Sabtu, 7 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib dan Hadi : Antara kepentingan parti dan peribadi - FMT Reporters

Posted: 07 Nov 2015 11:15 PM PST


najib hadiKenyataan Presiden Pas berhubung isu tertentu menunjukkan percanggahan dengan barisan kepimpinan tertinggi parti itu sama seperti Najib.

PETALING JAYA: Kemelut dalam kepimpinan tertinggi Pas sama seperti dalam UMNO.


Beberapa kenyataan yang menimbulkan percanggahan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mereka yang di bawahnya, menunjukkan parti itu sedang haru biru.

Berhujah atas pendedahan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, penulis blog, Shahbudin Husin berkata, Ahli Parlimen Marang itu perlu meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang boleh membawa perubahan kepada masa depan perjuangan Pas.

"Antara "kekeliruan" dan "haru biru" serta tindakan "buang tabiat" yang dibangkitkan Husam ialah percanggahan kenyataan oleh kepimpinan parti yang antaranya berkaitan isu 1MDB, kerjasama dengan UMNO dan hubungannya dengan Perkasa," tulisnya di shahbudindotcom.blogspot

 Sejajar dengan pandangan Husam, dia bersependapat untuk menyelamatkan parti itu, Abdul Hadi perlu diganti dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini merupakan pemimpin nombor dua dalam Pas.

Sekiranya pandangan itu diterima ia bermakna perwakilan parti itu akan melakukan pembaharuan pada pemilihan kepimpinan pada 2017.

Jika tidak, ia bermakna Pas akan terus terbeban dan terpaksa menanggungnya sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka pada 2018.

"Dalam konteks ini, Pas sebenarnya tidak jauh bezanya dengan UMNO. UMNO lebih awal dikesan perlu pertukaran presidennya kerana terbeban dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta sehingga rakyat yang meluat, membenci dan menolak kian meningkat hari demi hari.

"Tetapi Najib tetap cuba dipertahankan, malah pemilihan parti telah pun ditangguhkan sehingga pilihanraya 2018. 

Dalam masa yang sama, mereka yang menegur dipecat, disiasat dan kedudukan masing-masing dalam UMNO pula bakal disekat tidak lama lagi," kata Shahbudin.

 FMT.

Arwah ayah akan kecewa kepimpinan semasa, kata anak Tun Dr Ismail OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 07 Nov 2015 10:30 PM PST

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015.

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan.

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan.

Bagi anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, jika ayahnya Tun Dr Ismail Abdul Rahman masih hidup, beliau akan kecewa dengan keadaan kepimpinan negara hari ini.

Kerajaan sudah lumpuh dan negara ini "dalam keadaan kucar-kacir" kerana pemimpin sibuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion, Tawfik memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual.

"Saya rasa beliau akan kecewa dengan cara kepimpinan sekarang," kata bekas ahli Parlimen Sungai Benut berusia 64 tahun itu sempena pelancaran koleksi penulisan ayahnya, "Drifting Into Politics".

Ia dilancarkan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Ismail pada 4 November.

"Beliau juga mungkin berasa agak kecewa apabila pedoman negara semakin hilang ketika menyentuh soal mengenai hubungan antara kaum," kata Tawfik yang menambah bapanya terkenal kerana peranannya dalam membina semula Malaysia selepas tragedi 13 Mei 1969, dan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah pemerintahan bapa Najib, Tun Abdul Razak.

Dr Ismail meninggal dunia pada 1973 pada usia 57 tahun.

Tawfik berkata, beliau percaya Najib boleh berubah dengan syarat lebih ramai golongan moderat atau sederhana bersuara dan memberi tekanan terhadap kumpulan pelobi yang berpandangan lebih melampau, yang katanya kini mempengaruhi Najib.

Tawfik berkata kepimpinan Malaysia sejak beberapa tahun ini lebih berhaluan kanan, politik wang semakin menjadi-jadi dalam Umno, isu kaum digunakan sebagai kambing hitam, dan pihak berkuasa agama mengganggu kehidupan peribadi rakyat.

Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
 
Tetapi tidak seperti kebanyakan pengkritik kerajaan, Tawfik tidak percaya penyelesaiannya ialah dengan menyingkirkan Najib, terutamanya kerana beliau tidak fikir Najib boleh disingkirkan.

Parti pembangkang sememangnya tidak mampu menjadi lebih tersusun dan berkesan, manakala bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pemerintahannya, meletakkan "pelindung" bagi memastikan kedudukan presiden parti dan perdana menteri terjamin, kata bekas pemimpin Umno itu.

Beliau berkata "pelindung" itu termasuk cara bagaimana presiden Umno dipilih, bagaimana pasukan keselamatan negara dilantik dan pindaan terhadap akta kehakiman.

"Kami mahu memecahkan pengaruh golongan berhaluan kanan ke atas Najib. Jika cukup ramai golongan moderat yang tampil ke depan dan menyuarakan pandangan mereka, Najib boleh berubah." – Tawfik Ismail

Tawfik, 64, juga tidak termakan dengan hujah mengatakan Najib perlu meletak jawatan kerana kontroversi 1MDB dan sumbangan derma yang diterimanya.

