Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Parti Amanah Negara (AMANAH) Mengalu galukan Datruk Husam Musa

Posted: 19 Nov 2015 11:15 PM PST


Parti Amanah Negara (AMANAH) hari secara terbuka mengalu-alukan penyertaan bekas orang kanan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu.
 
 
"Kecil kereta kancil, lori besar kami sediakan," kata Setiausaha Agung AMANAH
 
 
www.malaysiakini.com

Sempena hari jumaat yg mulia ni, aku nk kongsi tazkirah pendek....

Posted: 19 Nov 2015 11:00 PM PST

YAPEIM AKUI JAMIL GUNA RM730K?

Posted: 19 Nov 2015 10:30 PM PST


 
( Rujuk AKTA 711/Perlindungan pemberi maklumat mereka lupa bakal perangkap)

YAPEIM dalam kenyataan telah mengakui yang dana RM440,000 digunakan oleh Jamil Khir untuk pergi ke Washigton DC dan kenyataan ini diperkatakan oleh Datuk Mohd Naser/pengarah udang2 Yapeim setelah membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi.

Menurutnya Akmal tidak mengambil kira jumlah yang dibayar balik menteri. Soalnya apakah pembayaran balik itu dilakukan setelah Akmal mendedahkan pengunaan dan Yapeim tidak berhemah dan membazir dana khas untuk anak-anak yatim dan orang miskin?

Bila Jamil membayar balik? dan kenapa pula baru ada kenyataan bayar balik? Kalaupun bayar balik lojikkah perbelanjaan sebanyak itu digunakan untuk acara di Amerika?

Apa kepentingannya acara di sana untuk anak-anak yatim dan orang2 miskin sesuai dengan visi Yapeim untuk pendidikan dan ekonomi anak yatim dan orang miskin?

Persoalan kedua lagi Yapeim juga akui dana RM290,000.00 digunakan untuk acara kahwin di Paris dan tujuannya dikatakan untuk MENGEKANG BUDAYA LESBIAN, gay, biseksual dan transgender(LGBT) di kalangan rakyat Malaysia.

Soalnya kenapa harus diadakan di Paris yang memakan belanja RM290,000.00 itu? Apakah itu juga antara visi membantu anak-anak2 Yatim dan orang2 miskin?

Kita tidak bertujuan mencari salah, tetapi sebagai rakyat Malaysia tentunya tidak mengizinkan Menteri2 yang diamanahkan salah guna kuasa wang yang rakyat derma.

Rakyat derma bukan untuk Menteri2 sesuka hati berbelanja ke luar negeri sambil bawa kroni anak bini dan perbuatan ini jelas tidak masuk akal.

Yapeim kata perbelanjaan semuanya ikut peraturan dan mungkin Jamil boleh terlepas tetapi kita kena fikir dari segi LOJIKAnya wang rakyat sebanyak RM730,000.00 dibelanjakan untuk sekadar kegiatan sehari dua di Amerika dan Peranchis.

Di mana2 dalam negara masih banyak anak-anak yatim dan orang2 susah dan kenapa tidak dikendalikan saja di Malaysia di Sabah misalnya dan kenapa harus di luar negeri? dan lagi dana itu bukan milik kerajaan tetapi kesan derma rakyat dan orang2 korporat.


Kita ada otak, silalah berfikir!


NURLIYANA ABDULLAH
TENOM SABAH

Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Kurang Ajar

Posted: 19 Nov 2015 10:00 PM PST

Kes petang tadi kat JPN SG.PETANI




Dua minggu lepas aku pi JPN nak buat ic sebab kena ragut.. Aku dapat kaunter 7 nama dia REZUAN dia kata aku cuai menyebabkan kena ragut dan aku kena bayar denda.. aku tanya balik kat dia apa kecuaian aku? 
 
Awat aku saja2 pi tadah bagi kena ragut ka, lepas tu aku cakap polis kata tak kena denda, ni kali pertama ic aku hilang tu pun sebab kena ragut.. (aku bagi tau sekadar info yang aku tahu) dia jawap balik kat aku macam ni

" KALAU HANG DAH KATA MACAM TU HANG MAI SINI BUAT APA. HANG PI JA LA BUAT IC KAT BALAI POLIS TU DAH NAK DENGAR CAKAP POLIS SANGAT "

Alamak!! kau dah buat aku bengang, dengan kasar aku tanya balik

BOLEH KA BUAT IC KAT BALAI POLIS???? BOLEH KA!!! PANDAI PULA DIA CAKAP TAK BOLEH, JADI HANG DAH TAU TAK BOLEH HANG SURUH TU BUAT APA????

Aku sabar, aku diam lagi tapi harini sekali lagi REZUAN tu tunjuk belang dan perempuan kaunter 8 tu pula bercakap kancing2 gigi lagi uishh dahsyat hampa, hampa saja buat aku ungkit balik cerita, hang ingat aku ni jenis tunduk ja kalau hang biadap??? Jenis angguk2 ja biar hang perlekeh aku depan public???

Kalau aku viral hang kata aku ambil jalan mudah, tapi pengajaran hang kena ambil jangan malukan orang, jangan perlekeh orang depan public sebab orang lain pun akan malu sama macam hang malu sekarang bila dah kena viral.

Tak payah bangga dan perasan hebat bila hang kat kerusi kerajaan sebab esok hang mati bukan depa tanam kat situ pun depa tanam hang sama tempat juga dengan orang kutip botol tepi jalan tak ada beza ok. 
 
Kami pi bukan minta pertolongan hang tapi minta perkhimatan hang sebab hang pekerja, cukup bulan ambil gaji bukan free.

Hormat orang kalau nak orang hormat hang.

Org berbudi aku berbahasa tapi kalau cara hang pun biadap macam mana aku nak hormat. kaunter 10 ok ja boleh pulak dia berbudi sampai selesai urusan aku.

AKU MINTA IZIN LAGI NAK VIRALKAN TANGKAP GAMBAR DEPAN2 BUKAN SOROK2



ATUK ......untuk anak bangsaku

Posted: 19 Nov 2015 08:47 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

Kadang-kadang bila memerhatikan olah anak muda terasakan sangsi itu ada dan yang ada selalu saja mahunya senang dan namanya susah mereka usaha menjauh dan kesannya mereka lambat untuk jadi dewasa kala mengolah makna hidup sebenarnya.

Orang tua kita dahulu cukup merasa pahitnya semua dan itu menjadikan mereka lebih mengerti dan menghargai. kerana itu selalu saja kekhuatiran-kekhuatiran itu ada dalam diri mereka kala melihat dan memerhati masa kini.

Sayang sekali, bila orang tua ini menyatakan sesuatu selalu saja anak muda kita tidak peduli malah mereka selalu menjawab dengan kata "sebuk" yang kekadang mengalahkan sebuknya seorang menteri perdana dan kesannya seorang tua diam memendam rasa dan bermacam persoalan pula serentak ada bersama dalam benak mereka.

Apakah kita masih terus tidak memikirkan jauh ke depan atau apa saja yang bakal terjadi kepada anak-anak bangsa kita ini dan apakah mereka juga sama seperti mereka di negara yang melarat dan terpaksa kekadang lari ke lautan kesan dihalau keluar dari negara mereka sendiri?

Memang banyak persoalan yang timbul dan persoalan itu selalu saja menjadi teka teki terutama buat seorang atuk yang siap menunggu waktu untuk kembali.



NURLIYANA ABDULLAH

Saya bahagia dengan Ramli MS – Alyah FMT Reporters

Posted: 19 Nov 2015 08:00 AM PST



Alyah mengakui kehidupannya bersama Ramli kini semakin bahagia

PETALING JAYA: Penyanyi Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah, 34, mengakui dirinya kini semakin bahagia disamping suami tercinta, Datuk Ramli MS.

Alyah yang berkongsi pengalaman hidupnya dengan sebuah laman portal hiburan memberitahu, walaupun perkahwinannya bermula dengan cara yang tidak begitu baik, namun, segalanya kini telah berubah.

"Setiap perkahwinan ada cerita tersendiri. Ada perkahwinan yang bermula hambar tetapi akhirnya bahagia dan ada juga yang bermula dengan bahagia tetapi pengakhirannya tidak bagus.

"Seperti saya sendiri, perkahwinan saya bermula tidak begitu baik, berlaku krisis. Tetapi lama-kelamaan, suasana perkahwinan saya semakin baik," katanya.

Jelas Alyah lagi, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dalam perkahwinannya, sebaliknya, menjadikan setiap yang terjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk memperbaiki diri.

Dalam masa yang sama, Alyah turut menafikan perkahwinannya bersama juri tetap rancangan hiburan Gegar Vaganza terbitan stesen televisyen berbayar Astro itu menghadapi masalah.

Sebelum ini, perkahwinan pasangan berkenaan telah mencetuskan kontroversi apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu kediaman Ramli yang turut dihuni Alyah.

Bagaimanapun, berdasarkan pemeriksaan lanjut, pasangan itu didapati telah bernikah di luar negara, namun, belum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.

Alyah juga pernah memuat menaik beberapa status mengenai perkahwinannya itu hingga menimbulkan spekulasi dalam kalangannya peminatnya.


FMT

Skandal 1.5 juta di Bukit Aman didedah FMT Reporters

Posted: 19 Nov 2015 04:45 AM PST


bukit amanAudit dalaman di jabatan logistik polis menemui kos untuk membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin adalah berjumlah RM500,000.

KUALA LUMPUR: Lebih daripada RM1.5 juta peruntukan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf ibu pejabat polis di Bukit Aman telah diseleweng.

Akhbar The Sun melaporkan duit berkenaan telah digunakan untuk perbelanjaan yang tidak wujud.

Sumber dalaman akhbar itu memberitahu bahawa wang tersebut telah mengalir keluar melalui transaksi yang dilakukan oleh dua pengarah polis dan seorang jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR) menggunakan tandatangan palsu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib mengesahkan perkara itu dan satu laporan telah dilakukan diikuti siasatan terhadap kejadian itu sedang dijalankan.

"Siasatan bermula sejak beberapa hari lepas. Kita sedang melakukan siasatan akar umbi yang memerlukan kajian mendalam daripada dokumen yang berkaitan.

"Apabila siasatan selesai, kita akan memanggil mereka yang terlibat dan tidak akan menyembunyikan perkara ini.

"Kita tidak boleh mendedahkan butiran kes memandangkan siasatan masih berjalan," kata Hamza Taib.
Beberapa pembongkaran dibuat sejak beberapa bulan yang lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit dalaman di jabatan logistik polis.

Kos membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin direkodkan bernilai RM500,000, namun tiada sebarang kerja-kerja dilakukan walaupun bayaran kepada kontraktor yang dilantik telah dibuat.

Sumber The Sun menambah, satu pasukan khas dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga mendapati cop getah pendua telah digunakan untuk 'mengesahkan' dokumen palsu itu.

Pasukan itu juga mengesan lebih RM1 juta digunakan untuk tender yang tidak wujud.

Wang itu sepatutnya untuk kegunaan pembaikkan dan bekalan pelbagai barang pada tahun tahun lepas bagamanapun dibayar kepada individu-individu tidak dikenali.

Pasukan petugas telah membuat laporan kepada pihak polis pada Jumaat lepas selepas sebulan meneliti dokumen dan menyoal siasat beberapa kakitangan polis.


FMT

Ditolak UMNO cawangan, Najib perlu muhasabah – Saifuddin Faiz Zainudin

Posted: 19 Nov 2015 04:00 AM PST


saifudinKepimpinan Tertinggi UMNO diminta mendengar dan menghormati suara akar, bukannya menghukum mereka

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa UMNO cawangan yang mendesak Perdana Menteri meletak jawatan menjadi bukti, akar umbi parti Melayu itu menolak kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pengarah Strategi PKR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sepatutnya Presiden UMNO mengambil pendekatan dengan bermuhasabah dan bukannya menghentam mereka.

"Jadi kalau ada cawangan-cawangan yang bercakap begitu maka adalah lebih baik untuk ambil sikap muhasabah dan menilai pandangan mereka daripada menghantam mereka atau mendisplinkan mereka," katanya selepas menghadiri Forum Maqasid Syariah.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, hakikatnya keresahan peringkat bawahan semakin kuat apabila pucuk pimpinan tertinggi gagal menyelesaikan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Saya harap kepimpinan UMNO mengambil sikap berjiwa besar bahawa ini adalah suara akar umbi. Selama inipun pemimpin UMNO kata mereka menghormati suara akar umbi.

Terbaharu, sebanyak 20 cawangan UMNO Bahagian Sepang mendesak Najib meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Mengulas lanjut, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau tidak terkejut sekiranya desakan dari akar umbi umbi terus merebak keseluruh negara.

Katanya, pergolakkan dalam UMNO sebenarnya menguntungkan PH kerana ia menjadi peluang kepada pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Tapi matlamat Pakatan Harapan bukanlah semuanya berkenaan dengan pilihanraya.

"Sebenarnya bila pakatan kata Perdana Menteri patut berundur, tapi dari segi politiknya itu bukan startegi yang baik sebab akan beri peluang kepada Perdana Menteri baru untuk buat perubahan sebelum PRU yang ke-14.

"Pakatan bukan berfikir semua benda mesti politik, dalam masa dua tahun sebelum pilihanraya, apa nak jadi dengan negara. Itu yang lebih mustahak," katanya.


FMT

'Polis Jahat' Songlap Lebih Dari RM1.5Juta Dari Bukit Aman

Posted: 19 Nov 2015 03:00 AM PST



Lebih daripada RM1.5 juta dana untuk kerja-kerja pembaikan dan baik pulih bangunan Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, telah hilang melalui pengeluaran penipuan.

Sumber-sumber memberitahu The Sun bahawa wang tersebut telah disalur keluar melalui beberapa dozen transaksi menggunakan dokumen-dokumen yang dipalsukan beserta tandatangan palsu dua Pengarah Polis dan seorang Jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya (JKR).

Wang itu bertujuan untuk pelbagai pembaikan dan penggantian pintu kebakaran dan sistem penyaman udara di menara ke dua blok pejabat lama polis persekutuan.

Seterusnya bacalah kat bawah ni..


KUALA LUMPUR: More than RM1.5 million meant for repair and refurbishment works at the federal police headquarters building at Bukit Aman, has gone missing through fraudulent disbursements. 
Sources told theSun that the money was siphoned out in several dozen transactions through the use of doctored papers carrying forged signatures of two police directors and a civil engineer of the Public Works Department (PWD). 
The money was meant for various repairs and replacement of fire doors and air conditioning systems at Tower 2 – the old office block of the federal police. 
It is learnt that discrepancies were uncovered several months ago during an internal audit carried out by the Home Ministry at the police logistics department which, under a re-branding exercise for greater efficiency and service delivery, was renamed the Strategic Sources and Technology Department (Start) in December last year. 
The ministry's auditors discovered that refurbishment projects – including two major contracts costing about RM500,000 to replace fire-resistant doors and upgrading the building's air conditioning systems – stated in documents they examined at Bukit Aman, were never fulfilled although payments were recorded as disbursed to individuals who allegedly posed as contractors undertaking the job. 
The findings were raised with police top brass who immediately ordered an internal investigation. 
The task of probing the discrepancies found at the police logistics department has been assigned to the federal police Integrity and Standard Compliance Department (JIPS), a new department formed last year to counter corruption and crooked practices within the force. 
Sources said a special task force from JIPS learnt that apart from the forged signatures of the police directors and PWD engineer, duplicated rubber stamps of the officials were also used to "authenticate" fake documents and hoodwink the Treasury into releasing payments. 
The team found that more than RM1 million of taxpayer's money for about three dozen non-existent tenders supposedly for the repair of Tower 2 and supply of miscellaneous goods last year, went out in staggered payments to unknown individuals. 
Months after perusing documents and interviewing several dozen police personnel, the probe team lodged a police report on Friday. 
Federal police Commercial Crimes Investigations Department (CCID) deputy director DCP Datuk Hamza Taib, who confirmed a report was lodged by members of the special task force, said an investigation is underway. 
He said based on early findings, it is believed that police personnel were in cahoots with third parties to pull off the fraud. 
"It has been just days since our investigations began. We are doing our ground work which requires a detailed study of the relevant documents," he told theSun. 
"When we are done with that, we will start picking up those involved and leave no stone unturned. We cannot disclose details of the case now as investigations are ongoing," said Hamza - The Sun Daily

Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar - Posted by Kita Bantai

Posted: 19 Nov 2015 02:15 AM PST


Hanisah Abdullah, 26, seorang Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan telah menjadi mangsa rompakan di rumahnya.

"Sebaik masuk ke bilik, saya menyedari seperti kehadiran kelibat seseorang. Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar," katanya menggambarkan detik cemas berdepan kejadian samun di kuarters penjawat awam 5R1, Presint 5.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang kelmarin di mana beliau baru pulang dari kerja ke rumah rakan yang ditumpangnya beberapa bulan lalu.


"Selepas tangan saya diikat ke belakang, saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam."

"Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Demo bantah kehadiran Obama Jumaat ini

Posted: 19 Nov 2015 01:30 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Ia bagi menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia tidak senang dengan kehadiran Barrack Obama ke negara ini.

samm
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan demonstrasi pada Jumaat ini untuk membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27.


Ia akan diadakan selepas solat Jumaat bermula di Bangunan Tabung Haji berdekatan Kedutaaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.


Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, demondtrasi itu bagi memberitahu seluruh dunia kehadiran Obama ke Malaysia tidak disenangi.


Katanya, kehadiran Obama dijangka bagi memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA) yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat transnasional negara itu.


"Perjanjian TPPA juga dikenali sebagai satu penjajahan baru terhadap tanahair yang turut akan menjejaskan kedaulatan negara, merompak hasil bumi dan satu pembulian ekonomi.


"Rakyat Malaysia juga tidak mengalu-alukan kehadiran Obama di atas polisi peperangan oleh pentadbiran Rumah Putih.


"Amerika perlu mendesak negara haram Israel menghentikan serangan terhadap Palestin dan Amerika juga harus menghentikan semua perang di mana Amerika terlibat secara langsung atau tidak langsung (dengan menggunakan proksi di sesebuah negara)," katanya.


Edy Noor berkata, demonstrasi bantahan itu turut akan disertai sekutu-sekutu SAMM dan orang ramai dijemput menyertainya.

Rosmah Mansor adalah Penaung PEMANGKIN.. Hurmmm pusing punya pusing berbalik kat ORANG TU gak...

Posted: 19 Nov 2015 12:30 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.
Rosmah Mansor adalah Penaung PEMANGKIN.. Hurmmm pusing punya pusing berbalik kat ORANG TU gak...
PERSOALAN.. (Sampai skrg tak dijawab)
Kenapa kursus kawen di Amerika yang kena bayar adalah Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN) bukannya JPM ???

Itu yang Akmal Nasir & National Oversight & Whistleblowers (NOW) , Admin dan umat Islam khasnya dan rakyat amnya persoalkan... !!

Jika Tidak Ada Penyelewengan Berlaku, Kenapa Harus Kesal Dengan Pendedahan Itu??

Posted: 19 Nov 2015 12:00 AM PST

YaPEIM akui dokumen NOW betul, kesal dengan pendedahan.

Zar Ali's photo.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini mengaku dokumen yang digunakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah "betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya".

Pengarah undang-undang Yapeim Datuk Mohd Naser Disa berkata, siri dakwaan Pengarah NOW Akmal Nasir itu bersifat "separuh masak" kerana tidak "mendapatkan penjelasan Yapeim sebelum membuat kesimpulan".

"Dokumen itu dokumen yang betul, tetapi tak mengandungi dokumen sepenuhnya.

"Daripada RM440,000 yang didakwa digunakan membiayai lawatan menteri ke Iowa dan Minnesota, menteri sebenarnya hanya pergi ke Washington DC saja," katanya kepada pemberita selepas mengiringi ketua pengarah Yapeim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pagi ini.
Menurut Naser, Yapeim tidak risau akan reputasi mereka tetapi lebih risaukan perasaan penerima sumbangan Yapeim yang kini tertekan dengan dakwaan tersebut yang juga menjejaskan industri pajak gadai Islam Ar-Rahnu.

"Apa yang NOW buat sekarang ini menjejaskan penerima (bantuan Yapeim). Ia juga boleh menjejaskan industri Ar-Rahnu," katanya kepada pemberita.

Naser juga memberitahu wartawan, Jamil sendiri sebenarnya membayar semula sebahagian daripada perbelanjaan yang dibayar Yapeim bagi lawatan itu.

"Contohnya, perbelanjaan RM440,000 itu, dia (Akmal) tidak mengambil kira jumlah yang dibayar balik menteri," katanya.
Ditanya jika pihak Yapeim boleh memberikan perincian jumlah yang dijelaskan Jamil itu, Naser berkata perkara itu sudah dijelaskan dalam kenyataan media Yapeim semalam (17 November).

Namun, semakan The Malaysian Insider mendapati, Yapeim sehingga kini belum pernah mengumumkan jumlah yang didakwa dibayar semula Jamil itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsuddin dalam laporannya menggesa polis bertindak terhadap NOW yang didakwa "mencuri" dokumen Yapeim dan "memutarbelitkan fakta bagi memfitnah" Yapeim dan Jamil.

NOW sebelum ini mendakwa Yapeim membiayai lawatan Jamil yang menelan belanja RM410,978 ke Amerika Syarikat antara 21 hingga 29 Mei 2014 yang dibayar menggunakan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

Yapeim dalam jawapannya berkata, perbelanjaan tersebut mengikut prosedur ditetapkan.

NOW juga mendakwa Yapeim membelanjakan RM290,000 bagi mengadakan kursus kahwin di Paris dan mempersoalkan sama ada Jamil turut diterbangkan ke Paris bagi menghadiri kursus itu.

Yapeim dalam jawapannya berkata, program itu memanfaatkan pelajar Malaysia di luar negara dan 10 orang melangsungkan perkahwinan daripada kursus itu.

Kursus itu juga katanya, antara lain, bertujuan mengekang budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di kalangan rakyat Malaysia.
- tmi

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAS Takut, Halang Debat Terbuka Husam-Mustafa

Posted: 19 Nov 2015 04:38 AM PST





PAS Larang Debat Terbuka Husam-Mustafa

PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara umum yang membabitkan isu dalaman parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di negeri Selangor.


Terkini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah bersetuju untuk mengadakan satu perdebatan berkenaan isu tersebut.

Bercakap di hadapan pemberita di Lobi Parlimen petang ini, Takiyuddin telah mengeluarkan satu surat kepada Husam untuk hadir di hadapan Dewan Harian PAS pada 24 November ini.

"Di sini beliau boleh memberi penjelasan kepada Dewan Harian atas dakwaannya tersebut. Kita bagi peluang seluasnya untuk dia memberi penjelasan.

"Jika sekiranya dia rasa Presiden adalah pihak berkepentingan mungkin tanpa kehadiran Presiden dia boleh beri keterangan, yang ada lagi Timbalan Presiden dan Naib. Di dalam surat itu juga saya menyatakan beliau boleh membawa semua bukti-bukti atau dokumentari yang perlu," katanya.

Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak boleh membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah.

"Dakwaan yang ada asas hendaklah pergi melalui saluran yang betul. Husam boleh bangkitkan dalam mesyuarat perhubungan kalau betul-betul niat untuk menjaga parti," katanya.

Jelas Takiyuddin, Mustafa Ali merupakan Ahli Dewan Harian turut hadir pada 24 November ini dan mungkin di dalam pertemuan itu kemelut ini boleh diselesaikan dengan lebih baik. –HD

ULASAN GB

Gayung telah bersambut, tiba-tiba PAS melarang debat Husam-Mustafa diadakan.

PAS sebagai sebuah parti Islam sepatutnya menggalakkan perdebatan terbuka kerana itu namanya prinsip ketelsan demi sebuah kebenaran.

Sekaran PAS meniru sikap UMNO - debat bukan budaya kita.


Tiba-tiba salah seorang ahli debat, iaitu Mustafa Ali tiba-tiba dinaikkan taraf sebagai ahli tribunal untuk mendengar penjelasan Husam kononnya di atas kapisitinya sebagai ahli Dewan Harian.

Sudah ada komplot untuk menekan Husam sebelum Husam hadir. Sepatutnya jika debat dibatalkan, Mustafa juga tidak boleh berada di dalam sesi pendengaran hujjah itu. Kini Mustafa seperti sudah ada "team" untuk membelasah Husam. Begitu rupanya perancangan jahatnya.

Apakah PAS takut lebih bayak hal yang akan terburai jika debat diteruskan? Apakah PAS khuatir Husam akan berjaya mendedahkan kebenaran dan kredibiliti Presiden PAS akan musnah? Apakah PAS khuatir para audien akan menyebelahi Husam dan pimpinan PAS akan mendapat malu kerana menuduh Husam sebagai memfitnah?

Jangan lupa di dalam muktamar PAS yang lalu, Husam adalah tokoh paling popular di kalangan akar umbi di mana beliau mendapat pencalonan untuk tiga jawatan tertinggi dalam PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Belum ada sesiapa yang memperolehi apa yang diperolehi oleh Husam.

Beliau gagal kerana beliau bukan dari kumpulan cai, bukan dari kumpulan ulama yang semua orang tahu taktik kotor kumpulan ulama mengenepikan kumpulan progresif semasa muktamar yang lalu.

GB sudah ulas sebelum ini, bahawa kemenangan kumpulan ulama dengan taktik kotor di dalam muktamar yang lepas tidak akan ada keberkatan pada kemenangan itu sekalipun mereka melaung dan mendabik dada kononnya mereka sebagai pejuang Islam, pejuang hudud.

Kebenaran itu tetap terserlah jua sekalipun semua pimpinan dan ahli PAS berhimpun untuk menutupnya. Husam ada kekuatan tersendiri, kekuatan ruhiyyah yang tidak ada pada diri pimpinan PAS yang lain hasil tarbiyah yang beliau lalui semasa berdamping dengan TG Nik Aziz.

Tidak mengapa, kita berserah kepada Allah kerana kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan untuk menghantar mereka yang menjalankan rencana dan taktik kotor itu ke lembah kehinaan dan kehancuran.

"KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu,
sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu." Al-Baqarah:147

Isu hak cipta TPPA halang rakyat akses maklumat, pendidikan

Posted: 19 Nov 2015 04:17 AM PST



Isu hak cipta TPPA halang rakyat akses maklumat, pendidikan

Isu hak cipta TPPA halang rakyat akses maklumat, pendidikan


Gabungan kumpulan Bantah TPPA mendakwa peruntukan TPPA seperti terkandung dalam teks yang diedarkan kepada umum pada 5 November lalu akan menjejaskan hak asasi rakyat Malaysia untuk mengakses maklumat dan pendidikan yang mampu milik.

Pengerusi Bantah TPPA, Mohd Nizam Mahshar dalam kenyataannya hari ini berkata, peruntukan Hak Cipta yang terkandung di dalam Bab Harta Intelek dokumen TPPA akan memberi pelbagai implikasi negatif antaranya lanjutan pemilikan hak cipta sehingga 70 atau 95 tahun selepas kematian seseorang penulis berbanding 50 tahun sebelum ini.

Selain itu, beliau mendedahkan di bawah TPPA, aktiviti bukan komersial akan menjadi satu jenayah berbeza dengan Akta Hak Cipta 1987 sedia ada yang hanya mengenakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang melanggar akta bagi tujuan atau aktiviti komersial.

"Seterusnya, mereka yang menggunakan hasil karya orang lain bagi menyampaikan ilmu atau menuntut ilmu seperti penyelidik, pensyarah, guru dan pelajar serta pustakawan/perpustakaan yang mengendalikan aktiviti ilmuwan akan menghadapi risiko dihadapkan ke mahkamah dan boleh didenda dan dipenjara bagi kesalahan melanggar undang-undang hak cipta dan penggunaan harta intelek tanpa kebenaran khusus, walaupun bukan untuk pulangan komersial/finansial," ujarnya.

Nizam turut memberitahu penetapan jumlah ganti rugi di bawah TPPA juga tidak adil selain Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) harus menjadi 'Polis Hak Cipta' apabila TPPA memberikan kuasa kepada ISP untuk mengeluarkan atau menghalang akses kepada bahan tersebut sejurus pihak ISP mengetahui sesuatu bahan mempunyai potensi untuk disabit dengan kesalahan melanggar hak cipta.

"Ini bermakna bahan pendidikan atas talian (online) boleh dihalang penggunaannya dengan serta-merta walaupun akhirnya terbukti atau boleh dibuktikan bahawa tiada pelanggaran hak cipta telah berlaku," jelasnya.

Memandangkan terdapat banyak lagi peruntukan Bab Harta Intelek mengikut dokumen TPPA dibimbangi akan memberi kesan buruk pada masa akan datang, beliau menyeru agar kerajaan agar tidak menandatangani TPPA demi kesejahteraan negara dan generasi seterusnya.

"Amaran yang telah kami berikan sejak Malaysia duduk di meja rundingan beberapa tahun yang lepas mengenai impak TPPA kepada kesejahteraan negara dan rakyat kini menjadi kenyataan.

"Bantah (TPPA) berpandangan bahawa peruntukan tambahan tidak diperlukan, terutama sekali yang dikenakan ke atas Malaysia oleh TPPA," ujar Nizam lagi.


‘Pegawai Melayu penakut, tak berani tanya derma RM2.6 bilion’

Posted: 19 Nov 2015 04:15 AM PST



'Pegawai Melayu penakut, tak berani tanya derma RM2.6 bilion'

'Pegawai Melayu penakut, tak berani tanya derma RM2.6 bilion'


Dalam meluahkan kekecewaannya dengan orang Melayu, bekas Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencadangkan supaya jawatan kanan dan penting kerajaan diserahkan kepada bangsa lain.

Menulis di Twitter, Zahid berang kerana tidak mendapat jawapan berhubung 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malays have become a huge disappointment #fb
— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) November 18, 2015
Wang itu cuba digambarkan sebagai sumbangan politik daripada sumber yang tidak dikenali di Timur Tengah, tetapi pengkritik terus membuat pelbagai andaian.

"Menteri-menteri utama, Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) – semuanya Melayu.

"Sebab itu sehingga hari ini kita tidak tahu siapa yang menyumbangkan berbilion-bilion ringgit kepada PM," kata Zaid.
Bidasannya itu dibuat selepas Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin hari ini berkata wang RM2.6 bilion itu tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Hasan juga memaklumkan tidak ada keperluan bagi PAC untuk menyiasat Najib berhubung isu 1MDB, dan apabila diasak wartawan, beliau secara berseloroh berkata: "Jangan la, Saya pun nak cari makan juga. "

Sementara itu, Zaid mendakwa bahawa individu yang memegang jawatan penting penting dalam kerajaan adalah orang Melayu dengan gelaran dan kekayaan.

"Oleh itu, mereka mudah takut. Mereka takut walaupun untuk bertanya soalan yang paling asas mengenai derma.

"Saya cadangkan kita mula lantik Cina, Dayak dan Kadazan untuk jawatan-jawatan penting," katanya.

SPRM juga mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion yang disalurkan menjelang pilihan raya umum 2013 adalah sumbangan politik, tetapi masih menyiasat perkara itu.


Maqasid syariah pendekatan penting dasar bersama PH

Posted: 19 Nov 2015 04:12 AM PST



Maqasid syariah pendekatan penting dasar bersama PH

Maqasid syariah pendekatan penting dasar bersama PH


Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah optimis konsep maqasid syariah akan diterapkan dalam dasar bersama gabungan baharu pembangkang itu.

Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu menyandarkan keyakinan itu berdasarkan prinsip muafakat yang sedia ada dalam Pakatan Harapan.

"Saya rasa maqasid syariah akan menjadi salah satu pendekatan penting yang kami akan terapkan dalam konteks kerangka dasar bersama Pakatan Harapan.

"Malah, ia sudah sedia ada dalam muafakat rakyat, maqasid syariah sudah ada di situ," katanya.

Saifuddin berkata demikian sewaktu berperanan sebagai pencelah dalam forum "Maqasid Syariah: A National Agenda?" di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), semalam.
Selepas keluar Umno dan menyertai PKR pada awal Oktober, beliau diamanahkan sebagai setiausaha sekretariat Pakatan Harapan pada 19 Oktober lalu bagi menggubal dasar bersama dan perjanjian gabungan parti pembangkang itu.

Maqasid syariah adalah prinsip pentadbiran Islam yang menekankan kepentingan menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan diri dan harta dalam pentadbiran.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata prinsip maqasid syariah sentiasa mendasari perjuangan parti baharu itu.

Katanya, Amanah selaku parti Islam generasi kedua berazam menjadikan maqasid syariah sebagai disiplin ilmu yang utama.

"Maqasid syariah adalah pemacu kami mencapai tujuan tertinggi iaitu memakmurkan bumi dan menyejahterakan umat manusia.

"Pada akhirnya perkara yang kami ingin lakukan adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan," katanya yang menjadi ahli panel forum itu.

Sementara itu, Exco Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin mencadangkan ziarah rumah ibadah di kalangan pemimpin agama dilakukan bagi memupuk persefahaman serta dialog budaya dan agama.

Beliau mencadangkan pemimpin agama bukan Islam bersyarah kepada hadirin solat Jumaat selepas selesai acara mingguan itu dan pemimpin agama Islam juga melakukan perkara serupa kepada penganut agama lain selepas upacara keagamaan mereka di rumah ibadah masing-masing.

"Ini kerana prejudis kita antara agama berlainan berlaku kerana kita kurang memahami satu sama lain," kata bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Selain Dzulkefly dan Wan Ji, turut bertindak sebagai ahli panel forum adalah pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Bertindak sebagai pencelah selain Saifuddin adalah Pengarah Pengasas Centre to Combat Cronyisme and Corruption (C4) Cynthia Gabriel dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH Ngeow Chow Ying.Forum dimudahcara felow Penang Institue Dr Wong Chin Huat.

[LIVE][191115] Tafsir Surah An-Naba' - Ust Hafizal Abu Hassan

Posted: 19 Nov 2015 04:08 AM PST



BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT