Khamis, 29 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Nazri ikrar pertahan Muhyiddin hingga pemilihan akan datang

Posted: 29 Oct 2015 09:15 PM PDT


Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kekal jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh, dan yakin beliau akan tewas selepas itu.

Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kekal jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh, dan yakin beliau akan tewas selepas itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berikrar akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, lapor Malaysiakini.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi menyelamatkan pemimpin parti yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai, dan menambah kritikan harus dibenarkan dalam Umno.

"Sebagai parti yang akan menyambut ulangtahun ke 70 tahun tahun depan, kita harus mempunyai ruang cukup untuk perbezaan pendapat dan menerima kritikan," kata Nazri seperti dilaporkan Malaysiakini.

Nazri berkata, Muhyiddin seharusnya dibenarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melawannya dan berkemungkinan menang.

"Biar dia teruskan sehingga tempoh berakhir. Kemudian, saya akan suruh Zahid lawan dia. Saya yakin Muhyiddin akan kalah," Nazri dipetik sebagai berkata.

Sambil berkata hanya MT boleh bertindak terhadap Muhyiddin, Nazri berkata beliau tidak pasti sama ada timbalan presiden Umno itu di antara 7 pemimpin dimaksudkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bakal digantung keahlian.

The Malaysian Insider hari ini memetik sumber berkata Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung pada Disember, ekoran serangan berterusan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.

Sumber parti mendedahkan, MT Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.

Langkah ini diambil bagi menghalang Muhyiddin terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.

Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin. – 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Sumber dedahkan Muhyiddin bakal digantung sebelum perhimpunan agung Umno OLEH MD IZWAN

Posted: 29 Oct 2015 08:30 PM PDT



Susulan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) mengenai masa depan beberapa pemimpin Umno, sumber berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bakal digantung keahlian Umno sebelum parti itu berhimpun Disember ini.

Susulan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) mengenai masa depan beberapa pemimpin Umno, sumber berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bakal digantung keahlian Umno sebelum parti itu berhimpun Disember ini.

Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.

Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.

Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.

Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.

"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.

"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.

"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.

"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.

Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.

"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi 'gunting dalam lipatan' seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.

"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.

Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar, kanan) menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.

"Kita tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada gunting dalam lipatan dalam Umno.

"Kita tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa dalam Parlimen," kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Rabu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat sebarang keputusan.

"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.

Selain Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan itu.

"Tengku Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu," kata Aziz.

Aziz berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan kestabilan kepada parti.

Bagaimanapun Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7 pemimpin itu.

"Pertama, kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.

Sementara Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan kepada parti Melayu itu.

Hamidi sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar mahu menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.

"Adakan saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.

"Rasanya akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang lain," katanya.

Pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang dimaksudkan Ku Nan.

"Saya tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun setiausaha agung adalah kawan baik saya.

"Ada orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu," kata Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.

Najib ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Beliau merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam Umno. – 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

KES SRC INTERNATIONAL" 3 INDIVIDU DIMINTA HUBUNGI SPRM !

Posted: 29 Oct 2015 07:45 PM PDT

Pihak Berkuasa Malaysia Di Dakwa Tidak Serius Menjejaki Persalah Yang Membabitkan Kes 1MDB...
Pihak berkuasa tidak bersungguh dalam usaha menjejak 2 eksekutif kanan SRC International Sdn Bhd (SRC International) bagi membantu siasatan terhadap kes membabitkan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dakwa DAP hari ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Md Yasin, maka sepatutnya mereka diletakkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol.

Kedua-duanya dikatakan tidak dapat dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu.
SPRM juga sedang menunggu untuk merekodkan kenyataan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Mereka bertiga sedang dijejaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan ke atas wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

VIDEO - ‘JASA nampak bodoh, buat kerja fitnah’

Posted: 29 Oct 2015 07:00 PM PDT



'JASA Dibawah Puad Zarkashi Nampak Bodoh, Buat Kerja Fitnah'

Mantan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin Syed Harman hari ini membidas kepimpinan jabatan kerajaan itu.

Katanya, jabatan itu kelihatan bodoh dibawah kepimpinan Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang banyak melakukan kerja-kerja fitnah, terutama terhadap veteran Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

YB Rafizi minta MP Umno betulkan fakta, kos hospital UiTM RM8.2 bilion

Posted: 29 Oct 2015 06:30 PM PDT

Zar Ali's photo.

KUALA LUMPUR 29 Oktober- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Ahli2 Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim menyemak semula fakta berhubung kos pembinaan hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam. 

Rafizi berkata, Irmohizam sepatutnya memeriksa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang hanya akan memalukan diri sendiri. Ia berikutan jawapan Irmohizam bahawa kos pembinaan hospital itu yang hanya berharga RM800 juta. 

"Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini menyatakan bahawa kos pembinaan hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam hanyalah RM800 juta dan bukannya RM8.2 bilion. 

rafizi.uitm_ 

"Saya ingin nasihatkan dia (Irmohizan) agar memeriksa dan analisa dokumen pembinaan itu seperti apa yang saya lihat agar tidak memalukan diri sendiri. 

"Saya tidak akan mendedahkan skandal ini jika saya tidak melihat dokumen
berkenaan," katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Khamis. 


Tambah Rafizi yang juga Setiusaha Agung KEADILAN, sekiranya kos pembinaan itu hanyalah RM800 juta seperti yang didakwa, beliau mencabar agar Irmohizam mendapatkan kertas cadangan mengenai projek itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

"Ia bagi mendedahkan kertas-kertas cadangan dan perincian konsesi yang telah dikemukakan kepada UiTM setakat ini kepada orang ramai supaya kos sebenar konsesi dapat dinilai," ujarnya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Padah Kerana Sekeping Gambar Najib..

Posted: 29 Oct 2015 05:54 PM PDT




Pembaca berita RTM rancangan berita Mandarin hari ini membaca berita tanpa sebarang visual sokongan.

Semua itu dikatakan berlaku selepas rancangan berita itu memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB.

Ketua berita Mandarin RTM Tan Lee Won mengesahkan larangan penggunaan sebarang visual untuk rancangannya, lapor Sin Chew Daily.

Tan berkata arahan itu dibuat oleh pengurusan RTM semalam dan berkuat kuasa terhadap dua programnya pada 12 tengah hari dan 8 malam hari ini.

Beliau enggan menyatakan alasan diberikan dan masih tidak pasti tempoh larangan itu berkuat kuasa.

Sumber mendakwa hukuman itu susulan penggunaan gambar itu dalam berita malam semalam.

Laporan isu PKR vs Najib

Gambar itu dipapar ketika laporan berhubung kes saman PKR terhadap Najib berkaitan perbelanjaan pilihan raya.

Gambar itu pada asalnya dikeluarkan oleh Malaysiakini.

Ia menunjukkan Najib dalam keadaan tunduk dengan kolaj gambar-gambar berkaitan 1MDB di sekelilingnya, termasuk ahli perniagaan sensasi Jho Low.

Menjalani 'hukuman', pembaca berita RTM malam ini dilihat membaca berterusan untuk sepanjang program.

Dalam rancangan tengah hari tadi, skrip pembaca berita juga tidak ditukar yang menyaksikan pembaca berita masih merujuk kepada gambar yang tidak muncul di skrin televisyen.

Malaysiakini sudah menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan masih menunggu jawapannya.

- HANYA RENUNGAN - JOHOR NAK MERDEKA.......

Posted: 29 Oct 2015 09:00 AM PDT


Berita yang mengejutkan Rakyat Malaysia 
 
INI SATU BERITA YANG SANGAT MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA HARI INI. 



TMJ

Tidak pernah terlintas di fikiran kita membaca kenyataan seperti ini. Lebih2 lagi datangnya dari seorang yang akan menduduki takhta kesultanan negeri Johor pada satu masa kelak. 
\
Para pakar undang2 sudah tentu akan menggeledah seluruh isi Perjanjian Kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia/Malaya dan sebagainya. Sama ada betul perkara penarikan keluar dari Malaysia ini sah atau tidak, boleh atau tak boleh dilakukan kita tunggu pakar2 undang2 kita berbicara selepas ini. 

Saya kurang berminat menyentuh hal ini kerana saya bukan seorang pakar undang2. Yang saya lebih berminat menyentuh ialah mengapa perkara ini boleh timbul sehingga ia menjadi persoalan yang bukan kecil. 

Barangkali Tunku Mahkota Johor, yang mengutarakan perkara ini mempunyai sebab2 tertentu dan tidak berpuas hati atau marah mengenai satu2 hal. Apakah kerana cara negara ini diperintah atau dikendali? 

Beliau sering persoal mengenai 'good governence' atau pentadbiran yang baik. Ini termasuk pentadbiran kewangan, pentadbiran pelajaran dan sebagainya. Selaku orang muda beliau tidak sabar dan tidak dapat menerima sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, skandal2 termasuk skandal kewangan dan lain2. 
 
Johor Bahru terletak betul2 di tengah2 antara negara kita Maaysia dan negara jiran Singapura. Tentu sekali beliau dapat melihat dan membandingkan apa yang sedang berlaku di kedua2 belah negara. 

Malaysia bagaimana? Dan Sungapura bagaimana? Selaku anak muda beliau mahu melihat ujudnya suatu pentadbiran yang berintegriti, amanah, telus dan progressive dan sebagainya. 

Singapura semakin hari semakin jauh meninggalkan negara Malaysia dari pelbagai segi. Mengapa ia jadi begitu? Pepatah Cina berkata 'A fish rots from the head'. Maknanya seekor ikan akan mula busuk bermula dari kepala.

 Apa kah TMJ cuba memberitahu kita bahawa Perdana Menteri Singapura lebih baik atau jauh lebih baik dari Perdana Menteri Malaysia. Satu kisah mengenai PM Singapura. 

Selepas memenangi Pilihanraya Umum di Singapura baru2 ini 95 dari 98 dimenangi parti pemerintah PAP. Tindakan pertama yang di lakukan oleh Perdana Menteri Singapore ialah dengan menulis sebuah surat panjang lebar kepada semua ahli parlimen PAP Singapura yang baru menang. Antara yang disentuh, PM Singapura mengingatkan kepada semua ahli parliman baru supaya tidak sekali2 membawa mana2 ahli perniagaan bertemu mana2 menteri dengan tujuan untuk melobi project.

Sekiranya ada syarikat perniagaan meminta jasa baik ahli parlimen, PM meminta ahli parlimen itu hanya menulis surat menyokong dan hantar kepada menteri. Tidak boleh bawa ahli2 perniagaan jumpa menteri. Begitu ketat dan keras arahan yang dihantar kepada semua ahli parlimen oleh seorang Perdana Menteri. 

Banyak lagi the 'do s' dan the 'dont's' dalam surat Perdana Menteri. Patut sangatlah rakyat Singapura memberi undi yang sangat tinggi kepada parti pemerintah PAP di Singapura. Jarang berlaku di mana2 negara lain. Rakyat Singapura sangat berpuas hati dengan integriti dan amanah kerajaan mereka. Bila mereka senang hati dan meyakini integriti parti pemerintah, mereka akan sokong parti tersebut. Tak payah beri duit pada pengundi supaya mereka mengundi parti kita. 

Apakah ini antara sebab Tunku Mahkota Johor memberi amaran sebegitu keras? Apakah beliau menghantar message yg jelas kepada Umno dan BN. Apakah beliau secara tak langsung memberi amaran juga kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan supaya BERSEDIA menjadi kerajaan yang berintegriti dan amanah bila mengambil alih pentadbiran negara. 

Saya kira amaran TMJ sangat releven kepada semua pemimpin di negara ini. Kedua2 perkataan Integriti dan Amanah ini adalah kunci utama yang akan menentukan pihak yang mana akan memenangi Pilihanraya Umum ke14 ini. Rakyat mahu parti yang memerintah negara akan datang adalah parti yang tinggi integriti nya dan amanah nya. Oleh itu pastikan kita berada di lapis hadapan dalam hal ini. 

Sebelum terlupa 'Selamat datang kepada sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah' ke dalam PKR. Lakukanlah yang terbaik. Daulat Tuanku TMJ. 


Pakatan Harapan gesa SPRM siasat kos baiki klia2 bernilai RM76.5 juta OLEH MD IZWAN

Posted: 29 Oct 2015 08:00 AM PDT


Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (duduk tengah) berkata, Pakatan Harapan ingin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berhubung kos pembinaan di klia2 yang begitu tinggi.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (duduk tengah) berkata, Pakatan Harapan ingin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berhubung kos pembinaan di klia2 yang begitu tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.

Sekumpulan anggota Pakatan Harapan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka siasatan berhubung kos membaiki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang tinggi berjumlah RM76.5 juta.

Mereka meminta SPRM mengadakan siasatan untuk melihat sama ada wujud unsur jenayah sehingga menyebabkan kos membaiki tersebut terlalu tinggi.

"Sebentar tadi kami ahli Parlimen pembangkang pergi ke SPRM membuat aduan mengenai kos yang dihabiskan untuk baiki klia2 bernilai RM76.5 juta.

"Mereka sudah menerima laporan kami dan akan melihat mengenainya.

"Kami mahu mereka menyiasat tentang perkara ini," kata ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) itu juga memberitahu media, SPRM meminta pihaknya menyerahkan laporan PAC terdahulu kepada mereka.

Pemimpin Pakatan Harapan yang turut ke SPRM adalah wakil rakyat Shah Alam Khalid Samad, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian), Sim Tong Him (Kota Melaka), G. Manivannan (Kapar) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu).

Minggu lepas, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu jawapan bertulis berkata, kos yang dibelanjakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membuat kerja-kerja pembaikan kerosakan di klia2 sejak pembukaannya pada Mei 2014 adalah sebanyak RM76.5 juta.

Menteri pengangkutan itu berkata, antara pembaikan dan penyelenggaraan yang dilakukan adalah berkaitan mendapan di tempat letak kereta, takungan serta retakan bangunan terminal.

klia2 sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila kos pembinaannya meningkat kepada RM3.9 bilion berbanding bajet asal sebanyak RM1.7 bilion. – 29 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bila Mat Bahalol jadi menteri...

Posted: 29 Oct 2015 07:00 AM PDT

Terlalu ramai Mat Bahalol yang menjadi pemimpin dalam umnu dan be end …sebarang usul yang dibuat oleh Memanda Perdana Menteri akan diterima pakai, bertempek menyokong, akan diterima tanpa sebarang bangkangan dengan alasan menghormati pendirian parti atau tak boleh langgar arahan parti. 

Itu bukanlah alasan sebenar, kerana alasan sebenarnya adalah "Gua takut Soru nanti miss daaa….". 

Apabila Muhyddin Yassin tegur Perdana Menteri maka hilanglah jawatan TPM (sekarang sedang nak siasat salah laku beliau dalam meluluskan projek-projek semasa jadi Timbalan PM dulu pula dahh..,manakala jawatan nombor dua dalam parti pula sedang menjdi telor dihujung tanduk..). 
Bila Shafie Afdal 'bedal' PM, hilanglah jawatan Menteri beliau. Bila ahli tegur presiden dalam perbahasan Mesyuarat Agung, diterajang,dibuang dari parti (Pn. Aina – Langkawi) dan bila penjawat awam nak melaksanakan tugas dengan lebih telus, samaada ditukar, diterajang atau dipencen awalkan (bekas Peguam Negara dan juga anggota SPRM). 

Jadi apa yang perlu ahli politik dalam umnu dan be end lakukan adalah membela presiden mereka walaupun kadang-kadang ucapan pembelaan mereka memancarkan tahap kebodohan paling maksima dalam keintelektuallan mereka. Itu semua dilakukan adalah untuk menjaga tembolok dan perut mereka supaya tidak kering seperti rakyat yang diperah bak kain basah. 

Pergi mampus dengan rakyat yang mengundi aku…pergi mampus dengan rakyat yang menolak aku. Yang penting aku diatas dan tembolok aku penuh. Itu lah flasafah ahli politik umnu.

dollah yankee -
 
Dalam masa 2 hari parlimen bersidang, hanya MP dari DAP sahaja yang bangun menyuarakan hal-hal yang dekat dengan rakyat iaitu Tol dan GST...
 

Berita Menggemparkan Dari 1MDB

Posted: 29 Oct 2015 06:15 AM PDT

Arul Kanda Kandasamy digesa berhenti memberi alasan "bodoh" dan menyahut cabaran untuk berdebat secara langsung, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua, menjawab kenyataan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu yang mahu beliau meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu jika mahu berdebat dengannya.

Pua tidak terkejut dengan kenyataan Arul yang membuat syarat yang dianggapnya mengarut tersebut, serta mempersoalkan mengapa orang kuat 1MDB itu begitu takut untuk berdepan dengannya sedangkan ahli PAC Barisan Nasional (BN) lebih ramai daripada pembangkang.

"Berhenti beri alasan bodoh dan terima cabaran saya," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan Arul yang terima cabaran dan buat syarat tidak masuk akal langsung.

"Mengapa sangat bimbang jawatan saya dalam PAC? Ada 13 ahli PAC BN, malah pengerusi sudah kata mereka tidak akan ambil tindakan untuk singkir saya daripada PAC.

"Sebagai penjawat awam, Arul tidak boleh membuat kenyataan menghina PAC dan Parlimen," katanya.

Pua dalam satu kenyataan awal hari ini menggesa Arul menerima cabarannya mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen membincangkan isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan.

Dalam kenyataan balasnya selepas itu, 1MDB mengeluarkan kenyataan Arul setuju menyahut cabaran Pua itu tetapi ahli Parlimen DAP itu mesti terlebih dulu meletak jawatan sebagai ahli PAC bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat 1MDB dan bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Pua berkata kepada pemberita hari ini, isu konflik kepentingan tidak berbangkit kerana perkara yang dipertikaikan adalah berkaitan dengan kepentingan awam.

"Tiada undang-undang yang mengatakan saya tidak boleh bangkitkan isu kepentingan awam walaupun saya masih dalam PAC.

"Sangat tidak relevan apabila Arul berkata wujud konflik kepentingan," katanya.

ADDIN

Khalid sokong Azmin, keputusan MB tak perlu maklum PKR

Posted: 29 Oct 2015 05:30 AM PDT


Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyokong tindakan Mohamed Azmin Ali yang didakwa meluluskan pembinaan tiga lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya.

Beliau berkata proses kelulusan selalunya dibuat melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan hanya sekiranya perlu, anggota MMKN akan memaklumkan kepada parti masing-masing.

"Saya tidak tahu tentang perkara tersebut (pembinaan tiga lebuh raya). Sebenarnya perkara mengenai kelulusan biasanya diluluskan melalui mesyuarat exco (MMKN)," kata Khalid kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Azmin selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kalau ada dalam mesyuarat exco, maknanya ada rekod mengenai perkara ini.

"Perkara ini boleh dijelaskan dalam perjumpaan di DUN yang akan mula berlangsung minggu depan," katanya.

"Exco mesti meluluskan dahulu. Kemudian kalau perlu, ahli exco yang dalam parti politik tertentu boleh membawa ke pengetahuan parti masing-masing," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Khalid sebelum ini digugurkan daripada jawatannya sebagai menteri besar Selangor kerana antara lain, melaksanakan program penstrukturan air di negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya.

Selain kehilangan kedudukan itu, beliau turut dilucutkan keahlian PKR.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, Azmin diminta memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang tiga lebuh raya di negeri itu sudah diberikan kelulusan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Rafizi dipetik akhbar Sinar Harian menegaskan, pihaknya masih belum mendapat sebarang pengesahan berhubung khabar angin tersebut dan beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat dalaman parti dalam masa terdekat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terdahulu hari ini berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Azmin berhubung perkara itu pada sesi pembentangan Belanjawan Selangor Jumaat ini.

Kerajaan negeri Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Konsesi 60 tahun dianugerahkan kerajaan persekutuan kepada syarikat Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) dan ia dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kritikal di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Pembinaan lebuh raya itu sekali gus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah.

Sementara itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar yang juga ketua perhubungan Umno negeri Selangor berkata, PKR perlu jelas dalam pelaksanaan keputusan mereka.

Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, bakal berdepan tindakan sama oleh parti seperti Khalid sebelum ini.

"Kita hendak tengok, PKR kena tegas. Kalau keputusan menteri besar, kena rujuk parti, Khalid dipecat, Azmin bagaimana?

"PKR kena ambil tindakan jelas," kata Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang. - TMI

Memalukan: Di Kota Bharu pun ada yang bersekedudukan? Budak didera teman lelaki ibu ROSALWANI CHE SOH

Posted: 29 Oct 2015 04:45 AM PDT



28 OKTOBER 2015 KOTA BHARU.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera dan melecur di bahagian badan dipercayai didera teman lelaki ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sejak seminggu lalu, selepas ibu kanak-kanak itu dan mangsa yang tinggal bersama lelaki terbabit dicucuh dengan puntung rokok di beberapa bahagian badan.

Tidak cukup dengan kejadian itu, kanak-kanak terbabit turut dikurung dalam bilik dan dipukul sehingga matanya lebam tanpa belas kasihan.

Dipercayai suspek dan mangsa tinggal bersekedudukan dan tidak berkahwin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, perbuatan lelaki itu akhirnya dikesan selepas wanita terbabit bersama kanak-kanak itu berjaya melarikan diri Ahad lalu dan meminta bantuan saudaranya untuk membuat laporan polis.

"Suspek berusia 32 tahun, berjaya ditahan pagi semalam di kawasan Tali Air di Sri Cemerlang dan direman bermula hari ini (semalam) sehingga 2 November untuk tindakan susulan.

"Kes ini disiasat di bawah‎ seksyen 343 Kanun Keseksaan (KK) kerana mengurung ibu dan anaknya dan seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini semalam.

Mazlan berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati, lelaki terbabit di bawah pengaruh dadah jenis Metaphitamine dan kita akan memeriksa latar belakangnya sama ada pernah mempunyai rekod jenayah atau sebaliknya.

"Buat masa ini kanak-kanak itu di rawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan, "katanya.

Mazlan berkata, dengan penangkapan suspek kes terbabit dianggap selesai dan hanya menunggu siasatan lanjut untuk tindakan lanjut. Berita susulan: Suspek dipercayai berang tidak dipanggil 'abah'

WARTAWAN SINAR HARIAN 29 OKTOBER 2015 KOTA BHARU -

Seorang lelaki berusia 32 tahun hilang kewarasan diri hanya kerana dirinya tidak dipanggil gelaran 'abah', malah sanggup mencucuh rokok dan mendera kanak-kanak berusia 2 tahun itu tanpa belas kasihan sejak seminggu lalu.

Kejadian itu diceritakan sendiri ibu mangsa berusia 21 tahun.

Menurutnya, suspek yang juga teman lelakinya sebelum ini sering mendekati anak perempuannya itu, namun kanak-kanak itu sering melarikan diri.

"Dia langsung tidak boleh rapat dengan 'abahnya' dan apabila anak saya melarikan diri ketika didekati, dia (teman lelaki) akan mula marah tidak tentu fasal dan bersikap baran.

"Malah, sifat manja anak yang memanggil jiran sebelah dengan gelaran 'abah' juga menyebabkan dia akan terus marah dan memberontak," katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, dia tidak menyangka sikap panas baran lelaki itu menjadi-jadi sejak seminggu lalu sehingga sanggup mencucuh anaknya dengan puntung rokok dan turut memukul serta menggoncang tubuh kanak-kanak itu sehingga cedera.

"Pernah saya cuba halang perbuatannya tetapi dia akan pukul saya dan turut cederakan saya dengan puntung rokok," katanya.

Wanita berasal dari Selatan Thailand dan menetap di Kota Bharu sejak kecil hingga kini berkata, dia mula berkenalan dengan lelaki itu tiga tahun lalu dan menetap di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu, setahun lalu.

"Dia tidak bekerja dan saya terpaksa minta wang belanja daripada ibu yang kebetulan tinggal berdekatan rumah kami.

"Dia pernah ditahan polis dalam kejadian samun dan dipenjarakan sebelum ini, jadi saya mula tawar hati dengannya dan berhasrat mahu tinggal bersama ibu untuk memulakan hidup baharu," katanya.

Kelmarin, kisah kanak-kanak terbabit mendapat liputan media selepas ibunya melarikan diri bersama anaknya itu akibat tidak tahan didera dan dicucuh puntung rokok oleh teman lelakinya itu di sebuah rumah di Tanjung Chat, di sini.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantau perkembangan kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pengarah JKM, Mohamad Hanafi Maulud berkata, setelah diteliti dan melihat perkembangan kanak-kanak tersebut, pihaknya mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian badan, mata termasuk kepala mangsa namun tidak serius.

"Buat masa ini kita tempatkan kaunselor secara berkala untuk melihat perkembangan kanak-kanak itu dari masa ke semasa.

"Kita adakan lawatan seminggu sekali bagi memastikan dia dalam keadaan baik semasa menjalani rawatan di hospital," katanya. Mohamad Hanafi berkata, pihaknya turut mengenal pasti latar belakang keluarga kanak-kanak terbabit untuk tindakan susulan.

"Ini bagi memastikan sama ada ibu mangsa berusia 21 tahun itu layak atau tidak untuk menjaga anaknya.

"Kita ambil kira semua sudut bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat hak penjagaan sewajarnya selepas didera sebelum ini," katanya.


Posted by mountdweller.

Setelah 'Dikencing' UMNO, PAS Salahkan AMANAH Pulak

Posted: 29 Oct 2015 04:00 AM PDT

PAS ingatkan AMANAH: Jaga urusan sendiri



PAS hari ini menasihatkan parti serpihannya, AMANAH supaya tidak mencampuri urusannya.

"Jaga urusan sendiri. Kamu jaga ahli parti kamu, kita jaga ahli kita.

"Jangan buat bising, kuatkan parti dulu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mahu penjelasan sama ada PAS bersama BN ataupun tidak.

Ini adalah susulan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan BN, walaupun bukan dalam hal-hal politik.

"Tak perlu (Khalid) bimbang. Kita ada cara sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan.

"Bekas rakan lebih mengetahui semua rahsia kita," kata Takiyuddin.

Beliau juga mengulangi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN atau Umno.

"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu sangat jelas," katanya.

1MDB dalam bahasa paling mudah takut ada lagi yang tak faham – A Kadir Jasin. Oleh Datuk Abdul Kadir Jasin

Posted: 29 Oct 2015 03:15 AM PDT


Saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.
muhyiddin-yassin-mahathir-kadir-jasin

1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. 

Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja. 

Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.

2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. 

Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. 

Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.


KDL.

VIDEO - AMANAH - Mat Sabu Syiah? Keluar PAS Keluar Islam? Tujuan Ke Putrajaya.!!

Posted: 29 Oct 2015 02:30 AM PDT


Terkini: VIDEO Mat Sabu Syiah {Merungkai Persoalan}


Pendedahan oleh orang kuat parti islam AMANAH dalam dialog bersama masyarakat bertempat di satu lokasi dalam Parlimen Jerai..sila share

Guru Besar Hilang Ingatan Ketuk Pintu Rumah Orang Asli Minta Makanan

Posted: 29 Oct 2015 01:45 AM PDT


 

KUALA KUBU BHARU: Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.

Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.

"Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan...malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain kira-kira 10km.

Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah pada Ahad lepas.

"Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu," katanya.

Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.

"Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.

"Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya," kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.

Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.

"Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera...seminggu sekali ibu dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling," katanya.

Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat beradik.

"Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah makanan yang kami bawa," katanya.

Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Perak memulakan tugas di tempat baharu.

"Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di Kajang dan tinggal di Kajang," katanya.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.

"Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R Supramaniam berkata lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.

"Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.

"Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.

"Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan operasi pencarian masih diteruskan.

- Bernama

Terima kasih duhai sahabat ( buat yang mengucap kata dan ingat segala)

Posted: 29 Oct 2015 01:00 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.
Terima kasih duhai sahabat

( buat yang mengucap kata dan ingat segala)


mengingat hari ulang tahun hari ini bagai terasakan menonggang kuda putih di tepian pagar sambil bermanja ia menundukkan diri berpacu ke dalam hutan dan kemudian masuk makin ke dalam terasakan semak meranjau ikat diri mencecah dua tujuh angka keramat.

terima kasih sahabat di sekitar yang mengingat kuda putih kembara jelajah dalam pahit kesan manis bermaharaja mendengus mengerang panjang ke ruang yang berbayang berpadu nafas mencapai puncak.

ikhlas seikhlas2nya


NURLIYANA

Saman Ling: Peguam Umno jumpa PM hari ini atau esok

Posted: 29 Oct 2015 12:15 AM PDT




Peguam Umno merancang bertemu Datuk Seri Najib Razak hari ini atau esok bagi membincangkan rancangan mengambil tindakan terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

"Saya akan beritahu kamu (pemberita) hasilnya dan bila kita akan failkan saman," kata Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan penghujahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes melibatkan bekas wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Ling sambil menegaskan beliau seorang penyabar, berkata beliau hairan kenapa perdana menteri Razak lambat memfailkan saman terhadapnya.

Najib sebelum ini menghantar surat tuntutan kepada bekas menteri pengangkutan itu kerana menuduhnya mengambil wang rakyat.

Ling enggan menarik balik kenyataan atau meminta maaf memaklumkan kesediaannya berdepan Najib di mahkamah.

Tempoh tujuh hari untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf yang diberikan luput pada 12 Oktober lalu.

Berkaitan isu The Wall Street Journal, Hafarizam tidak dapat mengingi dengan jelas bila surat kedua kepada harian kewangan antarabangsa itu dihantar bagi mendapatkan jawapan sama ada "Akta Speech" akan digunakan.

"Mungkin bulan lepas," katanya.

Akta Speech melindungi Amerika Syarikat, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah di luar negara daripada negara itu.