Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Pengganti saya sedang dipilih - Zeti Aziz

Posted: 13 Nov 2015 11:45 PM PST


Proses pemilihan pengganti bagi Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang dijalankan dengan lancar dan teliti.

Menurut Tan Sri Zeti, rakyat tidak perlu khuatir kerana beliau yakin terdapat banyak calon di negara ini yang layak menggantinya menerajui bank pusat.

Menurut Zeti terdapat proses terperinci yang perlu dilalui dalam pelantikan gabenor baru bagi bank pusat.

Proses ini sedang dikendalikan oleh salah satu dari tiga cabang jawatankuasa lembaga pengarah Bank Negara iaitu jawatankuasa tadbir urus.

Tambah beliau tidak wujud sebarang keraguan kerana proses pelantikan gabenor baru juga dikawal selia oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009.

"Semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akta kami, Akta Bank Negara Malaysia 2009," kata Zeti di sidang media pengumuman perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia untuk suku ketiga 2015.

Menurut beliau Akta Bank Negara Malaysia 2009 menekankan bahawa seorang gabenor mesti mempunyai latar belakang dan kelayakan tertentu.

"Jadi jawatankuasa ini sedang membuat proses penilaian terhadap semua nama calon-calon yang berpotensi menjadi gabenor," katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa individu yang sudah dicalonkan sebelum ini namun ditolak oleh jawatankuasa tersebut.

Kata beliau, ini membuktikan ketegasan jawatankuasa tersebut dalam memilih calon yang tepat.

"Satu atau dua orang individu yang kami calonkan sebelum ini juga ditolak oleh mereka kerana mereka mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Negara. Jadi ini bermakna mereka menjalankan fungsi mereka dengan sangat serius dan tegas," tambah beliau.

Bagaimanapun Zeti mencadangkan keputusan dibuat sekurang-kurangnya menjelang Januari tahun depan bagi memastikan semua serahan tugas berjalan lancar.

Tambah Zeti, Bank Negara mempunyai pelan penggantian bagi lima peringkat ke bawah yang mencerminkan keteguhan struktur dan operasi bank pusat lapor AstroAwani

SINDROM MARAH-MARAH

Posted: 13 Nov 2015 10:56 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

AGAMA Islam berkembang di Semananjung Malaysia pada abad ke-15 dan itu diusahakan sama secara gigih oleh Cheng HO dan Parameswara. Bila Parameswara ulang alik ke Tiongkok, ia lihat Islam di sana hebat dan kembali ke Melaka ia memeluk agama Islam dan menjadi raja pertama di melaka.

Sesudah itu pedagang2 dari Arab berdatangan sekaligus sama menyebar agama Islam berkenaan dan itu sejarahnya tetapi hujung abad ke12 terdapat batu bersurat di Trengganu dan itu menandakan bukti Islam sudah ada di Tanah Melayu abad berkenaan sebelum abad ke-15.

Sesudah abad ke-15 itu Islam terus berkembang dan Al Quran tentu saja menjadi panduan termasuk hadis nabi yang umumnya kita tahu mengajar kebaikan dan saling hormat sesama.

Bila Islam bertapak di hati penduduk di Semanjung dan terus melebar ke Sabah Sarawak sepatut umat Islam harusnya mengamalkan ajaran2 Islam itu sendiri dan antaranya tentu saja harus sabar dan siap menerima apa juga cabaran tanpa membalas sebalik menyampaikan amanah dan perintah Allah itu untuk kebaikan semua orang.

Yang saya perhatikan di Malaysia ini jelas umat Islam terkena penyakit SINDROM MARAH dan ini jelas orang islam kita rata2nya di kelilingi setan yang bergayutan di mana-mana.

Setan itu kerjanya menghasut agar yang dihasut itu jadi marah-marah dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Nabi ketika hidupnya pernah meninggalkan sobatnya yang memaki hamun dengan alasan setan datang berbondong dan malaikat lari.

Di sekitar kita ini orang Islam di Malaysia ini memang suka marah-marah dan kala ada anak cina makan daging babi ditujuk di F/book siap mahunya dikejar dan diajar siap ugut mahu dibunuh dan didendam setengah mati.

Nabi ketika ia suapi Yahudi yang buta dan Yahudi itu menyumpah maki Nabi, Nabi tidak peduli malah setiap hari ia suapi mulut yahudi itu dan sesudah Nabi Wafat barulah Yahudi tahu yang ia sumpah maki itu sebenarnya Nabi dan segara ia menangis minta diislamkan.

