Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Peguam Negara nafi DPP di SPRM dipindahkan

Posted: 02 Nov 2015 09:45 PM PST


Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali menafikan dakwaan bahawa timbalan pendakwa raya (DPP) di bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua (SPRM) dipindahkan.
Ahmad Shazalee Abdul Khairi berkhidmat di bahagian yang meneliti SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

"Saya sudah semak.

"Berita kamu berkaitan DPP yang dikatakan dipindah keluar daripada SPRM adalah palsu," katanya dalam pesanan teks kepada Malaysiakini lewat Isnin.

Apandi ditanya kenapa Ahmad Shazalee kenapa beliau dipindahkan secara tiba-tiba.

Tweet Pejabat Peguam Negara (AGC) malam ini menyebut:

"AGC menjelaskan bahawa tiada arahan pemindahan kepada DPP Shazalee Abdul Khairi keluar daripada SPRM."


KedhLanie

Berita Mengaibkan Najib.. Saksikanlah

Posted: 02 Nov 2015 09:00 PM PST

Berita Mengaibkan Najib. Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.

"Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana," katanya kepada wartawan hari ini.

Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap penerbit terbabit.

Berita Mengaibkan Najib. Sebaliknya, pasukan peguam Najib berkeras WSJ menyatakan sama ada ia bergantung pada undang-undang AS untuk melindungi syarikat Amerika itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa AS.

Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya. Akhbar itu juga mengeluarkan sebuah rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Peguam  Najib, Datuk Mohamad Hafarizam Harun hari ini menafikan anak guamnya sengaja melambatkan serta mencari alasan untuk tidak menyaman WSJ.

Hafarizam berkata, dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu untuk penjelasan sama ada RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB, tetapi berkata penjelasan yang diberikan masih tidak memuaskan.

Peguam itu kemudiannya berkata dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu di Singapura meminta penjelasan sama ada mereka menggunakan Akta Kebebasan Bersuara di Amerika, bagi menghalang Najib daripada melaksanakan penghakiman yang diperolehi di Malaysia.

Katanya lagi, peguam WSJ di Singapura enggan mendedahkan perincian mendalam kerana sebab-sebab strategik.

"Kami memang mahu menyaman tetapi ia perlu dilakukan dengan betul atau ia hanya akan dibatalkan kerana teknikaliti.

Berita Mengaibkan Najib. "Juga, kami juga tidak mahu mendapat keputusan penghakiman yang tidak dapat dikuatkuasakan di Amerika Syarikat," tambah Hafarizam.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan samada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh Najib menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.

 
ADDIN

Peguam persoal mengapa tangkap kemudian bebaskan suspek pembunuhan pengasas AmBank OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 02 Nov 2015 08:15 PM PST

Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo (kanan) yang juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo (kanan) yang juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan

Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo (kanan) yang juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan.

Gobin Singh Deo mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan.

Peguam itu memetik laporan akhbar Cina, Kwong Wah Jit Poh, yang melaporkan suspek ditahan polis di klia2 minggu lalu, namun Timbalan Pendakwaraya tidak melakukan pertuduhan.

"Apa yang berlaku? Suspek utama ditangkap kemudian dibebaskan, tiada tindakan yang diambil. Bukan saya kata dia suspek utama, polis yang kata," kata ahli Parlimen Puchong itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat, Parlimen, malam tadi.

Laporan itu berkata, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Zainuddin Ahmad berkata, polis mengenal pasti suspek berusia 55 tahun itu dan menahannya selepas pulang dari China.

Gobind juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi.

Beliau berkata, 2 individu ditahan dan didakwa atas pembunuhan Najadi, individu yang menjadi perancangnya tidak dikenal pasti sehingga ini.

"Saya ingin bertanya kepada jabatan perdana menteri, bagaimana kita mahu memastikan rakyat negara ini, keadilan ditegakkan apabila mereka menangkap suspek utama, kemudian membebaskan mereka tanpa sebarang tindakan?" soalnya.

Beliau turut menuntut jawapan daripada Putrajaya berhubung tindakan itu.

"Kenapa ini berlaku di Malaysia, bagaimana suspek boleh dibebaskan?" soalnya.

Najadi meninggal dunia selepas ditembak di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib sepatutnya didakwa sabotaj, bukan Khairuddin dan Matthias, kata Dr Mahathir

Posted: 02 Nov 2015 07:30 PM PST


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya, adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya, adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara, bukannya pemberi maklumat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, mereka yang menubuhkan dana pelaburan negara yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengurusannya, adalah pihak yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang baik.

"Mereka orangnya yang harus didakwa di mahkamah kerana mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia. Memandangkan Najib yang mewujudkan 1MDB, meminjam RM42 bilion dan melabur wang dan menghilangkannya, Najib juga harus didakwa dengan sabotaj," kata beliau dalam blognya hari ini.

"Selain itu, semua orang, sejak awal penubuhan 1MDB hingga kepada pinjaman itu, kepada pemberita akhbar dan laporan kepada polis, semuanya harus didakwa mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia."

Najib juga ialah menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Khairuddin dan Chang didakwa bulan lalu kerana dikatakan cuba mensabotaj ekonomi Malaysia dan sistem kewangan dan perbankan negara.

Khairuddin, bekas naib pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan dituduh mensabotaj negara selepas membuat laporan kepada penyiasat di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom berhubung skandal 1MDB.

Chang adalah peguamnya.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Dr Mahathir berkata, beliau keliru dengan pertuduhan terhadap Khairuddin dan Chang yang juga merupakan bekas pembantu politiknya, kerana mereka membuat laporan terhadap 1MDB lama selepas laporan berita diterbitkan berkenaan dakwaan salah urus dana pelaburan negara itu.

"Tetapi laporan akhbar asing itu, mengenai penipuan dalam pelaburan 1MDB, diterbitkan lama sebelum Khairuddin membuat laporan.

"Laporan-laporan berita ini bukan laporan biasa tetapi penerangan yang sangat terperinci mengenai apa dan siapa yang terlibat. Mereka melaporkan apa yang diketahui umum ke seluruh dunia.

"Mengapa laporan-laporan akhbar itu tidak disangkal dengan sepuasnya oleh 1MDB atau Kementerian Kewangan memandangkan gambaran yang diberikan mengenai dakwaan penyalahgunaan sistem kewangan dan perbankan Malaysia boleh akhirnya mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap suasana politik dan ekonomi serta kewangan Malaysia juga?" dia bertanya.

Bekas perdana menteri itu, yang dulunya penyokong Najib tetapi kini beralih arah, berkata tidak akan ada laporan akhbar atau aduan polis jika tiada 1MDB dan hutang RM42 bilion yang dikumpulnya dalam masa 6 tahun beroperasi.

"1MDB mungkin menjual tanah yang dibelinya pada RM60 sekaki persegi daripada kerajaan pada kadar 5,000% lebih dari harga pembelian dan membayar balik pinjaman itu.

"Tetapi hakikatnya, jika 1MDB tidak diwujudkan, sejumlah besar wang pinjaman tidak akan hilang. Oleh itu, 1MDB dan mereka yang bertanggungjawab masih perlu didakwa kerana penyalahgunaan sistem perbankan dan kewangan, pembayaran balik pinjaman, walau apa pun," katanya. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

HIDUP SERBA SALAH

Posted: 02 Nov 2015 07:00 PM PST

 
Ismaily Bungsu C's photo. waktu tepat 3:08 subuh terasakan hidup ini aneh dan serba salah.
Menatap di sekitar kita kekadang untuk bercakap apa saja segalanya kita jadi khuatir segala macam ada saja tembuk pemisah.

Rasa di mana2 tidak pernah tenang seperti rumah meski siapa jendela pintu ada pagar besi masih khuatir akan pencuri.

Subuh ini meski tenang dan di luar cukup sunyi seolah ada saja yang siap mengetuk pintu untuk siap menjerat dengan segala macam pertanyaan dan akhirnya untuk keamanan kita diamankan dalam pagar besi seperti penjenayah.

Rasanya kita tidak lagi diajar untuk bijaksana sebalik kita jadi badut siap tunduk tidak menanduk dan sudahnya tidak menjadi sesiapapun hidup di bawah akur.

Demikian gambaran diri kita kala hidup berabad lama di bawah penjajah musim baru bernama umno.


ISMAILY BUNGSU

Naik Elaun: Moga-moga takdak mangsa banjir buat doa laknat MB Exco dan Adun Kelantan

Posted: 02 Nov 2015 06:30 PM PST

Apa agaknya yang mangsa banjir Kelantan setahun lepas fikir dengan kenaikan elaun Menteri Mesar. Exco dan Adun Kelantan ni. Harap-harap depa tak sampai buat doa laknat.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Ahli-ahli Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.
Ahli pentadbiran seperti menteri besar dan timbalan menteri besar, speaker dan timbalan speaker, Exco dan timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuat kuasa pada Januari tahun hadapan. - TMI.
Yang lebih menjengkilkan lagi bila TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata elaun Adun sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.
"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan kerajaan negeri.

"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya. - Ibid.
Aku terfikir, apa agaknya yang mangsa banjir Kelantan setahun lepas fikir dengan kenaikan elaun Menteri Mesar. Exco dan Adun Kelantan ni. Harap-harap depa tak sampai buat doa laknat.

Terutama sekali mangsa banjir yang masih terpaksa duduk dalam khemah walaupun dijanjikan rumah baru untuk mereka duduki seawal sebelum Aidil Fitrii lepas.

Sungguh aku tak nampak rasional kenaikan ni dalam keadaan Kerajaan Negeri Kelantan masih gagal menunaikan janji kepada mangsa banjir tu. Aku langsung tak faham konsep awlawiyat yang Kerajaan PAS Kelantan gunakan.

Bernama pada 1 November lepas melaporkan:
Keengganan mangsa banjir untuk berpindah ke penempatan baharu yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan antara punca kelewatan pembinaan rumah kekal baharu (RKB) untuk mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan kini sedang giat mengenal pasti mangsa banjir yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir besar tahun lepas itu untuk dipindahkan. - Sinarharian
Dah hampir setahun berlalu tapi Exco masih boleh bagi alasan macam tu, takkan dah setahun masih tak dapat jalan penyelesaian. Tara tu dengan muka tak malu naikkan elaun sendiri.

Bernama juga melaporkan:
setakat ini sebanyak 822 rumah sedang dalam proses pembinaan, manakala 183 rumah telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan negeri pula telah menyiapkan 177 daripada 636 rumah yang dijanjikan mereka sebelum ini," katanya.

Jawatankuasa itu sebelum ini mengumumkan hanya 1,729 RKB akan dibina berbanding 1,827 RKB selepas semakan dilakukan. - Ibid.
Berdasarkan angka laporan Bernama tu aku mushkil sikit.
Kerajaan negeri :  Siap 177 dari 636 buah (kurang 459 atau 72.1%)
Kerajaan Pusat  : Siap 183 dari 822 buah (kurang 639 atau 77.7%)

Maknanya jumlah keseluruhan pusat dan negeri 636 + 822 = 1,458

Sedangkan jumlah RKB yang dijanjikan adalah 1,827 walaupun jumlah rumah yang mengalami 'total lost' adalah 2,805 buah???



Cenangau Daun Kari

Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta ?

Posted: 02 Nov 2015 06:00 PM PST



Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.

Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan.

"Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu.

"Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya. Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus.

"Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi.

"Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya.

Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan. – Bernama, 2 November, 2015.


~ sumber Komen al-Husseyn :

Alasan yg diberikan oleh Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan itu bukan sahaja amat meragukan, malah amat jelek!

Tidak masuk akal langsung kerana gaji dipotong saban bulan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi yang terlibat.

Apa masalahnya kalau ini bukan bukti penyelewengan dan tidak amanah!

Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi terlibat sehingga menjadi tertunggak.

Gaji dipotong saban bulan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi yang terlibat.

Kerajaan negeri sanggup membelanjakan wang yang banyak di waktu pertukaran wang menjunam, dengan lawatan 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini ke Jepun.

Bukankah lebih baik wang yang sebanyak itu digunakan untuk menjelaskan tunggakan caruman?

Tiga Exco Kelantan sanggup menyumbang sebanyak RM300,000 kepada Pemuda PAS baru-baru ini bagi membiayai Himpunan 10K di Pasir Puteh.Tapi mereka tidak sanggup untuk membayar tunggakan tersebut.
 

AMANAH PROGRESIF DAN PEDULI.

PAN - DAPAT RAKAN BARU DI PULAU PINANG.

Posted: 02 Nov 2015 05:30 PM PST

Adun Pas P. Pinang tetap sokong Guan Eng 

Salleh Man berjabat tangan dengan Guan Eng
pada sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari ini. 

GEORGETOWN - Adun tunggal Pas di Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man menyatakan sokongan terbuka dan berterusan terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan. 

Adun Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan terus membela Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu. 

Kemenangan saya adalah atas semangat kerjasama PR. 

"Oleh itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat di Dun Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan 'Penang Pas rep 'wont' support state gov'.

 Menurutnya, beliau tidak pernah ditemuramah oleh mana-mana wartawan dari akhbar berkenaan untuk mendapatkan kenyataan itu.

 "Saya menyifatkan laporan akhbar bertarikh 31 Oktober itu bersifat fitnah semata-mata. Justeru, saya meminta akhbar itu untuk menarik balik kenyataan tersebut dengan segera," katanya. 

Bagaimanapun, dalam sidang media itu, Mohd Salleh terus mengelak dari menjawab sebarang pertanyaan dari wakil media dengan alasan kesuntukan masa bagi menghadiri mesyuarat dan urusan lain. 

Sebaliknya, beliau meminta mereka merujuk dan mengikut teks yang terdapat dalam kenyataan medianya dengan alasan tiada kenyataan tambahan yang akan diberikan.. 

Beberapa bulan lalu, Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menegaskan setia bersama Pas dan sesekali tidak akan meninggalkannya. 

"Saya akan tetap bersama Pas untuk meneruskan perjuangan dalam politik. Setakat ini, saya tidak ada niat untuknya meninggalkan Pas dan menyertai parti lain.

 "Tidak terlintas dalam hati untuk keluar Pas dan masuk parti lain. "Saya akan teruskan perjuangan dengan Pas walau apa pun yang terjadi," katanya ketika ditanya media kemungkinan menyertai parti baharu yang akan digerakkan oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini.


 Parti itu kini didaftarkan sebagai Parti Amanah Negara dan dterajui Mohamad Sabu.
 

Nik Abduh Sahkan Sokongan PAS Kepada BN

Posted: 02 Nov 2015 05:00 PM PST



Seramai 14 orang anggota parlimen PAS tidak akan terlibat dalam undian penerimaan belanjawan 2016 susulan pendekatan baru kerjasama parti itu dengan BN, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua pemuda PAS itu berkata walaupun PAS mentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

"PAS berbuat keputusan untuk berkecuali. Kita mengkritik beberapa perkara yang besar dalam bajet tersebut.

"Dan kita juga menyokong beberapa benda baru yang dibawa oleh kerajaan.

"Bajet ini memang asalnya dibuat untuk kebaikan rakyat Malaysia. Jadi kita berkecualilah," katanya.

Nik Abduh bagaimanapun berkata wakil PAS akan terlibat membahaskan belanjawan itu. Beliau juga bersetuju dengan pandangan pembangkang lain bahawa belanjawan itu menguntungkan Najib dan kerajaan BN.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib pada 23 Oktober lalu.

Hadi dilapor berkata PAS tidak "tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak" kerana mereka menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat

Gara-gara Gaduh Dengan Zahid Melalui WhatsApp, Ali Tinju Dipanggil Polis..

Posted: 02 Nov 2015 04:30 PM PST


Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju di panggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung pergaduhan menerusi aplikasi Whatsapp dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu memberitahu FMT, perselisihan faham berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak Zahid pada September lalu telahpun selesai secara baik.
Namun, dia mendakwa, ada pihak ketiga sengaja mahu mengambil peluang dan memperbesarkan itu dengan membuat laporan polis.

"Isu pergaduhan saya dengan Zahid berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak beliau pada September lalu sudah selesai.

"Saya sendiri telah memohon maaf kepada beliau (Zahid) mungkin pada masa itu saya terlalu emosi, apabila dimaklum oleh pegawai Zahid bahawa saya tak dijemput sedangkan saya menerima jemputan itu.

"Malah pergaduhan saya dengan Zahid ibarat adik dengn abang, ibarat seorang pekerja dengen bos kerana saya Presiden Veteran Tentera semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

"Namun ada pihak ketiga yang diupah oleh wakil NGO untuk membawa kes kepada pihak polis semula.," katanya.

Mengulas lanjut, dia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyelesaikan siasatan kes itu.

Ali Tinju akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam tiga petang pada Isnin (hari ini) untuk memberi keterangan lapor Free Malaysia Today

Gaji MB Kelantan naik hingga RM10,000

Posted: 02 Nov 2015 04:00 PM PST

Pembangkang Dan Kerajaan Kelantan Pentingkan Kenaikan Gaji Dan Elaun Sahaja



Mangsa banjir di Kelantan sudah tinggal di khemah lebih 10 bulan. Apakah usaha kerajaan Kelantan untnk bantu mereka?


Persidangan Dun Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000. 

Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan. 

Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata, elaun Adun sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri-negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.

"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya.

Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan kekangan kewangan  sebagai alasan utama mereka untuk tidak menaikkan elaun Adun kepada RM11,000.

"Ini kerana kerajaan Persekutuan sentiasa membantu kerajaan negeri terutama berkaitan belanja mengurus pada setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Ahmad (Pas-Pasir Pekan) ketika menggulung perbahasan berkata, pihaknya memahami apa yang disampaikan oleh pembangkang  berhubung kenaikan elaun berkenaan.

Ahmad berkata, bagaimanapun terdapat kekangan kewangan daripada kerajaan negeri pada ketika ini yang digunakan bagi pembangunan negeri. 

"Elaun sebanyak RM8,000 adalah sesuai pada ketika ini memandangkan enakmen berkenaan tidak menyebut tempoh masa untuk menyemak kembali elaun berkenaan.

"Kita akan lihat kepada keupayaan dan keselesaan kerajaan negeri (dalam hal ini) dan kerajaan kekal dengan angka yang diberikan dalam dewan,"  katanya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sokongan kesemua 45 Adun. Kali terakhir elaun itu disemak adalah pada 2010.

- Bernama

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA.

Posted: 02 Nov 2015 03:30 PM PST


Zar Ali's photo.

Adakah kita pilih Amanah atau yang suka tikam belakang?

Posted: 02 Nov 2015 08:15 AM PST


PETALING JAYA, 1 ​​Nov - Tony Pua menyampaikan serangan pedas pada PAS hari ini, dengan mengatakan bahawa DAP akan memilih Parti "kecil" Amanah Negara (Amanah) bila-bila masa atas parti Islam itu yang dia panggil "penikam belakang".

Pengerusi DAP Selangor berkata beliau percaya dan yakin yang Amanah akan menerima sokongan lebih ramai berbanding dengan PAS dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, terutama di pantai barat dan Johor di Semenanjung.

"Saya bertanya kepada perwakilan hari ini, adakah kita mahu mempunyai satu gabungan dengan pihak yang berintegriti walaupun ia adalah kecil pada masa ini, atau dengan pihak yang lebih mantap yang boleh menikam belakang kita pada bila-bila?"

"Tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita pilih Amanah atau kita memilih PAS?" Pua meminta perwakilan pada konvensyen biasa hari ini.

Soalan beliau dijawab dengan serentak "Amanah" dari orang ramai.

Pua juga menyenaraikan beberapa kejadian di mana beliau berkata PAS menghampakan DAP di Selangor termasuk kurangnya sokongan untuk PKR dan pemecatan exco DAP oleh menteri besar ketika itu,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa krisis menteri besar tahun lepas. Beliau menegaskan bahawa PAS juga telah menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Amanah diasaskan oleh kumpulan serpihan PAS Harapan Baru, yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang progresif yang telah disingkirkan daripada jawatan parti mereka semasa muktamar parti awal tahun ini.

"DAP Selangor dan kebangsaan percaya penuh kepada tokoh-tokoh Melayu yang mengambil keputusan berani untuk membentuk sebuah parti baru berdasarkan prinsip-prinsip yang progresif, sederhana dan inklusif Islam," kata Pua.

Bekas sekutu PAS dan kini DAP bermusuhan secara terbuka atas perbezaan pendapat mereka mengenai hudud, kanun keseksaan Islam, akhirnya membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat pada bulan Jun.~

AMANAH PROGRESIF PEDULI.

Soalan panas: Berapa banyak yang Najib beri?

Posted: 02 Nov 2015 07:30 AM PST


MONDAY, NOVEMBER 02, 2015 Berapa banyak yang Najib beri?

Tanya Lim Kit Siang Parti Barisan Nasional dan Ahli Parlimen digesa menyatakan berapa banyak yang mereka terima untuk pembiayaan kempen pilihan raya daripada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

Lim Kit Siang juga meminta Ahli Parlimen Barisan yang menjadi ahli pemerhati parlimen, Jawatankuasa Kira-Kira, untuk menarik diri daripada perbincangan jawatankuasa atau pendengaran deposit yang dilaporkan sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum pilihan raya umum 2013.

Wang itu dikatakan sumbangan daripada sumber Timur Tengah untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional.

Bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek dilaporkan telah menyatakan minggu ini bahawa Najib telah memberikan wang kempen pilihan raya itu ke dalam parti-parti komponen BN, kali pertama dalam lima pilihan raya, membantu rakan-rakan gabungan.

Perkara itu dijangka dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam, yang dijadualkan untuk mendengar perbicaraan ke dalam dana pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Bhd.

Pihak berkuasa telah menafikan bahawa RM2.6 bilion itu ada kaitan dengan 1MDB. Lim berkata hari ini bahawa rakan-rakan Barisan dan Ahli Parlimen semua perlu mengisytiharkan berapa banyak setiap penerimaan, termasuk mereka yang menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira.

Beliau berkata mereka perlu menarik diri daripada mana-mana mesyuarat bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan ~

FMT via alhusseyn


Posted by mountdweller.

Azizah: Ketua whip PAS cakap macam lain 40844 Zikri Kamarulzaman

Posted: 02 Nov 2015 06:45 AM PST



Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan memberi reaksi tidak berapa kisah dengan keputusan PAS tidak mahu mengundi menolak belanjawan 2016.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan pendirian PAS itu, Azizah memberitahu pemberita di lobi parlimen: "Itu pandangan mereka".

Bagaimanapun, katanya, daripada apa yang beliau dengar sebelum itu, Ketua Whip PAS Datuk Takiyuddin Hassan mempunyai pendirian sebaliknya.

"Tetapi jika itu pendirian PAS, OK," kata anggota parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib pada 23 Oktober lalu.

Hadi dilapor berkata PAS tidak "tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak" kerana mereka menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat.

Sementara itu, Azizah percaya anggota PAS mungkin tidak sependapat dengan pendirian parti mereka.
Beliau berharap apabila tiba masa mengundi menerima belanjawan atau usul tidak percaya terhadap perdana menteri, wakil rakyat PAS dan BN akan mengundi berdasarkan suara hati masing-masing.

"Hakikatnya terdapat rasa tidak puas hati dengan perdana menteri, dan ini akan tergambar semasa usul tidak percaya," kata Azizah.

Kumpulan kerja PBB desak Anwar dibebaskan

Posted: 02 Nov 2015 06:00 AM PST



Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara adalah tidak perlu dan mendesak beliau dibebaskan serta-merta.

Kumpulan itu menyifatkan perlucutan hak yang dihadapi Anwar dianggap arbitrari (sewenang-wenangnya) dengan mengambil kira kepada semua hal dalam kes itu.

"Pemenjaraan Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, kumpulan kerja ini berpendapat bahawa (langkah) kerajaan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara Anwar Ibrahim dengan serta-merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan itu.

Pandangan kumpulan itu dibacakankan oleh MP Padang Serai N Surendran dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Kumpulan kerja itu adalah badan bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang mana Malaysia sebelum ini menganggotainya pada 2006 hingga 2009 dan 2010 hingga 2013.

Surendran berkata Malaysia perlu mematuhi arahan tersebut dan Putrajaya berdepan risiko reputasi terjejas di peringat antarabangsa jika arahan tersebut diabaikan.

Sementara itu dalam kenyataan yang diedarkan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), beliau bersyukur dengan gesaan PBB supaya kerajaan membebaskan bapanya.

"Pendirian tegas sebegini bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar satu mesej yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan oleh dunia," kata Izzah.

Anwar dipenjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tambang LRT, Monorel juga bakal naik

Posted: 02 Nov 2015 05:15 AM PST



Tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur dijangka naik berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd menyemak semula struktur tambangnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Azmi Abdul Aziz, semakan itu perlu bagi memastikan struktur tambang berdasarkan jarak jauh yang bakal berkuat kuasa 2 Disember ini.

Ketika ini Prasarana mengenakan struktur tambang berbeza bagi ketiga-tiga aliran rel yang dikendalikan syarikat itu.

"Semakan itu perlu untuk memulihkan struktur tambang yang selama ini . Kita akan memperkenalkan formula yang lebih konsisten," kata Azmi.

Struktur tambang baru itu juga akan menyaksikan tawaran diskaun bagi urus niaga tanpa tunai menggunakan kad Touch 'n Go dan kad MyRapid, dan sistem baru untuk pas mingguan dan bulanan.

Azmi berkata, pengguna yang memakai pas bulanan 'Smart 30' akan menikmati diskaun paling besar.
Beliau juga berkata dengan struktut tambang baru ini, 79 peratus penumpang LRT dan Monorel dijangka menyaksikan kenaikan tambang.

13 peratus pula akan menikmati penurunan dalam tambang, manakala lapan peratus tidak akan mempunyai perubahan.

Pada masa ini, hanya tambang perkhidmatan Monorel dikenakan berdasarkan jumlah kilometer perjalanan.

Tiada soal jawab, penonton semasa debat Pua dan Arul, kata menteri OLEH MD IZWAN

Posted: 02 Nov 2015 04:30 AM PST

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy  dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hanya dibenarkan membentang hujah serta fakta berkaitan 1MDB semasa sesi debat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hanya dibenarkan membentang hujah serta fakta berkaitan 1MDB semasa sesi debat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hanya dibenarkan membentang hujah serta fakta berkaitan 1MDB semasa sesi debat.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak memberitahu tiada sesi soal jawab semasa sesi debat antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Salleh berkata, kedua-dua mereka hanya dibenarkan membentang hujah dan fakta berkaitan syarikat sarat hutang itu semasa sesi debat.

"Bagaimanapun dalam soalan perbahasan ini ia bukanlah dalam soal jawab... bukan sekadar satu menyoal satu menjawab.

"Perbahasan ini kedua-dua pihak akan berhujah atas pandangan masing-masing yang ada kaitannya dengan 1MDB," kata Salleh kepada pemberita di Parlimen petang ini.

Salleh juga berkata tiada penonton akan dijemput semasa sesi debat itu bagi menjamin suasana yang kondusif dalam membincangkan isu 1MDB yang sedang membebani kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

"Perbahasan akan diadakan dalam studio tanpa penonton dan kedua-dua pihak akan diberi peluang untuk memberi hujah masing-masing. Pada saya itu format yang terbaik," katanya.

Menurut Salleh, sesi debat itu dijangka berlangsung selama sejam.

Dalam pada itu, Salleh juga mengesahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah bersetuju untuk menyiarkan debat secara langsung dan juga menyediakan studio untuk program itu.

"RTM sudah bersetuju untuk menyiarkan debat ini secara langsung.

"Mereka juga akan menyediakan studio untuk program ini dijalankan nanti," katanya.

Salleh bagaimanapun tidak memberi tarikh spesifik bila debat itu akan berlangsung.

Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya dalam temu bual secara langsung bagi menjawab segala persoalan dibangkitkan terhadap 1MDB.

Arul bagaimanapun memberi syarat supaya Pua meletakkan jawatan dalam PAC sebelum debat itu, bagaimanapun syarat itu ditolak Pua.

Kemudian, Arul menarik syarat itu dan bersedia berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kerajaan belanja RM231.5 juta dalam pencarian MH370

Posted: 02 Nov 2015 03:45 AM PST


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebanyak RM12.9 juta dibelanjakan dalam menangani nahas pesawat MH17.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebanyak RM12.9 juta dibelanjakan dalam menangani nahas pesawat MH17.

Kerajaan membelanjakan RM231.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 untuk tempoh sehingga Oktober lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam menangani nahas pesawat MH17 pula, kerajaan membelanjakan sebanyak RM12.9 juta.

"Bagaimanapun anggaran kos keseluruhan bagi misi pencarian tersebut (MH370) tidak dapat ditentukan kerana operasi pencarian masih lagi dilaksanakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liow berkata MAS menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan pakej bantuan kru berjumlah AS$50,000 (RM214,925) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris atau keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat itu.

Katanya, jumlah yang diberikan tersebut dinilai berdasarkan Konvensyen Montreal 1999 dengan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.

Setakat ini, Liow berkata, 236 waris tragedi MH17 dan 74 waris mangsa MH370 menerima bayaran pampasan pendahuluan melibatkan jumlah keseluruhan AS$16,600,000 (RM7,135,510,000). – Bernama, 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bersih 2.0 mahu jumpa Pandikar bincang undi tidak percaya OLEH MD IZWAN

Posted: 02 Nov 2015 03:00 AM PST



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya berhasrat bertemu speaker Dewan Rakyat bagi berbincang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya berhasrat bertemu speaker Dewan Rakyat bagi berbincang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan pembaharuan pilihan raya (Bersih 2.0) berhasrat menemui Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menggesa beliau membenarkan usul undi tidak percaya ke atas perdana menteri dibahas dan pengundian dijalankan.

Bersih hari ini menghantar surat kepada speaker di Parlimen dan memohon satu perjumpaan dengan beliau, susulan kenyataan Pandikar yang mengatakan usul tersebut hanya akan dibincang pada sidang Dewan tahun depan.

"Kami berada di sini untuk menghantar surat kepada Pandikar untuk bertemu beliau dan berbincang mengenai undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Razak.

"Kami mahu pujuk beliau supaya usul ini diluluskan dan untuk ahli Parlimen mengundinya," kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di lobi Parlimen selepas mereka menghantar poskad dan surat atas talian kepada wakil rakyat pembangkang pagi ini.

Awal bulan lepas, kumpulan tersebut melancarkan kempen atas talian bagi mendesak orang awam menyertai dan menyampaikan mesej hilang kepercayaan ke atas kerajaan sedia ada.

Setakat ini, Bersih 2.0 mengumpulkan 31,000 poskad dan surat atas talian daripada 211 kawasan Parlimen dan sebahagiannya sudah diserah kepada ahli Parlimen hari ini.

Terdapat juga poskad dan usul yang dikutip daripada kawasan Parlimen Najib di Pekan.

Maria berkata, kempen terseut akan diteruskan sehingga usul undi tidak percaya itu dijalankan.

"Kami mahu ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya kerana kami mahu jawapan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun perdana menteri," katanya.

Najib ketika ini berdepan dengan kritikan susulan skandal kewangan membabitkan syarikat sarat hutang itu dan isu wang derma RM2.6 bilion sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu. – 2 November, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pakatan Harapan tidak hirau pendirian Hadi, tetap tidak sokong Bajet OLEH MD IZWAN

Posted: 02 Nov 2015 02:15 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan tetap akan meneruskan langkah menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan tetap akan meneruskan langkah menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan tetap akan meneruskan langkah menolak Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober.

Pakatan Harapan tetap tidak akan menyokong Bajet 2016 dan enggan menghiraukan pendirian PAS yang tidak akan menyokong usul menolak bajet itu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menghormati pendirian dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun gabungan baharu pembangkang itu tetap akan meneruskan langkah menolak bajet yang dibentang Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.

"Itu pendirian PAS. Tetapi, setengah daripada mereka, secara senyap-senyap kata lain," kata Dr Wan Azizah mengulas kenyataan Hadi.

Hadi semalam dipetik berkata, PAS akan mengambil tindakan berkecuali dan ahli Parlimennya sebulat suara tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016 kerana dasar parti Islam itu ialah menyokong perkara positif untuk rakyat.

Beliau juga berkata, pendirian tersebut akan menjadi penghalang utama untuk Pakatan Harapan berjaya dalam undi blok ahli Dewan ke atas bajet yang dibentangkan Najib.

"Pendirian bercanggah akan susahkan undi blok. Itu memang kita hadapi daripada dahulu lagi. Kalau kita bergantung kepada blok pembangkang memang kita tidak cukup angka," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen PAS Nik Mohd Abduh Nik Aziz berkata walaupun mereka tidak menyokong penuh pembentangan bajet, tidak dinafikan terdapat juga bahagian dalam bajet yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Anwar diberi layanan istimewa dalam penjara, kata Nur Jazlan OLEH MD IZWAN

Posted: 02 Nov 2015 01:30 AM PST


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Putrajaya sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh tahanannya di Penjara Sungai Buloh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Putrajaya sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh tahanannya di Penjara Sungai Buloh.

Putrajaya hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat layanan terbaik di dalam penjara, sebaliknya mereka sudah memberi layanan istimewa sepanjang bekas ketua pembangkang itu berada dalam tahanan di Sungai Buloh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, Putrajaya sudah memberi layanan terbaik semaksimum mungkin.

"Saya tak terbayang keadaan keluarga YB (Nurul Izzah Anwar) alami situasi ini. Tapi Datuk Seri Anwar diberi layanan semaksimum untuk diperiksa," kata Nur Jazlan semasa menjawab soalan Nurul Izzah di Dewan Rakyat pagi ini.

Menurut ahli Parlimen Pulai itu, Anwar juga diberi layanan istimewa berbanding banduan lain dan berharap mereka dapat memahami kerajaan sentiasa menjaga keadaan kesihatan ketua umum PKR itu.

"Pelbagai keistimewaan diberi yang tidak diberi kepada banduan lain. Saya harap keluarga Datuk Seri Anwar memahami kerajaan sentiasa menjaga kesihatan beliau," katanya.

Keluarga Anwar sebelum ini menuduh Putrajaya tidak memberikan rawatan terbaik susulan kecederaan bahu dialaminya dan mendakwa masa lawatan juga dihadkan.

Menurut Nur Jazlan, sepanjang berada dalam penjara hampir 38 minggu, Anwar sudah menjalani pemeriksaan kesihatan sebanyak 83 kali termasuk 10 kali fisioterapi dan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebanyak 7 kali.

Sepanjang tempoh itu juga, keluarganya diberi peluang berjumpa sebanyak 15 kali dan perjumpaan dengan peguam sebanyak 65 kali.

"Ini satu keistimewaan yang diberi," katanya.

Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak berpuas hati dengan jawapan Nur Jazlan serta mendesak supaya Anwar diberikan rawatan fisioterapi intensif seperti dicadangkan doktor.

"Doktor sudah menasihati supaya beliau jalani intensive fisio. Kenapa tak diberi rawatan yang didesak doktor? Maka Anwar mungkin kena jalani pembedahan," katanya.

Nurul Izzah juga mempersoalkan pendirian kerajaan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri sudah membuat keputusan mahu Anwar segera dibebaskan.

"PBB sudah desak Datuk Seri Anwar dibebaskan. Adakah YB sedia ikut pandangan PBB bebaskan Datuk Seri Anwar?" katanya.

Namun, Nur Jazlan menasihati supaya Nurul Izzah tidak mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat mahkamah.

"Saya rasa tak elok persoalkan keputusan mahkamah. Tak boleh pertikai keputusan," katanya.

Pada Julai lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menerima rawatan ke atas kecederaan bahunya yang serius kesan kemalangan kereta tahun lalu.

Terdahulu, keluarga Anwar mendakwa kerajaan menyekat akses bertemu pemimpin pembangkang itu dengan pelbagai larangan seperti memendekkan masa lawatan dan tidak memberi rawatan yang dituntut.

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PAS tak setuju GST, tapi tak tolak Bajet 2016, kata Nik Abduh OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 02 Nov 2015 12:45 AM PST

Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju Bajet 2016 dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak tetapi mengakui ia turut menjaga kebajikan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju Bajet 2016 dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak tetapi mengakui ia turut menjaga kebajikan rakyat.

Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju Bajet 2016 dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak tetapi mengakui ia turut menjaga kebajikan rakyat.

PAS tidak bersetuju dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun parti itu tidak akan menyokong usul menolak Bajet 2016 kerana terdapat beberapa perkara di dalamnya yang mempunyai kebaikan untuk rakyat, kata Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga ketua Pemuda PAS itu turut bersetuju, Bajet 2016 dibentangkan perdana menteri pada 23 Oktober lalu dirangka demi menjaga karier politik Datuk Seri Najib Razak.

Namun, kata ahli Parlimen Pasir Mas itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini, bajet berkenaan juga menjaga kebajikan rakyat.

"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan. Antara unsur utama adalah, jaga parti mereka, termasuk Najib. Saya bersetuju, bajet jaga Najib, tetapi ia juga menjaga rakyat Malaysia.

"Kita tidak sokong (usul tolak bajet) kerana ada banyak bangkangan yang kita bangkang. Kita juga tidak bangkang kerana bajet ini memang asalnya untuk kebaikan rakyat Malaysia. Maka kita berkecuali," katanya.

Anak bekas mursyidul am PAS itu turut mengulangi kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang parti itu bersedia mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan berhubung isu membabitkan kepentingan rakyat.

"Hari ini ketika perbahasan, dan ahli Parlimen kita ambil bahagian, kita sudah sebutkan akan terus membuat penambahbaikan dalam bajet pada perbincangan di peringkat jawatankuasa.

"Kita sentiasa minta kerajaan jemput kita dalam perkara-perkara berkaitan kemajuan negara. Tetapi isunya, kita jarang dapat jemputan daripada kerajaan. Kalau kerajaan panggil, kita akan beri kerjasama," katanya.

Beliau berkata, PAS turut sedia menyahut panggilan kerajaan sekiranya diminta membantu, sama ada melalui jemputan rasmi atau tidak rasmi.

"Rasmi atau tidak rasmi tidak penting, yang penting kerajaan panggil kita. Kita nak beri sumbangan kepada rakyat.

"Selama ini, PAS terpinggir kerana dianggap seperti musuh," katanya sambil menambah, sekiranya Putrajaya berhasrat berubah, mereka perlu melakukan perbincangan bersama parti pembangkang.

"Kalau kerajaan nak berubah, maka kena panggil PAS, PKR dan DAP berbincang."

Beliau turut menafikan terdapat kerjasama politik antara PAS dan Barisan Nasional (BN), sambil menegaskan PAS akan kekal sebagai parti pembangkang.

"Kita akan kekal sebagai parti pembangkang dan tiada niat bekerjasama dengan BN," katanya. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PBB gesa pembebasan Anwar, dakwa langgar undang-undang antarabangsa OLEH MD IZWAN

Posted: 02 Nov 2015 12:00 AM PST

.
Zar Ali's photo. Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB menyifatkan perbicaraan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta. 

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB menyifatkan perbicaraan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa pembebasan beliau dengan segera.

Keputusan itu diputuskan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta.

 
"Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes itu, kumpulan kerja berpendapat jalan untuk membetulkan keadaan adalah membebaskan Saudara Anwar dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan kerja itu yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Parlimen pagi ini.

Nurul Izzah bersyukur dengan pendirian PBB itu sekali gus memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurut saranan mereka.

"Pendirian tegas sebegini, bersolidariti bersama-sama Anwar menghantar satu mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan dunia," katanya. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT