Jumaat, 30 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


FOTO Penunggang Motosikal Terhumban Dan Terbenam Ke Dalam Laut Elak Kemalangan Atas Jambatan P. Pinang

Posted: 30 Oct 2015 10:45 PM PDT



Seorang lelaki telah tercampak ke laut selepas motosikal yang ditunggangnya telah bergesel dengan sebuah motosikal lain semasa mengelak sebuah kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berkenaan, Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya mengalami cedera ringan selepas dia terjatuh dan terbenam di dalam lumpur bawah jambatan.

Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Perai Roslan Rashid berkata kejadian pada 9.30 pagi di KM1.4 Jambatan Pulau Pinang itu melibatkan dua motosikal dari arah Perai menghala ke pulau.

"Muhammad Noor Firdaus bernasib baik kerana air laut surut menyebabkan sebahagian badannya terbenam dalam lumpur," katanya dipetik laporanBernama.

Menurut beliau lagi, pihaknya telah melakukan operasi menyelamat di sekitar jambatan serta di permukaan air dari atas jambatan itu sebaik mendapat laporan berhubung kejadian itu.

"Mangsa ditemui di permukaan air dan dibawa keluar menggunakan sistem anchoring...kami menariknya ke atas jambatan yang setinggi kira-kira 10 meter itu," katanya.

Kerana kemalangan ini, trafik di atas jambatan dikatakan sesak sepanjang 5 kilometer kerana ramai yang berhenti di bahu jalan untuk menyaksikan kejadian berkenaan. 


Kenali orang di belakang peningkatan integriti SPRM OLEH NABIHAH HAMID

Posted: 30 Oct 2015 10:00 PM PDT


Datuk Seri Zakaria Jaffar yang bersara sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM berkata beliau hidup bersederhana dan berbelanja dalam kemampuan, serta menanggung pendidikan 11 anaknya tanpa pinjaman. –

Datuk Seri Zakaria Jaffar yang bersara sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM berkata beliau hidup bersederhana dan berbelanja dalam kemampuan, serta menanggung pendidikan 11 anaknya tanpa pinjaman. 
 
Susulan banyak kes berprofil tinggi yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mencegah gejala rasuah, imej dan kepercayaan masyarakat terhadap badan itu meningkat naik.

Walaupun tidak berapa lama dahulu dipandang negatif berikutan kematian bekas pembantu kepada Exco Selangor Teoh Beng Hock daripada DAP, banyak kejadian "unik" melibatkan SPRM, terutama apabila menyiasat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menambahkan simpati rakyat terhadap suruhanjaya itu.

Bekas timbalan ketua pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar, yang bersara baru-baru ini, merupakan antara tulang belakang kepada meningkatnya integriti suruhanjaya itu di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam ucapan sempena persaraannya yang mendapat tempat di portal-portal berita, Zakaria mendedahkan individu paling berkuasa di Malaysia sedang disiasat berhubung bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Zakaria berkata, untuk berdiri teguh menangani rasuah, seseorang itu perlu prinsip yang kuat.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah, Zakaria menegaskan prinsip hidupnya dalam menangani rasuah adalah tidak mengira pangkat dan darjat.

Katanya, musuh utama SPRM ialah pengamal rasuah kerana gejala itu bukan sahaja menghancurkan masyarakat tetapi memberi kesan buruk kepada negara.

"Boleh lihat dalam video di Youtube, saya bercakap sewaktu 2013 kepada pegawai SPRM apa peranan kita, bagaimana tindakan kita untuk cegah rasuah.

"Saya kata sesiapa yang melakukan rasuah, itulah musuh kita, kita tidak ada musuh lain. Bukan parti, bukan jawatan, bukan bangsa.

"Dia keluarga kita ke, dia ahli politik ke, dia perdana menteri ke, datang sahaja aduan mengenai rasuah, itulah tanggungjawab kita untuk menjalankan siasatan," katanya dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Anak kelahiran Kelantan yang bersara secara rasmi 12 Oktober lalu itu turut menyeru masyarakat sentiasa bersedia bekerjasama menjadi pemberi maklumat rasuah dan memahami tugas berat SPRM.

Datuk Seri Zakaria Jaffar memberi lambaian terakhir ketika majlis persaraannya. Beliau gembira masyarakat semakin yakin dgn SPRM sekarang, berbanding ketika ia ditubuhkan.

Datuk Seri Zakaria Jaffar memberi lambaian terakhir ketika majlis persaraannya. Beliau gembira masyarakat semakin yakin dgn SPRM sekarang, berbanding ketika ia ditubuhkan.

"Ada satu masalah masyarakat yang tidak memahami proses kerja SPRM. Kita ada pelbagai proses, bila kita dah buat siasatan, bukan kerja kita untuk mendakwa. Pendakwaan dilaksanakan badan undang-undang iaitu timbalan pendakwa raya dan proses terakhir di mahkamah.

"Masyarakat perlu bekerjasama, kalau tak jaga masalah gejala rasuah, negara boleh runtuh bila-bila masa," katanya yang mengakui melalui pelbagai pengalaman pahit manis sewaktu berada dalam SPRM.

Keyakinan masyarakat meningkat

Meskipun begitu, beliau gembira dengan keyakinan rakyat terhadap badan itu meningkat dari 39% pada 2009 kepada 68% pada 2014.

"(Sebelum ini) kita hendak tahu tahap kepercayaan masyarakat, maka kita buat kajian dan waktu itu hanya 39% keyakinan, terkejut besar kami.

"Tetapi ia meningkat pada 68% dan sasaran keyakinan 70% pada tahun 2015," kata Zakaria.

"Kalau kita ambil sejarah terdekat pada 2008, sewaktu pilihan raya ke-12, kerajaan dapat majoriti mudah dan banyak isu rasuah dibangkitkan. Bahkan, SPRM dikatakan tidak telus dan tidak bebas.

"Kita bentangkan solusi, akhirnya kerajaan buat keputusan tukarkan kami kepada suruhanjaya," kata Zakaria yang memiliki kelulusan Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perubahan melibatkan Akta SPRM katanya, membawa kesan besar termasuk melibatkan 5 badan pengawal dalam agensi itu sendiri.

Hidup bersederhana tanpa hutang, pinjaman

Dalam pada itu, bapa kepada 11 orang anak itu turut berkongsikan kisah hidupnya terutamanya dari segi menguruskan kewangan.

Kehidupannya yang amat bersederhana memberikan pulangan setimpal dengan usaha, terutamanya mampu memiliki rumah tanpa membuat sebarang pinjaman.

"Saya ini orang susah, bapa kerja sebagai petani. Bapa saya sudah terapkan sikap bersederhana dan tidak berhutang sejak kecil lagi. Kita belanja ikut kemampuan.

"Rumah saya ini, saya beli tanah dengan harga RM40,000 wang yang saya simpan dan untuk membina rumah ini dengan kos RM80,000 saya ambil masa 10 tahun.

"Saya buat sikit-sikit. Ubahsuai rumah ikut kemampuan," katanya, dan menambah tidak pernah menggunakan kad kredit kerana ia hanya memberi keburukan.

"Belanja makan luar pun tiada. Saya makan hanya di rumah," kata Zakaria yang turut menasihatkan anak muda agar dapat menguruskan kewangan dengan bijak.

Untuk hidup berkat katanya, keutamaan perlu diberikan kepada ibu bapa.

"Berilah wang belanja RM10 sekalipun, itu tanggungjawab kita. Kita kena percaya keberkatan rezeki Allah beri."

Untuk perbelanjaan anak-anak pula katanya, ibu bapa digalakkan mencarum insurans pendidikan dan membuka akaun tabung haji untuk simpanan yang konsisten.

"Percayalah, walaupun simpan sedikit, hasilnya kita akan nampak," tambahnya, yang turut memberitahu kesemua 11 anaknya yang memasuki universiti ditanggung sepenuhnya dan tidak membuat sebarang pinjaman pendidikan. – 31 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PAS Selangor pertahan kerusi DUN pada PRU akan datang

Posted: 30 Oct 2015 09:15 PM PDT


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata partinya tahu DAP berhasrat bertanding 8 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata partinya tahu DAP berhasrat bertanding 8 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

PAS Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin PAS Selangor memutuskan untuk mempertahankan semua 8 kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS sedia maklum DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan PAS...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam.

Sementara itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata PAS negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam PRU itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70% pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi PAS," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS dalam PRU akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. – Bernama, 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor Memberi BONUS Membuktikan Bahawa Pakatan Rakyat Adalah "Kerajaan Rakyat"...

Posted: 30 Oct 2015 08:30 PM PDT

Azrin Shah Aziz's photo.

Semua kakitangan awam di Negeri Selangor akan menerima bonus setengah bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan hadiah itu sebagai sebahagian daripada bajet negeri 2016.

Beliau berkata, ia susulan bonus sebulan gaji yang dibayar pada Mei lalu. Pembayaran bonus itu akan melibatkan kos sebanyak RM44.1 juta kepada kerajaan negeri dalam Bajet 2016 itu, kata Azmin.

"Atas sumbangan mereka melaksanakan dasar kerajaan negeri secara efektif dan berkualiti serta mengambil kira prinsip perbelanjaan berhemah, kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus satu bulan setengah gaji. "Pembayaran bonus sebulan gaji dibuat pada Mei tahun ini.

"Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember, 2015 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak," kata Azmin dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor.

Pada masa sama, Azmin turut mengumumkan kenaikan elaun bagi 6,900 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daripada RM1,300 kepada RM 1,500 sebulan, yang melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM18.71 juta.

Termasuk juga katanya, peruntukan RM1.41 juta untuk menaikkan elaun 150 guru di Kafa Integrasi Negeri Selangor daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Selain, itu ketua guru juga dinaikkan elaun daripada RM100 kepada RM150 sebulan dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid naik sebanyak RM80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60.

DAP menangi hati penduduk kawasan terpencil Sarawak OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 30 Oct 2015 08:00 PM PDT


Sukarelawan DAP dan penduduk kampung cuba mengalih sebuah batu besar bagi projek pemasangan paip air di Long Luping, Lawas, Sarawak. –

Sukarelawan DAP dan penduduk kampung cuba mengalih sebuah batu besar bagi projek pemasangan paip air di Long Luping, Lawas, Sarawak. –

Di kebanyakan kampung di Semenanjung Malaysia, DAP masih menerima reputasi buruk, tetapi semakin banyak tempat terpencil di Sarawak menerima dengan tangan terbuka kedatangan parti pembangkang itu.

Pada 27 September, parti itu menyiapkan projek bekalan air untuk Kampung Long Luping di Lawas, sebuah perkampungan desa Orang Ulu berhampiran sempadan Indonesia di Kalimantan tengah.

Projek itu siap hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya negeri di Sarawak, yang akan diadakan pada atau sebelum 20 September, 2016.

Selain calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13, DAP tidak mempunyai wakil tempatan atau pejabat di Lawas, yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan menggunakan jalan tidak berturap, juga bandar terdekat dengan Long Luping.

Populariti DAP di kalangan puak Orang Ulu menunjukkan kejayaannya menembusi kawasan paling hulu di Sarawak, kata seorang sukarelawan Impian Sarawak.

Tetapi kejayaan itu ada kesannya. Rakan sekutu pembangkang PKR, yang juga banyak melakukan kerja untuk kalangan luar bandar, mula tidak selesa dengan kemungkinan DAP bertanding kerusi luar bandar.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak juga memperhebat kempen propaganda memburuk-burukkan DAP di kalangan rakyat negeri itu di luar bandar, sama seperti dilakukan di Semenanjung.

Dari mulut ke mulut
Jejak DAP paling besar di kalangan masyarakat luar bandar Sarawak ialah menerusi inisiatif Impian Sarawak, di mana mereka membantu komuniti miskin dengan projek infrastruktur berskala kecil.

Dalam kebanyakan projek itu, aktivis atau ahli mencadangkan kampung yang serba kekurangan kepada pasukan Impian Sarawak bagi mendapatkan bantuan.

Dalam kes kawasan Orang Ulu, skim itu dijalankan menerusi mulut ke mulut dan penduduk kampung sendiri yang minta bantuan, kata Dr Baru Langub atau Dr Bob (gambar, kiri), seorang pemimpin DAP Orang Ulu berpangkalan di Miri, Sarawak.

Pemimpin masyarakat di Kampung Long Luping mendengar kisah bagaimana Impian Sarawak membantu memasang sistem air graviti di kampung berhampiran, Kampung Long Sukang, dan meminta nombor telefon Impian Sarawak untuk dihubunginya.

Sistem air di Kampung Long Sukang juga dipasang selepas pemimpin di kampung itu terdengar mengenai program Impian Sarawak daripada seorang rakan di Limbang. Rakan dari Limbang itu tinggal di rumah panjang di mana Impian Sarawak memasang sistem air yang serupa.

Dalam kebanyakan projek Impian Sarawak sebelum ini, sukarelawan terpaksa berdepan dengan kebanyakan penduduk yang takut kerajaan BN negeri akan menghukum penduduk yang bekerja dengan parti pembangkang.

"Di Long Luping dan Long Sukang, penduduknya terbuka untuk bekerja dengan kita," kata Dr Bob.

"Sudah 10 tahun kita minta BN bantu dengan bekalan air ke kampung kami. Mereka selalu kata tunggu, tunggu. Tidak pernah sampai," kata Balang Lawai, pemimpin masyarakat dari Long Luping.

Dua kampung itu menghadapi masalah serupa. Setiap kampung hanya ada satu sistem air yang dikongsi antara sekolah rendah dan rumah.

Antara jam 6 petang dan 6 pagi, tidak ada bekalan air di rumah kerana ia disalurkan ke sekolah, di mana terdapat asrama di sana.

Dari 6 pagi hingga 6 petang, semua bekalan air akan disalurkan ke kampung, dan sekolah tidak ada air langsung.

Pada musim kemarau, guru terpaksa membawa murid mandi di sungai berhampiran kerana air tidak mencukupi, kata seorang bapa Leban Sakai.

Dengan adanya sistem baharu itu, kedua-dua kampung dan sekolah masing-masing mempunyai bekalan air 24 jam.

Pemimpin masyarakat Long Sukang Yaris Semayong mendakwa DAP dihormati disebabkan 2 projek air itu dan penduduk kampung akhirnya sedar kemungkinan memilih seseorang yang lain daripada BN untuk mentadbir.

"Bagi Orang Ulu, kita tidak memilih berdasarkan bangsa atau agama, hanya siapa yang terbaik dalam berkhidmat kepada rakyat," kata petani berusia 54 tahun itu.

Tindak balas dan akibat

Tetapi wujud tindak balas daripada pihak berkuasa Sarawak dan menteri negeri yang berusaha menyerang Impian Sarawak di media tempatan.

Kanak-kanak Bidayuh menyalakan pelita menandakan berakhirnya projek Impian Sarawak di Long Luping, Lawas.

Kanak-kanak Bidayuh menyalakan pelita menandakan berakhirnya projek Impian Sarawak di Long Luping, Lawas. –

Yaris dari Long Sukang mendakwa mendapat tekanan pejabat daerah Lawas untuk membatalkan projek kampung itu. Beliau bertegas dan penduduk kampung serta pasukan Impian Sarawak berjaya menyiapkannya.

Reputasi lebih baik dengan masyarakat kampung menerusi Impian Sarawak mendorong DAP mempertimbangkan untuk bertanding di kawasan luar bandar Sarawak dan ini akan menyebabkan kemungkinan wujudnya pertembungan dengan PKR.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien mengesahkan parti itu menyasarkan untuk bertanding di 30 kerusi dalam pilihan raya negeri tahun depan, naik daripada 11 kerusi yang dipegang sekarang.

DAP menang hampir semua kerusi di kawasan bandar, di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

"Jadi andaian logik ialah, DAP kini melihat untuk mengembangkan ke kawasan bandar lebih kecil Sarawak, di kawasan pedalaman, kalau tidak di mana lagi mereka hendak cari tambahan 19 kerusi?," kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Kemungkinan pertembungan antara 2 parti pembangkang itu sangat tinggi kerana tidak seperti di Semenanjung, DAP bukan gabungan rasmi dengan PKR.

"PKR sudah banyak berusaha untuk membina pangkalan parti di kawasan luar bandar sejak pilihan raya negeri sebelum ini (pada 2011). Mereka kini mempunyai ramai ahli di kalangan suku Sarawak," kata seorang pemimpin DAP dari selatan Sarawak yang juga enggan dinamakan.

"Jika kita tidak menyelesaikan konflik kerusi kita dan berdepan dengan mereka dan BN, ia boleh jadi sangat teruk."

BN Sarawak masih menjadi halangan terbesar.

Dr Bob mendakwa menteri BN Sarawak menuduh projek Impian Sarawak sebagai cacat. Malah ada laporan di akhbar Sarawak mendakwa penduduk sebenarnya terpaksa membayar yuran pendahuluan RM250 seorang bagi setiap projek.

Secara realitinya, kos bahan dan operasi bagi projek Impian Sarawak ditanggung DAP menerusi derma orang ramai. Penduduk kampung hanya perlu membantu memasang projek itu bersama sukarelawan DAP yang datang untuk melaksanakannya.

"BN kata mereka mahu buat semuanya untuk ambil balik kerusi pembangkang," kata Dr Bob, menambah kebimbangan yang bertambah itu bukan perkara buruk.

"Saya beritahu penduduk kampung, jika BN mahu melakukannya, baguslah. Minta semuanya daripada mereka, jalan, air, bekalan elektrik dan pastikan mereka melaksanakannya semua sebelum anda mengundi. Lebih pun, semua benda itu daripada duit rakyat, bukan mereka," katanya. – 31 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Umno Menggelupur Dengan Tindakan Azmin Ali?

Posted: 30 Oct 2015 07:30 PM PDT


Zar Ali's photo. Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bonus setengah bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan hadiah itu sebagai sebahagian daripada bajet negeri 2016.

Beliau berkata, ia susulan bonus sebulan gaji yang dibayar pada Mei lalu. Pembayaran bonus itu akan melibatkan kos sebanyak RM44.1 juta kepada kerajaan negeri dalam Bajet 2016 itu, kata Azmin.

"Atas sumbangan mereka melaksanakan dasar kerajaan negeri secara efektif dan berkualiti serta mengambil kira prinsip perbelanjaan berhemah, kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus satu bulan setengah gaji. "Pembayaran bonus sebulan gaji dibuat pada Mei tahun ini.

"Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember, 2015 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak," kata Azmin dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor.


Pada masa sama, Azmin turut mengumumkan kenaikan elaun bagi 6,900 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daripada RM1,300 kepada RM 1,500 sebulan, yang melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM18.71 juta.

Termasuk juga katanya, peruntukan RM1.41 juta untuk menaikkan elaun 150 guru di Kafa Integrasi Negeri Selangor daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Selain, itu ketua guru juga dinaikkan elaun daripada RM100 kepada RM150 sebulan dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid naik sebanyak RM80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60.



ADDIN.

Warga Emas Nyanyuk Koyak Wang Kertas RM 32,151Warga Emas Nyanyuk Koyak Wang Kertas RM 32,151 Posted by Kita Bantai

Posted: 30 Oct 2015 07:00 PM PDT


wang kertas
China - Seorang warga emas yang mempunyai penyakit nyanyuk bertindak mengoyak wang simpanannya yang berjumlah 47,600 Yuan (RM 32,151).

Perbuatan warga emas yang dikenali sebagai Luo itu disedari oleh anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan ayahnya namun terkejut selepas mendapati kesemua duit telah hilang.


Selepas diselidik, catatan transaksi menunjukkan wang itu dikeluarkan sendiri oleh bapanya.

Anaknya bersama keluarga kemudian mencari dimana duit itu dan menjumpai kesemua wang terbabit disimpan di dalam sebuah beg pakaian besar. Namun kesemua wang itu dijumpai dalam keadaan yang sudah terkoyak.

Anaknya kemudian meminta bantuan dari pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang tersebut.

Pengurus bank, Wang Jun, mengerahkan 9 kakitangan untuk membantu mencantum kesemua wang tersebut.

"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya -

Tony Fernandes dilapor mahu jual AirAsia RM853 juta

Posted: 30 Oct 2015 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan sudah mula mengadakan perbincangan bersama pihak bank bagi mengambil alih syarikat penerbangan tambang murah itu pada nilai AS$200 juta (RM853 juta).

Menurut laporan Reuters, perkara berkenaan ekoran harga saham syarikat penerbangan berkenaan yang dikatakan telah jatuh merudum.

Selain itu, usahawan dan rakan kongsi perniagaan beliau, Datuk Kamarudin Meranun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad (AirAsia X), turut dilaporkan meminjam wang ke atas 19 peratus pegangan tidak langsung mereka dalam AirAsia daripada Credit Suisse dan CIMB Bank (CIMB) untuk membantu dana usaha niaga swasta terbabit.

Jelas laporan itu, kejatuhan dalam harga saham AirAsia telah membawa kepada pelanggaran syarat-syarat cagaran pinjaman dan menurut dua sumber, ia adalah salah satu sebab mengapa kedua-dua ahli perniagaan tersebut memulakan rundingan kepada pembelian kuasa pengurusan.

Dalam pada itu, ketika dihubungi, jurucakap AirAsia menolak untuk memberi sebarang komen berkaitan hal itu malah menurut Reuters, Fernandes dan Kamarudin pula tidak membalas emel yang dihantar bagi mendapatkan penjelasan.

Kewujudan pinjaman berkenaan yang tidak pernah didedahkan kepada umum adalah disebabkan transaksi yang bersifat peribadi mula menunjukkan sedikit sebanyak hala tuju serta masa depan syarikat penerbangan berkenaan yang juga merupakan pelanggan utama kepada Airbus di Asia kini terikat kepada pelaburan lain daripada pengasasnya, jelas laporan itu.

Malah mengikut dua sumber yang mempunyai pengetahuan berkaitan situasi itu, pinjaman telah dilakukan bagi membantu membiayai pembelian pada tahun 2011 oleh syarikat induk Fernandes iaitu Tune Group.

Untuk pinjaman saham yang disokong ia merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan hartawan di rantau ini, memerlukan sejumlah besar cagaran kerana mereka tertakluk kepada turun naik pasaran saham dan ia adalah situasi yang kurang jelas sekiranya Fernandes dan rakan perniagaannya telah meminta untuk pinjaman yang segera secara rasmi.

Namun begitu, tiada bukti mengatakan sama ada Fernandes atau Kamarudin yang telah memulakan empayar perniagaan yang dianggarkan bernilai melebihi nilai pinjaman saham yang disokong itu dan tidak berkemampuan untuk membayar kembali wang pinjaman itu.

Sementara itu, jurucakap Credit Suisse yang berpangkalan di Hong Kong serta CIMB turut menolak untuk memberikan maklum balas ataupun komen. 
 
 
– AGENSI 
 
 
Zar Ali's photo.Zar Ali Kenapa Air Asia tidak menawarkan kepada BIA ( Brunei International Agency ) yang beribu pejabat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pentadbiran nya nanti jauh lebih TELUS DAN BERSIH.

Gambar wanita seiras Rosmah jadi perhatian FMT Reporters muka-rosmah_600

Posted: 30 Oct 2015 06:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

PETALING JAYA: Seorang wanita dilaporkan memiliki wajah seiras dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Gambar gadis berkenaan yang menjadi viral sejak pagi Jumaat turut mendapat perhatian pengguna laman sosial. 

Bagaimanapun, tidak diketahui latar belakang pemilik gambar berkenaan ekoran tidak dinyatakan oleh pihak yang menyebarkannya. 

 

Malah, gambar itu turut menimbulkan teka-teki sama ada ia adalah gambar seorang gadis yang wajahnya seiras dengan Rosmah atau ia sebenarnya gambar Rosmah sendiri ketika beliau masih muda. 

Foto yang tersebar itu turut dimuatnaik di blog Bulletin Media.
Gambar wanita seiras Rosmah jadi perhatian FMT Reporters muka-rosmah_600 PETALING JAYA: Seorang wanita dilaporkan memiliki wajah seiras dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Gambar gadis berkenaan yang menjadi viral sejak pagi Jumaat turut mendapat perhatian pengguna laman sosial. Bagaimanapun, tidak diketahui latar belakang pemilik gambar berkenaan ekoran tidak dinyatakan oleh pihak yang menyebarkannya. Malah, gambar itu turut menimbulkan teka-teki sama ada ia adalah gambar seorang gadis yang wajahnya seiras dengan Rosmah atau ia sebenarnya gambar Rosmah sendiri ketika beliau masih muda. Foto yang tersebar itu turut dimuatnaik di blog Bulletin Media.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Perkasa cadang Umno - PAS selesai isu menerusi Majlis Ukhuwah Islamiah Negara

Posted: 30 Oct 2015 05:30 PM PDT


Presiden Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara dicadangkan bagi membolehkan Umno dan PAS cari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja. –

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara dicadangkan bagi membolehkan Umno dan PAS cari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja. –

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Muin) bagi membolehkan Umno dan PAS mencari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Muin boleh menjadi badan gabungan Umno-PAS untuk membincangkan isu berkaitan tanpa libatkan politik, sebaliknya lebih ke arah kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Perkasa sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kepentingan politik mahu Muin menjadi tempat buat Umno dan PAS berbincang menangani beberapa isu berkaitan Islam dan institusi raja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Khas Perkasa Parlimen Kuala Terengganu, hari ini.

Ibrahim berkata dalam menyelesaikan isu Islam dan institusi raja, kedua-dua parti perlu ada ruang yang membolehkan mereka duduk bersama menyelesaikan masalah demi kepentingan orang Melayu serta Islam.

Katanya cadangan penubuhan Muin dikemukakan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiga minggu lepas, dan parti itu bersedia mengkajinya. – Bernama, 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

DAP mungkin tanding 8 kawasan PAS di Selangor.

Posted: 30 Oct 2015 05:00 PM PDT


Zar Ali's photo.
DAP mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan sudah bersedia ke arah itu, kata setiausaha publisitinya Tony Pua.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

"Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Kerusi-kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang, yang mana tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor,"

Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan AMANAH.

PAS tidak bergabung dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS sebelum ini bersekutu dalam Pakatan Harapan tetapi hubungan itu tidak dapat kekal lama setelah perbalahan berterusan, terutamanya dalam isu langkah pelaksanaan hudud di Kelantan.


BATU VS KAYU.

SELAMAT PAGI SEMUA.......

Posted: 30 Oct 2015 04:30 PM PDT


Azmin umum bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan awam Selangor

Posted: 30 Oct 2015 09:00 AM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2016 di Shah Alam, hari ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2016 di Shah Alam, hari ini.

Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bonus setengah bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan hadiah itu sebagai sebahagian daripada bajet negeri 2016.

Beliau berkata, ia susulan bonus sebulan gaji yang dibayar pada Mei lalu.

Pembayaran bonus itu akan melibatkan kos sebanyak RM44.1 juta kepada kerajaan negeri dalam Bajet 2016 itu, kata Azmin.

"Atas sumbangan mereka melaksanakan dasar kerajaan negeri secara efektif dan berkualiti serta mengambil kira prinsip perbelanjaan berhemah, kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus satu bulan setengah gaji.

"Pembayaran bonus sebulan gaji dibuat pada Mei tahun ini.

"Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember, 2015 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak," kata Azmin dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor.

Pada masa sama, Azmin turut mengumumkan kenaikan elaun bagi 6,900 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daripada RM1,300 kepada RM 1,500 sebulan, yang melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM18.71 juta.

Termasuk juga katanya, peruntukan RM1.41 juta untuk menaikkan elaun 150 guru di Kafa Integrasi Negeri Selangor daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Selain, itu ketua guru juga dinaikkan elaun daripada RM100 kepada RM150 sebulan dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid naik sebanyak RM80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60. – 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Selangor jamin tiada lagi catuan air dalam Belanjawan 2016 OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 30 Oct 2015 08:30 AM PDT



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini, untuk membentangkan Belanjawan 2016.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini, untuk membentangkan Belanjawan 2016.


Tidak akan berlaku lagi catuan air di Selangor, itu jaminan kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang membentangkan belanjawan itu berkata jaminan itu dinyatakan selepas kejayaan kerajaan negeri menyelesaikan isu penswastaan industri perkhidmatan air.

"Kejayaan ini membolehkan industri perkhidmatan air disusun semula ke arah perkhidmatan yang lebih baik," katanya di DUN Selangor, Shah Alam, hari ini.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program air percuma dalam belanjawan tahun depan dengan peruntukan RM1.08 bilion.

Beliau dalam ucapannya turut menyentuh mengenai pelaksanaan Projek Langat 2 di mana kerajaan negeri sedang dalam usaha membangunkan sumber air baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

"Kerajaan negeri memandang serius apabila pelaksanaan Projek Langat 2 hanya dijangka siap pada pertengahan 2019.

"Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif membangunkan sumber air baru bagi memitigasikan sebarang kemungkinan kekurangan bekalan air antara tempoh 2017-2019.

"Projek sumber air baru yang dikenal pasti untuk dibangunkan dengan kos bernilai RM778 juta ialah Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat dan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir," katanya.

Selangor pada masa lalu terpaksa memperkenalkan catuan air semasa musim kemarau.

Azmin berkata pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), syarikat konsesi air utama di negeri itu, selesai 2 minggu lalu. – 30 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Ahli Umno boleh disiasat walaupun tanpa aduan

Posted: 30 Oct 2015 08:00 AM PDT


Ahli Umno boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ahli Umno boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.


Ahli Umno boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, dan Perlembagaan parti mempunyai peruntukan yang jelas untuk mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati melanggar peraturan parti.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ahli yang membuat kenyataan terbuka di media sehingga menjejaskan parti, boleh disiasat dan dibawa kepada Lembaga Disiplin.

"Ahli terbabit dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno untuk siasatan dan tindakan akan diputuskan apabila ahli lembaga itu bersidang," katanya.

Menurutnya, berdasarkan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno, semua ahli parti hendaklah cintakan parti dan (a) Patuh kepada Perlembagaan parti dan tataetika ahli; (b) Mengikut perintah parti; (c) Menjalankan dasar parti; (d) Patuh dan menghormati keputusan parti; (e) Menjaga rahsia parti; (f) Memelihara nama baik dan maruah parti; (g) Sentiasa menunjukkan tata laku yang sopan lagi tertib.

Fasal 20.9 pula menyatakan mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau tata etika, boleh dikenakan hukuman iaitu diberi amaran; digantung hak dalam parti serta dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam pilihan raya negeri atau umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan Majlis Tertinggi parti.

Menurut Perlembagaan parti, ahli terbabit juga boleh dipecat daripada parti dan dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras perlembagaan itu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 ahli Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Beberapa pemimpin Umno dilaporkan menyertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.

Mereka termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara itu, Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata kestabilan Umno akan terganggu gugat selain wujudnya kekeliruan dalam kalangan ahli jika mereka yang melanggar peraturan tidak dikenakan tindakan disiplin.

"Jika tiada sebarang tindakan diambil, ini akan menyerlahkan walaupun wujud peraturan di dalam Umno, namun ia tidak digunakan khususnya terhadap individu tertentu," katanya.

Beliau berkata Umno perlu segera dan lebih berani membuat keputusan bagi mengurangkan persepsi negatif terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Marthada menegaskan sebarang tindakan haruslah dilakukan secara teliti dan konsensus melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Mereka yang berdepan tindakan disiplin juga perlu diberikan peluang membela diri dan berhujah atas nama keadilan.

"MT boleh mendengar hujah secara langsung dan terpulanglah kepada anggota MT untuk mencadangkan sebarang tindakan kepada Lembaga Disiplin.

"Ini pernah dilakukan bekas presiden parti Dr Mahathir semasa beliau memanggil timbalannya (ketika itu) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan," katanya. – Bernama, 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

RM2.6 Najib masih disiasat konon! Sudah cukup rakyat kena kencing oleh BN, tak payah lah MACC nak menipu..

Posted: 30 Oct 2015 07:15 AM PDT

MP PAS Jadi Bahan Sindiran Di Laman Sosial Kerana Tanya Soalan Tak Berkaitan Di Parlimen.

Posted: 30 Oct 2015 06:30 AM PDT



Ini pendapat aku secara peribadi.

- Lebih baik MP Temerloh atau mana-mana MP bahas perkara yang kita memang faham tentangnya.

- Kalau bukan bidang kita, tiada masalah. Kita serahkan kepada mereka yang memang arif dalam bidangnya. Kita pula bertanyala soalan atau perkara yang memang menjadi pengetahuan kita.

- Lebih baik MP2 kita sebelum buat soalan, perincikan kepada beberapa aspek ;

1. Buat soalan berkaitan kawasan/tempat yang kita wakili terlebih dahulu. Apa masalah2 setempat di kawasan berkenaan.

2. Kemudian, buat soalan berkaitan negeri yang kita wakili. Kadang2 ada masalah di sesetengah daerah, kawasan tetapi yang mewakili kawasan tersebut bukan dari kalangan kita, sebaliknya dari kalangan BN, kita bawa isu berkenaan ke peringkat nasional.

3. Kemudian baru kita bawa/bahas isu nasional. Isu nasional memang penting tetapi terlalu banyak coverage tentang isu-isu nasional. Terlalu kerap masuk berita. Terlalu banyak perbahasan tentangnya jadi dah tak beberapa relevan nak menumpu secara over. Sebab tu seelok2nya MP membawa isu-isu setempat untuk dibahaskan dalam parlimen kerana itu lebih mendekati kepada permasalahan rakyat di kawasan2 yang mereka wakili.

- Aku taknak persendakan MP Temerloh. Bagi aku, hmmmmm.. dia boleh mengambil pengajaran darinya. Kita belajar dari kesilapan dan kita seeloknya tak patut juga persendakan kesilapan orang lain.

Tetapi kritikan yang bertebaran di laman sosial adalah sesuatu yang perlu MP Temerloh ambil perhatian. Kita neh dibayar gaji banyak2. Jika kita beraksi seperti badut atau apa, orang memang cenderung persoalkan tindakan kita.

Lainkali, hanya berbahas atau berhujah tentang sesuatu yang kita memang tahu tentangnya. Soalan tambahan sepatutnya berkaitan dengan persoalan awal yang kita utarakan. Dari cerita institusi kewangan tetiba bertukar jadi pekerja asing. Hmm. aku yang baca pun keliru. Jangan marah ye Nasruddin.. 

Haha.

Ini soalan yang jadi senda gurau geng2 tak PRO PAS ketika ini.

Berikut merupakan transkrip asal dari Temerloh yang bakal diangkat menjadi JUARA Maharaja Lawak Mega 2015:

SOALAN ASAL:
7) Datuk Seri Tiong King Sing [ BINTULU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) bilangan, nama dan negara asal institusi kewangan asing yang beroperasi di negara ini;
dan
b) apakah garis panduan dan pertimbangan Kerajaan dalam meluluskan institusi kewangan asing di negara ini.
JAWAPAN: Timbalan Menteri Kewangan [ TITIWANGSA ]
Terima kasih Datuk Seri Yang di-Pertua. Bilangan institusi kewangan asing mengikut industri adalah seperti berikut:
Perbankan konvensional : 19
Islam dan Islam antarabangsa : 9
Insurans konvensional : 20
Insurans dan insurans semula : 4
Takaful : 2
Takaful semula : 3

YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Temerloh.
TEMERLOH: Bismillahirohmanirohim. Err, Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ini ialah berdasarkan kepada err, dasar liberalisasi kewangan, err, secara agresif dilakukan oleh Kerajaan sejak 2009 yang lalu.
Err, ini adalah impak daripada globalisasi ekonomi yang err, memang kita lihat ada pro kontra lah terhadap sosio ekonomi dan juga 'political economy' negara, err, yang mana ini adalah kesan ekoran daripada pengurangan tarif err, sehingga menjejaskan barangan tempatan.
Malah dalam err, sesetengah sektor, contohnya dalam sektor pembinaan lah, err, NEGARA KITA NI MASIH LAGI BERGANTUNG KEPADA BURUH ASING. KALAU BERDASARKAN KEPADA REKOD YANG DIKELUARKAN OLEH BERNAMA, 2.2 JUTA PEKERJA ASING YANG BERDAFTAR DAN YANG TIDAK BERDAFTAR, 2.5 JUTA.
Jadi, ini menyebabkan kebergantungan negara terhadap aktor-aktor global yang membahayakan ekonomi negara kita lah, pada pandangan saya. Jadi apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk err, menangani perkara-perkara seperti ini. Terima kasih.
YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Menteri juga TIDAK ADA KAITAN JADI TIDAK MENJAWABNYA.
SEORANG MP BN: Ni foreign workers, tak ada kaitan.

Senang senang aje gugur Kes Hasutan Ali Tinju UMNO -->double standard... Haram jadah!

Posted: 30 Oct 2015 05:45 AM PDT

 
 
KUALA LUMPUR: Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan yang dibuat di bawah Akta Hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu Mohd. Ali Baharom selepas membuat penilaian.
 
malaysiandigest.com

Maria Chin bakal didakwa kerana anjur Bersih 4 OLEH RAM ANAND

Posted: 30 Oct 2015 05:00 AM PDT


Maria Chin Abdullah akan didakwa kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Maria Chin Abdullah akan didakwa kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata, Maria akan didakwa mengikut Seksyen 9(5) akta itu kerana gagal mengemukakan 10 hari notis terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan 34 jam itu.

Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah pada Selasa ini, 3 November. – 30 October, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kerajaan ‘faham anak muda’, menteri umum boleh terus hisap vape

Posted: 30 Oct 2015 04:15 AM PDT


Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape ialah kerana ia memahami aspirasi anak muda

Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan Kabinet tidak mengharamkan vape ialah kerana ia memahami aspirasi anak muda.

Kabinet hari ini membenarkan penggunaan rokok elektronik yang dikenali sebagai vape untuk diteruskan, umum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menyifatkannya sebagai satu khabar gembira buat golongan muda, Ismail turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakan sekerjanya atas keputusan tersebut.

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," umum Ismail menerusi laman Facebook beliau.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini mengumumkan kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan vape ekoran dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.

Pada masa sama, budaya vape menimbulkan rasa kurang senang segolongan pihak di laman sosial ekoran etika mereka yang menghisapnya mendapat "perakuan", apabila anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar rokok elektronik tersebut di laman Instagram beliau dan menyifatkannya sebagai perkakas sentiasa mengiringinya apabila beliau keluar rumah.

Tindakan itu mencetuskan perbualan nasional di media sosial ekoran budaya vape yang dianggap sebahagian masyarakat berada dalam kategori sama dengan merokok.

Terkini, seorang penumpang Malindo Air dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur cedera di peha dan tangannya apabila bateri vape yang dibawa dalam beg bawaan tangannya terbakar pada 25 Oktober lalu.

Insiden itu menyebabkan Jabatan Perkhidmatan Awam memperketatkan prosedur menaiki pesawat dan mengarahkan penumpang menceraikan bateri daripada vape mereka apabila menaiki pesawat. – 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

G25: Bank Negara boleh bertindak ke atas 1MDB tanpa AG

Posted: 30 Oct 2015 03:30 AM PDT


Kumpulan moderat Melayu G25 berkata Bank Negara boleh bertindak terhadap 1MDB mengikut Seksyen 239 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kerana kegagalan mematuhi arahan membawa pulang US$1.83 bilion ke Malaysia tanpa melalui peguam negara.

"Benar, kuasa mendakwa, mengikut undang-undang, sentiasa dipegang oleh Peguam Negara.

"Tetapi apabila BNM bertindak mengikut Seksyen 239, BNM tidak mendakwa. Jadi persoalan BNM menjalankan kuasa Peguam Negara tidak timbul.

"Apabila Bank Negara mengambil tindakan mengikut di bawah Seksyen 239, ia mengambil tindakan sivil, bukan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB.

"Keputusan mengenai tindakan jenayah hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Oleh itu, menurut G25, tidak timbul isu bank pusat cuba mengatasi kuasa peguam negara.

"Apabila ia mengambil tindakan sivil terhadap 1MDB mengikut Seksyen 239 kerana tidak mematuhi arahan BNM, ia boleh memohon perintah daripada mahkamah di bawah akta tersebut.

"Misalnya, Bank Negara boleh memohon mahkamah memerintahkan 1MDB membayar US$1.83 bilion atau, sebaliknya, memohon supaya mahkamah memerintahkan 1MDB membayar bank pusat itu sebarang penalti sivil," kata G25 lagi.


Malaysiakini

Pindah kuasa mendakwa AG, kata G25

Posted: 30 Oct 2015 02:45 AM PDT


Kumpulan moderat Melayu G25 mahu kuasa-kuasa pendakwaan Peguam Negara dipindahkan ke pejabat berkecuali Pengarah Pendakwa Raya.

Menurut kenyataan medianya, Pejabat Peguam Negara tidak boleh berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dan juga pendakwa raya.

"Terdapat percanggahan asas kepentingan dalam fungsi dan kuasa Peguam Negara yang membolehkan beliau bertindak bertentangan dengan kepentingan negara.

"Ia adalah tadbir urus yang lemah bahawa Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan Malaysia dan juga arbitari muktamad berhubung keputusan untuk mendakwa," kata G25.

Patutlah Mesyuarat MT Umno Ditangguh Lagi.. Ini Puncanya

Posted: 30 Oct 2015 02:00 AM PDT


Muhyiddin Bakal Digantung. Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.

Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.

Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.

Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.

"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.

"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.

Muhyiddin Bakal Digantung

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.

"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.

"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.

Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.

"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi 'gunting dalam lipatan' seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.

"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.

Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar, kanan) menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.

"Kita tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada gunting dalam lipatan dalam Umno.

"Kita tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa dalam Parlimen," kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Muhyiddin Bakal Digantung

Rabu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat sebarang keputusan.

"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.

Selain Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan itu.

"Tengku Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu," kata Aziz.

Aziz berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan kestabilan kepada parti.

Bagaimanapun Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7 pemimpin itu.

"Pertama, kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.

Sementara Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan kepada parti Melayu itu.

Hamidi sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar mahu menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.

"Adakan saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.

"Rasanya akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang lain," katanya.

Pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang dimaksudkan Ku Nan.

Muhyiddin Bakal Digantung

"Saya tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun setiausaha agung adalah kawan baik saya.

"Ada orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu," kata Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.

Najib ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Beliau merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam Umno.

 
 
ADDIN

RM2.6 bilion : Sudah berapa kali ulang tayang kata nak soal Najib?

Posted: 30 Oct 2015 01:15 AM PDT


Tidakkah kini telah terlalu lama untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan tanpa memberi apa-apa alasan untuk memanggil Datuk Seri Najib Razak berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

SPRM akan soal Najib bila tiba masanya, kata menteri. Sudah berapa kali ayat yang sama diulang pakai.

Tapi bila ianya akan berlaku??? Kenapa terlalu lembab untuk menyelesaikan isu tersebut?

Mula dulu, ada Tok Alim yang kata, "Tidak masuk akal, Najib akan masukan duit sebanyak itu ke dalam akaun peribadinya sendiri.." Kena ada saksilah bagai....

Apabila Najib sendiri mengakuinya, SPRM sendiri mengesahkannya, Bank Negara juga sahkan nombor akaun itu milik Najib....

Apa masalahnya yang susah sangat? Tanyalah apasal Najib tutup akaun tersebut?

Kemana pergi wang RM2.6 juta itu?

Telah ramai yang cuba mendedahkan isu tersebut tetapi akibatnya mereka pula hanya mendapat berbagai bala.

Beberapa Pegawai penyiasat SPRM kena gelidah dan disoal-siasat.

Ada yang ditukarkan, ada pegawai polis yang kena pecat, Peguam Negara kena buang...

Yang buat report kena reman ...macam-macam orang yang dikenakan macam-macam tindakan, tapi Najib tidak siapa yang berani sentuh!


AMANAH PROGRESIF PEDULI.

Masa Depan Negara Diputuskan Melalui Aplikasi Telegram Dan Whatsapps

Posted: 30 Oct 2015 12:38 AM PDT


Masa depan Umno ditentukan kumpulan sembang?





Sebahagian besar ahli akar umbi Umno dikatakan bimbang dengan perkembangan semasa parti itu yang dilihat membenarkan masa depan mereka ditentukan hanya melalui aplikasi kumpulan sembang.

Memetik laporan mendakwa 80 peratus pemimpin Umno bahagian mahu tindakan terhadap 'pemimpin derhaka', seorang ketua bahagian berkata, sangat lucu apabila pertimbangan itu dibuat melalui kumpulan sembang Telegram.

"Lebih penting, ia adalah penghinaan kepada parti apabila masa depan bangsa dan negara ditentukan oleh sekumpulan orang dalam kumpulan sembang Telegram," katanya kepadaMalaysiakini hari ini.

Terdahulu Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai bancian di kalangan 170 pemimpin bahagian dalam aplikasi sembang itu yang tidak menyebut sebarang nama secara khusus.

Ketua Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah mendakwa "sentimen menyeluruh mereka (ketua bahagian) adalah, cukuplah dengan apa yang dilakukan" oleh pengkritik perdana menteri.

Mengulas kenyataan itu, pemimpin bahagian yang enggan didedahkan identitinya itu berkata, agak aneh apabila kumpulan sembang Telegram itu tidak memasukkan semua ketua bahagian.

"Mengapa hanya 170 orang dan bukan semua pemimpin 191 bahagian Umno?

"Jika keahliannya berpilih-pilih mengikut kehendak pentadbir kumpulan itu, memang tidak anehlah sentimen mahu mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan lain-lain begitu tinggi," katanya.

'Seseorang' di pejabat PM

Secara sinis beliau juga mencadangkan supaya Umno menggubal perlembagaannya untuk membenarkan sebarang keputusan parti dibuat melalui perbincangan dalam kumpulan sembang Telegram atau WhatsApp.

Ditanya mengenai identiti pengendali kumpulan sembang itu, beliau enggan memberi maklumat secara khusus namun menyatakan ia "seseorang" di pejabat perdana menteri.

Sementara itu sumber lain memberitahu, kecenderungan sesetengah pemimpin Umno menggunakan kaedah kumpulan sembang menentukan masa depan parti sangat bahaya.

"Keadaan kini menunjukkan sebahagian pemimpin lebih risaukan kedudukan dan kuasa Datuk Seri Najib Razak berbanding kesinambungan perjuangan Umno.

"Mereka sepatutnya lebih bimbangkan jika belanjawan dibentang perdana menteri ditolak di parlimen berbanding sibuk mendesak parti mengambil tindakan terhadap pengkritik Najib.

"Parti lebih perlukan penerangan mengenai belanjawan serta peruntukan besar diberi kepada Jabatan Perdana Menteri berbanding leka mencaturkan masa depan pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden," katanya.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi yang dihubungi Malaysiakini itu bersetuju apa yang berlaku ketika ini adalah cubaan pihak tertentu menghalang pengkritik Najib hadir dalam Perhimpunan Agung Umno akan datang.

"Apa yang kami katakan ini adalah suara majoriti senyap peringkat akar Umno yang masih lagi cuba mempertahankan integriti parti.

"Tetapi jika begini keadaan parti yang diajar oleh sesetengah pimpinan atasan, jumlah tiga juta ahli Umno yang ada sekarang memang tidak menjamin BN akan kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

- mkini