Jumaat, 6 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kumpulan pengguna bantah kenaikan tambang, mahu panel kaji semula OLEH MELATI A. JALIL

Posted: 06 Nov 2015 10:45 PM PST



Tambang LRT akan naik dari Disember 2, menambahkan beban pengguna.

Tambang LRT akan naik dari Disember 2, menambahkan beban pengguna.

Kenaikan satu demi satu tambang pengangkutan awam beberapa bulan kebelakangan ini mendorong kumpulan pengguna mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelia tambang sistem pengangkutan serta menimbang keperluan dan asas sebarang kenaikan.

Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) Ajit Johl berkata, kumpulan itu mahu kerajaan membekukan kenaikan itu kerana masanya yang tidak sesuai, sambil menambah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak sepatutnya menjadi pihak berkuasa tunggal dalam membuat keputusan mengenai kenaikan tambang.

"Peranan jawatankuasa ini adalah untuk menubuhkan sebuah metodologi adil, saksama dan telus bagi tambang. Jawatankuasa itu akan mempunyai kuasa dalam semakan semula tambang dan SPAD perlu memberi tumpuan kepada mengawal selia industri.

"Ia sepatutnya menjadi sebuah jawatankuasa bebas kaji semula tambang yang melapor terus kepada Pejabat Perdana Menteri kerana pengangkutan awam, meliputi kereta api, bas dan teksi, adalah di bawah bidang kuasa pejabat itu," kata Ajit kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga perlu terdiri daripada semua pihak berkepentingan dan perlu menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menentukan asas kenaikan tambang.

"Jawatankuasa ini akan menetapkan KPI dan jika anda mahu menaikkan tambang, anda tidak sepatutnya menerima sebarang aduan. Jika ada aduan, saya minta maaf, anda tidak boleh menaikkan tambang. Ia perlu bebas dan telus," katanya.

Beliau juga mendakwa SPAD mempunyai terlalu banyak kuasa dalam menentukan tambang.

"Anda perlu satu badan mengawal selia SPAD, yang merupakan jawatankuasa semakan semula tambang dan kami menggesa perdana menteri segera menubuhkan jawatankuasa ini yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan."

Kenaikan tambang bermula pada Mac tahun ini apabila SPAD mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres, masing-masing sebanyak 49% dan 22%.

Pada Isnin, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad mengumumkan kadar tambang baharu, meningkatkan harga daripada 11 sen bagi setiap kilometer, kepada 15 sen bagi setiap kilometer, 12 tahun selepas semakan terakhir.
 
 

Kadar kenaikan tambang baharu ini adalah adalah dari RM0/trip hingga RM7.10/trip (mengikut perjalanan stesen ke stesen) dan dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) juga mengumumkan rasionalisasi tambang LRT dan monorel, yang akan menyaksikan tambang dikira mengikut jarak.

Tambang bagi LRT akan bermula dengan bayaran rata 70 sen dan 30 sen bagi 4km pertama.

Kadar ini berkurangan bagi setiap 5km hingga 24km, di mana kadarnya menjadi 10 sen.

Penumpang monorel akan dikenakan tambang bermula pada kadar 70 sen dan RM0.58 bagi 4km pertama dan RM0.37 bagi 5km seterusnya.

Tambang baharu bagi komuter KTM, LRT dan monorel akan berkuatkuasa pada 2 Disember.

Kenaikan tambang diumumkan selepas sebulan peningkatan kadar tol yang menyaksikan kenaikan antara 10 sen dan RM6 pada 12 lebuh raya utama di Lembah Klang.

Ajit berkata hujah mengatakan kenaikan ini perlu kerana ia sudah lama tertangguh adalah tidak masuk akal, kerana rakyat tidak mempunyai pilihan memandangkan kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam dilaksanakan dalam jarak beberapa minggu sahaja.

"Kami menggalakkan kenaikan kadar tol kerana ia melibatkan kenderaan persendirian dan tiada kaitan dengan pengangkutan awam, selagi kadar tambang pengangkutan awam tidak terjejas.

"Mereka yang terkesan dengan kenaikan tol akan mencari alternatif, tetapi apabila melihat kepada alternatif, ia (tambang pengangkutan awam) juga semakin meningkat.

"Mereka sepatutnya mengekalkan kadar untuk setahun lagi, supaya pihak yang terkesan dengan kadar tol boleh menggunakan laluan alternatif."

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Paul Selvaraj berkata, pengguna jalan raya terkesan dari semua arah, terutamanya apabila kenaikan dilaksanakan tidak berapa lama selepas kerajaan memperkenalkan GST pada April.

Beliau berkata sistem pengangkutan awam yang baik akan memberi pengguna banyak pilihan, tetapi keadaan hari ini tidak meninggalkan rakyat dengan sebarang pilihan.

"Jika pengangkutan awam baik, anda boleh (pilih) untuk menggunakan kereta dan membayar kenaikan tol, tetapi apabila pengangkutan awam tidak baik, anda terpaksa menggunakan kereta dan membayar kenaikan tol.

"Saya rasa mereka (kerajaan) benar-benar memandang remeh kesan kos sara hidup kepada rakyat, dan memandang rendah mereka yang tidak menggunakan pengangkutan awam kerana terpaksa menggunakan kereta."

Beliau berkata daripada meningkatkan tambang, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan terlebih dulu dan membuatkan pengangkutan awam pilihan pertama rakyat.

"Apabila kita mencapai tahap sistem pengangkutan awam yang baik, maka kita boleh bercakap mengenai kenaikan harga, kerana anda meletakkan tekanan ke atas semua pihak tanpa menangani keperluan rakyat.

Komen beliau ekoran kenyataan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan yang pengguna jalan raya di Lembah Klang harus membuat perancangan dengan lebih baik dan menggunakan laluan alternatif jika mahu mengelak daripada membayar tol.

