Rabu, 18 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC

Posted: 18 Nov 2015 11:15 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, badan itu tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

"Tak perlu," kata Ahli Parlimen Rompin itu apabila ditanya media mengenai langkah selanjutnya yang diambil PAC menyiasat kes syarikat tajaan kerajaan itu.


Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganla, saya pun nak cari makan juga."


Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan Pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib membantu siasatan isu 1MDB jika dirasakan perlu.


Dalam kenyataan media selepas itu, Hasan berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan "ayat cari makan" dalam sidang medianya hari ini.


Beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

Sebagai 'role model' pemimpin harus didahulukan & dijadikan contoh !!!

Posted: 18 Nov 2015 10:30 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo. Dicadangkan pada Jamil Khir dan Asyraf Wajdi.. kalo nak buat kursus kawen di Amareeka, London, Paris atau di planet Marikh sekalipun semata2 untuk bendung LBGT seperti yg didakwa.. baik buat untuk MP UMNO dulu... 

LEBIH AFDHAL dan nampak spesisnya... pompuan tetapi perwatakan macam lelaki...

Komen :

 
 
Kalau begitu, PM Najib wajib memberi AMARAN KERAS, agar Azalina Othman berpakaian seperti WANITA SEJATI....jika tidak, alasan YAPEIM hanya lah untuk menegakkan BENAR BASAH.

MENDERITA

Posted: 18 Nov 2015 10:00 PM PST


Nurliyana Abdullah's photo. JEPUN dihancurkan ketika perang dunia kedua dan kemudian kesan penderitaan itu mereka bangun dan menjadi gergasi dunia dari segi ekonomi.

Abraham Lincon hanya berkelulusan kelas bawah dan ia sendiri lahir di kulit beruang sebab ayahnya miskin hanya pembelah kayu api dan ibunya hanya suri rumah tetapi kesan derita dan ia jadi rajin berjaya menjadi presiden Amerika yang hebat berpidato.

Kesan hidup miskin ia rajin membaca dan mendapatkan buku undang2 dengan cara berjalan berkilo meter jauh dan kekadang naik kuda untuk mendapatkan bahan bacaan. 

Ternyara Abraham Lincoln rajin membaca.

Barat sebelum maju juga hidup dalam kegelapan tetapi raja peranchis ke-2 belajar di Andalusia dan kemudian buku2 Ibnu kaldum, Kindi, sina dan banyak lagi diterjemah ke bahasa barat dan diangkut ke barat kesan akhirnya barat menjadi hebat dan itu sebab penyair german pernah kata apa saja yang dicari di andalusia termasuk susu burung semuanya ada.

Nah, kesan menderita maka ramai baik bangsa atau individu menjadi hebat dan siap bangun mengubah dunia. Kita bagaimana?

Kita Allah kasih banyak sumber alam dan tahunya mahu kaya cepat habis segalanya dijual jalan sengkat dan habis nanti maka kita akan terus miskin papa sebab kita biasa mewah dan tidak pernah susah derita.


NURLIYANA ABDULLAH
kota kinabalu

Penyelewengan Dalam YAPEIM......

Posted: 18 Nov 2015 09:30 PM PST

Raja-raja Melayu berhak atas Islam, bukan Jakim, kata pakar Perlembagaan

Posted: 18 Nov 2015 09:00 PM PST

 Peranan menjaga hal ehwal Islam sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) yang juga pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. 

Peranan menjaga hal ehwal Islam sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) yang juga pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. 

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari terus berdebat mengenai sejauh mana relevannya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan menyangkal dakwaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah penjaga bagi agama Islam. 

Peranan itu sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu memandangkan Perlembagaan Persekutuan menggariskan Raja-raja di setiap negeri mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama. 

"Bertindak balas terhadap kenyataan ketua pengarah Jakim, saya ingin mengatakan apabila Perlembagaan menyatakan (kuasa ke atas) Islam dimiliki Raja-raja dan negeri, jelas sekali, mereka yang harus mempertahankan (Islam)," katanya kepada The Malaysian Insider. 

"Raja-raja perlu diberi peluang terdahulu dan kerajaan persekutuan membantu, bukannya merampas kuasa dan sumber mereka. "Ada sesetengahnya, termasuk pemimpin kerajaan mendakwa Raja-raja tidak mampu melakukannya. Untuk berlaku adil kepada mereka, soalannya, adakah kita memberikan mereka peluang dan sokongan?" 

Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha, yang menafikan agensi Islam peringkat persekutuan itu bertentangan dengan Perlembagaan, mengatakan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas merujuk kepada JPM sebagai pihak yang mempertahankan Islam. Seterusnya, JPM mengamanahkan kepada Jakim tugas mempertahankan Islam dan menegakkan ia sebagai agama persekutuan, kata Othman. 

Bagaimanapun, Aziz berkata, beliau percaya kerajaan persekutuan mengambil peluang menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. Aziz berkata, 

Tunku menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama, dan juga memulakan amalan memberi ucapan Hari Raya di peringkat nasional. 

Zar Ali's photo.

"Mungkin terdapat beberapa kebenaran dalam dakwaan yang Raja-raja tidak mempunyai kapasiti moral untuk melakukan kerja agama tetapi ini boleh diperdebatkan. "Sekarang isu ini menjadi perdebatan, mari kita perhalusi dengan mendalam situasi sebenarnya. Raja-raja perlu bersuara. 

"Atau sekurang-kurangnya Majlis Raja-raja, melalui penjaganya. Rakyat, khususnya pembayar cukai yang menanggung kosnya, berhak untuk tahu," kata Aziz. 

Perdebatan sama ada Jakim masih relevan timbul apabila Tawfik Ismail, anak kepada timbalan perdana menteri kedua Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata, agensi itu perlu dihapuskan kerana umat Islam di negara ini tidak memerlukan kerajaan untuk menentukan bagaimana mereka harus mengamalkan kepercayaan mereka. Katanya, peranan Jakim turut bertindih dengan kementerian lain yang turut menjalankan beberapa fungsinya. Sebagai tindak balas, 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim menjadi lebih relevan hari ini kerana ia terlibat dalam urus Syiah dan Islam liberal serta ancaman daripada pihak pelampau seperti kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

MEMBUNUH KERJA SYAITAN ~ R I P buat famili Bernard~

Posted: 18 Nov 2015 08:30 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo. Islam atau apa saja agama di dunia ini tidak pernah mengajar menyuruh umatnya membunuh baik manusia atau binatang tanpa sebab. 

Cara yang dilakukan rakyat negara jiran ini memang perangainya syaitan dan manusia begitu harusnya dipancung di depan orang ramai agar yang lain tidak sesuka hatinya membunuh tanpa alasan yang boleh diterima akal.

Kita di Sabah hidup dalam ketakutan kesan pintu terbuka sesiapa saja boleh masuk keluar dan masuk kesan penjagaan yang tidak ketat dan kerajaan persekutuan harus mengambil perhatian dan menitikberatkan soal keselamatan orang Sabah dan pelancong2 ke negeri Sabah.

Hal2 semacam ini bukan sekali dua malah semacam dijadikan mereka perniagaan untuk menculik sesiapa saja mereka suka dan kemudian menutut wang tebusan dan negara kita dijadikan negera kabajikan tempat mereka merampok curi culik dan sebagainya?

Perairan di pantai timur Sabah cukup terdedah dengan lanun2 yang berhati syaitan dan sepatutnya pihak kerajaan persekutuan lipatgandakan keselamatan di sekitar pantai sandakan/kudat/tawau dan yang di sekitar dan kalau kerajaan juga tidak peduli, lalu apa akan terjadi dimusim2 mendatang?

Kita punya tentera, jabatan laut dan sebagainya yang begitu banyak dan kenapa tidak ditumpukan di kawasan berkenaan dan lengkapkan dengan senjata meski kapal selam tak menyelam dan setahu saya baik peralatan atau anggota yang ditempatkan menjaga perairan di Sabah ala kadarnya sahaja dan ini tidak mencukup untuk menjaga kawasan yang dimaksudkan.

Malah kekadang kapal penculik pencuri rampok lagi laju banding kapal pegawai keselamatan kita punya dan ini kelihatannya diketawakan oleh mereka. Harusnya disediakan juga helikopter yang bergerak pantas dan tembak terus sesiapa yang masuk perairan Malaysia tanpa kompromi.

Sejak sekian lama kawasan2 ini selalu saja diceroboh sesuka hati tetapi hingga sekarang masih belum ada tindakan yang boleh mengurangkan keadaan dan tidak hairan dalam waktu yang terdekat akan berulang lagi perkara sama dan kesannya akan ramai rakyat Malaysia bakal dipenggal kepala.

Bikin panas dan memangpun panas!



NURLIYANA

Terbukti Hari Ini di Parlimen, Hudud Hanya Mainan Ulama PAS Sahaja!!!!!

Posted: 18 Nov 2015 08:00 PM PST

Zar Ali's photo.Pada 28hb April 2014, Jamil Khir berkata Kerajaan Pusat tidak akan menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan.

Hari ini, setelah didesak oleh Mahfuz Omar, Jamil Khir yang sama mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

Dari tarikh 28 April 2014 sehingga hari ini telah berlaku beberapa peristiwa besar akibat hudud ini:

1) Pecahnya Pakatan Rakyat

2) Pecahnya PAS

Ulama2 dlm PAS sanggup melihat hancur lebur Pakatan Rakyat serta PAS hanya kerana pembohongan UMNO dan Najib.

Yang penting jawatang mereka dlm parti terjaga dan org2 yg mereka benci dihalau dari parti melalui Chai mereka

Islam dah jadi alat untuk mengejar dunia dalam PAS sekarang ni.

XXXXXXXXXXXXXXXX

Mahfuz telah dihalau keluar dewan kerana bertikam lidah mempersoalkan janji Jawatankuasa teknikal Umno untuk membawa Ruu syariah Hudud Kelantan dlm persidangan dewan. Jamil Khir mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

Pengakuan ini menyebabkan Mahfuz naik angin.

xxxxxxx

(dari FB Zulimran Nasution Abdullah Omar)

Akhirnya Pokok Sena berjaya membongkar tembelang Umno buat kali ketiga hingga terpaksa dihalau keluar dewan rakyat.

Jamil Khir Baharom mengaku Umno tidak berhasrat langsung mahu menyokong jauh sekali membawa bill meminda Akta 355 walaupun itulah yang dikehendaki Marang sampai Pakatan Rakyat hancur.


Mana Pasir Mas? Ke mana Kuala Nerus? Kenapa Temerloh senyap? Dan adakah Marang hilang lagi?


XXXXXXXX

Teringat waktu hudud mula2 dibuat oleh Nik Amar.

Keluar kenyataan seperti di bawah:

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ada di kalangan orang PAS sendiri yang menganggap bahawa PAS sudah masuk dalam perangkap Umno dan ditipu oleh Umno.

"Saya bagi tahu dulu mengapa kita berurusan dengan Umno? Sebab 'kuncinya' duduk dengan Umno kerana dia pegang kuasa politik negara. Itulah sebab besar. Serupa kita nak beli rempah, kita kena pergi kedai India pasal India jual rempah. Begitulah caranya. Nak beli motosikal kena pergi kedai Cina sebab Cina jual motosikal.

Akhirnya hari ini Jamil Khir yg sama menipu atas darat.

Islam dlm PAS hanya alat untuk mengejar dunia dan jawatan.

PAS bukan lagi parti Islam.



TULANG BESI

VIDEO - YB Md Alwi - Kisah UG Hadi dan Pak Lah

Posted: 18 Nov 2015 07:30 PM PST


Apa sebenarnya intipati perjuangan PAS kini dengan keadaan politik yg TGHH bawa?

Posted: 18 Nov 2015 07:00 PM PST



Wajarkah TGHH tawarkan PAS sebagai penasihat UMNO?

Jika UMNO sahut pelawaan itu secara rasmi,apakah PAS akan bertanding di PRU14?

UMNO berusaha menawan Kelantan..PAS tidak pula kalut,kenapa bila parti yg PAS anggap sebagai NYAMUK mengatakan"JIKA PAS tak sanggup,AMANAH akan ambilalih secara demokraasi,PAS melenting?"

Apakah PAS beranggapan KERUSI DUN KELANTAN MUTLAK MILIK PAS?

APAKAH PAS TIDAK FAHAM KEBEBASAN BERPOLITIK SEBAGAIAMANA PERUNTUKKAN PERLEMbAGAAN BENARKAN?

MAJUKAH KELANTAN KINI?

Apakah Kelantan telah tiada lagi pengangguran,kemiskinan,telah terlaksanakah gaji minima seperti mana SYARAT HUDUD dilaksanakan sepertimana TGHH ucapkan?

Apakah dengan adanya HUDUD...semua masalah diKELANTAN boleh selesai?

Kenapa KERAJAAN PAS TIDAK MEMESTIKAN SEMUA ADUN,EXCO,TMB DAN MB tidak istiharkan harta sebelum menjadi anggota kerajaan dan setelah menjawat jawatan pemerintah...apa yg ditakuti mereka?


Kenapa HISBAH yg dijanjikan dari zaman TGNA masih belum terlaksana?

Sejauh mana KERAJAAN Kelantan bermaruah dengan mengekalkan KUASA kepada mereka yg dilapurkan integritinya tercemar tanpa melakukan siasatan dalaman?

Berapa banyakkah segala aduan/sungutan secara rasmi yg diterima dari ahli PAS Kelantan dan berapa banyak yg diselesaikan serta berapa banyak yg tertangguh aduannya

Apa sebab tertangguh?


NYAMUK MENGGIGIT

Ada 3 JENIS AHLI PAS MASA LONI

Posted: 18 Nov 2015 06:30 PM PST


Zar Ali's photo.

Ahli-ahli dan pimpinan Pas loni terbahagi kepada 3 jenis kategori:

1) HARUMANIS

Luar hijau tetapi dalam oren. Di luar masih ahli Pas tapi dalam hati sudah sokong Amanah. Jaga baik-baik kalau boleh pujuk sebab jenis harumanis ni mahal harganya sebab berkualiti tinggi. Mahfuz, Husam, Raja Iskandar, Zaidy Templer, Idris Ahmad, Amzad Hashim tentu senyum kalau baca ni. 


2) TEMBIKAI

Luar hijau tapi dalam merah. Pakai kopiah jubah bagai tapi hati sebenarnya Umno. Puak tembikai ni lah yang usahakan Ibrahim Ali boleh berpeluk dengan Haji Hadi. Zuhdi Marzuki rasanya lebih maklum siapa puak tembikai dalam Pas loni. Kena pegang molek sebab kalau jatuh tembikai mudah hancur macam terjadi pada Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali.


3) PETAI

Luar Pas dalam pun Pas. Puak ni memang Pas tulen tapi jenis bercakap ikut sedap mulut. Kata kat orang kafir munafik hanya mainan sahaja. Sebab tu mulut busuk.



Sebar-sebarkan.

PM: TPPA mungkin ditandatangani di NZ Feb ini

Posted: 18 Nov 2015 06:00 PM PST




 
Perjanjian perdagangan utama, Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), mungkin ditandatangani di New Zealand pada Februari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di Manila.

"John Key juga memaklumkan kepada saya, ada kemungkinan bahawa perjanjian ini ditandatangani di New Zealand pada awal bulan dua, sekiranya dalam konteks Malaysia, Parlimen memberi persetujuan kepada perjanjian TPP," katanya kepada pemberita di Manila di mana kesemua 12 pemimpin negara terlibat TPP bertemu buat kali pertama selepas teks perjanjian perdagangan itu dikeluarkan.

Mesyuarat itu dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata beliau telah menjelaskan kepada perdana menteri New Zealand mengenai proses ratifikasi Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPP dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang akan memahami peluang dan cabaran di bawah TPP.

Negara-negara yang terlibat TPP menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan ketiga kepada perdagangan global.

APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Daripada 21 negara itu, 12 negara terlibat dengan TPP.

Anggota APEC yang tidak terlibat dengan TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Rusia, Taiwan dan Thailand.

- Bernama

ALASAN TERBAEK dari Lebai Asyraf cuba bela Lebai Jamil.

Posted: 18 Nov 2015 05:45 PM PST

Pemimpin Malaysia BOLEH!

Posted: 18 Nov 2015 05:15 PM PST

Laporan Polis Terhadap NOW Melanggar Perlembagaan 711 ?

Posted: 18 Nov 2015 04:34 PM PST



Wah. Ini Sudah Semakin Menarik...
 
Bhai/DeeDee semua...

Gua dapat maklumat semalam bahawa tindakan YAPEIM membuat laporan polis berkaitan dengan pendedahan NOW adalah bersalahan dengan AKTA 711 iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang telah dikuatkuasakan oleh Parlimen Malaysia...

Nampaknyer.... Terdapat percanggahan tindakan yang boleh diambil.... Kalau PDRM  menangkap, menyiasat dan mendakwa NOW atas sebab laporan polis ini.... ianya secara tidak langsung akan bersalahan dengan AKTA 711...

Jadi... macam mana nie??? Hahaha...


Soalan Lazim : AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (AKTA 711 )

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]?

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] ialah akta yang baru digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap Pemberi Maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Sebagai contoh,sekiranya seseorang Pemberi Maklumat itu mendedahkan kesalahan rasuah majikan atau rakan mereka sendiri di tempat kerjanya, maka beliau berhak untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta ini.

2. Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?

Perlindungan yang diberikan merangkumi tiga perkara seperti berikut: perlindungan maklumat sulit. Sebagai contoh, maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan dan lain-lain; kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi maklumat.Sebagai contoh, seseorang pemberi maklumat, tidak boleh disaman atau didakwa oleh pihak yang telah didedahkan kelakuan tidak wajarnya; dan perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan. Sebagai contoh, seorang pemberi maklumat telah memberi maklumat mengenai perbuatan rasuah majikannya. Jika majikannya ingin mengambil tindakan balas seperti membuang kerja si pemberi maklumat itu, maka pemberi maklumat itu adalah dilindungi di bawah akta ini.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan tidak wajar?

Kelakuan tidak wajar bermaksud suatu kesalahan yang boleh terjumlah kepada kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut hendaklah diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau kontrak kerja. Manakala kesalahan jenayah pula adalah kesalahan yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang jenayah Negara ini seperti Kanun Keseksaan.

4. Apakah pula yang dimaksudkan dengan tindakan yang memudaratkan?

Tindakan yang memudaratkan termasuklah perbuatan mencederakan, ugutan, gangguan, diskriminasi, penamatan perkhidmatan, gantung kerja, ancaman atau apa sahaja yang menyebabkan kerugian yang disebabkan oleh mana-mana orang ke atas pemberi maklumat.

5. Kepada siapakah Akta ini terpakai?

Akta ini terpakai dalam kepada mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta. Semua badan, agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan badan swasta seperti syarikat adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini.

6. Bilakah pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta ini dan adakah pembatalan boleh dilakukan terhadap perlindungan yang telah diberikan?

Pada saat pemberi maklumat mendedahkan kelakuan tidak wajar (aduan), dia sudah menikmati perlindungan di bawah Akta ini.Perlindungan ini akan kekal selama-lamanya kecuali dibatalkan di bawah seksyen 11 Akta ini. Antara sebab-sebab pembatalan perlindungan adalah : pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu; pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu; pendedahan adalah remeh atau menyusahkan; pendedahan mempersoalkan merit dasar Kerajaan; pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/tindakan tatatertib yang lain; dan pemberi maklumat telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

7. Sekiranya saya mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar mengenai majikan saya, siapakah atau di mana saya perlu mendedahkan maklumat tersebut? Bolehkah saya mendedahkan melalui e-mel, telefon atau surat?

Pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysa (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. Agensi penguatkuasaan tidak akan menolak pendedahan tersebut atas dasar "no wrong door policy".

Mengikut Akta ini, pendedahan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengubahnya ke dalam bentuk bertulis. Pendedahan boleh dibuat secara e-mel, telefon atau surat tetapi tetap perlu hadir untuk pengesahan.

Untuk melindungi pemberi maklumat tersebut, pegawai yang diberi kuasa akan menghubungi pemberi maklumat untuk menghadiri temujanji supaya perlindungan di bawah Akta ini dapat dilaksanakan.

8. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh seseorang pemberi maklumat sekiranya tindakan memudaratkan telah dikenakan terhadapnya?

Pemberi maklumat dan orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat boleh menuntut remedi daripada mahkamah jika tindakan yang memudaratkan sebagai tindak balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar telah diambil atau pemberi maklumat bimbang tindakan yang memudaratkan akan diambil terhadapnya. Remedi yang boleh dituntut oleh pemberi maklumat : Ganti rugi atau pampasan; Injunksi (tegahan); atau Relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

9. Bilakah Akta ini dikuatkuasakan?

Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. 

‘Ustaz Kasanova’ kahwin 13 wanita diburu FMT Reporters

Posted: 18 Nov 2015 08:00 AM PST


ustaz

JAWI memburunya kerana gagal hadir di mahkamah pada 29 Oktober lalu bagi proses menyambung jaminan.

KUALA LUMPUR: Jawatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai ustaz kerana kesalahan kes nikah sindiket, perkahwinan tidak mengikut syarak dan mempunyai anak luar nikah.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, lelaki itu yang terkenal dengan gelaran 'ustaz kasanova' bernama Mohd. Razis Ismail lebih dan berumur 33 tahun.

Katanya, lelaki itu berpura-pura alim tetapi sebenarnya seorang gila seks dan telah berkahwin dengan 13 wanita yang kebanyakkannya pelajar universiti dan janda kaya menjadi mangsa.

Paimuzi berkata, lelaki berkenaan menggoda mangsa dengan mendakwa dia lepasan sekolah tahfiz dan masih bujang serta menggunakan gelaran 'ustaz Arrozi Abd. Rahman' dan 'Ibnu Ar Razi'
.
Katanya, JAWI telah menahan suspek pada 8 November 2012 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan lanjut kerana disyaki kesalahan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bagaimanapun suspek gagal hadir untuk proses menyambung jaminan pada 29 Oktober 2015 selepas salah seorang daripada isterinya ditahan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559) bagi kesalahan persetubuhan luar nikah.

Siasatan mendapati bahawa suspek telah bersekedudukan dengan wanita berkenaan dari tahun 2012 hingga tahun ini dan mempunyai dua anak luar nikah.

JAWI memohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Kasanova itu supayamenghubungi pegawai penyiasat JAWI, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol 1-800-88-1771.


FMT

The Truth Nothing But The Truth !!

Posted: 18 Nov 2015 07:30 AM PST

Ada Kah Kalian Sedar? Baki Akaun Semasa Negara Hanya Tinggal RM 5.0 Billion ?

Posted: 18 Nov 2015 07:00 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.BAKI AKAUN SEMASA KERAjaan.. Kini dah tinggal RM5 bilion SAHAJA !!! HUTANG NEGARA makin bertambah.. Kini RM852.8 bilion SAHAJA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

Edisi lawak: Bila dicabar, Hadi suruh Husam tumbuk bayang sorang-sorang!

Posted: 18 Nov 2015 06:15 AM PST


DATO MUSTAFA: SAYA TANYA ANDA JAWAB
Sifatnya rawatan pemulihan, seharusnya santai dan relaks. Mode bersantai menjadikan respon saya lambat sedikit.
1. Cabaran Bersumpah
Cabaran TGHH agar saya bersumpah SOLO saya kira adalah petanda kejayaan saya. Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti se orang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya. Sukan gusti memerlukan regu. Mustahil boleh ditentukan siapa pemenang hanya dengan menumbuk bayang se orang diri, sedangkan regunya hanya menonton di luar tali.
Jika fiqh mengenai li'an dan fiqh pendakwaan baik bersaksi atau tanpa saksi digunakan, kedua pihak perlu bersumpah. Saya tidak berniat memalukan Presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara Pas - Umno sejak Tok Guru masih hidup lagi.
Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti seorang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya. 2014 - Presiden Pas ada mencadangkan kerajaan Pas-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun Pkr menyertai Pas. Noktah.
2. Cabaran Debat Dato Mustapa Ali
Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cik Gu Pa. Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang. Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya.
Beliau boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu. Seumpama : Saya Tanya Anda Jawab. Merujuk cadangan beliau tujuan debat itu juga antara lain menentukan duduk cerita perjumpaan Pas - Umno di Selangor dua hari selepas Pru 2008. Rasanya bila matahari sudah keluar, petunjuk bintang tidak lagi mustahak.
Maksud saya, dengan kenyataan, qarinah atau bukti dan perkembangan terbaru, bukti lama sungguh pun kekal berguna, ditelan oleh bukti baru yang lebih besar. (Rujuk kenyataan terbaru Mursyidul Am tentang kerjasama Pas-Umno).
Bintang digunakan untuk menentukan kedudukan timur barat di gelap malam. Munculnya matahari, petunjuk bintang tidak lagi berguna kerana demikian cerahnya sinar matahari hinggakan bintang seakan sirna. Pertemuan Pas-Umno 2008 itu akan kekal dalam sejarah - terpulang kepada pengundi Selangor menilaikannya.
Arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya telah berjaya diubah. Tetapi fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu akan kekal sampai bila-bila. Cadangan Cik Gu Pa untuk turut memanggil YB Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya.
Ada pun pertanyaan beliau sama ada saya menjadi alat Dap, saya pertanyakan kembali kepada Cik Gu: Adakah Cik Gu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi? Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat? Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini? Alat siapa Cik Gu?
3. Kenyataan Terbaru Mursyidul Am
Mengenai Kerjasama Pas-Umno
Saya merujuk kepada laporan media seperti keratan di bawah. Sekalipun kenyataan ini belum lagi bertaraf seterang matahari, tetapi ia lebih mudah difahami. Paling tidak, seterang bulan purnama. Mengikut Islam, sekecil hilal ( bulan sabit) pun sudah boleh dijadikan dalil untuk memulakan ibadat sebesar puasa, ini kan pula bulan purnama.
Sudah cukup bagi yang prihatin, untuk mengambil pedoman. Kenyataan itu menunjukkan, perundingan kerjasama antara Pas-Umno MEMANG WUJUD.Jadi atau tidak, belum pasti, pertama. Kedua, bentuknya belum muktamad. Sebagai ahli Pas, saya lebih menghargai ketelusan sebegini. Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti.
Ketiadaan info kepada setengah ahli menimbulkan perbalahan yang berlarutan. Mereka berpencak silat dengan mata tertutup kerana maklumatnya disembunyikan, tapi bunyi dan desirnya telah wujud sejak 2008. Itu mungkin sebabnya Islam melarang memperdaya pengikut. Memperdaya bermakna pengikut tidak diberi tahu arah sebenar mereka dibawa sehingga sampai satu waktu, mereka tidak lagi boleh berpatah balik.
Apa yang diperlukan Pas kini ialah ketelusan. Samaada bila kerjasama itu akan dimuktamadkan dan bentuknya, tentu bergantung kepada banyak faktor, seperti kata Mursyidul Am, termasuk faktor strategi masa dan keadaan. Niatnya ada. Usahanya ada. Penafian dulu kini sudah meningkat menjadi pengakuan, sedikit demi sedikit seperti menyuntik ubat bius oleh doktor pakar.
Kini, terpulang kepada ahli Pas dan masyarakat awam menilai, membaca dan bertindak balas. Pas tidak boleh menghalang orang ramai membuat tafsiran sendiri, membuat bacaan politik dan bertindak balas sewajarnya.
Alhamdulillah, usaha kecil saya untuk Allah bukakan rahsia pergerakan belakang tabir selama ini dengan menyebut namaNya 'Al Khabir' sedikit sebanyak berhasil. Allah Maha Mengetahui rahsia tersembunyi dan tindakan terang semua hambaNya. Saya berterima kasih kerana Mursyidul Am memberikan pencerahan yang sudah lama dinantikan.
4. Pemuda Kelantan Kepingin Menjadi Tuan Rumah
Ahlan wasahlan. Oleh kerana statusnya adalah Pemuda Negeri, sebaiknya lingkaran regu dan maudhuknya bersifat negeri. Pemuda boleh aturkan saya berdebat atau berforum dengan mana-mana pimpinan kerajaan negeri yang ada. Baik tajuk berkerajaan mahu pun tajuk politik. Baik isu yang telah saya bangkitkan atau belum. Saya bersedia.
 
Husam Musa

Mahkamah Tinggi Putuskan Khairuddin Dan Mathis Tidak Melakukan Kesalahan Dibawah SOSMA..

Posted: 18 Nov 2015 05:30 AM PST



Penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, adalah tindakan polis tanpa membabitkan kerajaan dan mana-mana agensi lain.

Penahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu adalah di bawah bidang kuasa pihak polis.

"KDN serahkan sepenuhnya kepada polis untuk ambil tindakan, walaupun saya menteri yang bertanggungjawab menjaga pihak polis. Kini terpulang kepada Jabatan Peguam Negara dan polis memberi penjelasan mengenai siasatan. Jika ada unsur kesalahan berkaitan dengan SOSMA, maka tindakan boleh diambil.

"Sekiranya, ada yang merasakan SOSMA disalah guna, maka ada aspek bagi yang berkenaan untuk cabar ikut saluran undang-undang,"

Itu kata kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di Washington mengulas mengenai penahanan Khairuddin dan Mathias di bawah SOSMA..

Dan hari ini.. terbukti Zahid main cakap saja tanpa bersandarkan fakta..

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, pertuduhan yang dihadapi bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang tidak tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Sosma 2012. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian sebentar tadi. 
Sehubungan itu Khairuddin dan Matthias dibenarkan untuk diikat jamin RM10,000 namun diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah. 
Pertuduhan yang dihadapi kedua-duanya juga akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. 
Mahkamah juga menetapkan 12 Januari untuk pengurusan kes itu. Pada 19 Oktober, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Azman Husin memutuskan untuk merujuk kes melibatkan kedua-dua mereka ke mahkamah tertinggi negara bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Sosma. 
Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015. 
Lima lokasi tersebut termasuk Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Paris Perancis; Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland; Balai Polis Wai Chon Hong Kong; Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura. 
Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesekaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan - Sinar

Tak pasal-pasal dua orang tu kena duduk dalam...





ANAK SUNGAI DERHAKA

Enam lelaki Nepal ditahan berhubung kes bunuh kerani sekolah

Posted: 18 Nov 2015 04:45 AM PST



Kerani berusia 29 tahun dan tidak didedahkan nama oleh polis, dipercayai baru pulang dari tempat bekerja di sebuah sekolah apabila dirompak dan dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap, kira-kira pukul 2 petang.


MUAR: Enam lelaki warga Nepal ditahan bagi membantu siasatan susulan pembunuhan seorang kerani wanita di Muar petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata kesemua suspek berusia antara 25 dan 43 tahun itu ditahan beberapa jam selepas kejadian.

Kerani berusia 29 tahun dan tidak didedahkan nama oleh polis, dipercayai baru pulang dari tempat bekerja di sebuah sekolah apabiladirompak dan dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap, kira-kira pukul 2 petang.

Menurut jiran, mangsa mungkin pulang ke rumah pada waktu itu untuk makan tengah hari atau mengambil barangan.

"Namun mereka (jiran) tertanya-tanya apabila enjin kereta mangsa masih tidak dimatikan sehingga pukul 5 petang biarpun sudah masuk ke rumah, menyebabkan mereka meninjau persekitaran rumah," kata Azman pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata jiran terkejut mendapati pintu rumah depan terbuka lantas menghubungi polis, sebelum mangsa dijumpai terbaring di bilik utama rumah itu dengan lehernya dijerut tali pengikat langsir.

Kata Azman, sejumlah barang kemas, dompet, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri milik mangsa hilang dalam kejadian itu, namun polis tidak menemui sebarang senjata dan kesan pecah rumah di tempat kejadian.

"Buat masa ini, siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar menjadi pembunuhan manakala motif dan punca kematian masih disiasat," katanya.

Polis turut meminta orang ramai agar menjaga sensitiviti keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan berita palsu dan gambar mangsa di laman sosial Facebook.

PAC mengaum tapi tiada gigi – Tony Pua Adam Abu Bakar

Posted: 18 Nov 2015 04:00 AM PST


tony-pua_pac_600Badan itu tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan atau kegiatan salah laku kementerian-kementerian yang telah disiasat.

KUALA LUMPUR: Kuasa dan pengaruh yang ada pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) amat mengecewakan di mana segala siasatan yang dilakukan oleh PAC tidak diambil serius oleh pihak kerajaan.


Anggota PAC, Tony Pua berkata, badan itu tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan atau kegiatan salah laku pihak yang telah disiasat.

"PAC hanya berhak memanggil, menyoal dan menyiasat badan-badan atau kementerian-kementerian yang didapati terlibat dalam rasuah, itu sahaja.

"Kita boleh siasat tetapi tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan. PAC hanya menghulurkan laporan siasatan kepada Parlimen dengan harapan ia diberikan kepada kementerian," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga kesal apabila banyak keputusan hasil siasatan, mesyuarat dan analisis yang dibuat oleh PAC seolah-seolah dibuang begitu sahaja.

"Mengikut rekod, apa sahaja yang dibangkitkan PAC tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Kita boleh mengaum, tetapi tidak mempunyai gigi," katanya lagi.

Sebelum itu, Tony Pua bersama Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012, siri 2 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober 2013 berkenaan lima unit loji insinerator di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Cameron Highlands, Pulau Tioman, dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menelan belanja RM187.74 juta gagal beroperasi secara optimum.


FMT

Tiada keperluan panggil Najib, Jho Low untuk siasatan 1MDB- PAC Adam Abu Bakar

Posted: 18 Nov 2015 03:15 AM PST


hassan-ariffin,najib-razak Kenyataan Hasan Ariffin itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk disiasat dalam skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tidak perlu pada masa ini," kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin di Parlimen pada Rabu.

Ahli Parlimen Rompin itu berkata, jutawan Low Taek Jho (Jho Low) juga tidak akan dipanggil memandangkan nama jutawan itu tidak ada dalam skop siasatan PAC.

"Kita kena tengok terlebih dahulu kerangka kerja sama ada dia perlu dipanggil atau tidak dalam isu ini (1MDB). Sehingga kini, pihak polis sendiri tidak tahu di mana dia berada," katanya.

Kenyataan Hasan mengenai keperluan Najib dipanggil untuk disiasat itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.

Sebelum ini, Nur Jazlan berkata, PAC mungkin akan memanggil Najib bagi membantu siasatan berhubung kes pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda akan dipanggil untuk siasatan PAC pada 1 Disember manakala bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi telah diarahkan hadir pada 25 November in


FMT

Najib kecam pembunuhan Bernard Then - Mohamad Fadli

Posted: 18 Nov 2015 02:30 AM PST


najib_bernard-thien_600
PM yang terkejut dengan perbuatan itu meminta pihak berkuasa menentang mereka yang melakukan perbuatan berkenaan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengutuk keras pembunuhan tebusan warga Malaysia yang diculik , Bernard Then.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau yang terkejut dengan perbuatan itu dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Kumpulan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan itu.

"Kami menyeru pihak berkuasa bertindak menentang mereka yang telah melakukan keganasan dan perbuatan kejam ini dan memastikan bahawa mereka di bawa ke muka pengadilan.

"Kami juga akan memberikan kerjasama penuh kami kepada agensi berkaitan dan pihak berkuasa yang bertangggungjawab dalam siasatan kes itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pihaknya, sedang menunggu maklumat rasmi berhubung perkembangan itu.

Bagi tujuan berkenaan, beliau menyerahkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tindakan selanjutnya.

"Itu berita daripada Mindanao… Secara rasmi kita belum dapat sahkan berita itu… Kita telah minta maklumat daripada pihak berkuasa.

"Walaupun maklumat daripada risikan ada kesahihan, tetapi, kita kena tunggu maklumat yang rasmi dahulu untuk mengesahkannya.

"Saya serahkan kepada KPN untuk siasat kes itu, " katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan sidang kemuncak pemimpin belia ASEAN di PWTC.

Mangsa yang diculik di sebuah restoran di Sandakan pada Mei lalu dilaporkan telah dipenggal kepalanya petang semalam selepas rundingan berhubung wang tebusan gagal.


FMT

Pegawai Khas Rosmah ajak Akmal minum petang FMT Reporters

Posted: 18 Nov 2015 01:45 AM PST


rizalIa bagi menjelaskan senarai persatuan dan organisasi yang dinaungi isteri Perdana Menteri

PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyuarakan keinginan untuk bersemuka dengan Ketua Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.
Pelawaan itu dibuat di laman Facebooknya.

"Saya nak jemput Akmal Nasir NOW minum petang.. Sambil tu boleh sembang.. Boleh saya terangkan definisi penaung..

"Akmal tanya soalan saya jawab.. Saya tanya soalan Akmal jawab..

"Saya juga boleh beritahu senarai Persatuan dan Organisasi yang mana DS Rosmah menjadi Penaung," tulisnya.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Akmal membangkitkan kecurigaannya terhadap Datin Seri Rosmah Mansur sekiranya isteri Perdana Menteri itu dipilih menjadi penaung Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

"Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NOW pada Selasa.

Ia menjadi isu hangat apabila NOW mempersoal peruntukan yang diterima Pemangkin daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim), yang didakwanya dicemari dengan pelbagai kontroversi termasuk penyalahgunaan dana.

FMT

Kami Tetap Bertenang Menunggu Hari Rabu Yang Dijanjikan !!

Posted: 18 Nov 2015 01:00 AM PST



Baru-baru ni Malaysia dikejutkan dengan pengfitnohan terhadap Dato Seri Jamil Khir Toyo. 

Maafkan Amran silap tulis, Dato Seri Jamil Khir Baharom diatas isu pecah amanah bernilai RM 410,978,56 kerana menggunakan wang zakat untuk bermain golf.

Amran nak cakap sikit lah dekat puak-puak pembangkang yang fitnah Dato Seri Jamil ni, korang kalau ilmu agama tak cukup didada, jangan pandai-pandai nak masuk campur hal orang agama. Agama untuk wang, wang untuk agama. Sebab apa Amran cakap macam tu ?

Sebab Dato Jamil Khir Toyo tidak bersalah. Cerita sini habis sini ye, ni cerita kita dua je lanjioo. sebenarnya duit yang dibelanjakan tu ialah duit gaji dia sendiri, "1/8 daripada pungutan zakat adalah upah amil zakat" dan Baharom ni sebenarnya adalah Amil Zakat. Huhu