Beliau berkata, isu itu menjadi terlalu rumit hingga sukar dipastikan siapakah yang berkata benar: Najib atau pengkritiknya.

Baginya, sikap berbalas serangan antara kerajaan dan pembangkang dalam isu itu samalah seperti piring hitam mengulang-ulang lagu yang sama: "Ia jadi membosankan".

Dan ketika orang lain mungkin berbeza pandangan, Tawfik percaya masih ada "sekelumit harapan" dalam diri Najib, yang beliau sifatkannya sebagai "seorang moderat yang bersikap mempertahankan pandangannya".

"Kami mahu memecahkan pengaruh golongan berhaluan kanan ke atas Najib. Jika cukup ramai golongan moderat yang tampil ke depan dan menyuarakan pandangan mereka, Najib boleh berubah," kata Tawfik.

"Kami berpendapat, kita perlu bekerja dengan sesiapa sahaja yang berkuasa untuk membawa Malaysia kembali ke jalan yang benar."

"Kami" yang dimaksudkan beliau ialah G25, kumpulan tokoh moderat Melayu yang pernah berkhidmat dalam kakitangan awam, yang turut dianggotai Tawfik.

G25 bermula sebagai sekumpulan 25 pesara kakitangan awam yang akhir tahun lalu menulis surat terbuka kepada kerajaan merayu untuk kembali kepada kesederhanaan dan diadakan dialog rasional mengenai kedudukan dan penerapan Islam dalam undang-undang dan dasar negara.

Kumpulan itu kini menerima lebih ramai keahlian dan mengeluarkan banyak kenyataan mengenai isu melibatkan kaum dan agama, sambil menyeru kepada kesederhanaan. – 8 November, 2015.
 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Muhkriz Letak Jawatan?

Posted: 07 Nov 2015 09:45 PM PST


Zar Ali's photo.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013. 

Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini. 

Mukhriz bagaimanapun masih menutup mulut dengan tidak mengiakan atau menafikan viral itu dengan menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan. 

"Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat.

"Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti," katanya kepada media, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Viral yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Edisi Siasat menyebut "Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno". 

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekali pun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan peringkat pusat.

"Dalam Bajet 2016 pun ada beberapa perkara yang disebut dan Kedah sangat terhutang budi atas kesungguhan kerajaan membantu kita untuk meyakinkan rakyat.

"Inilah manfaat yang rakyat boleh rasai apabila ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang datang dari parti yang sama," katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui bahawa Kedah amat menagih perhatian kerajaan pusat kerana ia merupakan sebuah negeri yang kecil dan kurang dari segi pendapatan. 

"Saya seronok apabila Timbalan Perdana Menteri datang ke Kedah dan menunjukkan komitmen serta memberi aspirasi untuk kami mempertahankan Kedah," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengambil kesempatan memperjelaskan situasi yang berlaku terhadap Mukhriz seperti yang diviralkan di laman Facebook. 

"Kita yang memikul amanah dan tanggungjawab mesti bersedia pada bila-bila masa untuk mengundur diri apabila amanah dan tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan.

"Tetapi seandainya apa yang kita buat ini mesti berkisar kepada keputusan parti dan tidak bercanggah dengan apa yang diuar-uarkan di media sosial," katanya.

Menurutnya, Umno mempunyai cara sendiri untuk menentukan arah tuju parti dan disiplin ahli.
"Sebab itu saya menyokong penuh apa yang dinyatakan Mukhriz. Itu pandangan saya secara peribadi.

"Itu adalah amanah yang kita pikul. Jika perlu untuk kepentingan parti, maka kita undur. Tiada apa yang pelik dalam kenyataan Mukhriz itu," katanya.



ADDIN.

Anak Tun Dr Ismail ceritakan saat G25 tolak pelawaan Dr Mahathir, Muhyiddin

Posted: 07 Nov 2015 09:00 PM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bertemu kumpulan moderat G25 dan cuba mendapatkan bantuan mereka dalam menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian pendedahan seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail.

Bagaimanapun, Tawfik, yang merupakan anak timbalan perdana menteri Malaysia kedua Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu berkata, G25 mengambil pendirian yang tidak memihak sesiapa dan enggan terlibat dalam perkara seperti itu.

Tawfik berkata, Muhyiddin memanggil G25 untuk satu mesyuarat pada September dan memberitahu rasa tidak puas hati beliau terhadap kepimpinan Najib dan bagaimana beliau berakhir di kedudukannya sekarang.

"Kemudian beliau bertanya kepada kami, bagaimana kami boleh membantu. Kami berkata, pertamanya, kami tidak fikir kami cenderung memihak kepada sesiapa dalam politik. Kami 'non-partisan' (tidak berpihak).

"Dan kami memberitahunya, kami merasakan beliau dan Dr Mahathir bukan orang yang tepat untuk melawan Najib. Beliau sedikit terperanjat, meminta saya menerangkan maksud saya.

"Jadi, saya kata, untuk setiap damak yang anda baling kepada Najib, Najib baling balik dua damak," kata Tawfik, sambil menambah, orang ramai hanya akan tambah keliru dengan keadaan berbalas-balas seperti itu.

Beliau berkata, Muhyiddin diberitahu yang segala masalah sepatutnya ditangani golongan muda yang akan mewarisi negara ini, dan memberi contoh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin DAP Liew Chin Tong.

"Mereka ini pemimpin muda masa depan yang mempunyai kepentingan yang lebih besar terhadap apa yang berlaku pada masa akan datang berbanding Dr Mahathir, Muhyiddin dan Najib," kata Tawfik.

G25 juga memberitahu Muhyiddin, dengan menyebelahi mana-mana pihak, mereka tidak akan dapat memainkan peranan mereka membawa mesej kesederhanaan di negara ini, kerana mereka akan terpaksa mengasingkan segmen tertentu, katanya.

"Itulah yang kami beritahu Muhyiddin. Kita perlu mempunyai hubungan dengan semua akar umbi kita dan kita tidak boleh melakukannya jika kita memihak sesiapa.

"Adalah lebih baik bagi kami membawa pemain semasa kembali ke tengah. Kerana, jika anda tidak boleh menyingkirkan mereka, mungkin anda boleh ubah mereka," kata Tawfik mengenai perbualan kumpulan itu dengan Muhyiddin.

Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada akhir Julai, selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan syarikat yang diilhamkannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan wang RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri dalam akaun bank peribadinya.

The Malaysian Insider menemuramah Tawfik sempena pelancaran buku "Drifting Into Politics", koleksi penulisan Dr Ismail sendiri, di mana Tawfik merupakan editor bersama dengan ahli akademik Ooi Kee Beng.

Ia juga sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Ismail pada 4 November.

G25 merupakan sekumpulan pesara kakitangan awam yang akhir tahun lalu menulis surat terbuka kepada kerajaan merayu kembali kepada kesederhanaan dan diadakan dialog rasional mengenai kedudukan dan penerapan Islam dalam undang-undang dan dasar negara.

Kumpulan itu kini menerima lebih ramai keahlian dan mengeluarkan banyak kenyataan mengenai isu lain melibatkan kaum dan agama, sambil menyeru kepada kesederhanaan.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam pertemuannya dengan G25 untuk membincangkan Islam dan perlembagaan awal tahun ini, cuba mengalihkan topik perbincangan kepada 1MDB dan mula menyerang kerajaan, kata Tawfik.

"Jadi, saya memberitahunya, kita di sini untuk bercakap tentang Islam, bukan tentang politik. Tetapi beliau terus mendesak.

"Kemudian saya katakan kepadanya, jika anda menyingkirkan Najib, siapa anda mahu menggantikan beliau? Dan apa yang membuatkan anda fikir orang ini akan lebih baik darinya (Najib)?

"Dia berkata, 'yalah, anda tahu, orang yang menggantikan beliau akan dibimbing oleh satu majlis yang terdiri daripada mereka yang lebih tua'," cerita Tawfik.

Bagaimanapun, Tawfik berkata, beliau tidak dapat menerima hujah itu, kerana katanya, tidak demokratik untuk mempunyai satu majlis yang anggotanya tidak dipilih, untuk memberi arahan kepada perdana Menteri.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga mengkritik Najib berhubung wang yang dikatakan dilesapkan oleh perdana menteri.

"Jadi, saya balas balik. Dari masa anda menjadi perdana menteri sehingga anda bersara, jika saya ambil semua kerugian anda dan menghitungnya berdasarkan nilai hari ini, saya yakin ia akan lebih banyak daripada jumlah yang dikatakan hilang dalam 1MDB.

"Kemudian, semua orang di sekeliling meja itu terkejut, kerana mereka tidak menjangkakan konfrontasi itu," kata Tawfik, sambil menambah mesyuarat itu berakhir di situ dengan hujah mereka itu.

Bekas ahli Parlimen Umno itu mengakui beliau tidak memandang tinggi Dr Mahathir dan menyalahkan bekas perdana menteri itu dan dasar beliau yang mengakibatkan Malaysia berada dalam keadaan sekarang.

Beliau berkata, Dr Mahathir membatalkan usaha yang dilakukan Dr Ismail dan pengasas Malaysia terdahulu dalam terus berpegang kepada kuasa.

Isu perkauman hanya bermula apabila Dr Mahathir menjadi semakin bimbang tentang "hak Melayu", dan mula menjadikan kaum lain sebagai kambing hitam dalam menyatukan orang Melayu, kata Tawfik.

Peningkatan "Islamisasi" Malaysia juga, jika disorot kembali, bermula dengan cubaan Dr Mahathir menangani pengaruh PAS, katanya.

Akhirnya, pemimpin terdahulu sebelum Dr Mahathir dianggap gagal di jalan yang beliau ukir sendiri, kata Tawfik.

"Najib mungkin anak Tun Razak, tetapi, dari segi politik, beliau anak kepada Mahathir," kata Tawfik. –

- tmi

YBM RAJA KAMARUL BAHRIN: PENGKHIANAT ITU SIAPA SEBENARNYA? (VIDEO)

Posted: 07 Nov 2015 08:15 PM PST




Zar Ali's photo. Video yang perlu ditonton oleh yang ingin mencari kebenaran. Kalau nak dengar Raja Kamarul Bahrin, lompat terus ke 2:09:00. 

Walau bagaimanapun, elok dengar semuanya kerana ia berkait rapat dengan persidangan Parlimen yang sedang berjalan sekarang:








Posted by Yong Intan Noor.

Konsert Siti Norhaliza, Hetty Koes Endang & Ramli Sarip, Apa Faedah Untuk Agama? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 07 Nov 2015 07:45 PM PST


 
HETTY Koes Endang bersama Datuk Siti Nurhaliza sedang giat berlatih untuk konsert Satu Suara Volum 2.

HALAMAN HIBURAN 

 
MEMORI Hetty Koes Endang pernah berkongsi pentas dengan Datuk Siti Nurhaliza di Singapura dulu bakal berulang lagi pada 7 dan 8 November ini menerusi konsert Satu Suara Volum 2 di Panggung Sari, Istana Budaya, KL.

Tidak hanya bersama Hetty, Siti turut mengundang Datuk Ramli Sarip. Tengah hari tadi, satu pertemuan diaturkan pihak Siti Nurhaliza Production untuk menemubual Hetty yang sudah tiba di Malaysia dan sehari sebelum itu sudah memulakan latihan konsert bersama Siti. 

Menurut Hetty yang ditemui BH Online di Hotel Royale Chulan, konsert dua hari itu nanti pastinya akan mengimbas nostalgia mereka bersama. 

"Ketika dihubungi pihak Siti untuk konsert ini, saya berada di Bandung. Masa itu, menerusi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak kami bersembang mengenai tawaran untuk terbabit dengan konsert berkenaan. Saya tidak memikir panjang untuk memberikan jawapan pasti. 



"Ia tambah menarik kerana selain saya dan Siti, konsert ini turut membabitkan legenda dari Singapura yang popular di Malaysia iaitu Datuk Ramli Sarip.

"Konsert ini bukan persaingan siapa lebih hebat. Tetapi ia lebih kepada kerjasama menghiburkan peminat di atas pentas yang sama. 2015 ini menjadi cukup indah, kerana saya pun sudah lama tak datang membuat persembahan atau konsert di Malaysia." Jelas Hetty.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa faedahnya konsert ini untuk agama Islam, pembangunan negara dan hari Akhirat, kalau ada? (IH)

Terkini: Zeti Aziz Beri AMARAN Ekonomi Negara Dalam Bahaya....Sebarkan suarakami

Posted: 07 Nov 2015 07:00 PM PST



Pertumbuhan Malaysia berdepan dengan risiko yang lebih besar akibat kelembapan ekonomi dunia berbanding daripada kesan inflasi, kata gabenor bank pusat Zeti Akhtar Aziz.
Tekanan kesan inflasi akan mengendur selepas suku pertama 2016 dan kadar faedah pada paras semasa menyokong pertumbuhan, kata Zeti satu temu bual di Lima, Peru
Keluaran dalam negara kasar akan meningkat kira-kira 5 peratus tahun ini, dan pengembangan itu akan berada dalam lingkungan had yang sama pada 2016, seandainya risiko terhadap pertumbuhan global tidak menjadi kenyataan.
Penggubal dasar Malaysia telah bergelut untuk meningkatkan keyakinan dalam ekonomi dan kewangannya sejak harga minyak mula merosot pada akhir tahun lalu dan ketika dakwaan penyelewengan kewangan di sebuah syarikat pelaburan kerajaan, menjejaskan sentimen.
Ketegangan politik juga telah meningkat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdepan dengan isu berkaitan sumbangan kempen yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Rakyat terganggu sekarang kerana negara kami jarang berdepan dengan perkembangan politik seperti ini," kata Zeti.
"Proses keputusan dasar Malaysia berterusan, tanpa mengira ketegangan politik ini."



Tun M dedah Speaker Tolak Demokrasi Untuk Lindungi Najib......Sebarkan 20:49 suarakami

Posted: 07 Nov 2015 06:30 PM PST




Undi tidak percaya kepada perdana menteri adalah sesuatu yang demokratik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Undi tidak percaya terhadap perdana menteri sesuatu yang "sememangnya demokratik", kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung Aturan Mesyuarat Parlimen tidak membenarkan langkah sedemikian diambil.
Menulis di blognya malam tadi, bekas perdana menteri itu berkata, walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan seorang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
"Jadi, adakah speaker cuba untuk mengetepikan Perlembagaan?" soal Dr Mahathir, merujuk kepada laporan berita awal bulan ini Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya yang akan dibentangkan terhadap perdana menteri.
Dewan Rakyat bakal bersidang semula bulan depan dan ahli Parlimen pembangkang selama ini giat mendesak penggubal undang-undang di pihak kerajaan Barisan Nasional untuk menyokong mereka dalam undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini diselubungi banyak masalah, termasuk skandal kewangan yang didakwa membabitkan dirinya.
Pandikar dilaporkan sebagai berkata, Aturan Mesyuarat Parlimen tidak menjelaskan bagaimana usul itu boleh dibentangkan dan beliau mempunyai budi bicara penuh sama ada untuk menolak atau menerima usul itu jika ia dibangkitkan.
Beliau berkata, undi seperti itu tidak pernah dibuat sebelum ini di Parlimen Malaysia.
Dr Mahathir dalam blognya bersetuju, mengatakan ia tidak pernah dilakukan kerana tiada seorang pun daripada perdana menteri sebelum ini "mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun peribadi mereka, atau terlibat dalam skandal kewangan dan dakwaan pembunuhan sesiapa".
Beliau merujuk kepada sumbangan politik daripada seorang penderma Timur Tengah yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung hutang sebanyak RM42 bilion dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang Najib nafi pernah mengenalinya.
"Tetapi Najib terlibat dalam semua ini," kata negarawan bersara itu.
Dr Mahathir berkata, Malaysia kini dalam perhatian antarabangsa, di mana media asing dan warga luar bertanya apa yang sedang berlaku kepada negara ini.
"Kita rasa malu tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa mengenainya.
"Orang yang mampu berbuat sesuatu langsung tidak ada rasa malu. Mereka secara terbuka mengaku menerima wang berjuta-juta daripada perdana menteri. Ini rasuah yang paling teruk.
"Mereka menyokong perdana menteri kerana beliau memberi mereka wang, wang yang beliau tidak dapat jelaskan dengan sebarang kredibiliti yang ia diperoleh secara sah," katanya.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, tidak hairanlah Malaysia kini "disenaraikan sebagai antara negara paling korup di dunia", malah "penyokong kerajaan juga tidak menghormati Perlembagaan".
"Tidak ada undi tidak percaya ialah kerana speaker tidak akan membenarkannya," katanya. 

Masanya Telah Tiba Untuk Hadi Letak Jawatan

Posted: 07 Nov 2015 06:00 PM PST


 
Masanya kini tiba untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada parti Islam itu, kata Husam Musa bekas naib presiden parti.

Kata Husam,Haji Hadi perlu diganti jika ahli berhasrat melihat pengakhiran kepada "kekeliruan " dan "haru biru" yang menyelubungi parti itu ketika ini, dengan pucuk kepimpinannya disifatkan sebagai "buang tabiat".




BLM




Tiada halangan sekiranya Selcat mahu siasat DEIG, kata Azmin

Posted: 07 Nov 2015 05:30 PM PST


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Darul Ehsan Investment Group (DEIG) akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit
Negara.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Darul Ehsan Investment Group (DEIG) akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit Negara.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini berkata tiada halangan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mahu menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ini kerana katanya, entiti berkenaan masih belum beroperasi seperti mana yang didakwa pelbagai pihak malah ia sedang melalui proses penstrukturan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu juga akan dibentuk supaya menjadi satu syarikat yang bertanggungjawab mengikut tatacara yang dibenarkan Jabatan Audit Negara.

"DEIG masih belum beroperasi jadi apa yang mahu disiasat? Jika masih mahu siasat, bolehlah.

Kita mahu DEIG mengamalkan prinsip ketelusan dan itu adalah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui selepas upacara pembukaan Persidangan Usahawan Malaysia-China Kelima, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu Selcat menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu DEIG terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat kumpulan itu.

Khalid menyatakan dalam siasatan itu, Selcat mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu. – Bernama,



See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kematian dalam tahanan terbaru bukti polis tak mampu awasi diri sendiri, kata Badan Peguam

Posted: 07 Nov 2015 04:45 PM PST


Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru berkata, kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, di Balai Polis Sungai Rengit di Johor pada 3 November, 2014 menunjukkan polis tidak dapat mengawasi diri mereka sendiri.

Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru berkata, kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, di Balai Polis Sungai Rengit di Johor pada 3 November, 2014 menunjukkan polis tidak dapat mengawasi diri mereka sendiri.

Keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis hanya boleh dikembalikan semula jika tindakan segera diambil bagi memastikan dalang di sebalik kes kematian dalam tahanan dibawa ke muka pengadilan, kata Badan Peguam Malaysia, hari ini.

Presidennya Steven Thiru berkata, kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, di Balai Polis Sungai Rengit di Johor pada 3 November, 2014 menunjukkan polis tidak dapat mengawasi diri mereka sendiri.

"Keyakinan awam hanya boleh dikembalikan semula, dan keadilan dilihat dilaksanakan, jika tindakan segera diambil bagi memastikan pelakunya dibawa ke muka pengadilan dan didakwa sehingga ke tahap undang-undang sepenuhnya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami juga menyeru kepada semua pihak berkuasa kerajaan untuk mengukuhkan lagi prosedur operasi standard dalam setiap keadaan tahanan, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan tahanan. Setiap kematian dalam tahanan tidak boleh dimaafkan," kata Thiru.

Pada 30 Oktober lalu, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam mengatakan hasil siasatan pihaknya mendapati, kematian Syed Azlan disahkan mempunyai kaitan kekerasan secara fizikal semasa ditahan dan disoal siasat polis.

Susulan itu, Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan pegawai yang mengakibatkan kematian tahanan itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kami memberi jaminan kepada orang ramai mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan kerana kami tidak melindungi mana-mana anggota pasukan polis yang bertanggungjawab ke atas pertuduhan jenayah," katanya.

Laporan EAIC itu mengatakan, kematian Syed Azlan adalah disebabkan trauma hentakan tumpul di dada.

Pemeriksaan mendapati si mati mengalami 61 jenis kecederaan di bahagian muka, badan dan kedua-dua kaki di mana sebahagiannya konsisten dengan kecederaan semasa berusaha mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang dilakukan ke atasnya oleh anggota-anggota polis.

Laporan itu juga mendapati wujud gangguan bahan bukti dilakukan polis iaitu membersihkan tempat kejadian sebelum dilawati dan diperiksa oleh pegawai perubatan; melupuskan tikar getah dan karpet yang dipercayai mempunyai kesan darah si mati di tempat kejadian tangkapan, dan perlakuan menyembunyikan/menghilangkan saksi yang melihat kejadian tangkapan si mati.

"Sesuatu yang mengejutkan apabila dalam keadaan sekarang, masih terdapat kes orang mati dalam keadaan yang sangat mencurigakan itu semasa di bawah jagaan polis," kata Thiru hari ini.

"Laporan EAIC itu ialah pendakwaan teruk terhadap pengurusan dan perlindungan orang tahanan. Ia menjurus kepada masalah yang berakar umbi dan sistem dalam pasukan polis yang bertentangan dengan resolusi."

Beliau berkata, beliau khuatir pengumuman Khalid boleh menjadi kata-kata basi semata-mata, kerana kes kematian dalam tahanan terus tidak dihukum walaupun satu jawatankuasa khas diketuai ketua polis negara ditubuhkan bagi mengelakkan kematian dalam lokap polis.

"Kematian dalam tahanan, terutamanya yang wujud unsur jenayah atau dalam keadaan yang meragukan, adalah antara jenayah yang paling kejam dapat dibayangkan dalam masyarakat yang bertamadun dan mempunyai kedaulatan undang-undang.

"Keadaan semasa membawa kepada kemarahan orang ramai dan menghakis kepercayaan kepada pihak polis."

Beliau berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah mencadangkan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di semua sel induk di lokap polis dan prosedur operasi standard soal siasat polis dikaji semula.

Thiru berkata, Zahid kemudiannya mengumumkan pada Mei 2014 yang CCTV akan dipasang di semua lokap polis, kerana pada ketika itu hanya satu lokap polis yang mempunyai CCTV.

"Badan Peguam menggesa ketua polis negara dan menteri memberikan penerangan komprehensif mengenai langkah-langkah yang diambil dalam tempoh masa 17 bulan yang lalu.

"Pihak itu juga harus bertanggungjawab kerana gagal mengambil langkah bagi membanteras kejadian kematian dalam tahanan," katanya.

Badan Peguam Malaysia menggesa ketua polis negara mengambil tindakan konkrit dan segera, kerana ia melibatkan perkara yang sangat berkepentingan umum yang perlu diberi keutamaan tertinggi.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Husam cadang Tuan Ibrahim ambil alih kepimpinan, hentikan kekeliruan PAS OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 07 Nov 2015 04:00 PM PST

Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015.

Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar.

Adun Salor Datuk Husam Musa mengatakan haru biru dalam PAS boleh dihentikan sekiranya kepimpinannya ditukar.

Masanya kini tiba untuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada parti Islam itu, kata seorang bekas naib presiden parti.

Katanya, Hadi perlu diganti jika ahli berhasrat melihat pengakhiran kepada "kekeliruan " dan "haru biru" yang menyelubungi parti itu ketika ini, dengan pucuk kepimpinannya disifatkan sebagai "buang tabiat".

Ini susulan beberapa kenyataan bercanggah dibuat kepimpinan parti mengenai pendirian pihaknya dalam pelbagai isu - daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga kerjasama dengan Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa - yang membuatkan akar umbi parti keliru.

Bagi menyelesaikan keadaan itu pada kadar segara, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih pucuk kepimpinan PAS.

"Saya menerima pandangan Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz supaya pemimpin-pemimpin PAS tertentu berundur dan berehat dan memberikan laluan kepada pemimpin lain.

"Saya sebagai ahli PAS beranggapan, pandangan itu munasabah," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu ketika ditemui The Malaysian Insider di rumahnya baru-baru ini.

Hassan, seorang penceramah agama terkenal, sebelum ini mencadangkan agar sesetengah pucuk pimpinan PAS berundur.

Hassan sebelum ini berkata kepada Sinar Harian, PAS semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

Menurutnya, bagi memastikan ia kekal relevan, PAS memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

"Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti.

"Ulama akan fikir dengan cara dia tetapi dari sudut hendak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu," kata Hassan.

Beliau juga menyarankan kepimpinan PAS sedia ada berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan, terutamanya golongan muda dan profesional, dalam parti.

Bagi Husam, antara masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah, pucuk pimpinannya tidak berterus terang dan tiada sefahaman.

"Jika (kumpulan yang) ikut presiden, mereka hendak kerjasama dengan Umno dan Perkasa. (Tetapi) Parti belum buat keputusan (muktamad)," katanya.

Beliau juga merujuk pertemuan antara PAS dan Perkasa bulan lepas, di mana Hadi dilihat dipeluk presiden badan pejuang hak Melayu itu, Datuk Ibrahim Ali.

"Bila presiden PAS dipeluk presiden Perkasa, PAS Selangor terus keluar kenyataan tolak Perkasa. Kalau perkara ini dibawa berbincang di peringkat PAS Pusat, tentu ia tidak berlaku.

"Ia menunjukkan, PAS belum ada konsensus, dan kenyataan-kenyataan politik mana-mana pihak, termasuk presiden, hanya ungkapan spontan yang tidak ditelaah, dikaji dan dihalusi. Ini yang menyusahkan PAS," katanya.

Hadi dan Ibrahim dilaporkan memeterai perjanjian untuk bekerjasama dalam isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan Melayu.

Husam berkata, yang menyebabkan PAS dilihat huru-hara dan bercempera serta ahlinya keliru adalah kerana kenyataan politik pemimpin yang tidak dikaji dengan teliti dan tidak diputuskan PAS Pusat secara muktamad.

"Ini saja sudah cukup untuk runtuhkan PAS, bukan saja di Kelantan, bahkan di seluruh negara," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Begitu juga dalam kes 1MDB, beliau berkata, kenyataan pemimpin PAS yang mempertahankan 1MDB tidak dapat diterima akal oleh rakyat yang waras, apatah lagi oleh Islam.

"Islam tidak mungkin berkompromi dengan penyelewengan sebesar itu atas apa pertimbangan politik sekalipun," katanya.

Apabila pemimpin PAS membuat kenyataan yang disifatkannya sebagai "buang tabiat", penjelasan pula tidak dibuat kepada akar umbi, ia akan menyusahkan semua pihak, katanya.

"Saya di Kubang Kerian tidak terima penjelasan, apakah maksud PAS boleh kerjasama dengan Umno?

"Apa maksud kenyataan Datuk Ahmad Yaakob (menteri besar Kelantan) yang PAS boleh kerjasama dengan Umno untuk masalah tertentu.

"Kalau rumah banjir, itu bukan kerjasama parti, itu kerjasama kerajaan negeri dan pusat. Ini kekeliruan yang berlaku. Kekeliruan sebegini sudah cukup menghuru-harakan PAS," kata Husam yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian, Kelantan.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua......

Posted: 07 Nov 2015 03:30 PM PST

WANITA ( pemimpin laki2 tak adil pilih laki2 majoriti jadi wakil rakyat)

Posted: 07 Nov 2015 08:00 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

DI Malaysia ini wanita lebih ramai banding lelaki dan wanita juga paling ramai punya kelulusan universiti banding lelaki dan buktinya jelas sekitar 2/3 pelajar universiti terdiri kaum wanita.

Bila wanita ramai banding lelaki maka secara tidak langsung wanita lagi ramai jadi pengundi untuk tentukan kepimpinan negara dan kerana itu kerajaan harus memerhatikan agar wanita lebih ramai dipilih untuk bertanding di PRU mendatang.

Ada yang menjelaskan bahawa wanita tidak layak berpolitik dan pandangan itu sama sekali salah sebab kenyataan LAKSMI MENON telah menjelaskan bahawa wanita lagi sesuai berpolitik banding lelaki sebab wanita agak kurang terlibat korupsi banding lelaki yang raja putar belit terbukti yang masuk penjara kesan korupsi terdiri kaum lelaki. rasain kamu!

Kenapa lelaki terlibat korupsi? sebab lelaki biasanya suka sangat joli sana sini, suka berhibur dalam dan luar negeri termasuk punya simpanan atau berkahwin lebih dari satu atau cukup dengan simpanan sedang wanita tidak demikian.

JAMES STEPHEN pernah menjelaskan yang wanita lebih bijaksana banding lelaki kerana kami kaum wanita lebih sedikit tahu tetapi lebih banyak mengerti.

Kenyataan yang wanita hanya layak di dapur dan melayan suami semata itu tidak benar, malah ketinggalan zaman dan saya bantah secara total.

Ada yang mahu komen dan semestinya ada agumentasi untuk meyakinkan hujah nanti tapi jangan sebut mamy montel Rosma. 

Ada berani kamu kaum lelaki? saya tunggu sebelum saya mandi dan masak makan.



NURLIYANA NURLIYANA
7 November, 2015
8:30 malam.

ZAHIR BERLAGAK SAMSENG

Posted: 07 Nov 2015 07:30 AM PST

 
CUKUPLAH kau pukul kekasih anakmu hingga patah batang hidung dan jangan pula ugut rakyat.
Rakyat berhak bersuara dan bukan badut asyik angguk macam lembu.

Kamu dan YB2 lain rakyat yang pilih untuk kami duduk di atas dan sebagai rakyat bawah berhak bersuara jika kepimpinan atas tak betul.

Malaysia bukan ada undang2 dan hukum saja jika salah tapi jangan cuba menakut2kan rakyat.
Malaysia tempat kami lahir dan tempat kami disemadi nanti dan hanya Malaysia negara kami dan bukan indo dan bukan berkeris ponogoro.

Berhentilah dikau menakut2kan rakyat dan rakyat tidak akan gentar ugutan kamu itu.


ISMAILY BUNGSU

Usaha kerjasama PAS Umno, bukti lebih kukuh dari Khalid Samad.

Posted: 07 Nov 2015 06:45 AM PST


Untuk yang rabun politik, mungkin terlepas pandang atau mungkin tak pernah terfikir realiti apa yang sebenarnya berlaku di Selangor terutama masa krisis MB Selangor sebelum ni, kat bawah ni aku embed video ucapan Ir. Khalid Samad.
Malaysiakini melaporkan:
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa kepimpinan parti itu memberi jawapan "ya" atau "tidak" kepada dakwaannya sebelum ini bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Katanya, apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.

ADUN Salur itu berkata demikian selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan Husam adalah "tidak betul" kerana tidak ada keperluan untuk PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor. - Mkini.
Dalam berita lain sebelum tu Malaysiakini melaporkan:
PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.

Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.

"Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam. - Mkini.
Untuk yang rabun politik, mungkin  terlepas pandang atau mungkin tak pernah terfikir realiti apa yang sebenarnya berlaku di Selangor terutama masa krisis MB Selangor sebelum ni, kat bawah ni aku embed video ucapan Ir. Khalid Samad.

Khalid Samad juga cerita sejarah apa yang berlaku di Selangor selepas PRU2008 yang menyebabkan kerjasama Umno PAS di Selangor masa tu gagal.

MB Terengganu cadang Hadi Awang penasihat kerajaan negeri

Posted: 07 Nov 2015 06:12 AM PST

 
Agaknya nanti Hadi atau PAS yang akan kena lipat?

Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara. Menurut laporan New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti.

"Ia menggambarkan kesediaan Pas untuk membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita.

"Adalah penting untuk mendengar semua pandangan dan menerima mana yang baik buat rakyat. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pelik," beliau dilaporkan berkata demikian pada Konvensyen Umno Terengganu.

Dalam meluahkan kesediaannya minggu lalu, Abdul Hadi berkata, dia bersedia bertemu Perdana Menteri dan menteri lain bagi menyelesaikan isu rakyat.

Ahmad Razif kemudian menyatakan keterbukaannya, dengan beberapa pemimpin BN sebelum ini menyatakan pendapat sama susulan pengumuman Abdul Hadi, minggu lalu.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dilaporkan berkata, kerjasama itu sepatutnya sudah lama dibuat. Beliau juga berkata, kesediaan itu sepatutnya diterjemahkan sebagai penerimaan di setiap peringkat parti.


Posted by mountdweller.
Agaknya nanti Hadi atau PAS yang akan kena lipat? MB Terengganu cadang Hadi Awang penasihat kerajaan negeri Fri, Nov 6th, 2015 KUALA LUMPUR: Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri. Keputusan itu dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara. Menurut laporan New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti. "Ia menggambarkan kesediaan Pas untuk membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita. "Adalah penting untuk mendengar semua pandangan dan menerima mana yang baik buat rakyat. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pelik," beliau dilaporkan berkata demikian pada Konvensyen Umno Terengganu. Dalam meluahkan kesediaannya minggu lalu, Abdul Hadi berkata, dia bersedia bertemu Perdana Menteri dan menteri lain bagi menyelesaikan isu rakyat. Ahmad Razif kemudian menyatakan keterbukaannya, dengan beberapa pemimpin BN sebelum ini menyatakan pendapat sama susulan pengumuman Abdul Hadi, minggu lalu. Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dilaporkan berkata, kerjasama itu sepatutnya sudah lama dibuat. Beliau juga berkata, kesediaan itu sepatutnya diterjemahkan sebagai penerimaan di setiap peringkat parti. Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

MTEM desak Putrajaya dedah analisis kos-manfaat TPPA secepat mungkin

Posted: 07 Nov 2015 12:15 AM PST



Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini mendesak Putrajaya mendedahkan analisis kos-manfaat serta analisis kepentingan negara berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sesegera mungkin selepas dokumen itu didedah kepada umum semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar berkata, ini kerana semakan awal mereka terhadap dokumen akhir perjanjian itu mengesahkan kebimbangan mereka berkenaan akses kepada ubat mampu milik yang akan menjadi sukar selepas ini.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mtem-desak-putrajaya-dedah-analisis-kos-manfaat-tppa-secepat-mungkin#sthash.pp3zZJer.dpuf


JANGAN

BUAT BUAT
 
TAK DENGAR

VIDEO DAN GAMBAR TERKINI DSAI

Posted: 06 Nov 2015 11:30 PM PST