Khamis, 22 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bajet 2016: Rakyat makin tertekan hari ini

Posted: 22 Oct 2015 10:45 PM PDT

ss

ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

Sepatutnya kerajaan tidak ada masalah sangat (untuk bantu rakyat) kerana sudah mempunyai suntikan tambahan iaitu GST. Laporan media sebut, hasil GST itu setakat ini sudah mencecah RM23 bilion. Dulu dikatakan kutipan GST ini adalah untuk menampung perbelanjaan negara. Sepatutnya, inilah masa untuk menunjukkan balik kepada rakyat bahawa duit itu digunakan dengan sewajarnya.

"Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol. Dulu bolehlah kerajaan kata bahawa mereka terpaksa menanggung bayaran kepada syarikat konsesi, tapi sekarang ini duit sudah ada."Sepatutnya gunakan balik duit itu untuk menampung apa sahaja perbelanjaan tambahan kepada konsesi-konsesi lebuh raya itu. Malangnya kerajaan tidak mengambil pendekatan sedemikian," katanya kepada Sinar Online.

ss

Malah beliau turut mengakui rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang semakin tertekan selepas kenaikan kadar tol yang akan memberi kesan kepada kos perkhidmatan dan harga barang."Walaupun kerajaan kata tak naik, hakikatnya sebelum-sebelum ini apabila tol naik, minyak naik, harga barang akan turut naik. Jadi, kerajaan kena prihatinlah pada masalah rakyat sekarang ini.

"Pada masa sama, kerajaan tidak menerangkan kepada rakyat ke mana hala tuju duit tambahan itu. Saya rasa kerajaan perlu memberitahu kepada rakyat nak guna duit tambahan itu di mana. Barulah rakyat faham dan boleh memberi sokongan kepada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

Sementara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, sekiranya kandungan Bajet 2016 mampu meredakan masalah dan kesengsaraan rakyat termasuk berkaitan kos sara hidup, ia mungkin bakal mengubati perasaan rakyat yang tidak cenderung dengan pemerintahan Najib.

"Saya fikir beliau akan mengambil kira bahawa Bajet 2016 ini penting untuk menentukan bagaimana persepsi dan sokongan rakyat terhadap beliau. Sudah tentu beliau akan mengambil langkah dan strategi-strategi yang dapat meredakan rungutan dan sungutan rakyat."Jika itu berlaku, sedikit sebanyak tidak akan menambah teruk lagi persepsi rakyat terhadap beliau," katanya.

Meskipun rakyat sedang 'kepanasan', namun beliau berkata, ia tidak dapat dinafikan bahawa rakyat tetap menanti kadar BR1M dinaikkan susulan daya beli mereka yang sudah menurun.Katanya lagi, langkah terbaik yang kerajaan boleh ambil ialah mendengar rintihan rakyat dan mengambil tindakan konkrit dengan menyalurkan balik wang yang telah dikutip itu kepada rakyat bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Manakala, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, rakyat lebih menantikan penyelesaian segera kerajaan terhadap kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menangani isu kejatuhan mata wang.

"Sekarang ini dengan keadaan tol naik, minyak naik, duit jatuh, perkara ini (pengagihan hasil GST) orang dah tak pandang dah."Mungkin ada segelintir yang pandang tapi ramai yang lebih risaukan keadaan sekarang ini. Daripada mengharapkan pulangan GST, mereka lebih berharap agar GST itu dihapuskan terus," katanya.-SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

Langkah Rawang?.. mai kot mana pulak dah ni?

Posted: 22 Oct 2015 09:45 PM PDT


Kelmarin, sebuah portal melaporkan terdapat desas-desus menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bakal dikosongkan dan Mohamed Azmin akan disingkirkan sebagai Menteri Besar manakala Saifuddin menggantikannya.

Menurut laporan tersebut, khabar angin semakin kencang bertiup dalam kalangan pemain politik PKR malah ramai yang melihat usaha ke arah itu semakin giat dirancang dan digerakkan.

Laporan itu turut mengaitkan gerakan berkenaan dengan kemungkinan tindakan Moha­med Azmin yang menidakkan permintaan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi me­nyingkirkan Pas daripada memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Menariknya ramai ahli PKR yang dipilih sebagai pemimpin pun tak tahu wujudnya apa yang dikatakan 'Langkah Rawang' ini.. cuma admin portal tersebut saja yang tahu..

Bila ditanya beberapa pemimpin kanan Selangor tentang kewujudan 'Langkah Rawang' ini mereka pun terpinga-pinga..

DATO SERI SAIFUDDIN ABDULLAH

Presiden pun tak tahu menahu.. jadi mai kot mana pulak 'Langkah Rawang' ni?

Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Rawang", lapor Sinar Harian.
Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu. 
"Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.  
"Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang," kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.  
Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.  
Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.  
"Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR," tulis portal itu -
 \
The Malaysian Insider

PANAS!! : AZMIN ALI TOLAK PAKATAN HARAPAN DI SELANGOR ?

Posted: 22 Oct 2015 09:05 PM PDT


Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan about 3 hours ago Menteri Besar Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.


Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.

"Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.

Phahrolrazi dilapor berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP.


AGEN PERUBAHAN.

Gantung Kit Siang - BN Dakwa MP PAS Undi Sokong

Posted: 22 Oct 2015 08:30 PM PDT




PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim

PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim.

"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu.

"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang.

Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Turut bersama adalah bekas ahli parlimen PAS yang kini menganggotai AMANAH seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Sebelum sidang media itu, Dewan Rakyat menggantung Lim selama enam bulan kerana didakwa mempertikai integriti Pandikar melalui undi blok memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata parti itu menyokong usul membantah penggantungan Lim disebabkan pemimpin DAP itu tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya.

"Kalau tengok dalam isu tuduhan fitnah ada pengecualian, sama ada ia justifikasi atau memberi komen balas, tapi Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan

"Bagi kami 'natural justice' tidak ditegakkan," katanya.

Pergeseran antara PAS dan DAP menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah dan melahirkan Pakatan Harapan dengan gabungan PKR, DAP dan AMANAH - parti Islam serpihan PAS.

~~Malaysia Ranking Ke 4 Indek

Posted: 22 Oct 2015 08:00 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Internet Mampu Milik...wakaakaa ‪#‎Bangga‬ @ ‪#‎Bangang‬ sungguh kita dapat mentri penjilat nii..Cuba pak mentri cerita pula bab kelajuan internet ...agak2 ranking keberapa didunia...hahaaa....!!!~~~~


Malaysia telah mampu menempatkan diri dalam kedudukan tangga keempat dalam Indeks Internet Mampu Milik 2015, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam kiriman dalam blognya semalam, Salleh berkata kedudukan itu telah meletakkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Thailand (kedudukan ke-13), Vietnam (22), China (23), Pakistan (25), Indonesia (27), Filipina (29) dan India di tangga ke-30.

Malaysia hanya ketinggalan di belakang Costa Rica, Colombia dan Turki dalam kategori bahagian negara-negara memuncul dan membangun dalam indeks tersebut.

Senang je kau cuci tangan macam ni

Posted: 22 Oct 2015 07:30 PM PDT



NAZRI AZIZ.

Penurunan jumlah pelancong tahun ini adalah sesuatu yang normal selepas negara mengadakan Tahun Melawat Malaysia tahun lepas.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata pengurangan 9% pelancong dari Januari hingga Jun tahun ini tidak harus dilihat sebagai luar biasa tetapi suatu keadaan yang normal selepas mengadakan tahun khas.

"Tahun 2014 adalah tahun istimewa untuk kita dengan peningkatan dalam ketibaan pelancong," katanya dalam sidang media sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

"Masalahnya adalah tahun selepas diadakan Tahun Melawat Malaysia, jumlah pelancongan akan menurun seperti 2015 yang sama dengan tahun lain.

"Jadi jika kita membandingkan jumlahnya, ia pasti menunjukkan pengurangan pelancong bagi tempoh Januari hingga Jun," katanya.

Namun Nazri berharap sasaran 28 juta pelancong untuk 2015 akan dicapai pada hujung tahun ini walaupun ketika kelembapan ekonomi dunia dan masalah jerebu di negara ini.

"Kita masih mempunyai 2 bulan sebelum tahun ini berakhir, kita masih boleh cuba mencapai sasaran 28 juta pelancong...tahun lalu jumlah pelancong adalah 27.4 juta orang," katanya.

PEN BURUK ONLINE.

AL Fathihah : Ummu Jah meninggal dunia malam tadi

Posted: 22 Oct 2015 07:00 PM PDT


Ummu Jah
JITRA - Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata, Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar.

Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan stroke.

Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober lalu dijangka disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman, di sini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

Belasah Wanita : Dua Perakam Direman, Mangsa Dikatakan Turut Dipukul Dengan Stereng Lock

Posted: 22 Oct 2015 06:30 PM PDT




KOTA BHARU - Berikutan video seorang wanita dibelasah yang viral dimedia sosial, dua suspek yang dipercayai perakam video terbabit turut dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah hari ini.

Selain dari dua wanita tersebut, reman terhadap suspek utama, Ika, yang berusia 27 tahun turut dilanjutkan selama tiga hari lagi.

Dua suspek perakam video terbabit ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab antara jam 3 dan 4 pagi kelmarin. Suspek utama pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata usaha mengesan dua lagi suspek iaitu Nija dan Mokbiey masih lagi diteruskan. Kedua-dua terbabit dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang," katanya.

Sebelum ini beberapa video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di media sosial. Difahamkan video berkenaan disebarkan oleh kumpulan wanita terbabit beberapa hari yang lalu.

Mangsa dipercayai dituduh mencuri barang kemas dari seorang suspek dan juga dituduh mmengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Di dalam video berkenaan, wanita tersebut dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak sehingga menunjukkan bahagian dada.

Mangsa juga turut dikatakan dibawa ke Terengganu oleh kumpulan wanita tersebut dan memukulnya menggunakan STERING LOCK, lapor Sinar Online.

Biarlah rakyat MALANGSIA tanggung sedut jerebu tiap2 tahun...

Posted: 22 Oct 2015 06:00 PM PDT

Raja Kumbang to Pahlawan Keadilan
Raja Kumbang's photo. TAHUKAH ANDA.. Kerajaan S'pore akan saman Indonesia berhubung malapetaka jerebu melanda di negara mereka..
TETAPI mengapa tidak di M'sia ??? 


Adakah pemimpin2 di M'sia sudah hilang kekontolannya mcm pahlawan ulung bugis Pekan ???


S'pore yg kecik tu pon boleh nak saman Indonesia... 

Ooops... 
Zahid kan asal Indon.. anak baru je kawen dengan Indon.. patut ler...

Takiyuddin Berdusta, Ramai MP PAS Tidak Laksanakan Tanggungjawab

Posted: 22 Oct 2015 05:15 PM PDT

PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim

PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Gambar: Ahli-ahli Parlimen PAS yang tidak hadir/tak mengundi di Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim.

"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu.

"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang.

Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Turut bersama adalah bekas ahli parlimen PAS yang kini menganggotai AMANAH seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Sebelum sidang media itu, Dewan Rakyat menggantung Lim selama enam bulan kerana didakwa mempertikai integriti Pandikar melalui undi blok memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata parti itu menyokong usul membantah penggantungan Lim disebabkan pemimpin DAP itu tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya.

"Kalau tengok dalam isu tuduhan fitnah ada pengecualian, sama ada ia justifikasi atau memberi komen balas, tapi Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan

"Bagi kami 'natural justice' tidak ditegakkan," katanya.

Pergeseran antara PAS dan DAP menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah dan melahirkan Pakatan Harapan dengan gabungan PKR, DAP dan AMANAH - parti Islam serpihan PAS. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar.

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus).

Dilaporkan bahawa Nik Abduh, Nasruddin Hassan Tantawi dan Mohd Khairuddin hadir di parlimen tetapi berada di cafe sewaktu pengundian dijalankan.

Lansung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. 
 
Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. 
 
Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat. 

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT PAGI BUAT SEMUA SAHABATKU !

Posted: 22 Oct 2015 05:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

PRU-14: BERPECAH TETAP KALAH

Posted: 22 Oct 2015 04:36 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

SEBIJAK mana kita berteori dan memberikan pendapat, sudah terang bersuluh lagi jelas menjadi kesilapan besar kita akan kalah jika tak bersatu melawan BN.

Parti kecil di Sabah yang tidak bertaraf parti Nasional seperti PKR, DAP, PAS dan BN tidak akan berjaya kuasai kerajaan pusat yang semestinya menangi lebih 112 kerusi MP. Ini hakikat jelas tak boleh dihindari faktanya.

Tidak menjadi kesalahan menyokong parti tempatan tetapi yang jelas parti tempatan tidak akan tanding 222 kerusi MP dan itu sudah jelas tidak akan duduki kerusi kerusi kerajaan persekutuan yang banyak berkuasa di Malaysia.

Tidak duduki kerusi kerjaan persekutuan, maka itu jelas sama seperti sekarang BN akan terus perintah dan keadaannya akan sama Sabahan tidak akan berubah malah akan lebih teruk dipermainkan oleh kerajaan Barisan Nasional jadi terus miskin papa kedana.

Parti tempatan mungkin akan tandingi 25 kerusi MP di Sabah sahaja dan ini tidak akan menyengat/pun belum pasti apakah parti tempatan akan meraih kesemua 25 kerusi MP itu atau gagal menangi satupun seperti di PRU-13 yang lalu.

Kalaulah parti tempatan termasuk 13 parti yang baru dilulus penubuhannya
ikut mencuba bertanding di PRU14 akan datang, itu jelas semacam sistem pecah dan perintah dan hakikatnya ini menyenangkan BN menyelesaikan kerja2 mereka untuk muncul juara di peringkat nasioal nanti/sesungguhnya inilah yang BN mahukan sebenarnya.


Saya melihat rata2 parti tempatan ini begitu ghairah mahu meletakkan calon dan usaha mahu mencapai niat mendapat title Yang Berhormat tanpa memikirkan kasus pecah dan perintah itu dan kesannya tetap sia-sia dan ini semacam sengaja korbankan Sabahan untuk terus diperintah oleh BN yang memiskinkan Sabahan.

Parti2 pembangkang di Sabah haruslah mengutamakan visi menumbangkan BN dan caranya semua kena bersatu, duduk semeja dan buang sikap ego dan sombong serta takbur dan semua harusnya memikirkan kepentingan rakyat Sabah dengan cara menumbangkan BN lawan secara "satu lawan satu"

Kalau parti tempatan punya fikiran demi sabahan, maka pasti inilah sahaja caranya untuk menumbangkan BN, meski tak tumbang sekurang2nya sedikit menyumbang untuk membolehkan parti bukan BN memenangi lebih 112 kerusi MP nantinya untuk membolehkan duduki kerusi putrajaya demi melaksanakan AUTONMI di Sabah dan laksana perjanjan P63.

Sebalik kalau parti pembangkang lain enggan mematuhi atau sepakat menumbangkan BN, barangkali benarlah dikatakan orang mereka ini kuda pacutan untuk memecah undi dan rela membiar BN terus berkuasa dan jika ini terbukti maka rakyat Sabah harus membuka mata lebar2 untuk elak diri mereka dijadikan alat demi kepentingan diri mereka sendiri.

Rakyat Sabah sudah cukup menderita dan dalam kadaan UMNO/BN sekarang kucar kacir dan keadaan ekonomi Malaysia jatuh merundum paling teruk dan hidup rakyat kian menderita, maka PRU14 merupakan peluang terbaik dan tidak boleh tidak parti tempatan kena kejasama dengan PARTI NASIONAL iaitu parti PKR/DAP/Amanah yang dinamakan HARAPAN PAKATAN.
Fikir2lah secara lojikanya


ISMAILY BUNGSU
sabah
23/10/2015

Azmin sahkan wujud pertemuan rahsia pembangkang dengan ahli Parlimen BN

Posted: 22 Oct 2015 09:15 AM PDT


Beberapa pertemuan rahsia diadakan antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sejak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak heboh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

The Star Online melaporkan, timbalan presiden PKR itu juga berkata, mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada strategi untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi bagi undi tidak percaya terhadap Najib.

 "Ya, pertemuan. Beberapa pertemuan," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu ketika ditanya sama ada pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu.
Bagaimanapun Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, tidak mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen daripada pembangkang dan BN yang akan menyokong usul itu, yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini. 

"Saya tidak boleh mendedahkannya (berapa ramai) kini tetapi yang pasti ia sebagaimana diharapkan."Kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sentimen rakyat yang kita perlu kuat, kepimpinan baharu di Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

ss

Azmin juga dilaporkan berkata, beliau berharap ahli Parlimen BN akan mengambil peluang untuk turut serta dengan pembangkang menyokong usul itu.Pada sidang media di Parlimen hari ini, Dr Wan Azizah berkata usul itu hanya berkaitan kehilangan keyakinan terhadap Najib dan bukan kerajaan. 

Beliau berkata, percaya majoriti ahli Parlimen termasuk daripada BN sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan perdana menteri. –TMI

Permintaan Pandikar tak betul, kata Tony Pua

Posted: 22 Oct 2015 08:30 AM PDT


Permintaan Pandikar tak betul, kata Tony PuaKUALA LUMPUR - "Apa yang Tan Sri Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) minta itu tidak betul", demikian sanggah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Speaker meminta pihak pembangkang mendedah dan menyenaraikan nama ahli Parlimen sebelum membentang dan membahas usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, di Parlimen.
"(Adakah) 

Sebelum membentangkan sesuatu usul itu, kerajaan memerlukan nama ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul tersebut? Mana boleh," bidasnya ketika ditanya mengenai isu tersebut.Pembangkang pada Rabu diminta menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang bersetuju menentang Najib berhubung undi tidak percaya.Pandikar dipetik sebagai berkata, ia sebagai langkah untuk meluluskan usul undi tidak percaya itu di Dewan Rakyat.

Tony dalam pada itu turut meminta ahli Parlimen BN untuk turut menyokong usul tersebut sekiranya tidak mempercayai pentadbiran Najib."Usul hanya dipersetujui selepas dibahas dalam Dewan, so (jadi) kena bahas dululah," katanya lagi.-SH

Ku Li: MP BN berhak tolak bajet jika mahu singkir PM

Posted: 22 Oct 2015 08:00 AM PDT


Ku Li: MP BN berhak tolak bajet jika mahu singkir PMAhli Parlimen BN berhak mengundi menolak Bajet 2016 jika mereka berpendirian ia perlu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. 

"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet.

"Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," katanya kepada pemberita di luar Parlimen hari ini. 

Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra dengan panggilan Ku Li berkata demikian ketika ditanya cadangan pembangkang supaya penyokong BN menolak Najib dengan mengundi tidak menyokong bajet.

Speaker Pandikar Amin Mulia juga mencadangkan perkara yang sama daripada mengusulkan pembentangan undi tidak percaya.Ditanya mengenai pendirian peribadinya, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan berfikiran terbuka."Dengar dulu, apa kata mereka. 

Kita datang ke Parlimen dengan fikiran terbuka dan lihat hujah yang mahu mereka bentangkan," katanya.Najib dijadual membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat esok.-Mkini


Pandikar nak senarai anti-Najib lebih dulu pulak... Oleh Shahbudin Husin

Posted: 22 Oct 2015 07:15 AM PDT


Pandikar nak senarai anti-Najib lebih dulu pulak...Usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia mempertimbangkan kelulusannya.

Saya masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka ada 89 undi saja. 

Apabila senarai yang mereka ada mencecah 90 atau 100, mungkin saya boleh tekan kerajaan untuk usul itu dibahaskan, kata Pandikar.

Meminta senarai awal sehingga 90 atau 100 yang menyokong usul itu secara tidak langsung bermakna ia berupa "pancingan" daripada Speaker agar pembangkang mendedahkan siapa Ahli-Ahli Parlimen BN yang bukan saja anti Najib, malah yang sanggup "melompat kolam".

Sudah tentu ianya sesuatu yang mustahil boleh dilakukan. Kalau pun ada yang tergerak hati, tidak mungkin mereka sanggup "menjerut leher" lebih awal daripada yang sepatutnya. 

Dan kalau pun pembangkang misalnya dapat membuktikan angka itu, ia memungkinkan terdedah pula kepada proses "tawar menawar" yang menyebabkan mereka itu kembali menyokong BN.

Hasilnya, tetap tak lepas juga usul tersebut.Sebelum itu, usul persendirian tidak percaya terhadap Najib yang cuba dibawa oleh PKR disenaraikan di agenda 25 daripada 28 keseluruhannya dan belum tentu dapat dibentangkan berikutan aturan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kemudian apabila DAP mahu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri membentangkannya, ia juga dikatakan tidak mungkin sempat dibawa dalam sessi Parlimen yang sedang berjalan sekarang kerana ia memerlukan notis 14 hari lebih awal. 

Oleh yang demikian, usul Dr Wan Azizah itu mungkin hanya boleh dibawa pada sessi Parlimen Mac tahun depan.

vv

Dan hari ini, Speaker mahu disenaraikan Ahli Parlimen lain, selain 89 orang daripada pembangkang, yang mahu menyokong usul tersebut.Licik, licik taktik Pandikar ini.Maknanya tugas beliau sebagai Speaker untuk memastikan tiada usul yang boleh memalukan Najib, sehingga ini boleh dikira berjaya digalasnya dengan cemerlang

Soalnya, kenapa takut sangat dengan usul tidak percaya itu? Jika yakin pembangkang hanya ada 89 undi, kenapa perlu bimbang? 

Tidak bolehkah ia dibiarkan dibahaskan terlebih dahulu sebelum diketahui siapa menyokong dan siapa yang tidak? Inikah sebahagian proses demokrasi?

Selain itu, lihat saja watak Pandikar dalam sessi Parlimen kali ini. Garangnya lain macam. Sikit-sikit mahu tunjuk kuasa!

Sikit-sikit nak marah dan selalu sangat dilihat mengangkat tangannya ketika berucap. 

Tak terbayang watak inilah yang pernah mengadu kepada Tun Mahathir Mohamad memaklumkan akan meletakkan jawatan sebagai Speaker atas beberapa perkara tidak puas hati yang dibangkitkannya kepada bekas Perdana Menteri itu. 

Wahh...sudah jauh beza dulu dengan sekarang bahh!! -

BlogSpot


Segera Tumbangkan BN !!

Posted: 22 Oct 2015 06:30 AM PDT

Polis Buka 3 Kertas Siasatan Terhadap Dr Mahathir?? - Posted by Kita Bantai

Posted: 22 Oct 2015 06:00 AM PDT

 Dr Mahathir
Pihak Polis Di Raja Malaysia hari ini dilaporkan telah membuka tiga kertas siasatan terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan menghasut berdasarkan beberapa laporan polis.

Siasatan mengikut Seksyen 500 kanun Keseksaan adalah berikutan dua laporan polis yang diterima di Klang dan satu lagi di balai Jinjang.


Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, laporan polis Jinjang yang dibuat ke atas Dr Mahathir telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya pada 9 Oktober untuk ulasan dan arahan selanjutnya setelah siasatan selesai dijalankan," katanya di petik Malaysiakini.

Zahid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai hasil siasatan polis terhadap Dr Mahathir, usaha-usaha yang semakin agresif untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Najib dilihat enggan berganjak, walaupun serangan tidak berhenti-henti, dan penganalisis telah mengatakan bahawa Mahathir tidak mempunya berkuasa untuk mendesak Najib.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata Mahathir disiasat kerana menuduh Umno melakukan rasuah semasa beliau hadir di perhimpuan Bersih 4 beru-baru ini.

Bagaimanapun, polis masih belum menyoal Mahathir, dan Khalid berkata tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian. 



sumber

Cubaan menutup siasatan 1MDB : Zahid Hamidi masih berada dalam sindrom penafian

Posted: 22 Oct 2015 05:15 AM PDT


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mengatakan tidak perlu menunggu laporan polis untuk menyiasat dakwaannya terdapat percubaan untuk menutup siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam yang siasatan tidak dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu. 
 
Hamid berkata kenyataan itu menunjukkan mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan hutang ditanggung syarikat pelaburan negara itu. – 22 Oktober, 2015.~ 


sumber
AMANAH PROGRESIF PEDULI.

TADI DI KFC CENTRE POINT ( orang sekitar kita tidak peka susahnya orang lain yang lapar)

Posted: 22 Oct 2015 04:30 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

TADINYA pagi saya beli Vitamin di farmasi dan sesudah membelinya saya masuk ke KFC di centre point itu dan kebetulan ketemu kawan sembang sebentar hal penulisan.

kira2 10 minit kemudian, datang seorang pemuda dan saya kenal pemuda itu pernah kala lapar saya ajak ke rumah saya di likas dan biarkan dia makan/ini cerita 20 tahun tetapi hari ini ketemu dia lagi.

Ketika dia minta wang katanya dia lapar mahu makan, lalu saya kasih RM15 sebab dia kata lapar dan saya kesihan dia, sempat saya bertanya, apakah dia kenal saya atau tidak tetapi dia tak menjawab barangkal lupa.

Sesudah dikasih wang, ia pesan makanan dan sesudah dapat makanan, lalu ia mahu duduk tetapi pekerja KFC melarang dan suruh keluar, saya katakan jangan dihalau dan saya kata "biarkan dia duduk dan makan".

lalu anak muda itu duduk dan makan dan sesudah ia makan separuh tiba2 datang sekuriti berbaju putih dan suruh keluar, lalu saya katakan "jangan halau dia dan biarkan dia makan"/sekuriti berbaju putih beredar.

Tidak lama kemudian datang lagi sekuriti usinya agak tua sedikit berbaju biru gelap dan sama suruh anak muda yang sedang makan itu keluar. saya mula marah dan geram sangat dan lantas saya kata "biarkan dia makan sana jangan kacau dia"

Ketika saya berkata begitu keras sedikit seluruh orang yang makan di situ sekitar 60 orang tertumpu mata mereka kepada saya yang mempertahankan pemuda itu. saya mula naik marah dan kalau terus dihalau maka siaplah akan terjadi sesuatu yang tidak diingini di sana tadi.

Saya diperhatikan kenapa saya petahankan anak muda itu?

Anak muda itu sebenarnya tidak gila, cuma sedikit bermasalah kecil tetapi dia memang sikapnya sejak dulu begitu dilihat seperti orang tak siuman.

Kenapa harus dihalau? pakaiannya tidaklah kotor dan dia tidak pernah kacau orang, cuma keadaannya pingka dan ada beberapa beg dia bawa seolah yang lain lihat jijik.

Manusia di sekitar kita ini jelas hilang kemanusiaan dan jelas tadinya ada dua tiga orang teman2 facebook saya melihat keadaan yang berlaku. Tidak saya peduli dan tetap saya perahankan anak muda itu yang tidak bersalah dan tidak mengacaupun.

Namanya anak muda itu JAY JAY dan pernah kala kelaparan di Likas saya ajak ke rumah makan sama dan memang dia sedikit cacat/pingka perlu dipehatikan kala dia asal Tawau tidak punya saudara di sekitar.

Jay Jay sebenanya baik, telus, jujur dan prihatin dan itu yang saya tahu ketika saya kenal dia 20 tahun lalu di Likas yang kekadang ikut lihat saya ngajar teater dalam kumpulan pembela.

Ujung2 Vit/zat besi yang saya beli tertinggal di meja makan kesan bukan rezeki saya barangkal. Tidak mengapa. Syukur Alhamdulillah.

Doa kia semua diberkati Allah dan jauhi jadi takbur sombong dan lihatlah orang yang benar2 mahukan pertolongan/malaikat sedang memerhati dan mencatat setiap olah kita.


ISMAILY BUNGSU
sabah
22/10/2015
Thursday, October 22, 2015 Cubaan menutup siasatan 1MDB : Zahid Hamidi masih berada dalam sindrom penafian Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mengatakan tidak perlu menunggu laporan polis untuk menyiasat dakwaannya terdapat percubaan untuk menutup siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam yang siasatan tidak dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu. Hamid berkata kenyataan itu menunjukkan mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan hutang ditanggung syarikat pelaburan negara itu. – 22 Oktober, 2015.~ sumber

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Thursday, October 22, 2015 Cubaan menutup siasatan 1MDB : Zahid Hamidi masih berada dalam sindrom penafian Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mengatakan tidak perlu menunggu laporan polis untuk menyiasat dakwaannya terdapat percubaan untuk menutup siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam yang siasatan tidak dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu. Hamid berkata kenyataan itu menunjukkan mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan hutang ditanggung syarikat pelaburan negara itu. – 22 Oktober, 2015.~ sumber

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

DAH LAH SULIT.. tak bayar cukai plok !!!

Posted: 22 Oct 2015 03:45 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Guna Akta Syarikat xde mslah... kononnya 'privacy'.. 

TETAPI bila syarikat itu adalah MILIK PENUH KERAJAAN & libatkan pemimpin negara sbg Pengerusi & Lembaga Penasihat 1MDB dan mungkin juga melibatkan dana/ duit negara, 

SEPATUTNYA dinyatakan dgn terperinci sbb kewangan negara merupakan duit rakyat.. BUKANNYA DUIT ROSMAH-NAJIB !!!.. Rakyat berhak utk tahu...

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH !!

KENAPA klu rakyat xbyr cukai digelar PENGKHIANAT tetapi utk 1MDB nak panggil apa plok !!!

Rahman Dahlan Buat Cabaran Yang Tak Masuk Akal

Posted: 22 Oct 2015 02:41 AM PDT

Menteri cabar pembangkang, letak jawatan jika usul gagal



Ketika pembangkang merancang membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, seorang menteri Umno mencabar tiga pemimpin pembangkang untuk meletakkan jawatan jika usul itu tidak mendapat sokongan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam tweet mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan parti masing-masing jika mereka gagal.

"Jika usul undi berjaya, PM akan berundur.


"Jika usul itu dikalahkan WA (Wan Azizah), LGE (Lim Guan Eng) & LKS (Lim Kit Siang) mesti bertanggungjawab penuh & meletakkan jawatan jawatan dalam parti mereka," tulis Rahman yang juga adalah ahli parlimen Kota Belud.

Katanya, jika ketiga-tiga pemimpin itu mempunyai harga diri, mereka akan meletakkan jawatan jika usul undi tidak percaya dikalahkan.

"Ini adalah bukti mereka tidak mendapat kepercayaan ahli-ahli parlimen pembangkang."

Menurut Rahman, pemimpin pembangkang tidak boleh hanya membentangkan usul undi tidak percaya dan berpura-pura reputasi mereka tidak terjejas sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan dikalahkan.



Mana sijil sakit Gani, soal Mahathir

Posted: 22 Oct 2015 01:00 AM PDT


Penamatan awal tugas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dibuat ketika pasukan petugas khas empat badan berprofil tinggi menyiasat isu berkaitan 1MDB dan kemasukan wang ke akaun peribadi perdana menteri.

Masalah kesihatan Gani dijadikan alasan rasmi.

Bagaimanapun perkara itu gagal meyakinkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang juga pengkritik lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.

"AG dikatakan sakit, tetapi dia nafikan sakit.

"Setakat yang diketahui, nampaknya tiada sijil sakit menyatakan beliau sakit dikeluarkan," kata Mahathir.
Perkhidmatan Gani sebagai peguam negara tamat pada 28 Julai lalu dan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan beliau ditamatkan atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Gani.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir juga mendakwa Najib "merampas kuasa kehakiman" susulan penyingkiran Gani ketika beliau sedang menyediakan kes untuk ke mahkamah.

Beliau justeru berkata Najib gagal menunjukkan rasa hormat kepada prinsip pemisahan kuasa.

Najib janji tindakan paling keras jika siasatan 1MDB dedah wujud salah laku

Posted: 22 Oct 2015 12:15 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji mengambil "tindakan paling keras" terhadap mereka yang bertanggungjawab jika siasatan 1MDB mendedahkan wujud salah laku.

Perdana menteri berkata 1MDB berdepan tempoh yang sangat mencabar namun "langkah-langkah konkrit" sedang diambil untuk menangani keadaan.

Berucap merasmikan Forum Transformasi Global, atau GTF 2015 yang pertama kali diadakan di KLCC di ibunegara semalam, beliau berkata 1MDB melaksanakan pelan rasionalisasi yang, jika dibiarkan berterusan tanpa halangan, akan membolehkan syarikat itu membayar balik hutang terkumpul dan menyelesaikan "isu-isu aliran tunai" yang dihadapinya.

"Dari segi dakwaan salah laku, terdapat beberapa penyiasatan, sesetengahnya di Malaysia - yang saya sendiri arahkan - dan yang lain dengan pihak berkuasa antarabangsa yang saya alu-alukan," kata Najib.

"Daripada menjalankan perbicaraan oleh media, kita mesti menunggu hasil siasatan, dan jika didapati sebarang bukti salah laku, saya boleh memberi jaminan bahawa tindakan yang paling keras akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sambil merujuk kepada teras forum tersebut, Najib berkata, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri, telah menarik minat negara-negara lain dan mendapat pengiktirafan badan-badan antarabangsa yang terkemuka bagi metodologinya dalam membawa transformasi negara.

"Kita telah menerima banyak penghargaan untuk kerja-kerja yang kita lakukan. Tahun lepas sahaja Bloomberg dan Nesta UK - National Endowment for Science, Technology and the Arts - menamakan Pemandu sebagai satu daripada 20 pasukan inovasi kerajaan dalam dunia.

"Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala dapat menyertai senarai 50 pembuat dasar teratas Bloomberg. Institusi yang dihormati seperti Harvard dan Princeton, dan juga Bank Dunia, telah melakukan kajian kes yang ekstensif terhadap usaha Pemandu," kata perdana menteri.

Najib berkata, pasukan Pemandu itu menyertai perbincangan intensif dengan kakitangan dari beberapa negara mengenai bagaimana mereka boleh menerima pakai metodologi transformasi Malaysia.

Forum tiga hari itu dianjurkan oleh Big Fast Results Institute Malaysia dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu UNDP.

GTF akan menjadi platform bagi pemegang taruh global untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik, dan untuk membangunkan satu keazaman transformasi untuk menangani isu-isu utama sosio-ekonomi.


- Bernama

Pengerusi Bersih Dedah Punca Usul Undi Tidak Percaya Di Tolak

Posted: 21 Oct 2015 11:30 PM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyelar gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana gagal menjalankan tugas membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa semua ahli Parlimen agar tidak menyokong Bajet 2016 Jumaat ini untuk menggulingkannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyelar Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan juga PAS, kerana gagal menyelaraskan usaha untuk membawa usul itu.

Beliau mempertikaikan langkah yang dibuat blok pembangkang yang menarik balik usul undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian pada saat-saat akhir dan kemudian dikemukakan semula Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi ditolak Speaker atas alasan teknikal.

Maria berkata apa yang mengecewakan adalah ketidaktentuan sama ada PAS akan menyokong usul itu jika dibentangkan.

"Rakyat Malaysia sudah menyatakan ketidakyakinan mereka terhadap PM Najib melalui penyertaan penuh bersemangat semasa kedua-dua perhimpunan aman Bersih 4 dan pasca Bersih 'kempen Undi Tidak Percaya' melalui www.dearYB.my di mana setakat ini, 12,000 surat sudah diterima manakala 20,000 poskad sudah diedarkan ke seluruh negara," katanya.

Disebabkan itu beliau menggesa Pakatan Harapan dan PAS untuk mengarahkan semua ahli Parlimen mereka menghadiri Dewan Rakyat semasa perbahasan Bajet 2016 dan tidak mengundinya jika terdapat peluang.

Maria juga menggesa semua ahli Parlimen Barisan Nasional untuk tidak mengundi memihak kepada Bajet 2016 yang dibentangkan.

"Ahli Parlimen hendaklah terlebih dahulu bertindak demi kepentingan negara dan 'pemberontakan kumpulan penyokong' – penyokong kerajaan mengundi membangkang kerajaan – adalah sebahagian daripada permainan dalam demokrasi berparlimen.

"Mungkin arahan atau amaran daripada Ketua Whip, tetapi mereka harus bertindak berdasarkan aspirasi rakyat.

"Dan jika mereka tidak mempunyai keberanian untuk memberontak, tidak hadir mengundi boleh menjadi pilihan mereka," kata Maria.

Tambahnya, jika Bajet 2016 Najib ditolak Parlimen, ia menandakan beliau hilang keyakinan di Dewan Rakyat.

"Dalam keadaan itu, Najib kemudiannya mesti meletak jawatan, bersama-sama dengan Kabinetnya agar Yang di-Pertuan Agong dapat melantik perdana menteri baharu atau meminta supaya Parlimen dibubarkan," katanya.



ADDIN