Rabu, 4 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Astaghfirullah..... Apa Nak Jadi Dengan Penjilat Najib Ni ?

Posted: 04 Nov 2015 11:15 PM PST


Dari mana dia belajar? Kalau nak politik atau nak kaki ampu pin jaga la akidah tu jangan sampai terpesong..kalau mati kemalangan pun tapi tujuan perjalanan kearah kebaikkan tu yang lebih mulia dari mati bersama najib.

Jamal persoal keistimewaan Anwar Ibrahim di penjara Faiz Zainudin

Posted: 04 Nov 2015 10:30 PM PST


jamal-yunos,anmwar

Ketua UMNO Bahagian Besar berkata sebagai penjenayah Anwar sepatutnya mendapat layanan yang sama seperti banduan lain.

PETALING JAYA: Tindakan pegawai penjara memberi layanan istimewa kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoal.

Perkara itu dibangkitkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Beliau cuba mengaitkan isu itu dengan rasuah sehingga membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendapat layanan berbeza berbanding banduan lain.

"Kalau waktu dahulu mereka yang mempunyai keistimewaan setelah merasuah pegawai-pegawai terlibat.

"Persoalan di sini saya nak timbulkan, adakah Anwar Ibrahim telah merasuah pegawai-pegawai penjara, ini persoalan bukan tuduhan kerana terlalu banyak keistimewaan yang beliau dapat berbanding tahanan-tahanan lain," katanya kepada FMT.

Katanya, sebagai seorang banduan layanan secara berlebihan tidak seharusnya diberikan kerana Anwar seorang penjenayah sama seperti tahanan lain berdasarkan undang-undang di bawah Jabatan Penjara.

Pada masa sama, Jamal turut membidas tindakan keluarga Anwar yang terus mempersoalkan layanan yang diberikan pihak penjara, sedangkan mereka tidak layan berbuat demikian.

Jelasnya tindakan pihak penjara yang memberi layanan yang berlebihan kepada Anwar akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

"Sehubungan itu, perlu ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat kenapa Anwar mendapat keistimewaan sedemikian rupa samaada beliau telah melanggar peraturan penjara atau sebaliknya," katanya.


FMT

Tinggalkan Rokok Berjenama......

Posted: 04 Nov 2015 09:45 PM PST

Aku tak terasa kenaikan rokok kali ini.. sbb dah 3-4 bulan hisap U2...

Aritu aku mintak dunhill kat mamak, dia tanya, 'Bang buat apa hisap ini.. mahal!'

Aku tanya.. 'bodoh ehh..?'

Dia jawab gaya prihatin, 'Yalah bang.. bodoh..'

Puii..! kurang asam punya mamak. Aku renung muka dia.. pastu aku tersenyum.. dia pun tersengih...

Start aritu aku mula hisap U2.. demi mamak.

HUDUD MEMECAH BELAH?

Posted: 04 Nov 2015 09:00 PM PST

Warga Prihatin's photo.
 ·

Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, dengan berbagai-bagai telahan yang mengguris hati umat Islam.

Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksanaan hudud. Beliau turut berkata HUDUD dikatakan memecah belahkan perpaduan di kalangan BN dan PR. Video rakaman kenyataan yang agak BRUTAL itu turut disiarkan oleh MalaysiaKini.

http://www.kinitv.com/video/16573O74

Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong perlaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

"Jika tidak, tentu nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.

HUDUD MEMECAH BELAH ATAU MENYATUKAN UMMAT?

Memang benar hudud akan memecah belah. Tetapi harus kita kaji dahulu siapa yang akan dipecah belahkan oleh hudud? 

Sebenarnya Hudud hanya memisahkan golongan Muslim tulin yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, yang mendambakan kehidupan yang selamat sejahtera dengan Islam DARIPADA golongan Muslim yang FASIK, yang Islamnya hanya 'atas nama' semata-mata.

QS: 8. Al Anfaal 37. "Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya dilonggokkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi".

Pada masa yang sama telah dapat dilihat dengan jelas bahawa Hudud telah MENYATU-PADUKAN hati-hati umat Islam. Itulah golongan yang benar-benar ikhlas mencintai Allah, ikhlas mendokong dan menggalang agamanya. Terlalu banyak ayat-ayat Allah yang mengesahkan fenomena penyatuan dengan hudud ini. Jazlin beleklah isikandung alquran yang mungkin sudah berabuk di atas almari rumah. 

TIDAK PERLU HUDUD KERANA NENEK MOYANG KITA TIDAK LAKUKANNYA?

Kenyataan Jazlin ini amat jahiliyah sekali. Beliau lupa melihat sejarah bahawa Islam telah dimusuhi dan dinodai semenjak kewafatan Rasulullah SAW lagi. Asakan demi asakan melalui legasi Perang Salib telah membuatkan Islam yang seharusnya semakin hari semakin berkembang menjadi sebaliknya, iaitu semakin hari semakin hancur. 

Lebih malang lagi insan yang menjadi engineer teologi dan politik yang diutus V A T I C A N untuk merancang dan menjatuhkan Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia ini pula yang amat kita sanjung dan puja. Itu tanda kita sendiri sudah tidak tahu apa yang kita buat dan apa yang kita kata. 

Kejatuhan agama ini hanya disahkan 03.03.1924 di peringkat DUNIA, bilamana sistem kekhalifahan dimansuhkan. Sebenarnya kejayaan menjatuhkannya sudah berlaku lama sebelum itu, kerana kejahilan itulah Kamal Attarturk dengan mudah boleh memansuhkan sistem kekhalifahan Islam yang menjadi MISI UTAMA Adam a.s. diturunkan ke bumi ini (QS:2/30). Akibatnya nenek moyang kita kembali zulumat, diperkotak katikkan dan menzalimi diri..

QS: 2. Al Baqarah 170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami", walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk. 

Justeru, alasan menolak Hudud hanya kerana nenek moyang tidak melakukannya adalah salah dan bersifat JAHILIYAH. Ada terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menjelaskan tentang fenomena ini. Antaranya QS:5/104 ; 26/26 ; 28/36 ; 26/74-76 ; 7/28 ; 7/95 ; 23/68 ; 23/24 ; 18/5 ; 14/10 ; 11/109 ; 10/78 ; 43/26 ; 36/6 dan banyak lagi.

Nenek moyang kita telah diperbodohkan dan ditekan melalui tekanan politik, ekonomi dan ketenteraan oleh penjajah. Dalam pada nenek moyang kita berhempas pulas untuk meneruskan hidup mereka menghantar jurutera teologi untuk memusnahkan semangat membangun FUNDAMENTAL agama di kalangan umat. Institusi masjid dan sekolah telah berjaya mereka tawan tanpa kita sedari.

Propaganda ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya oleh penjajah telah sangat berjaya melumpuhkan akidah kita. Hari ini generasi kita tidak banyak tahu tentang asal usul dan asas sebenar agama ini. Kita dengan senang hati melakukan solat dan membaca quran tanpa mengetahui maknanya. Yang penting dapat pahala. 

Sedikit demi sedikit kekuatan agama ini terhakis dari kita sehingga Islam kita kini hanya tinggal nama sahaja. Tanpa sedar, kita sebenarnya telah memutuskan amalan kita melalui tabiat itu kerana alquran itu mengandungi pelbagai pelajaran dan strategi untuk memenangkan agama. Bagaimana boleh kita bergerak mengikut ilmu Allah jika apa yang kita baca tidak kita fahami maksudnya? 

HUDUD MENGANIAYA UMAT ISLAM?

Kenyataan Jazlin yang menampakkan seolah-olah undang undang Allah ini zalim adalah lebih parah dan terlalu menyakitkan hati. Tidak pasti apa yang beliau faham tentang ALLAH dan RUBUBIYAHNYA? Apa sebenarnya tahap pendirian serta akidah beliau. Istighfarlah banyak-banyak dan bertaubatlah. 

Sebenarnya Hudud itu lebih kepada peraturan yang mencegah dan mendidik, bukannya lebih kepada menghukum. Jika terpaksa dihukum pun, ia hanya melibatkan individu yang telah benar-benar disahkan bersalah, tidak sekali-kali boleh dipengaruhi oleh sentimen politik dan pangkat serta darjat. Undang-undang Allah ini paling adil. Ia dilengkapkan dengan Qisas, Takzir dan Diyat.

KESIMPULAN

Jangan sekali kali mengeluarkan kenyataan politik sepertimana puak-puak non-Muslim yang sebenar-benarnya jahil dan tidak mempunyai ikatan tentang hudud ini. Selaku Muslim, harus diingat bahawa kita ada ikatan baiah melalui syahadah dengan segala perintah Allah.

Jika kita jahil atau belum benar benar membuat 'homework', merujuk kepada alquran dan sunnah secara berguru dan bertalaqqi, jangan berani-berani membuat kenyataan sewenang-wenang. Ia amat mudah memesongkan akidah kita dan orang-orang lain yang juga jahil.

Jika tidak boleh membina, bahkan tidak mahu menyokong sekalipun, janganlah keluarkan kenyataan yang bersifat meroboh, memperlekeh dan menghalang. Walaupun itu adalah hak masing-masing, namun suka kami ingatkan bahawa kesan penolakan atau halangan dari kita itu amat berat sekali di sisi Allah. 

Ingatlah, Jasad Fir'aun masih dikekalkan untuk kita lihat (QS;10/90-92). Itu peristiwa sebelum Nabi SAW diutus. Kini, dapat kita lihat jasad Kamal At-tarturk tidak diterima bumi. Banyak lagi orang yang menghina Islam telah menerima 'hukuman' yang amat menghinakan dari dahulu hingga sekarang. 

Demikian Allah perlihatkan kemurkaannya di dunia ini lagi. Tidak mustahil ada di kalangan kita yang berani-berani menyuarakan isi hati sehingga menghina agama dan mengguris hati Allah, Rasul, Malaikat dan seluruh Umat Islam ini bakal menerima nasib yang sama. 

Sebenarnya ITU SUDAH PASTI akan terjadi...harta ke mana? pangkat ke mana? 

Hudud telah dan bakal menyatukan hati ramai umat Islam tulin, tidak kira dari parti atau Mazhab mana sekalipun. Hudud juga sedang menampak dan memisahkan golongan Islam munafik dan fasik. 

Sekali lagi tahniah kepada kerajaan Kelantan dan teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang lagi. 


ALLAHUAKBAR.
WARGA PRIHATIN.

Lelaki langgar kereta ‘Shasha steering lock’ didakwa Ho Kit Yen

Posted: 04 Nov 2015 08:15 PM PST


 22 0 0 111

steereng no text

Tertuduh seorang kontraktor mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

PETALING JAYA : Lelaki yang sengaja melanggar kereta wanita didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu atas kesalahan melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan kerosakan.

Kontraktor, Cheah Jeng Yeh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melanggar kereta Volvo milik Shasha Farina Mohd Shafie.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Oktober di SS15 Subang Jaya.

Tertuduh tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Majisret Salamah Salleh menetapkan 2 Disember untuk sebutan semula kes itu.

Sabit kesalahan Jeng Yeh boleh dipenjara lima tahun dan denda atau kedua-duanya.

Rakaman video bertajuk 'wanita gila mengamuk' menjadi viral sejak beberapa hari lalu yang memaparkan Shasha memukul kereta tertuduh menggunakan kunci stereng selepas tertuduh melanggar keretanya dan menolak bapanya.

Sasha dilaporkan berkata, dia terpaksa bertindak seperti itu bagi mempertahankan keluarga dan hartanya.
Perselisihan faham itu berpunca apabila tertuduh meletak kereta Toyota Camry di tempat milik Shasha.


FREE MALAYSIA TODAY

Mengapa DEIG terima tawaran pinjaman jika belum operasi? - FMT Reporters

Posted: 04 Nov 2015 07:30 PM PST


DEIG Azmin ALi

BN Selangor mahu Azmin Ali membentangkan aset milik negeri yang dicagarkan untuk membuat pinjaman bank itu.
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoal bagaimana Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Berhad (DEIG) yang hanya dijadual beroperasi tahun hadapan boleh menerima tawaran pinjaman bank.

Setiausaha Ahli Dewan Undanan Negeri (ADUN) BN Selangor, Budiman Mohd Zuhdi juga mempersoalkan apakah cagaran yang telah dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali bagi membuat pinjaman itu.

"Azmin perlu membentangkan secara telus, lengkap dan komprehensif kesemua aset milik negeri yang telah dicagarkan kepada bank untuk menerima tawaran pinajaman tersebut," katanya dalam sidang media di Lobi Dewan Negeri Selangor pada Rabu.

Budiman berkata, pinjaman itu mungkin ada kaitan dengan kenyataan Azmin pada Selasa yang memaklumkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) gagal membayar hutang kepada kerajaan negeri berjumlah RM413.2 juta.

Katanya, kenyataan Azmin seolah-olah memberi isyarat bahawa DEIG akan mengambilalih hutang itu daripada KDEB menerusi pinjaman bank.

Dia berkata, DEIG menerusi anak syarikatnya, DEIG Land Sdn Bhd merancang untuk mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) yang merupakan syarikat pelaburan hartanah di bawah KDEB.
Menurut pelan asal, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih KHSB termasuk kesemua aset-aset hartanah.

"Kami difahamkan program penyelesaian asal menjadualkan PKNS membeli sebahagian daripada bank tanah KHSB dan KDEB yang bernilai RM1.02 bilion. Hasil transaksi tersebut kemudiannya akan digunakan oleh KDEB untuk melunaskan pinjamannya dengan kerajaan negeri.

"Bukankah semua pihak berdepan dengan risiko amat tinggi sekiranya aset bernilai RM1.02 bilion dicagarkan apatah lagi oleh sebuah syarikat sendirian berhad yang hanya bernilai RM2 (DEIG), " katanya.

Pakatan Harapan minta debat 1MDB diteruskan Mohamad Fadli

Posted: 04 Nov 2015 07:00 PM PST


new1

Ia akan mencari stesyen penyiar lain selepas RTM menolak untuk berbuat demikian

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) ingin meneruskan debat 1MDB walaupun Radio Televisyen Malaysia (RTM) membatalkan tawaran untuk menjadi penyiarnya.

Ketua Sekretariatn PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya mempunyai perancangan lain sekiranya stesyen televisyen milik kerajaan itu enggan berbuat demikian.

"Tidak timbul masalah…Ia tak semestinya disiarkan oleh RTM, kita sudah ada perancangan lain," katanya dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.

Saifuddin memaklumkan pihaknya akan mengumumkan calon pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang akan dibuat esok.

"Kita sudah ada satu nama dan nama itu akan dirujuk dalam Majlis Presiden malam ini.

"Jadi esok akan kita akan umumkan pada jam 11.30 pagi di Parlimen," katanya.

Dalam masa itu, Saifuddin menjelaskan tindakan PH untuk mengantikan Tony Pua itu sebagai menghormati keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyarankan supaya debat antara Pengerusi DAP Selangor dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB tidak diteruskan.

"Kita hormati keputusan yang dibuat Speaker (Pandikar).

"Jika rasa debat itu bagus untuk rakyat kita akan teruskan dan ganti calon lain," katanya.

Sebelum itu, Pandikar menegaskan akan meletakkan jawatannya sekiranya debat 1MDB antara Tony-Arul diteruskan.

Kata Pandikar debat itu hanya dibenarkan selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai menyiasat 1MDB.


Free Malaysia Today.

Dakwa polis sebabkan kematian Syed Azlan – SUARAM Faiz Zainudin

Posted: 04 Nov 2015 06:30 PM PST


suaram

SUARAM menghantar memorandum mendesak Ketua Polis Negara bertindak segera terhadap pegawai dan anggota polis yang menyebabkan kematian si mati.

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendesak supaya mendakwa pegawai dan anggota polis yang menyebabkan kematian Syed Mohamed Azlan Mohamed Nur.

Penyelaras Projek SUARAM, Tarmizi Anuwar berkata, pihak polis perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Syed Azlan kerana ia berlaku ketika dalam tahanan polis.

Malah, hasil siasatan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) telah mengesahkan kematian Syed Azlan pada 3 November 2014 disebabkan kekerasan polis ketika menjalankan siasatan terhadap si mati.
Katanya. dalam memorandum itu SUARAM membuat enam tuntutan kepada polis iaitu;

1. Membawa anggota polis yang terlibat dalam kematian Syed Azlan ke muka pengadilan dalam tempoh sebulan

2. Datuk Hasnan Hassan (Ketua Siasatan Jenayah Johor) perlu digantung dan disiasat kerana cubaan melakukan penipuan dan memalsukan maklumat sebenar kematian Syed Azlan dengan mengatakan si mati meninggal dunia secara mengejut

3. Bertanggungjawab penuh terhadap kejadian dan kematian si mati

4. Melaksanakan saranan EAIC iaitu sekiranya berlaku kecederaan fizikal pada susupek semasa penangkapan, maka suspek perlulah dirujuk atau dihantar ke Pegawai Perubatan Kerajaan bagi memastikan tahap keseriusan kecederaan serta status kesihatan suspek tersebut

5. Meletakkan beban bukti ke atas pihak yang mempunyai jagaan dan kawalan ke atas orang tahanan sebagai bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian orang tahanan sehingga dibuktikan sebaliknya

6. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang fokus membantu perjalanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tarmizi berkata, kenyataan awal Hasnan bercanggah dan memesong dengan laporan EAIC yang mendapati polis telah mengunakan kekerasan fizikal kepada mangsa ketika melakukan siasatan.

Katanya, saksi kejadian telah menceritakan si mati telah ditumbuk, disepak dan diterajang di badan oleh semua anggota polis yang masuk ke dalam bilik siasatan.

Katanya, saksi memberitahu si mati beberapa kali meminta tolong kerana kesakitan dan diminta dilonggarkan gari.

Berdasarkan maklumat-maklumat itu,Ketua Polis Negara perlu memberi perhatian serius dalam mencari keadilan dan pihak SUARAM akan terus memberi tekanan supaya kes ini diselesaikan segera.

"Kami melihat salah laku polis perkara yang serius kerana pasukan keselamatan ini mempunyai kuasa yang besar dalam menangkap dan memerangi jenayah," katanya.


FREE MALAYSIA TODAY

Tan Sri Gani Patail mahu dedah rahsia penyingkirannya Khairil Ashraf

Posted: 04 Nov 2015 06:00 PM PST


ghani-patail

Beliau tidak mahu mendedahkan rahsia itu sekarang kerana terus mahu menjadi tumpuan ramai.
KUALA LUMPUR : Tan Sri Abdul Gani Patail berjanji untuk mendedahkan rahsia yang menjadi punca beliau disingkirkan sebagai Peguam Negara pada waktu yang sesuai.

Beliau yang dikerumuni media sejurus selepas forum bertajuk "SOSMA – Musang Berbulu Ayam? pada malam Selasa berkata, sekiranya isu mengenai penyingkirannya itu didedahkan sekarang, beliau tidak lagi menjadi tumpuan pada masa akan datang.

"Saya akan menyatakan (mengenai penyingkiran sebagai Peguam Negara) pada masa akan datang. Tidak hari ini.

"Sekiranya saya mendedahkan sekarang, saya tidak akan menjadi tarikan anda pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu penyingkirannya sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba pada 27 Julai lalu.

Terdahulu, beliau menjadi salah seorang panel dalam forum yang membincangkan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Forum itu turut disertai Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru di Auditorium Raja Aziz Addruse di Bangunan Straits Trading di Kuala Lumpur.

Kemunculan Abdul Gani dalam forum itu merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan lebih awal kononnya atas faktor kesihatan pada Julai lalu.

Pelbagai pihak membuat andaian penyingkirannya beliau berhubung rapat dengan siasatan Pasukan Petugas mengenai 1MDB.


Free Malaysia Today

Najib Potong Biasiswa & Pinjamanan Pendidikan 23% ??

Posted: 04 Nov 2015 05:30 PM PST

Rafizi Ramli's photo.


Najib Razak memotong biasiswa dan pinjaman pendidikan dalam ‪#‎bajet2016‬ sehingga 23% berbanding tahun sebelumnya. Sebab itu yang cuba dapatkan biasiswa atau pinjaman MARA terus kempunan. Umno anjurkan program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP), tapi PM potong biasiswa lagi mantap!

Eloklah tu.. Anggota tentera di Mindef dan polis di Bukit Aman serta kakitangan2 kerajaan di ibukota akan diambil alih oleh bangla.

Posted: 04 Nov 2015 05:00 PM PST

Nazir Razak: Sukar promosi M'sia dengan adanya isu 1MDB

Posted: 04 Nov 2015 04:30 PM PST

Nazir Razak Terus Belasah 1MDB




Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak mengakui adalah sukar untuk mempromosikan Malaysia ketika negara dilanda skandal 1MDB dan isu-isu lain.

"Saya telah lama mempromosikan Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan," katanya dalam posting di Instagram.

Nazir berkata demikian menjelang ucapannya Isnin depan di Persidangan Pelabur CIMB di London di mana beliau akan bercakap mengenai politik dan ekonomi Asean.

Beliau juga memuat naik gambarnya di London pada tahun 1992 ketika menyertai program kempen jelajah menarik pelaburan pertamanya.

Nazir telah sekian lama begitu lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Syarikat pelaburan negara 1MDB itu kini bergelut untuk membayar semula hutang US$11 bilion di sebalik tuduhan penyelewengan dananya.

Kenyataan Nazir itu jelas bercanggah dengan jawapan Najib di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa iIsu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.

"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib yang juga adalah Menteri Kewangan.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, minggu lalu itu, katanya, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

DEBAT ISU 1MDB - JIKA TONY DAN ARUL DILARANG, GANTI SAJA NAJIB - RAFIZI

Posted: 04 Nov 2015 04:00 PM PST







TONY Phua khabarnya tidak boleh berdebat dengan Arul dalam isu 1 MDB atas alasan Tony berada dlm PAC.


Pakatan Harapan (PH) pun bercadang mahu mengganti Tony dengan tokoh lain, mungkin Rafizi Ramli agaknya. Tiba-tiba diberitahu pula, Arul Kanda pun tidak boleh berdebat sebab dia salah seorang saksi dalam kes 1MDB. 

Habis tu, takkan nak letak Nik Abduh berdebat dgn Ustaz Mokhtar Senik?

Untuk lebih lojik, elok rasanya Najib berdebat dengan Rafizi. Amacam? Oopss...najib pun terlibat kan? Habis tu? 

Nak berdebat dgn rosmah? Tuan penasihat ada cadangan tak? 



Dicatat oleh WFAUZDIN NS.
Get your own Poll! Rabu, 4 November 2015 DEBAT ISU 1MDB - JIKA TONY DAN ARUL DILARANG, GANTI SAJA NAJIB - RAFIZI TONY Phua khabarnya tidak boleh berdebat dengan Arul dalam isu 1 MDB atas alasan Tony berada dlm PAC. Pakatan Harapan (PH) pun bercadang mahu mengganti Tony dengan tokoh lain, mungkin Rafizi Ramli agaknya. Tiba-tiba diberitahu pula, Arul Kanda pun tidak boleh berdebat sebab dia salah seorang saksi dalam kes 1MDB. Habis tu, takkan nak letak Nik Abduh berdebat dgn Ustaz Mokhtar Senik? Untuk lebih lojik, elok rasanya Najib berdebat dengan Rafizi. Amacam? Oopss...najib pun terlibat kan? Habis tu? Nak berdebat dgn rosmah? Tuan penasihat ada cadangan tak? Dicatat oleh WFAUZDIN NS Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Pandikar Nafi Dakwaan Tony Pua..

Posted: 04 Nov 2015 03:30 PM PST



Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan kenyataan Tony Pua bahawa belaiu tidak melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen dengan berdebat secara langsung dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Katanya, Peraturan Mesyuarat menetapkan bahawa speaker diberi kuasa mutlak mentafsir peruntukan Peraturan Tetap Mesyuarat dan bukan oleh ahli parlimen mahupun anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Pua kata dia tidak melanggar mana-mana bahagian Peraturan Mesyuarat. Ini adalah semata-mata interpretasi beliau. Adakah Peraturan Mesyuarat menetapkan bahawa ia boleh ditafsir oleh mana-mana ahli parlimen?

"Ia menyatakan bahawa speaker perlu mentafsirkan Peraturan Mesyuarat, manakala ahli parlimen (perlu) bersetuju," kata Pandikar pada sesi pertemuan dengan ketua-ketua pengarang, malam semalam.

Beliau mengulas soalan sama ada beliau akan mengkaji semula arahannya kepada Pua supaya berundur daripada menganggotai PAC jika pemimpin DAP itu terus berdegil mahu berdebat dengan Arul Kanda di sebalik jaminan tidak membangkitkan mengenai siasatan 1MDB.

Pua mendakwa bahawa beliau tidak melanggar mana-mana Peraturan Mesyuarat kerana 10 soalan yang dihantar kepada Arul Kanda bukan berdasarkan maklumat siasatan PAC ke atas 1MDB, tetapi bersandarkan maklumat umum.

Pandikar bagaimanapun tidak bersetuju dan berkata sebarang maklumat umum itu mungkin dibentangkan pada prosiding PAC.

"Tetapi, bagaimana anda tentukan bahawa Pua sebagai anggota PAC tetapi memperolehi maklumat atau dokumen dari tempat lain?" soalnya.

"Saya telah membuat arahan dan sekiranya kerajaan dan juga pembangkang tidak mahu mematuhi, maka saya tidak mempunyai pilihan yang lain. Saya tidak boleh tunduk. Saya tidak boleh menjadi speaker lagi, saya akan balik kampung," kata Pandikar dengan nada yang tegas.

- mkini

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMUA. Zar Ali's photo.

Posted: 04 Nov 2015 02:53 PM PST

PKR selar Putrajaya ‘pilih bulu’ halang pembangkang ke sekolah, universiti OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 04 Nov 2015 08:00 AM PST


Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selar sikap Putrajaya yang Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selar sikap Putrajaya yang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia daripada PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar sikap Putrajaya yang "pilih bulu" kerana menghalang pembangkang memasuki sekolah dan universiti awam walaupun bukan bagi tujuan politik.

Nik Nazmi yang juga sxco pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi Selangor itu berkata, beliau pernah berdepan situasi sedemikian walaupun ketika itu hadir atas kapasiti sebagai exco, bukan jawatan politiknya, ketua Pemuda PKR.

"Dasar halangan yang diamalkan kerajaan persekutuan ini jelas membuktikan demokrasi kian terhakis, mereka tidak profesional.

"Kerajaan amalkan 'double standard', kita bukan masuk (ke sekolah atau universiti awam) untuk berkempen politik tapi berwacana dan berbincang dengan pelajar, itu saja," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.

Nik Nazmi berkata, pelajar sepatutnya diberikan kebebasan berwacana dan berbincang mengenai sesuatu isu di universiti awam.

Beliau memberi contoh Universiti Selangor (Unisel), di mana kerajaan negeri mengadakan forum antara pemimpin Umno, PAS dan beliau sendiri hadir dalam forum anjuran universiti berkenaan, tahun lalu.

"Tahun ini kita cuba dapatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk pesta konvokesyen mereka (Unisel). Saya cuba dapatkan (Datuk Abdul) Rahman Dahlan, tetapi dia mungkin lebih suka Twitter.

"Saya cuba dapatkan beberapa lagi, semua tak dapat, MCA pun tak dapat. Masing-masing ada alasan," katanya.

Sebelum ini, sebuah forum kesederhanaan bertajuk "Everything in Moderation" yang sepatutnya berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dibatalkan pada saat akhir tanpa sebab diberikan pihak universiti yang juga penganjur bersama program itu.

Forum itu dijadualkan menampilkan beberapa tokoh, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Nik Nazmi dan pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Sebulan selepas insiden itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula dihalang daripada berucap pada sebuah forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di universiti yang sama.

Beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam forum berkenaan sebelum mikrofon dirampas pihak keselamatan universiti. – 4 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Nazir Razak: Sukar promosi M'sia dengan adanya isu 1MDB

Posted: 04 Nov 2015 07:15 AM PST

Nazir Razak Terus Belasah 1MDB






Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak mengakui adalah sukar untuk mempromosikan Malaysia ketika negara dilanda skandal 1MDB dan isu-isu lain.

"Saya telah lama mempromosikan Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan," katanya dalam posting di Instagram.

Nazir berkata demikian menjelang ucapannya Isnin depan di Persidangan Pelabur CIMB di London di mana beliau akan bercakap mengenai politik dan ekonomi Asean.

Beliau juga memuat naik gambarnya di London pada tahun 1992 ketika menyertai program kempen jelajah menarik pelaburan pertamanya.

Nazir telah sekian lama begitu lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Syarikat pelaburan negara 1MDB itu kini bergelut untuk membayar semula hutang US$11 bilion di sebalik tuduhan penyelewengan dananya.

Kenyataan Nazir itu jelas bercanggah dengan jawapan Najib di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa iIsu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.

"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib yang juga adalah Menteri Kewangan.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, minggu lalu itu, katanya, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Tidak wujud “tuntutan bertindih” Beting Patinggi Ali, kata Anifah

Posted: 04 Nov 2015 06:30 AM PST

Langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara, kata  Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.– Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.

Langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan termasuk Gugusan Beting Patinggi Ali bukanlah kawasan wujudnya "tuntutan bertindih" antara Malaysia dengan negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah berkata kawasan yang terletak 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak, jelas berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Beliau berkata peruntukan UNCLOS 1982, negara berpantai seperti Malaysia berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

Sehubungan itu, nelayan tempatan bebas menjalankan aktiviti di kawasan EEZ dan kapal pengawal pantai asing termasuk kapal pengawal pantai China yang memasuki kawasan itu boleh dianggap menceroboh.

Anifah mengulas mengenai laporan media tempatan yang melaporkan nelayan laut di Miri, Sarawak diusir pengawal pantai China yang sentiasa berada di kawasan berkenaan.

Anifah berkata langkah sewajarnya sentiasa diambil bagi memastikan kepentingan negara di Laut China Selatan sentiasa terpelihara.

"Ini termasuklah mengadakan rondaan dan pengawasan serta aktiviti penguatkuasaan," katanya.

Pada masa ini terdapat kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Beting Patinggi Ali yang melakukan rondaan bagi memastikan kedaulatan negara di kawasan tersebut terpelihara.

"Justeru, nelayan tempatan tidak perlu khuatir untuk menangkap ikan di kawasan Beting Patinggi Ali," kata Anifah.

Kapal pengawal pantai China dilapor berlabuh di perairan sekitar Gugusan Beting Patinggi Ali dan dipantau sejak 2013 tanpa sebarang provokasi.

Pada Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanggungjawab terhadap APMM berkata kerajaan mengirim nota diplomatik hampir setiap minggu dan akan meneruskan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan kapal asing itu. – Bernama, 4 November,
2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

AL FATIHAH : Kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong mangkat

Posted: 04 Nov 2015 05:45 AM PST


Tunku Hamidah almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Alor Setar, hari ini.

Ketua Setiausaha Sultan Kedah Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan berkata Tunku Hamidah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 11.50 pagi akibat kegeringan.

Jenazah almarhumah Tunku Hamidah akan disemadikan di Makam DiRaja Langgar pada 10 pagi esok, katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga baginda.

Katanya, jenazah baginda mulai disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula 3 petang tadi sehingga 7 malam ini untuk penghormatan terakhir.

Syed Unan Mashri meminta semua mendoakan semoga roh almarhumah ditempatkan bersama orang beriman. – Bernama, 4 November, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Tiada debat 1MBD walaupun Pua diganti, kata Salleh OLEH MD IZWAN

Posted: 04 Nov 2015 05:00 AM PST


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak menegaskan tawaran debat terbuka untuk disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia hanya terhad kepada Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua sahaja.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak menegaskan tawaran debat terbuka untuk disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia hanya terhad kepada Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua sahaja.

Menteri komunikasi dan multimedia mengatakan tiada debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan akan diadakan walaupun Pakatan Harapan mahu mencari penganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tawaran awal hanya dibuat bagi Pua-Arul berdebat dan jika salah seorang daripadanya menarik diri bermakna tawaran itu terbatal serta-merta.

"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk 2 individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi," kata Salleh di Parlimen hari ini.

Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menawarkan siaran langsung walaupun Pua diganti dan Pakatan Harapan menghantar wakil ahli Parlimen lain.

"Kami bersetuju untuk beri kepada 2 individu ini sahaja. Ini bukan debat antara 2 parti, ini debat antara 2 individu yang mencabar satu sama lain," katanya.

Pua yang merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) sebelum ini mencabar Arul berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.

Susulan cabaran tersebut, Salleh berkata RTM sedia menyiarkan debat itu secara langsung.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat, Pua perlu melepaskan jawatankuasa Parlimen itu terlebih dulu kerana penglibatannya dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan ke atas 1MDB.

Bertindak balas kepada pengumuman itu, Pakatan Harapan mengumumkan mereka akan mendapatkan seorang lagi ahli Parlimen pembangkang bagi menggantikan Pua, yang bukan ahli PAC supaya debat itu boleh diteruskan pada Jumaat ini dan Pua tidak perlu keluar daripada PAC.

Namun, Pandikar pula menegaskan beliau akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua Dewan Rakyat jika perdebatan diteruskan kerana ia hanya akan menyebabkan tiada lagi keperluan bagi PAC mengadakan siasatan mengenai isu berkenaan selepas ini. – 4 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Mahkamah Rayuan sahkan Utusan fitnah Kit Siang OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 04 Nov 2015 04:15 AM PST


Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan akhbar Umno Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan akhbar Umno Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan akhbar Umno Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Hakim Datuk Lim Yee Lan, yang mengetuai panel 3 hakim berkata, hakim yang membicarakan kes itu tidak silap dalam membuat keputusan.

"Kami juga mengesahkan ganti rugi RM250,000 yang diputuskan kepada plaintif (Lim)," katanya dalam keputusan sebulat suara itu.

Lim yang diwakili peguam Gobind Singh Deo juga dianugerahkan kos RM15,000.

Pada 10 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata Lim membuktikan kesnya terhadap defendan iaitu Utusan. – 4 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Putrajaya bodoh tidak iktiraf peperiksaan sekolah Cina, kata ketua menteri Sarawak OLEH DESMOND DAVIDSON

Posted: 04 Nov 2015 03:30 AM PST


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, bodoh dan tidak berasas

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, bodoh dan tidak berasas.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, menggelar ia sebagai bodoh dan tidak berasas.

Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.

"Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.

"Saya bersedia untuk mempertahankannya," katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia.

Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.

"Negara lain akan ambil mereka.

"Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?," katanya pada program Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, hari ini.

UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.

Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.

Putrajaya tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak mengikut kurikulum pendidikan negara.

Berhubung langkah Sarawak menuntut semula kuasa autonomi terhadap pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyatnya berbahasa Inggeris dengan menjadikan ia bahasa pengantar di sekolah, Adenan berkata, Bahasa Inggeris bukan lagi bahasa "bekas penjajah" tetapi bahasa antarabangsa.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menutup diri mereka daripada dunia luar.

"Anda bukan di bulan. Anda berada di dunia ini," katanya.

Beliau berkata memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris tidak bermakna negeri itu meletakkan Bahasa Melayu di bawah.

"Kita boleh ada kedua-duanya," katanya. – 4 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Pekerja Bangladesh lebih setia dan amanah, kata Zahid OLEH MD IZWAN

Posted: 04 Nov 2015 02:45 AM PST

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan 1.5 juta pekerja Bangladesh masih belum dibawa masuk lagi ke negara ini kerana masih tiada perjanjian yang dimeterai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan 1.5 juta pekerja Bangladesh masih belum dibawa masuk lagi ke negara ini kerana masih tiada perjanjian yang dimeterai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan 1.5 juta pekerja Bangladesh masih belum dibawa masuk lagi ke negara ini kerana masih tiada perjanjian yang dimeterai.

Malaysia memilih membawa masuk pekerja Bangladesh adalah kerana mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjawab kebimbangan susulan rancangan Putrajaya membawa 1.5 juta pekerja dari negara tersebut dalam tempoh 3 tahun, keputusan tersebut mengundang banyak kritikan khususnya daripada kesatuan kerja.




"Tanpa prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh adalah lebih baik, lebih amanah berbanding pekerja lain.

"Dan kita dapati, mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kalau jaga kaunter mereka lebih amanah. Mereka (majikan) yang minta, bukan KDN," katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menjelaskan pekerja asing tersebut masih belum dibawa masuk lagi ke negara ini kerana masih tiada perjanjian yang dimeterai.

Menurutnya, cadangan tersebut meletakkan syarat supaya majikan membuat permohonan dalam talian, mengikut keperluan semasa.

Pekerja-pekerja ini akan dilatih terlebih dahulu dan diberikan latihan komunikasi rentas budaya di Bangladesh sebelum dibawa ke Malaysia bagi memastikan mereka memahami adat dan gaya hidup tempatan.

Langkah permohonan dalam talian dibuat bagi memastikan proses membawa masuk pekerja tersebut lebih jelas dan mengelak pembaziran.

"Kami sedang memastikan perkara ini supaya tidak berulang lagi," katanya. – 4 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Orang kuat PERKASA masuk ICU

Posted: 04 Nov 2015 01:56 AM PST


PETALING JAYA: Bekas Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang kerana mengalami jangkitan kuman akibat masalah buah pinggang. Setiausaha Agung Perkasa,

Syed Hassan Syed Ali berkata, Ruslan yang kini merupakan Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan dimasukkan ke ICU sejak Ahad lalu. "Sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, beliau dimasukkan ke hospital kerana penyakit buah pinggang yang dialaminya.

Beliau pernah masuk ke ICU sebelum ini dan selepas itu dirawat di wad biasa. Kelmarin (Ahad), beliau dimasukkan semula ke ICU selepas tidak sedarkan diri.

"Saya menyeru kepada semua ahli Perkasa dan rakan-rakan Ruslan termasuk sesiapa sahaja yang mengenali beliau supaya mendoakan kesejahteraan beliau agar cepat sembuh," katanya ketika dihubungimStar Online pada Rabu.

Syed Ali berkata, beliau menziarahi Ruslan di hospital pada Ahad lalu dan antara lain yang telah melawat ialah Presiden Perkasa,

Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli dewan tertinggi lain. Pada masa sama, beliau turut berharap pihak hospital dapat menjalankan tugas dengan baik semasa menjalankan rawatan ke atas Ruslan.

"Secara peribadi, Ruslan merupakan seorang yang mempunyai semangat dan jiwa Melayu yang sangat kental. Semangat itulah yang membuatkan beliau disenangi ramai," katanya.


Menurut Syed Hassan, Perkasa mempunyai rancangan untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan supaya Ruslan kembali sembuh. "Kita ada rancangan untuk mengadakan solat hajat melibatkan ahli-ahli Perkasa dalam waktu terdekat, InsyaAllah," katanya. -mstar-


KERENGGA.