Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Sultan mesti bersuara mengenai Jakim, kata pakar undang-undang OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 20 Nov 2015 11:15 PM PST

 
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mengatakan hal agama merupakan pewajaran monarki di bawah Perlembagaan, justeru Sultan tidak boleh mendiamkan diri mengenai debat sama ada Jakim adalah relevan atau tidak.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mengatakan hal agama merupakan pewajaran monarki di bawah Perlembagaan, justeru Sultan tidak boleh mendiamkan diri mengenai debat sama ada Jakim adalah relevan atau tidak.

Sebagai ketua agama, Sultan tidak boleh berdiam diri tentang perdebatan sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) relevan atau tidak, kata pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) itu mempertahankan pendiriannya yang Jakim, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, adalah tidak mengikut Perlembagaan atas alasan kuasa mengenai agama Islam terletak pada raja-raja negeri, dan bukan Putrajaya.

Menurut Aziz, kerana ketua pengarah Jakim percaya itu tidak benar, maka raja-raja mesti menyatakan pendirian mereka mengenai perkara itu, sama seperti mereka lakukan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Oktober lalu.

"Perkara 3 (2) yang meletakkan Majlis Raja-raja Melayu sebagai pihak berkuasa kebangsaan (Islam), di mana Agong perlu patuh kepada perkara itu mengenai Islam di peringkat Persekutuan.

"Sebab itu raja-raja tidak boleh berdiam diri, terutamanya selepas mereka bercakap tentang 1MDB. Preseden sudah ditetapkan. Tambahan pula, agama adalah pewajaran monarki di bawah Perlembagaan," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Kabinet juga perlu mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyelar Jakim sambil berkata jabatan itu cuba memaksa versi Islam mereka ke atas orang lain.

Dr Mahathir berkata, pihak berkuasa agama tidak mahu berfikir apabila ia menyentuh soal keagamaan.

"Dr Mahathir sendiri yang menjenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai bahagian hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri ketika pemerintahan Tunku," kata Aziz, merujuk kepada perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

"Dan Dr Mahathir menggunakan Jakim untuk dijadikan mesin propaganda, bukannya menguruskan program Islam."

Perdebatan mengenai kerelevanan Jakim bermula apabila Tawfik Ismail, anak kepada timbalan perdana menteri Malaysia kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mengatakan agensi itu perlu dimansuhkan kerana umat Islam Malaysia tidak memerlukan kerajaan untuk menentukan bagaimana mengamalkan kepercayaan mereka.

Tambahnya, tugas Jakim bertindih dengan kementerian lain yang sudah pun menjalankan beberapa fungsi-fungsinya.

Sebagai respons, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim menjadi lebih relevan hari ini kerana ia terlibat dalam urusan menentang Syiah dan "Islam liberal", termasuk ancaman daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – 21 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Wajar orang Islam curigai YaPEIM Nazuri

Posted: 20 Nov 2015 10:30 PM PST


melayu

Maklumat perbelanjaan YaPEIM dipercayai dibocorkan 'orang dalam' yang mahu ia didedahkan dan wajar umat Islam merasa bimbang dan curiga.


Tidak dinafikan pendedahan berkaitan pembaziran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang dibuat oleh Pengarah National Oversight and Whistleblower (NOW), Akmal Nasir menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam terutama mereka yang menyumbang setiap bulan untuk amal jariah bimbang wang yang disedekahkan menerusi potongan gaji disalah guna untuk tujuan lain yang tersasar tujuan asal yayasan itu.

Lebih menakutkan penyumbang yang berjumlah lebih 500,000 orang jika wang yang disedekahkan untuk anak yatim dan miskin diguna untuk membayar tiket penerbangan menteri dan isteri atau untuk bayar main golf.

Biarpun YaPEIM menegaskan wang yang digunakan untuk membiayai program dan perbelanjaan di luar negara adalah hasil keuntungan aktiviti perniagaaan yayasan itu.

Namun, penjelasan itu tidak mampu kembalikan sepenuhnya keyakinan umat Islam kepada YaPEIM yang telah tercalar selepas pendedahan itu.

Perlu diingatkan, YaPEIM bukan institusi yang berteraskan keuntungan tetapi berkonsepkan amal jariah dan sumbangan.

Apapun penjelasan yang diberikan YaPEIM, persoalannya ialah mengapa perlu YaPEIM berbelanja besar untuk program-program di luar negara yang hanya memberi manfaat kepada sekumpulan kecil orang.

Sebagai contoh, YaPEIM dan agensi-agensi dibawahnya dikatakan membelanjakan lebih RM200,000 untuk program dakwah di beberapa tempat di Australia yang hanya dihadiri antara 60-70 pelajar Malaysia.

Jumlah perbelanjaan itu termasuk kos tiket kapal terbang kelas perniagaan kepada individu tertentu.

Bukankah ini satu pembaziran? Jumlah RM200,000 bagi pengurusan tertinggi YaPEIM mungkin kecil tapi bagi rakyat kebanyakkan ia jumlah sangat besar.

Jika wang itu digunakan untuk program lain seperti Program Perkasa Komuniti YaPEIM lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Itu belum lagi dikira pembaziran hampir RM1 juta setahun untuk membayar elaun seorang pemimpin Wanita UMNO Kelantan, suami dan anaknya yang memegang jawatan penting dalam YaPEIM.

Jadi, jangan salahkan orang Islam jika mula curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan YaPEIM selepas pendedahan itu.

Benar, pendedahan NOW itu bukan tepat 100 % tetapi tindakan orang dalam membocorkan maklumat perbelanjaan itu maka wajar orang Islam bimbang dengan pengurusan YaPEIM.

Selain di Australia, NOW juga mendedahkan YaPEIM membelanjakan lebih RM500,000 untuk program di Amerika Syarikat dan hamper RM300,000 untuk kursus kahwin kepada pelajar di Paris.

YaPEIM mungkin tidak menyeleweng seperti kata timbalan menteri tetapi kewajaran program-program itu diadakan di luar negara yang patut dipersoalkan kerana membazir.

Perbelanjaan itu juga bertentangan dengan 'amalan berjimat cermat' yang menjadi antara nilai-nilai yang diutamakan dalam budaya korporat YaPEIM.

Sebagai institusi yang memartabatkan Islam, pendedahan perbelanjaan YaPEIM itu amat mengecewakan masyarakat Islam di negara ini.


FMT

Ketua PENGANAS dunia diberi penghormatan, siap karpet merah bagai.

Posted: 20 Nov 2015 09:45 PM PST

Minyak Bezen's photo. Dunia akhir zaman, org jahat dihormati. Ulamak dikeji dan dibunuh.

Jawaplah kamu di sana nanti wahai pemimpin amno, pengundi amno, penyokong amno.

Setiap titisan darah saudara islam yg dibunuh akan menjadi saksi atas pilihan tangan kamu yg mengangkat pemimpin yg bersekongkol dgn musuh islam.

Obama ikrar timbulkan isu ketelusan dengan Najib

Posted: 20 Nov 2015 09:00 PM PST


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji untuk membangkitkan isu ketelusan dalam tadbir urus dalam perbincangannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya akan lakukannya. Saya perlu akui saya akan melakukannya juga tetapi sekarang saya sedang mendengar daripada anda, saya pasti akan lakukannya," kata Obama pada sesi perbincangan di Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Kolej Taylors di Subang Jaya, hari ini,

Kira-kira 500 peserta menghadiri acara tersebut.

"Amerika Syarikat perlu sedikit berhati-hati kerana kita adalah sebuah negara besar dengan banyak pengaruh dan ada pula yang mengatakan mereka tidak mahu kita campur tangan dalam urusan dalaman negara mereka," katanya ketika menjawab satu soalan daripada felo YSEALI.

Obama diminta mendesak Najib supaya lebih telus dengan institusi-institusi negara ini, khususnya berkaitan dengan SPRM, Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam siasatan ke atas firma pelaburan negara 1MDB yang Najib turut terpalit.

Peserta juga mahukan Obama menangani isu "sistem keadilan Malaysia yang gagal" dan menimbulkan isu kekangan kebebasan bersuara dalam pertemuannya dengan Najib.

"Negara menjadi terbaik apabila rakyat mempunyai suara yang dihormati, di mana akhbar boleh melaporkan kepada apa yang berlaku dan apabila rakyat boleh berhimpun secara aman," kata Obama.

Barack Obama Terkedu Dengan Soalan Anak Muda Malaysia?

Posted: 20 Nov 2015 08:15 PM PST


Pemimpin muda negara teruja dengan peluang untuk mengajukan soalan berkaitan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada satu sesi 'town hall' petang ini, termasuk meminta pandangan beliau apa yang akan dilakukannya jika terpalit dengan skandal kewangan besar-besaran seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ramai juga ingin bertanya motif Obama mendesak Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), khususnya hendak mengetahui mengapa rundingan itu dibuat dalam keadaan penuh kerahsiaan.

Jayanthi Palani, 23, berkata beliau berharap untuk bertanya soalan mengenai 1MDB dan mendengar pandangan Barack Obama mengenai rombakan Kabinet Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan beliau memecat timbalannya.

Beliau bagaimanapun menjangkakan, sekiranya berpeluang mengemukakan soalan itu, beliau yakin Obama akan memberikan jawapan 'politically correct' (betul daripada segi politik).
"Saya cuma bimbang beliau akan kata beliau tak boleh cakap mengenai perkara itu kerana ia sedang dalam siasatan.

"Itu yang beliau katakan apabila ditanya mengenai pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi town hall terakhir sebelum ini.

"Tetapi saya ingin mendengar pandangannya tentang Malaysia berada di tengah-tengah skandal kewangan 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri," kata Jayanthi.

Katanya, rakannya turut mendesaknya bertanya soalan berkaitan begitu, yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

Peguam Melissa Sasidaran ingin bertanya mengenai wang RM2.6 bilion itu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, petang ini.

Peguam Melissa Sasidaran, yang baru pulang dari bertugas selama 6 minggu di Washington DC sebagai felow profesional di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) juga ingin bertanya mengenai wang RM2.6 bilion itu.
"Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau akan lakukan jika berada di dalam tempat Najib dan terlibat dalam skandal 1MDB," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada satu sesi YSEALI malam tadi.

500 peserta di bawah YSEALI dari 10 negara Asean berkumpul di Kuala Lumpur untuk sidang kemuncak tiga hari itu, dengan kemuncak acaranya ialah pertemuan dengan Barack Obama petang ini.

Sidang kemuncak yang berakhir pada Ahad itu, membincangkan cabaran dihadapi di Asia Tenggara dan bagaimana anak muda boleh melakukan usaha merentasi sempadan untuk mencari penyelesaiannya.