Kenapa saja kita tidak contohi sikap dan olah Nabi itu agar terus bersabar dan terus membawa kebaikan kepada semua orang dengan cara menunjukkan sikap yang berkasih sayang tak kira ia islam atau bukan atau sama ada ia binatang atau pohonan kala mereka itu ciptaan Allah yang satu.

Aneh bin ajaib, adalah yang orang Islam berhati tak bersih mahu dendam dan usaha menghina maki semula sebagai balasan sebalik itu mereka juga yang banyak sangat melanggar peraturan2 ajaran agama Islam sendiri.

Misalnya, siapa saja yang mengamalkan KORUPSI yang memang dilarang agama dan siapa saja yang tidak amanah terus mengGASAK wang simpanan khas untuk anak2 yatim, wang zakat, baitulmal, tabung haji dan segala macam.

Pemimpin kita kerusinya Perdana Menteri, hingga Timbalan dan menteri2 kabinet semuanya rata2 Islam agama berbangsa Melayu dan kemudian kerusi ketua menteri dan Menteri besar juga rata2nya Islam agama kecuali pulau pinang.

Berapa banyak kes rasuah tidak diheret ke mahkamah alasan tidak bukti sedang rumah harga berjuta, kereta mewah parking di halaman rumah dan anak berbelanja mewah macam taukeh judi di luar negeri.

Ada yang punya rumah 27 juta setelah duduki kerusi Menteri besar dan kala bicara dihukum setahun penjara sedang pencuri ayam penjara dua tahun. Adilkah hukum semacam ini?

Bila kita bercakap kasus ini, lalu kita pula masuk penjara dituduh menghasut fitnah sedang pencuri penyamun, perampok khazanah negara bangsa bebas ke sana sini dan bebas marah2 setiap orang yang membangkitkan isu sebenar di depan mata.

Memang orang2 kita dilanda penyakit sindrom marah2 dan ini sama sekali tidak boleh dijadikan contoh dan kesannya yang dulu siap mengangkat bandera PAS kalangan orang india dan cina, sekarang sudah menjauh sebab kelak khuatir dikatakan BARUA dan Pil kuda.

Mereka lebih khuatir kala seorang PM mengatakan BANGSAT yang tak menyokong BN tetapi menerima Br1M atau khuatir dikatakan HARAMJADAH.

Kesannya orang bukan islam menjadi waswas dan mula tidak yakin dan percaya meski Islam itu sebenarnya membawa ajaran yang baik buat semua bangsa umat di dunia.

Sindrom marah. Sedih sangat bha!



ISMAILY BUNGSU
sabah
14/11/2015

Penyelewengan Wang YAPEIM - Penjelasan Menteri Umno Undang Cemuhan Netizen

Posted: 13 Nov 2015 09:15 PM PST


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menuntut semua pihak berlaku adil ketika menilai isu melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada agensi berkenaan.

"Dakwaan-dakwaan salah laku, termasuk pembayaran elaun yang tinggi kepada pihak pimpinan tertinggi Yapeim dan kewujudan nepotisme perlu diberikan perhatian serius oleh pihak pengurusan.

SUMBER DI SINI





Ketua Dewan Ulamak PAS Macam Samseng

Posted: 13 Nov 2015 08:30 PM PST


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog "Demo Tanya Ambo Jawab" di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"

"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.



BLM

Penduduk bakar, baling batu lori bauksit FMT Reporters

Posted: 13 Nov 2015 07:45 PM PST


lori-bakar_600

Kejadian itu berlaku kerana penduduk marah dengan pencemaran teruk yang disebabkan perlombongan bauksit yang gagal diselesaikan kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Penduduk di daerah Kuantan bertindak membakar lori yang membawa bauksit kerana 'berang' gara-gara masalah itu gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Selain bakar, , penduduk yang marah dengan pencemaran teruk akibat bauksit bertindak merosakkan lori dengan membaling batu.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menerusi Facebooknya tanpa menyatakan tempat kejadian dan bila kejadian itu berlaku.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuatnaik, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan felda.

Menerusi statusnya, Fuziah melahirkan kekesalan kerana kerajaan negeri menyelesaikan gagal masalah itu yang membawa pula kepada sosial selain pencemaran teruk.

"Adakah anak cucu kita akan membesar di dalam persekitaran ganas ini semata-mata kerana Kerajaan Negeri Pahang gagal mengawal aktiviti perlombongan bauksit ini? Ia menimbulkan masalah sekunder iaitu masalah sosial pula. …

"Sudahlah masalah pencemaran kita terpaksa hadapi. 


Kemudian masalah keselamatan penduduk dan masalah kesihatan akibat debu. Sekarang timbul pula masalah sosial. Ya Allah lindungi lah kami warga Kuantan dari tangan-tangan yg tamak dan rakus. Yg hanya berfikir tentang keuntungan semata," tulis Fuziah.

Masalah pencemaran akibat perlombongan bauksit menjadi masalah penduduk di beberapa tempat di Kuantan seperti di Gebeng, Pelabuhan Kuantan, Gambang, Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan dan Felda Bukit Sagu.

Walaupun kerajaan negeri menetapkan beberapa peraturan ketat bagi mengawal pencemaran akibat perlombongan bauksit, namun ia didakwa tidak berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pernah dilaporkan berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak menghentikan perlombongan bauksit jika masalah pencemaran tidak. selesai.


FMT

Usul tergempar bincang penjualan IPP milik 1MDB FMT Reporters

Posted: 13 Nov 2015 07:00 PM PST


rafizi-ramli-1MDBRafizi Ramli akan memfailkan usul itu susulan dakwaan kerajaan membatalkan had ekuiti pegangan syarikat asing dalam sektor tenaga negara.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan memfailkan usul tergempar pada Isnin ini bagi membincangkan penjualan aset loji penjana kuasa bebas (IPP) milik 1MDB kepada Konsortium China- Qatar.


Katanya, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih membisu terhadap dakwaan pentadbiran beliau telah secara senyap-senyap membatalkan had pegangan ekuiti sektor elektrik negara.

Mengikut peraturan asal, syarikat asing hanya boleh memegang maksimum 49% pegangan dalam syarikat yang terlibat di dalam sektor elektrik negara.

Naib Presiden PKR itu mendakwa, pembatalan had pegangan ekuiti ini dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga sahaja tanpa dibawa berbincang di peringkat Jemaah Menteri.

Malah, dakwanya, menteri yang terbabit iaitu Datuk Seri Maximus Ongkili iaitu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) juga dilaporkan membantah keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti tersebut.

"Saya mendapat maklumat bahawa pentadbiran Najib akan mengumumkan pembida asing iaitu konsortium syarikat gergasi China (China General Nuclear Power Corp Ltd) dan syarikat gergasi Qatar (Nebras Power QSC) akan diumumkan sebagai pembida yang berjaya dalam tempoh seminggu ini," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Rafizi berkata, membatalkan had pegangan ekuiti asing demi menyelamatkan 1MDB akan membawa kesan besar kepada kedaulatan negara dan kebajikan rakyat.

Katanya, tindakan itu juga bakal memberi kesan kepada jumlah rakyat Malaysia yang terbabit dalam sektor tenaga yang dianggarkan seramai 40,000 orang.

"Syarikat-syarikat gergasi dari China mempunyai struktur kos yang berbeza dan lebih murah kerana mereka akan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan, tenaga kerja, kontraktor dan pembekal dari China," katanya.

Rafizi berkata, dia dimaklumkan keseluruhan tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan solat hajat pada Jumaat di seluruh negara ekoran perkembangan yang membimbangkan itu.


FMT

Terus desak Najib selagi saya tidak disabitkan kesalahan – Tun M - Oleh: Mohamad Fadli

Posted: 13 Nov 2015 06:30 PM PST

najib mahathirBeliau akan berhenti jika mahkamah mendapati desakan supaya Najib Tun Razak meletak jawatan adalah kesalahan jenayah. 
 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selagi beliau tidak disabitkan kesalahan di mahkamah, desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan akan diteruskan.

Ini kerana, katanya, desakan terhadap Perdana Menteri supaya melepaskan jawatan adalah tanggungjawabnya sebagai warganegara.

Bekas Perdana Menteri menegaskan, desakan itu akan dihentikan jika mahkamah mendapati apa yang dilakukan adalah kesalahan jenayah.

Namun, beliau tetap percaya dan yakin desakan yang dibuatnya itu bukan kesalahan jenayah.

"Mahkamah boleh memutuskan sama ada saya membuat sesuatu kesalahan atau ia merupakan satu kesalahan jenayah.

"Namun selagi saya tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya apa yang saya lakukan sebelum ini tidak ada sebarang kesalahan.

"Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara untuk mendesak jika ada sesuatu kesalahan berlaku," tulisnya dalam entri terbarunya di chedet.cc.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai reaksi terhadap tindakan polis yang menyiasatnya sebelum ini.

Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan didermakan penderma dari negara Timur Tengah.


FMT

Sekarang Giliran Mahathir Dihina Dan Diaibkan !

Posted: 13 Nov 2015 06:00 PM PST

Zaki Yamani's photo.
Zaki Yamani's photo.
Kalo betul pun, apa salahnya...
Dulu masa tun berkuasa, tun buat kat org...

Apa yg tun x buat kt DSAI...

Bkn setakat di dakwa..

Malah di aibkan sehingga di telanjangkan..

Sekarang ni giliran tun pulak terima habuan...

Jamil Khir jawab tuduhan salah guna wang anak yatim Adam Abu Bakar

Posted: 13 Nov 2015 05:30 PM PST



Jamil Khir menuntut Akmal Nasir dan The Malaysian Insider menarik semula segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. 

PETALING JAYA: Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan tuduhan beliau menggunakan wang anak yatim dan orang miskin untuk bersuka ria di Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media lewat petang Jumaat berkata, dakwaan oleh Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, itu adalah kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

"Dakwaan kononnya program saya di AS bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang menggelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya," katanya.

Beliau menjelaskan,/kunjungan pada 21 hingga 29 Mei 2014 itu bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi-agensi di bawah seliaan YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game.

"Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh AS dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

"Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi kenegaraan dan keusahawanan; simposium perdana perkahwinan kekeluargaan, pengurusan dan isu-isu semasa negara.

"Selain, kursus pra perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; kelas pengajian untuk isteri-isteri dan kakitangan wanita kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, program dan pertemuan itu melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, AS.

"Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis.

"Ia termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama Duta dan kakitangan kedutaan" jelasnya.

Katanya lagi, sudah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawabnya.

Ujarnya, segala perjalanan dan kegiatan rasmi beliau ditanggung oleh agensi berkenaan serta telah mengikuti polisi dan tatacara kewangan agensi yang berkaitan.

"Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

"Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya," tegasnya.

Sehubungan itu, Jamil Khir menuntut Akmal Nasir dan portal berita The Malaysian Insider menarik semula segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," katanya.


FMT

Penyelewengan Wang YAPEIM - Jamil Khir Ancam Saman NGO

Posted: 13 Nov 2015 05:00 PM PST





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menuntut pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir (bawah) memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Ia berhubung dakwaan yang mengatakan menteri itu menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri itu berkata dakwaan itu adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," kata Jamil Khir.

Berikut adalah kenyataan penuh Jamil Khir:

Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015.

Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.

Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.

Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.

Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya.

Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.




IBU LEMBU DAH BERCERITA PASAL "DOSA PAHALA"

Posted: 13 Nov 2015 04:30 PM PST


Zar Ali's photo.

Husam dedah Pas desak tukar Khalid Ibrahim FMT Reporters

Posted: 13 Nov 2015 04:00 PM PST


husam musa

Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.

PETALING JAYA: Datuk Husam Musa mendedahkan Pas bertanggungjawab mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar sebagai Menteri Besar Selangor untuk digantikan dengan pemimpin lain.

Bekas Naib Presiden Pas membuat pendedahan itu menerusi satu rakaman video ceramahnya yang diviralkan dan dikongsi di Facebook.

Beliau mendakwa, pemimpin Pas menghantar surat kepada PKR meminta supaya Khalid ditukarkan dengan alasan beliau tidak mendengar arahan parti.

Katanya, Pas bimbang jika Khalid terus kekal, perkara sama yang yang berlaku di Kedah akan berulang semula.

Husam bagaimanapun tidak menyebut siapakan pemimpin Pas yang membuat desakan supaya Khalid ditukar.

"Ini mustahak dari segi rekod supaya kita tidak fitnah sewenang-wenangnya kepada mereka (PKR dan DAP). Bukan kita nak membela mereka tetapi sebagai orang Islam, kita diseru berlaku adil kepada kawan dan lawan.

"Kita (Pas) tulis surat kepada PKR minta Khalid ditukar. Bukan kerana dia rasuah tetapi kerana dia tidak dengar pandangan-pandangan parti yang diberi melalu majlis (Majlis Presiden)," katanya.

Katanya, selepas beberapa kali Pas membuat desakan supaya Khalid ditukarkan, akhirnya PKR membawa perkara itu dalam Mesyuarat Biro Politik.

Katanya, ketika itu belum timbul siapa bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Husam menegaskan, Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.

"Nak rampas balik (Selangor) wallahualam, mungkin sepenggal, dua penggal, tiga penggal, empat penggal, lima penggal atau tak dapat balik, sampai kita mati," katanya.

Beliau berkata, menukar Menteri Besar bukan menjadi kesalahan kerana jawatan itu bukan untuk dipegang sampai mati.

Pimpinan Pas sebeum ini menyalahkan PKR dan DAP kerana menukar Menteri Besar Selangor yang menjadi punca keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyalahkan DAP yang didakwa mengkhianati janji sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat.


https://www.facebook.com/video.php?v=10205793318812344

Ada Empat Sifat Orang Munafik......

Posted: 13 Nov 2015 03:30 PM PST

Desak Azmin batal projek kondominium di Kajang Mohamad Fadli

Posted: 13 Nov 2015 08:00 AM PST


Bahasa,-PIBG-SMKA,-MPKJ,-Jazlan,-Azmin,-kondominium-Louvre

MPKj didakwa telah meluluskan pembinaan kondominium setinggi 36 tingkat yang berhampiran SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.

KAJANG: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didesak supaya membatalkan segera kelulusan yang telah diberikan bagi pembinaan kondominium mewah, The Louvre, setinggi 36 tingkat di Kajang.

Desakan itu dibuat oleh penduduk dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah kerana mendakwa berlaku penipuan ketika pemaju mendapatkan kelulusan pelan pembangunan projek terbabit daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Yang Dipertua (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Jazlan Ahmad berkata, satu petisyen telah dibuat untuk meminta Azmin membantu penduduk dan pihak SMKA membatalkan kelulusan itu.

"Setakat ini sudah 40,000 orang telah menandatangani petisyen oleh penduduk di sekitar Bandar Bangi Baru, badan-badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa dan pelajar SMKA.

"Petisyen itu dibuat agar pihak berkuasa serta kerajaan negeri campur tangan dalam membatalkan projek itu.
"Kita akan hantar petisyen itu selewat-lewatnya minggu hadapan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersama penduduk Bandar Baru Bangi pada Jumaat.

Sebelum itu, seramai 200 peserta hadir dan terlibat dalam demontrasi bantahan pembinaan kondominium The Louvre.

Tambah Jazlan, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkenaan penipuan yang dibuat oleh pemaju itu bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah antara MPKj dan pemaju.

Jazlan turut menjelaskan penduduk merasakan tertipu setelah MPKj sebelum ini memaklumkan bahawa hanya meluluskan pembinaan kondominium empat tingkat sahaja.

Namun, katanya, MPKj telah meluluskan pembinaan kondominium 36 tingkat dan ini menyebabkan kemarahan penduduk yang merasakan ditipu.

"Kami tidak akan membantah sekiranya pemaju membina kawasan perumahan empat tingkat… Tetapi kita bantah jika pembinaan itu dibuat setinggi 36 tingkat.

"Kelulusan ini akan memberi risiko seperti akan ada pembinaan kawasan perumahan tinggi di kawasan ini pada masa akan datang," katanya.

Katanya, pembinaan kondominium 36 tingkat itu tidak sesuai dibina berikutan jarak yang terlalu dekat dengan kawasan sekolah.

Jazlan berkata, kesesakan lalu lintas akan berlaku dan mengancam keselamatan pelajar.


FMT

Jamil Khir ‪Sila Letak Jawatan‬

Posted: 13 Nov 2015 07:30 AM PST

PAS Bantah Dan Tolak TPPA Demi Masa Depan Dan Kesejahteraan Rakyat dan Negara.

Posted: 13 Nov 2015 06:45 AM PST


KEBIMBANGAN Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terhadap musibah ekonomi yang bakal melanda negara dengan perjanjian TPPA sekarang semakin menjadi kenyataan.

Amirul Mohd's photo. Malah perbandingan saya bahawa TPPA adalah penjajahan baru dengan topeng ekonomi global yang 'berlandaskan' undang-undang telah terbukti benar setelah meneliti bab mukadimah teks TPPA yang mula disiarkan dalam laman web MITI, yang dengan jelas menyebut bahawa TPPA adalah manifestasi daripada hak dan rasa tanggungjawab negara-negara anggota terhadap intipati Perjanjian Marrakesh yang telah menjadi asas kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Agenda sebenar TPPA juga kita dapat fahami secara tersirat menerusi penelitian kandungan temubual Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengenai kepentingan TPPA kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam bulan Ogos 2010 apabila mula digerakan rundingan TPPA ini, saya telah pun membuat kenyataan bahawa TPPA amat berisiko kepada Malaysia kerana ianya akan mendedahkan Malaysia kepada mekanisma dan kesan WTO secara langsung dalam tempoh segera.

Malah saya telah menyarankan agar kerajaan terlebih dahulu mengambil kesempatan sepenuhnya dari pakatan ekonomi serantau yang sedia ada seperti AFTA yang lebih mesra dan berorientasikan Asia, dan mengembangkan kerjasama ekonomi negara umat Islam melalui D8. Saranan sama telah saya tegaskan sekali lagi semasa membahaskan Bajet 2016 yang lalu.

Semua maklumat awal ini sudah cukup untuk meyakinkan Malaysia bahawa TPPA adalah penjajahan yang telah kembali dan akan meragut kedaulatan ekonomi negara.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa masyarakat kapitalis barat pun juga dengan lantang menolak WTO kerana ianya hanya menguntungkan pihak pemodal dan terus menzalimi rakyat atas nama globalisasi.

Malah gerakan global seperti protes 1999 di Seattle, Amerika Syarikat dan Gerakan Occupy Wall Street 2011 di New York, Amerika Syarikat adalah manifestasi bantahan masyarakat dunia terhadap WTO. 

Malah bekas menteri MITI, Tan Sri Rafidah Aziz dalam banyak ucapannya dahulu menegaskan bahawa Malaysia tidak seharusnya dipaksa menerima WTO selagi mana Malaysia belum bersedia.

PAS sekali lagi dengan tegas menyatakan bantahan dan menolak TPPA demi masa depan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Buat masa ini pasukan penyelidik dan pakar-pakar PAS sedang meneliti dengan terperinci teks penuh dan annexTPPA.

Insya Allah suatu laporan penuh akan dikeluarkan tidak lama lagi dan akan didedahkan sebagai maklumat umum kepada rakyat.


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Tidak mengaku salah lakukan penerbitan menghasut kes liwat Anwar Ibrahim

Posted: 13 Nov 2015 06:00 AM PST


anwarTertuduh telah melakukan kesalahan dengan menggunakan aplikasi internet untuk memulakan penghantaran komen dengan niat mahu menyakitkan hati orang lain di Facebook 
KUALA LUMPUR: Seorang aktivis pembangkang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan membuat penerbitan berunsur menghasut berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawrence Jayaraj Edwin John, 46, jurujual kereta terpakai, didakwa menerbitkan penerbitan itu di satu laman Facebook di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Aras 2, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 4.45 petang, 12 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada tujuh orang anak itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan perkhidmatan aplikasi internet bagi membuat dan memulakan penghantaran komen dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan seterusnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan jumlah jaminan itu memadai bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam Eric Paulsen yang mewakili Jayaraj memohon jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana anak guamnya, yang mempunyai pendapatan RM900 sebulan, merupakan penanggung tunggal keluarga.

Hakim, Azman Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua orang penjamin terdiri daripada waris terdekat. Isteri dan abang tertuduh membayar wang jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 6 Januari tahun depan untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


– Bernama

Lelaki maut bila bumbung keretanya dihempap orang FMT Reporters

Posted: 13 Nov 2015 05:15 AM PST


Lelaki-mautMangsa meninggal dunia akibat terkena hentakan kuat daripada objek yang jatuh di atas bumbung keretanya

PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta yang dipandunya dihempap seorang lelaki dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Arfan Syazani Salahudin, 19, yang menaiki Perodua Viva baru tiba di tempat letak kereta hotel berkenaan sebelum dihempap satu objek dari atas.

"Hasil hentakan objek berkenaan (lelaki yang terjun) mengakibatkan bahagian bumbung kereta kemek dan terkena mangsa yang merupakan pekerja sambilan di hotel berkenaan.

"Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki berusia 43 tahun yang terjatuh di atas kereta mangsa mengalami kecederaan parah dan turut meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kira-kira jam 3 petang," katanya yang dipetik dari Berita Harian Online.

Shaikh berkata, lelaki dari Bukit Katil yang dipercayai terjun dari tingkat 13 itu mendaftar masuk seorang diri di hotel berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes kematian remaja yang berasal dari Bukit Rambai itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


FMT

Al Kesah Wang Derma RM2.6 Billion !!

Posted: 13 Nov 2015 04:30 AM PST

Orenji Ren Oren's photo.

Kalau Najib tunggu tarikh terakhir sidang parlimen untuk menjawab tuduhan RM2.6, bila agaknya tarikh terakhir nak beri kenyataan pada SPRM? SPRM pulak tunggu masa untuk soal Najib? 

Tarikh yg dimaksudkan untuk keselesaan atau keperluan siasatan kes? 

Sejak bila siasatan memandang tarikh yang sesuai??? 

Bila masa yg sesuai? Masa dunia nak kiamat ke?? 

People had request our PM list out the issue 2.6 billion long time ago but until now still did not having any outcome.

Derma Pilihanraya bukan rasuah atau duit haram?? If donation should go to UMNO account, why can direct go to personal account? 

Now where is this 2.6 billion? 

If Najib want the society support, kenapa takut list down where is the 2.6 billion, right? Yang menghairankan rakyat biasa ni, PDRM ada 141,853 anggota penyiasat, SPRM ada 2,944 anggota penyiasat malah Jabatan Peguam Negara ada 1,847. 

Hingga hari ni belum ada sorang pun yg berani soal Najib hal RM2.6 bilion. Pada 5/8/2015, SPRM kata dengan tegas dan seriousnya, konon tanpa kompromi akan menyoal Najib berkenaan duit RM2.6b masuk akaun peribadinya. 

Dah 100 hari berlalu hari, masih belum ada yg soal! 

Ok lah, aku anggap soal siasat dibuat akhir tahun ni.. Tapi reportnya bila pulak nak siap?? 10 tahun lagi ke?
Nonsense.. Mengarut semua ni. Sepatutnya mengikut undang2 kene tahan Najib untuk siasatan.. 

Kalau macam ini style jalankan penyiasatan, lebih baik tak perlu soal... Nanti pegawai yg menyoal pula dipecat Najib...
 

Lebih baik sampai tarikh soal Najib mohon cuti atau mc.. Selamat dari dipecat Najib.. Paling mudah tutup sahaja fail 2.6 bilion itu.. Pasti tidak menyalahi undang2 kerana derma... 

Kalau rakyat, laju je kutip, tahan, siasat tanpa mengira waktu atau kesibukan dan tanggungjawab rakyat yg ditangkap. Najib????

Nampak gayanya lepas ni kalau SPRM nak soal sesiapa kene tengok dulu la orang tu setuju ke tidak, nak soal siasat kene tengok dia busy ke tidak.. 

Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!!

PRU-14 : KITA BAKAL ‘ BAKUCAMBAI”

Posted: 13 Nov 2015 03:45 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

INI kalilah kita sudah di ambang pintu PRU-14 dan tidak lama lagi semua bakal berkeliaran keluar dari gua kesan lama BATAPA menuntut ilmu.

Dunia politik di Sabah bakal BAKUCAMBAI katanya orang brunei dan ramailah datang 

BAURUNG-URUNG siap semuanya bijak sangat bicara soal politik mengalahkan professor dan kekadang saya jadi geli hati.

Kenapa saya berkata demikian?

Apa kita tidak tahu? Di Sabah ini dalam BN termasuk PAKATAN HARAPAN sudah punya sekitar 10 parti dan kemudian ditambah dengan 13 parti makna semuanya 23 parti.

Sabah ini memang hebat kaya dengan parti dan sekaligus kaya dengan presiden PARTI dan bayang saja kalau semua parti sertai BN makna dalam BN itu majoritinya dari Sabah. Bukankah itu aneh dan lucu malah beruk2 di Sipilok juga ketawa terbahak-bahak hingga terberak terkencing meneliti sikapnya bangsa kita di Sabah ini.

Pecah dan perintah dan memang begitulah niatnya BN dan apakah ini tidak diketahui atau banyaknya parti ini sengaja untuk menonjolkan diri kala dalam parti yang sedia ada gagal untuk ke depan dan lalu ditubuh parti agar sama seiringan dengan presiden parti2 lain?

Memang aneh bin ajaib!

Di mana saja pejabat2 mereka kalangan parti baru? Siapa2 saja ahli2 mereka itu dan apakah sudah mula bergerak atau kesan tak bergerak dilontar alasan "MAIN DIAM2 SAJA" konon tak boleh bising-bising bergerak secara senyap2 macam biawak. Begitukah cara berparti?

Nanti masa election deposit untuk 60 DUN dan 25 MP sekurang mesti ada satu juta termasuk cetak poster, gaji paca, letak poster, minum makan ceramah/sewa kenderaan dan segala macam. Parti pemerintah berbelanja mungkin satu RM1 juta untuk satu kawasan Parlimen yang didapatkan dari RM2.6 bilion dan yang di Sabah bagaimana?

Lucu dan kelakar!

Dalam lucu dan kelakar, aneh bin ajaib itu, maka BN terutama PBS, UPKO dan PBRS ketawa terbahak-bahak dan monyet ambok juga sama ikut tertawa dan pembangkang siap berangan tinggi mahu menggapai bulan konon tapi terus ke pentas terbuka dan berkata " Ini kalilah!"

Kekadang berangan seperti Mat Jenin itu ada juga bagusnya tetapi takut pula pinang yang dipanjat tumbang di tiup angina dollar dan akhirnyanya ampai-ampai MENGURAPAI. Kena panggil bomoh dari gunung untuk menghantar jampi serakah.


Kesian orang kita ini!


ISMAILY BUNGSU
13/11/2015

JIKA FITNAH SAMAN LAH !!

Posted: 13 Nov 2015 03:00 AM PST


Zar Ali's photo.
Teh Li's photo.
Teh Li's photo.

Pendedahan skandal YaPEIM terbaru oleh sdr Akmal Nasir.

Posted: 13 Nov 2015 02:15 AM PST

Rafizi Ramli's photo.
Menteri agama UMNO guna dana anak yatim & miskin ke luar negara bersama isteri, main golf & pusat membeli belah.

Bukti dan kenyataan boleh baca di National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebarkan!

SEMUA PEKERJA PEJABAT ZAKAT SELURUH MALAYSIA SENTAP 200% !! PASTI KORANG TERKEJUT!!

Posted: 13 Nov 2015 01:30 AM PST


Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik. 

Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.

Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

*Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!

Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. 


Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.


Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.
Nampak tak kesan dia?


Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.

Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;
"Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat"

Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya. – 


Saff Rainz via THE HYPEMEDIA

KRITIK

Posted: 13 Nov 2015 12:50 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

MENGGAULI akrapi dunia politik bermakna masuk ke kandang harimau dan siap musuh2 menunggu untuk menyerang kita.

Di situlah kita bakal terima cabaran/dugaan yang getir, bukan saja diri sendiri malah terkait anak bini, keluarga semua akan siap dihina cemuh dikata yang bukan2.

Ketika kita di atas, di situ akan kita lihat mulia macam raja dan semacam semut yang siap datang berbodong mendapatkan gula dan di situ segala macam olah akan kita saksikan dan kekadang mengelikan hati.

Tetapi bila kita tidak punya kuasa, di situ akan kita lihat ramai yang menghindar malah ketika ketemu mereka rata2 memalingkan wajah untuk elak bertembung muka.

Dalam dunia hakikatnya begitulah yang harus kita terima dan hadapi dengan sabar dan tabah.

Memang jelas melangkah ke dunia politik, mental dan sikap kita harus tahan lasak dan kena bersedia menghadapi kemungkinan2 yang menyakitkan hati selagi kita punya niat mahu memperbaiki, mempengerahui untuk membawa mereka ke jalan benar.

Nabi sendiri meski demikian tinggi darjatnya Allah letakkan, hingga sekarang sejak lahir hingga wafatnya terus kena hina maki hamun tetapi nabi tidak sedikitpun membalas hinaan, malah ketika dihina ia katakan sama puterinya fatimah untuk jangan marahkan yang menghina sebab mereka belum islam dan belum tahu kebaikan islam itu sendiri.

Ketika Nabi menyuapi Yahudi yang buta, Nabi dimaki hamun dan dihina tetapi nabi terus saja menyuapi yahudi buta itu dan ketika Nabi wafat dan tiada yang suapi barulah Yahudi itu tahu yang menyuapi selama itu ialah Nabi yang ia maki hamun dan saat tahu itu yahudi menangis dan segera minta diislamkan.

Teringat juga katanya Jesus kala kena tampar pipi kiri, sila saja sorong pipi kanan untuk ditampar kedua kalinya dan jangan sekali dibalas.

Kalau kita kena tembak jangan balas, tembak saja dengan pistol air dan kalau dibalas dengan senapang gajah maka tentunya dunia ini akan hancur jadinya dan itu tidak layak untuk menjadi pemimpin sebab membinasakan rakyat.

Pemimpin kena tunjuk akhlak mulia, bukan saja itu malah dari segi tutur kata juga kena perhatikan sebelum melontar kata.


ISMAILY BUNGSU
sabah
13/11/2015


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT