Ahad, 8 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jangan Lah "BERUHANKAN NAJB"

Posted: 08 Nov 2015 11:45 PM PST


Ahli Umno Merbok diberi amaran hindari Dr Mahathir jika mahu selamat -

Written By canang.

Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti. –

Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain, dilaporkan memberi amaran kepada beberapa ketua cawangan bahagian itu yang didakwa cuba menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwanya, menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, gerakan itu diketuai seorang ketua cawangan yang pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya lalu yang menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah.

Tajul berkata, ahli parti harus menghindari majlis ceramah itu sekiranya mereka tidak mahu berdepan tindakan dari parti.

"Selain itu, saya juga meminta Dr Mahathir supaya berhenti daripada melakukan serangan demi serangan terhadap kepimpinan parti yang dilihat mendatangkan kesulitan terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dalam memilih antara bapa dan bosnya.

"Kami sayangkan Mukhriz dan karier politiknya. Tetapi pendirian kami tegas, sama ada tenggelam atau timbul, Umno Merbok tetap bersama kepimpinan presiden dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir kini menjadi pengkritik utama pentadbiran Najib apabila berulang kali mendesak perdana menteri memberikan penjelasan memuaskan tentang operasi dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tekanan ke atas bekas perdana menteri ke-4 itu diperhebat apabila polis semalam bertindak menyiasat Mahathir, dipercayai berhubung kenyataannya pada himpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu. – 7 November, 2015.

Anak Lelaki Azmin Berumur 15 Tahun Dipanggil Polis Beri Keterangan BERSIH 4

Posted: 08 Nov 2015 11:00 PM PST


Pihak polis memanggil anak lelaki Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos lalu.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR, menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur itu bersama keluarganya.

"Polis arah anak saya datang ke IPD Dang Wangi esok jam 10 pagi walaupun anak saya menghadapi peperiksaan akhir mulai esok.

"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno

"Syukur anak saya Basheer berani," tulis Azmin dalam Twitternya.

Azmin disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman kerana membawa kanak-kanak ke demostrasi.

Penganjur BERSIH Maria Chin Abdullah dan Jannie Lasimbang dituduh bawah akta yang sama kerana tidak memberi notis kepada polis.

Pada 29 dan 30 Ogos, BERSIH 4 di ibu negara dihadiri lebih 150,000 peserta.

- mkini

Gandingan Mantop..? - Yer Ker ?

Posted: 08 Nov 2015 10:15 PM PST

Asri Asri's photo.
 
Pru 14 apa kata jika Pas bergabong dengan umno tanpa ada parti lain.Pas keluar Pakatan Umno keluar Bn.

Tubuh satu gabongan baru yang diberi nama baru "Pakatan Melayu"

Dato' Siti Nurhaliza Kini Sudah Hamil? SUMBER BH ONLINE

Posted: 08 Nov 2015 09:30 PM PST



Jika benar berita yang disampaikan ini, pastinya ia memberikan khabar gembira bukan sahaja Dato' Siti Nurhaliza dan keluarga sahaja malah peminat juga pastinya tidak sabar menunggu cahaya mata pertama penyanyi tersohor ini.

Menurut laporan daripada BH Online, Siti dikhabarkan kini sudah hamil dan perkara itu diberitahu melalui sumber yang menyatakan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh anak lelaki tirinya, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Selain itu, khabar angin ini dikuatkan lagi tiupannya melalui gambar susu kambung dan juga kurma yang dimuatnaik sendiri oleh Siti Nurhaliza di Instagram. Katanya, apa yang diamalkan oleh penyanyi itu digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Siti dilanda berita sebegini namun dalam masa yang sama, jika perkara ini benar, kami ucapkan tahniah dan mendoakan agar semuanya dalam keadaan baik-baik belaka kepada pasangan yang sudah mendirikan kepada pasangan yang sudah mendirikan keluarga sejak dari Ogos 2006. (rtky/s)

Lapor diri anakanda kpd Azmin Ali di Balai Polis Dang Wangi di tunda pada 25hb November.

Posted: 08 Nov 2015 08:45 PM PST

bodoh polis ni, budak sekolah kot....
lepas ni budak darjah 1 pulak...
polis bingaiiii...


teringat kes 1mbd,
pengarah or penasihat x kena tangkap.
 

PEON @ RUNNER @ OFFICEBOY
yang kena siasat. siap tahanan reman woi....

Ketua Twitter Negara. 

mabuk vape kot.


sekarang takde mabuk ketum dah,
vape dah harem....
kihkihkihkih...

Rakyat Prihatin's photo.

DAP Sokong AMANAH Tanding Di Selangor Pada PRU14

Posted: 08 Nov 2015 08:00 PM PST


Persoalan Lapan Kerusi Selangor Yang Disebut DAP

Pada asalnya saya tidak berminat untuk mengeluarkan apa-apa reaksi kepada persoalan lapan kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS pada 2013 yang DAP sebut mereka ingin bertanding. Ini adalah kerana keputusan berhubung siapa akan bertanding dan sama ada Pakatan Harapan (PH) bertanding atau sebaliknya di mana-mana kerusi akan diputuskan bersama melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bila tiba masanya.



Buat masa ini, mesyuarat Majlis Presiden berhubung isu kerusi belum lagi diadakan. Oleh itu saya melihat kenyataan YB Tony Pua hanya sekadar tindak balas terhadap kenyataan PAS sebelum ini berhubung keinginan PAS untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP. Oleh itu saya melihatnya sebagai isu yang tidak memerlukan respons.

Malangnya PAS kelihatan agak runsing terhadap kenyataan ini dan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan balas terhadapnya. Sedangkan ianya sesuatu yang pramatang atau terlalu awal untuk dibicarakan.

DAP tidak yakin dengan AMANAH atau PAS?

Antara respons dari PAS adalah kenyataan Datuk Mustafa Ali di mana beliau menyebut ianya adalah bukti bahawa DAP tidak yakin dengan kemampuan Parti AMANAH. Oleh itu DAP akan bertanding di kerusi-kerusi itu dan bukan AMANAH.

Kalau ingin menilai kenyataan DAP secara serius, saya tidak akan mengatakan bahawa ianya menunjukkan kurangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan AMANAH. Sebaliknya saya akan katakan bahawa DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS!

Ini adalah kerana kesemua kerusi yang disebut adalah kerusi yang telah dimenangi PAS pada 2013. Tetapi DAP sekarang menganggap bahawa PAS tidak lagi mampu mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan. Ini adalah kerana DAP melihat bahawa PAS, melalui kenyataan dan pendiriannya yang mutakhir, telah kehilangan undi dan sokongan bukan Melayu.

Ingatan umum kepada kedudukan PAS yang kalah semua kerusi DUN Selangor yang mereka tandingi pada PRU ke-11 (2004) sangat releven. Sikap bersendirian PAS hari ini, memungkinkan kembali senario 2004, di mana PAS dan DAP tidak ada persefahaman dalam pilihanraya. Oleh itu, sekiranya PAS yang bertanding pada PRU 14, DAP yakin bahawa kerusi-kerusi ini akan jatuh pada BN. Untuk elak ianya dari berlaku, maka DAP menawarkan dirinya sebagai parti yang akan bertanding di kerusi-kerusi tersebut. Itu pun disebut, sekiranya dipersetujui Pakatan Harapan.

Faktor Kemenangan PRU 2013

Bagi saya, kenyataan DAP sekadar tindak balas terhadap kenyataan PAS. Ianya bertujuan untuk mengingatkan PAS bahawa kemenangan mereka di kerusi-kerusi tersebut telah banyak dibantu pengundi bukan Melayu. Pengundi bukan Melayu pula telah mengundi PAS, antara lain adalah atas sebab keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR. Mungkin dilihat bahawa PAS seolah-olah telah lupa hakikat ini maka perlu diingatkan.

Dalam menghadapi PRU ke 14, sudah pasti PH akan berusaha untuk memenangi kembali semua kerusi-kerusi yang telah dahulunya dimenangi Pakatan Rakyat. Kerusi yang dimenangi PR merupakan tumpuan PH oleh kerana pengundi di kawasan tersebut telah menzahirkan keinginan mereka untuk diperintah oleh gabungan PKR, DAP dan dahulunya, PAS. Walaupun sekarang ini PR sudah terkubur, tetapi semangat dan wawasan yang sama dibawa oleh PH.

Dalam keadaan yang sedia ada, AMANAH berkeyakinan bahawa parti ini adalah yang paling berpotensi untuk mencapai kemenangan di kawasan-kawasan berkenaan apabila mewakili Pakatan Harapan. Ini adalah kerana AMANAH merupakan sebuah parti Islam sepertimana juga PAS tetapi bersikap lebih inklusif dan jujur terhadap konsep berpakat dan berkerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Dengan itu sokongan Melayu dan bukan Melayu insyaAllah mampu diperolehi AMANAH demi menjamin kemenangan.

Respon lain

Ada juga antara penulis dan blogger pro-PAS yang memberi amaran bahawa DAP sudah ingin menguasai Selangor. Bahawa dengan 15 kerusi yang sediada dan 8 lagi yang diinginkan maka DAP akan mendapat 23 kerusi dan dengan itu mempunyai jumlah terbesar dalam Pakatan Harapan. Kebetulan pula Dr. Aziz Bari menyebut bahawa tidak salah di sudut undang-undang untuk bukan Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Selangor. Maka dijaja teori mereka ini untuk menyeru pengundi Melayu untuk bersatu "menentang usaha DAP (Cina) menguasai Selangor".

Saya hairan dengan sikap yakin terhadap kemampuan DAP untuk memenangi 8 kerusi yang disebutkan mereka. Tak sangka bahawa penulis-penulis pro-PAS tidak yakin dengan kemampuan PAS mempertahankan 8 kerusi tersebut dari "dirampas DAP". Secara tidak sedar mereka memperakui kewajaran hilangnya keyakinan DAP terhadap kemampuan PAS menang kembali kerusi-kerusi berkenaan.

Saya syorkan supaya mereka tidak terlalu khuatir terhadap persoalan ini. Ianya hanya acahan DAP maka tidak perlu melatah atau melenting. Begitu juga saya syorkan supaya mereka hentikan diri mereka dari terus menjadi agen UMNO BN, mengibar panji-panji perkauman serta menyubur perasaan takut terhadap sesama rakyat. Cukuplah dengan UMNO BN sebagai agen provokator dalam persoalan perkauman dan penyubur perasaan takut masyarakat Melayu.

Saya ulangi bahawa persoalan kerusi belum lagi dibincang maka bertenanglah. Apabila ianya dibincang, sudah pasti AMANAH akan menuntut untuk bertanding di mana PAS telah bertanding sekiranya PAS tetap tidak bersama PH dan tiada persefahaman pilihan raya atau "electoral pact" antara PAS dan PH.

Kesimpulan

Persoalan kerusi akan dimuktamadkan melalui proses perbincangan dan musyawarah di antara parti-parti PH. Namun bagi kerusi-kerusi yang pernah ditandingi dan dimenangi PAS, AMANAH adalah dalam posisi yang terbaik untuk mewakili Pakatan Harapan kerana sokongan merentasi kaum masih dikecapi parti ini. Buat masa ini yang terpenting ialah membina kekuatan AMANAH dan Pakatan Harapan di seluruh Negara. Melalui ini BN akan dapat dikalahkan pada PRU ke-14.

Harapan kami adalah semoga kesemua parti pembangkang akan bersatu di bawah PH atau paling tidaknya bagi PAS dan parti pembangkang lain mewujudkan persefahaman pilhan raya atau 'electoral understanding' dengan PH. Ini akan memudahkan perlaksanaan kaedah 'satu lawan satu' di semua kerusi bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN yang telah banyak melakukan kerosakan dan membebankan rakyat di negara ini. Usaha menjatuhkan BN harus dijadikan fokus utama kita.

WaLlahu 'Alam

Khalid Samad
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara


DAP Akan Sokong Parti Amanah PRU 14 – Tony Pua

DAP akan memberi sokongan penuh kepada Parti Amanah Negara sekiranya PAS bertanding dalam mana-mana kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Pengerusi DAP negeri, Tony Pua.

Ini kerana PAS bukan satu sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, berbanding dengan Amanah dan PKR.

Pua turut memberi jaminan bahawa DAP tidak akan sesekali mengkhianati rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah sepertimana yang dilakukan PAS pada PRU 13.
"DAP tidak akan tikam belakang seperti PAS yang meletakkan calon untuk kerusi Kota Damansara yang merupakan milik PKR," kata Pua dalam ucapannya di konvensyen DAP Selangor pada Ahad.

Tambahnya, kerana pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara itu, akhirnya UMNO yang memenangi kerusi berkenaan.

Pada Jumaat, Pua dalam kenyataan kepada KiniTV berkata DAP sudah bersedia untuk merampas kembali lapan kerusi yang sebelum ini milik PAS.

Lapan kerusi itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

"Kita, DAP telah membuat persediaan untuk bertanding di beberapa kerusi DUN yang dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebelum ini.

"Kerusi-kerusi ini termasuklah DUN Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat,"kata Pua.

Tambah Pua, keputusan rasmi berkenaan pertandingan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor.

Kenyataan terbaharu DAP itu dilihat sebagai usaha parti itu untuk menyingkir pengaruh PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

Sehingga kini, DAP merupakan parti yang paling dominan dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan memiliki 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berbanding dengan PKR 13, PAS 13,Amanah 2, BN 12 dan Bebas 1.

Pada PRU 13, PAS memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, bagaimana pun parti Islam itu kehilangan dua kerusi apabila ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin keluar parti untuk menyertai Parti Amanah.
PAS menang selesa di lima DUN yang pola pengundi Cina di antara 10% hingga 26% iaitu Sabak, Gombak Setia, Bangi, Selat Klang dan Sijangkang

Lima DUN milik PAS itu bukan merupakan target DAP sebagaimana yang dinyatakan Pua pada Jumaat lalu.

Sebaliknya, Pua mensasarkan lapan kerusi milik PAS yang mempunyai pola pengundi Cina di antara 27% hingga 35% iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

Abdul Rahman Abdul Talib berkata berkemungkinan besar tindakan DAP mensasarkan lapan kerusi milik PAS itu bertujuan untuk memberi laluan kepada Parti Amanah.

"Hakikatnya dalam tiga penjuru DAP boleh tawan semua kerusi PAS di Selangor.

"Tapi rasanya DAP akan serah kerusi tu semua pada Amanah,"katanya yang merupakan aktivis Parti Amanah Selangor dalam satu kenyataan di Facebook. -AIDC

Tun M - Semua Baik.. Tiada Yang Tak Baik..

Posted: 08 Nov 2015 07:15 PM PST

ARTIKEL TUN TERBARU: SEMUANYA BAIK (BM)

1. Akhbar Hari Rabu (4 November, 2015) melaporkan bahawa kita tidak menghadapi krisis kewangan dan kita tidak akan mengalami krisis kewangan.

2. Lapan orang terkenal termasuk PM memberitahu kita semua adalah baik.

3. Sekarang, jika sekiranya semuanya baik mengapa timbul keperluan untuk menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara? Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi.

4. Tetapi adakah benar bahawa segala-galanya adalah hunky-dory; semuanya baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ekonomi tidak baik.

5. Ringgit turun sebanyak 1 Ringgit kepada 4.3 pada 1 USD. Itu adalah satu penurunan nilai yang besar yang lambat laun akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam USD.

6. Pasaran saham turun dengan kehilangan besar dalam pemodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.

7. Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang.

8. Semua orang mengadu kenaikan kos sara hidup – kadar tol naik, harga beras naik, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji untuk pembantu rumah, pengangguran graduan dan lain-lain semuanya tinggi, mengurangkan kuasa beli semua orang.

9. Terdapat kehilangan keyakinan terhadap Kerajaan yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, ketidakupayaan untuk membayar hutang, kehilangan wang, wang tunai dalam akaun peribadi PM, kemudian kelesapannya, kegagalan menjelaskan USD700 juta, bajet 2016 yang berunsur hadiah kewangan, pengecutan sumber-sumber negara, penggunaan dana KWSP dan KWAP yang boleh dipersoalkan, FDI yang sikit dan lain-lain.

10. Jadi semua tidak boleh dikatakan baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Tidak mungkin satu entiti yang tidak wujud!! Mesti ada orang-orang yang menguruskan ekonomi, menguruskan negara, orang yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang mana kata-kata dan perbuatan mereka boleh menjejas ekonomi.

11. Di kebanyakan negara, pemimpin meletakkan jawatan apabila mereka gagal; apabila dasar-dasar mereka gagal, apabila usaha pemulihan gagal. Mereka juga meletakkan jawatan apabila beberapa malapetaka melandai negara seperti Australia dan Romania. Sudah tentu mereka meletakkan jawatan apabila berprestasi teruk dalam pilihan raya.

12. Tetapi tidak di Malaysia. Mencari sebab-sebab lain. Mencari kambing hitam. Menyalahkan iklim atau apa sahaja.

13. Kesiannya Malaysia. Tiada kehormatan. Tiada akauntabiliti. Tiada kebanggaan. Hanya pemeliharaan diri sendiri.

Sumber: http://chedet.cc/?p=1908

Gagal tangani isu vape, BN hilang sejuta pengundi

Posted: 08 Nov 2015 06:30 PM PST



Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan risiko hilang sejuta pengundi pada pilihan raya umum jika isu rampasan cecair vape tidak ditangani segara.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah meminta Najib campur tangan dalam isu tersebut dan menggesa menteri bertanggungjawab meletakkan jawatan jika isu tersebut gagal ditangani.

"Kita mohon perdana menteri campur tangan dalam isu ini sebab hal ini melibatkan lebih daripada sejuta pengundi yang mana mereka adalah mengunakan pengguna vape.

"Kita tak nak isu ini menjadi isu politik yang akhirnya menjejaskan nama baik kerajaan yang sedia ada sebelum ini," kata Ridzuan ketika ditemui pemberita ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau mewakili IKHLAS membuat laporan polis kira-kira jam 11.40 pagi ini terhadap Kementerian Kesihatan yang didakwanya membuat rampas rokok elektronik itu baru-baru ini.

Turut hadir Majlis Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM).

Menurut Mohd Ridzuan lagi, beliau menggesa pengusaha vape yang barangnya dirampas supaya membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam laporan polis itu, beliau berkata pihaknya, pengusaha dan usahawan vape Bumiputera kesal dengan tindakan rampasan yang dibuat kementerian itu, tanpa notis awal.

"Segala kerugian yang dialami oleh para peniaga perlu diambil tindakan," katanya dalam laporan polis itu.

Kementerian Kesihatan pada Isnin dilaporkan akan merampas cecair vape yang mengandungi nikotin dalam satu operasi dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin untuk rokok elektronik

Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam berkata kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam hari ini dilaporkan berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok (vape) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 28 Oktober, Subramaniam berkata kementerian sedang berusaha mendapatkan hak undang-undang sama ada untuk mengharamkan vape atau tidak sebelum ia menjadi isu besar.

Bagaimanapun, pada 29 Oktober, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

UG - Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam

Posted: 08 Nov 2015 05:45 PM PST



Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.

"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.

Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkatarancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.

Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.

Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.

"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.

Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.

Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.

Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.

PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.

Minggu lau, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan rancangan Hadi yang merancang untuk membentuk kerajaan kerajaan perpaduan di Selangor selepas PKR dan DAP menarik sokongan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu.

Khalid Ibrahim memegang kuasa selama dua minggu dengan sokongan PAS dan ADUN Umno selepas PKR dan DAP menggugurkan sokongan selepas beliau dipecat dari PKR.

Mengesahkan dakwaan Husam itu, Khalid Samad mendakwa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ditawarkan sebagai menteri besar kepada kerajaan perpaduan yang dicadangkan.

Khalid berkata berlaku selepas dua ADUN PAS menarik sokongan kepada Khalid yang menyebabkan sultan memanggil Khalid ke istana, katanya.

"Yang ditawar pada Azmin, bukan diberitahu kita. Kita AJK PAS pusat. Tiba-tiba kita dengar. Siapa yang beritahu? Azmin yang beritahu.

"Azmin terkejut. Dia beritahu pada Dr Hatta (Ramli) dan Dr Hatta beritahu kita dan kita bawa pada AJK PAS Pusat.

"Dia kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?' apa? Lalu benda yang dibuat. Dia (Hadi) tawarkan, bukan dia bincang dengan kita," kata Khalid Samad.

- mkini


Anak Lelaki Azmin Berumur 15 Tahun Dipanggil Polis Beri Keterangan BERSIH 4

Posted: 08 Nov 2015 05:04 PM PST



Pihak polis memanggil anak lelaki Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos lalu.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR, menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur itu bersama keluarganya.

"Polis arah anak saya datang ke IPD Dang Wangi esok jam 10 pagi walaupun anak saya menghadapi peperiksaan akhir mulai esok.

"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno

"Syukur anak saya Basheer berani," tulis Azmin dalam Twitternya.

Azmin disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman kerana membawa kanak-kanak ke demostrasi.

Penganjur BERSIH Maria Chin Abdullah dan Jannie Lasimbang dituduh bawah akta yang sama kerana tidak memberi notis kepada polis.

Pada 29 dan 30 Ogos, BERSIH 4 di ibu negara dihadiri lebih 150,000 peserta.

- mkini

HAMKA + ANWAR

Posted: 08 Nov 2015 01:30 AM PST



PEMIMPIN yang berjiwa besar punya visi mahu rangkul dunia kena punya sikap terbuka dan yang penting pemaaf.

Nabi junjungan meski dimaki hamun, difitnah, diherdik, caci kutuk hina tetapi nabi tetap maafkan mereka yang melakukan perkara itu dan akhirnya semua musuh2nya tunduk dan ada menjadi orang kanannya.

Pak Hamka pernah dipenjarakan oleh Bung Karno kerana dituduh merancang pembunuhan diri Bung Karno dan kesannya Pak Hamka dipenjarakan tanpa bicara.

Ismaily Bungsu C's photo.

Bukan saja dipenjarakan tanpa bicara, malah semua buku2 Pak Hamka diharam sebarkan di mana-mana dan Pak Hamka akur dan menerima takdir yang ditentukan.

Ketika Bung Karno uzur dan Pak Hamka dibebaskan dan ketika uzur itu Bung Karno berpesan agar nanti jenazahnya diimam/solatkan oleh Pak Hamka sendiri dan di situ pak Hamka amat terharu sekali.

Bagaimana pula Anwar Ibrahim?

Saya tidaklah kenal sangat insan bernama Anwar Ibrahim ini tetapi sempat sekali dua ON STAGE kempen dan berucap bersamanya dan sedikit sebanyak tahu siapa Anwar.

Soal Mahathir hantar Anwar ke penjara, jelas Anwar tidak berdendam malah berulang kali ia nyatakan " yang sudah, sudahlah.." itu katanya Anwar dan seorang Anwar menerima segalanya dan menganggap segalanya ketentuan Illahi ada hikmahnya.

Malah seorang Anwar jenis insan yang punya sikap memaafkan dan sama sekali tidak berdendam.

Baru2 ini dia menyokong kenyataan Mahathir/mantan PM kasus yang berlaku dalam negara dan semuanya dilakukan demi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Demikianlah ciri2 untuk menjadi seorang pemimpin dan itu terserlah pada diri Pak Hamka dan seorang Anwar Ibrahim.


ISMAILY BUNGSU
8 nov, 2015

Debat 1MDB: Rafizi dakwa Arul cuba elak diri FMT Reporters

Posted: 08 Nov 2015 12:45 AM PST


arul and rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Arul akan mencari apa sahaja alasan bagi tujuan itu.

PETALING JAYA: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dikatakan mengelak untuk berdebat berhubung syarikat pelaburan negara itu kerana tahu ia akan memakan dirinya.


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Arul akan mencari apa sahaja alasan bagi tujuan itu.
"Isu 1MDB ini tidak boleh dipertahankan oleh mana-mana eksekutif kepimpinan BN jadi kalaupun dibawa pendebat yang terbaik daripada 1MDB, itu pun tidak memberi kelebihan kepada mereka, kerana banyak kepincangan yang telah berlaku di dalam 1MDB.

"Sebab itu bagi saya Arul Kanda tidak berani berdebat kerana dia tahu dalam ‎ satu debat terbuka disiar secara langsung sukar untuk dia pertahankan 1MDB apabila soalan mudah yang bersabit dengan ekonomi dan kesan 1MDB kepada rakyat mula dihuraikan," katanya yang dipetik daripada Sinar Online.

Katanya lagi, dia tidak nampak Arul akan berani berdepan dengannya dan akan berani tampil berdebat sekiranya didesak dengan undang-undang.

Presiden 1MDB itu sebelum ini berkata, debat hanya boleh dilaksanakan selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), mengambil kira keputusan yang diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


FMT

Anak Najib bantah haram vape FMT Reporters

Posted: 08 Nov 2015 12:00 AM PST


Mohd-Nazifuddin-Najib

Mohd Nazifuddin berkata dia akan memberi galakan kepada usahawan muda yang terbabit dalam industri vape

KUALA LUMPUR: Industri vape mampu memberi kesan baik kepada negara terutama kepada usahawan muda di negara ini.

Atas faktor itu, anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib berkata, dia tidak bersetuju sekiranya penggunaan vape diharamkan kerajaan.

"Saya berharap industri ini (vape) akan terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju sekiranya penggunaan vape diharamkan.

"Banyak produk vape yang terbaik datang daripada usahawan muda tempatan yang ada kreativiti dan inovasi,jadi saya akan beri galakan kepada mereka," katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Rabu lalu.

Pada 30 Oktober lalu, kabinet mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam mencadangkan supaya penggunaannya diharamkan.


FMT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DI PARLIMEN DIAM TAPI DI KAMPUNG CERITA LAIN....

Posted: 08 Nov 2015 06:13 PM PST

"Siapa yang sebenarnya pengkhianat??" Ikuti penjelasan oleh YBM Dato' Raja Kamarul Bahrin.
Posted by GHB MEDIA TV on Saturday, November 7, 2015





RINGGIT JATUH, GAJI PEMBANTU RUMAH FILIPINA MELAMBUNG

Posted: 08 Nov 2015 06:04 PM PST

G25 ‘TIDAK SEBULU’ DENGAN DR M, MUHYIDDIN

Posted: 08 Nov 2015 01:44 AM PST