Isnin, 9 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MCA tegur BTN panggil Cina, India pendatang FMT Reporters

Posted: 09 Nov 2015 11:30 PM PST


Datuk-Raja-Arif-Raja-Ali,Datuk-Wee-Jeck-Seng

Ketua Pengarah BTN dikatakan jahil dan tidak memahami maksud patriotisma.

PETALING JAYA: MCA kecewa dengan kenyataan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali yang memanggil kaum Cina, India dan beberapa kumpulan lain sebagai pendatang.

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Wee Jeck Seng berkata, ia menunjukkan beliau jahil dan tidak memahami maksud patriotisma.

"Masyarakat Cina dan India adalah rakyat di negara ini. Malaysia ditubuhkan hasil usaha keras dan ketekunan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan kaum lain yang berjuang menuntut kemerdekaan," katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada Mstar Online.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Piai itu, kenyataan yang dibuat Raja Arif jelas bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa rakyat Malaysia tidak harus dilabelkan sebagai pendatang.

Jelas Wee, negara ini adalah milik semua kaum, oleh itu tiada sebab mereka perlu dilabel sebagai pendatang.
"Rakyat Malaysia yang dilahirkan dan dibesarkan di sini adalah warganegara Malaysia. Kesetiaan kita kepada Malaysia tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi dipadamkan," ulasnya.

Turut dipertikainya, gesaan Raja Arif mengenai sistem pendidikan satu aliran yang didakwanya boleh meningkatkan perpaduan negara jelas menunjukkan kejahilan beliau.

Katanya, tiada bukti bahawa mana-mana negara mengamalkan sistem pendidikan satu aliran benar-benar menyatukan semua kaum.


FMT.

`Saya tidak tahu tentang kerajaan perpaduan’ – Ku Nan Khairil Ashraf

Posted: 09 Nov 2015 10:45 PM PST


husan dan ku nanBeliau bersumpah tidak mengetahui mengenai dakwaan yang dibuat oleh Husam baru-baru ini

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan beliau tidak mengetahui dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung langkah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tak tahu. Saya mana tahu. Wallahi, wabillahi, watalallahi," jawabnya ringkas.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada Jumaat lepas.

Terdahulu, dalam ucapannya di Majlis KL Eco City's Strata Office Tower, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyeru orang ramai agar berfikir menggunakan otak untuk menerima sesuatu maklumat.

Ini kerana, katanya pada masa ini orang ramai boleh menggunakan `hujung jari' mereka untuk mencipta segala fitnah di media sosial.

"Semua orang mula menggunakan `hujung jari' mereka untuk mencipta segala fitnah dan sebagainya.

"Tolonglah, apa-apa yang anda dapat, baca..kita semua dicipta oleh tuhan. Tolonglah fikir menggunakan otak," katanya.


FMT

Penjelasan Masjid Negara isu Bilik Wuduk VVIP FMT Reporters

Posted: 09 Nov 2015 10:00 PM PST


vvip

Bilik Wuduk VVIP bagi kemudahan tetamu-tetamu kerajaan dan pembesar negara selain mengelak kejadian tidak diingini ketika menghadiri program kebangsaan di Masjid Negara. 


PETALING JAYA: Bilik Wuduk VVIP di Masjid Negara bertujuan memudahkan tetamu-tetamu kerajaan yang menghadiri program kebangsaan mengambil wuduk kerana ia terletak bersebelahan Bilik Menunggu VVIP.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Ismail Muhammad berkata, kemudahan khas itu mengambil kira prosedur dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau membuat penjelasan itu susulan gambar Bilik Wuduk VVIP di Negara Negara menjadi viral di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi umat Islam.

Katanya, gambar yang diviralkan itu seolah-olah Bilik Wuduk VVIP terlalu eksklusif dengan tanda signage yang besar sedangkan gambar yang diambil itu tidak menggambarkan gambar Bilik Wuduk VVIP yang sebenarnya.

"Masjid Negara mengamalkan polisi bersifat terbuka dan bersedia untuk menerima komen, pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja termasuk orang awam demi kebaikan dan penambahbaikan.

"Namun begitu Masjid Negara juga berpandangan bahawa setiap teguran dan kritikan perlulah disalurkan dengan cara dan wasilah yang sesuai bukanlah berbentuk provokasi lebih-lebih lagi yang mempunyai niat dan agenda tertentu. 

Atas sebab itu Islam mengajar kita setiap teguran ada adab dan tatacaranya," katanya menerusi kenyataan media.

Ismail berkata, teguran adalah kewajiban di atas dasar "amar maaruf nahi munkar" namun ia perlu dilakukan dengan konsep teguran adalah dengan niat dan tujuan baik dam dilakukan dengan hikmah tidak sampai menyinggung perasaan dan boleh menimbul kemarahan.

Teguran juga, katanya, tidak mengaibkan seperti menegur di depan orang ramai dan secara terbuka dan dibuat secara bersemuka atau apa-apa cara yang berniat ikhlas.


FMT.

Mukhriz sedia lepas jawatan dengan bersyarat Adam Abu Bakar

Posted: 09 Nov 2015 09:15 PM PST

mukhriz kedah

Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya
mukhriz kedah

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia melepaskan jawatan yang disandangnya dengan bersyarat.

Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya.

"Namun jika dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Pengerusi UMNO Kedah itu berkata demikian bagi mengulas mengenai viral yang dimuat naik pemilik akaun Edisi Siasat yang memyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan UMNO'.

Status tersebut menjadi viral di Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Kedah dan UMNO Pusat di Dewan Seri Mentaloon.


FMT.

AMK kecam tindakan menyerbu pejabat Malayskini, The Star Online FMT Reporters

Posted: 09 Nov 2015 08:30 PM PST


nik-azmi,serbu

Tindakan menyerbu pejabat Malaysiakini dan The Star Online telah mencemar kredibiliti dan kewibawaan kedua-dua institusi itu sendiri.

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan menyerbu pejabat Malaysiakini dan The Star Online oleh pihak berkuasa pada Jumaat lepas.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang melakukan serbuan ke pejabat portal berita berkenaan disifatkan sebagai satu tindakan zalim.

Malah katanya, tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua institusi itu sebenarnya telah mencemar kredibiliti dan kewibawaan kedua-dua institusi itu sendiri.

"Sebuah media yang bebas untuk berfungsi tanpa sebarang tekanan atau pemerhatian melampau pihak kerajaan adalah penting untuk sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Kejadian ini lebih menggusarkan kerana rakyat pasti akan melihat ini sebagai bersangkut-paut dengan kontroversi Kerajaan Persekutuan yang tidak berkesudahan.

"SKMM serta pihak polis haruslah menerangkan dengan telus mengapa tindakan ini perlu diambil, sebelum keyakinan rakyat terhadap mereka kian terhakis," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mengimbau mengenai serbuah yang dilakukan, Nik Nazmi berkata, ia dibuat ekoran dakwaan yang menyatakan bahawa tindakan itu diambil akibat laporan mereka berkenaan pemindahan seorang Pegawai Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pegawai yang dipindahkan itu adalah sebahagian daripada kumpulan penyiasat yang sedang menyiasat anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri juga sudah pun mengesahkan bahawa pegawai tersebut telah dipindahkan secara dalaman di SPRM," ujarnya.


Free Malaysia Today

RAKYAT IKAT PERUT...PEMIMPIN BUNCITKAN PERUT..!!!

Posted: 09 Nov 2015 08:00 PM PST

Pemimpin Wanita Umno didakwa guna dana yayasan kerajaan ketika pilihan raya OLEH NABIHAH HAMID

Posted: 09 Nov 2015 07:30 PM PST


Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang daripada sebuah yayasan berkaitan kerajaan sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei tahun ini.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang daripada sebuah yayasan berkaitan kerajaan sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei tahun ini.

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mempersoalkan penggunaan dana sebuah yayasan berkaitan kerajaan berjumlah RM223,000 untuk aktiviti semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 24 April lalu.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang tersebut sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei 2015.

"Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar individu menerima RM223,000 daripada (sebuah) yayasan untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

"Jika ia, apakah bentuk program yang dijalankan ketika PRK Rompin? Apakah bukti program tersebut dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan?," soal Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Akmal melalui pemeriksaan beliau, tiada sebarang aktiviti melibatkan yayasan tersebut diadakan di Rompin.

"Jika tiada program ke mana wang tersebut pergi. Kita minta sebagai yayasan yang dipertanggungjawab di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kalau tidak pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil menjawab soalan saya,"

"Isu di sini yang kita bangkitkan. Satu salah laku wang tersebut. Kalau program dilaksanakan dan kalau program menguntungkan calon untuk menang agak payah kerana undang-undang kempen PRU (RM200,000) seorang calon adalah had maksimum.

Jelasnya, jika perkara ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya yang menyumbang kepada yayasan ini kecewa kerana wang derma mereka disalahgunakan.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahgunakan dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.

Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kerajaan Islam UMNO/BN Terhebat !!

Posted: 09 Nov 2015 07:00 PM PST

HEBAT negara Islam Malaysia..
ADA..

- DUA KILANG ARAK terbesar di Asia tenggara.


- PUSAT JUDI KASINO terbesar di dunia (dlm kategori jumlah pekerja : seramai 13,000 pekerja)


HIDUP UMNO !!! HIDUP MELAYU !!!

Halal HARAM sama-sama balun... Janji dapat menjana ekonomi negara lebih kukuh & stabil..

Keluarga lelaki tunggu hukuman mati di Singapura minta bantuan ahli Parlimen Sarawak OLEH JULIA YEOW, PENGARANG BERITA

Posted: 09 Nov 2015 06:30 PM PST

Ibu Kho Jabing, Lenduk dan adik, Jumai kini sedang berusaha mendapatkan bantuan ahli Parlimen Sarawak dalam usaha meringankan hukuman mati terhadap Jabing. – Gambar Facebook, 10 November, 2015.

Ibu Kho Jabing, Lenduk dan adik, Jumai kini sedang berusaha mendapatkan bantuan ahli Parlimen Sarawak dalam usaha meringankan hukuman mati terhadap Jabing.

Ibu Kho Jabing, Lenduk dan adik, Jumai kini sedang berusaha mendapatkan bantuan ahli Parlimen Sarawak dalam usaha meringankan hukuman mati terhadap Jabing.

Susulan penangguhan pelaksanaan hukuman gantung ke atas warga Sarawak, Kho Jabing di Singapura, ahli keluarganya akan datang ke Kuala Lumpur esok sebagai usaha terakhir mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat supaya meneliti kesnya dan merayu diringankan hukuman.

Hukuman ke atas Jabing, 31, ditangguhkan Mahkamah Rayuan Singapura Khamis lalu, kurang 24 jam sebelum dia dijadualkan dihukum gantung di Penjara Changi kerana menyebabkan kematian warganegara China Cao Ruyin pada 2007.

Adik Jabing, Jumai dan ibunya, Lenduk, dijangka tiba di Kuala Lumpur esok bagi bertemu wakil rakyat Sarawak, kata peguam Malaysia Ngeow Chow Ying.

"Saya sudah cuba membantu menguruskan pertemuan mereka dengan seberapa ramai yang mungkin ahli Parlimen dari Sarawak," kata Ngeow yang dihubungi kumpulan anti hukuman mati Singapura, We Believe in Second Chances, 2 minggu lalu bagi mendapatkan bantuan untuk keluarga Jabing.

Beberapa orang wakil rakyat yang ahli pasukannya berjaya hubungi setakat ini "tidak begitu positif" dalam menunjukkan sokongan kepada Jabing, kata beliau.

Keluarga itu juga berharap dapat bertemu dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketua Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), bagi menyerahkan surat rayuan untuk negara Asean, meminta sokongan mereka kepada pengampunan Jabing.

Ngeow juga merupakan peguam kepada seorang rakyat Malaysia, Yong Vui Kong, pengedar dadah yang menunggu hukuman mati yang pertama berjaya meringankan hukuman ke atasnya kepada penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan pada November 2013.

Keringanan itu mengikut pindaan kepada undang-undang hukuman mati di Singapura pada 2012.

Beliau berkata tahap sokongan awam, kerajaan dan masyarakat antarabangsa bagi Yong, 24, adalah lebih besar berbanding Jabing, sambil mengakui kes warga Sarawak berketurunan Cina dan Iban ini adalah "lebih rumit".

"Bagi Vui Kong, kami dapat banyak liputan media. Ramai yang tandatangan petisyen supaya beliau diampunkan dan terdapat juga tekanan daripada pihak antarabangsa," kata Ngeow.

"Tetapi, disebabkan kes Jabing melibatkan pembunuhan atau rompakan yang berakhir dengan pembunuhan, susah hendak dapatkan sokongan orang ramai. Ahli Parlimen juga teragak-agak untuk beri sokongan," katanya.

Keraguan mengenai sabitan

Bagaimanapun Ngeow berkata, penting untuk ditekankan, terdapat "banyak keraguan" di dalam butir-butir sabitan kes bunuh Jabing, yang merupakan sebab mengapa kumpulan hak asasi dan peguam percaya dia harus dilepaskan daripada hukuman gantung.

Mahkamah Tinggi Singapura mengkaji semula kes Jabing dan memutuskan beliau dipenjara seumur hidup dan dikenakan 24 sebatan pada 2014, tetapi kelegaan keluarganya tidak kekal lama selepas hukuman mati dikenakan semula Mahkamah Rayuan.

Presiden Singapura Tony Tan kemudian menolak rayuan pengampunannya pada 19 Oktober.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada Khamis lepas menjadi satu kejutan kepada ramai aktivis hak asasi, yang mengatakan ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Singapura di mana pelaksanaan hukuman gantung ditangguhkan pada saat akhir sebegini.

Walaupun keluarganya menaruh harapan agar mendapat lebih banyak sokongan orang ramai dan kerajaan dalam masa tambahan pada mereka perolehi ini, Ngeow cepat memberi amaran supaya tidak terlalu yakin tentang keberkesanan diplomasi dalam menolak pengampunan.

"Kerajaan Malaysia kemungkinan besar tidak akan membuat petisyen bagi Jabing, paling kuat pun, mereka akan menulis surat rayuan," kata Ngeow, memetik pematuhan Malaysia kepada dasar tidak campur tangan Asean.

"Berdasarkan pengalaman, peluang sangat tipis untuk kerajaan Singapura menaruh belas kasihan hanya kerana adanya tekanan diplomatik," katanya.

Peguam Jabing mempunyai sehingga 23 November untuk membentangkan Usul Krisis bagi kes beliau yang akan dikemukakan semula.

Pengarah We Believe in Second Chances, Priscilla Chia berkata, jika mahkamah memutuskan untuk menolak usul itu, Jabing akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang digantung di Singapura sejak 2011.

Organisasi itu merupakan salah satu penyokong kuat Jabing, membantu menyediakan khidmat peguam dan juga sokongan kewangan kepada keluarganya sepanjang mereka berada di Singapura. – 10 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ketua Polis KL TERKANTOI Menipu ?

Posted: 09 Nov 2015 06:00 PM PST

Anak Azmin Sebenarnya Dipanggil Polis Sejak Julai Lalu?.. Tapi Tuan, BERSIH Diadakan Bulan Ogos Laaaa...


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberi kerjasama.

Beliau menjelaskan, polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon, untuk hadir memberi keterangan bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan, tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

Ohh.. dah lama rupanya pihak Polis panggil anak Azmin untuk beri keterangan.. dah lebih tiga bulan rupanya.. lama tu..

Tapi Tuan.. BERSIH yang mana satu tuan maksudkan ini?.. BERSIH, BERSIH 2, BERSIH 3 atau BERSIH 4?

Perhimpunan BERSIH yang pertama diadakan pada 10 Nov 2007, perhimpunan kedua yang dikenali sebagai "Walk for Democracy" pula pada 9 Julai 2011.

Dan BERSIH yang ketiga adalah perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012.

BERSIH 4 telah berlangsung dari pukul 2 petang, Sabtu 29 Ogos 2015 hingga tengah malam Ahad 30 Ogos 2015..

BERSIH yang mana satu ni tuan.. takkanlah BERSIH 3 kot?.. dah hampir 3 tahun berlalu tu..

Tentu sebab anak Azmin sertai BERSIH 4 kan??

Kalau macam tu hebat hebat betullah risikan Polis KL ni ya.. benda yang belum berlaku pun mereka dah tahu akan berlaku sebulan lebih awal..

Ha.. ha.. ha...

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA, 9 November:
Polis meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya, Basheer Azmin untuk direkodkan keterangan, berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberi kerjasama.

Beliau menjelaskan, polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon, untuk hadir memberi keterangan bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan, tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

"Maknanya, polis telah memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal, tanpa menunggu notis dikeluarkan," katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis meminta anaknya hadir memberi keterangan di balai polis, walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir mulai hari ini sehingga Jumaat ini.

Tajuddin ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas pengurusan bencana negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) WPKL, hari ini.

Menurut notis itu, anak Mohamed Azmin dikehendaki hadir pada jam 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Tajuddin berkata, berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan, bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial Twitternya, memuat naik status menyatakan anak lelakinya dipanggil polis untuk direkodkan keterangan hari ini, kerana terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Mohamed Azmin juga dilaporkan sebagai berkata, anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat ini terlebih dahulu, sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis - The Rakyat Post

PM Najib Dan Rosmah BOROS ??

Posted: 09 Nov 2015 05:30 PM PST

Bang Nuar's photo.

Majoriti rakyat tidak suka tetapi laki bini boss besar spesis BN ini senang-senang habiskan duit negara untuk menikmati keistemewaan hidup dibelanja dengan hasil duit rakyat.


Haramjadah!!!!!!!!!!!!!!

Posted: 09 Nov 2015 05:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

Saya nulis pelbagai yg barangkali menjemukan dan untuk hilang rasa jemu kesan baca selalu yg bosan itu bisa saja unfriend atau blok semua akaun fbook saya dan buat saya itu ngak apa2.

Sila saja pintu 24 jam open bisa keluar masuk kapanpun mahunya.

Salam


ISMAILY BUNGSU

PAS Rela Kerjasama Dengan Umno Berbanding Pakatan Harapan?

Posted: 09 Nov 2015 04:29 PM PST

PAS tolak syor kerjasama dengan Pakatan Harapan





PAS menolak keras cadangan bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi, bagi menyelesaikan kontroversi status dan kedudukan kerajaan negeri itu, tegas Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Menteri besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dah cakap tidak ada Pakatan Harapan di Selangor. PAS kekal dengan pendirian kita untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan AMANAH.

"Hubungan kita dengan PKR sahaja, tak lebih dari itu. Kita (PAS) sebahagian daripada kerajaan Selangor dan tidak ada masalah apa," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Mohd Amar mengulas cadangan Parti Amanah Negara (AMANAH) bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui satu perjanjian kerjasama rasmi antara Pakatan Harapan dan PAS.

Ahli Jawatankuasa AMANAH, Khalid Samad berkata pendekatan itu perlu bagi mengelakkan kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor terjejas di negeri itu dan kedudukan kedua-duanya diiktiraf serta hubungannya menjadi rasmi melalui perjanjian itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.

Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR telah meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

Diminta mengulas berhubung langkah Azmin yang mahu berbincang pimpinan AMANAH Khamis ini, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata pihaknya mengambil pendirian tunggu dan lihat.

"Kita tunggu dululah. Kita tak boleh komen lagi sebelum beliau jumpa dan ulas," katanya.

Azmin mahu mengadakan pertemuan itu untuk berbincang dengan pelbagai isu khususnya membabitkan kerajaan negeri dan cadangan Khalid supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

Ditanya mengenai perancangan PAS sekiranya Azmin bersetuju dengan pembentukan gabungan baru itu, Mohd Amar berkata:

"Terlalu awal nak komen andaian ini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan.