Jumaat, 23 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bajet Tutup Skandal...

Posted: 23 Oct 2015 11:00 PM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak petang ini adalah untuk menutup pelbagai skandal yang dihadapi oleh kerajaan.

Beliau yang juga ahli parlimen Bagan mendakwa langkah yang diumumkan kerajaan tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat termasuk menyelesaikan skandal 1MDB dan menjawab derma RM2.6 yang didepositkan ke akan peribadinya.

"Ini adalah bajet untuk menutup skandal sahaja. (Bajet itu) tidak akan bawa kesan yang jangka panjang kepada rakyat. Yang kita nak tengok adalah GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dihapuskan.

"Mansuhkan GST, selesaikan masalah 1MDB dan derma RM2.6. Jawab dengan telus untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

Lim berkata Najib sepatutnya menjawab skandal yang dihadapinya demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya termasuk mengukuhkan nilai ringgit yang jatuh yang anggap sebagai "kerugian yang sebenarnya".

Setiausaha Agung DAP itu menjawab soalan pemberita berhubung sejumlah peruntukan yang diberikan kepada di Sabah dan Sarawak dalam Bajet yang bertemakan 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Lim berkata Najib tidak membuat pengumuman mengenai langkah membaiki kejatuhan nilai ringgit, memansuhkan tol, mengurangkan harga minyak dan sekali gus menghapuskan GST bagi mengurangkan kesan terhadap rakyat.

"Tidak ada pengumuman mengenai langkah untuk mengukuhkan mata wang. Saya rasa bajet di mana 'goodies' tertentu diberikan, tetapi tidak menyelesaikan isu utama," katanya.

Mendakwa peruntukan Najib terhadap Sabah dan Sarawak sebagai "cubaan membeli undi dan memenangi pilihan raya", Lim berkata Najib juga tidak mengumumkan langkah kerajaan untuk menangani rasuah.

"Ini bukan bajet yang mengejutkan kerana ada 'goodies' diberikan. Dan tiada langkah bagaimana mana untuk menangani rasuah.

"Akhirnya GST tidak dimansuhkan dan (beliau) tidak bercakap mengenai bagaimana langkah diambil untuk menyelesaikan masalah nilai mata wang," katanya.

Nilai ringgit?

Sementara itu, MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut bersependapat dengan Guan Eng berhubung ketiadaan langkah kerajaan untuk menyelesaikan kejatuhan nilai ringgit.

"(Dalam) bajet ini, saya tidak nampak, ia tidak membatu melonjak kembali nilai ringgit, melainkan Najib (perlu) melepaskan jawatannya minggu ini.

"Saya percaya, itu akan dapat memberi nafas baru kepada ringgit dan ekonomi," katanya.

HUSAM TUNTUT PENJELASAN EXCO PENERANGAN

Posted: 23 Oct 2015 10:15 PM PDT



Mana Penjelasan?

Seseorang Exco Kelantan telah menafikan beliau ada berceramah di Kota Raja dalam sebelas hari ini, bermula dari 1 Muharam 1437H.
Namun tidak ada pula mana-mana Exco Kelantan ada menafikan kandungan ucapan yang tersebar luas di media sosial berkaitan isu ini.
Adakah dengan itu, kandungan ucapan itu di iyakan?
Tempat ucapan itu diucapkan adalah sampingan/secondary selagi mana kandungannya benar.
Samaada di Kota Raja atau di Kelana Jaya - itu mungkin umpanan bahasa untuk mengail respon.
Pokoknya, adakah Exco Penerangan telah menjawab dakwaan saya selama ini secara terbuka?

Sepanjang tulisan saya tentang tunggakan caruman YIK:

1. Angka saya tepat?
2. Kenapa berlaku tunggakan?
3. Bila akan dijelaskan?
Berkenaan isu-isu lain yang saya bangkitkan, ada juga pihak yang memberikan alasan tidak boleh diberikan penjelasan terbuka kerana dibimbangi menyentuh zaman pentadbiran TGNA.
Ini tidak benar.
Pemberian kawasan konsensi oleh KPK di bawah harga pasaran dibuat Disember 2014.
Kelulusan 5,000 ekar kawasan ladang dengan harga rendah dibuat April 2015.
Pemberian kawasan hutan simpan seluas 4,500 ha kepada syarikat orang yang sama berulang kali dibuat tahun ini.
Tebangan hutan secara haram di Ulu Sat berlaku selepas Tok Guru sudah meninggal.
Kekerapan lawatan ke luar negara dengan tuntutan luar biasa, itu pun mahu dikaitkan dengan TGNA?
Penjelasan adalah tugas.
Husam Musa

11 Muharam 1437/24 Oktober 2015


'(Gambar Hiasan)'
'( Gambar Hiasan)'


Waran tangkap terhadap Zarina Anjoulie By canang

Posted: 23 Oct 2015 09:30 PM PDT



PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya.

Majistret Mohd Nazri Omran membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Zarina, nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.


Ini berikutan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut.


Siti Fatimah berkata, pihaknya juga memohon waran tangkap itu kerana tindakan tertuduh telah membuang masa dan kos mahkamah.


Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes bagi penjamin memastikan kehadiran Zarina ke mahkamah pada tarikh tersebut.


"Tarikh tersebut merupakan ruang terakhir kepada penjamin bagi memastikan tertuduh hadir. Jika gagal berbuat demikian mahkamah akan merampas wang jaminan," kata Majistret.


Sementara itu, penjamin kepada Zarina yang enggan mendedahkan namanya kepada media memberitahu mahkamah bahawa dia gagal menghubungi pelakon itu.

"Tertuduh sebelum ini sering bertukar peguam bagi mewakilinya dalam kes itu.


Bagaimanapun, peguam baharu yang sepatutnya mewakili pelakon itu juga tidak kelihatan," kata Siti Fatimah.

 
Hari ini, pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri 'Anak Pontianak' sepatutnya memberi keterangannya.


Sementara itu, rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-sama artis itu hadir ke mahkamah.


Zarina dan Mohamad Fakhruzaim didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis tersebut.


Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.  - 
Bernama

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini Posted by Kita Bantai

Posted: 23 Oct 2015 09:00 PM PDT


Rita Rudaini
Makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.
Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.

Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, 'Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?'. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.


"Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!
"So dah reporter tanya 'dia dah bayar belum?' Takkan saya nak jawab 'dah' walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!
"Sehelai spendar aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula hacks pun ko tak pernah beli tapi kata mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.
"Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko?? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!
"Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!
"Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa," tulis Rita.
Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.
Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu  marah dengan bekas suaminya.
Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita.

KDN beli helikopter RM535.7 juta ketika Putrajaya nak berjimat?

Posted: 23 Oct 2015 08:30 PM PDT

Walaupun sebelum ini Putrajaya pernah bercadang mengurangkan perbelanjaan negara kerana kejatuhan harga minyak dunia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membeli 2 unit helikopter Agusta Westland AW139 melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Alwi Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis menandatangani dokumen kontrak dan perjanjian persefahaman (MoU) serta penyerahan surat penerimaan (LoA) di majlis "General Police and Special Equipment Exhibition and Conference" (GPEC) Asia itu, KDN menandatangani dokumen tersebut yang berjumlah RM535.7 juta.

Jumlah tersebut merangkumi 8 dokumen kontrak, 1 MoU dan 2 LoA.

Sejajar dengan kemodenan pada Polis Diraja Malaysia (PDRM), 8 unit IAG JAWS Arrmour Personnel Carrier (APC) juga bakal tiba di negara pada hujung tahun ini.

MoU tersebut melibatkan antara syarikat German, EMT Penzburg dan Drei Sohne Technologies Sdn Bhd dengan bekerjasama untuk menghasilkan kenderaan tanpa pemandu (UAV) (Unmanned Aerial Vehicle).

EMT diwakili Pengarah Jualan Antarabangsa Horst H Bauch manakala Drei Sohne diwakili Pengarah Urusan Azmi Mustapha.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penangguhan pebelanjaan dari segi beberapa aspek seperti menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun bagi menjimatkan RM400 juta, memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Najib berkata, secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan.

Belanjawan 2015 apabila dibentangkan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan.

Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga minyak itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet - 



The Malaysian Insider

Bajet 2016.. Dewan Rakyat Hura Hara Lagi

Posted: 23 Oct 2015 08:00 PM PDT


Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini.

Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera.

RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.

Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri.

Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.

Najib yang juga menteri kewangan petang ini membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri.

Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya.

Percintaan UMNO-PAS Sudah Tidak Boleh Disorok Lagi..

Posted: 23 Oct 2015 07:30 PM PDT










Nampaknya sama seperti semalam semasa undian penggantungan Lim Kit Siang dilakukan dimana ramai wakil rakyat PAS yang ponteng dan tidak mengundi. Rujuk SINI.

Hari ini tatkala semua wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion?" selepas pembentangan bajet oleh Najib, wakil rakyat PAS tidak turut serta, malah ramai yang ponteng. Kerusi-kerusi YB PAS kosong tak bertuan. 


 

Memberi tanda bahawa wakil-wakil PAS seperti tidak melaksanakan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat dan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang yang lain walaupun mereka duduk di blok pembangkang. 


 

Tindakan PAS ini mendapat pujian dari UMNO BN terutama dari Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin. Malah ada wakil rakyat PAS dilihat lebih selesa bergambar dengan Senator Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di JPM. Dan menyerlahkan bahawa PAS dan UMNO seperti sehati sejiwa.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Dinafi dan disorok macamana pun tentang sikap dan perangai PAS yang khianat dengan amanah rakyat itu akan tetap terdedah jua.

Biarlah, rakyat menyaksikan semuanya ini dan kemudian membuat keputusan untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya nanti. 



BLM

Tembelang Ahli Parlimen PAS Terbongkar?

Posted: 23 Oct 2015 07:00 PM PDT


Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen. 

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar. 

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus).

Dilaporkan bahawa Nik Abduh, Nasruddin Hassan Tantawi dan Mohd Khairuddin hadir di parlimen tetapi berada di cafe sewaktu pengundian dijalankan. 

Ahli Parlimen PAS

Langsung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. 

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat. 

Pembangkang Sambut Bajet Dengan Plakad 'Mana 2.6 Bilion?' Kecuali Tantawi Dan Nik Abduh

Posted: 23 Oct 2015 06:30 PM PDT



Anggota parlimen pembangkang hari ini menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "mana 2.6 bilion?"

Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

Tulisan itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini, kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Najib hari ini membetangkang belanjawan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen bagaimanapun tidak mengangkat plakad itu.

Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".

Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu.



BLM





SIAPA YAG PUJI BAJET 2016 ??

Posted: 23 Oct 2015 06:00 PM PDT

Bajet 2016: Puji & Keji Warga Maya



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat dengan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.

Beliau antaranya berkata kerajaan komited meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Tahun lepas kerajaan menaikkan jumlah BR1M untuk isu rumah dan golongan bujang. Hari ini, Najib mengumumkan langkah sama dengan meningkatkan BR1M seperti berikut:

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM 3,001 hingga RM4,000 pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Berikut reaksi awal rakyat di Facebook Najib selepas belanjawan 2016 dibentang hari ini.

Lembayung Senja: "Meringankan dompet rakyat."

Dato T S Jeffry: "Terbaik Datuk Seri."

Rosiah Ali: "Alhamdulilah, mudah-mudahan terlaksana."

Kain Tet: "Puas hati dengan bajet 2016, bersyukur dengan kenaikan BR1M."

Faridah Ayob: "Terima kasih Datuk Seri Najib sebab BR1M diteruskan, alhamdulillah.

Elyana Ella: "Moga Allah SWT membalas semuanya, rakyat susah, makan pun susah.

Bagaimanapun, ada juga rakyat yang melihat langkah kerajaan itu tidak akan mengubah apa-apa.

Juharie Jufiree: "Setiap tahun sama saja tapi rakyat tak jadi senang pun makin susah adalah."

Ahmad Faizul Azral: "Aku syorkan lebih baik guna duit BR1M itu untuk inisiatif lain."

Norizan Yang: "Apa pasal BR1M diteruskan? Dinaikkan pula, bagi semualah baru adil. Yang dapat pun kebanyakannya menipu.

Norfaizah Ahmad: "Apa faedahnya? Sama saja barang tetap naik, minyak, tol dan segala benda naik.

Threza Kiki Daimi: "BRIM naik pun bukan semua dapat, tak sampai satu bulan dah habis. Bayar barang, makanan, GST, minyak yang dah naik. Tak ada beza pun.


 BLM

VIDEO - Jenayah Zahid Hamidi ??

Posted: 23 Oct 2015 05:30 PM PDT



INI BUKTI YANG BOLEH TPM DIPENJARA ?
 
 
Pendedahan Terkini: Zahid Hamidi terbabit jenayah…
 
 
suarakami-letakjawatan.blogspot.com

BN - Bangsat Nyata ?

Posted: 23 Oct 2015 05:00 PM PDT

Bang Nuar's photo.Bajet berbillion2 bukan sekali 2 diumumkan. Setiapkali diumumkan tentunya rakyat yang dimiskinkan BN suka mendengarnya.

Malang sekali rakyat yang suka ini tidak sedar bahawa setiapkali bajet diumumkan berbillion2 kepada rakyat ada spesis BANGSAT NYATA yang paling syok menunggu untuk menyapu bajet2 yang disediakan.


Sekarang tentu lagi syok spesis Bangsat Nyata nak sapu bajet 2016 sebab yang umumkan bajet berbillion2 tu..... sudah syok menyapu RM2.6 BILLION terselamat dari undang-undang negara.....


JANGAN TIDAK PERCAYA BAJET 2016 BERBILLION2 ITU ADALAH UNTUK DISONGLAP MUDAH SPESIS BN BIJAK NIPU BANGSAT NYATA!!!!!!!!!!!!!


Akhirnya rakyat juga yang akan terpaksa menderma dengan apa cara sekalipun untuk menampung kehilangan berbillion duit bajet yang kena songlap.

DOAKU HARI INI.................

Posted: 23 Oct 2015 04:30 PM PDT

DJ Radio Tak Sedar Hilang 2 Bulan Tapi Disangka Baru 1 Hari

Posted: 23 Oct 2015 11:09 AM PDT




KLANG, 23 Okt - DJ Kahong atau nama sebenarnya Azhar Muhammad, 45, yang hilang sejak dua bulan lalu dijumpai hari ini  di lokasi yang sama dia dilaporkan hilang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

DJ Kahong hilang pada 10 Ogos lalu ketika mencari siput di jeti nelayan, di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar di sini.

Menceritakan apa yang terjadi, DJ Khong berkata dia telah bertemu dengan seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim dan mengajaknya bersembang. Lelaki tua terbabit kemudian memberikan rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil yang tertulis ayat al-Quran kepadanya.

DJ Kahong berkata dia terkejut ketika diberitahu dia sudah hilang selama dua bulan walhal dia menyangka hanya sehari sahaja dia bertemu lelaki tua berkenaan.

"Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia...rupanya dah dua bulan, saya terkejut bila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

"Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya," katanya memetik laporan dari Sinar Online.

DJ sambilan itu ditemui oleh orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus oleh orang ramai kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Sebelum hilang, DJ Kahong sempat memberikan mesej Whatsapp terakhirnya yang berbunyi : "Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni" kepada rakannya.

Pada 13 Ogos, 4 hari selepas DJ Kahong dilaporkan hilang, pihak bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari DJ Kahong berikutan menemui jalan buntu.

Mangsa Pukul Wanita Rambut Karat Buka Mulut, Dedah Cerita Sebenar

Posted: 23 Oct 2015 07:00 AM PDT



Ini pendedahan eksklusif oleh mangsa pukul yang menjadi viral baru-baru ini.

Ini komennya:


"Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

"Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,"

"Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

"Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,"

"Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

"Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

"Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,"

Itulah antara kata-kata dari mangsa pukul beberapa wanita termasuk seorang gangster warna rambut karat yang menjadi viral baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Nila, 22, telah dibelasah amat teruk dan dimalukan oleh gang rambut karat itu hanya kerana salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Nila berkata dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana hanya seorang diri dipukul secara beramai-ramai.

Nila yang juga ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya menerima rawatan pesakit luar di hospital.

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.



BLM

Azmin Perlu Diajar Cukup-cukup Kerana Tolak Pakatan Harapan

Posted: 23 Oct 2015 06:15 AM PDT


Pakatan Harapan tidak perlu di Selangor, kata Azmin
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.

Timbalan presiden PKR itu berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PKR 2 minggu lepas meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.

"Kita meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.

Phahrolrazi dilaporkan berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Katanya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP. – Bernama

Azmin nafi Saifuddin Abdullah bakal gantinya sebagai MB Selangor

Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Rawang", lapor Sinar Harian.

Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

"Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.

"Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang," kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.

Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.

"Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR," tulis portal itu.

PKR tahun lalu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Kajang".

Pada mulanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan.

Disebabkan kes liwatnya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di DUN Kajang dan menang.

Bagaimanapun akhirnya, Azmin menggantikan Khalid selepas Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR, DAP dan PAS tidak sepakat berhubung siapa seharusnya menjadi menteri besar Selangor.

Langkah Kajang juga merupakan permulaan kepada bibit-bibit perpecahan PR yang kini sudah berkubur. -TMI


ULASAN GB
Sikap Azmin yang enggan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor amat dikesalkan.

Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 parti pembangkang yang utama (PKR, DAP & AMANAH) telah dibentuk dan ditubuhkan secara rasmi dan partinya PKR yang memulakan inisiatif tersebut. Malangnya beliau sendiri yang gaga; melaksanakannya di Selangor dengan alasan senario politik Selangor tidak sama dengan Pulau Pinang.

Kerajaan Selangor yang ada memang dipilih oleh rakyat. Namun rakyat pada pilihanraya umum 2013 mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat sudah berkubur, PAS menolak untuk menyertai Pakatan Harapan, mengapa Azmin berdegil untuk terus mengharapkan PAS berada di dalam kerajaan Selangor?

Ia seperti satu pengkhianatan terhadap para pengundi Selangor. Malah jika diikutkan komposisi parti, PKR tidak layak untuk menjadi MB. DAP memenangi kerusi yang lebih banyak dari PKR dan PAS. 
 
Tetapi DAP lebih sanggup untuk berkompromi dengan menyerahkan jawatan MB kepada PKR. Dan kini PAS bermusuhan dengan DAP. PKR sepatutnya mendengar suara rakyat. Beliau sudah sepatutnya membentuk kerajaan Pakatan Harapan, dengan menggugurkan semua ADUN-ADUN PAS dari senarai exco kerajaan negeri.
Lantaran itu Azmin perlu ditukar. Beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor lagi.

Calonnya sudah ada iaitu Datuk Saifuddin Abdullah.


Cuma GB tidak berapa setuju dengan Langkah Rawang. Rakyat sudah meluat dengan taktik pengosongan kerusi untuk pilihanraya kecil. GB merasakan rakyat Selangor perlu bersabar dan menunggu pilihanraya umum ke 14. Masa itu boleh ajar kumpulan Azmin dan Tian Chua cukup-cukup.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Azmin dan kumpulan yang sedang merosakkan Pakatan Harapan akan tetap dihukum oleh rakyat. Tunggu dan lihat.



LELAKI BERHENTI MEROKOK KERANA LETERAN ISTERI BERJAYA KUMPUL BERIBU-RIBU RINGGIT (GAMBAR)

Posted: 23 Oct 2015 05:30 AM PDT


Bajet 2016: Nilai BB1M tidak dikurangkan - Idris Jusoh Bernama |

Posted: 23 Oct 2015 04:45 AM PDT


Bajet 2016: Nilai BB1M tidak dikurangkan - Idris Jusoh
Idris dalam pada itu berharap agar sektor pendidikan tinggi akan terus diberi keutamaan dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan Jumaat ini. - Gambar Fail


SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2016.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebaliknya, hanya sistem pengagihan BB1M akan ditambah baik berikutan kementeriannya mengesan terdapat beberapa pihak telah menyalahgunakan baucer itu sebelum ini.

"Sama ada nilai BB1M akan ditambah atau sebaliknya Perdana Menteri akan putuskan (dalam Bajet 2016) tetapi saya rasa tidak akan dikurangkan cuma sistem pengedaran baucer itu akan diubah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tadbir Urus 1 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Multisistem di sini, petang ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin dan Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar.

Dalam bajet sebelum ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM325 juta menerusi program BB1M.

Idris dalam pada itu berharap agar sektor pendidikan tinggi akan terus diberi keutamaan dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

"Kita harap (yang) terbaik kerana kita tahu bajet ini agak sukar untuk kerajaan dengan kejatuhan harga minyak, kejatuhan komoditi serta ekonomi yang agak tenat di seluruh dunia.

"Bagaimanapun apa dijanjikan Perdana Menteri beliau akan cuba yang terbaik," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ketiadaan arahan penangguhan kuliah di institusi pengajian tinggi berbanding sekolah yang diarah ditutup berikutan jerebu, Idris berkata situasi di kedua-dua institusi pendidikan itu adalah berbeza.

Beliau berkata sekolah menerima arahan daripada ketua pengarah pelajaran sementara pusat pengajian tinggi menerima arahan daripada naib canselor masing-masing.

"Universiti ada visi mereka sendiri dan kita telah beri kuasa pada setiap naib canselor untuk tentukan sama ada mereka boleh teruskan pengajian atau tidak.

"Bagaimanapun kita peka dengan perkara tersebut dan kita beritahu setiap naib canselor supaya tidak adakan aktiviti luar jika jerebu tinggi," katanya.

Mengulas mengenai pelancaran Tadbir Urus 1 UiTM Multisistem, beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi universiti itu bersandarkan konsep 3K iaitu Kesedaran, Kemahiran dan Komitmen.

Idris berkata tadbir urus baharu itu akan membawa lebih kecemerlangan dan kejayaan kepada UiTM yang mempunyai 13 kampus di seluruh negara.


Mereka Ini Berada Di Cafe Ketika Undian Gantung Kit Siang Dijalankan

Posted: 23 Oct 2015 04:00 AM PDT




Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar.

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus).

Dilaporkan bahawa Nik Abduh, Nasruddin Hassan Tantawi dan Mohd Khairuddin hadir di parlimen tetapi berada di cafe sewaktu pengundian dijalankan.

Lansung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat.

Dipetik dari - Greenboc

Belanjawan 2016.Ternyata Najib Syok Sendiri...

Posted: 23 Oct 2015 03:15 AM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Rakyat Sudah Muak Dengan Gula2 Kerajaan ..‪#‎Melahap‬ duit negara lebih banyak dari yg dihulur untuk rakyat...!!!~~~

Najib: Saya punya cara, dan berkesan...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membentangkan belanjawan 2016 esok mendedahkan beliau sudah mempunyai rancangan.

"Saya ada rancangan, dan rancangan ini berhasil," katanya melalui kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini.

Beliau berkata belanjawan 2016 akan mempertingkat taraf hidup semua rakyat Malaysia, dan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status negara membangun.

"Masa depan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya," katanya yang juga menteri kewangan.

BILA BETINA MENJANTAN

Posted: 23 Oct 2015 02:30 AM PDT

Ismaily Bungsu C

Ismaily Bungsu C's photo.

Yang kita mahukan pemimpin yang bisa dijadikan contoh agar anak bangsa kita terdidik secara berhemah dan baik budi pekerti dan kala berhujah penuh sopan dan tertib.

pemimpn itu menjadi teladan dan kemudian menjadi ikutan anak2 muda kita, lalu anak muda yang bagaimana kita mahukan?

apakah yang terpekik lolong dengan bahasa yang kasar kesat seperti singa ngaum atau fesyen rambutnya berdiri macam bulu landak dan sikapnya kelelakian?

kita akan melihat anak bangsa kita yang perempuan menjadi betina MENJANTAN dan siapa saja yang harus disalahkan?

Bukan saja menjantan tiada TONTOLO, mala kereta mewah tersusun segala mercedes di depan rumah seperti taukeh judi, dari mana saja wang didapatkan atau memang dia seorang peniaga lembu tinggal di kondo?

Jantan jantan kala ketemu nafsu melayang2

ISMAILY BUNGSU
sabah
23/10/2015

SABAH : KENAPA BANYAK PARTI?

Posted: 23 Oct 2015 01:45 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

MULAnya saya tak mahu cakap tapi saya cakap juga meski ada marah. kalau ada marah, tidaklah saya peduli. Marah, sila sajalah!

Sabah memang banyak parti. kalau sabah unik kesan budayanya itu tidak hairan tapi kalau unik banyak parti itu bukan baik tapi ada niat lain itu. masa kamu tidak tahu atau pura2 tidak tahu barangkali

Apa niat lain itu? nah inilah yang mahu saya cakap sebab rasanya belum ada yang cakap dan kalau adapun ada tak berani sebab bakal kena marah kalau terus cakap. susah kalau sakit jantung kena marah silap2 jalan terus.

kali ini saya cakap dan kalau marah tidak saya peduli sebab saya suka terus terang kalau saya tidak suka. tak guna simpan2 punya bikin panas saja.

kamu tahu sabah ada 13 buah parti baru. mana sudah parti2 baru itu? siapa presiden dan siapa setiausahanya dan di mana pejabatnya setiap 60 dun dan 25 MP? saya tak nampak dan kalau ditanya mereka konon gerak diam2 tak mahu bising2.

perlukan parti gerak diam2 dan kalau begitu apa saja tujuannya tubuh parti itu sedangkan rakyat tidak tahu di mana pejabat, berapa ahli dan siapa ketuanya.

Ah, ini ada niat tersirat tersurat?

Kalau di Sabah ini hanya ada satu dua parti maka itu jelas untuk terpilih jadi calon agak susah dan untuk jadi mudah ditubuh parti baru makna ada 60 dun dan 25 MP siap ditandingi makna bersaing sebaris dengan BN dan PR tentulah gagah kelihatannnya meski susah menang.

Parti kecil2an ini yang entah di mana pejabatnya akan muncul bergerak bila PRU-14 nanti dan di situ kita lihat publisti di sana sini konon mereka ada pengikut seribu dua orang dengan harapan bisa dibeli oleh parti nasioal dan ini juga satu perniagaan yang menguntungkan.

Cara kedua mungkin parti kecil ini gabung dengan BN sama macam MCA. MIC di Sabah meski punya ahli seorang dua, tetapi bisa jadi calon dan parti2 lain sokong dalam kumpulan makna adalah muka sedikit alias menumpang kasih dan ini akan jadi nyata nanti/kalau tidak dibeli.

Inilah kemugkinan2 sebab kita tahu parti kecil2 tidak akan dapat menambat hati rakyat kesan kemudahan kurang tidak sama macam PBS menang tahun 1985 yang berdasar sokongan solid Cina dan KDM. KDM pecah seribu dan cina solid ke DAP sekarang.

Sebenarnya BN memang suka d Sabah banyak sangat parti sebab itulah caranya untuk pecah undi di Sabah dan rata2 rakyat yang jadi pemimpin semacam TERSIHIR strategi BN dan ini akan terus memudaratkan Sabahan.


ISMAILY BUNGSU
sabah
23/10/2015

Najib hilang kepercayaan rakyat, majoriti dewan – Wan Azizah Oleh: Fiza Halim

Posted: 23 Oct 2015 01:00 AM PDT


KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibuat kerana Perdana Menteri itu kini hilang kepercayaan majoriti rakyat.

Wan Azizah berkata, beliau mempunyai sebab munasabah dan yakin mempunyai sokongan bukan sahaja daripada 88 Ahli Parlimen Pembangkang, tetapi juga bilangan Ahli Parlimen BN.


AzizahKatanya, jumlah itu mencukupi untuk menunjukkan anggota Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan Najib.

Beliau juga menegaskan usul tersebut hanya berkenaan dengan kehilangan kepercayaan terhadap Najib dan bukannya terhadap kerajaan.


"Saya dan ramai lagi tanpa mengira fahaman politik percaya krisis ekonomi, sosial dan politik semakin tenat sedang dihadapi negara ini berpunca dari krisis kepimpinan negara," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen.


Justeru beliau yakin Ahli Parlimen akan mengundi menurut hati nurani dan mesti mengetepikan perbezaan politik serta meletakkan kepentingan negara mengatasi segalanya.


Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, tokoh-tokoh tersohor dalam persidangan anti-rasuah antarabangsa (IACC) telah menggesa Najib menjelaskan isu wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akuannya.


"Mereka juga mempersoalkan siapa membayar wang dan siapa dan kemana wang itu pergi? tidak ada penjelasan munasabah yang diberikan.


"Maka, itu tidak memeranjatkan melihat pelabur-pelabur dalam dan luar negara mengeluarkan pelaburan mereka dari negara kita.


"Tinjuan-tinjuan terkini menunjukkan bahawa populariti beliau (Najib) telah menjunam ke tahap paling teruk dalam sejarah, dan beliau ditolak oleh rakyat," jelasnya.


Wan Azizah hari ini memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Usul itu diperuntukan di bawah perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.




Pandan jadi pondan, Rafizi ingatkan Annuar berkelakuan usianya

Posted: 23 Oct 2015 12:15 AM PDT


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan diheret dalam kancah pertikaman lidah dengan pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berhubung sindiran bahawa ahli parlimen Pandan itu "juga lakukan 'benda' itu?"

Menurut Rafizi, kenyataan seumpama itu tidak seharusnya datang daripada seorang yang berusia seperti Annuar."Dalam Dewan, setiap kali beliau bangkit mahu berbahas dengan saya, beliau akan menyebut pondan dan bukannya Pandan.

"Pendirian saya sentiasa konsisten. Annuar (yang juga Ahli Parlimen Ketereh) seusia dengan ayah saya. Beliau berusia hampir sama dengan bapa saya, jadi beliau harus berkelakuan seperti usianya."Saya tidak mahu membuat serangan seumpama itu dan merendahkan diri saya sepertinya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

xx
 
Awal hari ini, Annuar mengadakan sidang akhbar sambil membantah tindakan Rafizi kerana menuduh seorang eksekutif pelaburan MARA bersubahat dalam skandal majlis hartanah Australia.Katanya, hanya kerana eksekutif itu ada kaitan dengan syarikat yang terlibat sebelum menyertai MARA, ia tidak bermakna beliau bersalah."Contohnya, ada seorang dalam PKR disabitkan kesalahan homoseksual.


"Boleh ke kata YB Pandan (Rafizi) lakukan jugak benda itu 'by association'?" soal Annuar.Bagaimanapun, Rafizi menafikan bahawa beliau mendakwa eksekutif itu bersalah kerana pembabitannya."Saya berkata, ada konflik kepentingan, kerana syarikat yang disertainya sebelum itu kemudiannya menjual hartanah pada harga yang tinggi kepada MARA," katanya.-Mkini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Haji Hadi pernah hapus Tol Jambatan Sultan Mahmud.

Posted: 22 Oct 2015 11:30 PM PDT

Zar Ali's photo.

DR. ZUHDI BARANGKALI TERLUPA LANGKAH POPULIS PRESIDEN PAS HAPUS TOL JAMBATAN SULTAN MAHMUD SEMASA KUASAI TERENGGANU DULU


GEORGE TOWN | 22 OKTOBER 2015

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menyifatkan usaha menghapuskan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang, jika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebagai "langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat".

Barangkali Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat itu terlupa yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah mengambil langkah populis itu, dengan menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud selepas menguasai Kerajaan Negeri Terengganu, 1999 dulu.

Nasihat saya mudah, jangan meludah ke langit, kelak terkena muka sendiri.

Salah satu logik tol dikenakan adalah untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya, kerana kos penyelenggaraan jalan diambil daripada cukai jalan (road tax).

Namun, syarikat konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion sehingga 31 Disember 2010, walaupun kos pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan menelan belanja RM5.9 bilion sahaja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap satu ringgit yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Apabila semua ini didedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan cadangan kenaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun mulai 2016, atas sebab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013, serta isu tol ini diledakkan oleh para pemimpin pembangkang semasa itu.

Sementera itu, kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang kalau ikut perjanjian asal adalah selama 17 tahun dan sepatutnya tamat pada tahun 2018.

Tetapi, Kerajaan Pusat berbincang dengan syarikat konsesi sahaja berwajib (serta tanpa partisipasi Kerajaan Pulau Pinang) secara tender tertutup telah melanjutkan tempoh kutipan tol selama 30 tahun lagi, dan ditamatkan pada 2038.

Sehingga 31 Disember 2011, syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang direkodkan mengutip tol kira-kira RM1.859 bilion dengan kos pembinaan projek itu sebanyak RM944 juta sahaja, sekaligus menunjukkan mereka mendapat lebihan kutipan RM924 juta semasa itu.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula pada tempoh sama didedah mengutip RM340 juta sedangkan kos pembinaanya hanya RM256 juta, sekaligus menunjukkan mereka berjaya mendapat lebihan kutipan sebanyak RM84 juta.

Populis atau tidak komitmen Pakatan Harapan itu adalah bukan isu utama di sini.

Perkara yang lebih penting dan utama untuk Dr. Zuhdi teliti adalah dari aspek amalan syarikat konsesi tol berwajib mengaut keuntungan berlebihan serta melanjutkan tempoh perjanjian konsesi.

Semua ini berpunca oleh amalan federalisme Kerajaan Pusat secara berlebihan, yang nyata merugikan kepentingan pengguna lebuh raya terbabit.

Sekian.


"ISLAM RAHMATAN LIL 'ALAMIN"
ZAINULFAQAR YAACOB

Pengarah Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang

+60194241583


zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com