Sementara itu, pelajar kejuruteraan Bernard Goh, 19, berhasrat menanyakan soalan ini kepada Obama: "Jika seseorang mahu menderma kepada Najib, apa proses yang sepatutnya diambil?"

Katanya, walaupun menjadi amalan biasa di AS di mana syarikat memberi sumbangan kepada calon politik, kegiatan itu menjejaskan demokrasi.

"Di Malaysia, mereka kata GLC (syarikat berkaitan kerajaan) boleh menderma kepada ahli politik tetapi apabila seseorang memberi sumbangan wang dalam jumlah yang besar, akan ada kemungkinan perubahan dari sudut dasar untuk berpihak kepada syarikat berkenaan.

"Kita mahu memastikan satu keadaan di mana ahli politik berkhidmat kepada rakyat dan bukan pada syarikat," katanya kepada The Malaysian Insider.

Goh juga mahu bertanya kepada presiden itu mengenai etika dalam merangka TPP dalam keadaan rahsia dan bahagian mana dalam rundingan itu ditandatangani secara "bawah meja" yang masyarakat umum tidak tahu.

"Soalan saya ialah mengapa ia tidak didrafkan secara umum dan apa yang pihak berkuasa Amerika dan Malaysia persetujui secara 'bawah meja'?

"Dan apa akibat jangka panjangnya? Kita tahu penjagaan kesihatan mungkin tertakluk kepada eksploitasi, dan setakat ini, tidak ada jaminan perkara itu tidak akan berlaku," katanya.

Pensyarah Lyana Khairuddin, 32, juga mahu tahu mengapa urus niaga TPP kurang telus sepanjang 5 tahun proses rundingannya, dan mengapa jumlah pihak berkepentingan yang dibawa berbincang dihadkan, terutama berkaitan ubat dan perlindungan paten.
"Kita asyik dengar harga ubat akan naik, bukan sekelip mata tetapi dalam 5 hingga 10 tahun, kerana ubat baharu akan memasuki pasaran dan paten mereka dilindungi bagi tempoh lebih lama.

"Barack Obama bercakap mengenai demokrasi dan membabitkan rakyat, tetapi ia tidak berlaku dalam urus niaga perdagangan ini, ia tidak kelihatan seperti rundingan demokrasi langsung," katanya mengenai TPP.

Pengkritik urus niaga 12 negara itu mendakwa ia akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang negatif dan ada implikasi terhadap kedaulatan negara.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nursyahirah Khanum, 20, mahu bertanya kepada Obama apa yang sedang presiden itu lakukan untuk mengurangkan Islamofobia di kalangan rakyat Amerika.

Katanya, meskipun beliau tahu masyarakat Malaysia mungkin mahu pemimpin muda bertanya lebih banyak soalan membabitkan isu semasa dalam negara, pelajar jurusan Bahasa Inggeris itu berpendapat tidak ada kebaikannya bertanya kepada presiden AS dan minta komennya mengenai politik dalaman negara serta isu rasuah.

"Saya rasa tiada gunanya minta Barack Obama komen mengenai apa yang berlaku dalam negara.

"Ini adalah persidangan Asia Tenggara mengenai isu serantau, masalah kita adalah perkara dalaman, dan ia berpunca daripada Kabinet sendiri," katanya.

 

ADDIN

Paris buat kursus kahwin jimat kos? Naik sampan pergi?

Posted: 20 Nov 2015 07:30 PM PST


Paris buat kursus kahwin jimat kos? Naik sampan pergi? Mata duit France murah dari RM? Ataupun sana banyak orang miskin dari orang Malaysia? Puikkkk.... Nak kencing pun agak2 lah..
.
 
Alasannya, pelajar Islam di luar negara tidak perlu berbelanja lebih untuk pulang ke Malaysia menghadiri kursus itu.
 
 
malaysiakini.com

Bantahan TPPA sambut Obama Khairil Ashraf

Posted: 20 Nov 2015 07:00 PM PST


bantah_obama_600

Malaysia seharusnya tidak berkrompomi dengan menandatangani perjanjian TPPA itu kerana ia akan menunjukkan negara ini menjadi lemah

KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Baracak Obama ke Malaysia disambut dengan bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Lebih 20 orang yang terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan bantahan itu di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.

Mereka turut membawa plakad yang bertulis 'war disney' dan 'killer'.

Empat orang daripada wakil kumpulan yang datang untuk membuat bantahan itu meletakkan memorandum berkenaan di luar bangunan kedutaan.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Malaysia seharusnya tidak berkrompomi dengan menandatangani perjanjian TPPA itu kerana ia akan menunjukkan negara ini menjadi lemah.

"Malaysia ada maruahnya. Apabila perjanjian TPPA ini ditandatangani, ia akan menunjukkan kita lemah. Ia akan memalukan, menghina dan menghakis kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat.

Badrul Hisham yang dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, sebab utama memorandum itu tidak diserahkan kepada wakil kedutaan berkenaan secara formal adalah ekoran mereka tidak mahu menghormati negara kuasa besar itu.

Dalam pada itu Setiausaha Agung PSM, A. Sivarajan mendakwa, kehadiran Obama pada Sidang Kemuncak ASEAN itu adalah untuk memujuk Malaysia supaya menandatangani TPPA.

"Itu sahaja tujuan dia datang ke sini. Ini kali kedua Obama datang ke Malaysia dan ia menunjukkan betapa terdesaknya untuk menjamin kepentingan korporat besar AS di rantau Asia Pasifik," jelasnya.

Bantahan tersebut turut akan diadakan esok jam 2 petang yang akan bermula dari Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan berakhir di Jalan Ampang.


FMT

Kursus kahwin di luar negara lebih jimatkan kos – JAWI Faiz Zainudin

Posted: 20 Nov 2015 06:30 PM PST


jawi

Usaha YaPEIM itu dapat membantu pelajar daripada membuat perbelanjaan besar untuk pulang ke Malaysia bagi mengikuti kursus kahwin.

BANGI: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempertahankan Tindakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menganjurkan program pra-perkahwinan di luar negara kerana ia lebih menjimatkan kos.


Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam urusan perkahwinan, usaha YaPEIM itu dapat membantu pelajar daripada membuat perbelanjaan besar untuk pulang ke Malaysia bagi mengikuti kursus kahwin.

"Jadi dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus kahwin.

"Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar. Bila balik ke negara kita, mereka tak perlu lagi menghadiri kursus," katanya semasa sidang media sempena Majlis Mahabbah Alumni JAKIM pada Jumaat.

Mengulas lanjut, dia berkata, pasangan yang ingin berkahwin wajib menghadiri kursus sebelum mendirikan rumah tangga.

"Pasangan yang bakal berkahwin mereka wajib menghadiri kursus pra perkawinan, apabila dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 pelajar penceramahnya dua hingga tiga orang pergi, perbelanjaan memang sedikit," katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab dakwaan National Oversight and Whistleblowers (NOW) kononnya YaPEIM telah menggunakan RM290,000 untuk membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskim (PEMANGKIN).


FMT

Umat Islam dipaksa ikut agama versi JAKIM - Adam Abu Bakar

Posted: 20 Nov 2015 06:00 PM PST


mahathir,jakim

Umat Islam di negara ini seharusnya mengikut ajaran Islam seperti yang tertulis di dalam kitab suci al-Quran.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini seolah-olah dipaksa untuk mengikuti ajaran Islam versi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Negarawan terulung itu sebaliknya menegaskan, umat Islam sepatutnya mengikut ajaran Islam sebenar seperti yang tertulis di dalam al-Quran.

"JAKIM seolah-olah memaksa semua pihak mengikut ajaran Islam versi JAKIM," katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku hasil tulisan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menjelaskan Islam bukan agama yang memaksa penganutnya untuk menuruti dengan segala perintah dengan cara paksaan.

"Al-Quran ada menyatakan bahawa tiada paksaan di dalam Islam," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Tawfik Ismail, anak sulung kepada bekas Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman menggesa agar jabatan itu dimansuhkan.

Menurutnya, JAKIM telah dicipta pada zaman Dr Mahathir dan ia seolah-olah bertugas tanpa tujuan selain campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia.

Bagi Tawfik, Yang di-Pertuan Agong, Sultan, imam (ulama) boleh menggantikan dan mampu menggalas tugas JAKIM.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki mempertahankan JAKIM kerana jabatan itu penting bagi menghadapi ancaman yang mahu mengugat kedudukan Islam.


FMT

Obama datang Malaysia untuk desak Najib Adam Abu Bakar

Posted: 20 Nov 2015 05:30 PM PST


mahathir_tppa_obama_600

Dr Mahathir Mohamad yakin kedatangan Obama bagi mendesak Perdana Menteri menandatangani TTPA.

KUALA LUMPUR: Kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hanya mempunyai satu tujuan iaitu mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangami Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA).

Perkara itu ditegaskan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak fikir dia (Obama) akan mengubah atau mahukan apa-apa dari dia (Najib Razak).

"Pada Barack Obama adalah mahu Najib menandatangani TPPA," ujarnya dalam sidang media selepas melancarkan buku hasil tulisan Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat.

Obama berada di Malaysia selama tiga bermula 20 November hingga 22 November bagi menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Ketibaan Obama itu bagaimanapun disambut dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang tidak setuju mengenai perjanjian yang dianggap merugikan negara.

TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, Amerika Syarikat. Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016.

Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.


FMT.

Muhyiddin, Shafie dipecat 27 November? Khairil Ashraf

Posted: 20 Nov 2015 05:00 PM PST


Shahbudin-Husin-Muhyiddin-Yassin-Shafie-Apdal

Perubahan tarikh itu menimbulkan tanda tanya tentang nasib Muhyiddin dan Shafie

PETALING JAYA : Desas desus yang menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO diawalkan pada 24 November dari tarikh asalnya iaitu pada 27 November menimbulkan tanda tanya.


Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, sekiranya benar tarikh mesyuarat itu diawalkan pada 24 November ia membawa nasib buruk kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal.

Walaubagaimanapun, katanya sekiranya mesyuarat tersebut kekal pada 27 November, adakah ia merupakan petanda baik bahawa mereka akan terlepas daripada sebarang hukuman.

"Muhyiddin difahamkan akan kembali ke tanahair pada 25 November manakala Shafie yang menunaikan umrah juga dijangka akan pulang sehari dua sebelum jadual asal mesyuarat MT pada 27 November itu.

"Persoalannya, apakah Muhyiddin dan Shafie akan dipecat dalam mesyuarat MT UMNO kali ini," soalnya dalam entri terbaru di shahbudindotcom.blogspot.my.

Shahbudin menambah, mesyuarat MT UMNO kali ini akan lebih menjadi perhatian kerana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember depan.

Katanya, ini kerana sebarang tindakan sama ada pemecatan atau penggantungan keahlian khususnya kepada Muhyiddin akan dilihat sebagai percubaan secara 'terang lagi bersuluh' untuk menghalangnya daripada merasmikan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang dijadual pada 8 Disember.

Namun demikian, katanya sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa isu pemecatan Muhyiddin daripada parti itu hanya khabar angin boleh dipercayai dan diterima pakai, bermakna kedudukan Muhyiddin tidak akan tergugat.

"Jika peranan Muhyiddin mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti tidak juga dikembalikan sebelum mesyuarat MT akan datang ini atau memang benar tarikh mesyuarat dipercepatkan kepada 24 November, maka kemungkinan besarnya ialah Muhyiddin bakal dipecat atau digantung keahlian UMNOnya.

"Begitu juga dengan Shafie dan lain-lain yang termasuk dalam Kumpulan tujuh itu, mereka juga akan menerima nasib yang tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin," jelasnya.


FMT

PKR PEJUANG SABAHAN

Posted: 20 Nov 2015 04:30 PM PST


Nurliyana Abdullah's photo.

DALAM keadaan rakyat sengsara dan menderita PKR bawah pimpinan DSP Lajim terus bersuara sebagai lidah rakyat dan baru juga mereka bersama pemimpin2 lain termasuk YB Terrence siap di pintu masuk Dewan Undangan Negeri sebagai bantahan bermacam kebangsatan perbuatan BN/UMNO.

Antaranya yang kesan susahnya rakyat akibat GST dan kemudian secara tak langsung dikaitkan juga kasus tanah yang dirampas oleh kerajaan hingga ramai rakyat yang mendiami tanah adat dihalau dan diberikan kepada orang lain atau syarikat besar luar negeri.

Tahniah PKR dan tahniah DSP Lajim Haji Ukin yang memperjuangkan hak rakyat.



NURLIYANA ABDULLAH

Saya berikrar pertahankan kedaulatan Sabah – Nurul Izzah Faiz Zainudin

Posted: 20 Nov 2015 04:00 PM PST


Nurul

Terdapat pihak yang sengaja membuat tuduhan liar dengan mengaitkan gambar tersebut kononnya dia menyokong percerobohan Sultan Sulu di Sabah.

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar tampil memberi penjelasan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan dia bersama Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram.

Dia mengaku berjumpa dengan Puteri Sultan Sulu, tetapi turut disertai delegasi PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentigan di Filipina pada 9 November lalu termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Mengulas lanjut, Naib Presiden PKR itu berkata, terdapat pihak yang sengaja membuat tuduhan liar dengan mengaitkan gambar tersebut kononnya dia bersekongkol dengan bapa Jacel yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu yang mempunyai kedaulatan di tanah Sabah.

Malah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bertegas, dia berikrar menyokong mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

"Saya ingin tegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Apa-apa cadangan sebaliknya adalah tuduhan liar semata-mata yang tidak berasas dan berniat jahat," katanya dalam kenyataan media.

Katanya, dia juga telah diraikan dalam satu majlis anjuran Majlis Hal Ehwal Filipina dan Asian Institute for Democracy, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

"Mereka yang menentukan senarai pemimpin yang kami temui," katanya.

Katanya, selain Jacel Kiram yang menghadiri majlis tersebut turut hadir ialah Bekas Gabenor dan Ahli Kongres Batangas, Hermilando Mandanas, Ahli Kongres, Regina Reyes dan Silvestre Bello, Dekan Undang-undang, Amading Valdez, bekas ahli kabinet Romy Nery dan bekas Setiausaha Kehakiman, Wencie Andanar serta kakitangan Naib Presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.

Terdahulu, Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan mendesak Izzah supaya memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran tindakannya yang didakwa menyokong pencerobohan Sultan Sulu di Sabah dua tahun lalu apabila memuat naik gambar bersama Puteri Sultan Sulu.


FMT

NOW: YaPEIM belanja lebih RM200, 000 di Australia Tarrence Tan

Posted: 20 Nov 2015 08:15 AM PST


akmal-nasir

NOW mempersoalkan kewajaran YaPEIM membelanjakan sejumlah besar wang yang hanya memberi manfaat kepada sekumpulan kecil.

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) didakwa telah membelanjakan sebanyak RM218,505 bagi mengadakan forum berbentuk dakwah di beberapa tempat di Australia.

Bercakap dalam satu sidang media, Pengarah National Oversight and Whistle Blower (NOW), Akmal Nasir mempersoalkan perbelanjaan itu dan rasionalnya menghabiskan sejumlah wang yang besar di luar negara.
"Apakah rasionalnya YaPEIM menganjurkan program-program yang menggunakan belanja besar di luar negara dengan hanya menguntungkan sebilangan orang sahaja," katanya.

Akmal maklumat mengenai perbelanjaan itu diperoleh dari invois yang didakwa telah dihantar oleh individu tanpa nama ke NOW.

Forum bertajuk "Menggalakkan Nilai-nilai Islam dalam Kebudayaan dan Agama: Masa Depan dan Cabaran" dikatakan diadakan di Brisbane, Melbourne dan Sydney pada 16 hingga 26 April tahun lepas.
Forum itu telah dihadiri 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Berdasarkan invois berkenaan, perbelanjaan bagi mengadakan forum itu telah dibiayai agensi di bawah YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Kanak-kanak Miskin (Pemangkin), Institut Penyelidikan dan Perundingan (Input YaPEIM) dan Ar Rahnu.

Akmal turut mendedahkan belanja terbesar adalah YaPEIM itu sendiri sebanyak RM106,840 dan Pemangkin sebanyak RM73,800.

Invois itu juga, katanya, menunjukkan perbelanjaan bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Sydney berjumlah RM70,000 telah ditanggung oleh YaPEIM sebanyak RM56,000 manakala Input pula sebanyak RM14,000.

"YaPEIM berasaskan sumbangan amal jariah bukan entiti perniagaan berasaskan keuntungan," tegasnya.

Akmal turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa tujuan dia mendedahkan perkara itu kerana tanggungjawab terhadap wang yang didermakan kepada yayasan itu.

"Saya hanya pemberi maklumat dan isu-isu yang dibangkitkan adalah untuk kepentingan awam kerana lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia menderma kepada YaPEIM setiap bulan.

"Ini adalah mengenai keadilan untuk orang-orang yang mendermakan wang mereka kepada YaPEIM," katanya.

YaPEIM sebelum ini menuduh Akmal telah memutar belit maklumat yang diperoleh daripada dokumen yang dicuri dengan tujuan mahu mencemarkan reputasi yayasan itu.

Menurut Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, langkah yang dilakukan oleh Akmal itu telah menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang pertumbuhan perniagaan yang dihasilkan oleh YaPEIM yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam

Jamil Khir pula telah memfailkan saman terhadap Akmal pada Khamis kerana memfitnah dan cuba menjatuhkan reputasinya sebagai menteri.


FMT

Najib rai pemimpin ASEAN dengan lagu P Ramlee FMT Reporters

Posted: 20 Nov 2015 07:30 AM PST


norliza_najib_600

Lagu-lagu P Ramlee yang dipilih oleh Najib itu mempunyai sentuhan peribadi dan keistimewaan tersendiri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih kompilasi lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk dijadikan halwa telinga pada Majlis Makan Malam Gala untuk meraikan pemimpin dan perwakilan ASEAN di ibu negara, Sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli berkata, lagu-lagu berkenaan dipilih secara peribadi oleh Perdana Menteri kerana beliau amat mengagumi lagenda Malaysia itu.
"Perdana Menteri kita turut memberikan 'sentuhan peribadi' terhadap persembahan-persembahan untuk menjadikannya istimewa," katanya yang dipetik dari Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, Najib yang akan menghoskan Majlis Makan Malam itu bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, mahukan persembahan yang dapat memperkukuhkan lagi hubungan 10 negara anggota ASEAN.

Sama seperti pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur pada April, Norliza berkata Najib telah meminta supaya setiap persembahan mempunyai jalan cerita yang bukan sahaja menggambarkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2015, tetapi juga memaparkan perkumpulan serantau itu sebagai satu komuniti.

Beliau berkata, persembahan selama dua jam pada majlis makan malam itu akan membabitkan lima segmen iaitu daripada era P. Ramlee, kepada lagu dan tarian pelbagai kumpulan etnik di dalam negara, persembahan oleh negara anggota ASEAN dan segmen khas mengenai rakan dialognya menerusi kebudayaan dan muzik masing-masing.


FMT

Azmin perlu jawab dakwaan pembaziran RM9.7 juta – Chegubard - FMT Reporters

Posted: 20 Nov 2015 06:45 AM PST


Chegubard_azmin-ali_600 November 20, 2015 
 
Selama ini pembangkang mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh BN namun pendedahkan terbaharu ini amat mengejutkan.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengkritik kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan memperuntukkan RM9.7 juta untuk 'mencantikan' pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Dia yang mengisytiharkan ahli PKR seumur hidup berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukan sejumlah besar peruntukan hanya untuk menaik taraf pintu gerbang.

Katanya, selama ini pembangkang mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional namun pendedahan RM9.7 juta diperuntuk untuk pintu gerbang itu amat mengejutkan.

"Saya tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender kepada syarikat yang mengguna istilah arab tersebut atau bagaimana sumber bajet , tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang?, katanya menerusi kenyataan media.

Chegubard yang diketahui tidak sehaluan dengan Azmin berkata, Menteri Besar dan Exco dari Pas, Zaidi Abdul Talib yang bertanggungjawab perlu tampil memberi penjelasan berhubung laporan itu.

"Saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata – mata sebab bukan sahaja penyokong biasa kecewa, malah saya ahli seumur hidup PKR juga kecewa," katanya.

Dia berkata, laporan terbaharu itu menambahkan kontroversi Azmin selepas itu penubuhan syarikat RM2 untuk menjaga aset Selangor, isu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang dikatakan belum beroperasi tetapi telah memohon pinjaman bank, kegagalan menghalang kenaikan tol menerusi anak syarikat yang memiliki kepentingan dalam syarikat konsesi tol dan kelulusan pembinaan lebuh raya bertol.

"Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu porpular dalam memberi harapan kepada rakyat., mohon untuk bertindak segera," katanya.


FMT

Wajah Individu Bodoh,Penipu dan Mahu Jahanam Negara Kata Najib.....Sebarkan suarakami

Posted: 20 Nov 2015 06:00 AM PST



Simple logik .

Ia sama ada NAJIB RAZAK BERBOHONG atau MEREKA SEMUA INI BERBOHONG , anda agak mana satu jawapannya ?

Mereka ini majoritinya semua berjawatan besar dalam kerajaan Malaysia dan terkenal dari segi reputasi mereka dalam bidang masing-masing .

Kalau mereka ini semua bodoh , penipu , pemfitnah , penyamun seperti yang didakwa Najib Razak , kenapa insiden pada gambar dibawah berlaku ?




.

























Untuk meringkaskan semua gambar-gambar diatas , saya beri satu sahaja gambar untuk meringkaskan apa yang telah berlaku .


Ada sesiapa nak pertikaikan kesahihan info pada gambar ini , ada bangkangan ?

Kenapa kronologi dan info yang diberi diatas menyatakan sebaliknya iaitu NAJIB RAZAK yang PENYAMUN DAN PENIPU ?

Sampai Majlis Raja-raja Melayu kena masuk campur dan akhirnya tidak dipedulikan sahaja oleh Najib Razak dan kuncu-kuncunya .

Apa telah jadi pada SEMUA RAKYAT MALAYSIA ?

Adakah anda semua telah tolol , bahalol dan percaya pada semua dongengan yang budak darjah satu pun tidak akan percaya ?

Yang BUKAN PENIPU DAN PENYAMUN hanya NAJIB RAZAK DAN KUNCU-KUNCUNYA SAHAJA!

Harap dengan entri ini rakyat Malaysia boleh berlapang dada dan memikirkan apa yang telah berlaku sebenarnya secara rasional dengan akal yang telah Allah beri pada anda semua .

Kenali siapa PENIPU , PENSABOTAJ EKONOMI dan PENYAMUN SEBENAR di Malaysia.

Najib Kukuh? 132 Dari 191 Bahagian Umno Sokong. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 20 Nov 2015 05:15 AM PST


 
Daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara, 132 menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurut naib presiden Umno, kesimpulan itu dibuat berdasarkan resolusi setiap bahagian semasa mesyuarat agung masing-masing yang diadakan di antara 27 Julai dan 31 Ogos ini.
Hishammuddin, yang juga menerajui jawatankuasa resolusi Umno, berkata tiada satu pun bahagian yang menyatakan bahawa Najib perlu berundur, termasuk bahagian Sepang, di mana beberapa pemimpin akar umbi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, semalam.
"Saya yang menjaga jawatankuasa usul. Saya boleh sahkan, tiada usul menolak kepimpinan Najib dibawa ke perhimpuan agung bulan depan.
"Apa yang lebih penting adalah sama ada terdapat bahagian yang mengeluarkan resolusi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib. Saya kata, tidak ada satu (pun)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen
Walau bagaimanapun, Hishammuddin yang juga adalah menteri pertahanan tidak memberikan sebarang jawapan apabila ditanya mengenai pendirian baki 59 bahagian lain itu.
"Tidak ada keperluan bagi mereka untuk mengeluarkan resolusi untuk menyokong (Najib)," katanya.
Najib ketika ini berdepan dengan kontroversi dalam isu membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang dan 'derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Beliau juga berdepan dengan bidasan pemimpin akar umbi yang lantang, terutama selepas beliau melakukan rombakan kabinet Julai lalu yang menyaksikan pengkritiknya, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir.
Semalam, beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Sepang mendesak supaya Najib meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadapnya dan kredibilitinya yang dipersoalkan.
Selain itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini penyokong kuatnya tetapi kini bertukar menjadi penentang utamanya, turut menggesa supaya Najib meletak jawatan. (MK)

New York Post: Besan jaja nama Najib kes beg tangan RM400,000

Posted: 20 Nov 2015 04:30 AM PST




Besan Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dikatakan cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor akhbar The New York Post.

Memetik kenyataan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, laporan itu menyebut Maira dituduh mengambil dua belas beg tangan jenama Hermes yang bernilai RM400,000 tanpa membayar.

Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya.

"Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak dakwa saya," beliau didakwa berkata.

Menurut The New York Post, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dibungi.

Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

Malaysiakini sedang menunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan nama Najib itu.

- mkini

MISKIN

Posted: 20 Nov 2015 03:45 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

Kekadang kita tidak melihat apa yang ada di sekitar kita sedang yang jauh begitu jelas kelihatan.

Kita kekadang asyik diperlihatkan yang indah2 melulu sedang yang tidak seindah tidak terfikirkan atau terlupakan dan inilah yang kekadang menjadikan ada yang tidak senang.

Memang kalau di Sabah ini dan masuk jauh ke dalam kita akan diketemukan dengan saudara2 kita yang hidupnya susah dan kenapa ini selalu tidak diperhatikan dan wang/dana Zakat atau YaPEIM harus digunakan untuk membantu mereka.

Banyak sangat wang kerajaan dibazir di lokasi yang tidak sepatutnya sedang di Sabah masih jauh ketinggalan yang harus kerajaan perhatikan dan ambil tidakan dengan sewajarnya tanpa alasan.

Di kampung2 ada JKKK atau pemaju mukim alias ketua kampung dan mereka itu adalah mata2 pemerintah untuk melihat keadaan dan mustahil ini tidak dilakukan atau memang disengajakan didiamkan diri atau pilih bulu?

Lihat nanti pemimpin akan ditanya di akhirat kelak!



NURLIYANA

Menantu Hadi Lebih Teruk Dari Firaun..

Posted: 20 Nov 2015 03:00 AM PST



ADUN Salor Datuk Husam Musa menyifatkan menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad sebagai 'lebih dari firaun' kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan debat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) esok.

Husam berkata, sehebat firaun sekalipun, apabila hendak 'bertarung' dengan Nabi Musa beliau akan berunding terlebih dahulu mengenai tarikh, tempat dan masa.

"Sehebat dan segagah firaun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Diraja, firaun merundingi Musa.

"Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.

"Pada hal firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Sebelum ini berlaku 'perang terbuka di laman sosial' antara Husam dengan menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembalakan di negeri Kelantan.

Zaharudin turut menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur esok, jam 10 pagi di KUIZM bagi berdebat mengenaikekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.

Zaharudin turut berikrar akan bertanding menentang Husam bagi menyelamatkan PAS di Kelantan.


- mkini

Ahli UMNO desak Najib berundur bukan kumpulan pro-Muhyiddin Faiz Zainudin

Posted: 20 Nov 2015 02:15 AM PST


123

Kumpulan itu juga tidak mewakili majoriti akar umbi UMNO Bahagian Sepang tetapi lebih kepada memenuhi kehendak individu.

SEPANG:  UMNO Bahagian Sepang menafikan kumpulan yang mendesak  Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti adalah kumpulan pro-Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Bahagiannya, Datuk Marsum Paing berkata, desakan itu juga bukan menggambarkan kehendak akar umbi ahli UMNO Bahagian itu tetapi lebih kepada kehendak peribadi.

Katanya, beliau telah menerima aduan daripada ahli UMNO lain yang tidak berpuashati dengan tindakan kumpulan itu yang diketuai Rusdan Mohamad.

"Kumpulan tersebut tidak mewakili keseluruhan UMNO Bahagian sebaliknya bersifat individu.

"Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa kepimpinan peringkat cawangan yang dilibatkan menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan yang dibuat oleh saudara Rushdan," katanya pada sidang media pada Khamis.

Marsum berkata, selepas meneliti rakaman video sidang akhbar kumpulan itu, lebih banyak kekeliruan timbul.

"Saya telah melihat video di youtube kenyataan dan ia bersifat prejudis dan menggelirukan," katanya.

Mengulas tindakan yang bakal diambil terhadap kumpulan itu, Marsum berkata beliau akan mengemukakan penuh laporan kepada kepimpinan tertingi parti itu dan menyerahkan kepada parti mengambil tindakan.
"Saya serahkan kepada parti untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat," katanya.


FMT

ADUN PKR menangis dalam Sidang DUN P. Pinang FMT Reporters

Posted: 20 Nov 2015 01:30 AM PST



Dr. Norela gagal menahan perasaan selepas soalan yang membabitkan kawasannya tidak dijawab.

PETALING JAYA: Tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norela Ariffin mengejutkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dia dikatakan tidak dapat menahan perasaan sebaknya, mendakwa kerajaan negeri telah mengabaikan kawasannya.

Reaksi itu berlaku selepas soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat," katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Aksi Dr Norlela itu kemudian ditenangkan ADUN Berapit, Lydia Ong.


FMT

NOW buat pendedahan baharu pembaziran YaPEIM Faiz Zainudin

Posted: 20 Nov 2015 12:45 AM PST


akmal-nasir,jamil

Pendedahan yang didakwa pembaziran dana YaPEIM itu akan dibuat pada satu sidang media Jumaat ini.

PETALING JAYA: Walaupun disaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu penggunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), ia sedikitpun tidak menghalang Akmal Nasir membuat pendedahan terbaharu.

Pengarah National Oversight and Whistleblower (NOW) itu akan tampil membuat pendedahan terbaharu yang didakwa pembaziran oleh YaPEIM.

Pendedahan tersebut akan dibuat jam 11 pagi pada Jumaat ini.

Jamil Khir telah memfailkan saman terhadap Akmal Nasir kerana mendakwa memfitnahnya berhubung isu penggunaan dana YaPEIM.

Saman itu difailkan oleh peguamnya, Adnan Seman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam tuntutan saman itu, Jamir Khir menjelaskan Akmal menuduhnya sebagai seorang yang tidak jujur dan rasuah dengan menyalahguna jawatannya sebagai menteri dan menggunakan dana YaPEIM yang diperuntukkan untuk anak-anak yatim bagi tujuan peribadi.

Beliau menuntut ganti rugi di atas kerosakkan, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi menghalang Akmal membuat apa-apa kenyataan mengenai dirinya.


FMT

Kenapa diam Najib jumpa Netanyahu? FMT Reporters

Posted: 20 Nov 2015 12:00 AM PST


Nurul-Izzah

Serangan terhadap Nurul Izzah memperlihatkan sikap hipokrit pemimpin UMNO dan serangan itu bermotifkan politik.

PETALING JAYA: Serangan terhadap Nurul Izzah Anwar kerana berjumpa dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu dalam satu majlis rasmi menunjukkan sikap hipokrit pemimpin UMNO.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, pemimpin UMNO sebaliknya hanya diam membisu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu

"Ini memperlihatkan sikap hipokrasi dan serangan terhadap Izzah hanyalah bermotifkan politik.

"Kerajaan sepatutnya menjawab pelbagai isu yang belum selesai seperti skandal 1MDB bukan mengalih perhatian kepada isu seperti ini," katanya dalam kenyataan media.

Latheefa berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya Izzah dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah tidak terpakai.

Ini kerana, katanya, perjumpaan itu tidak ada mengena dengan prosedur Parlimen dan berlaku di luar bidang kuasa Parlimen.

"Ini adalah perkara asas dan agak membingungkan apabila menteri yang bertanggungjawab tidak sedar perkara ini," katanya.

Dia berkata, Izzah telah menerangkan perjumpaan itu diatur oleh penganjur dan majlis itu diturut dihadiri Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina.


FMT

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT