Isnin, 16 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Shah Alam sesak akibat banjir kilat FMT Reporters

Posted: 16 Nov 2015 08:30 PM PST


Operasi komuter di Batu Tiga terpaksa dihenti selepas landasan ditenggelami air. 

shah-alam-banjir
PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor ditenggelami banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam.

Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga antara kawasan yang teruk terjejas.

Banjir kilat turut menenggelamkan landasan keretapi sehingga menyebabkan operasi komuter di Stesen Komuter Batu Tiga terjejas.

Dalam kenyataannya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, perkhidmatan komuter dan kereta api di stesen berkenaan tidak dapat beroperasi buat sementara waktu kerana landasannya dinaiki air.

Sehingga jam 6 petang, jalan utama keluar masuk ke bandar ini turut mengalami kesesakan lalu lintas namun masih terkawal.

Kekalutan dan banjir kilat yang berlaku kemudian dikongsi orang ramai di laman sosial termasuk di Facebook.

Kemenangan PKR di Sarawak pasti mampu membawa perubahan besar kepada kuasa dalam PRU14.

Posted: 16 Nov 2015 08:00 PM PST

Dinesh Selvarajoo's photo.

Sekiranya AMK Sarawak melaksanakan program hebat untuk menggerakkan jentera AMK Sarawak seperti ini mulai sekarang pastinya 10 DUN Sarawak mampu dimenangi PKR dalam PRN akan datang.
 

Sekiranya AMK PUSAT bergabung tenaga mengembleng gerakan bersama AMK Sarawak sekerap mungkin mulai sekarang pastinya bukan mustahil 20 DUN Sarawak menyaksikan BN akan tumbang di tangan PKR.

Gaji pekerja swasta rendah, Najib gesa majikan kongsi keuntungan

Posted: 16 Nov 2015 07:30 PM PST

 Sektor swasta negara disarankan berkongsi keuntungan syarikat dengan kakitangan mereka dengan menetapkan kadar pampasan sekurangnya 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020, kata Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015.
Sektor swasta negara disarankan berkongsi keuntungan syarikat dengan kakitangan mereka dengan menetapkan kadar pampasan sekurangnya 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sektor swasta negara disarankan berkongsi keuntungan syarikat dengan kakitangan mereka dengan menetapkan kadar pampasan sekurangnya 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sektor swasta negara ini disarankan berkongsi keuntungan syarikat dengan kakitangan mereka dengan menetapkan kadar pampasan sekurangnya 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, di Malaysia, peratusan pampasan pekerja berada pada pada 34% kepada KDNK pada 2014, dan majikan perlu meningkatkannya bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang Wawasan 2020.

"Dalam menangani isu M40, sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat agihan pendapatan secara adil," katanya, merujuk kepada golongan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan.

"Kini di Malaysia, peratusan pampasan pekerja adalah pada kadar 34% kepada KDNK pada 2014, dan ini adalah rendah jika dibandingkan dengan paras negara maju yang kita hendak capai," kata Najib, dalam blognya.

Beliau berkata, melalui kaedah itu, kakitangan syarikat swasta mampu mengharapkan pendapatan yang lebih adil daripada syarikat tanpa menjejaskan produkriviti mereka.

"Saya menyeru majikan supaya lebih inklusif dalam perkongsian pai ekonomi dan keuntungan syarikat agar dapat mencapai sasaran pampasan pekerja sekurangnya 40% kepada KDNK pada 2020.

"Dengan ini, kakitangan boleh mengharapkan pendapatan yang lebih saksama daripada syarikat mereka tanpa menjejaskan produktiviti," katanya.

Najib sebelum ini membentangkan Bajet 2016 dengan tema Mensejahtera Kehidupan Rakyat di Dewan Rakyat, Parlimen.

Bajet 2016 itu katanya merupakan satu belanjawan inklusif yang dapat menangani keadaan ekonomi semasa.

"Ia penting untuk kerajaan memastikan golongan M40 terus memaksimumkan potensi sepenuhnya dengan merealisasikan aspirasi mereka yang mana mereka turut diperuntukkan dengan asas kewangan yang selesa supaya dapat meningkatkan kuasa beli atau meningkatkan simpanan bagi persaraan," katanya.

Tambahnya lagi, golongan M40 adalah sangat penting kepada kesejahteraan negara kerana mereka adalah tunjang kepada perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta kita.

"M40 juga merupakan satu kumpulan yang kritikal untuk sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan," katanya.

Beliau turut berkata, strategi yang digariskan dalam Bajet 2016, akan menggalakkan peningkatan mobiliti sosial, manakala pada masa sama, memupuk nilai kekeluargaan yang sebenar sebagaimana budaya kita.

"Untuk mempunyai asas ekonomi yang kuat dan berdaya saing, kita memerlukan golongan M40 yang kuat dan berdaya saing juga."


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Berapa Duit Angkatan Tentera Yang Disalahgunakan..??

Posted: 16 Nov 2015 07:00 PM PST

Guruyaya OK Papazi's photo.

MACAM ADA UDANG JER HEHEEE...DAH BERAPA BANYAK AGAKNYA DUIT DARI TABUNG ANGKATAN TENTERA DISALAHGUNAKAN HANYA ZETI YANG TAHU...!!!...~~

Pindaan mahu gugur Gabenor dari panel pelaburan

PARLIMEN l Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom hari ini membentangkan Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1973 pada persidangan Dewan Rakyat untuk menggugurkan Gabenor Bank Negara Malaysia atau timbalannya daripada menganggotai panel pelaburannya.

Di bawah Akta yang dipinda, panel pelaburan itu akan dikurangkan kepada lima orang ahli.

Ia bakal terdiri daripada pengerusi, yang dilantik oleh menteri atas nasihat lembaga; panglima angkatan tentera; timbalan ketua setiausaha sebagai bendahari; dan dua ahli yang berpengalaman dalam perniagaan dan kewangan yang juga dilantik oleh menteri.

Rang undang-undang itu dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga semasa sesi parlimen yang berakhir pada 3 Dis

Satu bahagian baru yang juga diperkenalkan adalah untuk membolehkan lembaga, dengan kelulusan Menteri, untuk mengawal selia terma dan syarat-syarat bagi pengeluaran dana.


BLM

Hishammuddin mendedahkan bahawa beliau adalah antara pemimpin yang menjadi sasaran kumpulan militan itu.

Posted: 16 Nov 2015 06:30 PM PST

'Beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran IS'





Beberapa pemimpin Malaysia dilaporkan berada pada senarai sasaran kumpulan pengganas Negera Islam (IS).

Menurut The Star Online, ini berdasarkan laporan perisikan yang diterima oleh badan-badan keselamatan negara di negara ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam mendedahkan bahawa beliau adalah antara pemimpin yang menjadi sasaran kumpulan militan itu.

Maklumat itu telah dimaklumkan sebelum mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean bersama di Langkawi pada bulan Mac.

"Saya sahkan bahawa IS mensasarkan pemimpin-pemimpin kita, tetapi ancaman itu tidak akan menghalang kita daripada terus memerangi keganasan dalam negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali di Kluang, Johor.

Hishammuddin percaya ancaman serta ugutan terhadap beberapa tokoh terkenal termasuk beliau itu dikeluarkan sejak sekian lama yang berkemungkinan hanya untuk tujuan menakut-nakutkan mereka.

Seorang pegawai Bukit Aman berkata antara yang menjadi sasaran termasuk anggota kanan kabinet.

"Kami dapat tahu tentang pelan induk mereka apabila menyoal anggota IS Murad Halimuddin (yang telah didakwa dan dipenjarakan).

"Murad berkata mereka mahu menculik pemimpin yang mereka anggap sebagai 'tagut'.

"Mereka juga mengancam untuk bertindak terhadap anggota polis dan tentera yang mereka dakwa sebagai penyokong pemimpin 'tagut," kata seorang pegawai Bukit Aman, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Hishammuddin berkata, serangan pengganas di Paris adalah peringatan betapa bahayanya ancaman pengganas itu.


- mkini

Pengaruh Syiah Semakin Meluas.....???

Posted: 16 Nov 2015 06:00 PM PST

Keris Gokuku's photo.
Syiah menyerap masuk ker malaysia sejak awal lagi ,masa tu aku ingat lagi kumpulan tarikat dari indonesia asik memuja saidina ali ,ade yg tak kena kate aruah ibuku...masa itu umurku 4 tahun , kini dah 52tahun ,lamo tuh

Mustapa sudah gaharu cendana pula?

Posted: 16 Nov 2015 05:30 PM PST

TULISAN KECIL
 
Mustapa Ali berkata dia mahu Husam Musa bersemuka dengannya bagi menjelaskan dakwaan yang mengatakan Abdul Hadi Awang ingin menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor. Mustapa merujuk kepada pendedahan Husam di Kota Bharu baru-baru ini. Dalam persemukaan itu katanya ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad juga akan dipanggil.

Katanya dia berharap Husam dan Khalid akan bercakap benar. Kenapa Mustapa menggunapa perkataan itu, "bercakap benar" apakah dia seorang yang tidak oportunis?

Kenyataan Mustapa itu memberi gambaran bahawa apa didakwa Husam itu tidak berlaku dan hanya cerita Husam sahaja.


Sudah tentu kalau Husam atau Abdul Khalid datang mereka berdua akan terperangkap. Baik Husam dan Abdul Khalid tidak dapat membuktikan apa yang didakwa itu kerana ia tidak berlaku. Pembentukan kerajaan itu di peringkat cadangan dan harsat Hadi dan beberapa pemimpin lain berkepntingan sahaja. Kalau bukan mereka membantah sudah tentu ia menjadi kenyataan.

Perundingan ke arah itu memang sudah pun berjalan. Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Amat pernah menceritakan kepada saya bahawa dia menjadi tukang bawa Abdul Hadi, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain berjumpa dengan Abdullah Badawi. Alwi ketika itu Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Alwi mendedahkan ini kepada saya ketika kami di Makkah dua tahun setahun lepas.

Mustapa juga ada dalam mesyuarat bagaimana Hadi disoal dengan cadangan itu. Jadi untuk apa Mustapa mengajak Husam untuk bersemukakan terhadap perkara yang beliau tahu dan beliau sendiri terlibat dengan rancangan itu. Janganlah apabila sudah gaharu bercendana pula.

Kerana bukti berhubung perkara itu sukar dibuktikan, tidak dicatat dalam minit mesyuarat maka elok kalau Abdul Hadi tanpil ke depan dan menafikan apa yang didakwa Husam itu. Ramai AJK Pas yang boleh menjadi saksi terhadap apa yang berlaku. Hadi tidak boleh biarkan kepada Mustapa menjadi tukang jawab dan membelanya.

Makanya adalah elok baik bagi Husam, Khalid atau sesiapa juga tidak melayani cadangan Mustapa itu. Mustapa mengemukakan cadangan itu kerana dia ingin mempertahankan yang presidenya benar dan betul sahaja. Mustapa membuat cadangan itu apabila dunia sudah dapat berasakan Hadi "terkanyak" dan kekok untuk menjelaskan apa yang didedahkan Husam itu. [wm.kl.9:35 pm 16/11/15]


Setelah Diasak.. Ini Kenyataan Najib Berkenaan YaPEIM

Posted: 16 Nov 2015 04:45 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) boleh mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.

Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di Antalya, Turki mengenai dakwaan wang Yapeim yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah disalahgunakan untuk membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rombongannya ke luar negara.

Mengenai tindakan Jamil untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut, Najib berkata, "Kalau beliau yakin tidak bersalah, beliau boleh ambil apa-apa tindakan sama ada 'criminal defamation' ataupun civil defamation".

Ditanya sama ada hal sedemikian merupakan satu usaha untuk mencalar imej kerajaan, beliau berkata perkara sebegitu akan sentiasa ada.

Semalam, Jamil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Jamil turut menjelaskan dakwaan yang dibuat Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir  program di Amerika Syarikat (AS) bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku menteri.

Menurut Jamil, lawatan beliau ke AS pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS.

Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta Kanada.

 
Addin

Bajet 2016 - Hanya 3 MP PAS Undi Tolak Bajet

Posted: 16 Nov 2015 04:00 PM PST



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS dilihat tidak sepakat dalam membuat keputusan apabila tiga daripada 14 ahli Parlimen parti itu menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) di peringkat dasar.

Tiga ahli Parlimen tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pasir Putih Datuk Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah.

Mahfuz berkata, beliau menolak Bajet 2016 kerana tidak mahu ia membebankan rakyat.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat. Rakan-rakan lain mereka tidak mengundi menyokong bajet, sama sahaja.

"Bagi saya bajet ini sangat tidak memberikan kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita. Saya undi untuk rakyat," kata Mahfuz.

Malah, Mahfuz juga tidak gentar untuk berdepan dengan sebarang tindakan atas tindakan tersebut kerana menyifatkan keputusan yang dibuat beliau tidak berbeza dengan keputusan yang buat partinya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz enggan mengulas keputusan tiga ahli Parlimen itu.

Daripada 14 ahli Parlimen PAS, empat tidak hadir pada sesi undian tersebut manakala tujuh lain kekal dengan keputusan berkecuali.







Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Katanya, kesemua Ahli Parlimen PAS juga telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul itu.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi membangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

"Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016," kata Abdul Hadi.

Pada sesi undian di peringakat dasar itu, 128 ahli Parlimen menyokong Bajet 2016 di mana Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyatakan sokongan beliau.

75 ahli Parlimen menolak dengan pecahan 30 daripada PKR, 35 DAP dan enam Parti Amanah Negara (Amanah).

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI BUAT SAHABAT SEMUA !

Posted: 16 Nov 2015 03:30 PM PST


Zar Ali's photo.

SIAPA DIBELAKANG TPPA? - Oleh Wan Fayhsal

Posted: 16 Nov 2015 08:15 AM PST


SEJARAH GELAP YANG MENGABURI HAKIKAT PENJAJAHAN MELALUI "PERDAGANGAN BEBAS"

November 16, 2015

SIAPA DIBELAKANG TPPA? - SEJARAH GELAP YANG MENGABURI HAKIKAT PENJAJAHAN MELALUI "PERDAGANGAN BEBAS"



Tanggal 14hb November 2015, penulis sempat menghadiri Majlis Penerangan Perdana berhubung 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 di PWTC.

Suasana majlis sangat meriah lagi padat kerana rakyat berduyun-duyun hadir untuk mendengar ulasan daripada pemimpin yang diamanahkan menjaga ketiga-tiga perkara tersebut.

Rata-rata yang hadir terdiri daripada ahli UMNO (banyak makcik-makcik tudung merah) dan juga wakil parti komponen BN.

Secara ringkas gambar besar hadirin terdiri daripada orang awam dan penerangan dibuat dalam Bahasa Melayu dalam gaya bahasa yang sangat mudah dan rendah.

Penulis tidak sempat bertanyakan soalan kepada Encik Azrul Kanda, CEO dan Presiden 1MDB kerana tiada kesempatan berbuat demikian dek kerana kepadatan hadirin untuk bergerak menuju ke pentas bertanya soalan.

Adapun demikian penulis sempat bertanyakan satu soalan yang penulis permudahkan dan ringkaskan dengan padat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Penulis telah diberi peringatan oleh pengerusi majlis, Datuk Ahmad Maslan bahawa soalan harus ringkas dan padat memandangkan masa yang diperuntukkan agak suntuk.

Sebelum sesi soal jawab berlangsung, DS Mustapa menyampaikan pembentangan tentang TPPA pada tahap yang amat mudah untuk difahami. Ianya lebih berbentuk seperti kuliah "Perdagangan Bebas 101" (Free Trade 101) yang penulis fikir sudah pun diketahui ramai akan manfaat pasaran terbuka dan perdagangan bebas yang diajar dalam mata kuliah ekonomi.

Pembentangan DS Mustapa amat pro-TPPA. Tiada langsung penyataan kritis terhadap TPPA. DS Mustapa mempertahankan bahawa dengan menyertai TPPA, ianya tidak akan bawa kepada penjajahan ke atas negara kita.

Penulis berhajat untuk mendapatkan ulasan lanjut daripada DS Mustapa dalam sesi soal jawab tapi penulis sedar keadaan dan hadirin yang ada tidak begitu kondusif untuk dibahaskan secara lebih teknikal.

Penulis hanya sempat bertanya perihal TPPA yang dibandingkan sebagai sama penting seperti sebuah kapal perang besar Amerika yang dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Pertahanan (jawatan seperti menteri pertahanan kita) Ash Carter yang merupakan sebahagian daripada strategi "Paksi Asia" yang digagaskan oleh Presiden Obama untuk mengimbangi negara China yang semakin meningkat berkuasa di rantau ini. Penulis membangkitkan kerisauan akan risiko yang bakal diundang ke atas negara dalam keadaan China merupakan rakan dagang terbesar (import dan eksport) buat Malaysia.

Jawapan DS Mustapa seperti dalam video tidak begitu jelas dan amat ringkas. Beliau berhujah bahawa wakil China tidak pernah membangkitkan kerisauan berkenaan kedudukan Malaysia dalam TPPA dalam hubungan dagang dengan China. DS Mustapa juga tambah bahawa kita terlibat sama dalam rundingan blok perdagangan yang ditunjangi China iaitu RCEP.

Jujurnya penulis agak hampa dengan jawapan balas DS Mustapa dan penafian risiko penjajahan oleh beliau melalui TPPA hanya didasari dengan hujah "simplistic" memandangkan pelaburan Malaysia ke Amerika lebih besar berbanding pelaburan yang Malaysia terima daripada Amerika, semua itu kata beliau tidak menunjukkan Malaysia menjajah Amerika.

Penulis fikir ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi berhubung premis DS Mustapa bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas TPPA tidak akan menatijahkan sebarang bentuk penjajahan ke atas negara kita. Untuk itu kita harus menilai beberapa premis penting dan juga genesis (sejarah awal) bagaimana perdagangan bebas yang diperjuangkan negara Barat seperti Amerika Syarikat itu bermula dalam sejarah dunia.

BERBAGAI-BAGAI JENIS PENJAJAHAN

Penjajahan tidak boleh disempitkan sekadar kehilangan kedaulatan secara mutlak seperti Palestin yang dirampas banyak hak asasi mereka.

Penjajahan boleh difahami dalam dua bentuk:

(1) Penjajahan Langsung (Formal)
(2) Penjajahan tidak langsung (Informal)

Penjajahan "informal" selalunya timbul melalui pintu ekonomi khususnya melalui jalan perdagangan. Dan kebiasaanya dalam sejarah, penjajahan "informal" ini akan berubah menjadi penjajahan "formal" yang lebih mencengkam.

Penjajahan "informal" juga sering hadir dalam bentuk di mana kedaulatan sesebuah negara menjadi semakin longgar bilamana kuasa mengurus tadbir dan membuat keputusan menjadi semakin lemah akibat tekanan daripada penjajah "informal" ini.

Kes terbaru ialah negara Greece. Biarpun ianya masih wujud sebagai sebuah negara berdaulat, masalah hutang negara yang menggila telah menjadikan Greece seperti sebuah "negara tawanan" (vassal state) kepada peminjam Greece yang terdiri daripada bank-bank Eropah yang turut sama dikawal selia oleh Bank Pusat Eropah (European Central Bank – ECB) yang berpusat di Frankfurt, Jerman).

Dasar-dasar kewangan dan ekonomi negara Greece kini tidak lagi boleh ditentukan oleh kerajaannya di Athens kerana banyak syarat-syarat ketat yang dipaksa oleh ECB ke atas Greece demi memastikan Greece tidak lagi gagal melunaskan hutang tertunggak (defaulted). Maka banyak aset negara Greece seperti pulau, lapangan terbang dipaksa gadai oleh ECB melalui dasar pengswastaan kepada syarikat asing agar kerajaan Greece dapat menjana tunai untuk membayar hutang. Bukan itu saja, kerajaan Greece ditekan oleh ECB untuk memotong bajet negara mereka seperti pemotongan subsidi dan catuan pengeluaran tunai oleh bank tempatan Greece kerana keutamaan bajet negara adalah untuk melangsaikan hutang kepada bank-bank Eropah yang memberi pinjaman kepada Greece.

Hal yang sama pernah berlaku kepada banyak negara-negara Latin Amerika, Afrika dan jiran kita Indonesia kerana gagal membayar hutang. Demi melangsaikan hutang, mereka mengambil pakej bantuan kewangan IMF dan Bank Dunia yang meletakkan syarat bahawa kerajaan mereka harus membuka pasaran dan memotong subsidi agar syarikat dan produk swasta dari luar dapat membeli aset-aset negara mereka dengan harga yang murah.

Akhirnya negara-negara ini walaupun masih punya kedaulatan politik, dari segi ekonomi mereka tidak dapat kawalan sepenuhnya kerana perjanjian yang dimeterai amat merugikan mereka.

Negara-negara tertawan secara "informal" (vassalages) selalunya mempunyai "penawan 'informal'" yang dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai "suzerain".

Contoh terbaik "vassalages" moden ialah Jerman dan Jepun yang kalah Perang Dunia Ke-2 dan menerima Amerika Syarikat sebagai "suzerain" mereka.

Apa buktinya? Jerman dibawah Perjanjian Postman 1945 yang dipersetujui tiga kuasa besar Bersekutu (Allied) iaitu Amerika, Britiain dan Kesatuan Soviet (kini Russia) telah menubuhkan "Allied Control Council" bagi merencana semula Jerman khusus proses "penyah-Nazi-an" (denazification) dan penyah-ketenteraan (demilitarization). Jepun juga menerima nasib yang sama bilamana perlembagaan baru mereka pasca Perang Dunia ke-2 disusun oleh Supreme Commander Bersekutu dari Amerika Syarikat iaitu General Douglas MacArthur.

Jerman dan Jepun dikawal secara perundangan (perjanjian bersama Amerika Syarikat) juga melalui perlembagaan mereka untuk tidak boleh memiliki badan ketenteraan yang agresif; hanya untuk pertahanan. Jerman di kawal oleh NATO secara kolektif sebagai pertahanan Eropah dan Jepun secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat melalui perjanjian "Anpo jōyaku". Kedua-dua negara ini dipaksa menerima pengkalan dan kemudahan (facilities) tentera Amerika Syarikat yang berpuluh-puluh jumlahnya.

Banyak kumpulan yang membantah TPPA khususnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang menentang IMF dan Bank Dunia iaitu Tun Mahathir menyatakan bantahan mereka kepada TPPA atas dasar ini iaitu penjajahan "informal" yang datang melalui pintu ekonomi. Rakyat di negara sendiri merempat kerana peluang ekonomi telah diambil oleh orang asing akibat syarat-syarat yang menghalang daripada perlindungan pasaran yang dikenakan pihak yang memberi pinjaman kepada negara.

SEJARAH GELAP PERDAGANGAN BEBAS YANG MENATIJAHKAN PENJAJAHAN LANGSUNG

Benarkah "Perdagangan Bebas" (Free Trade) yang menjadi asas hubungan dagang TPPA ini benar-benar bebas dan adil?

Adakah padang permainan yang peraturannya dilakar oleh Amerika Syarikat selaku pencadang TPPA ini mampu memberi keadilan kepada semua? Yang tersurat, seperti hujah DS Mustapa sudah tentuk beliau kata "ya, TPPA adalah adil dan lebih banyak manfaat daripada mudarat".

Pandangan sebegitu pada hemat penulis adalah versi "sanitized" yakni gambaran yang terlampau optimis dan tidak menggambarkan hakikat sejarah perdagangan bebas.

Untuk memahami hakikat sebenar, kita haruslah faham yang tersirat berhubung peranan perdagangan bebas sebagai alat pengacah untuk menjajah ekonomi seterusnya negara yang kalah dalam berdagang.

Bila bercakap tentang sejarah perdagangan bebas kita tidak dapat lari daripada mengkaji sejarah Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company – BEIC).

Britain menjadi kuasa imperial dunia pada satu ketika dahulu kerana mereka merajai laut (controlling the seas) yang merupakan laluan perdagangan utama dunia.

Britain tidak menghantar askar untuk menjajah India, juga Tanah Melayu sebaliknya yang pertama sekali datang dan dihantar oleh keluarga diraja Britain ialah para pedagang BEIC. Sosok seperti Francis Light yang ambil Pulau Pinang daripada Kedah dan Stamfford Raffles yang ambil Singapura [dulu Temasik] daripada Kesultanan Johor adalah pedagang yang berkait dengan BEIC bukannya askar diraja Inggeris.

Keluarga diraja Britain hanya ada kuasa tidak langsung (indirect control) ke atas BEIC yang diberi piagam (charter) seperti satu lesen untuk mereka berdagang ke seluruh dunia khususnya kuasa memonopoli jalan perdagangan di sebelah Timur bagi pihak kerajaan British. BEIC juga diberi lesen untuk memiliki tentera persendirian (private armies) untuk mengawal selia aktiviti perdagangan mereka.

Ringkasnya modus operandi BEIC adalah mendapatkan lesen berdagang juga tempat berniaga yang khusus (trading post) di pelabuhan-pelabuhan penting di Timur. Dari kebenaran inilah mereka mendapat "market access" sama seperti mana yang DS Mustapa kerap pertahankan akan kepentingan TPPA buat Malaysia.

Bermula dengan "trading post", para pedagang BEIC membiasakan diri dengan budaya, bahasa dan perundangan setempat baik di India, China dan Alam Melayu. Lama kelamaan mereka mendapat hati para pembesar tempatan dan membina jaringan persahabatan sampailah kepada istana.

Daripada "trading post" mereka diberi keizinan untuk membina kilang-kilang untuk pengeluaran produk. Bila perniagaan dan perdagangan mereka bertambah maju, askar persendirian mereka juga makin meningkat.

Kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang ada pada BEIC ini akhirnya menjadi asas kepada kerjasama erat antara BEIC dan golongan istana dan pembesar. Masing-masing daripada golongan ini cuba mendapatkan bantuan perlindungan daripada BEIC untuk menjaga mereka daripada golongan pemberontak dalam istana mahupun diluar. Seperti contoh golongan Nawab (pembesar Muslim di India) yang mendapatkan bantuan perlindungan BEIC akan memberi konsesi perdagangan kepada BEIC sebagai bayaran perlindungan.

Persaingan Syarikat Hindia Timur daripada negara Eropah lain seperti Perancis yang turut sama memberi perlindungan kepadada pembesar tempatan yang lain. Persaingan sengit antara syarikat-syarikat ini akhirnya menimbulkan permintaan daripada BEIC untuk menaik tarafkan kilang-kilang mereka menjadi kubu-kubu pertahanan (forts – seperti contoh Fort Cornwallis di Pulau Pinang) dengan alasan melindungi kepentingan perdagangan mereka.

Para pedagang BEIC ini juga licik dalam melagakan sesama pembesar tempatan dan istana agar kebergantungan mereka kepada BEIC semakin mengukuh. Bilamana konflik yang dileraikan oleh BEIC untuk pembesar tempatan menunjukkan hasil rasa keberhutangan kepada BEIC menjadi lebih besar.

Persaingan antara BEIC dan Syarikat Hindia Timur Perancis (FEIC) akhinya mencetuskan Pertempuran Palashi (Battle of Plassey) di Bengal pada 1757. BEIC pantas menghidu peluang untuk melemahkan pembesar Bengal Siraj al-Dawlah yang banyak persoalkan keuntungan luar biasa syarikat-syarikat Eropah ini yang menggunakan kekayaan perdagangan mereka untuk memperbesarkan lagi kubu-kubu mereka atas alasan melindungi kepentingan mereka di India. Ada banyak pertempuran lanjutan dan jalan cerita yang kompleks tetapi peristiwa penting ialah BEIC tidak akan mengalah dengan Siraj al-Dawlah. BEIC merasuah Mir Jafar yang merupakan komander tentera Siraj al-Dawlah dan juga berjanji melantik Mir Jafar sebagai pengganti Siraj al-Dawlah maka berlakukah pertempuran sengit dan panjang sehingga akhirnya Siraj al-Dawlah dikalahkan melalui pakatan BEIC dan Mir Jafar.

Seperti kisah pengkhianatan yang biasa kita dengar, Mir Jafar dijatuhkan oleh BEIC dan melantik pemimpin boneka Mir Qasim. Bermula daripada saat itu BEIC berjaya menguasai politik dan ekonomi (melalui kerahan cukai) sehinggalah tiba Akta Kerajaan India 1858 yang diluluskan Parlimen British untuk "mencairkan" (liquidate) BEIC dan mengambil alih India daripada BEIC untuk diletakkan di bawah wilayah jajahan Permaisuri Victoria.

Hal yang sama berlaku kepada China yang kehilangan Hong Kong melalui Perjanjian Nanking 1842. Semuanya bermula kerana atas alasan "perdagangan bebas" untuk mengimbangi semula perdagangan antara China dan Britain. Barangan China seperti sutera, teh dan porselin sangat diminati di Eropah tetapi barangan Eropah langsung tidak diminati oleh China yang tidak bergantung dengan dunia luar untuk hidup. Maka banyak aliran duit perak dari Eropah masuk ke China. China mengawal ketat perdagangan mereka menggunakan "Sistem Kanton" yang menyekat peluang pedagang asing.

Untuk memecah sekatan ini BEIC menjual candu (opium) yang ditanam di India untuk dieksport seludup ke China yang mengawal ketat perdagangan candu. Bilamana candu semakin menjadi ketagihan orang China begitu juga dengan aliran keluar duit perak, kerajaan China di bawah Dinasti Qing telah mengambil tindakan tegas menutup perdagangan dan merampas candu yang diseludup oleh BEIC.

Kerajaan British mengambil langkah drastik menggunakan alasan sekatan perdagangan bebas oleh China untuk melancarkan serangan ketenteraan laut yang memulakan Perang Candu Pertama (1839-42). Kekalahan China di tangan British inilah menatijahkan Perjanjian Nanking yang berat sebelah yang memaksa China membuka pelabuhannya untuk Britain, perlindungan perundangan khusus untuk warga Britain juga hilangnya Hong Kong kepada Britain.

Selepas Perang Candu Kedua, perdagangan Candu telah dipaksa halalkan (legalized) melalui Perjanjian Tianjin 1858 yang bukan saja membuka lebih luas ruang pasaran untuk kuasa Eropah, meningkatkan kadar kemasukan candu ke China yang merosakkan masyarakatnya tapi juga membuka jalan kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian di China secara rasmi!

Malah bank tersohor dunia iaitu Hong Kong and Shaghai Banking Corporation (HSBC) muncul selepas Perang Candu Kedua untuk mengurus simpanan kekayaan BEIC hasil dagangan candu. Disinilah bermula saat pengubahan wang haram (money laundering) melalui bank!

Apa kesannya kepada China? 100 tahun penuh kehinaan yang membuka kepada kejatuhan Dinasti Qing, penjajahan Jepun sampailah kepada Revolusi Budaya Mao Zedong. Semuanya bermula dengan alasan "Perdagangan Bebas".

APA JADI PADA BEIC?

BEIC memang luput dari segi rupa dan bentuk bilamana kerajaan British mengambil alih jajahan mereka di Timur tetapi semangat dan citra mereka masih mekar di The City of London dan seterusnya mula bertapak di Wall Street, Amerika Syarikat.

BEIC adalah benih dan model "Joint Stock Company" (JSC) kepada lahirnya syarikat multinasional gergasi (MNC) yang ada pada hari ini.

Dan syarikat-syarikat inilah yang merangka agenda "Perdagangan Bebas" (Free Trade) dunia bermula dengan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) pada 1947, sampailah kepada NAFTA, WTO dan kini TPPA.

Mereka inilah yang melobi dan mendanai kongres Amerika yang dipimpin oleh Presiden Obama. Maka agenda TPPA ini sebenarnya adalah agenda pewaris BEIC. Mereka ada pengalaman yang panjang dan luas, kelicikan yang tajam dan kepandaian untuk menggunakan jalan perundangan untuk mengaut keuntungan secara tidak adil dengan berselindung di balik nama "Free Trade".

Merekalah yang menjadi "fronts" kepada para bankers di Wall Street dan The City of London.

Mereka juga yang menjadi tiang seri Trilateral Commission dan Bildeberg.

Maka dengan ini saya mengajak para pembaca dan juga DS Mustapa untuk menilai semula hujah bahawa TPPA tidak membawa kepada penjajahan itu adalah satu "underestimation" akan kemampuan pengatur cara perjanjian TPPA yang terdiri daripada pewaris BEIC yang menjajah 2/3 dunia pada satu ketika – termasuklah di Alam Melayu.

Perdagangan adalah peperangan. Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa "al-Ḥarb Khadʿah" (peperangan itu adalah tipu daya). Berperang pada zaman moden tidak semestinya dengan senjata tetapi juga melalui "lawfare" iaitu jalan perundangan seperti TPPA.

Kerjasama boleh berjaya, PAS kini menyamai Umno, kata mufti Perlis

Posted: 16 Nov 2015 07:30 AM PST


Zar Ali's photo.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS dan Umno tidak banyak berbeza pada hari ini yang membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya. 

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS dan Umno tidak banyak berbeza pada hari ini yang membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PAS pada hari ini tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding Umno dan kerjasama antara kedua-dua parti itu mungkin akan berjaya.

Beliau berkata, kerjasama politik PAS dan Umno kali ini mungkin dapat mencipta kejayaan selepas melihat kepada idealisme 2 parti itu yang kini tidak jauh berbeza berbanding dulu.

"PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.

"Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan Umno dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Asri berkata, sudah tiba masanya PAS menimbangkan untuk mengadakan kerjasama secara serius dengan Umno.

Asri berkata, idea yang diinginkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno tidak mustahil dapat direalisasikan jika kedua-dua parti majoriti Melayu itu berusaha menjayakannya.

"Hari ini saya terfikir alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi Umno dengan mewujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra," katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Reaksi mufti Perlis itu dipercayai susulan daripada kenyataan Hadi semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras mengatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Hadi menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Malah hari ini Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Hadi akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Pengesahan itu ekoran sebuah poster berkaitan program tersebut yang kini hebat disebarkan di laman sosial, menyokong dakwaan kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Pada masa sama Asri berkata, saranan itu dibangkitkan memandangkan sebelum ini cubaan PAS untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang tidak pernah berhasil.

"Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme PAS yang dipegang.

"PAS patut mencuba dengan Umno lebih serius mana tahu mungkin di sana ada kebaikan untuk umat di negara ini," katanya. – 16 November, 2015

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

SPR belanja RM180 juta pilihan raya Sarawak ke-11

Posted: 16 Nov 2015 06:45 AM PST


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perbelanjaan untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 akan memerlukan penyewaan helikopter untuk kawasan-kawasan tertentu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perbelanjaan untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 akan memerlukan penyewaan helikopter untuk kawasan-kawasan tertentu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, peruntukan itu turut melibatkan perbelanjaan logistik, seperti penyewaan helikopter, dan perbincangan untuk menyewa helikopter sudah pun bermula.

"Di Sarawak ini memang banyak helikopter diperlukan kerana ada kawasan-kawasan tertentu kita tiada pilihan. Kami perlu menggunakan helikopter dan di sesetengah tempat, helikopter itu kena keluar dari kawasan tersebut sebelum masa tertentu," katanya.

Sejumlah 15,000 kakitangan terlibat dan mereka akan ditempatkan di seluruh negeri semasa PRN kelak, katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Ahli-ahli Suruhanjaya SPR, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata setakat suku kedua tahun ini, pengundi berdaftar di Sarawak berjumlah 1.1 juta orang namun beliau menyifatkan jumlah tersebut masih kecil dengan jumlah pengundi baharu hanya kira-kira 10%.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan laporan akhir persempadanan semula bahagian PRN Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 Disember ini.

Beliau berkata tarikh tersebut adalah hari kedua terakhir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-13 yang berlangsung selama 25 hari mulai 19 Oktober sehingga 3 Disember.

Katanya, pembentangan laporan itu bagi membolehkan cadangan mewujudkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu mendapat kelulusan Parlimen dan diwartakan.

"Laporan sudah pun diserahkan kepada pihak Parlimen dan mengikut apa yang saya dimaklumkan, laporan terakhir berkenaan persempadanan semula DUN Sarawak itu akan dibentangkan serta dibahaskan di Dewan Rakyat pada 2 Dis," katanya.

Dalam pelaksanaan persempadanan semula untuk Sarawak, SPR mewujudkan 11 kawasan baharu pilihan raya negeri, pertambahan daripada 71 kepada 82 kerusi DUN. – Bernama, 16 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

SPRM lancar buku rasuah menurut perspektif Islam

Posted: 16 Nov 2015 06:00 AM PST



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lancar buku
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lancar buku

SPRM lancar buku rasuah menurut perspektif islamSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan buku "Islam and the Issue of Corruption" bagi mendidik dan memberi kefahaman mengenai rasuah menurut perspektif Islam.

Buku tulisan bersama Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor dan penasihat kepada Kementerian Sosial Indonesia Sapto Waluyo itu dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull di Putrajaya.

Buku itu merungkai permasalahan rasuah menurut perspektif Islam dengan mengetengahkan tauladan dan kisah nabi dan para sahabat, selain menjelaskan transformasi SPRM sebagai sebuah agensi anti rasuah di Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui selepas pelancaran itu berkata SPRM menyambut baik penulisan buku ilmiah sedemikian, khususnya dalam memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai isu rasuah.

"Penerbitan itu boleh dianggap satu daripada langkah pencegahan bagi memastikan masyarakat menyedari, memahami dan mengetahui implikasi rasuah sama ada daripada aspek agama, masyarakat dan natijah rasuah kepada negara jika tidak ditangani," katanya.

Diterbitkan selaras dengan pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 2.0), ia akan diedarkan secara percuma oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Jabatan Perdana Menteri kepada pihak berkepentingan dalam usaha memerangi gejala rasuah seperti agensi kerajaan, perpustakaan pusat latihan kerajaan dan institusi pengajian tinggi yang terpilih. – Bernama, 16 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PAS sahkan Hadi bersama Najib dalam multaqa Disember ini

Posted: 16 Nov 2015 05:15 AM PST

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam  Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 November, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember.

PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1 bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.

"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.

"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.

Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi" itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.

"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.

Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama, melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.

"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan siasah Islam.

"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan senang dengan perkembangan ini.

"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka yang sudah menutup mata telinga dan hati.

"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya," katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.

"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta hebat seperti ini.

"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam kenyataannya. – 16 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

DEMI KEPENTINGAN ISLAM (VIDEO VERSI UMNO)

Posted: 16 Nov 2015 04:30 AM PST

Sudah kena saman ke belum mamat ini kerana memfitnah?














Kalau nak gabungpun takpe. Janganle malu-malu.

SUMBER FB DRMAZA

Zaid Ibrahim disiasat menghasut kerana desak Najib letak jawatan OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 16 Nov 2015 03:45 AM PST


Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim disoal siasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya kerana menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim disoal siasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya kerana menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini disoal siasat mengikut Akta Hasutan berhubung ucapannya kerana menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya.

Menurut bekas menteri Umno itu, ucapannya itu dilakukan beberapa hari selepas perhimpunan Bersih 4 pada 2 Septermber, 2015 di Royal Selangor Club di Kuala Lumpur.

"Saya hari ini dipanggil untuk disoal siasat di pejabat anak saya di Merchant Square selama 1 jam, Supt S Sahnmugamoorthy dari Bukit Aman," katanya kepada pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Bekas menteri yang memegang portfolio undang-undang itu berkata, pihak polis akan meneruskan penyiasatan lanjut esok di tempat sama.

Ucapannya itu turut dimuat naik dalam blognya www.zaid.my bertajuk "Rally Behind Tun Mahathir Mohammad".

Apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik salinan ucapannya itu daripada blognya, Zaid berkata beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Saya sangat terkejut ucapan saya itu dilihat sebagai satu hasutan.

"Saya fikirkan isi kandungan ucapan saya itu merupakan satu demokrasi – pemimpin boleh dikenakan pertuduhan, ditumbangkan dengan cara sah, melalui undi tidak percaya, tekanan masyarakat," katanya.

Ketika disoal siasat, beliau ditemani 2 peguamnya Americk Singh Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon. – 16 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Usul undi tidak percaya PM ditarik balik FMT Reporters

Posted: 16 Nov 2015 03:00 AM PST


undi

Ia dibuat ekoran usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang baharu dihantar oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Oktober yang lalu.

KUALA LUMPUR: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian akhirnya ditarik balik pada awal pagi Isnin.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said mengesahkan perkara itu selepas usul Loy Sian yang diletakkan dalam kertas aturan urusan mesyuarat dan usul-usul di susunan ke-27 telah ditarik balik oleh ahli Parlimen PKR itu sendiri.

"Diumumkan bahawa usul yang dikemukakan oleh PJ Selatan telah ditarik balik melalui notis bertulis yang dikemukakannya kepada pejabat Speaker," kata Ismail sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat.

Ia dibuat ekoran usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang baharu dihantar oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Oktober yang lalu.

Loy Sian pula mengemukakan usul tersebut pada 17 Oktober mendakwa perdana menteri gagal memberi penjelasan berhubung wang derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.


FMT.

PAS patut lebih serius cuba gabung dengan Umno

Posted: 16 Nov 2015 02:15 AM PST




PAS patut cuba bergabung dengan Umno secara lebih serius, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, PAS telah pun cuba bergabung dengan pembangkang berulang kali tetapi ternyata gagal disebabkan idealisme.

PAS patut mencuba dengan Umno secara lebih serius.

"Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara," katanya.

Isu kerajaan perpaduan kedua-dua parti itu muncul kembali selepas bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan presidennya Datuk Seri Hadi Awang pernah mengakui usaha itu.

Hadi menafikan dakwaan itu manakala PAS pula akan memanggil Husam memberi penjelasan susulan serangannya pada pemimpin tertinggi parti Islam itu.

Menulis di Facebook, Asri berkata alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi Umno dengan "mewujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra".

Katanya, idea kerajaan perpaduan oleh Hadi mungkin boleh direalisasikan memandangkan kedua-dua pihak saudara seakidah yang tidak jauh berbeza daripada segi watak dan idealisme.

"PAS hari ini hampir menyamai Umno dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja," katanya.

Katanya, Jika PAS dan Umno dapat menjadi "sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran", mungkin banyak manfaatnya.



VIDEO - NAJIB JAWAB BALIK APA YANG TUN M TUDUH DIA..

Posted: 16 Nov 2015 01:30 AM PST


VIDEO - Mahkamah tangguh keputusan Anwar panggil Ramli Yusuff

Posted: 16 Nov 2015 12:45 AM PST



Usaha bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak semula sabitan dan hukuman kes Liwat II akan didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Semakan semula itu pertamanya akan melibatkan mendengar permohonan Anwar untuk memanggil bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusof, yang sebelum ini merupakan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada tahun 1998 semasa kes Liwat I dan 'insiden mata lebam' Anwar.

MUSUH DALAM POLITIK ?

Posted: 16 Nov 2015 12:01 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.
Dalam dunia politik biasanya musuh tidak kekal. Hari ini boleh saja memang musuh tetapi esok akan jadi kawan dan seterusnya jadi lawan. Begitulah dalam dunia politik.

Seorang yang berfikiran hebat dan terbuka tiada musuh dalam hidupnya malah semuanya dianggapnya kawan dan ini pernah dijelaskan oleh Gandi yang dia tidak mempunyai seorang musuhpun dalam dunia ini kecuali yang berbeza pendapat.

Ramai kalangan politikus yang miskin ilmu menganggap musuhnya itu kekal abadi dan kalau bercakap terus dia hentam hingga terduduk, padahal sang musuh itu tidak akan begitu jadinya malah akan bangun melawan.

Menanam sebutir benih jagung lebih bermakna banding makan sebiji jagung sebab benih yang kita tanam itu bakal menghasilkan buah2 yang banyak dan boleh berkembang dan dalam politik juga sama kena baiki musuh untuk masuk ke perangkap kita.

Memang tidak dapat dinafikan yang negara barat seperti Amerika tidak mungkin mencipta senjata2 yang lebih hebat kalau tidak ada cina, german, russia dan lain negara. 

Nah, kerana ketakutan itulah Amerika menjadi kreatif dan berjaya mencipta senjata2 yang lebih hebat untuk persiapan menentang serangan2 musuhnya.

Nah, di sini jelas musuh itu banyak sangat mengajar kita banding kawan yang di sisi dan kerana itu juga banyak sangat tokoh2 ilmu mengatakan agar kita ini mencinta musuh tetapi meski demikian kita kena hati2 musuh dalam selimut.



NURLIYANA ABDULLAH  

TENOM, SABAH