Rabu, 28 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Gandingan PAS dan Umno-BN potensi mewujudkan polarisasi Wan Salman Wan Sallam

Posted: 28 Oct 2015 11:30 PM PDT

 
Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci bagaimana bentuk "kerjasama" itu, tidak pelik untuk diandaikan kerjasama ini berkemungkinan besar bersifat politik; kerjasama ketika pilihan raya khasnya.

Hakikatnya, kewujudan persaingan politik yang sihat dengan kewujudan 2 angkatan politik besar – BN dan Pakatan Rakyat dahulu – pun terancam apabila PAS dan DAP berbuat keputusan untuk tidak lagi bersama sebilik.

Sungguhpun begitu, pada awalnya kita masih lagi b bersikap optimis apabila PKR mencadangkan kepada PAS, melalui Timbalan Presiden Ustaz Tuan Ibrahim Tuan, agar diadakan kerjasama pilihan raya.

Kerjasama ini wujud dalam erti kata memastikan perlawanan satu lawan satu dengan BN walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan (PH).

Mungkin ada yang bertanya mengapakah penting PAS sebagai sebuah parti yang bersifat Islam tidak bergabung dengan BN?

Am mengetahui walaupun terdapat lebih daripada 10 parti yang menganggotai BN, yang benar-benar berpengaruh membuat keputusan hanyalah Umno.

Menyedari MCA tidak mampu berperanan besar mempengaruhi hegemoni "penyelamat Melayu" kita melihat berlakunya peralihan undi kaum Cina terutamanya, kepada Pakatan Rakyat pada 2008.

Peralihan tersebut yang menjadikan polarisasi kaum mengikut pilihan politik hanya bertambah teruk pada 2013 lalu dengan lebih tergambarnya Melayu memilih BN dan Cina memilih Pakatan.

Secara prinsipnya tiada masalah pun sesiapa hendak memilih parti mana.

Namun senario ini dilihat tidak sihat memandangkan parti yang dipilih sebagai pemimpin dan parti yang bertindak sebagai penyemak dan pengimbang tidak mempunyai representasi kaum yang sihat.

Hasilnya, setiap kali satu dasar dicadangkan dan setiap kali ia dibangkang, seolah wujud konflik kepentingan mengikut kaum.

Bagaimana pula PAS akan memburukkan lagi keadaan ini apabila bergabung dengan Umno-BN?

Ketika PAS masih dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang menjadi representasi sihat Bumiputera–Melayu–Islam bagi sebuah pakatan politik. Malah Pakatan sendiri secara relatifnya pada awal penubuhannya lebih sihat dari segi peranan parti dalam sebuah gabungan politik gergasi.

Mereka mempunyai majlis presiden yang mana setiap parti mempunyai suara dan jika ada yang tidak perasan, setiap suara yang mewakili parti komponen mempunyai suara yang lebih signifikan berbanding parti komponen BN selain Umno. Takdir menimpa dan polarisasi undi mengikut kaum tetap berlaku.

PAS pula akhirnya membawa diri dan tidak nampak tanda menerima cadangan PKR iaitu kerjasama pilihan raya. Selama ini, dengan adanya PAS pun sedia memperlihatkan kecenderungan kaum majoriti negara demokrasi ini terumpan dengan permainan perkauman.

Apa pula yang bakal terjadi jika parti ini bergabung pula dengan parti yang awalnya memulakan permainan perkauman demi keuntungan diri sendiri?

Kritikan terhadap idea positif ini bukanlah bertujuan untuk memastikan PAS melakukan sesuatu agar Pakatan Harapan menang dan BN kalah.

Justeru hal ini lebih besar daripada kemenangan satu parti itu. Kita ingin menyelamatkan Malaysia daripada pihak yang ingin satu kaum sahaja memerintah dan menjadikan Malaysia negara yang corak politiknya bersifat "Melayu lawan kaum lain".

Kita ingin mengikut semangat perlembagaan yang mengiktiraf kita semua yang lahir di sini, bertungkus lumus menjadikan Malaysia sekaya dan semakmur ini sihat perwakilan politiknya.

Malah lebih teruk untuk dakwah Islam, memandangkan majoriti kaum Melayu di negara ini beragama Islam, apabila terjadi situasi "Melayu lawan kaum lain", situasi ini akan menggambarkan seolah Muslim ini memang tamak kuasa sedangkan di Malaysia ini lebih 40 % penduduknya ialah bukan Melayu dan Muslim.

Malah 40% peratus bukan Melayu faktor yang menguatkan lagi perlunya penyertaan dan representasi sihat dalam sesebuah gabungan politik memandangkan mereka juga pemegang minoriti yang besar. Menghargai semua pihak yang menjadikan Malaysia ini merupakan satu dakwah mulia.

Maka jika PAS ingin mempertimbangkan gabungan dengan BN, fikirkan semula ke mana anda akan tuju.

Akan sampaikah anda ke tempat yang dituju atau hanya lebih jauh daripadanya?


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan Pas Terengganu?

Posted: 28 Oct 2015 11:20 PM PDT

Husam Musa Tibai Din Ayam Pulak



Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ni, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.



Caranya dengan menyerang saya.

Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa Pas kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.


Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik Pas Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu termeterai.


Elok benar satu seminar diadakan untuk bedah siasat kekalahan sepenggal, bukan sahaja di Kedah bahkan juga Terengganu.


Itu gaya Al Qur'an ketika berbicara tentang kekalahan di Uhud dan Hunain.


Allah membedahnya sehingga ia kekal sebagai kajian post mortem sampai hari ini. Dengan cara itu, pelajaran boleh di tekuni.

 
Saya menunggu jika ada mana pihak untuk menganjurkan seminar kekalahan Kedah dan Terengganu dan hampir tewasnya Pas di Kelantan 2004.


Jika Zaharudin dapat dijemput bersama, saya berterima kasih.


Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan.


Bersama tulisan fitnah Ustaz Masri Yusuf, seorang guru YIK dan se orang petugas di pejabat Perhubungan Pas Negeri Sembilan untuk tindakan saman malu.


Bagaimana orang berpendidikan Islam boleh sewenang wenang memfitnah?


Tujuan belajar agama adalah untuk mencapai syurga tiba tiba larangan Allah terus dilanggar.


Bolehkah menuju syurga?


Husam Musa



15 Muharram 1437/28 Oktober 2015

MP PAS Mohon Maaf Isu Angkat Plakad 'Mana RM2.6 Billion'

Posted: 28 Oct 2015 10:00 PM PDT








Bukti Nyata masih sukarkah rakyat Sabah dan Sarawak nak percaya?

Posted: 28 Oct 2015 09:15 PM PDT

Bang Nuar's photo.

Puluhan tahun ditipu, diperah tenaga dan dimanipulasi kuasa kepimpinan BN jika rakyat Sabah dan Sarawak masih setia mengundi BN sehingga kemiskinan masih membelenggu rakyat Sabah dan Sarawak , hanya satu kenyataan yang layak diberikan..... Bodoh Nyata!

Sepatutnya jika gaji rakyat Sabah dan Sarawak lebih rendah berbanding Semenanjung maka kadar garis kemiskinan ditetapkan mestilah lebih rendah berbanding Semenanjung.

Nazri: Kita ikut haluan masing-masing, PAS

Posted: 28 Oct 2015 08:30 PM PDT

"Maaf PAS.. Haluan Kita Berbeza.." Akhirnya Sah PAS Dikencing..





Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz secara jelas menolak kerjasama antara Umno dengan PAS.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata ini kerana bagi mengelak berlakunya perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu dalam pilihan raya akan umum (PRU) akan datang.

"Saya ingat tak payahlah (kerjasama), kita ikut haluan masing-masing.

"Kalau datang pilihan raya nanti berebut kerusi, kerusi yang Umno bertanding dia nak tanding. Dah kena rebut kerusi, gaduh pula," katanya kepada pemberita selepas meraikan pembukaan Festival Filem Eropah di ibu negara sebentar tadi.

Sebelum ini dilaporkan seorang timbalan menteri masih berharap kerjasama antara PAS dan Umno direalisasikan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Malah, ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang dikatakan selari.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) juga berkata Pakatan Harapan harus bersedia berdepan cabaran politik baru jika PAS-Umno bekerjasama.

#‎VAPE‬ AKAN DIHARAMKAN.....

Posted: 28 Oct 2015 08:00 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.
Wakakakaa..Rokok Tidak Membahayakan Kesihatan Kerana Kerajaan Memperolehi Cukai Yang Tinggi Setiap Tahun...Tak Gitu Pak Mentri???~~~#Vape membahayakan Kesihatan ???

Putrajaya tetap dengan pendiriannya untuk mengharamkan penggunaan 'vape' atau rokok elektronik, atas faktor ia membahayakan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, langkah meminda dan menggubal undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik itu, yang kini menjadi 'trend' di negara ini, sudah mula dilaksanakan.

"Pelan jangka masa panjang kita adalah mengharamkan vape. Kita sedang giat menjalankan usaha tersebut, melalui terma-terma perundangan, untuk melaksanakannya.

"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan, kita akan pilih yang terbaik. Bagi saya, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi isu besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Penggunaan vape yang menular di kalangan rakyat Malaysia mula menyaksikan perniagaan itu berkembang sejak beberapa tahun mutakhir ini.


Industri rokok elektronik bermula di negara ini sekitar 2009, apabila rokok elektronik pertama diperkenalkan, namun ia tidak mempunyai sebarang perisa.

Evolusi vape kemudian semakin rancak apabila ia mempunyai pelbagai perisa dan kos penyelenggaraannya murah, dan Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai pengguna paling ramai.

Kebimbangan mula timbul apabila kanak-kanak dan pelajar sekolah di bawah umur juga turut terjebak dalam kegilaan 'vape', sementara pelbagai perisa yang tidak diketahui asal-usul dan tahap keselamatannya, mula muncul di pasaran. – 28 Oktober, 2015.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


vape bahaya atau tidak-majalahsains
Perubatan & Kesihatan, Rencana 6

Rokok Elektronik (Vape)- Bahaya atau Membantu Perokok?


Oleh Ahmad Yusdirman

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah eRokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan 'rokok', ianya masih lagi memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan 'vapor' yang bermaksud 'wap' adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Sejarah

Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963[1] namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara China, Hon Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol. Wap ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut ke dalam paru-paru dan kemudiannya masuk ke dalam aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain.

Berhenti Merokok

Tujuan e-rokok dicipta adalah untuk menggantikan rokok setelah bapa Hon Lik meninggal akibat kanser paru-paru kerana terlalu kuat merokok. Berikut adalah kajian penggunaan e-rokok yang dilakukan terhadap perokok.

  • Dalam satu kajian terhadap 40 perokok tegar, penyelidik membuat kesimpulan e-rokok dapat mengurangkan keinginan untuk merokok setelah perokok menahan merokok untuk semalaman.
  • Satu lagi kajian terhadap 50 perokok tegar yang mahu mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok, tetapi tidak berhenti sepenuhnya, membuat kesimpulan bahawa e-rokok secara mendadak menurunkan penggunaan rokok tanpa menyebabkan gejala berhenti merokok. 
  • Dalam satu siri kajian kes, e-rokok telah ditemui untuk membantu tiga peserta kajian – yang semuanya mempunyai sejarah percubaan berulang kali namun gagal untuk berhenti merokok dengan menggunakan kaedah bantuan berhenti merokok profesional – berhenti merokok dan terus tidak merokok untuk sekurang-kurangnya 6 bulan .
  • Dalam kaji selidik dalam talian yang dijalankan pada tahun 2010, penyelidik ditinjau pelawat laman web dan forum perbincangan khusus untuk penggunaan e-rokok dan berhenti merokok. Daripada 3,587 peserta, 70% adalah bekas perokok, 61% adalah lelaki, dan umur median ialah 41 tahun. Rata-rata, para peserta menggunakan e-rokok selama kira-kira 3 bulan dan hampir semua daripada mereka menggunakan kartrij yang mengandungi nikotin. 96% mengatakan bahawa e-rokok membantu mereka berhenti merokok, manakala 92% mengatakan bahawa ia menjadikan mereka kurang merokok. Majoriti peserta berkata e-rokok membantu mereka melawan keinginan, menangani gejala, dan mengelakkan mereka merokok semula
  •  
(rujukan : http://copd.about.com/od/quittingsmoking/a/E-Cigarettes.htm )

Hukum Merokok mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
Komponen Asas E-Rokok
komponen rokok elektronik-majalahsains                                                          Sumber-biomedcentral.org

Pada awalnya, e-rokok dibina untuk menyerupai rokok biasa. Namun setelah istilah vapor diperkenalkan, e-rokok mengambil satu identiti yang berbeza daripada rokok biasa.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.

Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak.

Atomizer

Terdapat beberapa jenis atomizer yang sering digunakan termasuklah cartomizer, clearomizer dan rebuildable atomizer yang masing-masing berbeza dari segi struktur dan penggunaan. Secara amnya, pengguna e-rokok yang menggunakan model ala ego menggunakan atomizer. Atomizer adalah bahagian yang menukarkan cecair e-liquid kepada wap. Ianya terdiri daripada pemanas yang memanaskan e-liquid yang membasahi bahagian yang memegang e-liquid. Biasanya bahagian ini dibina daripada sumbu (wick), dawai besi tahan karat (stainless steel wire) dan jaringan besi tahan karat (stainless steel mesh). Atomizer pula terdapat pelbagai struktur seperti gulungan atas ( top coil ), gulungan bawah ( bottom coil), titisan ( drip ) dan lain-lain.

E-Liquid

E-liquid adalah campuran prolylene glycol (PG), vegetable glycerin (VG, glycol), perasa dan nikotin. Ada juga campuran yang tidak dimasukkan nikotin. Nikotin melarut dengan baik dalam PG manakala VG pula menggalakkan kepekatan wap yang dihasilkan. Perasa yang digunakan adalah perasa makanan yang biasa digunakan dalam produk makanan.

Propylene glycol, PG

US Food and Drug Administration (USFDA), sebuah badan yang memantau makanan dan ubatan di Amerika Syarikat mengkelaskan PG sebagai 'secara amnya selamat'. PG digunakan sebagai pelembab, pelarut dan pegawet. Ianya digunakan dalam ubat-ubatan termasuklah ubat yang dimakan, disuntik dan disapu. PG telah dibuat kajian tentang tahap bahaya kepada kesihatan manusia, namun hanya pengambilan yang sangat tinggi dan pada masa yang singkat sahaja akan membahayakan kesihatan manusia. (rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Propylene_glycol )

Satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan saintis dengan mendedahkan tikus dan monyet kepada wap proplene glycol berkepekatan tinggi selama 12 bulan hingga 18 bulan. Pemeriksaan terhadap kadar pertumbuhan, fungsi buah pinggang, air kencing, ujian darah dan kesuburan telah dilakukan dan didapati tiada perbezaan yang ketara berbanding dengan kumpulan yang tidak didedahkan kepada wap PG kecuali kenaikan berat badan yang lebih ketara pada kumpulan tikus yang didedahkan kepada wap PG. Pemeriksaan autopsi juga telah dilakukan dan sebarang keadaan yang tidak normal tidak dijumpai. 

 Pemeriksaan paru-paru untuk mencari sebarang kesan daripada PG juga tidak dijumpai. Begitu  juga buah pinggang, hati, limpa dan sumsum tulang adalah normal. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan dedahan kepada udara yang tepu dengan wap PG tidak akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan. (rujukan : http://www.canadavapes.com/health/propylene-glycol-safety.html )

Kajian daripada USFDA menunjukkan PG secara amnya selamat digunakan sebagai makanan. Begitu juga Badan Kesihatan di Kanada juga meluluskan PG digunakan dalam bahan tambahan makanan. 
PG digunakan dalam :
  • pelarut atau pembawa perisa atau warna dalam pembuatan makanan dan minuman seperti minuman, kek, biskut dan gula-gula.
  • penstabil makanan
  • inhaler untuk pesakit asma
PG yang memasuki badan akan ditukarkan menjadi asid laktik dan kemudiaannya dikeluarkan melalui urin. 

Vegetable Glycerin, VG

VG adalah bahan yang didapati daripada minyak tumbuhan. Sifatnya yang manis dapat menggantikan gula namun lebih rendah kalori, dan banyak digunakan sebagai bahan dalam kosmetik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. VG dapat menyerap kelembapan dalam udara yang menjadikannya bahan tambahan dalam makanan untuk mengekalkan makanan supaya lembab. Makanan redah lemak atau rendah gula biasanya menggunakan VG sebagai pemanis kerana ianya tidak menyebabkan kesan drastik kepada kandungan gula dalam darah dan tidak menyebabkan kerosakan gigi malah ianya tidak menjadi makanan kepada bakteria untuk membiak.

(rujukan : http://www.wisegeek.com/what-is-vegetable-glycerin.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Glycerin)
  • bahan penjagaan peribadi
  • ubat batuk
  • pemanis rendah kalori
  • ubat gigi
  • ubat-ubatan ( yang dimakan )
  • gula-gula
Perasa

Perasa yang digunakan dalam e-liquid adalah perasa yang digunakan dalam makanan. Terdapat pelbagai perasa seperti tembikai, laici, perasa rokok, anggur dan lain-lain. Perasa ini menambahkan kenikmatan pengguna dan tidak mengotorkan bau udara.

Nikotin

Nikotin adalah bahan yang didapati daripada tumbuhan dan merupakan ubat peransang semulajadi. 0.6% – 3% nikotin dikenalpasti ada dalam daun tembakau kering manakala 2-7 ug/kg dalam tumbuhan lain. Nikotin dapat menyebabkan ketagihan sama seperti ketagihan kepada heroin dan kokain. Nikotin memberi kesan kepada psikologi seperti mampu mengubah mood dan biasanya peransang dan penenang. 

Nikotin menyebabkan hati mengeluarkan glukosa dan adrenalin yang meransang. Nikotin juga menenangkan, menajamkan fikiran, merehatkan dan meningkatkan fokus. Namun ianya juga mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma. Perokok biasanya mengalami kekurangan berat badan.

Apabila nikotin disedut melalui paru-paru dan terus mengalir melalui darah ke otak, dalam 7 saat akan meransangkan otak mengeluarkan banyak bahan kimia yang meransang saraf. Ianya dapat meningkatkan tumpuan dan ingatan, meningkatkan fokus, meningkatkan nafsu seksual, mengurangkan sakit, mengurangkan kerisauan, meningkatkan kesan dopamine dan meningkatkan sensitiviti otak.

Namun nikotin juga mampu meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Pengambilan nikotin dalam jumlah yang tinggi (30mg-60mg) mampu mengakibatkan kematian kepada manusia dewasa.
Namun pengambilan nikotin melalui rokok menyebabkan masalah kesihatan lain yang lebih besar seperti kanser, jantung dan paru-paru.

Perbandingan Dengan Rokok Biasa
Nitrosamine-agen kanser
                                         Rantaian Nitrosamine

Kajian Kesan Rokok Elektronik Terhadap Kesihatan
Terdapat pelbagai tohmahan dan buruk sangka terhadap kesan e-rokok kepada kesihatan pengguna dan orang ketiga. Namun, sehingga artikel ini ditulis, masih terlalu awal untuk menghukum e-rokok sebagai berbahaya kepada kesihatan sehinggalah kajian yang mendalam telah dilakukan. 
Boleh Menyebabkan kanser?
Media massa pernah mendedahkan kandungan wap rokok elektronik yang dikatakan mempunyai bahan yang boleh mengakibatkan kanser. Fakta ini adalah daripada keputusan kajian USFDA sendiri pada tahun 2009. Mereka mendapati agen penyakit kanser yang ada dalam asap rokok juga wujud dalam rokok elektronik. Namun pada tahun 2013, UK National Health Service telah memberikan fakta bahawa jumlah kandungan agen kanser dalam wap e-rokok adalah 1 / 1000 daripada jumlah yang ada dalam asap rokok. Hasil kajian ini mendapati bahan yang sama juga wujud dalam produk gantian nikotin lain yang juga dalam kuantiti yang sama. Kajian daripada badan kesihatan eropah ini juga menunjukkan, dalam kuantiti yang sangat kecil, bahan ini tidak membahayakan dan keputusan awal daripada kajian menyokong kepada pendapat ini.
(rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette#cite_ref-53 )
Menurut satu kajian pada tahun 2012, satu perbandingan antara hembusan asap rokok dan hembusan wap e-rokok telah dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk dijadikan asas bagi mengharamkan penggunaan e-rokok di tempat awam. Dua set eksperimen telah disediakan dan tahap pencemaran telah dikenalpasti. Bahan pencemar yang dikenalpasti adalah  VOCs, carbonyls, PAH, nicotine, TSNAs dan glycol. Hasil kajian mendapati udara yang dihembus dengan wap e-rokok adalah bebas dari risiko kanser yang dapat membahayakan kesihatan manusia dewasa mahupun kanak-kanak. Sebaliknya, set yang menggunakan asap rokok telah mencapai had bahaya bagi manusia dewasa
(rujukan : http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23033998)
Daripada kajian yang dari Perancis (2013) melaporkan, terdapat kandungan acetaldehyde yang merupakan bahan toksik dalam wap e-rokok yang kandungannya menyamai apa yang ada dalam asap rokok biasa. Namun mengikut kajian daripada Dr. Konstantinos Farsalinos, kandungan bahan toksik ini adalah jauh lebih rendah daripada apa yang ada dalam asap rokok. Dr Forsalinos yang merupakan pakar kardio ( jantung ) telah melakukan kajian terhadap kesan e-rokok terhadap perjalanan darah dalam jantung dan mendapati e-rokok tidak memberikan sebarang kesan yang berbahaya kepada perjalanan darah dalam jantung. Sebaliknya rokok mengurangkan 30% aliran perjalanan darah dalam jantung.
(rujukan : http://www.thelocal.fr/20130830/e-cigarette-warning-could-have-an-adverse-effect-on-health )
Berbahaya seperti sisha/hookah?

Jika disusun secara menaik antara sisha, rokok biasa dan e-rokok, kedudukan paling bawah adalah e-rokok, dan kemudiaannya rokok berada di tangga kedua dan sisha adalah paling tertinggi. Disimpulkan secara mudah dari segi tahap bahaya kepada dedahan agen kanser, jika e-rokok mengandungi 1 unit bahan tersebut, rokok biasa mempunyai 1000 unit manakala sisha yang dikatakan 400 kali lebih bahaya daripada rokok biasa pula mungkin mempunyai  400, 000 unit. 

Mungkin perbandingan yang wujud adalah dari segi rupa dan baunya yang rata-ratanya berbau buah dan wap/asapnya adalah lebih pekat berbanding rokok biasa. Namun, sisha adalah jauh lebih bahaya dari rokok manakala e-rokok pula jauh lebih selamat berbanding rokok.

Membahayakan Paru-paru?

Kandungan dalam e-liquid adalah bahan yang diwapkan dan masuk kedalam paru-paru. Bahan ini pula adalah bahan yang digunakan dalam inhaler, terapi untuk pesakit athma atau masalah pernafasan akut. Ini membuktikan bahan dalam e-liquid adalah selamat disedut walaupun kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Malah, kajian terhadap tikus dan monyet yang didedahkan kepada udara yang tepu dengan wap PG selama 18 bulan ( 1 setengah tahun ) telah mengesahkan tiada kesan tidak normal terhadap paru-paru selepas autopsi dilakukan. Namun ini hanyalah telahan saya sendiri selepas melihat kepada keputusan daripada kajian para saintis. Fakta yang kuat masih belum didapati dan kajian masih lagi dijalankan.
Namun terdapat kajian terhadap penggunaan e-rokok kepada kumpulan perokok, bukan perokok dan golongan yang mengalami penyakit pernafasan seperti asma. Hasil kajian ini mendapati kualiti pernafasan menurun terhadap kumpulan perokok dan bukan perokok namun tiada perubahan ketara pada kumpulan yang menghidapi penyaki pernafasan.

Undang-undang negara di dunia terhadap e-rokok
  • Di Australia , setiap bentuk nikotin, kecuali untuk terapi gantian dan rokok, sebagai satu bentuk racun. 
  • Di Brazil , penjualan, pengimportan dan pengiklanan apa-apa jenis rokok elektronik adalah dilarang. 
  • Di Kanada , pengimportan, penjualan dan pengiklanan rokok elektronik yang mengandungi nikotin tidak disokong, produk boleh dijual dan digunakan.
  • Di China , penjualan dan penggunaan rokok elektronik adalah tidak dilarang
  • Di Dubai , penjualan dan penggunaan produk tembakau dan rokok elektronik adalah haram. 
  • Di Mesir , Kementerian Kesihatan telah menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran pemasaran rokok elektronik atas alasan bahawa ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
  • Di Hong Kong penjualan dan pemilikan berasaskan nikotin rokok elektronik, diklasifikasikan sebagai Jenis I Racun, ditadbir di bawah Farmasi dan Ordinan Racun. Penjualan atau pemilikan tidak dibenarkan dan kedua-duanya dianggap boleh dihukum dengan denda sehingga HK $ 100,000 dan / atau penjara 2 tahun. Walau bagaimanapun, undang-undang tidak melindungi apa-apa inhaler bukan nikotin.
  • Di India , penggunaan rokok elektronik kini tidak dilarang. Di bawah undang-undang Kesihatan India tahun 2006, merokok tembakau telah diharamkan di khalayak ramai. Sejak e-rokok mengelakkan penggunaan tembakau, mereka tidak jatuh di bawah undang-undang ini.
  • Di Lebanon , majlis menteri-menteri telah mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik, mulai 21 September 2011. 
  • Di Malaysia , penjualan e-rokok adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk (serta nikotin cecair untuk digunakan dalam rokok elektronik) akan dikenakan denda tidak lebih daripada RM3, 000, dipenjara tidak lebih daripada dua tahun, atau kedua-duanya. Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa e-rokok mengandungi nikotin cecair adalah lebih berbahaya daripada rokok biasa dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya mengelakkannya
  • Di Mexico , jualan dan promosi objek bukan tembakau yang merangkumi unsur-unsur secara amnya dikaitkan dengan produk tembakau adalah dilarang. 
  • Di Nepal , di bawah undang-undang semasa rokok, penggunaan dan penjualan e-rokok adalah dibenarkan.
  • Di New Zealand , rokok elektronik adalah sah dan boleh dibeli daripada tobacconists dan kedai khusus atau online. Ia adalah menyalahi undang-undang untuk menjual katrij nikotin dengan alat-alat elektronik tetapi ini boleh dibeli secara berasingan.
  • Di Pakistan , import dan penjualan rokok elektronik adalah undang-undang, tetapi Pakistan Perubatan dan Pergigian Majlis mendapati bahawa semasa penilaian keselamatan kesihatan e-rokok tidak lagi memuaskan. 
  • Dalam Panama , pengimportan, pengedaran dan penjualan rokok elektronik telah dilarang sejak Jun 2009. Kementerian Kesihatan memetik penemuan FDA sebagai hujah mereka untuk pengharaman itu.
  • Di Singapura , rokok elektronik (e-rokok) kini dilarang di bawah Secion 16 (1) (Kawalan Iklan dan Penjualan) Akta Tobacco, yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA). Undang-undang ini melarang artikel pengimportan, pengedaran, jualan atau tawaran untuk jualan mana-mana produk makanan kuih-muih atau lain-lain atau mana-mana mainan atau lain-lain yang direka untuk menyerupai produk tembakau atau pembungkusan yang direka untuk menyerupai bungkusan sering dikaitkan dengan produk-produk tembakau . 
  • Di Korea Selatan , penjualan dan penggunaan rokok elektronik adalah tidak dilarang, tetapi banyak cukai. 
  • Di Switzerland , penjualan rokok elektronik nikotin bebas adalah dibenarkan. Penggunaan dan pengimportan rokok elektronik yang mengandungi nikotin adalah dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh dijual dalam negara. 
(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Electronic_cigarette )

Kesimpulan

Banyak negara yang mengharamkan e-rokok masih lagi membenarkan penjualan rokok dalam negara mereka. Terdapat beribu-ribu fakta dan kajian tentang bahaya rokok telah dilakukan oleh saintis dan banyak negara yang berhabis wang untuk pembiayaan pebubatan bagi penyakit akibat daripada rokok, namun masih gagal untuk mengharamkan rokok melalui undang-undang. 

Keputusan yang tidak lengkap daripada kajian USFDA banyak mempengaruhi dunia tentang e-rokok. USFDA gagal untuk menyatakan jumlah agen kanser dalam e-rokok yang sangat jauh lebih sedikit berbanding rokok biasa dalam laporannya mengakibatkan banyak kerajaan mengambil keputusan itu sebagai dasar mereka untuk menjatuhkan pengharaman terhadap penjualan e-rokok. 

Kajian tentang kesan e-rokok terhadap kesihatan manusia masih lagi diperingkat awal. Kajian lebih mendalam dan lebih lama diperlukan. Namun daripada pemerhatian dan kajian sendiri, saya mendapati banyak testimoni daripada perokok yang benar-benar mahu berhenti merokok telah berjaya samada mengurangkan pengambilan rokok atau terus tidak sentuh rokok setelah bertukar kepada e-rokok. 

Akhir kata, penilaian semula perlu dilakukan berdasarkan fakta daripada kajian semasa. Nikotin adalah satu bentuk ubat yang apabila diambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Begitu juga bahan-bahan lain dalam e-liquid. Oleh itu, perlu saya tegaskan disini, berdasarkan pemerhatian saya ini, penggunaan e-rokok adalah jauh lebih selamat daripada merokok. Namun, kekuatan fakta ini perlulah dikaji dengan mendalam terlebih dahulu dan perlu memakan masa yang lama.

Foto: Herald-Times

Catatan – Artikel ini adalah perkongsian En. Ahmad Yusdirman dari blog beliau. MajalahSains mendapat kebenaran untuk disiarkan semula di laman web ini.

Umno parti yang kuat kerana displin, kata Rahman Dahlan OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 28 Oct 2015 07:30 PM PDT


Pengarah Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan kata Umno merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh kerana ia tidak pernah berkompromi soal displin membabitkan anggotanya.

Pengarah Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan kata Umno merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh kerana ia tidak pernah berkompromi soal displin membabitkan anggotanya.

Umno merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh kerana ia tidak pernah berkompromi soal displin membabitkan anggotanya, kata Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, faktor displin tersebut membantu menjadikan parti itu sebuah parti pemerintah yang lama bertahan sehingga kini.

"Apa yang saya tahu, semua mesti tahu dan akur dalam soal displin. Anda boleh mempunyai pandangan berbeza, namun mesti menggunakan tempat sesuai untuk menerangkan keadaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Rahman berkata demikian apabila ditanya adakah wajar Umno mengambil tindakan terhadap ahlinya yang mengkritik parti secara terbuka, khususnya merujuk kepada kes 7 orang yang disahkan setiausaha agung parti sedang disiasat lembaga disiplin.

Tanpa menyatakannya dengan jelas, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, ada sesetengah kes di mana ahli Umno boleh dirujuk ke lembaga displin.

"Kalau kita melihat dari sudut displin, saya percaya ada alasan untuk membawa beberapa orang (ke lembaga disiplin) untuk dihakimi berhubung melanggar tata cara displin," katanya.

Pada masa sama, beliau tetap yakin, kerajaan BN dapat mengekalkan kemenangannya dalam pilihan raya akan datang.

"Kita amat yakin, kalau tidak kita tidak akan berada di sini. Kita amat yakin dapat kekalkan kemenangan. Kita ada tempoh 2 tahun dan Bajet 2016 membantu kita.

"Rancangan Malaysia ke-11 merupakan dasar terbaik, kerana kita punyai banyak perkara baik yang boleh dibincangkan mengenai negara dan rakyat," kata Rahman. – 28 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

ABDUL RAHMAN DAHLAN TIDAK LAYAK KOMEN TUN MAHATHIR.

Posted: 28 Oct 2015 07:00 PM PDT




Dr Mahathir patut bersara dari politik, kata Rahman Dahlan

OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 28 October 2015 7:37 PM

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi saranan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dan tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tersebut. –

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi saranan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dan tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tersebut. –

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus bersara daripada dunia politik, sekali gus tidak mencampuri pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyarankan hari ini.

Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata, hasratnya menyarankan bekas perdana menteri tersebut untuk bersara amat sukar direalisasikan memandangkan ia bercanggah dengan kehendak rakyat Malaysia.

Beliau berpendapat, setiap bekas perdana menteri di negara ini harus bersara dengan bermaruah.

"Saya memang berharap, tetapi sudah tentu ia hanyalah angan-angan.

"Bagaimanapun budaya kita sepatutnya, bekas perdana menteri harus bersara dengan cara bermaruah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Dr Mahathir merupakan antara pengkritik yang paling lantang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak dan tindakan beliau itu dikecam sebilangan menteri Umno.

Terdahulu hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mencabar pemimpin veteran Umno itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang diwakili Najib, sebagai cara untuk menjatuhkan perdana menteri.

Pada masa sama, Rahman mendakwa, Dr Mahathir juga terkecuali daripada berdepan tindakan disiplin oleh Umno.

"Kalau beliau masih lagi anggota Umno, sudah tentu tertakluk dengan peraturan sama seperti anggota Umno lain," katanya. – 28 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib bantu Rozali Ismail beri konsensi bernilai RM8.2 billion? Mohd Sayuti Omar

Posted: 28 Oct 2015 06:30 PM PDT

 
 
Pendedahan Rafizi ini merupakan satu lagi kejutan!!

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sekali lagi muncul dengan pendedahan baru kali ini mengenai konsensi untuk membina hospital canggih milik UITM di Puncak Alam yang telah diberikan kepada taukeh air Rozali Ismail.

Menurutnya beliau hairan kenapa konsensi itu diberikan kepada Rozali sedang syarikat milik Rozali dikatakan gagal menguruskan beberapa projek.

Syarikat Rozali juga katanya menanggung kerugian dan bermasalah apabila di saman beberapa kontraktor.

Menurut Rafizi pemberian konsensi itu sebagai membantu Rozali.

Rafizi mendedahkan perkara itu ketika berbahas di parlimen hari ini.

Menurut Rafizi kos pembinaan hospital UITM itu ialah sebanyak RM559 juta tetapi ia naik kepada RM8.2 billion apabila ia diberikan konsensi kepada Rozali Ismail untuk tempoh 22 tahun.

Pendedahan Rafizi ini merupakan satu lagi kejutan dan kita berharap Menteri Kewangan, Najib Razak akan menjelaskan perkara ini dalam Parlimen.

Menutup perbahasan Rafizi merayu anggota Dewan agar menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Kerengga.

Perlantikan Nasha Sebagai CEO GMM Pecepatkan Kerajaan Perpaduan UMNO PAS

Posted: 28 Oct 2015 05:45 PM PDT


Nasharudin Mat Isa ketuai GMM, ganti Saifuddin
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja menyertai parti pembangkang PKR.

Pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan pelantikan Nasharudin berkuatkuasa 1 November, beliau yakin gerakan itu mampu meneruskan usahanya menggalakkan kesederhanaan sebagai satu pendekatan dalam pembentukan dasar luar dan dalam negara ini.

"Yayasan ini akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Gerakan Kesederhanaan Global," kata Razali.

Nasharudin, bekas ahli Parlimen Yan, mendapat ijazah dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Jordan dan merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai timbalan presiden parti Islam itu, Nasharuddin merupakan salah seorang pemimpin utama yang mendokong usaha mengadakan perbincangan dengan saingan politiknya, Umno.

Sebagai seorang yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno, Nasharuddin turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan pembentukan PasMa, yang bertujuan memastikan PAS kekal menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat.


"Saya sudah lama bekerja ke arah mewujudkan pemahaman politik antara PAS dan Umno sebagai pilihan utama bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Jadi, dengan adanya sebuah parti baru, ia akan menjejaskan pemahaman ini, ia mungkin tidak baik untuk masa akan datang," kata Nasharuddin ketika itu.

PasMa akhirnya menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini dan menyertai pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan.

Pemimpin Amanah kebanyakannya merupakan bekas ahli PAS dari golongan "progresif" yang dilihat lebih sederhana dalam pendekatan mereka yang terbuka kepada membina kerjasama politik dengan pihak lain, masyarakat awam dan kumpulan etnik.

PAS tidak menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan, setelah bertelagah dengan bekas sekutunya DAP dan enggan bekerjasama dengan Amanah yang dianggap pemimpin parti Islam itu, "pengkhianat".

Pada 15 Oktober, Saifuddin berkata beliau meninggalkan Umno bagi menyertai PKR, memetik cara pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai punca.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, parti Melayu pemerintah itu enggan melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – dua perjuangan yang menurutnya amat dekat di hatinya.

Najib merupakan pengasas dan penaung GMM yang ditubuhkan sebagai platform untuk menggalakkan kesederhanaan di peringkat antarabangsa. -TMI

LAPORAN SEBELUM INI


Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.
Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.


Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.
Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.

Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.

Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.

Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.
Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. -msomelayu

ULASAN GB

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain. -17 Feb 2015


ULASAN GB

Perlantikan Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah di dalam kerangka mempercepatkan projek UG, PAS-UMNO yang telah terhalang sewaktu TGNA masih hidup.

Walaupun beberapa pemimpin PAS menafikannya, namun dengan kenyataan terbaru Presiden PAS semalam membuktikan projek kerjasama UMNO-PAS sedang giat berjalan.

Nasharuddin tidak dipecat dari PAS walaupun beliau sudah memberitahu beliau giat mengusahakan agenda pewujudan kerajaan perpaduan menjelaskan bahawa sememangnya Majlis Syura yang menyuruh dan merestui "usaha" Nasharuddin itu.

Doakanlah sama-sama agar percantuman PAS-UMNO itu menjadi kenyataan supaya rakyat lebih jelas hala perjuangan PAS yang sebenarnya.

Almarhum TG Nik Aiz TOLAK KERAJAAN PERPADUAN

Posted: 28 Oct 2015 05:00 PM PDT


Teringat AL-MARHUM Tuan Guru Nik Aziz Rahimahullah sering berpesan di akhir2 hayatnya:-
"Tatkala Rasulullah menangkap Abu Azzah al Jumahi dia berkata: 

"Wahai muhammad lepaskanlah aku, bebaskan aku dan biarkan aku mengurusi anak-anak perempuanku, aku berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. 

Maka Rasulullah menjawabnya: "Kau tidak akan mengusap kedua pipimu lagi di Mekkah setelah ini, kau telah menipu Muhamad dua kali. Dan seorang mukmin tidak akan terjatuh dalam lubang yang sama dua kali".Kemudian beliau memerintahkan Zubair atau 'Ashim untuk memenggal kepalanya. 

ﺷﺮﻭﺡ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﺷﺮﺡ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﻋﻠﻰ ﻣﺴﻠﻢ ﻳﺤﻴﻲ ﺑﻦ ﺷﺮﻑ ﺃﺑﻮ ﺯﻛﺮﻳﺎ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ
ﺑﺎﺏ ﻻ ﻳﻠﺪﻍ ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﻣﻦ ﺟﺤﺮ ﻣﺮﺗﻴﻦ
ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻗﺘﻴﺒﺔ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻟﻴﺚ ﻋﻦ ﻋﻘﻴﻞ ﻋﻦ ﺍﻟﺰﻫﺮﻱ ﻋﻦ ﺍﺑﻦﺍﻟﻤﺴﻴﺐ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ ﻻ ﻳﻠﺪﻍﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﻣﻦ ﺟﺤﺮ ﻭﺍﺣﺪ ﻣﺮﺗﻴﻦ ﻭﺣﺪﺛﻨﻴﻪ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻄﺎﻫﺮ ﻭﺣﺮﻣﻠﺔ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﻗﺎﻻﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺍﺑﻦ ﻭﻫﺐ ﻋﻦ ﻳﻮﻧﺲ ﺡ ﻭﺣﺪﺛﻨﻲ ﺯﻫﻴﺮ ﺑﻦ ﺣﺮﺏ ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﺎﺗﻢﻗﺎﻻ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻳﻌﻘﻮﺏ ﺑﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺍﺑﻦ ﺃﺧﻲ ﺍﺑﻦ ﺷﻬﺎﺏ ﻋﻦ ﻋﻤﻪ ﻋﻦﺍﺑﻦ ﺍﻟﻤﺴﻴﺐ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻤﺜﻠﻪ

Berkata Al- Khatabi, " ( لايلدغالمؤمنمنحجرمرتين) seorang mukmin tidak akan jatuh pada lubang yang sama dua kali, secara lafadz ungkapan di atas adalah sebuah khabar tetapi maknanya adalah perintah. Iaitu agar setiap mukmin sentiasa berwaspada dan tidak lalai hingga tertipu berkali-kali." dan Abu Ubaid berkata: "Makna dari hadis di atas adalah tidak layak seorang mukmin apabila dilukai dari satu sisi kemudian ia kembali padanya".

Agama kita melarang kita menjadi bodoh dan mudah tertipu serta wajib bagi kita sentiasa sedar dan berwaspada. Maka apabila seseorang mukmin tersengat binatang dalam satu lubang untuk kali pertama maka ini adalah satu kelalaian. Namun jika dia kembali memasukkan tangannya ke dalam lubang tersebut maka itu adalah dungu dan tolol serta BAHLOL

Wallahu a'lam MASYAALLAH WA ASTAGHFIRULLAHAL AZIM. HEBAT PEGANGAN TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

Assalammualaikum dan Selamat Pagi Semua.....

Posted: 28 Oct 2015 04:45 PM PDT


Sudah Menjadi Budaya UMNO - Tikam Belakang Itu Lumrah Berlaku.

Posted: 28 Oct 2015 09:00 AM PDT

Sah Wujud Gerakan Singkirkan Muhyiddin



PETALING JAYA - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

"Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.

"Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut  dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.‎

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

"Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.

"Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Instagram.

Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.

- sharian

Bangkang Secara Beradap - Hadi Pertahan Nik Abduh Dan Tantawi Di Parlimen

Posted: 28 Oct 2015 08:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu ingin menjadi pembangkang yang beradab di dalam Dewan Rakyat dengan mengamalkan pendekatan menerang bukan menyerang.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas mahu melaksanakan proses demokrasi yang beradab dan berakhlak di samping tidak melupakan konsep raja berperlembagaan selain memelihara konsep masyarakat majmuk.

"Ini sikap kita kerana kita bukan hendak tunjuk perasaan, kita mahu jadi ahli Parlimen yang membangkang secara beradab," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebahagian ahli Parlimen pakatan pembangkang yang bertindak mengangkat plakad 'Mana RM2.6b' sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada Jumaat lalu.

Abdul Hadi juga menegaskan, Pas akan menjalin kerjasama dengan semua parti termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam semua perkara yang baik.

Oleh itu, kata beliau, parti tersebut bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengemukakan perkara-perkara yang tidak dipersetujui secara baik termasuklah dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Kita ada cadangan dalam soal untuk memungut hasil kerajaan. Kita juga ada cadangan dalam isu kejatuhan nilai ringgit dan bagaimana hendak mempertahankannya. Kita akan bertemu kerajaan untuk kemukakan cadangan,'' katanya.

Jelas beliau, ia merupakan satu pendekatan baharu dengan semua pihak dalam menyelesaikan isu rakyat dan bukannya titik permulaan untuk menjalinkan kerjasama seperti mewujudkan kerajaan campuran.

"Kita pernah mempunyai pengalaman dalam kerajaan campuran, kita hanya mahu bekerjasama dalam perkara baik bukan perkara tidak baik termasuklah dengan DAP dan PKR," katanya.

Mengenai pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi menyifatkan pakatan tersebut umpama 'bas ekspres' yang tidak mungkin akan sampai ke destinasi sebenar.

Justeru tegasnya, Pas tidak akan naik 'bas' tersebut kerana tidak mampu menjayakan matlamat perjuangan parti berkenaan.

"Kita tidak akan menyertai sebarang langkah perjuangan yang tidak mencapai matlamat kita. Kita tidak mungkin naik 'bas ekspres' yang tidak sampai destinasi yang nak pergi.

"Kita tidak ada harapan dengan yang tidak sampai di destinasi. Naik bas untuk ke Kuantan tetapi guna jalan Kuala Lipis, mana boleh sampai?," katanya.

Abdul Hadi menegaskan, Pas tidak mempunyai masalah untuk menjadi parti pembangkang bersendirian.

"Ini kerana Pas sudah lama bersendirian dan kita percaya banyak parti lain bergantung kepada kita. Kita ada akar umbi kuat, kamu saksi sendiri pihak lain membuat demonstrasi, apabila Pas tidak hadir maka tidak ada orang," katanya.

- utusan

Nasharudin Mat Isa ganti Saifuddin Abdullah

Posted: 28 Oct 2015 07:30 AM PDT


Zar Ali's photo.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Beliau menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri dan pemimpin pusat Umno yang menyertai PKR baru-baru ini, lapor The Star.

Nasharudin, kini pengerusi Yayasan Nassar, seorang graduan pengajian Islam daripada Universiti Jordan dan mempunyai sarjana dalam undang-undang perbandingan di Malaysia.

"Dengan pelantikan Nasharudin, GMM yakin usaha berterusannya untuk memperkukuh relevansi dan pendekatan sederhana dalam dasar luar dan dalam konteks negara ini," kata pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail.

Saifuddin dilapor meletakkan jawatan GMM selepas menyertai PKR pada 15 Oktober.

Nasharudin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat Yan (1999-2004) dan Bachok ( 2008-2013).

Ketika menjadi orang nombor dua PAS, Nasharudin terpalit dengan kontroversi kerajaan perpaduan dengan Umno sehingga pernah menimbulkan kemarahan murysidul am PAS sebelum ini allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau tewas di tangan Mohamad Sabu dalam cabaran kali kedua pada 2011 sebelum menyepi daripada politik PAS dan kemudian kelihatan rapat dengan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Mohamad bagaimanapun kini mengasaskan parti Islam baru, Parti Amanah Nasional (AMANAH), selepas tewas baru-baru ini di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tahniah, kata Saifuddin

Sementara itu, Saiffuddin dalam reaksi segeranya terhadap penggantian itu mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Nasharudin.

"Saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi tahnia. Akan diadakan majlis penyerahan tugas daripada saya kepadanya," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

GST - PM NAJIB GASAK SAMPAI TULANG

Posted: 28 Oct 2015 07:00 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

GST merupakan slogan tercantik "gasak sampai tulang" dan inilah slogan yang dilaksanakan oleh PM Najib bin Razak.

Apa tidaknya, cuba fikirkan!

Sesudah negara berhutang sekitar dmencecah RM900 bilion dan ditambah dengan lesap 42 bilion dan ada RM2.6 bilion masuk ke akaun sendiri dan ada lagi RM42 juta, maka bila kerajaan susah lalu dia laksanakan GST ia korek wang dari poket rakyat tak kesah janda, duda, ibu tunggal, anak yatim, orang cacat, buta, papa kedana, PTI malah orang mati juga kena GST kala beli macam2.

Lalu sesudah ia rasa sukar membayar hutang bilion2 itu maka ia beralasan konon sukar bayar gaji kakitangan perkhidmatan awam tanpa rakyat dikenakan GST dan memang Najib ini bijak beralasan seolah ia perjuangkan kakitangan perkhidmatan awam untuk tutup bangkai gajahnya.

Barangkali ia ingat semua orang di Malaysia ini bodoh sangat tidak tahu dan tidak bijak membaca dan menilai keadaan sebenarnya lantaran dia berkuasa dan salah guna kuasa.

Bermacam alasan Najib katakan kala ditanya dan jawaban tidak lain bak seperti ular sawah yang kekenyangan di reban ayam kesan menelan kambing dan setiap alasan langsung tidak masuk akal.

Kesian, kita ini rupanya punya menteri2 yang jadi pak angguk dan tidak bijak mengurus negara bangsa kita hingga asyik diketawakan oleh dunia luar dan begitu rendah kita dilihat kala ini.

Cukup memalukan dan nasiblah Anwar dalam penjara/jika tidak mesti semuanya salah dikatakan Anwar yang salah burukkan negara di negara asing dan PM Najib selaku pemimpin tidak bersalah padahal susah terang bersuluh lagi.

Cukup memalukan dan wawasan negara 2020 yang diimpikan negara maju dan mewah hanya tinggal "Tahi busuk" menyebar ke mana-mana di seluruh dunia hingga kita menjadi contoh negara raja lawak.


ISMAILY BUNGSU
sabah
28/10/2015

Menantu Hadi, anak didik Nik Aziz 'perang' balak

Posted: 28 Oct 2015 06:30 AM PDT

menantu Hadi yang baru setahun jagung dalam PAS ada hati nak lawan dgn Dato Husam yang juga anak didik arwah TGNA. apa sumbangan Din ayam ni? moga kes balak ni dapat londeh segala keburukan para munafiq yang kononnya berjuang menegakkan islam.
 
Ia berkaitan isu pembalakan di Kelantan yang menurut Husam tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
 
 
malaysiakini.com

Layak Kah Haji Hadi Awang Menggantikan PM Najib ??

Posted: 28 Oct 2015 06:02 AM PDT

Org org pas pasti akan bersetuju sebulat bola jika umno setuju lantik hadi jadi pm...itu kemahuan org pas...mcm semasa pr...org nak angkat anuar...puak tu sibuk nak juga hadi jadi pm...kalau tajuddin setuju...najib kena turun jadi tpm lah...
 
ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang selari.
www.malaysiakini.com

Pemuda UMNO tegur menteri kurang bijak

Posted: 28 Oct 2015 06:07 AM PDT

4 hrs ·

Kesian,
 
ada yang baru perasan.
 
Mujoq perasan dari yg masih x mau2 perasan.
Jamawi menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang akan menaikkan kemarahan rakyat dan berpendapat adalah lebih baik jika menteri berkenaan diam.
 
 
www.freemalaysiatoday.com