Rahman berkata, pemilik kenderaan boleh menggunakan jalan alternatif bebas tol jika mereka tidak mahu berbelanja banyak, yang memerlukan mereka sama ada mengharungi kesesakan lalu lintas atau bangun awal untuk mengelakkannya.

Kenyataannya itu menyebabkan kekecohan di kalangan pengguna media sosial yang menyatakan dengan tegas beliau tidak sensitif terhadap rakyat biasa.

Selvaraj berkata pada masa ini, khususnya, kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup, dan sebaliknya membuatkan ia lebih sukar kepada rakyat, sambil menambah selepas mengutip GST, keutamaan perlu diberikan kepada menyediakan perumahan, pengangkutan awam dan penjagaan kesihatan untuk rakyat.

Beliau berkata apabila sistem pengangkutan awam yang boleh diharap dan mampu milik boleh menjadi tulang belakang kepada sebuah bandar, rakyat akan mula tinggal di pinggir Kuala Lumpur, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar.

"Anda tidak menangani masalah ini sama sekali. Kini kita ada kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam yang tidak boleh diharap dan kita membelanjakan terlalu banyak wang untuk pengangkutan apabila sepatutnya sistem pengangkutan awam mampu milik yang baik menjadi keutamaan kerajaan." – 7 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Dalam RMK 11 Kata Malaysia Nak Kurangkan Pekerja Asing.. Tapi Kenapa Zahid Nak Bawa Masuk Lagi 1.5 Juta Bangla?

Posted: 06 Nov 2015 10:00 PM PST


Walaupun Rancangan Malaysia ke-11 itu dirancang dan dipercayai dipersetujui oleh Pemimpin UMNO sendiri sebelum dibentangkan oleh Pemimpin UMNO juga.. namum apa yang dirancang hanya sekadar rancangan rupanya...

Dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dinyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja..

Tetapi seorang pemimpin UMNO yang baru dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah Timbalan Perdana Menteri yang dulu dipecat sebab tak mahu dengar cakap mendedahkan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang..

Setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

Tapi... persoalannya kenapa hanya dari Bangladesh?

Laporan berkaitan..

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, berkata pelaksanaan itu bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.
Setiausaha agungnya N Gopal Krishnam berkata setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin.

Katanya, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

"Mengapa perlu bawa masuk lebih banyak warga asing, terutama dari Bangladesh?" soalnya.

Gopal berkata demikian sebagai respons kepada ucapan penggulungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu, apabila beliau berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Kementerian Dalam Negeri ialah pihak berkuasa yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja asing.

Gopal berkata Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Katanya, golongan muda Malaysia memilih bekerja di luar negara kerana gaji lebih rendah di sini dan kekurangan manfaat menarik yang disediakan kepada mereka.

Kira-kira 350,000 rakyat Malaysia keluar masuk ke Singapura setiap hari untuk bekerja kerana gaji di sana lebih baik selepas ditukar kepada ringgit, katanya.

"Ada juga 360,000 lagi rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Singapura. Pasti ada alasan yang baik mengapa Singapura bergantung pada rakyat Malaysia," katanya.

Gopal berkata rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara terpaksa menanggung pendapatan yang tidak berkembang kerana majikan terus bergantung pada tenaga buruh warga asing yang lebih murah.

"Kenaikan pendapatan di kalangan kelas bekerja akan secara relatifnya menjadi perlahan dan sasaran masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020 hanya mimpi yang sukar dicapai," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan peningkatan gaji minimum bagi sektor pekerja swasta di Semenanjung daripada RM900 kepada RM1,000 dan RM800 ke RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan minimum gaji kakitangan awam akan bermula pada RM1,200.

MTUC mengkritik kuantum peningkatan gaji minimum bagi sektor swasta berbanding kakitangan awam.

Gopal berkata kekacauan industri akan lebih kerap berlaku apabila ramai warga asing bekerja di kilang, terutama dalam sektor elektronik.

"Kita pernah jumpa serangan ganas di kalangan pekerja dari negara Asia Selatan. Sebelum ini pekerja dan kesatuan kita hanya berpiket dan itu pun majikan bertindak keras terhadap mereka," katanya.

Gopal juga melahirkan kebimbangan mengenai sistem kesihatan negara kerana ada pekerja asing yang diketahui menjadi sumber penyakit berjangkit, seperti tuberkulosis.

"Ini juga satu bentuk ancaman kepada negara," katanya lapor The Malaysian Insider

Zahid ulang amaran, anggota Parlimen BN jangan bersekongkol dengan pembangkang

Posted: 06 Nov 2015 09:15 PM PST


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedang memerhati anggota Parlimen BN yang dipujuk pembangkang dan memberi amaran jangan bersekongkol dengan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedang memerhati anggota Parlimen BN yang dipujuk pembangkang dan memberi amaran jangan bersekongkol dengan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.

Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.

Katanya, beliau siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia sudahpun berjalan sejak 3 ke 4 bulan yang lalu.

"Saya tahu Anggota Parlimen BN yang sudah pun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan... saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort semalam.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli Umno perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.

Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Katanya dalam Umno pertukaran pucuk pimpinan itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang baharu dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.

"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara Umno tikam dari belakang... setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.

Dalam pada itu, Zahid meminta semua ahli supaya sentiasa menyokong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad Razif bagi mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurutnya, dalam senario politik Terengganu, BN dilihat mempunyai peluang untuk kembali meraih lebih banyak kerusi yang ketika ini hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara yang hadir pada majlis itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Konvensyen Umno Terengganu kali ini dihadiri 848 perwakilan daripada lapan bahagian dan 153 jemputan khas dari veteran Umno, ahli Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) serta wakil anak muda Permata. – Bernama, 7 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Subramaniam kena tanggung kerugian peniaga vape' - Dr Najmil

Posted: 06 Nov 2015 08:30 PM PST

Bimbang Hilang Sokingan Anak Muda Pemuda Umno Marah Subramaniam







KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam perlu menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

"Ia tindakan yang tidak wajar. Kementerian Kesihatan sepatutnya mengkaji mekanisma yang terbaik sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sebarang langkah tergesa-gesa hanya menimbulkan kemarahan khususnya golongan muda.

"Pelbagai aspek perlu difikirkan sebelum sesuatu tindakan diambil memandangkan ia melibatkan penguna yang terdiri dari pelbagai latar belakang selain populasi vape semakin besar dan berkembang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Khamis, KKM sudah memulakanoperasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Terdahulu, S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Katanya, kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Mengikut Akta, nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilang, mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen.

Dalam pada itu kata Dr Najmil, operasi yang dijalankan Kementerian Kesihatan menyebabkan peniaga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

"Rampasan yang dibuat tanpa amaran dan perbincangan ini menyebabkan ramai usahawan Melayu yang baru saja terlibat dengan perniagaan secara runcit mahupun online mengalami kerugian besar.

"Kami minta S Subramaniam bertanggungjawab di atas segala kerugian. Kita juga mohon kerajaan mengkaji dan mengadakan rundingan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan memandangkan perkara seumpama ini boleh mengundang rasa tidak puas hati rakyat terutamanya golongan muda.

"Ia akan memberi kesan terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana impak paling besar diterima oleh parti UMNO dan sokongan anak muda terhadap UMNO akan berkurang kerana kecewa dgn tindakan kerajaan, walaupun tindakan tersebut dibuat oleh menteri dari MIC," jelasnya.

- astroawani

MAHATHIR TERUS MEMENINGKAN KEPALA NAJIB

Posted: 06 Nov 2015 07:45 PM PST


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis pagi tadi berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya. Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib,

Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali. Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu. Bagaimanapun,

Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Ini kerana yang menjadi sasaran sebenarnya dalam semua serangan Tun Mahathir itu ialah Najib sendiri. Itu terpulang kepada mereka, katanya sambil ketawa.

Apa agaknya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau Najib terhadap Tun Mahathir selepas ini?

Menyoal siasatnya lagi dan lagi sehingga Tun Mahathir sedia membuka mulutnya?

Bagaimana jika setiap kali polis datang untuk mengambil keterangannya, Tun Mahathir masih enggan juga menjawabnya?

Adakah Tun Mahathir akan terus didakwa di mahkamah?

Beranikah Najib berbuat demikian dan sediakah beliau menghadapi risiko daripadanya?

Mungkinkah pula Tun Mahathir tidak diambil apa-apa tindakan akhirnya? Atau Tun Mahathir sekali lagi sedang memeningkan kepala Najib untuk membuat pilihan?


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Selcat harus siasat kontroversi pinjaman RM500 juta DEIG, kata Khalid

Posted: 06 Nov 2015 07:00 PM PST


Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa dalam tawaran pinjaman bank kepada Darul Ehsan Investment Group. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa dalam tawaran pinjaman bank kepada Darul Ehsan Investment Group
 
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa dalam tawaran pinjaman bank kepada Darul Ehsan Investment Group.
 
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kontroversi tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dapat dibersihkan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan segera ke atas salah satu anak syarikat kumpulan tersebut.

Katanya dalam siasatan tersebut, Selcat mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran dalam urusan pinjaman itu.

Ini katanya, perlu dilakukan walaupun DEIG sebelum ini mengakui wujud tawaran pinjaman tersebut yang kemudiannya ditolak.

"Pengakuan tersebut tidak bermakna isu ini boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Malah sepatutnya menjadi satu alasan kukuh bagi Selcat untuk memulakan siasatan.

"Selain itu, tidak dapat disangkal lagi wujudnya merit bagi Jabatan Audit Negara untuk menjalankan kajian secara mendalam demi menentukan kesahihan semua dakwaan yang dibuat terhadap DEIG," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid turut mengesyorkan Selcat atau Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) menghubungi Bank Negara Malaysia dan memohon satu siasatan ke atas pinjaman itu.

Ia katanya bagi mendapatkan kepastian bagaimana pihak bank komersil tersebut boleh menawarkan sejumlah pinjaman yang besar kepada sebuah syarikat (dan anak syarikatnya) yang didakwa masih belum beroperasi.

"Saya yakin kerajaan negeri tidak akan menentang mahupun menghalang apa jua bentuk siasatan atau pengauditan kerana proses sebegini boleh membersihkan nama DEIG daripada terus terpalit dengan pelbagai tuduhan dan kontroversi, sekali gus membuang syak wasangka terhadap DEIG," katanya.

Sebelum ini, Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan Azmin mengenai dakwaan anak syarikat DEIG, iaitu DEIG Land menerima tawaran pinjaman bank sebanyak RM500 juta selepas 2 bulan ditubuhkan.

Namun, ketua pegawai operasi syarikat itu, Soffan Affendi Aminuddin berkata pihaknya sudah pun menolak tawaran berkenaan walaupun mengakui DEIG ada menerima tawaran pinjaman sebanyak RM500 juta daripada bank tempatan.
 
 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Selcat harus siasat kontroversi pinjaman RM500 juta DEIG, kata Khalid

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa dalam tawaran pinjaman bank kepada Darul Ehsan Investment Group. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa dalam tawaran pinjaman bank kepada Darul Ehsan Investment Group. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kontroversi tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dapat dibersihkan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan segera ke atas salah satu anak syarikat kumpulan tersebut. Katanya dalam siasatan tersebut, Selcat mesti mengesahkan tiada wujud sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran dalam urusan pinjaman itu.
Ini katanya, perlu dilakukan walaupun DEIG sebelum ini mengakui wujud tawaran pinjaman tersebut yang kemudiannya ditolak.

"Pengakuan tersebut tidak bermakna isu ini boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Malah sepatutnya menjadi satu alasan kukuh bagi Selcat untuk memulakan siasatan. "Selain itu, tidak dapat disangkal lagi wujudnya merit bagi Jabatan Audit Negara untuk menjalankan kajian secara mendalam demi menentukan kesahihan semua dakwaan yang dibuat terhadap DEIG," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid turut mengesyorkan Selcat atau Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) menghubungi Bank Negara Malaysia dan memohon satu siasatan ke atas pinjaman itu.
Ia katanya bagi mendapatkan kepastian bagaimana pihak bank komersil tersebut boleh menawarkan sejumlah pinjaman yang besar kepada sebuah syarikat (dan anak syarikatnya) yang didakwa masih belum beroperasi.
"Saya yakin kerajaan negeri tidak akan menentang mahupun menghalang apa jua bentuk siasatan atau pengauditan kerana proses sebegini boleh membersihkan nama DEIG daripada terus terpalit dengan pelbagai tuduhan dan kontroversi, sekali gus membuang syak wasangka terhadap DEIG," katanya.
Sebelum ini, Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional (BN) menuntut penjelasan Azmin mengenai dakwaan anak syarikat DEIG, iaitu DEIG Land menerima tawaran pinjaman bank sebanyak RM500 juta selepas 2 bulan ditubuhkan.
Namun, ketua pegawai operasi syarikat itu, Soffan Affendi Aminuddin berkata pihaknya sudah pun menolak tawaran berkenaan walaupun mengakui DEIG ada menerima tawaran pinjaman sebanyak RM500 juta daripada bank tempatan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selcat-harus-siasat-kontroversi-pinjaman-rm500-juta-deig-kata-khalid#sthash.XHa76jZC.dpuf

Ketua Parlimen akui beberapa MENTERI BN dan WAKIL RAKYAT kaki ponteng parlimen

Posted: 06 Nov 2015 06:15 PM PST

Seratus hari selepas menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan rasa kecewa dengan langkah beberapa menteri dan wakil rakyat yang ponteng parlimen.

Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu berkata beliau mengesan "dewan kosong" ketika menteri berkenaan harus bergilir hadir dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata akan membangkitkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Mengenang sebelum ini ketika menjadi anggota parlimen biasa, Azalin berkata beliau sendiri datang ke parlimen untuk membangkitkan isu-isu kawasannya langsung kepada menteri berkaitan.

Beliau juga membangkitkan betapa sukarnya anggota parlimen penyokong kerajaan untuk bertemu menteri jika mereka tidak hadir ke parlimen.

Azalina membangkitkan perkara itu dalam wawancara dengan media semalam.


Kasih Ayah Dan Ibu.............

Posted: 06 Nov 2015 05:30 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

Syukurlah kala kecil saya belajar hidup susah. ke sekolah berjalan kaki dan jual kuih bantu ayah dan ibu. meski dikasih upah/semuanya saya tolak dan serah semuanya sama ibu.

Seperti saya kata dulu kala usia 9 tahun saya bangun subuh dan jual kuih berkaki ayam sebab tak mahu sepatu saya kotor untuk dipakai ke sekolah/kala ketika itu saya hanya punya satu sepatu saja untuk ke sekolah.

jadi susahnya hidup menyebabkan saya cukup mengerti dan kerana itu usaha tidak mengajar anak2 untuk hidup mewah dan harus menghadapi semuanya dalam keadaan sederhana tetapi tidaklah susah sangat.

Tetapi anak-anak sekarang ini ke sekolah siap dihantar ambil naik kereta dan kekadang dibelikan motor dan kereta untuk ke sekolah dan wang lebih dari cukup termasuk ada handphone untuk mudah dihubungi.
demikian anak-anak sekarang

bukan saja kereta dibelikan, malah rumah juga disediakan dan mereka tidak merasa susah senangnya menyewa kamar di kota kinabalu dan ini juga pernah saya rasai dan itu sebab kereta bukan keutamaan buat saya tetapi rumah disediakan untuk anak-anak agar tidak sama seperti ayah/ibu mereka masa susah dulu.

lihatlah sekarang ini keadaannya!

kala usia muda berkerja di kota kinabalu meski gaji sedikit sangat, tetapi masih mampu kasih setiap bulan kepada ayah dan ibu/ini kemestian meski ayah dan ibu tidak pernah meminta.

kemudian kumpul wang saya mampu pula menghantar ayah/ibu ke mekah termasuk kakak dan abang ipar kesan membalas budi ketika sekolah mereka juga pernah kasih wang kepada saya dan itu amat saya ingat sampai sekarang meski hidup mereka tidaklah sesenang mana ketika itu.

semua saya ingat dan saya jenis yang kenang budi dan hingga sekarang saya tidak pernah berkata kasar atau meninggi suara meski kena marah siap diam dan tunduk.

inilah hakikatnya.

saya hanya seorang saja anak lelaki dan saya hanya punya seorang kakak dan adek. tidak lebih/itu saja makna saya hanya punya keluarga yang kecil.

Meski saya bergaji kecil, tetapi mampu juga membiayai adek saya hingga akhirnya belajar di london dan menyambung di universiti tempatan dan tahun depan memperolehi phdnya.

Juga dapat membantu anak kakak yang ketika itu tinggal bersama saya dan rasanya saya tidaklah susah sangat ketika itu.

Anak-anak sekarang beda kelihatanya biasa senang dan ke sekolah siap dihantar ambil dan kemudian disediakan handphone belanja seperti orang berkerja kelihatannya.

Kekadang anak-anak sekarang ini dibelikan motor dan dikasih kereta untuk ke sekolah, malah kala sudah berkerja pun sama dikasih segalanya disamping rumah disediakan yang mereka tidaklah pernah berfikir seperti masa2 dulu ayah dan ibu asyik menyewa kamar dan berpindah-pindah dari satu rumah ke satu rumah naik bas luen thung dan di kamar tinggal dengan teman2 menyewa sama kongsi untuk meringankan beban membayar sewa.

inilah yang dialami.

sekarang ini kita perhatikan anak-anak meski sudah kerja tetapi macam tidak pernah berfikir akan susahnya membesarkan anak-anak dan kekadang ada yang lupa kedua orang tua dan berkata yang bukan2 dan ini banyak sangat saya perhatikan dan suatu waktu pernah saya mendengar seorang anak lelaki memaki ayahnya dan ayahnya diam saja memendam tahan rasa.

ada pula anak yang mahu kebebasan kesan di rumah tidak mahu ditegur dan siap usaha tidak tinggal di rumah dan tinggal bersama teman2 sebab dia sendiri mampu kononnya membayar sewa dan mampu membiayai diri kesan gaji yang mahal dia dapatkan.

biasalah keadaan anak-anak sekarang ini.

bila sudah senang dan berkerja di kota gajinya beribu, punya mobel, kaya raya dan rumah semacam istana sama ayah dan ibu yang tinggal di kampung tidak lagi dia peduli.

ayah ibu asyik menunggu di kampung dan mahukan anak-anak pula bersama isteri dan cucu2nya sekali, tetapi bulan demi bulan tidak juga datang dan ayah ibu cukup kecewa sekali.

kala ada yang bertanya apakah anak2 dan cucu tidak datang, maka jawabannya sang ayah ibu konon anaknya di kota sebuk sangat dan nantinya akan datang juga.

demikian hakikat, lalu ayah ibu siap berkecil hati tetapi tidak pernah pula ia katakan kepada sesiapapun.
anak-anak memang bergaji besar, punya kereta mercedes atau perdana tetapi sama orang tua di kampung apa lagi mahunya datang sedang untuk mengubungi lewat telefon juga dikatakan sebuk memanjang dan ayah ibu diam saja.

anak-anak selama ini tidak pernah bertanya dari mana saja ayah dan ibu mendapat wang belanja untuk membeli beras, ikan, kopi gula dan adalah juga kiriman anak-anak paling RM50 untuk setahun barangkali.

Anak2 juga tidak pernah bertanya soal baju, celana, kain, kupiah dan tuala dan yang ada hanyalah tuala yang sudah lusuh dan baju serta kupiah yang sudah usang dan kekadang berbahu hapak.
demikianlah keadaannya.

kala ayah dan ibu tak punya wang, maka biasanya adalah orang lain yang bersedekah dan kalau tiada beras maka jiran sebelahlah yang siap memberi sedekah atau sesekali menghantar kuih dan makanan serta ikan2 yang jiran sebelah dapatkan di lautan.

tiba2 sang ayah sakit mendadak dan meninggal dan ketika itu sesudah disemadikan seminggu barulah anak2 datang sekadar melihat ibu dan sesudah sebulan dua ibu pula menyusul dan keduanya meninggal sambil dia bawa salam duka itu tak siapa yang tahu.

apa saja yang anak-anak rasakan?

kekadang saya sendiri tidak mampu mengatakan hal ini dan memang keadaan semacam ini banyak sangat berlaku di mana-mana.

bersyukurlah mereka yang masih punya ayah dan ibu dan perlu diketahui ayah ibu itu segalanya buat anak2 meski sebenarnya ayah itu tidak pernah menginginkan gaji anak-anak meski pendapatan lumayan dan yang diharapkan hanya datang dan melihat bukan ayah dan ibu yang melihat anak dan bertanya kabar.

usahalah menilai diri dan mudah2an allah ampunkan kita semua dan hidup diberkati sebab doa dan ayah itu cukup bermakna dan jangan jadi si tenggang yang derhaka siap tak selamat dunia akhirat.


ISMAILY BUNGSU
sabah
6/11/2015

PAS Buat U-Turn - MP PAS Akan Sokong Undi Tidak Percaya Kepada PM

Posted: 06 Nov 2015 04:45 PM PST




KUALA LUMPUR: Penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti mengambil sikap berkecuali dalam Bajet 2016 dengan alasan-alasan yang dinyatakan, tetapi, akan menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno adalah tepat dan selari dengan keputusan parti.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berata, seperti yang disebut Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, masalah 1MDB dan isu-isu berkaitan telah menyebabkan susah untuk mempromosikan Malaysia.

Menurutnya, semua masalah itu berkait dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak termasuk derma RM2.6 bilion yang sudah menjadi jenaka dunia.

"Saya yakin ahli Parlimen PAS akan melaksanakan keputusan parti yang telah dibuat," ujarnya dalam satu kenyataan. 



-HARAKAHDAILY

PM NAJIB PENAKUT

Posted: 06 Nov 2015 04:00 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

DULU ia beriya2 mahu saman WSJ dan katanya selesa depan sekarang sudah ulang2 selesa terus dilewati tanpa ada samannya dari seorang bernama Najib.

Tiba2 dia mengatakan kalau dia saman/bicara di USA itu tidak akan memberikan bayaran yang lumayan dan jelas seolah Najib tahu bahawa dia bakal menang.

Ini bukan soal menang kalah tetapi soal maruah Najib sebagai PM Malaysia dan bukan soal bayaran dan soal bayaran bagi najib tidak penting sebab dia punya wang lebih dari 2.6 bilion.

Sepatut demi nama PM Najib dan terlibat negara Malaysia yang sama maksudnya termasuk kita ini yang tinggal di Malaysia, seorang PM Najib yang akui pahlawan Bugis yang gagah perkasa sepatut terus saja saman WSJ itu kesan memfitnah Najib.

Bila PM Najib tidak mahu saman jelas apa yang diperkatakan oleh WSJ itu memang benar dan bukan fitnah dan rakyat tentu berfikiran begitu.

Sebagai pahlawan yang JANTAN bukan pondan sepatut Najib harus tampil menyaman tak kira bicara di manapun dan tak kita berapa jumlah yang dibayar nanti kalau menang sebab bukan nilai saman diperlukan tetapi membetulkan keadaan sebenar demi bersihkan nama Malaysia yang dikata punya PM super korup.

Kesan Najib enggan saman maka bolehlah dikatakan yang PM Najib kita ini memang penakut dan tak berani hadapi hakikat tetapi di Tv dan media lokal bukan main hebat dia berbicara seolah dia itu semacam malaikat.


ISMAILY BUNGSU

Kota Kinabalu,  Sabah.

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMUA......

Posted: 06 Nov 2015 03:30 PM PST


Berita Dari Pulau Pinang Yang Mungkin Disorokkan

Posted: 06 Nov 2015 08:00 AM PST


Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini membentangkan Bajet 2016 bagi negeri itu dengan anggaran defisit sebanyak RM292.13 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan bajet itu, berkata jangkaan defisit itu bertambah sebanyak RM61.82 juta berbanding defisit dalam bajet 2015 sebanyak RM230.31 juta.

"Mengambil kira anggaran hasil 2016 sejumlah RM687.40 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM979.53 juta, akan menjadikan Bajet 2016 mengalami defisit.

 "Anggaran defisit atau kekurangan RM292.13 juta yang dijangka dalam Bajet 2016 itu akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki RM880.75 juta pada akhir 2014," katanya semasa membentangkan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di George Town.
Beliau berkata kerajaan negeri mula mencadangkan bajet defisit sejak 2008.

Bagaimanapun, kerajaan negeri dapat mengakhiri setiap tahun kewangan dengan lebihan, justeru, lebihan terkumpul selama 7 tahun dapat meningkatkan jumlah rizab kerajaan negeri daripada RM373.57 juta pada akhir 2007 kepada RM880.75 juta pada akhir 2014, katanya.

Lim berkata jumlah keseluruhan RM1,105.65 juta dicadangkan untuk perbelanjaan bagi 2016, pertambahan sebanyak RM112.83 juta atau 11.36% berbanding perbelanjaan keseluruhan Bajet 2015 iaitu RM992.82 juta.

"Anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM979.53 juta diperuntukkan pada 2016 manakala RM346.12 juta disediakan bagi peruntukan pembangunan," katanya.

Beliau berkata pertambahan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM92.29 juta atau 10.4% berbanding tahun lepas berpunca daripada pertambahan caruman sebanyak RM220 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan berbanding hanya RM120 juta pada 2015.

"Caruman sebanyak RM220 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan merupakan caruman terbanyak sehingga kini, dan caruman itu perlu dibuat untuk tujuan pembiayaan projek pembangunan yang dirancang pelaksanaannya pada 2016 serta menyediakan rizab perumahan dan ekonomi sebanyak RM100 juta," katanya.

Lim berkata pertambahan peruntukan pembangunan yang dicadangkan sebanyak RM120.54 juta atau 53.44% berbanding tahun lepas mengambil kira usaha kerajaan negeri dalam menyediakan rizab berjumlah RM100 juta jika diperlukan dalam menangani kemelut ekonomi dan meneruskan dengan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang.

Beliau berkata kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip pada 2016 berjumlah RM687.40 juta iaitu pertambahan sebanyak RM30.47 juta atau 4.63% berbanding anggaran hasil 2015 iaitu RM656.93 juta.

"Punca peningkatan hasil 2016 itu adalah daripada bayaran premium tanah kawasan Bayan Mutiara, peningkatan hasil keuntungan daripada pelaburan kerajaan negeri serta pertambahan hasil-hasil lain," katanya.

Persidangan dewan ditangguh sehingga 16 November.

 
ADDIN

UMNO Pertimbang Lantik Hadi Sebagai Penasihat BN

Posted: 06 Nov 2015 07:15 AM PST



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.

"Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.

"Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).

"Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita," beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.

Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.

Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran.

- mkini


1.5 juta pekerja Bangladesh melebihi sasaran kuota buruh asing, kata MTUC OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 06 Nov 2015 06:30 AM PST


Yang Zie's photo.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kerana ia bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, kerana ia bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020. 

Zar Ali's photo.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, berkata pelaksanaan itu bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.

Setiausaha agungnya N Gopal Krishnam berkata setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin.

Katanya, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

"Mengapa perlu bawa masuk lebih banyak warga asing, terutama dari Bangladesh?" soalnya.

Gopal berkata demikian sebagai respons kepada ucapan penggulungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu, apabila beliau berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Zar Ali's photo.

Kementerian Dalam Negeri ialah pihak berkuasa yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja asing.
Gopal berkata Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Katanya, golongan muda Malaysia memilih bekerja di luar negara kerana gaji lebih rendah di sini dan kekurangan manfaat menarik yang disediakan kepada mereka.

Kira-kira 350,000 rakyat Malaysia keluar masuk ke Singapura setiap hari untuk bekerja kerana gaji di sana lebih baik selepas ditukar kepada ringgit, katanya.

"Ada juga 360,000 lagi rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Singapura. Pasti ada alasan yang baik mengapa Singapura bergantung pada rakyat Malaysia," katanya.

Gopal berkata rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara terpaksa menanggung pendapatan yang tidak berkembang kerana majikan terus bergantung pada tenaga buruh warga asing yang lebih murah.

"Kenaikan pendapatan di kalangan kelas bekerja akan secara relatifnya menjadi perlahan dan sasaran masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020 hanya mimpi yang sukar dicapai," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan peningkatan gaji minimum bagi sektor pekerja swasta di Semenanjung daripada RM900 kepada RM1,000 dan RM800 ke RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan minimum gaji kakitangan awam akan bermula pada RM1,200.

MTUC mengkritik kuantum peningkatan gaji minimum bagi sektor swasta berbanding kakitangan awam.
Gopal berkata kekacauan industri akan lebih kerap berlaku apabila ramai warga asing bekerja di kilang, terutama dalam sektor elektronik.

"Kita pernah jumpa serangan ganas di kalangan pekerja dari negara Asia Selatan. Sebelum ini pekerja dan kesatuan kita hanya berpiket dan itu pun majikan bertindak keras terhadap mereka," katanya.

Gopal juga melahirkan kebimbangan mengenai sistem kesihatan negara kerana ada pekerja asing yang diketahui menjadi sumber penyakit berjangkit, seperti tuberkulosis.


"Ini juga satu bentuk ancaman kepada negara," katanya. – 6 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Anwar fail saman fitnah bersihkan nama, bukan buat duit, kata peguam OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 06 Nov 2015 05:45 AM PST

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memfailkan saman fitnah di mahkamah dengan niat mendapat keuntungan kewangan, kata peguamnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.
 
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memfailkan saman fitnah di mahkamah dengan niat mendapat keuntungan kewangan, kata peguamnya.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memfailkan saman fitnah di mahkamah dengan niat mendapat keuntungan kewangan, kata peguamnya.

Saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap penerbit Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dilakukan dengan niat untuk membersihkan namanya melalui saluran undang-undang, kata peguamnya N Surendran.

Beliau berkata, bekas ketua pembangkang itu tidak pernah membawa kes ke mahkamah dengan niat untuk mendapat keuntungan kewangan daripada saman yang difailkan.

"Bukan untuk wang, tetapi menunjukkan tuduhan itu palsu, dan mempertahankan nama baiknya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada masa sama, beliau berkata, saman itu juga difailkan bagi menunjukkan akhbar yang dikawal Umno itu gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab.

Surendran berkata, jumlah besar ganti rugi yang dituntut menggambarkan betapa seriusnya tuduhan.

Peguam itu berkata demikian mengulas kenyataan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang Datuk Seri Najib Razak juga berhak mendapat ganti rugi, sama seperti pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Lim Guan Eng daripada DAP, yang diberikan pampasan kewangan tinggi selepas Utusan didapati bersalah memfitnah mereka.

Firoz, yang juga peguam untuk Najib, pada Isnin berkata demikian ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memulakan saman fitnah terhadap Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal di Amerika Syarikat. – 6 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Saravanan fail saman terhadap Palanivel dan 2 lagi

Posted: 06 Nov 2015 05:00 AM PST


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan menyaman bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan 2 lagi atas dakwaan memfitnahnya berhubung dana Yayasan Tindakan Gerakan Affirmatif Baru (NAAM). – .

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan menyaman bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan 2 lagi atas dakwaan memfitnahnya berhubung dana Yayasan Tindakan Gerakan Affirmatif Baru (NAAM).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan menyaman bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan 2 lagi atas dakwaan memfitnahnya berhubung dana Yayasan Tindakan Gerakan Affirmatif Baru (NAAM).

Saravanan memfailkan saman itu pada 30 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Lewis & Co dan menamakan Palanivel, City Team Media Sdn Bhd iaitu syarikat penerbitan akhbar harian Tamil Malar dan Twinstar Synergy Sdn Bhd iaitu pencetak akhbar itu sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Saravanan mendakwa Palanivel pada Jun lepas, secara niat jahat, salah dan cuai mengeluarkan dan menerbitkan kata-kata tidak benar dan palsu yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Tamil Malar pada 21 Jun lepas.

Beliau mendakwa perkataan yang diterbitkan itu antara lain bermaksud plaintif menyalahgunakan dana NAAM untuk kepentingannya sendiri, gagal melaksanakan tugasnya kepada masyarakat India terutamanya dan tidak layak memegang jawatan pengerusi NAAM.

Saravanan, yang juga ahli Parlimen Tapah mendakwa penerbitan itu mencederakan reputasi dan kredibilitinya dan plaintif dibawa ke skandal awam serta kebencian dan penghinaan umum.

Beliau menuntut ganti rugi am, khas, teladan dan terlampau, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab. – Bernama, 6 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Saman fitnah: Permohonan Najib, Rosmah didengar 13 Januari

Posted: 06 Nov 2015 04:15 AM PST

 

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan satu lagi pihak dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak.

Turut dinamakan defendan dalam saman fitnah itu ialah pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurdiana Mohd Nazari menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Choo Shi Jin yang mewakili Perdana Menteri dan isteri serta peguam Joanne Leong yang mewakili Chan dan menyebut bagi pihak Mohd Rafizi.

Najib dan isteri memohon memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan itu atas alasan pembelaan kedua-dua defendan bukan satu komen berpatutan. Pada 16 April lalu,
Najib dan Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 22 November 2014.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

Menurut mereka lagi, Chan telah gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

Najib dan Rosmah turut menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.

Mereka juga menuntut satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah itu selain menuntut satu perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.


- Bernama

Tak perlu soal Mahathir lagi, kata peguam Shakira Buang.

Posted: 06 Nov 2015 03:30 AM PST


Zar Ali's photo.

Peguam Haniff Khatri Abdullah berkata tidak ada sebab bagi polis untuk terus mengambil keterangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mereka berbuat demikian di bangunan Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.

"Kemungkinan untuk polis datang semula ambil keterangan Tun M kita tak tahu dan berpandukan kepada apa yang pihak polis rasa sesuai.

"Tapi bagi kami, kami percaya tidak ada sebab untuk polis datang lagi sebab segala perkara yang perlu dinyatakan dan yang hendak dinyatakan telah dibuat," katanya di luar bangunan itu.

Haniff juga menjelaskan Mahathir hari ini hanya disiasat secara umum dan tidak spesifik kepada isu tertentu yang memakan masa 45 minit.

Beliau juga mengesahkan bekas perdana menteri itu disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.

Haniff bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung peruntukan undang-undang mana yang digunakan ke atas anak guamnya.

Katanya, polis boleh mengambil tindakan berdasarkan keterangan sedia ada.

"Sekiranya ada apa-apa tindakan yang perlu diambil polis boleh buat keputusan dengan keterangan sedia ada.

"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan.

"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya.

Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Mahathir akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.

Ini adalah berkaitan dengan kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4, di mana Mahathir membuat dua penampilan pada 29 Ogos dan 30 Ogos dan menuduh pemimpin Umno menerima rasuah.

Berikutan itu, beberapa pemimpin bahagian membuat laporan polis terhadap Mahathir.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara juga menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak disiasat kerana kehadirannya pada perhimpunan tersebut, yang antara lain, menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir semasa pemerintahan 22 tahunnya menentang perhimpunan jalanan tetapi kini mempertahankan BERSIH 4.

Alasannya, bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa turun ke jalanan untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan kepimpinan negara.

Bekas Perdana Menteri itu juga berulang kali mendesak Najib untuk meletakkan jawatan dan menuduhnya terbabit dengan banyak salah laku, termasuk 'mencuri' wang 1MDB.

Najib bagaimanapun berulang kali menafikan sebarang salah laku dan mendakwa Mahathir terbabit dalam komplot untuk menjatuhkannya.



Malaysiakini.

Mahathir enggan jawab soalan polis 6K1 Shakira Buang

Posted: 06 Nov 2015 02:54 AM PST


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau ketika pihak polis mengambil keterangannya pagi tadi.

"Mereka ( polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi soal jawab dengan polis.

Mahathir Mohamad pagi tadi diambil keterangan oleh tiga pegawai polis dari Bukit Aman dan beliau telah disoal siasat polis selama 45 minit yang bermula sekitar jam 11.00 pagi.

Malah ketika diminta mengulas sama ada pihak polis akan mengambil tindakan terhadap beliau, ini jawab veteran Umno berusia 90 itu "Itu terpulang kepada mereka ."

Mahathir juga menolak spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan sekali lagi keluar Umno dalam usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Tidak, itu parti saya ," dia menjawab sambil ketawa," kata Mahathir di Bangunan Yayasan Al -Bukhary di Kuala Lumpur.


Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir jumpa polis hari ini berhubung kritikan terhadap Najib.

Posted: 06 Nov 2015 12:15 AM PST


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap dengan polis hari ini berhubung siasatan berkaitan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap dengan polis hari ini berhubung siasatan berkaitan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

ekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bercakap dengan polis hari ini berhubung siasatan berkaitan kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiasat kerana kemungkinan melakukan kesalahan fitnah, akan bercakap dengan polis hari ini ketika pihak berkuasa menyiasat kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pegawai khas kepada Dr Mahathir, Sufi Yusof menerusi teks pesanan ringkas berkata pemimpin paling lama berkhidmat itu akan bertemu polis hari ini.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan susulan laporan yang dibuat terhadap Dr Mahathir.

Siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berkaitan kesalahan memfitnah.

Dr Mahathir, 90, ketika ini giat berkempen menyingkirkan Najib, malah sebelum terjadinya skandal pembiayaan dikaitkan dengan perdana menteri yang menyemarakkan ketegangan politik dan membawa beribu penunjuk perasaan anti kerajaan mengadakan perhimpunan di ibu negara. – Bloomberg, 6 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

AHLI PARLIMEN MACAM BADUT...!!

Posted: 05 Nov 2015 11:30 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

222 ahli parlimen memang menyambung lidah rakyat. Parlimen adalah wadah bincang bahas dan gubal undang2. Segala isu babit kepentingan rakyat diangkat dan dibincang tetapi apakah benar semuanya 222 serius bincang atau jadi raja lawak?

ISU 1MDB yang melibatkan bilion2 wang rakyat tidak dibenar bincang sedang pembohongan demi pembohongan Najib begitu ketara. Dulu ia kata ada simpanan di Singapura sejumlah USD1 bilion dan yang sebenarnya TIADA dan ini satu pembohongan yang jelas hingga seluruh dunia melabelkan Najib sebagai super korup?

Kejatuhan ringgit paling teruk banding negara lain juga kesan dari 1MDB dan ini yang menyebabkan Zeti Aziz memberikan amaran kasus 1MDB bakal gugat kestabilan politik dan ekonomi negara jika tidak diselesaikan. Apakah ahli2 parlimen hanya menulikan telinga dan membutakan mata hati?

Hairan bin aneh dan ajaib Speaker tidak membenarkan kes berkenaan dibincang, malah ahli2 pembangkang yang usaha bangkit bagi pihak rakyat yang diwakili dianggap sebagai pengkhianat dan digantung pula. Di mana sudah hak2 rakyat yang mahukan pembelaan menyingkir si kaki korup dan pengkhianat negara bangsa?

Di luar dewan pula ahli2 parlimen kalangan BN terutama dari Sabah hanya pandai berkokok usaha menangkis dan mempertahankan Najib yang memang jelas membohong dan menipu rakyat kecuali Gahfur Salleh sahaja muncul sebagai jantan dan tidak bacul.

Hairan yang tadi berkokok ini pula terus mendapat tempat menduduki jawatan menteri sedang rakyat yang mereka wakili terbiar kekal sebagai rakyat TERMISKIN dan keperluan asas masih semacam sama di zaman Jepun meski Sabah merupakan sebuah wilayah yang kaya sumber.

Ahli2 perlimen yang konon mendahuluikan rakyat, tetapi kepentingan dan keselamatan Najib lebih diutamakan dan akhirnya ramai ahli2 parlimen hanya menjadi badut atau siburung beo yang merasa dirinya hebat meski yang dia suarakan hanyalah memperjuang pertahankan seorang yang dunia gelar super korup terkenal dan rakyat hidup dalam keadaan susah derita bakal merempat di negara sendiri.

Kesan ahli2 parlimen ada yang bercakap baik di dalam dan luar parlimen boleh dikatakan sebagai ahli Raja Lawak kesan terasakan lucu dan main, maka bolehlah mereka juga sama dilabel sebagai penerima anugerah RAJA LAWAK 2015 yang kesannya dunia luar ketawakan negara yang namanya Malaysia.

Negara Islam contoh, Islam Hadhari dan wawasan 2020 yang diimpikan jelasnya menjadi mimpi ngeri yang sama sekali tidak pernah kita jangka berlaku di bawah pimpinan seorang PM bernama Najib Razak.



ISMAILY BUNGSU
6/11/2015