Khamis, 5 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib mesti hadir di Parlimen jelaskan skandal, kata Kit Siang

Posted: 05 Nov 2015 10:45 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November menjawab persoalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion dan rombakan Kabinet, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November menjawab persoalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion dan rombakan Kabinet, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November menjawab persoalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion dan rombakan Kabinet, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir di Parlimen pada 16 November untuk memberi penjelasan penuh kepada wakil rakyat mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dan rombakan Kabinet, kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, tarikh tersebut merupakan hari terakhir penggulungan Bajet 2016 peringkat menteri dan ia akan menyediakan platform untuk Najib menjawab soalan ahli Parlimen pembangkang mengenai isu berkenaan.

Lim mendakwa, "pentas" kini tersedia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said berkata sebelum ini, kerajaan akan menerangkan mengenai sumbangan RM2.6 bilion itu pada 3 Disember, hari terakhir persidangan yang sedang berlangsung ketika ini.


"Saya menyeru kepada Najib supaya menunjukkan lebih hormat kepada tradisi, konvensyen, prosedur dan amalan Parlimen berbanding menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, dan tidak membiarkan jadual dibuat Azalina yang tidak mengikut peraturan Parlimen.

"Sebaliknya, beliau (Najib) perlu berada di Parlimen untuk menjawab ucapan ahli Parlimen mengenai dua skandal besar iaitu 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion pada hari terakhir menteri membuat penggulungan pada 16 November," kata Lim.

"Najib perlu jelaskan apa yang beliau hendak sembunyikan hingga beliau tidak berani datang ke Parlimen untuk memberikan pertanggungjawaban penuh berhubung dua skandal besar itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim, yang kini digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat kerana menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Najib juga perlu menjelaskan sama ada Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan sebagai peguam negara kerana beliau ketika itu hampir akan mendakwa perdana menteri atas tuduhan rasuah atau pecah amanah.

Lim berkata, kemunculan Gani di khalayak pada satu forum Selasa lalu, di mana beliau dilaporkan kelihatan bertenaga dan sihat, menimbulkan persoalan sama ada beliau sememangnya sakit memandangkan ia dikatakan punca beliau ditamatkan perkhidmatan 3 bulan sebelum tarikh bersara wajib.

Gani merupakan sebahagian daripada pasukan petugas peringkat tinggi yang sedang menyiasat wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga menuduh pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin tidak mempunyai kesegeraan atau keutamaan untuk melengkapkan siasatan 1MDB.

Beliau mempersoalkan mengapa PAC hanya memanggil Arul Kanda Kandasamy pada 1 Disember, walaupun presiden 1MDB itu kelihatan "sentiasa bersedia untuk mengadakan perbahasan pada bila-bila masa dengan Tony Pua".

Lim juga menuduh Hasan "berlembut" terhadap Low Taek Jho, selepas beliau berkata PAC tidak boleh memanggil ahli perniagaan itu kerana isu undang-undang.

"Saya menyeru Hasan supaya mempercepatkan tarikh pendengaran untuk Arul dan bekas ketua pegawai eksekutif dan pegawai tinggi 1MDB yang lain, serta memanggil Jho Low, supaya PAC boleh membentangkan laporannya mengenai siasatan 1MDB dan ia sempat dibahaskan di Parlimen sebelum persidangan ditangguhkan pada 3 Disember," kata Lim. – 6 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Arahan tutup mulut Pua kekal? - Zikri Kamarulzaman

Posted: 05 Nov 2015 10:00 PM PST






 

Arahan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya salah seorang ahlinya menutup mulut daripada memberi sebarang komen mengenai 1MDB masih berkuat kuasa.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata Tony Pua tidak boleh bercakap mengenai agensi pelaburan milik kerajaan itu, termasuk berbahas mengenainya di parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Rompin itu, seperti dikatakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sukar untuk membezakan kenyataan dibuat Pua mengenai 1MDB.

Justeru, katanya, beliau akan menasihati PAC dan Pandikar jika Pua masih mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat sarat dengan beban hutang itu.

"Speaker berkuasa untuk memutuskan (apa tindakan yang boleh diambil," kata Hasan.


Semalam Pandikar memberitahu Pua di parlimen, beliau mungkin boleh mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB jika tidak menyentuh siasatan yang sedang dijalankan.

"Tetapi masalahnya ialah, saya tidak dapat membezakan apa yang anda kata di luar dengan peranan anda dalam PAC," katanya.

Namun Pandikar menegaskan Pua bebas berbahas di parlimen.

Pembangkang pula berkata, kenyataan Pandikar itu bermaksud Pua boleh menyentuk isu 1MDB selagi ia tidak dikaitkan dengan siasatan dijalankan PAC.

Sebelum ini Hasan berkata Pua tidak lagi boleh menyentuh isu 1MDB dalam kenyataannya selepas Pandikar memutuskan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mesti meletak jawatan dari PAC atau mengecualikan dirinya daripada siasatan jika mahu berdebat dengan bos 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.


Malaysiakini. 


Zar Ali's photo.
Zar Ali Mereka mahu semua YB YB Pembangkang supaya tutup mulut ?

Debat 1MDB buang masa - PERKASA Shakira Buang.

Posted: 05 Nov 2015 09:15 PM PST


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyifatkan debat pemimpin pembangkang dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkaitan isu syarikat sarat hutang itu sebagai membuang masa.

Ini kerana, NGO pendesak Melayu itu mendakwa debat berkenaan tidak akan menyelesaikan isu 1MDB.

"Bagi PERKASA senang saja semua debat tak selesaikan masalah dan buang masa.

"Yang terbaik dalam isu 1MDB ini adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), " kata presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam sidang medianya sebentar tadi.

Kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau sendiri tidak akan menghabiskan masa untuk menunggu debat antara Pua dengan Arul Kanda.

"Saya tahu benda (debat) ini tak akan jadi.

"Inilah yang berlaku dalam Malaysia dari dulu lagi. Sebab itu saya tak nak komen. Buang masa saya," katanya.

Rafizi sebagai ganti

Mengulas ugutan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu meletakkan jawatan jika debat itu diteruskan, Ibrahim berkata, persoalan itu juga tidak mahu disentuhnya kerana ia membabitkan isu peribadi.

Anggota Parlimen DAP, Tony Pua minggu lalu menawarkan diri berdebat dengan Arul Kanda bagi membahaskan isu syarikat sarat tanggungan hutang, 1MDB.

Bagaimanapun, Arul Kanda kemudiannya berkata beliau hanya akan menerima cabaran itu jika pemimpin DAP itu meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Namun, Presiden 1MDB itu menarik balik syaratnya kemudian dan bersetuju untuk debat secara langsung.

Hasrat itu sekali lagi 'terhalang' ekoran arahan Pandikar supaya Pua berundur dari PAC atau menarik diri daripada siasatan jawatankuasa itu terhadap 1MDB jika mahu berdebat dengan Arul Kanda.

Kegagalan Pua meletak jawatan dari PAC dan meneruskan debat akan memungkinkan Pandikar pula meletak jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Berikutan itu, Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa Rafizi akan menggantikan Pua dalam perbahasan.


Malaysiakini.

Isu RM2.6b dalam akaun Najib dijawab 3 Disember

Posted: 05 Nov 2015 08:30 PM PST


Kita wait n see je. 

Nant tiba masa jgn ckp disember 2020 plak.


Tua dlm kain nk menunggu, takut ajal yg dtg mjemput dulu


 
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjawab semua soalan dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, 3…
hmetro.com.my

Isu RM2.6b dalam akaun Najib dijawab 3 Disember

Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menjawab semua soalan dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, 3 Dissember ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata lebih baik mengumpul semua soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.
"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir.
"Tidakkah anda fikir ia adil untuk kumpul semua soalan dan beri jawapan sekali gus," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini.
Ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari itu, beliau berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."
Azalina berkata Peraturan Tetap tidak menyatakan soalan dibangkitkan di Dewan Rakyat perlu diberi jawapan pada hari sama soalan ditanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 10:34 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91063#sthash.qg7Mr1G5.dpuf

Mara tamatkan kontrak CEO dan pengerusi Mara Inc, kata menteri OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 05 Nov 2015 07:45 PM PST

 
Kontrak pengerusi Mara Inc Sdn Bhd dan ketua pegawai eksekutifnya ditamatkan sebaik sahaja isu membabitkan pembelian hartanah sayap pelaburan Mara itu di Australia mula didedahkan media.

Kontrak pengerusi Mara Inc Sdn Bhd dan ketua pegawai eksekutifnya ditamatkan sebaik sahaja isu membabitkan pembelian hartanah sayap pelaburan Mara itu di Australia mula didedahkan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.

Kontrak pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mara Inc Sdn Bhd, yang digantung sebelum ini sudah ditamatkan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kontrak Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan Allani dan CEO Datuk Abd Halim A Rahim ditamatkan sebaik sahaja isu membabitkan pembelian hartanah sayap pelaburan Mara itu di Australia mula didedahkan media negara itu.


Kontrak pengerusi Mara Inc Sdn Bhd dan ketua pegawai eksekutifnya ditamatkan sebaik sahaja isu membabitkan pembelian hartanah sayap pelaburan Mara itu di Australia mula didedahkan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.

"Selepas kes tersebut didedahkan dalam surat khabar, Mara menyerahkannya kepada audit dalaman. Salah satu cadangan ialah ambil tindakan (dengan) menggantung sementara CEO.

"Selepas itu, apabila sampai tamat tempoh bekerja, kita tidak sambung. Pengerusi Mara Inc pun kita hentikan separuh jalan," kata Ismail kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, kontrak bertugas CEO syarikat itu tamat tempoh pada 1 Oktober dan ia tidak disambung, manakala kontrak pengerusi pula sepatutnya tamat pada 2016, namun ditamatkan lebih awal sekitar September sebaik sahaja isu itu timbul.

Ditanya sama ada pampasan diberikan kepada mereka, beliau berkata ia tidak melibatkan pemberian pampasan kerana jawatan pengerusi itu merupakan lantikan politik.

Beliau turut memberitahu media, calon pengganti pengerusi itu sudah dikenalpasti tetapi masih belum diluluskan, sambil menambah lantikan secara rasmi akan dibuat pada Ahad ini.

Menjelaskan sebab mereka ditamatkan kontrak, Ismail berkata: "Itu normal dalam kes-kes lain. Kalau mereka masih di pejabat, mereka boleh kawal fail-fail dan semuanya."

Beliau juga berkata, sebelum pendedahan media, Mara sudah menjalankan audit dalaman diikuti siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai.

Ismail yang juga ahli Parlimen Bera turut berkata, beberapa pegawai kanan syarikat itu juga sudah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.

Katanya, kontrak bertugas CEO syarikat itu tamat tempoh pada 1 Oktober dan ia tidak disambung, manakala kontrak pengerusi pula sepatutnya tamat pada 2016, namun ditamatkan lebih awal sekitar September sebaik sahaja isu itu timbul.

Mara Inc sebelum ini dilaporkan terlebih bayar beberapa hartanah yang dibelinya di Melbourne antara 2012 hingga 2013.

Ahli Parlimen Pandan daripada PKR Rafizi Ramli berkata, Mara terlebih bayar sejumlah RM130 juta bagi 4 hartanah di negara itu.

Kontroversi itu pertama kali tercetus mengenai pembelian Dudley International House, yang dilaporkan akhbar Australia, The Age. – 5 November, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com

NAJIB ASYIK SINGKIR PECAT

Posted: 05 Nov 2015 07:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

BARANGKALI dizaman Najib duduki kerusi PM negara kita rasanya paling banyak menghadapi krisis dan kesannya kakitangan perkhidmatan awam yang tak sebulu asyik ditukar ke sana sini, malah peguam negara dipecat atas alasan tidak sihat.

Tak cukup dengan itu menteri kabinet yang menentang siap dipecat dan banyak lagi masalah yang kian terus memburukkan keadaan.

Barangkali baik juga kita kembali merenung tika Tun Razak dan Tun Hussein duduki kerusi PM.
Dato Harun Idris pernah mahu tumbangkan Tun Razak tetapi Tun Razak tidak pula memecat Dato Harun Idrus ketika itu.

Hussein Onn juga pernah ditentang oleh Sulaiman Palestin yang ketika itu Sulaiman Palestin mendapat 250 undi tetapi Hussein Onn tidak pernah mahu memecat orang yang menentangnya.

Mahathir dan Musa Hitam juga pernah dipecat kerana menentang Tunku Abdul Rahman tapi mereka diterima semula dalam UMNO oleh Tun Razak yang tahu menghargai mereka yang berjasa dan ini berbeda dengan sikap seorang PM yang bernama Najib bin Razak.

Hari ini Najib yang dijulang oleh sebahagian kecil rakyat termasuk tiga menteri/Speaker asal Kota Belud asyik menukar pindah pecat ugut kakitangan perkhidmatan awam yang tak akur perintahnya Najib.

Sikap dan tindakan kerajaan bawah pimpinan PM Najib ini jelas mencipta banyak sangat masalah dan ini menimbulkan "krisis ketidakpercayaan" di kalangan rakyat.

Ombak kebencian kepada Najib dan kepimpinan Umno/ BN yang mencipta banyak sangat masalah bertiup dari Perlis hingga ke Sabah dan akan akan memusnah kapal UMNO sendiri yang mahu belayar ke samudera 2020 untuk membawa ubur kemakmuran yang jelas sia2. 

Kesannya ombak kebebencian itu siap menjalar lingkar gelap hitam berbelam di mana2 bumi Malaysia dan ini mengundang rakyat dalam hidup derita dan sengsara.



ISMAILY BUNGSU
sabah
6/11/2015

Wanita Ugut Nak Dedahkan Video Seks Dengan Bakal Bapa Mertua - Posted by Kita Bantai

Posted: 05 Nov 2015 06:15 PM PST


Gambar Hiasan
SEORANG lelaki berusia 47 tahun yang pernah melakukan hubungan seks dengan bakal menantunya diugut oleh wanita itu untuk menyebarkan video aksi seks mereka berdua jika tidak dibayar wang.

Wanita berusia 23 tahun itu mengugut untuk mendedahkan video seks berkenaan kepada isteri lelaki terbabit, selain ingin membuat laporan polis mengatakan mangsa merogolnya jika dia tidak dibayar seperti yang diminta.
Memetik laporan The Star, suspek dikatakan selalu mengunjungi rumah keluarga bakal suaminya itu yang terletak di Pusat Bandar Puchong sehinggalah berlaku hubungan terlarang dengan lelaki terbabit.
Panik dengan ugutan itu, mangsa kemudiannya berterus-terang dengan isterinya yang berusia 42 tahun sebelum si isteri membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterima suaminya. 

Adun Umno Kelantan ajak PAS bersatu??

Posted: 05 Nov 2015 05:30 PM PST


Lagi pintu dibuka buat PAS........ Rasanya PAS tak perlu lagi buat malu-malu kucing!

05 November 2015 | BORHAN AHMAD Datuk Norzula Mat Diah Para pemimpin PAS diajak bersatu dengan Umno untuk mempertahankan pemimpin Islam yang sedang teruk diserang oleh DAP dan penyokongnya sekarang.

Ajakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Norzula Mat Diah ketika berucap membahaskan Belajawan Kelantan 2016 di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam.

Menurut beliau, mereka perlu belajar dari pengalaman yang berlaku di Iraq dan Afghanistan apabila musuh Islam menghancurkan negara umat Islam itu apabila umat Islam tidak bersatu.

"Musuh Islam ini sedang menyerang pemimpin Islam di negara dan juga di Kelantan.

Kita kena bersatu lawan mereka," kata Norzula yang dipercayai merujuk kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Sebelum Norzula, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia bekerjasama dengan Umno.

Beliau juga menyifatkan parti pecahan darinya,

Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan adalah pengkhianat.



Posted by mountdweller.

Tindakan Azmin Ali Buat Umno Malu ??

Posted: 05 Nov 2015 04:45 PM PST

Selangor akan menyemak semula gaji lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) selaras dengan pengambilalihan di bawah syarikat kerajaan negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, rombakan kakitangan dan semakan gaji perlu dilakukan kerana kerajaan negeri mahu ia dianggotai mereka yang profesional, mempunyai kemahiran dalam pengurusan air dan dapat berpegang pada dasar kerajaan negeri.

"Sudah tentulah semakan ini perlu dibuat kerana antara perkara menjadi kritikan kuat sebelum ini, pengurusan tertinggi Syabas memperoleh jumlah besar, yang mungkin tidak munasabah.

 "Sebab itu saya mahu pengurusan tertinggi Syabas baharu, yang akan dipimpin Air Selangor, dapat berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban bagi menjamin industri air ini lancar seperti kita rancang," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin yang bertanya sama ada gaji ketua pegawai eksekutif Syabas akan disemak semula selepas Air Selangor mengambil alih Syabas.

 
 
ADDIN

Rafizi Tidak Kisah Dihina 'Sotong'

Posted: 05 Nov 2015 04:00 PM PST



Walaupun tidak tersinggung dan mengakui mempunyai kegemaran untuk sotong goreng, pemimpin PKR berkata ia mendedahkan keangkuhan Perdana Menteri dan tidak berdaya.

Walau dihina sebagai 'sotong masak tepung', namun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui dirinya tidak tersinggung.

Malah, ahli parlimen Pandan yang berasal dari Terengganu itu mengakui bahawa sotong masak tepung atau goreng sotong adalah hidangan kegemarannya.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup menggunakan taktik murahan seperti yang dilakukan portal MyKMU.net bagi menjawap isu-isu penting negara.

"Saya tidak tersinggung, ini sebenarnya adalah tanda bahawa mereka kini terdesak.

"Setiap kali Umno tidak boleh berdepan dengan rakyat atau sukar menjawab kritikan, mereka mengambil jalan keluar dengan melemparkan label atau membuat kenyataan yang menghina," katanya kepada Malaysiakini.

Katnya, mengupah portal "kelas rendah" untuk menjawab isu kepentingan awam mencerminkan watak sebenar Najib.

"Ini menggambarkan kebongkakannya (Najib) (yang merasakan tidak perlu bagi beliau untuk menjawab) dan sikap tidak berdaya (mengeluarkan hujah pintar untuk mempertahankan 1MDB).

"Meskipun label menghina itu mungkin mampu memuaskan hati sebahagian kecil ahli Umno, sebahagian besar rakyat semakin gelisah dengan usaha kerajaan yang berterusan untuk menyembunyikan isu 1MDB," katanya.

Portal penyokong tegar Najib, MyKmu.net melancarkan kecaman terhadap Rafizi selepas Pakatan Harapan menamakannya menggantikan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamya.

- mkini

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua.....

Posted: 05 Nov 2015 03:45 PM PST


Saya dikurung bersama pesakit HIV dan TB – Matthias Chang Ho Kit Yen

Posted: 05 Nov 2015 08:15 AM PST


Khairuddin-Abu-Hassan,matthias-chang

Matthias Chang mendedahkan perkara itu ketika membantah keputusan mahkamah menolak permohonan dia dan Khairuddin dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan pada 18 November.

KUALA LUMPUR: Peguam kanan dan bekas Pegawai Khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang yang ditahan di Penjara Sungai Buloh mendakwa dia diletakkan dalam sel tahanan bersama penghidap HIV dan Batuk Kering (tuberculosis).

Dia memaklumkan perkara itu di Mahkamah Tinggi pada Khamis ketika membantah keputusan mahkamah menolak permohonan dia dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes mereka disebut pada 18 November ini.

"Rakan tahanan sel saya ada HIV (positif) dan Batuk Kering (TB). Kesihatan saya menjadi pertaruhan. Adakah ini adil kepada saya," katanya dari kandang tertuduh selepas Hakim Azman Hussin menolak permohonan ikat jamin itu.

Keputusan mahkamah itu turut membangkitkan kemarahan ahli keluarga Khairuddin yang meninggalkan mahkamah sebaik mendengar keputusan itu.

Dalam hujahnya, peguam kedua-dua tertuduh, Haniff Khatri Abdullah menegaskan, jika ikat jamin tidak dibenarkan ia boleh membawa penahanan secara salah terhadap Khairuddin dan Matthias.

Katanya, kedua-duanya telah ditahan selama enam minggu tetapi pertuduhan ke atas mereka belum ditetapkan sama ada mengikut SOSMA 2012 atau tidak.

Khairuddin dan Matthias didakwa di mahkamah pada 12 Oktober lalu atas tuduhan cuba mensabotaj sistem pembankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124 L Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pihak kerajaan mendakwa tuduhan sabotaj itu membolehkan Khairuddin dan Matthias ditahan mengikut SOSMA 2012.

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 18 November ini sama ada penahanan mereka itu boleh dibuat mengikut SOSMA 2012 atau tidak.


FMT

Isu vape: Facebook Kementerian Kesihatan ‘diserang’ FMT Reporters

Posted: 05 Nov 2015 07:30 AM PST


Pengguna laman sosial meluahkan tidak puas dan mahu tindakan sama diambil terhadap terhadap penjualan rokok yang lebih bahaya.
kementerian-kesihatan

PETALING JAYA: Laman rasmi Kementerian Kesihatan yang menyiarkan rakaman penerangan mengenai isu pengharaman vape 'diserang' pengguna laman sosial kerana gara-gara tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk merampas cecair perasa yang mengandungi nikotin.

Rata-rata mereka tidak boleh menerima kewajaran kementerian bertindak sedemikian kerana masih belum terbukti rokok elektronik dan vape memberi kesan kepada kesihatan.

Mengikut istilah Kementerian Kesihatan, peranti elektronik yang mengandungi nikotin dikenali rokok elektronik (eCig) manakala tiada nikotin dipanggil vape.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengharamkan penjualan rokok yang sudah terbukti berbahaya kepada kesihatan.

"Sejak bila rokok amek masa 100 tahun baru menyebabkan kanser?perokok-perokok ni ada yang sampai 100 tahun ke ko tengok?

"Then ko kata vape benda baru dan tak pasti akibatnya dan cuma khuatiri mendatangkan kemudaratan, Kaji dulu baru ban..andai akibatnya mendatangkan kebaikan kan ke rugi banned vape ni?

"Rokok katanya dah wujud beratus tahun dan mmg dh dikenali kemudaratannya, ban terus la pegi jual buat ape? tapi KKM xbole ban sbb political issue..see!!tu sume nak duiittt," tulis Muhammad Amirul Rejab Zakaria yang mendapat lebih 200 likes.

Ada juga pengguna laman sosial yang mengaitkan penjualan arak yang sememangnya diharamkan Islam dan tidak baik untuk kesihatan.

"Tolong haramkan arak dan rokok dahulu, baru haramkan vape.. Arak dah terang-terang haram dlm Islam, tp kenapa Malaysia masih menghalalkan pengeluaran dan penjualan arak di malaysia?? Bukankan Malaysia negara Islam?? Atau Islam atas nama sahaja?? Arak lebih teruk kesan negatifnya daripada Vape.. 

Haramkan arak dan rokok.. Hentikan kilang arak di Shah Alam..," tulis Sulaiman Arbain yang menerima lebih 100 likes.

"Kerajaan haramkan vape sebab dia takut org tak nak beli rokok. Rokok ada cukai tinggi. Vape mana ada cukai. Diorang mana pikir psl kesihata rakyat sangat. Kalau diorg pikir dh lama rokok diharamkan. 

Nk dibandingkan rokok dgn vape, rokok ada lebih 4000 bahan kimia. Vape ada satu je bahan iaitu nikotin. Nikotin hanya menyebabkan ketagihan. So ni semua psl duit diorg je," komen Aliff Illias.

Bagi netizen yang menyokong tindakan Kementerian Kesihatan itu, mereka berpendapat tindakan mengikut Akta Racun merupakan keputusan tepat kerana penggunaan vape semakin berleluasa termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

"Banyak sungguh komen tak bijak di sini. Komen ikut nafsu. KKM nak mencegah kemudaratan pun ramai yang melawan. Fikir pakai lutut ni lah jadinya," tulis Taufiq Jailani.

"Sebagai seorang pegawai akademik ..saye menyokong KKM dan percaya bahawa rokok n vape bukan aspirasi anak muda..kita mesti menyediakan pimpinan masa depan yg bebas dpd jajahan pemikiran vape n rokok..Say No to vape," tulis Wafa Husna Md Zin.

Rokok elektrik mungkin kena cukai eksais FMT Reporters

Posted: 05 Nov 2015 07:00 AM PST


s-subramaniam,vape

Kerajaan melihat dari sudut undang-undang sebelum cukai eksais dikenakan ke atas rokok elektrik
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik termasuk vape.

Ia bagi menghalang tabiat itu daripada menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kajian terhadap keperluan itu disebabkan perisa yang terkandung dalam cecair rokok elektronik mempunyai nikotin yang juga bahan terkawal.

"Kalau e-cigarette (e-rokok) yang mempunyai nikotin, kami mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memberi layanan kepada e-cigarette sama macam rokok, bermakna kalau rokok dikenakan cukai eksais, e-cigarette pun kena cukai eksais, tapi itu kami sedang kaji dari segi undang-undang.

"Nikotin ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sesiapa yang menjual nikotin perlu memohon permit daripada biro farmasi, jadi jika tiada permit ia adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Dr Subramaniam berkata, perkara itu juga bagi menghalang budaya vape menggantikan budaya menghisap rokok selepas kementerian 'berperang' berpuluh tahun untuk menangani isu merokok.

"Dalam masa hanya setahun, pengguna e-cigarette dan vape telah meningkat dengan ketara. Kini terdapat lebih satu juta pengguna. Ini adalah satu perkembangan yang membimbangkan," katanya.

Sebagai contoh, beliau merujuk sebuah video yang menjadi viral di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki menawarkan rokok elektronik kepada kanak-kanak berusia tiga tahun.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya bertanggungjawab untuk menghantar mesej tegas bahawa rokok elektronik boleh membawa kesan buruk dalam jangka panjang ke atas kesihatan manusia.

"Mesej kami adalah mudah. Kami mahu menghentikan rakyat Malaysia daripada vaping sama ada terdapat larangan atau tidak. Mungkin kesannya tak nampak hari ini tapi nampak dalam lima atau 10 atau 15 tahun lagi," katanya.


FMT

Sebab sebenar tiba-tiba Arul takut nak berdebat dengan Rafizi?.

Posted: 05 Nov 2015 06:15 AM PST



Kalau Arul tak berani sahut cabaran Rafizi tu maknanya betul andaian Pakatan Harapan yang kata tujuan sebenar Arul ajak Tony Pua berdebat tu pasai nak Toy Pua 'dipecat' dari PAC dengan kerjasama Speaker.

AsrtoAwani melaporkan:

Pakatan Harapan menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pendebat berdepan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

"Bagi menghormati keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat ( Tan Sri Pandikar Amin Mulia) bahawa YB Petaling Jaya Utara Tony Pua, sebagai Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), tidak sewajarnya berdebat dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, maka Pakatan Harapan dengan ini menawarkan YB Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan tempat YB Tony Pua," kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang membacakan kenyataan media bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kenyataan media tersebut dipersetujui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. - Astroawani.

Dalam seminggu ni cukup kecoh dengan isu debat 1MDB antara Tony Pua dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Pihak Umno BN termasuk 1MDB nampak bersungguh-sungguh nak bagi jadi jugak debat tu sampai Menteri siap bagi tarikh untuk siaran langsung melalui TV1.

Yang sungguh-sungguh tak mau bagi jadi cuma Speaker Dewan Rakyat, YB Pendekar Amin Mulia, yang kata debat tu akan 'kacau' prosiding oleh PAC berkenaan kes 1MDB sebab Tony Pua adalah salah seorang anggota PAC.

Kalau Tony Pua nak berdebat jugak dia kena letak jawatan ataupun kalau depa berdebat jugak Pendekar Amin Mulia sendiri akan letak jawatan.

Apa pun, tindakan Pakatan Harapan menggantikan Tony Pua tu sangat tepat, pasainya sangat tak sesuai kalau Tony Pua sapai terpaksa letak jawatan dapam PAC semata-ata nak berdebat dengan Arul, lagi pun Tony Pua adalah 'aset' Pakatan Harapan dalam PAC yang terlibat aktif dalam siasatan 1DB dalam PAC.

Lagi satu, Rafizi adalah calon yang sangat-sangat sesuai untuk menggantikan Tony Pua untuk debat tu, malah mungkin lebih baik dari Tony Pua sendiri.

Cmua masalahnya, Arul nampak takut pulak nak berdebat dengan Rafizi.

TheMalaysianInsider melaporkan:

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy enggan berdepan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam perdebatan secara langsung membincangkan mengenai syarikat milik kerajaan itu susulan keputusan speaker Dewan Rakyat melarang beliau menjadi saksi dalam siasatan Parlimen ke atas 1MDB, jika menyertai debat itu.

Arul sebaliknya berkata, beliau akan menjawab soalan mengenai firma itu di depan "pihak berkuasa yang sah" seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Speaker adalah pihak yang memegang kuasa muktamad berhubung semua perkara berkaitan Parlimen. - TMI.

Sebelum ni napak macam garang sangat macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menuduh Tony Pua cuba bersembunyi di sebalik Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk melarikan diri daripada perdebatan berhubung dana pelaburan negara yang bermasalah.

"Pua kini mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan daripada PAC dan tidak akan berdebat dengan saya.

"Beliau memilih untuk bersembunyi di sebalik keahliannya dalam PAC, lari daripada 1 pertarungan yang beliau sendiri dengan agresif mengganggu saya untuk terima, yang saya setuju tanpa mengenakan sebarang syarat," kata Arul. - TMI.

Masalahnya alasan Arul tu tak boleh pakai pasai Speaker sendiri dilaporkan AstroAwani berkata:

Speaker Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat mengenai syarikat tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata demikian selepas ditanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sama ada boleh atau tidak Ahli Parlimen lain berdebat dengan Arul Kanda dalam sidang parlimen hari ini.

"Sebagai Speaker Dewan Rakyat, saya tidak punyai kuasa untuk arah individu di luar Dewan Rakyat," kata Pandikar. - AstroAwani.

Betul macam kata Rafizi, Arul sebenarnya takdak alasan untuk batalkan debat tu. Kalau Arul tak berani sahut cabaran Rafizi tu maknanya betul andaian Pakatan Harapan yang kata tujuan Arul ajak Tony Pua berdebat tu pasai nak Toy Pua 'pecat' dari PAC dengan kerjasama Speaker.

Drama 1MDB: Saya hormat Rafizi tapi speaker tak bagi debat kata Arul Presiden 1MDB

Posted: 05 Nov 2015 05:30 AM PST

Zar Ali's photo.

Arul Kanda Kandasamy berkata beliau tidak akan berdebat dengan anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli, yang diminta menggantikan rakan sejawatnya di Dewan Rakyat Tony Pua. 

Ini, kata Arul, bagi menghormati keputusan speaker bahawa sebarang debat harus berlangsung selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan isu 1MDB. 

"Saya hormat Rafizi sebagai lawan yang hebat. Beliau pendebat yang baik, pemidato hebat dan budiman. Saya suka bertembung dengannya pada zaman-zaman muda kami. 

"Bagaimanapun, speaker adalah pemutus muktamad dalam hal ehwal parlimen. 

 
"Beliau (speaker) memutuskan tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang perdebatan hanya boleh berlangsung selepas pendengaran PAC," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ketika baru dilantik menerajui 1MDB, Rafizi pada Januari lalu telah berikrar tidak akan "menahan serangan" terhadap Arul. 

Rafizi mendedahkan beliau dan Arul saling kenal mengenali setelah sama-sama menyambung pelajaran ke United Kingdom pada masa yang sama sebelum ini. 

Sementara itu, Arul berkata 1MDB akan memberikan reaksi terhadap soalan disenaraikan Pua sebelum ini. Rafizi, calon baru yang direstui Pakatan Harapan, hari ini diumumkan oleh anggota parlimen Seremban Anthony Loke di lobi Parlimen. Rafizi berharap debat itu boleh diadakan pada kadar segera. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

VIDEO - LEBIH TERUK DARI KUALI MENGATA BELANGA HITAM (VIDEO AZEEZ BALING)

Posted: 05 Nov 2015 04:30 AM PST


Pondan, 'balik tong san' hangatkan parlimen


Buta atau tuli, tak tahu yang masuk kategori mana puncanya. Tapi dangkal dan sungguh memalukan Ahli Parlimen UMNO ini.

Sudahlah dia cakap dengan membuat tuduhan rambang, dia menghina ahli parlemen lain dengan gelaran yang tidak wajar.

Seorang Melayu harus menampilkan ciri-ciri Kemelayuan. Mungkin Azeez tak pernah tengok cermin atau tengok yang segerombolan dengan dia sendiri di Parlimen.



Allah (S.W.T) sudah bagi amaran:


إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya makhluk yang paling hina di sisi Allah ialah orang-orang yang tuli dan bisu yang tidak mengerti apapun (jahil)." (QS. Al-Anfal:22)"

Semoga kita sentiasa mendengar kebenaran dan menuturkan yang haq – kerana kita mahu menjadi orang yang sentiasa memahami ayat-ayat Allah S.W.T. – supaya kita tidak menjadi orang yang jahil, yang tidak mengerti apa-apa – lantaran kejahilan itu adalah kehinaan bagi orang-orang yang sombong.

Ahli Parlimen bila bercakap, tolong jangan sombong.



DAP ingatkan Arul jangan guna speaker elak berdebat OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 05 Nov 2015 03:45 AM PST

Zar Ali's photo.Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke berkata Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tidak patut menggunakan speaker Dewan Rakyat sebagai alasan mengelak berdebat berkenaan isu syarikat itu

 Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke berkata Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tidak patut menggunakan speaker Dewan Rakyat sebagai alasan mengelak berdebat berkenaan isu syarikat itu.

Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy supaya tidak menggunakan speaker Dewan Rakyat sebagai alasan untuk mengelak daripada berdebat berkenaan isu syarikat itu.

Katanya, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata, tiada masalah bagi Arul ditemuramah mana-mana pihak, sekali gus menyebabkan ketua 1MDB itu tidak seharusnya mengelak untuk berdebat.

"Beliau sengaja membuat alasan. Tidak ada isu. Jangan gunakan speaker sebagai alasan untuk tidak berdebat," kata Loke kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

"Kalau nak larikan diri, beritahu saja. Jangan cuba gunakan speaker untuk mengelak. Speaker katakan dengan jelas, Arul pernah diwawancara, tiada masalah," katanya yang juga ahli Parlimen Seremban. – 5 November, 2015.



See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Selangor ditadbir dengan baik, tidak perlu paksa PAS keluar, kata DAP OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 05 Nov 2015 03:00 AM PST


PAS tidak perlu dipaksa keluar daripada kerajaan negeri kerana ia dianggap masih ditadbir dengan baik dan politiknya dalam keadaan stabil, kata Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.
PAS tidak perlu dipaksa keluar daripada kerajaan negeri kerana ia dianggap masih ditadbir dengan baik dan politiknya dalam keadaan stabil, kata Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim

PAS tidak perlu dipaksa keluar daripada kerajaan negeri kerana ia dianggap masih ditadbir dengan baik dan politiknya dalam keadaan stabil, kata Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim.

Tidak ada sebab munasabah untuk memaksa PAS keluar daripada kerajaan negeri Selangor kerana ia dianggap masih ditadbir dengan baik dan politiknya dalam keadaan stabil, kata Datuk Teng Chang Kim.

Mengulas cadangan dibuat perwakilan parti Ahad lalu, naib pengerusi DAP Selangor itu berkata mereka berhak menyuarakan pandangan tetapi ia tidak semestinya mencerminkan pendirian pimpinan DAP Pusat mahupun DAP Selangor.

"Kita tidak khuatir dengan hujah seorang perwakilan saja.

"DAP sebuah parti yang demokratik. Semua perwakilan boleh bercakap. Itu hanya pandangan seorang perwakilan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang itu kepada pemberita di Dewan Undangan Rakyat (DUN) Selangor, hari ini.

Katanya, Selangor memerlukan kematangan politik dan menggunakan cara pragmatik dalam menguruskan negeri terkaya itu. – 5 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.

Ciri Ciri Orang Munafik !!

Posted: 05 Nov 2015 02:45 AM PST

Rakam Wanita Mandi, Ini Padahnya... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 05 Nov 2015 02:15 AM PST


 
PETALING JAYA - Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam.
Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Zaini Che Din berkata, suspek berusia 40-an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut."
"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama.
Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu.
Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilarang mengintai..
Dari hadis Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ أَنَّ رَجُلًا اطَّلَعَ عَلَيْكَ بِغَيْرِ إِذْنٍ، فَخَذَفْتَهُ بِحَصَاةٍ، فَفَقَأْتَ عَيْنَهُ مَا كَانَ عَلَيْكَ مِنْ جُنَاحٍ
  • "Jika ada seseorang mengintaimu tanpa izin, lalu engkau membalingnya dengan batu sampa"i terkena pada matanya, maka tidak ada dosa atasmu." (Shahih Al-Bukhari, no. 6888, 6902. Muslim, no. 2158, lafaz muslim)

Dari hadis Abu Dzarr RA Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَشَفَ سِتْراً فَأَدْخَلَ بَصَرَهُ فِي البَيْتِ قَبْلَ أَنْ يُؤْذَنَ لَهُ، فَرَأَى عَوْرَةَ أَهْلِهِ، فَقَدْ أتَى حَدّاً لاَ يَحِلُّ لَهُ أنْ يَأْتِيَهُ، لَوْ أَنَّهُ حِينَ أَدْخَلَ بَصَرَهُ اسْتَقْبَلَهُ رَجُلٌ، فَفَقَأَ عَيْنَهُ مَا عَيَّرْتُ عَلَيْهِ، وَإِنْ مَرَّ رَجُلٌ عَلَى بَابٍ لا سِتْرَ لَهُ غَيْرِ مُغْلَقٍ، فَيَنْظُرُ لا خَطِيئَةَ عَلَيْهِ، إِنَّمَا الْخَطِيئَةُ عَلَى أَهْلِ البَيْتِ
  • "Siapa yang menyingkap tirai rumah orang lain, kemudian dia melihat ke dalam rumah tersebut sebelum dia mendapat izin, lalu dia melihat pula aurat penghuninya, maka benar-benar dia telah melanggar ketentuan yang tidak halal baginya untuk melanggarnya. Seandainya ketika dia melihat ke dalam rumah tersebut lalu seorang penghuni rumah bertindak padanya, kemudian mencederakan matanya maka aku tidak mencela penghuni rumah tersebut. 
  • Adapun jika seseorang melintasi rumah yang tidak memiliki tirai (penutup) serta tidak ditutup, lalu dia melihat (tanpa kesengajaan) maka tidak ada dosa baginya, akan tetapi dosa adalah bagi penghuni rumah (kerana kecuaiannya yang tidak memasang tirai atau menutup rumah mereka – pent.)." (Sunan At-Tirmidzi, no. 2707. Lihat: As-Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 3463)
Wallaahu a'lam.

Debat batal! Najib rasa lega seketika sungguh!

Posted: 05 Nov 2015 01:30 AM PST


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy. Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.

"Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu," kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 5 November, 2015. ~ sumber

Beberapa halangan sengaja dijadikan alasan untuk menghalang Tony Pua berdebat dengan Arul Kanda. Pandikar Amin mengugut akan meletakan jawatan speaker parlimen jika Tony Pua meneruskan rancangannya. Begitu pula ketua PAC yang baru Hasan Ariffin, mengatakan Tony Pua seharusnya tidak boleh bercakap mengenai 1MDB di luar Parlimen dan sebagainya selagi menganggotai PAC....

Tetapi setelah Rafizi dipilih untuk menggantikan Tony Pua,Datuk Seri Salleh Said Keruak pula tak mahu memberikan laluan dengan berkata tawaran awal hanya dibuat bagi Pua-Arul berdebat dan jika salah seorang daripadanya menarik diri bermakna tawaran itu terbatal serta-merta.

"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk 2 individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi," kata Salleh di Parlimen hari ini. di sini Memang depa ni sedang menggelupok tidak mahu penipuan Arul Kanda mengenai skandal 1MDB diketahui rakyat. Najib rasa lega seketika ni....

AMANAH PROGRESIF PEDULI.

Ada bukti terdapat usaha jatuhkan k'jaan, kata Zahid

Posted: 05 Nov 2015 12:45 AM PST



Kerajaan mendakwa telah mengesan wujudnya aktiviti-aktiviti untuk menjatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagagaimanapun, kata Zahid yang juga adalah Menteri Dalam Negeri, bukti-bukti itu tidak dapat didedahkan di atas alasan keselamatan.

"Bukti-bukti kewujudan aktiviti-aktiviti tersebut tidak dapat didedahkan di atas alasan keselamatan dan pihak polis masih mengumpul maklumat terperinci berkaitan perkara ini," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

"Kerajaan sentiasa memandang terhadap mana-mana pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat dengan cara tidak demokratik dan melanggar undang-undang negara," katanya.

Menurut Zahid, kerajaan juga sedar bahawa usaha itu akan turut menjejaskan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) dalam jawapan bertuli.

Nasrudin meminta Zahid menyatakan bukti dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan sehingga mengikis keyakinan pelabur tehadap negara.

Pada akhir Ogos lalu, BERSIH menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan berikutan terpalit dengan skandal 1MDB dan isu 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib sendiri mendakwa usaha itu adalah untuk menggulingkan kerajaan.

Zahid, yang juga naib presiden Umno, sebelum ini mendakwa ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang didalangi oleh pemimpin Umno dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata pemimpin itu telah bertaubat dan telah berjumpa dengan Najib.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddn Yassin di belakang tindakan membawa 18 ahli parlimen BN menyokong usaha menumbangkan kerajaan. Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen yang dinamakan telah menafikan dakwaan berkenaan..

Bekas Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang juga ditangkap dan kemudian didakwa mensabotaj sistem kewangan negara.

- mkini


kasih sayang tak dijual beli kenangan lalu abadi ke mati - Sdr. Ismaily Bongsu, Sabah.

Posted: 05 Nov 2015 12:00 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.
Mengingatkan masa lalu itu kala hidup susah payah bersama adik, ibu kakak dan kedua orang tua kita tentunya rasanya sesuatu yang cukup menjadikan kita hiba dan rawan sekali mendekat bermain di sisi sampai akhir hayat nanti.

kenangan2 itu sering saja menghambat dan terus berada di sekitar kita seperti orang yang lagi terus mengintip kita yang menyebabkan kita merasa perlunya kembali ke zaman dulu yang cukup tenang, aman bahagia sekali meski itu tidak mungkin terjadi kala hidup terus menuju depan sambil sesekali melihat belakang.

Memang begitulah kesannya hidup kita tidak akan kembali ke zaman dulu dan yang pergi tetap pergi, sedang kita harus melewati jalan-jalan yang penuh berliku meski kekadang secara terpaksa dihadapi untuk sampai ke titik hakikat sebenarnya nanti.

semua orang memang melewati keadaan2 yang cukup hiba dan bila semuanya sudah tiada atau ibu ayah sudah lama pergi misalnya, maka barulah biasanya kita menyatakan hakikat yang ibu ayah kita itu memang yang terbaik tiada bandingnya, tetapi saya tidak demikian kala kehilangan keduanya saya merasa kehilangan segalanya. semuanya seolah jauh melayang dan punah jelas sebahagian hidup dirobek luka perit pahit kesannya.

demikian juga kala adik dan abang kita tiada dan ketika itu kita akan terus ingat tentang bagaimana baiknya abang atau kakak kita kala dulu dan segalanya cukup menyentuh hati kita.

Kita sering saja ingat masa kecil bermain di tebasan padi, memancing ikan keruk di pinggir kali dan mencari sayuran di hutan itu tak pernah kikis dari minda dan ingatan, malah terus mekar dan mekar kekal abadi hingga ke mati meski ada luka2 menikam hati kaki.

masih diingat kala ayah menahan bubu di kali tika malam hari dan esoknya dibangkit akan banyak sangat ikan keli, undang, sepat, haruan terperangkap dalam bubu dan kakak siap mengulainya dan kekadang ia masak asam pedas yang cukup menyelerakan kami makan bersama.

masakan ibu dan kakak memang enak dan orang lain tidak bisa tandingi mereka berdua memasak dan tambah enak kala sesudah pulang dari hutan kami dapatkan sayur lemiding, pakis dan kekadang ayah dapatkan umbut rumbia yang kala dimasak gulai bubuh dengan ikan asin santan sedapnya bukan main.

semuanya itu menjadikan kita terus ingat dan ingat dan segalannya kenangan lalu itu rupanya terus mengakrapkan kasih sayang sesama tetapi sayang suasana di musim2 dulu makan di tebasan kala adanya musim berpadi tidak lagi dirasakan enaknya.

yang ada hanya hidup di kota yang kata orang makannya konon lagi enak di hotel lima atau restoran ternama tetapi semuanya tidak seenak masakan kakak dan ibu kita sendiri kala makan sama bersila di sisi ayah ibu dan adek beradek lain. sesuatu yang cukup mengingatkan kita masa2 lalu yang mengundang hiba, rawan sedih dan segalanya.

bagi yang punya ramai keluarga dalam satu famili tentu kurang merasakan itu tetapi bagi yang hanya punya seorang kakak dan seorang adek seperti saya ini tentu itu segalanya terasakan.

memang benar kalangan adek beradek jarang terucapkan lewat mulut soal kasih sayang itu sebab ia hanya tumbuh melalui rasa kekal abadi dan itu sebab bila adek beradek itu menghadapi masalah selalu kita sama seolah ada gunung yang runtuh di pundak dan kita mula rasa tidak menentu dan mengharapkan Allah memberikan laluan yang mudah meski kekadang ada yang terasa titik amarah sebelumnya.

kasih sayang adek beradek itu memang sukar dipisahkan sampai kapanpun sebab kesan hubungan pertalian terdekat itu sendiri menjadi pengikat yang utuh sesama dan memang bagi saya hubungan ikatan terdekat ini mengatasi hubungan lain selain yang saya maksudkan ini.

sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara saja dan entah esok lusa kita bakal pergi tanpa meninggalkan apa2 pesan dan kerana itu selalu dipesankan agar semua kita tidak usah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain benci kita dan mahunya biarlah kematian itu meski tak siapa tahu tetapi orang akan ingat dan mendoakan kita ke syurga meski itu tidaklah kita harapkan sangat.

sebalik yang kita harapkan itu, rupanya ramai kalangan kita kala berkuasa, berpangkat, kaya dan hebat semua menghampir kepada dunia lupa diri dan orang lain yang tidak punya apa2 selalu saja dianggap tiada dan hanya ada bila mereka yang diperkatakan memerlukan sesuatu demi kepentingan diri.

memang begitulah keadaannya dunia ini kala kasih sayang sirna dan yang ada hanya kebencian di merata-rata dan kekadang kala usia sudah ke senja sikap menyesal itu ada tetapi segalanya tidak bermakna kala ramai terluka dan akhirnya hidup menjadi kering dan diam bak dalam udara yang pengap menjadikan nafas sesak dan payah.

sesal itu tidak pernah mendepan tetapi selalunya tertinggal di belakang.

Salam kasih sayang sesama!


ISMAILY BUNGSU
sabah
5/11/2015