of Law Amading Valdez, Former member of the cabinet Secretary Romy Nery, aspiring candidate Princess Jacel Kiram and former Undersecretary of Justice Wencie Andanar and members of the staff of the Vice President of the Philippines and the Mayor of Manila.

Dalam pertemuan yang dianjur oleh mereka Nurul tekankan dokongan delegasi Nurul kepada inisiatif kerajaan Malaysia dalam memupuk keamanan beserta rundingan antara semua kumpulan di Selatan Thailand.

Nurul juga mengulangi dokongannya dalam mempertahan kedaulatan negeri Sabah sebagai negeri Dalam Persekutuan Malaysia.

Soal kedaulatan Sabah dalam Malaysia bagi Nurul tidak ada tolak ansur tetap akan dipertahankan dengan cara apapun dan itu merupakan perjuangannya dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

"Sebarang dakwaan sebaliknya adalah berniat jahat, tidak berasas dan liar. Cukuplah memfitnah kami sekeluarga dan separti" Kata Nurul dan diharapkan hal ini dapat dimengertikan.



ISMAILY BUNGSU
sabah

Apa motif cerita beg tangan Hermes? Shahbudin FMT Reporters

Posted: 21 Nov 2015 03:15 AM PST


shahbudin-bag

Shahbudin meragui tujuan sebenar berita yang disiarkan The New York Post

PETALING JAYA: Motif akhbar The New York Post menyiarkan laporan mengenai besan Perdana Menteri Menteri, Maira Nazarbayev yang enggan menjelaskan harga beg tangan berjenama mewah, Hermes, hampir serentak dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini menimbulkan tanda tanya.

Andaian itu cuba disingkap penulis blog yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.

Sambil tidak menolak ia disiarkan secara kebetulan, dia juga meragui kemungkinan laporan itu mempunyai maksud tersirat.

Apapun bagi Shahbudin, kesan laporan hutang membeli beg jenama mewah oleh Maira sehingga mencecah bil AS$400,000 terpaksa ditanggung Najib.

"Selain merancakkan perbualan rakyat dengan pelbagai andaian, teori dan analisa, ia tentu juga sedikit sebanyak mengganggu emosi Najib yang antara gembira untuk menyambut Obama dengan tertekan dek kemelut politik dalam negara yang dihadapinya serta persepsi antarabangsa tentang dirinya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta," katanya yang ditulis di shahbudindotcom.

Turut diketengahkan dalam entrinya, Shahbudin tidak menolak kemungkinan nama Najib telah digunakan untuk tujuan itu.
"Benarkah nama Najib dijaja dan dipergunakan oleh besannya?

"Berpengaruhkah nama Perdana Menteri kita di Amerika Syarikat atau ini merupakan "cara halus" besannya itu agar Najib tolong melangsaikan pembayarannya?" soalnya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Maira telah menggunakan status besannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan mengeluarkan kata-kata ugutan ketika diminta membayar hutang 12 beg yang dibelinya.

"Kamu kenal anak saya? Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga jika menyaman saya," katanya sebagaimana yang disiarkan The New York Post.

Ia diungkap apabila Presiden Samilor, Bella Belkin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan pengambilan beg tangan tanpa membuat bayaran itu berlaku sejak 2014 hingga 2015.

Dalam saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan, Amerika Syarikat, akhbar itu melaporkan, Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes bernilai kira-kira AS$400 ribu atau RM1.7 juta daripada daerah perniagaan Samilor tanpa membayarnya.


FMT

MINTA MENGERTI SEDIKIT

Posted: 21 Nov 2015 02:30 AM PST

Ismaily Bungsu F's photo.

KEKADANG rasanya lebih baik menggelengkan kepala dan lalu minta diri untuk nanti kembali memikir bagaimana caranya untuk maksud memberikan pendidikan kepada mereka yang terlupakan.

Memangnya jelas kalangan kita ini selalu saja lupa kenapa saja allah itu menurunkan ayat untuk kita beriqra dan ayat pertama itu diwahyukan dan tidak ayat2 lain dan kelihatannya orang terlupa atau sengaja tidak peduli.

Melihat keperluan pendidikan kita di mana-mana jelasnya semacam tidak diberikan perhatian keperluannya. ya mungkin saja yang di bandar kita lihat lengkap dan bisa menjadi contoh, tetapi bagaimana yang jauh dari pekan misalnya?

Kita laungkan betapa pendidikan itu penting tetapi kalau saja kita ke ulu2 atau tidak jauh dari pekan memang adalah disediakan komputer misalnya tetapi tenaga letrik tidak punya. ada pula tenaga letrik tetapi komputer tidak punya.

Librari yang siap dengan buku2 kelihatanya memang ada tetapi bahan2nya tidak cukup kecuali bahan2 yang hanya dikhaskan untuk buku teks biasa dan yang lain untuk ilmu keadaan masa kini kelihatanya tidak ada dan ini menyebabkan pemikiran2 anak-anak di luar bandar jauh ketinggalan.

Kemiskinan memang antara punca utama yang menyebabkan mereka demikian dan kekadang ada anak-anak hanya setakat lulus sekolah asas dan kemudian berhenti membantu ayah ibu di hutan/ladang untuk bercucuk tanam dan kalau adapun hanya lulus tingkatan satu dan segera meninggalkan sekolah kesan biayai yang tidak mengizinkan mereka.

Barangkali hal2 semacam ini harus diperhatikan dan harusnya yang berwajib lebih jauh melihat ke dalam masalah yang ada kini agar masa depan mereka terjamin sama seperti anak2 yang tinggal di kota.



ISMAILY BUNGSU
sabah

THEY DARE TO SPEAK OUT

Posted: 21 Nov 2015 01:45 AM PST

Ismaily Bungsu F's photo.

BUKAN mudah untuk kita bercakap benar dan bukan mudah untuk pertahankan sesuatu yang seharusnya, apa lagi yag Allah tentukan hukum2nya dan tentu saja banyak sangat cabaran yang ada di depan kita dan ada kalanya kita selalu gagal kesan cabaran2 itu.

Tidak mudah membina rumah di tepian pantai kala di pantai itu sendiri selalu saja ada ombak angin yang siap membadai disamping banyak sangat halangan2nya yang kekadang kita tersungkur atau lalai.

Seorang senat Amerika bernama Paul Findley telah duduki kerusi sanet sekitar 20 tahun dan dia banyak sangat tahu tentang visi dan perjuangan israel sebenarnya an akhirnya kesan badai ia tersingkir.

Dia terlibat dalam kempen di Timur Tengah hingga dia dianggap sebagai orang jahat buat Israel dan lalu dikutuk keji di Amerika terutama golongan Yahudi dan akhirnya dia menulis sebuah buku berjodol THEY DARE TO SPEAK OUT yang punya 504 muka cukup mengulas tentang kejahatan Israel itu sendiri.

Buku karya beliau itu cukup laris di Amerika dan cukup memberikan banyak sangat ilmu untuk kita bercakap tentang Amerika dan Israel itu sendiri. Harusnya kita baca jika kepingi berhujah soal yang dimaksudkan agar tidak nampak kosong otak kosong zero ilmu.

Dan bercakap benar ini bukan semudah yang kita sangka dan kena siap sedia menghadapi segala macam risiko dan di Malaysia ada dua akta yang menjerat kita sendiri meski bercakap benar iaitu AKTA HASUTAN dan AKTA RAHSIA RASMI dan akta POTA juga terkait.

Kesan berani maka demikianlah yang terjadi terhadap Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Fikir2kanlah!

ISMAILY BUNGSU
sabah

Posted: 21 Nov 2015 01:15 AM PST

Chuleed Yusri Yk's photo.Sekutu yg didewa2kan oleh regime najib...dan penjilat2 UMNO/BN xda hak nk bercerita psl kesedihan penduduk2 Palestine sbb anda semua sama bersekongkol menyokong keganasan ..

KISAH CINTA UMNO -PAS

Posted: 21 Nov 2015 12:48 AM PST

Zar Ali's photo.
WALAUN TENTU SERONOK KAN3X

AKU AMIK DARI KAWAN.....BUKAN AKU YANG TULIS....!!!


Kisah hubungan sulit percintaan PAS dgn UMNO.


Rupa-rupanya ngurat-mengurat antara PAS dgn UMNO sudah lama berlaku sejak TGNA masih ada,cuma secara sulit dan sembunyi. 

Kadang2 main ketuk2 botol mcm cerita P. Ramlee bujang lapok...


Oleh sebab ayahanda tua yang garang dan tegas masih ada,maka dara dan teruna ini ( PAS n UMNO) tak beranilah nk menjalinkan hubungan mesra apatah lagi nk berpantun seloka atau nak bertandang dan berjumpa di taman bunga.....

Tapi sekarang ini mereka lebih berani sebab ayahanda tua yang garang dan tegas itu sudah tiada.....
Maka UMNO dan PAS pun berpantun berseloka......

Umno:

Kalau padi katakan padi,
Tidak kami tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak kami ternanti-nanti.


PAS:

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa kami serahkan.


Umno:

Siput pahit dimasak cuka,
Siput mentarang tepi perigi,
Dalam sulit kita berjumpa,
Takkan sekarang tak berani lagi ?


PAS:

Nasi lemak buah bidara,
Batang selasih kami lurutkan,
Buang kawan buang saudara,
Kerana Mu Umno kami turutkan.


UMNO:

Naik bahtera ke Tanjung Sepat,
Pasang lukah ikan tenggiri,
Dalam gua menumbuk lada.
Datang segera istiharlah cepat,
Kita nikah tak lama lagi,
Penghalang tua sudah tiada.


PAS:

Cempedak tidak nangka pun tidak,
Buah langsat dari seberang,
Makan tidak tidur pun tidak,
Duduk teringat Umno seorang.


Kalau tidak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali,
Jika tidak kerana tuan,
Tidaklah kami jadi begini.

(Umno dan PAS serentak)

Apa tunggu lagi......kahkahkah

AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO

Posted: 21 Nov 2015 12:00 AM PST

Perak Today
Perak Today's photo. 1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak "menyerang" Dato' Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya "menyerang" Dato' Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato' Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato' Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap "serangan" saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.


Tun Mahathir